Rabu, 2 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 02 Mar 2011 11:02 PM PST

Salam Perjuangan


FELDA PLANTATIONS LANGGAR AKTA GSA

Posted: 02 Mar 2011 08:06 PM PST

AHMADINEJAD - LELONG KERETA UNTUK RUMAH RAKYAT

Posted: 02 Mar 2011 04:07 PM PST

DPP PADANG TERAP

Posted: 02 Mar 2011 09:28 PM PST

DPP PADANG TERAP


HIMPUNAN 500K BERSIH 2: KETUA PEMUDA UMNO KEDAH TAK FAHAM DEMOKRASI

Posted: 01 Mar 2011 10:23 PM PST


Sekonyong-konyong terbit arahan terbaru Ketua DewanPemuda PAS Malaysia; Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan himpunan terbesar dalam sejarah Negara Malaysia Moden. Saya berada di Kuala Lumpur ketika tempias reformasi Indonesia merembat keluar ke Malaysia.

Kejatuhan Suharto hampir sempena pemecatan Anwar menggerakkan massa yang luar biasa.Kerajaan BN buat kesekian kali tergugat. BN Terengganu hilang kuasa, BN Kelantan merana pada PRU 99.

BN kembali kukuh 2004. Himpunan Bersih 10 November 2007, membangkitkan rakyat dari lena. PRU 2008, BN makin goyah. Rakyat mula sedar kesilapan terlalu lama mengekalkan BN di tampuk kuasa. Rakyat lihat perubahan besar sikap pemimpin pasca PRU 2008.

2011 tanggal 19 Februari, sekali lagi massa digerakkan. Kali ini belia dan golongan muda. 30 ribu dipandang sukar buat kami untuk himpunkan seramai itu pemuda.Tanpa wang, duit minyak kecuali makan. Mereka perlu membayar yuran. Namun, kita merancang, tuhan menentukan. Bukan setakat 30 ribu, malamnya dikira lebih ramai. Anggarannya 40 ribu. Saya saksikan dari atas pentas deretan manusia.Saya pengerusi pada siangnya . saya tahu dan saksikan dari atas pentas pada malamnya.

Noktah Satu: Pemuda Kedah akan sambut arahan itu. Kami akan gembeling tenaga massa untuk berada di medan bersejarah Merdeka Square. Ia adalah arahan yang be'roh'kan demokrasi. Menuntut hak rakyat. Sesuai dengan ta'rifnya "Dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat". Ia ada semangat keadilan. Antara teras ajaran Islam.

Noktah Dua: Tetiba tanpa ribut dan taufan, Ketua Pemuda Umno Kedah bersuara di dalam Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 1 Mac 2011. Tajuknya ganas dan anti demokrasi. Himpunan 500K Bersih 2 yang bakal kami adakan itu diselar oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Sdr Badrul Hisham Hashim. Saya Ketua Penerangan Pemuda PAS kedah. Amat tidak wajar saya berdiam. Wartawan beberapa akhbar menghubungi saya. "Bagila sikit ustaz" kata salah seorang. Seorang teman tanya pandangan. Baik, saya perlu tanya pemimpin pemuda Umno itu, adakah beliau buta demokrasi… adakah perhimpunan itu melanggar prinsip demokrasi. Kalau ya, kenapa UMNO juga berdemontrasi. Adakah beliau takut dengan demontrasi oleh ahli beliau sendiri di hadapan Pejabat Umno Negeri. Saya dan rakan-rakan bimbang kenyataan beliau itu lahir dari pemimpin pemuda yang berada di dalam sebuah parti yang SUDAH MATI DEMOKRASINYA. Pemimpin lahir dari golongan kaya dan berharta. Ahli boleh dibeli dan dijual.

Noktah Tiga: Adakah beliau pernah memiliki mahupun memahami Perlembagaan Malaysia. Cuba baca dan faham. Ada dua andaian saya. Pertama beliau tidak faham. Kedua beliau MENENTANG perlembagaan dan semangatnya. Kedua-duanya adalah amat malang bagi pemimpin pemuda seperti beliau. Ketika Negara melangkah kehadapan, ada pemimpin yang berfikiran kebelakang. Ketika pemuda PAS bangun membina negara dengan segala upaya, adapemimpin pemuda BN yang cuba meruntuhkannya.

Noktah Empat: Adakah kenyataan beliau kepada media menunjukkan ketakutan yang luarbiasa pemuda UMNO kepada remaja yang menolak mereka. 30 ribu angka yang menggerunkan. Mereka adalah duta penerangan Pemuda PAS. Ketika UMNO sibuk dengan Gelombang Merah, pemuda PAS tanpa gelombangpun menghimpunkan 30 ribu. 100 ribu kuasa rakyat, lima negeri tumbang, majoriti Dewan Rakyat ternafi. Andainya 500 ribu, berapa negeri akan tumbang? Jutaan rakyat Mesir berkumpul dalam himpunan paling aman, rejim HosniMubarak TINGGAL SEJARAH!!

Noktah Lima: Ketua Pemuda Umno mendabik dada mengatakan kerajaan BN mengamalkan ketelusan dalam demokrasi. Sejarahny akerajaan BN ada azam. Usai Himpunan Bersih 2007, SPR ada komitmen untuk penggunaan dakwat kekal. RM 4 juta wang rakyat dibazirkan. Menjelang PRU 2008,ia menjadi bahan ketawa. Ada komitmen untuk bersihkan


pendaftaran pemilih,meeberi kelayakan automatic kepada rakyat yang cukup umur, sampai sekarang ia hanya impian. Berkenaan pengundi pos…jangan cakap la, pengakuan saksi-saksi yang kita boleh kemukakan yang diarah memangkah BN atau tidak pernah berpeluang memangkah kertas undi. Kebebasan media? Cukuplah saudara Ketua Pemuda UMNO Kedah…

Noktah Enam: Dakwaan paling memualkan dimuntahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah apabila beliau menyebut tentang BN tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat. Skandal Scorpene, PKFZ, APCO,Pembelian jet tanpa enjin dan deretan senarai kecurangan itu menunjukkan ketelusan UMNO…?. Ketika dunia memerhatikan kepalsuan dakwaan itu, beliau membuat dakwaan bercanggah? Ketika pengkhianatan termasuk kepada Bangsa Melayu,agama dan Negara dilakukan berterusan.Saham-saham bumiputera berpindah tangan daripada kroni kepada bangsa asing ,kuasa beli bumiputera semakin melemah, biasiswa seperti dijamin perlembagaan kepada bumiputera dihapus dan pelbagai krisis dimunculkan hasil pemerintahan 53 tahun pemerintahan BN. Saudara lihat sahaja kampong halaman saudara, PadangTerap, mahu saya bongkarkan senarai panjang penyelewengan, salahgunakuasa parti saudara. PPSMI yang membodohkan kaum kerabat saudara yang diperkenalkan oleh BN. Saudara tahu berapa ramai pelajar Padang Terap yang menjawab peperiksaan dalam bahasa Inggeris.. saudara tahu krisis social dan akhlak.. saya ada rekod dan bersedia buat kali kedua berdebat dengan saudara.

Noktah Tujuh: Beliau menyebut tentang niat kami berhimpun dan menggunakan isu-isu yang mewujudkan suasana yang


tidak tenteram. Beliau "menasihatkan" pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Saya ingin tegaskan, tindakan BN yang menyalahgunakan demokrasilah yang mewujudkan tindakan tidak tenteram .Laksanakan demokrasi yang sebenar,dan kami tidak perlu berhimpun pun. Selesaikan tuntutan itu dan kamu jatuh dengan aman.. tanpa perlu kamu gerun lihat kami berhimpun. Saya juga ingin bertanya, sejak bila beliau menjadi "penasihat" pihak berkuasa. Adakah beliau maksudkan pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia? Adakah beliau tidak yakin dengan Polis, atau beliau sedang memberi arahan kepada pihak Polis. Pihak Polis tahu apa yang perlu dilakukan.

Noktah Enam: Ketua Pemuda UMNO perlu senaraikan janji-janji yang dikatakan Pakatan Rakyat belum selesaikan. Sa a berlapang dada dan mari kita sama-sama bina Negara dan negeri ini.

YB Mohd Nasir Zakaria

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 02 Mar 2011 09:25 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


RENUNGAN DARI BOB LOKMAN

Posted: 02 Mar 2011 09:07 PM PST

Dipetik dari blog Bob Lokman

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH. 

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.
Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

GAMBAR - GAMBAR SIRI PERTAMA EDARAN AGIHAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR - 15 FEB 2011

Posted: 02 Mar 2011 09:05 PM PST





PAS LENGGONG

Posted: 02 Mar 2011 07:30 PM PST

PAS LENGGONG


Mudahnya untuk mencari keredaan Allah.

Posted: 02 Mar 2011 04:40 PM PST

Kenyataan ikhlas dari Bob Lokman pasti mendapat restu dari semua ahli dan penyokong PAS-PR, sekaligus mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada Bob Lokman. Orang yang ditunjuki Allah akan jalan taubat sesungguhnya ada kekuatan pada dirinya. Tahniah kepada Bob, Semoga Bob akan terus istiqamah dijalan kebenaran yang hakiki disisi Allah.


Bob Lokman pernah diupah ganggu ceramah PAS
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 2 Mac: Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

"Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

"Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf," ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti "Isabela" dan "Pada syurga di wajahmu" itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

"Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.

"Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan," kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.

Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.

Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.

"Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni," tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.

Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.

Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam."

Berita Bergambar

Posted: 02 Mar 2011 12:10 AM PST

Sosial, Budaya & Masyarakat | Foto : Calun PAS & BN Usung Jenazah Pengundi
Sosial, Budaya & MasyarakatKETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) dan juga calon BN Roslam Ahmad mengetepikan fahaman politik untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, Rabu. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Beginilah suasana aman dan tertib yang sepatutnya diikuti oleh jentera kempen parti. Bukannya dengan mengedarkan poster telanjang dan lucah, perkataan berunsur provokasi dan sebagainya yang disyaki dilakukan oleh jentera BN.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

Posted: 02 Mar 2011 07:23 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut


Malam Kesenian Islam bersama Bob Lokman & Ust Radzi (Melissa)

Posted: 02 Mar 2011 03:09 PM PST

Dr Azman Ibrahim

Posted: 02 Mar 2011 07:15 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Anak Lelaki di Belakang Bapa Yang Berkuasa

Posted: 02 Mar 2011 05:50 AM PST

 Ada pepatah Arab yang menyebut 'Anak lelaki adalah mereka yang berkata, inilah saya, bukan ayah saya atau datuk saya.' Maksudnya, anak lelaki yang sebenar adalah mereka yang tampil dengan kebolehan sendiri, samada dia seorang yang berani, bijak, kaya, berpengaruh, disegani, berpangkat semuanya kerana dirinya. Bukanlah seorang anak lelaki kalau setakat dia berbangga dengan sejarah silam keluarganya samada ayahnya atau datuknya atau sesiapa sahaja. Kalau diri sendiri tak memiliki apa-apa tapi sekadar bersandar dan bergantung dengan pengaruh keluarga.


Banyak kali saya mendengar pepatah ini diucapkan oleh sahabat-sahabat sekuliah dulu dan saya amat tertarik dengan maksudnya agar kita tampil sebagai seorang individu yang hebat dan berdikari.
Krisis politik yang berlaku di beberapa Negara Arab membuka mata kita bagaimana hebatnya pengaruh seorang anak lelaki di belakang seorang bapa yang telah berpuluh tahun bertakhta di puncak kuasa sekalipun dibenci oleh rakyat sendiri.

Gamal Mubarrak
Gamal Mubarak atau nama sebenarnya Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak seketika pernah menjadi sebutan kerana kekayaan dan pengaruhnya di belakang bapanya bekas Presiden, Hosni Mubarak sehingga beliaulah dikatakan individu yang dipersiapkan oleh ayahnya untuk mengambil alih kepimpinan Negara.

Usaha untuk mempersiapkan Gamal sebagai Presiden dalam pembikinan dimulakan secara serius sekitar tahun 2000. Dengan ketiadaan jawatan Naib Presiden dalam struktur pemerintahan Mesir memudahkan tumpuan media beralih kepada Gamal disamping bapanya Hosni. Walaupun berkali-kali pernah menafikan bahawa beliau bercita-cita ke puncak kuasa, tetapi dengan posisinya sebagai Timbalan Setiausaha Agong parti pemerintah NDP di samping mengetuai Komiti yang menentukan polisi parti, satu komiti terpenting dalam NDP, penafian ini sukar dipercayai oleh kebanyakkan rakyat Mesir.
Penganalisis politik meletakkan tanggungjawab bahawa kekacauan politik dan ekonomi Mesir ketika hari-hari terakhir kekuasaan Hosni adalah direncanakan dan diatur oleh Gamal dan kawan-kawan rapatnya yang berkepentingan dengan mengambil alih kedudukan penasihat politik kepada ayahnya, mengasingkan ayahnya daripada orang ramai dan beliaulah yang menulis ucapan perletakkan jawatan ayahnya mengenepikan ucapan yang telah didrafkan oleh Timbalan Presiden.

Pada 28 Februari 2011, Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram  melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki bekas Presiden ini. Semua akaun milik keluarga Mubarak ini telah menerima arahan pembekuan dari Pejabat Pendakwaraya Mesir termasuklah milik Gamal dan Mahkamah Rayuan Mesir memutuskan tarikh pada 5 Mac 2011 untuk semakan semula perintah pembekuan ini tetapi dijangkakan arahan pembekuan ini akan dikekalkan.

Uday Saddam Hussein
Sebelum ini ketika menuntut di Iraq saya selalu diceritakan berkenaan anak lelaki sulong Presiden Saddam Hussein dan isteri pertamanya Sajida Tulfah, Uday Saddam Hussein al-Tikriti. Dilahirkan 18 Jun 1964 ketika bapanya sedang dipenjarakan. Asalnya beliau dilihat sebagai bakal penganti bapanya, tetapi perlakuan buruk, salah laku seks, perlakuan jenayah serta hubungan renggangnya dengan adik beradik yang lain meminggirkannya dari peranan penting Negara.

Uday menamatkan pengajian peringkat menengah dengan markah tertinggi luar biasa yang tak pernah dicapai oleh sesiapa, 100 % dari kesemua 6 subjek! Realitinya, guru yang mengajar diarahkan mengurniakan markah istimewa kerana beliau anak Presiden dengan markah penuh bagi semua subjek sekalipun Uday menghantar kertas jawapan kosong dalam peperiksaan!

Memasuki Kuliah Perubatan, Universiti Baghdad tetapi Uday hanya belajar di kuliah tersebut selama 3 hari sebelum bertukar ke Kuliah Kejuruteraan, Universiti Baghdad. Saya sangat pasti ramai di kalangan pensyarah yang menarik nafas lega dengan pemergian Uday. Semasa di kuliah Pergigian, Universiti Baghdad dahulu, antara teman sekelas saya adalah anak lelaki Tariq Aziz, bekas Perdana Menteri Iraq dan bekas Menteri Luar Iraq. Saya dapat rasakan bagaimana ketatnya kawalan keselamatan untuk seorang anak Perdana Menteri, apatah lagi untuk Uday, anak seorang Presiden.

Di Kuliah Kejuruteraan, sebagaimana dijangka, sekali lagi beliau berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai pelajar terbaik dari seramai 76 pelajar di kelasnya! Tentu sekali kedudukannya sebagai anak lelaki Presiden mewajibkan pensyarah mengurniakan markah penuh kepadanya sekalipun beliau lebih banyak ponteng dari hadir ke kuliah!

Tahun 1988, ketika penganjuran satu parti yang dihoskan oleh Suzanne Mubarak, isteri bekas Presiden Hosni Mubarak, Uday terlibat dalam jenayah besar pertamanya, membunuh pembantu peribadi bapanya merangkap tukang rasa makanan (food tester) Kamel Hana Gogeo. Ada dakwaan yang mengatakan, ia adalah arahan ibunya Sajida Tulfah kerana Gogeo bertanggungjawab memperkenalkan seorang wanita bernama Samira Shahbanbar kepada bapanya yang akhirnya menjadi isteri kedua Saddam. Bagi Uday, hadirnya Samira dalam keluarganya telah merampas hak ibunya.

Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun. Tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara. Kemudian Uday dihantar ke Switzerland sebagai pembantu duta Iraq di Swiss. Ekoran satu perlakuan jenayah yang dilakukan apabila Uday menikam seorang rakyat Swiss di sebuah restoren, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan Swiss. Jenayah kedua Uday.

Berkahwin dengan anak perempuan Izzat Ibrahim Ad Douri, Naib Presiden Iraq yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Revolusi Iraq. Isteri beliau kemudiannya diceraikan.

Memiliki dan menguasai akhbar harian Iraq, Babel dan saluran stesyen TV tempatan, As Shabab TV serta memegang tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, Uday kelihatan begitu berkuasa tanpa dapat dibantah oleh sesiapa.

Selaku Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, sebuah Negara dengan rakyat yang sangat fanatik terhadap sukan bolasepak, Uday meletakkan sasaran wajib menang apabila pasukan bolanya atau atlit Iraq beraksi .

Kekalahan bermakna mereka akan dihukum dan didera, kepala akan dibotakkan. Atlit-atlit yang gagal untuk menang akan dirotan di tapak kaki, lokasi yang mendatangkan kesakitan yang ekstrem tetapi tidak meninggalkan bekas. Uday akan memberikan arahan bertulis tentang berapa kali bilangan rotan yang sepatutnya diterima oleh seorang atlit berdasarkan tahap kegagalan mereka. Atlit-atlit yang gagal akan dipanggil dengan panggilan monyet dan anjing, suatu penghinaan yang amat memalukan bagi orang-orang Arab.

Kegagalan memasuki pusingan akhir Piala Dunia 1994 menyebabkan sebahagian pemain dipenjarakan dan dipaksa menyepak bola yang dibuat daripada konkrit! Kekalahan 4-1 di tangan Jepun ketika pusingan akhir Piala Asia 2000 di Labenon ternyata menjadi petaka buat penjaga gol, Hashim Hassan, pemain pertahanan, Abdel Jabbar dan penyerang, Qahtan Chatir apabila mereka dipersalahkan dan diseksa selama 3 hari oleh pengawal-pengawal Uday.

Selalu juga diceritakan bagaimana gadis-gadis Iraq ramai yang dilarikan untuk menjadi mangsa kebuasan nafsu Uday, tanpa pernah diadili. Ada yang akhirnya membunuh diri atau dibunuh keluarga sendiri untuk menutup aib. Dalam satu tragedi sadis, seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks di mana Uday menghina suami wanita tersebut sebagai anjing yang tidak memiliki apa-apa, sedangkan dirinya seorang lelaki hebat, beruniform tentera, memiliki harta dan kekuasaan. Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cuba mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday. Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam.

Antara kegemaran pelik Uday adalah memelihara binatang buas seperti singa, cheetah dan harimau di rumahnya. Singa selalunya menjadi lambang kegagahan dan keberanian sehingga ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama  'Haidar' bermakna anak singa.

Uday Saddam pernah membelasah sehingga tidak sedarkan diri seorang pegawai tenteranya yang enggan membenarkan beliau menari bersama isterinya. Pegawai tentera tersebut akhirnya meninggal dunia di hospital. Ada anggota tentera yang tidak memberikan tabik hormat kepadanya juga ada yang ditembak mati.

Bertongkat keluar dari hospital setelah terselamat cubaan bunuh
Satu tragedi hitam telah berlaku sekitar Disember tahun 1996 di Wilayah Mansour, Baghdad ketika beliau sedang memandu Porsche di mana satu serangan hendap bertujuan membunuh Uday berlaku. 8 butir peluru yang singgah di tubuhnya menyebabkan kecederaan parah kepada anak lelaki sulong Saddam ini sehingga memaksa satu pasukan pakar bedah diterbangkan dari Francis ke Hospital Ibnu Sina, Baghdad untuk berusaha menyelamatkan nyawa beliau. Jangkaan awal beliau akan lumpuh. Beberapa pembedahan berulang kali dilakukan untuk mengeluarkan peluru tetapi satu peluru masih melekat di tulang belakangnya yang terlalu hampir dengan saraf tunjang dan tidak dapat dikeluarkan. Beliau pulih walaupun terpaksa bertongkat.

Rumah lokasi terakhir Uday menghirup udara dunia
Wajah Uday setelah terbunuh
Terselamat dalam serangan pertama dan setelah melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, tanggal 22 Julai 2003 adalah hari terakhir Uday melihat matahari apabila beliau terbunuh dalam serangan hendap anggota marin US di sebuah rumah yang terletak di daerah Mousul, bahagian utara Iraq.
Saif Islam Gaddafi
  
Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi yang tegar memberikan amaran bahawa bumi Libya akan digenangi dengan darah para penentang ayahnya sekiranya mereka terus berdegil untuk meneruskan demonstrasi menentang kepimpinan ayahnya yang telah 42 tahun berkuasa.  

Seorang jurutera berkelulusan Al Fateh University, Tripoli. Ijazah PhD beliau dari London School of Economic (LSE) pada 2008  menjadi pertikaian ekoran ada dakwaan 'plagiarism' pada thesis PhD beliau. Plagiarism didefinisikan sebagai 'The practice of taking someone else's work or ideas and passing them off as one's own' (mengambil hasil kerja atau idea orang lain kemudian mendakwanya sebagai milik sendiri). Ekoran dakwaan ini, LSE berhadapan dengan tekanan untuk menarik balik penganugerahan ijazah tersebut.

Beliau merupakan anak lelaki kedua Gaddafi. Ibunya isteri kedua Gaddafi, Safia Farkash. Saif pernah menjalinkan hubungan romantik pada 2006 dengan artis Israel, Orly Weinermen.
Gaya hidup mewahnya ketara apabila pernah menganjurkan parti sambutan hari lahir ke 37 pada 2009 Montenegro dengan tetamu kenamaan seperti Prince Albert of Monaco, Peter Munk dan Oleg Deripaska. Parti yang sama pernah dianjurkan di St Tropez dan Monaco.

Saif adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Libya bagi Pengawalan Dadah dan Narkotik serta mengasaskan Yayasan Kebajikan Antarabangsa Gaddafi yang pernah terlibat dalam misi pembebasan tebusan dan perbicaraan kes jururawat asing yang dituduh terlibat dalam penyebaran HIV di Libya. Kerap kali mewakili bapanya dalam beberapa misi diplomatic dan hubungan awam sehingga kelihatan beliaulah yang dipersiapkan sebagai peneraju Negara seterusnya walaupun beberapa kali menafikannya.

Dalam interview dengan agensi berita ABC News, dengan kerasnya beliau menafikan bahawa bapanya membunuh orang awam sambil memberikan amaran bahawa protes yang membawa kepada perang saudara ini akan mengakibatkan tiada lagi perdagangan, tiada minyak dan Negara akan diambil alih oleh orang asing. Beliau juga mendakwa bahawa Libya sebenarnya masih 'aman' dan seluruh rakyat sayang dan cintakan bapanya Gaddafi sambil menyalahkan Al Jazeera, BBC News dan Al Arabiya atas laporan putar belit dan tidak mengambarkan situasi sebenar di Libya.

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Mar 2011 07:10 PM PST

PAS Kawasan Miri


Duit Kerajaan BN Adalah Duit Rakyat!!!

Posted: 02 Mar 2011 05:49 PM PST

Istilah 'wang pembayar cukai'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Feb 27, 11- 10:50pm - Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'. Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut "kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini". Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan "kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat". Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah
Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka. Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.


PS: Kita kenalah sedar yang selama ini yang dikatakan duit kerajaan adalah hasil daripada cukai dan sumbangan dari rakyat. Jadi rakyat kenalah sedar yang merekalah yang berhak keatas duit tersebut bukannya BN. Janganlah BN sombong dan berbangga mengatakan duit kerajaan itu duit mereka dan minta rakyat bersyukur dengan mereka sepatutnya pemimpin BN lah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat kerana telah memilih mereka jadi PM,CM,menteri dan sebagai wakil rakyat. Pemimpin BN sepatutnya merasa malu dengan rakyat kalau mereka tidak amanah,jujur dan menyalahgunakan kuasa mereka menindas rakyat selama ini.

Kalau sudah tidak mampu melaksanakan amanah rakyat sepatutnya mengundur diri dan serah pada rakyat untuk memilih pemimpin baru dan yang berjiwa rakyat. Bah mari kita ubah kerajaaan BN kepada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk mengambalikan hak kita yang disalahgunakan selama ini. Insy'Allah pasti ada perubahaan yang terbaik buat semua. PAS untuk Semua.

Pihak Keselamatan Mesti Bersikap Professional

Posted: 02 Mar 2011 03:45 AM PST

PAS/MIRI/2011/PRKSWK/03 3 MARCH 2011, 28 RabiulAwal 1431Hالسلام عليكم ورحمة الله وبكاته
PAS MIRI PRESS STATEMENT: SECURITY

March 3rd, 2011 - According to newspaper reports this week in respect of crime decreased in 2010 from 2009. The PAS Miri want to congratulate the Police, particularly the security of Malaysia (PDRM) Miri for their dedication and concern to curb crime in Miri City. The PAS and Pakatan Rakyat Miri willing to cooperate with the police in an effort to combat criminal activities in Miri, directly or indirectly.PAS Miri also hope that not only strengthened enforcement efforts and even efforts to educate people is to prevail so that people can avoid getting involved in criminal activity prohibited by all religions.PAS Miri apply for priority to be given by the authorities in intensify patrols in the area, mainly Permyjaya(which yesterday case of 12 years old girl been raped at night) ,Pujut ,Senadin and Tanjung Batu which often occurs robbery and burglary. The police need to monitor the amusement centers and massage parlors that were growing at Town area beside the gangsterism activities among the key factors in the spread of social ills of society.PAS Miri is very grateful for Miri police and other authorities to focus on things that were mentioned earlier to create a more peaceful atmosphere in the city of Miri and not only focus more on Pakatan Rakyat's efforts to provide information for the people in the talks held . What is important is that justice can be enforced by the authorities is to act professionally and do not bias in law
enforcement.



KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN MIRI: KESELAMATAN
3 Mac 2011 – Merujuk kepada laporan akhbar pada awal minggu ini berkenaan penurunan kes jenayah pada tahun 2010 daripada 2009. PAS Kawasan Miri ingin mengucapkan tahniah kepada pihak keselamatan terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Miri atas kesungguhan dan keperihatinan bagi membendung kejadian jenayah di Bandaraya Miri. PAS Kawasan Miri dan Pakatan Rakyat Miri bersedia berkerjasama dengan pihak PDRM dalam usaha membasmi kegiatan jenayah di Miri secara langsung atau tidak langsung.PAS Kawasan Miri turut berharap agar bukan sahaja usaha penguatkuasaan diperkasakan malah usaha untuk mendidik masyarakat adalah lebih perlu diutamakan agar masyarakat dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan yang berunsur jenayah yang ditegah oleh setiap agama.PAS Kawasan Miri memohon agar keutamaan dapat diberikan oleh pihak berwajib dalam menggiatkan rondaan di kawasan Permyjaya, Senadin dan Pujut Tanjung Batu yang kerap kali berlaku kejadian rompakan serta pecah rumah termasuk yang mutakhir kejadian rogol pada kanak-kanak 12 tahun malam tadi di Flat Permyjaya. Pihak PDRM juga perlu senantiasa memantau serta membuat pemeriksaan terhadap pusat-pusat hiburan luar kawalan, rumah-rumah urut yang semakin banyak dan kumpulan-kumpulan gengster yang menjadi antara faktor utama penularan masalah sosial dalam masyarakat.Amat besarlah harapan PAS Kawasan Miri agar PDRM dan pihak berwajib lain dapat menumpukan perkara-perkara yang telah disebutkan tadi bagi mewujudkan suasana lebih aman di Bandaraya Miri daripada memberikan tumpuan lebih kepada usaha-usaha Pakatan Rakyat dalam memberikan penerangan kepada rakyat dalam ceramah-ceramah yang diadakan. Apa yang penting adalah keadilan dapat ditegakkan dengan adanya pihak penguatkuasa yang dapat bertindak dengan professional dan tidak memilih kasih dalam perlaksanaan undang-undang.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Mar 2011 03:33 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Kebakaran Berlaku di Jam Raksasa Mekah

Posted: 02 Mar 2011 07:21 AM PST

Jam Raksasa di Dekat Kabah Alami Kebakaran

Jam Raksasa
MAKKAH - Sebuah kebakaran besar terjadi di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada hari Selasa. Kebakaran itu telah menyebabkan panik jamaah umrah di Masjidilharam yang tengah thawaf dan sai.

Kebakaran mengakibatkan pemadaman elektrik di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, seorang sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada laporan kematian atau cedera dalam insiden itu.

Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan warga dibantu dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari upaya untuk mencegah merebaknya api.
Saksi mata mengatakan mereka melihat  asap tebal mengepul keluar dari gedung.

Menurut laporan awal, api mulai di ruang generator. Namunelektrik kembali menyala setelah api dipadamkan.

Leftnan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, mengatakan pihaknya mengirim pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan korban luka atau cedera serius lain.

Penyelidikan telah diluncurkan untuk memastikan penyebab kebakaran, katanya. Perusahaan elektrik Saudi juga mengirimkan lima pasukan untuk mengatasi masalah itu.

Pembangunan????Selesaikan dulu sekolah paya taram

Posted: 02 Mar 2011 05:38 AM PST








Gambar di atas ditangkap pada 27 februari lepas,sekolah tersebut juga difahamkan salah satu tempat mengundi...dengan jalan yang sempit,jalan tidak sekata,pagar sekolah yang belum dipasang,inikah pencapaian kemajuan yang telah dicapai itu???

Hilangnya Pertama Eropah

Posted: 01 Mar 2011 06:57 PM PST

Oleh DR RAJA AHMAD AL-HISS

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Prof Dr Necmettin Erbakan, kepada Parti Saedat dan seluruh rakyat Turki atas pemergian Prof Necmettin Erbakan kerahmatullah kelmarin. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat rakyat Turki dan ummat Islam serantau.

Prof Erbakan adalah merupakan pelopor kepada gerakan Islam di Turki sejak kejatuhan Empayar Othmaniah pada tahun 1924. Sejak daripada itu Turki telah di perintah oleh regim sekular dibawah Kamal Attartuk. Sejak daripada itu Islam hanya menjadi amalan di masjid dan dalam majlis perkahwinan sahaja.

Ummat Islam yang ingin melaksanakan Islam akan diambil tindakan oleh regim Attartuk dan perlembagaan Turki sehingga ke hari ini masih menjadikan dasar Sekular sebagai tiang kepada sistem Negara mereka yang di payungi oleh tentera.

Namun sejak daripada itu, kumpulan-kumpulan Islam tidak berdiam diri untuk memastikan roh Islam dilaksanakan semula di Turki. Diantara pelopor kepada gerakan tersebut adalah Prof Dr Necmettin Erbakan yang menubuhkan Parti Refah pada 1983 dan akhirnya Berjaya memenangi pilihanraya umum Turki dan membentuk kerajaan campuran dimana Prof Erbakan dilantik mengetuai kerajaan campuran tersebut dan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996.

Namun pemerintah dan tentera yang melihat kejayaan Erbakan dalam membawa Turki kearah era baru Islam mendakwa Erbakan cuba melanggari perlembagaan Negara iaitu cuba menghapuskan sistem Sekular kearah Islam menyebabkan akhirnya Parti Refah diharamkan pada 1998 dan Erbakan telah diharamkan dari bertanding pilihanraya.

Namun Prof Erbakan telah cuba menubuhkan beberapa parti baru namun juga tidak berjaya apabila pihak berkuasa Turki dapat menghidunya. Di akhir hayat beliau, dia berjaya mengasaskan Parti Saedat pada 2001 sebagai alternatif baru kepada rakyat Turki bagi yang cintakan Islam dan keamanan sehinggalah keakhir hayat beliau kelmarin.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, kami merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah mencuri rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah!

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Mar 2011 03:09 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


STRATEGI BN DIAKUI KEJI & MAKAN DIRI !

Posted: 02 Mar 2011 02:00 PM PST


SUBHANALLAH ! JANGAN PUTUS ASA DENGAN KEKURANGAN DIRI KITA

Posted: 02 Mar 2011 02:09 AM PST

\\]\

PENGERUSI KUBU UMNO JENGKA MASUK PAS ! TAKBIR !!!PECAH MEMANG DIJANGKA !

Posted: 01 Mar 2011 09:19 PM PST


TEMERLOH - 12 orang ahli Umno dari kawasan yang dianggap 'paling kebal' dan 'merupakan deposit tetap undi' untuk Umno-BN, Jengka 25 telah keluar dari parti tersebut semalam.

Mereka mengisytiharkan keluar Umno, sekaligus menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka di ketuai oleh Encik Muzammil yang juga bekas Pengerusi Umno Cawangan Jengka 25.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS bagi PRK Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Encik Balasubramian.

TIDAK SIA-SIA PERAK NAK IKUT JEJAK KELANTAN !

Posted: 01 Mar 2011 07:15 PM PST



Mengikut artikel dalam BBC, harga emas di pasaran dunia melonjak naik tertinggi dalam sejarah setelah peningkatan sebanyak USD14 ke USD1,434.50 satu auns semalam. Kenaikan tersebut didorong oleh ketidakstabilan politik di Libya dan juga di negara-negara Teluk serta kebimbangan mengenai inflasi akibat kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia.

Jika keadaan ini berterusan, adakah harga emas mampu mencecah lebih USD1,700 satu auns seperti dijangkakan oleh sesetengah pihak?

By the way, kalau convert USD1,434.50 satu auns ianya lebih kurang RM141 per gram tetapi emas yang dijual di kedai emas ataupun di bank berbeza memandangkan perbezaan kualiti i.e. emas 999, 916 dan sebagainya.

Sebagai contoh, harga emas KFH hari ini, Rabu (2 Mac 2011), harga belian ialah RM137.52 per gram manakala harga jualan ialah RM145.66 satu gram.

SEKADAR PROJEK BN SIAPA NAK HERAN, YANG PENTING PENGUATKUASAAN ELAK KEKELIRUAN

Posted: 01 Mar 2011 05:07 PM PST


Makmal Institut Halal Malaysia pertama negara yang bernilai RM27.3 juta yang berperanan sebagai pusat halal antarabangsa akan dibina di Bandar Enstek di sini tidak lama lagi.
Allahhuakbar ! Allah maha mengetahui, pada teman dari RM bajet yang dinyatakan kita boleh tahu bahawa projek itu hanya sekadar projek buat duit. Kalau benor nak buat makmal halal tak perlu nak tunjuk yang pertama di dunia. Buat kecil dulu dan guna pejabat kerajaan yang belambak tak digunakan di Kuala Lumpur. Tunjukkan berjaya atau tidak dan disertai perlaksanaan terhadap pengguna dan peniaga dalam Malaysia. Pastikan peniaga bukan Islam faham tentang halal-haram agar tidak menjual benda yang digunakan orang Islam. Pastikan juga label halal betul-betul boleh membantu pengguna membeza dan mengadu jika ragu-ragu. Bukan setakat label sahaja yang boleh ditiru. Sertakan no Syarikat dan No siri pada label halal baru berkesan. Kalau ada duit semua orang nak buat yang pertama di dunia. Macam buat rekod Malaysia, nak panjat gunung Everest semua nak perlukan duit dan penaja. Memang tak perlu hairan, kalau setakat nak berbangga-bangga semua orang boleh buat dan semua negara boleh buat .Cuma mereka fikir dengan cara itu akan menimbulkan pembaziran. Kalau setakat yang pertama Arab Saudi dan Brunei pun mampu buat dan mereka boleh buat yang pertama di dunia. Cuma fikirlah sejauh mana kebaikan dan keuntungan pada rakyat bila dilakukan?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, makmal berkenaan akan dijadikan pusat untuk menguruskan semua produk halal termasuk produk antarabangsa yang memerlukan sijil halal.

Menurutnya, makmal ini dijangka dapat meningkatkan kredibiliti dan keupayaan perkhidmatan pensijilan halal selaras untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai rujukan utama dalam pensijilan dunia yang diperakui oleh 23 negara lain.

"Makmal halal ini merupakan makmal yang pertama kerana sebelum ini kita menggunakan makmal di Univeriti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.
"Diharapkan dengan kewujudan makmal ini, segala urusan berkaitan dengan produk halal dapat dilaksana dengan lebih efisien," katanya selepas mempengerusikan taklimat pelaksanaan projek berkenaan di pejabat TH Properties di Bandar Enstek, Nilai di sini semalam.

Menurut Jamil Khir, skop analisis yang dilakukan di makmal itu kelak mampu menganalisis produk makanan dan produk gunaan sebelum sijil dikeluarkan kepada pemohon.

"Pembangunan kaedah analisis halal pula akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak universiti dan badan-badan kerajaan yang lain," katanya.

PAS SETUJU HAPUS SAMAN EKOR

Posted: 01 Mar 2011 04:44 PM PST

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

BANYAK LAGI NIKMAT JIKA PAKATAN RAKYAT KUASAI DEWAN RAKYAT !

Posted: 01 Mar 2011 04:30 PM PST

PROGRAM TUISYEN PERCUMA KERAJAAN SELANGOR CALON SPM
Teras utama pembangunan Selangor ialah memacu pembangunan modal insan.

EXCO PENDIDIKAN SELANGOR telah mewujudkan program tuisyen rakyat Selangor(PTRS) untuk tahun ketiga ini bagi mempastikan calon-calon SPM khususnya yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah diberi peluang semaksima untuk meraih sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM. Ini sekaligus melayakkan mereka masuk IPTA.

Setelah mendapat tawaran masuk ke universiti /kolej mereka diberi hadiah rangsangan RM1000.00 bagi mempastikan mereka terus berjaya hingga mampu membantu keluarga mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Ini antara strategi kerajaan Selangor untuk meminimakan kemiskinan di Selangor.

Bagi yang layak diminta menghubungi pusat khidmat masyarakat, khususnya KPMI (KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN) di setiap DUN di Selangor.

Sebanyak RM3.4JUTA telah diperuntukkan 3 tahun berturut-turut sejak PAKATAN RAKYAT mengambil alih pemerintahan kerajaan Selangor.

"PROGRAM TUISYEN PERCUMA KERAJAAN SELANGOR CALON SPM" »»

PAS KOTA TINGGI

Posted: 02 Mar 2011 01:41 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Ali Rustam Pening Lalat Tuduh PAS Seperti Mesir

Posted: 01 Mar 2011 04:18 PM PST



Kasihan dekat Datuk Seri Ali Rustam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika PAS memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir.




Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam. PAS mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang.

Buku Jingga Agenda Bersama, Bukan Peribadi

Posted: 01 Mar 2011 04:11 PM PST

PAS menafikan partinya menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk pilihanraya Kecil Kerdau pada 26 Feb 2010.Tuduhan Datuk Zahid, sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti, supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja.Tuduhan Naib Presiden Umno membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.

Tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul. Orang yang tidak pakai pakar ekonomi ialah pemimpin Umno. Kes kritikan Tengku Datuk Zafrul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan UMNO.Mereka menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, sehingga dicadangkan beliau dipecat daripada jawatan.

Tuduhan negara akan bankrap jika PR melaksanakan janji 100 hari adalah penyakit yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab selama ini. Mereka akan memastikan perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju. Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka. PAS ingin mengingatkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebelum buat tuduhan selidik dahulu. Jangan buat telahan sebarangan, sesuai dengan ijazah Doktor Fasafah yang dimiliki. Jangan malukan nilai akademik yang dimiliki oleh beliau.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 02 Mar 2011 01:22 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Perang pun ada syarat, dakwah perlu berhemah

Posted: 02 Mar 2011 08:41 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 02 Mar 2011 01:09 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lebih RM200 ribu ditelan dalam jamuan 1Malaysia di Merlimau

Posted: 02 Mar 2011 06:06 AM PST

Oleh : Ong Vic Kee

Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai. Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.

Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing. Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang). Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Ia belum termasuk angpow yang diberikan selepas jamuan pertama pada 20 Februari. Menurut Fua Yong Siong, penduduk hanya perlu mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan dirinya, untuk menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Najib Razak pada minggu lalu. Berbekalkan tiket yang berwarna kuning, penduduk di situ boleh mendapat wang tunai RM100, dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan. Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Perkiraan kasar perbelanjaan NGO 1Malaysia di Merlimau setakat ini membawa kepada jumlah RM188,000 (RM52,000 + RM130 ,000 + RM6,000), belum termasuk barangan elektronik (televisyen LCD, mesin basuh, periuk nasi), basikal, pakaian, hamper dan sebagainya yang diberikan melalui cabutan bertuah. Malah, kos lain seperti upah pekerja, upah untuk persembahan, banner dengan gambar Najib dan sebagainya belum diambil kira.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian

Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau. Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

"NGO" 1Malaysia ini muncul buat kali pertama di PRK Galas pada Oktober 2010. Mereka mengerah pengundi untuk menyertai perarakan dan jamuan yang diadakan oleh mereka. "Pulangan" berharga RM100 hanya sampai ke tangan setelah hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai.

Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina. Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Prk Merlimau : SPR berat sebelah, paksa turun bendera di bilik Gerakan KEADILAN

Posted: 02 Mar 2011 05:55 AM PST

MERLIMAU: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaksa Wanita KEADILAN menurunkan bendera parti di bilik gerakan Permatang Serai dilihat berat sebelah, kata ketuanya, Mahani Misban.

"SPRM datang dengan polis dan memaksa kami menurunkan bendera parti kerana mendakwa KEADILAN tidak bertanding.Kami Wanita pertahan mengatakan bahawa bilik gerakan yang memuatkan lebih kurang 30 orang itu adalah milik persendirian yang disewa khas. Ekoran itu timbul pertengkaran mulut antara SPRM dengan Wanita," kata Mahani.

Ketika bercakap kepada Keadilandaily, Mahani tidak menolak tindakan SPRM dan polis itu atas arahan kerajaan Umno.

"Saya pasti mereka hanya mendengar arahan Umno sebelum membuat serbuan ke rumah ini. kami turut menjelaskan kepada mereka yang Wanita tahu undang-undang pilihan raya dan rumah yang disewa adalah milik persendirian.

"Selepas mendengar penjelasan daripada kami, pihak SPRM dan polis mula beredar kerana mengakui perkara tersebut tidak salah," katanya.
Sementara itu beliau juga menyuarakan kekesalan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana sanggup menampal poster dan kain rentang berbentuk penghinaan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Poster-poster tersebut digantung berhampiran tempat ceramah Anwar malam tadi yang menimbulkan ketidaksenangan penyokong. Tapi SPRM hanya menurunkan poster dan kain rentang selepas dapat laporan daripada kami, agaknya kalau kami tidak lapor, mereka buat tidak tahu sahaja," ujarnya.

Keadilan Daily

Prk Merlimau : Umno Dan Utusan Penyebar Fitnah Dan Aib

Posted: 02 Mar 2011 05:44 AM PST

MERLIMAU 3 FEB : Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim? (Anwar ulang kenyataan Rais Yatim) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'".

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. ada katil, khas.Tadi Ketua Polis IDP Bukit Aman kata tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? tak ada. dia tidur atas lantai? simen? ya," katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa "ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya" maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.

Anwar berkata meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikat ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

Sumber berita asal: Warga Marhaen

PRK Merlimau : Ugut-mengugut cara Umno berkempen

Posted: 02 Mar 2011 05:24 AM PST

WarkahDaily – Kalau kamu undi PAS, semua peruntukan kami tarik balik. Ugut-mengugut dah jadi darah daging pemimpin Umno-BN. Duit peruntukan yang memang sepatutnya rakyat dapat, depa duk jadikan umpan ugutan. Depa ingat duit tu, bapak depa punya kot.

Dah tak tahu dah bagaimana cara nak bagi rakyat jauhi PAS, ugutan lah jadi senjata utama pemimpin dan barua Umno-BN dalam pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini.

Kerana terlampau takut sangat dengan kekalahan. Maklum sajalah, Melaka Ali Rustam anggap kubu kuat yang belum ditembusi pengaruh Pakatan Rakyat (PR). Jadi walau apa usaha sekali pun, tak kira kotor atau tidak, pasti depa akan gunakan. Yang penting, kuasa mereka kekal.

Kalau di Kerdau depa gunakan tenaga pakar dari Amerika untuk rancang strategi hadapi PAS. Hebat betul PAS, sehinggakan Umno-BN terpaksa guna tenaga dari Amerika untuk hadapi PAS. Barua-barua Umno-BN yang duk Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka. Bukan aku yang kata, tapi YB Umno yang duk bawak pakar Amerika datang ke Kerdau yang iktiraf.

Tapi di Merlimau, Umno-BN guna cara ugutan.

Malaysian Insider melaporkan, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan 'mengugut' sejak semalam.

Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.

"Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.

"Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?," katanya pada sidang media di Markas PAS di Jasin.

Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan "mengugut" kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.

"BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.

"BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh," katanya.

Sumber: Warkah Daily

Kempen PRK Merlimau semakin dicemari

Posted: 02 Mar 2011 05:19 AM PST

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.


"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?" kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya. Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

Payah Sungguh

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Mar 2011 11:17 AM PST

Batu Gajah Mari


Dulu Puja, sekarang dihina Pula!!!

Posted: 02 Mar 2011 03:20 AM PST



KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS.

"Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak.

"Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily.

Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya. Harakahdaily

Panas!! : Ketua Cawangan UMNO masuk PAS !!

Posted: 01 Mar 2011 06:51 PM PST


Suasana pilihan raya kecil Kerdau semakin rancak apabila 12 bekas ahli UMNO di Jengka 25 telah menyertai UMNO semalam.

Saudara Muzammil Alif bekas Ketua Cawangan UMNO di kawasan itu, telah menyerahkan sendiri 12 borang ahli PAS itu kepada Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi pada jam 9.20 malam dirumahnya.


Majlis penyerahan borang oleh bekas pembantu ADUN tersebut, turut disaksikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Ajijoi ~ Bertambah pening la Umno Pahang. Nampaknya segala pendedahan kelemahan pentadbiran Umno di Pahang dan Kerdau terutamanya telah membuka hati dan minda ahli-ahli Umno sendiri tentang kebenaran yang sebenarnya.


Dupahang's Weblog

Posted: 02 Mar 2011 11:06 AM PST

Dupahang's Weblog


Bekas Adun Kerdau kata calon PAS boleh menang

Posted: 02 Mar 2011 04:53 AM PST

Khairi Abd Rahim TEMERLOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Tuan Haji Mohd Saludin Omar, 77, berkata calon PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau pada 6 Mac ini jika tidak ada sogokan wang dan ugutan. Beliau yang mewakili BN dari tahun 1974 hingga 1982, berkata beliau sendiri dapat merasakan gelombang perubahan [...]

PRK Kerdau – Bob Lokman ganggu ceramah PAS

Posted: 02 Mar 2011 01:32 AM PST

Ditulis oleh Khairil Abdul Rahim Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf. Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil [...]

PRK Kerdau – Pengasas Umno Jengka 25 masuk PAS

Posted: 01 Mar 2011 11:34 PM PST

Ditulis oleh Harakahdaily Rabu, 02 Mac 2011 14:11 TEMERLOH, Mar 2: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi. Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, [...]

Najib dan Pemimpin UMNO Sebenarnya Sudah lama SESAT

Posted: 01 Mar 2011 10:59 PM PST

Oleh: Adi Jagat Hairan juga dengan sebahagian ahli PAS apabila mempertikaikan Najib menghina Ikhwan Muslim dan Yusof Qardawi seolah-olah baru sekarang mereka mendengar Najib dan pemimpin UMNO menghina ulama. Sedangkan sudah berpuluh tahun lamanya pemimpin UMNO sejak zaman Mahathir menghina syariat Allah, menghina sunnah Nabi dan ulama-ulama. Masih lupakah kita dimana Mahathir dan pemimpin UMNO [...]

APA LAGI MODAL UMNO BN ?

Posted: 01 Mar 2011 06:49 PM PST

Bas PERCUMA di Pulau Pinang dilancarkan dengan rasminya YAB Guan Eng bersama seorang penumpang Ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Sempena Perasmian & Pelancaran Operasi Perkhidmatan BEST Pada 1 Mac 2011: Selamat pagi dan tahniah kepada semua! Hari ini sekali lagi kita telah mencatat sejarah baru di Negeri Pulau Pinang apabila Kerajaan [...]

PRK Kerdau – BN Tabur Janji lagi, janji Prk Sanggang belum Tunai.

Posted: 01 Mar 2011 05:06 PM PST

Chegu zul KERDAU: Kenyataan MB Pahang bahawa kawasan N28 Kerdau cukup membangun ternyata adalah meleset. Kempen menaburkan janji pimpinan Umno Bn kepada rakyat mula dialunkan dan didendangkan. Iaitu mengulangi siri-siri menaburkan janji-janji manis bilamana setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Kelmarin PM sendiri dengan bangga dan tanpa rasa segan menjanjikan peruntukan kepada penduduk Batu Sawar RM9.25 [...]

Prk Kerdau: Harapan BN Pancing Undi Peneroka Felda Jengka 22,23 dan 25 RM1,000 seorang

Posted: 01 Mar 2011 04:55 PM PST

Chegu Zul Umno bertungkus lumus dan memberi fokus mengerakkan jentera FELDA. Hari ini menyantuni masyarakat Felda Jengka 23 dengan memberikan imbuhan kepada 443 orang peneroka sebanyak RM1,000 seorang. Ini adalah salah satu bentuk sogokan yang halal yang dilakukan Bn sewaktu kempen PRK Kerdau sedang rancak berjalan. Nampak Umno terlalu amat yakin bahawa masyarakat peneroka Felda [...]

Cis! Ini dia Cina BN tipu melayu!

Posted: 01 Mar 2011 04:32 PM PST

Ust Saiful Bahri! Lim Kit Siang? Lim Guang Eng? Masa kat Kerdau… setiap buah rumah ada diedar risalah DAP anti islam. DAP anti melayu. Yang bertanding di Kerdau & Merlimau adalah PAS lawan UMNO. Kesemua 4 calon yang bertanding adalah melayu. Tetapi risalah rasis UMNO yang menyerang DAP pulak yang diedar. Kalau DAP bertanding, nescaya [...]

Prk Kerdau – Politik Ugut menakutkan pengundi PAS

Posted: 01 Mar 2011 04:19 PM PST

PAS Kecewa BN Terus Amalkan Politik Ugutan Dan Menakutkan Rakyat Agar Mengundi Calon Mereka Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr.Dzulkefly Ahmad (foto) menegaskan UMNO Barisan Nasional semakin terdesak dalam kempen mereka di pilihan raya kecil Dewan Undang Negeri Kerdau sekarang ini. Lantaran itu mereka masih lagi menggunakan isu politik mengugut dan menakut-nakutkan rakyat dalam usaha [...]

PAS Kawasan Gerik

Posted: 02 Mar 2011 09:26 AM PST

PAS Kawasan Gerik


12 orang dari 'kubu kuat Umno' Jengka 25, keluar Umno sertai PAS

Posted: 01 Mar 2011 08:52 PM PST

TEMERLOH - Dua belas orang ahli Umno dari kawasan yang dianggap 'paling kebal' dan 'merupakan deposit tetap undi' untuk Umno-BN, Jengka 25 telah keluar dari parti tersebut semalam.

Mereka mengisytiharkan keluar Umno, sekaligus menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka di ketuai oleh Encik Muzammil yang juga bekas Pengerusi Umno Cawangan Jengka 25.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS bagi PRK Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Encik Balasubramian.

Sumber: http://www.buletinonline.net/

Pemuda Guchil

Posted: 02 Mar 2011 09:08 AM PST

Pemuda Guchil


Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle

Posted: 02 Mar 2011 03:36 AM PST

Gambar Siapa berkopiah bersama Najib di Turki?

Posted: 02 Mar 2011 03:31 AM PST

Sedutan BOB LUKMAN tarik diri jadi Juri Raja Lawak

Posted: 02 Mar 2011 03:26 AM PST

Saman ekor: Ketahui hak anda

Posted: 02 Mar 2011 03:09 AM PST

Prk Merlimau : Anwar Dedah Syarikat Kroni Bolot RM23 Bilion Wang Petronas

Posted: 02 Mar 2011 02:45 AM PST

Prk Kerdau : PAS beri tepukan untuk menteri k'jaan BN

Posted: 02 Mar 2011 02:45 AM PST

Terbukti Betul : BN terus menciplak Buku Jingga

Posted: 02 Mar 2011 02:44 AM PST

Fitnah II: Hakim arah bicara dalam perbicaraan

Posted: 02 Mar 2011 02:43 AM PST

Selebriti Terkenal Ini Diupah Pihak Tertentu Ganggu Ceramah Pembangkang

Posted: 02 Mar 2011 01:57 AM PST

Apa guna lulus Al Azhar tapi tolak Islam?’

Posted: 02 Mar 2011 01:56 AM PST

Presiden PAS arah solat ghaib untuk Erbakan

Posted: 02 Mar 2011 01:55 AM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 02 Mar 2011 07:28 AM PST

i n t a n h i j a u


PAS CAWANGAN BERI SUMBANGAN KEBAJIKAN

Posted: 01 Mar 2011 07:28 AM PST


TELUK INTAN, 1 Mac - Di atas dasar prihatin kepada golongan yang kurang mampu maka PAS Cawangan Kg. Padang Tembak dan PAS Cawangan Padang Tembak Dalam telah mengorak langkah menjejaki golongan tersebut di sekitar kampung tersebut. Dengan kerjasama pihak DUN Changkat Jong, PAS cawangan telah mennyampaikan sumbangan kepada dua orang penduduk kampung yang menderita sakit.

Rombongan ziarah kebajikan tersebut telah diketuai oleh Ketua PAS Cawangan, Ustaz Ismail Che Nik yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan. Turut bersama ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Timbalan YDP kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Ketua PAS Cawangan Padang Tembak Dalam Tn. Hj. Ramli Jelani serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS cawangan Kg. Padang Tembak dan Padang Tembak Dalam.
YB Anuar bertanya khabar.

Penderitaan Sdr. Alzahar mendapat simpati PAS cawangan.

Rombongan telah menziarahi Sdr. Alzahar bin Kamaruddin, 52, yang menderita sakit paru-paru. Beliau bergantung kepada mesin bantuan pernafasan kini tinggal di rumah bapanya sebelum berpindah ke rumah  baru yang di dalam proses pembinaan hasil bantuan baitulmal.

Dalam ziarah tersebut, Sdr. Alzahar telah menerima sumbangan berupa sebuah kerusi roda dan barangan keperluan harian daripada YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Pihak PAS cawangan juga turut menyumbang berupa wang tunai.
Kerusi roda sumbangan ADUN Changkat Jong.

Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada bapa Sdr. Alzahar.

Kemudian, rombongan kebajikan telah menziarahi rumah seorang penduduk yang menderita masalah prostat. Sdr. Ahmad Tajuddin bin Sarip, 68, telah menderita masalah prostat hampir empat bulan dan masih menjalani pemeriksaan di hospital. Beliau kini hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya di rumah tersebut.
YB Anuar menyantuni Pak Din.


Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Padang Tembak Dalam, Tn. Hj. Ramli. (kanan)

Sdr. Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din telah menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur daripada pihak PAS cawangan dan YB Anuar Sudin.

Sesungguhnya, kehadiran pemimpin PAS dan wakil rakyat ke rumah telah memberikan satu semangat dan harapan baru kepada kedua-dua pesakit tersebut.

intanhijau.blogspot,com

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 02 Mar 2011 07:23 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


Presiden PAS arah solat ghaib untuk Erbakan

Posted: 01 Mar 2011 09:00 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Mar 2011 03:15 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


DSAI on our equivalent of deposed First Ladies

Posted: 01 Mar 2011 06:37 AM PST

Anwar Ibrahim, saying the problems plaguing Malaysia were not dissimilar to those of Tunisia and Egypt, said there were also similarities between the wives of the deposed two rulers and their counterparts in Malaysia.

There is no prize for guessing who Anwar was referring to when he said the Malaysian administration, like the former rule of Tunisia's Zine El Abidine Ben Ali and Egypt's Hosni Mubarak, was also under the thumb of its leader's wife.

Anwar, describing Ben Ali's wife Leila Trabelsi as someone widely detested by Tunisians, said the people's dislike of her surpassed their dislike of her husband.

"On television, it was always Ben Ali, and then Leila, then Ben Ali, then Leila, Leila, Leila. Today, she sports a certain hair-do, the next day with a bun on the other side, and with a different dress," said Anwar.

"People called her 'Leila Majnun', 'Majnun' means crazy. Crazy for wealth, crazy for looks and crazy for hair buns," he went on, as quoted by online portal TV Selangor.

As for Egypt's Suzanne Mubarak, she had the same habits as Leila, said Anwar, saying the former beautician turned First Lady soon amassed wealth for her children and family at the expense of the people.

Anwar said at the end of their rule, both Mubarak and Ben Ali had stashed away billions of dollars worth of wealth robbed from their peoples.

He then advised prime minister Najib Razak to start carrying out reforms and not to have any illusion that events in North Africa would not take place here.

"A week after the revolt in Tunisia, Mubarak said Tunisia was not Egypt. Gaddafi in his speech two weeks ago, said Libya was not Egypt.

"Najib last week said this was Malaysia and not Egypt," said Anwar, adding however that the opposition in Malaysia still preferred to go through elections to bring about change.

"Let me warn Najib to ensure the next election is free and fair, if not the people will revolt," reminded Anwar.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 02 Mar 2011 03:14 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakal Menentukan Kepimpinan Baru Dewan Pemuda PAS Pusat

Posted: 01 Mar 2011 09:50 PM PST

 Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) yang akan bersidang bermula daripada 7 Mac 2011 sehinggalah 18 April 2011 yang akan datang ini bakal melaksanakan beberapa peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan PAS pindaan 2009 kerana buat pertama kalinya DPPK diberikan hak untuk mencalonkan dan memilih barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bagi sesi 2011/2013

Pindaan perlembagaan ini telah pun dipraktikkan semasa muktamar DPPP pada tahun yang lalu namun ia tidak melibatkan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Pemuda PAS. Tahun lalu, buat pertama kalinya muktamar DPPP termasuklah Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menerima kehadiran perwakilan daripada peringkat kawasan. Sebelum daripada itu, perwakilan hadir daripada perwakilan yang dipilih daripada muktamar Dewan-dewan di peringkat negeri.
Memandangkan ini adalah julung-julung kalinya pencalonan akan dilakukan oleh DPPK maka ada beberapa informasi yang perlu disampaikan kepada semua DPPK yang akan bermuktamar sehari selepas proses pengundian di PRK Merlimau dan PRK Kerdau.

1. Kelayakan Pencalonan
Merujuk kepada Fasal ke 51 Perlembagaan PAS (pindaan 2009) menyatakan bahawa Pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah dengan sendirinya menjadi ahli bagi Dewan Pemuda PAS.
Kelayakan seseorang itu untuk dicalonkan dan seterusnya bertanding mana-mana jawatan di dalam Dewan Pemuda adalah mereka yang berusia di bawah 40 tahun pada 1 Januari 1971. Bermakna, mana-mana ahli Pemuda yang lahir pada 2 Januari 1971 dan seterusnya masih lagi layak untuk dicalonkan bagi mengisi mana-mana jawatan di peringkat DPPP atau DPPN. Namun, peruntukan ini tidak melibatkan jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda DPPP.

2. Pencalonan Jawatankuasa Kerja DPPP dan DPPN
Setiap DPPK berhak untuk mencalonkan Jawatankuasa Kerja DPPP dan DPPN mengikut peruntukan Perlembagaan PAS. Bagi Jawatakuasa DPPN, DPPK perlu mencalonkan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-kira peringkat Dewan Pemuda PAS Negeri, mencalonkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja PAS Dewan Pemuda PAS Negeri sesi 2011-2013 iaitu seorang Ketua Pemuda, seorang Timbalan Ketua Pemuda, seorang Naib Ketua Pemuda dan sepuluh (10) orang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri sesi 2011-2013 seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) Fasal 57 (2).
Bagi jawatankuasa DPPP, DPPK perlu mencalonkan Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-kira, Seorang Ketua Pemuda, Seorang Timbalan Ketua Pemuda, Seorang Naib Ketua Pemuda dan dua belas (12) orang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013 seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) Fasal 53 (2).

3. Perwakilan
DPPK perlu memilih tiga (3) orang wakil ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) Fasal 52 (d) dan (e). Bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri, seramai tujuh (7) orang perwakilan dipilih sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) Fasal 56 (d).

4. Usul Muktamar
Usul-usul yang telah diluluskan diperingkat Mesyuarat Agong Tahunan DPPK perlu diserahkan kepada panatia Muktamar DPPN ataupun DPPP dan ia bergantung kepada keperluan usul tersebut untuk dibahaskan. Sekiranya ia adalah berkaitan dengan hal ehwal di dalam negeri maka ia perlulah disalurkan kepada DPPN masing-masing. Manakala, sekiranya ia adalah merupakan usul yang melibatkan hal ehwal negara ataupun antarabangsa mana usul tersebut perlu dihantar kepada panatia Muktamar DPPP.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali yang ke 52 ini akan dilaksanakan pada 1 dan 2 Jun 2011. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan menjadi Tuan Rumah dan akan dibantu oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Sekian, wassalam
 
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Sambutan 3 tahun Kerajaan Pakatan Selangor

Posted: 01 Mar 2011 09:10 PM PST


SHAH ALAM, 23 Feb: Tarikh 8 Mac nanti bakal menyaksikan usia Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjangkau tiga tahun setelah berjaya mengenepikan BN dalam PRU 12 pada 2008.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sambutan memperingati detik bersejarah itu tetap diadakan namun akan berjalan dalam suasana sederhana dan lebih kepada memberikan informasi kepada rakyat.
Menurutnya, selain terus mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, fokus kerajaan negeri adalah lebih kepada memastikan pelaksanaan dasar-dasar melalui banyak program yang telah dirancang.
"Atas sebab itu, majlis dan program sambutan akan diadakan secara sederhana dan bersifat informasi agar rakyat peka dan tahu mengenai dasar-dasar dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor.
"Majlis sambutan ini akan dimulakan dengan Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di Stadium Malawati di sini pada 5 dan 6 Mac," tegasnya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, petang tadi.
Pelbagai acara, ujarnya, disediakan untuk orang ramai antaranya, pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal, ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk pemimpin negeri.
Majlis malam itu dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara, tambahnya.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, 26 Mac pula, kerajaan negeri akan melancarkan gerak kerja Selangor Untuk Rakyat yang membabitkan pameran PBT dan anak syarikat, pelancaran buku Liku-Liku Reformasi termasuk program seni seperti deklamasi puisi.
Selain itu, jelasnya, turut dianjurkan siri jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun padang ke pejabat daerah untuk mendekati masyarakat dan mendengar permasalahan rakyat.
Dalam Tsunami politik pada 2008, BN hanya mendapat 20 kerusi sahaja daripada 56 Dun yang terdapat di Selangor sekaligus terlepas negeri paling maju dan terkaya di Malaysia kepada Keadilan, DAP dan PAS sebagai pembangkang ketika itu.
Dengan kekalahan itu, hasrat bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang berazam menjadikan Selangor sebagai negeri sifar pembangkang memakan diri yang dengan kehendak rakyat, Khir pula menjadi ketua pembangkang di Dun Selangor selepas itu.
Namun jawatannya itu pun terlucut dengan sendirinya apabila beliau didakwa di mahkamah berkaitan tanah kediaman yang dibelinya.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta.
Harga ini mendatangkan curiga hingga SPRM melakukan siasatan kerana hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.
Baru-baru ini, pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri juga ditarik balik oleh pihak Istana Selangor.
Berbagai usaha dilakukan oleh BN untuk merampas semula tampuk kerajaan Selangor termasuk merancang mengambil alih pentadbiran seperti berjaya dilakukan di Perak namun gagal.
Mutakhir, Umno Selangor dikatakan menerbitkan akhbar palsu, Selangor Terkini yang menyerupai akhbar rasmi kerajaan Selangor, SelangorKini dalam usaha mereka meyakinkan semula rakyat namun dapat dikesan.
Beberapa laporan polis telah dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa terutamanya polis dapat menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab ini dengan segera termasuk meletakkan gambar Sultan Selangor dan logo negeri di muka hadapan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Mar 2011 01:34 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Melayu Felda tak kisah Pahang bankrap

Posted: 02 Mar 2011 12:49 AM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEORANG rakan seperti yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi di Kerdau dan Merlimau. Alasannya kerana calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad seorang ustaz. Ilmu agamannya dianggap setaraf dengan pemimpin PAS.

Manakala calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad mempunyai keluarga besar dan dikenali ramai. Tanpa mengambil kira banyak isu yang membelit di kaki Umno dan Perdana Menteri, rakan tadi mempertahankan hujahnya.

Katanya, apa isu sekali pun dibangkit PAS dan Pakatan, orang Melayu Felda akan buat seperti pekak badak sahaja.

Mereka tidak kisah terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan BN Pahang sebanyak RM2.17 bilion. Mereka persyaitan Pahang mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut.

Apa yang mereka mahukan harga getah kekal lebih RM8 sekilogram sekarang. Harga sawit juga melonjak tinggi. Hari ini ada pekebun yang mendapat RM10,000 sebulan.

"Buat apa susah-susah undi parti lain lagi," ujar rakan tadi. Peneroka Felda di Kerdau nampaknya lebih terpesona dengan pengumuman Datuk Seri Najib Razak melulus peruntukan RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau.

Mereka tidak ambil kisah kalau Pahang bankrap atau tidak. Pengundi Melayu di Felda seperti lupa pekan itu tidak berubah biar pun sejak merdeka berada di bawah ketuanan Umno.

Masjid di Kerdau masih ada yang berdinding kayu. Kalau hendak dibandingkan dengan pekan Felda di Chiku, Gua Musang ia agak jauh berbeza. Begitu juga dengan pekan Paloh di bawah Kesedar.

Kerdau pekan lama

Kerdau masih lagi seperti pekan alakoboi. Tengok stesen kereta api dahulu lebih cantik berbanding sekarang. Jadi mengapa pengundi Melayu di Kerdau mahu mempertahankan status quo.

Lebih baik mereka pilih wakil rakyat yang berani bersuara membawa masalah mereka ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun). Hassanuddin Salim boleh lakukan sekiranya pengundi sepakat mahu perubahan. Beliau sudah lama dikenali rakyat di Kerdau.

Sudah dua pilihan raya beliau berusaha membawa paradigma baru buat rakyat di Kerdau, namun pengundi belum mampu tinggalkan Umno.

Dan kali ini pusingan ketiga Hassanuddin tampil dengan harapan pengundi Kerdau ada sedikit kesedaran baru.

Biar apa pun rakan yang rapat dengan Umno tadi melembutkan nada, PAS masih ada peluang kerana rakyat di akar umbi tidak kenal Ustaz Syed Ibra.

"Lagi pun kemunculannya kerana rapat dengan Datuk Seri Adnan Yaakub. Dia bertugas sebagai pegawai agama Menteri Besar.

"Namun dia bersikap elit sedikit. Cuma sekarang sahaja yang berlakon mesra dengan penduduk kerana mahu menarik simpati mereka," ujar rakan itu.

Apa yang diceritakan rakan terbabit berlainan dengan cerita yang dipaparkan media saban hari. Laporan media memberi wajah baru kepada Syed Ibra dan Abang Ron di Merlimau.

Inilah peranan media harian berbahasa Melayu sekarang. Dahulu mereka diiktiraf kerana membawa suara menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Sekarang peranan media harian Melayu memastikan perjuangan Umno diterima orang Melayu.

Maka tidak hairanlah kalangan wartawan akhbar harian yang berpangkalan di Kota Bharu juga dikhabarkan mencari jalan bagi 'mengkuburkan' kerajaan PAS.

Menjelang pilihan raya umum 2004, syarikat akhbar sama juga mencetus agenda serupa. Ada wartawan kanan yang dibawa khas ke Kelantan.

Hebatlah petugas syarikat akhbar terbabit. Kalau benarlah apa yang dikata, sahlah akhbar berkenaan merupakan satu unit daripada tubuh badan Umno.

Sedangkan sebelum ini kita hanya mendengar Umno dan parti kompenan BN yang mencipta agenda seperti itu.

Lainlah Harakah kerana permitnya dilulus Kementerian Dalam Negeri sebagai akhbar milik parti. Malah perkataan 'Untuk Ahli PAS Sahaja' diwajibkan KDN.

Harakah dianggap seperti subversif oleh kerajaan BN. Buktinya kekerapan penerbitannya dipancung selepas undi Melayu berolak kepada Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999.

Ketika itu KDN pantau Harakah seolah-olah akhbar itu pembawa ajaran sesat. Penerbitan lapan kali sebulan cuma tinggal dua kali sahaja.

Nyonya baca Harakah

"Saya suka baca Harakah, ceritanya banyak betul," tiba-tiba seorang wanita Cina meluahkan isi hatinya. Beliau ditemui ketika kebetulan datang membayar cukai bandar di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, dua minggu lalu.

Ketika ditanya mengapa tidak membaca akhbar berbahasa Cina, kata perempuan Cina itu, ada juga sekali sekala beli Sin Chew Jit Poh.

Nampaknya orang bukan Melayu lebih percayakan Harakah kerana akhbar harian katanya sama seperti sayap Umno.

Begitu juga beberapa agensi kerajaan milik pusat di negeri ini.

Kemas, Kesedar, Risda, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kada dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga sama peranan dengan akhbar harian Melayu.

Masing-masing ada pelan bagaimana hendak lemaskan kerajaan PAS di Kelantan dan Pakatan Rakyat di negeri lain.

Kesedar tidak mampu sembunyikan lagi peranannya. Dua calon pilihan raya kecil di Kelantan pada tahun lepas dan 2009 ialah bekas pegawai Kesedar.

Tuan Aziz Tuan Mat, calon BN di Dun Manek Urai bekas pengurus kilang Kesedar. Begitu juga Abdul Aziz Yusof, bekas penyelia Kesedar di RPT Sungai Terah menjadi calon BN di Galas.

Pada hari mengundi pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009, Pemuda PAS Kuala Krai mendakwa pejabat Kesedar di Sungai Peria dijadikan tempat mengagihkan duit kepada penyokong BN.

Jelaslah sekarang sebutlah nama akhbar harian berbahasa Melayu yang ada di negara kita, semuanya siap sedia menjadi alat kepada Umno dan BN.

Sebuah akhbar lokal yang baru diterbit nampaknya cuba mempertahankan dasar kebebasan bersuara. Namun, riak-riak sikap bias pun sudah kelihatan.

Akhbar harian juga sudah menghambur peluru tabur kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau sebelum 2008, sasaran lebih terarah kepada Kelantan sahaja, namun kini melencong pula ke Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Serangan propaganda mereka dipertingkatkan lagi sekarang. Bukan sekadar isu tertentu yang diulang tayang, sebaliknya peluru dihala terus kepada tubuh badan pemimpin PAS.

Tembakan mereka ke arah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peluru murah yang mereka dapat termasuk daripada bekas pensyarah, Ustaz Noor Idris dan Ustaz Abdullah Sa'amah dari Pondok Geting, Tumpat.

Sekarang ada pula NGO yang dikenali sebagai Minda Pondok. Semuanya diperguna sebagai peluru bagi mencalar imej Menteri Besar Kelantan dan PAS.

Tidak terhenti setakat itu, malah wartawan kanan akhbar Melayu yang didatang ke Kelantan menunding pena ke arah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Kadang-kadang agenda setting mereka menjadi bahan ketawa orang kampung.

Begitu juga dengan peperangan politik yang berlaku di Kerdau dan Merlimau sekarang. Media Melayu awal-awal lagi sudah julangkan Ustaz Syed Ibra dan Abang Ron.

Kalau begitu eloklah akhbar harian Melayu tulis di halaman depan seperti Harakah, Hanya Untuk Ahli Umno Sahaja.

Harakahdaily/-
Oleh : M Faqih.

Isteri, anak Mubarak disekat

Posted: 02 Mar 2011 12:39 AM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Kerajaan beku semua dana bekas Presiden Mesir serta keluarga

KAHERAH: Pihak berkuasa lapangan terbang Mesir menghalang isteri dan anak lelaki Hosni Mubarak daripada menaiki pesawat dari resort Laut Merah Sharm el-Sheikh beberapa jam sebelum pihak berkuasa mengeluarkan larangan kepada bekas presiden itu dan keluarganya untuk ke luar negara.

Pegawai lapangan terbang berkata, isteri Mubarak, Suzanne dan anak bongsu mereka, Gamal cuba menaiki pesawat peribadi di lapangan terbang di Sharm el-Sheikh kelmarin, tempat mereka menginap sejak Mubarak digulingkan pada 11 Februari.

Pihak berkuasa berkata anggota keluarga Mubarak itu diberitahu mereka tidak boleh keluar tanpa kebenaran khas.

Selepas insiden itu, pihak pendakwa raya Mesir membekukan semua dana Mubarak dan keluarganya serta melarang mereka ke luar negara. Tidak jelas sama ada halangan itu dibuat kerana cubaan Suzanne dan Gamal untuk meninggalkan Mesir.

Mubarak, 82, disyaki menutup sebelah mata berhubung dakwaan rasuah terhadap anggota keluarganya dan rakan niaga mereka.

Kebanyakan dakwaan salah laku itu tertumpu kepada kegiatan perniagaan dua anak bekas orang kuat Mesir itu, Alaa dan Gamal, termasuk isteri Gamal dan keluarganya.
Tidak seperti kebanyakan pemimpin Arab yang lain, Mubarak tidak banyak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dihimpunya dalam hampir tiga dekad menjadi Presiden Mesir.
Antara harta paling menonjol dimiliki keluarga Mubarak ialah sebuah rumah Townhouse di daerah mewah Knightsbridge di London yang diletak di atas nama Gamal.

Gamal yang sebelum ini disebut-sebut akan menggantikan bapanya sebagai presiden dikelilingi ahli perniagaan kaya raya yang mengidamkan kuasa politik bagi memajukan perniagaan masing-masing.

Beberapa daripada ahli perniagaan itu kini ditahan dan berdepan dengan siasatan jenayah. – Agensi

INFO: Pergolakan di Mesir

Hosni Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari.

Pendakwa raya membekukan aset Mubarak, isterinya Suzanne dan dua anak mereka pada 20 Februari lalu.

Alaa dan Gamal didakwa memiliki simpanan berjuta-juta dolar dalam akaun
di National Bank of Egypt, sebuah bank dimiliki kerajaan.

Hampir 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan RM6 sehari.

Berita Harian/-

PRK DUN Merlimau : Premis Awam Turut Menjadi Tumpuan Kempen Politik BN

Posted: 02 Mar 2011 12:33 AM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MERLIMAU 2 MAC : Merlimau berbangga dengan sebuah masjid baru di tengah pekan tersebut dan seperti masjid-masjid lain di Malaysia, menaranya dilengkapi dengan pembesar suara.

Bagaimanapun, kini, bukan setakat azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja yang boleh didengar dari Masjid as-Syuja'ah.

"Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orangMelayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik.

"Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan," begitu antara yang disampaikan seorang penceramah sebelum masuk waktu solat Isyak pada hari Isnin lapor Malaysiakini.

Mungkin halus bunyinya tetapi mesej tersiratnya konsisten dengan risalah yang ditemui di sekitar kawasan pilihan raya kecil DUN Merlimau, bahawa mengundi Pakatan Rakyat adalah seperti memperjudikan masa depan orang Melayu di negara ini.

Manakala bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad - ketika berkempen di Permatang Pasir pada hari Isnin - pula berpesan: "Bila kita kalah (di satu kawasan), sangat sukar untuk menang kembali. Kami kalah Kelantan pada 1990 dan kami masih belum berjaya mendapatkannya kembali."

Oleh itu, jagalah Melaka baik-baik," kata beliau yang juga pengerusi Felda.

Begitu juga dengan satu risalah yang memuatkan keratan akhbar bertajuk Melayu hilang kuasa, bersebelahan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis, dengan judul "Anak cucu bagaimana?".

Manakala di satu majlis di SMK Dang Anum pada hari Isnin pula Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta hadirin yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, ibu bapa dan guru mereka, mengangkat tangan jika mereka adalah pengundi di DUN Merlimau.

Dan bila mereka berbuat demikian, Mohd Ali berkata terdapat 311 guru yang mengundi di Merlimau), sambil menambah bahawa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menaikkan elaun mereka.

"Ada ubi ada batas lah kan," katanya memetik pepatah Melayu yang membawa bermaksud membalas budi.

Tv Selangor/-

Ro$mah cakap ada masalah bagi tahu dia, apa jadi aduan 3 wanita Penan kena rogol kepada Ro$mah?

Posted: 02 Mar 2011 12:19 AM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KL 2 Mac11: Pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengenai hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak tidak bertanggungjawab..

Mereka mengharapkan Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM Malaysia. Kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin seperti dilaporkan Harakahdaily.

Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak "Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok" walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.

Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.

"Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana 'istimewa' ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya," katanya.

Zurida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan "Rosmah: I don't look like a liar, do I? " dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari Ahad lalu. Beliau melihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau.

Rosmah juga dilaporkan naik helikopter dalam kempen masuk hari kedua pilihan raya kecil Kerdau.

"Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

"Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini," kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25.

Sedangkan kes 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen setahun lalu masih belum diselesaikan. (IH)

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Tinggal sehelai sepinggang

Posted: 01 Mar 2011 11:53 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT (U) – Dua keluarga nyaris maut melibatkan tiga rumah didiami mereka musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Lintang di sini, semalam.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan sempat menyelamatkan diri dan beberapa barangan berharga termasuk pakaian, peralatan dapur dan barangan elektrik sebelum kediaman mereka ranap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata, memandangkan api besar dan marak dengan pantas, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

"Seramai 10 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan lima daripadanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Kita menggunakan dua jentera dalam operasi memadamkan api yang menghanguskan tiga rumah ini.

"Ketika tiba di tempat kejadian, api sudah marak dan anggota bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Mohamad berkata, api dapat dikawal pada jam 9.10 pagi dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 10.45 pagi.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian belum diketahui serta siasatan lanjut masih dijalankan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dengan semua mangsa berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sinar Harian/-

Anwar Dedah Syarikat Kroni Bolot RM23 Bilion Wang Petronas

Posted: 01 Mar 2011 11:48 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MERLIMAU 3 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wang Petronas RM 23 bilion di bolot baru-baru ini oleh syarikat kroni, contoh terbaru yang menandakan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa terus berlaku di bawah kerajaan pimpinan Najib Razak.

Justeru tidaklah menghairankan antara individu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Nazim Razak dan anak Tun Mahathir Mohamad, Mokhzani yang menerima habuan daripada Petronas, kata Ketua Pembangkang itu .

Anwar berkata Petronas baru-baru ini mengambil keputusan mengalihkan pelaburan RM23 bilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara kepada tiga syarikat tempatan.

"Petronas ada kontrak RM23 Bilion, yang selalu dibelanja untuk mencari gali minyak di Sudan, Iran, Afrika, Iraq, dan lain-lain. Sejak Tan Sri Hasan Merican, diberhentikan, dan diganti dengan orang yang dipilih oleh Najib, dia bawa balik RM 23 bilion ini, " kata Anwar

"Ia tidak dilabur diluar negara tetapi di dalam. Di luar, kalau kita ada syarikat cari gali, Shell atau BP, . dia dapat minyak, kita kongsi. Tetapi 23 bilion yang baru diputuskan di dibawah Datuk Seri Najib adalah untuk ... 3 syarikat utama,' tambah Anwar. "

Anwar berkata antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir.

Anwar berkata demikian pada ceramah di Padang Serai Merlimau sempena pilihanraya kecil dewan undangan negeri pada hujung minggu ini.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kesal kerana syarikat kroni pemimpin Umno dahulu dan sekarang terus diberikan kontrak berjuta-juta ringgit manakala rakyat dihimpit dengan kos sara diri yang semakin meningkat.

"Ramai tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Fikirlah anak-anak ini, nak makan juga, nak hantar anak sekolah, dan ada barang nak beli. Tetapi kamu nak fikir anak kamu (Mahathir) saja sebab apa? Saya marah sebab ini. (Jadi) saya akan lawan tetap lawan,"

Anwar memberitahu ratusan orang yang hadir bahawa kredibiliti Umno semakin merudum kerana kewibawaan pemimpin-pemimpin yang diamanahkan mengurus wang rakyat.

"Saya Menteri Kewangan 8 tahun, kalau saya nak punggah kekayaan, berbilion boleh dapat. Tengok menteri sebelum saya, Tun Daim (Zainuddin) berapa banyak kekayaan dia. Tengok menteri-menteri sekarang... rumah, KL, London, Florida," kata Anwar disambut tepukan dan sorakan hadirin.

Pada majlis ini Anwar meminta pengundi supaya tidak termakan dengah tohmanah pemimpin Umno BN dan media seperti Utusan Malaysia.

Sebaliknya mereka harus menilai rekod pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebagai perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh BN.

"Banding Melaka dengan Selangor. Selangor 50 tahun bawah Umno, banding apa yang diperolehi orang Melayu, Cina, India di Selangor sekarang. Tak ada bandingan. Kerajaan sekarang beri RM500 sebagai wang khairat, anak masuk universiti dapat RM1n000, lahir saja RM100 di beri" tambah beliau.

Tv Selangor/-

Pengasas Umno Jengka 25 masuk PAS

Posted: 01 Mar 2011 11:41 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 2 Mac: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi.

Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.

Majlis itu yang turut dihadiri beberapa wartawan dan pemimpin tertinggi PAS itu dipercayai bakal mencetuskan satu fenomena baru perkembangan PAS di Jengka 25, yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan ini sebagai satu tekanan terhadap Umno.

Dalam ucapan ringkas bagi mengalu-alukan penyertaan beliau, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS berharap penyertaan beliau bersama 11 ahli Umno yang lain akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25.

"Beliau yang sangat berpengaruh di Jengka 25 adalah pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia," tambah Tuan Ibrahim.

Harakahdaily/-

PRK DUN Merlimau : Proses Undi Pos Bermula Hari Ini

Posted: 01 Mar 2011 11:01 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN 2 MAC : Proses undi pos bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bermula hari ini melibatkan 36 orang pengundi.

Pengurus pilihan raya Roslan Eusoff berkata mereka yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk empat anggota wanita mula mengundi di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin pukul 11.30 pagi ini.

Katanya terdapat lima anggota polis tidak mengundi kerana bertugas di luar daerah dan SPR akan mengedarkan kertas undi kepada mereka melalui pos.

"Proses pengundian berjalan lancar," katanya ketika ditemui pemberita, disini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau, Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Tv Selangor/-

1,086 Penjawat Awam Muflis Dan Dibelenggu Hutang

Posted: 01 Mar 2011 10:32 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA 2 MAC : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Justeru Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahankepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu-isu berkaitan dengan hutangdan kebankrapan.

Beliau berkata ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta PerlindunganPemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah muladikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai BantuanGuaman untuk penjawat awam.

"Ahli-ahli Cuepacs yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun bolehmendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

"Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum," katanya.

Tv Selangor/-

Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula

Posted: 01 Mar 2011 10:00 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS.

"Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak.

"Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily.

Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya.

Harakahdaily/-

Kumpulan Terakhir 18 Rakyat Malaysia Dari Libya Selamat Tiba

Posted: 01 Mar 2011 08:30 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEPANG 2 MAC : Kumpulan terakhir seramai 18 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Libya, selamat tiba di tanah air hari ini.

Mereka yang kebanyakannya bekerja di negara terbabit berlepas dari Rome, Itali pada pukul 12.20 tengah hari semalam dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH015, yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 6.26 pagi.

Sebelum ini mereka berada di Tunisia setelah terkandas di Tripoli, Libya, dan tiba di Rome melalui pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mereka merupakan kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanahair ekoran krisis yang sedang berlaku di Libya selepas 98 orang selamat tiba dua hari lepas dan lapan orang semalam.

Ketibaan kumpulan itu disambut gembira anggota keluarga masing-masing dan pihak pengurusan syarikat pekerja-pekerja tersebut, Ranhill Berhad yang setia menanti seawal pukul 5 pagi.

Rata-rata mereka yang ditemui berasa gembira dan bersyukur kerana selamat kembali ke tanah air setelah melalui pengalaman menakutkan dan sukar dilupakan ekoran rusuhan rakyat Libya terhadap pemimpin mereka.

Fairuz Abdullah, 28, yang baru bertugas di Libya selama enam bulan, berkata pengalaman melihat tindakan agresif askar negara itu memukul orang ramai yang berebut-rebut untuk masuk ke Lapangan Terbang Tripoli adalah paling mengejutkan.

Katanya ada di antara orang ramai yang mengalami kecederaan dan pengsan akibat dipukul kerana cuba memotong barisan semasa hendak memasuki lapangan terbang.

"Saya terpaksa menunggu sehingga tiga jam dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk sebelum dibenarkan masuk dan keadaan di kawasan itu memang sesak dan sukar dikawal," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana tiada keadaan yang tidak diingini berlaku kepada kumpulan rakyat Malaysia dan menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia dalam menguruskan proses membawa pulang rakyatnya adalah yang terbaik dan berjalan lancar.

Tv Selangor/-

Saham Syarikat Penerbangan Turun Ekoran Kebimbangan Kenaikan Kos Bahan Api

Posted: 01 Mar 2011 08:00 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 2 MAC : Saham syarikat penerbangan Air Asia Bhd,dan MAS turun berikutan kebimbangan terhadap kos bahan api akan meningkat apabila harga minyak kekal di atas paras US$100 setong.

Sehingga jam 10.40 pagi, saham AirAsia turun 5.0 sen kepada RM2.51 manakala saham MAS turun 2.0 sen kepada RM1.84.

HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd berkata ada kemungkinan pendapatan AirAsia dan MAS turut merosot jika bahan api jet melonjak kepada US$129 setong, iaitu 24 peratus lebih tinggi daripada unjuran US$104 setong masing-masing bagi tahun ini.

"Harga bahan api yang tinggi yang berterusan boleh mencetuskan kenaikan tambahan dan atau surcaj bahan api dan ini boleh memberi kesan faktor muatan,terutama sekali bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Kesan itu kemungkinan dikurangkan oleh langkah para pengembara beralih ke penerbangan jarak dekat yang lebih murah seperti yang dilihat pada separuh kedua 2008apabila Air Asia mencatatkan pertumbuhan 22 peratus tahun ke tahun di segi bilangan penumpang yang diangkut.

Tv Selangor/-

Presiden PAS arah solat ghaib untuk Erbakan

Posted: 01 Mar 2011 07:30 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 2 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS agar menunaikan solat jenazah ghaib untuk pemimpin gerakan Islam Turki yang meninggal baru-baru ini, Profesor Nechmuddin Erbakan.

Erbakan, yang disifatkan sebagai bapa kepada gerakan Islam sedunia termasuk Malaysia meninggal dunia Ahad lepas.

Sementara itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis perkebumian Erbakan.

Syed Azman melaporkan, jutaan rakyat Turki serta perwakilan gerakan Islam dari seluruh dunia menyhertai majlis perkebumian mujahid agung itu.

Suasana di Masjid Al-Fateh di tengah-tengah kota Istanbul di selubungi rasa sayu dan sedih yang amat memilukan, lapor beliau.

Pemergian mujahid agong Nechmuddin Erbarkan di tangisi jutaan rakyat Turki serta umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

"Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita," tulis beliau dari sana.

Nechmuddin Erbarkan, seorang pejuang Islam yang gigih merupakan bapa perubahan gerakan Islam Turki yang telah merobah corak politik yang ada di Turki.

Beliau pernah di kenakan tahanan rumah, pernah keluar masuk penjara, pernah menjadi Perdana Menteri Turki dan juga amat gigih memperjuangkan reformasi politik di Turki.

Beliau juga amat di hormati di peringkat antarabangsa serta menjadi 'bapa' kepada pimpinan gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.

"Beliau juga mempunyai hubungan 'istimewa' dengan Presiden PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang," tulis Syed Azman kepada Harakahdaily.

"Saya yang sempat hadir mewakili Presiden serta seluruh kepimpinan PAS di majlis perkebumian beliau, merasa amat pilu dan sayu apabila melihat hampir dua juta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk sama-sama bersolat jenazah di masjid Al Fateh di tengah-tengah kota Istanbul.

"Semua pejabat dan jalan-jalan di tutup dan rakyat berpusu-pusu dri pagi lagi menuju ke Masjid Al Fateh.

Turut hadir adalah Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Rechab Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka adalah merupakan anak murid kepada Sheikh Erbarkan," lapor beliau.

Pimpinan Gerakan Islam dari seluruh dunia juga turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mujadid Agong ini, antaranya, Sheikh Rachid Ghanoushi dari Tunisia, Mohammad Nazzal dari Hamas, Sheikh Mehdi Akiff dari Ikhwan Muslimin Mesir, Qadhi Hussien Ahmed dari Jamaat Islami Pakistan serta pimpinan gerakan Islam dari Moroko, Algeria, Sudan, England, Austria dan Afrika Selatan.

Selepas solat jenazah, beliau di kebumikan di perkuburan Negara yang terletak berdekatan dengan Masjid Al Fateh.

"Sayu dan pilu saya melihat ribuan rakyat yang menangis terisik-isik mengiringi pemergian mujahid agong ini," katanya.

Dari anak-anak kecik kepada yang tua semua bersedih dengan pemergian pimpinan agong mereka ini.
Sahabat-sahabat dari gerakan Islam juga tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu mengiringi jenazah Mujahid Agong ini.

Inilah contoh Mujahid agong yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Airmata kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan islam yang hadir dan pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti.

"Selamat tinggal Mujahid Agong Nechmuddin Erbarkan," tulis Syed Azman dalam laporannya.

Harakahdaily/-

Kedegilan pemimpin Libya bakal buka pintu kepada penjajah Barat

Posted: 01 Mar 2011 07:00 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Apa yang diperlukan untuk memaksa Muammar Gaddafi melepaskan kuasanya?

Sedang saya menulis artikel ini pada 28 Februari 2011, media melaporkan Gaddafi sudah hilang kawalan ke atas kebanyakan wilayah di negaranya yang mempunyai 6.4 juta penduduk.

Kebangkitan rakyat menentang pemerintahannya selama 41 tahun merebak dengan cepat dari bandar kedua terbesar Libya, Benghazi ke pinggir ibu negara, Tripoli, iaitu benteng terakhir Gaddafi.

Tetapi jangankan hendak memenuhi tuntutan rakyatnya, pemimpin kuku besi yang pelik itu memilih untuk terus mencengkam kepada sisa terakhir kuasanya dengan menggunakan angkatan tentera, unit keselamatan khas, askar upahan dari pelbagai negara luar lain dan tentu sekali, ahli keluarganya.

Tindakan Gaddafi itu menyebabkan sebahagian besar pegawai kanan tentera, pegawai pentadbir kerajaan, anggota Kabinet dan diplomat memilih untuk berpaling tadah dan menyokong penunjuk perasaan.

Disebabkan tentera memilih untuk turut menentang, penunjuk perasaan kini mempunyai sumber senjata api sehingga menyebabkan pertempuran berdarah antara penyokong dan penentang Gaddafi di beberapa wilayah di Libya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnya 2,000 orang terbunuh dalam konflik yang dilihat sama seperti perang saudara ini.

Majlis Keselamatan PBB setuju sebulat suara untuk mengenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset ke atas Gaddafi dan kroninya.

Badan dunia itu turut mengenakan sekatan penjualan senjata api kepada Libya dan menuntut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan dan dakwaan ke atas Gaddafi berikutan pembunuhan orang awam di negara itu.

Sekatan dan tindakan yang diusulkan PBB hanya menyasarkan rejim Gaddafi dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk Libya.

Namun jika langkah itu tidak berjaya, pemimpin-pemimpin negara lain yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan Gaddafi perlu cuba memujuknya supaya menghentikan pembunuhan rakyat sendiri dan berundur daripada pemerintahan.

Presiden Venezuela, Hugo Chavez, Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan, Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair adalah antara mereka yang mampu menasihati Gaddafi.

Gaddafi perlu diyakinkan jika beliau menurut permintaan rakyat secepat mungkin, beliau mungkin akan dikenang berikutan beberapa kejayaannya yang membanggakan semasa dua dekad pertama pemerintahannya.

Antaranya adalah penutupan markas udara besar milik tentera AS di Libya pada 1970, pemiliknegaraan minyak dan peranan penting yang dimainkannya dalam penyusunan semula Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (Opec) sehingga membolehkan badan itu menjadi kartel berkuasa dan mampu mencabar dominasi Barat terhadap industri minyak dunia.

Tetapi Gaddafi memilih untuk mengamalkan pemerintahan autokratik yang berkisar kepada kepentingannya sendiri.

Struktur kerajaan yang sistematik tidak wujud di bawah pemerintahan kuku besinya.

Mungkin inilah sebab mengapa Gaddafi suatu masa dulu berbangga bahawa Libya adalah masyarakat pertama dalam sejarah yang tidak memerlukan kerajaan.

Salah satu kesan daripada pendekatan Gaddafi itu adalah kekecohan yang berlaku di lapisan masyarakat yang berlainan, yang saya alami sendiri semasa berkunjung ke Tripoli pada April 1980 untuk menghadiri ceramah yang akhirnya tidak jadi.

Pemerintahan kuku besi Gaddafi membuka ruang kepada masalah rasuah kronik dan nepotisme.

Dengan kekayaan minyak di Libya, ketiadaan konsep kebertanggungjawapan serta ketelusan, tidak hairan lah pada awal 1990-an, keluarga Gaddafi menjadi lubuk kuasa dan setiap perjanjian perniagaan besar dalam dan luar negara perlu mendapat kelulusan salah seorang daripada anaknya.

Kepentingan perniagaan keluarga mungkin menjadi salah satu sebab mengapa Gaddafi sanggup bermatian mempertahan kuasanya.

Jika Gaddafi enggan berundur di sebalik sekatan PBB dan nasihat rakannya, apa pilihan lain yang ada?

Beberapa pemimpin Amerika Syarikat (AS) seperti John McCain, Joseph Lieberman dan Paul Wolfowitz mencadangkan campur tangan langsung tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Namun tindakan itu bukan sahaja tindakan bodoh tetapi juga berbahaya.

Tindakan ketenteraan oleh AS dan Eropah hanya akan menyingkap semula memori pahit mengenai dasar penjajahan Barat terhadap Libya.

Ianya hanya akan menguatkan lagi cengkaman Gaddafi dan menjejaskan kesahihan perjuangan golongan anti-Gaddafi.

Campur tangan tentera Nato akhirnya akan mengakibatkan penjajahan yang mempunyai impak memusnahkan terhadap kebangkitan di dunia Arab yang masih berterusan di rantau itu sehingga hari ini.

Selain itu, penduduk di rantau Timur Tengah akan melihat sikap hipokrit terang-terangan jika campur tangan itu dibenarkan.

Jika menyelamatkan nyawa menjadi keutamaan, mengapa tiada satu pun kuasa Barat yang campur tangan bagi menyelamatkan rakyat Palestin di Gaza semasa Israel menyembelih penduduk tidak berdaya itu pada Januari 2009?

Jika AS dan Britain begitu terganggu dengan pembunuhan orang awam, mengapa mereka menyerang Iraq pada 2003 yang menyebabkan ratusan ribu penduduk Iraq tidak berdosa menjadi korban?

Sudah jelas, bukan nyawa penduduk Libya yang mahu diselamatkan golongan seperti McCain, Lieberman dan Wolfowitz.

Jika tindakan ketenteraan dipertimbang, ianya kerana kuasa besar Barat hanya menumpu kepada simpanan minyak di Libya.

Selepas Arab Saudi, Libya adalah pembekal minyak terbesar ke Eropah.

Pergolakan terbaru di Libya telah pun meningkatkan harga minyak dunia kepada AS$108 setong (RM328 setong).

Penganalisis industri itu khuatir jika aliran minyak dari Libya terhenti, harga komoditi itu akan mencecah AS$200 setong (RM607 setong).

Peningkatan ini akan menyebabkan kesan buruk kepada negara industri di Barat dan di seluruh dunia.

Selain itu, jika dibandingkan dengan negara pengeksport minyak lain, hanya 60 peratus kekayaan minyak Libya yang sudah dieksploitasi setakat ini.

Ini meningkatkan lagi daya tarikan untuk mereka yang mahu mengawal bekalan minyak untuk meneruskan penguasaan ke atas dunia.

Ini adalah salah satu sebab menarik - perlindungan terhadap kedaulatan negaranya sendiri - mengapa Gaddafi tidak patut berundur serta-merta.

Tetapi tentunya ia menjadi sesuatu yang ironik jika kedegilannya itu yang bakal menyebabkan dia secara tidak sengaja membuka pintu kepada penceroboh keji neo-kolonial.

Penduduk Libya dan dunia Arab, dan semua orang yang menghargai kebebasan dan kemerdekaan mereka tidak akan memaafkan Gaddafi.

* Dr Chandra Muzaffar adalah Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) dan
Profesor Pengajian Global di Universiti Sains Malaysia.

Sinar Harian/-

1Israel, 1Malaysia kebetulan, sindir Anwar

Posted: 01 Mar 2011 06:30 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 2 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi PRK Dun Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (PKR Gombak) R Sivarasa (PKR Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.
Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

Harakahdaily/-

Anak diktator Afrika tempah kapal RM1.6b

Posted: 01 Mar 2011 06:00 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MALABO - Anak lelaki kepada Presiden Equatorial Guinea didakwa menempah sebuah kapal persiaran mewah bernilai jutaan dolar, sekali gus menjadi tanda tanya kepada masyarakat dunia, menurut media antarabangsa, kelmarin.

Teodorin Obiang, 41, yang hanya menerima gaji sebanyak AS$6,800 (RM20,700) sebulan sebagai Menteri Pertanian negara itu, dilaporkan menempah kapal mewah bernilai AS$380juta (RM1.6 bilion) itu daripada sebuah syarikat Jerman, Kusch Yacht.

Obiang juga mahu kapalnya dilengkapi dengan sebuah panggung wayang, restoran, bar dan kolam renang.

Namun, persoalan bagaimana beliau mampu membeli sebuah kapal mewah seperti itu mula timbul kerana harga kapal itu adalah hampir tiga kali ganda lebih banyak berbanding peruntukan tahunan untuk perubatan dan pendidikan penduduk di negara Afrika Barat yang miskin negara itu.

Pemerhati turut menuntut pentadbiran Amerika Syarikat supaya membekukan aset Obiang, termasuk sebuah rumah mewah bernilai AS$35 juta (RM106 juta) di Malibu, California, jet peribadi bernilai AS$33 juta (RM100 juta) dan beberapa kereta mewah miliknya atas dakwaan rasuah.

Sinar Harian/-

PAS beri jaminan khidmat terbaik

Posted: 01 Mar 2011 05:30 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 2 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan, PAS akan memberikan tekanan yang sewajarnya agar masalah rakyat di Kerdau diselesaikan dengan baik jika calonnya terpilih dalam pilihan raya kecil ini.

"Sebagai pembangkang, kita akan membuat desakan agar segala masalah rakyat dapat diselesaikan dengan baik.

"Jika kita sebagai kerajaan, kita akan laksanakan sebagaimana kita mentadbir Terengganu sebelum ini serta juga lain-lain negeri Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media khas di pekan Kerdau lewat petang semalam.

Turut serta di sidang media itu adalah anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP yang ditugaskan khas di Kerdau.

Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Kerdau adalah geran tanah yang mereka tidak perolehi walaupun mereka tinggal dan membuka tanah di kawasan itu sejak sekian lama.

"Semasa kami mentadbir Terengganu dahulu, 60,000 lot tanah berjaya kita keluarkan geran untuk penduduk Melayu serta juga Cina dan India.

"Antaranya untuk penduduk Kampung Baru Air Puteh, Kemaman.

"Ia tidak berjaya diselesaikan selama 40 tahun oleh kerajaan negeri sebelum itu, tetapi kita berjaya selesaikannya selama 4 tahun sahaja," kata Abdul Hadi yang menjadi Menter Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Dalam sidang medianya, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya ini atas nama Pakatan Rakyat menawar calon yang terbaik untuk rakyat Kerdau.

"Kita bekerjasama atas dasar muafakat antara PAS, PKR dan DAP. Kami buat secara muafakat mencari titik persamaan untuk melaksanakan konsep negara kebajikan.

"Projek yang kami hendak buat digambarkan melalui Buku Jingga yang telah kita lancarkan," kata Abdul Hadi.

Beliau juga memberikan jaminan, Pakatan Rakyat akan bebas dari rasuah dan penyelewengan sebagaimana yang telah terbukti di empat buat negeri Pakatan dan Terengganu sebelum ini.

Beliau juga berkata, kerjasamaa antara parti dalam Pakatan Rakyat sangat baik namun ia tidak terserlah kerana kongkongan media yang dibuat oleh BN.

"Saya yakin, jika media bebas dan membuat laporan yang adil, kerjasama antara kita akan menyerlah kerana sememangnya itu yang berlaku," kata Abdul Hadi.

Harakahdaily/-

Pas dakwa BN langgar peraturan pilihan raya

Posted: 01 Mar 2011 05:00 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH - Dewan Pemuda Pas negeri akan membuat laporan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya melanggar Akta Pilihan Raya.

Pengarah Pilihan Raya Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelbagai janji dan peruntukan diberi oleh pemimpin BN, termasuk Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Perdana Menteri itu pernah menyatakan beliau hadir di DUN Kerdau bukan untuk membeli undi, tetapi untuk menawarkan pembangunan.

"Najib secara terang-terangan berkata, bahawa 'Saya bukan hendak beli undi, tetapi kalau kamu sokong kami, saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa".

"Ini menunjukkan beliau cuba membeli rakyat dengan pelbagai imbuhan dan projek segera," katanya dalam sidang media, semalam.

Tuan Ibrahim mendakwa, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

"Perdana Menteri juga secara terbuka meluluskan peruntukan untuk Dewan Terbuka Kampung Seri Kerdau, Balai Bomba Sukarela dan kuil bernilai hampir RM650,000.

"Ini tidak termasuk hamper serta makanan yang diedarkan di Kampung Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan," katanya.

Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden Pas berkata, Pas harap tindakan diambil oleh SPRM dan SPR kerana ia bertentangan dengan Akta Kesalahan (Perjalanan) Pilihan Raya 1960.

Pada 27 Februari lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di DUN Kerdau.

Projek berkenaan melihatkan kerja menaikkan taraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Beliau juga mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Sinar Harian/-

PAS tentang campur tangan tentera PBB di Libya

Posted: 01 Mar 2011 04:30 PM PST

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menentang sekeras-kerasnya cadangan campur tangan asing dalam bentuk ketenteraan, terutamanya di atas nama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah di Libya.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan campur tangan pihak ketenteraan di atas nama Majlis Keselamatan itu sekalipun akan hanya membuka episod krisis perang yang tidak akan berkesudahan dan semakin menekan rakyat Libya.

Ini, katanya seperti mana campur tangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq yang belum menampakkan penyelesaiannya hingga kini, malah akan mewujudkan ketidakstabilan baru di negara Utara Afrika itu.

"Penyelesaian krisis di Libya boleh dirungkaikan dengan komitmen berterusan rakyat Libya untuk melakukan suatu perubahan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, dalam masa yang sama Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab juga mestilahmenunjukkan kewibawaan mereka dengan memainkan peranan sebagai perunding dalam isu tersebut untuk mengenakan tekanan terhadap Muammar Ghadafi supaya berundur.

Harakahdaily/-

Khalil : Bangkit tolak sebarang bentuk kezaliman

Posted: 01 Mar 2011 02:47 AM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi

KERDAU, 1 Mac :- Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata rakyat Malaysia di Dun Merlimau dan Kerdau disarankan supaya sama-sama menyingkir sebarang bentuk kezaliman seiring dengan momentum dunia yang sedang menuju ke arah sifar pemerintah tidak adil.

Tambahnya, kezaliman terhadap rakyat yang berlaku di serata dunia adalah hampir sama coraknya, jika di timur tengah, dua rejim telah dapat digulingkan, ciri rejim tersebut hampir sama dengan regim BN di Malaysia .

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, jika di timur tengah rakyat di sana menolak kerajaan yang disifat kuku besi kerana pemerintah menggunakan seluruh proksi kerajaan untuk kepentingan sesetengah individu parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

"Demikanlah apa yang berlaku di Malaysia bila UMNO dan BM mempergunakan semaksima mungkin segala agensi dan jabatan bagi memastikan kuasanya terus kekal" Katanya.

"Identiti pemerintah yang zalim ini mudah dikenal pasti, contohnya harga minyak, di Malaysia terlalu mahal sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak," jelasnya.

Dalam pada itu Khalil menjelaskan kereta nasional yang dibeli di pasaran Malaysia adalah antara tertinggi direkodkan, begitu juga harga kereta import, vios misalnya, di Negara jiran kita boleh dapatkannya dengan harga RM50 ribu sahaja, sedangkan di Malaysia perlu dibeli dengan harga RM90 ribu dan lebih.

"Banyak lagi kezaliman terhadap rakyat, misalnya demokrasi yang palsu tetapi dilaungkan ianya dilaksana dengan penuh adil dan saksama, walhal banyak hak demokrasi itu sendiri telah di cabul dengan sesuka hari umno bn," katanya.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menyatakan di RTM, TV3 dan radio yang menafikan hak negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang dengan mereka tidak diberi peluang walaupun hanya sekadar untuk mengucapkan selamat hari raya,"

"Rakyat secara umumnya tidak sedar mereka sedang dizalimi, maka usaha untuk menyedarkan hal ini perlu digiatkan lagi bagi memastikan isu ini sampai ke pengetahuan setiap lapis masyarakat, dengan itu agenda menjatuhkan BN dalam PRK Kerdau dan merlimau serta PRU ke 13 pasti akan berhasil ," katanya ketika mengakhiri sesi temu bual.

Saman ekor: Ketahui hak anda

Posted: 01 Mar 2011 02:28 AM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 02 Mar 2011 01:32 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Mesyuarat Agung cawangan hampir selesai

Posted: 02 Mar 2011 12:54 AM PST

Alhamdulillah, setakat ini lebih 90 peratus dari cawangan-cawangan PAS di dalam Kawasan Padang Besar telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung tahunan masing-masing.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan, Haji Hisharuddin Hassan PAS Kawasan menyusun jadual mesyuarat agung cawangan-cawangan untuk diadakan sepanjang bulan Februari lalu.

"Hanya beberapa cawangan dari kesekuruhan 59 cawangan di kawasan Padang Besar yang menunda tarikh mesyuarat agung sehingga akhir bulan lalu.
"PAS Kawasan Padang Besar dijangka akan mengadakan mesyuarat agung pada 16 April akan datang. Cawangan-cawangan diminta mematuhi segala arahan berkaitan dokumen-dokumen yang perlu dihantar termasuk borang pencalonan AJK Kawasan," katanya.

Kerajaan PR Kedah telus, cekap dan berkat

Posted: 02 Mar 2011 12:48 AM PST

MATA AYER - Kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah bukan sekadar diakui oleh pimpinan dan penyokongnya sahaja malah turut diiktiraf oleh pihak luar temasuk pelabur asing, kata Timbalan Pengerusi KeADILan Kedah, Senator Ir Zamri Yusof.

Menurutnya, selain berjaya mentadbir negeri dengan prinsip ketelusan dan kecekapan, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak turut berjaya mempertingkatkan hasil pendapatan negeri melalui hasil balak dan sumbangan anak syarikat negeri.

"Dahulunya hasil balak semasa BN memerintah hanya sekitar RM8 juta, tapi tahun lalu hasil kecekapan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah, sebanyak RM53 juta berjaya masuk ke akaun rakyat.

"Kita beritahu kawan-kawan kita yang asih dok pegang keris tu, ini satu ilmu hisab mudah, dulu hanya RM8 juta, kemudian masa kita dapat RM53 juta, bila tolak ada RM45 juta lagi. Mana hilangnya RM45 juta dulu?" katanya semasa berceramah di Markas PAS Perawah dekat sini 22 Februari lalu.

Selain itu menurutnya, hasil pendapatan kerajaan melalui sumbangan anak syarikat kerajaan negeri turut bertambah kira-kira RM40 juta pada tahun lalu selain meningkatnya kutipan zakat di negeri Kedah.

"Sekali lagi kita kira ilmu hisab mudah, zaman BN dulu tak ada sumbangan anak syarikat, tapi masa kita ada sekitar RM40 juta, mana hilangnya hasil masa dulu?

"Begitu juga dengan hasil kutipan zakat, bila kita urus tadbir dengan baik orang memberikan kepercayaan kepada kita. Bila kita urus dengan baik secara ekonomi nampak terang di depan mata, pelabur asing pun percaya dan yakin, kita juga beroleh keberkatan dengan meningkatnya hasil zakat,"jelasnya lagi.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 02 Mar 2011 01:30 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Buktikan Rumah Itu UMNO Yang Buat

Posted: 01 Mar 2011 04:52 PM PST

Salam Perjuangan

Posted: 01 Mar 2011 11:31 PM PST

Salam Perjuangan


AJAR BN DENGAN UNDI

Posted: 01 Mar 2011 09:52 PM PST

Pengikut