Selasa, 7 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 07 Jan 2014 04:02 PM PST

[Gambar] ROGOL: Dua Remaja DICARI

Posted: 07 Jan 2014 07:31 AM PST

Dari kiri:Muhammad Aiman Ariff dan Iwan Fikry (kanan)

[SH] GEORGETOWN - Polis sedang mencari dua remaja untuk membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur di Bayan Baru pada 15 Disember lalu.

Mereka ialah Muhammad Aiman Ariff Aabidin,18, yang alamat terakhirnya No 8, Kampung Sunagi Putat, Bagan Serai, Perak dan Iwan Fikry Razali, 19, dengan alamat terakhir No 418 MK5, Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Nurul Ezana Zainal di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau di talian 019-4002790 atau 04-8666222 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran. - 6/1/14

[PANAS] Wanita Masih Dara Walaupun Sudah 4 Tahun Berkahwin

Posted: 07 Jan 2014 06:05 AM PST

[SH] AYER KEROH: Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

"Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007," katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

"Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja," katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

"Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa," katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir. -6/1/14

P/s: Janda berhias yang malang. Perempuan digelar janda berhias apabila dia bercerai dalam keadaan masih dara.

Semoga janda ini mendapat jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Pensyarah IPTA Didakwa Bunuh Isteri dan Diri Sendiri

Posted: 07 Jan 2014 05:41 AM PST

[HM] KLANG: Pertemuan sepasang suami isteri yang dipercayai cuba menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di sebuah hotel di bandar ini tidak berakhir seperti diharapkan apabila pasangan itu ditemui cedera parah sebelum meninggal dunia, awal pagi semalam.

Pensyarah berusia 58 tahun dan isterinya berusia 49 tahun itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum seorang pekerja hotel terdengar jeritan mangsa lalu bergegas ke bilik berkenaan, kira-kira jam 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebaik menghampiri bilik itu, pekerja berkenaan melihat lelaki terbabit duduk di atas badan isterinya sambil menikam kepala wanita berkenaan bertubi-tubi.

"Terkejut dengan kejadian itu, pekerja terbabit terus memaklumkan kepada penyelianya sebelum mereka menghubungi polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian menemui suspek sedang duduk di atas katil, manakala mayat seorang wanita terbaring di atas lantai.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan yang juga suami wanita itu, bagaikan dirasuk kerana bertindak kejam menikam kepala isterinya bertubi-tubi sebelum mengelar leher pasangannya itu hingga hampir putus.

Lelaki terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri sebelum dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Mohamad Shukor berkata, mangsa cuba diselamatkan dan dikejarkan ke HTAR, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan akibat luka parah di lehernya yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

"Difahamkan, pasangan berkenaan mendaftar masuk kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, dan dipercayai datang bersama-sama dengan menaiki Toyota Vios milik suspek.

"Hasil pemeriksaan polis menemui sebilah pisau dan sebatang tukul besi dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat pasangan berkenaan dibedah siasat di HTAR dan pihaknya masih menyiasat kemungkinan kejadian disebabkan tindakan mangsa wanita memfailkan perceraian di mahkamah baru-baru ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kita jangka kes ini boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya. -7/1/14

Kerana Nafsu OKU, Wanita Alami Trauma

Posted: 07 Jan 2014 05:35 AM PST

Rogol: Lelaki OKU Dipenjara 35 Tahun, Sebat

[Bernama] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 35 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol, melakukan seks oral dan merompak seorang pegawai bank, September lepas.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Azhan Mohamad Johan, 28, yang bisu dan pekak, selepas membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Mohamad Azhan membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa isyarat oleh jurubahasa isyarat dari Mahkamah Persekutuan Tan Lee Bee.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan merogol, penjara 13 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan melakukan seks oral dan penjara tujuh tahun kerana merompak.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September lepas.

Mohamad Azhan yang bekerja sebagai tukang cuci dan berasal dari Setapak di sini, didakwa merogol wanita berusia 38 tahun itu di dalam sebuah tandas, Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini antara 7 pagi hingga 7.15 pagi, 12 September lepas.

Dia juga didakwa melakukan seks oral dan merompak RM100 daripada mangsa pada tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan merogol dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C bagi pertuduhan seks oral, yang kedua-duanya, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan merompak, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun, denda dan sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman yang lebih berat dengan mengambil kira elemen kekerasan digunakan tertuduh terhadap mangsa serta faktor kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan kerana dia perlu menanggung isteri dan dua anak yang berumur tujuh dan sembilan tahun serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Sementara itu, mangsa yang turut hadir dalam prosiding hari ini untuk memberi keterangan impak mangsa memberitahu mahkamah bahawa dia berasa sangat tertekan dan hampir mahu membunuh diri kerana insiden itu.

"Saya tidak boleh berjalan di luar seperti biasa. Saya perlu menjalani rawatan perubatan dan psikologi kerana kejadian ini.

"Saya tidak boleh tidur kerana apabila saya bersendirian saya akan teringat apa yang dia lakukan terhadap saya. Saya juga terpaksa mengambil pil tidur," katanya yang mengambil cuti sakit selama tiga bulan. – 7/1/14

Remaja Kemaruk Mahu Berkahwin Bongkar..

Posted: 07 Jan 2014 05:25 AM PST

Dirogol Ketika Cuti Sekolah

[SH] REMBAU – Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.

Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

"Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

"Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan," katanya.

Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - 7/1/14

Run Run Shaw Meninggal Dunia pada Usia 107 tahun

Posted: 07 Jan 2014 05:19 AM PST

PENERBIT filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun, hari ini. - Foto Reuters

[BH] HONG KONG: Penerbit filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun hari ini.

Shaw meninggal dunia di kediamannya di sini dan ditemani ahli keluarganya.

Kenyataan akhbar Television Broadcasts Limited (TVB) menyebut bahawa punca kematian beliau tidak diberikan. Shaw membantu menubuhkan TVB pada 1967. 

Shaw adalah salah seorang tokoh berpengaruh dalam industri hiburan di Asia. 

Shaw Brothers Studios menerbitkan kira-kira 1,000 filem kerana mempopularkan 

genre kung fu sehingga mempengaruhi Quentin Tarantino dan pengarah handalan lain di Hollywood.

"Dengan wawasan dan tenaganya, beliau menubuhkan syarikat ini (TVB) dan kemudiannya muncul sebagai stesen televisyen utama di Hong Kong dan pemimpin utama dalam industri televisyen berbahasa Cina," kata TVB.

Shaw pernah menjadi Pengerusi Eksekutif TVB sehingga 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi emeritus.

Studio filem milik Shaw pernah dinobatkan sebagai yang terbesar di dunia turut membantu menaikkan nama pengarah terkenal termasuk John Woo. 

Sementara itu, antara filem Melayu terbitan Shaw Brothers ialah Mutiara, Bermadu, Toping Saitan, Hanchor Hati, Ibu Tiri, Terang Bulan Di Malaya, Tiga Kekaseh, Mata Hantu, Gagak Hitam, Sergeant Hassan, Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Lanchang Kuning (1961), Penarik Becha, (1955), Bawang Puteh Bawang Merah (1959), Adam (1956), Laila Majnun (1933), Selamat Tinggal Kekasihku (1955), Toping Hitam, Keluarga Si Comat dan Tun Tejah. - Agensi = 7/1/14

'Blogger' Seks, Alvin Tan Cerita Pengalaman di Penjara, Termasuk Fasal....

Posted: 07 Jan 2014 05:11 AM PST

[mSTAR] PETALING JAYA: Dalam e-book 'Sex, Pork and Persecution' (Seks, Daging Babi dan Penganiayaan), Alvin Tan berkongsi kecekalannya ketika ditempatkan selama satu minggu di penjara Sungai Buloh.

'Personaliti YouTube' berusia 25 tahun itu yang lebih dikenali sebagai 'blogger' seks duo Alvivi (gabungan nama pasangannya Vivian Lee, 24) telah dimasukkan ke penjara selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka selepas dinafikan ikat jamin pada Julai tahun lepas.

Walaupun terdapat nada lucu dalam penceritaan kisahnya bertajuk 'Wonder What It's Like In A Malaysia Jail?, Alvin mengaku berasa takut dengan layanan daripada beberapa penghuni penjara.

"Adakah saya akan dijadikan keldai? Adakah saya akan diliwat? Adakah saya akan dibunuh dalam tidur saya?," dia menulis dalam memoir 276 muka surat.

Pengedar dadah dan samseng adalah antara tahanan yang bersama-sama dengan Alvin dalam kurungan, di mana dia hanya berseluar dalam dan diberikan beberapa kelengkapan peribadi.

"Tidak ada seragam penjara, tidak ada pakaian, tidak ada perabot, tidak ada katil, tidak ada tilam dan hanya selimut pada waktu malam. Yup, kami hanya memakai seluar dalam ketika dalam sel setiap masa. Kami tidur di atas lantai konkrit yang keras dan sejuk setiap malam," katanya.

Penulis blog seks awam 'Sumptuous Erotica' yang kini dianggap tidak wujud lagi ini juga menerangkan rasa malunya secara jelas dan terperinci.

Dengan nombor banduan 31303963, dia telah diarahkan berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama 20 kali: "Pengawal mengejek saya kerana menerbitkan pornografi amatur selepas melihat kemaluan saya yang didakwa kecil."

Alvin tidak menyalahkan pengawal kerana menganggap pengawal tersebut tidak mempunyai "keistimewaan melihat versi 6 inci", tetapi mempersoalkan kegemaran mereka untuk mengenakan hukuman bogel.

"Persoalan yang benar-benar serius ialah mengenai daya tarikan luar biasa mereka dengan kemaluan saya," katanya.

Alvin kemudiannya menggambarkan kekaguman heteroseksual sendiri terhadap kemaluan banduan Nigeria dan dikatakan "kemaluan lelaki paling indah" yang pernah dilihat.

Bagaimanapun Alvin mendapati bahawa kualiti makanan penjara melepasi kualiti makanan biasanya ketika tinggal berseorangan.

"Saya benar-benar kagum mengenai hidangan makanan seimbang: terdapat sekurang-kurangnya satu hidangan daging, sayur-sayuran, buah-buahan satu, kuah, dan nasi yang banyak," katanya.

Di dewan kediaman, penghuni boleh membeli makanan ringan dari pasar raya penjara menggunakan kupon yang dibeli ahli keluarga untuk mereka dari luar.

Tetapi bagi mereka di dalam kurungan, makan tiga kali sehari dan tiada makanan ringan adalah perkara biasa.

Berkaitan posting Ramadan di Facebook, dia juga memperoleh nama samaran yang pelik daripada pengawal semasa tinggal dalam penjara.

Pemeriksaan rutin termasuklah melaungkan "Hei, Bak Kut Teh!", yang merupakan isyarat supaya dia meninggalkan segala-gala yang sedang dilakukan dan berdiri di pintu untuk menunjukkan kepada mereka bahawa dia tidak membunuh diri.

Dia juga berasa bosan apabila tidak diberi akses kepada akhbar, tetapi dibenarkan untuk membaca buku-buku semasa menunggu untuk dibebaskan.

Penghuni-penghuni lain memilih untuk melakukan senaman, berjalan-jalan, dan menyanyikan lagu-lagu Kantonis dan seorang banduan juga mengaku menggemari hasil-hasil lucah yang dilakukannya.

Kekurangan aktiviti menyebabkan dia melompat kegembiraan setiap kali menerima pelawat, tidak kira siapa pun mereka.

Ini termasuk pengawal yang singgah di selnya untuk mengugutnya dan pengunjung mesra seperti ahli keluarga dan pegawai-pegawai dari Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).

Mengenai Vivian, yang berada satu minggu di Penjara Wanita Kajang, Alvin menyifatkannya sebagai "sangat bernafsu" apabila mereka bersatu semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Dia juga teruja apabila teringatkan pasangannya di penjara yang kecewa dari segi seksual kerana tiada penghuni lelaki.

"Saya berfantasi dihantar ke penjara wanita untuk menawarkan khidmat seks kepada penghuni penjara dan memastikan mereka berpuas hati dengan khidmat seks saya. Ia hanya satu impian pada masa ini, tetapi ia akan menghasilkan satu skrip lucah yang baik pastinya." - MICHELLE TAM - 7/1/14

Wanita Sumbat Cili ke dalam Kemaluan Anak Tirinya

Posted: 07 Jan 2014 04:51 AM PST

Dera Anak Tiri dengan Cili

[HM] KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini. -7/1/14

[Video] Wanita Sesak Nafas Alami Klimaks Tiga Jam

Posted: 07 Jan 2014 04:40 AM PST

[HM] Seattle: Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.

Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.

Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, 'Sex Sent me to the ER'.

"Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal," kata Liz.

Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital.

Liz berhenti klimaks secara sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor.

Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu. - Agensi

[Foto] HM Jawab Isu Gambar yang Dikatakan Rekayasa

Posted: 07 Jan 2014 04:28 AM PST


Jasad Bayi Terapung Bukan Rekaan

[HM] ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa. 

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan. 

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

"Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan," katanya. 

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu. 

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan. 

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar. 

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya. - Arifin Salleh - 7/1/14

Biaqpila

Posted: 07 Jan 2014 03:57 PM PST

Aduan yang dibuat oleh anggota polis yang tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enam bulan lalu menghasilkan penyiasatan ke atas kira-kira 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Operasi anti-rasuah, salah satu yang terbesar sejak kebelakangan ini, adalah usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan ini adalah daripada perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran, kata pegawai itu.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali menyumbang antara RM10,000 dan RM50,000 sebulan kepada anggota polis untuk mengelakkan pusat kegiatan mereka dirampas dan diganggu, katanya.

Pergerakan anggota polis penyangak ini juga sangat tersusun di mana setiap yang terlibat mempunyai kawasan tersendiri untuk mengutip bayaran bulanan.

"Setelah semua yuran dikutip, ia akan diagihkan berdasarkan ahli kanan dan polis berpangkat tertinggi mendapat bahagian terbesar," kata pegawai SPRM itu.

Beliau mendedahkan bahawa anggota polis yang tidak puas hati menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menerima rasuah bulanan sebelum ini dan mereka berada di bawah seorang pegawai polis berpangkat 'Datuk'.

Pegawai polis berpangkat 'Datuk' ini dipindahkan ke urusetia polis di Bukit Aman bagi membolehkan siasatan ke atas aktivitinya selama ini.

Katanya lagi, anggota polis itu mendedahkan lingkaran kegiatan ini apabila dia tidak berpuas hati dengan ganjaran bulanannya.

"Dia mahu lebih dan apabila dia tidak menerimanya, dia mendedahkan kegiatan ini," kata pegawai SPRM itu.

Datuk ini pada mulanya dipanggil oleh SPRM, yang kemudiannya menemui lebih daripada RM6 juta dalam pelbagai akaun.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat 'datuk' itu.

Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu.

"Serbuan serentak telah dijalankan di rumah semua suspek. Pemeriksaan latar belakang yang menyeluruh telah dijalankan ke atas setiap anggota polis yang rumahnya diserbu," kata pegawai SPRM itu.

"Akaun bank mereka telah diteliti, termasuk urus niaga di tahun kebelakangan ini, semua hartanah yang mempunyai nama mereka atau ahli keluarga mereka, pinjaman, lawatan ke luar negara, perbelanjaan bulanan dan tahunan mereka dan kawan-kawan rapat mereka semuanya disiasat."

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai jenis hartanah yang dibeli oleh polis ini dengan menggunakan syarikat palsu ini, pegawai itu berkata majoriti hartanah terletak di Lembah Klang dengan nilai berjumlah berpuluh-puluh juta ringgit.

"Anggota polis dari Kuala Lumpur yang dipindahkan ke tempat lain akan terus menerima bahagian mereka daripada rasuah itu untuk memastikan mereka menjaga kepentingan bersama. Bahagian mereka akan dimasukkan ke dalam 'gaji' bulanan dengan baik."

Pegawai itu mendedahkan, SPRM sedang mempersiapkan kes terhadap anggota polis ini dan siasatan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Dalam pada itu, Bukit Aman dijangka mengumumkan perpindahan besar-besaran anggotanya yang melibatkan pegawai kanan polis.

Ianya tidak jelas sama ada berkaitan dengan siasatan ini atau salah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian awam daripada operasi anti-rasuah. – 7 Januari, 2014.

TMI

SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kepimpinan baru Pemuda Wilayah kunjungi Harakahdaily

Posted: 07 Jan 2014 08:00 PM PST


Saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini mengadakan kunjungan ke pejabat operasi Harakahdaily di Jalan Pahang di sini.

Deligasi mereka diketuai ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, tiba di sini tengah hari tadi bersama tujuh yang lain termasuk timbalannya Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Kehadiran mereka disambut Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya serta kakitangan yang lain.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

"Harakahdaily mempunyai pembacanya yang tersendiri khususnya golongan muda dan warga kota.

"Jadi kita mengharapkan bantuan dari Harakahdaily untuk menyampaikan suara kita dari pemuda wilayah ini dalam isu-isu yang kita perjuangkan khususnya berkait dengan masyarakat di KL ini," katanya.

Dalam pada itu, mereka juga turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak editorial termasuk bersedia menyalurkan bahan berita kepada Harakahdaily.

Sementara itu, dalam responnya, Taufek berkata, pihak Harakahdaily sangat mengalu-alukan cadangan serta kesediaan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantu menyalurkan maklumat.

Menurutnya, Harakahdaily biarpun media organ parti, namun sentiasa mengambil pendekatan inklusif dengan memaparkan laporan berkaitan isu rakyat disamping kenyataan-kenyataan rasmi parti. ~harakahdaily




Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tahniah ! Oghang Nismilan pula terajui Harakah. Hobin Jang Hobin !

Posted: 07 Jan 2014 06:44 AM PST


Hard Rock Cafe cuma hidang teh tarik, hiburan nasyid dan pelayan bertudung?

Posted: 07 Jan 2014 12:36 AM PST




Ini fatwa mana pula ni yang mengatakan Hard Rock Cafe boleh dibuka jika tidak langgar syariat Islam?

Hard Rock Cafe selain di Putrajaya ada arak dan hiburan mengghairahkan

Posted: 06 Jan 2014 10:16 PM PST



Adakah ini bermakna Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur, Port Dickson, Melaka, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang ada menghidangkan arak serta hiburan melampau dan mengghairahkan?

Hard Rock Cafe boleh dibuka di Putrajaya, asalkan tiada arak dan hiburan melampau
7 Jan 2014

PUTRAJAYA - Hard Rock Cafe boleh membuka cawangannya di sini dengan syarat tidak boleh menjual arak dan mengadakan hiburan melampau serta mengghairahkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tiada masalah untuk meluluskan pembukaan kafe tersebut sekiranya ia hanya mahu menjual barangan cenderamata dan membuka hotel mengikut garis panduan yang ditetapkan Perbadanan Putrajaya (PPj).

HARD ROCK CAFE DI PORT DICKSON
14 Dis 2005

SEREMBAN: Pantai di sepanjang pusat peranginan di negeri ini kekal hak awam dan bukannya diberikan kepada pengusaha hotel, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pembangunan Resort dan Hotel Hard Rock Cafe di Port Dickson yang sudah diluluskan dengan sedikit rombakan pelan pembangunannya bagi menjaga kepentingan awam di kawasan pantai.

Julai lepas, kerajaan negeri meluluskan pembinaan Hard Rock Cafe, Hotel & Resort Port Dickson dianggarkan bernilai RM175 juta yang dijangka beroperasi awal 2007.

Kerajaan juga meluluskan pelan pembinaan bangunan hotel itu di tapak Si Rusa Inn di Batu 7, di sini di atas tanah seluas 6.8 hektar.



http://www.hardrock.com/locations.aspx

Dibelasah di hadapan pejabat Umno selepas mesyuarat

Posted: 06 Jan 2014 07:47 PM PST




7 Januari 2014

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya 'bersuara' di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

"Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki MERCEDES di lokasi kejadian.

"Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan.

Datuk daif, miskin bayar guna syiling yuran sekolah cucu

Posted: 06 Jan 2014 07:26 PM PST




Sumber dari Informasi.my : Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

KELUARGA INI, SUDAH MEMOHON BEBERAPA KALI BANTUAN ZAKAT, NAMUN KERANA KERENAH BIROKRASI , BANTUAN TIDAK DISALURKAN KEPADA MEREKA.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak-anak ini. Comel-comel dan gembira sahaja rupanya.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan-rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim,
No. HP Ustazah: 017-3078400

Sumber: Zaleha Mustapha

Pengikut