Pakatan Rakyat |
Posted: 21 Dec 2012 03:17 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:17 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||||
Posted: 21 Dec 2012 03:12 PM PST | Isu Bukit Botak bukti Pakatan komited bela rakyat Posted: 20 Dec 2012 04:02 PM PST KUALA LUMPUR: Penduduk Bukit Botak yang telah menanti selama 30 tahun, kini sudah boleh tersenyum apabila isu mereka berjaya diselesaikan kerajaan negeri Selangor. Projek Bukit Botak yang dijangka siap dan boleh mula diduduki Mac 2013 itu membuktikan keupayaan Pakatan Rakyat menawarkan yang terbaik untuk rakyatnya. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata isu Bukit Botak yang berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat itu juga membuktikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. "Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk Bukit Botak yang yakin dengan usaha kerajaan negeri dalam projek ini. "Untuk projek ini, kita menawarkan dua pilihan untuk mereka sama ada menarik diri atau menerima tawaran ini, dan Alhamdulillah majoriti memilih untuk menerima tawaran ini, yang akhirnya menjayakan projek ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau lagi, sejak 1988 lagi - ketika bancian pertama kali dilakukan, penduduk Bukit Botak telah dijanjikan kerajaan BN untuk memiliki rumah tersebut. Bagaimanapun, katanya masalah tersebut terus berlarutan biarpun BN memerintah Selangor sekian lama, sehingga berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat. Sabtu ini, satu majlis penyerahan surat tawaran kepada penduduk Bukit Botak, akan diadakan yang bakal disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. | Oley 2 sampai mesej cara santai Posted: 20 Dec 2012 04:00 PM PST KUALA LUMPUR: Filem pendek "Oley" siri kedua terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang mendapat sambutan memberangsangkan membuktikan mesej dakwah boleh disampaikan secara santai. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tidak semua masyarakat khususnya golongan muda boleh menerima mesej Islam dan isu semasa melalui cara yang berat seperti ceramah, seminar dan forum. Apa yang pemuda buat ini merupakan satu usaha untuk menepati kehendak semasa dalam menyampaikan mesej Islam dalam bahasa dan pendekatan yang mudah iaitu melalui pandang, dengar dan hayati," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Oley siri kedua sudah ditonton kira-kira 20,000 dalam masa lebih kurang tiga hari sejak ia dimuat naik di Youtube. Ia cuba menyampaikan pengertian hudud yang tepat, bukan hukuman yang dilakukan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh. Nasrudin juga berkata, Oley 2 dimuat naik secara berperingkat-peringkat bagi mewujudkan unsur suspen. "Sengaja kita tayangkan beberapa episod supaya orang ramai ternanti-nanti apa sambungannya. "Contohnya dalam episod satu, ada seorang pemuda akan dikenakan hukum hudud, jadi orang nak tahu apa yang berlaku pada dia pada episod seterusnya dan Oley 2 ada tiga episod," katanya. Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, kandungan Oley 2 juga dapat menerangkan kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat dan Dokumen Kebajikan PAS. "Masyarakat nak tahu bagaimana keadaannya bila Pakatan Rakyat memerintah dan kita nak tunjukkan kepada masyarakat gambarannya walaupun bukan secara keseluruhan," katanya lagi. Oley 2 merupakan filem pendek arahan Adam Hamid yang menyertai PAS Julai lalu. Selain Oley 1 dan 2, DPPM juga pernah menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta" tahun lalu. | 9 pelabur emas saman Genneva Malaysia Posted: 20 Dec 2012 03:57 PM PST KL TODAY KUALA LUMPUR – Sembilan pelabur emas memfailkan saman terhadap Genneva Malaysia Sdn Bhd dan empat pengarahnya termasuk anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah untuk menuntut dipulangkan wang pelaburan mereka, melebihi RM2 juta. Daud Mohamad, 63, Sofiah Halili, 42, Fazilahtun Ahmad, 42, Izuan Daud, 32, Mahmud Idris, 73, Mohd Sabri Ibrahim, 55, Noor Asykeen Abu Bakar, 36, Noorazylawati Abu Bakar, 35, dan Noraini Jasneh, 30, memfail writ saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Azman & Affendy. Mereka menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama manakala Tengku Muhaini, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima. Menerusi pernyataan tuntutan, mereka mendakwa telah terlibat dalam skim pelaburan emas berasaskan syariah yang diwujudkan oleh syarikat Geneva Malaysia yang memberi jaminan ia menguntungkan. Mereka mendakwa bagi menyertai skim tersebut, kesemua plantif dikehendaki mendeposit sejumlah wang untuk membeli jongkong atau kepingan emas daripada defendan dan akan diberi ganjaran sebanyak dua hingga lima peratus sebulan, bergantung kepada jumlah berat emas yang dibeli. Menurut mereka, Daud telah membayar sebanyak RM405,250; Sofiah RM307,755; Fazilahtun RM424,000; Izuan RM119,900; Mahmud RM60,300; Mohd Sabri RM20,100; Noor Asykeen RM20,100; Noorazylawati RM671,455 dan Noraini sebanyak RM40,000. Dalam tuntutan itu mereka menyatakan sehingga kini plaintif masih gagal mendapatkan emas mereka dan mendakwa defendan membuat representasi palsu dengan menyatakan skim pelaburan itu adalah menurut syariah sedangkan ia adalah sebaliknya. Mereka memohon satu perintah untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkenaan memulangkan kembali wang pelaburan mereka itu. Turut dituntut ialah kadar faedah, kos serta relif lain. Peguam Mohamad Siddiq Azani yang mewakili kesemua plantif memberitahu Bernama bahawa writ saman tersebut akan diserahkan kepada defendan minggu depan. | Pelajar maut tersepit di piring penggerak traktor Posted: 20 Dec 2012 03:53 PM PST Mohd Hishamudin Mohd Najiri, 14, anak ketiga daripada lima adik-beradik adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, dekat sini. Menurut rakannya, Mohd Faiz Talib, 17, mangsa terjatuh ketika cuba memandu traktor tersebut pada kira-kira 2.30 petang. Mohd Faiz kemudian menghubungi abangnya Razali Talib, 43, yang juga pemilik traktor itu melalui telefon bagi memaklumkan kejadian berkenaan. Menurut Razali, beliau terus berkejar ke tempat kejadian dan mendapati sebahagian badan sebelah kiri mangsa cedera parah akibat tersepit di piring penggerak traktor tersebut dan mendapati mangsa telah meninggal dunia. "Saya kemudiannya menghubungi polis yang datang ke tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan," katanya ketika ditemui di sini. Jenazah Mohd Hishamudin dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Chenderong Balai. Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. - Bernama | Nik Aziz ulangi pendirian mahu tanding PRU Posted: 20 Dec 2012 03:51 PM PST KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan. Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik. "Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung. Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya. "Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama | Dakwaan blog fitnah saya, kata Nik Aziz Posted: 20 Dec 2012 03:46 PM PST KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta. Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah. "Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah. "Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas pendedahan sebuah blog yang mendakwanya menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha, Nga Kor Ming untuk menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008. Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada 60 anak-anak Kelantan yang berada di Sabah. Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat. "Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT. "Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati," katanya. | Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS Posted: 20 Dec 2012 03:38 PM PST Oleh Norutul Ilham PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib. Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak. "UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan. "Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara. "Di manakah moral pimpinan-pimpinan ini yang boleh 'cuci tangan' apabila graduan-graduan UniRazak lulusan ISMP tersadai tanpa peluang pekerjaan, sedangkan universiti yang dikendalikan mereka bersekongkol dengan KPT untuk menawarkan kursus perguruan meskipun mereka tahu kekosongan jawatan tidak mengizinkan pengambilan sedemikian rupa," jelas Rafizi. Sementara itu, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz yang hadir sama mendesak kerajaan menyelesaikan segera berhubung pengangguran ISMP. "Graduan ISMP ini dikatakan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UniRazak. Malah silibus ISMP UniRazak adalah sama dengan silibus ISMP di Maktab Perguruan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam). "KPT bertanggungjawab memberi kelulusan kepada UniRazak untuk tawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi jaminan pekerjaan kepada graduan ISMP UniRazak. Mengapa ditawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi pekerjaan kepada graduan kursus tersebut?" soalnya. Beliau menuntut kerajaan memberikan peluang sama rata kepada graduan IPTS seperti mana graduan IPTA. Pada 27 April lalu, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang temuduga dan pengambilan kerja untuk graduan ISMP lepasan IPTS tidak akan dilaksanakan kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA. | Sejuta rakyat berhimpun di Stadium Merdeka 12 Januari Posted: 20 Dec 2012 03:36 PM PST Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Himpunan sejuta rakyat akan diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari bermula 2 hingga 5 petang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), umum pengarah program, Mohamad Sabu. Katanya, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan. Saranan tersebut dinyatakan Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu. "Kita akan mohon terus pada (pentadbiran) Stadium Merdeka (untuk berhimpun) atas nama Sasterawan Negara," jelasnya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini, tanpa menamakan sasterawan tersebut. Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, HKR akan menggunakan empat warna tema – kuning mewakili tuntutan Bersih, jingga bagi tuntutan peneroka Felda, hijau bagi kelestarian alam sekitar dan merah bagi tuntutan negeri-negeri bagi Royalti minyak. "Semua organisasi, badan NGO, parti politik dan siapa yang 'marah' pada kerajaan sila hadir," kata Mohamad mengalu-alukan semua pihak menjayakan himpunan tersebut. Ditanya jika permohonan himpunan di Stadium Merdeka ditolak, Mohamad berkata, ia tetap akan diadakan di kawasan sekitarnya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais memaklumkan himpunan pada hari yang sama turut diadakan di Sabah, Sarawak termasuk luar negara. "Himpunan juga akan diadakan di Sabah. Sarawak pula di Miri dan Kuching. Manakala di luar negara seperti New York, London, Hong Kong, Perth dan Melbourne. "Kita alu-alukan kawan-kawan di seluruh dunia sama-sama terlibat untuk kebangkitan ini," jelas Hishamuddin. Turut hadir, wakil NGO penyokong himpunan antaranya, Ishak Surin mewakili Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Wong Tack (Himpunan Hijau), Hasni Abas (Gabungan Mansuhkan PPSMI) dan Mohd Nasaie Ismail (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan). |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |