Selasa, 11 September 2012

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab - HARAKAH

Posted: 11 Sep 2012 12:28 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Khas

Posted: 11 Sep 2012 07:12 AM PDT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda PAS Kedah lapor polis pemimpin PR dihina

Posted: 10 Sep 2012 04:48 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kedah bertindak membuat laporan polis berhubung gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dihina pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan polis tersebut dibuat berikutan kenyataan polis sebelum ini yang hanya akan menyiasat sesuatu kes sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria, berkata dengan laporan polis tersebut, pihaknya berharap satu siasatan segera diadakan bagi memastikan pihk polis tidak membuat pendakwan terpilih.

Beliau yang turut diiringi Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Yahya menegaskan polis tidak lagi boleh memberikan alasan untuk tidak menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini, pihak polis mengambil langkah proaktif terhadap mahasiswa yang dikatakan menghina gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dn isteri, ketika sambutan ambang merdeka, 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, ramai pihak melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis tersebut yang disifatkan membuat siasatan terpilih, sedangkan gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat turut dihina pihak tidak bertanggungjawab.

"Polis dalam kenyataannya sebelum ini, berkata mereka bukan buat siasatan terpilih, tetapi tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu (hina pemimpin PAS).  Justeru, hari ini kita membuat laporan dan berharap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Alor Setar, petang tadi.

Sebelum ini, beberapa gambar pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dikencing pihak tertentu.

Manakala, gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng turut menjdi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memijak dan membakar gambar mereka

Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 10 Sep 2012 04:48 PM PDT


Masalah air di Mentakab, mana rakyat didahulukan

Posted: 10 Sep 2012 04:47 PM PDT


TEMERLOH: Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan beklaan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.

(Gambar: Penduduk berkumpul sambil membawa bekas air di hadapan projek menggali kabel yang didakwa menyebabkan bekalan air paip terputus selama lima hari.)

Akibatnya lebih 10,000 penduduk bandar ini terutama melibatkan taman-taman perumahan terpaksa menghadapi kesukaran menjalani hidup tanpa air.

Antara kawasan yang terbabit ialah Taman Zabidin, Taman Mentakab, Taman Orked, Taman Taha, Taman Damai, Taman KSM, Taman Pasir Rawa, Taman Setia, Taman Sagumpas, sekitar bandar Mentakab dan Jalan Temerloh.

Penduduk dari Taman Zabidin N. Sakuntala, 57, kesal pihak berkuasa terlalu lambat menyelesaikan masalah bekalan air paip sedangkan ia keperluan nombor satu untuk makan minum, membersihkan pakaian dan diri.

"Saya terpaksa pergi ke rumah kakak di Taman Saga (5 kilometer dari rumah) untuk memunggah air siang malam dan ini sangat memenatkan dan membuang masa.

"Air ini keperluan utama untuk hidup sekeluarga jadi bila terputus jadi satu gangguan, ada keluarga yang anak-anak tak boleh sekolah kerana baju tak basuh kerana kami terpaksa menghentikan semua kerja lain kerana kena mencari air untuk dipunggah ke rumah," katanya.

Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah diswastakan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada Februari tahun ini. Namun ramai yang merungut meskipun telah bertukar pengurusan taraf perkhidmatannya tetap tidak berubah kerana air sering terputus, saluran paip bawah tanah selalu pecah atau bocor dan pembaikan terlalu lembab.

Siew Yui Seng (kanan) dari Taman Taha yang turut berhimpun berkata, beliau diberitahu masalah disebabkan kerja-kerja menanam kabel baru tetapi kesilapan mengorek tanah berlaku sehingga terkena batang paip lalu pecah.

Beliau telah menemui kontraktor meminta penjelasan, tetapi kontraktor memberi alasan barang gantian kerosakan masih tidak ada.

"Yang hairannya kenapa Paip tak bantu selesaikan sebab air bagi kami betul-betul penting. Kami juga kesal sikap Paip kerana setiap kali dihubungi mereka tak layan atau berdolak-dalik. Sedangkan ini bukan kali pertama berlaku, dah kerap sangat," ujarnya.

Pengusaha Restoran Kari Kepala Ikan Raub yang turut terjejas, Mahendran, 53, (kiri) berkata gangguan air ini tidak ada notis jadi beliau menghadapi kesulitan sehingga terpaksa menyewa lori dan tong besar bagi membeli air paip di tempat cuci kereta.

"Bagi saya yang berniaga kedai makan ini memang susah sangatlah sebab nyawa kedai dan perniagaan saya betul-betul pada air paip. Sejak beberapa hari ini memang pendapatan perniagaan saya terjejas kerana ada masanya terpaksa tutup.

"Yang peliknya dulu-dulu masa belum swasta tidaklah teruk sangat macam sekarang, sekarang ini selalu sangat kerosakan dan terputus bekalan air berlaku," jelasnya.

Seorang lagi penduduk Ramasamy Letchmanan pula kesal dengan wakil rakyat kawasan berkenaan yang tidak mahu turun melihat masalah penduduk walaupun beberapa kali diberitahu.

"Masa mengundi pilihan raya bukan main lagi wakil rakyat cari kami seorang seorang untuk dapat undi. Sekarang apabila tiba masalah seperti ini menimpa penduduk, wakil rakyat langsung tak turun tengok jangankan nak selesai masalah.

"Kalau macam ini bagaimana slogan kerajaan boleh janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?," soalnya.

Tambahnya, turut terlibat ialah sekolah rendah Tamil Mentakab juga tiada air, sedangkan besok (Selasa) pelajar akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Bagaimana kalau ada yang sakit perut sedangkan air tandas kering?," soalnya.

Antara yang paling teruk menerima kesan ialah rumah pangsa empat tingkat Taman Taha di Mentakab.

Ketua Blok B perumahan berkenaan Masri Samah, 40, (kanan) yang juga turut hadir berkata, ketiadaan air membawa masalah besar kepada yang mempunyai anak-anak kecil dan orang tua.

"Bayangkan anak-anak sekolah baju tak berbasuh dan pakaian bayi yang berlambak-lambak. Pulak tu kerap sangat berlaku masalah air di sini sehingga kadang-kadang makan masa seminggu.

"Bila bil air tak bayar surat merah sampai, cepat-cepat bekalan air dipotong dan bila nak sambung kena bayar RM120. Tapi sekarang apabila bekalan air paip terputus berlarutan lima hari tidak ada pegawai atau orang besar yang nak tengok kami.

"Bila kami telefon pejabat minta hantar lori tangki air mereka kata lori tak cukup," keluhnya.

Menurutnya dalam tempoh terputus bekalan air kali ini ada beliau mendengar lori tangki menghantar air sekali tetapi pada waktu tengah malam dan kebanyakan penduduk sedang tidur.

Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis

Posted: 10 Sep 2012 04:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa  benar-benar mengecewakan musuh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.

Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," nasihat beliau.

Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.

"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.

"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh," tambah beliau.

Blogger Umno berdepan penghakiman engkar

Posted: 10 Sep 2012 04:46 PM PDT


KOTA BHARU: Seorang blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan penghakiman engkar apabila tidak hadir pada prosiding kes saman Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar) terhadapnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata ketika prosiding kes berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin tiada notis kehadiran dan pernyataan pembelaan difail defendan.

Katanya, disebabkan keengkaran tersebut Mahkamah Tinggi menangguhkan kes terbabit kepada 1 Oktober bagi membolehkan peguam Mohd Apandi memfailkan permohonan penghakiman engkar.

"Pada prosiding semalam defendan tidak hadir dan tiada peguam yang hadir mewakilinya, manakala plaintif diwakili peguam Farah Helmy," katanya di sini.

Defendan dipercayai pemilik blog http://www.kelatekito.net/ memaparkan tulisan bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" yang diterbitkan pada 8 November 2011.

Blogger terbabit juga menulis "terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman, kelatekito.net mendapati Yang Dipertua Pas Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya."

Mohd Apandi dalam writ samannya menyebut tulisan tersebut tidak benar sama sekali yang bertujuan memburuk-burukkannya sebagai pimpinan PAS.

Katanya, tulisan itu juga dengan maksud menuduh plaintif sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut dipadamkan artikel terbabit serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi yang amat minimal kepada plaintif, namun defendan enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Mohd Apandi menuntut defendan mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Blogger terbabit juga dituntut membayar gantirugi sebanyak RM1 juta kepada plaintif bagi perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Turut dituntut gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan injunksi menghalang defendan atau ejen menerbit kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan.

Sabotaj parti: Pemimpin tertinggi Umno cemas

Posted: 10 Sep 2012 04:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Jika begitu tegasnya nada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, ini bererti Umno dan BN berada dalam keadaan gawat dan tenat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar).
Katanya, disiplin dan akhlak ahli Umno dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka.

Baru-baru ini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tegas menggesa anggota Umno dan BN yang cuba mensabotaj calon serta parti dalam pilihan raya disingkirkan.

Kenyataan beliau disambut pula oleh pemimpin lainnya yang menyokong kenyataan tersebut.

Riduan berkata, gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras untuk menenangkan keadaan.

Katanya, kenyataan Muhyiddin menunjukkan bahawa Umno sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan mereka.

Baginya, agenda membela bangsa adalah kata-kata manis yang lahir dari lidah mereka sahaja, sedangkan hati mereka tiada niat untuk membela nasib rakyat.

Menurutnya lagi, mereka lebih bernafsu untuk memikirkan diri mereka sendiri.

Tambahnya, tindakan mereka dizahirkan dengan sanggup 'mengalahkan' calon dan parti mereka sendiri dalam PRU13 jika mereka atau orang pilihan mereka tidak terpilih bertanding.

"Sebegitu rapuh dan murahnya 'aqidah' perjuangan mereka terhadap parti sendiri, tidak terbayangkan bagaimana kelak pemimpin seperti ini sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat lebih dari diri mereka sendiri," katanya.

Dalam keadaan sekarang, ujar Riduan apakah masih ada sekelumit hati pemimpin Umno merasakan menjadi wakil rakyat sebagai suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik dan memberikan khidmat kepada masyarakat terutama pengundi sebagai suatu keutamaan.

Beliau mempersoalkan, mungkinkah ada kalangan mereka merasakan amanah yang dipikul itu akan menjadi suatu bebanan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak.

Sebaliknya, kata beliau mungkin mereka merasa menjadi Yang Berhormat atau menteri adalah suatu kemuliaan dan juga peluang untuk membolot kemewahan dunia sebanyaknya tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka wakili.

"Saya ingin mengajak rakyat menilai kembali sokongan mereka kepada Umno. Parti seperti ini tidak boleh disokong kerana mereka sendiri sanggup menjual beli parti mereka sendiri hanya kerana kepentingan diri mereka.

"Zahirnya nampak kuat, namun dalamannya amat rapuh dan lemah. Parti seperti ini boleh rebah bila-bila masa sahaja," ujarnya lagi.

Katanya, kenyataan Muhyiddin pula akan menguji diri beliau jika ia benar-benar terjadi ke atasnya.

"Sesetia itukah Muhyiddin terhadap partinya sendiri atau beliau turut akan sama mensabotaj dan akan disingkir jika tidak terpilih sebagai calon PRU13?" tanya beliau.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 10 Sep 2012 11:24 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Politik UMNO di kalangan Orang Asal Kuala Krau berteraskan Ugutan dan Fitnah

Posted: 10 Sep 2012 07:35 PM PDT

Semalam saya menghadiri Majlis Perjumpaan PKR Ranting Kg Penderas, Kuala Krau.   Bukan seorang yang nak bercerita dengan saya tentang ugutan dan fitnah yang didatangkan oleh orang-orang UMNO kampong itu yang mengugut Orang-Orang Asal supaya tidak menyokong Parti Keadilan Rakyat didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Bekas seorang guru yang menjadi pemimpin UMNO tegar di Kg Penderas mengugut orang kampong bahawa jika Parti Keadilan Rakyat menang di dalam Pilihanraya Umum akan datang maka orang-orang Asal Kg Penderas akan dihalau ke hutan rimba.

Kepada golongan orang-orang Asal yang celik politik, ugutan ini ditertawakan sebagai ugutan dari orang yang bodoh; tetapi bukan semua yang celik politik.  Ada yang termakan dengan ugutan begini.

Didalam perjumpaan PKR Ranting Penderas semalam, persoalan ini ditimbulkan.  Tetapi belum sempat saya menjawab, sudahpun dijawab oleh beberapa orang pimpinan NGO dari kalangan Orang Asal yang hadir di Majlis itu.

Mereka mengatakan bahawa politik ugut itu sudah ketinggalan zaman.  Sebagai pemimpin-pemimpin NGO mereka telah menjelajah ke Selangor.

Di Selangor buat kali pertamanya Orang Asal mendapat geran daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.  Ada tanah Orang Asal yang telah diluluskan kepada syarikat korporat oleh Kerajaan BN dahulu ditebus kembali oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, dan tanah itu dikembalikan kepada Orang Asal.

Tuntutan Orang Asal untuk mendapatkan pampasan kerana tanah mereka diambil untuk projek lebuhraya yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi dirayu oleh Kerajaan BN Pusat supaya keputusan Mahkamah itu ditolak semoga Orang Asal dinafikan sebarang gantirugi telah dimenangi oleh Orang Asal semata-mata kerana Kerajaan Negeri Selangor menarik diri dari rayuan itu.  Kerajaan BN Selangor bersama-sama dengan Kerajaan BN Pusat membuat rayuan itu.  Tetapi Kerajaan PR Selangor menarik diri dari rayuan itu dan dengan itu memberikan kemenangan kepada tuntutan Orang Asal.

Di Selangor di bawah kerajaan PR ditubuhkan BBTOAS (Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor) yang diletakkan dibawah Pejabat Menteri Besar Selangor bertujuan untuk membuat ukuran keatas tanah, dan apabila selesai maka kawasan-kawasan yang sudah diukur itu dikeluarkan geran untuk Orang Asal.  Tidak ada sebuah kerajaan Negeri di bawah BN pun yang mengambil usaha seperti ini.

Maka orang UMNO jangan menjadi parti yang dungu, bodoh dan tidak dapat diajar.  Di bawah pemerintahan PR kedudukan dan kebajikan Orang Asal dibela, manakala 55 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN orang Asal dipinggirkan.


Anwar Ibrahim

Posted: 10 Sep 2012 07:13 PM PDT

Anwar Ibrahim


Video Rakaman Jelajah #MerdekaRakyat Rantau Negeri Sembilan 7 September 2012

Posted: 10 Sep 2012 05:55 PM PDT


Transparency International Dakwa Kerajaan Juga Guna Dana Asing, Sokong Suaram

Posted: 10 Sep 2012 05:08 PM PDT

The Malaysian Insider

Badan bebas antarabangsa membanteras gejala rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) tampil mempertahankan badan hak asasi manusia, Suaram yang diserang oleh pelbagai pihak atas dakwaan menerima sumber dana asing.

TI-M memberi alasan bahawa kerajaan juga menerima sumber dari banyak negara luar dan menegaskan amalan tersebut tidak salah.

Presiden badan tersebut, Datuk Paul Low (foto fail), berkata seperti Suaram, pihak TI-M juga menerima dana daripada pelbagai sumber luar sejak beberapa tahun lalu.

"Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia yang berdaftar, TI-M sedar kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pergerakan masyarakat awam bagi mengumpul dana untuk projek kami dan pelbagai aktiviti lain.

"Malah ramai rakan kongsi dalam masyarakat menerima dana asing dalam bentuk tertentu atau lain-lain," kata Low.

Beliau bagaimanapun berkata prinsip TI-M ialah memastikan dana yang diterima datang daripada sumber yang sah dan tidak dipengaruhi sesuatu objektif atau mewujudkan sebarang bentuk percanggahan kepentingan mahupun hilang kebebasan di dalam mengendalikan suatu projek.

Low menambah bahawa dana asing telah sentiasa menjadi asas pergerakan bagi masyarakat awam, terutamanya di negara-negara membangun apabila isu-isu seperti rasuah dan hak asasi manusia cenderung untuk merentasi semua bidang kuasa.

"Di universiti, malahan ahli pemikir dan juga kerajaan Malaysia turut menerima pembiayaan daripada pelbagai institusi asing," kata Low lagi.

"Selagi prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan diikuti, NGO tidak harus menjadi mangsa kepada sumber pembiayaan mereka."

Kerajaan Malaysia pada minggu lepas melahirkan kebimbangan kepada duta Jerman, Dr Guenther Georg Gruber, ekoran pengakuan kedutaaan tersebut membiayai Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kumpulan hak asasi manusia, Suaram.

Menurut laporan Bernama Online, kebimbangan tersebut telah dibangkitkan semasa semasa mesyuarat dengan Kementerian Luar pada Jumaat lalu dan pihak duta Malaysia melahirkan rasa kecewa atas pembiayaan kepada Suaram tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan di sini, Suaram mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memperlekehkan tanggungjawab yang mereka lakukan dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat SISB.

Awal bulan ini, pegawai SSM telah menyerbu setiausaha syarikat dan ke pejabat juruaudit SISB untuk menyiasat serta merampas dokumen-dokumen yang berkaitan dengan syarikat.

Notis untuk menggeledah dan menyita telah dikeluarkan di bawah Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965.
Pada awal Julai tahun ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) presiden Azwanddin Hamzah mendakwa bahawa Suaram tidak didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan tetapi sebagai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd

Azwanddin, juga mendakwa telah memeriksa dengan SSM dan mendakwa bahawa pendapatan syarikat tersebut berjumlah RM497, 137 pada tahun 2009 dan RM411, 226 pada tahun 2010.

Ekoran serangan tanpa henti ini, Suaram, dalam kenyataan pada 5 Sept, menggesa kerajaan menerusi agensi-agensinya menghentikan tindakan diskriminasi dan keterlaluan ini, serta berkata ia merupakan satu lagi langkah terdesak kerajaan untuk memaksa Suaram menghentikan kes mahkamah di Perancis melibatkan kapal selam Scorpene.

Singapura Perlu Jelas Dakwaan Diskriminasi Pekerja Sabah, Sarawak

Posted: 10 Sep 2012 05:04 PM PDT

KeadilanDaily

Kerajaan Singapura perlu menjelaskan dakwaan bahawa republik itu melakukan diskriminasi terhadap kemasukan pekerja dari Sabah dan Sarawak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik laporan The Star bertarikh 10 September yang menyatakan permohonan visa kerja bagi lelaki berumur bawah 35 tahun dari negeri berkenaan, ditolak kerajaan singapura.

"Kerajaan Singapura, melalui kementerian tenaga manusia mesti menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai perkara itu.

"Jika laporan itu benar, Singapura bersalah kerana diskriminasi terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi," kata Anwar dalam kenyataan lewat malam ini.

Kata Anwar, adalah menjadi hak Singapura mendapatkan sumber manusia, namun salah dari segi moral apabila mendiskriminasi tenaga buruh dari Malaysia berdasarkan negeri tertentu.

"Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama. Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan adalah penting untuk kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo," kata Anwar.

Akta Kampung Baru Batal Jika Pakatan Tawan Putrajaya

Posted: 10 Sep 2012 04:59 PM PDT

KeadilanDaily

Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika kita diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat Pusat selepas PRU, kita akan batal akta itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak sebenar pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru.

"Selepas itu, kita akan serah semula kepada pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru untuk menentukan hala tuju sebagaimana yang mereka inginkan," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, petang semalam.

Turut serta, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain pimpinan KEADILAN. Mereka hadir ke situ menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sempena program itu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul AM, Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk ribuan rakyat pelbagai kaum.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 pada 3 Oktober tahun lalu, tetapi pada hari sama diganti dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sebelum diluluskan dua hari kemudian.

Anwar dalam pada itu menyambut baik tindakan PAS memilih lokasi tersebut yang disifatkannnya sangat dekat dengan perjuangan rakyat ke arah perubahan negara terutama di era reformasi pada 1998.

Ia berikutan sambutan Black 14 atau Gelita 14 oleh KEADILAN di lokasi sama pada 2008 bagi mengingati sejarah hitam Malaysia pada 14 April 1999.

Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad menekan mahkamah untuk memenjarakan Anwar kononnya beliau terlibat rasuah sekaligus menyekat bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam politik.

Henti Sabotaj Pembangkang, Anwar Ajak Najib Debat

Posted: 09 Sep 2012 11:46 PM PDT

Keadilandaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat bersamanya dan mahu Perdana Menteri (PM) itu menghentikan sabotaj terhadap program Pakatan Rakyat.

"Najib tak payah suruh orang baling batu, kamu sendiri naik atas pentas, debat dengan saya. Kuasa kamu pegang, TV kamu pegang, tiap-tiap hari tengok muka kamu sahaja. Balik-balik Datuk Najib, Rosmah. Rosmah, Datuk Najib.

"Kita orang Islam kalau tidak setuju dengan seseorang, kita bahas dengan baik. Qur'an jelaskan cara dakwah yang betul ialah kalau nak beradu (tenaga), beradu dengan baik dan bukan dengan cara biadab, cerca, maki dan hina orang," katanya.

Beliau berucap pada ceramah Merdeka Rakyat sempena Rumah Terbuka Aidilfitri KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Malam, Taman Melati, semalam.

Ketua Umum KEADILAN itu turut kesal tindakan Umno dan media kawalannya yang memanipulasi isu pijak gambar.

Tindakan itu katanya tidak adil kerana Najib juga membisu apabila penyokongnya menunjukkan punggung kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.

"Tunjuk punggung ini bukan cara agama, bukan cara Melayu…Siapa yang buat, penyokong-penyokong Umno BN. Mengapa dia serang Ambiga, kerana yang tunjuk punggung ini sokong Najib.

"Ada Najib tegur, ada akhbar Umno tegur, ada polis ambil tindakan? Tiada…Adakah rakyat ada dua kelas apabila diperlakukan secara tidak adil," soalnya.

Justeru, beliau menasihatkan Najib agar tidak sombong dengan kuasa yang ada kerana jawatan Perdana Menteri dan banduan boleh bertukar.

"Jangan guna kuasa cara takabbur. Siapa Tayeb Erdogan, dia kini PM Turki, di mana dia pada 2002 semasa pilihan raya Turki? Dia dalam penjara.

"Tiga tahun lalu, Dr (Mohamed) Morsi dalam penjara, dan Hosni Mubarak ialah Presiden Mesir. Kini, Dr Morsi ditakdirkan jadi Presiden Mesir, manakala Hosni Mubarak dipenjarakan selepas diguling rakyat yang muka dengan dasarnya yang zalim," tegas Anwar.

Beliau turut memberi jaminan tidak memenjarakan Najib jika menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya tiada niat hantar pemimpin Umno dalam penjara dan kalau betul ada niat itu, tiada berkatnya kerana saya hanya berniat melantik Najib sebagai Ketua Pembangkang bagi Parlimen yang baru.

"Kalau dia tak mahu, saya boleh runding untuk lantik dia sebagai Duta Malaysia ke Mongolia," katanya disambut gelak hadirin.

"Pasal apa gelak pula, rakyat Indonesia ramai tidak kenal Najib tahu. Kalau Pak Mahathir, Pak Anwar ya terkenal di Indonesia. Tapi kalau di Mongolia, semua orang kenal dia (Najib)," kata Anwar sinis.

Wee Choo Keong

Posted: 10 Sep 2012 03:44 PM PDT

Wee Choo Keong


Terima Kasih kepada Warga Wangsa Maju & teman-teman

Posted: 10 Sep 2012 12:13 AM PDT

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Wangsa Maju dan teman-teman yang bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada malam Sabtu yang lepas. Khasnya kepada mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail. Walaupun beliau amat sibuk di musim Hari Raya tetapi beliau masih hadir seperti ditiap tahun ke majlis-majlis [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 10 Sep 2012 11:46 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol

Posted: 10 Sep 2012 01:16 AM PDT


(Aedi Asri)
JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.
"Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng).  Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,"  katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.
Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.
Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.
"Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng)," katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.
Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.
Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.
Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.

Bas Merdeka Rakyat disimbah cat lagi, Pemuda Umno sah terlibat

Posted: 10 Sep 2012 01:13 AM PDT


JASIN: Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.
Bas itu disimbah cat merah ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.
Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.
"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.
Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.
Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.
Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.
Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Ancaman kerambit di Kedah dorong pengawal tingkat kewaspadaan

Posted: 10 Sep 2012 12:59 AM PDT


(Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 10 Sept: Tindakan mengeluarkan pistol munasabah berikutan ada ahli Perkasa membawa kerambit ketika mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam serangan di sebuah masjid di Kedah, minggu lalu.
Pada 2 September lalu, ahli Perkasa dikesan membawa kerambit ketika menyerang Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar semasa Anwar memberi tazkirah.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Senator Saiful Izham Ramli, berkata seseorang pegawal peribadi yang memiliki lesen senjata api, pasti mempertimbang suasana ketegangan.
"Pengawal peribadi pasti faham situasi. Pistol sebagai amaran kepada pembawa senjata seperti kerambit, buku lima untuk menjauhkan diri.
"Dalam keadaan ramai orang, mana tahu mungkin ada bawa senjata. Pengawal peribadi kena cekap membaca ancaman. Tindakan juga diambil mengikut garis panduan," kata peguam itu.
Pengawal peribadi itu dibebaskan polis beberapa jam selepas mengambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.
Sebelum ini, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata anggota polis yang nampak kejadian itu menegaskan pengawal berkenaan tidak mengacu pistol ke arah samseng.
Mengikut Setiausaha Pengelola KEADILAN itu, polis berpuas hati dan membebaskan pengawal itu berdasarkan rakaman video.
Pada 8 September lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah dan dihalang 30 samseng Umno dari memasuki Kampung Kelubi, Jasin.
Ia insiden ketiga selepas cermin bas dipecah dan disimbah cat merah di Kota Bharu, selain serangan Perkasa di Masjid Al-Hussin.

Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim gamit rakyat NS

Posted: 09 Sep 2012 11:37 PM PDT





JELAJAH MERDEKA RAKYAT ANWAR IBRAHIM KE NS
7 September 2012 / Jumaat.

Walaupun pada peringkat awal jelajah ini dimulakan di negeri lain mendapat 'sambutan provokasi' oleh samseng-samseng upahan Umno-Perkasa, namun di Negeri Sembilan suasananya terkawal dan tenang daripada sebarang tindakan provokasi luarbiasa dari pihak lawan.

Pujian dan kalungan terima kasih wajar diberikan kepada pihak polis Negeri Sembilan yang memberi kerjasama keselamatan bagi memastikan tidak berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Pujian itu juga harus dikongsi bersama buat Menteri Besar, Dato' Seri Utama Mohamad Hasan yang 'gentleman' dan berjiwa besar kepada Jelajah Merdeka Rakyat ini yang diadakan di DUN Rantau iaitu di kawasan yang diwakili oleh beliau.

Sehari sebelum itu, telah diadakan satu demonstrasi oleh pihak Perkasa di hadapan Balai Polis Rantau, yang mendesak polis supaya ceramah Merdeka Rakyat di Rantau itu dibatalkan. Namun begitu, desakan itu nampaknya telah ditenggelamkan begitu saja tanpa mendapat perhatian sesiapa pun.

DSAI bersama ADUN Sikamat, YB Aminuddin Harun di Masjid Paroi Jaya
Siri jelajah bertemu rakyat ini telah bermula di Port Dickson dengan Solat Jumaat di Masjid Jamek Port Dickson. Selepas itu, Dato Seri Anwar Ibrahim hadir meraikan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Port Dickson di perkarangan Pejabat ADUN Port Dickson. Beliau telah disambut lebih seribu orang ramai bersama pimpinan Cabang Telok Kemang. Ini julung kali beliau hadir ke Bandar Port Dickson sejak tahun 2008.

Beliau seterusnya meneruskan lawatan ke Masjid Paroi Jaya dan solat Asar bersama jemaah masjid yang hadir. Kehadiran mengejut beliau ke masjid tersebut telah mendapat perhatian ramai jemaah. Beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa jemaah.

Santai Petang di Bandar Baru Ampangan

Tepat jam 5:30 petang, DS Anwar Ibrahim bersama bas jelajah Merdeka Rakyat berada di dataran niaga Bandar Baru Ampangan untuk Santai Petang DUN Ampangan. Sebagaimana sambutan di Port Dickson, ribuan rakyat telah menyambut kehadiran beliau. DS Anwar sempat bergambar dan beramah mesra dengan rakyat yang hadir ke program ini.

Siri jelajah beliau disambung pula ke Surau An Nur, Seremban Selatan Fasa 2 untuk solat Maghrib. Beliau turut menyampaikan tazkirah. Jemaah-jemaah di Seremban Selatan mengambil peluang memenuhi segenap ruang surau untuk mendengar tazkirah DS Anwar.

Kemuncak program diakhiri dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat yang diadakan di Jalan Ribu, Rantau. Lebih tiga ribu orang hadir memenuhi kawasan ceramah bagi mendengar amanat dan kupasan semasa daripada DS Anwar Ibrahim.

Kejayaan siri jelajah pertama di Negeri Sembilan ini bakal diteruskan pada penghujung September atau awal Oktober ini yang dijangka melibatkan kawasan-kawasan pedalaman Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Nantikan!




MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 10 Sep 2012 09:04 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


BUKTI PENCACAI SAMSENG BALING CAT PADA BAS MERDEKA RAKYAT

Posted: 09 Sep 2012 07:07 PM PDT

Pengikut