Pakatan Rakyat |
Posted: 23 Jun 2011 03:50 PM PDT Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 23 Jun — Pelantikan bekas ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Ir Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu, didakwa bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan pekeliling perkhidmatan 2008. "Prosedur pelantikan ketua pengarah yang baru dan pertukaran ketua pengarah (sedia ada) ke CIDB tidak betul, sebab belum wujud kekosongan sedangkan ketua pengarah yang baru sudah dilantik," kata Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR Zulkifli Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini. Ditanya maksud tidak wujud kekosongan, Zulkifli berkata, jawatan ketua pengarah 'masih kekal' sebab penyandangnya — Judin — tidak meletakkan jawatan atau mengosongkan kedudukannya. Selain itu kata beliau, surat pelantikan ke jawatan baru dan pertukaran Judin ke CIDB tidak dikeluarkan lagi. "Apa yang kami tahu, Datuk Seri Judin hanya ditawarkan satu jawatan baru, tawaran sahaja bukannya pelantikan baru, dan beliau juga telah menolak jawatan baru itu... jadi beliau kekal di bilik yang sama dan tidak ke CIDB (sebagaimana dilaporkan sebelum ini)," katanya. Pelantikan Judin itu juga dikatakan tidak mengikut prosedur kerana pekeliling 2008 menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak iaitu pihak peminjam dalam kes ini CIDB, penyedia (JKR) dan pegawai yang terbabit terlebih dulu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Perkembangan terbaru ini didakwa mencetuskan kerumitan dalam pengurusan JKR, yang sesetengah pihak mendakwa wujud kerana tekanan politik di Kementerian Kerja Raya. Berikutan itu, Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja (MBJ-JKR) menuntut supaya Cuepacs, selaku badan induk kesatuan sekerja awam, berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ia diselesaikan berasaskan prosedur dan pekeliling itu bagi memelihara maruah serta kredibiliti pegawai sektor awam. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda ketika dihubungi memberitahu, "kita sedia maklum akan perkara itu dan kita akan mengadakan mesyuarat tertinggi Cuepacs petang ini di ibu pejabat Cuepacs di Kuala Lumpur." "Dalam mesyuarat itu nanti kita akan putuskan pendirian kita dan bagaimana cara untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Buat masa sekarang, saya tidak boleh nak cakap apa-apa, kita tunggu mesyuarat dulu," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam suratnya kepada Cuepacs, yang dipetik Berita Harian hari ini, gabungan lima kesatuan sekerja dalam JKR itu juga berharap Najib dan SPA dapat menamatkan konflik pelantikan Ketua Pengarah JKR yang sudah berlarutan hampir dua bulan. Mesyuarat bersama MBJ-JKR di Langkawi semalam turut mengambil ketetapan supaya Cuepacs yang memayungi 1.2 juta kakitangan sektor awam, menjadi orang tengah menamatkan konflik berkenaan. "Baru-baru ini berlaku pertukaran Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim ke CIDB tanpa persetujuan beliau. Perkara ini menjadi gawat apabila pengganti beliau sudah pun dilantik ketika jawatan berkenaan belum dikosongkan," menurut surat itu. Semalam, beberapa akhbar dan The Malaysian Insider melaporkan seolah-olah wujud dua ketua pengarah di JKR. Perkara itu turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar di Parlimen kelmarin. Laporan media yang memetik Ketua Pengarah JKR yang baru Datuk Mohd Noor Yaacob berkata, isu dua nakhoda satu kapal tidak timbul dalam JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik pada 1 Mei lalu walaupun Judin enggan mengosongkan biliknya. Mohd Noor yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II berkata, beliau mula menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah sejajar dengan surat pelantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya mulai 1 Mei menggantikan Judin yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB pada tarikh yang sama. MBJ-JKR juga berharap Cuepacs mengambil tindakan susulan memperbetulkan keadaan, sekali gus memastikan proses pertukaran dan peminjaman pegawai dilaksanakan dengan betul serta telus mengikut prinsip dan lunas yang digariskan pekeliling perkhidmatan 2008. "Kami juga amat berharap SPA yang sepatutnya sebuah badan bebas bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam, berperanan secara bijaksana dan sewajarnya bagi menangani masalah itu. "Senario yang sedang berlaku dalam JKR mudah-mudahan tidak merebak ke kementerian, jabatan atau agensi lain. Kemurnian tindakan yang diambil secara berhati-hati dan berhemah dengan menghormati hak penjawat awam perlu, seiring dengan konsep 1Malaysia," menurut surat tersebut. Selain Zulkifli, surat kepada Cuepacs ditandatangani Naib Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia Sumardi Ali, Setiausaha Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan Wilayah Persekutuan Hashim Mahmud dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air Sayuti Dollah dan Katoman Sukiman mewakili Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |||||||||
Posted: 23 Jun 2011 03:35 PM PDT | Awas, 3 Produk Tradisional Mengandungi Racun Berjadual! Posted: 23 Jun 2011 06:53 AM PDT Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR - Tiga produk perubatan tradisional iaitu Mistura Zhike, Chi Kat Pills dan Herbaios-Zuekertec Capsule didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan. | Pesanan untuk Jamil Khir & Che Mat Ali: Salah Guna Wang Zakat Dosa BESAR!!! Posted: 23 Jun 2011 05:00 AM PDT Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat. P/s: Kalau saya MALU! Tak tahu di mana nak sorok muka!!! | Presiden PAS Seru Ahli Sertai BERSIH 2.0 dan Majlis Peguam Sokong BERSIH 2.0 Posted: 23 Jun 2011 03:00 AM PDT Harakah Daily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0. "Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Sementara itu, Malaysia Kini melaporkan Majlis Peguam berkata kebebasan berhimpun adalah hak yang perlu bagi sesebuah demokrasi. Justeru, badan itu menyokong ketiga-tiga kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini. Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil kira perkara itu. Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menyekat perhimpunan dan mengingatkannya bahawa arwah datuknya, Datuk Onn Jaafar juga pernah turun ke jalanan atas nama demokrasi. "Perlu diingatkan bahawa Umno yang diketuai oleh Onn Jaafar, yang ketika itu presiden Umno, yang adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, pernah memimpin rakyat turun ke jalanan bagi memprotes pembentukkan Malayan Union. "Begitu juga dengan pemimpin Umno lain yang juga pernah turun ke jalanan, sebagai contoh menuntut kemerdekaan dan juga menyokong perjuangan Palestin," katanya. P/s: UMCO bertambah pening! Jangan lupa temu janji anda 9 Julai ini!!! | Demi Anak, Si Ibu Sanggup Berjalan Membawa Beban Sejauh 20 KM Sehari Posted: 23 Jun 2011 01:35 AM PDT Saya baca sebuah artikel menarik di laman Kaskus. Petikan berita itu tentang seorang ibu bernama Parti dari Desa/Kecamatan Bangsal Kabupaten Mojokerto. Berdasarkan keterangan berita, Parti sanggup berjalan dengan menuntun basikal tuanya sejauh 20 km untuk menjual barang rongsokan atau barangan terpakai. "Sehari lumayan mas, bisa mendapat Rp20 ribu hingga Rp.30 ribu.'' katanya sambil mengatur nafasnya yang kelelahan menuntun basikal dengan berat muatan puluhan kilogram. Rp 20-Rp30 ribu, anda tahu berapa jumlahnya dalam RM? Mungkin sekitar RM6-RM7. Apabila ditanya lanjut sebab dia sanggup berjalan sejauh 20 km dengan muatan yang cukup berat bagi seorang wanita pertengahan usia, dia menjawab, segala-galanya untuk keperluan empat orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Begitulah besarnya pergorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak. P/s: 29hb Jun 2011, genaplah setahun pemergian ibu saya (Hamidah binti Mohd Nordin) ke alam Barzakh. Walaupun setiap hari saya merinduinya, mengharapkannya masih berada di dunia ini, namun Allah lebih menyayanginya. Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat dan segala dosanya diampuni Allah. Kepada yang masih mempunyai ibu, sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati!
| Jual Baju BERSIH Macam Jual Barang "Salah"! Posted: 23 Jun 2011 12:58 AM PDT Macam-macam jenaka yang berlaku di Malaysia Darul UMCO. Malaysia Kini melaporkan bahawa seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0. Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0. Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang. Malah yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. "Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini? "Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya," kata Shamsul. Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang. "Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya. "Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning," katanya. P/s: Baru nampak baju sudha takut, belum lagi nampak ratusan ribu orang berarak tuntut pilihan raya yang BERSIH! | [Sadis&Tragis] Ibu Bakar Anak Cacat Posted: 22 Jun 2011 11:25 PM PDT Saya petik:
P/s: KEJAM!!! | Bahana FB: Isteri Curang-Ditangkap Khalwat-Diceraikan Suami Posted: 22 Jun 2011 09:40 PM PDT Saya petik:
Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.
Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan. Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar. Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk. P/s: Punca perceraian kerana FB. Hati-hati apabila menggunakan FB. Banyak sangat pasangan yang bercerai-berai kerana FB. Berita sebelumnya: P/s: Pengakuan si suami: ''Plaintif ialah ibu dan dia berhak ke atas anak saya, jadi dia bukanlah menculik Dhia Delisha, dia cuma mengambil Dhia Delisha tanpa memaklumkan kepada saya dan keluarga. ''Kami sangat bimbang dan bersedih ketika kejadian itu kerana selepas plaintif pergi meninggalkan saya dan anak-anak pada September tahun lalu, saya sendiri yang menjaga mereka.'' Cuba baca ayat yang saya merahkan itu! Mengikut keterangan, pasangan ini mempunyai anak berusia setahun. Si ibu meninggalkan anak berusia setahun? Si isteri meninggalkan suami kerana kemaruk cinta lain? Sekadar bertanya! | [Panas] BERSIH 2.0: Ambiga dan Pemimpin PR Terima Ugutan BUNUH! Posted: 22 Jun 2011 07:58 PM PDT Saya petik:
P/s: Siapalah pengecut lahanat yang kirim SMS ugutan ini? | Royalti Allahyarham Tan Sri P Ramlee Cecah RM200 Juta Posted: 22 Jun 2011 07:27 PM PDT Saya petik:
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan