Khamis, 23 Jun 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3958-presiden-pas-seru-semua-ahli-sertai-bersih-20

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 23 Jun 2011 11:31 PM PDT

Peghelih La...


Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Baca selanjutnya..

Pemuda Perlis kesal sikap angkuh Utusan Malaysia

Posted: 23 Jun 2011 02:48 AM PDT



KANGAR - Pemuda PAS Perlis melahirkan rasa kesal dengan sikap angkuh akhbar Utusan Malaysia yang gagal memohon maaf di atas penyiaran kartun yang mempersendakan hukum Islam baru-baru ini.

Menurut Ketuanya, Ustaz Yussaine Yahya, sikap Utusan Malaysia itu menggambarkan mereka langsung tidak sensitif dengan isu besar yang melibatkan hukum Allah.

"Kita nasihatkan Utusan Malaysia agar merujuk terlebih dahulku dengan para ilmuan Islam sebelum menerbitkan apa jua bentuk berita atau sebaran lebih-lebih lagi yang membabitkan hukum-hakam Islam.

"Jangan hanya sembrono mengikut telunjuk hawa nafsu demi mengampu parti pemerintah," katanya.

Untuk itu Pemuda PAS Perlis menyeru agar Utusan Melayu diboikot oleh para pembaca sehingga mereka memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Minggu lalu, Pemuda PAS Pusat memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung penyiaran kartun yang menghina Islam.

BERSIH 2.0: Polis trafik kena ramai bukan FRU

Posted: 23 Jun 2011 02:45 AM PDT

KANGAR - PAS Perlis menyahut baik saranan Presiden PAS supaya seluruh ahli PAS turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, PAS Perlis telah mengarahkan ahli-ahlinya untuk sama-sama menyertai perhimpunan tersebut.

"Meskipun ahli PAS di Perlis tidak seramai di negeri-negeri yang lain, namun kami juga tidak akan ketigggalan untuk bersma-sama rakyat Malaysia yang lain. Kami telah menjalankan pelbagai usaha dan hebahan khususnya melalui Dewan Pemuda untuk menghantar seramai mungkin ahli ke sana," jelasnya.

Menurutnya lagi, semua pencinta demokrasi dan keadilan tidak perlu gentar untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 memandangkan matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

"Jangan pedulikan sebarang provokasi yang dibuat, yang pentingnya kita berhimpun secara aman dan setiap orang yang hadir kena patuhi peraturan yang ditetapkan.

"Pihak polis juga tidak perlu menyediakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menghadapi peserta perhimpunan Bersih, sebaliknya sediakanlah ramai petugas untuk mengawal lalu-lintas bagi melancarkan lagi "Walk For Democracy" pada hari tersebut. Ttanpa sebarang provokasi, Insya Allah Bersih 2.0 akan berjalan lancar," ujarnya lagi.

Salam Perjuangan

Posted: 23 Jun 2011 11:05 PM PDT

Salam Perjuangan


TAWARAN LUMAYAN MENANTI PESERTA BERSIH 2.0

Posted: 23 Jun 2011 08:29 AM PDT

ISU PENGUNDI HANTU - SPR BERDALIH

Posted: 23 Jun 2011 12:49 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 23 Jun 2011 09:51 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Politik Persepsi

Posted: 22 Jun 2011 11:53 PM PDT


Media berperanan penting dalam mencanang dan membuat propaganda bagi mengangkat dan menjatuhkan seseorang pemimpin atau parti politik. Media boleh mengubah persepsi seseorang daripada A kepada B. Begitulah sebaliknya. " Kita melihat Utusan Malaysia terus menjadi alat Najib dan sekutunya sekalipun ianya mengetahui tidak digemari oleh para pembaca. Tetapi oleh , kerana politik itu persepsi, mereka akan meneruskan usaha untuk mengubah persepsi masyarakat." Kata Mohamed Sabu ketika berucap dalam ceramah Pakatan Rakyat Batu Sapi. 
Mohamed meminta hadirin membayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya PAS atau DAP yang lakukan
:- i. Menukar cuti umum di Johor dan Perlis dari hari jumaat kepada Ahad
ii. Menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat sedangkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus dibantu.
iii. Menukar biasiswa pelajaran kepada pinjaman
iv. menarik royalti minyak di Terengganu dan engan membayar royalti kepada Kelantan.
v. Tidak menambah kerusi Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya 2004
Semua ini dilakukan oleh UMNO BN. Rakyat seperti dapat menerima itu semua kerana persepsi baik rakyat kepada UMNO BN yang kononnya menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu.

Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tahap manupulasi dan kebebasan media Malaysia yang menduduki rangking ke 166, lebih teruk daripada Zimbabwe dan Myamar. " Persepsi juga menyebabkan rakyat ditakutkan dengan pengaruh DAP yang kononnya akan memerintah Malaysia. Mana boleh DAP memerintah Malaysia kerana DAP hanya bertanding 40 kerusi dan DAP bertembung dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, SUPP dan sebagainya. Di Kerusi Melayu, PAS dan PKR akan bertembung dengan UMNO.Ini bererti, kalau UMNO kalah, PAS dan PKRlah yang akan menang. Ia tetap Melayu." Jelas Mohamed Sabu.
Persepsi rakyat mesti diubah dengan usaha penerangan yang berterusan dan menyangkal tohmohan-tohmohan yang telah membentuk persepsi yang salah selama ini.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Jun 2011 09:35 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Tandas awam jadi ‘port’ mabuk

Posted: 23 Jun 2011 09:14 PM PDT



Sinar Harian 24 Jun 2011
TAMPIN – Siapa sangka di bahagian belakang tandas awam yang disediakan di Pasar Besar Tampin, dekat sini, disalah gunakan oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab sebagai 'port' mabuk.

Walaupun bahagian belakang kemudahan itu tidak seindah dan secantik di taman rekreasi, namun ianya dikatakan menjadi pilihan kaki minuman keras untuk menghabiskan masa pada waktu petang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati botol arak pelbagai jenama dan murah dilonggokkan tidak berapa jauh dari belakang tandas berkenaan.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 40-an, berkata, pihak berkenaan digesa mengambil tindakan segera bagi memastikan lokasi berkenaan tidak terus disalah gunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kemudahan tandas itu disediakan bagi kegunaan pengunjung dan peniaga di pasar ini. Namun, sekiranya di bahagian belakang kemudahan berkenaan dijadikan sebagai lokasi kaki minum, ia perlu dicegah segera.

"Malah, jika boleh, kita mohon agar lokasi ini dapat dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan masalah ini tidak kembali berulang lagi," katanya.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Tampin (MDT), Zulhilmi Marzuki berkata, pihaknya sudah menghantar Bahagian Penguat kuasa (MDT yang diketuai Endy Dzulkernaen Ariffin bagi meninjau masalah berkenaan dan tindakan susulan diambil bagi kebaikan semua pihak.

"Kita sedia mengambil tindakan proaktif bagi memastikan kemudahan dan lokasi sekitar yang disediakan MDT tidak disalahgunakan.

"Oleh itu, diharap orang ramai dapat bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan MDT ini dan tidak menjadikannya sebagai lokasi aktiviti tidak bermoral," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9222804.asp

Sistem aliran parit tidak sempurna

Posted: 23 Jun 2011 09:13 PM PDT

Sinar Harian 24 Jun 2011

SEREMBAN - Sistem perparitan di sepanjang projek menaik taraf jalan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri hingga Taman Bukit Galena dekat sini dikhuatiri menimbulkan masalah sekiranya tidak dipantau dengan teliti oleh pihak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berkata, projek membabitkan laluan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu di lokasi berbukit.

"Namun, saya lihat saluran yang dibina untuk mengeluarkan air dari permukaan jalan menghala ke aras yang lebih tinggi.

"Kalau hujan lebat, saya bimbang air akan bertakung di atas jalan dan mungkin membawa kepada risiko kemalangan jalan raya," katanya kepada Sinar Harian di lokasi aduan, semalam.

Selain itu, kata Kee Chin, permukaan jalan di beberapa lokasi sepanjang laluan terbabit dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9224248.asp

Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 01:18 AM PDT



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3965-demo-seluruh-negara-bantah-utusan-esok

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 23 Jun 2011 09:22 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Semarak Isu diambang PRU-13 @ Kg Gajah

Posted: 23 Jun 2011 08:00 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 23 Jun 2011 07:59 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Bagaimana Perogol Di Hukum Menurut Islam !!!

Posted: 23 Jun 2011 12:34 AM PDT


Hukum aduan rogol dan qazaf

Semata-mata mengadu bahawa dia di rogol tidak boleh di anggap qazaf, kerana antara syarat menjatuhkan hukuman qazaf, mestilah terdapat aduan daripada pihak yang di dakwa berzina (maqzuf). Maka dalam kes ini, pendakwa yang mendakwa dia dirogol tidak boleh di anggap qaazif قاذف kerana tidak terdapat pengaduan (دعوى) daripada pihak maqzuf. – fiqh islami wa adillatuh. J 6 m/s 84.

Oleh itu, perbicaraan dalam kes dakwaan rogol ini mestilah melalui perbicaraan biasa, iaitu البينة على المدعي واليمين على من أنكر, bukan berkehendakkan kepada empat orang saksi sebagaimana penyaksian kes zina dan qazaf. Ini kerana, dakwaan zina tertumpu kepada si penzina (dan tiada kes penganiayaan), sedangkan dakwaan rogol adalah untuk menuntut hak yang di rogol kerana melibatkan penganiayaan. Nas mengsabitkan saksi seramai empat orang hanyalah dalam kes zina dan qazaf. Dan kedua-duanya berkehendakkan empat orang saksi kerana ia tidak melibatkan penganiayaan kepada si pendakwa. Berlainan dengan dakwaan mencuri, merompak dan lain-lain yang memadai dua orang saksi atau bukti-bukti lain seperti sumpah, pengakuan dan qarinah kerana ia melibatkan penganiayaan bagi pihak pendakwa.

Jadi dalam kes aduan rogol ini, ia melibatkan dua perkara: 1: aduan dia di aniayai, jadi ia memerlukan kepada bayyinah biasa (saksi @ pengakuan @ qarinah). 2. tuduhan berzina kepada si perogol, jadi ia memerlukan kepada 4 orang saksi yang adil. Jadi aduan terhadap penganiayaan ini mesti di dahulukan kerana ia merupakan hak hamba, sedangkan dakwaan qazaf, merupakan hak allah dan hamba secara bersama, dan ulama khilaf samada ia hak hamba melebihi hak allah atau sebaliknya. Dalam masalah qadha', hak hamba mesti di dahulukan berbanding hak allah secara mutlak.

Jadi berpandukan kepada ini, saya berpandangan, dalam kes aduan rogol ini tidak memerlukan kepada empat orang saksi sebagaimana dakwaan zina dan qazaf. Oleh itu, saya melihat terdapat perbezaan dalam kes "seseorang yang menuduh seseorang lain berzina dan si pendakwa tidak teraniaya" (kes qazaf) dan "seseorang yang menuduh orang lain berzina dan si pendakwa teraniaya" (dalam kes aduan rogol). Dalan kes pertama, yang menuduh bukan bertujuan menuntut hak pembalasan terhadap penganiayaan keatasnya, dan kes kedua si pendakwa ingin menuntut hak pembalasan tersebut.

Oleh itu, kes rogol ini boleh di buktikan melalui dua orang saksi atau pengakuan daripada si perogol, atau qarinah. Dan dalam kes ini, qarinah adalah perkara penting kerana ia melibatkan kesuburan syara' itu sendiri. Si pendakwa mesti di periksa samada ia masih dara atau tidak, bila kali terakhir ia melakukan persetubuhan (melalui pemeriksaan doctor), melalui DNA (jika ia dianggap bukti di sisi islam) dan seumpamanya. Jika segala dakwaan bergantung kepada saksi tanpa melihat kepada qarinah, maka banyak kes penganiayaan akan berlaku sebagaimana kata Ibnu qayyim

من أهدر الأمارات والعلامات في الشرع بالكلية، فقد عطل كثيرا من الأحكام، ووضع كثيرا من الحقموق. –الطرق الحكمية صـ 100.

Untuk membuktikan qarinah, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan harus tahanan reman dan mengirhab si tertuduh supaya mengaku. (Fikru al sami j 1 m/s 160.)

Terutamanya jika kita melihat, yang mengadu adalah seseorang yang pemalu dan seorang yang iffah, jauh untuk melakukan dakwaan kerana ia melibatkan maruah dan harganya dirinya sendiri. Berlainan jika yang mendakwa seorang yang sebaliknya. Dan yang menentukan semua ini adalah qadhi yang bijaksana. Oleh itu, taqnin lebih baik bersifat umum daripada di perincikan (kecuali dalam keadaan tertentu).

Jika terbukti ia di rogol, maka tertuduh samada di hokum sebat @ rejam kerana berzina, atau ta'zir kerana melakukan kekerasan dan paksaan (jika zina tidak dapat di sabitkan kerana ia memerlukan empat orang saksi.) atau di kenakan bayaran (mahar) kepada yang di rogol.

Jika dalam masa yang sama (masa pendakwaan rogol di jalankan), tertuduh membuat dakwaan bahawa ia di tuduh berzina (dakwaan qazaf), maka perbicaraan qazaf mesti di tangguhkan sehingga perbicaraan kes dakwaan rogol selesai. Ini kerana, syarat bagi yang di tuduh dalam kes qazaf mesti seorang yang muhsan. Dan ini tidak dapat di buktikan sehingga kes dakwaan rogol ini selesai. Jika dia di dapati bersalah dalam kes rogol ini (walaupun bukan melalui empat orang saksi), maka ia di anggap tidak muhsan dan aduan qazafnya tertolak. Jika tidak akan berlaku sebaliknya, iaitu jika dia di dapati tidak bersalah, kemudian ia membuat aduan qazaf, maka jika sabit kesalahan, orang yang di dakwa di rogol tersebut akan menerima hukuman qazaf (samada dengan dakwaan sarih atau ta'ridh).

Disini juga timbul beberapa perkara yang perlu di lihat secara lebih teliti, adakah Rasulullah saw menjatuhkan hukuman qazaf kepada Hilal b. Umayyah ketika dia menuduh isterinya berzina dengan Syarik b. Samha'? Jika di lihat kepada tuduhannya kepada isterinya, mungkin ia boleh di anggap sebagai lia'n (di syariatkan bersempena ayat yang di turunkan selepas peristiwa ini). Tetapi jika di lihat kepada tuduhan zina yang di lemparkan kepada syarik (secara tidak langsung, kerana aduan adalah antara hubungannya dan isterinya), sepatutnya ia di kenakan hokum had qazaf. Adakah di jatuhkan hukuman qazaf kepadanya? Saya tidak pernah menemui hadis yang menunjukkan ia di kenakan hukuman qazaf kerana tuduhan zina kepada syarik. Ini boleh di andaikan samada: kerana tidak ada aduan daripada syarik sendiri, atau kerana yang di tuduh secara langsung adalah isterinya, atau kerana tuduhan itu ialah kerana pencerobohan terhadap haknya (isterinya). Jadi berbeza dengan tuduhan dua orang yang berzina atau orang lain berzina tanpa ada kaitan dengan haknya.

Jika di lihat kepada andaian pertama, maka yang mendakwa di rogol tidak boleh di kenakan hukuman had qazaf, sebagaimana dalam kes ini, semata-mata aduan rogol tanpa ada empat saksi tidak boleh di kenakan hukuman had qazaf. Jika di lihat kepada andaian kedua, maka ia tidak boleh di jadikan hujah, kerana qazaf samada secara sarih atau ta'ridh. Jika di lihat kepada andaian ketiga, maka ia mempunyai persamaan dengan aduan rogol, iaitu kerana aduan terhadap pencerobohan haknya. Maka ia tidak memerlukan kepada 4 orang saksi sebagai mana aduan kes zina yang membawa kepada hukuman kerana ia melibatkan dakwaan dan pengaduan terhadap haknya sendiri. Maka andaian pertama dan ketiga lebih dekat kepada qias. Ini adalah qaedah sibr wa taqsim yang masyhur. Jika di sana terdapat dalil dan nas lain yang menyatakan Hilal bin Umayyah di jatuhkan hokuman qazaf kerana menuduh Syarik sama, maka sibru wa taqsim ini terbatal.

Oleh itu, pengtaqninan perlu di lihat daripada sudut yang banyak, supaya berada pertengahan antara ifrat dan tafrit. Atau dengan kata lain, supaya perempuan yang di rogol akan terbela, dan perempuan yang tidak bertanggungjawab tidak mudah melakukan tuduhan untuk pekenakan mana-mana lelaki yang tidak di sukai. Sebagaimana ijtihad sahabat tentang tasyrik antara adik beradik sebapa dan seibu sebapa adalah bercanggah dengan harfiyyah al-nas, tetapi ia bertepatan dengan maslahah syara' dan maqasid syariyyah. Begitu juga kes ini, walaupun pada zahir nas menunjukkan bahawa si pendakwa rogol boleh menerima hokuman qazaf, tetapi ia juga mesti di lihat daripada maslahah syara' dan maqasid syariyyah sendiri di dalam pengsyariatan qazaf.

Zaharuddin Mohamad

http://ulamakselangor.blogspot.com/2011/06/adakah-aduan-orang-yang-di-rogol-di.html





Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 23 Jun 2011 07:20 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


kepada semua muslimat kota raja...

Posted: 22 Jun 2011 10:49 PM PDT

salam,

Majlis makan malam ni sgt penting bagi kita sbb ini merupakan program untuk melancarkan jentera pilihanraya kawasan kota raja...disamping sedaya upayanya kita membantu untuk mengumpulkan dana demi menghadapi PRU 13....kita mmg tak banyak amal...tapi dgn sedikit duit yang ada jadikan ini sebagai infak untuk bekalan bila kita kembali menemui Allah nanti...Ayuh...berbelanjalah dijalan Allah...
TAKBIR...ALLAHU AKBAR.



ikhlas dari,

Ketua DMPK Kota Raja.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 23 Jun 2011 07:15 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Rakyat Malaysia Di Luar Negara Sahut Bersih 2.0 Turut Adakan Perarakan Aman

Posted: 23 Jun 2011 01:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

"Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal," kata jawatankuasa itu lagi.

"Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi," kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

"Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

"Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13," katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.

Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.

sumber : malaysianinsider.com

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 23 Jun 2011 07:11 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Ahli PAS Bukit Katil wajib hadir BERSIH 2.0

Posted: 22 Jun 2011 09:48 PM PDT

Yang Dipertua PAS Kawaasan Bukit Katil, Sofi Wahab menyeru seluruh ahli PAS Kawasan Bukit Katil untuk hadir pada himpunan BERSIH 2.0 pada 19 Julai ini.

"Tidak ada alasan dan dalih lagi bagi semua ahli PAS untuk duduk di rumah pada hari tersebut, kita mesti taat kepada arahan pimpinan tertinggi kita"

"Himpunan ini untuk menuntut pilihanraya bersih dan telus jadi rakyat wajib hadir" kata Sofi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini meminta seluruh ahli PAS supaya sama-sama mengambil bahagian pada perhimpunan tersebut.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Jun 2011 03:50 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


NAUZUBILLAH ! DAH LAMA ALI BUAT KERJA SYAITAN INI?

Posted: 22 Jun 2011 11:45 PM PDT


MELAKA, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang pembaziran yang berlaku di dalam pembinaan tugu 1Malaysia yang ditempatkan di Pantai Klebang.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 iaitu semasa dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Februari lalu.

Katanya, kos tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000.

Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit.

Manakala pada bahagian kiri kanannya ditutup dengan menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di hadapannya ditutup dengan kayu lapis nipis beserta 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Pada waktu malam tugu tersebut diterangkan dengan cahaya lampu kalimantang yang jika dinilai secara kasar harganya tidak sampai RM5,000.

"Ini suatu yang pelik bagaimana kos tugu tersebut boleh mencecah RM352,000," ujarnya.

Beliau difahamkan pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut di mana kos berjumlah RM600,000 telah digunakan semata-mata untuk menampung kos makan malam bersama Najib.

Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri).

Ini, katanya suatu pembaziran yang ketara dilakukan oleh kerajaan negeri di saat rakyat negeri Melaka terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang.

"Bayangkan kos pembinaan dan kos makan malam tersebut sahaja sudah berjumlah RM952,000 iaitu satu jumlah yang mampu menampung orang-orang miskin di Melaka," katanya.

Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu.

Ia, ujarnya suatu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam seharusnya memikirkan tentang nasib rakyat yang terkesan dengan kenaikan pelbagai barang.

Sebelum ini, ujarnya pembinaan tugu 1Malaysia ini menjadi isu agama di mana pembinaan tugu tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur pemujaan.

"Sebelum ini juga dewan pemuda PAS Negeri Johor telah membangkitkan isu ini dengan menggesa kerajaan persekutuan menyatakan pendirian berkenaan tugu tersebut," katanya.

BLOG HULU BERNAM DI AKTIFKAN

Posted: 22 Jun 2011 09:33 PM PDT


http://pkmhb.blogspot.com
Bertitik-tolak Mesyuarat IT Hulu Selangor pada 17 Jun 2011 tempohari maka laman blog PKM Hulu Bernam dinasihatkan terus diaktifkan agar dapat memberi maklumat aktiviti bantuan sumbangan dan khimat masyarakat dapat dipaparkan.

Begitu juga blog Lujnah IT PAS Hulu Selangor http://litpashs.blogspot.com

SYARIKAT BUMIPUTERA TERANIAYA !

Posted: 22 Jun 2011 07:50 PM PDT

Tunggakan RM1,127,000.127j: HISB jadi mangsa Umno

Sebuah syarikat bumiputera, Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) terus menjadi mangsa janji-janji manis pemimpin Umno BN, apabila masih gagal mendapatkan pembayaran semula wang yang dikeluarkan untuk menjayakan Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007 lalu.

Lebih dikesali lagi, pihak-pihak terbabit ternyata tidak memandang serius perkara itu walaupun ia melibatkan jumlah tunggakan cukup besar sebanyak RM1.127 juta, walaupun telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Raja Shahrom Saidee menjelaskan, sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya termasuk bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.


Menurut beliau, terbaru pada 18 Mei lalu, pihak HISB telah diberi tarikh dan masa untuk bertemu Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di pejabatnya, tetapi pada pagi hari itu, ibu mertua salah seorang Adun telah meninggal dunia.

Katanya, Mohd Ali telah menziarahi kematian tersebut dan dengan itu temujanji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana waktu telah lewat dan mesyuarat Exco telah diberi keutamaan, manakala pihak HISB hanya dapat menyerahkan dokumen tuntutan kepada Setiausaha Sulit beliau, Syueeb Zahari untuk tindakan selanjutnya.

"Tetapi hal ini tidak dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan syarikat bumiputera terasa dianiaya oleh mereka kerana segala usaha murni kami tidak dihargai," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Mont Kiara, di sini, petang semalam.

Walaupun pihak HISB telah memberikan kata putus untuk mengambil tindakan mahkamah, menurut beliau, pihak Pesaka tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

Katanya, sikap seperti itu jelas ditunjukkan oleh pihak-pihak terbabit sejak selepas persidangan media yang diadakan oleh HISB dan berita mengenainya tersiar di media pada 31 Disember 2009 lalu.

"Semenjak dari itu, pihak HISB telah beberapa kali menghantar surat dan memohon temujanji dengan pihak Pesaka, malah telah menulis surat kepada kementerian-kementerian terbabit semasa kejuaraan tersebut, namun kami gagal mendapat apa-apa maklum balas mengenainya," katanya.

Pihak HISB, ujarnya, amat kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak memandang serius perkara itu hanyalah kerana mereka adalah sebuah syarikat bumiputera yang kecil.

"Jika keadaan ini berterusan, sukarlah sukan di Malaysia ini hendak berkembang maju, sedangkan Kerajaan BN sering mewar-warkan slogan 'Majulah Sukan Untuk Negara', tetapi nasib orang yang memajukan nama baik negara tidak dihiraukan," jelasnya.

Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 pada 2007 lalu telah berlangsung dengan jayanya di Stadium SUKPA, sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang pada ketika itu, dengan disertai 36 buah negara dan melibatkan lebih 600 peserta dan pegawai dari seluruh dunia.

Ia merupakan platform yang baik bagi melahirkan pesilat-pesilat yang berpotensi untuk terus diketengahkan, di samping budaya sukan dan kesenian yang terdapat di dalam ilmu persilatan itu dipertahankan, diperkembangkan dan diwarisi sebaik mungkin.

Dalam kejuaraan itu, sebanyak 24 pingat telah dipertandingkan yang terdiri daripada 18 pingat dari katergori Silat Olahraga dan 6 pingat dari kategori Silat Seni.

Acara berprestij itu telah dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Pahang dan Pesaka dengan kerjasama HISB serta mendapat pengiktirafan dari kementerian-kementerian kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKW), Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejuaraan itu juga telah mendapat restu Sultan Haji Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga selaku penaung kejuaraan tersebut ketika itu.

"HISB merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang dipilih dan telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bersama kejuaraan itu, bagi memastikan acara silat bertaraf dunia itu dapat dilaksanakan dengan penuh meriah, berjaya dan gemilang.

"Acara berprestij itu menelan belanja lebih RM1 juta dan HISB adalah pihak yang mendahulukan segala kos perbelanjaan secara tunai, setelah dipersetujui oleh Urusetia Kejuaraan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk.

"Semua pembayaran yang telah dijelaskan oleh HISB bersesuaian dengan perkara-perkara yang melibatkan kejuaraan itu akan dijelaskan semula oleh Urusetia Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 pada 2007," katanya.

HISB berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera kerana jika hal ini berlanjutan, katanya, lebih banyak lagi syarikat bumiputera yang akan teraniaya dengan janji manis pelbagai pihak yang hanya suka berjanji tetapi tidak seperti yang diharapkan.

Hadir sidang media itu, Pengarah Urusan Kumpulan HISB, Mohd Fairuz Mohd Yusof dan peguam HISB, Ramesh Kanapathy.

Sumber - Harakah Daily

AHLI PARLIMEN TAMAK, DAH HABIS MESYUARAT AGUNG TAK NAMPAK BATANG HIDUNG

Posted: 22 Jun 2011 05:54 PM PDT

Teman dah komplen banyak kali dah, UMNO rugi melantik JJ sebagai Duta ke Amerika Syarikat dan dalam waktu yang sama beliau adalah Ahli Majlis UMNO dan Ahli Parlimen .Ahli UMNO yang lurus bendul cuma angguk dan melahirkan rasa bangga kerana JJ dilantik sebagai Duta ke Amerika Syarikat. Mereka lupa bahawa JJ dipilih dengan susah payah semasa Pilihanraya , rakyat terdiri majoriti orang kampong, peladang, petani dan nelayan mengundi beliau akhirnya kantoi kerana banyak jawatan dan banyak bebankerja.
Bila berlaku kegagalan hadir pada majlis yang memang dihebohkan beliau sebagai perasmi akhirnya belliau tak hadir, adakah sikap dan tektik kempen UMNO sudah bermula?
Inilah contoh manusia yang tamak dan apa yang berlaku pada Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Pontian harus dijadikan teladan oleh mana-mana pemimpin UMNO supaya sedar diri.tidak tamak dan memegang pada janji dan paling mengecewakan apa yang berlaku di Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian itu mengalami satu titik hitam dalam sejarah UMNO apabila seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak hadir, satelah menjanjikan hadir tanpa sebab yang munasabah untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang juga seorang Duta bertaraf Menteri bukan sahaja dilihat telah berbohong kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Pontian tetapi juga mencerminkan betapa beliau tidak ada komitmen terhadap parti yang beliau sendiri dokong dan sekaligus mengkhianati kepercayaan bukan sahaja ahli UMNO dalam Pontian tetapi memalukan UMNO secara keseluruhnnya.

Usaha mempengaruhi Ketua UMNO Bahagian Pontian dibuat oleh Setiausaha Politik beliau setelah tidak ada mana-mana Bahagian UMNO lain mengundang beliau untuk merasmikan mesyuarat Bahagian yang sedang berlangsung ketika ini dan UMNO Bahagian Pontian bersetuju untuk memberikan ruang kepada Jamaluddin Jaris merasmikan bahagian tersebut walaupun pada mulanya mereka berhasrat mengundang tokoh lain.

Namun malangnya apabila tiba hari yang dijanjikan, beliau sibuk dengan aktiviti golf di Kuala Lumpur Golf Club, beliau masih memberikan janji akan hadir untuk merasmikan mesyuarat tersebut tetapi sehingga selesai mesyuarat itu,bayang tokoh ini langsung tidak nampak.

Betullah mesyuarat boleh dilaksanakan tanpa kehadiran beliau dan tidak ada apa-apa kesan kepada perjalanan mesyuarat itu tetapi sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang terkenal dengan budaya meraikan tetamu,segala persiapan dibuat untuk menyambut tokoh tersebut yang bukan sahaja Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tetapi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, ibarat kenduri kahwin tetapi pengantinnya lari.

Bayangkanlah dimana Ketua Bahagian UMNO Pontian Dato Ir Hasni Mohamad mahu letakkan maruahnya setelah dimalukan sebegitu rupa?Tergantung megah kain pemidang di atas pentas nama perasminya tetapi akhirnya yang tinggal hanya kain pemidang sahaja?Tergamak beliau memalukan Ketua Bahagian yang mana beliau juga adalah seorang Ketua Bahagian dan bayangkanlah kalau beliau sendiri berada di tempat Ketua Bahagian itu?Bagaimana perasaan beliau?

Persoalannya kalau beliau merasakan komitmen lain seperti main golf itu lebih penting daripada tanggungjawabnya merasmikan UMNO Bahagian Pontian,mengapa beliau memberikan persetujuan untuk hadir?Relevankah kalau beliau boleh mengatakan terlupa sedangkan beliau telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian itu sendiri sebelum dan dihari mesyuarat itu akan berlangsung.

Sikap jamaludin Jarjis ini boleh memberikan persepsi yang buruk terhadap UMNO yang sedang melalui pelbagai pelan tranformasi yang digagaskan oleh Presiden UMNO Dan JJ harus mengakui bahawa tindakan atau mungkir janji yang beliau buat terhadap UMNO Pontian ini bioleh memusnahkan kredibilti beliau bukan sahaja sebagai seorang Duta tetapi sebagai ahli UMNO yang tidak ada komitmen ataupun bertanggungjawab terhadap parti.

Ir Hasni Mohamad seorang Ketua UMNO Bahagian yang bermasalah dengan Timbalannya Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkan dia rapat dengan Perdana Menteri. Sudah pasti ketidakhadiran Jamalludin Jarjis itu member keuntungan politik kepada Ahmad Maslan yang boleh menggunakan isu itu sebagai berkata 'aku yang minta datuk JJ jangan datang' bagaimana jika berlaku begitu?Yang pasti akan berlaku begitu.

sanggahtj

Siti Zailah | Home

Posted: 23 Jun 2011 03:42 PM PDT

Siti Zailah | Home


BANTAHAN JALANAN DIZAMAN NABI SAW .....

Posted: 22 Jun 2011 09:24 PM PDT

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata:"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi".

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku".

Sabda Nabi: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku".

Maka mereka berkata:"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 23 Jun 2011 03:15 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


PRESIDEN PAS SERU SEMUA AHLI SERTAI BERSIH2.0

Posted: 22 Jun 2011 11:15 PM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada
 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih
9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam
sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, dekat sini sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0
dalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan.
Anggotanya terdiri dari para pemimpin NG0 manakala PAS, PKR dan DAP menyokong
perhimpunan itu.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Jun 2011 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


WANITA UMporNO KELANTAN MARAH PADA TOK GURU.

Posted: 23 Jun 2011 07:32 AM PDT

Wanita UMporNo Kelantan menyelar tindakan PAS Kelantan yang cuba memperkenalkan insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan secara poligami seolah-olah menggalakkan poligami dikalangan masyarakat Kelantan.

Sebaliknya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu tidak bermaksud kerajaan negeri menggalakkan mereka supaya berpoligami.

Nik Aziz berkata pendekatan itu lebih kepada usaha mencari kedamaian pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin lebih daripada satu supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga apabila mereka merahsiakan sesuatu perkahwinan.

"Kita tidak galakkan lelaki berpoligami, tetapi ia bertujuan mencari kaedah bagaimana perkahwinan poligami itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan tidak menimbulkan masalah kepada pasangan terbabit, kerana ia adalah sesuatu yang sensitif baik bagi lelaki atau wanita," katanya.

Nik Aziz bagaimanapun berkata kerajaan negeri belum dapat menerangkan apakah bentuk insentif yang bakal diberikan itu.

Katanya, cadangan kerajaan negeri ini bukan sahaja tidak dihalang oleh agama, malah kaedah itu boleh membantu anak dara tua atau janda berkahwin dan mendapat pembelaan suami.







UTUSAN ENGGAN MINTAK MAAF... KITA DEMO ESOK

Posted: 22 Jun 2011 10:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "keras kepala" kerana enggan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam ekoran tindakannya menyiarkan karikatur didakwa menghina agama Islam, 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Nasrudin Hasan, pihaknya kesal dengan tindakan akhbar milik Umno itu kerana mengambil pendirian seolah-olah "tidak bersalah" dalam perkara tersebut.

Tegas beliau, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Utusan Malaysia telah tamat kelmarin dan pihaknya akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara esok.

"Sehingga hari ini kita masih belum menerima apa-apa pemohonan maaf daripada Utusan Malaysia dan kita kesal dan kecewa dengan keangkuhan yang ditunjukkan Utusan Malaysia seolah-olah mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.

"Melihat tindakan Utusan Malaysia ini saya percaya rakyat boleh menilai bagaimana media ini berperanan dengan mewujudkan banyak kekeliruan sama ada dalam hal agama atau perkauman.

"Oleh itu, kami akan mengadakan demonstrasi di setiap negeri bagi menunjukkan sikap dan pendirian kami dalam hal ini yang mana Utusan Malaysia ini angkuh, degil dan keras kepala," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Kata Nasrudin, pihaknya akan mengarahkan Pemuda PAS setiap negeri untuk mengadakan demonstrasi esok.

"Kita akan adakan demonstrasi ini selepas solat Jumaat dan saya akan arahkan Dewan Pemuda PAS negeri untuk turun bagi mengatakan pendirian kita.

"Kita tidak akan jumpa lagi Utusan Malaysia, kita telah jalankan tanggungjawab kita... lagipun buang masa sahaja kalau jumpa Utusan Malaysia, mereka tetap begitu," katanya.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 23 Jun 2011 01:13 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Ceramah

Posted: 23 Jun 2011 08:33 AM PDT

Anda di jemput hadir ke program ceramah bersama Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat pada tarikh, tempat dan masa yang tertera di atas. Mohon dapat di panjang-panjangkan maklumat tersebut kepada yang lain.

Semua Diseru Jayakan Bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 08:27 AM PDT

Semua ahli dan penyokong PAS diwajibkan hadir dalam himpunan BERSIH bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Berparlimen.

Himpunan demonstrasi aman ini bukanlah perkara baru dalam konteks negara. Selepas PRU ke 12, UMNO ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding PR. Apa yang menarik demo ini dikawal oleh polis tanpa ada prokasi. Ia berjalan dengan aman. Bawa kepala lembu, bakar gambar, bakar bendera dan istihar perang khususnya anjuran PERKASA, seolah-olah sebuah badan yang mempunyai kekebalan.

PAS mengucapkan tahniah kepada kebebalan PERKASA yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi, kerana ini tentulah memudahkan polis untuk menahan mereka yang melakukan provokasi. Kalau yang buat provokasi tentulah PERKASA, tapi jangan terkejut kalau yang kena tahan ialah PAS, PKR atau DAP.

PAS juga mengalu-alukan penyertaan Pemuda UMNO yang akan ikut sama demo pada 9hb Julai nanti. Keberanian Khairy kali ini agak luar biasa, cabar polis dan sedia ditangkap. Cuma PAS hairan Pemuda UMNO sertai demo untuk menuntut apa? Kalau tuntutan kita atas 8 perkara, maka Pemuda UMNO nak tuntut apa?



Kata Khairy mereka menuntut penambahbaikan sistem Pilihanraya di Malaysia. Maknanya Pemuda nampaknya lebih faham berbanding UMNO tua yang berlindung di bawah dagu PERKASA.

Himpunan Bersih 2.0 Cetusan dan Hasrat Rakyat

Posted: 23 Jun 2011 08:25 AM PDT


PAS menganggap laporan Polis yg dibuat oleh Umno membuktikan mereka adalah golongan yg mempertahankan ketidakadilan dalam sistem politik negara. Bahkan mereka akan terus mempertahankan kebobrokan sistem ini bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka. Sepatutnya mereka melihat secara rasional kenapa himpunan ini diadakan. PAS ingin tegaskan bahawa Himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara. Pelbagai dialog, diskusi laporan polis dan SPRM telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pilihanraya umum di Malaysia.

Rakyat sepatutnya melihat kenapa himpunan ini diadakan. Ia bukan himpunan saja suka-suka bagi menimbulkan kegawatan, atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yg dibimbangi oleh orang ramai. Himpunan ini akan berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi dari pihak yg tidak bertanggungjawab. Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda PR kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik.

Tindakan Umno membuat laporan polis mencerminkan sikap dauble standard mereka kerana mutakhir ini merekalah menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri PR, sayang polis hanya menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum.

Sebenarnya pihak kerajaan mampu mengatasi himpunan ini dengan menerima tuntutan BERSIH kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanaskan. Kerajaan mesti sedar tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Kerajaan mesti menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat. Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat. Tujuan kami satu, demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara.




Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 23 Jun 2011 01:04 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 09:50 AM PDT

"KUALA LUMPUR, : Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.
Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.
"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.
"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."
"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya. -Hrkh

PANAS!!!!!!!! Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Luar Negara

Posted: 23 Jun 2011 09:48 AM PDT

KUALA LUMPUR  : Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

"Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal," kata jawatankuasa itu lagi.

"Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi," kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

"Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

"Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13," katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.

Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.-The Malaysian Insider

Bersih ..serentak diLuar Negara...sooo apa lagi..

Posted: 23 Jun 2011 09:47 AM PDT

uhhhhh rupanya dimana ada sekumpulan rakyat malaysia..akan mengadakan demo Bersih dihadapan pejabat kedutaan Malaysia....ohhh gitu..so apa lagi..rakyat Malaysia..kena Turun habis habisan...

Kempen Bersih 2.0 diadakan serentak di luar negara


KUALA LUMPUR, – Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.
"Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal," kata jawatankuasa itu lagi.
"Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi," kata beliau lagi.
Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).
"Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.
"Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13," katanya lagi.
Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.
Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.
Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.
Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.
Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.
Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.

Mazhab UMNO Cakap: Haram Jual T'Shirt BERSIH

Posted: 23 Jun 2011 09:44 AM PDT

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...
Pihak Polis memberi amaran kepada mana-mana individu atau Perniagaan yang menjual Baju BERSIH 2.0. Arahan ini dikeluarkan kerana Perhimpunan tersebut tidak mendapat sebarang permit setelah menerima beberapa laporan polis yang mendesak agar Perhimpunan tersebut dihentikan serta merta.

Pihak polis mengeluarkan arahan tersebut setelah seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur diberi amaran kerana menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai.

Amaran tersebut diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.
Ini 1Malaysia Baru...!!!

Jual T'Shirt yang tertera tulisan "BERSIH" hukumnya - Haram.

Jual atau edar VCD atau DVD Lucah - Halal

Ini Negara Babi..!

Bersih 2.0: Hadiah lumayan gambar provokasi terbaik

Posted: 23 Jun 2011 09:42 AM PDT


KUALA LUMPUR: Orang ramai di negara ini yang akan menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini berpeluang merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh PAS, sekiranya berjaya merakamkan gambar-gambar insiden provokasi terbaik yang dilakukan oleh pihak tertentu pada himpunan itu.

Tawaran tersebut dibuat bagi memberikan semangat kepada setiap pihak yang ingin hadir pada himpunan itu agar tidak takut dengan ugutan pelbagai pihak yang berusaha menghalangnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak berkenaan telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta.


Menurut beliau, tindakan tersebut mungkin akan turut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi.

Katanya, bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran oleh pihak-pihak terbabit, aksi-aksi mereka itu amat perlu dirakam untuk dijadikan tontonan semua pihak.

"Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," katanya pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, katanya, tetap akan diadakan walaupun cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan yang diadakan oleh rakyat untuk tujuan yang murni.

"Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata.

"Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai himpunan itu yang antara lain dikatakan akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut datangnya dari mereka yang tidak faham tentang demokrasi.

Dalam negara demokrasi, katanya, rakyatnya tidak dihalang dari mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan, apatah lagi setelah sistem pilihanraya di negara kita terbukti tempang sejak sekian lama.

"Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi.

"Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya.

Dakwaan seperti itu, katanya, adalah sebahagian dari usaha menghalang himpunan tersebut diadakan, tetapi Bersih dan rakyat negara ini sudah tidak akan berganjak dari keputusan untuk mengadakan dan menyertai perhimpunan itu, akibat sudah tidak tertahan dengan tindakan buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat selama ini khususnya dalam pilihanraya.

Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa.

Analisis : Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0..??

Posted: 23 Jun 2011 09:41 AM PDT

Apakah dia tuntutan penganjur Bersih 2.0 yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta Perkasa sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

 Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara maraton, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Najib Razak mahu menggunakannya bagi "mempertahankan" singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap Bersih 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk "bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai
perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, Perkasa dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Bersih 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Muhyiddin.

 Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

Bersih 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Ambiga Sreenevasan, seorang aktivis yang mendokong keluhuran Pelembagaan dan hak asasi manusia.


Benar, Bersih disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana :

1. Perhimpunan adalah secara aman

2. Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini

3. Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

Selepas 12 pilihanraya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih.

Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang PRU ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran Bersih 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi.

Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

Lebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

 Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-Barisan Nasional adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam , institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya , termasuk Suruhanjaya Pilihanraya.

Apakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan Bersih 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

Nostalgia Foto Bersih 2007 - Biarkan foto bicara !

Posted: 23 Jun 2011 09:40 AM PDT






Adakah Hishammuddin akan tangkap Dato’ Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?

Posted: 23 Jun 2011 09:38 AM PDT

KUALA LUMPUR,  – Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menangkap Dato' Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang terhadap kenyataan Hishammuddin yang mahu menangkap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Kit Siang berkata, Onn, datuk kepada Hishammuddin, bukan sahaja pengasas UMNO, malah beliau adalah antara pengasas awal demonstrasi secara aman di negara ini apabila mengadakan rapat-rapat umum menentang gagasan Malayan Union yang dianjurkan oleh penjajah British.

"Mengadakan perhimpunan aman adalah tunjang kepada hak asasi manusia, yang diperakui sekalian masyarakat dalam negara yang bertamadun," tambahnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan, pengendali dan penyokong Bersih 2.0 telah pun menyatakan komitmen mereka secara jelas bahawa perhimpunan tersebut dijamin dilaksanakan secara aman.

"Saya mahu bertanya Hisammuddin sama ada beliau sedang merancang dengan pegawai atasan polis untuk melakukan Operasi Lalang II yang melaksanakan penangkapan beramai-ramai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ?" katanya.

Tambahnya, soalan itu wajar ditanya kerana kebelakangan ini banyak amaran yang tidak perlu dibuat telah dikeluarkan oleh Hishammudin dan pihak polis yang seakan-akan mahu menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0.

Semalam, Hishammuddin dalam satu sidang akhbar, menyatakan bahawa beliau akan memanggil setiap wakil penganjur perhimpunan 9 Julai depan, iaitu Bersih 2.0, Pemuda UMNO dan Perkasa.

Menurut Kit Siang, kenyataan Hishammuddin adalah tidak wajar dan menghina kerana meletakkan Bersih setaraf dengan kumpulan ultra Melayu Perkasa; niat utama Bersih ialah pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik manakala Perkasa menentang niat murni Bersih dan hanya mahu menimbulkan kekacauan.

Katanya apa yang harus dilakukan polis dan Kementerian Dalam Negeri ialah menangkap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang telah mengeluarkan kenyataan yang sangat kasar, menghina kaum dan tidak bertamadun, yang bertujuan menimbulkan huru-hara bagi menggagalkan aspirasi rakyat yang mahu pemulihan demokrasi negara.

Beliau juga mahu Hishammudin membantu menjayakan perhimpunan aman Bersih itu daripada menggunakan jentera kerajaan untuk mencengkam kebebasan berdemokrasi di Malaysia.

Lagi Diugut Lagi Ramai Yang Akan Sertai Himpunan BERSIH

Posted: 23 Jun 2011 09:36 AM PDT


Bersih: Perhimpunan tetap dijalankan meskipun diugut bunuh dengan sms

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 tetap akan dijalankan meskipun beliau bersama beberapa orang anggota BERSIH yang lain berdepan dengan ugutan bunuh yang disampaikan melalui pesanan ringkas (sms).

Ambiga mengakui bahawa dirinya tidak terkejut dengan ugutan yang diterima, "tapi sangat kecewa kerana seorang warga Malaysia bertindak untuk mengugut seorang lagi warga Malaysia. Hanya kerana hasrat kami untuk mengadakan satu perhimpunan yang aman. Perhimpunan kami adalah aman. Saya amat kecewa."

"Untuk kami, kami akan menjalankan perhimpunan ini dengan aman dan bertanggungjawab, tiada kena-mengena dengan perkauman. Pada hakikatnya ini adalah usaha bersama dari pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, untuk menggerakkan reformasi sistem pilihan raya. Mereka yang mengugut kami, saya berharap mereka akan berdepan dengan kuasa undang-undang. Kami hanya boleh mengawal perkara yang boleh kami kawal."

Beliau juga berkata, tiada alasan untuk dirinya berasa takut selagi polis menjalankan tugas mereka. Ambiga (gambar kanan), bersama beberapa rakannya dalam BERSIH, termasuk Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar yang menerima sms ugutan semalam, membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada tengah hari ini. Mereka ditemani kira-kira 40 orang aktivis sosial, termasuk pertubuhan mahasiswa sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin BERSIH.

Ambiga berkata beliau menyerah kepada polis untuk menyiasat siapakah pelaku di sebalik ugutan ini, dengan nombor telefon yang digunakan untuk menghantar sms ugutan bunuh tersebut. Beliau menyeru agar semua orang bertenang, dan mereka yang diugut telah mengambil langkah yang sebaiknya untuk melindungi diri.

Ugutan perbuatan pengecut

Maria Chin Abdullah (gambar kiri) yang menerima sms ugutan pada jam 12.41 tengah malam mencabar agar pelakunya tampil untuk berdepan dengan BERSIH, bukannya menyembunyikan diri dan menghantar sms.

"Saya menganggap ia sukar diterima, kerana sms ini bukan sahaja mengancam nyawa, tetapi sarat dengan kenyataan perkauman. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini harus berani untuk tampil dan berbincang dengan kami. Seandainya anda tidak gembira dengan apa yang kami lakukan, beritahu kami, masalah anda."

"Kami dalam BERSIH berbuat demikian demi reformasi pilihan raya, malah kami mempunyai bukti penyelewengan pilihan raya. Bincanglah dengan kami, dan bukannya menjadi pengecut dengan menghantar sms sedemikian kepada saya, nak mengancam nyawa seseorang manusia. Kami tiada kena-mengena dengan keganasan, perhimpunan ini tiada kena-mengena dengan keganasan, dan kami tidak mahu respon dengan keganasan. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini, sila hentikan, berbincanglah dengan kami berani," kata Maria Chin.

Wong: Makin ramai makin aman

Dalam satu sidang media selepas laporan polis, Wong Chin Huat (gambar kanan) berkata, "Pendirian saya atas isu ini ada tiga. Pertama, ini menunjukkan keganasan berada di belakang pilihanraya yang kotor. Kita tidak dapat mendukung keamanan tanpa menentang pilihanraya kotor."

"Kedua, BERSIH adalah satu pergerakan yang aman, kita akan teruskan, pihak kami mengalu-alukan jaminan Menteri untuk menjalani penyiasatan dan sebagainya. Adalah penting untuk menunjukkan kepada semua bahawa keganasan tidak ada tempat di negara ini. Keganasan tidak bertaktah di negara ini, kalau tidak pelabur asing akan meninggalkan negara ini."

Wong meneruskan, "Ketiga, (saya) ingin tegaskan bahawa perhimpunan 709 akan dijalankan secara aman, dan semakin ramai yang sokong semakin aman (perhimpunan), kerana pihak polis sudah pasti akan memberi kerjasama kerana cukup rakyat Malaysia yang datang ke hadapan untuk menolak keganasan dan pilihanraya yang bersih."


Teks asal sms yang dikirim melalui nombor 01119732179 adalah, "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua."

kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."


Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memandang serius kejadian ugutan sms ini, malah akan mengarahkan polis agar siasatan dijalankan ke atas pihak yang menghantar sms berbaur ugutan tersebut.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.


Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. -HD

Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan

Posted: 23 Jun 2011 09:33 AM PDT


Di antara perkara yang disentuh agak kerap oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu di ibu negara dua minggu lalu ialah peri pentingnya jentera parti mempergiatkan usaha dan aktiviti memasyarakatkan PAS. Walau pun beliau tidak menyebutkan kalimah tersebut secara khusus, intipati hasrat itu terakam dalam beberapa bait ucapannya.

"Semua Dewan dan aktiviti PAS Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70% tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu PAS bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan (menyokong parti mana) dalam pilihan raya yang akan datang nanti," baca ucapan itu.

Tidak syak lagi penegasan Tuan Guru Presiden ini mengambilkira hakikat bahawa dalam sistem politik demokrasi, rakyat adalah hakim. Di tangan merekalah kekuasaan sebenar menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.

Hak dan kuasa mereka untuk memilih siapa atau parti mana bukan sahaja terjamin menurut sistem digunapakai, malah turut menjadi bahan percaturan pihak-pihak yang bertanding. Sebab itu mereka mesti dijadikan sasaran dan rebutan.

Pemikiran mereka perlu dikuasai. Kecenderungan politik mereka bukan sahaja mesti dijadikan bahan kajian, malah dijadikan asas kepada parti menyusun tindakan memujuk dan memaut sokongan mereka.

Akuilah bahawa setinggi mana pun hasrat dan keazaman sesebuah parti untuk mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan, ia tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan undian rakyat. Sebab itu fokus utama gerakerja parti semestinya dihalakan ke arah mendampingi dan menambat hati mereka selaku pengundi.

Tugas dan tanggungjawab merealisasikan agenda itu terpikul di bahu semua pihak, sama ada pemimpin, ahli atau pendokong. Bagaimana pun secara praktikalnya pihak paling bertanggungjawab menjayakan hasrat ini ialah jentera di peringkat akar umbi.

Sebab itu Tuan Guru menyambung penegasannya, "manakala jentera di peringkat UPU (Unit Peti Undi) pula wajar mengalami perubahan drastik di atas peranan mereka yang semakin penting, terutamanya kerana merekalah yang setiap hari berada paling hampir dengan pengundi".

Justeru katanya lagi, menjadi suatu tanggungjawab bagi jentera di peringkat itu 'mengenali kesemua pengundi di lingkungan mereka seumpama mereka mengenali saudara-mara mereka sendiri'.

Gerakerja memperkenalkan PAS ke dalam masyarakat sebetulnya bukan terlalu asing dalam kalendar aktiviti parti, terutama di peringkat akar umbi. Contohnya, kita sering adakan ceramah terbuka yang boleh disertai segenap lapisan masyarakat. Surau dan markas parti kita juga tidak kurang dengan program kuliah dan ceramah agama saban minggu.

Namun itu belum cukup memesrakan PAS ke tengah masyarakat. Bahkan di sebilangan kampung atau lokaliti, penduduk merasakan seolah PAS masih asing, walau pun jarak rumah mereka dalam lingkungan berjalan kaki sahaja dengan markas atau surau tempat berkumpul orang-orang PAS setempat.

Inilah hakikatnya. Sebab itu kita kerap dimaklumkan ada kumpulan petugas muslimat PAS yang turun berkempen rumah ke rumah di waktu pilihan raya mendapat reaksi yang agak mengecewakan. Tidak sedikit antara mereka dilontarkan pertanyaan sinis, "kenapa tiba-tiba datang ziarah kami ni? Ada hajat besar barangkali?"

Puncanya ialah kerana selama ini, sejak entah berapa tahun atau sejak pilihan raya lalu, mereka tidak pernah dijengah oleh orang PAS. Malah sebilangan mereka tidak langsung pun ada interaksi dan perbualan dengan jentera parti, jauh sekali untuk mewujudkan perasaan mesra dan saling kenal-mengenali.

Seakan wujud benteng pemisah yang menghalang wujud kemesraan antara orang PAS dengan anggota masyarakat setempat. Barangkali kepimpinan tertinggi PAS menyedari dan menginsafi hakikat ini. Sebab itu, Ucapan Dasar Presiden PAS yang terbaru menggesa perubahan drastik menangani realiti ini.

Tuan Guru turut mengandaikan 'pendekatan ceramah terbuka kadangkala hanya berlegar di kalangan ahli kita sahaja'. Manakala kuliah-kuliah agama oleh para ulamak disifatkannya sekadar memenuhi program kebiasaan dan gagal 'mendepani isu-isu yang memerlukan ulasan kalangan ulamak terutamanya yang menyentuh suasana semasa'.

Di sana tersurat sudah hasrat dan arahan dari pemimpin tertinggi PAS. Pun begitu, apa-apa hasrat tidak selesai setakat slogan. Ia mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan gerakerja sebenar.

Begitu juga hasrat memasyarakatkan PAS atau menjadikannya parti yang mesra rakyat atau dilihat orang sebagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.

Justeru, selain membuktikan dalam kadar termampu di beberapa negeri dikuasai atau dikongsi perintahnya, ada baiknya PAS tidak perlu menunggu menjadi parti bergelar kerajaan untuk memula atau menyemarakkan aktiviti kebajikan dalam masyarakat.

Untuk itu, aktivit-aktiviti menjurus ke arah itu sepatutnya tidak sekadar memenuhi kalendar tahunan di musim tertentu, seumpama di ambang Idulfitri atau menjelang bermulanya penggal baru persekolahan sahaja. Lebih teruk lagi sekiranya ia hanya menjadi agenda bermusim di saat kempen pilihan raya berada di kemuncak.

Nilaian keutamaan menyusun program parti perlu diubah. Agenda kebajikan perlu dijulang.

Jom Pakai Kuning 25 Jun 2011 dan 2 Julai 2011 ! Panaskan badan dulu…

Posted: 23 Jun 2011 09:30 AM PDT

Kita ikut arahan Presiden

Posted: 23 Jun 2011 09:29 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. 

Najib peralat suara esktrim untuk halang Bersih

Posted: 23 Jun 2011 09:28 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalat suara ekstrim untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan, kata Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil.
"Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.
"Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai," katanya.
Beliau mengulas ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan yang menerima ancaman berhubung perhimpunan berkenaan.
"Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini," kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan parlimen hari ini.
Merujuk jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan sistem biometrik, Anwar berkata ia bercanggah dengan jawapan yang diberikan menteri di parlimen.
"Jawapan Menteri berbeza dengan kenyataan SPR. Pengerusi SPR kata ia (sistem biometrik) telah dijalankan. Menteri kata ia sedang diteliti dan akan dirujuk kepada jemaah Menteri.
"Persoalannya, siapa yang minta sistem biometrik ini?," soal Anwar.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tuntuan Bersih 1 yang masih tidak dilaksanakan, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar undi, tempoh kempen yang saksama dan status 'care taker goverment'
Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menelan kos sebanyak RM1.18 bilion merupakan bukti jelas penyelewengan jentera kerajaan, selain sekatan terhadap media oleh Barisan Nasional.
"Kita membuktikan rasuah dan penyelewengan. Kenapa SPR diam apabila kerajaan pusat membelanjakan RM 1.18 bilion. Kita telah senaraikan apa yang dimaksudkan melalui memorandum dan bukti-bukti. Mana SPR?" soalnya.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 23 Jun 2011 11:47 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PRESIDEN PAS ARAH SEMUA AHLI DAN PENYOKONG PAS SERTAI BERSIH

Posted: 23 Jun 2011 12:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.
 

KUNINGKAN SELUROH NEGARA PADA 2HB JULAI

Posted: 22 Jun 2011 06:59 PM PDT

E-mail Print PDF
Sebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai 'warm up' (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini.  Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Rasional seruan saya ini adalah sebagai 'warm up' (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, 2 Julai 2011 sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan ini.

Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 23 Jun 2011 11:47 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.  

Pakatan sokong Bersih, selar Najib berdiam diri

Posted: 23 Jun 2011 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.
Menurut mereka, usaha Bersih itu wajar dalam usaha memperbaiki dan membersihkan sistem pilihan raya di negara ini yang didakwa tempang.
"Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini," kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.
Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Pada sidang media sama, beliau turut menyelar sikap diam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terhadap ancaman yang dikeluarkan pihak-pihak yang membantah usaha murni Bersih itu.
Ianya termasuk ancaman dari pihak polis dan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu bertembung dengan pihak Bersih dengan membuat perhimpunan bantahan pada hari sama.
Beliau mendakwa sikap Najib itu membuktikan Perkasa dilindungi Umno BN untuk berhadapan dengan Bersih.
"Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrem yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.
"Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai," katanya.
Turut diselar termasuklah ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Mahfuz pula mendakwa tindakan kerajaan membiarkan ancaman terhadap Bersih itu menyebabkan ketakutan di kalangan pelabur.
"Saya anggap perbuatan kerajaan dan media arus perdana melakukan provokasi menakutkan orang ramai sebagai mensabotaj ekonomi negara," katanya.
Beliau juga tidak menolak bahawa trend ancaman itu serupa dengan keadaan pada tahun 1987 yang kemudiannya membawa kepada penangkapan pemimpin pembangkang dalam Operasi Lalang.

Dr Zainuddin Ibrahim SUK Kelantan baru

Posted: 23 Jun 2011 08:07 AM PDT

KOTA BHARU, 23 Jun: Setelah berkhidmat selama 33 tahun Dato' Mohd Aiseri Alias hari ini menamatkan tugasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Beliau yang akan bersara wajib 26 Jun ini mulai menjawat jawatan tersebut pada 10 Ogos 2004 menggantikan Dato' Tengku Shah Buddin Tengku Mohd Maasum.
Tempatnya diganti Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Dr Zainuddin Ibrahim.
Mohd Aiseri sebelum berada di kedudukan paling tinggi sebagai pentadbir kerajaan negeri memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Jajahan Tanah Merah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Dr Zainuddin yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan mula memikul tanggungjawab baru pada 27 Jun ini sebagai SUK ke-17.
Majlis serah tugas diadakan hari ini di Dewan Teratai Kota Darulnaim dengan disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri serrta Persekutuan.
Berucap pada majlis itu Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas peranan yang diberikan Mohd Aiseri dalam membangunkan kerajaan dan rakyat Kelantan.
"Banyak idea yang disumbangkan olehnya dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. Terima kasih yang tidak terhingga," katanya

Tuntutan Bersih selari dengan Islam

Posted: 23 Jun 2011 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini.
"Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno," jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti.
Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran.
Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan.
Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia.
Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut.
"Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian," katanya lagi.
Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam.
"Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib.
"Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam," ujarnya. 
Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya.
Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk "Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam".
Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS.
Utusan memetik kata-kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata "Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik."
Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.
"Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN.
"Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini," ujarnya.

Polis arah jangan jual baju Bersih

Posted: 23 Jun 2011 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 23 Jun 2011 11:37 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


CERAMAH UMUM

Posted: 23 Jun 2011 03:02 AM PDT

SELAMATKAN MALAYSIA HENTIKAN LYNAS


MOH KITA DATANG RAMAI-RAMAI!!!

Batu Gajah Mari

Posted: 23 Jun 2011 11:37 AM PDT

Batu Gajah Mari


Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 03:49 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya. -Hrkh

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Jun 2011 09:53 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 01:18 AM PDT



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3965-demo-seluruh-negara-bantah-utusan-esok

Polis arah jangan jual baju Bersih

Posted: 22 Jun 2011 11:11 PM PDT



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3962-polis-arah-jangan-jual-baju-bersih

Tanah runtuh semakin lebar

Posted: 22 Jun 2011 07:39 PM PDT



Sinar Harian 23 Jun 2011

CHEMBONG – Rata-rata penduduk di Taman Desa Chembong, di sini melahirkan rasa kebimbangan apabila terpaksa berhadapan dengan masalah tanah runtuh berhampiran loji kumbahan di taman perumahan berkenaan sejak sebulan lalu.

Malah, perasaan bimbang itu tidak mampu dibendung lagi apabila tanah runtuh berkenaan kelihatan semakin merbahaya dan mampu mengancam keselamatan kanak-kanak yang melalui kawasan berkenaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Chembong, Md Salam Sarip berkata, kemungkinan keadaan tanah runtuh itu semakin buruk susulan kekerapan hujan kebelakangan ini.

Menurutnya, walaupun pihak berkaitan sudah mengambil tindakan dengan menutup jalan dan meletakkan tanda kawasan larangan serta berbahaya, namun ianya masih belum dapat mengatasi perasaan bimbang penduduk lebih-lebih lagi bila melihat rekahan yang semakin membesar.

"Oleh itu, diharap pihak bertanggungjawab dapat memandang serius mengenai masalah ini dan berusaha untuk mengatasi masalah demi keselamatan penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi itu.

Md Salam berkata, sekiranya masalah itu masih berlanjutan, beliau berasa agak bimbang terhadap tahap keselamatan penduduk yang tinggal selang beberapa meter sahaja dari lokasi tanah runtuh berkenaan.

Katanya, masalah itu kini sudah menjadi buah mulut penduduk apatah lagi sehingga ke hari ini masih belum terdapat tindakan atau kerja-kerja memperbaiki tanah runtuh dilakukan.

"Bagi kita yang sudah dewasa, kita tahu akan bahaya tanah runtuh berkenaan. Namun, apa yang kita risaukan kini adalah keselamatan kanak-kanak yang tidak memahami bahaya kawasan berkenaan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9219399.asp

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 23 Jun 2011 09:17 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG sponsor gotong royong surau:Orang campak batu kita campak buah

Posted: 23 Jun 2011 09:16 AM PDT

Inilah tempat JPrU yang calon N45 SELAT KLANG tidak dibenarkan masuk ke tempat mengundi pada PRU12 yang lalu oleh ketua cawangan UMNO di peti undi KPG KERETAPI.


Mudah-mudahan dirahmati Allah

Posted: 23 Jun 2011 08:15 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 23 Jun 2011 09:13 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan

Posted: 22 Jun 2011 09:33 PM PDT

Di antara perkara yang disentuh agak kerap oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu di ibu negara dua minggu lalu ialah peri pentingnya jentera parti mempergiatkan usaha dan aktiviti memasyarakatkan PAS. Walau pun beliau tidak menyebutkan kalimah tersebut secara khusus, intipati hasrat itu terakam dalam beberapa bait ucapannya.


"Semua Dewan dan aktiviti PAS Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70% tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu PAS bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan (menyokong parti mana) dalam pilihan raya yang akan datang nanti," baca ucapan itu.



Tidak syak lagi penegasan Tuan Guru Presiden ini mengambilkira hakikat bahawa dalam sistem politik demokrasi, rakyat adalah hakim. Di tangan merekalah kekuasaan sebenar menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.


Hak dan kuasa mereka untuk memilih siapa atau parti mana bukan sahaja terjamin menurut sistem digunapakai, malah turut menjadi bahan percaturan pihak-pihak yang bertanding. Sebab itu mereka mesti dijadikan sasaran dan rebutan.


Pemikiran mereka perlu dikuasai. Kecenderungan politik mereka bukan sahaja mesti dijadikan bahan kajian, malah dijadikan asas kepada parti menyusun tindakan memujuk dan memaut sokongan mereka.


Akuilah bahawa setinggi mana pun hasrat dan keazaman sesebuah parti untuk mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan, ia tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan undian rakyat. Sebab itu fokus utama gerakerja parti semestinya dihalakan ke arah mendampingi dan menambat hati mereka selaku pengundi.


Tugas dan tanggungjawab merealisasikan agenda itu terpikul di bahu semua pihak, sama ada pemimpin, ahli atau pendokong. Bagaimana pun secara praktikalnya pihak paling bertanggungjawab menjayakan hasrat ini ialah jentera di peringkat akar umbi.


Sebab itu Tuan Guru menyambung penegasannya, "manakala jentera di peringkat UPU (Unit Peti Undi) pula wajar mengalami perubahan drastik di atas peranan mereka yang semakin penting, terutamanya kerana merekalah yang setiap hari berada paling hampir dengan pengundi".


Justeru katanya lagi, menjadi suatu tanggungjawab bagi jentera di peringkat itu 'mengenali kesemua pengundi di lingkungan mereka seumpama mereka mengenali saudara-mara mereka sendiri'.


Gerakerja memperkenalkan PAS ke dalam masyarakat sebetulnya bukan terlalu asing dalam kalendar aktiviti parti, terutama di peringkat akar umbi. Contohnya, kita sering adakan ceramah terbuka yang boleh disertai segenap lapisan masyarakat. Surau dan markas parti kita juga tidak kurang dengan program kuliah dan ceramah agama saban minggu.


Namun itu belum cukup memesrakan PAS ke tengah masyarakat. Bahkan di sebilangan kampung atau lokaliti, penduduk merasakan seolah PAS masih asing, walau pun jarak rumah mereka dalam lingkungan berjalan kaki sahaja dengan markas atau surau tempat berkumpul orang-orang PAS setempat.


Inilah hakikatnya. Sebab itu kita kerap dimaklumkan ada kumpulan petugas muslimat PAS yang turun berkempen rumah ke rumah di waktu pilihan raya mendapat reaksi yang agak mengecewakan. Tidak sedikit antara mereka dilontarkan pertanyaan sinis, "kenapa tiba-tiba datang ziarah kami ni? Ada hajat besar barangkali?"


Puncanya ialah kerana selama ini, sejak entah berapa tahun atau sejak pilihan raya lalu, mereka tidak pernah dijengah oleh orang PAS. Malah sebilangan mereka tidak langsung pun ada interaksi dan perbualan dengan jentera parti, jauh sekali untuk mewujudkan perasaan mesra dan saling kenal-mengenali.


Seakan wujud benteng pemisah yang menghalang wujud kemesraan antara orang PAS dengan anggota masyarakat setempat. Barangkali kepimpinan tertinggi PAS menyedari dan menginsafi hakikat ini. Sebab itu, Ucapan Dasar Presiden PAS yang terbaru menggesa perubahan drastik menangani realiti ini.


Tuan Guru turut mengandaikan 'pendekatan ceramah terbuka kadangkala hanya berlegar di kalangan ahli kita sahaja'. Manakala kuliah-kuliah agama oleh para ulamak disifatkannya sekadar memenuhi program kebiasaan dan gagal 'mendepani isu-isu yang memerlukan ulasan kalangan ulamak terutamanya yang menyentuh suasana semasa'.


Di sana tersurat sudah hasrat dan arahan dari pemimpin tertinggi PAS. Pun begitu, apa-apa hasrat tidak selesai setakat slogan. Ia mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan gerakerja sebenar.


Begitu juga hasrat memasyarakatkan PAS atau menjadikannya parti yang mesra rakyat atau dilihat orang sebagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.


Justeru, selain membuktikan dalam kadar termampu di beberapa negeri dikuasai atau dikongsi perintahnya, ada baiknya PAS tidak perlu menunggu menjadi parti bergelar kerajaan untuk memula atau menyemarakkan aktiviti kebajikan dalam masyarakat.


Untuk itu, aktivit-aktiviti menjurus ke arah itu sepatutnya tidak sekadar memenuhi kalendar tahunan di musim tertentu, seumpama di ambang Idulfitri atau menjelang bermulanya penggal baru persekolahan sahaja. Lebih teruk lagi sekiranya ia hanya menjadi agenda bermusim di saat kempen pilihan raya berada di kemuncak.


Nilaian keutamaan menyusun program parti perlu diubah. Agenda kebajikan perlu dijulang.

>UtaraOnline

Tapis internet untuk jaga moral atau rejim?

Posted: 22 Jun 2011 09:28 PM PDT

Ketika kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP, masih diraikan dan menjadi tumpuan media, kerajaan popular pimpinan Recep Tayyip Erdogan itu memulakan satu langkah penapisan internet, yang berpotensi menjejaskan imejnya di peringkat antarabangsa.


AKP kini memulakan langkah penapisan internet besar-besaran, melibatkan pendaftaran pengguna internet di negara itu untuk menguruskan penapisan, yang didakwa berasaskan alasan moral.


Hal ini semakin menjadi perhatian sehingga mendorong Presiden Abdullah Gul mengadakan satu pertemuan baru-baru ini dengan pengerusi ekskutif Google, Eric Schmidt yang menumpukan pada isu-isu antarabangsa melibatkan Google.


Penapisan internet menjadi isu sensitif dalam iklim dunia yang liberal dan menyaksikan soal-soal demokratik semakin menjadi topik utama.


Masa tindakan kerajaan AKP itu, yang dimulakan ketika dunia politik Asia Barat sedang menyaksikan kebangkitan rakyat, menimbulkan persoalan berhubung motif sebenar tindakan penapisan itu.


Sebelum ini, beberapa negara serantau termasuk Mesir melaksanakan sekatan internet ketika berlaku kebangkitan rakyat, untuk menyekat penyebaran maklumat yang negatif untuk rejim.


Walaupun alasannya moral, kuasa yang diperolehi boleh sahaja membenarkan sekatan terhadap penentangan kerajaan apabila sesuatu seperti kebangkitan disaksikan di rantau Arab berlaku di Turki.


Walau bagaimanapun, pendirian konservatif AKP dalam isu sosial boleh menjadi asas tindakan ini, yang disebut oleh Gul dan beberapa pemimpin lain sebagai usaha memelihara keluarga dan moral masyarakat.


Tindakan ini memperlihatkan realiti had kebebasan yang menjadi pegangan banyak pihak, walaupun melibatkan kerajaan yang dinilai ramai sebagai liberal dan demokratik.


Hal ini menimbulkan persoalan keperluan penapisan yang melibatkan moral, yang boleh mendapat sokongan ramai, terutama dalam masyarakat konservatif.


Di Malaysia, soal penapisan internet juga menjadi soal sensitif yang menuntut pengimbangan antara soal moral masyarakat dan sekatan maklumat oleh rejim pemerintah.


Laman lucah dan bahan-bahan yang negatif mempunyai sebab yang kuat untuk disekat, kerana pelbagai kepentingan melibatkan masyarakat.


Walau bagaimanapun, isu ini masih dinilai kontroversi yang menghalang kebebasan oleh sesetengah pihak dengan mengatasnamakan kebebasan.


Soal penting di sini ialah ciri yang ditentukan untuk mengawal akses internet yang dikait dengan moral itu, satu ciri yang mempunyai sifat yang jelas berbanding isu politik yang terbuka untuk ditafsir oleh pihak yang berkuasa.


Rejim Zionis hancurkan rumah-rumah di perkampungan Al-Khalil

Posted: 22 Jun 2011 09:23 PM PDT

Khamis, 23/06/2011 – Sepasukan pasukan Rejim Zionis (IOF) mengiringi jentolak mereka yang meranapkan khemah-khemah dan rumah-rumah di Kampung Bir Al-Ad yang terletak di timur Bandar Yatta dan selatan Bandar Al-Khalil pada Isnin lalu.


Sumber tempatan berkata jentolak-jentolak IOF meranapkan rumah-rumah serta khemah-khemah yang dihuni 3 keluarga besar sehingga menyebabkan puluhan mereka kehilangan tempat berteduh. Kata sumber itu lagi, pasukan IOF sering mensasarkan kawasan penduduk Palestin yang terletak di timur Yatta dan setakat beberapa bulan kebelakangan ini telah meranapkan berpuluh-puluh buah rumah serta infrastruktur mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

PAS Kawasan Setiu

Posted: 23 Jun 2011 09:05 AM PDT

PAS Kawasan Setiu


Presiden PAS Menyeru Semua Ahli PAS Dan Penyokong Menyertai Himpunan Bersih 2

Posted: 23 Jun 2011 01:25 AM PDT

Pemuda PAS Merbok

Posted: 23 Jun 2011 07:58 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


UST FADZIL DALAM INGATAN

Posted: 22 Jun 2011 11:58 PM PDT

Hari ini genap 8 tahun pemergian almarhum Ust Fadzil Noor. Ust Fadzil telah menuju ke tempat rehat di sisiNya pada 23 Jun 2002, di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.
Jenazah pejuang sejati ini telah disemadikan di bumi barakah Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Tempat ini menjadi pilihan kerana telah diwasiatkan oleh almarhum sendiri.

Sudah pastinya tidak ada ahli PAS yang tidak merindui Ust Fadzil. Muktamar PAS Pusat yang baru sahaja berlangsung awal bulan lalu, sentiasa mengingatkan para perwakilan dan para hadirin kepada semangat dan jasa almarhum.

Himpunan BERSIH yang bakal berlangsung 9 Julai nanti juga mengingatkan kita kepada almarhum. Ust Fadzil juga sentiasa bersama dengan ahli dan penyokong PAS dalam setiap demonstrasi aman yang telah diadakan sebelum ini jika beliau tiada keuzuran.

Untuk menyingkap kembali sejarah hidup dan kisah-kisah perjuangan beliau, ia pasti akan menyentuh jiwa setiap ahli PAS yang sedang menyambung perjuangan yang telah ditinggalkannya.

Ingatan terhadap almarhum Ust Fadzil tak pernah luput dari ingatan dan jiwa para pejuang Islam di Malaysia.

Doa kami, semoga ustaz terus damai di sana. Kami akan menyusul ustaz setelah perjuangan kami di sini diterima oleh Rabbul Jalil.

Interaktif Bunut Payong

Posted: 23 Jun 2011 07:31 AM PDT

Interaktif Bunut Payong


Lawatan Kerja ke Mesir

Posted: 22 Jun 2011 10:58 AM PDT

Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke bangunan Wisma Sultan Muhammad V bagi meninjau kerja – kerja terakhir sebelum perasmian diadakan. Turut mengiringi Dato' Takiyuddin penolong pengarah YAKIN Haji Faizal Bin Jusoh serta pegawai di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu Islam.

Satu perbincangan Dato' Takiyuddin dengan Ahmad Attal pengerusi syarikat Attal Brother diadakan pada hari ketiga, perbincangan berkisar tentang persiapan sebelum diduduki oleh pelajar. Beberapa perkara telah disuarakan oleh Dato' tentang kekurangan yang terdapat pada wisma tersebut. Pihak syarikat bersetuju untuk membaiki dan menunaikan permintaan Y.B Dato'.

Manakala sebelah malam satu pertemuan diadakan antara wakil persatuan, pegawai kebajikan Kelantan dan Dato' Takiyuddin mengenaikan majlis perasmian dan etika penghuni asrama. Perkara – perkara yang dipersetujui dalam perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah YAKIN pada minggu hadapan.

Pengikut