Selasa, 26 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 26 Oct 2010 11:12 PM PDT

Idris Ahmad


Hutang Negara, Setiap Rakyat Menanggung RM14 000.

Posted: 26 Oct 2010 02:04 AM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.

Pas menganggap bahawa hutang yang meninngkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan umno Bn yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin umno di negara ini sering mendabit dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah umno dan Bn. Selain daripada Bn maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh Pas dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman Pas di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan Bn sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun umno Bn perintah. Kebijaksanaan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat

 Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin umno Bn hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. Pas menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada umno Bn yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.


Filed under: Ekonomi

Peghelih La...

Posted: 26 Oct 2010 11:08 PM PDT

Peghelih La...


Umno amal dasar "Pokkaisme"

Posted: 26 Oct 2010 02:25 AM PDT


ARAU - PAS terus istiqamah dengan dasar perjuangannya berbanding Umno yang tidak pernah konsisten dalam menonjolkan dasar perjuangan mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, Umno mengamalkan dasar 'pokkaisme' atau sesumpah kerana apa yang mereka bawa sentiasa berubah-ubah.

"Dasar perjuangan PAS adalah Islam, kita bercakap bab ini sejak tahun 1951 dan Insya Allah sampai kiamat kita pun kita akan bercakap dasar kita ini.

"Tapi Umno ni tak tahu apa dasar dia. Kalau musim musabaqah dia cakap tentang Islam. Musim bolasepak dia halal judi bola, musim Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dia cakap bab Melayu pula.Sentiasa berubah-ubah. Tapi kita di dalam PAS bergerak ada rujukannya iaitu Al-Quran, hadis, ijmak dan qias," jelasnya.

Berucap dalam majlis ceramah penerangan di Markas PAS Semut Gatal dekat sini, beliau menyifatkan cadangan penubuhan majlis ulama umno seperti yang diutarakan leh perwakilan Umno Perlis di PAT mereka beru-baru ini adalah semata-mata untuk menandingi Dewan Ulama PAS.

"Tuan-tuan, orang yang mengaji agama samada di Mesir, Morocco atau Jordan kalau dia bali berjuang dalam Umno maknanya dia mengaji baca baris yang silap. Kalau orang ngaji agama pilih duduk dalam Umno, memang sah dia baca kitab baris tak betul.

"Mana boleh, memang kita tahu PAS bukanlah parti yang serba sempurna. Tapi apa yang kita bawa itulah yang kita perjuangkan adalah menurut apa yang Islam kata. Apa yang Islam kata boleh itulah yang kita buat, apa yang yang Islam kata tak boleh itulah yang kita kata tidak boleh, berbeza dengan Umno,"katanya.

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 26 Oct 2010 09:24 PM PDT

PAS KAWASAN BAKRI


Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

Posted: 26 Oct 2010 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

"Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

"Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?" soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

"Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

"Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti," ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

"Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?" tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

"PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita," katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 26 Oct 2010 09:19 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Beri Komitmen Tinggi di Batu Sapi

Posted: 26 Oct 2010 06:26 PM PDT




Batu Sapi
- PAS akan turun dengan komitmen yang tinggi bagi memastikan Pakatan Rakyat menang di Batu Sapi kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Sdr Hisamudin Sulaiman.

Beliau berkata demikian semasa hari penamaan calon ketika di tanya oleh wartawan Harakah.

"Walaupaun PAS tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil kali ini, tapi kita akan turun dengan komitmen yang tinggi tidak sekadar sebelah tangan sahaja untuk memastikan calon Pakatan Rakyat iaitu Sdr Hj Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat menang disini"

Hisamudin menggesa kepada pengundi-pengudi Batu Sapi agar memberikan laluan kepada calon Pakatan Rakyat menang pada kali ini walaupun terdapat pertandingan 3 penjuru iaitu daripada PKR, SAPP dan BN.



Namun, beliau yakin dengan peribadi calon Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa rakyat akan memberikan peluang kepada Hj Ansari Abdullah membawa suara mereka ke parlimen.

"beliau (hj. Ansari) merupakan seorang peguam yang berpengalaman, faham dengan permasalahan rakyat dan ini sudah tentu menjadi kriteria penting yang jauh berbeza daripada calon SAPP dan BN, ujar beliau.

Selain itu, Hisamudin juga menolak dakwaan Bn yang mengatakan berlaku keretakkan dalam hubungan antara PAS-PKR-DAP kesan pengagihan kerusi yang tidak adil.

"kita menolak dakwaan ini malah Pakatan Rakyat lebih adil dalam soal ini kerana di pilihanraya kecil di Sibu diberikan kepada DAP, di Galas diberikan kepada PAS dan di Batu Sapi diberikan kepada PKR"



Selain itu, turut sama berarak bersama calon Pakatan Rakyat ke tempat penamaan calon iaitu Setiausaha Agong PAS Pusat Dato Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Muhammad Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Hamzah Abdullah.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 26 Oct 2010 09:17 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MARHABAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH ISMAIL SATU

Posted: 26 Oct 2010 09:25 AM PDT

Hari Raya 1431H di rumah YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Pendidikan Khas Sekolah Ismail Satu Muar.Lebih 30 orang pelajar dengan diiringi oleh guru-guru dan pembantu mereka hadir untuk majlis marhaban sempena hari raya.Hebat anak-anak istimewa ini yang diasuh mampu mengurus diri,marhaban seperti kanak-kanak lain , mampu membaca doa dan cukup tertib.Layaklah mereka ini sebagai bakal ahli syurga.

Anak-anak istimewa bergambar ramai bersama guru-guru dan pembantu dan tuan rumah
YB Dr Mohammad (kiri sekali) dan isteri,Puan Rubiah (kanan sekali)

Kasut anak-anak ini tersusunkemas.
 
Marhaban bermula.....
 
Marhaban....
 

Doa anak soleh....

Puan Rubiah melayan tetamu.
 
 Sila jamu selera.

 Tertib......

 Oleh-oleh sebelum balik.Terima kasih anak-anak dan guru-guru.







PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 26 Oct 2010 09:17 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

Posted: 26 Oct 2010 06:56 PM PDT


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

"Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

"Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?" soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

"Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

"Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti," ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

"Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?" tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

"PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita," katanya.

misbahul munir

Posted: 26 Oct 2010 09:16 PM PDT

misbahul munir


HUTANG NEGARA : BN GAGAL URUS NEGARA DENGAN BAIK

Posted: 26 Oct 2010 05:31 PM PDT

RIBUAN PENYOKONG PAS IRINGI CALON DI GALAS

Posted: 26 Oct 2010 07:52 AM PDT

PAS KDAS 3

Posted: 26 Oct 2010 09:16 PM PDT

PAS KDAS 3


Umno Bn "Kalah" Di Galas?

Posted: 26 Oct 2010 08:46 AM PDT



GUA MUSANG: Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah di N045 Galas dari segi sokongan moralnya apabila jumlah para penyokongnya jauh lebih kecil berbanding dengan sokongan terhadap PAS pada hari penamaan calonnya.


Tinjauan Buletin Skuad di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mendapati 'lautan manusia' di pihak PAS berbanding dengan Umno-BN. (lihat foto)

Berikutan itu, berlaku sedikit ketegangan apabila calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad menghadapi kesukaran ke pusat penamaan calon kerana sekatan polis.

Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

Selitar jam 9.23 pagi, Dr Zulkefli Mohamad berjaya melepasi sekatan polis dan beliau diiringi oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

9.30 pagi, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan bagi menyerahkan boring pencalonannya kepada pihak Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jam 9.44 pagi, kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP serta membuat ucapan ringkas dihadapan para penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau menyarankan agar jenetera parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon PAS-PR pada 4 November ini.

Manakala, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Wan Mustafa Wan Abdul Hamid yang bertugas turut membuat pengumuman hanya dua calon yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN. Mereka adalah Dr Zulkifli Mohamad dari PAS dan Abdul Aziz Yusof (BN).

10.14 pagi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas 'membakar' semangat dan disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

'Pelik bin Ajaib' terdapat di kalangan penyokong PR bukan Islam seperti orang Cina dan India turut melaungkan 'takbir, takbir, takbir!!' menang PAS.

Sementara itu, di sebelah penyokong Umno-BN pula membalas dengan paluan gendang, nyanyian 
Arahan serta undang-undang SPR bahawa membuat ucapan politik dengan pembesar suara serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, tetapi paluan gendang daripada penyokong Umno-BN dibiarkan terus bergema.

Situasi bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong Umno-BN mula keletihan dan paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti.

Manakala, para penyokong PAS-PR terus bersemangat dengan laungan takbir dan berselawat bagi menyatakan kekuatan parti.

Dianggarkan oleh pihak risikan, polis, SB, wartawan dan pakar politik jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat melebihi 20,000 orang berbanding dengan Umno-BN sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja.

Sebab itu, tepat jam 10.00 pagi kelihatan Ahli Parliem Gua Musang, yang juga Pengarah Pilihan Raya N.45 Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Sabry Chik telah keluar dari kawasan Pusat Penamaan Calon tersebut.

Jam 11.00 pagi, pula kelihatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Utama, Dr Rais Yatim pula keluar.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. I

Sekitar jam 12.00 tengahari, Wan Mustafa (Pengurus Pilihan Raya) mengumumkan nama kedua-dua calon iaitu Dr Zulkifli Mohamad (PAS-PR) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun, terdapat satu bantahan namun ia ditolak oleh Wan Mustapha dan pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

DPPK PARIT

Posted: 26 Oct 2010 07:34 PM PDT

DPPK PARIT


Ulasan Penggulungan Umno - Si Abu Nawas Dalam Umno

Posted: 26 Oct 2010 03:26 AM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 26 Oct 2010 07:20 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Terus Berkerja Pertahankan Kemenangan - Calon PAS N.45 Galas

Posted: 26 Oct 2010 01:05 AM PDT

GUA MUSANG, 26 Oktober - Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed menolak tohmahan yang ingin menyeret beliau terlibat dengan dakwaan khalwat.

Gambar hiasan...di antara tenaga muslimat dari Dungun, Terengganu
yang hadir memberi sokongan di hari penamaan calon N.45 Galas

"Saya menolak dakwaan tersebut kerana ianya tidak benar, beliau ialah ibu saya," katanya ketika menyampaikan ucapan sulung kepada lebih 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat di perkarangan Pusat Penamaan Calon Dun Galas pagi ini.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ekoran kes tersebut, Zulkifli tidak menafikan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau berikrar dan berjanji akan meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Adun Galas sebelum ini, Arwah Che Sulaiman Hashim yang meninggal dunia akibat kanser usus.

"Saya akan terus bekerja untuk memastikan Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan bagi meneruskan khidmat yang diberikan Arwah Che Sulaima," ujarnya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau turut melahirkan kesyukuran di atas sokongan padu yang diberikan petugas, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat daripada segenap pelosok negara yang datang memberikan sokongan pada majlis penamaan calon tersebut.

"Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur dan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang bersusah payah hadir pada hari ini untuk menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"saya akan memulakan aktiviti ziarah tempat pengundian bagi memantau dan membantu mempertahankan kemenangan PAS di Dun Galas," tegasnya.

Turut sama menyampaikan ucapan ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebaik selesai proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

sumber : N45Galas

Gambar-gambar Sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas...di sini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 Oct 2010 03:26 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


UMNO-ONLINE MOHON MAAF, DR ZUL GALAS MAAFKAN

Posted: 26 Oct 2010 10:25 AM PDT

Dakwaan khalwat: Blog sudah minta maaf saya tak saman, kata calon PAS

GUA MUSANG, 26 Okt — Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi 'halangan pertama' saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan
"Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut," kata beliau di sini hari ini.

"Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar," kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.

Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

"Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

"Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu," katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan pihaknya akan kekal dengan calon mereka itu yang diumumkan minggu lalu.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan "isterinya" sekarang, Ramelah Mat Jusoh namun dinafikan Zulkefli. Nama itu sebenarnya ada ibu beliau.

Zulkefli mengumumkan pendirian terbarunya ini pagi ini selepas pengesahan status calon diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid di sini kira-kira 11.30 pagi tadi.
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

UNIVERSITI ANTARABANGSA DI HULU SELANGOR SATU RAHMAT

Posted: 26 Oct 2010 01:31 AM PDT


Kami rakyat Hulu Selangor khasnya Bukit Sentosa 2 menyokong dan mengalu-alukan pelaburan Institusi Pendidikan dibina di Hulu Selangor.

Universiti Madinah adalah antara beberapa pelabur antarabangsa yangberminat untuk membuka kampus serantau di Hulu Selangor yang sedang dibangunkan sebagai Hub atau Pusat Pendidikan Ulung di negara ini.

Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, Hulu Selangor yang merangkumi Lembah Beringin, Bukit Beruntung dan Bernam Jaya akan menawarkan sebuah tapak dengan prasarana lengkap namun bebas daripada kesesakan jalan raya dan kos yang rendah.

"Kerajaan Negeri Selangor dalam perancangan untuk membangunkan kawasan ini sebagai bandar baharu dan sudah ada beberapa pelabur antarabangsa menunjukkan minat termasuk Universiti Madinah yang bercadang membuka kampusnya di Selangor" Kata Teresa.

"Kawasan ini tiada kesesakan jalan raya dan kos operasi pula rendah. Pelajar juga tidak dibebani dengan kos sewa rumah yang tinggi seperti di bandar-bandar besar" kata beliau pada sesi dialog Pelan Induk Selangor 2011-2013 bersama sektor pendidikan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) minggu lalu.

FAKTA BERAPI & MISTERI DI BATU SAPI

Posted: 25 Oct 2010 09:59 PM PDT

Terdapat 156 pengundi yang berumur lebih dari seratus tahun. Pengundi paling tua ialah Piong binti Adam yang berumur 127 tahun.

Pengundi paling popular dan dikenali diseluruh dunia adalah superstar Elton John.!!



Bukan itu saja, Calon Ketua AMK yang menarik diri juga mengundi di Batu Sapi??? Mungkin orang lain kot.



Yang atas ni kurang glamer…tapi yang paling glamer ialah polis pencen pun masih mengundi secara pos!!!


Terdapat seramai 38 orang anggota polis yang sudah pencen masih mengundi secara pos.Terdapat 21 anggota polis yang berumur lebih dari 55 tahun masih bertugas di IPD Sandakan. Manakala seramai 17 orang mengundi di PGA Sandakan. Siapa mereka?



Macam mana polis yang berumur 77 dan 63 tahun masih ada dalam Daftar Pemilih?

CALON PKR LULUS BERTANDING DI BATU SAPI

Posted: 25 Oct 2010 09:53 PM PDT


SANDAKAN, 26 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 3 orang calon bertanding untuk pilihan raya kecil Batu Sapi apabila borang penamaan calon ketiga-tiga tidak mendapat sebarang bantahan dan diterima oleh SPR.

Mereka adalah calon PKR iaitu Ansari Abdullah dari Pakatan Rakyat,
calon BN dari PBS Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP).

Calon bebas yang dijangka turut menyerahkan borang untuk menyertai pilihan raya ini telah menarik diri di saat akhir setelah berjaya memperoleh borang berharga RM20 tersebut. Mungkin nak rasa jadi calon kunun.

DOA & AIR MATA TUAN GURU DI PENAMAAN CALUN

Posted: 25 Oct 2010 06:31 PM PDT






Doa yang dibacakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz cukup memberikan kesayuan dalam munajat beliau kepada Allah. Ramai dikalangan penyokong PAS turut sama menitiskan air mata bersama Tuan Guru. Kesayuan ini disebabkan sikap pemimpin dan penyokong Umno/BN yang terus menerus menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sampai bilakah agaknya Umno/BN akan membutakan mata dan memekakkan telinga tidak mahu menerima Islam sebagai jalan penyelesaian kepada semua masalah di dunia ini.
Tuan Guru sendiri teresak-esak menahan sebak ketika membacakan doa.

Sebelumnya 10,00 ribuan penyokong PR berarak ke Dewan Sivik Gua Musang mengiringi calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed menyerahkan boring pencalonannya.
Di pihak BN dianggarkan oleh blogger BN sendiri seramai 5,000 orang penyokongnya juga berarak menuju Dewan Sivik.
Penyokong PR khasnya penyokong PAS mula membanjiri masjid ini sejak malam tadi dan jumlahnya semakin ramai menjelang waktu Subuh pagi tadi.
Mereka terdiri dari pelbagai kaum yang menyatakan sokongan kepada calon PAS yang mewakili PR kali ini. Kelihatan ramai penyokong PR dari kalangan kaum Tionghua, Orang Asal dan India yang turut sama memberikan sokongan .

Mereka juga menunaikan solat dhuha dan solat hajat bagi memohon kemenangan dari Allah S.W.T.
Sama-samalah kita sentiasa berdoa ke atas calun PAS dari pakatan rakyat dan doakan penyokong dan pengundi dalam keadaan selamat.

DASYATNYA UMNO : DS NAJIB ATASI HUTANG TUN M

Posted: 25 Oct 2010 02:59 PM PDT

NAJIB, PM YANG BERJAYA MENCIPTA HUTANG NEGARA
Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

DS Najib : RM 362,390,000,000 manakala Tun M : RM 233,920,000,000
Mungkin ini yang akan jadi sejarah dalam matapelajaran wajib lulus saranan TPM kelak!
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan/Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Posted: 26 Oct 2010 03:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Putrajaya


Adik ipar Tony Blair peluk Islam (Alhamdulillah)

Posted: 26 Oct 2010 12:22 AM PDT

LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu. Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu. “Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, [...]

Sabah negeri termiskin, BN patut malu…

Posted: 25 Oct 2010 08:58 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. “Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, [...]

Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas…

Posted: 25 Oct 2010 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt: “Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini. Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival [...]

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Oct 2010 03:16 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Petisyen mansuhkan menara bagak 100 tingkat

Posted: 26 Oct 2010 08:49 AM PDT

Anda sudah tandatangani petisyen menuntut dimansuhkan cadangan membina menara bagak 100 tingkat di kawsan berdekatan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur? Kalau belum, sila tandatangani di sini.

Hari ini, memang mereka kata kosnya adalah RM5 bilion. Tetapi bagai biasa, kosnya dijangka mencanak hingga RM10 bilion. Macam-macamlah alasan depa nak merembat duit Permodalan Nasional Berhad (PNB). Konon duit rakyat yang melabur tak akan diusik sikit pun. Boleh percaya ka?

Anda tahu tak, kalau melalui tender terbuka, kos membuat sebuah politeknik ialah kira-kira RM100 juta manakala kos untuk membuat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula kira-kira RM36 juta. Maknanya dengan RM5 bilion itu atau boleh buat 50 politeknik atau kira-kira 142 MRSM untuk kepentingan rakyat. Tolong bagi tau orang Galas mengenai perkara ini.

Persoalannya, kenapa mereka gian sangat nak rembat sebanyak-banyak duit rakyat dengan bertopengkan pelbagai projek bagak atau projek mega? Ingatlah, kalau berhutang pun, rakyat juga yang kena tanggung termasuk anak cucu kita yang tak tau apa-apa.

MENARA WARISAN : CAMNO JIB RAMAI YANG BANTAH DARI SOKONG DLM FB??

Posted: 26 Oct 2010 01:22 AM PDT

BILA LA BOLEH DIPRAKTIK KAT MALAYSIA???

Posted: 25 Oct 2010 10:52 PM PDT

... tak tau la bila boleh tengok benda ni dipraktikkkan kat Malaysia ku tercinta... selagi BN memerintah... sampai 2 kali kiamat pun belum tentu BN nak laksanakan... dulu ada gak kecoh yang pasal anak ngan mak ditangkap sebab pakai seksi ... tapi akhirnya kes tue lepas sahaja coz melibatkan orang yang ada 'link' dengan YB BN....

Saya petik:-
NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.


Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.
"Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri," katanya, semalam.

Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan

Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.

Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi

APA NAK JADI... ANAK TUPAI 14 TAHUN TEBUK PUTIK KELAPA 13 TAHUN

Posted: 25 Oct 2010 07:40 PM PDT

(gambar nie takde kaitan pun dengan cerita di bawah...)

Asalnya suka sama suka. Namun apabila dilaporkan kepada polis, kes ini diklasifikasikan sebagai kes rogol.


Ingatan kepada ibu bapa. Pastikan anak anda tidak menjadi "tupai junior" atau "putik kelapa yang sudah berlubang". Masalah begini semakin membarah dalam masyarakat. Semalam, budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari apartment 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.


Saya petik:
[BH] AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.
Suspek berusia 16 tahun dikatakan melarikan diri ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila bilik itu diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa mengaku di hadapan bapa dan bapa saudaranya dia pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek beberapa kali sebelum ini.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, dan anggota polis menahan suspek di rumahnya di sekitar Keramat, pada hari sama.

"Suspek turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pasangan itu mengaku mereka sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah," katanya di sini, semalam.

Abd Jalil menasihatkan kepada semua ibu bapa supaya menjadikan kes itu sebagai contoh dengan memberikan perhatian lebih kepada anak mereka terutama perempuan dan dinasihatkan tidak meninggalkan anak mereka keseorangan di dalam rumah.- Suhana Roslan

(TERKINI) GALAS : 2 PARTI KEMUKAKAN BORANG PENAMAAN

Posted: 25 Oct 2010 07:34 PM PDT

GUA MUSANG, 26 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan hanya dua orang — dari Barisan Nasional dan PAS mengemukakan borang penamaan calon pagi ini.


Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Kini proses penamaan calon dibuka untuk bantahan. Ia akan berakhir 11 pagi.

MENYUSUL LAGI

PADERI VATICAN USUL ISRAEL TAMATKAN PEMILIKAN TAHAN PALESTIN

Posted: 25 Oct 2010 05:49 PM PDT

VATICAN - Sekumpulan paderi dari T:imur Tengah yang diundang ke Rome oleh Vatican menuntut Israel menerima usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pendudukan haram rejim itu di atas tanah milik Palestin ditamatkan.


:Paderi itu juga menegaskan Israel tidak boleh menggunakan konsep kitab Injil dengan mendakwa Baitulmaqdis adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada penganut Yahudi sebagai alasan untuk merampas kota suci itu daripada penduduk Palestin.

"Penggunaan kata-kata Tuhan untuk menghalalkan sesuatu yang tidak adil adalah tidak boleh diterima sama sekali," menurut kumpulan paderi itu.

Menerusi ucapan akhir selepas bermesyuarat selama dua minggu, kumpulan paderi itu turut berharap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin menjadi kenyataan.

Baitulmaqdis menjadi punca pertelingkahan utama di mana Palestin menuntut kota itu dipulangkan untuk dijadikan sebagai ibu negara Palestin merdeka selepas rejim Zionis menjajah bandar itu dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel 'buat selama-lamanya', pada 1967.

11 KEMENTERIAN BELANJA LEBIH RM3.61 BILLION???

Posted: 25 Oct 2010 05:44 PM PDT

11 kementerian/jabatan didapati berbelanja RM3.61 bilion melebihi jumlah peruntukan keseluruhan yang diluluskan pada tahun 2009 untuk mereka iaitu sebanyak RM64,264.98 juta.

Kementerian/Jabatan tersebut ialah:-
* Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
* Kementerian Sumber Manusia,
* Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
* Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
* Kementerian Luar Negeri.
* Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah \
* Jabatan Perkhidmatan Awam
* Kementerian Kesihatan
* Kementerian Pertahanan
* Kementerian Dalam Negeri
* Kementerian Pelajaran.

TV "AL HIJRAH" MULA BEROPERASI DISEMBER INI

Posted: 25 Oct 2010 05:33 PM PDT

...Sejauh mana siaran TV ini akan menceritakan pasal Islam... atau mungkin Islam mengikut acuan Najib dan Rosmah mansur... atau Islam mengikut acuan Islam Hadhari... ??? kita tunggu dan lihat je la...

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Stesen televisyen definisi tinggi percuma, TV Al-Hijrah akan memulakan operasinya Disember ini dengan peruntukan awal kerajaan RM60 juta manakala Felda dijangka menyalurkan tambahan RM100 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan awal kerajaan bagi saluran gaya hidup Islam itu adalah sebanyak RM60 juta dan kos itu dijangka mengalami peningkatan.

"Keseluruhan pembiayaan datang daripada kerajaan tetapi kami berharap pulangan daripada iklan akan berupaya untuk menampung kos operasi stesen ini.

"Pada peringkat awal, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Operasi stesen ini akan bermula 1 November manakala siaran pula 1 Disember.

Stesen Itu dimiliki oleh Alhijrah Media Corporation, syarikat yang diperbadankan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Operasinya diterajui bekas ketua pegawai operasi TV9 Bukhari Che Muda.

Pengerusi Felda Tan Sri Yusoff Nor dilantik sebagai pengerusinya Oktober tahun lalu.

Jamil juga berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak spektrum siaran ke seluruh negara.

Peringkat awal stesen ini akan menyiarkan programnya ke seluruh Lembah Klang, Terengganu, Wilayah utara dan timur Johor, Sabah dan Sarawak

"Kawasan ini sudah memperoleh spektrum daripada suruhanjaya komunikasi," kata beliau lagi.
TV Al-Hijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Kini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM.

Menurut maklumat diperoleh dari laman webnya, Al-Hijrah merupakan era baru evolusi maklumat hibur yang menawarkan pengetahuan dan pemahaman dunia Islam.

"Kami merupakan satu keluarga besar yang komited di dalam berkongsi maklumat pendidikan, hiburan dan penyatuan penonton Islam di Malaysia serta di masa yang sama, mendekatkan kepercayaan yang menyatukan kita bersama.

"Kami membawakan anda pertunjukan kreatif di seluruh dunia, program dan rancangan temu bual, siri filem dan drama yang memenangi anugerah, maklumat terbaru secara langsung dan komedi terbaik.

"Dengan teknologi penyiaran terkini, kualiti adalah keutamaan kami, sama ada dari segi visual atau kandungan," katanya lagi.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 26 Oct 2010 03:07 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Pemerintah Yang Tidak Adil Seumpama Pencuri Berlesen ; YB Alfadhil ADUN Sura

Posted: 25 Oct 2010 06:28 PM PDT

Bukan Islam Dibenarkan Masuk Masjid Kecuali Masjidil Haram ; YB Ustaz Wan Hassan Ramli

Posted: 25 Oct 2010 05:47 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 26 Oct 2010 03:04 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Video PRK Galas

Posted: 26 Oct 2010 11:05 AM PDT



Tahniah dan Syabbas

Posted: 26 Oct 2010 10:49 AM PDT

Pulau Pinang catat hasil paling tinggi-mkini

Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.

Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.

Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.

Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.

Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

Selangor

Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.

Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.

Hasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.

Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.

Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009.

Perlis diklasifikasi kurang memuaskan

Laporan Ketua Audit Negara 2009 juga mendedahkan Perlis sebagai satu-satunya negeri yang diklasifikasikan sebagai kurang memuaskan dari segi sistem penyampaian, terutama selepas gagal memastikan semua agensi negeri diaudit sebelum tarikh tamat 30 April.

Berdasarkan laporan itu, hanya tiga agensi iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyerahkan penyata kewangan untuk diaudit sebelum tarikh tutup, manakala baki enam lagi dilaporkan gagal.

Sementara itu, Bernama melaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2009 menyatakan lapan projek pembinaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak disiapkan
melewati tempoh kontrak, sementara satu projek terbengkalai.

Perak juga ada masalah

Lapan projek itu kelewatan antara 144 hingga 629 hari.

Projek-projek itu ialah Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan, Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar.

"Semakan mendapati empat daripada lapan projek telah disiapkan setelah mendapat Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa (PLKM) dan tempoh masa berdenda antara RM60,000 hingga RM214,220.

"Manakala tiga projek telah siap setelah diberikan PLKM dan satu lagi projek iaitu Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar masih belum disiapkan dan dalam tempoh masa berdenda.

"Kelulusan PLKM kedua tanpa sebab telah diberikan kepada kontraktor untuk pembinaan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar," kata laporan itu.

Laporan itu berkata punca kelewatan menyiapkan projek disebabkan oleh kelewatan kerja-kerja ujian tanah, kelewatan pihak kontraktor menerima arahan perubahan kerja, perubahan skop kerja dan kerja-kerja tambahan.

Menurut laporan itu, kelewatan telah menyebabkan kos projek Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping meningkat sejumlah RM168,152 atau 3.5 peratus daripada RM4.91 juta kepada RM5.08 juta.

"Kos projek Bangunan Kompleks Pejabat MPTI meningkat sejumlah RM2.21 juta atau 39.9 peratus daripada RM5.54 juta kepada RM7.75 juta.

Manakala kos projek Bangunan Kompleks Perniagaan dan Pejabat MPKK meningkat daripada RM3.98 juta kepada harga kontrak baru berjumlah RM5.33 juta atau 33.9 peratus kerana penamatan kontraktor pertama," menurut laporan itu.

Dalam pada itu, projek Pembinaan Dewan Serba Guna Padang Bandaran Kuala Kangsar bernilai RM6.7 juta yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak sebagai agensi pelaksana dan dibina oleh Serata Johor Sdn Bhd terbengkalai dan tidak disiapkan mengikut jadual asal kontrak.

Peruntukan membiayai pembinaan diterima daripada kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan berjumlah RM10 juta dan berdasarkan kontrak, tempoh projek selama 52 minggu itu bermula Mac 2008 dan dijangka siap Jun tahun lepas.

"Berdasarkan laporan kemajuan kerja, pelaksanaan kerja telah mencapai 63 peratus siap. Surat penamatan dikeluarkan terhadap kontraktor pada 30 Jun 2009 kerana tiada kerja dilakukan semenjak 25 Mei 2009," kata laporan itu.

Menurut laporan itu juga prestasi pelaksanaan projek adalah lemah kerana kurang pemantauan oleh PBT dan Jabatan Kerja Raya terhadap perunding dan kontraktor.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mencadangkan kerajaan negeri Perak dan PBT membuat pemantauan terhadap projek pembinaan secara berterusan supaya siap mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan dan peningkatan kos serta menyenaraihitamkan kontraktor berkenaan.

Mara tak semak baki

Posted: 26 Oct 2010 10:42 AM PDT


MARA lulus RM59.09 juta pinjaman tanpa peruntukan-mkini

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan pinjaman sejumlah RM59.09 juta kepada pejabatnya di peringkat negeri dan daerah di Wilayah Persekutuan dan lima negeri tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, selain Wilayah Persekutuan, kelulusan pinjaman itu diagihkan kepada Sabah, Kedah, Johor, Pahang dan Selangor untuk membiayai pinjaman berjumlah RM0.18 juta yang diluluskan pada 2007, RM10.11 (2008) dan RM48.80 (setakat Mac 2009).

"Semakan selanjutnya mendapati kelulusan pemberian pinjaman di peringkat pejabat MARA negeri dan daerah telah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan MARA," laporan itu dipetik.

Pinjaman itu juga diluluskan sebelum peruntukan Pakej Rancangan Ekonomi Pertama (PRE1) pada bulan April 2009 bernilai RM150 juta - RM50 juta untuk penambahan premis perniagaan dan RM100 juta bagi program pembiayaan perniagaan.

Sehubungan itu, audit itu berpendapat, permohonan pembiayaan hendaklah diluluskan berdasarkan baki peruntukan kewangan sedia ada bagi memastikan pembiayaan dapat disalurkan kepada peminjam pada masa yang ditetapkan.

"Kelewatan pengeluaran pinjaman akan menyebabkan operasi perniagaan peminjam terjejas atau peminjam mengambil masa yang lama untuk memulakan perniagaan," laporan itu dipetik.

Sementara itu, dalam laporan maklum balas daripada perbendaharaan negara, MARA telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengutip tunggakan pembiayaan tersebut seperti:

  • Pegawai MARA daerah mengeluarkan surat peringatan kepada peminjam yang tertunggak.
  • Kutipan melalui agen kutipan hutang yang dilantik.
  • Penubuhan jawatankuasa penguatkuasaan peringkat negeri yang bermesyuarat sebulan sekali.
  • Penubuhan jawatankuasa pemantauan.
  • Mulai Julai 2010, pembiayaan yang tertunggak empat bulan akan terus diambil tindakan penguatkuasaan.
"Tindakan tersebut di atas telah memberikan impak ke atas peningkatan kutipan pembiayaan bagi negeri Sabah yang didapati tunggakan berkurangan kepada RM0.86 juta (daripada RM21.57 juta) dikira setakat Jun 2010," penjelasan perbendaharaan itu dipetik.

Tabung Haji seleweng, astagfirullah?

Posted: 26 Oct 2010 10:37 AM PDT

Tabung Haji: RM 435,000 dikeluarkan secara tak sah


Sejumlah RM435,850 telah dikeluarkan melalui 113 proses transaksi yang tidak sah melibatkan 56 akaun pendeposit Lembagai Tabung Haji (LTH) di lima buah negeri bagi tahun 2007 hingga tahun lepas, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Sabah mencatatkan kes pengeluaran tidak sah tertinggi melibatkan 46 akaun dan jumlah pengeluaran RM355,100, diikuti Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka dan Selangor.

juruwang dan penyelia

Menurut laporan itu, antara punca kes pengeluaran wang tidak sah adalah wujudnya pakatan antara juruwang dan penyelia bagi membuat pengeluaran wang tanpa pengetahuan atau kehadiran pendeposit serta kecuaian penyelia untuk mengesahkan kehadiran pendeposit.

Selain itu, maklumat pendeposit seperti nombor akaun, nama dan baki akaun juga dapat diakses oleh juruwang walaupun LTH telah mengeluarkan arahan kerahsiaan maklumat akaun pendeposit pada 2008.

Justeru, LTH diingatkan agar memastikan kawalan dalaman dipatuhi dan beroperasi dengan baik untuk mengelakkan penyelewengan pada masa hadapan, selain melakukan penambahbaikan secara berterusan supaya pengurusan akaun pendeposit dilaksanakan dengan cekap dan teratur.

Laporan itu juga menyatakan sebanyak 100 kes pengeluaran melebihi baki akaun telah berlaku dari 2001 hingga 2009 yang melibatkan sejumlah RM115,191.

"Analisis audit mendapati 55 kes disebabkan kesilapan maklumat potongan gaji oleh majikan, cek ditolak bank (15 kes), perbelanjaan haji (15 kes) dan punca lain seperti simpanan dan pengeluaran di Mekah dan Jeddah (15 kes)," kata laporan itu.

Laporan itu turut memaklumkan bahawa bilangan pendeposit baru Tabung Haji telah meningkat kepada 617,614 orang pada 2009 berbanding 310,739 orang pada 2008.

Ini menjadikan bilangan pendeposit terkumpul seramai 5.36 juta orang pada 2009.

Dengan itu, Kumpulan Wang Pendeposit mencatatkan peningkatan dari RM20.58 bilion pada 2008 ke RM23.59 bilion pada tahun lalu.

- Bernama

Monopoli yang RUGI

Posted: 26 Oct 2010 10:32 AM PDT

KTMB catat kerugian RM1.45b sehingga 2008

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM1.45 bilion sehingga 2008 dan kerugian yang ditanggung menyebabkan syarikat pengangkutan keretapi milik kerajaan berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi sendiri dan hutang.

Dalam laporan dari 2006 hingga 2008 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang dibentangkan di Parlimen semalam, prestasi kewangan KTMB mempamerkan tahap yang tidak memuaskan berikutan kerugian yang ditanggungnya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata KTMB menanggung kerugian berjumlah RM118.91 juta pada tahun 2008 berbanding RM82.81 juta pada tahun sebelumnya.

"Berikutan itu,bermula 1994 sehingga 2008, KTMB terpaksa mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk suntikan dana tunai berjumlah RM760 juta dari kerajaan," kata Tan Sri Ambrin lagi dalam laporan audit yang dibentangkan.

Laporan Ketua Audit Negara juga menyebut, peningkatan kerugian berjumlah RM36.60 milion iaitu sebanyak 44.5 peratus pada 2008 adalah disebabkan peningkatan mendadak kos operasi KTMB yang berjumlah RM49.03 juta.

Menurutnya lagi, peningkatan berkenaan adalah 9.6 peratus lebih tinggi daripada jumlah kos operasi bagi tahun 2007.

Laporan iu juga menyebut, KTMB masih belum membayar bayaran faedah yang sudah matang setakat Julai 2010 daripada lima pinjaman berjumlah RM880.5 juta yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan sehingga Disember 2008.

Laporan audit berkenaan menambah, KTMB tidak membuat sebarang pembayaran balik kepadda hutangnya sejak dua hingga lapan tahun lalu.

Ini bermakna, pembayaran faedahi terhadap kelima-lima pinjaman terbabit perlu dibuat pada 2010 dan keadaan itu bakal menjurus kepada jumlah pembayaran faedah tertunggak meningkat kepada RM703 juta," sebut laporan Ketua Audit Negara berkenaan lagi.

Menurut laporan itu lagi, pembayaran semula hutang-hutang terbabit yang berakhir selewat-lewatnya pada 2025 akan menyebabkan kepada pembayaran aliran tunai berjumlah RM1.43 bilion.

SPRM bertindak

Posted: 26 Oct 2010 10:27 AM PDT

SPRM siasat laporan Ketua Audit Negara- Mkini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 13 kertas siasatan, 14 kertas penyiasatan awal serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, yang diumumkan semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tiga kertas siasatan dibuka di Johor, enam di ibu pejabat, dua di Terengganu serta masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Bagi kertas penyiasatan awal, enam dibuka di Perak, dua di Labuan, Sabah dan Kedah serta masing-masing satu di Terengganu dan Selangor.

Sementara itu, tiga kertas pemeriksaan dan perundingan dibuka di Johor serta masing-masing satu di Labuan, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, SPRM akan mengenal pasti beberapa perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan untuk dijadikan asas siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Nota : apa kesudahan berita ini, harap ada berapa menteri dan pengarah jabatan kena tangkap?...

Pusat Luncur Tsunami

Posted: 26 Oct 2010 10:18 AM PDT


Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera - Mkini


Seramai 40 orang dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran
7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.

Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.

Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.

Sementara itu AP pula memetik Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia sebagai berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.

"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.

pusat luncur

Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu.

Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.

"Kami buang keluar apa sahaja yang boleh terapung dan kami terjun ke laut dan bergayut padanya," kata Rick Hallet kepada stesen TV Australia - Nine Network.

"Mujurlah, ada benda yang dapat kami bergayut... dan kami dihanyutkan dan kemudiannya bergantung pada pokok tinggi yang kami temui dan duduk di situ selama satu setengah jam."

Ade Edward, pegawai agensi pengurusan bencana berkata, mayat-mayat ditemui di kampung-kampung di pesisiran pantai - terutama di pulau yang paling teruk dilanda gempa - Pagai - dan 167 orang lagi masih hilang.

Air di beberapa tempat mencecah mencapai paras atap, dan di Muntei Baru - sebuah desa di Silabu - 80 peratus rumah rosak.

Kira-kira 3,000 orang mencari perlindungan di kem-kem kecemasan hari ini, kata Edward. Manakala nasib krew beberapa buah kapal di Lautan Hindi, masih belum diketahui.

Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.

"Semua orang bergegas keluar rumah mereka," kata Sofyan Alawi, sambil menambah, jalan-jalan menuju ke bukit-bukit di sekitar kawasan itu sesak dengan ribuan kereta dan motosikal.

"Kami sering menoleh ke belakang untuk melihat sama ada gelombang datang," kata seorang lagi penduduk Ade Syahputra.

Jawapan tak masuk akal : Anwar

Posted: 26 Oct 2010 10:06 AM PDT


Nazri beri jawapan dangkal

Tidak boleh paksa daftar pemilih - Nazri
Hazayani Zakaria - harakah

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa mendaftar sebagai pemilih itu merupakan hak individu dan tidak boleh dipaksa.

"Mendaftar untuk mengundi itu merupakan satu hak kepada rakyat dan tidak boleh dipaksa. Ada orang yang tidak mahu langsung mengundi. Jadi mana boleh paksa mereka. Kita bukan macam Pakatan Rakyat suka memaksa orang," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh), hari ini.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.

Dalam soalan asal, Ab Aziz meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan.

Nazri berkata, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan.

"Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya," katanya.

Ab Aziz dalam soalan tambahannya bagaimanapun menegaskan, kaedah berkenaan dapat menjimatkan kos kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan kerajaan memberikan RM3 kepada pembantu pendaftar pilihan raya.

jimat wang 12 juta

"Kalau buat pendaftaran secara automatik kita boleh menyelamatkan banyak benda misalnya wang rakyat.

"Mengikut SPR, lebih daripada 4.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 21 tahun tidak mendaftar. Kalau kita ikut apa yang SPR cadangkan bagi RM3 kepada pembantu pendaftar, itu sudah melibatkan kos melebihi RM12 juta," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut mengemukakan soalan tambahan menyifatkan jawapan yang diberikan Nazri itu sebagai tidak masuk akal.

"Kalau empat juta tak daftar (sebagai pemilih), adalah kes untuk dipertimbangkan. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki. Ini empat juta tak daftar, sebab salah alamat. Ini alasan karut.

"Sepatutnya menteri kalau bertanggungjawb akan cakap, kita akan cari jalan sekurang-kurangnya tiga per empat daripada empat juta ini boleh mengundi," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mempersoal tugas Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (Mafrel) yang didakwa meihak kepada pembangkang.

"Apakah SPR perlu ada pemantau untuk memantau pilihan raya? Yang kita rasa ragu pihak pemantau ni kalau kita minta laporan hanya yang negatif. Bagi imej yang buruk kepada SPR dan negara.

"Pihak yang memantau bukan sahaja memberi imej yang buruk tetapi memihak kepada pembangkang. Ini Permatang Pauh tak boleh nafikan," katanya.

Nazri sekali lagi menuduh Pakatan Rakyat sebagai 'pengacau' dan sengaja mengganggu tugas SPR.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 26 Oct 2010 03:04 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dua Penjuru di Galas

Posted: 25 Oct 2010 08:10 PM PDT

RTM: 15 minit untuk Pakatan
Nazri Abdullah   
Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.
10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.
10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.






9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.

9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.







9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.
9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.

9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.
9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.


9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.
8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.
8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid
8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid
8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.
8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.
6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.
5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.
Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.
5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.
5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.
Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 26 Oct 2010 01:20 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Teks Usrah Bulan Oktober

Posted: 26 Oct 2010 07:01 AM PDT

KERTAS KERJA DASAR
TAHAALUF SIASI


Sebelum membaca artikel ini, anda perlu tahu;

1 )  Kedudukan tahaaluf siasi di dalam Islam.

2 )  Bagaimana tahaaluf siasi berlaku di peringkat awal sejarah Islam.

3 )  Tahaaluf siasi adalah satu konsep siasah syar'ieyah yang bertujuan menjayakan matlamat dakwah
4 )  Kefahaman yang jelas mengenai tahaaluf siasi akan memudahkan kerja – kerja dakwah.

Muqaddimah
Dalam merencanakan amal Islami terkini dalam konteks politik, perlu untuk kita meneliti beberapa petunjuk daripada sunnah Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam yang telah meninggalkan kerangka kerja siasah (politik) yang terunggul. Antara beberapa khazanah beharga tersebut adalah konsep Tahaaluf Siasi ataupun kerjasama politik yang baginda lakukan sepanjang kerja kepimpinan dan dakwah Baginda SAW.
Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi berkerja sama dan bantu - membantu untuk membina kerajaan dan pemerintahan berasaskan Islam serta digunakan untuk tujuan dakwah jangka panjang.

Contoh – contoh Tahaluf Di Zaman RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam

  1. Persefahaman yang berlaku di kalangan sesama umat Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji Islam dan tertegaknya negara Islam.
  2. Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza'ah selepas "Perjanjian Hudaibiyah".
  3. Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam mengiktiraf hilf al-fudhul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa'il, lalu dia meminta pertolongan. Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad'an untuk menentang kezaliman tersebut.
Berhubung dengan peristiwa ini, terdapat sebuah hadis daripada Talhah bin 'Abdullah bin 'Auf, bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akan menyahutnya."                
( Riwayat Ibnu Ishaq )
4.  Sistem Himayah ( jaminan keselamatan ) adalah suatu konsep tolong menolong atas dasar perkauman dan kekeluargaan yang diamalkan di zaman jahiliyah yang turut digunakan oleh RasuluLlah sebelum penghijrahannya ke Madinah. Ia juga suatu konsep perlindungan oleh golongan kuat dan berada kepada golongan yang lemah. Adalah menjadi kebangaan bagi mereka sekiranya dapat melindungi yang lemah walaupun berlainan agama. Himayah adalah salah satu konsep tahaluf untuk kemaslahatan umat Islam jika memerlukan[1].
Oleh itu, tahaluf  telah menjadi suatu perkara yang pernah berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Perlaksanaannya pada satu – satu zaman memerlukan satu kajian yang mendalam  dan perlu dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengan prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.


Tahaluf Dan Konsep Tadrij Marhaliy ( berperingkat )

Usaha PAS berkerja sama dengan badan atau parti politik lain dalam hal perjuangan siasah adalah merupakan suatu matlamat dakwah jangka masa panjang. Menganggap PAS ingin mengambil kesempatan dan meninggalkan 'rakan' seperjuangan selepas mendapat kerusi ,  adalah tanggapan yang salah.

PAS adalah satu jamaah yang berdakwah kepada sesiapa sahaja , samada kawan mahupun  lawan. Dalam menyebarkan dakwah PAS menuruti konsep pemeringkatan (graduality) yang ditinggalkan oleh Al Imam As Syahid Hassan al Banna.

Tahap Pertama[2] : Takrif ( pengenalan ) tentang matlamat dan wasilah jamaah serta idea perubahan Islam yang diseru oleh Ikhwan Muslimin.

Tahap Kedua : Takwin ( pembentukan ) dengan memilih unsur-unsur  yang dapat membentuk kepuasan dengan berkerja serta mendidik unsur-unsur tersebut dengan didikan rohani, akal dan fizikal bagi mengembalikan kehidupan Islam dan negara Islam.

Tahap ketiga : Tanfiz ( perlaksanaan ) iaitu langkah berkerja atau praktikal bagi dakwah Ikhwan Muslimin.

Setiap tahap memerlukan masa, kesabaran dan ketabahan. Amukan nafsu dan sikap terburu-buru harus dielakkan kerana ia hanya membinasakan diri dan orang sekeliling.


Bagi golongan yang tergesa-gesa ini, Imam Hassan al-Banna berkata;

"Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya.
Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain.

Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.

          Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinarilah akal kamu dengan nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang ( mengalahkan kamu ) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya ( emosi dan akal ), nantilah saat - saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.

          Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu."


Hukum Tahaluf [3]

Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dan tahaaluf yang ditolaknya.

Syarat - Syarat Tahaluf

1.       Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip

Dalil-dalilnya ialah:

a)       Hubungan Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja.

Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah  bertolak - ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya."

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

Dalam persepakatan Pakatan Rakyat, kita dibenarkan untuk menolong jentera parti yang berjanji setia dengan PAS apabila keadaan memerlukan dan tiada calon PAS di kawasan tersebut. Namun begitu kita dilarang daripada meninggalkan jamaah dan menyertai gerakan atau parti tersebut yang berlainan ideologi dengan PAS.

Hal ini perlu dijelaskan kepada ahli PAS akar umbi agar tahaluf tidak menjadi punca perpecahan amilin dan petugas PAS diperingkat Kawasan dan Cawangan.


2.        Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral

Apabila isu dan gejala buruk tersebut merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibat buruknya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini.

Contohnya, berkerjasama dengan NGO dan  mana-mana parti lain  di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan ISA dan sebagainya, kerana Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam turut mengiktiraf hilf al-fudhul yang bertujuan membela mereka yang dizalimi.

Baginda juga mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah dan para sahabat walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.

Dalam hal ini PAS boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak atau mana-mana gerakan yang berusaha menetang kemungkaran era baru seperti IFC, Islam Liberal serta pelbagai kebejatan aqidah dan sosial. Ahli PAS perlu memasukkan dakwah secara lembut dan berterusan kepada golongan ini agar mereka menerima dakwah PAS.


3.       Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan

Seringkali berlaku apabila diadakan kerjasama politik, ada pihak yang menetang kepimpinan adil cara Islam serta mengambil kesempatan pula untuk merosakkan ideologi dan aqidah tulen para petugas PAS. Hal ini perlu dielakkan kerana setiap individu Islam yang menjadi amilin PAS adalah manusia terpimpin dan tidak pragmatisme dalam memutuskan tindakan.

Dalilnya:

a)       Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan dengan kerajaan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

b)       Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

4.       Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka

Perihal wala' adalah perkara tunjang yang menjustifikasikan dan mengesahkan amal Islami kita dalam PAS. Lantaran itu piawaian wala' telah ditetapkan oleh Allah SWT serta oleh Rasulullah.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat - ingat terhadap kekuasaan diriNya ( menyeksa kamu ). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."   

Surah Ali 'Imran: 28

Memilih calon bukan PAS yang berjuang menentang kezaliman dan kemungkaran lebih besar adalah suatu yang WAJIB demi menyekat kezaliman  walaupun calon tersebut bukan Islam atau muslim yang tidak berpegang dengan Islam secara menyeluruh.

Berwala' maknanya menjadikan seseorang sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kerjasama adalah untuk kemaslahatan dan kebaikan Islam umumnya, bukan meredhai mereka sebagai pemimpin. Hal ini kerana Kepimpinan Islam hanya sah sekiranya menuruti seluruh sistem Islam dalam pentadbiran mahupun kepimpinan.


Muwada'ah

Di sana terdapat satu persefahaman yang diadakan secara sementara waktu ( bertempoh ) dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan ada juga ulama' meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ).

Disebut dalam "Syarah Muhazzab" ( karangan al Imam al Nawawi ), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong untuk memerangi golongan lain.

Akan tetapi para ulama' bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Hari ini PAS boleh bekerjasama dengan pihak lain selama mana  mereka bersedia secara jujur ingin bersama seperti dalam isu Palestin, isu rasuah dan sebagainya. Akan tetapi muwada'ah ini hanya sah dalam isu kerjasama itu sahaja dan bukannya selama-lamanya selagimana mereka masih memegang ideologi sekular atau menetang Islam.

Kategori Tahaluf

Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1.       Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:

a)       Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
b)       Mengiktiraf negara Islam
c)       Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2.       Tahaluf tanpa membentuk negara:

a)       Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
b)       Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya.
c)       Berlindung sementara ketika lemah.
d)       Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah.


Beberapa Pemerhatian

Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:

1.        Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2.       Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3.       Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat  dan dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain serta perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden. Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4.       Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5.       Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6.       Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

Penutup

Konsep tahaluf perlu disebar luaskan di kalangan pemimpin dan petugas PAS di peringkat akar umbi demi mengelakkan salah faham terhadap konsep dan wala'. Jelasnya PAS adalah jamaah harakah yang berjuang atas nama Islam dan bukannya atas nama kemanusiaan semata-mata. Ketaatan kepada pemimpin PAS adalah atas dasar berada pada dasar yang sama iaitu memartabatkan syariah dan aqidah Islam.

Tahaluf adalah medium ke arah kemenangan Islam dan bukannya punca perpecahan dan kehilangan petugas PAS dalam setiap peringkat.


Nota Hujung.

[1] Lihat Fiqh Al Harakah (jilid 1) karangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dewan Pustaka Fajar
[2] lihat Fiqh Siasah Menurut Hassan Al Banna karangan Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris (halaman 47-49)
[3] Buku Himpunan Kertas Kerja Daurah Tadribiyyah PAS Pusat.

Selepas membaca artikel ini, saudara telah memahami;
1 )  Tahaaluf siasi adalah satu konsep dan polisi dalam siasah syar'ieyah yang bermatlamat menjayakan usaha dakwah Islam kepada seluruh umat manusia.
2 )  Tahaaluf siasi telah mula dilaksanakan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di peringkat awal dakwah Islam. Justeru rujukan melaksanakannya hendaklah bertepatan dan terikat dengan sunnahnya.
3 ) Tahaaluf siasi adalah strategi dakwah yang bersifat tadarruj dan marhaliy ( beransur – ansur dan berperingkat ) yang menuntut kesabaran dan tidak gopoh.
4 )  Ahli PAS hendaklah memahami konsep tahaluf siasi serta syarat – syaratnya dengan baik demi mengelak perselisihan yang tidak perlu sesama sendiri disebabkan kefahaman yang cetek.
5 ) Sentiasa berwaspada dengan tipu daya musuh Islam yang sentiasa memburu kelalaian pihak kita.

Panel:
1 )  Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan Tantawi
2 )  Ustaz Hj Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
4 )  Ustaz Hj Riduan bin Mohd Nor
5 )  Ustaz Hj Nik Mahadi bin Nik Mahmood
6 )  Ustaz Hj Mohd Asri bin Mat Daud
7 )  Ustaz Hj Zulqarnain bin Hassan
8 )  Ustaz Hj Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin al Joofre

Dupahang's Weblog

Posted: 26 Oct 2010 11:25 AM PDT

Dupahang's Weblog


BN MEMPERALATKAN BUDAK SEKOLAH DIGALAS

Posted: 25 Oct 2010 11:52 PM PDT

Masyarakat India di Kelantan disisih MIC, India Galas sokong PAS

Posted: 25 Oct 2010 09:53 PM PDT

KEHADIRAN begitu ramai penduduk bukan Islam pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS dan pengumuman calon mengejutkan banyak pihak. Mereka kelihatan begitu berminat mengikuti ceramah dan tidak berganjak sehingga program berakhir. Situasi itu secara tidak langsung menggambarkan sokongan mereka tidak berbelah bagi terhadap calon PAS, Dr Zulkefli Muhamed yang akan meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Chek [...]

Mengalas Jihad dibumi Galas, kuburkan Umno !

Posted: 25 Oct 2010 09:34 PM PDT

Pilihan raya kecil Galas bakal dilangsungkan, para pemimpin dalam setiap parti sedang sibuk menyediakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini.Tidak dilupakan juga rakyat yang sedang berkira-kira dan mencongak-congak, siapakah yang layak untuk 'dipangkah'. Dalam kita ghairah dan bersemangat untuk bertanding dan memangkah,seharusnya kita meneliti dan mengimbau kembali apakah peranan dan tangungjawab yang harus ada [...]

Tiga penjuru di Batu Sapi

Posted: 25 Oct 2010 08:58 PM PDT

  SANDAKAN, 26 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiga calon bertanding untuk pilihan raya kecil Batu Sapi apabila borang penamaan calon ketiga-tiga tidak mendapat sebarang bantahan dan diterima oleh SPR. Mereka adalah calon PKR dari Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah, calon BN dari PBS Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee dari Parti [...]

Proses pencalonan ditutup, PAS vs BN

Posted: 25 Oct 2010 07:45 PM PDT

GUA MUSANG 26 Okt. – Tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini. Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dalam tempoh sejam proses [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 26 Oct 2010 11:21 AM PDT

Batu Gajah Mari


Angin tak mandang, tapi pokok Galas udah goyang

Posted: 26 Oct 2010 05:31 AM PDT

Oleh: Anuar Hashim

Orang Melayu selalu berkata, tak ada angin pokok tak bergoyang, tak sungguh tak melata dan tak sungguh, maka tak kata. he he

Begitulah gambaran mengenai khabar angin atau berita yang tersebar yang tidak dapat disahkan tetapi pada kebanyakan waktu menjadi betul. Nampak begitulah gamaknya yang terjadi atau sekurang-kurangnya bakal terjadi di Gua Musang terutama yang membabitkan Pengarah PRK Umno di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua perhubungan Umno Kelantan yang juga Timbalan Pengarah Prk itu, DS Mustapa Mohamad terpaksa menolak spekulasi bahawa calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Abdul Aziz Yusof tidak begitu diterima di kalangan pemimpin bahagian Umno Gua Musang sendiri.

Spekulasi itu tercetus apabila Ku Li, dikatakan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini, pada penamaan calon hari ini.

Nampaknya rumah siap, pahat pun dah berbunyi, maka kita tunggu sahajalah rumah Umno BN itu roboh.

Ku Li yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon, tetapi beliau tidak naik ke pentas, malahan telah "hilang" sebelum pengumuman dibuat.

Bagaimanapun, Mustapha berkata: "Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya.

"Pagi tadi beliau (Tengku Razaleigh) yang memimpin (kumpulan penyokong) BN. Beliau ada (bersama kita) hingga lebih kurang pukul 10.30 pagi.

"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.

Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."

Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.

"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya.

Lain macam je bunyi ayat Tok PA ini.. biasanyer Pengarah Pilihanraya yang ada bersama-sama calon. Pengarah Pilihanraya yang membuat kenyataan dan sebagainyer... kini Tok Pa mulai mendahului Pengarah Pilihanraya.

Tudia!! Puteri UMNO menggedik di Penamaan Calon Galas

Posted: 26 Oct 2010 04:01 AM PDT

TG Nik Aziz menangis di Galas: Mungkin kerana masih ada yang mahu menentang dasar Islam Perjuangan PAS

Posted: 25 Oct 2010 11:34 PM PDT

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/galas/tgnasolat.jpg

Oleh: WFAUZDIN NS

Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.(Harakahdaily)

MENGAPA Mursyidul Am PAS juga MB Kelantan ini menangis tatkala kesekelian para penyokong PR begitu bersemangat untuk `mengubur'kan Umno sekali lagi di Bumi Serambi Mekah ini? Tiada siapa yang tahu melainkan Tuan Guru sendiri serta Allah SWT Tuhan yang menjadi tempat beliau mengadu.

Kita semua tahu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lemah jiwanya untuk menangis sedemikan rupa. Beliau telah ditekan dan diasak begitu hebat sepanjang perjalanan politiknya, apatah lagi semenjak beliau memegang jawatan MB Kelantan. Namun, beliau begitu kuat semangatnya, begitu juga tatkala keluarganya diburukkan bahkan pemergiannya ke Mekah pun menjadi fitnah oleh musuh-musuh politiknya. Saya cuba meneka apa yang ditangiskan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu.

Pertamanya, beliau merasa sedih kerana masih ada umat Islam di Negeri Kelantan yang mahu menentang dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Apabila Umno yang mengaku Melayu Islam itu meletakkan calon untuk bertanding, ini bermakna parti sekular itu begitu serius untuk menumbangkan PAS di Kelantan. Mengapa Umno sanggup menentang PAS? Bagi Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya tiada sebab umat Islam di Kelantan khususnya menentang Kerajaan PAS. Apa penyelewengan atau salah laku sepanjang PAS memerintah Kelantan? Jika kemajuan atau pembangunan menjadi sebab, mengapa Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak mahu membantu rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu dan berugama Islam itu? Tuan Guru merasa sedih bila memikirkan sampai bila rakyat Kelantan ingin di anak tirikan.

Kedua, Tuan Guru merasa sedih mungkin kerana memikirkan mengapa tergamaknya Umno mempergunakan Ku Li untuk menentang PAS. Semua orang tahu bahawa Ku Li selama ini berjuang untuk mendapatkan hak rakyat Kelantan di dalam isu royalti minyak. Malahan Ku Li sanggup sepentas bersama Tuan Guru untuk berjuang di dalam mendapatkan hak yang dirampas oleh Umno/Bn itu. Di saat PAS bergelut di dalam perjuangan tersebut, tiba-tiba Ku Li menjadi orang kuat Umno untuk menentang PAS. Tidak terfikir oleh kita mengapa Ku Li sanggup terus meng`gurkha'kan dirinya sepanjang masa. Tentu pada fikiran Tuan Guru, tidak wajar PAS `menyerang' Ku Li kerana besarnya jasa Ku Li terhadap perjuangan PAS di dalam isu royalti. Berlawan dengan Ku Li bukanlah pilihan yang menggembirakan PAS. Namun, PAS terpaksa berbuat demikian kerana Islam mengajar untuk menentang sesiapa sahaja yang ingin meruntuhkan Islam hatta ibu dan ayah kita sendiri.

Ketiganya pula, tangisan Tuan Guru Nik Aziz adalah tangisan seorang hamba yang menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Setelah PAS berjuang dan melaksanakan segala yang terdaya dan termampu, maka PAS berserah kepada Allah. Mudah-mudahan Allah memberi pertunjuk dan jalan yang mudah untuk PAS terus berkuasa di Kelantan demi agama yang maha suci ini. Tuan Guru sedar, sepanjang kempen ini nanti sudah pasti Umno akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kerusi Dun Galas tersebut. Tuan Guru tetap berdoa ke hadrat Illahi agar seluruh rakyat Kelantan khususnya di Galas akan istiqomah dengan Islam.

Umno akan terus memperlecehkan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan. Menjadi kewajipan kita semua untuk berada di saf hadapan berdepan dengan Umno. Lupakan sementara Ku Li, dan jika kita ingin menyelamatkan maruah Ku Li maka PAS mesti tumbangkan Umno di Galas. Apabila Umno tewas, maka InsyaAllah, Ku Li akan dapat pertunjuk mengapa beliau harus bersama rakyat Kelantan untuk mempertahankan Kerajaan PAS. Apabila Ku Li kembali bersama kita, ini bermakna Umno akan gagal `memperhambakan' Ku Li lagi.

Beribu- beribu penyokong PR membanjiri penamaan calon

Posted: 25 Oct 2010 11:21 PM PDT


































Sekitar Penamaan Calon Batu Sapi

Posted: 25 Oct 2010 11:20 PM PDT













3 Di Batu Sapi, 2 Di Galas

Posted: 25 Oct 2010 11:18 PM PDT

Serah Borang: 3 Di Batu Sapi, 2 Di Galas

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan tiga calon sudah menyerahkan borang pencalonan mereka seawal jam 9 pagi tadi, manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kelihatan dua calon iaitu masing-masing dari UMNO dan PAS sudah memasuki dewan pusat penamaan calon.

Di pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Sandakan bagi Parlimen Batu Sapi, proses penyerahan borang pencalonan didahului Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, 52, diikuti Datin Linda Tsen, 54, dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ansari Abdullah, 56 (PKR).

Sementara itu, bagi DUN Galas, Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 47 sudah menyerahkan borang pencalonannya dan diikuti kira-kira jam 9.30 pagi Dr Zulkefli Mohamad, 44, yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang memasuki Pusat Pencalonan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Penyerahan borang calon hanya akan diterima sehingga jam 10 pagi sebelum proses itu ditutup. -BH

Dari Malaysiakini/Pelbagai:

Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana ia sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jatuh dari pusat penamaan calon.

Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.06am: Calon PKR Ansari Abdullah adalah calon pertama yang tiba di pusat penamaan calonan untuk menyerahkan borang. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.

9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am: Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, datuk Mahfuz Omar yang diiringi oleh pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, diketuai oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.

9.30am:Di Galas Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad masuk ke pusat penamaan calon diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka dengan pas untuk berbuat demikian. Antara merea mereka tidak dibenarkan masuk adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.

10.00am:Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.

Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka. Tempoh masa 10 hingga 11 pagi adalah waktu untuk mereka membuat bantahan, jika ada.

Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.

Sekalipun sebelum ini SPR melaporkan lebih dua puloh borang pencalonan dijual untuk setiap satu PRK, namun berdasarkan kepada maklumat pencalonan di kedua-dua PRK, hanya 3 calon di Batu Sapi dan 2 calon di Galas menyerahkan borang masing-masing. Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Tiada calon-calon Bebas kali ini menyerahkan borangnya.

10.00am -11.00am Waktu ini ialah waktu bantahan. Bantahan boleh dilakukan oleh mana-mana calon terhadap lawannya seandai adanya kesilapan dilakukan oleh calon berkenaan di atas kertas pencalonannya.

Seandainya tiada bantahan diterima, atau ada bantahan tetapi ditolak oleh SPR, maka SPR akan mengumumkan pegesahan calon-calon yang bertanding di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil ini pada jam 11.00 pagi nanti.

10.05 am: Borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.

10.57 am Masa bantahan hampir tamat. Pengarah SPR bagi kedua-dua PRK akan mengumumkan calon-calon bertanding sebentar lagi

11.00 am Tamat masa bantahan. Menunggu pengumuman calon-calon bertanding, samada ada atau tidak kertas pencalonan yang ditolak di mana-mana PRK, Batu Sapi atau Galas. Mudah-mudahan kertas pencalon calon Pakatan Rakyat sah dan diisytihar sah untuk bertanding.

10.07 am: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.

10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.

10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.

Membuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.

10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.

Beliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.

Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

Gambar berikut ehsan harakahdaily









PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 26 Oct 2010 11:14 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


YDP KENINGAU DAN AJK PAS KAWASAN KENINGAU BERKAMPUNG DI PROGRAM HEMPAS

Posted: 25 Oct 2010 05:48 PM PDT





Gambar- gambar lain banyak lagi,tq kawan-kawan Pas keningau yang hadir ke program HEMPAS di Dwn Hakka Sandakan!Balik sampai Keningau pkl 4 lbh pagi!Korban diri demi ISLAM!TAKBIR!

Pas CawanganSurada

Posted: 26 Oct 2010 11:05 AM PDT

Pas CawanganSurada


ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Posted: 26 Oct 2010 02:00 AM PDT

Dakwaan khalwat: Blog sudah minta maaf saya tak saman, kata calon PAS

Posted: 26 Oct 2010 01:54 AM PDT

Belanjawan Seluar Dalam dan Pak Guard

Posted: 26 Oct 2010 01:51 AM PDT

ansarullah

Posted: 26 Oct 2010 11:02 AM PDT

ansarullah


Gula-gula sedang ditabur!!!!!!!!!!!!

Posted: 26 Oct 2010 05:41 AM PDT

Gua Musang "Kampung Wifi" pertama di Kelantan

Bersilat dengan sapa tu Datuk Seri?????

GUA MUSANG 26 Okt — Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program "Kampung Wifi" melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri, Dr. Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.

(Sumber dari sini)

P/S:-Beruntung sungguh rakyat Kelantan,nak-nak pulak di Gua Musang.Kampung-kampung di Gua Musang akan menjadi Kampung WIFI pertama di Kelantan.Tapi kenapa hanya sebut di Kelantan?Sebelum dari ini,sudah adakah Kampung atau Kawasan WIFI lain di negeri lain?


Beginilah UMNO dan BN setiap kali adanya PRK walau di mana sekalipun di tanah Melayu ini.Ada sahaja BENDA baru yang akan di bawa untuk dijadikan BAHAN kempen semasa PRU ni.Hari tu punya UNIVERSITI kat Manik Urai dah siap ke weh? Bila nak rasmi pembukaannya?Tunggu PRK yang lain pulak ke?


Tapi nampaknya,negeri yang dikuasai pembangkang lebih beruntung.Ini kerana mereka lebih mendapat perhatian berbanding tempat yang dikuasai BN.Jadi apa signifikannya?Ramai-ramailah kita menyokong pembangkang.Nescaya hidup kita akan lebih bermakna!!!!!!

KHIDMAT MERU

Posted: 26 Oct 2010 09:13 AM PDT

KHIDMAT MERU


MASAALAH BEBENDUL BAKAL DI ATASI INSYAALLAH

Posted: 26 Oct 2010 12:55 AM PDT















Masaalah bebendul yang di bina oleh pemaju di tepi jalan berhampiran simpang 4 di Pekan Meru akan dapat di atasi insyaAllah dalam masa yang terdekat.
Bebendul yang mendatangkan masaalah besar kepada peniaga-peniaga di Bangunan Baru di Pekan Meru tersebut insyaAllah akan di musnahkan berikutan pelbagai massalah yang di timbulkan.
Antara masaalah yang di hadapi oleh pihak peniaga ialah ruang pakir kenderaan yang sedikit, sempit dan tidak kondusif kepada pelanggan.
Didalam pelan asal yang di luluskan, sebenarnya tidak ada pun tertera ruang bebendul yang di dirikan.
ADUN Meru telah turun padang untuk melihat sendiri masaalah yang di bangkitkan serta membawa bersama beliau pihak MPK dan JKR serta pengadu.
Dalam mesyuarat yang di adakan selepas itu, Puan Zakiah, juruteknik JKR berjanji akan membincangkan perkara tersebut bersama JKR Negeri dan cuba menyelesaikan masaalah ini dengan kadar segera.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Oct 2010 09:08 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Lebih banyak Kelab Malam akan dibuka di Malaysia, TAKZIAH

Posted: 26 Oct 2010 12:31 AM PDT

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Malaysiakini
Okt 26, 10 3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.
- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan
- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada "garis panduan yang lebih fleksibel", perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

http://malaysiakini.com/news/146435

i n t a n h i j a u

Posted: 26 Oct 2010 07:16 AM PDT

i n t a n h i j a u


MEMANG PATUT DIGELAR PGM...! / ميمڠ ڤاتوت دݢلر ڤونتيناک ݢوا موسڠ

Posted: 26 Oct 2010 07:10 AM PDT



SETIAP RAKYAT TANGGUNG RM14 000 / ستياڤ رعيت تڠݢوڠ 14 ريبو ريڠݢيت

Posted: 26 Oct 2010 06:54 AM PDT














Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.
PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat
 Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KERJA KUAT, PASTIKAN PAS MENANG / کرجا کوات، ڤستيکن ڤاس منڠ

Posted: 26 Oct 2010 12:03 AM PDT

 

GUA MUSANG, 26 Okt: Dr Zulkefli Mohamad menyeru semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat supaya bekerja kuat bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November ini.

Dalam ucapan sulungnya di hadapan ribuan penyokong selepas diisytiharkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Galas, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

"Saya mintak, selepas ini kita sama-sama bekerja kuat untuk memastikan kemenangan PAS di Galas ini," katanya.

Dalam sidang media, Dr Zulkefli berkata, tumpuan utamanya adalah menemui rakyat Galas menjelaskan agenda beliau.

Beliau memberitahu, akan berusaha meneruskan usaha yang telah dilaksanakan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

"Saya akan teruskan usaha Allahyarham.

"Saya harap pengundi Galas bijak menilai dan akan memberi undi kepada saya mewakili Pakatan Rakyat," katanya.

Berhubung tuduhan pihak tertentu bahawa beliau pernah ditangkap khalwat, Dr Zulkefli menganggap isu tersebut telah selesai.

PRK Dun Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon BN, Abdul Aziz Yusof.

Pengikut