Jumaat, 21 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 21 Jun 2013 03:03 PM PDT

Himpunan esok: 200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat

Posted: 21 Jun 2013 05:00 AM PDT

Oleh Redzuan Shamsudin

KUALA LUMPUR : Rakyat diseru menjadikan himpunan Padang Merbok 622 esok sebagai hari bersejarah, kemuncak gerakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pengerusi Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat yang besar pada himpunan itu akan menjamin pilihan raya yang lebih baik pada masa hadapan.

perhimpunan-black-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat menyeru, kehadiran melebihi 250,000 bagi menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat benar-benar serius menuntut satu perubahan sistem.

"Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Hj Hadi, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

"Wakil-wakil rakyat dari Pakatan akan turut bersama-sama rakyat. Dijangkakan lebih 200 pemimpin Pakatan akan ke Padang Merbok," katanya.

Johari juga menegaskan keselamatan rakyat akan dijaga oleh anggota keselamatan Pakatan dan bantuan kecemasan serta perubatan kepada peserta perhimpunan turut disediakan oleh beberapa NGO.

"Pihak sekretariat akan menyediakan kawalan keselamatan sepanjang hari. Anggota Unit Amal PAS sebanyak 1,000 orang akan digerakkan bersama 400 AMK dan 200 DAPSY.

Thasleem-Mohd-Ibrahim

"Rawatan perubatan juga disediakan bagi peserta yang menghadapi kecemasan," katanya.

Selain itu, pihak sekretariat menyediakan 50 doktor, dua ambulan dan pondok perubatan pada 22 Jun. Bar Council akan menghantar peguam untuk membantu mana-mana peserta sekiranya ditahan polis.

Himpunan 622 akan bermula pada pukul 3 petang di Padang Merbok. Peserta akan mula berarak dari tempat berkumpul (check point) mereka pada jam 2.00 petang.

Terdapat 7 tempat berkumpul utama, iaitu Brickfields, Masjid Negara, Sogo, Jalan Pudu, Jalan Sultan, Universiti Malaya dan Sogo.

Check point di Pekeliling sebelum ini disatukan dengan     Sogo dan peserta di ibu negara diminta berkumpul di sana seawal pukul 12 tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.

Black 505 aman, bukan himpunan tentera Sulu

Posted: 21 Jun 2013 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR : "Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, himpunan itu dihadiri rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu.

"Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sejarah membuktikan himpunan Bersih, himpunan anti ISA, membantah PPSMI dan penyenaraian Felda Global Venture berakhir dengan aman walaupun kehadiran ratusan ribu rakyat.

"Sebiji pasu pokok bunga pun tidak ada yang pecah. Apa yang berlaku kekasaran di pihak polis, termasuk memukul pihak wartawan.

"Himpunan akan aman kalau tanpa provokasi daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Usah bazirkan wang rakyat, lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak cukup makan.

"Berapa banyak rumah orang miskin dapat didirikan. Berapa ramai orang miskin keperluan orang miskin dapat dibantu," ujarnya, dipetik Malaysiakini.

Beliau menambah, lebih baik wang sebanyak itu diguna membayar perisik untuk mengawal sempadan supaya tragedi pencerobohan tentera Sulu di Sabah tidak berulang.

Justeru, ujarnya PDRM perlu melihat mana keutamaan antara mengawal penceroboh atau mengganggu rakyat untuk berhimpun.

"Berilah peluang kepada rakyat untuk tunjuk rasa kepada SPR yang menjadi kuda tunggangan pemimpin BN," katanya.

Wan Ahmad bukti SPR jurucakap Umno

Posted: 21 Jun 2013 04:37 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Pakatan Rakyat adalah bukti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  hanya menjadi jurucakap Umno, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.

Beliau mengulas kenyataan  Timbalan Pengerusi SPR itu semalam yang mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat hipokrit kerana mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat, meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke 13.

Menurut Zakaria, keputusan pemimpin Pakatan sama ada mahu mengangkat sumpah atau tidak di parlimen, tiada kena mengena dengan bidang tugas SPR selaku pengendali pilihan raya.

"Harus difahami angkat sumpah dan pertikai keputusan PRU dua perkara berbeza," ujarnya menambah ahli parlimen Pakatan membuat keputusan tersebut selepas memikirkan kepentingan rakyat.

Sebelum ini katanya, Wan Ahmad turut menipu kononnya gambar kejadian Blackout pada pilihan raya 5 Mei lalu adalah palsu. Justeru katanya, Wan Ahmad perlu mengundurkan diri bagi membersihkan semula imej SPR yang semakin rosak.

"Daripada dia melalak macam pemimpin Umno, lebih baik dia meletak jawatan secara terhormat," katanya lagi.

Black 505: Polis sedia beri kerjasama esok – Rafizi

Posted: 21 Jun 2013 04:25 AM PDT

KENYATAAN MEDIA PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Mewakili gerakan rakyat #black505 yang menganjurkan Himpunan Aman #black505 Padang Merbok yang dijadualkan pada 22 Jun 2013, saya mengalu-alukan kenyataan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang mengesahkan bahawa pihak polis akan memberi sepenuh kerjasama untuk memastikan perhimpunan esok berjalan dengan aman.

Saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam.

Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat (walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya).

Kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari IPD Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu, seperti yang dilaporkan oleh laman FreeMalaysiaToday sebentar tadi.

Pada masa yang sama, sekretariat penganjur telah duduk berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.

Saya mengambil pandangan bahawa sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat. Oleh yang demikian, keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu.

Langkah-langkah berikut akan diambil oleh sekretariat dan pasukan perubatan sukarelawan bagi memastikan bantuan perubatan sokongan yang memadai:

1. Satu ibu pejabat markas perubatan akan dibuka di Padang Merbok. 4 markas perubatan sokongan akan turut dibuka di sekitar laluan di Kuala Lumpur ke arah Padang Merbok, iaitu di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Sogo dan Dataran Maybank.

2. Sebanyak 4 buah ambulan dan 5 motorsikal perubatan akan disediakan sekiranya ada keperluan untuk memindahkan pesakit terus ke hospital. Petugas bermotosikal akan memudahkan mereka bergegas ke kawasan yang memerlukan sokongan.

3. Keseluruhan kekuatan tenaga perubatan adalah sebanyak 55 orang termasuklah doktor, jururawat dan paramedik

4. Setiap markas perubatan akan dibekalkan dengan "automated external defibrillator" atau AED bagi operasi menyelamatkan nyawa (jika diperlukan) dan ubat-ubatan/kemudahan "drip"  bagi tujuan "advanced life support" (ALS)

Orang ramai yang mempunyai apa-apa masalah perubatan dan memerlukan bantuan boleh menghantar SMS ke nombor 010 277 2072 dengan maklumat berikut:

1. Bentuk kesukaran dan kecemasan (berapa orang yang terlibat di dalam kecemasan)
2. Di mana kecemasan berlaku (pastikan lokasi yang tepat)
3. Siapa yang perlu dihubungi di tempat kecemasan dan nombor

Saya percaya segala perancangan telah dibuat untuk memastikan perhimpunan #black505 Padang Merbok berjalan dengan aman.

Dengan persediaan polis dan bantuan sukarelawan perubatan, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun berkumpul bermula dari jam 12 tengahari esok. Sila bawa sekurang-kurangnya sapu tangan dan air mineral sebagai persiapan sekiranya masalah jerebu berpanjangan.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

Ahli Parlimen Pandan

Sahol jangan jadikan Uitm cawangan Umno – Dr Afif Bahardin

Posted: 21 Jun 2013 04:22 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Sahol Hamidi digesa tidak menyalahguna intitusi pengajian itu bagi memenuhi kepentingan politik Umno-BN.

Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengulas kenyataan Sahol yang mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar akhbar Utusan Malaysia, semalam.

Afif Bahardin

Menurut Afif, Sahol sepatutnya menumpukan usaha membangunkan intelektual pelajar serta menambah baik mutu dan pencapaian universiti itu agar dapat bersaing di peringkat global.

"Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang berpengaruh di negara ini," kata Naib Ketua Angakatan Muda KEADILAN Pulau Pinang itu.

Afif yang juga bekas pelajar Fakulti Perubatan UiTM berkata, terdapat pelajar mengadu sebelum ini bahawa kelas pengajian ditangguhkan dan mereka serta pensyarah diminta hadir ke 'kuliah Umno BN'.
"Pelajar dan pensyarah diminta mendengar kononnya kajian, sikap dan perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini kerja intelektual?," soalnya.

Justeru, beliau menegaskan supaya Sahol berhenti mengaitkan nama institusi itu dalam menzahirkan sokongannya terhadap Umno-BN.

"UiTM ditubuhkan atas kesedaran pimpinan di masa lalu untuk membantu golongan melayu yang berpendapatan rendah. Orang Melayu bukan Umno. Jangan jadikan UiTM satu lagi cawangan Umno-BN," tegasnya.

Penghargaan kepada wanita dan anak muda, kata speaker wanita pertama

Posted: 21 Jun 2013 04:17 AM PDT

Hannah YeohAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Hannah Yeoh telah memecahkan rekod wanita Malaysia, menjadi wanita pertama dan paling muda dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Yeoh mengatakan: "Ini adalah satu penghargaan bukan sahaja kepada wanita akan tetapi kepada kepimpinan anak muda."

Beliau merasakan diberi penghargaan untuk melakukan tugas itu

"Saya berterima kasih kepada semua yang mengundi saya dan saya memberi jaminan kepada semua Adun peluang untuk berdebat mengenai isu-isu kepentingan rakyat."?

Yeoh, 31 mengangkat sumpah sebagai Speaker pagi ini sementara Nik Nazmi Nik Ahmad, 31 yang merupakan Adun Seri Setia dilantik sebagai timbalan Speaker.

Beliau mengatakan rakyat yang telah meletakkan mereka di kedudukan itu. Jadi, mereka mesti menggunakan peluang ini untuk berkhidmat kepada rakyat.?

"Saya juga ingin berterima kasih kepada Speaker terdahulu, (Datuk) Teng Chang Khim untuk tunjuk ajarnya sepanjang minggu lepas," kata Yeoh.

"Teng juga memberikan nasihat yang saya selalu akan ingat. Beliau memberitahu saya 'jangan takut untuk melakukan perkara benar dan mengatakan tidak bila perlu'."

Menurutnya, tugasan utama sidang DUN Selangor pertama nanti adalah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

MCA selar bekas hakim kerana mainkan isu perkauman

Posted: 21 Jun 2013 04:15 AM PDT

MCA hari ini mengecam tindakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang dikatakan bermain dengan api apabila berulang kali menggesa supaya memansuhkan sekolah vernakular, terbaru gesaan sama dilakukannya pada forum dua hari lalu.

Menurut Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie kenyataan oleh Mohd Noor sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang yang profesional dan merupakan seorang bekas hakim.

"Saya berharap beliau mempunyai akal untuk berhenti daripada bermain dengan api," kata Heng dalam satu kenyataan hari ini.

"Mohd Noor tidak dinafikan adalah seorang pakar, oleh sedemikian beliau sepatutnya tahu dengan kenyataan ekstrem begitu ia hanya akan mengugat keharmonian kaum di Malaysia," tambah beliau lagi.

Menurut Heng, semua pelajar yang belajar di sekolah vernakular Cina tidak pernah mengabaikan pembelajaran bahasa kebangsaan, malahan sekolah tersebut semakin mendapat tempat di kalangan ibu bapa pelbagai kaum kerana peningkatan pelajar di sekolah vernakular.

"Hakikatnya kami dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa Malaysia adalah bukti kukuh kami tidak pernah mengabaikan bahasa kebangsaan.

"Malahan sekolah vernakular juga semakin popular dan diterima oleh semua dimana pelbagai kaum menghantar anak mereka ke sekolah vernakular... maka tidak wajar jika mahu menuduh sekolah vernakular mendorong kepada kaum dan perpecahan kaum," tegas beliau lagi.

Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada "pengkhianatan" dilakukan terhadap "setiakawan" dalam Pilihan Raya 2013.

Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu.

"Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

"Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," kata beliau.

Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Semalam,Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya sekolah vernakular dimansuhkan sebaliknya menggesa Putrajaya menfokuskan kepada perpaduan kebangsaan.

Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?".

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya merupakan Melayu-Muslim.

DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Ternyata Perpaduan Nasional Tajaan Umno Gagal

Posted: 21 Jun 2013 04:12 AM PDT

MSO

Mekanisme perpaduan nasional ciptaan Umno runtuh satu demi satu tanpa mencapai matlamatnya. Tampaknya idea atau pendekatan Umno yang lebih bersifat 'akulah yang betul dan kamu kena ikut aku' tidak mencapai sasaran dan menjadi kenyataan, Kebobrakan perpaduan atau solidariti di dalam BN yang diungguli Umno yang kalut hari ini membuktikan hakikat itu.Apa lagi yang Umno hendak jadikan alasan bahawa perpaduan yang diciptanya terbaik? Pengakuan dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan Mohd Noor Abdullah yang meminta orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu (baca Umno) yang mengorbankan tulisannya membuktikan akan kegagalan mekanisme perpaduan nasional Umno itu.

Katanya orang Melayu mengorbankan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu dengan menukarnya kepada tulisan rumi di mana penukaran itu menyebabkan tulisan yang menghampiri orang Melayu dengan tulisan Quran dan Hadith terhapus.

Menurutnya itu adalah pengorbanan besar orang Melayu (Umno) untuk mencapai perpaduan nasional. Alasannya kalau tulisan jawi itu tidak ditukar menyebabkan orang Cina dan lain-lain tidak dapat belajar bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu katanya orang Cina perlu bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu setiap hari sebagai membalas pengorbanan itu. Padangan demikian menunjukkan bukan saja kesilapan tetapi kecetekan akal orang Melayu dalam menilai hati budi dan budaya kaum lain.

Suara Mohd Noor itu bernada kesal dan kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh orang bukan Melayu (baca Cina). Ini tentunya implikasi daripada keputusan pilihan raya lalu di mana undi Cina tidak berpihak kepada Umno. Mohd Noor telah menjustifikasikan pandangan itu berpandukan pengundin lalu.

Semasa berucap dalam satu forum Mohd Noor menjelaskan Umno - orang Melayu telah melakukan pengorbanan melupuskan tulisan jawi dan ditukar dengan rumi kerana mengharap perpaduan dari kalangan orang Cina.

Malang pengorbanan itu tidak dihargai bila mana orang Cina tetap menulis dalam bahasa ibundannya. Kewujudan sekolah Cina dan sepanjang masa orang Cina mahu mahu mempertahankan sekolah mereka menjelaskan orang Cina tidak tunduk kepada kemahuan itu dan pengorbanan yang disebut Mohd Noor itu tidak pernah dihormati. Maka itu jadilah pengorbanan Umno itu sia-sia saja. Tidak memelikkan kerana orang Melayu sebenarnya terlalu berbudi bahasa dan suka menyanjungi tetamu dari orang sekampung.

Inilah kelemahan orang Melayu terutamanya pemimpin Umno. Mereka lemah mengenai psikologi dan antropologi dan buta pula mengenai sejarah serta bersikap diplomasi dan tolerasi dengan orang Cina yang akhirnya menyebabkan orang Cina jadi naik junjung. Seharusnya Umno kekalkan tulisan jawi dan mewajibkan sehingga orang Cina perlu mempelajarinya, bukan dengan melupuskan.

Tulisan jawi yang menjadi kebanggaan dan identiti orang Melayu dihapuskan dizaman Khir Johari menjadi menteri pelajaran awal tahun 70-an. Penghapusan itu diredai oleh Umno. Perhimpunan agung Umno selepas itu tidak serius membangkitkan perkara itu menyebabkan penghapusan itu diteruskan. Di sini sekali lagi pemimpin Umno dan juga ahli-ahlinyua tidak bersifat futuristik.

Kesilapan orang Umno dalam hal ini mereka tidak pernah membuat semakan kepada mekanisme-mekanisme perpaduan tajaan mereka seperti soal tulisan jawi itu. Mereka tidak pernah membuat penlaian apakah ia berkesan atau tidak. Dalam kata lain Umno tepengaruh dengan idealisme Barat yang melihat budaya dan ciri-ciri Islam itu sebagai sesuatu yang kolot dan pramitif.

Bercakap soal mekanisme perpaduan tajaan Umno ini bukan saja dalam soal penghapusan tulisan jawi tetapi banyak lagi pendekatan atau pengorbanan-pengorbanan kurba lain yang dilakukan Umno tetapi ianya sesia. Kalau boleh disebut Melayu juga membuat pengorbanan dalam bidang bahasa, kebudayaan, hatta agama Islam juga. Umno yang menjadi kerajaan lebih 55 tahun melakukan toleransi tinggi terhadap budaya dan agama sendiri serta meliberalisasikan kependidikan sehingga kabur tujuan dan matlamat hakikat.

Tolenrasi dalam apsek ini adalah pengorbanan Umno untuk mencapai perpaduan nasional. Kerana itu juga Umno sanggup berperang dengan parti pembangkang Pas yang obses kepada Islam. Umno dan Pas terpaksa ada kalanya berpatah arang dan berkerat rotan dalam soal ini semata-mata kerana hendak mewujudkan perpaduan nasional mengikut jalur Umno yang berdasarkan sekularisme. Penolakan Umno kepada undang-undang syariat adalah salah satu sebabnya kerana mengharapkan wujudnya perpaduan nasional dan sekaligus menunjukkan Umno tidak yakin dengan kesyumulan Islam.

Mengenai desakan atau keluhan dibuat oleh Mohd Noor itu ia mungkin sudah terlewat. Apakah Umno sedia untuk berpatah dan surut ke belakang memperbetulkan apa yang silap itu dan mengembalikan semula idenitti Melayu menerusi tulisan jawi itu? Apakah ianya tidak kontradik dengan gelombang transformasi Najib Razak?

Berpatah ke belakang itulah sebaik-baiknya, tetapi tindakan untuk mengembalikan semula tulisan jawi itu satu tindakan yang akan diketawakan oleh orang ramai. Nawaitu itu samalah dengan cuba mengajarkan kura-kura berjalan dengan cara memterbalikan belakang ke tanah. Dalam situasi orang bukan Melayu kian ampuh dengan berbagai kuasa, tidak mungkin untuk Umno surut ke belakang semula walaupun cara itu adalah terbaik.

Pun begitu sekiranya Umno dan orang Melayu seperti disuarakan oleh Mohd Noor itu berani, mereka boleh lakukan kerana tidak ada guna Umno terus melakukan pengorbanan sedangkan ianya tidak dinilai sebaik mungkin. Kalau Umno hendak berpatah balik bukan saja mengenai tulisan jawi, tetapi aspek-aspek lain juga yang masih boleh dilakukan seperti budaya, sistem pendidikan (dasar pendidikan) dan toleransi terhadap agama Islam juga perlu difikirkan semula. [wm.kl.8:01 am 20/06/13]

Orang cerdik juga begitu...

Bekas hakim kontroversi Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu yang merelakan bahasa mereka ditulis dalam skrip Rumi demi perpaduan kebangsaan.

Menurutnya, bahasa Melayu pada asalnya ditulis dengan huruf Jawi tetapi bagi memastikan ia mudah dipelajari semua kaum sebagai bahasa kebangsaan, orang Melayu merelakan ia ditulis dengan huruf Rumi.

"Pengorbanan ini perlu dibalas orang bukan Melayu dengan belajar bahasa Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu setiap hari," kata Mohd Noor (kanan) dalam syarahannya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, orang Melayu merelakan penukaran skrip itu walaupun ia berkemungkinan menjauhkan orang Melayu daripada al-Quran dan hadis.

"Kalau tulisan bahasa Melayu (dalam) Jawi, bagaimanakah orang Cina, India hendak belajar bahasa kebangsaan dalam Jawi? Oleh itu, bahasa Melayu menggunakan skrip atau tulisan Rumi.

"Ini adalah satu pengorbanan orang Melayu kerana apabila orang Melayu membenarkan bahasa kebangsaan itu menggunakan Rumi, maka jauhlah orang Melayu daripada tulisan Jawi, Al-Quran dan hadis yang semuanya menggunakan tulisan Jawi.

"Demi perpaduan, orang Melayu sanggup mengubah Rumi ke dalam bahasa Melayu," katanya.

Minta Campurtangan Tentera: KDN Cuba Takutkan Rakyat

Posted: 21 Jun 2013 04:07 AM PDT

KELAB GREENBOC

 

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tiada keperluan untuk tentera campurtangan dalam Himpunan Black 505 Sabtu ini dan dakwaan sedemikian sekadar cubaan menakutkan rakyat.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu.

"Saya tidak fikir pihak tentera akan campur tangan dalam himpunan ini nanti,"

"Kita percaya polis juga akan bertindak secara profesional kali ini, tiada keperluan untuk pihak berkuasa berkeras," katanya lagi.

Menjadikan himpunan KL112 sebagai contoh, Rafizi yakin suasana akan aman jika tiada sekatan dikenakan terhadap peserta himpunan.

"Adalah lebih baik pihak berkuasa membiarkan himpunan ini berjalan tanpa ada gangguan, kita telah buktikan himpunan lepas aman tanpa gangguan pihak berkuasa," ulasnya.

Amaran serupa pernah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Julai 2011 untuk mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan mengerahkan tentera bagi menangani himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, tiada sebarang penglibatan tentera mahupun tindakan ISA dikenakan ke atas penganjur atau peserta himpunan itu. -KD


Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.

Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

"Mungkin kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini," ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

"Bukankah negara ini meriah dengan pelbagai siri perhimpunan aman sejak dahulu lagi dan kesemuanya itu berakhir dengan aman tanpa sedikitpun pertumpahan darah?" tanya beliau lagi.

DPPWP menegaskan peserta perhimpunan bukannya pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.

Katanya, kesemua peserta himpunan hadir dengan santai bersama keluarga tanpa senjata.

Negara ini pula, ujar beliau bukannya berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera turun campurtangan.

"Salleh tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka," ujarnya lagi.

Tambahnya, semua pihak menghormati perlembagaan, undang-undang dan sistem pilihan raya yang diguna pakai di negara ini.

Bahkan, jelasnya pemimpin perhimpunan berikrar tidak akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya.

Menurutnya, rakyat hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya yang telah ditipu dan SPR perlu bertanggungjawab terhadap kesemua dakwaan ini.

"Rakyat hanya mahukan kerajaan mengambil langkah menangani segera isu penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya dengan rombakan terhadap SPR serta penambah baikan agar PRU14 dijalankan dengan adil dan bersih," katanya.

DPPWP mengharapkan, cadangan tersebut hanya tinggal cadangan dan tidak akan dilaksanakan menjelang himpunan Sabtu ini.

Katanya, rakyat menyanjung tinggi pasukan keselamatan terutama pasukan tentera yang begitu setia dan ikhlas berkhidmat untuk negara dan wajar tenaga mereka digunakan buat membendung jenayah dan pengganas yang menjadi ancaman sebenar kepada negara.- HD

DAP desak Akta Kualiti Alam Sekitar dipinda untuk hukum pesalah jerebu

Posted: 21 Jun 2013 04:01 AM PDT

Satu usul akan dikemukakan DAP sebaik sahaja sidang Parlimen dibuka bagi mendesak pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar untuk menghukum pihak tidak bertanggungjawab sebagai punca masalah jerebu, ia ekoran tuduhan Menteri Kanan Indonesia, Agung Laksono mengatakan syarikat Malaysia yang bertanggungjawab membakar hutan dengan sengaja.

Jerebu yang bermula di selatan tanah air kini sudah merebak ke Negeri Sembilan, dua kawasan di Johor iaitu Pasir Gudang dan Kota Tinggi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya pada 310 dan 313 masing-masing.

"Saya akan mengarahkan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching untuk mengemukakan cadangan tersebut melalui suatu usul segera di Parlimen minggu hadapan," katan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

"Undang-undang tersebut akan membenarkan Malaysia mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa yang beroperasi di Malaysia yang menyumbang atau bertanggungjawab atau pun memainkan peranan secara langsung atau tidak langsung dalam kebakaran merentas sempadan di Indonesia," tambahnya lagi.

Lim juga turut menggesa supaya kerajaan Indonesia sendiri mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat yang didakwa mereka sebagai punca pembakaran hutan tersebut, serta menggesa negara jiran tersebut menandatangani Perjanjian Southeast Asian Transboundary Haze Agreement (SEATHA).

"Indonesia harus bertanggungjawab penuh di atas kegagalannya memenuhi tuntutan antarabangsa kepada ASEAN dan Malaysia di bawah rancangan kerjasama pencemaran rentas sempadan ASEAN untuk mencegah jerebu," tegas Lim lagi, sambil mendesak Putrajaya untuk menekan negara jiran tersebut menandatangani perjanjian tersebut.

Masalah jerebu kali ini bukan yang kali pertama berlaku, malah Malaysia dan negara jiran lain terpaksa berhadapan sejak 20 tahun dulu dan hingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.

Malaysia telah mengalami dua jerebu teruk setakat ini, satu pada tahun 1997 dan satu lagi pada tahun 2005.

Pada September 1997, di saat indeks pencemaran udara di Sarawak melampaui paras 600, kerajaan terpaksa mengumumkan darurat, sehingga hanya farmasi, klinik, kedai dan perkhidmatan keperluan sahaja yang dibenarkan beroperasi, mengakibatkan kerugian ekonomi bernilai hampir $9 bilion di Asia Tenggara.

Bagi menangani masalah tersebut daripada terus merebak, Lim juga menggesa agar Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan pembenihan awan dengan segera di tempat-tempat yang paling teruk dilanda jerebu disamping memantau sebarang pembakaran terbuka.

Ekoran masalah jerebu yang melanda di Johor, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani memaklumkan bahawa 589 sekolah di Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian diarah tutup sehingga makluman lanjut diberitahu.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) juga memaklumkan jumlah kes pesakit akibat jerebu di negeri itu terutama masalah Upper Respiratory Tract (URTI) meningkat sebanyak 21 peratus minggu ini berbanding minggu sebelumnya.

Tahap IPU dikategori sebagai bahaya apabila bacaan mencecah 301 dan lebih, sangat tidak sihat (201 hingga 300), tidak sihat (101 hingga 200), sederhana (51 hingga 100) dan sihat pada kosong hingga 50.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pihak bertanggungjawab menggerakkan sistem pemantauan kesihatan bagi mengesan penyakit berkaitan jerebu.

Beliau turut menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.

Walaupun terdapat amaran terhadap masalah jerebu yang semakin parah, Pakatan Rakyat (PR) tetap berkeras akan meneruskan perhimpunan Black505 pada Sabtu ini.

"Menurut laporan API, Selangor belum mencapai tahap merbahaya 100 dan ke atas," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi semalam.

PMBOA: Penumpang bas enggan bayar 10 peratus surcaj akan dikenakan tindakan

Posted: 21 Jun 2013 03:58 AM PDT

Penumpang yang enggan membayar surcaj 10 peratus yang ditetapkan pengusaha bas sempena musim perayaan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) memberi amaran hari ini.

Presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali juga turut menegaskan tindakan sama boleh dikenakan terhadap mana-mana pengusaha bas yang mengenakan surcaj melebihi 10 peratus terhadap penumpang.

"Bagi meraikan semangat pada musim raya yang akan datang, saya menyeru kepada semua penumpang dan pengusaha bas untuk menerima 10 peratus surcaj yang dibenarkan oleh SPAD," katanya merujuk kepada agensi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam satu kenyataan hari ini.

SPAD sebelum ini mengumumkan kenaikkan tambang bas 10 peratus berkuatkuasa pada 8 Julai depan untuk tempoh musim perayaan pada Ogos.

Agensi pengangkutan itu berkata, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 September 2013.

SPAD juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.

"Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa boleh diambil terhadap mana-mana penumpang yang enggan membayar surcaj 10 peratus atau mana-mana pengusaha bas yang mengenakan lebih daripada 10% surcaj yang dibenarkan," kata Mohamad Ashfar.

Beliau juga turut menjelaskan, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya turut berkata tiada undang-undang yang menyatakan pengusaha bas mesti menjual tiket mereka lebih awal.

"lni merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh setiap pengusaha secara individu berdasarkan kepada model perniagaan mereka. Oleh itu untuk perjalanan semasa musim Raya pengusaha bas akan mula menjual tiket lebih awal berdasarkan model perniagaan mereka.

"Saya juga ingin memberi jaminan kepada semua penumpang bahawa pengusaha bas akan berusaha untuk memastikan bahawa adanya bas yang mencukupi untuk membolehkan semua orang pulang dengan selamat pada musim Raya akan datang," katanya sebagai jaminan dalam kenyataan berkenaan.

Banyak pihak sebelum ini membantah kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus seperti dituntut PMBOA, atas alasan ia membebankan rakyat terutamanya golongan pelajar dan menggesa perkara itu dikaji semula.

Turut difahamkan juga, tahun-tahun sebelum ini hanya bas tambahan sahaja yang dibenar mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus.

SPAD bagaimanapun dalam penjelasan mereka berlata, permintaan PMBOA itu mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan.

Mohamad Ashfar juga berkata, PMBOA telah mengadakan perbincangan secara terperinci dengan pihak SPAD berkenaan permintaan mereka, dan agensi itu turut menjelaskan kajian perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

"SPAD telah menjelaskan bahawa satu kajian terperinci perlu dijalankan dahulu untuk dikemukakan kepada Kabinet.

"Kabinet akan memberi kelulusan bagi sebarang kenaikan tambang bas ... Proses ini mungkin mengambil masa beberapa bulan," katanya.

Imigran dapat kerakyatan, jadi SU cawangan Umno

Posted: 20 Jun 2013 05:06 PM PDT

RCI SABAH Suruhanjaya siasatan diraja berhubung kes imigran hari ini diberitahu bahawa seorang warga Filipina yang memasuki Sabah menerima kad pengenalan biru dengan cara meragukan dan seterusnya menjadi seorang setiausaha Umno cawangan.

Shukur Abdullah, 53, berkata beliau tiba di Kudat bersama ibu saudaranya dengan menaiki bot pada 1976 sebagai seorang pelarian sewaktu konflik di selatan Filipina.

Setibanya di Kudat, Shukur berkata beliau memperolehi IMM13, satu dokumen untuk pelarian, selain pas bekerja dan seterusnya mengahwini seorang warga Filipina pada 1982.

Permohonannya untuk mendapatkan kad pengenalan hijau untuk taraf penduduk sementara ditolak namun cubaan keduanya, kali ini untuk mendapatkan kad pengenalan biru yang membawa taraf kewarganegaraan diluluskan.

"Saya menggunakan surat akuat dengan sokongan ketua kampung saya untuk permohonan itu," katanya yang menambah, beliau menerima kad pengenalan biru kurang setahun selepas membuat permohonan tersebut.

Larian Olimpik ditunda kerana jerebu

Posted: 20 Jun 2013 05:05 PM PDT

MALAYSIA KINI

Larian Hari Olimpik pada Ahad ini yang menggunakan Padang Merbok Kuala Lumpur ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ini.

Ia sekali gus dilihat membuka peluang kepada Pakatan Rakyat yang berkeras mahu menggunakan kawasan itu untuk perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di tempat itu pada Sabtu ini.

Sebelum ini, penganjuran larian itu - yang akan menggunakan kawasan itu bermula Sabtu - menjadi alasan penolakan permohonan Pakatan menggunakan tempat sama.

Penangguhan larian itu diumumkan di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penganjur dan McDonald's Malaysia sebagai penaja acara sukan itu.

"Sehubungan itu, setelah berbincang dengan MOM, kedua-dua McDonald's Malaysia dan MOM telah mengambil keputusan untuk menunda Larian Hari Olimpik yang dijadualkan pada 23 Jun 2013, memandangkan aktiviti luar yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan," menurut kenyataan itu.

Pengurusan jenama makanan segera popular itu juga mengumumkan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta, termasuk kanak-kanak yang dijangka menyertai acara itu menjadi keutamaan mereka.

Maklumat lanjut berhubung acara itu akan diumumkan kemudian.

NGO: 150 khemah akan terpacak di Padang Merbok

Posted: 20 Jun 2013 05:02 PM PDT

MALAYSIA KINI

Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.

NONEPemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.

"Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin)," katanya.

Persidangan sulung Parlimen untuk penggal ini akan bermula pada Isnin depan.

Dalam kenyataannya hari ini, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menegaskan, semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

"Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka," katanya.

Beliau juga mengundang orang ramai hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur untuk taklimat berhubung himpunan itu.

Aksi flashmob Black 505 capai target

Posted: 20 Jun 2013 05:00 PM PDT

Oleh EDY NOOR REDUAN

Di atas inisiatif SAMM, SMM dan kumpulan aktivis anak muda, gabungan NGO #SuaraRakyat505 menerpa kejayaan beberapa dalam aksi flashmob. Menjelang perhimpunan terbesar paling bersejarah melawan penipuan PRU pada 22 Jun nanti, kami mengambil peranan tersendiri untuk mobilisasi maksima.

Kejadian tangkapan di depan Sogo 15 Jun lalu tidak langsung memberi kesan kepada anak muda untuk meneruskan aksi Flashmob ke seluruh tanahair. Walaupun diberkas oleh anggota polis, digari dan berada dalam tahanan polis selama hampir lapan jam, ia tidak mungkin akan mematahkan semangat malah membangkit adrenaline menuju aksi sebenar 22 Jun 2013 di Padang Merbuk 

Setakat semalam, beberapa lagi flashmob telah berjaya dilaksanakan termasuklah di P.Pinang, Sg Besar Selangor dan semalam di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur. Namun salah satu venue iaitu di Kuantan mendapat tentangan hebat dari pihak polis hingga memaksa flashmob yang dimulakan beberapa minit terhenti.

Semalam ketika di Jalan Tun Perak juga terdapat lebih 30 orang polis berkawal. Flashmob diteruskan juga dan berakhir sejam kemudian dengan matlamat yang tercapai. Rahsia kejayaan kali ini ialah, memastikan mereka yang berkumpul memegang sepanduk tidak lebih dari empat orang. Setiap spot hanya disertai berempat dan terdapat 6-7 spot di sepanjang jalan Tun Perak.

Kami ingin menegaskan bahawa pada tarikh selain 22 Jun 2013, tidak ada sebarang perhimpunan jalanan dianjurkan. Hanya aksi spontan sambil menyampaikan ekspresi bantahan terhadap penipuan pilihan raya sambil mengolah persetujuan orang ramai. Flashmob bukan jenayah, tidak mengganggu, tidak merosakkan dan tiada peruntukkan undang-undang yang membenarkan perserta flashmob ditangkap

Cadangan PAS bersama Umno ibarat pungguk rindukan bulan

Posted: 20 Jun 2013 04:57 PM PDT

Oleh TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata

Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

PKR gantung pegawai bekas Exco kerajaan Selangor

Posted: 20 Jun 2013 04:45 PM PDT

PETALING JAYA: Kemelut berkaitan isu perlantikan Exco Selangor dari PKR masih belum reda dan menjadi lebih meruncing apabila ibu pejabat PKR mengambil tindakan mengantung keahlian Abdul Razak Ismail, pembantu khas kepada bekas Exco kerajaan Selangor, merangkap Adun Seri Andalas , Dr Xavier Jayakumar.

Tindakan PKR yang dilihat lebih drastik ini ada kaitan dengan penggugguran Dr Xavier sebagai Exco Selangor  baru-baru ini.

Dalam notis bertarikh 14 Jun 2013, oleh Datuk Tan Kee Kwong , Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR (yang juga ahli Parlimen Wangsa Maju) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dan seterusnya menggantung keahlian Razak serta merta  sementara menunggu laporan siasatan jawatankuasa disiplin tersebut.

Razak juga diberikan 10 hari untuk menjawab tuduhan  'bersikap biadap dan melemparkan kata-kata kesat melampau' terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejadian berlaku di mana lebih 80 orang ahli PKR berkumpul di hadapan kediaman Anwar  di Segambut pada malam 28 Mei 2013 yang lalu.

Dipercayai, kesemua ahli berkumpul di hadapan rumah Anwar kerana mereka mahu  Anwar campurtangan apabila mereka mendengar berita bahawa nama  Xavier  telah digugurkan.

Razak semasa dihubungi FMT mengatakan bahawa beliau terkejut dengan tindakan parti terhadap beliau.

Buang masa

Ujarnya lagi pucuk pimpinan  parti hanyalah  membuang masa membincangkan insiden tersebut yang dianggap "remeh temeh"  dalam mesyuarat Biro Politik ( sebuah badan pengubal dasar parti  yang  sangat berpengaruh dalam parti).

Tambah beliau, pucuk pimpinan seharusnya membincangkan agenda yang lebih besar berkaitan laporan terdapatnya 'campurtangan tangan-tangan ghaib'  yang menyebabkan pengugguran Xavier tersebut.

Razak juga berkata tindakan parti yang dilihat berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang laporan kertas putih siasatan yang telus dan terbuka terhadap perkara ini telah mengecewakan banyak pihak.

Beliau juga berpendapat bahawa  parti dilihat ingin mengalih perhatian ahli  dari kaum India yang begitu kecewa dengan kegagalan parti untuk melantik seorang Exco 'India' dari PKR.

"Mereka (ahli India) berkata bahawa mereka lebih selesa dan efektif berurusan dari dengan seorang pemimpin India dari parti sendiri daripada berurusan dengan Ganabathipathi Rao, seorang pemimpin India dari  DAP yang dilantik sebagai Exco Selangor baru-baru ini," kata Razak.

Beliau sudah jawab

Tegas Razak lagi beliau telahpun  menjawab notis tunjuk sebab tersebut beberapa hari yang lalu tetapi kesal kerana parti telah lebih awal "menghukum" beliau dengan menggantung keahliannya sedangkan beliau masih belum diminta hadir diri menjawab di hadapan panel  Jawatankuasa Disiplin tersebut.


Razak juga membidas  N Surendran dan R Sivarasa ( kedua-duanya duduk  di dalam Biro Politik) yang berdiam diri dan mengambil sikap membisu dalam isu pengguguran Xavier.

"Sekiranya ini lah sikap mereka tidak dapat mempertahankan nasib pemimpin "sebangsa" mereka yang dianiayai sedemikian rupa, bagaimana rasionalnya pula mereka mampu memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, Cina , Bumiputra Sabah dan Sarawak?" tanya Razak.

"Ini merupakan "test case" betapa lemahnya "solidariti dan persepakatan" pemimpin-pemimpin India dalam pucuk pimpinan  PKR yang lebih selesa dengan pendekatan " play safe" ( main selamat demi 'survival' politik masing-masing)."

Kata Razak lagi beliau menganggap "fail  Xavier" tersebut masih belum ditutup dan beliau akan terus memperkatakan serta membangkitkan isu tersebut di kalangan pimpinan akar umbi parti bagi mempastikan bahawa bekas majikan beliau mendapatkan layanan dan 'keadilan' sewajarmya dari parti.

Shamsudin pengganti Satim Diman

Posted: 20 Jun 2013 04:36 PM PDT

SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) diumum sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baru, menggantikan Datuk Mohd Satim Diman.
  
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pemilihan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang juga merupakan Pengerusi BN negeri ini.
  
Beliau berkata Timbalan Ketua Pembangkang pula disandang Adun Jeram Datuk Amiruddin Setro.
  
Pemilihan itu adalah berdasarkan persetujuan dan muafakat kesemua 12 Adun BN, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Pasir Gudang pula catat IPU paras bahaya

Posted: 20 Jun 2013 04:35 PM PDT

SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Selepas Muar dikesan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya pagi tadi, Pasir Gudang pula mencatat IPU bahaya setakat pukul 5 petang tadi.
  
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatat bacaan IPU 333 pada 5 petang berbanding IPU 199 pukul 11 pagi tadi.
  
Bacaan IPU 0-50 adalah di tahap Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat) dan lebih 300 (Bahaya).
  
Kota Tinggi terus mengekalkan bacaan indeks udara yang sangat tidak sihat apabila mencatat IPU 291 pukul 5 petang tadi berbanding 232 pada 11 pagi, demikian menurut statistik IPU yang dikeluarkan JAS melalui laman sesawang www.doe.gov.my
  
Sementara itu, keadaan udara di Larkin Lama yang tidak sihat pagi tadi bertukar menjadi sangat tidak sihat petang ini apabila bacaan IPUnya meningkat daripada 181 kepada 219.

Dua lagi kawasan yang mencatat peningkatan IPU ialah bandaraya Melaka dan Bukit Rambai.
  
IPU yang dicatat bandaraya Melaka ialah 150 pada 5 petang berbanding 137 pada sebelah pagi sementara Bukit Rambai mencatat IPU 129 pada sebelah petang berbanding 119 pukul 11 pagi tadi.
  
Pada 11 pagi, Muar mencatat bacaan IPU pada tahap bahaya iaitu 383 dan ini menyebabkan 211 sekolah di daerah berkenaan diarah bercuti selama dua hari mulai hari ini.
  
Bagaimanapun, setakat 8 malam ini, bacaan IPU di Muar pada 5 petang belum dikemas kini oleh laman sesawang JAS.
  
Pencemaran udara di negara ini dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan di negara jiran. - Bernama

Pembangkang hipokrit, kata SPR

Posted: 20 Jun 2013 04:32 PM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan PRU13.

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.
"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di sini, hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.

"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.

"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya.- Bernama

ALHUSSEYN

Posted: 21 Jun 2013 03:02 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:02 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


TGHA : Benar adalah Amanah, Bohong adalah khianat

Posted: 21 Jun 2013 09:00 AM PDT

Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul! Pemimpin itu salah, beritahu salah! ~ Tuan Guru Hadi Awang (Jun 8, 2012) 
Al-Husseyn ~ Itulah yang selama ini aku dan beberapa lagi cuba lakukan, tetapi ada pula sebilangan yang lebih suka melabelkan kami sebagai tidak beradab dan tidak berakhlak jamaie dan macam-macam lagi.

Ada juga yang menulis : belasah pemimpin sendiri untuk tunjuk kepada rakan dia baik dan bijak kerana nasihat bapak... Itukah kerja atau kurang ajar? Demikian itu adalah tulisan dari seorang yang berstatus ustaz.

Apakah seorang anak tidak boleh menasihati seorang bapak? Kalau diterima pakai kata-kata itu maka ianya kembali kepada dirinya sendiri kerana aku dengan orang itu, aku berstatus bapa, dari segi umur!

Apakah hanya orang diatas saja yang boleh menegur orang yang dibawahnya? Tetapi orang yang di bawah tidak boleh menegur orang yang berada diatasnya?

Jelas bahawa kenyataan TGHA diatas itu telah menjawab persoalan ini. Beliau kata, Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul! Kalau pemimpin itu salah, beritahu salah! Kalau bahasa semudah itu pun tidak dapat difahami, tak tahulah apa nak dikatakan lagi!

Cuma orang-orang kaki ampu dan kaki gosok ini sahaja yang berasa jelek dan jengkel bila ada pucuk pimpinan dikritik.Kalau ada pemimpin yang berkelakuan tidak betul pun, cai-cai ini akan 'pulas sehingga jadi nampak betul!"

Tanpa berdasarkan hujah untuk melawan hujah, kaki ampu dan kaki gosok ini akan berselindung di sebalik kalimah 'ulama' sebagaimana lazimnya cai-cai Umno yang sangat gemar berselindung disebalik kalimah 'Daulat Tuanku' bila kehabisan hujah.

Walaupun mereka tidak menganggap ulama' macam nabi, tapi mereka seolah-olah cuba mengangkat status ulama itu dah macam dewa ~ langsung tidak boleh dikritik.

Idris Ahmad, MP Bukit Gantang, selaku Pengarah Jabatan Tarbiyah dan perkaderan PAS sendiri menyindir ahli jemaah sendiri dengan menulis :


Jika kita tidak mahu membina jamaah jgn pula kita meruntuhkan jamaah. Jika kita malas utk buat kerja jamaah jangan kita halang org hdk bekerja dgn jamaah. Kalau kita tdk menyumbangkan apa2 pd jamaah, jgn pula kita buat kerja utk menumbangkan jamaah. Kalau kita tdk mahu buat kebaikan pd jamaah, jgn kita menyusahkan jamaah. Kalau kita tdk tahu fakta dlm jamaah, jgn Kita buat dusta pd jamaah. Rujuk di sini


Izinkan aku nak pinjam kata-kata al-Bakistani : Hak kebebasan bersuara dan mengkritik pemimpin secara terbuka merupakan hak yang telah diberikan dalam sistem demokrasi. Malahan, ia selaras dengan Islam itu sendiri. Kerana, Nabi SAW ada menyatakan;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

 Maksudnya;

            "Sesungguhnya bagi orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruangan bersuara" (al-Bukhari, 2141)

Tak payahlah aku yang jahil ni mengajar itik berenang, berpanjang lebar tentang 'ad-dinul nasihah' ini. Cuma aku tolong mengingatkan sahaja, kerana tidak dinamakan manusia kerana sifat pelupanya.

Lantaran itu firman Allah : "Fazakkir inna fa'atiz-zikra"(87:10) dan juga "Wa zakkir fainnaz-zikra tanfa'ul mu'minin(51:55) perlu menjadi 'amalan dan kebiasaan dalam kehidupan kita.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pegawai polis kematian Dhamendran masih lagi hilang

Posted: 21 Jun 2013 02:55 AM PDT



The Malaysian Insider
June 21, 2013 

Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya.

Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

"Kita masih cuba mengesan di mana dia berada," katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider semalam.

Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis.

Pada mulanya polis mengatakan beliau mati kerana kesukaran bernafas akan tetapi bedah siasat mendedahkan Dhamendran telah dipukul sehingga mati. Polis yang hilang itu merupakan salah seorang daripada pegawai penyiasat.

Statistik polis mengatakan terdapat 122 kematian dalam tahanan sehingga 2010. Akan tetapi Naib Presiden PKR N. Surendran mendedahkan angka sebenar adalah lebih tinggi. Menurut ahli Parlimen Padang Serai itu, terdapat 211 kes kematian seperti itu sepanjang dua setengah tahun lalu.

Kes kematian Dhamendran memperbaharui tuntutan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh polis.

Tiga lagi pegawai bawah inspektor yang hilang itu telah didakwa pada 5 Jun. Mereka adalah Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32.

Sumber dalaman polis memberitahu The Malaysian Insider, inspektor itu dan tiga lagi pegawai bawahnya diberikan cuti untuk mengeluarkan mereka daripada perhatian umum.

"Pada ketika itu penyiasatan berhubung kematian Dhamendran baru bermula dan cuti diluluskan dengan niat baik," kata sumber.

"Selepas siasatan lengkap dan telah pasti ianya merupakan kes pembunuhan, keempat-empat dihubungi dan diminta pulang dari bercuti. Tiga pegawai pulang tetapi inspektor itu tidak."

Cuti inspektor itu berakhir pada 13 Jun akan tetapi beliau tidak melaporkan diri. Beliau tidak menjawab telefon bimbitnya apabila dihubungi. Kekasihnya memberitahu polis dia tidak tahu di mana inspektor itu berada.

Pada mulanya, inspektor itu dan tiga pegawai bawahnya dipindahkan untuk melakukan tugasan pejabat, akan tetapi desakan umum menyebabkan Kementerian Dalam Negeri menggantung keempat-empat daripada bertugas.

Sebaik sahaja kes Dhamendran, tiga lagi kes kematian dalam tahanan dilaporkan melibatkan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Jepun. Mereka adalah N. Karuna Nithi, R. Ramesh Jamesh dan Nobuhiro Matsushita. – 21 Jun, 2013.


Pengikut