Selasa, 6 Mei 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 06 May 2014 03:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan BN buat kesekian kalinya menggunakan mahkamah untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Terbaru, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok Suh Sim didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran penerbitan klip video satira Onederful Malaysia.

Ketika ditemui wartawan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beliau menyifatkan dirinya sebagai mangsa terbaru dakwaan bermotif politik kerajaan BN.

"Sangat jelas dakwaan ini bermotif politik. Ini menunjukkan kerajaan sedang menggiatkan usaha untuk melemahkan Pakatan melalui pendakwaan di mahkamah.

"Selepas (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (bekas Pengerusi Kebangsaan DAP) mendiang Karpal Singh, serta beberapa pemimpin lain, kini giliran saya," ujar Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu.

Pada tahun ini sahaja beberapa pemimpin utama Pakatan telah dijadikan sasaran, antaranya Anwar yang dihukum penjara lima tahun dalam kes fitnah liwat 2 dan Karpal yang didenda RM4,000 serta hampir hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas memberikan pandangan perundangan berhubung krisis kerajaaan Perak pada tahun 2009.

Selain itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur Thomas Su, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 ekoran perhimpunan 'Black 505' pada 8 Mei lalu.

Teresa didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta yang sama. Sabit kesalahan, Teresa boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, serta mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Beliau yang hadir dengan mengenakan baju kurung merah pagi tadi diwakili peguam Sankara Nair, Gobind Singh Deo, Dato' Param Cumarasamy dan Aaron Lee Chen Yee.

Katanya lagi, pendakwaan itu secara jelas satu penyalahgunaan Akta Hasutan serta membuktikan kerajaan tidak pernah serius dalam janjinya memansuhkan akta zalim itu.

"Cukup mengarut apabila kerajaan mendakwa saya hanya kerana satira politik itu. Ia bukan sahaja menunjukkan ketidakjujuran janji Perdana Menteri untuk menghapuskan akta itu, malah betapa gelapnya suasana politik di negara ini selepas Pilihanraya Umum lalu.

"Saya akan melawan dakwaan kejam ini sehingga tamat. Saya tidak membuat apa-apa kesalahan dan ia akan dibuktikan di mahkamah nanti," katanya lagi. – Roketkini.com

Biaqpila

Posted: 06 May 2014 03:15 PM PDT


Oleh Liew Chin Tong
Parti-parti pembangkang akan kekal sebagai pembangkang jikalau tidak keluar dari kerangka di mana PAS mewakili dan bersuara hanya untuk umat Islam dan DAP mewakili dan bersuara khususnya untuk bukan Islam.

Kerangka ini membuka peluang kepada Barisan Nasional dan media massa arus perdana untuk memainkan politik "siapa lebih jantan".

Dalam mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat pada Selasa, 29 April yang dihadiri Menteri Besar Negeri Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil Kelantan buat pertama kali, saya mengimbas balik pertemuan saya dengan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali di Canberra, Australia pada hari 11 September 2001, kebetulan hari yang diingati sedunia sebagai titik hitam sejarah – "911".

Selepas berkempen dalam pilihan raya 1999 untuk kawan saya, kini penceramah popular dengan gelaran "Superman", Dr Hew Kuan Yau yang tewas dalam pilihan raya tersebut, saya dilantik sebagai setiausaha politik untuk Teresa Kok yang baru menang sebagai ahli Parlimen kawasan Seputeh.

Lim Kit Siang kalah di Bukit Bendera dan Karpal Singh kalah di Jelutong dalam pilihan raya pada 29 November 1999 lantaran permainan sentimen Islamfobia terhadap PAS, ditambah dengan penampilan imej rusuhan perkauman Mei 1998 di Indonesia oleh media massa kawalan Barisan Nasional (BN).

Isu negara Islam, hudud, PAS dan rusuhan berunsurkan perkauman di Indonesia dijadikan bahan kempen untuk mengalahkan DAP di kawasan pengundi bukan Melayu.

Wanita MCA berkempen dengan "politik bakul sayur" di kalangan makcik dengan mesej ringkas: Adakah makcik bersedia untuk kemungkinan berlakunya rusuhan sebagaimana kejadian 13 Mei dan rusuhan di Indonesia? Malah, PAS terus diberi gelaran "parti potong tangan".

Pengundi bukan Melayu mengundi BN kerana ketakutan manakala pengundi Melayu mengundi PAS beramai-ramai lantaran kemarahan terhadap penganiayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kit Siang dan Karpal kalah di peringkat Parlimen buat pertama kali sejak mengambil tempat di Parlimen pada 1969 (Kit Siang) dan 1978 (Karpal), sementara PAS menang 27 kerusi Parlimen, rekod terbaik dalam sejarah PAS ketika itu.

Bos saya, Teresa tidak berada di kawasan pada hari pertama saya masuk untuk bekerja di pejabat pada 16 Disember 1999.

Beliau menyertai rombongan Kit Siang untuk mengunjungi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Walaupun Kit Siang baru sahaja tewas dalam pilihan raya dan berundur dari jawatan Setiausaha Agung DAP (jawatan terpenting dalam parti) seterusnya, kelangsungan Barisan Alternatif tetap menjadi tumpuan beliau.

Sepanjang tahun 2000, Kit Siang menyeru ahli DAP untuk melawat ke Kelantan dan Terengganu, melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku di bawah pimpinan PAS dan bukannya menilai PAS dengan maklumat dalam media massa sahaja.

Dua kali saya mengetuai rombongan Seputeh ke Kelantan dan Terengganu. Pemandu pelancong di Kelantan adalah Hu Pang Chiaw dan saya sempat berkawan dengan bekas Speaker DUN Kelantan Cikgu Rahim (Wan Abdul Rahim Wan Abdullah) dalam lawatan tersebut.

Kit Siang juga menganjurkan "dialog tamadun" di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor bersama Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang pada Julai 2000, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelumnya.

Saya melanjutkan pengajian di Australian National University pada tahun 2001 dan bertemu dengan rombongan Malaysia ke Commonwealth Parliamentary Association yang merangkumi Cikgu Rahim dan Cikgu Pa (Mustafa Ali). Pada 22 September 2001, DAP keluar dari Barisan Alternatif.

DAP mengalami perdebatan dalaman yang hangat selama dua tahun sebelum keluar dari Barisan Alternatif, dengan Kit Siang cuba sedaya-upaya untuk mengekalkan DAP dalam BA, meskipun hampir semua pemimpin dalam parti tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS yang kelihatan terperangkap dalam perbahasan negara Islam yang didendangkan Utusan Melaysia dan Umno.

Dalam "politik siapa lebih jantan", MCA mencabar DAP untuk mengutuk PAS dan Umno pula mencabar PAS untuk melaksanakan hudud dan menubuhkan Negara Islam. Kita – PAS dan DAP – kalah pada pusingan pertama, iaitu Barisan Alternatif.

Namum, pengalaman DAP keluar dari Barisan Alternatif agak pahit untuk generasi reformasi seperti saya.

Kami sedar bahawa hanya dengan gabungan tenaga kedua-dua parti pembangkang – PAS dan DAP – yang mempunyai asas yang kukuh (solid base) masing-masing, barulah BN boleh ditumbangkan.

Saya memilih untuk membuat tesis dan kajian sejarah PAS dengan harapan sejarah pahit ini tidak diulangi.

Tiga belas tahun selepas berpecahnya Barisan Alternatif, selepas diuji dengan kerjasama dalam Bersih sejak tahun 2005 dan dalam Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008, dan selepas PAS berkempen dengan tema "PAS untuk semua", nampaknya sekarang kita kembali pula ke masalah yang memerangkap kita sebelum ini.

Tidak dinafikan bahawa hudud adalah hukum Allah, ‎tetapi dalam situasi Islam sebagai agama yang diterima oleh pelbagai bangsa dan budaya, dan berinteraksi dengan bukan Muslim sebagai pemerintah dengan minoriti, teks (kitab) dan konteks (context) memainkan peranan yang sama berat. Maqasid syariah memberikan tumpuan terhadap konteks.

Konteks politik Malaysia adalah, kita sebagai masyarakat majmuk di mana pemerintah memainkan sentimen syak wasangka di antara kaum untuk mengekalkan tampuk kuasa.

Dalam konteks Islamfobia yang didorong pemerintah, adakah dasar eksklusif seperti hudud akan mendapat pemahaman masyarakat umum?

Adakah ini akan memartabatkan Islam dan umat Islam serta membawa kejayaan politik kepada PAS?

Lebih membimbangkan, adakah PAS-DAP akan kalah lagi dalam pusingan kedua dalam Pakatan Rakyat? – Harakah,.

*Liew Chin Tong ialah Ahli Parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP.

DD

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengerusi MyWatch dedahkan sindiket dadah libatkan pegawai tinggi polis di N.Sembilan.

Posted: 06 May 2014 12:21 AM PDT




6 Mei 2014 - Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan.

Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru 9 hidup di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu.

Sanjeevan juga mendakwa polis bertindak "berat sebelah" kerana beliau sebagai rakyat Malaysia tidak menerima perlindungan keselamatan sama seperti sesetengah orang lain.

Pada 27 Julai tahun lalu, Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal semasa beliau berada dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan.

Sanjeevan mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana beliau telah mendedahkan sidiket pengedaran dadah melibatkan pegawai tinggi polis di Negeri Sembilan.

Beliau juga sebelum ini menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan dua anggota polis di Johor yang didakwa memiliki wang berjumlah RM1.5 juta dalam akaun masing-masing.

- Malaysiakini

JKKK yang dilantik kerajaan N.Sembilan dikatakan ada rekod jenayah

Posted: 05 May 2014 09:30 PM PDT




6 Mei 2014 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mempertikaikan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai di bawah DUN Lenggeng.

"Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan.

"Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah dan kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia

- FMT

Sibuk tangkap militan akhirnya lagi warga China diculik di Sabah

Posted: 05 May 2014 08:23 PM PDT




6 Mei 2014 - Seorang warga China dipercayai diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Silam, Lahad Datu, lebih kurang 24 jam selepas sekumpulan lanun merompak nelayan di perairan Tanjung Labian.

Laporan tidak rasmi itu mendakwa bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik warga China yang dikenal pasti sebagai Yang Zailin, yang merupakan seorang pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa.

Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ke arah selatan Filipina.

Pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki yang berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.

Belia di Seremban jadikan kedai kosong pusat minum arak

Posted: 05 May 2014 08:00 PM PDT


6 Mei 2014 - Bukan saja membuat bising, tetapi hampir setiap hari sekumpulan anak muda menjadikan deretan rumah kedai kosong berhampiran Taman Ixora 137, Seremban 3, di sini sebagai 'port' minum arak.

Bukan itu saja, malah sekiranya ditegur, penduduk pula akan dibaling dengan botol arak menyebabkan masing-masing terpaksa mendiamkan diri dan menahan sabar.

"Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada kumpulan anak muda hingga mencecah 10 orang berkumpul di situ bermula 6 petang sehingga larut malam, membuat bising sambil meminum arak.

"Mereka akan membuka radio kereta sekuat-kuatnya seperti pesta menyebabkan kami di sini terganggu," katanya.

Menurutnya, paling membimbangkan apabila kumpulan terbabit pernah bergaduh sesama sendiri menyebabkan penduduk risau kemungkinan ada yang bertindak lebih ganas.


Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 05 May 2014 01:22 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar Gempa Bumi Di Thailand Petang Tadi

Posted: 05 May 2014 06:06 AM PDT

Gempa bumi berukuran sederhana telah melanda Thailand pada pukul 07:08pm sebentar tadi. Tempat kejadian adalah berpusat di 138km timur laut Chiang Mai, Thailand dan 1,436km barat laut Padang Besar, Perlis. Tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini.



Begitu Banyak Penipuan Dan Salahlaku Pemilihan PKR, Mana #BERSIH Dan @Ambiga_S ? Tak Mahu Buat Demo Jalanan Ka?

Posted: 04 May 2014 10:55 PM PDT


Kenyataan di atas dilahirkan oleh seorang peguam, ahli Majlis Peguam dan juga merupakan bekas calon PKR Sabah bagi PRK P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah. Saban hari sejak hari pencalonan, kita dihidangkan dengan keluhan dan rungutan daripada pemimpin dan ahli parti PKR mengenai penipuan, salah laku dan ketidakadilan yang berlaku dalam Pemilihan PKR kali ini. Mana Jawatankuasa BERSIH yang selama ini melaung-laungkan pemilihan bersih dan telus. Mana Ambiga Sreenevasan yang tidak putus-putus menghentam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang kononnya tidak adil dan tidak bersih. 

Berikut pula adalah video kekecohan yang berlaku di Cabang Nibong Tebal Pulau Pinang semalam. Pemilihan Cabang berkenaan telahpun diistiharkan tidak sah dan terbatal. Punca kekecohan ini dikatakan berlaku disebabkan YB Mansor Othman, Ahli Parlimen Nibong Tebal yang bertanding jawatan Ketua Cabang telah membawa ramai pengundi luar.

Keadaan ini menyebabkan para penyokong dan team YB Ustaz Maktar, selaku penyandang jawatan tersebut tidak berpuas hati kerana ia amat meragukan disebabkan ramai muka yang tidak dikenali datang mengundi. YB Mansorlah yang dikatakan punca keadaan menjadi kusut dan serabut sehingga dikatakan ada wanita yang cuba menyerang dan menjerkahnya sehinggalah Mansor agak menggelabah dan sampai terduduk. Inilah demokrasi ala PKR:


Tidak cukup lagi? Di bawah pula adalah sebahagian daripada aduan-aduan yang dibuat oleh orang kuat PKR sendiri, Chegubard, mengenai ketidakadilan dan penipuan di dalam pemilihan PKR:





Kenapa Ambiga dan sekutunya di dalam BERSIH tidak mengadakan protes dan demonstrasi jalanan mendesak agar pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di dalam parti PKR? Tunggu apa lagi? Pemilihan PKR kali ini lebih teruk daripada pemilihan DAP dan PAS yang berlangsung tidak lama dulu. Hanya satu kenyataan 'lembut' dilontarkan kepada pemilik parti PKR, Anwar Ibrahim seperti di bawah:


Apa hak mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan terhadap SPR kalau Ambiga dan BERSIH tidak dapat berlaku adil mengadakan perkara dan tindakan yang sama terhadap parti politik kroni mereka. Parti-parti pembangkang sudah hilang kredibiliti mereka. Macai-macai mereka tidak mampu lagi bersuara untuk menyokong ketidakadilan dan pembohongan ini. Inikah contoh demokrasi di dalam parti yang bercita-cita untuk memerintah Malaysia?

THE FLYING KICK

Posted: 05 May 2014 01:16 PM PDT

THE FLYING KICK


NASI GORENG PEDAS DAN PANAS PUN, NAK BUAT REPORT POLIS? BETUL PUNYA CHAUVINIST LER APEK NIH?

Posted: 05 May 2014 08:40 AM PDT

CUEPAC BUTA KE HAPER? SIBUK SANGAT NAK NAIKKAN GAJI DAN ELAUN, SAMPAI TERPAKSA BUAT CERITA BOHONG!!!

Posted: 05 May 2014 07:04 AM PDT

INILAH WAJAH AHLI PAS PANDAN YANG TELAH MEMUKUL REJIMEN ANARKI SAMPAI TERKOYAK DAHI DAN MENERIMA 6 JAHITAN!!!

Posted: 05 May 2014 03:09 AM PDT

PIHAK BERKUASA SUDAH HAMPIR MENANGKAP SEORANG LAGI REJIMEN ANARKI!!!

Posted: 05 May 2014 01:23 AM PDT

UMNO OIII!!! BN OOIII!!!! HANGPA DAH NAK GHUYUP DAH NIH... TAK MAHU KERJA LAGI KA? DUK RALIT DENGAN SYOK SENDIRI LAGI KA?

Posted: 04 May 2014 11:28 PM PDT

LAWAK SUNGGUH PEMILIHAN PKR... KACAU BILAU MACAM JIWA KETUA UMUM MEREKA JUGAK!!!

Posted: 04 May 2014 10:26 PM PDT

Other Perspektif

Posted: 05 May 2014 01:13 PM PDT

Other Perspektif


Kenapa perlu lepaskan PLUS

Posted: 05 May 2014 07:20 AM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 May 2014 11:11 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KIRA UNDI SAMPAI PAGI & TENDANG MEJA BUKTI PEMILIHAN PKR HURU HARA

Posted: 05 May 2014 09:00 AM PDT




Selain soal kecoh sana sini dalam pemilihan PKR di Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada Ahad menyaksikan proses kiraan undi untuk cabang Bayan Baru yang berlarutan sehingga awal pagi Isnin.

Entah apa ceritanya... namun 25 orang petugas kira undi tak tidur malam dan sehingga jam 545 pagi Isnin masih mengira undi (gambar).

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin di laman facebooknya.

"Jam 5.45 pagi... Bayan Baru masih mengira undi akhir... terima kasih kepada sukarelawan yang berjaya malam..."ujar beliau.



Kira undi sampai awal pagi itu... dalam standrad pemilihan PKR boleh diketegorikan kira bagus, sebab untuk cabang Nibong Tebal, pemilihan ditangguhkan selepas yang keluar mengundi 671 tapi kertas undi ada dalam tong 838.

Haru biru jadinya dan kemudian diumumkan tangguh.

Suasana pengiraan undi yang bermula kira-kira jam 6 petang itu bertukar tegang apabila Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ingin membuat pengiraan undi di dalam bilik khas, mendapat bantahan anggota parti sehingga mencetuskan pergaduhan mulut.




Keadaan tegang itu berlarutan sehingga 10 malam selepas proses pengiraan apabila ADUN Bukit Tambun, Law Choo Kiang, mengumumkan senarai daftar pengundi dan jumlah kertas undi yang diperolehi tidak sama.

Difahamkan, jumlah kertas undi yang diterima adalah 838 berbanding senarai daftar undi sebanyak 671.

Calon Ketua Cabang, Datuk Mansor Othman, menjadi berang apabila permintaannya JPP membuat pengiraan undi semula ditolak, menyebabkan berlaku rusuhan kecil di dalam dewan.

Kemarahan Mansor menyebabkan lebih 50 pengikutnya berada di dalam dewan bertindak menendang meja dan kerusi serta memaki JPP dan pengikut calon Ketua Cabang lain.

Mansor kemudiannya ditenangkan anggota PKR sehingga menyebabkan Choo Kiang mengambil langkah drastik dengan terus menghubungi Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul untuk mengawal keadaan.

Sejurus Ketua Pengawas memaklumkan pembatalan keputusan, dewan berkenaan tiba-tiba terputus bekalan elektrik selama tiga minit sehingga menyebabkan suasana menjadi kelam kabut.

Cabang Nibong Tebal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara S.Sanjeeviramah, Mansor dan penyandangnya, Maktar Shapee.

Manakala di Sabah pulak, kekurangan kertas undi menyebabkan mesyuarat peringkat cabang Tenom, bertukar kecoh, dan pemilihan bahagian tersebut terpaksa ditangguhkan.

Ratusan pemilihan yang berang mengerumuni urusetia bagi mendapatkan kertas undi dan mula merempuh masuk apabila hanya 300 kertas undi dikeluarkan kepada perwakilan yang hadir.

Kekecohan bermula, di Hotel Perkasa pada petang Sabtu, apabila pengarah pemilihan bahagian PKR Tenom, Nazri Udoi menangguhkan mesyuarat dan menuduh pengarah pilihan raya negeri tersilap mengira jumlah perwakilan.

"Kami menerima 300 kertas undi, namun kira-kira 2,000 perwakilan hadir," kata Nazri, sambil menambah 300 kertas undi yang telah dibuang dimusnahkan dihadapan calon yang bertanding di pelbagai peringkat dalam Cabang Tenom.

Penyandang jawatan Ketua Cabang Tenom, Masdin Tumas dicabar oleh Adris Taripin dan Daniel Riay.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata hanya mesyuarat Cabang Tenom ditangguhkan dan mereka dijangka akan mengadakan semula mesyuarat pada 10 Mei depan, selepas mendapat lampu hijau daripada ibu pejabat PKR.

Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Lumut Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid mendakwa, proses tersebut berjalan tidak teratur apabila para pengundi tidak diberikan Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 sebagai rujukan semasa membuang undi.

"Sepatutnya buku berkenaan diedar atau diletakkan di meja-meja pengundian supaya perwa­kilan lebih senang untuk membuat pemilihan.

""Keadaan juga dilihat kurang teratur apabila petugas pengundian tidak bersedia dari awal daripada pelbagai sudut. Kita harap mereka dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan ini supaya tidak berlaku lagi selepas ini," katanya.

Di Tapah, seorang pengundi, H. Ilaiyaraja, 34, pula mendakwa, penggunaan pensel untuk menanda kertas undi secara tidak langsung berupaya menimbulkan keraguan kerana boleh dipadam oleh sesiapa pun.

Pengundian cabang-cabang PKR seluruh negara dibuat berperingkat-peringkat selama tiga minggu bermula 26 April sehingga 11 Mei ini.

Keputusan akan diumumkan selepas 11 Mei depan. 

MAT SABU WAJAR DILETAKKAN SEBAGAI CALON PRK BUKIT GELUGOR ??

Posted: 05 May 2014 08:22 AM PDT



Adakah DAP berani sahut cabaran ini meletakkan Mat Sabu iaitu abang kesayangan Guan Eng di PRK Bukti Gelugor ??   


Sebagai platform terbaik Pas menjelaskan hudud kepada masyarakat bukan Islam, NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mencadangkan supaya Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu diangkat sebagai calon bagi PRK Bukit Gelugor .

Presidennya,  Ramesh Rao berkata, bagi memastikan hukum hudud difahami oleh masyarakat bukan Islam, elok Muhammad Sabu atau lebih kenali sebagai Mat Sabu dicalonkan di kawasan tersebut, selain bersesuaian dengan semangat muafakat yang dijalinkan dalam PR.

"Di sini saya cadangkan agar pucuk pimpinan DAP, memberi peluang kepada Pas (Mat Sabu) untuk bertanding di PRK Bukit Gelugor.

"Tujuannya seperti mana kita ketahui kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina, dan kaum tersebut tidak fahami hudud, jadi ini adalah peluang terbaik untuk Pas menjelaskan pengertian hukum hudud terhadap masyarakat Cina.

"Kalau lihat dalam konteks muafakat PR pula, tidak salah sekiranya Pas dipilih sebagai calon di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Untuk rekod, pada PRU13 lalu, Mat Sabu  telah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.

Untuk itu, Mat Sabu tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen lagi, oleh itu mengikut perkiraan Mat Sabu dikira layak untuk bertanding di Bukit Gelugor.

Dalam perkembangan yan sama, Ramesh turut menggesa agar kerusi Teluk Intan juga diberikan kepada Pas.

"Saya fikir ini adalah satu peluang terbaik, untuk Pas menjelaskan hudud di kawasan-kawasan tersebut (Teluk Intan), sekiranyanya calon di PRK tersebut dalam kalangan ahli Pas," katanya lagi.

SPR menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi PRK Bukit Gelugor selepas ahli Parlimen kawasan itu, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Sementara, PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya dari DAP, Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lepas.

SAMM BENGANG AKTIVIS DITAHAN TERBABIT MILITAN , GELAR KERAJAAN MALAYSIA BARUA ZIONIS !! @PDRMsia

Posted: 04 May 2014 08:46 PM PDT




Tak sangka  antara 11 orang anggota  militan radikal  ditangkap  oleh PDRM di bawah SOSMA , salah  seorangnya adalah    aktivis SAMM . Patut la  Chegubard  meroyan sakan  hingga melabel  kerajaan Malaysia membodek Amerika & menjadi barua kepada ZIONIS .

Sepatutnya rakyat Malaysia dan Chegubard patut memuji PDRM kerana berjaya menangkap individu rakyat negara ini  yang sah terbabit dalam gerakan  mahu menghidupkan fahaman radikal Daulah Islamiah hasil bantuan puak pemisah di Filipana .

 Jika telah  berlaku seperti  insiden penculikan , pengeboman atau seperti tragedi Lahad Datu ,  PDRM dan kerajaan juga akan dipersalahkan pembangkang  kerana gagal mengesan awal pengganas  yang merbahaya kepada keselamatan negara ini . 




Hari ini , bila berlaku kepada aktivis mereka  ,  pelbagai tuduhan liar dilemparkan SAMM   dengan alasan mereka ini  mahu pergi berjihad   di negara bergolak Syria. 

Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. 

Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku. Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.klik di sini




Seperti  kata KPN  mengenai alasan  jihad di Syria  , beliau   memberi peringatan kepada anak muda supaya jangan terikut dengan dakyah atau pujukan anggota-anggota kumpulan militan tetapi apa yang lebih penting kita perlu mengutamakan keselamatan negara dahulu,

 "Jangan cuba merekrut anak-anak muda kita untuk sama-sama menjadi pengebom berani mati dan sebagainya...jangan mengancam keselamatan rakyat dan negara kita. Bila ada unsur-unsur itu (mengancam keselamatan negara), kita akan bertindak,


Tetapi SAMM berniat jahat dengan  mempolitikkan penahanan anggota militan  bagi membangkitkan kebencian terhadap POLIS dan Kerajaan Malaysia .

Polis tidak sesuka hati menahan mereka ini bukan hanya berpandukan ANDAIAN  seperti di spin SAMM tetapi berpandukan bukti yang menunjukan kecenderungan mereka kepada unsur -unsur mengancam ketenteraman   &  keselamatan negara .

Biar lah Polis menjalankan tugas mereka  menggunakan kuasa  &  akta yang sedia ada bagi melindungan negara daripada ancaman militan .




Ahli kumpulan militan yang ditahan di Selangor, Kedah dan ibu negara baru-baru ini dipercayai merancang untuk menghidupkan kembali fahaman radikal Daulah Islamiah di negara ini dengan bantuan puak pemisah di selatan Filipina.

Fahaman itu pernah dibawa oleh kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI) di negara ini sebelum dihidu dan ditumpaskan pihak berkuasa beberapa tahun lalu.

Sumber keselamatan memberitahu, siasatan pihaknya mengesan wujud jaringan komunikasi kumpulan 'baharu' itu bagi mengadaptasi kepakaran daripada puak pemisah di selatan Filipina.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama kumpulan berkenaan kerana masih dalam siasatan.
"Selatan Filipina diketahui merupakan pusat bagi kegiatan pengganas di Asia Tenggara dan kewujudan JI sebelum ini juga adalah hasil kerjasama dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang menyediakan kem untuk JI menjalani latihan.

"Kumpulan militan baharu ini pula sedang menjalin kerjasama ke arah itu dan tujuan mereka adalah untuk menegakkan syiar Daulah Islamiah di Asia Tenggara.

"Di selatan Filipina juga masih ada pengganas rakyat Malaysia yang lari dan bersembunyi di situ dan tidak mustahil, mereka berkomunikasi sesama sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.


Seorang lelaki yang digelar ustaz (tengah) bersama empat lagi yang dipercayai rakyat Malaysia memegang senjata ketika menyertai 'jihad' di Syria.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan selain Syria, polis mengesan kumpulan militan baharu itu mempunyai hubungan dengan kegiatan pengganas di selatan Filipina.

Sebelum ini, polis menahan seramai 11 anggota kumpulan militan yang berselindung di sebalik misi kemanusiaan termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Selangor, Kedah dan ibu negara.

Utusan Malaysia kemudian mendedahkan, puluhan rakyat Malaysia ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama perjuangan 'jihad' termasuklah seorang lelaki yang digelar 'ustaz' dan seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan terkenal era 90-an.

Sumber itu seterusnya mendedahkan, kumpulan militan tempatan tersebut setakat ini belum bertemu secara langsung dan hanya berkomunikasi melalui internet dengan puak pemisah di selatan Filipina.

"Cara mereka itu memudahkan mereka untuk melindungi setiap aktiviti radikal yang dijalankan dan tidak mustahil akan ke sana untuk menjalani latihan," katanya.

Pengikut