Tugu Bangsa Tembok Negara Posted: 29 Nov 2014 07:25 AM PST |
The Antics of Husin Lempoyang Posted: 29 Nov 2014 03:49 AM PST Hasan Malek mahu masih remaja Posted: 28 Nov 2014 11:18 PM PST Betul juga cakap Dato Hasan Malek. Kita di Malaysia ni, ada orang berpangkat Tan Sri yang berumur 60-70 tahun pun masih ketuai Persatuan Belia. Oleh itu, apa salah Hasan Malek juga dikekalkan sebagai remaja. Wow! Nak remajakan UMNO ni nak naikkan sapa? | |
bumiyang Posted: 29 Nov 2014 03:44 AM PST |
Panglima Perang Cyber Posted: 28 Nov 2014 11:43 PM PST Kalau UMNO Mahu Berubah Inilah Caranya @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @Mohdshafieapdal @HishammuddinH20 @Khairykj @ShahrizatJalil Posted: 28 Nov 2014 06:43 PM PST
Untuk berubah kena ubah hati kita dahulu dengan mencari Ulama hakiki... Tidak guna perubahan bersandarkan ikutan kerana kesedaran dalaman lebih utama untuk ditekankan. Parti atau diri yang mahu berubah perlu dididik ulama rabbani bukan liberal atau wahabi. Pendek kata kita kena minta Allah perlihatkan waliNya untuk kita belajar dan diajar. Kehebatan tamadun Islam dahulu kerana sentuhan ulama bertaraf Wali membimbing pemerintah mengurus ummah. Selepas Rasulullah saw ulamalah yang menggantikan baginda untuk pedoman umat di dalam kegelapan maksiat dan dosa akhir hayat dunia. Mereka ibarat bintang di langit yang menerangi pelayar dan pengembara di darat dan di laut agar selamat sampai ke destinasinya. Percayalah gandingan Ulama dan Umarak resepi rahsia kegemilangan Islam zaman berzaman yang perlu dikekalkan. Bila kenal Ulama maka rakyat akan dapat makanan rohani dari amalan zikir selawat yang diberi. Selepas mereka dibersihkan dari kotoran dosa dan kekal beramal sepanjang masa sudah tentu perubahan akan bertahan lama dan dijamin keutuhannya. Barulah tidak ada cah keting tikam atau belakang sesama sendiri dan akhirnya kekuatan akan menjelma hasil ikatan hati bersalut iman dan taat kepada Ilahi. Kepada Allah kita berdoa parti keramat UMNO akan kekal dilindungi olehNya dan dipimpin pemimpin yang tidak takut kecuali kepada Allah sahaja. Allahu Akbar !!! Penembak-Tepat.Blogspot.com Sent from my iPhone | Live di RTM1 Naib-Naib Presiden UMNO #PAU2014 Posted: 28 Nov 2014 06:43 AM PST | Al Habib Umar di Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza (Live Streaming) Posted: 28 Nov 2014 06:34 AM PST | Cerita Sabah Tidak Selamat Satu Pembohongan - @Zahid_Hamidi Posted: 28 Nov 2014 06:03 AM PST | Kekal Akta Hasutan : Pandangan Naib-Naib Presiden UMNO - @AstroAwani Posted: 28 Nov 2014 01:11 AM PST | Kekal Akta Hasutan : PM @NajibRazak Sambung Legasi Tun Razak Posted: 27 Nov 2014 11:36 PM PST WARISAN AKTA HASUTAN - TAHNIAH DS NAJIB! | Apabila ditanya Najib tidakkah beliau khuatir risiko boleh terkorban jika meneruskan lawatan ke Gaza, Falastin bersama seluruh keluarga, Najib menjawab, 'kalau ditakdirkan saya mati diGaza, alhamdulillah saya rela mati dibumi Gaza ini'* |
Salam 2 all. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib yang mengumumkan didalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agong UMNO pagi tadi bahawa Akta Hasutan 1948 bukan sahaja akan dikekalkan, malahan akan dibuat penambah-baikan terutama berkaitan melindungi agama Islam dan lain-lain agama!
Syabas dan tahniah!
Ini adalah bukti bahawa Dato' Sri Najib adalah seorang yang amanah dengan kata-janjinya iaitu akan mendengar suara hati dan nurani rakyat bawahan. Dan suara rakyat khususnya bangsa Melayu samada melalui indivdu mahupun pertubuhan sangat jelas - mereka mahu Akta Hasutan dikekalkan dan dibuat penambah-baikan!
Dengan pengumuman ini juga sebenarnya Dato' Sri Najib telah mengekalkan amal jariah dan warisan peninggalan Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein.
Sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa walaupun Akta Hasutan 1948 adalah buatan penjajah British, namun Seksyen 3 (1) (f) yang melindungi empat teras tiang seri negara digubal hanya pada 10 Ogos 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.
Penggubalan Seksyen 3 (1) (f) dibuat melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) No. 45, 1970 (P.U. (A) 282/1970) oleh Allahyarham Tun Abdul Razak setelah berlakunya peristiwa berdarah rusuhan perkauman 13 Mei 1969.
Semasa membentangkan Lapuran Mageran pada 06 Okt 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak mengenal pasti punca berlakunya peristiwa hitam 13 Mei adalah kerana perbuatan terkutuk kaum cauvinis dan pelampau perkauman memainkan isu dan sentimen mempersoalkan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu terutamanya Artikel 153 Perlembagaan, disamping tohmahan dan fitnah konon kaum Cina dipinggirkan!
Atas sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja mengekalkan Akta Hasutan 1948, malahan membuat penambah-baikan dengan memasukkan Seksyen 3 (1) (f) yang memperuntukkan:
"bahawa 'kecenderungan menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:
1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;
2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;
4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu". | |
Belantan Posted: 28 Nov 2014 11:28 PM PST UMNO jamin kelangsungan solidariti untuk pastikan negara aman - Najib! Posted: 28 Nov 2014 09:40 AM PST Solidariti atau perpaduan menjadi penekanan utama dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 hari ini apabila mengucapkan perkataan itu sebanyak lima kali dalam tempoh 15 minit pertama ucapannya. Perdana Menteri berkata, UMNO selaku komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan kelangsungan solidariti kerana ia adalah aset penting yang dapat menjamin keamanan serta keharmonian Malaysia. "Ini satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh kerajaan kerana ia aset paling mustahak demi survival UMNO, BN dan negara tercinta," katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Najib berkata, solidariti yang dipupuk melalui kontrak sosial oleh kepimpinan UMNO terdahulu menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dahulu hingga kini dan selama-lamanya. "Jika kita teliti bapa-bapa pimpinan yang terdahulu dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan. "Langkah terawal yang diambil oleh pemimpin kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ialah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui apa yang dinamakan kontrak sosial. Najib berkata, kejayaan itu menuntut pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang Melayu serta Bumiputera dan kontrak sosial itu menjadi satu wahana dalam mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai solidariti, Najib berkata keputusan untuk menyambut Hari Kemerdekaan hanya pada 31 Ogos setiap tahun adalah contoh jelas semangat solidariti dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, selain 'membawa' semangat bapa kemerdekaan negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. "Ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi seluruh Malaysia. Jawapannya adalah solidariti. Tapi jangan bimbang cuti umum pada 16 September masih tetap kita raikan. "Malah, lebih mustahak perlu diketahui itulah hasrat Tunku Abdul Rahman yang menghendaki sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada tanggal 31 Ogos," katanya. Aura Almarhum Tunku Abdul Rahman dirasai setiap perwakilan apabila laungan "Merdeka...Merdeka...Merdeka' bergema di Dewan Merdeka yang dipenuhi dengan warna merah, putih dan merah jambu. Presiden UMNO itu juga mengajak rakyat seluruh negara agar terus bersatu padu di bawah lembayung UMNO dan BN sebagai usaha untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang. "Penyatuan juga penting bukan sahaja untuk menang dalam PRU14 tapi menjadikan negara lebih hebat dan maju dalam satu ikatan solidariti yang tidak mungkin mampu terpecah bentengnya. Najib menarik perhatian perwakilan apabila mengakui takwim 2014 adalah tahun penuh cabaran buat Malaysia apabila diduga dengan pelbagai ujian termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada Mac dan nahas pesawat MAS Penerbangan MH17 Julai lepas. Beliau berkata, ketika menghadapi detik tragis membabitkan Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, tiada negara kuasa besar yang mampu menolong Malaysia, namun atas semangat solidariti, segala kesukaran berjaya diatasi. "Tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya berunding dengan pemberontak yang tidak mempunyai identiti negara. Nawaitu (niat) saya tak lain tak bukan hanya nak dapatkan kotak hitam dan masuk ke kawasan kejadian," kata Najib. Ketibaan jenazah secara berperingkat disambut dengan penuh istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan solidariti terbukti apabila kesemua rakyat menghormati Hari Perkabungan Negara pada 22 Ogos lepas ketika ketibaan kumpulan pertama 20 jenazah mangsa tragedi MH17. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Najib menjelaskan semangat solidariti sekali lagi terbukti apabila sama-sama merasakan kesedihan pencerobohan oleh pengganas dari selatan Filipina di perairan Pantai Timur Sabah pada 12 Feb 2013. Insiden berdarah itu meragut nyawa 10 anggota keselamatan negara. "Memetik lagu (Seniman Agung Allahyarham Tan Sri) P Ramlee "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari." Insiden pahit Lahad Datu telah memalit dan mencalarkan sejarah watan negara, tetapi ia berjaya pertautkan lagi persaudaraan dan ikatan silaturahim antara rakyat Malaysia," katanya.- BERNAMASuara Politik Belantan | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 28 Nov 2014 11:22 PM PST ANWAR TIDAK MATANG, MALAH MUNGKIR JANJI, KETUA PEMBANGKANG SERAH KEPADA LGE Posted: 28 Nov 2014 04:49 PM PST | ANWAR BERCAKAP TENTANG KEADILAN DAN PENINDASAN | Ulasan Hujung Minggu : Pengekalan Akta Hasutan. Soalan pertama, kenapa PM DS Najib mengekalkan Akta Hasutan? Kumpulan pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam memandang sinis pengumuman DS Najib itu, tetapi saya tabik kepada MP Kepong Dr. Tan Seng Giaw (DAP) kerana dapat membezakan di antara kepentingan politik dengan kepentingan negara. Anwar mengulas konon DS Najib mungkir janji, apakah Anwar menunaikan janji? Janji Anwar dua kali dia berkata akan berhenti daripada politik sekiranya kalah dalam PRU-13, kononnya akan menjadi pensyarah di luar negara. Mana janji itu? Anwar juga katanya kecewa kerana DS Najib mengekalkan Akta Hasutan untuk menekan kebebasan dan menindas parti pembangkang. Nampaknya, di usia mendekati 70 tahun Anwar nampaknya semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia. Saya fikir Lim Guan Eng patut segera menggantikan Ketua Pembangkang di Parlimen. Rakyat Malaysia memerlukan seorang Ketua Pembangkang yang sihat fikiran, berpandangan negarawan, komited kepada keselamatan rakyat dan negara. Sebenarnya, apabila DS Najib mengambil keputusan mengekalkan Akta Hasutan ianya bukan seperti apa yang Anwar fikirkan. Sudah berpuluh tahun Anwar dan pembangkang berdemonstrasi tetapi tidak juga menumbangkan kerajaan. Sesungguhnya seperti firman Allah SWT, "Kamu punya perancangan, Allah SWT juga punya perancangan, sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih baik". Pertama, DS Najib komited kepada ketenteraman awam lebih-lebih utama berbanding menindas atau menyekat aktiviti pembangkang sebagaimana ulasan Anwar itu. Kedua, DS Najib tidak perlu komited kepada sampah-sampah masyarakat yang mempunyai niat mengganggu gugat ketenteraman awam. Mereka yang mahu melihat negara ini huru-hara, kacau-bilau dan berpecah-belah adalah sampah-sampah masyarakat. Ketiga, rakyat Malaysia kini mencecah 30 Juta orang. Hanya 0.0001% sahaja yang tidak bersetuju dengan pengekalan Akta Hasutan. Sebaliknya 99% rakyat Malaysia bersetuju kerana mereka mahukan keamanan, kedamaian dan keharmonian. Buktinya, tiada seorang pun mahu turun di jalanraya lagi untuk berdemonstrasi kerana rakyat sudah semakin matang, bahawa negara ini perlu suatu undang-undang yang kuat dan ketat. Rakyat sudah bosan dengan aktiviti demonstrasi pembangkang, mereka sudah sedar hanya dipergunakan sahaja. Mereka yang hendak sangat menghapuskan Akta Hasutan ini kerana mereka suka melihat negara ini kecoh, porak-peranda dan bergaduhan supaya senanglah anasir-anasir luar masuk ke dalam negara dengan tujuan membantu, kebajikan dan human right. Malaysia tidak perlukan semua itu. Soalan saya kepada Saifuddin Abdullah dan segelintir mereka yang menyokong penghapusan Akta Hasutan ini, "Did we get support after abolish ISA?". Bacaan ulangan anda di sini Sumber
| PASMA YAKIN PAS AKAN HILANG 14 KERUSI JIKA HJ HADI TIDAK UNDUR DIRI Posted: 28 Nov 2014 03:09 PM PST PAS Kelantan didakwa bakal kehilangan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum ke-14. Dakwaan itu dibuat oleh aktivis Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berdasarkan kajian trend pengundian di Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Kubor. "Dalam PRK Pengkalan Kubor, undi PAS telah merosot sebanyak 18 %, jika kita mengandaikan sokongan kepada PAS di Kelantan menurun sebanyak 7 %, PAS Kelantan akan kehilangan 14 kerusi DUN termasuk satu kerusi PKR di Guchil dalam PRU 14 nanti,"dakwanya 14 Kerusi DUN milik PAS yang didakwa bakal hilang itu adalah; Jelawat, Gaal, gual Periok, Bukit Tuku, Pulau Chondong, Wakaf Bharu, Tendong, Semerak, Kemuning, Limbongan, Mengkebang, Temangan, Kemahang, Perupok dan satu kerusi milik PKR di DUN Guchil. "BN hanya memerlukan pertambahan undi sebanyak 24 – 750 undi untuk merampaskan balik 14 DUN tersebut bagi membolehkan BN memerintah Kelantan dengan 26 kerusi DUN. "Dalam PRK Pengkalan Kubor, BN berjaya menambah lebih 2000 undi berbanding undi yang diperolehi oleh Dato Kamaruddin Jaafar (PAS) dalam PRU 13 bagi DUN tersebut,"kata Che Ibrahim. Menurut Che Ibrahim dua faktor yang menyebabkan undi terhadap PAS menurun di Kelantan. "Ada dua penyakit besar yang bakal menjadi penyebab sokongan PAS semakin menurun, pertama, perpecahan dalaman PAS yang tidak nampak langsung ada usaha untuk mengurangkannya. "Kedua, Kekecewaan pengundi tidak berparti terhadap kelesuan kerajaan negeri terutama dari pengundi luar dan anak muda,"katanya lagi. | Panas! Penyokong Pas bertempur dengan Pemuda UMNO di PWTC?!! @NajibRazak @KhairyKJ @RazlanRafii Posted: 28 Nov 2014 01:57 AM PST
MyMassa: Bila time DAP, hampir-hampir nak kena bakar bangunan. Bila dengan PAS, siap peluk-peluk lagi. Panaslah DAP macam ini... | |
The Unspinners Posted: 28 Nov 2014 11:09 PM PST Ikhlas cakap, TAK YAKIN NO dan Zein Isma pilih sendiri Posted: 28 Nov 2014 10:05 PM PST Berikut pandangan seorang FB: Dengan kepimpinan Noh Omar yang mulut celupar, susah. Dahlah tu berfikiran dan sikap macam war lord. Pada PRU lepas, tangannya terlibat nak letak orang dia sana sini walaupun tak boleh menang. Tak boleh dan TAK YAKIN. Tambah lagi, NO tiada intelek dan kebolehan mengatur strategi. Bila ditanya apa strategi dan gerak kerja untuk PRU12, dia kata susah pasal Selangor tidak ada Menteri. Cerita dia hanya duit tak ada tapi sekarang kata .... Bagi nak beri kuasa pilih sendiri yang akan melibatkan Zein Isma, berapa kali Zain Isma pernah tanding dan menang dalam pilihanraya mana-mana? Zero!!! Kerjaya politik Zain pun berpindah randah dari Kluang Johor ke pelbagaian bahagian di Selangor mencari tempat. Selama mana kami ingat, Zein Isma asyik kalah setiap pertandingan hingga dapat tempat di Subang. Kalau Zain Isma boleh menangkan Subang untuk BN, boleh juga percaya. Dengan Johan yang dijangka kalah di Semenyih dan gerak kerja bahagian paling teruk dalam sejarah ketika PRK Kajang, boleh ke .... Tak sama dengan Tok Pa yang ikhlas bekerja .... | Cubaan Azmin nak rasuahkan UMNO Posted: 28 Nov 2014 08:00 PM PST Elok juga SHamsuddin Lias tolak kereta rasmi ni .... | Apa hebatnya Guan Eng, Pulau Pinang dan Selangor? Posted: 28 Nov 2014 05:57 PM PST | Tolak naik cukai taksiran tapi taksiran MPPP dan MPSP naik? Posted: 28 Nov 2014 04:00 PM PST Suatu masa Guan Eng kata dia enggan naikkan kadar taksiran tafsiran hartanah tapi baru-baru ini dia naikkan cikai taksiran MPPP dan MPSP. Hmmm ... flip flop rupanya. ---------------------------------- Kenyataan Media YB Dato' Jahara Hamid Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang 25 November 2014 Kerajaan Negeri Pulau Pinang "flip-flop" Dalam Kenaikan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai1. Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Kenaikan ini dikatakan akan memberi hasil tambahan sebanyak RM 40 juta kepada kedua-dua PBT. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, antaranya adalah kerana peningkatan kos mengurus sisa pepejal oleh kedua-dua PBT. 2. Ini bercanggahan dengan laporan Buletin Mutiara pada 9 Januari 2014, yang melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengabaikan syor kerajaan Pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran di Pulau Pinang dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat negeri ini. 3. Saya berpandangan kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan oleh kerajaan negeri semalam adalah kerana ketidakcekapan pengurusan sumber oleh kerajaan negeri. Kedua-dua PBT merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran yang besar. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan MPSP dan MPPP bagi tahun 2013, jumlah tunggakan cukai pintu yang tidak dikutip oleh MPSP berjumlah RM 21.8 juta manakala bagi MPPP adalah sebanyak RM54.5 juta. 4. Langkah yang sewajarnya diambil oleh kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkat kecekapan kedua-dua PBT yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran yang berjumlah RM 76.3 juta. Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran? 5. Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk lagi ekoran tidak ternampak sebarang usaha yang gigih untuk menangani punca masalah tunggakan iaitu ketidakcekapan kedua-dua PBT. Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sejumlah RM 76.3 juta tersebut tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran? 6. Saya juga ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri lebih serius dalam menangani kewujudan ribuan kilang-kilang haram di kawasan Pulau dan Seberang Perai. Kerajaan negeri perlu melaksanakan langkah-langkah pemutihan untuk melesenkan kilang-kilang tersebut bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada MPSP dan MPPP tanpa perlu membebankan rakyat dengan kenaikan cukai. 7. Kerajaan negeri melalui PBT juga telah menaikkan kadar sewaan gerai Medan Selera dan juga tapak niaga pasar awam sebanyak 100 peratus atas alasan tidak cukup kewangan untuk menyelenggara dan mengubahsuai premis -premis berkenaan. Pada masa yang sama kedua-dua PBT mengumpul jumlah wang yang besar melalui denda dan saman parkir. Terima kasih | Reporter bebal mana dok kata Azwan Bero harapan baru? Posted: 28 Nov 2014 04:30 AM PST | MB Selangor hanya gimik Posted: 28 Nov 2014 01:30 AM PST | Hukuman Akta Hasutan cungkil gigi saja... Posted: 27 Nov 2014 11:30 PM PST Setakat RM5 ribu, tak sapa takut. Impak dari kekacauan yg mereka timbulkan begitu menjahanamkan. | |
tok gajah Posted: 28 Nov 2014 09:54 PM PST Atuk nak tanye sikit, perlukah Akta Hasutan ni dikekalkan........? Posted: 28 Nov 2014 09:37 PM PST Atuk agak dah lame juge tak masuk blog buat posting, maklum le orang dah tue, selalu sakit2 aje, tambah2 nye dimusim hujan ni. Walaupun atuk tak buat posting tapi atuk memerhati juge sedikit2 tentang posting dari blog2 sahabat yang lain tu. Boleh le dikatekan ketike ini hampir semue sahabat2 bloggers sedang menumpukan perhatian mereke tu kepade Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di PWTC. Nampak gaye nye UMNO ni dah membuat perubahan yang drastik dalam pemimpinan nye. Agenda yang paling menyukekan menyenangkan hati atuk ialah berkenaan Akta Hasutan. Pade mule nye atuk terase takut juge kalau2 Datuk Seri Najib akur kepade kehendak puak pembangkang yang mahu hapuskan akta itu. Bagi atuk, Datuk Seri Najib telah bertindak bijak menolak kehendak pemimpin2 pembangkang tu. Tindakan Datuk Seri Najib ni bukan sahaje telah menjamin keutuhan bangse Melayu tapi ianye juge telah menjamin keselamatan agame dan negare kite juge. Atuk yakin dengan mengekalkan Akta Hasutan ini ianye akan sedikit sebanyak mengurangkan perbuatan segelintir bangse kafir haramjadah yang gemari mengutuk dan menghine agama Islam dan bangse Melayu secare terang di media letronik dan alam maya seperti Face-Book dan Blog. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 28 Nov 2014 09:46 PM PST |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 28 Nov 2014 09:30 PM PST |
JURI RAKYAT Posted: 28 Nov 2014 07:32 PM PST Wisata Pulau Flores – Danau Kelimutu Posted: 28 Nov 2014 05:11 PM PST Wisata Pulau Flores – Danau Kelimutu. Satu lagi keajaiban alam yang dimiliki Indonesia. Kali ini tempat wisata alam yang bisa dibilang sangat menakjubkan ini berada di Kabupaten Ende, Nusa Tenggara Timur. Berada di puncak sebuah gunung dengan nama yang sama, Danau Kelimutu menarik perhatian banyak wisatawan dalam dan luar negeri. Pada tanggal 26 Februari 1992, Danau Kelimutu masuk dalam kawasan Taman Nasional Kelimutu, sebuah taman nasional terkecil dari enam taman nasional yang ada di kawasan Bali dan Nusa Tenggara. Tempat wisata ini berada di puncak Gunung Kelimutu dengan ketinggian 1.690 meter di atas permukaan laut. Danau Kelimutu terdiri dari tiga buah 'kubangan' atau kawah dengan warna yang berbeda-beda. Selain dikenal dengan nama Danau Kelimutu, tempat wisata ini juga dikenal sebagai Danau Tiga Warna. Sebuah fenomena alam yang sangat menakjubkan karena tiga kawah dengan jarak yang berdekatan, namun memiliki warna air yang berbeda. Warna air danau umumnya adalah merah, putih dan biru, namun bisa berubah menjadi hijau, hitam dan coklat, atau variasi warna lainnya. Uniknya, saat para peneliti mencoba mengambil air danau ini sebagai sampel, airnya bening tanpa warna. Ketiga danau ini dipisahkan oleh tebing batu curam yang mudah longsor, sehingga wisatawan diharapkan mampu menjaga jarak aman saat berada di area sekitar danau. Saat yang tepat untuk berkunjung ke tempat wisata ini adalah antara bulan Juni – Agustus dikarenakan hujan cenderung tidak turun sehingga medan yang harus dilewati terhitung aman. Jika ingin mendapatkan pemandangan terbaik dari Danau Kelimutu, berangkatlah mendaki antara jam 2-3 pagi dari Moni yang merupakan desa terdekat dengan lokasi danau. Sesampainya di puncak, Anda bisa menyaksikan pemandangan matahari terbit di atas Danau Kelimutu yang luar biasa indah. Jangan lupa menyiapkan kamera, ya. Bagaimana bisa berangkat mendaki sepagi itu? Di Moni dan beberapa desa sekitar terdapat banyak penginapan. Dengan menginap di lokasi terdekat dengan tempat wisata ini, tentunya akan memudahkan Anda dalam persiapan mendaki. Kawasan Taman Nasional Kelimutu juga menjadi habitat bagi beberapa jenis binatang dan tumbuhan. Beberapa di antaranya bahkan hampir punah seperti burung hantu Wallacea, elang Flores dan kancilan Flores. Sejarah Danau Kelimutu Keberadaan Danau Kelimutu pertama kali ditemukan pada tahun 1915 oleh seorang Belanda bernama Van Such Telen. Saat itu ia mengatakan pada warga sekitar bahwa di puncak Gunung Kelimutu terdapat tiga buah danau dengan warna merah, putih dan biru. Warga tak mudah percaya karena tiga warna yang disebutkan Telen sama dengan warna bendera Belanda. Sampai kemudian warga membuktikan sendiri keberadaan Danau Kelimutu. Keindahan tempat wisata ini semakin populer setelah dirangkum dalam sebuah lukisan karya Y. Bouman pada tahun 1929. Sejak saat itu, keindahan dan keunikan Danau Kelimutu semakin dikenal luas dan mulai banyak dikunjungi wisatawan. Mitos Danau Kelimutu Ketiga danau yang berbeda warna di puncak Gunung Kelimutu ini memiliki nama masing-masing. Warga setempat percaya bahwa danau ini merupakan tempat bersemayam jiwa-jiwa dari orang yang meninggal. Nama ketiga danau ini antara lain Tiwu Ata Mbupu yang menjadi tempat jiwa-jiwa orang tua yang meninggal, Tiwu Nuwa Muri Koo Fai yang menjadi tempat jiwa-jiwa orang muda yang meninggal, dan yang terakhir adalah Tiwu Ata Polo yang menjadi tempat jiwa-jiwa orang jahat yang meninggal. Tiwu sendiri dalam bahasa setempat berarti danau. Dari ketiga danau tersebut, yang paling sering berubah warna adalah Tiwu Nuwa Muri Koo Fai. Menurut warga setempat, hal ini dimungkinkan karena jiwa yang menempati danau ini masih muda dan labil sehingga mempengaruhi perubahan warna air danau. Perubahan warna bisa jadi pertanda Warga setempat percaya bahwa perubahan warna yang terjadi di Danau Kelimutu bisa menjadi pertanda buruk akan terjadinya suatu bencana di Indonesia. Menurut mereka, hal ini pernah terjadi beberapa kali, di antaranya pada tahun 1992 dan 2004. Pada tahun 1992, salah satu danau berubah menjadi coklat kemerahan seperti hati ayam. Tak lama kemudian, terjadi gempa bumi di Flores yang memakan banyak korban jiwa. Hal yang sama terjadi pada tahun 2004 di mana Aceh diterjang tsunami dan menimbulkan banyak sekali korban jiwa. Menurut warga sekitar, Danau Kelimutu memiliki kekuatan magis yang luar biasa besar. Hal ini membuat danau sangat dikeramatkan. Warga juga seringkali menggelar upacara atau ritual khusus dengan membawa sesaji sebagai persembahan dengan tujuan meminta keselamatan dan keberkahan. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 28 Nov 2014 03:50 PM PST Suami 'alim' curang dengan wanita bertudung labuh Posted: 28 Nov 2014 03:15 PM PST | n | SEMUANYA sudah terbongkar. Apa yang disorokkan selama ini bukan lagi menjadi rahsia. Berita pahit untuk ditelan, namun Ana reda jika itu ketentuan-Nya. Untuk apa lagi bersuamikan seorang kaki penipu yang selama ini berlindung di sebalik nama agama.
Ana sama sekali tidak menyangka. Perwatakan alim suaminya yang berubah secara drastik, rupa-rupanya sekadar lakonan. Patutlah selama ini, ada sahaja alasannya bila ditanya kenapa dia pulang lewat ke rumah. Katanya ada perbincangan dengan kumpulan sekuliah.
Aiman, dahulu tidak begitu. Sekalipun tidak bekerja, namun Ana masih boleh menerima keadaan tersebut. Sudah ditakdirkan, Aiman terpaksa berhenti kerja gara-gara syarikatnya tidak mampu lagi meneruskan operasi. Setahun Aiman menganggur. Puas dia meminta kerja ke sana ke sini, namun hampa.
Ana lalu mencadangkan agar Aiman menyambung pengajiannya. Manalah tahu dengan sijil ijazah yang akan diperoleh itu 'rezeki'nya lebih mudah. Aiman setuju. Segala kos perbelanjaan pengajiannya ditanggung Ana.
Sesi kuliah bermula, Aiman mula sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan pensyarahnya. Justeru, tugas mengemas rumah dan menjaga anak diserahkan kembali kepada Ana.
Aiman pula sering memberi alasan dia sibuk dengan pengajiannya. Ana cuba memahaminya. Namun, Ana sedikit curiga kerana Aiman sering pulang lewat. Bila ditanya, Aiman mula baran.
Sejak itu perangai Aiman pelik. Dia suka menyendiri. Telefonnya pula sentiasa ada di tangan. Pernah sesekali Ana terdengar perbualan telefon Aiman. Suaranya cukup lembut dan banyak nasihat agama dituturkan.
Paling memeranjatkan Ana, Aiman sudah mula menggunakan kuasa 'suaminya' untuk mengugut Ana. Pantang silap sikit, Aiman mula mengancam Ana dengan talak.
Hakikatnya, bukan Ana tidak tahu perangai Aiman di belakangnya. Ana sendiri pernah terlihat Aiman bersama seorang wanita bertudung labuh, sedang makan berdua-duaan. Lagaknya macam sudah kenal lama. Mesranya, bukan main lagi. Bukan sekali, tapi adegan seumpama itu telah lebih dua tiga kali Ana nampak. Bila ditanya, Aiman menafikannya. Apabila dirisik-risik barulah Ana tahu, wanita itu adalah pelajar sekuliah Aiman.
Ana rasa dirinya ditipu hidup-hidup. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ana memberanikan diri menerima ugutan talak daripada Aiman. Ana tidak mahu sepanjang hidupnya ditipu suami yang tidak tahu mengenang budi.
Tip kaunselor
ISU suami berselindung di sebalik perubahan tingkah laku zahirnya bukanlah satu cerita baharu. Sebagai isteri, berhati-hatilah dengan perubahan suami, khususnya apabila ia berlaku secara drastik, agar tidak menjadi mangsa penipuan. Tip kaunselor kali ini memandu pembaca untuk lebih berhati-hati dalam menghadapi situasi sama.
1 Sebagai suami isteri,sikap percaya dan jujur merupakan elemen penting untuk mengekalkan perhubungan perkahwinan kerana tanpa sikap ini rumah tangga akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan boleh menimbulkan perselisihan yang berpanjangan dan membingungkan. 2 Apabila suami menunjukkan perubahan yang mengelirukan, seperti berubah tingkah laku, suka memberi alasan apabila diminta melakukan sesuatu atau mulai menyimpan barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, beg duit, beg kerja dan sebagainya, ia adalah petanda sesuatu sedang berlaku di luar pengetahuan isteri. 3 Tidak dinafikan, bukanlah semua suami yang berubah seperti yang disebutkan mempunyai agenda peribadinya untuk menutup perbuatan penipuannya terhadap isteri. Tetapi ada juga yang berubah, kerana keinginannya secara ikhlas untuk berubah. Cuma yang membezakannya, apakah perubahan itu konsisten atau untuk tempoh tertentu. Dan isteri seharusnya bijak untuk menilai. 4 Sekiranya isteri dapat mencium penipuan suami, isteri perlulah berterus terang dengan suami dengan mendapatkan penjelasan daripadanya. Dan sekiranya ada bukti, itu lebih utama supaya suami tidak menuduh, isteri hanya memasang jerangkap samar. 5 Jika suami berdolak-dalih tentang perkara tersebut, mohon untuk berhadapan dengan individu atau pihak yang terlibat. Sekiranya suami bercakap benar, isteri perlu belajar menerimanya tanpa ada rasa syak. Ini kerana apabila perasaan dan fikiran tersebut tidak diselesaikan ia akan meninggalkan keraguan yang berpanjangan. 6 Sebaliknya jika pengakuan suami menepati apa yang disangka selama ini, isteri perlu bersedia untuk melakukan tindakan yang sewajarnya seperti melibatkan suami dalam perbincangan secara serius dengan pihak yang diberi autoriti, membantu pasangan yang buntu. Pandangan Kaunselor KEHIDUPAN di zaman serba canggih ini menagih pasangan suami isteri untuk bijak mengatur segala keperluan rumah tangga. Baik daripada segi masa, komunikasi dan kewangan, ia memerlukan pasangan untuk saling memahami antara satu sama lain. Tambahan pula apabila masing-masing bekerja. Suami dan isteri perlu belajar menyesuaikan diri dengan gaya kehidupan berumah tangga. Sekali gus bersedia daripada segi mental dan fizikal. Ini kerana rumah tangga adalah ruang untuk memenuhi keperluan peribadi dan ahli keluarga yang menjadi tanggungjawab setiap pasangan.
Apatah lagi apabila dikurniakan anak-anak. Tanggungjawab itu akan menjadi lebih besar. Apa pun, isu suami isteri bekerja atau salah seorang tidak bekerja perlu ditangani dengan baik kerana jika kedua-dua bekerja mereka perlu memahami kesibukan dan tumpuan kepada dua perkara yang utama iaitu kerjaya dan keluarga. Begitu juga jika seorang sahaja bekerja. Jika suami sahaja bekerja dan kurang kemampuan untuk menanggung keluarga, isteri yang tidak bekerja perlu mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Namun jika suami berkemampuan, maka isteri boleh memberikan tumpuan kepada melayan keluarga dengan sebaiknya. Berbeza jika suami tidak bekerja, pasti isteri akan menanggung segala keperluan hatta duit rokok dan kredit telefon suami. Inilah tekanan yang isteri terpaksa hadapi demi kelangsungan perkahwinan mereka. Isu utama yang berlaku dalam keadaan seumpama ini bukanlah bekerja atau tidak, tetapi bagaimana pasangan menguruskan kehidupan keluarga dengan nilai-nilai yang positif. Sebagai contoh suami yang tidak bekerja, dia perlu melakukan tugasan rumah sebagaimana seperti isteri yang tidak bekerja. Sebenarnya inilah peranan suami sekalipun mereka bekerja. Namun hari ini, ia seolah-olah sudah menjadi peranan isteri secara mutlak. Ada juga pasangan yang tidak bekerja tetapi mengambil kesempatan kepercayaan yang diberikan dan mengkhianatinya dengan pelbagai gejala, seperti hubungan terlarang dengan orang ketiga, menggunakan pasangan untuk membuat pinjaman peribadi bank dan pelbagai perlakuan yang akhirnya membawa masalah. Perkara ini terjadi apabila suami terlupa tentang tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga. Seorang isteri boleh menerima keadaan suami yang tidak bekerja dengan syarat suami tidak mengabaikan keluarga dan bijaksana menghargai isteri dengan menggunakan ruang masa untuk membantu mengurangkan beban isteri dan keluarga. Suami dan isteri yang baik sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk saling memahami keperluan masing-masing. Begitu pun, fitrah kejadian makhluk di muka bumi ini, suami harus berusaha mencari nafkah untuk menanggung keluarga dan bukannya meletakkan tanggungjawab tersebut di bahu isteri. Hanya dalam keadaan tertentu, ada kala isteri terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut tetapi hanya untuk sementara dan bukan selama-lamanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/apabila-kepercayaan-dikhianati-1.29862#sthash.SM8CCII6.dpuf | Bercoli dalam almari Posted: 28 Nov 2014 05:01 AM PST Kuala Lumpur: Seorang pelanggan yang sedang mendapatkan urutan erotik daripada wanita separuh bogel cuba melarikan diri ketika sebuah premis refleksologi di Taman Danau Kota di sini, diserbu petang semalam. Bagaimanapun, usaha lelaki berusia 40-an itu sia-sia berikutan premis berkenaan sudah dikepung manakala tukang urut wanita yang hanya memakai seluar dalam dan coli itu turut ditahan ketika bersembunyi di dalam almari. Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri ke-6 bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu, membabitkan 300 anggota daripada pelbagai agensi diketuai Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Difahamkan, serbuan besar-besaran itu dijalankan berikutan menerima aduan orang awam yang melaporkan terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku di premis yang berselindung di sebalik papan tanda perniagaan kecantikan dan refleksologi. Anggota penguat kuasa terpaksa memecah masuk ke dalam beberapa premis refleksologi terbabit selepas tindakan memperkenalkan diri dan mengetuk pintu premis tidak diendahkan pengusaha premis. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, dalam operasi itu 56 wanita warga asing dari Thailand dan Vietnam ditahan. "Semua wanita berusia 20 hingga 30-an itu ditahan hasil serbuan ke atas 15 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran," katanya. Menurutnya, antara agensi penguatkuasaan yang terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat antara pelanggan yang datang ke pusat urut berkenaan adalah dalam kalangan pelajar universiti. "Op BAH ini terus dijalankan sehingga semua aktiviti haram dapat dibanteras. Setakat ini, banyak kemajuan dicapai apabila hampir 45 peratus premis yang pernah diserbu sebelum ini tidak lagi membuka perniagaan mereka," katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, operasi seumpama itu memberi isyarat jelas kepada pengusaha premis terbabit mereka tidak akan dibiarkan begitu saja. "Kami mewakili pengguna amat berterima kasih dan menghargai usaha yang dilakukan kerana semakin ramai orang menjadikan pusat urut ini sebagai tempat istirahat mereka," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12458#sthash.P91WhzE3.dpuf | Bakar Al-Quran: Dyana Sofya, ahli DAP buat laporan polis terhadap Dr Mashitah Posted: 27 Nov 2014 11:32 PM PST KUALA LUMPUR: Beberapa ahli politik DAP, hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim atas ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014, yang menyeru perwakilan supaya jangan menjadi majoriti senyap atas kejadian bakar Al-Quran di Kedah. Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata laporan polis telah dibuat kerana kenyataan Mashitah langsung tidak bertanggungjawab. "Kita telah mendapatkan kemerdekaan sejak tahun 1957, tetapi perkara seperti ini masih lagi berlaku. "Saya tidak pasti sekiranya beliau berkata demikian semasa merujuk kepada kejadian seorang suspek dilaporkan ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar, atau tidak. "Jika beliau merujuk kepada kejadian itu, siasatan polis telah mendedahkan bahawa suspek itu kurang siuman. Malah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pun sudah membuat kenyataan tentang kejadian itu. "Kalau memang pun orang Cina atau orang bukan Islam membuat perkara itu, ia adalah perbuatan individu. Jangan salahkan satu komuniti," katanya semasa satu sidang media di luar Balai Polis Tun H.S. Lee di ibu negara, sejurus laporan polis dibuat. Sementara itu, Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata kenyataan Mashitah boleh menimbulkan huru-hara dan pecah belah. "Contohnya apabila Mashitah berkata 'rasa tercabar atau tidak?', cara menyampaikan perkara ini adalah seperti timbulkan isu perkauman. Ini sangat tidak bertanggungjawab dan harus disiasat," katanya. Pemimpin DAP yang membuat laporan ini termasuk Ahli Parlimen Batu Kawan Kasturi Pato, berkata Mashitah harus disiasat di bawah Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan yang menyatakan sesiapa yang melalui percakapan, isyarat atau sesuatu yang merosakkan keharmonian, perpaduan atau mencetus kebencian terhadap agama dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Sebuah portal berita melaporkan bahawa bekas timbalan menteri itu betanyakan perwakilan UMNO adakah mereka rasa tercabar dengan kejadian itu. "Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak. Kalau rasa begitu, kenapa tidak bersuara. Jangan diam. Mana suara kita di dalam media, di alam maya. Jangan jadi majoriti senyap. (Jangan biarkan) yang minoriti ini bercakap," katanya seperti dipetik dari laporan itu. Walau bagaimanapun, Mukhriz telah berkata siasatan polis mendapati cebisan Al-Quran itu tidak dibakar, sebaliknya dikoyak oleh seorang lelaki tidak siuman dan dia kini ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah. | 20 foto bogel disebar bekas teman lelaki Posted: 27 Nov 2014 08:01 PM PST | Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Gara-gara ingin memutuskan hubungan cinta, seorang remaja terpaksa menanggung malu apabila gambar bogelnya di muat naik ke laman sosial Facebook oleh bekas teman lelakinya.
Mangsa menyedari kejadian berkenaan ketika melayari laman sosial berkenaan apabila melihat lebih 20 gambarnya tanpa seurat benang menjadi tatapan umum.
Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sering berkongsi gambarnya dengan teman lelaki yang dikenalinya sejak setahun lalu itu melalui laman sosial terbabit.
Menurut sumber, mangsa belum pernah bersua muka dengan teman lelaki alam mayanya itu tetapi kerap bersembang dan berkongsi gambar melalui aplikasi WeChat sepanjang perhubungan mereka.
"Bagaimanapun apabila mangsa cuba memutuskan hubungan cinta alam maya itu, suspek menyebarkan gambar bogelnya. Suspek dikatakan turut menghubungi seorang ahli keluarga mangsa melalui aplikasi WeChat dan mengaku menyebarkan gambar mangsa di laman sosial," katanya.
Menurutnya, suspek mengaku bertindak sedemikian untuk mengaibkan mangsa kerana memutuskan hubungan cinta mereka dan mangsa membuat laporan di balai polis Pudu, di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12520?m=1#sthash.cmkO6mLW.dpuf | Muna&Fiq: Kitar hidup seorang macai Posted: 27 Nov 2014 05:28 PM PST | |
WARIS PURBA Posted: 28 Nov 2014 03:24 PM PST MISTERI MB AZMIN Posted: 27 Nov 2014 07:02 PM PST RAMAI yang terkejut Langkah Kajang berakhir dengan Azmin dan bukannya Azizah sebagai MB Selangor. Bagi sesiapa yang mengetahui 'keakraban' Anwar-Azmin memang daripada awal menjangkakan sebenarnya Langkah-2A adalah untuk Azmin. Begitu kelicikan politik Anwar-Azmin yang langsung tidak dihidu oleh sesiapa kecuali mereka yang kenal benar dengan 2A ini. Anwar sanggup 'mengatur' perang dengan Pas dan Istana, sementara membisukan Azizah dengan strategi licik. Anwar tahu jika dia terus mengumumkan Azmin pengganti Khalid, Azizah akan membantah keras. Kelicikan Anwar ialah dia tahu mana isu itu akan 'landing'. Dia tahu Azizah tidak akan diterima sebagai MB sama ada oleh Istana mahupun Pas. Jadi dia menunjukkan kesungguhan mengumumkan Azizah sebagai calon MB dengan pengetahuan bahawa ia akhirnya akan ditolak, sambil memberitahu Azmin supaya 'play cool'. Sebab itu usaha dibuat supaya Pas yang menamakan Azmin bukan PKR. Dan Pas terperangkap dengan mainan itu apabila Hadi Awang sendiri yang mengusulkan nama Azmin. Sebab itu kaum Anwarinas bertakbir sakan apabila Hadi yang usulkan nama Azmin dalam mesyuarat Pas Pusat. Sekarang Azizah tak boleh merajuk sebab Anwar nampak sudah berusaha keras untuk menamakan dia sebagai MB. DAP pula menarik nafas lega! Daripada bagi ustaz Pas jadi MB lebih baik Azmin. Kelicikan Langkah Kajang ialah apabila mereka berjaya meyakinkan UMNO bahwa kalau bubar DUN pun UMNO tidak akan menang, malahan mungkin hilang banyak kerusi lagi. Ini menyebabkan UMNO memberi isyarat bahawa ia tidak bersedia menghadapi PRN! Dan piala terbesar Langkah 2A ini ialah apabila pimpinan tertinggi UMNO berjaya diyakinkan bahawa Azmin adalah calon terbaik untuk penyelesaian kemelut Selangor. Penglibatan dua orang bergelar Tan Sri yang dikatakan mempunyai talian dengan Istana melobi keras untuk Azmin menjadi MB dikatakan pengunci Langkah 2A. Kononnya, perjumpaan mereka dengan pimpinan tertinggi UMNO Khamis lepas membawa mesej bahawa Putrajaya tidak ada bantahan jika Azmin yang dilantik sebagai MB. Jadi pihak Istana sudah tiada pilihan. Sebenarnya Istana sudah melakukan yang terbaik. Maklumat sahih memberitahu Tuanku telah memberi tawaran kepada ADUN Pas untuk menerima lantikan sebagai MB. Seorang kononnya berkata semasa diinterview: "Patik ada penyakit dan tak boleh menghadapi tekanan" dan seorang lagi memberi alasan "tak sanggup terima cabaran". Bagi Tuanku sifirnya mudah. Perkara 53 memberi kuasa kepada Tuanku melantik MB daripada mereka yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN. Pas mempunyai 15 ADUN. Dan dengan sokongan ADUN UMNO (12 orang) dicampur Bebas (Tan Sri Khalid) menjadikan 28 orang. PKR pula ada 13 dicampur DAP 15 juga menjadi 28. Tetapi jika undi dibuat, gabungan PKR-DAP akan tinggal 27 kerana Hannah Yeoh sebagai Speaker tidak boleh mengundi. Atas dasar itu, tawaran dikemukakan kepada ADUN Pas. Malangnya, mereka mahu mendapat mandat jelas daripada muktamar agung. Sebab itu tarikh pengumuman dibuat hanya selepas muktamar. Malangnya Muktamar Agung Pas tidak memberi mandat yang jelas dan tegas untuk ADUN mereka menerima jawatan MB. Walaupun ada cubaan daripada Dewan Ulama untuk usul itu dibahas dan diluluskan, namun perwakilan gagal memberikan mandat yang diperlukan. Sebaliknya menyerahkan kepada Tuanku untuk memutuskannya, ditambah dengan kenyataan jawatan MB Selangor adalah hak PKR. Sebab itu Tuanku tiada pilihan. Azizah tidak boleh diterima. Pas sendiri tidak tegas dan jelas. UMNO pula tidak bersedia. Dan Putrajaya pula, kononnya atas usaha gigih dua Tan Sri itu, memberi mesej boleh menerima Azmin. Maka Tuanku berakhir dengan kedudukan tiada pilihan melainkan terpaksa melantik juga Azmin sebagai MB. Sebab itu saya tidak terkejut setelah berhempas pulas berbulan lamanya menamakan Azizah, setelah berperang dengan Istana dan Pas, setelah memecat Tan Sri Khalid kerana tidak akur arahan parti memberi laluan kepada Azizah, akhirnya dalam tempoh tak sampai 12 jam pengumuman oleh Istana menamakan Azmin, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat dipengerusikan Anwar membuat U-Turn menerima pelantikan Azmin. Dan yang paling klasik, Azizah membuat kenyataan menarik balik pencalonan dirinya sebagai MB. Begitu liciknya Langkah 2A! Dan sekarang, sudah pasti Azmin akan melantik semula Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Dan sudah pasti mereka akan memerah fikiran bagaimana wang simpanan tunai RM3.2 bilion yang dikumpul oleh Tan Sri Khalid mahu dibelanjakan. Dan yang pastinya, 2A ini mempunyai matlamat yang jelas - Anwar tidak boleh masuk penjara, dan Anwar mesti jadi PM ke-7. Yang akan termenung dan ternganga nanti ialah UMNO, Pas dan Azizah! | MH 370 TERDAMPAR DI SUMATERA ? Posted: 27 Nov 2014 06:49 PM PST Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley mendakwa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka terdampar di kawasan pantai setelah dibadai ombak dan kemungkinan besar terdampar berhampiran pantai Sumatera. Laman web Mirror.Uk memetik Foley sebagai berkata, beliau percaya serpihan pesawat itu daripada jenis Boeing 777 akan bergerak ditolak ombak ke Indonesia dan jika perkara itu benar, segala misteri tentang kehilangan pesawat itu bakal terjawab. "Sesuatu (daripada pesawat MH370) pasti akan terdampar di kawasan pantai dan kemungkinan besar di kawasan pantai di Sumatera. Kami dimaklumkan banyak orang telah menemui objek pelik di kawasan pantai dan menyerahkannya kepada polis tempatan. "Kami kemudian menyerahkan objek berkenaan kepada Boeing untuk dikenal pasti, namun sehingga kini tiada sebarang berita positif diterima tentang pesawat itu. Objek yang berada di laut mengambil masa lama untuk terdampar di pantai setelah dibadai ombak," jelas Foley. Kata Foley, dua buah kapal masih menjalankan kerja-kerja mencari pesawat MH370 di dua buah kawasan yang telah dikenal pasti, menggunakan peralatan pengimbas sonar. Jelasnya, 40 orang krew bekerja di atas kapal berkenaan 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan usaha mencari dapat dijalankan dengan lancar. "Ada kalanya cuaca di laut begitu buruk, tetapi kami percaya kami akan mendapat jawapan misteri tentang kehilangan (MH370) ini. Penting untuk semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pesawat tersebut," ujar Foley. Kehilangan pesawat MH370 hampir memasuki sembilan bulan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal. | IMEJ BERSIH Posted: 27 Nov 2014 06:42 PM PST Setiap pemimpin UMNO perlu membawa imej yang bersih jika mahu parti itu kembali mendapat kepercayaan rakyat. Mat Razi Mat Ail Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail berkata, rakyat mahukan seorang pemimpin yang bersifat sederhana, ikhlas dan jujur dalam corak kepimpinannya. "Malah jika mereka berpegang kuat dan tidak melencong daripada landasan agama, sudah tentu mereka akan lebih diterima dan dipercayai oleh rakyat. "Setiap pemimpin itu ada binaannya sendiri. Alhamdulillah, rakyat dapat menerima saya walaupun pertama kali dicalonkan (sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Mat Razi menjadi tumpuan dalam perhimpunan kali ini selepas beliau disebut oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Taklimat Presiden kelmarin sebagai contoh pemimpin mempunyai perawatakan baik dan disenangi rakyat. Malah nama beliau turut disebut-sebut dalam perbahasan wakil Pemuda UMNO sempena perhimpunan agung sayap itu semalam yang antaranya menyifatkan beliau sebagai pemimpin pilihan rakyat kerana mempunyai latar belakang agama yang menyerlah. Pengiktirafan terhadap karakter disenangi rakyat yang dibawa oleh Mat Razi itu juga menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada September lalu sebagai model dan rujukan untuk parti itu berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14. Dalam PRK itu, Mat Razi yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati, mencatat kemenangan besar iaitu dengan majoriti sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13. | AKTA HASUTAN KEKAL DAN DIPERKUKUHKAN Posted: 27 Nov 2014 06:27 PM PST Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Akta Hasutan 1948 tidak akan dihapuskan sebaliknya diperkuat dan diperkukuhkan sekurang-kurangnya dalam dua perkara. Beliau berkata, dua peruntukan khas yang akan dimasukkan, pertama melindungi kesucian agama Islam dan tidak boleh menghina agama-agama lain serta kedua tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. "Ertinya lagi, apa-apa jua perkataan, perbuatan mahupun ucapan yang bersifat menghasut serta menghina Islam, Melayu dan raja-raja akan kita halang dan kita tentang habis-habisan,'' tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di sini hari ini. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau membuat keputusan ini setelah mendengar pendapat dan cadangan daripada Timbalan Presiden, Wanita, Pemuda, Puteri, usul-usul daripada Bahagian, keresahan suara-suara akar umbi, serta pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebelum itu satu tayangan video yang memaparkan siri penghinaan terhadap agama Islam, orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu dipertontonkan kepada orang ramai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Desakan supaya Akta Hasutan 1948 dikekalkan mula kedengaran setelah timbul ura-ura akta tersebut akan digantikan Akta Keharmonian Nasional dua tahun lalu. Pelbagai pihak termasuk NGO secara terbuka menentang cadangan tersebut rentetan daripada pelbagai insiden penghinaan ke atas agama Islam, orang Melayu dan raja-raja Melayu. Pada masa yang sama parti-parti pembangkang dan NGO propembangkang turut berkempen agar akta berkenaan dihapuskan sehingga Majlis Peguam mengemukakan satu draf akta yang disediakan oleh badan itu sendiri. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kelmarin turut menegaskan perlunya akta itu dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi menjaga perpaduan dan keharmonian negara. | |
waadat Posted: 28 Nov 2014 01:46 PM PST Guru Besar hilang Posted: 27 Nov 2014 11:48 PM PST Ini berita betul. Sudah disahkan pihak sekolah yang terlibat. Guru Besar dan kesemua GPK tiada di sekolah selepas keputusan UPSR (yang kertasnya bocor-bocor itu) keluar. Kemana hilangnya pun Demang tidak pula diberitahu. Sebenarnya ia bukanlah masalah Demang melainkan jika anak Demang ada di sekolah tersebut dan perlukan tandangan 'beliau-beliau' tersebut untuk mengesahkan salinan dokumen bagi memohon sekolah menengah. Takkan lah nak suruh tukang kebun sekolah tandatangan! Demang boleh mengerti jika mereka ada urusan kecemasan atau urusan peribadi yang tidak boleh dielakkan (empat orang cuti serentak!) namun Demang sangsi jika mereka diarahkan untuk hadir mesyuarat di jabatan atau diminta berkursus. Dah tak ada masa lain ke nak buat kursus atau mesyuarat? Padahal ibubapa perlu menguruskan permohonan dengan kadar segera. Salah satu syarat permohonan ialah semua dokumen wajib disahkan. Itupun satu hal juga. Dalam dunia digital tanpa sempadan serta serba canggih ini pihak-pihak yang berkenaan masih terperuk dalam tempurung. Mereka tidak tahu bagaimana nak memudahkan orang ramai. Mereka hanya pandai memudahkan kerja sendiri sahaja. Piagam pelanggan? Ha ha ha... kebanyakannya bukan faham sangat walaupun ada yang pernah beri taklimat pada orang lain tentang perkara tersebut. Sebenarnya bukan susah sangat nak sahkan salinan dokumen. Cop getah itu bukanlah mahal sangat. Maknanya, itu bukanlah kaedah yang bagus sangat untuk mengelakkan penipuan. Kenapa tiada pemusatan data? Bukankah dengan kecanggihan sekarang, dengan satu masukan nombor kad pengenalan sahaja sepatutnya semua maklumat boleh disemak dan disahkan? Apa gunanya calon peperiksaan diminta memasukkan nombor surat beranak dan sebagainya dulu? Supaya nampak profesional? TAPI... dalam bab duit dan hutang, pandai pulak pihak tertentu mengesan orang yang bermasalah hingga ke lubang cacing!!! Oh negaraku. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 28 Nov 2014 01:39 PM PST Tahniah @Armand_PJU Dan @RazlanRafii Jadi Wira Di PWTC Petang Tadi Posted: 28 Nov 2014 02:51 AM PST Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii dan EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha hari ini menjadi hero di PWTC apabila mereka telah berjaya menghalang PWTC daripada menjadi kacau bilau. Ini berikutan sekelompok kumpulan pembangkang yang cuba menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berikutan beberapa ketidakpuasan hati seperti penutupan sebahagian kampung penduduk setinggan di Kampung Chubadak.
Armand Azha bertindak menerima memorandum berkenaan daripada kumpulan berkenaan bagi pihak Perdana Menteri manakala Razlan Rafii boleh dipuji kerana melayan tindakan kumpulan berkenaan dengan penuh ukhwah persaudaraan Islam. Inilah contoh Pemuda yang CTS kagumi. Tahniah Razlan Rafii dan Armand Azha.
| Kenapa Wartawan Malaysiakini Komited Melaporkan PAU14 Walaupun Mereka Tidak Dilayan? Posted: 27 Nov 2014 05:42 PM PST Mereka tidak diberikan pass media, mereka tidak diberikan ruang tempat untuk mereka bekerja. Namun mereka tetap datang duduk di atas lantai menghadap skrin besar Aras 2, PWTC. Kenapakah mereka begitu komited untuk melaporkan perhimpunan terbesar orang-orang Melayu Islam sedangkan mereka tidak dialu-alukan? Apa yang mereka cari di Perhimpuan Agong UMNO (PAU) 2014 walaupun mereka merupakan lidh pembangkang? Apakah ada agenda yang tersurat dan tersirat?
CTS kagum dengan semangat mereka melakukan tugasan. Tidak merungut tiada makanan, tiada pass media, tiada tempat bekerja atau tempat bekerja tiada cahaya elektrik. Prinsip mereka mudah, bekerja di mana-mana asalkan dapat informasi dan bahan untuk ditulis. Jadi tidak hairanlah rating portal mereka antara yang tertinggi. Ini yang seharusnya dicontohi oleh media-media sosial Barisan Nasional.
| |
PEJUANG BANGSA Posted: 28 Nov 2014 11:33 AM PST Terkini ! Pemuda Umno berjaya halang macai PR cemarkan #PAU2014 @RazlanRafi Posted: 28 Nov 2014 01:55 AM PST Tindakan berani Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii hari ini berjaya mengelakkan perhimpunan Agung UMNO 2014 dicemari insiden pencerobohan oleh NGO Pro-Pembangkang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
Langkah biadap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang berhasrat menceroboh Perhimpunan Agong UMNO 2014 bagi menyerahkan memorandum isu tanah warisan Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disekat Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Kira-kira 50 lebih penyokong pembangkang berarak dari Masjid Pekeliling selepas selesai solat Jumaat menuju ke bangunan tempat perhimpunan Umno sedang berlangsung.
Setengah jalan perarakan, anggota polis yang berkawal melencongkan kumpulan tersebut ke Wisma MIC dan disambut sekumpulan Pemuda Umno diketuai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii dan dibantu oleh Pengerusi Briged Kesatria Muda Armand Azha Abu Hanifah dan
Berlaku sedikit pergelutan antara kedua-dua kumpulan apabila kata-kata provokasi dilemparkan oleh GAMIS, bagaimanapun berjaya dikawal oleh anggota polis bertugas.
Gamis diketuai pengerusinya, Abdul Malik Abdul Razak bersama Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairul Najib Hashim bersama penyokong membawa sepanduk bantahan.
Abdul Malik bersama mahasiswa sebelum itu enggan menyerahkan memorandum kepada Razlan sebaliknya mendesak Najib yang merupakan presiden Umno supaya turun sendiri menerima memorandum mereka.
"Kami mahu Najib sendiri turun terima memorandum kami," kata Abdul Malik.
Berang dengan permintaan tersebut, Armand mengatakan beliau dihantar presiden Umno untuk menerima memorandum daripada Gamis.
Beberapa Pemuda Umno lain dilihat hilang sabar dengan kenyataan penyokong pembangkang yang bertindak biadap dan cuba mencetuskan provokasi semasa menyerahkan memorandum tersebut.
"Saya bersumpah akan serah kepada perdana menteri memorandum ini," kata Armand.
Sumber : KL Cronicle | KJ BERANG PORTAL PR GELARNYA RASIS SEBAB SEBUT AGENDA MELAYU #PAU2014 Posted: 27 Nov 2014 05:39 PM PST
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyuarakan rasa amat kecewa dengan situasi semasa yang menyaksikan sesiapa sahaja bercakap soal Melayu dengan mudah akan dilabel perkauman atau rasis. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pada satu peringkat, adalah tidak boleh sama sekali untuk mana-mana pemimpin membangkitkan perkara yang berkaitan agenda Melayu.
"Saya sendiri menerima pelbagai tuduhan sehingga dianggap `progresif jadian' dan pelbagai lagi. Nampaknya kita sudah sampai ke peringkat tidak boleh langsung bercakap soal agenda Melayu.
"Sebut agenda Melayu, ini rasis. Saya teramat dukacita," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Khairy diminta mengulas laporan beberapa portal propembangkang yang mengkritik beliau sebagai gagal menterjemahkan keterbukaan dan progresif seperti yang sering dikaitkan dengannya selama ini.
Sedangkan menurut Khairy, apa yang dibangkitkan pihak terlibat berhubung perjalanan perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO semalam tidak langsung boleh dianggap rasis.
Katanya, beliau dan para pembahas misalnya tidak langsung meminta supaya sekolah vernakular ditutup seperti yang cuba dispekulasi oleh pelbagai pihak manakala yang berkaitan Akta Hasutan bukan sahaja cerminan pandangan ahli parti bahkan majoriti rakyat. "Pemuda UMNO cuma menuntut komitmen ke arah perpaduan nasional menerusi bahasa kebangsaan. Apabila kita bangkitkan soal keprihatinan bangsa Melayu, kita dituduh rasis, saya amat dukacita," jelasnya.
Sementara itu, jelas Khairy, UMNO merupakan sebuah parti yang besar dan oleh itu terdapat bermacam pandangan yang mewakili pelbagai golongan dalam parti. "Tetapi apa yang penting kita bertindak untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dengan soal agenda Melayu tetap mendapat keutamaan," ujarnya. | |
IPOHMALAY Posted: 28 Nov 2014 09:12 AM PST Tony Pua pernah lingkupkan syarikat di Singapura? Posted: 28 Nov 2014 06:32 AM PST Tony Pua dalam Facebooknya cuba menyindir delegasi UMNO atas kenyataan yang dipetik dengan penuh provokasi berkenaan dakwaan orang Cina mencari kuasa politik dengan hasil wang kegiatan tidak bermoral.
Tetapi ramai pula yang tahu mengenai dalang-dalang kongsi gelap cina baik di pihak penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Jika disebut mencari pengaruh, tentulah ia bukan dari kalangan pemimpin Cina yang murni bekerja untuk masyarakatnya sehinggakan pengaruh masyarakat tidak perlu dicari. Jika delegasi UMNO menyebut Melayu malas dan mudah lupa, tentulah Melayu yang rajin dan bijaksana itu terkecuali.
Mengapa Tony Pua menggelabah? Tidak cukupkah rumah urut dan pelacuran serta premis judi haram yang tumbuh atas restu DAP di negeri Pakatan dominan Cina? Adakah tak ada hulur2? Pernahkah pemimpin DAP ini mahu diaudit dan mengisytihar harta?
Lihat bagaimana Tony Pua dikatakan melingkupkan perniagaan yang pernah diterajuinya di Singapura dulu. Di sana, Tony Pua adalah taik yang tergamak disokong oleh pengundi. Adakah penggelapan wang berlaku? Dan adakah ia bukan dirty money.
Ini bukan untuk membela UMNO pun. Sekadar bercerita tentang hakikat sahaja. | Luahan seorang warganegara keturunan Cina mengenai Akta Hasutan. Posted: 27 Nov 2014 07:38 PM PST
Bukan semua di kalangan mereka berfikiran tidak rasional berhubung isu Akta Hasutan. Cukup hairan apabila kelompok minoriti bermati-matian menentang Akta Hasutan sedangkan jika Akta Hasutan dimansuhkan, golongan inilah yang akan mendapat susah. Kau ingat orang Melayu yak pandai menghasut? Terlalu banyak point di tangan orang Melayu yang hasutable . Silap-silap, satu untung pun mereka tak dapat rasa. | Isu 200 nelayan Malaysia ditangkap Indonesia : Apabila pemain media sosial dalam negara menari-nari rentak media asing Posted: 27 Nov 2014 05:39 PM PST Cubaan melagakan Indonesia Malaysia dalam tempoh awal pemerintahan Joko Widodo oleh agensi media di Indonesia dilihat tidak sehebat apa yang dilakukan oleh REUTERS.
REUTERS paling mula melaporkan bahawa Indonesia telah menangkap 200 orang nelayan Malaysia dan 'reuters-reuters' media sosial menokok tambah dengan menyebut Joko Widodo mengarahkan bot-bot mereka dikaramkan.
Ramai lah yang mengatakan Joko Widodo dengan berbagai maki hamun, kejam lah, gila lah, pembunuh lah, tanpa mengetahui duduk bangun perkara. Mereka menari-nari dengan alunan fitnah media asing lagi.
Dalam isu ini, media Indonesia sendiri tidak berani menyebut kewarganegaraan 526 'orang hanyut' atau 'manusia perahu' yang berkelana di lautan itu. Blog ini memantau berita demi berita dan tiada satupun berita menyebut mereka berwargenegara Malaysia, melainkan menyebut sebagai kumpulan tidak berwarganegara yang berpindah masuk ke perairan Indonesia dari Semporna, Sabah.
Kita juga tahu krisis Lahad Datu yang melibatkan kumpulan dari Filipina turut memaksa golongan tanpa warganegara ini melarikan diri dari timur Sabah.
Jelas sekali mereka yang ditahan di Pulau Derawan, Indonesia itu merupakan golongan yang dipercayai berketurunan Bajau Laut, tidak mempunyai kewarganegaraan dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sulu yang menjadi sebahagian Filipina yang kemudiannya menumpang di Semporna, Malaysia sebelum berpindah ke Pulau Derawan, Indonesia. Rumah perahu milik kaum Bajau Suluk Nelayan bukan warga MalaysiaMereka 'manusia perahu' tanpa warganegara – Ketua DPD IndonesiaSAHARUDDIN MUSTHAFA JAKARTA 27 Nov. - Kerajaan Indonesia hari ini menafikan penglibatan warganegara Malaysia dalam kes 200 nelayan yang ditahan pihak berkuasa di perairan negara itu kerana menangkap ikan secara haram minggu lalu.
Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Indonesia, Irman Gusman menjelaskan, sebaliknya kesemua nelayan yang ditahan itu merupakan masyarakat yang tidak memiliki kewarganegaraan atau di Indonesia lebih dikenali sebagai 'manusia perahu' yang tinggal di perbatasan negara itu.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua pihak menarik nafas lega kerana laporan penahanan nelayan-nelayan itu tidak ada kaitan dengan nelayan yang berasal dari Malaysia.
"Kesemua nelayan yang ditahan itu bukan warganegara Malaysia. Mereka adalah 'manusia perahu' yang tidak ada kewarganegaraan," tegas Irman dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Yang hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Berdasarkan laporan portal berita Kompas.com, 'manusia perahu' merujuk kepada sekumpulan masyarakat yang tinggal di perairan Berau, Kalimantan Timur yang mula menjajah perairan Indonesia sejak tahun 1970-an lagi.
Masyarakat di Berau mengenali 'manusia perahu' ini sebagai warga Suku Bajo iaitu kaum yang bekerja sebagai nelayan dan menghabiskan masa berbulan-bulan di laut dengan membawa isteri dan anak-anak memandangkan mereka tidak mempunyai negara untuk bermastautin.
Minggu lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan, 200 nelayan Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.
Memetik laporan wawancara Reuters dengan Setiausaha Kabinet Indonesia, Andi Widjajanto itu juga, selain 200 nelayan itu, dianggarkan 300 nelayan haram lagi akan ditahan dalam waktu terdekat.
Menurut Irman, selepas tersiar laporan mengenai penahanan 200 nelayan itu, beliau secara peribadi sudah memberikan penjelasan kepada kerajaan Malaysia melalui Duta Besar Malaysia di Indonesia bahawa dakwaan itu tidak benar.
"Sudah saya jelaskan bahawa tidak ada nelayan Malaysia yang ditahan. Kami kini dalam rangka kerja mendokong dasar negara maritim dan kerana itu penguatkuasaan di perairan ditingkatkan termasuk mengawal kemasukan nelayan haram di perairan kami," ujar Irman.
Penahanan itu dibuat susulan daripada amaran tegas yang dikeluarkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.
"Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu," kata Jokowi.
Mengenai amaran supaya bot-bot nelayan haram dikaramkan seperti yang dibuat Presiden Jokowi pula, Irman menjelaskan, kenyataan itu tidak membawa maksud seperti yang difahami sebilangan besar rakyat Malaysia khususnya. Beliau berkata, apa yang difahami mengenai kenyataan Jokowi itu sama sekali berbeza dengan maksud yang cuba disampaikan pemerintah Indonesia.
"Memang bahasa Indonesia begitu (sering disalah faham)... realitinya tidak mungkin terjadi sedemikian kerana kita (Indonesia) ada prosedur (kalau mahu mengusir kapal-kapal asing yang menangkap ikan secara haram) ," ujar beliau.– UTUSAN
| |