Ahad, 8 Disember 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Kenapa UMNO Masih Memimpin Kita? – Aspan Alias

Posted: 08 Dec 2013 07:50 AM PST

Ramai kehairanan kenapa Umno dan BN masih berkuasa walaupun berbagai isu dan kelemahan yang kita ketahui dan sedang diratapi oleh umum. Pimpinan Umno tidak mahu berubah kerana mereka yakin rakyat tidak memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan kuasa terhadap mereka walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.

Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong Umno itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno, yang dianggap pembangkang sebagai bebal itu.

Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap Umno walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar daripada "mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga". Isu yang membuatkan pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti pembangkang itu 100%.

Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap Umno itu. Setelah pilihan raya berlalu ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan Umno tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.
 
Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya "viable" untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan semata-mata.

Rakyat tidak mahu seorang pemimpin utama yang masih menjadi persoalan dalam hal peribadinya kerana kekurangan dalam imej dan persoalan peribadi merupakan persoalan yang utama dalam memilih pemimpin utama kerajaan. Rakyat sedang berada dalam keadaan serba salah. Itu sebab mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka tidak suka untuk memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi pilihan yang silap lagi.

Pihak pembangkang juga tidak menunjukkan kesatuan yang erat di antara pemimpin utamanya dan semakin hari semakin jelas Anwar tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan keyakinan untuk menjadi pimpinan alternatif. Keadaan ini tidak menampakkan penambahbaikan dan jika ditimbang-timbang kerajaan tetap berada di tangan Umno lagi di dalam pilihan raya akan datang.

DAP adalah parti yang sudah sampai ke peringkat "saturation" dan parti itu sudah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenanginya. Parti ini sudah sampai ke tahap optima dan graf kemajuannya tidak mudah untuk menunjukkan kenaikan selain penurunan selepas ini. Sokongan orang Melayu terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi dan pilihan raya yang lepas merupakan sokongan Melayu tertinggi kerana keadaaan Umno dan BN yang sedang dalam ketenatan semasa itu.

Lagi pun DAP mempunyai masalah dalaman dan kesahihan serta "legitimacy" barisan kepimpinan parti itu masih belum jelas selagi pendaftar pertubuhan belum lagi menentukannya. Sedikit kuasa yang mereka rasai di Pulau Pinang telah menunjukkan sikap parti itu sebenarnya dan sikap itu tidaklah seperti yang mereka laungkan selama 46 tahun lalu.

Ramai berpendapat, termasuk dikalangan rakan-rakan kaum Cina saya berkata, "DAP has tasted a bit of blood, and the party does not show much difference than PKR and UMNO. I think some Chinese are going back to MCA and some of the Malays' support is back to BN. If they remain against UMNO, they have only one choice i.e to support only PAS."

Bagi saya DAP tetap parti kaum Cina dan ramai tidak menerima parti itu sebagai parti "multiracial" seperti yang mereka laungkan.  Pelbagai cara ramai orang Melayu untuk memujuk hati untuik mengatakan parti itu sebuah parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak nampak sebarang "attribute" sebagai apa yang terkandung dalam perlembagaan parti itu.

Semalam semasa saya bertemu dengan 30 orang yang memanggil saya untuk memberikan pandangan kepada kumpulan sebuah taman perumahan, ada dua orang yang bangun berkata, "How can DAP rests its laurel on one Malay Law-Maker and claims to be multiracial? It's too deceiving man.." Saya tidak dapat menjawab soalan itu. Saya bersetuju dengan seorang lagi yang hadir yang berpendapat, "DAP should remain as an opposition party as the party is doing splendid job as an opposition. Just give what is best for them."

Situasi paparan saya ini adalah penyebab yang menjadikan Umno itu masih tidak dapat ditolak oleh kebanyakkan orang Melayu dan ia tetap akan menjadi begini selagi pembangkang tidak memperbaiki diri dan jujur dalam perjuangan dan niatnya untuk negara.

Permainan "kong kalikong" diantara parti-parti dalam PR itu tidak akan membawa mereka kemana-mana. Mungkin PAS boleh memperbaiki keadaannya dengan mudah jika parti itu melakukan tindakan yang pernah mereka lalui, iaitu mula bercakap dengan parti lain atau individu-individu penting dalam negara ini. Ini adalah untuk masa depan manusia dan bangsa yang mereka perjuangkan dengan benar-benar melaksanakan perjuangan Islam untuk kepentingan semua bangsa itu.

Yang penting untuk mendapatkan pemimpin yang merupakan individu yang boleh diharapkan untuk mendapatkan sebuah negara yang bebas dari elemen hina seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa keterlaluan, serta pemimpin yang tahu asas keagamaannya.

Perjuangan ini wajar dilakukan oleh semua pihak kerana negara kita kekal, yang tidak kekal itu kita kerana semua diantara kita akan kembali ke asal dan Pencipta kita. Negara kita yang kekal ini wajar diberikan jaminan yang ia berada dalam keadaan yang menyamankan bagi generasi yang akan datang untuk hidup semasa kita semua sudah tiada.

Malahan jika usaha dan perjuangan ini timbul daripada naruni yang bersih kita juga boleh membawa bersama bekalan untuk kita sendiri di alam lain yang kekal nanti.

Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 08 Dec 2013 03:06 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:06 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Cerdik Dan Geliga Otak Menteri Shabery

Posted: 07 Dec 2013 05:13 PM PST

OLEH: RAIHAM MOHD SANUSI

Tarikh: December 8, 2013

KEMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.

Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.

"Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

"Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas," katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.

"Cuma kita lihat situasi banjir selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?

"Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.

"Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.

"Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.

"Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan," katanya.

DIALOG RAKYAT

Posted: 08 Dec 2013 03:04 PM PST

 
 
MENTAKAB: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah hari ini turun padang memberi bantuan kepada penduduk Kampung Bintang melibatkan 30 buah rumah yang terputus hubungan akibat banjir.

Menurut beliau, jalan raya yang menghubungkan kampung yang terletak di seberang Sungai Temerloh itu telah dinaiki airsehingga menyebabkan penduduk yang mahu keluar terpaksa melalui jalan tikus yang mengambil masa kira-kira satu jam berjalan kaki.

"Pejabat ADUN Mentakab sangat prihatin terhadap kesulitan yang berlaku dan cuba seberapa daya mungkin untuk meringankan beban penduduk kampung ini," kata beliau ketika dihubungi Roketkini.

Tengku Zulpuri berkata, sehingga kini tidak ada laporan kehilangan nyawa yang berlaku dan sebahagian kampung berdekatan yang dinaiki air pula seperti Kampung Gantok dan Kampung Tok Embun telah pun di pindahkan ke pusat pemindahan banjir.

"Penduduk kampung mangsa banjir ini memerlukan bantuan.

"Kita amat mengalu-alukan sebarang sumbangan barangan keperluan mahupun kewangan bagi meringankan beban mereka," ujarnya.

Bagi yang mahu memberi sebarang sumbangan boleh menghubungi Pejabat ADUN Mentakab di talian 019-3296564. – Roketkini.com
Oleh : Nurul Izzah Anwar

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.

Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.

Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, "rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara."

Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody's telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan.

Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu? Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?

Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui 'cukai pemiutang'' seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan – untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).

Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.

Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?

Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.

Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.

Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.

Saya masih lagi tidak melihat mana-mana pemimpin atau perwakilan yang menuntut agar isu TPPA yang bakal merobah arena ekonomi tempatan melalui 'penjajahan ekonomi', termasuk ekonomi Melayu Bumiputra sendiri didebatkan secara khusus.

Apakah keselamatan dan kedaulatan negara tergadai tidak penting bagi UMNO?
Ketiga; Orang belajar tinggi, rakyat dididik rendah

Isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian PISA tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Apakah perasaan ibubapa apabila mendapat tahu bahawa anak-anak dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam dari darjah 5 dan 6 berpendidikan sataraf dengan para pelajar Tingkatan 3 dari negara kita.

Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita yang akan mewarisi kadar gaji yang malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi.

Masa depan anak-anak Melayu nampaknya perlu terus dibantu ibubapa dengan menumpang rumah, meminjam belanja dan berkongsi kereta.

Apakah pendidikan berkualiti untuk berpendapatan tinggi tidak penting bagi UMNO?

Kesimpulannya, UMNO hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli UMNO terpilih sahaja.

Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap dibawah UMNO jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.

*Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

SELANGOR KINI

KUALA TERENGGANU  : Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu terus meningkat kepada 22,391 orang pagi ini, berbanding 22,040 orang malam tadi.

BERNAMA melaporkan, portal Majlis Keselamatan Negara memperlihatkan peningkatanberlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan jumlah mangsa 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga, sebelum ini.

Banjir Kuantan 2

Bagaimanapun, tidak berlaku peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu (6), Hulu Terengganu (19) dan Marang (26).

Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu ke Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan pada umumnya paras air semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya, pagi ini.-NFN-

Oleh : Norhayati Umor

KLANG : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau persatuan penduduk perlu diwujudkan di setiap kawasan untuk menyaksikan keberadaan mereka dalam masyarakat dihormati, sekali gus menjadi rujukan dalam usaha mengekang isu jenayah dan setempat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi membuang tanggapan negatif berhubung tugas dan fungsi KRT itu.

shah_alam_mp_khalid_samad

Katanya, KRT diwujudkan supaya menjadi agensi saluran kepada penduduk untuk membawa sebarang masalah atau isu berbangkit.

"Ramai orang anggap, tugas utama KRT membuat rondaan waktu malam. Tetapi penduduk perlu tahu fungsi sebenar KRT yang sebenarnya lebih besar berbanding menjalankan rondaan.

"KRT juga perlu agresif menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis dalam usaha membantu mengekang isu jenayah," katanya pada Majlis Mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Jiran di Taman Summit, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Yusof dan beberapa pegawai polis dari balai polis Klang.

Khalid berkata, beliau berharap lebih ramai penduduk dan generasi muda menyertai KRT di taman perumahan masing-masing supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan.

"Peruntukan untuk KRT ada daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan kerajaan pusat. Jadi ia boleh digunakan dengan cara yang betul.

"Kekuatan perlu diketengahkan pemimpin KRT dan ia sangat penting kerana setiap aktiviti yang diadakan bertujuan meningkatkan semangat muhibah antara mereka," katanya.-NFN-

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 08 Dec 2013 03:32 AM PST

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 08 Dec 2013 03:19 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 08 Dec 2013 01:28 AM PST

Taipingmali (tm)


Wee mahu MCA diberi lebih KUASA

Posted: 08 Dec 2013 12:21 AM PST

Calon bagi jawatan timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, beliau percaya bahawa sasaran jangka pendek partinya buat masa ini adalah untuk meyakinkan Umno bahawa politik bukanlah mainan campur-tolak.

Wee dalam satu wawancara dengan Malaysiakini berkata, sekiranya Umno memberi lebih banyak kuasa kepada MCA, ia akan meraih lebih banyak sokongan dari masyarakat Cina yang akan memberi keuntungan kepada kedua-dua parti dan juga BN.

Beliau menjelaskan Umno kehilangan beberapa kerusi dengan perbezaan hanya 1,000 undi. Katanya, peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada BN tentunya akan memberi kemenangan kepada parti itu.

"Jika BN boleh berkongsi sokongan Cina sebanyak 10 perauts dalam pilihan raya umum akan datang, BN akan merampas semula beberapa kerusi," katanya yang menambah, ia tidak akan menyebabkan Umno kehilangan sokongan di kubu kuatnya.

Pada masa ini, Umno menguasai kira-kira 70 peratus dari undi Melayu di kawasan yang dimenangi namun menurut Wee, jumlah itu tidak dapat ditingkat lagi.

Oleh itu, Umno perlu bergantung dengan sokongan bukan Melayu sekiranya ingin melihat BN mencapai prestasi lebih baik, katanya.

Ahli politik veteran itu, yang merupakan salah seorang dari tujuh MP MCA, berpendapat bahawa parti berkenaan perlu mengubah cara mereka berhubung dengan Umno.

Wee, 45, berkata MCA juga perlu bekerja dengan lebih efektif dalam isu melibatkan masyarakat Cina.

"Jika 30 hingga 50 dari 100 isu yang dikemuka ke MCA dapat diselesaikan, (masyarakat Cina) akan melihat keikhlasan kita.

"Kemudian, MCA akan dianggap sebagai parti yang kuat," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mat Sabu tak jadi saman Zahid

Posted: 07 Dec 2013 11:50 PM PST

Berita terkini mengenai Mat Sabu ialah beliau sudah hilang dari bumi Malaya. Ada yang keta dia sudah ke Iran untuk mengelakkan dari tangkapan oleh JAKIM ekoran dari pendedahan berani oleh menteri KDN Zahid Hamidi.

Bagaimana pula dengan Faisal Tehrani, Khalid Ismeth dan beberapa pemimpin Syiah negeri? Di Taiping dua pengamal ajaran Syiah ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan menyimpan bahan- bahan berunsur Syiah. Isteri ditangkap, suami yang menjadi penyebar dan orang kuat tidak didakwa.

Jakim dan Majlis Islam Negeri tak ambil tindakan kah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Youtube wajib tayang

Posted: 07 Dec 2013 08:53 PM PST



Watch "Najib Komited Zahirkan Tuntutan Melayu & Bumiputera" on YouTube - 

https://www.youtube.com/watch?v=roBszABBRuQ&feature=youtube_gdata_player

Watch ""Ada Juga Sumbangan Isteri Saya Kepada Rakyat" - Najib" on YouTube - 

https://www.youtube.com/watch?v=pH5cvfjdBSU&feature=youtube_gdata_player

Watch "Isu Syiah : Zahid Hamidi Beri Isyarat kepada Pimpinan Tertinggi PAS" on YouTube - 

BANJIR PANTAI TIMUR: Pas sinonim dengan fitnah

Posted: 07 Dec 2013 04:27 PM PST

CATATAN BIASA SEORANG PETUGAS BANJIR DI KEMAMAN

1. Isu makanan tak cukup langsung tak timbul, sebenarnya mangsa yang malas masak.

2. Bantuan lewat sampai kerana petugas seperti Bomba, Polis, Pejabat Daerah juga mangsa menjadi banjir.

3. JKKK, KRT dan Jawatankuasa Masjid memainkan peranan walaupun rumah dan kereta mereka ditenggelami banjir.

4. Ada JKKK dari kalangan warga emas sanggup kayuh sampan membawa mangsa banjir ke tempat selamat dan pusat pemindahan.

5. Orang kampung saling bekerjasama membantu, sehinggalah pasukan Unit Amal PAS yang datang dengan kenderaan 4x4 dan bawa bot fiber halang lalu lintas.

6. Anggota penyelamat redah arus deras banjir, demi menyelatkan orang lain. Bot Pejabat Daerah membawa pertugas perubatan.

7. Ada pasukan penyelamat berserta bantuan makanan karam di Sungai Pinang, hanya bergantung di tali bot selama setengah jam hingga dibantu rakan yang lain.

8. Petugas pelbagai agensi di DCC banjir memberi respon kecuali pada permulaan ekoran mangsa berpindah serentak.

9. Contohnya, di Bandar Baru Bukit Mentok, penduduk 1,500 orang dan bot hanya ada sekitar 50 buah untuk seluruh Kemaman. Ditambah dengan katenah mangsa banjir yang sombong dan terlalu manja.

10. Kawasan Mak Chili terdiri daripada golongan berada, enggan berpindah awal kononnya rumah mereka dua tingkat dan banjir tak besar.

11. Apabila paras air dah tinggi, TNB terpaksa potong bekalan. Semua panik dan talian telefon tergendala.

12. Stok makanan mangsa banjir hanyalah beras, gula, kopi, susu dan wajib ada sardin. Bagi golongan berada, mungkin tidak sesuai.

13. Selepas program lawatan TPM ke Sek. Men. Keb. Banggol, MB pergi ke Giant beli semua jenis susu tepung bayi ekoran permintaan seorang ibu yang kehabisan bekalan susu.

14. MB masuk semula ke Sek. Men. Keb. Banggol walaupun lutut dia masih sakit dan berbalut.

15. Barangan di kedai runcit memang kurang sebab banyak jalan utama Kemaman-Kuantan terputus.

16. Petrol bukan tiada, tetapi tak boleh 'pump' sebab elektrik terpaksa dipotong bagi elak renjatan.

17. Maaf saya sebut, orang yang menjaja cerita fitnah ini memang layak digelar "anjing Pakatan Rakyat" yang suka menyalak dan menjilat.

Info banjir

Posted: 07 Dec 2013 04:20 PM PST

Lagi info...

Siren evacuate dh bunyi..
Terkini.. Empangan sungai lembing di jangka akan pecah bila bila masa.. Air mendadak naik.. Td ada PAIP buat announcement kt dpan TUNAS MANJA BUKIT SETONGKOL suruh kuar dr rumah dan bersiap sedia dr sebarang kemungkinan akan berlaku.. Please pray for us RAKYAT KUANTAN
Taman guru
Bukit rangin
Sg isap
Tanah putih
Kg belukar
Kt area cendrwsh dh jem teruk tu.msg2 nk slmtkn diri
Info dari Team TM kat Temerloh:- TEMERLOH

1. BANDAR TEMERLOH SEKARANG SEDANG DINAIKI AIR DI SEKITAR BELAKANG KFC, SECRET RECIPE.AIR MENCECAH PARAS LUTUT.

2. GOBANG PATIN AIR MENCECAH HINGGA JLN KE LAMPU ISYARAT.

3. ESPLANADE TEMERLOH AIR SEMAKIN NAIK DAN MENGHAMPIRI PETRONAS.

MARAN (GELOMBANG KEDUA - TEMPAT2 YG SBLM INI TIDAK DINAIKI AIR TELAH DINAIKI AIR)

1. JLN BUKIT GAJAH MENUJU ULU JEMPOL TIDAK BOLEH DILALUI.

2. JLN K.SENTUL KE SG JERIK TIDAK BOLEH DILALUI.

3. KG CHENOR SEBERANG DINAIKI AIR.

Hebahkan berita ini

Gangster 'Tamil' masih mengganas

Posted: 07 Dec 2013 04:02 PM PST

Seorang lelaki yang terselamat daripada maut akibat serangan senjata api enam bulan lalu, menemui ajal selepas ditembak kali kedua di kawasan taman permainan di Taman Puteri Gunung, Tasek di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa, M. Partiban, 29, mati di tempat kejadian setelah terkena enam das tembakan.

Mangsa pernah ditembak 20 Jun lalu di kawasan yang sama dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan di tangan dan perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten komisioner, Mazlan Kesah berkata, mangsa dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arahnya.

Beliau berkata, satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Partiban.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.

Mazlan berkata, siasatan polis menemukan enam kelongsong peluru di tempat kejadian dan pihaknya percaya suspek menggunakan pistol jenis semi automatik.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang sama menembak mangsa ketika kejadian pertama enam bulan lalu.

Tambahnya, berdasarkan rekod, mangsa mempunyai empat rekod jenayah termasuk satu kes berkaitan dadah.

Mazlan berkata, polis berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 21 dan 35 tahun di sekitar kawasan itu beberapa jam selepas kejadian.

"Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis percaya kereta Myvi yang digunakan suspek itu dicuri di Seberang Jaya pada 3 Disember lalu," katanya berikutan penemuan sebuah kereta Myvi dibakar kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian tidak lama selepas insiden itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jika tiada hasad itu bukan Pas.

Posted: 07 Dec 2013 03:09 PM PST



Selesai sudah PAU 2013 untuk kali ini. Paling menarik apabila Presiden YAB DS Najib menangkis sedikit tentang tohmahan pembangkang terhadap isteri beliau.

Najib mendedah sedikit sahaja peranan yang dimainkan oleh Rosmah dalam membantu beliau mentadbir uruskan negara.

Maka ia terus dipandang sinis oleh Pas, walhal peranan Rosmah banyak dimanfaatkan untuk anak-anak orang Pas terutama dalam isu evekuasi pelajar dalam krisis Mesir.

Apabila Najib buka sedikit cerita Rosmah, Pas terus menabur fitnah ala Yahudi dan kawarij kononnya ia memberi lesen besar buat Rosmah untuk guna jet kerajaan.

Eh! Kenapa Pas marah, kalau Anwar atau Hadi jadi Pm , lagi lunyai jet kerajaan di belasah oleh seluruh anak menantu mereka.

Pas kata isteri Presiden Amerika pun tak guna jet! Betul kah? Yang semua orang tahu, Presiden Amerika bukan saja guna jet tetapi ada sebuah helikopter yang sedia di laman white house untuk digunakan oleh isteri beliau untuk tugas-tugas rasmi atas nama isteri Presiden.

Ini lah Pas yang sentiasa bertakiyah. Memang dasar kawarij....

Inilah lifestyle Pas

Posted: 07 Dec 2013 02:41 PM PST

Pas telah menjadikan isu banjir untuk menfitnah pihak lawan. Umno dituduh pilih kasih dalam memberi bantuan, umno tidak itu dan tidak ini.

Padahal sejak Khamis lagi pemimpin Umno meninggalkan pehimpunan untuk melihat sendiri mangsa banjir dan merangka bantuan yang perlu dihulurkan kepada mangsa.

Jumaat dan Sabtu  sayap pemuda dan puteri telah turun untuk membawa bantuan makanan dan lain-lain keperluan asas ke pusat-pusat perlindungan sementara.

Tak cukup dengan itu, semua agensi kerajaan yang berkaitan telah turun untuk membantu dan meringankan beban mangsa. Tak cukup dengan lori, helikopter digunakan.

Menyedari akan peranan dan bantuan yang aggresif dilakukan oleh Umno, membuatkan pihak Pas tak senang duduk. Kelmarin Pas Selangor menggerakkan jentera mereka untuk menunjukkan mereka juga turut membantu,  paling lucu bila melihat seorang pemimpin mereka berlakon dengan memikul barang untuk membantu mangsa tetapi sayang sekali mereka gagal menunjukkan kepada siapa barangan tersebut diberikan. Ini lah lifestyle mereka.

Puteri Umno GALAK bermedia sosial? Muslimah Pas lagi gedik dan galak!

Posted: 07 Dec 2013 02:14 PM PST



"Pengerusi Biro Media Sosial dan Digital Puteri Umno, Mimie Harianie Alias berkata, pergerakan itu akan menyokong dan memberi bantuan kepada rakyat terutama wanita muda untuk berjaya dalam perniagaan secara online.

"Oleh itu, Puteri akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO yang berkait dengan keusahawanan bagi bantuan, khidmat nasihat dan sokongan.

"Galakan itu merangkumi bimbingan keusahawanan termasuk menajamkan kepakaran, nasihat dan bantuan kewangan.

"Kita juga mahu Puteri bukan hanya aktif berpolitik tetapi juga cekap memanfaatkan ICT untuk menjadi sumber menjana pendapatan, disamping menjadi ICT untuk menyebarkan maklumat bagi menarik orang muda menyokong Umno.

"Pendekatan Puteri dilihat berbeza berbanding dengan Pengerusi Media Baru Pemuda yang mahu mengurangkan agenda politik di laman sosial, mahu pengamal media tidak menghentam pihak pembangkang sahaja 24 jam sebaliknya mahu media menerangkan agenda kerajaan dan mempamerkan agenda lifestyle."

Muslimat Pas pun galak tetapi galak mengkhinzirkan orang. Ini bukan Puteri cakap tetapi gua cakap maaa!

Wanita Umno ajak Muslimat Pas minum tea

Posted: 07 Dec 2013 07:29 AM PST

YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat adalah seorang wanita Pas yang hebat.

Beliau pernah mengetuai sekumpulan wanita. Pas dan Pkr menyanyikan lagu ala gereja di halaman istana kehakiman di Jalan Duta Kuala Lumpur pada Bulan Januari 2012 sewaktu menunggu keputusan hakim dalam kes liwat Anwar Saiful.

Zailah mendendang lagu "Umno Mampus" seperti mana irama yang biasa kita dengar di gereja.

Kali ini beliau akan dijemput oleh ketua wanita Umno DS Shahrizat Jalil untuk satu majlis minum petang.

Adakah salam yang dihulurkan oleh Kak Ijat akan disambut oleh Zailah dan pengikutnya?

Muslimat Pas tidak ada masalah untuk duduk semeja dengan Dap dan Pkr tetapi untuk menerima pelawaan Kak Ijat merupakan satu keputusan yang sukar dibuat.

Kak Ijat pun satu, masa persidangan wanita pada hari Rabu lepas patut menjemput Zailah dan Ajak. Baru lah kena.

Wanita Pas sepatutnya diberi 10 pas pemerhati untuk sepanjang persidangan Umno. Harap 2014 nanti orang Pas semua dijemput hadir ke PAU. Tak masuk dewan pun tak apa, boleh ronda-ronda tengok pameran badan-badan kerajaan pun ok.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ganasnya pengikut tuhan harun

Posted: 07 Dec 2013 06:56 AM PST

Polis menemui petunjuk baharu dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada bulan lalu, yang mendapati kumpulan pengikut Tuhan Harun turut merancang untuk membunuh beberapa individu lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya yakin kumpulan terbabit mempunyai perancangan sedemikian hasil penangkapan sejumlah pengikut ajaran sesat itu termasuk kes penangkapan terbaharu di Semporna Sabah, pada Ahad lalu.

Menurutnya, dalam tengkapan di Sabah itu, dua orang pengikut ajaran Tuhan Harun berjaya diberkas, manakala lapan lagi anggota kumpulan terbabit sedang giat diburu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut siapa individu-individu terbabit yang dijadikan sasaran kumpulan berkenaan.

"Setakat ini daripada 10 orang yang dikehendaki, dua orang berjaya ditangkap di Sabah pada Ahad lalu, manakala lapan lagi sedang diburu. Pada masa sama, tawaran kita untuk mereka serah diri masih terbuka.

"Kita dapati siasatan kita ini ada yang menarik, kita dapat kesan kumpulan ini, selain mereka merancang dan telah lakukan pembunuhan ke atas penguat kuasa JAIP, mereka juga rancang untuk bunuh beberapa orang lagi.

"Alhamdulillah, dengan penangkapan mereka ini (pengikut Tuhan Harun), dapat kita buat dan berjaya patahkan rancangan mereka seterusnya (lakukan pembunuhan lagi)," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perisytiharan Pasukan Simpanan persekutuan (PSP) sebagai formasi Sempena Hari Peringatan Ulang Tahun Penubuhan PSP ke-58 di Pangkalan PSP Unit 6 di Wakaf Tapai, dekat sini hari ini.

Majlis itu turuh dihadiri Komander PSP, Datuk Abdul Hamid Mohd. Ali; Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Jamsyah Mustapa serta para pegawai kanan polis.

Khalid berkata, hasil siasatan juga mendapati kumpulan terbabit akan melakukan apa sahaja termasuk sanggup membunuh sesiapa yang cuba menghalang aktiviti mereka.

Ketika ditanya mengenai baki pengikut kumpulan itu yang berjaya melepaskan diri, Khalid berkata, pihaknya akan terus memperhebatkan usaha memburu mereka dan beliau yakin, kesemua anggota kumpulan itu akan berjaya ditangkap.

"Dua orang yang berjaya ditangkap di Semporna, Sabah pada Ahad lalu, mungkin mereka sampai sana nak lari ke Indonesia. Macam saya selalu sebut lah, sepandai-pandai tupai (melompat) akan jatuh ke tanah juga, sepandai-pandai tikus elak jerat tapi jerat tak pernah lupakan tikus, suatu masa kita akan dapat (tangkap)," tambahnya.

Dalam kejadian pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadap rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Banjir, Fuziah Salleh Kaki Temberang

Posted: 07 Dec 2013 06:47 AM PST

 

Isu pembohongan pimpinan pakatan pembangkang bukanlah satu perkara yang baru. Malah pihak media pernah berulang kali mendedahkan 'wajah sebenar' mereka yang sering 'terkantoi' dengan perbuatan tersebut. Malah Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim juga sering kali ditangkap dengan beberapa isu yang secara jelas membuktikan pembohongan yang dilakukan.

 

Contohnya media baru-baru ini mendedahkan penipuan Anwar berhubung isu 40 ribu pengundi Bangladesh yang dikatakan sebagai pengundi hantu. Namun apabila didesak mendedahkan bukti berhubung dakwaan tersebut, Anwar dengan segera menafikan kenyataan tersebut.

 

Paling menarik, dia bukan setakat menafikan kenyataan, malah turut meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Tetapi ternyata Anwar terlupa, semua kenyataan berhubung isu tersebut telah direkodkan. Bak kata pepatah "kalau tidak menipu, bukanlah Anwar Ibrahim namanya".

 

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap Anwar itu, ramai pimpinan pakatan pembangkang khususnya di dalam PKR pula mewarisi sikap tersebut. Sebagai contoh, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh baru-baru ini cuba membawa usul tergemar berhubung masalah banjir yang berlaku di Kuantan untuk meminta kerajaan mengisthiharkan darurat di kawasan tersebut.

 

Dari satu segi, usaha tersebut merupakan satu tindakan yang sewajarnya, tamabahan pula dia adalah merupakan wakil rakyat bagi kawasan tersebut. Namun apa yang dikesalkan apabila dia cuba memberikan persepsi kononnya kerajaan tidak peka terhadap isu tersebut. Paling mengecewakan, dia turut mendakwa langsung tiada sebarang bantuan dan jentera yang digerakkan bagi membantu magsa yang terlibat.

 

"(Saya terima) panggilan daripada rumah tengah malam, air sampai leher, mohon dibantu dan tidak ada Jabatan Perkhidmatan Awam datang, tidak ada bot, tidak ada polis, tidak ada bomba. Saya terima panggilan daripada pusat pemindahan banjir, 4000 penduduk JKM tidak masuk, tidak ada makanan pukul 3 pagi," katanya.

 

Sedangkan mengikut laporan yang diterima, hampir seluruh agensi kerajaan telah digerakkan bagi membantu mangsa yang terlibat. Tidak cukup dengan itu hampir 2,400 Askar Wataniah turut digerakkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini khususnya apabila diperlukan pada saat-saat genting. Malah mereka turut menawarkan aset-aset seperti bot atau trak bagi memudahan proses pemindahan.

 

Disebabkan tuduhan tersebut, Wanita Umno sebelum ini menyelar tindakan pembangkang yang mendakwa dan membuat tuduhan melulu bahawa UMNO hanya berseronok berada di perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung ketika ini tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu.

 

Sambil menafikan tuduhan jahat itu, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dakwaan tersebut merupakan satu lagi pembohongan dahsyat pembangkang kerana ramai pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sanggup meninggalkan perhimpunan terbesar parti demi meninjau keadaan di negeri-negeri terlibat.

 

"Kenyataan itu memang pembohong dan bangsat kerana Presiden UMNO sanggup meninggalkan kami semua di dewan ini untuk pergi ke tempat banjir di Pahang (semalam). Hari ini pula Timbalan Presiden pergi membuat lawatan termasuk semua menteri besar, ahli Parlimen, ADUN dan ketua bahagian tidak ada di sini kerana semua turun ke padang.

 

"Saya nak tanya di mana ahli yang berhormat daripada pembangkang? Saya nak tanya kepada Ahli Parlimen Kuantan, apa yang dia nak buat kepada pengundi yang ada di Kuantan? Jangan nak cakap sahaja, kalau tidak ada ahli Parlimen, PM dan TPM daripada BN, hanyut semua pengundi yang mengundi pembangkang," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mat Sabu nak saman Zahid

Posted: 07 Dec 2013 05:08 AM PST

Syiah: Mat Sabu kaji tindakan saman Ahmad Zahid: KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. http://bit.ly/IZ0hPK

Eloklah Mat Sabu saman, boleh kita dengar hujah beliau di mahkmah nanti. Nak guna mahkamah sivil atau mahkamah syarih?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Beza pendekatan UMNO-Pas (Utusan)

Posted: 07 Dec 2013 04:46 AM PST

SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.

UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.

Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.

l Memartabatkan Islam

- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.

- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.

l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.

- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.

l Menyatukan Umat Islam

- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.

- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.

l Menghormati Ulama

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.

- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap 'suara UMNO' dan 'suara kerajaan'. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

l Berhujah Atas Dasar Kebenaran

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.

- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.

l Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.

- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP 'mendidik' rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.

l 'Menjatuhkan' Hukum

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.

- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.

l Pentas Ceramah

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.

- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.

l Dominan Dalam Kerjasama

- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Komen perwakilan terhadap ucapan Presiden

Posted: 07 Dec 2013 04:45 AM PST

Semenjak beliau memegang jawatan tersebut malah memberi penekanan yang lebih jelas dalam siap siaga perjuangan parti bagi berdepan cabaran masa depan.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Sabah, Zaitun Dato Mohd Kassim, ucapan Presiden UMNO kali ini merangkumi ke semua aspek meliputi pendidikan, ekonomi dan juga agama yang begitu memberi kesan kepada dirinya sebagai perwakilan.

"Saya lihat ucapan penggulungan beliau kali ini cukup padat, penerangan yang beliau berikan terhadap beberapa isu semasa cukup jelas dan bagi saya ini merupakan ucapan penggulungan terbaik Datuk Seri Najib sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO.

"Saya merasa begitu teruja sekali apabila menyentuh soal pengkaderan bagi melahirkan generasi pelapis UMNO kerana perkara itu menjadi perkara utama yang saya lakukan sebagai salah seorang pemimpin di bahagian Sepanggar," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini .

Manakala menurut perwakilan dari UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara,Saadiah Amir, ucapan Presiden UMNO kali ini  begitu bersungguh-sungguh bagi memberikan semangat kepada para perwakilan dalam usaha mentransformasikan serta meremajakan UMNO agar terus relevan di masa akan datang.

"Seperti kami di peringkat bahagian juga telah bergerak ke arah itu kerana kami ingin melahirkan ramai generasi muda sebagai pelapis bagi kepimpinan UMNO yang akan datang.

"Saya juga melihat perwakilan UMNO kali ini lebih matang dan saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib akan membawa UMNO ke satu tahap yang dipandang mulia pada masa yang akan datang," ujarnya.

Begitu juga dengan perwakilan dari Sri Gading, Norhanim Monadam, di mana beliau melihat ucapan Presiden UMNO ini sebagai satu amanat buat ahli UMNO supaya sentiasa berusaha bagi memastikan arah tuju dan survival Melayu akan terus terpelihara.

"Ini amat penting bagi generasi akan datang. Jika dulu nenek moyang kita meninggalkan mata air untuk menghilang dahaga anak cucunya, tetapi jangan sampai kita pula meninggalkan air mata yang mengalir pada anak cucu kita kerana kegagalan kita pada hari ini untuk terus memperjuangkan survival bangsa dan agama.

"Ini adalah satu amanat yang perlu kita pegang dan perlu dijadikan tanggungjawab yang amat berat dan tidak boleh diambil sambil lewa. Ini kerana kita akan menghadapi PRU ke 14 yang membawa satu cabaran besar bagi kita untuk menentukan masa anak cucu kita di masa akan datang," jelasnya. -MediaUMNO


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kehadiran Imam Masjidil Haram Tiada Kaitan Dengan Wahabi

Posted: 07 Dec 2013 04:23 AM PST

 

Walaupun pilihanraya umum sudah lama berakhir, namun pembangkang tidak pernah puas dengan gerakan untuk memfitnah dan memburukan kerajaan Umno. Hampir saban hari, ada sahaja isu-isu yang sengaja dibangkitkan. Paling mengecewakan, adakalanya isu yang dibawa itu bukan sahaja merupakan perkara yang kecil dan remeh, namun ada ketikanya ia turut berbaur sentimen dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

 

Terbaru, mereka di lihat cuba mempertikaikan serta mewujudkan sentimen kebencian rakyat dengan membangkitkan isu solat jumaat para perwakilan Umno di PWTC semalam. Mereka mendakwa tindakan parti keramat orang Melayu yang menjemput Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi itu semalam adalah salah.

 

Isu tersebut telah dibangkitkan oleh salah satu blog (negarapakatanrakyat.blogspot.com) yang dipercayai ditaja oleh pakatan pembangkang.

 

Ini kerana menurut mereka, iman tersebut berfahaman Wahabi berbanding Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tidak cukup dengan itu, mereka turut mendakwa ibadat haji yang dikerjakan selama ini tidak sah disebabkan perbezaan fahaman itu.


Syeikh Dr Khalid semalam mengimamkan solat Jumaat yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang disertai kira-kira 3,000 jemaah termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang berada di Malaysia sebagai tetamu negara diberikan penghormatan menjadi imam dan khatib Jumaat di surau itu. Manakala para jemaah kebanyakannya perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di PWTC sejak Isnin.

 

Pergerakan Pemuda Umno sebelum ini membawakan usul untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Usul yang dibawakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun itu antara lainnya bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,

 

Paling menarik, mereka turut mengatakan ia adalah merupakan antara sebab utama mengapa Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim enggan pergi menunaikan haji. Malah mereka juga dengan biadab turut mempersoalkan sama ada solat yang dilakukan semalam diterima oleh Allah atau sebaliknya. Berikut adalah antara petikan yang diambil dari blog tersebut.

 

"Sebab kita tahu Imam berkenaan tidak ada tauliah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat di negara kita, di samping PWTC tempat beruk beruk UMNO bersidang itu pun, belum tentu ada kebenaran dari Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

Selain Imam Masjidil Haram berkenaan juga berfahaman Wahabi - berlawanan dengan fahaman majoriti besar yang mengikut di belakang, Sunnah Wal Jamaah.

 

Tuhan terima ke sembahyang tu?"

 

Sedangkan kehadiran Syeikh Dr Khalid langsung tiada kaitan dengan isu ASWJ ataupun Wahabi. Malah ketika ditanya, Beliau turut mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang beliau kagumi.

 

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kunjungan Syeikh Dr Khalid bersama rombongan ulama-ulama dari Universiti Um-mul Qura', Makkah itu merupakan satu penghormatan yang cukup tinggi kepada Malaysia.


Jamil Khir berkata sebenarnya lawatan Imam Masjidil Haram itu ke Malaysia bersama-sama ulama Makkah telah lama dirancang dan secara kebetulan berlaku sewaktu Persidangan Agung Umno 2013 di PWTC.

"Beliau (Khalid) amat teruja dapat datang ke Malaysia buat kali pertama," katanya.

Jamil Khir berkata Perdana Menteri pula sangat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Khalid yang juga merupakan Imam Haramain (Imam Dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah)) itu ke Malaysia.

 

Kesimpulannya, inilah wajah-wajah sebenar pembangkang, yang akan mengunakan apa sahaja cara untuk memastikan Putrajaya dapat ditawan. Pada mereka apa sahaja cara yang digunakan bukanlah merupakan satu isu, walaupun adakalanya cara yang digunakan melapaui batas norma masyarakat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa kes lu cakap ni Mat Nor Manuty?

Posted: 07 Dec 2013 04:10 AM PST

Tindakan pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno bukti beliau mempunyai jati diri dan prinsip perjuangan.

Pengerusi PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, sebagai pendakwah popular sudah tentu beliau dijanjikan dengan pelbagai keuntungan kebendaan tetapi beliau menolak.

Menurutnya, inilah contoh baik yang ditunjukkan Mohammad Kazim untuk memastikan perjuangan dakwahnya tidak diganggu dengan mana-mana parti.

“Sejak dahulu lagi, tiada tempat untuk golongan agama dalam Umno, namun berlaku perubahan akibat kemerosotan parti itu.

“Mereka terpaksa mengambil jalan untuk menguatkan pengaruh dan kedudukan politik dengan mencari tokoh muda yang berlatar belakang agama untuk membantu Umno,” katanya.

Beliau berkata, sudah semestinya Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim mendapatkan nasihat dari abangnya, Kapten(B) Mohd Najmuddin Elias yang pernah menjadi penasihat agama menteri besar dan mempunyai pengalaman dalam kerajaan Perak sebagai tokoh agama.

“Dalam hal ini, mungkin ia tidak berkesan kerana apa yang ingin dibuat tidak dapat dilaksanakan.

"Untuk mempertahankan khalayak yang ingin memanfaatkan ilmu dakwahnya adalah lebih baik beliau tidak menyertai Umno dan mengisytiharkan keluar Pas,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR negeri, Anuar Zakaria memaklumkan, apa yang berlaku ini jelas menunjukkan kegagalan Umno dalam memperjuangkan isu agama.

NOTA LUTUT DAN KAKI,

Eh! Lu Mat Nor jangan bising lah, lu dulu pun masa dalam Umno berangan nak jadi Ahli Parlimen Larut dan ingin jadi Ketua Bahagian, ingat lagi tak lu buat seminar, buat ceramah buat mesyuarat sulit tengah-tengah malam untuk atur strategi menawan kerusi ketua bahagian?

Anwar angkut semua penyarah UIA turun bagi ceramah? Masih ingat lagi lu lari  ke luar negara takut ditangkap oleh pihak berkuasa? Masih ingat bagaimana orang Larut menolak lu mantah-mantah dalam PRU 1999?

Lu sendiri cakap dalam ceramah bahawa Umno ialah sebuah parti yang mengangkat martabat Islam! Umnolah yang membangun  beberapa institusi yang bercirikan Islam sehingga mendapat pengiktirafan dunia arab.

Macam2 lagi lah isi ceramah memuji Umno. Pas dilabelkan seperti parti yang kuat menabur fitnah, tidak mengangkat syiar islam, masih ingatkah dalam ceramah lu ajak orang kampung tinggalkan perjuangan yang sia-sia?

Sekarang pandai pulak kondem Umno, kenapa tak kondem orang yang mencaci UKE.?

Dalam Umno sejak dahulu lagi ramai ilmuan Islam, cumanya mereka tidak lah sebongkak dan seriak Pas yang Islam mereka hanya di kulit sahaja tetapi dihati munafik dan bercirikan kawarij.

Sudahlah Mat Mor oooii! Lu punya suara sudah tak laku...

Bengkel kereta bermasalah sudah tiada masalah lagi

Posted: 07 Dec 2013 02:20 AM PST


Satu ketika dahulu blog ini telah mendedahkan kisah bengkel kereta yang rampas tempat parkir penduduk dan tetamu ke Flora.

Kini bengkel tersebut sudah tiada lagi, kini sudah jadi bengkel motosikal. Rupa-rupa pendedahan itu telah memecah tembelang siapa pemiliknya dan agenda pemilik bengkel terdedah.

Banyak kereta terlibat ialah kereta curi, dan pemilik bengkel juga menipu pelanggan dengan mencuri beberapa bahagian dari kereta yang dihantar untuk di servis.

Kini pemiliknya sudah duduk dalam setelah pihak berwajib berjaya menahan dan mendakwa beliau.

Kini hanya tinggal sebuah sahaja kereta yang masih tidak dituntut iaitu kereta klasik jenis Jaguar.

http://taipingmali.blogspot.com/2013/06/pemilik-mercedes-peninggalan-bapa.html

Cyber cafee judi kuda adalah barah dalam komuniti Melayu

Posted: 06 Dec 2013 08:05 PM PST



Sebanyak 96 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan judi internet berjaya dirampas dalam Ops Dadu yang dijalankan oleh polis di tiga premis kafe siber di sekitar daerah Port Dickson malam tadi.

Operasi yang bermula pukul 8.45 malam hingga 12.30 tengah malam itu melibatkan dua premis di pekan Linggi dan sebuah di Taman Orkid Jalan Pintasan Port Dickson.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, ketika serbuan dijalankan terdapat 36 pelanggan berusia daripada 19 hingga 61 tahun sedang leka bermain judi.

"Kesemua mereka merupakan penduduk tempatan yang berasal dari dari daerah ini malah terdapat juga pelanggan dari Lubok China, Melaka.

"Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM958 yang digunakan sebagai wang taruhan bagi kegiatan ini di ketiga-tiga premis yang diserbu," katanya.

Menurut Abd. Wahab, ketiga-tiga premis yang diserbu itu dipercayai menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa bulan lalu sebelum aktiviti mereka dihidu oleh polis hasil risikan di pusat siber itu.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke stor simpanan barangan kes bagi tujuan pendakwaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, katanya.

Bagi menyekat kegiatan judi siber ini kata beliau polis akan mengguna pakai Seksyen 21A akta yang sama bagi meminta pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik di premis tersebut.

NOTA KAKI NOTA LUTUT

Isu judi komputer menjadi barah dalam masyarakat Melayu, kebanyakannya berpusat di kawasan taman perumahan. Sebagai contoh di Taiping, hasil tinjauan kami tahun lepas, mendapati tidak kurang 50 buah kedai cyber caffe yang menjadi pusat judi kuda. Untuk mengenal pusat cyber judi ini cukup mudah, ia beroperasi tanpa sebarang papan tanda, keluli penutup pintu biasa akan di ubah suai menjadi pintu kecil. Cctv dan jaga akan mengawasi dari luar premis, kebanyakan jaga adalah warga bangla.

Premis judi ini sukar dihapuskan kerana ada taikotai dari penjawat awam yang menerima wang habuan, manakan tidak jika petang dibuat serbuan, malam jam 9.00 barang rampasan di kembalikan.

Oleh itu cara terbaik untuk membendung masalah ini ialah satu tindakan bersepadu wajib diambil. Setiap kali serbuan mesti ada TNB, Syarikat bekalan air, PBT, SPRM dan lain-lain jabatan jika perlu.

Malam tadi seorang rakan memaklumkan terdapat lebih kurang 9 buah premis beroperasi di blok A dan blok B, apartmen Flora Damansara, Damansara Perdana. Beliau memaklumkan bahawa raid pernah dibuat tetapi pada malamnya semua barang rampasan di kembalikan semula dan terus beroperasi seperti biasa.

Penjara kerana hina Indonesia, hina bendera Malaysia?

Posted: 06 Dec 2013 07:48 PM PST

Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas dia didapati bersalah menghina bendera Indonesia.

Panel hakim mendapati Broderick 'Achin' Chin Teck Fui didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.

Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lepas apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan kemudian Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baharu.

"Jika kamu tidak mempunyai bendera baharu, gunakan sahaja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya," Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.

Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.

Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar itu. - BERNAMA

Visit website

Kerajaan Dicadang Wujud Suruhanjaya Khas Jaga Kesucian Islam

Posted: 06 Dec 2013 04:51 PM PST

Kerajaan dicadang mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di negara ini yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Wakil UMNO Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkata dengan adanya suruhanjaya itu, tidak ada lagi pihak-pihak yang boleh mempertikaikan amalan Islam di negara ini seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini.

"Suruhanjaya hak asasi manusia pun ada jadi agama Islam pun perlukan satu suruhanjaya supaya tidak ada yang boleh pertikaikan kesucian Islam termasuk di Facebook," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu berkata kerajaan juga diminta bertegas terhadap sebarang usaha yang dilihat mencabar kesucian agama Islam di negara ini termasuk dalam soal ajaran sesat, fahaman syiah, pluralisme dan liberalisme.

Katanya sehubungan itu, satu tindakan konkrit adalah perlu untuk merasionalkan keseluruhan kedaulatan Islam di negara ini.

Beliau berkata pihaknya menyarankan agar pembangunan agama Islam melalui institusi masjid dan surau dimakmurkan sebaik-sebaiknya dengan gerakan seluruh negara.

"Kami juga menggesa agar perundangan syariah dan mahkamah syariah terus diperkasakan, baik infrastruktur, pegawai dan perundangan sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi," katanya.

Katanya pelaksanaan prinsip Wasatiyyah merupakan prinsip yang amat sesuai dengan Malaysia sebagai negara majmuk dan dengan jaminan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam pengurusan negara, agama akan dijaga sebaik-baiknya.

"Ini menunjukkan kita UMNO sentiasa menunjangi agama dan meletakkan agama ini setinggi-tingginya. Dengan Maqasid Syariah ini kita akan melihat perubahan berlaku terutama dalam agama.

"Siapa kata UMNO tolak Islam. Siapa kata UMNO tak Islamik. Kita yang dah tunaikan tuntutan Maqasid Syariah. Kita tetapkan perjuangkan, hidupkan Islam itu sendiri. Untuk sempurnakan lebih baik, wasatiyyah digunakan.

"Hak-hak dapat diagihkan sama baik. Namun kesemua perlu ditadbir urus dengan baik dan tepat supaya tidak ada pihak yang boleh mengelirukan," katanya.

Shabudin berkata bagi memastikan Islam di negara ini adalah Islam yang sebenar-benarnya dan agama Islam diperkasakan, pindaan perlembagaan perlu dibuat dengan memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Ipoh Barat, Isfarina Mohd Bali ketika menyokong usul itu mencadangkan pemerkasaan agensi atau jabatan berkaitan Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Majlis-majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Bantuan Guaman dan Institut Kefahaman Islam Malaysia dilakukan secara serentak.

Beliau berkata langkah itu penting supaya kekuatan terhadap komponen-komponen kepada sistem perundangan Islam di Malaysia berlaku secara menyeluruh dan sempurna.

"Semua komponen ini harus digembleng dan diadun sama, maka hasilnya nanti sudah pasti satu hidangan yang akan mengubah selera yakni pandangan serta menaikkan martabat Islam itu sendiri," katanya.

Bagi memperkasa lagi agama Islam, Isfarina berkata kelas-kelas tauhid, tajwid, fekah, tafsir Al-Quran dan hadis, munakahad, muamalat dan sebagainya harus diteruskan di kolej-kolej komuniti.

"Program-program pemahaman isi kandungan Al-Quran dan hadis harus diperkembangkan dan diperluaskan agar setiap amalan harian kita akan berlandaskan Al-Quran dan hadis serta diberkati Illahi," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 08 Dec 2013 01:08 AM PST

Sahabat-Gunung


Kempen #Lifestyle Di Mana-Mana..... Steady!!!

Posted: 07 Dec 2013 04:51 AM PST

Belantan

Posted: 07 Dec 2013 11:26 PM PST

Belantan


Nalla, Zulkifli hentam Rafizi 'The Dirt'?

Posted: 07 Dec 2013 01:52 AM PST


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan menyelar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang didakwa mengeluarkan kenyataan 'memburuk-burukkan' ahli PKR yang bertindak keluar daripada parti itu.

Malah beliau yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Pandan itu juga tidak wajar 'menyindir' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'menyuci kekotoran' PKR.

"Dia (Rafizi) perlu tahu, sudah ramai yang keluar daripada PKR. Dia juga perlu sedar dengan siapa dia bersama ketika ini (pemimpin PKR).

"Saya kenal siapa yang memimpin parti itu, saya tahu karakternya. Dia tidak ada hak nak kata apa-apa tentang Perdana Menteri kerana beliau (Najib) adalah pemimpin yang terbaik untuk rakyat dan negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antara lain menyebut: "Thank you for sucking away our dirt" yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu, baru-baru ini.


Semasa mengumumkan perkara itu, Najib menegaskan bahawa mereka membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PKR, dan seterusnya memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional mahupun negeri.

Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna).

Selain mereka ialah Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu); Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud); Timothy Lim (Sepanggar); Apandy Sipin (Pensiangan) dan Aris Remigius (Batu Sapi).

Dua lagi yang turut mengisytiharkan keluar parti ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan.


Nallakaruppan berkata, beliau juga mempunyai alasan tertentu menjauhi pemimpin PKR, khususnya Anwar yang dikenalinya selama puluhan tahun.

"Apakah kesemua mereka yang keluar (PKR) itu 'dirt'? Jangan cakap begitu, dia (Rafizi) juga akan keluar juga nanti," tegasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, turut mengeluarkan kenyataan sindiran berbunyi: "Sebenarnya kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pembangkang kerana mengutip sampah-sampah UMNO yang telah disingkirkan kerana masalah peribadi yang serius."

Dalam pada itu, wartawan gagal mendapatkan ulasan daripada Rafizi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung kenyataan beliau itu.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 07 Dec 2013 11:20 PM PST

Panglima Perang Cyber


Astro Awani Sahkan Mat Sabu Sudah 'lari' Ke Luar Negara Selepas @Zahid_Hamidi Dedah Beliau Pengikut Syiah Semalam ???

Posted: 07 Dec 2013 09:43 PM PST



Bila Menteri dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno mendedahkan pemimpin PAS dipercayai Mat Sabu sebagai pengikut Syiah maka Astro Awani telah mengeluarkan berita bahawa Mat Sabu sedang meninggalkan Malaysia.

Berita :


Mat Sabu was contacted after he visited flood victims in Kuantan. He was on his way to the KLIA airport to leave the country.

Zahid's remark was the first time this allegation against Mat Sabu has been made public, although the rumour has been circulating among PAS and UMNO members as well as political observers for some time.



JIka ramai masih meragui adakah benar Mat Sabu Syiah atau tidak sila rujuk di bawah ini :



Jika memuji dan memuja Imam Khomeini adakah ia biasa-biasa atau kebetulan semata-mata ????



Bukan sekali tetapi banyak kali perkataan Imam Khomeini yang jelas melaknat Sahabat Nabi disebut oleh Mat Sabu namun tidak ramai yang menyedari.

Baca tulisan blog Ustaz

Ramai berpendapat kumpulan Syiah yang mengkafirkan para sahabat ialah kelompok Syiah di zaman dahulu, sedangkan Syiah yang berpangkalan di Iran sekarang adalah Syiah yang sangat menghormati para sahabat Nabi saw. 

Dakwaan ini adalah tidak benar, kerana Syiah yang ada di Iran sekarang (Syiah Imamiyah) sehingga hari ini masih tetap mengkafir dan melaknat para sahabat Nabi saw termasuk isteri-isteri baginda.

Ini dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh utama mereka antaranya Ayatollah Ruhullah Khomeini, pengasas revolusi Iran. Dalam kitabnya Kasyful Asrar beliau menulis, 

" Abu Bakar dan Umar telah banyak meyalahi hukum-hukum Allah yang terang. Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar, 110)

"Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar : 116) 


sumber : http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2011/05/kenapa-syiah-begitu-keras-mengkafirkan.html


Ahli-ahli PAS menghantar anak mereka ke Iran sejak tahun 70-an lagi dan ia didedahkan oleh bekas pemimpin PAS sendiri. Rujuk



PAS sendiri tidak menolak SYiah apabila sedia menerima ahli SYIAH untuk membantu parti tersebut


Ini juga ditegaskan oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang dan kerana itu barangkali PAS menerima Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dengan senang hati



Khawarij iaitu Wahabi atau nama glamernya Salafi juga diterima masuk PAS. Soalnya adakah akan dapat kemenangan jika bercampur akidah yang betul atau salah ???


Dengan nada berbelit juga tindakan PAS sedia terima ahli Syiah bermakna mereka sedia terima puak melaknat Sahabat Nabi dan isteri Nabi menjadi penyokong mereka adalah tidak PATUT sama sekali.

PKR juga bersuara nada yang sama. Sila rujuk video Khalid Jaafar yang merupakan tenaga pemikir Anwar Ibrahim di video ini :




Mat Sabu sendiri sebenarnya tidak menyertai PAS atas dasar mahu tegakkan Islam tetapi lebih kepada soal demokrasi. Lihat kenyataan beliau di bawah :






Kesimpulannya : adakah layak Imam Khomeini yang bukan sahaja disokong Mat Sabu termasuk juga Hanipa Maidin ( bukti klik sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2013/07/hina-islam-bila-pemimpin-pas-tak-ikut.html ) untuk dijadikan idola kepada masyakarat ? 


Dalam masa itu jangan sesiapa terlupa Husam Musa pernah didakwa pro Syiah oleh blogger Kelantan dalam video di bawah :



Lihat gambar 

Adakah boleh menyokong pihak melaknat sahabat dan isteri Nabi Muhammad saw sedangkan mereka mengaku pejuang Islam ?

Benarlah akhir zaman ulama jahat digelar oleh Nabi Muhammad saw sebagai Dajjal sebelum Dajjal !!!


The Unspinners

Posted: 07 Dec 2013 11:09 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 07 Dec 2013 11:02 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MASIH ADA HARAPAN MILIKI SEMULA PULAU BATUH PUTEH

Posted: 07 Dec 2013 05:38 AM PST


Alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.   

Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura.

Mantan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilapor berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. 

Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. 

Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia.

Saya telah mendapat maklumat bahawa Malaysia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018.

Saya juga telah menghubungi seorang ahli Persatuan Sejarah Johor, bahawa masih terdapat bukti-bukti yang ada di Istana Johor yang boleh dikemukakan untuk membawa semula isu tersebut di ICJ.

Oleh yang demikian, jika kita masih berminat untuk mendapatkan Pulau Batuh Puteh, saya mencadangkan supaya pihak-pihak yang terbabit supaya memulakan usaha dari sekarang kerana tempoh 2018 masih jauh lagi.

Dalam pada itu, tuduhan-tuduhan ke atas Peguam Negara dan pasukan peguam negara kita tempoh hari hendaklah dihentikan kerana, saya tidak percaya wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut. 

Pasukan Peguam Negara kita sudah berusaha bukan setakat dalam kes Pulau Batu Puteh, tetapi kita sudah berusaha sejak kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan lagi. Mengapa anda tidak bercakap soal rasuah apabila kita menang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan?

Contohilah bagaimana negara China begitu bersungguh-sungguh mendapatkan semula Pulau Macau dan Pulau Hong Kong sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkannya semula. Yang terbaharu, kerajaan China mendesak kerajaan Britain mengembalikan semua artifak-artifak purba milik negara China yang dicuri semasa Perang Candu dahulu (1839-1842) dan (1856-1860).

Di dalam hati saya, bukan sahaja Pulau Batu Puteh itu perlu kembali kepada Malaysia. Temasek juga perlu kembali kepada Tanah Melayu, Temasek adalah milik Kerajaan Kesultanan Melayu Johor. Kerajaan penjajah British dan Stamford Raffles yang bersalah, bukannya Tunku Abdul Rahman. Kalau sesiapa mahu menilai semula sejarah negara kita, kita patut menilai kes ini iaitu asal-usul pulau Temasek sebelum tahun 1780 Masehi. Bagaimana pandangan anda?

Sumber : jentayuabaka

Masya Allah! Apa Yang DS Mat Said Dah Buat Pada Mangsa Banjir? @najibrazak #pray4kemaman

Posted: 06 Dec 2013 11:30 PM PST

Gambar menjadi bukti perbuatan DS Mat Said kepada mangsa banjir.


*Sebar-sebarkan.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 07 Dec 2013 09:20 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


SOLAT JUMAAT IMAM MASJIDIL HARAM SEMALAM TAK SAH.. KATANYA WAHABI.. JADI ?

Posted: 07 Dec 2013 04:31 AM PST

MAT SAID DAN LAIN LAIN ..PEMIMPIN ORIGINAL !

Posted: 07 Dec 2013 04:13 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 07 Dec 2013 03:01 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Seks dengan janda dalam masjid untuk pelaris perniagaan

Posted: 07 Dec 2013 10:31 AM PST

Gambar hiasan
Sumenep (Jawa Timur): Seorang dukun berusia 55 tahun dituduh meniduri seorang janda berusia 45 tahun yang juga jirannya di dalam masjid dekat Desa Karang, Anyar, Kalianget.

Menurut adik kepada janda itu, Firman Azhari, 40, wanita terbabit baru keluar dari masjid apabila dihalang dukun terbabit.

Dia kemudian dipaksa berasmara dengan lelaki berkenaan di dalam bangunan itu.

"Dukun itu berjanji mahu memberikan pelaris untuk perniagaan kakak saya, tetapi sebaliknya dia mengambil kesempatan mengadakan hubungan seks," katanya.

Firman berkata, dukun terbabit mempunyai hubungan persaudaraan dengan keluarganya kerana ibu bapa mereka adalah sepupu - Agensi

Safee Sali akhiri zaman duda dengan cewek Indonesia

Posted: 07 Dec 2013 06:31 AM PST

Pemain bola sepak kebangsaan dan penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali memilih 28 Disember ini untuk menamatkan zaman duda.

Pilihan hati Safee adalah gadis Indonesia dikenali sebagai Sasha.

Majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak.

Safee pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusof pada 2007 namun berakhir dengan perceraian pada April 2012.

Bersama Sabarina, Safee dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2.
Apa pun, selamat berbahagia diucapkan buat Safee.
Di bawah ini, gambar kad undangan perkahwinan barunya bersama Sasha kelak.

- Mynewshub

MB T'ganu tahan lori Gardenia, beli semua roti untuk mangsa banjir

Posted: 07 Dec 2013 05:31 AM PST

Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor.

Ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ, semua dalam keadaan kelaparan.

Ini kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.

Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan, terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ.

Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan.

Beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ.

Pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.

Tetapi Dato Seri Ahmad Said tetap berkeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan tidak sanggup melihat rakyat kelaparan.

Lalu Dato Seri meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi Manager mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut.

Setelah Dato Seri berbincang dengan Manager, pemandu untuk sanggup membayar jumlah yang diterima oleh manager tersebut, maka Dato Seri Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa keadaan.
Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.

Syabas Datuk Seri! (sumber http://siemens-melayumaju.blogspot.com)

Mat Sabu nafi penganut syiah dakwaan Zahid

Posted: 07 Dec 2013 04:46 AM PST

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke luar negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.

PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. – www.astroawani.com

Anak perempuan dicabul 'ustaz' ketika berubat

Posted: 07 Dec 2013 04:01 AM PST

Gambar hiasan
SABAK BERNAM - Seorang remaja perempuan yang mengadu sakit perut tidak menyangka tindakannya untuk berubat dengan seorang lelaki bergelar 'ustaz' di Taman Pertama di sini malam tadi berakhir dengan dirinya menjadi mangsa cabul ustaz tersebut.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia 15 tahun bersama bapanya yang bekerja buruh telah pergi ke rumah ustaz tersebut.

Bapa mangsa kemudian di arah untuk berbaring di ruang tamu dan menutup lampu.

Kata beliau, ustaz itu kemudian telah memberitahu bapa mangsa bahawa 'hantu' yang ada pada badan lelaki itu telah 'berpindah' ke badan anak gadisnya dan mengarahkan mangsa untuk berbaring di ruang tamu dengan ditutup sehelai kain.

"Ustaz itu kemudian mengarahkan bapa mangsa duduk di atas kerusi dan tidak lama kemudian lelaki itu tertidur kira-kira 20 minit.

"Sebaik terjaga, lelaki itu terkejut melihat ustaz sedang meraba anak gadisnya dan dia bertindak memohon diri untuk pulang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek masih dikesan untuk tindakan lanjut. - KOSMO!

Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, JAKIM perlu bertindak

Posted: 07 Dec 2013 01:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO "siapa, siapa?".

"Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," balas Ahmad Zahid.

Mohamad terpilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu dua minggu lalu selepas menang mengalahkan pencabarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan majoriti hanya 98 undi.

Ini adalah kali pertama dakwaan ke atas Mohamad itu diucapkan secara terbuka oleh pemimpin UMNO biarpun selama ini dakwaan itu jadi desas-desus di kalangan ahli PAS dan UMNO serta di kalangan pemerhati politik.

Ahmad Zahid juga menyeru kepada PAS untuk bersama-sama kerajaan membanteras ajaran Syiah kerana ia adalah masalah negara yang merentas sempadan politik.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah menolak pendaftaran Majlis Syiah Malaysia yang cuba didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1996.

Beliau juga memberi amaran mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengikut Syiah yang menjalankan kerja-kerja ajaran itu termasuk menyita premis tempat kerja-kerja itu dilakukan.

"Saya tidak pandang ini dari segi akidah. Itu kuasa Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri agama. Saya lihat dari aspek keselamatan kerana kita tidak mahu ummah dipecahkan oleh ajaran sesat," katanya.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya menangani ajaran sesat yang dibentuk sebagai kerjasama KDN dan JAKIM bagi membanteras bukan saja ajaran Syiah tetapi ajaran-ajaran sesat yang lain.

Astro Awani

Sukan Sea: Wushu sumbang emas pertama

Posted: 07 Dec 2013 12:31 AM PST

ATLET wushu negara, Diana Bong Siong Lin berjaya menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan SEA ke-27 pada aksi pembuka tirai wushu menerusi acara Nanquan.

Diana, 28, mengungguli acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A dekat sini hari ini dengan mengumpul markah tertinggi iaitu 9.70 mata seterusnya mengatasi lapan peserta lain.

Pingat perak acara tersebut menjadi milik atlet dari Vietnam, Minh Phuong Bui yang mengutip 9.68 mata iaitu dengan perbezaan 0.03 mata di hadapan peserta Malaysia, Cheau Xuen Tai yang meraih gangsa.

Sebutir lagi pingat gangsa negara dari gelanggang wushu hari ini disumbangkan Phoo Eyin yang beraksi dalam acara Jianshu wanita dengan mengumpul 9.46 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi Thuy Vi Duang dengan kutipan mata keseluruhan 9.70, perbezaan hanya 0.01 mata di hadapan pemenang pingat perak, Sandy Yoo dari Myanmar.

Ketika ditemui pemberita, Diana berkata pada mulanya dia sedikit gementar dan tertekan kerana menggalas cabaran untuk meraih pingat emas pertama negara namun perasaan tersebut hilang apabila mula masuk ke gelanggang.

"Ketika melangkah masuk ke gelanggang saya cuba beri fokus sepenuhnya kepada perlawanan dan saya rasa gembira apabila berjaya melepasi durasi satu minit dan 20 saat," katanya.

Atlet berasal dari Sungai Tapang, Kuching itu berkata pada awal pagi tadi dia mengalami sedikit sakit kepala namun itu tidak menjejaskan tumpuannya ketika beraksi di gelanggang.

Katanya kekuatan mental adalah senjata penting bagi setiap atlet dan dia berjaya mengatasi segala masalah yang timbul termasuk mengalami cirit-birit sejak tiga hari lepas.

Diana sebelum ini pernah meraih pingat emas dalam acara gabungan nanquan-nandao-nangun wanita pada Sukan SEA di Thailand pada 2007 dan berjaya mengulangi kejayaan yang sama pada Sukan SEA edisi Laos 2009 menerusi acara gabungan nangun-nandao wanita.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau pada Sukan SEA Indonesia dua tahun lepas apabila hanya meraih pingat gangsa menerusi acara gabungan nandao-nangun wanita.

"Duka kegagalan meraih pingat emas di Indonesia kini terubat dan saya rasa cukup gembira hari ini setelah menunggu selama dua tahun untuk menebus kembali rasa kecewa," katanya. - Bernama

Umno Tolak Tahaluf Siyasi Digariskan PAS

Posted: 07 Dec 2013 12:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Pendekatan dan konsep Tahaluf Siyasi yang digariskan oleh PAS adalah pendekatan yang ditolak dalam Umno.

Wakil Umno Perak Dr Mohd Nizar Zakaria berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menentang PAS dalam banyak perkara.

"Jika kita lihat pendekatan yang diambil mereka, yang berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, ia adalah Tahaluf Siyasi yang ditolak.

"Setiap kali perkara-perkara yang disuarakan oleh PAS contohnya, akan ditentang oleh rakan-rakan sekongkolnya, baik daripada DAP mahupun PKR," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama di sini, Sabtu.

Naib Ketua Umno Bahagian Parit ini berkata Umno telah menggunakan pendekatan Tahaluf Siyasi sejak zaman Parti Perikatan lagi.

Katanya, atas pendekatan ini jugalah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan.

"Kitalah yang mempelopori konsep ini.

"Walaupun begitu dalam berkompromi dengan golongan bukan Islam seperti MCA dan MIC kita tetap jaga maruah dan kedaulatan agama Islam," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut budaya ketimuran di negara ini ditukar kepada barat yang mana salah satu tuntutannya ialah kerajaan membenarkan transgender sebagai satu gaya hidup.

Katanya, tuntutan tersebut adalah tuntutan biadab yang mencabar agama Islam.

"Badan Perhubungan Umno Negeri Perak mencadangkan tindakan tegas diambil terhadap mereka ini.

"Gunakanalah apa-apa perundangan yang boleh mengajar mereka supaya menghormati hak umat Islam dan Melayu di negara ini," katanya.

Sudah bertudung, tapi foto seksi masih bersepah di FB

Posted: 06 Dec 2013 10:01 PM PST

PETALING JAYA: Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai.

Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu.

"Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Dalam perkembangan sama, Leina berkata, dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari semua segi selepas memakai tudung.

Jelas Leina, dia masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah.

"Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.

"Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu," katanya.

Mengimbau mengenai kehidupannya dahulu, Leina berkata walaupun sedih namun menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran besar sehingga membuatkan dia tersedar.

Malah kata Leina, dia enggan menoleh ke belakang mengenangkan zaman jahiliahnya tetapi menggunakan kesempatan diberikan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.

"Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi.

"Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan," katanya.

Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.

Sehingga kini dia masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun dia lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

"Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung," ujarnya

(Gambar) Foto dalam tandas Eyka Farhana ditegur peminat

Posted: 06 Dec 2013 09:01 PM PST

Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas sedikit mengundang kontroversi.

Ada peminat tegar mula mempersoalkan apa perlunya semua gambar itu dikongsikan kepada umum.

Untuk pengetahuan, Eyka Farhana adalah antara selebriti tempatan yang gemar berkongsi apa sahaja kepada peminat.

Sebab itu, namanya semakin dikenali ramai dan pengarah-pengarah mula terpikat untuk menawarkan Eyka berlakon.

Sehingga kini, terdapat beberapa drama yang sudah dibintanginya seperti drama cerekarama Sejadah Kaabah, Gemilang, Juvana dan telefilem Cinta Pontianak Gua Musang.

Pada admin, bakat lakonan Eyka memang tidak boleh dipertikaikan.





(Gambar) Mayat wanita separuh bogel dalam saluran lif

Posted: 06 Dec 2013 08:00 PM PST

Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira jam 7 malam tadi.

Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di situ dipercayai ke rumah teman lelakinya yang menetap di situ.

Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk berikutan bau busuk ketika menaiki lif.

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia sering terhidu bau busuk setiap kali menggunakan lif untuk ke rumahnya.

Akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu katanya, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.

"Petang tadi (semalam) saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.

"Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Pihak pengurusan kemudian membuat laporan polis," katanya ketika ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif," katanya.

Kemaruk muat naik foto kekasih

Posted: 06 Dec 2013 07:31 PM PST

Gambar hiasan
SS kurang senang apabila mendengar seorang artis suka muat naik gambar bersama kekasihnya dalam Instagram.

Kata rakan SS, tindakan artis itu turut menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan peminat yang mengikutinya di laman sosial terbabit.

Bukan apa, belum kah-win lagi, tetapi banyak ber-kongsi gambar meluangkan masa dengan kekasih, jadi dikatakan tak sedap dipandang mata.

Menurut rakan SS, dia berasa sakit mata setiap kali melihat gambar kekasih artis itu yang dikatakan perasan 'best'.

Bagi SS, adalah lebih baik artis jangan terlalu kerap muat naik gambar bersama kekasih bagi mengelak timbul kontroversi tidak diingini.

Begitu juga dengan artis yang suka berkongsi gambar seksi kerana perbuatan itu boleh mencemarkan imej.

SS pula tidak kisah dan artis jangan marah kalau peminat mula bising mengatakan bosan melihat gambar asyik bersama kekasih atau tidak sedap dipandang mata.

SS@Harian Metro

Cina Malaysia dipenjara hina bendera Indonesia

Posted: 06 Dec 2013 07:01 PM PST

JAKARTA 6 Dis. - Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas dia didapati bersalah menghina bendera Indonesia.

Panel hakim mendapati Broderick 'Achin' Chin Teck Fui didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.

Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lepas apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan kemudian Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baharu.

"Jika kamu tidak mempunyai bendera baharu, gunakan sahaja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya," Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.

Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.

Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar itu. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131206/lu_11/Rakyat-Malaysia-dipenjara-hina-bendera-Indonesia#ixzz2miYBq7zh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Loji Lynas selamat dari banjir

Posted: 06 Dec 2013 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR - Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang tidak terjejas dengan banjir dan beroperasi seperti biasa.

Kenyataan Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kemudahan menyimpan sisa (RSF) loji itu telah dibina sebegitu rupa bagi menghalang sebarang larutan meresap ke dalam tanah dan tersebar di alam sekitar serta memenuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa.

"RSF direka bentuk dan dibina bagi menyediakan keupayaan mencukupi membendung air yang disebabkan banjir yang melanda kawasan sekitarnya," kata kenyataan itu.

Lynas turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terbabit dengan banjir di Pahang terutama Kuantan. - Bernama

Syiah: 3 karya Faisal Tehrani masih diteliti - Zahid

Posted: 06 Dec 2013 06:15 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti tiga buah karya novelis Faisal Tehrani untuk memastikan penulisannya tidak mengandungi unsur fahaman syiah dan menyimpang daripada fahaman Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga karya itu -,Tiga Kali Seminggu, Drama Pentas Karbala dan kumpulan puisi Ingin Jadi Nasrallah - masih lagi di peringkat penilaian, dan jika didapati tidak menyalahi fahaman Islam di negara ini, akan dibenarkan diedar untuk bacaan ramai.

"Jika karya atau puisi ini tidak ada kaitan dengan sebarang ajaran Islam yang salah termasuk syiah, jadi ia tidak patut diharamkan. Saya akan benarkan buku berkenaan diedarkan jika kandungannya tidak terpesong daripada ajaran Islam," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai perkembangan tiga karya Faisal itu berikutan dua novelnya diharamkan sebelum ini iaitu Perempuan Nan Bercinta dan Sebongkah Batu di Kuala Berang kerana didapati mengandungi unsur fahaman Syiah.

Terdahulu beliau melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib berjudul Je T'aime dan The Glory of God di sini hari ini.

Shuryani adalah isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - BERNAMA

Anwar Sabotaj Usaha Muzakarah UMNO-PAS

Posted: 06 Dec 2013 05:45 PM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu muzakarah UMNO-PAS diteruskan, malah mensabotaj melalui psywarnya mahu berdailog semula dengan Barisan Nasional rumus blog thekl-chronicle

Menurut blog itu, Anwar mengeluarkan kenyataan itu selepas usaha muzakarah UMNO-PAS diperkatakan ramai pihak.

"Malah keputusan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin mengecil.

"Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk PAS bermuzakarah secara berasingan dengan UMNO, kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.

"Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya," dakwa blog itu.

Anwar dilaporkan portal Malaysiakini semalam menggunakan 'status Pakatan Rakyat' mengulangi kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan BN seiring dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO.

"…parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Blog thekl-chronicle memepertikaikan keikhlasan Anwar itu kerana berlawanan dengan gerak kerja yang dilakukan selama ini.

"Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

"Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.

"Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

"Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?,"soal blog itu.

Laman bnbbc.my pula melihat kenyataan Anwar walaupun menggunakan status Pakatan, tetapi masih namapk jelas agenda peribadi.

"Sekali imbas, kenyataan ahli Parlimen Permatang Pauh ini mungkin menggambarkan hanya kesediaan beliau untuk berdialog dengan BN.

"Ini kerana kenyataan itu dibuat bukan oleh Majlis Pakatan Rakyat yang disertai PKR, DAP dan PAS.

"Memang betul, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS akhir bulan lalu menyatakan kesediaan bermuzakarah isu-isu berkaitan Islam dengan UMNO tetapi ianya barangkali mewakili parti tersebut bukannya pakatan rakyat.

"Persoalannya, adakah Anwar mendapat restu pemimpin DAP dan PAS sebelum membuat kenyataan sedia berdialog dengan BN?, "soal laman itu.

Menurut bnbbc.my jika Anwar serius dan ikhlas, beliau patut mengeluarkan kenyataan bersama sekutunya berhubung perkara tersebut.

"Andai tidak, kenyataan Anwar itu tidak lebih ingin menangguk di air keruh ketika UMNO sedang mengadakan perhimpunan ketika ini.

"UMNO mahupun BN perlu berhati-hati dengan pujukan Anwar ini kerana beliau kini ibarat orang tersepit kerana rakyat yang menyokong pembangkang sudah mula kecewa dan hilang kepercayaan kepada pembangkang yang gagal menawan Putrajaya pada PRU 13.

"Mereka tahu, janji dan pujukan Anwar terhadap rakyat akan sunyi sepi selepas ini kerana PRU 14 masih jauh manakala Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan kes liwat yang akan diteruskan perbicaraan tidak lama lagi.

"Justeru itu, kenyataan ulangan Anwar mahu berdialog atau bekerjasama dengan BN hanya ibarat enau melepaskan pucuk masing-masing."

AIDCNews

KDN usul masukkan perkataan Sunnah wal Jamaah

Posted: 06 Dec 2013 05:31 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

"Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan Sunnah wal Jamaah dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib iaitu isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Cadangan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang sedang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata dengan memasukkan perkataan itu, tiada penganut agama Islam yang mempunyai fahaman lain dibenarkan mengembangkan fahaman mereka selain Sunnah wal Jamaah.

- BERNAMA

'Politik murahan': Fuziah wajib bertaubat kata Bung

Posted: 06 Dec 2013 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Raden menggesa Ahli Parlimen (MP) Kuantan Fuziah Salleh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T jika beliau orang Islam kerana sekali lagi berbohong dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, tidak timbul isu beliau harus meminta maaf kerana telah jelas dalam Dewan Rakyat bahawa beliau mempersoalkan keikhlasan Fuziah dalam membawa usul pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda bandar itu.

"Sebelum ini dia bantah Lynas dia sanggup di Kuantan berminggu-minggu buat demonstrasi tapi apabila rakyat berhadapan musibah, dia bawak dalam Dewan Rakyat usul tersebut.

"Seharusnya dia tak berada di Dewan Rakyat dan pergi ke kawasan seperti (yang dilakukan) Yang Berhormat Paya Besar. Soalan dia (dalam Dewan Rakyat) nombor satu tetapi dia tinggalkan soalan dia dan terus ke Kuantan," katanya kepada wartawan di luar Dewan Merdeka, Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, Fuziahlah yang harus memohon maaf kepada rakyat Kuantan kerana bermain 'politik murahan'.

"Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia. Rakyat dia, dia boleh bohong tapi dia tak boleh bohong dengan saya," tegas beliau.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengarahkan agensi tersebut menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat.

"Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia," jelasnya lagi.

Saya boleh aim ucapan dia bila2 sebab dia dah dua kali bohong dalam dewan. Pertama usul potong gaji sebab dia kata Hasbi? jadi Penasihat Ekonomi Sarawak sedangkan Hasbi Pengerusi LPKP.

Menurutnya, beliau tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.

"Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat," kata beliau.

Semalam, PAS Pahang, seperti dilaporkan oleh portal Harakahdaily.net, menggesa Bung Mokhtar untuk meminta maaf secara terbuka kepada penduduk Kuantan kerana tindakan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat seperti mempersendakan usul pengistiharan darurat yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada penduduk Kuantan.

PAS Pahang turut menggesa Bung Mokhtar untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.

Dalam masa yang sama Bung Mokhtar mengingatkan PAS untuk tidak bersekongkol dengan penipuan.

"Jangan bersekongkol dengan penipuan, patut la parti mereka tak menang-menang," tambahnya lagi.

Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014

Posted: 06 Dec 2013 04:50 PM PST

Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 | Jadual Piala Dunia Brazil 2014 | FIFA World Cup Brazil 2014 Schedule

Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 yang telah disediakan setelah selesai undian peringkat kumpulan yang berlangsung semalam. Perlawanan pertama akan berlansung pada 12 Jun 2014 di antara Brazil dan Croatia.

Piala Dunia 2014: Keputusan undian peringkat kumpulan

Posted: 06 Dec 2013 03:42 PM PST


Semalam telah berlangsungnya undian untuk 32 pasukan yang telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia Brazil pada tahun 2014.

Berikut adalah keputusan undian tersebut. Brazil sebagai tuan rumah telah diletakkan di dalam kumpulan A bersama Croatia, Mexico dan Cameroon.

England dan Itali diundi di dalam kumpulan D. German pula akan menghadapi Portugal, USA dan Ghana di dalam kumpulan G manakala Jepun diundi bersama pasukan Colombia.

Pasukan Sepanyol telah diletakkan bersama Belanda dalam kumpulan B dan Korea akan bertemu Rusia, Algeria dan Belgium dalam kumpulan H.

Group A: Brazil, Croatia, Mexico, Cameroon.
Group B: Spain, Netherlands, Chile, Australia.
Group C: Colombia, Greece, Ivory Coast, Japan.
Group D: Uruguay, Costa Rica, England, Italy.
Group E : Switzerland, Ecuador, France, Honduras.
Group F: Argentina, Bosnia-Hercegovina, Iran, Nigeria.
Group G: Germany, Portugal, Ghana, USA.
Group H: Belgium, Algeria, Russia, South Korea.

Apa Yang Tersirat

Posted: 07 Dec 2013 01:23 PM PST

Apa Yang Tersirat


Persidangan Umno 2013 Berlabuh-Diiringi Puisi Dato Seri Najib

Posted: 07 Dec 2013 08:07 AM PST


Puisi mengenai perjuangan Umno dan survival orang Melayu di masa hadapan menjadi penutup bicara Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Sabtu.

Najib yang segak berbaju Melayu berwarna hijau pucuk pisang dalam karyanya itu antara lain mengingatkan orang Melayu supaya tidak berbalah sesama sendiri dan rapatkan saf perjuangan dalam menghadapi cabaran untuk terus membolehkan parti itu kekal relevan.

Beliau juga meminta para anggota parti merenung nasib mereka tanpa Umno dengan mengutamakan perjuangan parti melebihi kepentingan diri.

Ucapan penuh bermakna oleh Najib selama lebih sejam itu bukan sahaja disaksikan seramai 2,739 perwakilan yang hadir, malah turut disiarkan secara langsung menerusi radio dan stesen televisyen tempatan.

"Sebagai Presiden Umno sebelum saya akhiri ucapan, saya ingin berpesan dan beri pedoman..."

Walau sutera cantik dipakai,
Belacu juga tahan diuji,
Sudah lumrah dalam perjuangan,
Ada yang luka ada yang parah,
Ada yang pergi membawa hati,
Ada yang hilang entah ke mana,
Apa guna merajuk hati,
Sampai membakar perjuangan sendiri,
Kalau Umno dah tertewas dan mati,
Kalau Umno sudah tidak bersenandung lagi,
Akhirnya tersungkur menyembah bumi,
Semuanya sudah tidak bermakna,
Semuanya sudah tidak bererti.

Saudara dan saudari...

Benar jika ada pun khidmat yang telah dicurah,
Jika adapun bakti yang telah disemai,
Usahlah sedikit pun berasa kesal,
Sekalipun ia tidak terpandang di dunia sementara,
Pesan orang cerdik di zaman bahari,
Tulislah jasa-jasa kita itu di atas pasir pantai,
Supaya hilang tersapu ombak,
Kerana budi kita yang baik,
Pastinya dikenang jua,
Jadikanlah luka dan parut itu sebagai tanda azimat,
Bahawa kitalah pahlawan Umno yang sedang berjuang.

Saudara saudari...

Ya...memang Umno tidak sempurna,
Ya...memang Umno tidak lengkap,
Kendati itu tabahkanlah nurani dan berlapang-lapanglah dada,
Bahawa perjuangan Umno secara manusiawinya adalah amat teguh dan sempurna,
Pokoknya janganlah Melayu berdengki-dengki sesama kita,
Janganlah Melayu menfitnah sesama bangsa,
Janganlah Melayu memusnah sesama sendiri,
Bersabarlah dalam menerima cubaan,
Teguhkanlah iman di dada,
Perjuangan ini adalah untuk kita terus hidup,
Pergorbanan yang dibuat adalah untuk melihat Umno terus mekar dan mengharum demi anak cucu.

Makanya saudara dan saudari sekalian...

Janganlah ditangguh-tangguh,
Usahlah berbasai basi,
Janganlah berdolak dalih lagi mengalas perjuangan mulia ini,
Sesungguhanya...
Allah Tuhan yang mentakdirkan siapa yang Dia kehendaki untuk naik,
Dan siapa yang Dia kehendaki untuk turun,
Kita merancang Allah juga merancang,
Dan Dialah sebaik-baik perancang,
Ketahuilah Allah itu tidak tidur,
Allah itu Tuhan yang nampak segala,
Umno sedang berbuat sehabis baiknya,
Redalah atas perjuangan ini,
Berserahlah segala semua kepadaNya,
Semoga negara ini menjadi,
Baldatun Toyyibatun Warabun Ghofur (negeri yang subur,makmur, adil dan aman)

Saudara saudari...

Makanya walau pembangkang terus-terusan bermain api,
Beraja di mata beraja di hati,
Tapi Umno dengan penuh bermaruah akan tetap bersultan di mata bersultan dihati,
Namun siapa kata Umno tidak berani?Siapa kata Umno berdiam diri?
Umnolah yang akan membenteng betis dan menahan dengan perabung-perabung dadasemua tusukan-tusukan itu,
Demi membela dan mempertahankan Islam,
Untung nasib Melayu, Bumiputera dan Malaysia tercinta kita ini.
Oleh sebab itulah selama ini biarlah kita dicerca,
Biar kita diasak sebegitu rupa,
Umno tidak sesekali akan putus asa,
Umno tidak sesekali akan merelakan bumi Malaysia diganggu walau sezarah punkepentingannya.

Wahai ahli Umno semuanya,
Wahai pejuang parti sekalian,
Bingkas dan bangkitlah,
Umno parti menunjang watan,
Umnolah parti anak jantan.
Jauh ke tengah si pulau Pandan,
Gunung daik bercabang tiga,
Walau berpisah hayat dari badan,
Umno dan pertiwi diperbenteng jua.

Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!!

Hidup Umno!!! Hidup Umno!!! Hidup Umno!!!

Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!!-

Sodomi II: Anwar Fail Permohonan Baru-Singkirkan Tan Sri Shafee Abdullah

Posted: 07 Dec 2013 04:19 AM PST

Selagi Anwar tidak dapat menyikirkan Tan Sri Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh Ketua Peguam Negara mengetahui semakan perbicaraan Sodomi II yang melibatkan beliau dengan bekas kakitangannya Mohd Saiful, Ketua Pembangkang itu, tidak akan berhenti.

Anwar dan peguambelanya Karpal Singh dikatakan mengakui dari awal-awal, bahawa pada kali ini, mereka akan kalah, apabila Tan Sri Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam semakan sodomi II.

Anwar sebelum ini, dibebaskan daripada tuduhan meliwat, kerana masalah teknikal oleh mahkamah tinggi.

Bagi permohonan baru Anwar untuk menyingkirkan Shafee satu Akuan Berkanun (SD) bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dijadikan sandaran untuk permohonan baru untuk menghilangkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada rayuan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang berkata, semalam, Messrs Karpal Singh & Co semalam memfailkan permohonan itu bagi pihaknya bagi menyingkirkan Shafee yang mengetuai rayuan pasukan pendakwaan.

"Alasan untuk permohonan baru ini terdapat dalam afidavit yang disediakan dan difailkan saya, berdasarkan pendedahan Mat Zain dalam SD pada 7 Oktober 2013 dan pendedahan pada umum pada 2 Disember 2013," kata Anwar.

Dalam kenyataannya, Anwar (kanan) berkata, pendedahan mengejutkan bahawa Shafee mengetahui dakwaan penglibatan peguam negara dalam memalsukan bukti dan lain-lain, membangkitkan persoalan tentang peranannya.

Permohonan sama Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 21 November lalu ditolak dengan alasan peguam negara mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pendakwa.

Cucu Tok Selampit

Posted: 07 Dec 2013 01:06 PM PST

Cucu Tok Selampit


Di Mana Tengku Puan Pahang Melawat, Di Situ Beliau Akan Memasak Untuk Mangsa Banjir

Posted: 07 Dec 2013 08:16 AM PST

Maafkan CTS kalau sekali lagi memaparkan gambar-gambar Tengku Puan Pahang. CTS tiada agenda tertentu. Cumanya berharap wanita VIP dan VVIP yang lain mencontohi tingkah laku, keramahan dan kerendahan diri Tengku Puan terutama yang ada sangkut paut dengan parti UMNO. 

Susah kita hendak jumpa sifat mulia sebegini di kalangan kebanyakan wanita di dalam UMNO melainkan sewaktu PRU atau PRK semakin hampir. Gambar-gambar ini diambil sewaktu Tengku Puan Pahang melawat pusat pemindahan banjir di Wisma Belia. Ironinya, kali ini juga beliau turut memasak untuk mangsa banjir. Daulat Tuanku.







Biar Gambar Berbicara - YB PR Dan YB BN Sewaktu Banjir

Posted: 07 Dec 2013 03:00 AM PST

YB PR:





YB BN:










Gambar-Gambar Tengku Puan Pahang Di Dapur Kawasan Penempatan Banjir, Daulat Tuanku

Posted: 06 Dec 2013 07:13 PM PST

Bertuah Rakyat Pahang mempunyai Tengku Puan yang amat prihatin dengan permasalahan Rakyat. Gambar-gambar ini CTS ambil untuk dikongsi bersama betapa begitu merendah diri Tengku Puan untuk turun memasak untuk Rakyat di kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang. Amat jarang bagi orang kenamaan, pemimpin-pemimpin politik dan isteri-isteri mereka untuk turun memasak untuk Rakyat yang dalam kesusahan. Yang datang tunjuk muka ramailah.

Dari memotong, mengisar, mencampur bahan untuk memasak, memasak di kuali besar kesemuanya Tengku Puan lakukan tanpa rasa janggal dan kekok. Semoga Allah memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk Tengku Puan Pahang. Patik Rakyat Kedah merapat sembah kagum dengan Tuanku. Daulat Tuanku.









THE FLYING KICK

Posted: 07 Dec 2013 01:04 PM PST

THE FLYING KICK


HERAN APA KALAU MAT SABU SAMAN ZAHID HAMIDI SEBAB ISU SYIAH!!!

Posted: 07 Dec 2013 07:25 AM PST

FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI DALAM ISU BANJIR APABILA PAS KEMAMAN DAN PAS TERENGGANU AGIH BANTUAN!!!

Posted: 07 Dec 2013 05:12 AM PST

MAYAT WANITA SEPARUH BOGEL DALAM LUBANG SALURAN LIF DI PANGSAPURI SERI SELANGOR, JALAN SAN PENG!!!

Posted: 07 Dec 2013 03:05 AM PST

PRU HARI TU, CIPTA CERITA 40 RIBU BANGLA, BANJIR SEKARANG CIPTA PULA CERITA, BEKALAN MAKANAN DITARIK BALIK!!!

Posted: 07 Dec 2013 01:43 AM PST

LAGI CERITA MAT SAID, MB TERENGGANU... BANJIR PUNYA FASAL, DIA SERANG GIANT KIJAL PULAK DAH!!!

Posted: 06 Dec 2013 11:41 PM PST

CUBAAN MEMBANGSATKAN SHAHRIZAT ABDUL JALIL, SEKADAR MENAMBAHKAN BANGSAT KEPADA FUZIAH SALLEH!!!

Posted: 06 Dec 2013 10:24 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Dec 2013 11:15 AM PST

PEJUANG BANGSA


UMNO P.PINANG GESA TUBUH SURUHANJAYA KHAS JAGA KESUCIAN ISLAM @dzainalabidin

Posted: 06 Dec 2013 04:00 PM PST




Kerajaan dicadang mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di negara ini yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Wakil UMNO Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkata dengan adanya suruhanjaya itu, tidak ada lagi pihak-pihak yang boleh mempertikaikan amalan Islam di negara ini seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini.
"Suruhanjaya hak asasi manusia pun ada jadi agama Islam pun perlukan satu suruhanjaya supaya tidak ada yang boleh pertikaikan kesucian Islam termasuk di Facebook," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu berkata kerajaan juga diminta bertegas terhadap sebarang usaha yang dilihat mencabar kesucian agama Islam di negara ini termasuk dalam soal ajaran sesat, fahaman syiah, pluralisme dan liberalisme.
Katanya sehubungan itu, satu tindakan konkrit adalah perlu untuk merasionalkan keseluruhan kedaulatan Islam di negara ini.
Beliau berkata pihaknya menyarankan agar pembangunan agama Islam melalui institusi masjid dan surau dimakmurkan sebaik-sebaiknya dengan gerakan seluruh negara.
"Kami juga menggesa agar perundangan syariah dan mahkamah syariah terus diperkasakan, baik infrastruktur, pegawai dan perundangan sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi," katanya.
Katanya pelaksanaan prinsip Wasatiyyah merupakan prinsip yang amat sesuai dengan Malaysia sebagai negara majmuk dan dengan jaminan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam pengurusan negara, agama akan dijaga sebaik-baiknya.
"Ini menunjukkan kita UMNO sentiasa menunjangi agama dan meletakkan agama ini setinggi-tingginya. Dengan Maqasid Syariah ini kita akan melihat perubahan berlaku terutama dalam agama.
"Siapa kata UMNO tolak Islam. Siapa kata UMNO tak Islamik. Kita yang dah tunaikan tuntutan Maqasid Syariah. Kita tetapkan perjuangkan, hidupkan Islam itu sendiri. Untuk sempurnakan lebih baik, wasatiyyah digunakan.
"Hak-hak dapat diagihkan sama baik. Namun kesemua perlu ditadbir urus dengan baik dan tepat supaya tidak ada pihak yang boleh mengelirukan," katanya.
Shabudin berkata bagi memastikan Islam di negara ini adalah Islam yang sebenar-benarnya dan agama Islam diperkasakan, pindaan perlembagaan perlu dibuat dengan memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. - media umno- 

Pengikut