Isnin, 28 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 28 Mar 2011 09:28 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SEPETANG BERSAMA AHMAD IBRAHIM, PENERIMA ANUGERAH CALON CEMERLANG JOHOR 2011

Posted: 28 Mar 2011 09:12 AM PDT

Nama Ahmad Ibrahim bin Zakaria, bekas pelajar Sek Men. Agama MAAHAD Muar, sedang meniti di bibir pelajar dan ibubapa sekarang. Beliau merupakan anak jati Kg Parit Raja Jalan Dato Kusai Muar, seorang yatim piatu, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, anak ke empat daripada lapan beradik.
Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Calon Cemerlang  Negeri Johor baru-baru ini.Beliau memperolehi 11A+ dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010.
Ditanya tentang rahsia kejayaannya, "Hormati Ibubapa, Hormati Guru dan Tahajjud setiap malam". Itulah di antara resipi kejayaannya. Kejayaan Ahmad Ibrahim adalah kesinambungan daripada kejayaan 3 orang kakaknya yang berada di IPT dan adiknya yang mendapat 9A dalam PMR 2010. Syabas !
Alfatihah untuk kedua-dua ibubapanya  (Allahyarham Norhanan Ismail dan Ustaz Zakaria Nor) yang berjaya melahirkan insan cemerlang dunia akhirat Ahmadlah  yang mengimamkan jenazah bapanya dahulu. Sekarang Ahmad Ibrahim sedang mengikuti Diploima Tahfiz di Darul Quran. Dalam masa tiga bulan sahaja beliau sudah berjaya menghafal 13 juzuk Al Quran. Moga cita-cita beliau untuk menjadi Jurutera Nuklear yang hafiz di mudahkan Allah. Amin.
YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah Raffee turut meraikan kejayaan
Ahmad  Ibrahim (mendokong adik bongsu kesayangannya, bakal ahli syurga.)
Pada petang Ahad 27 Mac 2011 yang lalu keluarga Ahmad Ibrahim telah mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya di Kg Parit Raja, Jalan Dato Kosai Muar. Ramai pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, guru-guru dan teman-teman sekolah bersama meraikan beliau.Kepimpinan PAS Kawasan Muar dan Bakri tidak ketinggalan meraikan kejayaan beliau.
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, mewakili PAS Kawasan Muar menghadiahkan sebuah notebook dan wang tunai kepada Ahmad Ibrahim. YB Dr Sheikh Ibrahim, ADUN Sg Abong turut menyumbang wang tunai kepada Ahmad.
Pada sebelah pagi Ahmad Ibrahim telah diberi penghormatan membaca doa pembukaan majlis Maulidur Rasul anjuran Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Muar dan PASTI Ar Rahman Taman Sri Temenggong. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku Penaung PASTI Ar Rahmah.Pungutan derma untuk Ahmad telah dijalankan dan sejumlah RM500.00 berjaya dikumpulkan sumbangan individu dan PASTI Ar Rahmah.
YB Dr Sheikh Ibrahim dan YB Dr Mohammad mengupakan tahniah 
dan syabas di atas kecemerlangan Ahmad Ibrahim .
Ahmad Ibrahim, anda adalah anak impian dan idola ibubapa !
YB Dr Sheikh ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai.
Kelihatan YB Dr Mohammad  dan Tn Hj Malik Md Diah di sebelah kanan.
Tahniah Ahmad Ibrahim !
Tn Hj Malik Md Diah, Naib YDP PAS Kawasan Muar
menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Ahmad Ibrahim.


Kegembiraan Bapa Saudara Ahmad menerima kunjungan tetamu.
YB Dr Sheikh Ibrahim di sebelah janan.


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 28 Mar 2011 09:20 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar dan masyarakat Bukit Gantang-

Posted: 28 Mar 2011 08:49 PM PDT





25 Mac,Jumaat ,baru-baru ini DS Nizar bertemu penduduk parlimen Bukit Gantang. Penduduk amat teruja dan terharu. Kesibukan sebagai pimpinan tidak menghalang Nizar untuk memenuhi hajat penduduk.

Nizar dan durian bukit - Bukit Gantang.

Posted: 28 Mar 2011 08:40 PM PDT

Nizar merasai kelazatan durian Batu Hampar,dalam Parlimen Bukit Gantang.
Nizar di Jamuan Kenduri Durian, Kg Pauh Bukit Gantang.

Jangan sampai rakyat doa wakil rakyat mati

Posted: 28 Mar 2011 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.

Katanya, keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (Bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah.

Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan-kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan.

"Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," tambahnya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya.

Sementara itu beliau turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.

Merujuk kes nelayan di Terengganu beliau berkata, nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.

"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor,diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam,Thailand dan sebagainya.

"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.

Tambahnya,meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini,namun ianya seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Situasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.

"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya.

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

Posted: 28 Mar 2011 07:40 AM PDT

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Mar 2011 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dasar kerajaan ke tunggu ada yang mati baru bertindak?

Posted: 28 Mar 2011 07:33 PM PDT


KOLAM takungan JPS di Taman Matahari Heights, Seremban.



BATU refleksologi berdekatan kolam takungan dipenuhi semak.

Penduduk Taman Matahari Heights risau kolam takungan jadi tempat biak nyamuk USAH


TUNGGU ORANG MATI


SEREMBAN: Penduduk di Taman Matahari Heights, di sini bimbang dengan keadaan Kolam Takungan Taman Matahari Heights di kawasan berhampiran yang tidak diselenggara sejak setahun lalu dan dipercayai boleh menjadi tempat haiwan berbisa dan nyamuk Aedes membiak. Tinjauan Sentral mendapati kolam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu kini dipenuhi pokok kiambang, manakala kawasan sekitar yang sebelum ini dijadikan tempat rekreasi, dipenuhi lalang.


Kolam berkenaan turut mengeluarkan bau terutama selepas hujan atau jika keadaan berangin, manakala sampah boleh dilihat di merata-rata tempat. JPS juga meletakkan papan tanda melarang orang awam mandi atau memancing di kolam itu. Peniaga, Zawiyah Yaakob, 54, berkata kali terakhir kolam itu diselenggara JPS pada awal tahun lalu apabila banyak sampah dari kolam itu dikeluarkan.


Namun, katanya, selepas itu, kolam itu tidak lagi diselenggara, namun dalam tempoh itu, ada pihak yang datang memotong rumput dan lalang yang tumbuh meliar di kawasan berkenaan.


"Sudah lama rumput tidak dipotong menyebabkan kawasan itu tidak terurus. Saya bimbang jika keadaan ini berterusan, boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak, sekali gus kes demam denggi meningkat.


"Selepas kolam ini diselenggara setahun lalu, ada penduduk datang berjoging dan riadah di sini kerana ada beberapa kemudahan disediakan termasuk batu refleksologi, tetapi selepas tiada pihak menguruskannya, penduduk pun tidak berani datang kerana bimbang ada haiwan berbisa atau nyamuk Aedes," katanya ketika ditemui di sini.


Nor Hayati Ibrahim, 50, berkata sejak tinggal di taman itu lebih dua tahun lalu, kolam itu sudah wujud dan pada tahun pertama ia dijaga dengan baik oleh JPS. Namun, katanya, sejak tahun lalu, kolam itu dibiarkan kotor hingga membimbangkan penduduk setempat selain memburukkan pemandangan.


"Saya tidak mahu nanti APABILA ADA PENDUDUK YANG MENINGGAL KERANA DEMAM DENGGI BARU PIHAK BERKENAAN MAHU MENGAMBIL TINDAKAN. Sepatutnya tindakan mencegah perlu dilakukan dari sekarang.


"Ketika itu mungkin ada pihak yang menuding jari sesama sendiri dan boleh jadi lebih ramai penduduk akan berpindah kerana tidak sanggup tinggal di kawasan ini akibat kewujudan kolam yang boleh menyebabkan penyakit dan memburukkan pemandangan," katanya.


Tindakan Majlis Daerah Kuala Pilah burukkan lagi kesesakan trafik

Posted: 28 Mar 2011 07:09 PM PDT



LALUAN dari Jalan Bahau melalui Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu.


Tindakan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) mewujudkan petak meletak kenderaan di sepanjang laluan kiri-kanan Jalan Dato Undang Johol akan menambah kesesakan di bandar ini. Laluan ini menjadi pilihan utama pengguna yang hendak ke timur seperti ke Kuantan, Temerloh, Bandar Muazzam dan sebaliknya.


Pengguna perlu menggunakan jalan ini dengan melintasi bandar Kuala Pilah untuk ke arah timur dan juga untuk ke Bandar Seremban selain laluan alternatif yang melintasi kediaman dan rumah kakitangan kerajaan.


Kewujudan petak meletak kenderaan ini menyebabkan laluan ini menjadi selorong sahaja, paling ketara kepada pengguna yang datang dari arah Bahau untuk terus ke arah Tampin, hanya dapat meneruskan perjalanan sekiranya ada kenderaan di hadapan membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat untuk ke Seremban.


Keadaan akan menjadi kelam-kabut jika kenderaan lebar yang membawa peralatan atau kenderaan seperti kereta.


Bandar Kuala Pilah ini sememangnya sesak terutama menjelang menyambut Ramadan atau Hari Raya kerana penduduk setempat keluar membeli-belah sebagai persediaan. Sukar dibayangkan keadaan pada tahun ini, yang sudah tentu akan bertambah sesak.


Adalah menjadi harapan agar pihak berkenaan sama ada pihak JKR, polis dan MDKP mengkaji semula kesesuaian mewujudkan petak meletak kenderaan di jalan utama ini.


SHABUDDIN

Putrajaya

28 Mac 2011

Rembau Hari Ini

Posted: 28 Mar 2011 07:50 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kenduri kahwin kelam-kabut

Posted: 27 Mar 2011 09:01 PM PDT


Kenduri kahwin kelam-kabut

Sinar Harian 28 Mac 2011


REMBAU - Majlis kenduri perkahwinan anak saudara seorang penduduk di Kampung Gaing Baru, Pedas, dekat sini terpaksa dilangsungkan dalam kesulitan gara-gara bekalan air terputus, semalam.


Penduduk, Kamarulzaman Yahya, 44, berkata, situasi itu menyukarkan keluarganya memastikan kenduri berjalan dengan lancar kerana mereka memerlukan air yang banyak untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan peralatan dapur.


"Memang kelam-kabut hari ini (semalam). Tekanan air semalam (kelmarin) agak rendah mengakibatkan kami tidak dapat menadah air dalam kuantiti yang banyak. "Lori Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang menghantar air tetapi saya masih risau ia tidak mencukupi untuk kerja kenduri," katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, masalah gangguan bekalan air kerap berlaku di Kampung Gaing Baru sejak 15 tahun lalu. "Penduduk yang menghuni 45 kediaman di kawasan di sini berdepan kesulitan melakukan urusan seharian setiap kali masalah ini berlaku.


"Kami telah memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai isu ini tetapi sehingga kini belum pasti tindakan yang diambil," katanya.


Kamarulzaman berkata, paip air di kawasan berkenaan selalu pecah dan penduduk kampung berharap, pihak terbabit segera menggantikannya dengan yang baru.


PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Mar 2011 07:39 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS for ALL will strive for PAS to win all 5 seats in Miri

Posted: 28 Mar 2011 07:24 PM PDT


In response of SUPP statement that PAS cannot gain support from Mirian,PAS confident based on current assessment, PAS and Pakatan Rakyat can win 3 out of 5 seats in Miri and Sibuti,while with extra hard,and right strategy;we can achieve clean sweep for all seats in Miri area,InsyaALLAH. PAS for ALL concept is now fully implement and well accepted by all people in Miri.

PAS for All is PAS as a political platform for all Malaysians, not as a regional political party limited to East Coast or Northern Malaysia only, nor representing a specific religion of Islam and its believers only. PAS for all means that all visions and missions that the party espouses will broadly cover all Malaysians. It will be an umbrella in which, Muslims and non-Muslims alike, can share their visions, can claim a sense of belonging, and can be assured of equal protection and rights as citizens of Malaysia. It will also be a platform by which all Malaysians, regardless of their geographic distribution, will be assured of a just and fair treatment in enjoying the wealth of the country.

Tanah Di Sarawak dibahagi2 Hanya Untuk Pemimpin BN Dan Kroni2 Saja???

Posted: 28 Mar 2011 06:40 PM PDT

BAGAIMANA TAIB MEMBALAS BUDI RAKAN-RAKAN POLITIKNYA!

Monday, March 28th, 2011 GMT This post is also available in: English


Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan? Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan. Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama! Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti!

Naroden Majais

Contohnya Naroden Majais. Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka! Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007. Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram. Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta. Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!


Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu. Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching. Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden. Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong! Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd! Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!


Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah 'dirundingkan' oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam 'usahasama', di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya. Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama. Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu. Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat 'dividen' sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu? Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?


WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd. WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd. Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing! Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations. Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu! Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais. Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri. Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak! Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?! Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu. Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!


Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri? Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya? Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib. Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini (sila lihat entri bahasa Inggeris).


Palm Plantation Patronage – How Taib Pays off Political Pals!

Monday, March 28th, 2011 GMT This post is also available in: Malay – from Sarawak Report

1.Taib's power-base


Many have questioned in our comments why Taib's political colleagues allow his corruption to continue? Our researches through the land registry are starting to provide the answer. Most of his political cronies, who occupy the top ministerial jobs, have themselves been major benefactors of the Chief Minister's largess over state lands. In recent years they have started to try and cover up their names, but we have gained access to some of the older records as well! It is plain that for many BN YBs the end of Taib would mean the end of their cushy plantation titles, so they are hanging on to the old 'rainmaker' with all their might!


Naroden Majais

2.Simunjan Assemblyman, Assistant Minister in the C M's Department and now a vast plantation-owner!


Naroden Majais Take for example Naroden Majais. He has repaid the trust of his constituents in Simunjan by taking a staggering amount of their land! We identified no less than 19 land titles handed out to him via the companies Hydroflow and Indranika Jaya in the Simunjan area during the period 2003 – 2007. Naroden has also bagged a massive 5,000 hectare plot in Baram region, according to the records. These handouts alone amount to a total of 15,500 hectares which were given out for a premium of RM5.7 million. But, in case Naroden could not afford to pay or sell these on in time he was given a nice discount of RM500 per hectare on much of the land, says the records, and he was also given between 5 and10 years to pay it! Cover up! Sarawak Report has also detected some rather half-hearted attempts by Naroden to cover up his control of these land titles, which provoked some criticism amongst bloggers in 2008. If you look at the current land records (which we have made publicly available on our site) you will see that Hydroflow and Indranika are currently registered under the name of Kong Goon Siong, based at Lot 298, Tingat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching.



3.Details from the current land records.


However, if you go back to the 2007 land registry the connection with Mr Majais becomes rather plainer. You will note that it was then his name in the land records, next to exactly the same address as the one now used by Mr Kong Goon Siong! 4.Clear as daylight! Naroden Majais's names were originally listed with the properties. Now it is someone in his office! What's more, in the current 2010 land records, Naroden is still openly listed as the recipient of the land title for the 5,000 hectares in Baram under the company Harta Mastira Sdn Bhd!



5.Still featuring as the recipient of the land title for Harta Mastira Sdn Bhd in Baram. Bearing in mind that Taib's brotherOnn Mahmud is currently advertising palm plantation land for RM 30,000 per acre the value of these 15,500 hectares of plantation land can be assessed at comfortably over billion ringgit!

What the local people got


6.Naroden Majais's house - Where did the money come from?


The issue of Native Customary Land Rights in the area was clearly 'negotiated' by Mr Naroden to the extent that the local landowners were enmeshed into a 'profit-sharing' deal, whereby they became shareholders in two companies that were handed 30% of Indranika Jaya and Hydroflow. At the end of last year, with great fanfare in a ceremony held at the grand residence of the Chief Minister himself, these local people were handed their dividend from the first year of profits. The Sarawak Tribune (which is controlled and edited by Hanifah, the Chief Minister's daughter) described how 23,579 metric tons of palm oil had been produced and that as a result a handsome cheque for RM 575,400 was presented to the local landowners. Since there are 2,877 of these shareholders, each of the local landowners had to make do with a meagre RM200 for the year! So, what happened to all the profit from the wood that was cut down and what happened to the profit from the sale of the land? Could any of that money have ended up with Mr Naroden Majais, whose house alone implies a certain level of prosperity that one would not expect from the modest salary of a State Assemblyman? WFM Plantations Our researches indicated that yes, that is exactly where the money has ended up. While the local people got 30% of the shares (but no control of the company), 60% of the shares went to a private company called WFM Plantations, which is in turn largely owned by WFM Enterprise Sdn Bhd. WFM operates out of the same set of offices as the NCR shareholder companies, which are called Punggor Wibara Sdn Bhd and Saddor Wibara Sdn Bhd. The main shareholder of WFM Enterprise turns out to be a familiar name, one Kong Goon Siong along with a clear relative, Kong Goon Khiing! The same couple also direct the sister company WFM Plantations. Kong Goon Siong is of course the trusty employee working out of Naroden Majais's office, who kindly took over as the contact in the land registry after all the fuss in 2007! Kong Goon Siong shares the same address as Mr Naroden Majais (see land record excerpts above).


7.No great surprise - Kong Goon Siong and relative control and own WFM Enterprise (see above)!


So either Mr Majais has kindly handed millions of ringgit worth of palm plantation to his employee Mr Kong Goon Siong and his family or he is using them as his agent in a rather ludicrous attempt do disguise his ownership of 60% of the shares in these Simunjan plantations and his control of the entire company. Nice Mr Majais to give the real owners of the land, the dwellers of Simunjan, RM 200 ringgit for the loss of their forests and livelihoods! Naroden has more Sarawak Report concludes that Mr Majais will remain a very strong supporter of of Taib Mahmud and his BN government. Indeed we wonder if with so much land he isn't in fact acting as a trusty proxy for Taib Mahmud himself? Surely, such a man as this could have been bought and paid for with far less land than the huge plantations that have been generously handed to him for a mere RM5.7 million to be paid for sometime over the next ten years? That suspicion grows with a further perusal of the land records, which reveal even more lands that have been handed out in recent years to this Minister, who is known to be a particularly close confidant of Taib. Again, one has to look back to the land records of 2007, which are copied below.



8.More of the land that has gone to Naroden Majais!


This land in Gedong adds up to another huge plantation of 12,000 hectares, again with a potential worth of around a billion ringgit, according to the sum being asked by Taib Mahmud's brother Onn for his own plantation. Yet YB Majais's boss only asked him to pay around RM6 million ringgit to the state of Sarawak! If BN make such clumsy thieves, we wonder how good they are at running the country?!

DUN CHINI

Posted: 28 Mar 2011 07:30 PM PDT

DUN CHINI


KITA GEMPUR PERLIMEN PEKAN ( SIRI LAWATAN DI PERLIMEN KOTA RAJA )

Posted: 28 Mar 2011 11:54 AM PDT

Kami sampai di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Perlimen Kota Raja disambut oleh kakitangan .
YB.Dr.Siti Mariah tiba sesudah itu ,perkataan yang pertama diperkatakan ialah maklumat yang diterimanya masa itu bahawa di dewan ,pehak JPN memberi kad pengenalan pada seseorang dengan jumlah yang banyak.
4 jam selepas itu pula Ustaz Abu Kasim YDP Pekan terima pangilan bahawa diPekan ada program JPN memberi kad pengenalan juga ..










KITA GEMPUR PERLIMEN PEKAN ( SIRI LAWATAN DI PAS SELANGOR )

Posted: 28 Mar 2011 11:00 AM PDT

Pas Pekan telah mengadakan lawatan di Selangor pada 26hb.mac 2011 bertujuan untuk menjalin silatulrahim dengan lebih dekat lagi disamping mencari suntikan menjelang PRU 13 yang tak lama lagi.
Kedatangan kami disambut oleh Ustaz Jaafar Samsudin Setiausaha kerja pilihan Raya Pas Selangor.
Banyak pengalaman yang dapat dalam pertemuan ini.
Terima kasih pada Ustaz Jaafar dan Pas Selangor kerana memberi layanan yang baik dan penerangan yang sangat berguna.











Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 28 Mar 2011 07:26 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


PAS : Judi Tetap Haram

Posted: 28 Mar 2011 05:09 PM PDT

PAS tetap dengan keputusan bahawa judi adalah haram.
Karpal kata ikut undang-undang Malaysia yang digubal oleh UmNo dan BN, judi dibenarkan dan tidak haram.
Ku Li kata haram...... tapi tak haram..... Haramkan judi selepas 20 tahun itu tergesa-gesa!
UmNo kata?
_________________
Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan. Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan.

Di Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu. "Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian," katanya.

Sehubungan itu, Karpal menasihatkan penasihat undang-undang negeri Kelantan mendapatkan nasihat Peguam Negara sebelum membuat keputusan yang mungkin mengelirukan kerajaan PAS.

Ku Li: Terburu-buru

"Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri," katanya.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga meminta kerajaan negeri supaya menarik balik larangan berkenaan yang didakwa telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negeri itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS itu sebagai tindakan terburu-buru. "Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat Gua Musang, hari ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lalu.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain. "Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 28 Mar 2011 07:06 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 27 Mar 2011 07:38 PM PDT


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING KALI KE-29 UNTUK SESI 2011-2013
26/3/2011 SABTU
MADRASAAN NUR HIDAYAH TEMBAK A
KUALA KETIL

KETUA PEMUDA DISANDANG OLEH UST OSMAN ABDUL HAMID MENANG TANPA BERTANDING



TIMBALAN KETUA DIMENANGI OLEH UST ROSHIDI DENGAN MAJORITI HAMPIR 100 UNDI. SATU LAWAN SATU



NAIB DISANDANG OLEH UST ZULKIFLI JUSOH MENANG TANPA BERTANDING

YANG LEBIH SENGIT PERTANDINGAN JAWATAN AJK DPPB SEBNYAK 10 PERCALONAN.8 PERCALONAN YANG MENANG DAN DIPILIH SBG AJK
1) UST ZAWAWI IBRAHIM
2) SUHAIMI MAT
3) UST FADLAN SAIDEN
4) UST SOMAT MOHAMED
5) UST ASHRI ABD RAHMAN
6) UST HELMI WAHAB
7) UST ASWAD NASON
8) UST MARZUKI

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Mar 2011 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SURAT BERBISA DAN TERBUKA UNTUK KPN

Posted: 28 Mar 2011 03:00 AM PDT

Mat Zain bin Ibrahim,

SAC II G/5776(Retired),

Email:matzainibrahim@gmail.com

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.

Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah "the long arm of coincidences" sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

28 March 2011

TINDAKAN MELULU KSU MENDATANGKAN BAHAYA !

Posted: 27 Mar 2011 09:12 PM PDT

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad?
Bukan nak menyalahkan KSU ini kerana mungkin ada arahan atasan lagi atau dari mana-mana yang kita tak ketahui. Satu soalan teman, kalaulah rakyat Malaysia kehingan Kad pengenalan semasa hari cuti bagaimana ? Pejabat pendaftaran buka masa cuti ke? Padahal rakyat yang kehilangan mungkin semasa dalam perjalanan ke suatu tempat yang jauh yang mungkin akan ditahan oleh Polis atau JPJ dan sebagainya. Apa yang kita boleh tunjuk?
Soalan ke2, mungkin tanpa report polis, sesiapa kan menyamar untuk membuat Kad Pengenalan yang baru dan peranan orang dalam memungkinkan berlaku pemalsuan dan pengeluaran kad pengenalan yang palsu tapi 'kad bermutu tinggi'.

Atau kita boleh kata ini satu cara BN/UMNO mendapatkan pengundi hantu jika SPR bersengkokol antara satu sama lain.?

Kesan lain, Polis tidak dapat menjana wang dari jualan laporan yang berniai RM2 satu salinan laporan.

Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Puchong semalam.

- UTUSAN

KAN BAGUS KALAU ADA BILIONER DAN JUTAWAN DI KALANGAN ORANG ISLAM MACAM DIA

Posted: 27 Mar 2011 07:17 PM PDT


Orang terkaya nomor tiga dunia, Warren Buffett, memberikan sumbangan wang sebanayk US$ 1,6 juta kepada yayasan amal yang dibentuk oleh pendiri Microsoft, Bill Gates, dan istrinya Melinda.
Secara keseluruhan, Buffett menyumbangkan sebesar US$ 1,93 juta kepada 5 buah yayasan selama tahun 2010 ini. Selebihnya diberikan kepada beberapa yayasan yang dibentuk atas nama istri Buffett, Susan, dan ketiga anak mereka.

Buffett, yang memiliki perusahaan pelaburan Berkshire Hathaway, berjanji pada tahun 2006 untuk menyumbangkan 99 peratus dari kekayaannya.

Sumbangan tahun ini lebih tinggi dari angka US$1,5 juta yang disumbangkan tahun 2009 karena Berkshire Hathaway meraih keuntungan lebih.

Buffett adalah seorang pengurus Yayasan Gates yang mendukung berbagai projek termasuk pembasmian polio, pemberian pinjaman kecil, dan bea-siswa universiti. Yayasan Gates menggaji 830 orang pekerja dan membelanjakan US$ 3 juta tahun lalu.
Yayasan Susan Thompson Buffett menyediakan bea-siswa bagi para pelajar sekolah tinggi Amerika.
Buffett masih memiliki 43,9 triliun saham Berkshire, atau 23,3 peratus dari jumlah keseluruhan, menurut dokumen yang diajukan ke Komisi Nilai Tukar dan Keamanan.

Pada tahun 2006, Buffett melakukan sumbangan amal terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dengan memberikan US$ 37 juta kepada Yayasan Gates.

Pada bulan Jun, dia dan Gates mengimbau para jutawan Amerika agar mengasingkan setengah dari kekayaan mereka untuk badan amal.

Susulan dari sumbangan mereka, Buffett dan Gates sekarang menjadi orang terkaya nombor dua dan nombor tiga berturut-turut, di belakang jutawan Meksiko, Calos Slim.

PESANAN PENTING DARI UNIT FORENSIK SIBER DAN VIDEO LUCAH

Posted: 27 Mar 2011 06:16 PM PDT


PAPARAN SKRIN AMARAN MALWARE OLEH GOOGLE CHROME

MALWARE MENYERANG LAGI SETELAH LAMA MENGHILANG.

HANYA PELAYAR-PELAYAR INTERNET YANG MENGGUNAKAN GOOGLE CHROME YANG AKAN MENDAPAT MESEJ AMARAN INI APABILA DIDAPATI SESUATU LAMAN BLOG ITU CUBA MENYEBARKAN MALWARE.
PELAYAR INTERNET YANG MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER ATAU FIREFOX TIDAK AKAN MENDAPAT MESEJ INI.JADI ANDA BOLEHLAH BERGEMBIRA,WALAUBAGAIMANAPUN ANDA BELUM TENTU SELAMAT.

BLOG YANG MENYEBARKAN MALWARE ITU MUNGKIN BLOG YANG ANDA KLIK ATAUPUN BLOG YANG DIPAUTKAN DI BLOG ITU PADA WIDGET BLOGSLIT.

UNTUK MENGELAKKAN PERKARA INI BERLAKU,PEMILIK BLOG YANG MENGALAMI PERKARA INI MESTILAH MENGELUARKAN BLOG YANG DIJANGKITI MALWARE DARIPADA SENARAI BLOGLISTNYA.

BAGI PEMILIK BLOG YANG MENJADI PUNCA KEPADA SERANGAN INI,MEREKA PERLULAH MEMBUANG APA-APA WIDGET YANG MEMBAWA PENYAKIT MALWARE INI.

BERIKUT ADALAH CONTOH AMARAN YANG DIBERI:

Mesej ini akan dipaparkan menggantikan paparan blog tuan jika pelayar menggunakan google chrome.

Warning: Something's Not Right Here!
atsixty-zakriali.blogspot.com contains content from telokbakong.blogspot.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site.
Google has found malicious software may be installed onto your computer if you proceed. If you've visited this site in the past or you trust this site, it's possible that it has just recently been compromised by a hacker. You should not proceed, and perhaps try again tomorrow or go somewhere else.
We have already notified telokbakong.blogspot.com that we found malware on the site. For more about the problems found on telokbakong.blogspot.com, visit the Google Safe Browsing diagnostic page.

JIKA DILIHAT PADA MESEJ TERSEBUT,BLOG atsixty-zakriali.blogspot.com DIDAPATI MENGANDUNGI KANDUNGAN DARIPADA BLOG telokbakong.blogspot.com YANG DIPERCAYAI MENYEBARKAN MALWARE.MALWARE YA..BUKAN VIDEO LUCAH.KALAU VIDEO LUCAH TAKPA,TAK DAK HAL.
KAH!KAH!KAH!

JADI PEMILIK BLOG BERKENAAN HARUSLAH BERTINDAK SEGERA.GUA SENDIRI PUN TELAH MENGELUARKAN BEBERAPA BLOG YANG MENGANDUNGI MALWARE DARI BLOGLIST BIAQPILA SEJAK BEBERAPA MINGGU LEPAS.KEPADA TUAN PUNYA BLOG YANG MENDAPATI BLOGNYA TELAH DIKELUARKAN DARI BLOGLIST GUA HARAP DAPAT MEMAKLUM SEGERA MELALUI EMAIL ATAUPUN MESEJ FACEBOOK SUPAYA SAYA DAPAT MEMASUKKAN KEMBALI SETELAH DIPASTIKAN IANYA BEBAS DARI MANGKUK MALWARE NI.

SEKIAN HARAP MAKLUM


UNIT FORENSIK SIBER DAN VIDEO LUCAH
KEMENTERIAN KESEKSIAN,KEBUAYAAN DAN PORNOGRAFI
BIAQPILA INC.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/03/pengumuman-penting-untuk-blogger.html#ixzz1HqvcLjXX

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 28 Mar 2011 03:40 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SIAPA SHEIKH AHMAD ROZI... SPRM WAJIB SIASAT!!!

Posted: 28 Mar 2011 02:03 AM PDT

Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohd Fatmi Che Salleh berkata usahawan itu, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad yang juga Bendahari Umno Kota Baharu, sanggup membelinya daripada sebuah syarikat yang dilaporkan telah membayar RM3.8 juta kepada kerajaan negeri untuk bangunan pasar lama tersebut.

"Sheikh Ahmad Rozi telah menghubungi saya untuk menawarkan membeli bangunan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah peniaga yang telah diarah berpindah segera pada 30 Mac ini oleh syarikat terbabit.

"Saya harap syarikat terbabit setuju untuk menjual kepada beliau kerana ini bukan sahaja menyelesaikan masalah peniaga, tetapi syarikat itu juga akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta," katanya pada sidang akhbar hari.

(SPRM kene siapa kes nie... mana mamat nie dapat RM5 juta untuk beli... nak buat loan bank confirm tak lepas sebab atas market value...)

BOLEH TGK VEDIO LUCAH... FATWA SESAT PROF UMNGOK

Posted: 28 Mar 2011 01:37 AM PDT

Susah juga bila ada sorang lagi Mashitah dalam puak-puak bodo ini... suke hati mengkiaskan sesuatu tak ikut hukum sebenar... dia kire main darurat je boleh... bangang punye bangsa...

KUALA LUMPUR 28 Mac – "Lagi pun bagi saya, melihat dengan niat 'ikhlas' untuk mencari kebenaran sama seperti seorang pengamal perubatan yang melihat alat sulit bukan kaum sejenis dengan tujuan perubatan," kata Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Dr. Baharudin Putih (gambo) kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disaran agar tidak melatah berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan tokoh pemimpin pembangkang yang juga suami beliau.


Dia berkata Wan Azizah sewajarnya melihat terlebih dahulu video berkenaan dan bukannya membuat penafian berdasarkan maklumat daripada pihak lain.

Menurut beliau langkah berkenaan adalah lebih baik daripada melatah tidak tentu hala kerana ianya melibatkan maruah suami serta keluarga beliau itu sendiri yang kini telah menjadi perhatian dan cakap-cakap di warung kopi.

"Bukankah Wan Azizah itu isteri yang solehah..tetapi beliau belum tahu lagi suami beliau soleh atau sebaliknya…Kena tengok dululah video yang didakwa itu baru ambil tindakan sepatutnya seperti mencari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan untuk menentukan kesahihan dan sebagainya.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

"Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu. Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram," katanya.

Tambah Dr Baharudin lagi, Wan Azizah seharusnya berpegang kepada prinsip kebenaran iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah.

"Bagi saya dalam soal ini, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih….Tengoklah dulu..kemudian kalau di dalam video tersebut bukan Anwar seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak, Wan Azizah bukan sahaja dapat membersihkan imej Anwar dan keluarga, malah pembangkang itu sendiri," katanya.

Beliau seterusnya menegaskan prinsip penafian sebenarnya asam garam kepada pembangkang kerana mereka menghidupkan budaya berkenaan untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

"Cuba kita teliti betul-betul..apa sahaja yang melibatkan pemimpin mereka, penafian demi penafian akan timbul, namun jika melibatkan orang lain, berduyun-duyun mengatakan itu benar dan perlu disiasat serta diambil tindakan dan sebagainya.

"Apa pun saya penuh yakin dan percaya, lama kelamaan rakyat akan tahu budaya yang menjadi prinsip pembangkang ini dan dapat melihat kebenaran akan timbul satu hari nanti,Insyaallah," katanya. -MediaUMNO.

"Sahaja aku berzina dengan penuh 'ikhlas' kerana UMNO"...

LAGI PEREMPUAN SIMPANAN AYAH PIN BERBICARA

Posted: 27 Mar 2011 11:56 PM PDT


KUALA LUMPUR 18 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.


Pengarah Kebangsaan JMM, Noorizawati Ahmad Zulkifli (gambar) berkata, jika Nik Abdul Aziz betul-betul berpolitik berpandukan agama, sudah pasti beliau mahukan kebenaran tanpa mengira kesan atau akibat politik yang akan timbul daripada penyerahan sampel DNA Anwar.

''Jika Nik Abdul Aziz enggan mendesak Anwar, maka ternyata beliau tidak berpandukan agama apabila sesuatu perkara itu tidak memberi keuntungan politik kepadanya.

''Maka tidak salah jika rakyat Malaysia menganggap Nik Abdul Aziz sama taraf dengan Ayah Pin.

''Satu (Nik Aziz), guna agama untuk nafsu politik dan satu lagi (Ayah Pin) untuk nafsu seks,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari.

(yang ni pun ana tak minak nak tampal semua... ) 

MANGKUK JMM BERSUARA LAGI...

Posted: 27 Mar 2011 11:28 PM PDT

Awat le bodo sangat... kan dah ade dalam Quran... nak menatang fatwa bendanye...ikut je la apa yang Allah suruh termasuk hukumannya....  konferm tak pernah baca Quran.... macam solat.... takkan nak tunggu fatwa baru nak wajibkan solat....

KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan 'fatwa' tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.


Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh (si bodoh) berkata, 'fatwa' itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

"JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan 'fatwa' kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

(ana tidak berminak nak tampal semua.. sebab article dia nie khas untuk orang sawan babi seperti puak-puak UMNgOk... )

MACAM LE UMNO NAK PILIH HANG....EZAM KATAK MUKE DOK MALU..

Posted: 27 Mar 2011 11:19 PM PDT

Macam le UMNO kebuluq nak lantik hang... hang layak jadi babi kambing tunggangan UMNgOk je...

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah "serik" untuk aktif berpolitik.


"Saya sudah serik, sudah serik," kata beliau yang menyertai Umno pada Mei 2008 dan tahun lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Ezam berkata beliau akan menyampaikan pendirian yang sama sekiranya pucuk kepimpinan parti memintanya mengkaji semula keputusan itu, sekali gus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Keputusan saya tidak mahu bertanding tetap dan ia kekal," kata Ezam.

"(Pendirian saya) sudah jelas... kalaupun pemimpin parti meminta saya (agar) bertanding nanti, saya akan memberitahu mereka perkara yang sama," kata beliau.

Beberapa blog sebelum ini menyebut beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan disebut-sebut sebagai pemimpin pelapis negeri Selangor.

Kata Ezam, beliau memutuskan demikian selepas melalui pengalaman cukup "serik" sepanjang dua dekad lalu termasuk mengorbankan banyak aspek termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perjuangankan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas Anwar dipecat pada September 1998, beliau bersama beberapa pemimpin yang lain keluar Umno untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau keluar PKR pada 2007 dan menyertai semula parti Umno pada 28 Mei 2008.

"Saya sebenarnya sudah keluar untuk tidak aktif berpolitik, selama dua tahun selepas saya keluar PKR dan menyertai usaha melawan rasuah," katanya yang merupakan ahli Umno Petaling Jaya Selatan.

Ezam merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan ISA.

Semalam, Ezam berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh BN untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

"Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya.

Kata Ezam, misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah.

"Saya menyertai Umno untuk menjelaskan tentang Datuk Seri Anwar dan PKR, di mana tugas ini sudah selesai, sudah dapat menjelaskan kepada rakyat.

"Sekarang saya mahu membantu kerajaan dalam melawan rasuah," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai cakap-cakap bahawa beliau merupakan pemimpin lapisan menerajui kerajaan negeri Selangor, Ezam berkata:

"Perkara itu tak timbul. Bukan itu yang saya mahukan."

"Saya dari awal sudah memberitahu kepimpinan parti bahawa saya hanya mahu memberi penjelasan tentang PKR dan Datuk Seri Anwar dan membantu kerajaan. Saya tidak mahu apa-apa jawatan," katanya lagi.

IRMA BEKAS AWEK NABIL PAKAI TUDUNG... ALHAMDULILLAH..

Posted: 27 Mar 2011 08:41 PM PDT



Saja je post cerita artis kita yang dah mula berjinak-jinak amalan Islam sebenar... Irma Hasmie... ala bekas awek nabil... buat-buat warak pulak... katenye kini dia dah mula memakai tudung... walaupun ada kata-kata yang tak berapa baik bila mempertikaikannya... yang penting langkah pertama dah ada... cuti kita doakan agar dia terus istiqamah dalam perubahan itu...

cume satu je ... bile la 1st lady nak pakai tudung....??? ... mesti la time solat.... ya betul time Rosmah solat... solat?

UMNO KANTOI TAK SOLAT JUMAAT

Posted: 27 Mar 2011 05:48 PM PDT

Al kisah puak-puak UMNO nie bukannye gi solat Jumaat pun... masa time orang tengah solat jumaat... time tue digantung banner dibahagian hadapan menghadap ke Pusat Islam... kebetulan ada seorang jemaah yang kelewatan masa tue sampai imam tengah angkat takbir nak start jumaat.. masa tue katanya banner tue takde lagi... yang peliknya lepas je solat jemaat... ada tergantung banner tue... masa bile puak-puak nie gantung


Nie kononnye demo la bagi UMNO... gantung banner kat Masjid Negara 'time' orang tengah jumaat... lepas tue cabut... solat nyer tidak ...



... style UMNgOk... gantung.. snap... turun... cari port lain....kantoi.....wakakakaka

(GAMBAR) 13 RIBU SERTAI DEMO KECAM ANWAR DI MELAKA

Posted: 27 Mar 2011 05:45 PM PDT

 demo kerbau lahabau di masjid Al Azim, Melaka lepas solat Jumaat lalu
 yang nie 11 ribu org.... termasuk mamat yg pakai baju biru... kire ok lah
yg nie 13 ribu... korang kire sendiri kalu tak percaya...

muka-muka lahabau....


nie lagi sorang kerbau lahabau...

MISI PEMUDA PAS TAWAN SERAWAK!!!

Posted: 27 Mar 2011 05:30 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) baru sahaja mengakhiri lawatan kerja ke Sarawak pada 22 hingga 24 Mac bertujuan untuk mengemaskini dan memastikan kelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS di Negeri Sarawak. Lawatan kerja ini diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ust Azman Shapawi bersama-sama dengan Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Penerangan DPPP Suhaizan Kaiat.

Pada 22 Mac 2011, DPPP telah mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Negeri Sarawak berbincang dan memperkemaskan lagi jentera pemuda. Untuk memperincikan lagi susunan gerak kerja di Sarawak, pada 23 Mac 2011 DPPP mengadakan perbincangan dengan pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid di kediamannya dan seterusnya bertemu dengan pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di sebelah petangnya.
Manifesto bersama Pemuda Pakatan Untuk Anak Muda Sarawak

Dalam pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP itu, kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihanraya Umum Negeri yang dijadualkan pada 14 April ini.

DPPP dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac 2011 di bandar Kuching Sarawak. Wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut.

Tindakan Polis Tidak Profesional

DPPP juga ingin melahirkan rasa kecewa dengan tindakan polis yang tidak mencerminkan sikap profesionalnya apabila mengganggu ceramah Pentas Pemuda yang diadakan pada malam 23 Mac di Satok Kuching.

Menghairankan, mengapa ceramah masih diganggu walaupun telah mendapat permit? Adakah ada arahan di saat akhir yang mengarahkan agar ceramah itu dihentikan kerana takut rakyat Sarawak mendapat maklumat yang sahih dari Pakatan Rakyat?

Apakah ini satu lagi tindakan terdesak pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya di Negeri sarawak, kerana takutkan gelombang yang di bawa oleh Pakatan Rakyat ke Negeri Sarawak?

Rakyat Sarawak yang berani menghadiri ceramah tersebut cukup marah dengan tindakan polis itu, dan DPPP mengucapkan tahniah diatas keberanian dan kepahlawanan yang masih ada di dalam sanubari rakyat Sarawak yang cintakan kebenaran dan keadilan.

DPPP mengharapkan selepas ini, tidak ada lagi tindakan-tindakan terdesak oleh pihak polis yang menggambarkan mandulnya sistem demokrasi di dalam negara . Polis juga diperingatkan bahawa negara ini adalah negara demokrasi yang membenarkan hak-hak kami sebagai parti yang berdaftar.


Pemuda PAS Negeri akan turun

DPPP akan membuat mesyuarat susulan segera di peringkat pusat, untuk menentukan serta memfokuskan peranan pemuda negeri-negeri untuk turun di dalam pilihanraya Umum Negeri Sarawak.

Kita berharap pemuda-pemuda PAS daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai kelapangan masa, mempunyai kekuatan wang dan fizikal dapat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan moral dan melicinkan gerak kerja pemuda-pemuda di Sarawak.

Azman Shapawi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

RUMAH AZMIN ALI DIKEPUNG... APA CERITA?

Posted: 27 Mar 2011 05:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran "Datuk Najib Altantuya (DNA)" di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu.

Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.

"YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis," kata kenyataan media ringkas PKR.

"Buat masa ini belum ada maklumat lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, "polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang."

Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: "@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan."

Difahamkan 20 hingga 30 anggota polis berada di pekarangan rumah Azmin sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk menyerahkan notis perintah hadir di balai polis.

Notis tersebut dikatakan diterima oleh isterinya kerana ketika itu Azmin menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Ampang Azmin yang dihubungi The Star berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya.

"Dia berkata bahawa notis tidak memberikan sebab bagi saya perlu hadir di ibu pejabat polis Ampang pukul 10 pagi (hari ini)," katanya lagi.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi 'hodoh' apabila anggota polis cuba menghentikan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 28 Mar 2011 01:09 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


MCA terus perang dengan Nazri

Posted: 28 Mar 2011 11:27 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 28 Mar 2011 11:07 AM PDT

Batu Gajah Mari


Panas!! - Bekas Ahrli UMNO berebut- rebut seah borang sertai KeADILan !!

Posted: 28 Mar 2011 02:37 AM PDT


Selamat Tinggal Umno...BN...!!!!


SABAH: Bosan dengan kepimpinan Umno yang sarat dengan perbuatan fitnah dan sibuk mengkayakan diri, sekumpulan 59 ahli Umno di Sabah nekad menyertai KEADILAN.

Kesemua mereka adalah bekas ahli Umno di Kampung Jawa Melalap, Tenom dan menyertai KEADILAN Cabang Tenom di bawah kepimpinan Ketua Cabangnya, Datuk Halik Zaman.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Tahir B Dingau, antara sebab mereka menyertai KEADILAN adalah kerana bosan dengan kebatilan fitnah yang dilemparkan Umno kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kami bertekad meninggalkan Umno kerana sejak sekian lama memerhatikan cara songsang kepimpinan Umno yang tiada lain selain memperkasakan diri dan kroni.

"Umno juga semakin parah dengan pelbagai fitnah yang wujud dan diciptakan khas untuk melemahkan perjuangan KEADILAN," kata Tahir.

Katanya lagi, mereka juga sudah jelak dengan Umno BN yang gemar mempraktikkan agenda kotor demi memastikan rakyat Malaysia terus menyokong parti itu.

Menurut Tahir lagi, jika Umno berterusan dengan sikap begitu, tidak mustahil tsunami politik Semenanjung akan sampai ke Sabah dan Sarawak.

"Mungkin UMNO dan BN fobia dan trauma dengan tsunami politik pilihan raya umum yang lalu. Namun, mereka mesti ingat jika begini sikap kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil akan berlaku lagi fenomena gelombang tsunami yang lebih dahsyat pada PRU ke-13 kelak" tegas Tahir. KeadilanDaily

ANEH, Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Bersunat

Posted: 28 Mar 2011 01:19 AM PDT

Anak pertama pasangan Hairul Insaniyah (23), dan Sunarto (27) yang diberi nama Ahmad Dzaki Rahib Nur Fuadi, warga Dusun Sarpereng Utara, Indonesia sudah siap disunat alat kelaminnya ketika dilahirkan.

Peristiwa ajaib itu mula diketahui ketika bayi yang disambut kelahirannya oleh bidan tempatan pada usia 3 hari. Kulit dihujung kemaluan bayi lelaki itu terkelupas seperti anak yang sudah disunatkan. "Waktu itu yang pertama sekali nampak ialah abangnya. Selepas anak saya kencing, dilihat alat kelaminnya ini seperti sudah disunatkan," kata Hairul Insaniyah (Iin), ibu kepada bayi itu , Isnin (28/03/2011).


Iin berkata ia tidak mendapat sebarang alamat sebelum kelahirannya. Namun semasa hamil dia sering mengamalkan membaca Al-Quran, terutama surah Yusuf, Maryam, Yasin, Arrahman dan surah Muhammad.

"Walaupun saya terkejut dan hairan, tapi saya senang, kerana saya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menyunatkan anak saya," katanya.

Iin mengaku tidak tahu siapa yang menyunatkan anak pertamanya itu. "Saya menganggap ini kekuasaan Allah yang patut disyukuri. Semoga ini tanda-tanda bagus, semoga anak saya menjadi anak soleh," harapnya.

ansarullah

Posted: 28 Mar 2011 11:03 AM PDT

ansarullah


Haram judi??????

Posted: 28 Mar 2011 04:08 AM PDT

Pas Kelantan kekal haramkan `big sweep'KOTA BHARU 28 Mac - Kerajaan Pas Kelantan akan terus mengekalkan pengharaman penjualan tiket judi 'big sweep' selepas mendapati tindakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pas Kelantan selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik sahaja diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Beliau berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan di mana kerajaan negeri boleh memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan. - Utusan

P/S:-Pertama sekali kami nak ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang tetap dalam pendirian mereka yang ingin mengharamkan JUDI BIG SWEEP.

Kalau sebelum ni,dah banyak berita yang dikeluarkan dalam media massa yang mana menjadi punca atau permulaan PERTELINGKAHAN dalam PR akibat langkah ingin mengharamkan lesen judi ini.

Dan sibuklah reporter dan pelbagai lagi masyarakat media berbicara tentang hal ini.Komen dari DAP dan PKR turut dicari.Kononnya itu hak bukan MUSLIM.Dan lagi kata mereka kerajaan Kelantan tak patut buat begitu.

Ada juga media hak milik kerajaan BN turut mempertikaikan perkara ini.Apa maknanya???????

Tapi pada kami,itulah kuasa yang boleh mengubah pelbagai perkara.Jadi dengan kuasa,kita boleh cuba mengubah apa yang tidak betul menjadi betul.Tanpa kuasa siapalah kita untuk membuat perubahan.

Jadi dah ada kuasa,boleh lah cuba-cuba buat benda macam ni.......

Kerajaan negeri Pahang bila lagi??????

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 28 Mar 2011 09:34 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


DPPKD beri penghargaan kepada petugas yang meninggal dunia

Posted: 28 Mar 2011 12:33 AM PDT

oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


DUNGUN 26 MAC 2011 - Suasana pilu dan sebak menyelubungi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) kali ke 34 bilamana dua orang petugas dari pemuda Dungun diberi penghargaan istimewa bagi mengenangkan jasa pengorbanan tenaga,masa dan wang ringgit ketika bergiat aktif semasa hayatnya.

Keadaan bertambah pilu disaat pengerusi majlis tersekat-sekat membaca sinopsis penglibatan dua orang pemuda ini dalam gerak kerja parti sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Pemuda yang dimaksudkan tersebut adalah Allahyarham Mustapha Kamal bin Man, AJK Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah,Dun Sura dan Allahyarham Mohd Shukri bin Abd Hadi, petugas Unit Amal Dun Paka dari Kampung Sura Hujung.



Allahyarham Mustapha Kamal meninggal dunia pada 18 Januari 2011 selepas sempat menyertai konvoi bermotosikal ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti UMNO di Chukai, Kemaman pada 15 Januari yang lalu.

Allahyarham menghembus nafas terakhirnya ketika tidur di rumahnya pada jam 4 pagi dan meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil.Semasa hayatnya Allahyarham bergiat aktif dalam aktiviti kepemudaan di Dun Sura dan juga merupakan AJK Keselamatan Dun Sura yang komitted dalam tugasannya.



Manakala Allahyarham Mohd Shukri meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan motosikal jam 9.30 malam ketika dalam perjalanan untuk bertugas di program Himpunan Warga FELDA di Felda Kerteh 1,Ketengah Jaya,Paka pada 18 Februari yang lalu.Beliau merupakan petugas Unit Amal Dun Paka yang sentiasa tidak ketinggalan dalam sebarang program yang dianjurkan.

Sijil penghargaan dan wang tunai daripada DPPKD disampaikan kepada wakil dari rakan Allahyarham oleh perasmi Mesyuarat Agung,Saudara Mazlan Aliman,Ketua Penerangan PAS Negeri Johor yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

Saudara Mazlan nampak sedikit terkejut bila pengerusi majlis membacakan yang Allahyarham Mohd Shukri terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke program yang beliau sendiri salah seorang pembentang kertas kerja pada sesi petangnya.Pada mesyuarat agung itu, perwakilan dan pemerhati menghadiahkan Surah Al-Fatihah kepada pejuang muda yang meninggal dunia ketika masih istiqamah dalam perjuangan menegakkan kedaulatan Islam di bumi Terengganu khasnya.


Berita terdahulu :

Sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno sebelum meninggal dunia

Pemuda Guchil

Posted: 28 Mar 2011 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Mar 2011 09:16 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kenduri kahwin kelam-kabut

Posted: 27 Mar 2011 09:00 PM PDT


Kenduri kahwin kelam-kabut

Sinar Harian 28 Mac 2011


REMBAU - Majlis kenduri perkahwinan anak saudara seorang penduduk di Kampung Gaing Baru, Pedas, dekat sini terpaksa dilangsungkan dalam kesulitan gara-gara bekalan air terputus, semalam.


Penduduk, Kamarulzaman Yahya, 44, berkata, situasi itu menyukarkan keluarganya memastikan kenduri berjalan dengan lancar kerana mereka memerlukan air yang banyak untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan peralatan dapur.


"Memang kelam-kabut hari ini (semalam). Tekanan air semalam (kelmarin) agak rendah mengakibatkan kami tidak dapat menadah air dalam kuantiti yang banyak. "Lori Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang menghantar air tetapi saya masih risau ia tidak mencukupi untuk kerja kenduri," katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, masalah gangguan bekalan air kerap berlaku di Kampung Gaing Baru sejak 15 tahun lalu. "Penduduk yang menghuni 45 kediaman di kawasan di sini berdepan kesulitan melakukan urusan seharian setiap kali masalah ini berlaku.


"Kami telah memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai isu ini tetapi sehingga kini belum pasti tindakan yang diambil," katanya.


Kamarulzaman berkata, paip air di kawasan berkenaan selalu pecah dan penduduk kampung berharap, pihak terbabit segera menggantikannya dengan yang baru. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8913047.asp

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 28 Mar 2011 09:07 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Rangkuman Berita : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda dan PAS Kaw. Kuala Krau

Posted: 28 Mar 2011 05:29 AM PDT

26 Mac - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada Sabtu lalu telah mencatat satu peningkatan yang terbaik setakat ini dengan kehadiran 20 AJK, 97 perwakilan dan 11 pemerhati.

Berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, kebiasaannya jumlah tidak mencapai 100 orang. Ini bermakna perkembangan yang sangat baik sedang berlaku kepada pemuda PAS.

Dalam ucapan perasmian oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau amat mengharapkan agar semua pemuda-pemuda perlu bangkit untuk bekerja dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat kini. Pemuda mesti cergas, tidak lembik dan pemuda juga mesti melawan arus. Kalau pemuda itu tidak melawan arus makan pemuda itu bukan "pemuda".

Mesyuarat yang didakan buat kali yang ke 23 itu telah diadakan di Dewan Utama Darul Hikmah, Kerdau.

Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar. Tahun ini juag merupakan tahun pemilihan. Setelah selesai urusan pengundian, maka keputusan telah di capai. Keputusan pengundian telah diumumkan oleh AJK Spr dari wakil Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau.

Ketua Pemuda, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz (Menang Tanpa Bertanding), Timb. Ketua, Sdr Fadhil Bin Mohd Shafie (Menang Tanpa Bertanding), dan Naib Ketua Sdr Mohd Shafie Bin Md Esa (Menang Tanpa Bertanding). Manakala 8 AJK yang telah memenangi dari 14 calon yang bertanding ialah Mohd Suhaimi Shafie, Mohd Zukri Salleh, Roazman Rosely, Abu Anas Hanafiah, Zainuri Yahya, Abu 'Asim Abd Aziz, Helmy Harun dan Engku Amizahar.

Tahniah kepada yang telah memenangi dan harapan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Terima kasih kepada semua yang teribat membantu menjayakan mesyuarat padakali ini. Sekian.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan : Jangan gopoh walaupun hampir menang (TG Hj Abd Hadi)


KUALA KRAU, 27 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan.

Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.

"Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT," ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi.

"Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini," ujarnya.

Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.

"Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam
sesudah mencapai kemenangan," ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia.

Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.

Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.

Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.

"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."

BLOG PEMUDA PAS LANGKAP

Posted: 28 Mar 2011 07:44 AM PDT

BLOG PEMUDA PAS LANGKAP


MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS KAWASAN SETIU

Posted: 27 Mar 2011 07:14 PM PDT

Assalamualaikum

MAKLUMAN

PROGRAM  MEGA TERDEKAT

MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS KAWASAN SETIU

WAKTU    : 3.45 PETANG
TEMPAT    : SURAU LANGKAP
HARI         : JUMAAT

PERASMI

AL FADHIL USTAZ RIDUAN MOHD NOR
EXCO PEMUDA PAS PUSAT

i n t a n h i j a u

Posted: 28 Mar 2011 07:35 AM PDT

i n t a n h i j a u


APA ADA HAL...ADA APA HAL...???

Posted: 28 Mar 2011 03:45 AM PDT

 
Persidangan DUN Perak 5 April Ditunda 12 April 
 
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker Datuk R. Ganeson pada Isnin.

Beliau memberitahu bahawa notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terlibat.

Notis mesyuarat pada 5 April itu telah dikeluarkan minggu lepas.

"Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari tarikh asal," kata Ganeson.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan itu. - BERNAMA

RASUAH DAN LEMAH URUS EKONOMI NEGARA PUNCA HARGA BARANG NAIK

Posted: 28 Mar 2011 03:33 AM PDT


IPOH, 28 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah Negara Dunia yang lain.

Menurut beliau, dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk dan apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yangberada.

Beliau menyatakan, Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya di dalam Negara kita.

Memetik ucapan beliau " Hal ini berlaku kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat."
Beliau juga menyataka kerajaan UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Beliau menjelaskan lagi, Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah, jelas beliau.

Menurut beliau, tabiat kerajaan UMNO/BN sememangnya suka menghabiskan duit rakyat disebabkan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan budaya rasuah yang berleluasa telah merebak dalam diri pemimpiN UMNO dan BN sehingga mereka sanggup menggadaikan hak rakyat demi kepentingan pemimpin UMNO/BN serta krono-kroni mereka.

Blog Dewan Pemuda PAS Johor

Posted: 28 Mar 2011 03:40 AM PDT

Blog Dewan Pemuda PAS Johor


Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Johor

Posted: 27 Mar 2011 09:15 PM PDT


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 28 Mar 2011 03:27 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


JANGAN GOPOH WALAUPUN HAMPIR MENANG

Posted: 27 Mar 2011 07:49 PM PDT



KUALA KRAU, 27 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan.


Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.


"Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT," ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.


Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi.


"Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini," ujarnya.


Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.


"Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan," ujarnya lagi.


Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia.


Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.


Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.


Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.


Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda. 


"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa  yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."




Sumber Harakahdaily

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Mar 2011 01:36 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pelajar cemerlang dapat anugerah di Kelantan

Posted: 28 Mar 2011 01:24 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 28 Mac: Buat tahun keempat berturut-turut kerajaan Kelantan akan memberi saguhati kepada pelajar cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata keputusan itu telah diluluskan dalam mesyuarat exco pagi tadi.

Katanya, pelajar SPM yang memperolehi 9A ke atas STAM 10 Mumtaz dan STPM 4A layak membuat permohonan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang akan menjadi urusetia pada program ini.

"Majlis khas bagi meraikan pelajar cemerlang akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan tanpa mengira bangsa agama serta dari sekolah mana mereka belajar termasuk rakyat Kelantan yang cemerlang belajar di luar,"ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat minggu exco, di Kota Darulnaim di sini pagi tadi.

Amar seterusnya memberitahu jumlah peruntukan sebenar belum diketahui memandangkan rekod kecemerlangan pelajar bawah Kementerian Pendidikan belum diketahui.

Sambungnya, dalam tempoh tiga hari lagi pelajar cemerlang boleh mendapatkan borang permohonan di Yik.

Harakahdaily/-
Oleh : Salmah Mat Husain

DAP Berkemungkinan Bertanding di 15 Kerusi

Posted: 28 Mar 2011 01:12 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 28 MAC : DAP berkemungkinan besar akan bertanding hanya di 15 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Menurut sumber parti DAP, selepas membuat rundingan dengan parti kompenannya PKR, DAP akur untuk menyerahkan tiga daripada lima kerusi yang dituntut parti itu.

Pengumuman muktamad berhubung agihan kerusi Pakatan Rakyat dijangka dibuat oleh pemimpin kanan Pakatan di parlimen hari ini, lapor malaysiakini.

Antara kerusi yang akan dilepaskan oleh DAP adalah Padungan, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching yang kini dipegang oleh ADUN PKR, Dominique Ng.

Kerusi Padungan dianggap agak simbolik kepada DAP kerana sejak dua dekad lalu ia adalah kubu kuat parti itu.

Bagaimanapun Padungan juga adalah kerusi tunggal PKR di Malaysia Timur dan Pakatan mempunyai persetujuan bahawa parti yang telah memenangi sesuatu kerusi berhak mempertahankannya semula.

DAP juga dijangka akan melepaskan kerusi Senadin, yang masyarakat Cina merupakan hampir separuh daripada pengundinya dan kerusi majoriti pengundi Iban di Balai Ringin.

Pada pilihanraya negeri 2006, Senadin ditandingi oleh PKR manakala Balai Ringin diberikan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Sementara itu, difahamkan PKR juga telah menggugurkan tuntutannya ke atas Dudong, satu lagi kerusi majoriti pengundi Cina dan Iban.

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP tewas di Dudong dengan hanya 408 undi.

PKR dilaporan berkemungkinan bertanding di Batu Kawah, kerusi majoriti pengundi Cina di selatan Kuching.

Tv Selangor/-

SPRM serbu pejabat Ahli MBSA

Posted: 28 Mar 2011 01:02 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 28 MAC : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Ang Leng Kiat.

Ang yang juga seorang ahli peniagaan berkata pegawai SPRM tiba kira-kira jam 10 pagi tadi tanpa memberikan sebarang notis, lapor Malaysiakini.

"Mereka kata mereka melakukan pemeriksaan rambang terhadap saya dan syarikat saya. Mereka tak kata apa-apa mengenai MBSA," kata Ang yang memiliki syarikat yang bergiat dalam industri perkapalan.

Ang yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor menegaskan beliau akan memberi kerjasama kepada SPRM.

SPRM sebelum ini mensasarkan beberapa EXCO kerajaan Selangor namun hasil siasatan itu tidak dimaklumkan setelah pembantu kepada EXCO Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock mati di perkarangan bangunan SPRM selepas di soal oleh badan itu pada Julai 2009.

Tv Selangor/-
Edi Suleiman

PAS Temerloh usul perhimpuan BERSIH 2

Posted: 28 Mar 2011 12:53 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 28 Mac: Masyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh ke 24 semalam (Ahad) meluluskan usul menuntut PAS Pusat supaya menggerakkan perhimpunan BERSIH 2 bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Usul daripada jawatankuasa yang dibawa oleh Amiruslan Manaf itu, mahukan pertandingan demokrasi yang betul-betul telus dan adil bagi membolehkan rakyat dapat menilai dan memilih pemimpin mereka tanpa dipengaruhi penipuan dan ugutan.

"Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Temerloh menggesa PAS Pusat menggerakkan perhimpunan sejuta rakyat BERSIH 2 bagi menuntut proses demokrasi yang adil sebagai mana tuntutan yang terdahulu iaitu akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik.

"SPR juga mesti melaksanakan penggunaan dakwat kekal (celup jari) untuk menghalang pengundian berganda. Selain itu memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara," tambah Amiruslan.

Tambah Amiruslan lagi, PAS mahukan satu sistem baru di mana semua warga negara ini layak mengundi apabila berusia 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

"Kami juga mahukan tuntutan baru iaitu persempadanan kawasan pilihan raya hendaklah mengikut perlembagaan negara iaitu berdasarkan persempadanan geografi dan sosio ekonomi, bukannya berdasarkan kehendak parti politik.

"Yang keduanya melanjutkan waktu tempoh berkempen sekarang daripada sekitar 8 hari kepada 21 hari sebagaimana yang diamalkan di negara-negara komonwel yang lain," ujarnya.

Amiruslan juga berhujah, PAS yang memiliki ahli paling ramai dalam komponen Pakatan mestilah dilihat lebih menonjol dan terkehadapan dalam usaha menuntut demokrasi. PAS tidak seharusnya dipandang berada di tempat ketiga bagi tujuan menuntut keadilan itu.

Beliau mengingatkan BERSIH 1 telah berjaya membuatkan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh.

Sementara itu PAS Temerloh memeilih kepimpinan baru semalam iaitu Haji Jusoh Darus sebagai Yang Di Pertua, Hassanuddin Salim timbalannya dan naib pula ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad.

Kesemua mereka menang selepas bertanding satu lawan satu.

Harakahdaily/-
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

Gempa Kuat Landa Jepun

Posted: 28 Mar 2011 12:42 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 MAC : Gempa bumi kuat berukuran 6.5-magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah.

Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini.

Tv Selangor/-

113 sertai Umno hanya satu gimik

Posted: 28 Mar 2011 12:30 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, : "Itu hanya gimik politik Umno" demikian reaksi Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berhubung laporan kononnya anggota PAS dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno semalam. Sambil menyifatkan Umno bahagian itu ketandusan idea Wan Hassan mendakwa selain itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik untuk membayangkan kekuatan parti itu kepada umum. Sedangkan katanya, semua tindakan itu sebenarnya tidak ubah bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa.' "Kami tahu hakikat sebenar. Sandiwara penyertaan begini sudah masak bagi kami, jadi bila ada laporan-laporan sedemikian rupa ia tidak menjadi tamparan buat kami. "Sepanjang tahun ini saja entah berapa kali dah berita mengenai ahli PAS masuk Umno disiarkan oleh pelbagai media tapi apa yang pasti hasil dari siasatan kami tiadapun identiti mereka yang terbabit itu menunjukkan ahli PAS," katanya dihubungi Harakahdaily lewat malam tadi. Portal berita Malaysiakini memetik Bernama semalam melaporkan 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan. Wan Hassan yang juga AdunN Semerak berkata, tindakan Umno tersebut sebagai satu taktik kotor serangan saraf bagi mewujudkan persepsi buruk di kalangan penyokong serta ahli PAS yang lain terhadap parti yang mendokong dasar Membangun Bersama Islam selama ini. "Bagaimanapun taktik itu sedkitpun tidak membimbangkan PAS kawasan Semerak khususnya. "Bahkan kita percaya selepas ini akan ada lagi gimik seperti itu akan dilakukan Umno," ujarnya. Harakahdaily/-

Di sebalik lumpuhnya tentera udara Gaddafi

Posted: 28 Mar 2011 12:27 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

REVOLUSI di Libya berlaku selepas kejayaan revolusi di Tunisia dan di Mesir. Muammar Gaddafi telah menyaksikannya dan telah mempelajarinya.
Dia telah melihat Zine Al Abidene Ben Ali dan Hosni Mubarak. Mempertahankan diri pun tak selamat, menyerah seperti tuntutan para demonstran pun tidak selamat.

Komen Gaddafi sebelum tercetus revolusi di Libya, tidak mungkin tercetus revolusi di Libya seperti di Tunisia dan di Mesir kerana rakyat Libya mengasihinya.

Tidak sampai seminggu lepas dia berkata, rakyat Libya pun bangun hingga berjaya menguasai sebahagian bandar besar di Libya kecuali di Tripoli.

Gaddafi rupanya sudah tertipu dengan rakyatnya sendiri. Ketika dia menyangka rakyat Libya menyayanginya, rupanya sebahagian besar dari mereka membencinya.

Ketika kebanyakan kota besar jatuh ke tangan pemberontak, dia masih memberitahu rakyat Libya dan penduduk dunia, rakyat Libya masih menyayanginya. Yang ramai membantah itu, mengikutnya, adalah orang yang dihasut oleh Al-Kaedah.

Dia pura-pura percaya rakyat bersamanya ketika dia hanya masih menguasai Tripoli.

Rakyat yang menunjuk perasaan itu tidak bersenjata. Dia dapat bertahan di Tripoli kerana rakyat tidak bersenjata, sedang dia menguasai senjata. Sekiranya dia tidak bersenjata, dipercayai sudah lama penduduk menguasai Tripoli seperti kota-kota lain.

Kota-kota lain jatuh ke tangan orang yang tidak bersenjata kerana tentera yang menguasai senjata tidak mahu menggunakan senjata, bahkan mereka berpaling tadah menyertai rakyat yang memberontak.

Penduduk dan tentera di Tripoli mengaku setia kepadanya kerana dia berada di situ dan dia dikawal oleh tentera upahan yang mengancam sesiapa saja yang tidak setia kepadanya.

Dia enggan memenuhi tuntutan rakyat supaya berundur kerana dia menyangka dia masih disayangi rakyat tetapi dia mengaku akan menentang kebangkitan itu hingga ke laki-laki terakhir dan perempuan terakhir.

Ini bererti dia bersedia untuk berperang dengan rakyatnya sekali pun dia tahu rakyat sudah tidak bersamanya lagi. Dan sekarang dia sudah pun mengerahkan tentera yang setia kepadanya untuk mematahkan daerah yang sudah jatuh ke tangan pemberontak dan menggunakan pesawat pejuang yang ada untuk mengebom bandar yang menentangnya.

Tentera yang berpaling tadah kini mulai membekalkan senjata yang ada kepada pemberontak dan menubuhkan pasukan tentera rakyat, memberi latihan asas peperangan bagi menentang dan membebaskan Tripoli daripada penyokong Gaddafi dan bagi menangkis kiranya tentera Gaddafi cuba menyerang kawasan yang sudah dibebaskan.

Agak sukar bagi rakyat menghadapi Gaddafi dalam waktu yang singkat kerana ia menguasai tentera udara. Ia boleh menggunakan pesawat pejuang untuk menentang rakyat.

Gaddafi kini cuba bertahan dengan sokongan yang rapuh oleh orang yang mengaku setia kepadanya. Dia tidak dapat mengagak berapa lama golongan yang sudah jadi minoriti itu boleh bertahan menentang penentang yang majoriti.

Jika menteri dan diplomatnya sudah berpaling tadah, maka tiada jaminan orang yang mengaku setia itu akan kekal bersamanya. Mereka juga mahu menikmati udara kebebasan yang mulai dirasa oleh mereka yang berjaya membebaskan diri dari kegerunan Gaddafi.

Gaddafi tidak teragak-agak untuk menggugurkan bom ke atas penentangnya bagi mengekalkan kuasanya. Dia sedia menumpah darah hingga tinggal dia dan keluarganya.

Dia boleh menjadikan Libya padang jarak dan padang terkukur kerana dia ada kapalterbang. Ini mendorongkan rakyat minta bantuan asing khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tentunya Amerika dan Eropah boleh mengambil kesempatan untuk campur tangan. Gaddafi suka kalau kuasa asing campur tangan bagi dijadikan alasan betapa yang menentangnya itu adalah kuasa asing.

Tetapi rakyat Libya yang memberontak itu menolak campur tangan Amerika dan Nato seperti di Iraq dan di Afghanistan. Yang mereka mahu sekadar sekatan kepada Gaddafi menggunakan ruang udara bagi mengebom rakyat. Guna apa jua cara supaya Gaddafi tidak dapat menggunakan pesawat.

Gaddafi boleh menentang orang yang menentangnya tetapi jika yang menentangnya adalah seluruh rakyat, maka Gaddafi tidak boleh menjadi pemimpin kepada makhluk yang bukan manusia atau rakyat yang amat minoriti.

Harakahdaily/-
Oleh : Subky Latif.

Raja Nazrin perkenan agenda Islam

Posted: 28 Mar 2011 12:09 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang diberikan perkenan mengadap sekali lagi Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah semalam di Istana Raja Muda, di sini telah membincangkan agenda pembangunan Islam terutama di negeri ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, antara hasil perbincangan berkaitan tulis jawi yang telah dititahkan oleh Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini dan juga usaha menemukan antara Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS yang akan turut diperhalusi.

"DPPN Pk yakin perbincangan yang telah diadakan semasa majlis mengadap semalam akan membuahkan hasil bagi memastikan agenda Islam di Perak akan terus dipelihara dan berkembang dengan baik," ujarnya.

DPPN Pk juga, katanya yakin penekanan Raja Dr Nazrin Shah terhadap perkembangan dan kemajuan aspek pendidikan Islam di Perak, terutama di peringkat pengajian tinggi juga akan diambil perhatian yang serius.

"Akhirnya, DPPN Pk merakamkan ucapan terima kasih di atas perkenan Raja Dr Nazrin Shah menerima rombongan DPPN Pk merafak sembah mengadap bagi tujuan tersebut," ujarnya.

Harakahdaily/-

Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah

Posted: 28 Mar 2011 12:00 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: "Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks.

Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno. Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya. Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain. Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka. Bagi membuktikan pertemuan itu, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu.

"Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin kepada Harakahdaily yang sangat kesal dengan fitnah itu. Ini kerana, tanpa disebut nama, orang akan mengaitkan beliau dengan gambar itu kerana hanya dia yang menonton video itu. Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam bloh, ia juga disebarkan dalam twitter. "M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim.

Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya. Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya. "Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya. Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok."

Harakahdaily/-

TEST - Posting under maintenance

Posted: 27 Mar 2011 11:32 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 28 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah. Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini. – Bernama

TEST 2
Pemberontak Libya mara

SEORANG anggota tentera pemberontak mengibarkan bendera Libya ketika berjalan di hadapan kereta kebal yang musnah dibedil dalam serangan udara Tentera Bersekutu di bandar Ajdabiya, kelmarin. - AFP

BENGHAZI 27 Mac - Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan selepas menawan semula empat bandar utama daripada tentera Muammar Gaddafi dalam kemenangan pertama mereka sejak kuasa Barat melancarkan serangan udara.

Pemberontak yang sebelum ini berada di ambang kekalahan di kubu kuat mereka, Benghazi di timur Libya sebelum serangan tentera bersekutu dilancarkan pada 19 Mac lalu, menawan semula Ajdabiya dan Brega, 160 dan 240 kilometer ke barat, semalam sebelum kembali menguasai bandar minyak Ras Lanuf hari ini.

Bandar Bin Jawad, kira-kira 50 kilometer ke selatan Ras Lanuf turut berjaya di tawan hari ini selepas mengambil kesempatan daripada serangan udara Perancis yang memusnahkan kereta kebal tentera Gaddafi.

Mendapat dorongan daripada serangan udara itu, mereka hari ini mensasarkan pekan Al-Bisher, 30 kilometer lagi ke barat, di jalan menghala ke bandar kelahiran Gaddafi, Sirte.

Di Tripoli, jurucakap kerajaan Mussa Ibrahim malam tadi berkata, serangan udara tentera bersekutu bukan sekadar membunuh askar tetapi juga penduduk awam di sepanjang jalan di antara Ajdabiya dan Sirte.

"Malam ini serangan udara ke atas negara kami diteruskan dengan sehebat-hebatnya dan kami mengalami banyak korban jiwa di kalangan anggota tentera dan orang awam," kata Ibrahim.

Beliau mengulangi seruan supaya gencatan senjata diisytiharkan dan sidang tergempar diadakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan campur tangan ketenteraan itu bagi menghalang rejim Gaddafi daripada menyerang penduduk awam.

Namun Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates dalam wawancara disiarkan hari ini menuduh tentera Gaddafi menempatkan mayat 'penduduk yang dibunuhnya' di lokasi serangan udara tentera bersekutu, bagi menggambarkan seolah-olah merekalah mangsa serangan itu.

Serangan udara tentera bersekutu itu diperhebatkan semalam dengan 160 misi serangan, berbanding 153 kelmarin, menurut Pentagon.

Di barat Libya, jet pejuang Perancis memusnahkan sekurang-kurangnya lima pesawat perang dan dua helikopter tentera Gaddafi di kawasan Zintan dan Misrata semalam, sementara lima kereta berperisai Libya di musnahkan dalam serangan udara pesawat Britain di Ajdabiya dan Misrata kelmarin.

Semalam, pemberontak dengan bantuan bedilan udara Barat itu membanjiri Ajdabiya, di mana kereta kebal dan kenderaan tentera yang musnah berselerak di jalan raya. - AFP

Anak tak sah taraf bukan anak bapak

Posted: 27 Mar 2011 11:30 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Dalam Islam anak luar nikah sepatutnya dibin atau dibintikan kepada ibu kerana anak itu memang anak ibunya yang sah. Tetapi di sudut syarak, anak itu dikira tak sah taraf kerana dilahirkan tanpa bapa yang sah. Oleh sebab itu anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada bapa yang tidak sah itu. Namun dalam masyarakat Melayu amalan membinkan atau membintikan kepada ibu adalah dianggap ganjil. Nanti pelbagai tuduhan yang akan datang dan ketika itu yang hina dan malunya ialah anak itu dan ibunya. Maka bagi menyelamatkan keadaan ini suka saya mencadangkan dua keadaan iaitu: Pertama, nama anak itu disandarkan kepada nama ibu tanpa memasukkan bin atau binti. Sebagai contoh; nama anak itu Soleh dan ibunya Kalsum, maka jadikan namanya Soleh Kalsum. Kedua, nama anak itu disandarkan kepada nama suami ibunya tanpa bin atau binti. Sebagai contoh, suami ibunya bernama Badrul, jadi Soleh Badrul. Sebenarnya status anak itu dengan bapa sandaran itu adalah bapa tiri yang sememangnya tidak boleh menjadi wali bagi anak perempuannya. Namun bengan sandaran begini sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan kepada anak itu apabila dewasa. Walau bagaimanapun cadangan ini perlu mendapat kebenaran dan persetujuan Jabatan Pendaftaran Negara. Anak luar nikah tidak berdosa Walaupun anak tersebut tidak sah taraf namun sebagai manusia, kedudukan mereka adalah sama sahaja dengan mereka yang sah taraf. Mereka di sisi Allah dinilai siapa yang lebih bertaqwa. Mungkin kedudukannya lebih baik daripada anak sah taraf jika mereka lebih bertaqwa. Jadi, mereka tidak wajar dihina hanya atas kesalahan ibunya yang berzina. Ibu dan bapanya yang berdosa melakukan zina memang wajar dihukum, tetapi kalau mereka berdua telah bertaubat nasuha sebelum berkahwin dan seterusnya dapat meneruskan kehidupan rumah tangga dengan baik, tidak wajar lagi kita menghukum mereka. Sesungguhnya orang yang bertaubat setelah diterima Allah, kedudukannya seperti orang yang tidak berdosa. Anak ini walaupun tidak sah taraf, dia tetapi anak ibu yang sah. Walaupun anak itu tidak ada bapa yang sah, dia masih ada bapa tiri yang sah. Jadi, sebagai anak bapa tiri kedudukannya tetap mahram kalau dia anak perempuan. Cuma dalam hal ini bapanya itu tidak boleh menjadi wali pernikahannya dan anak itu tidak boleh mewarisi harta pusakanya. Jika semua pihak dapat memahami isu ini dengan baik, masa depan anak tak sah taraf atau anak luar nikah ini akan berada dalam keadaan lebih baik. Anak-anak itu tidak lagi berasa seperti tiada bapa atau diejek oleh pihak lain tentang statusnya itu. Kita perlu ingat dalam Islam sikap mendedahkan aib orang lain adalah dosa, sebaliknya menutup keaiban orang lain satu pahala yang besar pula. Wali Perkahwinan Pasangan yang memiliki anak tak sah taraf akan berhadapan dengan dilema untuk menjelaskan status anak itu yang sebenar. Apatah lagi anak perempuan yang akan berkahwin tanpa wali. Oleh sebab itu ibu bapa anak tersebut perlu berterus terang dengannya apabila dia sudah cukup dewasa atau setidak-tidaknya sebelum dia bersedia untuk berkahwin. Walau bagaimanapun jika anak itu dibintikan dengan bapa yang menyebabkan dia dilahirkan, tentu ada masalah untuk menjelaskan kepada anak itu akan kedudukan yang sebenar. Anak itu nanti akan mempersoalkan itu dan ini. Kenapa dibintikan kepada bukan bapa sebenar? Kenapa memalukan saya waktu ini? Kenapa bapa lakukan ini semua? Keadaan ini pasti terjadi kerana kerana si bapa ini telah melanggar undang-undang Islam yang mengharamkan nasab anak kepada yang bukan bapanya. Anak luar nikah hakikatnya bukan anak bapa yang menyebabkan ia dilahirkan. Jadi, haram dinasabkan nama anak itu kepada bapa tersebut. Begitu juga dengan anak angkat, tidak boleh ditukar nasab sebenar kepada nasab bapa angkat. Lain keadaannya dengan sekadar sandaran kerana sandaran tidak semestinya merujuk kepada bapa. Boleh jadi merujuk kepada suami, bapa angkat, bapa tiri, ibu yang semuanya termasuk dalam kategori penjaga. Sebenarnya perkara ini telah diamal oleh orang Melayu secara lisan sekian seperti kata seseorang, "saya nak pergi ziarah Kalsum." Dengan kenyataan itu akan timbul pertanyaan, "Kalsum mana tu?". Lalu dia jawab, "Kalsum Dolah" sedangkan Dolah itu suaminya. Sandaran ini kadang-kadang merujuk kepada orang yang lebih dikenali. Percayalah dengan penggunan sandaran ini, anak-anak yang terlibat akan mudah diberi penjelasan apabila sampai waktunya. Biasanya anak yang sudah dewasa setelah memasuki sekolah atau universiti akan bertanya kepada ibu bapanya, mengapa namanya tidak ada bin atau binti. Di sinilah peluang ibu bapa menjelaskan kedudukan anak itu. Sebagai contoh, Soleh Badrul, maka terus dijelaskan bahawa Badrul ini adalah bapa angkat kamu atau bapa tiri kamu dan sebagainya. Perkara ini tidak perlu dirahsiakan kepada anak-anak terlibat. Namun perlu diingat, kedudukannya sebagai anak tidak sah taraf tidak perlu dijelas. Ertinya perkara itu hendaklah terus menjadi rahsia. Kalau dia bertanya tentang ayahnya yang sebenar, lebih baik ditutupkan dengan kata-kata bahawa ayahnya sudah mati. Kata-kata ini bukan menipu tetapi itulah hakikat sebenar yang bapanya memang tiada secara sah. Dengan cara ini mudahlah anak itu hendak berkahwin dan tidak menjadi satu keaiban baginya untuk berwalikan wali hakim. Ketika itu dia tidak akan berasa pelik kerana bukan dia seorang yang perlukan wali hakim seperti yang termaktub dalam undang-undang Islam. Jadi, dengan cara ini juga anak tak sah taraf tidak akan mengetahui statusnya apatah lagi orang lain. Ahmad Baei Jaafar

Libya: Di mana peranan Malaysia?

Posted: 27 Mar 2011 11:00 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Presiden PAS sekali lagi melahirkan rasa kecewa terhadap peranan Malaysia selaku negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dalam isu perang saudara di Libya. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia perlu memainkan peranan untuk mendesak OIC campur tangan bagi menyelamatkan rakyat Libya yang kini menjadi sasaran perang. "Masih belum terlambat, kita mahu supaya Malaysia main peranan bersungguh supaya OIC menjadi pelindung kepada umat dan contoh kepada keadilan manusia sejagat, termasuk orang bukan Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Beliau menyatakan demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini. "Di mana perginya negara arab, OIC. Apa peranan yang perlu diambil negara ini? "Seolah-olah kita sudah terperangkap dengan kepentingan kuasa besar dunia sehingga menggadai hak asasi manusia negara anggota sendiri," katanya lagi. Sehingga kini ribuan terbunuh sejak bantahan agar Muammar Gaddafi berundur diadakan dan dijangka akan terus meningkat apabila turut dicampurtangan tentera bersekutu. Sementara itu, agensi berita AP semalam melaporkan Pemberontak Libya yang disokong serangan udara tentera bersekutu menawan semula bandar minyak utama dalam kemaraan mereka ke arah barat menuju ke ibu negara, Tripoli. Selepas terhalang dengan penggunaan senjata berat oleh tentera Gaddafi, pihak pemberontak menawan bandar Ajadibya semalam dan mara ke bandar minyak Brega. Serangan udara antarabangsa memusnahkan banyak senjata berat tentera Libya di kawasan itu. Harakahdaily/- Oleh : Nazri Abdullah.

Jangan gopoh walaupun hampir menang

Posted: 27 Mar 2011 10:00 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA KRAU, : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan. Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan. "Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT," ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi. "Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini," ujarnya. Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan. "Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan," ujarnya lagi. Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia. Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia. Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah. Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan. Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda. "Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti." Harakahdaily/-

Dulu mata kini perut jadi sasaran

Posted: 27 Mar 2011 09:30 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PERMATANG PAUH, : "Dulu mata, kini perut pula jadi sasaran" kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi gelak ketawa para hadirin di majlis minun petang di perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, semalam. Kata beliau, orang ramai apabila terserempak asyik memandang perutnya, bukan lagi muka sambil melemparkan senyuman sepertimana biasa yang dilakukan sebelum ini. Sekarang ini baru beliau menyedari rupanya mereka hendak membandingkan apa yang dikatakan oleh orang yang dijemput menonton video lucah kononnya dirinya terlibat dan menjadi 'hero' dalam adegan berkenaan. Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang diceritakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul individu yang dikatakan Anwar itu perutnya buncit, punggung dan bahunya nampak besar, tiada langsung miripnya. "Itulah yang diberitahukan oleh Johari Abdul. Saya dan isteri tidak tengok lagi," tegasnya. Jelas beliau sambil jenaka, setiap kali keluar rumah, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mengingatkannya agar jangan makan banyak nanti perut buncit, baru semacam dengan individu yang digambarkan dalam video lucah tersebut. Menyentuh mengenai tayangan itu, beliau membidas pihak terbabit kerana sampai kini polis masih tidak menahan 'trio' Umno yang bertanggung jawab memainkan video lucah. Bahkan, katanya mereka sanggup menjemput para media untuk menegak benang basah ciptaan karut untuk mengaibkan dirinya, keluarga, parti dan gagasan yang sudah bersedia mengambil alih pemerintahan negara pada bila-bila masa. "Rupanya bila wujud isu baru, rakyat bukan naik muak tapi datang lagi ramai mendengar ceramah penerangan yang kami buat. Mungkin itu petanda Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah nak jatuh. "Rakyat akan ajar kepimpinan BN pada pilihan raya umum nanti," ujarnya. Harakahdaily/- Oleh : Mohd Sabri Said.

Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar

Posted: 27 Mar 2011 09:00 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PERMATANG PAUH, : Desakan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih. "Siapa Soi Lek yang cuba mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah jika beliau sendiri berpengalaman dan tercemar imej diri dan parti MCA sebelum ini, maka beliau layak untuk bertanya sedemikian? "Hanya orang yang ada moral tinggi sahaja yang patut bertanyakan perkara ini kepada Anwar," katanya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyelar Datuk Seri Najib kerana mendakwa Umno tidak mempunyai kaitan dengan isu video seks lucah itu. "Jika Umno tidak terlibat, apakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini bukan orang Umno. Bila pula beliau keluar dari Umno?" tanya beliau lagi. Lim juga mendesak Najib supaya tidak bermain dengan cara politik yang kotor semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar. Katanya lagi, berpolitik harus dengan cara yang bermoral serta berakhlak tinggi, bukannya dengan menjadikan konspirasi yang tidak sudah-sudah semata-mata untuk membenamkan kebangkitan Anwar untuk merampas tampuk pemerintahan negara. Hadir bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Chegu Bard serta kepimpinan PR negeri dan Kedah. Harakahdaily/- Oleh : Fakhri Ali.

Tindakan musuh sama sahaja walau di mana

Posted: 27 Mar 2011 08:00 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, : Seluruh penganut Islam hendaklah melihat semua kejadian yang berlaku dalam negara umat Islam di seluruh dunia adalah tindakan rangkaian musuh. Mereka tidak melaksanakan semua perancangan mengikut kehendak sosok dan minda pemimpin gerakan musuh tempatan yang bersifat lokal semata-mata. Ahli Majlis Syura Ulama, Ustaz Zaharuddin Mohamad berkata, perancangan musuh berlaku sejak lama dahulu dan kini mereka melaksanakannya. Menurutnya, kerana itu apa yang berlaku di hampir semua negara umat Islam khususnya seakan-akan semuanya sama sahaja dari sudut perancangan dan tindakan. Beliau berkata demikian ketika bercakap sebagai panelis dalam forum tentang Konflik Asia Barat; Kesan Pada Gerakan Islam di Malaysia, malam tadi. Turut serta adalah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan penulis sejarah Gerakan Islam Malaysia, Ustaz Fadley Ghani sebagai moderator. Forum itu diadakan di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, dekat sini. Dalam pada itu, Ustaz Zaharuddin bimbang dengan kebangkitan di Mesir, ada pihak lain yang akan pegang kuasa meski rakyat yang bangun tetapi sosialis pula yang menjadi juara. "Kita berharap keadaan sebegitu, tidak berlaku di negara ini," tegasnya. Ustaz Zaharuddin tamat pengajian MA dalam bidang Ekonomi Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai pengalaman belasan tahun di negara Arab khususnya Mesir. Kebangkitan di Mesir dan kebanyakan negara Arab lain, ujarnya, adalah dari golongan muda terdiri daripada mahasiswa universiti atau mereka yang baharu sahaja tamat belajar di universiti. Katanya, Malaysia lebih wajar bangkit terlebih dahulu dari Mesir kerana suasana di Malaysia lebih teruk dari Mesir memandangkan pelajar Mesir keluar universiti tidak mempunyai hutang. "Golongan pesakit buah pinggang yang miskin boleh rawat hemodialisis di hospital kerajaan Mesir, di Malaysia mereka akan mati begitu sahaja jika bukan kakitangan kerajaan, orang kaya atau miliki takaful," katanya lagi. Rakyat, tambahnya, perlu melihat yang bersalah dalam sistem ekonomi negara ini adalah kapitalis yang mencengkam duit rakyat tidak kira dari bangsa apa pun mereka. Sebelum itu, Prof Redhuan berkata, kesemua kerajaan terutama di negara Islam, mereka menjadi kerajaan atau pemerintah selepas mendapat restu daripada musuh Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga bangkitkan tentang sikap media yang masih terkongkong di negara ini berbanding dengan kebebasan akhbar di negara demokrasi lain. "Akhbar dahulu mendidik pembaca tapi akhbar hari ini amat meloyakan kerana mereka sanggup memperbodoh-bodohkan rakyat. "Sebab itu, saya sendiri tidak galakkan pelajar membaca akhbar meloyakan itu kerana mereka akan menjadi lebih bodoh daripada sebelum membacanya. Beliau sendiri, katanya, hanya membawa balik akhbar meloyakan itu kerana hendak digunakan untuk membakar sampah di petang hari," tegasnya lagi. Menurutnya, gerakan kebangkitan rakyat dalam negara ini masih berada di tahap mendukacitakan kerana ramai yang masih tertipu dan tertarik dengan kenyataan palsu kononnya negara ini terbaik. Harakahdaily/- Oleh : Ismail Hashim .

Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Posted: 27 Mar 2011 07:30 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, : Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar. Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi. "Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya. Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu. Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya. Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit. Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana. Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu. Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media. Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja. Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks. Harakahdaily/-

Taib pertahan empayar bisnes di alam siber

Posted: 27 Mar 2011 07:00 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Kurang sebulan sebelum pilihan raya ke-10 Sarawak, ketua menteri paling lama negeri itu, Tan Sri, Abdul Taib Mahmud, melancarkan kempen di alam siber bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya. Dalam satu wawancara yang dimuat-naik di portal Youtube, Taib menjelaskan modal permulaan perniagaan anak perempuannya, Jamilah diperolehi daripada bayaran gratuiti yang diterimanya selepas bersara sebagai menteri persekutuan. Namun, kerana kebijaksaan anaknya itu, empayar perniagaan itu berjaya dikembangkan. Video sepanjang empat minit itu berjudul "Perniagaan Jamilah di Kanada berjaya kerana beliau cekap' dimuat naik pada Selasa lalu, Taib berkata empayar perniagaan Jamilah diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu. "Betul, anak saya membuat duit, ya, agak banyak. Saya tidak tahu sama ada mereka kata 100 juta itu betul...di Kanada. "Semuanya bermula (apabila) saya beri wang kepada anak perempuan saya. Saya letak jawatan dari kerajaan persekutuan. Saya dapat gratuiti, saya berinya sebahagian daripada wang itu untuk memulakan perniagaan dan ia berkembang. "Ia syarikat hartanah. Apabila bandar kita masih kecil, beliau mempunyai pandangan untuk membeli tanah dan kemudian menjualnya," kata Taib. Taib dilantik menganggotai kerajaan persekutuan pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai portfolio di Kuala Lumpur sehingga 1981 apabila beliau pulang ke Sarawak. Semasa wawancara itu, beliau menafikan modal permulaan Jamiliah datang daripada dana awam. "(Perniagaannya bermula) sekitar saya jadi ketua menteri, ya, jadi saya buat duit dengan jadi ketua menteri? Awak tahu negeri yang macam mana saya waisi pada 1981? "Tiada siapa yang mampu beri duit ketika itu. Maaflah, saya maksudkan... tetapi sekarang, ya, kalau saya hendak jadi korup, saya boleh dapat banyak wang." Beliau kemudian mempertahankan Jamilah dan menantu Kanadanya, Sean Murray dengan mengatakan penilaian tepat mereka dalam pelaburan hartanah punca kejayaan syarikat itu. "Tetapi awak tahu, jika anak perempuan saya bodoh atau menantu saya bodoh, mereka tidak akan buat duit sebegitu banyak, (kemudian) itu bukan satu isu. Mungkin saya terpaksa tanggung mereka hari ini (gelak). "Tetapi mereka agak berjaya, mereka juga buat perniagaan di London dengan membeli bangunan, memuliharanya dan kemudian menjualnya. Itu agak luar biasa," katanya. Menurut laman sesawang anti -Taib, Sarawak Report, keluarga ketua menteri itu mempunyai empayar perniagaan hartanah yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Kebanyakannya dikuasai oleh pasangan tersebut. Malaysiakini/- Kuek Ser Kuang Keng

Video seks: Ada tangkapan atau tidak?

Posted: 27 Mar 2011 06:30 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Walaupun polis telah bertindak bagi menyiasat saga pita video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, namun kekeliruan terus berlegar sama ada, ada pihak yang ditangkap. Bukan satu rahsia lagi, bekas ketua pemuda Umno yang juga bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan kenyataan mereka kepada polis selama lima jam pada malam Khamis yang lalu. Bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim - anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang mendalangi pendedahan video seks itu kepada wartawan memberi keterangannya, semalam. Mereka disiasat selepas menayangkan video seks yang menyaksikan seorang lelaki sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah bilik kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur, Isnin lalu Bagaimanapun, portal berita the Star melaporkan adalah dipercayai dua lelaki ditahan berhubung siasatan seks itu dan beberapa jam kemudian mengemaskini berita tersebut dengan menamakan Rahim dan Eskay sebagi mereka yang ditahan itu. Dalam perkhidmtan SMS, mereka kemudian melaporkan pula kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis. Akhbar harian Inggeris milik MCA itu kemudiannya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelam malamnya. Akhbar harian Cina, Sin Chew menjejaki berita itu dan menyiarkannya di halaman utama. Bagaimanapun edisi cetak the Star hari ini pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay. Tiada tangkapan? Kedua-dua Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan. Kedua-dua mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu the Star melaporkan bahawa mereka ditangkap sambil berkata pihak polis langsung tidak menyebut perkara itu kepada mereka. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap. "Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama. Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan. Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap. Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah. Anwar: Apa tangkapan? Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis. "The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan. "Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. "Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin. Anwar bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis menyuraikan majlis ceramah berkenaan. Malaysiakini/- Regina Lee

Lim: Masalah agihan kerusi DAP- PKR S'wak selesai

Posted: 27 Mar 2011 05:30 PM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa masalah antara DAP dengan PKR Sarawak berhubung pengagihan kerusi baru-baru ini, telah diselesaikan. Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diuruskan tidak lama lagi. Menurutnya, hasilnya akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan secepat mungkin. Bercakap kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata pihaknya perlu menggabungkan bersama sumber yang ada untuk menafikan BN majoriti dua pertiga. Katanya, beliau telah bercakap dengan pemimpin DAP Sarawak dan mereka bersetuju untuk tidak bercakap mengenai perkara itu lagi. Menurutnya, butiran lanjut mengenai pengagihan kerusi akan diumumkan tidak lama lagi. Sebelum ini dilaporkan DAP dan PKR bertegang urat ekoran gesaan PKR supaya DAP hanya bertanding 13 berjumlah 71 kerusi negeri di Sarawak. Daripada 18 kerusi yang diminta oleh DAP, 14 adalah kawasan majoriti Cina manakala yang lainnya kerusi campuran. Parti itu bertanding 12 kerusi dalam umum 2006. Rundingan seterusnya menemui kegagalan berhubung agihan empat kerusi di Batu Kawah, Balai Ringin, Dudong and Piasau. Dengan menyerahkan kerusi Padungan and Senadin kepada PKR, dipercayai DAP kini mempunyai 15 kerusi untuk ditandingannya dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan depan. Malaysiakini/- Susan Loone

Hukum UMNO dan BN yang sudah hilang akhlak dan moral

Posted: 27 Mar 2011 03:55 AM PDT

22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Berikutan dengan gangguan melampau pihak pasukan keselamatan terhadap ceramah DS Anwar beberapa hari lepas saya terpanggil untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut : 1. Saya membantah segala bentuk gangguan dan halangan kepada rakyat Malaysia yang telah dibenarkan sesuai dengan Perlembagaan Negara untuk bergerak dan berhimpun secara bebas. 2. Tindalan menganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat adalah tidakan bacul dan penakut BN untuk menghalang rakyat mendengar penjelasan dan pembelaan diri dalam kes fitnah video sex terhadap ds anwar . 3.Apa saja langkah yang digunakan ubtuk menghalang rakyat mendengar penjelasan dan pembelaan diri ds anwar adalah tindakan yang tidak demokratik dan bertentangan dengan slogan "rakyat didahulukuk,". 4. Sebenarnya rakyat telah jemu dan muak dengan pemberitaan yang berat sebelah dan banyak berunsur fitnah kepada Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, kerana itu mereka telah beralih kepada media dan maklumat laternatif bagi mendapat pejelasan yang sebenat. 5.Kersana itu usaha menghalang ds anwar dan ceramah penjelasan tersebut adalah satu langkah untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh UMNO dan pimpinan BN yang lain. 6. Sepatutunya pihak keselamatan hendah lebih awal dan terlebih dahlu menganggu dan mengacau kejadian menayang video lucah di carciosa seri negara kerana ianya jelas bercanggah dengan unddang-undang negara serta melanggar tatasusila agama dan moral juga adat ketimuran. 7. Adalah tidak masuk akan pihak yang menyang dan menganjurkan sesuatu yabg melanggar undang-undang dibiarkan bebas dan semacam dilindungi sedangkan pihak yang difitnah dengan tayang itu dihalang sekeras-kerasnya untuk memberi penjelasan. 8. Oleh itu saya mencabar pimpinan UMNO dan BN menyediakan palatform yang sesuai dan dibenarkan kepada ds anwar bagi memberikan penjelasanya, bukannya menghalang dengan cara tidak bertamaddun. 9.Segala tindakan UMNO dan BN merosakkan sistem kehidupan beragama dan bermasyarakat di negara malaysia yang kita cintai, tindakan mengnanjurkan tayang video fitnah membuktikan bahawa pipinan UMNO dan BN sudah rosak dan tidak boleh diharapkan lagi. 10. Olah itu saya menyeru rakyat malaysia dimana sahaja anda berada untuk memperbetulkan kepincangan tersebut dengan memberi laluan kepada PR mentadbir negara. Kejahatan UMNO dan BN mesti diubah dengan setiap undi dari rakyat Malaysia yanag mengharapkan ujudnya negara yang aman dan makmur dengan pemimpin yabg berakhlak dan bermoral. Kenyataan Media/27 Mac 2011 Drs. Khalil Idham Lim Ketu Penerangan PAS Perak

Berjuang untuk Rakyat atau untuk diri sendiri atau hilang segala-galanya

Posted: 27 Mar 2011 03:35 AM PDT

22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PAS Miri. Kita sudah hampir ke kemuncak untuk mencapai perubahan dan kemenangan tetapi masalah pembahagian kerusi pula jadi masalah. Sedarkah kita yang musuh utama kita sekarang adalah BN bukan sesama kita. Sekiranya masih lagi terdapat orang yang berdegil dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan sebuah Pakatan harapan rakyat untuk melihat perubahan akan musnah sama sekali disebabkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri dan tamak untuk berkuasa. Ingatan untuk semua pemimpin termasuk ahli dan penyokong Pakatan, tujuan utama kita bergabung adalah untuk menghadapi BN bukan untuk bertempur sesama sendiri dan menegakan sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kalau perkara perebutan kerusi masih jadi issue maka hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti akan terganggu. Kita minta semua pemimpinan Pakatan hentikan dan selesaikan segera masalah kerusi ini dan beri tumpuan dan perhatian kepada kebajikan rakyat dan apa rancangan yang terbaik untuk pakatan sekiranya dipilih jadi pemerintah nanti. Perkara inilah yang sepatutnya diberi keutamaan bukan perebutan kerusi. Apa guna kita dalam satu pakatan sedangkan masalah pembahagian kerusi pun belum dapat diselesaikan dengan baik dan adil. Perkara ini seumpama memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita. Kita jangan terlalu ghairah dengan kerusi yang kita jangka boleh menang sedangkan kita sesama sendiri pun hendak berebut yang sama untuk menang. Kalau sesiapa calon dari pakatan yang menang maknanya kita yang menang bukan BN. Kita sepatutnya lawan satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya umum Sarawak nanti. Kalau boleh elak dari lawan 3 penjuru atau lebih dengan BN sebab ini akan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa. Sedarlah wahai pemimpin Pakatan sebelum terlambat, ayuh kita bergerak dalam satu pakatan yang akan mengantikan kerajaan BN dalam PR ke 13 nanti, mulakan dengan Sarawak, Insy'Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi.

Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah

Posted: 27 Mar 2011 03:33 AM PDT

Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut; 1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain. 2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan. 3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. 4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri. 5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran. - Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

JAMIL KHIR TIDAK MAHU ULAS KES QAZAF, MENGAPA ?

Posted: 27 Mar 2011 03:32 AM PDT

22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Oleh: WFAUZDIN NS APABILA ditanya oleh wartawan kepada Jamil Khir mengapa tiada ulasan terhadap dakwaan fitnah zina video seks yang hangat diperkatakan sekarang, Menteri yang jaga agama ini menyebut bahawa kes itu kini di dalam siasatan Polis. Lojik ke? Apakah selama ini Jamil Khir tidak pernah ulas kes liwat Anwar? Bukankah kes liwat juga dalam perbicaraan? Mungkin kerana isu video seks itu kantoi, maka Jamil Khir tidak mahu ulas apatah lagi dalangnya itu tokoh Umno iaitu bekas KM Melaka pula. Kita bukan mahu dia ulas siapa pelakun aksi lucah tersebut, kita mahu dia ulas dari segi hukum orang yang menjaja dan menayangkan aksi tersebut. Apa kena mengena dengan siasatan Polis jika sebut hukum di dalam Islam atas perbuatan tersebut? Beliau diminta mengulas dalam bab Qazaf iaitu menuduh orang melakukan zina. Begini jawapannya, " Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini. (Malaysiakini) Berat sungguh mulut Jamil Khir untuk memberi walau sepatah ayat berupa nasihat tentang perkara ini. Tetapi di dalam kes Liwat, berlainan pula nada Senator yang dilantik sebagai Menteri ini. Maka jelas, siapa Jamil Khir ini. Senator Mashitah, jangan disebut kerana memang terkenal dengan ampu sana ampu sini. Harussani? Macam biasa lah. Golongan agama seperti ini lah yang sengaja membiarkan rakyat dialunkan dengan cerita-cerita jijik dan kotor siang dan malam. Jamil Khir kini buka topik baru, sasarannya Anwar juga. Kununnya Anwar bawa fahaman baru yang menyesatkan yang dipanggil `Pluralisme'. Tidak habis-habis pemimpin Umno mahu menuduh pembangkang sesat. Dulu, pemimpin Umno dakwa PAS parti ajaran sesat. Kini, Anwar pula bawa fahaman sesat. Yang tidak sesat, Umno dan Apco sahaja. Cukup-cukuplah Jamil Khir cari makan secara begitu. Janganlah letakkan ilmu agama yang ada sebanyak tahi kuku tu di bawah punggung kamu. Cubalah bertindak cara berani walaupun akan kehilangan jawatan. Contohi lah bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato Hj Ishak Baharom bukannya seperti Zul Kulim yang baru mendapat habuan itu./wfauzdin.blogspot.com

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar

Posted: 28 Mar 2011 01:14 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar


Patut la.... BN dah terdesak..

Posted: 27 Mar 2011 10:43 PM PDT

Mesyuarat Agung DMPK

Posted: 27 Mar 2011 05:41 AM PDT

Pengikut