Jumaat, 5 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 05 Nov 2010 11:09 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Misi Bantuan Mangsa Banjir

Posted: 04 Nov 2010 06:57 PM PDT

Pusat Banjir Sek Men Tengku Anum
Masjid Lembah Palas, Changloon
Pusat Banjir Sek Keb Malau

Dato' Hj Mahfuz Omar

Posted: 05 Nov 2010 11:03 PM PDT

Dato' Hj Mahfuz Omar


melawat pusat pemindahan sekitar alor setar

Posted: 05 Nov 2010 04:42 AM PDT




PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 05 Nov 2010 09:25 PM PDT

PAS KAWASAN BAKRI


Wang Judi belum dipulangkan ke kerajaan P.Pinang

Posted: 05 Nov 2010 03:50 AM PDT

Kata 1000 orang pulangkan Wang Judi tuu.. Tapi apasal bawak mai RM20k sahaja..Mana pie lagik RM80k..??

Pecah amanah jika tidak pulang wang


GEORGETOWN – UMNO dianggap cuba pecah amanah sekiranya tidak memulangkan wang warga emas seperti yang dikatakan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, beliau mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan yang dianggap hanya bersikap seperti omong kosong dan sehingga kini masih tiada wang yang dipulangkan kepada pihaknya.

"Ke mana wang itu? Dia (Norman) ada kata dalam surat khabar dan mengatakan ada kira-kira 1,000 warga emas yang akan pulangkan wang yang dikatakan mereka adalah wang judi, jika jumlah 1,000 itu didarabkan dengan RM100, pasti menjadi RM100,000.

"Jadi mana duit RM100,000 itu pergi, sekarang dia kata ada RM20,000 dan saya musykil dari mana duit itu datang," katanya dalam sidang media.

Terdahulu melalui laporan media, Norman berkata, seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ihsan RM100 yang diterima dari Kerajaan Negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Menurutnya, kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang yang diperoleh itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

Norman juga berkata, UMNO tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ihsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

Katanya, Pemuda UMNO Negeri akan mengumpulkan semua wang itu dan akan mengembalikannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Beliau juga semalam cuba menyerahkan wang berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Namun Wei Aik meragui sumber wang berkenaan berikutan tidak disertakan dengan senarai nama pemberi wang.

Wei Aik berkata, sekiranya UMNO masih belum memulangkan wang tersebut beliau menasihatkan supaya semua warga emas yang telah menghantar wang kepada UMNO segera membuat laporan polis.

Menurutnya, ia kerana mereka hanya pandai mengutip wang tetapi tidak memulangkannya kembali.

"Ini adalah di bawah kesalahan pecah amanah dan tidak ada akauntabiliti," katanya.

Beliau berkata sekiranya masih terdapat warga emas yang mahu memulangkan wang tersebut boleh berbuat demikian secara individu di Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah tanpa didalangi mana-mana pihak.

"Mereka perlu isi borang dan nyatakan sebab kenapa mereka serahkan semula wang berkenaan," katanya.

Sumber:
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/kata-1000-orang-pulangkan-wang-judi-tuu.html

Kadar Tarif Air

Posted: 05 Nov 2010 03:34 AM PDT


Lihat, baca dan ingat.... Tarif air di Johor adalah yang tertinggi...

http://www.kettha.gov.my/content/tarif-air

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 05 Nov 2010 09:25 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAJLIS PERBANDARAN MUAR - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009

Posted: 05 Nov 2010 08:45 AM PDT



MAJLIS PERBANDARAN MUAR

10. PENGURUSAN KEMUDAHAN AWAM

10.1 LATAR BELAKANG

10.1.1 Majlis Perbandaran Muar (Majlis) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1976 di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang terdiri daripada gabungan Majlis Bandaran
Bandar Maharani dan tujuh penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan Bukit Bakri, Parit
Jawa, Bukit Pasir, Pancor, Pagoh, Bukit Kepong dan Lenga.

Luas kawasan pentadbiranMajlis meliputi 1,376 km persegi dan sejumlah 616 km persegi daripadanya merupakan kawasan operasi. Objektif Majlis adalah untuk menguatkuasakan kawalan pembangunan
dan perkhidmatan kebersihan serta mempertingkat dan menggalakkan pembangunan yang
komprehensif bagi memastikan kemajuan dan keutuhan sistem fizikal, sosial dan ekonomi di
seluruh kawasan pentadbirannya.

10.1.2 Bagi mencapai objektif tersebut, salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
adalah memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat termasuk membuat
perancangan, pembangunan, pengawalan dan penyenggaraan kemudahan awam.
Sehubungan itu, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menetapkan dalam piagam
pelanggannya untuk memastikan semua kemudahan awam berada dalam keadaan baik dan
selamat digunakan. 

Bagaimanapun, fungsi merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan terletak di bawah Jabatan Kejuruteraan. Kemudahan awam merupakan kemudahan tempat, kawasan, bangunan atau prasarana yang penggunaannya dikongsi oleh masyarakat setempat yang meliputi tiga kategori utama iaitu kemudahan pengurusan kejiranan, kemudahan rekreasi dan riadah serta kemudahan prasarana seperti di



Jadual 10.1.

Jadual 10.1
Kategori Kemudahan Awam

Bil. Kategori Kemudahan

1. Kemudahan Pengurusan Kejiranan Dewan orang ramai, balai raya, stadium dan
dataran perbandaran

2. Kemudahan Rekreasi dan Riadah Padang permainan kanak-kanak,
gelanggang permainan, padang bola, laluan siar kaki/jogging, kolam renang dan wakaf

3. Kemudahan Prasarana Perhentian bas dan teksi, tandas awam,
pondok menunggu bas, tempat letak kereta, jeti dan jejantas


Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Muar

10.1.3 Bagi tahun 2007 hingga 2009, Majlis telah membelanjakan sejumlah RM1.57 juta
atau 52.9% daripada RM2.97 juta peruntukan yang diluluskan bagi pembangunan dan
pengurusan penyenggaraan kemudahan awam.



10.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan kemudahan awam
oleh Majlis telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi piagam
pelanggan yang ditetapkan.

10.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi pengurusan perancangan kemudahan awam, pembinaan,
penyenggaraan dan pemantauan terhadap projek kemudahan awam sedia ada dan yang baru dibina bagi tahun 2007 hingga 2009 di jabatan-jabatan Majlis seperti Jabatan
Kewangan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Landskap, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan serta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.

Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak fail dan dokumen mengenai pengurusan kemudahan awam. Lawatan ke projek kemudahan awam yang dipilih dalam kawasan pentadbiran Majlis juga dilakukan. Temu bual dengan pegawai Majlis dan orang awam telah dibuat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Selain itu, soal selidik Audit telah digunakan untuk menilai tahap kepuasan pengguna
terhadap kemudahan awam yang disediakan. Sampel jenis kemudahan awam dipilih secara rawak berdasarkan lawatan ke tapak-tapak kemudahan awam.



10.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga November 2009 mendapati pada
keseluruhannya pengurusan kemudahan awam Majlis ini tidak memuaskan dan mempunyai
ruang untuk penambahbaikan di mana terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan
kemudahan yang disediakan tidak boleh dimanfaatkan oleh orang awam. 

Antara kelemahan yang diperhatikan adalah

.  38 jenis kemudahan awam serta komponennya tidak disenggara dengan sempurna, penyediaan kemudahan awam yang tidak digunakan atau tidak mencukupi,

. berlaku pencerobohan di 29 tapak kemudahan awam yang terdiri daripada lot permainan dan tanah lapang serta kemudahan awam yang dirancang tidak dilaksanakan.
Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan
berikut:

10.4.1 Penyenggaraan Kemudahan Awam

Penyenggaraan merupakan elemen terpenting dalam pengurusan kemudahan awam.
Oleh itu, satu mekanisme yang baik perlu diwujudkan di samping mengamalkan budaya
penyenggaraan berterusan bagi memastikan kemudahan awam diuruskan dengan cekap.
Pada keseluruhannya, prestasi penyenggaraan kemudahan awam oleh Majlis adalah tidak
memuaskan seperti berikut:




a) Kemudahan Awam Tidak Disenggara Dengan Sempurna

Kemudahan awam hendaklah disenggara apabila rosak, usang dan tidak berfungsi.
Lawatan Audit bersama pegawai Majlis pada September dan Oktober 2009 di sekitar
kawasan pentadbiran Majlis mendapati 38 atau 71.7% daripada 53 kemudahan awam
dan komponennya tidak disenggara sewajarnya. Kerosakan fizikal terhadap kemudahan
awam yang diperhatikan semasa lawatan Audit adalah seperti di Jadual 10.2.

Jadual 10.2

Kemudahan Awam Yang Tidak Disenggara
Bil. Kemudahan Awam Dilawati Tidak
Disenggara Jenis Kerosakan

1. Dewan Orang Ramai dan
Balai Raya 8 7
Struktur bangunan telah reput
Pintu pagar utama rosak
Cermin tingkap dan pintu pecah
Sistem paip air tidak berfungsi
2. Taman Permainan
Kanak-kanak 24 17 Komponen peralatan permainan
patah, hilang dan tertanggal
3. Gelanggang Permainan 13 11
Permukaan gelanggang retak
Basketball ring patah
Garisan gelanggang pudar/hilang
Lampu gelanggang tidak
berfungsi
4. Stadium (komponen) 4 1 4 lampu limpah tidak berfungsi
5. Siar Kaki 4 2
Laluan siar kaki retak
Tembok condong dan hampir
runtuh
Tiang tempat berteduh berkarat
Jumlah 53 38

Sumber: Jabatan Audit Negara

Kerosakan ketara ditemui semasa pemeriksaan adalah seperti berikut:

i) Dewan Orang Ramai Dan Balai Raya - Kerosakan besar ke atas Balai Raya Lenga
yang merupakan tempat mengutip bayaran cukai taksiran ditunjukkan seperti di

Foto 10.1 dan Foto 10.2.

Foto 10.1
Sebahagian Struktur Binaan Balai Raya
Lenga Yang Telah Runtuh
Foto 10.2
Dewan Mengalami Kerosakan Dinding Dan
Siling

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Balai Raya Lenga, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Balai Raya Lenga, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009




ii) Taman Permainan Kanak-Kanak - Komponen atau peralatan yang biasa
disediakan di taman permainan kanak-kanak adalah alatan permainan kanak-kanak
bersepadu, spring item, buaian, papan gelongsor dan papan jongkang-jongket.
Kerosakan pada peralatan tersebut adalah seperti di Foto 10.3 dan Foto 10.4.

Foto 10.3

Tangga Peralatan Permainan Kanak-Kanak
Bersepadu Yang Tanggal

Foto 10.4

Alat Permainan Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Cempaka, Parit Jawa, Muar
Tarikh: 17 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Pertama, Sungai Abong, Muar
Tarikh: 17 September 2009

iii) Gelanggang Permainan - Pelbagai jenis gelanggang permainan juga didapati
mengalami kerosakan seperti permukaan gelanggang permainan retak dan tidak
rata, lampu tidak berfungsi, garisan gelanggang yang pudar dan hilang serta
basketball ring patah.
Contoh kerosakan gelanggang permainan adalah seperti di Foto 10.5 dan Foto 10.6.

Foto 10.5

Permukaan Gelanggang Permainan Retak Dan Tidak Rata

Foto 10.6

Kerosakan Pendawaian Elektrik Pada Kotak Suis Utama

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Gelanggang Permainan Taman Ibrahim, Muar
Tarikh: 17 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Gelanggang Permainan Taman Ibrahim, Muar
Tarikh: 17 September 2009

iv) Komponen Kemudahan Awam Di Stadium Sultan Ibrahim  
 Empat unit lampu limpah Stadium Sultan Ibrahim didapati tidak berfungsi dan kotak suis utamanya tidak ditutup dan menyebabkan pendawaian elektrik terdedah kepada panas dan
hujan.

v) Laluan Siar Kaki

Tapak laluan siar kaki di Tanjung Emas mengalami pergerakan akibat runtuhan kecil struktur tembok yang telah terhakis oleh arus sungai.
Pergerakan tapak tersebut menyebabkan laluan siar kaki retak dan runtuh manakala tembok penghadang telah condong ke laut dan berkemungkinan akan runtuh seperti di Foto 10.7 dan Foto 10.8.

Foto 10.7 Foto 10.8

Laluan Siar Kaki Yang Retak Siar Kaki Yang Telah Runtuh

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tanjung Emas, Muar
Tarikh: 15 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tanjung Emas, Muar
Tarikh: 15 September 2009

Tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan tersebut tidak
dapat dilakukan disebabkan Majlis tidak menyediakan jadual perancangan penyenggaraan di samping peruntukan kewangan yang tidak dibelanjakan sepenuhnya.
Keadaan kerosakan tersebut jika dibiarkan akan membahayakan keselamatan pengguna.

Menurut Majlis, tindakan penyenggaraan tidak dapat dilakukan dengan segera kerana
perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut:
Melaporkan kerosakan yang ditemui kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis untuk
tindakan.
Kerja pembaikan kecil boleh dilaksanakan dengan segera melalui anggota Unit
Bengkel dan Stor Majlis.
Mendapatkan kelulusan peruntukan dan menyediakan spesifikasi kerja jika kerja
penyenggaraan perlu dilaksanakan secara kontrak.
Memohon peruntukan daripada jabatan dan agensi kerajaan yang lain jika
kerosakan melibatkan projek di bawah bidang kuasa jabatan atau agensi yang
berkaitan.

b) Kerja-kerja Penyenggaraan Projek Pembangunan Dan Pemuliharaan Paya Bakau
Di Jeti Tanjung Ketapang Tidak Dilaksanakan

Skop kerja utama projek adalah untuk membina laluan pelantar dan wakaf, membekal
dan menanam 1,500 pokok bakau dan kerja-kerja penyenggaraan projek pembangunan
dengan kos sejumlah RM197,400. 

Skop kerja penyenggaraan projek pembangunan dan
pemuliharaan paya bakau di Jeti Tanjung Ketapang termasuk pengairan, membaja,
memangkas, membersihkan rumput rampai serta mencegah dan melindungi semua
tanaman daripada serangan makhluk perosak untuk memastikan ia tumbuh dengan
sihat. Kerja penyenggaraan perlu dilakukan selepas kerja utama disiapkan.

Semakan Audit mendapati kontrak utama disahkan siap pada 28 November 2008 tetapi kerja
penyenggaraan selama 12 bulan seperti yang dipersetujui dalam sebut harga tidak
ditentukan oleh pegawai penguasa. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan pihak
kontraktor telah melaksanakan kerja penanaman sebanyak 1,500 batang pokok bakau
dan enam batang pokok kelapa gading serta kerja penyenggaraan seperti berikut:

i) Pengairan pada semua tanaman yang dilakukan dua kali sehari;

ii) Memelihara tanaman di tempat yang bebas dari rumput rampai yang tidak
diperlukan;

iii) Mengawal tanaman daripada sebarang perosak dan penyakit dengan menggunakan
kaedah kimia atau biologi sekurang-kurangnya sekali sebulan;

iv) Memangkas dahan dan ranting yang mati;
v) Kerja-kerja membaja pokok;

vi) Penggantian pokok yang mati atau tidak sihat; dan

vii) Memancang dengan menggunakan bahan yang sesuai bagi membetulkan keadaan
tumbuhan tanaman.

Perkara ini berlaku disebabkan Majlis tidak mengambil kira tempoh kerja penyenggaraan semasa mengesahkan projek siap. Oleh itu, bayaran kontrak yang telah dijelaskan sepenuhnya adalah termasuk pembayaran bagi kerja membekal dan menanam enam pokok kelapa gading, 800 pokok bakau minyak dan 700 pokok bakau kurap bernilai RM8,500 di tapak projek serta kerja penyenggaraan lain berharga RM40,000 yang tidak dilaksanakan.
Menurut Majlis, kerja penyenggaraan yang tidak dilaksanakan itu telah digantikan
dengan kerja-kerja menambak tanah untuk tujuan tempat letak kereta, pembersihan
sampah, mengecat semula jeti dan wakaf, menggantikan bumbung wakaf serta
menebang pokok nipah berhampiran tapak projek dengan nilai harga yang sama dan
diselia oleh jurutera perunding yang dilantik iaitu Tetuan Ira Teknik Consulting
Engineers

Selain daripada tempat letak kereta, kerja-kerja yang lain tidak dapat disahkan kerana arahan kerja secara bertulis tidak dikeluarkan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, tarikh sebenar tempat letak kereta disiapkan tidak dapat disahkan kerana tiada perakuan siap kerja diserahkan kepada pihak Audit sebaliknya pengesahan dibuat melalui lawatan fizikal ke tempat letak kereta tersebut pada 5 Mac 2010.

c) Kompleks Kolam Renang Terbiar

Kompleks kolam renang Majlis dibina di atas tanah rizab kerajaan seluas 1.4 hektar
terletak di Jalan Sultanah pada tahun 1977 dengan kos RM1.50 juta.

Projek ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan orang awam dalam aktiviti renang dan
mempelbagaikan kemudahan rekreasi di kawasan Majlis.

Penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah terhadap komponen seperti bangunan utama, kolam renang, mesin pam air dan peralatan lain. Bangunan utama kolam renang perlu disenggara jika terdapat kerosakan manakala penyenggaraan di bahagian kolam dan mesin pam air perlu dilakukan secara berterusan untuk menjaga kualiti air kolam renang.
Semakan Audit mendapati kompleks kolam renang Majlis kini terbiar dan ditinggalkan semenjak penutupannya pada tahun 1998. Struktur bangunan utama didapati telah rosak. Sebuah kolam renang bersaiz olimpik yang berada di dalamnya tidak boleh digunakan lagi kerana air tercemar dan mengalami kemerosotan kualiti air. 

Pemeriksaan terhadap mesin pam air juga tidak dapat dilakukan kerana rekod berkaitan dengannya
tidak diselenggara. 

Antara usaha yang dilakukan oleh Majlis ialah memohon peruntukan untuk cadangan membaik pulih sejumlah RM2 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2001 dan sejumlah RM2.20 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2003. Selain itu, Majlis pernah membuka tawaran kepada mana-mana syarikat yang sanggup membangunkan semula kolam renang tersebut tetapi tidak mendapat sambutan. Keadaan ini berlaku disebabkan Majlis kurang membuat kerja penyenggaraan pada peringkat awal terutamanya semasa tempoh pengurusan kompleks kolam renang ini dipajak kepada sebuah syarikat swasta dari tahun 1986 hingga 1992 dan seterusnya sehingga tarikh pengauditan dilakukan.
Akibatnya, kompleks kolam renang tersebut tidak ekonomik untuk dibaiki kerana kos membaik pulih dianggarkan berjumlah RM3 juta. Apabila kompleks kolam renang Majlis ditutup kepada orang awam, pengguna dan peminat sukan renang yang ingin menggunakan kemudahan kompleks ini tidak dapat meneruskan aktiviti riadah tersebut.
Kolam renang yang terbiar adalah seperti di Foto 10.9 dan Foto 10.10.

Foto 10.9

Struktur Bangunan Utama Yang Telah Rosak

Foto 10.10

Kolam Renang Terbiar

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Kolam Renang Tanjung Ketapang,
Muar
Tarikh: 16 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Kolam Renang Tanjung Ketapang,
Muar
Tarikh: 16 September 2009

Majlis memaklumkan telah membuat permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah Muar
supaya tapak kolam renang tersebut dijadikan sebagai hak milik Majlis dan dijadikan
tapak bangunan pejabat baru Majlis
.
Pada pendapat Audit, penyenggaraan terhadap kemudahan awam adalah tidak
memuaskan kerana tidak mematuhi piagam pelanggan. Kemudahan awam sedia
ada yang tidak disenggara dan ditambah baik menyebabkan ia tidak dapat
digunakan oleh orang awam.

10.4.2 Penyediaan Kemudahan Awam

a) Dewan Orang Ramai Yang Dibina Tidak Digunakan

Pembinaan dewan orang ramai dan balai raya adalah bertujuan untuk digunakan bagi
menjalankan pelbagai aktiviti seperti majlis perkahwinan, pertandingan kebudayaan,
pameran, perhimpunan dan perjumpaan serta aktiviti sukan berbentuk riadah seperti
badminton dan sepak takraw. 

Semakan Audit terhadap rekod penggunaan dewan orang ramai dan balai raya milik Majlis antara tahun 2007 hingga 2009 mendapati Dewan Raya Pancor telah digunakan sehari sahaja manakala Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah pula tidak pernah digunakan langsung.

Semakan Audit selanjutnya mendapati Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah kurang disenggara di mana terdapat kerosakan pada siling dewan, lampu dan pendawaian elektrik menyebabkan ia terbiar dan tidak dapat digunakan oleh penduduk setempat seperti di Foto 10.11 dan Foto 10.12.

Foto 10.11


Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah

Foto 10.12

Dewan Terbiar, Kerosakan Pada Siling Dan
Pendawaian Elektrik

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009

Dewan orang ramai yang tidak disenggara ini menyebabkan ia tidak dapat
digunakan oleh penduduk setempat untuk tujuan aktiviti kemasyarakatan dan
riadah.

Lawatan Audit ke Dewan Raya Pancor pula mendapati ia tidak digunakan walaupun kerja menaik taraf dewan orang ramai ini telah dilakukan pada tahun 2007 melibatkan kos sejumlah RM193,200. Ini disebabkan tiada promosi penggunaan yang dilakukan oleh Majlis menyebabkan tiada tempahan daripada penduduk setempat.

Menurut penjelasan Majlis, kedudukan dewan orang ramai ini yang terletak di
taman perumahan menyebabkan kawalan sukar dilakukan dan kerap berlaku
perbuatan vandalisme. Oleh itu, Majlis bercadang untuk menyerahkan pengurusan
dewan orang ramai ini kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan
Kampung/Taman.

b) Kemudahan Pondok Perhentian Bas Tidak Mencukupi

Jalan raya hendaklah dilengkapkan dengan kemudahan awam seperti siar kaki dan
laluan basikal yang diasingkan daripada jalan berturap, lintasan pejalan kaki yang
mudah dilihat dan dikenali serta pondok menunggu bas yang lengkap dengan ruang bas
berhenti (bus lay by).

Pemerhatian Audit di sepanjang laluan bas awam di antara pusat bandar Maharani dengan kawasan perindustrian Bukit Bakri mendapati pondok perhentian bas kurang disediakan terutamanya di Jalan Sungai Abong. Lokasi yang tidak mempunyai pondok perhentian bas di sepanjang laluan tersebut dan merupakan tempat tumpuan orang ramai adalah seperti di Jadual 10.3.

Jadual 10.3

Lokasi Yang Tidak Mempunyai Pondok Perhentian Bas
Bil. Laluan Bas Awam Lokasi Yang Tiada Pondok Perhentian Bas

1. Jalan Sungai Abong
Di hadapan Pejabat Lembaga Hasil Dalam
Negeri
Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 2
Di hadapan Masjid Jamek Sungai Abong
Taman Pertama

2. Jalan Kampung Tengah Di hadapan Pejabat Pelajaran Daerah
Taman Sri Terap

3. Jalan Bukit Batu Taman Acid dan Taman Jeram Mewah

4. Jalan Parit Wahid Hulu Taman Bakri Permai

5. Jalan Batu Nampak

Taman Pertiwi
Taman Bakri Jaya
Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia

Sumber: Jabatan Audit Negara

Hasil temu bual Audit dengan pemandu bas awam mendapati orang awam yang ingin
menggunakan perkhidmatan bas terpaksa menunggu di bawah pokok atau di tempat
teduh terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti Kampung Kenangan Tun Dr.
Ismail 2 dan kawasan berhampiran persimpangan Kampung Tengah dan Jalan
Kampung Jeram. Keadaan ini berlaku disebabkan Majlis tidak membuat kajian
mengenai keperluan pondok menunggu bas di sepanjang laluan bas awam tersebut dan
pondok menunggu bas hanya akan disediakan berdasarkan permintaan daripada orang
awam. Ini menyebabkan orang awam terpaksa menunggu bas di tepi jalan seperti di
Foto 10.13.

Foto 10.13

Orang Awam Menunggu Bas
Di Kawasan Yang Tidak Mempunyai
Pondok Menunggu Bas

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kampung Kenangan Tun Dr.Ismail 2, Muar
Tarikh: 21 Oktober 2009

Pada pendapat Audit, fungsi penggunaan kemudahan awam di Majlis boleh
dipertingkatkan lagi sekiranya kemudahan yang diperlukan disediakan
secukupnya. Kemudahan sedia ada pula boleh dinaik taraf dan disenggara
sewajarnya supaya dapat digunakan oleh orang awam.
10.4.3 Pencerobohan Tapak Kemudahan Awam

Peruntukan Undang-undang Kecil Taman (MDMS) 1987 menyatakan tiada sesiapa boleh mengalih, memindah, merosakkan atau mencacatkan mana-mana perabot landskap,peralatan permainan kanak-kanak, membuang atau menimbun apa jua kekotoran sampahsarap, mengalih rumput padang atau mengorek tanah serta mendirikan apa jua struktur ditaman awam tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Yang DipertuaMajlis. Selain itu, semua jenis kenderaan tidak boleh diletakkan dalam sesuatu taman.

Lawatan Audit di sekitar kawasan pentadbiran Majlis mendapati 29 atau 40.3% daripada
72 lot permainan dan tanah lapang di kawasan perumahan telah diceroboh oleh orang awam yang menjalankan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan Undang-undang Kecil Taman (MDMS) 1987 seperti bercucuk tanam, membina garaj meletak kereta dan mendirikan bangsal kerja. Antara lot permainan dan tanah lapang yang diceroboh telah digunakan untuk mengusahakan tanaman kekal seperti pokok mangga, rambutan, kelapa dan nangka. Selain itu, terdapat bangsal kerja dan garaj kenderaan dibina di atas rizab tanah lapang Majlis.
Contoh pencerobohan adalah seperti di Foto 10.14 dan Foto 10.15

Foto 10.14

Pencerobohan Taman Permainan
Kanak-Kanak Dengan Aktiviti Tanaman

Foto 10.15

Stor Dan Garaj Kenderaan Yang
Di Bina Atas Lot Tanah Lapang

Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Meranti I, Bakri, Muar
Tarikh: 15 September 2009
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Tun Dr. Ismail 2, Sungai Abong,
Muar
Tarikh: 15 September 2009

Kes pencerobohan lot permainan dan tanah lapang berlaku disebabkan tindakan penguatkuasaan tidak dilakukan terhadap mana-mana orang awam yang melakukan kesalahan. Selain itu, tindakan pencegahan seperti notis larangan menceroboh tidak dipamerkan di kawasan taman tersebut. Setiap tanah lapang yang telah diceroboh sama ada sebahagian atau keseluruhan kawasan telah menghilangkan fungsi rekreasi iaitu sebagaitempat berehat dan menggalakkan interaksi sosial antara masyarakat.

Pada pendapat Audit, pemantauan Majlis terhadap tanah lapang dan lot permainanadalah tidak memuaskan kerana penguatkuasaan tidak dilaksanakan berasaskanUndang-undang Kecil Taman (MDMS) 1987.10.4.4 Perancangan Dan Pelaksanaan Penyediaan Kemudahan Awam

Penyediaan kemudahan awam merupakan salah satu daripada tanggungjawab Majlis yang perlu dilaksanakan kepada orang awam. Sehubungan itu, kajian menyeluruh mengenai keperluan kemudahan awam di sesuatu kawasan perlu dibuat bagi memastikan orang awam dapat menikmati faedah yang diperoleh daripada penyediaan kemudahan awam tersebut.

a) Tapak Kemudahan Awam Untuk Pusat Kejiranan Tidak Mencukupi

Jabatan Perancang Bandar Dan Desa telah menetapkan pemaju hendaklah merizabkan
10% daripada keluasan tapak pembangunan sebagai kawasan lapang bagi setiap
permohonan pembangunan hartanah. Sebanyak 7% daripada rizab tersebut adalah
untuk kawasan lapang mutlak dan selebihnya untuk rizab kemudahan awam yang perlu
diserahkan kepada kerajaan. Selaras dengan itu, Piawaian Perancangan Negeri Johor
telah dirangka bagi memudahkan Majlis merancang penyediaan tapak untuk
pembangunan kemudahan awam. Keperluan menyediakan rizab tapak kemudahan
awam mengikut piawaian perancangan tersebut adalah seperti di Jadual 10.4.

Jadual 10.4

Piawaian Menyediakan Rizab Tapak Kemudahan Awam
Bil.Tapak UntukSeunit Kemudahan Awam
Luas Tapak Piawaian Keperluan
Penduduk (Hektar) (Orang

1. Lot Permainan 0.066 - 0.4 500 – 2,000
2. Balai Raya 0.3 - 1 (ekar) 1,000 - 5,000
3. Klinik 0.1 2,000 - 4,000
4. Tadika 0.1 2,500
5. Padang Permainan 0.8-3.2 2,000 - 5,000
6. Sekolah Rendah 2.3 7,500
7. Sekolah Agama 0.6 7,500
8. Surau/Tempat Ibadah 0.1 5,000
9. Dewan Orang Ramai 0.25 - 1.5 (ekar) 3,000 - 10,000
10. Padang Kejiranan 3.2 - 12 5,000 - 10,000
11. Balai Polis 1.0 10,000 - 15,000
12. Pejabat Pos Kecil 0.1 - 0.2 3,000 - 15,000
13. Sekolah Menengah 3.6 15,000

Sumber: Piawaian Perancangan Negeri Johor

Pematuhan terhadap piawaian di atas akan memudahkan Majlis dan jabatan kerajaan
yang lain untuk menyediakan kemudahan awam di atas rizab yang ditentukan.

Lawatan Audit ke kawasan kejiranan Jalan Jonid dan Jalan Sungai Abong mendapati tapak untuk kemudahan awam hanya disediakan sebanyak 39 atau 45.3% berbanding 86 tapak yang sepatutnya untuk keperluan piawaian penduduk seramai 39,785 orang. Bilangan tapak yang tidak disediakan bagi kedua-dua kawasan kejiranan tersebut adalah sebanyak 47 lot iaitu 24 lot di kawasan kejiranan Jalan Jonid untuk penduduk seramai 16,110 orang dan 23 lot di kejiranan Jalan Sungai Abong untuk penduduk seramai 23,675 orang. Keperluan tapak berbanding tapak sedia ada di kawasan kejiranan Jalan Jonid dan Jalan Sungai Abong adalah seperti di Jadual 10.5.

Jadual 10.5

Keperluan Tapak Berbanding Dengan Tapak Sedia Ada
Kawasan
Kejiranan
Penduduk Keperluan
Piawaian
Sedia
Ada Kurang Kurang
(Orang) (Bil. Lot) (Bil. Lot) (Bil. Lot) (%)
(a) (b) (c)=(a)-(b) (d)=(c)/(a)
Jalan Jonid 16,110 36 12 24 66.7
Sungai Abong 23,675 50 27 23 46.0
Jumlah 39,785 86 39 47 54.7

Sumber: Jabatan Audit Negara

Sebanyak 47 lot tapak kemudahan awam yang kurang disediakan adalah untuk 12 lot
tadika, sembilan lot klinik, enam lot padang permainan, empat lot sekolah rendah, empat
lot sekolah agama, tiga lot padang kejiranan, tiga lot balai raya, dua lot surau/tempat
ibadah, dua lot untuk pejabat pos kecil, satu lot balai polis dan satu lot dewan orang
ramai.

Semakan Audit juga mendapati kedudukan tapak kawasan lapang, dewan orang ramai
dan surau/tempat ibadah tidak diagihkan mengikut kepadatan penduduk dan keluasan
sesuatu sektor kejiranan dalam tap

awam yang mencukupi tidak dapat disediakan bagi kedua-dua kejiranan mengikut
pertambahan penduduk kerana saiz 10% tanah lapang yang diluluskan antara 0.032
hingga 1.715 hektar setiap satu hanya dirizab untuk keluasan lot permainan atau
kawasan lapang mutlak berbanding saiz lot yang ditentukan oleh piawaian iaitu antara
0.066 hektar hingga 12 hektar.

Majlis juga tidak mengambil kira keperluan penyediaan lot tanah lapang yang berskala besar mengikut jenis rizab tanah lapang untuk penyediaan kemudahan awam pada masa akan datang semasa meluluskan sesuatu permohonan. Oleh kerana rizab tapak yang mencukupi tidak dapat disediakan oleh pemaju, Majlis dan jabatan kerajaan yang lain tidak dapat menyediakan kemudahan
awam mengikut piawaian perancangan yang telah ditetapkan bagi manfaat penduduk di seluruh kawasan tersebut.

Menurut Majlis, tapak kemudahan awam sukar disediakan kerana kebanyakan tanah
dimiliki oleh pemilik yang berlainan dan dibangunkan secara usahasama dengan pemaju
perumahan dalam skala kecil.

Analisis Audit terhadap 100 borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk di
kedua-dua kejiranan tersebut mengenai kemudahan awam yang diperlukan oleh orang
awam tetapi tidak disediakan oleh Majlis adalah seperti di Carta 10.1.

Carta 10.1

Kemudahan Awam Yang Diperlukan Oleh Orang Awam
Bagi Kejiranan Jalan Jonid Dan Jalan Sungai Abong

Sumber: Borang Soal Selidik Jabatan Audit Negara

Carta 10.1 menunjukkan sebanyak 44% responden memerlukan kemudahan padang
bola sepak dan pondok menunggu bas, 37% memerlukan peralatan permainan kanak-kanak dan 33% memerlukan balai raya di kawasan kediaman mereka. Sebanyak 10%
responden pula memerlukan kemudahan awam yang lain seperti surau, perpustakaan
awam dan telefon awam.

b) Perancangan Pembinaan Balai Raya Dan Dewan Orang Ramai Tidak Dilaksanakan

Rancangan Tempatan Daerah Muar yang disediakan mengikut Akta Perancang Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172) menyatakan Majlis perlu membina sebanyak 37 unit balai
raya dan 23 unit dewan orang ramai dalam tempoh 12 tahun iaitu dari tahun 2004
hingga 2015. Kos keseluruhan pembangunan projek adalah sejumlah RM22.53 juta
yang akan dilaksanakan melalui tiga fasa.

Pembinaan fasa satu bermula dari Januari 2004 hingga Disember 2007 melibatkan sebanyak 18 unit balai raya dan 18 unit dewan orang ramai. Pembinaan fasa dua bermula dari Januari 2008 hingga Disember 2011 melibatkan sebanyak lapan unit balai raya dan dua unit dewan orang ramai dan fasa tiga bermula dari Januari 2012 hingga Disember 2015 melibatkan sebanyak 11 unit balai raya dan tiga unit dewan orang ramai.

Semakan Audit mendapati pembinaan sebanyak 18 unit balai raya dan 18 unit dewan
orang ramai tidak dilaksanakan di tiga blok perancangan yang telah ditentukan sehingga
akhir tahun 2009. Semakan selanjutnya mendapati tiada sebarang rekod diselenggara
bagi menunjukkan status kemajuan projek bagi fasa satu dan fasa dua.

Majlis tidak dapat melaksanakan pembinaan balai raya dan dewan orang ramai yang dirancang
kerana lokasi sebenar tapak projek belum ditentukan dan tiada kajian semula dibuat
terhadap keperluan balai raya atau dewan orang ramai di sesuatu tempat yang telah
dirancang. 

Selain itu, Majlis tidak menyediakan peruntukan kewangan dalam bajet tahunannya untuk projek berkaitan. Kelewatan melaksanakan rancangan yang dibuat menyebabkan orang awam tidak dapat menggunakan kemudahan awam yang telah dirancang.

Menurut Majlis, Rancangan Tempatan yang disediakan adalah sebagai garis panduan dalam melaksanakan pembangunan di mana pembinaan balai raya dan dewan orang ramai ini akan dilaksanakan apabila perlu dan Majlis mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi.

Pada pendapat Audit, perancangan Majlis untuk mengadakan rizab tapak kemudahan awam adalah tidak memuaskan kerana bilangan tapak kemudahan awam yang disediakan tidak mencukupi dan tidak mengambil kira keperluan masa hadapan selaras dengan pertambahan penduduk.

10.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan kemudahan awam di Majlis Perbandaran Muar
adalah tidak memuaskan dan boleh dipertingkatkan melalui tindakan bersepadu antara
jabatan dalam Majlis.

 Antara kelemahan yang ditemui adalah aspek penyenggaraan kurang diberikan perhatian menyebabkan kemudahan awam tidak boleh digunakan lagi. Terdapatjuga kolam renang yang terbiar dalam keadaan yang terlalu usang. Kemudahan awam yang dirancang tidak dilaksanakan dan kemudahan awam yang disediakan tidak dimanfaatkan.

Selain itu, tanah lapang dan kawasan permainan
tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap penceroboh.

Sehubungan itu, syor berikut boleh dipertimbangkan oleh pihak Majlis:

a) Menyediakan rancangan penyenggaraan kemudahan awam untuk tujuan kerja
penyenggaraan secara berkala (regular), pencegahan (preventive) dan pembaikan
(corrective) melalui penyediaan satu daftar kemudahan awam.

b) Membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan kemudahan awam di seluruh kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan permintaan orang awam.

c) Meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan terhadap aktiviti yang bertentangan
Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987 di atas tanah lapang dan kawasan
permainan kanak-kanak di seluruh kawasan pentadbiran Majlis.

d) Menggalakkan skim perumahan yang berskala besar untuk mengelakkan konflik guna
tanah dan masalah kekurangan kemudahan awam terutama di kawasan yang
mempunyai ramai penduduk. Skim ini boleh dilaksanakan dengan menggabungkan lotlot
kecil agar kawasan boleh dibangunkan secara bersepadu dengan penyediaan
kemudahan awam yang lengkap sebagaimana yang disarankan dalam Rancangan
Tempatan Daerah Muar.




HUKUM UCAPAN SEMPENA PERAYAAN AGAMA LAIN

Posted: 04 Nov 2010 09:51 PM PDT

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain


Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu". (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn 'Abbas r.a menyebut:
"Jika Firaun berkata kepadaku 'semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab 'untuk engkau juga'" (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun "congratulating" sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: "Itu jenazah seorang yahudi". Baginda bersabda: "Tidakkah ia juga jiwa (insan)?" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: "Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut" (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut 'anak Allah' atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar 'selamat hariraya' atau 'selamat bergembira' atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

sumber: http://drmaza.com/home/?p=1277

Perjuangan Rakyat

Posted: 05 Nov 2010 09:04 PM PDT

Perjuangan Rakyat


CERAMAH AGAMA

Posted: 05 Nov 2010 06:26 AM PDT

"NEGARA PERLUKAN ISLAM"

OLEH :
USTAZ NASRUDIN TANTAWI
USTAZ AZMAN SYAPAWI ABD RANI
USTAZ MOKHTAR SENIK


BERTEMPAT DI MUSOLLA AR-RAUDHAH, TAMAN PELINDUNG PERDANA

DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MENDENGAR CERAMAH DARI PARA ILMUAN

misbahul munir

Posted: 05 Nov 2010 09:02 PM PDT

misbahul munir


Menang di Galas & Batu Sapi bukan bermakna BN dah kuat - Prof Dr Aziz Bari

Posted: 05 Nov 2010 04:56 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Nov 2010 07:32 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


TV3 fitnah kejadian pergaduhan di Dun Galas

Posted: 05 Nov 2010 04:11 AM PDT



" Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu."

Itulah sebahagian petikan berita yang melaporkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas dalam pergaduhan di hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil Dun Galas.

Petugas dan penyokong PAS yang berada di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi kesal dengan laporan berita TV3 dan Bernama yang melaporkan berita palsu & fitnah itu.Memang dalam setiap pergaduhan di Pilihanraya Kecil, penyokong PAS selalunya akan dituding jari sebagai pihak yang memulakan dulu pergaduhan tersebut.

Berlainan dengan apa yang dilaporkan Bernama itu, punca sebenar pergaduhan adalah berpunca dari provokasi penyokong BN yang melintasi jalan untuk ke kawasan yang ditempatkan penyokong PAS.Selepas bertengkar mulut,pihak penyokong PAS meminta beberapa orang penyokong BN agar kembali ke tempat mereka.Namun mereka berkeras dengan menghamburkan kata-kata kesat.

Dalam perbalahan mulut itu, salah seorang penyokong BN telah melepaskan tumbukan ke salah seorang petugas Unit IT Pemuda Dun Sura yang bertindak untuk meleraikan perbalahan tersebut.Namun penyokong BN tersebut berjaya melarikan diri selepas itu.
Bermulalah insiden berbalas-balas tumbukan dari kedua-dua pihak.Suasana kelam kabut berjaya dileraikan dengan bantuan unit keselamatan PAS dan pasukan polis berpakaian preman yang ditempatkan di situ.

Selepas kejadian tersebut barulah pihak polis bertindak mengarahkan agar penyokong PAS ditempatkan tidak berhadapan dengan penyokong BN.Suasana di tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi ini dikuasai penyokong PAS yang bilangannnya 5 kali ganda penyokong BN.


p/s : Bukti bergambar dimana pihak penyokong BN memasuki kawasan penyokong PAS.Kawasan berkanopi itu adalah khemah BN yang menempatkan penyokong BN.






PAS Kawasan Miri

Posted: 05 Nov 2010 07:17 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kekalahan Perkuat Iltizam PAS hadapi PRK DUN Sarawak dan PRU 13

Posted: 05 Nov 2010 07:05 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia mengangap kekalahan PAS di Dun Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihan raya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihan raya kecil Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.Insya Allah, PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam, kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya.Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan BN sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman BN terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk.Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat.Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihan raya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan BN. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera BN maka sudah lama BN akan berkubur.

Ustaz Idris Ahmad

DPPK PARIT

Posted: 05 Nov 2010 07:09 PM PDT

DPPK PARIT


PERINGATAN KEPADA UMMAT ISLAM

Posted: 05 Nov 2010 04:23 AM PDT

Surat cinta buat Perdana Menteri

Posted: 05 Nov 2010 04:03 AM PDT

MURSYIDUL AM YANG TENANG

Posted: 04 Nov 2010 07:29 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 05 Nov 2010 03:28 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


PAS MTD Kemasik Menuju Kemenangan Pada PRU Ke-13

Posted: 05 Nov 2010 05:55 AM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 05 Nov 2010 03:18 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Pra Konvo PASTI Kawasan Sembrong

Posted: 05 Nov 2010 11:09 AM PDT

Gambar hiasan ikhsan Pasti Pantai Barat Sabah

Taman Sri Lambak : Telah berlangsung mesyuarat persiapan majlis konvokesyen PASTI Kawasan Sembrong di markaz T6 malam tadi.

Banyak persiapan yang mesti dibereskan dan yang menimbulkan masalah ialah urusan persiapan dewan kerana pada sebelah malam sebelum majlis konvo berlangsung pada 14 Nov 2010 ada majlis perpisahan sekolah lain yang menggunakan dewan tempat berlangsungnya konvo tersebut.

Dijangka tamat paling cepat pun pukul 11.00 malam. Gusar? tak mengapa, tak manjadi pasal kepada kami untuk menagguhkan acara gilang gemilang itu dan warga PASTI yang terdiri dari Guru, AJK, JIBG dan semua para simpatis mesti buktikan bahawa kerja amal untuk kepentingan pendidikan anak-anak di PASTI yang mesti utamakan walaupun terpaksa berkorban membereskan kerja sampai dinihari...

Trauma bah

Posted: 05 Nov 2010 10:25 AM PDT


Banjir....Peringatan Dari Allah SWT

Banjir...bencana alam yang sedang melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia (Perlis,Kedah) juga negara jiran Thailand. Puluhan ribu telah dipindahkan. Anak-anak yang bakal menduduki SPM...terbantut proses pembelajaran mereka.

BAB 1: BANJIR 1988

Tatkala ini..teringat sewaktu tahun 1988..peperiksaan SPM terpaksa dihentikan selama seminggu..berikutan banjir besar yang melanda..apa lagi tika itu....aku dan rakan-rakan yang duduk di asrama bergegas pulang ke rumah..al-maklumlah cuti.

Namun..alhamdulillah setelah seminggu...kami meneruskan perjalanan peperiksaan SPM..dan natijahnya..keputusan SPM yang diumumkan pada tahun 1989..menyaksikan ramai dari kami berjaya melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan hanya kami 25 orang sahaja yang meneruskan perjuangan mengambil STPM di sekolah tercinta....


BAB 2 : BANJIR 2001

Kala ini aku dan suami..mengalami kejutan banjir buat kali pertama ..dan mengharungi banjir se awal jam 4 pagi. Dengan suami mengendong anak perempuan ketika itu berusia 5 tahun dan anak lelaki berusia 1 tahun...meredah banjir ..dengan keadaan yang gelap ...meredah mengikut arah..kaki. Dan aku hampir-hampir terjatuh..namun alhamdulillah...Allah masih memberi aku ruang..untuk meneruskan perjuangan hidup ini.

Masa ini..jangan cakaplah..semua perkakas,perabot...tilam malahan pinggan mangkuk ..bergenang dan belayar mengikut arus...air se aras...pangkal peha...kereta...apatah lagi...terpaksa dijual selepas banjir.

Rumah umpama kedai dobi...baju merentasi ampaian...hamparan dan tilam terpaksa dikorbankan...itulah hakikat banjir...sukar untuk diluahkan ...namun hanya orang yang sudah menghadapinya akan merasainya....terasa seolah-olah baru semalam mengharung banjir dengan arus yang deras.

BAB 3: BANJIR 2005

Berpindah ke rumah lain..namun di persekitaran dan kawasan yang sama. Banjir melanda 3 kali dalam sebulan..bersama air kumbahan longkang di belakang yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, tak tahu nak lari ke mana..barang-barang sudah dinaikkan..namun apakan daya..kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Sekali lagi..barang-barang kami dihanyut air...dan akhirnya..mengambil keputusan melarikan diri ke rumah ibu mertua....yang agak tinggi kedudukannya...

Pengalaman hidup mengharungi banjir benar-benar mengajar kami..bahawa segala sesuatu itu hanya "pinjaman"..yang bila-bila masa saja Allah boleh ambil dan bila-bila masa sahaja Allah boleh pulangkan.

Hendak dikira berapa kerugian akibat kehilangan harta benda semasa banjir...rasa-rasanya tidak terkira...namun kesyukuran terhadapNya...kerana kami tidak kehilangan "harta" dan 'amanah' yang paling berharga dalam hidup kami. Alhamdulillah. All praises to Allah.....

Betapa segala ujian dan musibah yang melanda kita ..pastinya ada hikmah..yang kita tidak tahu...namun apabila segala musibah dan ujian itu berakhir...barulah kita menyedari bahawa Allah sudah menyediakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Alhamdulillah..setelah mengalami pengalaman banjir sebanyak 4 kali dan berpindah rumah sebanyak hampir 8 kali..kami dapat menduduki rumah kami sendiri...di Taman Sri Lambak pada bulan April 2008...sesungguhnya tidak Allah datangkan hujan dan ribut petir kepada kita..kerana sesungguhnya Allah hendak menghadiahkan kita Pelangi yang cukup indah ini....

Begitulah "mehnah" dan perjuangan kita sebagai hamba Allah...tidak Allah datangkan ujian itu...diluar batas kemampuan hambaNya...pasti ada hikmah yang tersembunyi...di sebaliknya....yakinlah dengan Qada' dan Qadar Allah. Wa'allahu'alam.

Dicatat oleh ummu sakina

2032 masehi

Posted: 05 Nov 2010 10:11 AM PDT


Bahang Aidil Adha...


Terasa-rasa ingin terbang...andai ada kuasa ..yang boleh menerbangkan diri ini..menjadi tetamu Allah di Tanah Al-Haramain...alangkah indahnya...

Menunaikan haji..bertawaf..berwukuf..sai'e...bercukur..bersama-sama keluarga tercinta..pasti tiada yang lebih indah daripada menjadi tetamu Allah SWT.

Namun apakan daya...belum tercapai cita-cita dan impian...rezeki belum mencukupi...tetapi usaha-usaha untuk menjadi tetamu Allah terus dilaksanakan.Insya'Allah..we find the way....

Pergantungan yang hakiki kepada Allah SWT..sesungguhnya Dia maha mengetahui segala perjalanan hidup hambaNya...mudah-mudahan aku dan keluarga diberikan kemudahan dan kesenangan untuk menjadi tetamu Allah.

2032

Betapa resahnya hati apabila dok mendaftar di Tabung Haji...tertera tahun 2032...baru boleh menunaikan haji..

Bermakna 20 tahun baru boleh laksana ibadah haji...alahai tabung haji...kalau ada tabung lain yang boleh uruskan haji dengan harga yang berpatutan syok juga...mengikut perkiraan...aku sudah berusia 59 tahun..ntahkan larat ntahkan sihat..untuk menunaikan ibadah teragung ini.

Menggunung perasaan untuk menyimpan duit secukupnya agar dapat menunaikan ibadah agung ini melalui "pakej"(pekej nak cepat tapi kena bayar mahal)..ye-lah nak menunggu giliran yang begitu lama...anak-anak pastinya sudah membesar...mungkin lebih mudah..tapi...hanya Allah sahaja yang tahu.

Dipanjatkan rasa penuh pengharapan agar Allah mempermudahkan perjalanan "ibadah agung" ini buat kami sekeluarga. Amin...ya rab-al-amin

Dicatat oleh ummu sakina

13 kali PRK : PR8 BN5

Posted: 05 Nov 2010 09:23 AM PDT

Penganalisis: Kuasai Galas, Batu Sapi bukan petanda sebenar BN 'kian kuat' -MInsider

Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

"Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa," kata beliau.

Teras PAS adalah Islam ; tak dimanfaatkan

Posted: 05 Nov 2010 09:12 AM PDT

Ilham Centre: PAS hilang 'istimewa', tenggelam momentum pertahan Galas - MInsider

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Ilham Centre, firma penyelidik bebas merumuskan, kegagalan PAS menggunakan pendekatan agama sebagai strategi menghadapi Umno-BN, antara lain telah mengakibatkan parti itu hilang keistimewaan dan momentum di Galas.

Menurut pengarah eksekutifnya Muhamad Hisommudin Bakar, tinjauan Selasa lalu mendapati Umno lebih agresif memenangi hati majoriti pengundi yang masih belum membuat pendirian sama ada mengundi PAS atau Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas yang berakhir semalam.

Barisan Nasional (BN ) merampas kembali kerusi DUN Galas dengan majoriti undi 1,190 selain mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Menurut Hisommudin, sepatutnya dapatan Ilham Centre iaitu 62.4 peratus pengundi khususnya pemilih di atas pagar dan Orang Asli, yang setakat awal minggu ini masih belum menentukan calon pilihan mereka, membantu PAS menyusun strategi akhirnya.

"Kehadiran PAS di Galas dilihat hilang momentum dan keistimewaan, kehadiran PAS pada pengamatan pengundi sama seperti BN.

pendekatan

"Pendekatan agama PAS dalam beberapa pilihan raya kecil lepas (dengan membangkitkan) isu syurga neraka, dosa pahala, keberkatan serta pertolongan daripada Tuhan lebih memperlihatkan PAS berbeza dengan yang lain (termasuk Umno).

"Sepatutnya PAS berkata, siapa undi PAS akan dapat pahala kerana itu galur PAS," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Menurut beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati tawaran terbuka PAS untuk memberi tambang balik RM250 kepada pengundi luar dipersoal oleh akar umbi parti dan pengundi tradisi yang pada pilihan raya umum ke-12 menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merangkap Mursyidul Am parti.

Mereka, menurut tinjauan Ilham Centre itu lagi, turut mempersoal tindakan Nik Aziz di depan media menyampaikan wang zakat kepada tiga Orang Asli setelah upacara pengislaman mereka dilangsungkan.

"Ini bukan soal siapa betul siapa salah, orang ramai tidak kisah kalau pengislaman sahaja yang dilakukan tetapi apabila strategi beri duit zakat (kepada tiga Orang Asli) di depan media dilakukan, maka umum melihat PAS sebenarnya tidak ada bezanya dengan Umno dalam menggunakan duit untuk memenangi hati pengundi," ujarnya.

Paling memberi tamparan hebat, katanya lagi, apabila pengundi yang masih belum membulatkan pendirian ini memberi perhatian pada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur aksi Nik Aziz serta kerajaan Kelantan tersebut.

"Memang menjadi tamparan yang cukup hebat apabila Tuan Guru Nik Aziz serta kerajaan negeri ditegur oleh SPR sendiri, memang ada kesannya pada pengundi yang sebelum ini tidak menyokong mana-mana pihak," ujarnya.

orang asli

Dari segi yang lain, tinjauan Ilham Centre juga mendapati jentera PAS dan Pakatan Rakyat negeri agak lambat mengakses Orang Asli berbanding jentera BN.

"PAS sebenarnya terlalu lambat untuk memenangi pengundi atas pakar dan Orang Asli, menurut maklumat jentera, PAS sebenarnya ada strateginya cuma menunggu saat-saat akhir," ujar beliau.

Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PAS negeri yang ditemui Ilham Centre memberitahu bahawa tanggungjawab memenangi hati Orang Asli diserahkan sepenuhnya kepada agensi kerajaan negeri sejak sehari sebelum hari penamaan calon.

"Peringkat awal kita difahamkan PAS menyerahkan (kempen) Orang Asli kepada jentera kerajaan (negeri) seperti Tabung Amanah Tok Kenali dan PMBK Sawit," ujarnya.

Strategi "damai" PAS untuk menghadapi jentera BN yang dipimpin oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga sedikit sebanyak menjejaskan fokus jentera bawahan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Syarat-syarat PAS seperti tidak terlalu menjaga hubungan politik Ku Li (Tengku Razaleigh) nampak seperti mengelirukan serta menyukarkan jentera-jentera yang di bawah menggunakan strategi-strategi tradisi untuk menghadapi jentera Umno.

"Kita (Ilham Centre) tengok strategik kali ini lari jauh dari strategi-strategi tradisi seperti yang PAS bawa sebelum ini," ujarnya.

Tambah beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati umum melihat jentera Ku Li lebih sederhana walaupun Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengaku bahawa PAS turun ke Galas sebagai "underdog".

"Umno lebih 'underdog' kerana BN nampaknya tidak mobilisasi jenteranya secara besar-besaran seperti dalam beberapa pilihan raya lalu mungkin kerana Ku Li tidak ada keistimewaan untuk memberi habuan politik kepada sesiapa sahaja yang membantunya.

"Tetapi dalam keadaan begitu, jenteranya (BN) menghadapi jentera negeri yang dipimpin oleh seorang yang dianggap tokoh penyusun strategik seperti Ustaz Halim," kata beliau.

tak selesa

Malah kata beliau lagi, tinjauan Ilham Centre turut melihat jentera-jentera PAS yang datang dari luar seakan tidak selesa dengan beberapa pemimpin utama di markas induk PAS.

Bercakap soal calon pula, katanya, pengundi lebih selesa dengan pendekatan sederhana BN berbanding PAS.

"Calon Umno walaupun tahap kelulusannya dipertikai oleh PAS, tetapi pengundi-pengundi tidak termakan dengan serangan-serangan sebegitu kerana dia (Abdul Aziz) adalah calon BN dari (kalangan) anak tempatan.

"Nampaknya, dalam hal ini PAS terperangkap walaupun PAS mempunyai pengalaman mempertaruh seorang 'Tok Peraih Ikan' (tauke ikan) sahaja pada pilihan raya kecil Manik Urai (tahun lalu)," ujar beliau.

Tinjauan Ilham Centre juga berpendapat bahawa sepatutnya PAS mempunyai lebih banyak kelebihan kerana calon taruhannya Dr Zulkefli pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali.

"Dua kali Dr Zul bertanding di Gua Musang, tetapi nampak kehadirannya masih gagal menyaingi Ku Li dan calon 'underdog' BN (Abdul Aziz)," ujarnya.

"Popularti Dr Zulkefli kalau dalam kajian kita sebelum ini 60 peratus pun, sebenarnya ia secara umum tidak menumpu pada soal positif atau negatif," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pengundi-pengundi yang ditemui memberi maklum balas positif tentang Dr Zulkefli.

Beliau turut mengaku, tinjauan Ilham Centre turut merumuskan bahawa kekalahan kali ini tidak menjejaskan populariti positif Nik Aziz.

"Sebenarnya Tuan Guru 'OK' tetapi rakyat nampaknya tidak puas hati kenapa adik-beradik Tok Penguhulu tertentu saja yang dapat habuan daripada kerajaan negeri.

"Sehingga hari-hari akhir, isu pentadbiran kerajaan negeri seperti Ladang Rakyat, kifalah, pemberian tanah masih gagal diselesaikan," ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 05 Nov 2010 03:13 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


Posted: 26 Jun 2010 12:31 AM PDT

Diwar-warkan 100 ulama akan menyertai UMNO pada minggu lepas. Diantara nama yang disebut-sebut adalah mantan mufti negeri Perlis, Dr Asri. Walaupun nama beliau telah disahkan oleh seorang MT UMNO, Dr Asri maish lagi mempertahankan pendirian untuk tidak menyertai man-mana parti politik. Sehingga pada majlis kemasukan 100 ulama tersohor pada malam tadi, batang tubuh Dr Asri tidak kelihatan.

Daripada 100 ulama tersohor yang akan menyertai perjuangan UMNO yang diwar-warkan oleh Berita Harian beberapa hari sebelum ini, pada malam tersebut 40 ulama muda menyerahkan borang keahlian UMNO di PWTC. Mereka ini mendaftar sebagai ahli cawangan Dataran Merdeka. Sinar Harian memetik 2 nama ulama muda iaitu Fathul Bari Mat Jahya dan Fadhlan Mohd Othman yang menyertai UMNO.

Memetik kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Fadhlan Mohd Othman, beliau dan 39 rakannya yang lain menyertai UNO untuk mentarbiahkan organisasi UMNO dari dalam. Satu tugas dan cabaran yang amat besar. Semoga beliau dapat membentuk dan mentarbiahkan UMNO kembali ke landasan perjuangan ISLAM.

Seorang MT UMNO, Dato Seri Shahidan Kassim melontarkan cabaran kepada PAS supaya bersiap sedia untuk mengadakan pertemuan dengan ulama UMNO bagi membincangkan hal-hal agama.!!!!!!!!. Insyaallah PAS tidak akan menolak....



'Mengapa kami sertai Umno'
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10
11:24pm
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 05 Nov 2010 01:33 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Kuda Tunggangan ....

Posted: 04 Nov 2010 07:38 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 05 Nov 2010 01:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


SUKARELAWAN PEMUDA PAS MULAI LAPOR DIRI

Posted: 05 Nov 2010 04:35 AM PDT

alhamdulillah setakat petang ini seramai 70 orang tenaga sukarelawan pemuda dan Unit Amal dari Kedah , Wilayah Persekutuan telah melaporkan diri di Bilik Gerakan Banjnir PAS Kedah
. Mereka telah dihantar kekawasan penempatan bannir di Kuala Kedah, Alor setar, Pokok Sena dan Kubang Pasu.

JADUAL TUGAS BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

Posted: 05 Nov 2010 04:33 AM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menubuhkan Sekretariat Bantuan Mangsa Banjir melihat perkembangan banjir yang semakin teruk di Kedah dan Perlis.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sekretariat itu diketuai oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang boleh dihubungi di talian 019-7701830.
Katanya, arahan bertindak telah dikeluarkan dan misi bantuan telah digerakkan di mana pada hari ini untuk tindakan segera dengan menghantar tenaga sukarelawan dari DPP Negeri Perak ke Kedah dan DPP Pulau Pinang ke Perlis.
Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Kedah di Kompleks PAS Negeri Kedah Batu 9. Tel: 019  470 4740 Ust Mad Ya/013 407 4295 Ust Ezzat Syauqi.
Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Perlis di Kompleks Tarbiyyah PAS Perlis MADI Jejawi Dalam. Tel: 019 457 4652 Ust Yaakob/013 420 3344 Ust Yusaini]
Sementara negeri-negeri lain dibahagi kepada jadual gerak kerja seperti berikut:
Syif Pertama: Bantuan tenaga manusia untuk tujuan membantu mangsa dan memindahkan mereka ke tempat yang selamat serta membekalkan air, makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan – untuk keperluan spesifik dan berkesan, ketua kontijen DPP negeri diminta hubungi terus Ketua DPP Perlis, Ust Ya'kub: 019 457 4652 dan Ketua DPP Kedah, Ust Mad Ya: 019 470 4740]
6 Nov ke Kedah [2/3 hari]
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
6 Nov ke Perlis . [2/3 hari]
Selangor, Wilayah dan Melaka
Syif Kedua: Jika banjir belum surut, maka bentuk bantuan sama seperti syif pertama , cuma tukar atau tambah tenaga manusia. Namun jika banjir telah surut maka bentuk bantuan ialah membantu mangsa membersih kediaman mereka serta membersihkan masjid dan tempat awam dsbnya.
9 Nov ke Kedah [2/3 hari]
Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan
9 Nov ke Perlis [2/3 hari]
Selangor, Wilayah, Melaka dan Pulau Pinang.

BILIK GERAKAN BANJIR PAS KEDAH BEROPERASI 24 JAM

Posted: 05 Nov 2010 01:12 AM PDT

PAS KEDAH TELAH MENUBUHKAN BILIK GERAKAN BANJIR BERTEMPAT DIKOMPLEKS PAS KEDAH. SEMUA PETUGAS DAN SUKARELAWAN DIMINTA LAPOR DIRI DI KOMPLEKS PAS KEDAH SEBELUM DIHANTAR KE KAWASAN BANJIR. UNTUK KERJA PEMBERSIHAN SILA BAWA PERLATAN YANG LENGKAP. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
UST AHMAD YAHYA 019 4704740, UST MUSODDAK 012 4827563, UST ROSLI AZMI 019 4706247
BARANGAN KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN
1. AIR MINERAL
2. PAMPERS BAYI
3. TUALA WANITA
4. BISKUT
5. APA YANG DIFIKIRKAN PERLU

UNTUK SUMBANGAN KEWANGAN HANTAR ATAS NAMA MAJLIS TINDAKAN BENCANA ALAM BPPNK MAYBANK 552170001133.

BILIK GERAKAN BANJIR PAS KEDAH BEROPERASI 24 JAM

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 05 Nov 2010 01:26 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Demonstrasi Bantah Roboh PASTI & SURAU Hari Ini

Posted: 04 Nov 2010 08:11 PM PDT

Semua dijemput hadir seperti demi membantah tindakan kerajaan merobohkan PASTI dan SURAU

Dupahang's Weblog

Posted: 05 Nov 2010 11:28 AM PDT

Dupahang's Weblog


Undi Pas berkurang 265 undi di Galas- Undi BN Bertambah

Posted: 05 Nov 2010 03:44 AM PDT

Syukur PM ingat mati

Posted: 05 Nov 2010 03:14 AM PDT

http://kuberharap.blogspot.com/ Projek tanah kubur menandakan PM kita ingat pada mati Dato'Seri Anwar Ibrahim ,Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat mendedahkan terdapat satu projek baru BN yang dinamakan Pusara Negara menelan belanja RM 70 juta. "Ada projek baru namanya Pusara Negara,500 buah lubang kubur disediakan,250 buah lubang kubur untuk pembesar-pembesar VIP muslim dan 250 buah lubang kubur [...]

Kenapa PAS Kalah – Ilham Centre

Posted: 05 Nov 2010 02:42 AM PDT

Oleh Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 5 Nov — Ilham Centre, firma penyelidik bebas merumuskan, kegagalan PAS menggunakan pendekatan agama sebagai strategi menghadapi Umno-BN, antara lain telah mengakibatkan parti itu hilang keistimewaan dan momentum di Galas. Menurut pengarah eksekutifnya Muhamad Hisommudin Bakar, tinjauan Selasa lalu mendapati Umno lebih agresif memenangi hati majoriti pengundi yang masih belum [...]

Kemenangan BN di Galas sudah dijangka

Posted: 05 Nov 2010 02:28 AM PDT

Oleh Shaharul Shafie Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya [...]

Anak ahli PAS hilang, dipercayai dicolek

Posted: 04 Nov 2010 09:39 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com TEMERLOH – 4 November: Seorang anak ahli PAS dari Cawangan Buntut Pulau dekat sini, Nur Hajarul Iqwal Suhaimi, 17, dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika bermalam di rumah neneknya. Suhaimi Abdullah ketika bertemu Selamatkan Pahang memberitahu, kira-kira jam 6.40 pagi hari ini semasa di rumahnya, beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya yang ketika itu [...]

Dun Galas: Satu Muhasabah.. Teruskan Jihad!

Posted: 04 Nov 2010 09:32 PM PDT

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/   Mencari kesalahan dan mengkambing-hitamkannya cukup mudah. Bolehlah disenarai kekurangan yang dicatat. Tetapi bincanglah dalam program dalaman untuk muhasabah. Bagi diambil manfaat bersama. Nak disalahkan UMNO-BN, itu memang kerja mereka. Kalau tidak taklah namanya UMNO-BN. Itu dah sedia maklum. Mereka akan mengambil segenap peluang dan kesempatan demi mengekalkan survival politik mereka.    Setiap apa [...]

Galas dan Batu Sapi : Petanda atau petaka ?

Posted: 04 Nov 2010 09:20 PM PDT

Oleh : Chegu Zul Kemenangan berganda BN, Bn PR 2-0, Kemenangan Bn Petanda Sokongan Rakyat Kembali adalah antara beberapa tajuk berita yang terpampang di dada-dada akhbar berbahasa Melayu. 1001 hamburan pujian diberikan oleh para pengulas dan penganalisis bilik berita media perdana berbahasa Melayu kepada kempimpinan Najib 1Malaysia. Apa pun kemenangan Bn ini memberi petanda stamina [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 05 Nov 2010 11:13 AM PDT

Batu Gajah Mari


Galas, Batu Sapi loceng amaran bangkit PRU 13

Posted: 05 Nov 2010 10:39 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia mengangap kekalahan PAS di Dun Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihan raya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihan raya kecil Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.
Insya Allah, PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam, kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya.
Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.
Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk.
Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat.
Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.
Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihan raya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.

PAS Membantu golongan India Miskin sempena Deepavali

Posted: 04 Nov 2010 11:34 PM PDT

Pas Kawasan Batu Gajah meneruskan misi membantu golongan susah dan yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama. Semalam, Pas Kawasan Batu Gajah yang diketuai oleh Calon PAS di Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Bin Zainun bersama- sama pimpinan PAS kawasan telah memberi bantuan kepada warga India di sekitar Batu Gajah.

Ternyata ramai masyarakat India khususnya di Bawah DUN Sungai Rapat dipinggirkan. YB Hamidah seolah- olah tidak wujud kerana dia langsung tidak pernah menziarah apatah lagi membantu. Mereka sangat terharu diatas kedatangan kami. Kami dilayan dengan cukup baik.



















Niat Pemimpin Niat UMNO Nak Bunuh Karier Politik Ku Li berkecai??

Posted: 04 Nov 2010 07:23 PM PDT

http://1.bp.blogspot.com/_IZchRFjdzkc/SsLuKT_PqeI/AAAAAAAAC_M/0CtcBha2XO4/S1600-R/ku+li.gif

Antara kenyataan awal Tengku Razaleigh Hamzah, setelah Umno menang dengan majoriti 1,190, ialah mengistiharkan bahawa hubungan beliau dengan parti lawan, tetap baik.

Ini berbeza dengan sikap setengah pemimpin yang sudah naik jobo (loghat orang Negeri Sembilan) yang bakar jambatan. Hari ini orang yang bakar jambatan, bukan sahaja membina banyak jambatan, tapi telah menjadi pemimpin pengampu yang tersohor di Malaysia.

Semasa mengiringi calun Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusuf dahulu untuk penamaan calun, pemimpin-pemimpin jenis bakar jambatan berjalan di belakang kerana merasa bersalah atas banyak sebab.

Sikap seperti ini membezakan pemimpin yang bertahan lama dengan pemimpin picisan. Bila sudah menang, akan angkuh dan ek. Pihak lawan akan di cemuh. Kemenangan sekali kali ini, di baca sebagai penawar segala racun yang sudah meresap kedalam tubuh.

Saya kata, sabar dahulu. Banyak kali saya menyatakan bahawa kehadiran seekor burung layang layang bukan menandakan ketibaan musim panas.

Kemenangan di Galas berpunca pada dasar nya kepada ketokohan Ku Li dan strateji kempen nya yang berlainan. Saya telah menghuraikan perkara ini dalam artikel artikel yang saya tulis sejak 1 Oktober lagi.

Jadi apabila Mustapaha Mohamad , ketua perhubungan Umno Kelantan menyatakan kemenangan BN di Galas sebagai petanda kebangkitan BN/Umno di Kelantan, saya rasa elok dia lebih realistik.

Baik kita mengakui bahawa keadaan di Galas adalah unik. Galas ada TRH dan strateji kempen yang berlainan. Kita tidak boleh ada banyak Tengku Razaleigh di merata tempat , tapi kita boleh mengulangi cara kempen di Galas.

Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak Umno sanggup mengulangi cara kempen di Galas?

Apakah cara kempen nya?

Saya menasihatkan pemimpin Umno janganlah bersegera membaca kemenangan Galas sebagai petanda bahawa parti Umno sudah baik. Kita hanya perlu memeriksa kesiap-segaan jentera parti untuk menilai kekuatan dalaman kita.

Cara yang lebih subdued dan muted. Tidak sombong dan bongkak. Tidak gah kesana sini dengan Land Cruisers atau dengan kereta mewah. Kali ini kita lihat di Galas, kenderaan kenderaan seperti ini amat berkurang. Tidak bising macam bersorak di stadium Bukit Jalil bila 70,000 rakyat Kelantan bersorak gempita.

Sebab pilihanraya ialah bukan pesta buat bising dan menyombong diri. Pilihanraya ialah pesta merendahkan diri sebab kita memohon bantuan rakyat untuk memilih kita. Pilihanraya bukan kesempatan melintahkan diri dengan menyunglap dana pilihanraya.

Bila Mustapha sedia merobah cara kerja budak budak Umno, baru lah dia boleh kata kita ada petanda kebangkitan Umno Kelantan. Umno Kelantan akan bangkit jika Mustapha berusaha mengujudkan banyak lagi Razaleigh Hamzah dan menreplikasi cara kempen Galas.

Untuk ini, kita kena season sikit cara budak budak Umno berfikir. Jangan fikir masa pilihanraya, kita boleh samun duit parti dan buat duit. Di Galas pun, kalau kita selidik, "the old ways" menangguk di air keruh tetap ada.

Jika pun cara perang besar dengan belanja besar di minimakan kerana itu strateji pengarah pilihanraya, namun terdapat kumpulan sana sini yang buat onar dan karenah. Ada sahaja pecacai politik yang memberi lapuran bahawa kumpulan sini dan sana tidak akan mengundi BN kecuali kita beri pengeras. Dan saya boleh selesaikan masaalah ini. Ini cara Husin Lempoyang jual orang lebih untung dari jual unta.

Sindrom Husin Lempoyang selesai masaalah ini dengan cara memberi pengeras , merupakan amalan budaya politik yang mesti di kikis jika kita mahukan, kemenangan Galas di jadikan petanda kebangkitan Umno di Kelantan.

Kemenangan di Galas bukan lagi petanda kebangkitan Umno di Kelantan, tapi peringatan Umno akan pulih jika bersedia membekalkan diri dengan bakat kepimpinan yang baik dan bersedia merobah cara kerja politik mereka. — sakmongkol.blogspot.com 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Nov 2010 09:34 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Forum Perdana 6 Nov 2010 Dataran Senawang

Posted: 05 Nov 2010 12:24 AM PDT

FORUM PERDANA
Ke Mana Tujuan Kita ?
Tarikh : 6 Nov 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Senawang
Ahli Panel :
Prof Dr Syarifah Hayati Syed Ismail , Univ Malaya
Ust Norazamir Alias , Timbalan Mufti N.Sembilan
Ust Hanafiah Malek ,
Ust Muhammad Fitri b Abdullah , PERKIM

Semua Dijemput Hadir

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 05 Nov 2010 09:29 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


TV3 fitnah kejadian pergaduhan di Dun Galas

Posted: 04 Nov 2010 12:05 AM PDT

oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


" Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu."

Itulah sebahagian petikan berita yang melaporkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas dalam pergaduhan di hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil Dun Galas.

Petugas dan penyokong PAS yang berada di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi kesal dengan laporan berita TV3 dan Bernama yang melaporkan berita palsu & fitnah itu.Memang dalam setiap pergaduhan di Pilihanraya Kecil, penyokong PAS selalunya akan dituding jari sebagai pihak yang memulakan dulu pergaduhan tersebut.

Berlainan dengan apa yang dilaporkan Bernama itu, punca sebenar pergaduhan adalah berpunca dari provokasi penyokong BN yang melintasi jalan untuk ke kawasan yang ditempatkan penyokong PAS.Selepas bertengkar mulut,pihak penyokong PAS meminta beberapa orang penyokong BN agar kembali ke tempat mereka.Namun mereka berkeras dengan menghamburkan kata-kata kesat.

Dalam perbalahan mulut itu, salah seorang penyokong BN telah melepaskan tumbukan ke salah seorang petugas Unit IT Pemuda Dun Sura yang bertindak untuk meleraikan perbalahan tersebut.Namun penyokong BN tersebut berjaya melarikan diri selepas itu.

Bermulalah insiden berbalas-balas tumbukan dari kedua-dua pihak.Suasana kelam kabut berjaya dileraikan dengan bantuan unit keselamatan PAS dan pasukan polis berpakaian preman yang ditempatkan di situ.

Selepas kejadian tersebut barulah pihak polis bertindak mengarahkan agar penyokong PAS ditempatkan tidak berhadapan dengan penyokong BN.Suasana di tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi ini dikuasai penyokong PAS yang bilangannnya 5 kali ganda penyokong BN.



p/s : Bukti bergambar dimana pihak penyokong BN memasuki kawasan penyokong PAS.Kawasan berkanopi itu adalah khemah BN yang menempatkan penyokong BN.







PAS Kawasan Gerik

Posted: 05 Nov 2010 09:07 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Kuatkah??

Posted: 05 Nov 2010 07:16 AM PDT


BN menang di dua tempat
Eleh... baru menang 5 kali daripada 13 PRK
Kuatkah namanya tu??
Hmmm....

Pulak tu... bukan guna jentera parti
Tapi guna jentera kerajaan
Kuatkah namanya tu??
Hmmm....

Eleh... menang di kawasan pedalaman,
Bolehlah ek...
Rakyatnya senang untuk dikunta kinte
Kuatkah namanya tu??
Hmmm...

Yes... BN menang di Galas dan di Batu Sapi
Tapi... apakah satu itu petanda??
BN mula mendapat sokongan semula.
BN dah kuat semula.
Hmmm...

BN dah kuat semula??
Toksah perasan ler
Hmmm....
Tak maunya....
Tak kuat mananya.

Apa-apa pun PR jangan leka
Jangan berasa terlalu selesa
Bahaya....

Jangan mudah berputus asa
Mesti bersemangat waja
Mesti perkukuh kerjasama
Mesti sehati sejiwa

Ayuh kita...
Lawan Tetap Lawan!!


Sumber dari sini

Sumber artikel: http://motherof3mohd.blogspot.com/

Di sana dan di sini milik mereka

Posted: 04 Nov 2010 09:55 PM PDT

Tahniah!! Barisan Najis menang di kedua-dua tempat. Tak per.... Tak per.... Kalah dan menang adat pertandingan.

Di P185 Batu Sapi....

Ansari Abdullah [PKR] 3414 undi
Linda Tsen Thau Lin [BN] 9773 undi
Datuk Yong Teck Lee [PMS] 2031 undi

Majoriti: 6359 undi
Undi Rosak: 371 undi

Di N45 Galas....

Dr Zulkifli [PAS] 4134 undi
Abdul Aziz [BN] 5324 undi

Majoriti: 1190 undi


Dulu, kita menang di Galas. Kini, mereka menang pulak. Who knows, isyaAllah.... PRU13 nanti, Galas kita punya semula. Tak mustahil, kan?? Tak per.... Tak per... Galas jatuh pun, kerajaan Tok Guru Nik Aziz tak goyah sedikit pun. Apa-apa pun, usaha keras serta doa mesti diteruskan. Bak kata, Muhyiddin Yassin... bulan tak kan jatuh ke riba. Tetapi.... bulan boleh mengambang semula di Galas, insyaAllah.

Nun... di Batu Sapi pula, BN berjaya mempertahankan kemenangan mereka. Janda MP dulu yang tak berapa nak tahu berbahasa Malaysia, dipilih bagi menggantikan mendiang suaminya. Well... apa nak buat, terpaksa ler kita menerima ketentuan Allah SWT. After all... rakyat Batu Sapi, mahukan nyonya tersebut, apa yang kita boleh buat. Kita kena accept dan respek pilihan rakyat.

Kalau rakyat di Batu Sapi masih menaruh kepercayaan kepada BN untuk memperjuangkan nasib mereka., biarkan.... biarkan... Ini bermakna, Pakatan Rakyat kena mencuba lebih kuat lagi untuk convince Sabahans yang mereka lebih berupaya dan lebih baik daripada BN untuk mengubah nasib rakyat Sabah. Inilah cabaran bagi Pakatan Rakyat. Jangan mudah putus asa.

Lawan Tetap Lawan!! Lawan sampai menang!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

i n t a n h i j a u

Posted: 05 Nov 2010 07:19 AM PDT

i n t a n h i j a u


APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI GALAS....? / اڤ يڠ سبنرڽ برلاکو د ݢالاس....؟

Posted: 04 Nov 2010 08:09 PM PDT














oleh Shaharul Shafie




Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.

Sama ada kita sedar atau pun sengaja buat tidak sedar adalah faktor Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li sendiri sebagai pemimpin Umno setempat di Gua Musang. Siapa yang tidak kenal Ku Li di dalam politik negara. Ku Li sudah lama memimpin parti Umno sama ada sebagai pemimpin setempat ataupun di peringkat nasional. Ku Li sudah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1969 lagi ketika Parlimen Gua Musang pernah dikenali sebagai Parlimen Kelantan Barat. Parlimen Gua Musang pula memiliki keluasan parlimen terbesar di negeri Siti Wan Kembang itu. Selain menjadi pemimpin bersifat 'bangsawan' di sana, beliau juga sememangnya layak dianggap pemimpin 'feudal' Kelantan kerana beliau adalah ahli kerabat diraja Kelantan.

Ku Li memainkan peranan besar kemenangan dan bukannya Umno

Ku Li dihormati dan disayangi oleh segenap rakyat Gua Musang. Walaupun Ku Li ditolak di peringkat nasional oleh Umno tetapi bagi Umno Gua Musang, Ku Li adalah 'Presiden' Umno mereka. Sudah banyak kali Umno bahagian itu sendiri mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden Umno ketika pencalonan untuk pemilihan Umno Pusat. Malah Gua Musang menjadi satu-satunya Umno bahagian di Malaysia yang berani mencalonkan beliau. Walaupun pernah 'keluar Umno lama' dan memimpin parti baru iaitu Semangat 46, penduduk Gua Musang tetap bersama dengannya walaupun beliau bertukar baju lain. Umno 'Baru' tajaan Dr. Mahathir (selepas pengharaman Umno pada tahun 1988)melalui Bahagian Gua Musang terus lumpuh apabila Ku Li tidak menyertai Umno Baru dan menubuhkan Semangat 46. Bukan itu sahaja, ia lumpuh gara-gara ahli-ahli Umno 'lama' Gua Musang ketika itu sendiri keluar parti mengikut jejak Ku Li ke dalam Semangat 46.

Walaupun berstatus Presiden Semangat 46 ketika itu, Parlimen Gua Musang terus dipertahankan dan menjalinkan hubungan baik dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Selain itu juga, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Gua Musang turut mengikut rentak dan langkah politiknya. Tidak kira Ku Li mewakili Umno atau Semangat 46, kerusi-kerusi DUN di bawahnya iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh tetap kekal mengikutnya. Hanya pada pilihanraya umum yang lepas, Galas terlepas ke tangan PAS gara-gara tsunami politik nasional yang menghempas badai masuk ke wilayahnya. Bukan itu sahaja, adanya ahli-ahli Umno ketika PRU 2008 di Gua Musang tidak terkecuali daripada memberi undi tanda 'protes BN' kepada Pakatan Rakyat (PR) yang akhirnya menyebabkan Galas terlepas tetapi juga menyaksikan penurunan majoriti Umno-BN di parlimen Gua Musang dan di dua lagi kerusi DUN dibawahnya.

Dengan kata lain, selain dari Galas yang pernah menjadi kubu kuat Umno untuk sekian lama, maka tidak mustahil kekuatan kubu lama yang hanya diperintah orang baru tidak sampai tiga tahun boleh kembali kepada pemilik sebelumnya. Faktor kekuatan Ku Li adalah faktor utama yang sepatutnya lebih awal lagi dilihat sebagai penghalang kepada PAS bagi mengulangi nasib baik kali kedua untuk mengekalkan Galas. Saya yakin PAS sendiri pun tahu betapa kuatnya faktor Ku Li dan sewajarnya mereka bersedia kebarangkalian kemungkinan kalah. Bukannya hendak menafikan faktor kekuatan peribadi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kuat di sana tetapi maaf saya katakan, kekuatan Ku Li sememangnya tidak dinafikan lagi hebat di Gua Musang.

Apabila diadakan pilihanraya kecil sebegini, Ku Li pula dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Jentera BN adalah sesuatu strategi Umno Pusat yang betul dan menguntungkan kem Umno sebenarnya. Ku Li berjaya mengemudikan jentera di sana dengan menjadikan pertandingan di sana lebih bersifat persaudaraan dan cuba mengelakkan isu-isu nasional mendominasi politik di sana sepertimana yang pernah berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Perlantikan ini amat penting kerana kesemua ahli Umno dapat disatukan dan komponen-komponen BN yang lainnya di Galas untuk membentuk jentera yang kukuh dan bersepadu. Ini adalah kerana Ku Li adalah pemimpin yang diterima oleh semua komponen BN di sana.

Serangan PAS isu orang Asli ke atas Ku Li adalah satu kesilapan

Sepanjang kempen Galas, Ku Li dilihat jelas mengelakkan melakukan serangan peribadi ke atas calon lawan atau ke atas mana-mana pemimpin PAS sebagai bahan kempennya seperti pemimpin Umno yang lain. Malah, dengan bijak Ku Li berjaya menepis pertanyaan para pemberita yang sememangnya sengaja melaga-lagakan para pemimpin parti-parti bertanding semasa tempoh kempen. Dua hari lepas, apabila Ku Li dituduh oleh Pengarah Jentera PAS Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai punca kepada masalah penempatan dan hak tanah orang Asli Galas pada ketika ini, Ku Li menjawab dengan jujur dan rendah dirinya tanpa menjadi defensif. Maka, adalah menjadi satu kesilapan PAS juga yang memulakan serangan peribadi yang sewajarnya dielakkan terutamanya ke atas Ku Li kerana penduduk Galas termasuklah ahli PAS Galas yang sebenarnya kawan kepada Ku Li dan mereka juga sangat sensitif dengan sebarang tuduhan ke atas Ku Li. Ini adalah hakikatnya yang sudah berlaku dan mungkin memburukkan prestasi PAS di Galas.

Strategi Ku Li yang turun padang dan redah hutan berjam-jam seharian di Hulu Kelantan (Galas merupakan kawasan DUN yang paling besar saiznya di dalam DUN Kelantan kerana 80 peratusnya adalah kawasan hutan) untuk berjumpa sendiri dengan rakyat ataupun pengundi memberi menerangkan polisi dan peranan kerajaan di dalam membantu mereka terutamanya Orang Asli akhirnya membuahkan hasil kemenangan ini. Ku Li tidak menggunakan kempennya untuk mengutuk dasar kerajaan negeri PAS sekarang tetapi hanya menyuarakan apa yang BN boleh lakukan untuk mereka sekiranya menyokong calon BN. Tiadanya ceramah skala besar sebagai strategi Umno juga adalah satu tindakan yang dilihat betul dengan digantikan dengan pertemuan rakyat secara kelompok kecil.

Orang Asli penentu penting dengan jumlah hampir 20% pengundi Galas

Perlu diingatkan, selain daripada menjadi kawasan DUN terbesar di negeri Kelantan, Galas juga mempunyai jumlah pengundinya hampir 20 peratusnya adalah pengundi orang Asli. Peratusan itu membawa jumlah pengundi orang Asli seramai 2,000 orang. Berdasarkan keputusan semalam, dipercayai orang Asli di DUN Galas memberikan kemenangan kira-kira 75 peratus kepada Umno dan selebihnya kepada PAS. Dengan peratusan sokongan itu kepada Umno, secara kasarnya kita melihat hampir 1,300 pengundi orang Asli (jika mengambil kira peratusan keluar mengundi bagi orang Asli sama dengan keseluruhan Galas iaitu 82%) memberikan undi kepada Umno.

Jika dilihat dengan majoriti kekalahan PAS sebanyak 1190 undi, jumlah 1,160 undi kepada Umno itu sebenarnya memberi impak yang besar. Jika PAS mampu melakukan strategi terbaik di dalam mendapatkan sokongan orang Asli di Galas, jumlah majoriti kalah mungkin boleh dikurangkan ataupun menang ke atas BN dengan majoriti yang kecil seperti di PRK Manek Urai (perlu dibantu dengan pengekalan undi pengundi Cina di Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Pulai sekurang-kurangnya seperti Pru 2008) .

Calon bekas KESEDAR tarik penyokong kakitangan KESEDAR

Seperkara lagi yang kita perlu akur memburukkan peluang PAS di Galas ialah jumlah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR merupakan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan wilayah luar bandar yang turut merangkumi keseluruhan Galas dan majoriti daripada mereka sememangnya tinggal di kawasan bandar Gua Musang. Gua Musang sendiri adalah bandar yang berada di dalam DUN Galas. Tidak dinafikan dengan banyak bantuan kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan yang turut melibatkan para kakitangan kerajaan KESEDAR sebagai agensinya, kebanyakan mereka memang cenderung untuk mengundi calon kerajaan lebih-lebih lagi, calon tajaan BN pula adalah bekas kakitangan di KESEDAR yang sememangnya dikenali oleh mereka. Selain itu, Abdul Aziz Yusuf yang pernah bertugas sebagai pegawai KESEDAR pastinya lebih mengenali Galas disebabkan kehendak pekerjaannya yang berhubung dengan rakyat.

Saya tahu ada penganalisa menganggap isu pemberian 'zakat' oleh Menteri Besar kepada tiga orang Asli yang memeluk Islam mungkin adalah antara punca dan juga isu pemberian wang RM250 perbelanjaan pulang kepada anak Kelantan yang berada di luar yang mengundi di Galas untuk pulang ke mengundi. Saya tidak menafikan ada sedikit kesan tetapi tidaklah sehebat faktor kepimpinan dan personaliti Ku Li sendiri. Saya yakin sekiranya bukan Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang menjadi calon, sesiapa sahaja calon asalkan orang Gua Musang dan tiada masalah akhlak pasti akan menang juga jika diletakkan sebagai calon. Mungkin calon yang lain itu tidak mencapai majoriti yang besar yang diperolehi Abdul Aziz kerana beliau ada faktor KESEDAR. Oleh itu, masalah calon PAS didakwa tidak sesuai di sini tidak wujud yang menyebabkan kekalahan PAS. Malah, PAS telah meletakkan calon yang sesuai tetapi sekali lagi tidak kena pada masa dan tempat. Namun begitu, jika dahulunya, perancangan ada menyebut PAS mungkin meletakkan calon Orang Asli, mungkin keputusan agak berbeza.

Beza PRK dan PRU kepada jentera kempen

Kenapa saya sebut tidak kena pada masa? Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sangat berbeza sifatnya. Banyak tumpuan boleh diberikan kepada pilihanraya kecil dengan wang ringgit, logistik dan strategi boleh dirangkakan dengan berkesan. Namun begitu, apabila berhadapan dengan pilihanraya umum, tumpuan adalah khas kepada manifesto perjuangan parti secara keseluruhan dan mengutamakan politik idea bersifat nasional di dalam kempen. Semasa pilihanraya kecil, isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas dan kebajikan setempat tetap menjadi strategi yang bagus untuk dibawa manakala isu nasional kurang relevan. Oleh kerana kesukaran memberi tumpuan strategik kepada kawasanlah menyebabkan Galas terlepas ke tangan PAS semasa PRU 2008. Kini, tanpa menafikan PAS mempunyai peluang untuk menang di Galas, tetapi jalan-jalan menuju mempertahankan kerusi itu adalah amat getir sekali.

Walaubagaimanapun, PR khasnya PAS perlu melihat semula seluruh aspek jentera dan usaha mereka dengan melakukan kajian semula atau post-mortem. Sebelum ini, PAS juga hampir tersungkur semasa pilihanraya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas. Sekali lagi, kerana pilihanraya kecil ini bersifat lokal menyebabkan seluruh tumpuan jentera seluruh negara ke atasnya. Bukan itu sahaja, PRK Manek Urai yang menyaksikan majoriti kemenangan PAS dikurangkan sehingga 65 undi sahaja turut menjadi antara PRK yang panas dan penuh dengan episod yang 'ganas' dalam sejarah kempen pilihanraya negara. Tetapi ketika di Galas, boleh disifatkan sebagai kempen PRK yang paling 'hemah' selepas tsunami 2008. Kalah dan menang menjadi adat dalam mana-mana pertandingan. Jika hari ini kita kalah, esok mungkin akan menang. Jika kita menang pertempuran, tidak semestinya kita menang peperangan. Ambil contoh PRK Ijok pada 28 April 2007 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah tewas kepada Cikgu K. Parthiban dari MIC-BN tetapi tidak sampai tempoh setahun pun, siapa sangka Khalid menang semasa PRU 2008 dan menjadi pula Menteri Besar Selangor.

KALAH DALAM PRK JANGAN DIBACA SEBAGAI KALAH DALAM PERJUANGAN / جاڠن دباچ سباݢاي کاله دالم ڤرجواڠن

Posted: 04 Nov 2010 09:56 AM PDT



















KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi.
"Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan," ujarnya di laman twitter.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu.
"Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru," ujarnya.
Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan. 
"Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut.
"Tahniah rakyat," ujarnya.
Beliau turut menukilkan serangkap pantun berhubung keputusan kedua-dua PRK itu.
Udang galah dibuat kari,
Dicicah ketupat daun palas,
BN tak kalah di Batu Sapi,
PAS tak menang di Galas.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghargai kegigihan jentera parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat bagi kedua-dua PRK itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, cabaran untuk ditingkat dalam usaha meneruskan agenda reformasi.
Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang.
"Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak," ujarnya.
Sambil menyeru petugas parti meneruskan dakwah dan penerangan, beliau menambah, tiada kemenangan percuma buat Gerakan Islam, justeru politik atau siasah pilihan raya hanyalah wasilah atau alat.
Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.
Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak.
Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Nov 2010 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Batu Sapi : BN menang majoriti 6,359 undi.

Posted: 04 Nov 2010 09:02 PM PDT

BATU SAPI : Calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,013 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Galas : BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Posted: 04 Nov 2010 08:59 PM PDT

GUA MUSANG : Calon PAS mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mendapat 5,324 undi.

Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

DAP : Undi Cina merosot.

Posted: 04 Nov 2010 08:52 PM PDT

GUA MUSANG : Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.

Di tiga kawasan majoriti pengundi Cina - Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama - di mana Pakatan memperolehi sejumlah 1,784 undi pada 2008, hari ini merosot kepada 1,578undi.

Ia menunjukkan kemerosotan sebanyak 206 undi atau 4.92 peratus, termasuk dua hingga tiga peratus undi pengundi Cina.

Bercakap dalam satu sidang akhbar malam ini, beliau berkata, walaupun undi untuk Pakatan meningkat 9 peratus di Pulai, tetapi BN berjaya menambah undi dengan jumlah yang lebih besar.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad mendapat 4,108 undi dan tewas dengan majoriti 1,069 undi kepada calon BN, Abdul Aziz Yusof yang mendapat 5,117 undi.

Hujan di Gua Musang.

Posted: 04 Nov 2010 08:20 PM PDT

Sejak Maghrib tadi hujan turun membasahi bumi Gua Musang dalam keadaan semua petugas telah berkumpul untuk mendapatkan keputusan rasmi PRK Galas pada hari ini. sesekali terdengar guruh dilangit berserta dengan kilat.

Inilah gambaran yang saya lihat sebagai gambaran kesedihan apabila secara tidak rasmi calon PAS, Dr. Zul kalah dengan majoriti 1069 undi.

82.71 peratus keluar mengundi.

Posted: 04 Nov 2010 08:18 PM PDT

GUA MUSANG : Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 82.71 peratus atau 9,555 orang.

Terkini Batu Sapi.

Posted: 04 Nov 2010 08:12 PM PDT

Keputusan tidak rasmi

8.00pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Undi rosak votes - 420
Majoriti -5,257

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi

Posted: 04 Nov 2010 08:05 PM PDT

GUA MUSANG : Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.

Bn dahului majoriti 1433.

Posted: 04 Nov 2010 07:57 PM PDT

Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,433 undi. PAS mendapat 3,744 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.

Batu Sapi berpihak kepada BN.

Posted: 04 Nov 2010 07:34 PM PDT

Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

6.55pm: Calon PKR Ansari Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi dengan diiringi sekumpulan kecil penyokong.

Presiden SAPP yang juga calon parti itu, Datuk Yong Teck Lee tiba beberapa minit kemudian dan diikuti oleh pegawai SPR yang membawa kotak undi dari 12 pusat pengundian untuk dijumlahkan.

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342

Dr. Zul Kalah di Kawasan pengundi Cina.

Posted: 04 Nov 2010 07:28 PM PDT

Ada kemungkinan BN merampas kerusi DUN Galas berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Calon PAS kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. PAS kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

BN mendahului majoriti 910 undi.

Posted: 04 Nov 2010 07:22 PM PDT

7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.

6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.

6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.

6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi

Galas: BN 621, PAS 584

Posted: 04 Nov 2010 06:48 PM PDT

6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.

6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.

Terkini : Mungkin 82 peratus keluar mengundi

Posted: 04 Nov 2010 06:40 PM PDT

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli.

Katanya lagi, beliau menjangkakan peti-peti undi berkenaan mula tiba di pusat penjumlahan menjelang 6.30 petang.

Terkini : 77.73 peratus mengundi.

Posted: 04 Nov 2010 06:17 PM PDT

5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Biha

Habuan p'raya: Ratusan lagi beratur untuk RM250

Posted: 04 Nov 2010 06:05 PM PDT

Photobucket



27 Zulkaedah 1431H

Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir.

Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.

Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.

Malaysiakini/-

Galas : Kemenangan berpihak kepada siapa ?

Posted: 04 Nov 2010 05:50 PM PDT

27 Zulkaedah 1431H
Drs. Khalil Idham Lim

GUA MUSANG : Semua pusat pembuangan undi bagi DUN Galas ditutup pada jam 5.00 Petang sebentar tadi. Secara umumnya bagi pusat-pusat mengundi yang mula dibuka pada jam 8.00 pagi tadi kedua penyokong parti yang bertanding berada dalam keadaan yang terkawal dan boleh dikatakan tidak ada insiden serius yang mewarnai pengundian DUn Galas hari ini.

Persoalan yang berligar dalam pemikiran Pimpinan, para petugas dan penyokong PAS pada masa sekarang ialah adakah calon PAS akan mencapai kemenangan yang diharapkan.

Secara Umum saya melihat petugas PAS tidak akan terkejut besar sekiranya kita menerima kekalahan dalam PRK Galas. Alasan umum mungkin sudah faham dengan sepak terajang setiap kali PRK yang menyaksikan pihak BN mempergunakan seluruh kekuatan dan jentera kerajaan bagi memastikan calonnya menang. Sehinggakan SPR yang diharapkan lebih matang semakin lama nampaknya semakin tidak matang dengan menjadi pengadil yang terang-terang nampak berat sebelah.

Selain itu saya kira bagi yang pandai menilai setiap kali pilihanraya kita dapat menilai sendiri kekuatan jentera pilihanraya parti PAS. Khususnya di Kelantan banyak yang sudah bercakap mengenai perbezaan jentera di Manik Urai dengan Galas.

Mengikut maklumat yang saya terima semasa tulisan ini disiapkan pada setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

Perkiraan saya Pratus keluar mengundi di Galas sekali ini akan berkisar dari jumlah pratus pada PRU tahun 2008 iaitu sekitar 78 pratus.

Saya melihat pertaruhan yang di tekan sangat oleh jentera Bn ialah undi Orang Asli sehinggakan dalam banyak lawatan yang saya lakukan saya dapat menyaksikan gelombang itu. Mereka berkampug dengan jumlah yang sangat besar.

Walaupun tumpuan diberikan oleh jentera BN kepada pengundi Cina, saya tidak lihat BN mempunyai keyakinan sepertimana PAS yakin bahawa calonnya tetap populer dan menjadi pilihan masyarakat Cina di Galas.

Pengundi melayu juga mempunyai faktor penentu yang saya kira tidak dapat dinafikan. Sebabitulah bila saya melihat suasana yang ada di sekitar bandar Gua Musang saya dapat merasakan bahawa merekalah antara yang akan menentukan siapakah pemenang pada hari ini.

Jika ada dakwaan BN sanggup mengeluarkan wang sehingga RM 1000 untuk satu undi, tentunya ini adalah bukti yang jelas bahawa kumpulan ini menjadi penetu kemenangan kepada calon yang bertanding.

Persoalannya adakah yang telah mengambil habuan tersebut akan bebar-benar setia kepada pemberi habuan.

Bermula dari solat hajat pada pagi penamaan calon yang di imamkan sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz sehinggalah munajat terakhir pada malam tadi. Hasrat kita untuk menyaksikan kemenangan sangat jelas dan terarah.

Kerana itu bila ditanya kepada saya adakah kita menang, saya katakan" sekiranya di Banggol Judah kita pernah menang 2 undi, maka di Galas kita akan menang dengan majoroti 16 undi"

Allahu aklan......kita tunggu dengan sabar keputusan sebenarnya

Beli undi di saat akhir

Posted: 04 Nov 2010 05:00 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafiz Irwan

GUA MUSANG, 4 Okt: PAS menjangkakan taktik kotor Barisan Nasional (BN) untuk membeli undi bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, hari ini terus berleluasa sekitar kawasan ini.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata BN dijangka menggunakan kaedah tersebut sebagai serangan terakhir mereka terhadap lawannya.

"Kita mendapat maklumat bahawa kira-kira RM1,000 akan diperuntukkan untuk membeli setiap satu undi, manakala jumlah yang sama akan digunakan untuk membeli setiap satu undi penyokong PAS," katanya ketika ditemui di Bilik Operasi Jabatan Pilihan Raya PAS.

Abdul Halim berkata, sesuatu keadaan tidak pernah terduga boleh berlaku dalam keadaan terdesak demi sebuah kemenangan.

"Kita mendapat maklumat mengenai kehadiran kira-kira 100 orang daripada Johor serta beberapa tempat yang lain dan mereka itu akan menggunakan kad pengenalan yang dibuat khusus untuk membolehkan mereka mengundi," katanya.

Malah katanya, isu 'kad pengenalan baru' yang dibuat untuk 'pengundi gantian' bagi menggantikan 'pengundi sebenar' dijangka menjadi senjata utama BN.

Harakahdaily difahamkan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang tidak berminat keluar membuang undi.

Bagaimanapun, Abdul Halim menegaskan PAS akan terus memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video.

Tambah Abdul Halim, tumpuan kempen jentera BN dan Umno sekarang adalah terhadap penyokong PAS kelas C dan golongan atas pagar dengan mengumpankan sogokan wang ringgit dan barangan.

Sehubungan itu, Abdul Halim memaklumkan seramai 29 orang peguam akan ditempatkan di 13 Unit Peti Undi bersama jawatankuasa keselamatan bagi memastikan tidak berlaku sebarang provokasi oleh pihak lawan sama ada dalam bentuk sogokan atau sebagainya.

Harakahdaily/-

Galas: 69.88 peratus keluar mengundi

Posted: 04 Nov 2010 04:56 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H

4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.
Hadang dengan Landrover

9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.


8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

Pagi mendung

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Malaysiakini/-

Batu Sapi: Pengiraan undi bermula

Posted: 04 Nov 2010 04:48 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H

4.00pm: Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi ditutup, manakala yang lainnya akan ditutup pada jam 5 petang.

3.00pm: Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi hari ini, sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih berakhir.

Pegawai pengurus pilihan raya, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan.

Dengan berbaki dua jam lagi, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan masih rendah. Perangkaan rasmi SPR menunjukkan jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 52.06peratus atau 13,318 undi.

2.00pm: Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.

Proses membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi berjalan lancar setakat ini, namun jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan mereka masih kecil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

"Diharapkan lebih ramai akan keluar mengundi selepas ini bagi mencapai sasaran 75 peratus," katanya.

Menurut Abdul Aziz, waktu pagi didominasi pemilih warga emas, manakala jumlah pengundi muda yang membuang undi hanya meningkat selepas 11 pagi.

1.45pm: Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

12.40pm: Lebih kurang 100 penyokong BN di luar sebuah lagi pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi - kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera - masih lagi menunggu.

Mereka membawa sepanduk Tsen dan Najib sambil melaungkan "Hidup BN!" Namun penyokong PKR yang diketuai oleh exco Wanita Felicia Ling yang membawa sepanduk Ansari tidak memberi tindakbalas dan suasana dilaporkan tenang. Tiada ketegangan di antara kedua-dua kumpulan.

12.00pm: Seramai 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

11.10am: Datuk Yong Teck Lee tiba dan bersalaman dengan pekerja SPR dan juga pengundi.

Bekas ketua menteri itu juga kelihatan tenang dan ceria.

Katanya, jumlah yang keluar undi sebanyak 23 peratus setakat jam 10 pagi tadi dianggap perkara biasa.

"Jumlah peratus yang tinggi akan beri saya keutamaan yang lebih."

Menurut Yong lebih ramai pengundi yang berusia keluar melaksanakan tanggungjawab mereka berbanding pengundi muda.

Yong berjumpa dengan ketua MCA Sabah, Edward Khoo. Mereka kelihatan mengadakan perbualan yang mesra dalam dialek Hakka.

11.00am: Jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 28.59 peratus atau 7,313 orang.

10.55am: Hujan renyai-renyai di sekitar pusat pengundian SMK Agama - pekerja dan penyokong parti masing-masing berlari mencari tempat teduh.

Hujan berhenti kira-kira 10 minit kemudian tetapi awan gelas masih kelihatan menunjukkkan tanda-tanda hujan lebat tidak lama lagi.

10.24am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba dengan diiringi oleh Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di SMK Agama.

Beliau bergegas meninggalkan pusat itu dan dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat polis di Sandakan pada jam 1 petang nanti.

10.29am: Jumlah keluar mengundi sehingga jam 10 pagi adalah 23.05 peratus atau 5,897 orang.

10.03am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Agama di Taman Mawar dengan pegawainya untuk memantau perkembangan di pusat pengundian.

Beliau berkata proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak "perlahan" dalam tempoh satu jam pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang.

9.56am: Calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin tiba di perhentian pertamanya diSMK Agama di Taman Mawar, dengan diiringi naib presiden PBS, Dr Yee Moh Chai dan ADUN Sekong Samsudin Yahya.

Dengan tenang, Tsen yang dikerumuni wartawan berkata dia berpuas hati dengan jumlah pengundi yang keluar.

"Ini membawa balik kenangan lama apabila saya mengiringi mendiang suami saya melawat pusat pengundian," katanya.

9.47am: Menurut SPR, peratus yang telah keluar mengundi setakat jam 9 pagi adalah 14.68 peratus (3,756 undi).

9.36am: Di SJK(C) Cheng Min dan SK Bandar Sandakan, dua pusat pengundian majoriti masyarakat Cina yang terletak bersebelahan di atas bukit di bandar Sandakan, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan amat memberangsangkan.

Bas mini tidak putus-putus datang menghantar pengundi ke pusat pengundian di khaki bukit berkenaan. Kira-kira 30 pekerja BN terus berada di sana sambil disaksikan oleh sekumpulan kecil penyokong PKR. Tiada lagi perlumbaan menjerit slogan ke arah satu sama lain.

9.24am: Presiden Sapp yang juga calon Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee berkata beliau optimistik dengan peluangnya pada pilihan raya hari ini.

"Keputusan dijangka sengit tapi saya yakin (akan menang)."

Yong membidas BN dan Pakatan Rakyat yang didakwanya menakut-nakutkan pengundi dengan jerita slogan mereka serta kibaran bendera parti.

"Ini bukan budaya di sini. Jika pengundi dijerit, ini akan menakutkan mereka," katanya.

9.06am: Penyokong BN dan Pakatan Rakyat mula melaungkan slogan masing-masing sambil mengibarkan bendera parti serta sepanduk calon masing-masing di sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian di SMK Agama di kawasan majoriti Cina, Taman Mawar.

Laungan "Hidup Rakyat!" oleh penyokong PKR ditenggelamkan oleh penyokong BN yang membalas dengan teriakan "Hidup BN!" dan "Siapa yang bawa pembangunan? BN!".

8.55am: Berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Batu Sapi, menuju ke pusat pengundian. Ia akibat kenderaan termasuk bas mini yang digunakan bagi menurunkan pengundi. Pihak polis sibuk mengarahkan lalu lintas di beberapa persimpangan tetapi keadaan masih belum pulih.

8.41am: Yong Teck Lee tiba kawasan pengundian pertama di SMK Agama Taman Mawar. Beliau, seperti pencabarnya Linda Tsen Thau Lin dan and Ansari Abdullah, bukan pemilih di kawasan tersebut.

8.15am: Di SMK Agama Sandakan di Taman Mawar - salah satu pusat pengundian terbesar - hanya beberapa orang sahaja yang turun mengundi. Ia merupakan kawasan majoriti Cina.

8.00am: Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Kesesakan jalan raya mula berlaku di depan pusat pengundian SMK agama di Taman Mawar apabila pemilih bula bergerak.

Bagi DUN ini, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calob Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR)

Daripada 12 pusat pengundian, dua akan ditutup lebih awal - satu pada jam 3 petang dan satu lagi pada jam 4 petang - disebabkan jumlah pemilih yang kecil di kawasan tersebut. Semua peti undi lain ditutup pada jam 5 petang.

Sebelas sekolah dipilih sebagai tempat pengundian manakala sebuah lagi perpustakaan daerah digunakan.

Seramai 24,047 pemilih biasa dijangka mengundi hari ini setelah pengundian pos diadakan pada Selasa dan semalam.

SPR dijangka mengumumkan keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi pada jam 8 malam dengan penjumlahan undi dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 pengundi kaum lain.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Malaysiakini/-

Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar?

Posted: 04 Nov 2010 04:42 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

GUA MUSANG, 4 Nov: Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.

Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.

Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.

"Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.

Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam.

Harakahdaily/-

Langsung proses pengundian PRK N.45 Galas

Posted: 04 Nov 2010 04:37 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria, Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 4 Nov: Sebanyak 9.93 peratus pengundi telah keluar mengundi pada sekitar satu jam pusat pengundian dibuka pada PRK Dun Galas.

Menurut maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Jabatan Penerangan, jumlah itu tidak membabitkan pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi yang melibatkan masyarakat Orang Asli.

Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

4.00 pm: Datuk Abdul Halim ketika ditanya peluang PAS bagi PRK Galas, beliau memberitahu gambaran kasar hanya akan dapat diketahui selepas jam 5 petang.

3.27pm: Setakat jam 3 petang, sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi.

2.30pm: Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman sedang mengadakan sidang media di pusat operasi PAS.

Beliau memohon SPR menjelaskan tiga kes berkaitan kertas undi yang tidak dicetak logo parti, dan hanya ada nama sahaja. Malah paling teruk, salah satu darinya mempunyai logo BN tapi tiada logo PAS.

Salah satu kes di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kampung Baru di mana Zainab Jalal, isteri kepada calon PAS, juga menerima kertas undi tanpa cetakan logo parti.

2.15pm: Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

1.50pm: Suasana sekitar tempat pembuangan undi mula lengang. Kedua dua penyokong juga makin berkurangan.

1.45pm: Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

12.55pm: Peratusan keluar mengundi di SRJK (C) Pulai setakat tengah hari ini adalah sebanyak lebih kurang 70 peratus. Majoriti pengundi di sini berbangsa Cina.

12.50 pm: lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.

Difahamkan terdapat seorang 'ustaz' di dalam bilik tempat duit diberikan. Setiap orang yang datang mengambil duit akan diberitahu "Kita bagi ni bukan rasuah, ikhlas ni, jangan pk bukan-bukan" katanya.

12.30pm: Jalan di pekan Gua Musang masih sesak dengan kenderaan.

12.27pm: Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi.

12.20 pm: Biarpun cuaca mula panas menjelang tengahari, sebahagian besar penyokong masih tidak berganjak dari tempat pembuangan undi. Pengundi juga masih bertali arus menjelang tengahari.

11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

11.35am: Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

11.30am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penuh dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.58am: Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.55am: Suasana sekitar pembuangan undi masih terkawal. Di SK Sri Wangi, kedua-dua penyokong masih bersemangat merayu undi. Mereka bagaimanapun dikawal pihak polis. Pagi tadi sudah berlaku kekecohan di sini sehingga pasukan FRU dikerah berkawal.Keseluruhan Batu Papan 542.

Pengundi di sini adalah antara paling ramai dengan jumlah 542 orang pengundi.

10.15am: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di SK Tengku Muhammad Fakri.

10.02am: Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11 pagi.

10.00am: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

9.51am: Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

9.50am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

9.45am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

9.40am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.35am: Dr Zulkefli tiba di Calon smpai Sek Keb Sri Wangi.

9.31 am: Calon PAS dalam perjalanan menuju ke kawasan membuang undi di Pulai.

9.30 am: Calon PAS, Dr Zulkefli ketika ditemui Harakahdaily menyeru kepada pengundi Galas agar keluar awal menunaikan tanggungjawab ekoran cuaca tidak menentu dan dijangka hujan petang ini.

"Saya menyeru semua pengundi keluar awal, kita risau kalau hujan turun, akan mengganggu perjalan kita untuk membuang undi."

9.25 am: Penyokong BN sedang bersorak 'hidup Umno' manakala penyokong PAS sedang berzikir diselangi laungan takbir.

9.20 am: Di Sek Men Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Polis bertindak menjarakkan kedudukan kedua-dua penyokong di sebelah menyebelah jalan bg mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

9.15 am: Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.10 am: Calon PAS bersama Menteri Besar baru sahaja beredar dari pusat pembuangan undi Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.05 am: Berlaku kekecohan antara perayu undi dan penyokong di hadapan pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.00 am: Proses pembuangan undi berlangsung dalam keadaan tenang, manakala cuaca di Galas mula mendung dan hujan gerimis mula turun.

8.40 am: Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

8.20 am: Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.

8.15 am: Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong dan perayu undi BN tidak mahu berganjak dari kawasan pintu pagar sekolah setelah diarah pihak polis.

Penyokong kedua-dua belah pihak diminta berada pada jarak lebih 50meter dr pintu masuk tempat pembuangan undi.

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

8.07 am: TG Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Sek Ren Keb Tengku Muhammad Fakri.

8.05 am: Dr. Zulkefli tiba di pusat pengundian Sek Keb Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Harakahdaily/-

Tanpa logo: PAS bantah SPR tidak profesional

Posted: 04 Nov 2010 04:26 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah

GUA MUSANG, 4 Nov: PAS membantah sikap tidak profesionalisme Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencetak kertas undi, kata Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

"Kita bantah ketidakprofesionalisme SPR dalam mencetak kertas undi."Kita telah buat 3 report polis oleh pengundi, iaitu oleh Zaleha Saleh yang mengundi di peti undi SK Tengku Muhammad Fakri Petra," katanya.

Menurutnya, Zaleha telah diberikan kertas undi oleh kerani SPR tetapi tidak ada logo parti sama ada PAS atau BN melainkan naman calon dan petak sahaja.

"Kita rasa mungkin SPR tidak sengaja atau boleh jadi sengaja. Tapi kita anggap tak sengaja.

"Cumanya kita harap kertas tersebut diterima waktu kira undi nanti, kerana ini bukan salah pegundi," ujarnya.

Tambahnya, kes kedua di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kampung Baru di mana Zainab Jalal, isteri kepada calon PAS, juga menerima kertas undi tanpa logo.

"Sepatutnya SPR mintak maaf kepada pengundi, kalau tak mintak maaf, dia ego la tu," katanya seloroh.

Kes ketiga, pengundi Hasmah Saleh, di Sekolah Keb Lepan Jaya juga menerima kertas undi mempunyai logo parti BN sahaja.

"Kita mintak penjelasan SPR kenapa berlaku perkara ini," katanya lagi.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, PAS membuat laporan di Balai Polis Gua Musang.

"Melihat ini serius, bagaimana jika pengundi buta huruf, undi secara teka sahaja, seolah-olah ada satu usaha tertentu," ujarnya.

Harakahdaily/-

Zainab sedia berkongsi Dr Zul bersama rakyat Galas

Posted: 04 Nov 2010 04:25 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Salmah Mat Husain & Intan Abdullah

GUA MUSANG, 4 Okt : "Saya sedia berkongsi suami saya dengan masyarakat. Di luar beliau adalah milik rakyat dan di rumah dia adalah suami yang penyayang," ujar isteri Dr Zulkefli Mohamed yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nab.

Beliau ditemui semasa melawat Markas Penerangan petang semalam. Beliau redha dengan pencalonan suami untuk mewakili PASmempertahankan Dun Galas esok.

"Kami tidak minta untuk dicalonkan, namun saya redha dan bersedia menerima sebarang kemungkinan, insyaAllah," katanya.

Ditanya tentang keistimewaan yang ada pada suaminya, Kak Nab menyifatkan Dr Zulkefli sebagai suami yang penyayang, bapa yang baik dan anak taat kepada ibu bapa.

Zainab mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Kemunculan dengan gaya bersahaja dan mudah ceria menyebabkan beliau disenangi sesiapa sahaja.

"Kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu suka berkebun. Saya akan menyiram manakala abang membantu mencabut rumpai yang tumbuh di halaman rumah sewa kami.

"Beliau juga sangat rapat dengan anak saya, Nur Amni Qistina, 7. Malah lebih rapat berbanding saya.

"Pengalaman sebagai Penyelia Dun Paloh selama dua tahun dan penyelia Parlimen Gua Musang sejak 2004 sehingga 2010, abang sudah banyak pengalaman dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya semasa dilantik sebagai Penyelia di Dun Paloh, majoriti rakyatnya ialah Melayu, sedangkan di Galas rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal.

Sementara itu hari ini ketika menziarahi keluarga remaja istimewa (gambar) di bandar lama Gua Musang yang cacat sejak kecil, Zainab tidak dapat menahan sebaknya.

Ibu remaja istimewa tersebut Che Mah Muda, 47, menceritakan anak bongsunya Nor Hana Amira, 14 cacat selepas mengalami demam panas ketika berusia tiga hari.

Akibat demam panas, Nor Hana atau panggilan manjanya, Che Su tidak mampu berjalan dan bercakap seperti remaja normal yang lain.

Norhana seperti anak kecil berusia 10 bulan yang hanya mampu merangkak, menangis dan ketawa sahaja.

Paling menyayat hati, Che Su menangis kerana ingin mengikut Zainab sebaik sahaja turun dari rumahnya.

Che Su merupakan adik kepada juruhebah popular Manisfm, Mohd Fadzli Mat Ali.

Turut mengiringi lawatan Zainab, Ketua Dewan Muslimat PAS Gua Musang, Normaini Shamsuddin, Penghulu Tanpa Mukim Parlimen Gua Musang, Kamariah Nawang dan Penghulu Tanpa Mukim Dun Galas, Hasnah Noh.

Harakahdaily/-

46.42 peratus mengundi di Batu Sapi sehingga 2 petang

Posted: 04 Nov 2010 04:18 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H

SANDAKAN - Seramai 11,876 pengundi atau 46.42 peratus daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di sini hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya. Bilangan itu meningkat daripada 9,261 orang pada tengah hari tadi.

Galas: 76.23 peratus sudah mengundi

Posted: 04 Nov 2010 04:03 PM PDT

27 Zulkaedah 1431 H

3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.
Hadang dengan Landrover

9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

Pagi mendung

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Malaysiakini/-

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 05 Nov 2010 01:24 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


TERUSKAN BERJUANG -KP-

Posted: 04 Nov 2010 11:38 AM PDT


Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang.

"Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak," ujarnya.

Sambil menyeru petugas parti meneruskan dakwah dan penerangan, beliau menambah, tiada kemenangan percuma buat Gerakan Islam, justeru politik atau siasah pilihan raya hanyalah wasilah atau alat.

Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak.

Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus.

Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus PRK itu, Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

Pengikut