Media berperanan penting dalam mencanang dan membuat propaganda bagi mengangkat dan menjatuhkan seseorang pemimpin atau parti politik. Media boleh mengubah persepsi seseorang daripada A kepada B. Begitulah sebaliknya. " Kita melihat Utusan Malaysia terus menjadi alat Najib dan sekutunya sekalipun ianya mengetahui tidak digemari oleh para pembaca. Tetapi oleh , kerana politik itu persepsi, mereka akan meneruskan usaha untuk mengubah persepsi masyarakat." Kata Mohamed Sabu ketika berucap dalam ceramah Pakatan Rakyat Batu Sapi.
Mohamed meminta hadirin membayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya PAS atau DAP yang lakukan
:- i. Menukar cuti umum di Johor dan Perlis dari hari jumaat kepada Ahad
ii. Menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat sedangkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus dibantu.
iii. Menukar biasiswa pelajaran kepada pinjaman
iv. menarik royalti minyak di Terengganu dan engan membayar royalti kepada Kelantan.
v. Tidak menambah kerusi Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya 2004
Semua ini dilakukan oleh UMNO BN. Rakyat seperti dapat menerima itu semua kerana persepsi baik rakyat kepada UMNO BN yang kononnya menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu.
Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tahap manupulasi dan kebebasan media Malaysia yang menduduki rangking ke 166, lebih teruk daripada Zimbabwe dan Myamar. " Persepsi juga menyebabkan rakyat ditakutkan dengan pengaruh DAP yang kononnya akan memerintah Malaysia. Mana boleh DAP memerintah Malaysia kerana DAP hanya bertanding 40 kerusi dan DAP bertembung dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, SUPP dan sebagainya. Di Kerusi Melayu, PAS dan PKR akan bertembung dengan UMNO.Ini bererti, kalau UMNO kalah, PAS dan PKRlah yang akan menang. Ia tetap Melayu." Jelas Mohamed Sabu.
Persepsi rakyat mesti diubah dengan usaha penerangan yang berterusan dan menyangkal tohmohan-tohmohan yang telah membentuk persepsi yang salah selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan