Isnin, 20 Februari 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Bantuan RM100: JHEAINS diminta tarik balik arahan

Posted: 20 Feb 2012 02:56 PM PST

BEAUFORT, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menarik balik arahan pembayaran balik Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM100 yang telah diberikan kepada semua pelajar di Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini berkuatkuasa serta merta.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, arahan penarikbalikan bantuan tersebut mencerminkan ketidakbertanggungjawab sebuah institusi agama yang menjadi nadi utama dan teras pembangunan akhlak dan kemasyarakatan di negeri ini.


"Ini satu bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang seolah-olah mencerminkan tingkah laku pengurusan JHEAINS kepada pihak sekolah.

Selain itu, pihak JHEAINS katanya perlu meneliti setiap tindakan agar tidak membebankan pihak sekolah dengan kos tanggungan yang terpaksa ditanggung sekolah tersebut.

"Sebelum mengarahkan sesuatu, pihak JHEAINS perlu minta pandangan dan respon daripada pihak sekolah.

"Macam mana pihak sekolah mahu bayar balik, sedangkan duit dah diserahkan kepada pelajar. Jadi, nak salahkan pihak sekolah," ujar Lahirul.

Pihak JHEAINS menerusi pekeliling kepada semua SAN dan SAR negeri pada 1 Februari lalu meminta agar mengembalikan semula peruntukan bantuan tersebut ke Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selewat-lewatnya pada 8 Mac ini.

Menurut surat itu juga, pelajar yang telah menerima bantuan berkenaan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan tidak boleh menerima bantuan itu sekali lagi.

Bagaimanapun, pihak sekolah yang terlibat memberi reaksi tidak berpuas hati dengan arahan tersebut yang jelas mendiskriminasi pelajar sekolah agama.

"Pihak sekolah berasa kesal dengan arahan ini. Ini sekaligus menunjukkan juga berlakunya satu bentuk yang dinamakan diskriminasi kepada sekolah agama," jelas Lahirul.

Sehubungan dengan itu, kira-kira 10 buah sekolah SAN dan SAR seluruh Beaufort membantah dan meminta agar JHAEINS menarik balik arahan ini berkuat kuasa serta merta.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Program Jelajah Orang Muda (JOM) Permatang Pasir

Posted: 20 Feb 2012 08:07 AM PST



Program Jelajah Orang Muda (JOM) peringkat DUN Permatang Pasir telah berjaya dilangsungkan pada 19 Februari 2012 bertempat di sekitar DUN Permatang Pasir. Sebanyak 5 program yang melibatkan penglibatan masyarakat sekitar Permatang Pasir telah dilangsungkan pada tarikh tersebut. Antaranya adalah Gotong Royong Unit Amal, JOM Sihat, Pertandingan Bayi Sihat,Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan Malam Santai Anak Muda bersama Radzi Melissa.

ADUN Permatang Pasir, Yang Berhormat Ustaz Salleh Man yang menjelajah ke setiap program sepanjang hari tersebut telah merasmikan kebanyakan program yang dilangsungkan. Manakala Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang telah disertai oleh 96 pasukan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Pada sebelah malam telah dilangsungkan pelancaran Scram Riders Peringkat Pulau Pinang. Ianya kemudian diikuti dengan Malam Santai Anak Muda bersama Radzi Melissa yang dilancarkan di Kampung Petani.
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi ke DUN lain di negeri Pulau Pinang.

Gambar-gambar program boleh dilihat di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2729087150573.2117354.1359054097&type=3

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hj Mohd Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan

Posted: 19 Feb 2012 08:36 PM PST

MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA
Jamuan Makan Malam Perdana dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Tampin
Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad
Jam : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Jln Tampin - Gemas , Tampin, N.Sembilan (Rumah Abu Sufian)

Tiket/Kupon : RM 50 & RM25

Sila hubungi Nor Iskandar 019-2223231 , 017-8050938

Pelancaran Pusat Komuniti DUN Chembong 25 Feb 2012

Posted: 19 Feb 2012 05:51 PM PST



CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong
Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor
Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau
Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 20 Feb 2012 03:34 AM PST

bumiyang


Debat Soi Lek Vs Guan Eng - Bukti Melayu Perlu Bersatu???

Posted: 19 Feb 2012 09:00 PM PST

Gempar!!! Lagi Video Anwar di Utube???

Posted: 19 Feb 2012 04:30 PM PST

Nik Aziz "Tak Kisah" Anwar Perjuangkan Keselamatan Negara Israel???

Posted: 19 Feb 2012 04:00 AM PST

Politik Harian

Posted: 20 Feb 2012 03:27 AM PST

Politik Harian


Orang Islam di Persimpangan... Awas Yang 'Pelik bin Ajaib'

Posted: 19 Feb 2012 10:31 PM PST


Kata orang a picture is worth a thousand words - cuma masalahnya dalam dunia siber yang rancak sekarang tak kurang juga gambar superimpose yang masuk gelanggang.

Yang pasti kedua-dua gambar ini bukan superimpose.

Satu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Batu Caves dan satu lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Gajah.

Gambar-gambar ini sudahpun disiarkan di internet sebelum ini.

Ia cuma jadi baru untuk dinilai semula dalam kontek ucapan Perdana Menteri semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Di depan kira-kira 400 peserta himpunan itu Najib memberi jaminan beliau jaga akidah dan jaga peranannya sebagai pemimpin Islam ketika sambutan keagamaan kaum lain di negara.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.

"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya .

Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini.

Bab ini merujuk kepada polimek kehadirannya di sambutan Thaipusam di Batu Caves selepas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyifatkan ia langgar akidah.

Apa lagi, ia terus mendorong pembangkang khususnya PAS spin sakan kenyataan mufti itu.

Tanpa disedari Sivaji The Boss mereka,Anwar terjebak dalam situasi lagi teruk sewaktu menghadiri majlis keagamaan di Batu Gajah lengkap diarak dengan menaiki kereta lembu,dicalit di dahi dan bergoyang menari atas pentas.


Kantoi dengan pendedahan itu maka kemudian tersebarlah pula gambar superimpose Najib sedang dicalit kum-kum.

Puak pembangkang gigit jari bila Harussani kemudiannya mengeluarkan kenyataan kehadiran Najib di Batu Caves tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada himpunan itu Perdana Menteri berkata, "Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali.

"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya.

Cubaan memainkan sentimen agama untuk mencetuskan kemarahan pada Najib bukan sesuatu yang baru.

Beliau menarik balik perhatian hadirin pada kisah gambar yang tersebar di internet semasa beliau tawaf semasa menunaikan Haji November lalu dengan dikeliling oleh anggota tentera.

Pada gambar itu ramai orang lain yang tawaf sekitarnya dipadam seolah orang lain tidak boleh tawaf semasa beliau di situ.

Katanya semua ketua kerajaan dikawal begitu dan bukan beliau yang memohon kawalan itu."Tapi dijadikan polemik oleh pihak tak bertanggungjawab,"katanya.

"Satu ibadat yang suci dilakukan dengan niat baik diguna oleh orang berniat jahat untuk tujuan politik. Nak sekat tawaf pun tak mungkin. Sesiapa pernah buat haji tahu penuh sesak dengan orang."tambahnya.

Dalam kontek ini Perdana Menteri berkata semua pihak harus bertindak segera untuk menangkis sebarang fitnah dan maklumat tidak betul yang boleh menjejaskan kesucian agama.

Untuk tujuan itu katanya kerjasama antara kumpulan ulama, cedekiawan Islam dan penulis maya mampu menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah umat Islam di negara ini.


"Menyedari kepentingan itu maka peranan ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya adalah sangat besar. Mereka perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan.

Perdana Menteri berkata, umat Islam kini berada dalam persimpangan untuk memilih parti politik yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menggadaikan Islam dan seterusnya menguntungkan pihak lain.

"Kalau orang Cina sudah ada debat mengenai political crossroads (persimpangan politik), saya kira orang Islam pun ada persimpangan juga.

"Kita nak pilih yang mana satu? Yang kita mesti pilih itu ialah siapa yang dapat memberi jaminan untuk memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam," katanya.

Dalam pada itu Najib juga mengingatkan kepada umat Islam agar tidak terpedaya memilih pembangkang kerana gabungan mereka tidak mempunyai persefahaman dalam pelbagai perkara.

Tanpa menyebut mana-mana komponen parti pembangkang tertentu Najib berkata, undi yang diberikan kepada parti pembangkang tersebut sebenarnya hanya akan menguntungkan parti lain yang lebih dominan dalam pakatan pembangkang.

"Bila ada parti politik sudah tidur sebantal dengan parti politik yang lain, walaupun mimpi mereka lain-lain...tapi mereka sudah berkhalwat, sudah tidur dalam satu bilik, tidur atas satu bantal.

"Jadi bila kita undi parti itu, yang untung orang yang tidur sebantal dengan dia. Kesimpulannya undi untuk puak ini kesudahnnya akan menguntungkan orang yang dia tidur bersama itu," katanya.

Beliau mengingatkan orang Islam agar berwaspada pada kenyataan orang tertentu 'yang pelik bin ajaib'.

"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.

Najib yang dipercayai merujuk kepada kenyataan Anwar pada BBC baru-baru ini bila menyentuh tentang pihak yang menggangap satu undang-undang berkaitan homoseks di negara ini lapuk.

Sedangkan,katanya di Singapura yang bukan sebuah negara Islam undang-undang berkaitan tidak dipinda.

Perdana Menteri turut merujuk kepada kenyataan Anwar mengenai keselamatan Israel di Wall Street Journal yang dianggapnya pelik.

"Sekiranya keselamatan Palestin duduk dibawah berbanding dengan keselamatan Israel...ia sesuatu yang pelik,"katanya.

-Agendadaily

Kereta Anwar Kena Pecah di Sembrong Johor!

Posted: 19 Feb 2012 08:44 PM PST


Kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 penduduk tempatan yang tidak menyenangi kehadiran Anwar disitu. Kejadian tersebut berlaku di Semberong, kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.

Ianya berlaku sebaik sahaja kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam.

Serangan tersebut menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan.


Seperti biasa bila perkara buruk seperti ini berlaku, pihak pembangkang akan menuduh "ini semua kerja Umno!"

Sedarlah sikit orang ramai dah meluat dengan drama Anwar yang sering memperbodohkan rakyat!

The Election Cycle and Fiscal Responsibility

Posted: 19 Feb 2012 08:36 AM PST


This post appears as a column in the latest edition of The Edge.

Written by Khairy Jamaluddin MP for Rembau and Umno Youth Chief.

As we enter an election cycle, both sides of the political divide will be sharpening their arguments in order to convince the unconvinced - perhaps the most important voting block at the next general election. As far as policy platforms are concerned, both sides will also try to impress swing voters with a mixture of short-term populism and long-term solutions, even though that mixture will be heavily skewed towards the former in an election year.

Although, both sides have either executed (in the case of the party in government) or promised (the opposition, should they win) populist policies like handouts and continued subsidy, somewhat paradoxically fiscal responsibility has emerged as a key political issue ahead of the polls. Most previous elections have never put the issue of how promises are going to be paid front and centre in the accompanying political debate. Rarely do we hear stump speeches during election campaigns saying how money will be saved. Mostly it is about how much will be spent if voters go their way.

So, when fiscal responsibility and managing the national debt crop up as election issues, we have to ask ourselves whether voters now appreciate a larger dose of long-termism or if it is a ruse to deflect from something else.

Here, of course, I am referring to the federal opposition's latest concerted attempt to present themselves as fiscally responsible and worthy of holding the government purse strings. Yet, they have not really done this by outlining detailed steps on how they seek to balance the budget and pare down the national debt. Instead they have done this by trying to show how Barisan Nasional (BN) has irresponsibly let national debt balloon to an estimated RM456 billion at the end of last year. This piece of statistic has given them cover to add much fiction to fact.

Along with increasing national debt and the sustained fiscal deficit, they have casually thrown in baseless allegations like the recent Bantuan Rakyat 1Malaysia income support programme being funded by a World Bank loan, Employees Provident Fund (EPF) monies being illegally used to provide subprime housing loans to individual borrowers and Felda mismanagement to the extent of its virtual bankruptcy.

Their line of attack is easy enough to fathom. It is not just fiscal profligacy they are pointing out, but a systemic failure rooted in massive leakages and corruption which they have, again baselessly, estimated at RM28 billion annually. The opposition are also feeding on the public's anxiety at a time when we have seen more and more countries defaulting on their sovereign debt and having to rely on bailout packages from the outside world, often with harsh conditions attached.

Before the actual issue of the national debt is addressed, I just want to point out the sheer audacity of Pakatan Rakyat (PR) trying to turn fiscal responsibility into a defining issue for themselves. This is because notwithstanding some valid points that have been raised by them, I believe this to be a political ruse designed to make us forget that they are in fact the coalition of fiscal recklessness. All this focus on national debt recently has taken the spotlight away from a key criticism of their own policy platform - that they cannot afford to pay for the promises they have made.

If we go back to some of their specific promises, we quickly realise why they want to paint the present government as the guys who don't know how to manage the people's money because what they intend to do (should they implement each and every one of their promises) is nothing short of catastrophic. Take for instance their promise of a minimum household income of RM4,000 per month by the fifth year of coming into power. This would require a cash top up of almost RM94 billion for 3.8 million households nationwide.

Add that to all their other promises of nationalising highways, abolishing tolls, providing free wifi across the country, increased royalty payments to East Malaysia, etc and we are looking at a policy platform that will cost taxpayers almost RM200 billion resulting in debt rising to RM617 billion and the budget deficit swelling to more than 27% of GDP just in their first year of power. By the second year of their populist rule, Malaysia would effectively be bankrupt.

This is the proper context of their attempt to make national debt an issue during the election cycle. If their own policy platform was guided by realism and fiscal prudence, then their concern with the national debt would be credible. But it smacks of political disingenuity when the very people whose promises will bring the country to certain financial ruin begin to preach about fiscal discipline.

Read more...

RIDHUAN TEE

Posted: 20 Feb 2012 03:22 AM PST

RIDHUAN TEE


Tentang penghinaan terhadap Islam

Posted: 19 Feb 2012 05:49 AM PST

(Sinar Harian 20 Feb 2012)

Saya berkeyakinan bahawa orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu mempunyai hasrat untuk dipilih menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum 13, bukan kerana percaya kepada dasar parti tersebut. Almaklum sahajalah ultra kiasu sedang mencari calon-calon Melayu yang boleh diperalatkan dan ditonjolkan, bagi membuktikan bahawa mereka bukan lagi parti perkauman tetapi parti berbilang kaum. Perjuangan mereka bukan 'Chinese first', tetapi 'Malaysian first'. Untuk memenuhi nafsu serakah mereka itu, maka muka-muka Melayupun dicari, terutama Melayu yang kontroversi dan mempunyai sedikit pengaruh. Malangnya, Melayu-Melayu ultra ini masih tidak sedar diri. Mementing kuasa daripada masa depan agama, bangsa dan negara. Cuba tanya parti ultra kiasu ini, apakah mereka sudah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia ataupun Chinese first?

Justeru itulah, Melayu sepatutnya menjauhi parti perkauman ini yang boleh mengancam masa depan Islam, Melayu dan Raja. Orang Melayu tidak ada pilihan lain, melainkan sama ada memilih altenatif parti yang didominasi oleh umat Islam, antara PAS dan UMNO. Jika UMNO bukanlah pilihan, sekurang-kurang pilihlah PAS. Matlamat PAS jelas, walaupun dalam usaha mencapai matlamat itu masih samar, kerana terlalu banyak berpolitik dengan ultra kiasu sehingga tergadai prinsip. PKR tidak boleh diharapkan sangat, mereka ini orang yang kecewa dengan UMNO. Perangai dan perwatakan mereka tidak banyak beza.

Bekas wartawan Melayu yang baru menyertai parti ultra kiasu sejak 21 Januari lalu berhujah, sejak bersekongkol dengan parti itu, beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Misalnya, solat berjemaah di masjid, menghadiri kenduri kahwin jiran dan berterusan memberi sedekah pada malam Jumaat selepas bacaan Yasin dengan menyediakan juadah untuk jemaah. Nampak sangat hujah beliau seperti budak tidak bersekolah, tidak mencerminkan kewartawannya. Ilmu Islamnya amat cetak. Islam baginya sekadar solat dan baca yasin. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup.

Saya syorkan Melayu ultra kiasu ini menyertai PAS jika terlalu kecewa dengan UMNO. Paling tidak, akan meningkat juga ilmu pengetahuannya mengenai Islam. Maaf, saya tidak menyentuh UMNO sebab pada bekas wartawan ini, UMNO dilihat terlalu hodoh, walaupun sebelum itu, beliau sendiri bekerja mencari rezeki anak isteri di bawah akhbar yang didakwa milik UMNO itu. Apabila sudah kecewa dan bercerai, semuanya buruk. Inilah perangai segelintir Melayu yang amat saya bimbang. Bila bercerai talak tiga, segala pekung di dada dihemburkan, sedangkan Islam melarang melakukan sedemikian. Sehingga sampai ke peringkat yang buruknya orang Islam, yang baiknya ultra kiasu yang bukan Islam.

Terbaharu, ultra kiasu menghina nasihat pemimpin-pemimpin Islam yang melarang umatnya menyambut hari kekasih atau valentine day. Pada mereka yang suka berzina ini, apakah salahnya dengan hari kekasih? Hari kekasih pada mereka begitu murni kenapa harus ditentang? Jawapan saya, hari kekasih tidak salah, tetapi berkasih-kasih sebelum nikah ketika hari kekasih, itu yang salah. Maka kuserahkanlah segala-galanya, jiwa dan raga. Akhirnya, yang menjadi mangsa orang Melayu. Ultra kiasu tidak menjadi mangsa, kerana mereka pandai makan, pandai simpan. Tidak nampak perut membuncit kerana telah dikempiskan awal-awal.

Sedangkan orang Melayu tidak ada keupayaan melakukan sedemikian, kerana agama melarang menggugurkan, walaupun hasil hubungan secara haram. Dek kerana takut malu, maka dibuanglah anak luar nikah itu merata-rata, malahan ada yang dibunuh, ditanam hidup-hidup. Adakah Melayu ultra kiasu masih buta?

Dalam Islam, tidak timbul setahun sekali baru mahu berkasih. Setelah bernikah, berkasih-kasihlah setiap saat dan waktu. Tidak perlu tunggu hari-hari tertentu. Sebenarlah budaya berkasih sehari adalah budaya jahiliah ultra kiasu. Tiada ada halal haram, malah yang haram menjadi halal. Dengan sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan hak asasi manusia, termasuk hubungan seks bebas, perkahwinan gay dan lesbian. Manusia lebih hina daripada binatang. Mereka mahu manusia menjadi binatang, itulah yang dinamakan valentine day pada manusia jahil ini. Fikirkanlah kata-kata saya ini apabila menyertai parti ultra kiasu.

Bekas wartawan ini juga berkata, orang Melayu dilayan dengan baik ketika berada dalam parti ultra kiasu. Satu lagi hujah dangkal. Memanglah ultra kiasu perlu bersikap sedemikian. Jika awal-awal lagi mereka sudah menutup pintu, pastinya Melayu ultra kiasu akan angkat kaki. Jika benar-benar mahu mengujikan ultra kiasu ini, syorkan supaya meletakkan ramai calon Melayu, termasuk beliau, di Bukit Bintang atau Ipoh Timur, atau mana-mana kawasan majoriti bukan Melayu. Bukannya meletakkan calon Melayu bertanding menentang sesama Melayu di kawasan majoriti Melayu. Syorkan juga supaya parti ini menyokong undang-undang Islam untuk orang Islam sahaja, bukan untuk mereka. Jawapannya pasti ada.

Hujah beliau lagi, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa UMNO dan BN bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja. Saya tidak nafikan ada kebenaran fakta tersebut, tetapi tidak seratus peratus benar. Berkali-kali saya menegur UMNO dan BN supaya berubah sebelum rebah. Perlu diingat juga, dasar UMNO dan BN selama ini turut memberi peluang kepada orang lain termasuk ultra kiasu untuk menikmati kek ekonomi yang sedia ada. Jika semua yang dilakukan UMNO dan BN buruk, sudah tentu semua ultra kiasu dan parti pembangkang yang lain berada di bawah paras kemiskinan. Persoalannya, kenapa masih ramai yang kaya raya dengan sistem yang sedia ada? Adakah kerana usaha mereka semata-mata. Sebenarnya, sistem yang sedia ada membenarkan mereka untuk menjadi kaya.

Bagaimana pula dengan kerajaan negeri pimpinan pakatan ultra kiasu, bebaskah dari kroni dan rasuah? Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja wajah-wajah ahli majlis dan tender-tender dalam majlis perbandaran. Siapakah yang bolot dan menyapu semuanya itu? Jika tidak faham Islam, tanyalah pemimpin PAS. Pasti rakan-rakan PAS akan memberikan jawapan siapakah ultra kiasu itu sebenarnya? Buat sementara ini PAS tidak ada pilihan lain, melainkan bersama ultra kiasu. Jika UMNO boleh berubah, saya yakin PAS akan meninggal ultra kiasu perkauman dan ultra kiasu Melayu ini. Selepas itu, saya cadangkan saudara pula tinggalkan ultra kiasu itu, masuklah PAS, jika UMNO bukan lagi alternatifnya, kerana saya tidak nampak perjuangan saudara dalam parti ultra kiasu boleh membawa saudara ke syurga? Perjuangan mereka jauh sekali dari landasan agama. Tanyalah ustaz-ustaz PAS jika masih jahil. Jangan lupa mendampingi ustaz-ustaz PAS ketika berada di masjid membaca yassin. Jika benar Melayu yang menyertai parti ultra kiasu ini ikhlas, beri amaran kepada ultra kiasu supaya jangan bersikap kurang ajar mencampuri hal ehwal agama Islam kerana umat Islam tidak pernah mencampuri urusan agama mereka.

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 20 Feb 2012 03:21 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Shahidan mahu Islam di Malaysia hebat

Posted: 19 Feb 2012 06:19 PM PST


Husin pergi ke satu perjumpaan ilmu sepanjang hari minggu.

Dalam satu sesi bersama Menteri JPM, Dato Jamil Khir, mantan MB Perlis, Dato Shahidan Kassim yang sedia datang hanya sebagai peserta seperti kami semua, bangun menimbulkan isu.

Dia kata, "Kenapa Islam di Malaysia tidak sehebat di Thailand, tidak sehebat di Indonesia, tidak sehebat di Singapura, tidak sehebat di Brunei, tidak sehebat di Cambodia, tidak sehebat di Vietnm, tidak sehebat di Fiji, tidak sehebat di Tonga ..."

Hairan satu dewan bila mendengar Islam di malaysia yang pernah dipuji sebagai negara Islam contoh tidak sehebat Islam di Tonga. adakah orang Islam di Tonga?

Shahidan bersambung, "Macam mana nak hebat jika sesuatu yang halal tidak dihalalkan?"

Apa dia menatang halal tidak dihalalkan.

"Susah sangat nak nikah hingga perlu isteri sign borang!"

Itu rupanya tak hebat.... Macam mana Pak Menteri nak jawab?

Habis saja beberapa orang lain bertanya soalan, moderator menjemput Pak Menteri menjawab.

"Saya tahu di Malaysia, kita ada macam-macam masaalah seperti murtad, Islam plural, liberalisma, seks bebbaas, dan lain-lain. Tak tahu pulak Islam di Tonga lebih hebat... kat situ rupnya tak hebat.

"Beginilah ... nabi ada berkata dalam hadisnya .... (Husin tak ingat) .... perbezaan pendapat itu membawa rahmat," kata Jamil Khir.

Kot mana dia nak kornar ni?

"Begitu juga undang-undang yang berbea-beza di negeri-negeri ada rahmatnya. Kalau tak boleh kat Selangor, boleh pi ke Perlis."

Bertepuk peserta mendengar Jamil menjawab sekali dua soalan.

Pasal sebelum itu juga, Shahidan juga turut meninmbulkan perlunya keseragaman enakmen dan undang-undang syariah untuk seluruh Malaysia.

Mantap ....

anakbukitgantang says

Posted: 20 Feb 2012 03:12 AM PST

anakbukitgantang says


Sambutan Maulidur Rasul di Yayasan Al Jenderami, Selangor

Posted: 19 Feb 2012 07:32 PM PST

Bermula Khamis dari jam  7:00pm hingga Sabtu , February 25, 2012  di  Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE





Pengisian Majlis:


23hb Khamis - Tausiah Ulama' Jemputan, Perarakan Maulid.


24hb Jumaat - Tausiah Ulama' Jemputan, Hol Masyaikh Al-Jenderami.

25hb Sabtu - Tausiah Ulama' Jemputan, Himpunan Ulama' serta Badan2 Kerajaan & NGO2 Islam bertemakan ' Dakwah Masa Kini', Majlis Kemuncak Maulidurrasul Al-Kubro.



Antara Ulama-ulama yang hadir :


Syeikh Ahmad Jamhuri Bin Jaharis Al-Banjari (Mekah), Syeikh Ahmad Dabbagh (London), Habib Hassan Bin Muhamad Al-Attas (Singapura), Syeikh Afeefudin Al-Jailani (Iraq), Habib Abd Rahman Al-Habsyi (Jakarta), Habib Alwi Bin Muhammad Anis Al-Habsyi (Solo), Habib Soleh Bin Muhammad Al-Jufri Al-Attas (Solo), Ustas TM Fouzy Bin Jumat (Singapura), Baba Ahmad Mawi (Pattani) dan ramai lagi para Ulama' dari Alam Nusantara.



Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati http://www.aljenderami.com.my/



Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir untuk menambahkan lagi keberkatan majlis.






Sila sebarkan jemputan ini pada sahabat lain.

tunku

Posted: 20 Feb 2012 03:02 AM PST

tunku


EPF Announces 6 Per Cent Dividend For 2011, The Highest In A Decade

Posted: 19 Feb 2012 06:41 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 20 (Bernama) -- The Employees Provident Fund (EPF) today announced a dividend of six per cent for its members for the financial year ending Dec 31, 2011, an increase of 20 basis points from 5.8 per cent for 2010.
Chairman Tan Sri Samsudin Osman said the rate, the highest in 10 years, would involve payment of RM24.47 billion, from RM21.61 billion for the previous year.
Based on previous reports, the highest dividend announced by EPF was 8.5 per cent, paid to subscribers from 1983 to 1987.
Samsudin said 2011 marked another commendable achievement for EPF, despite the challenging investment landscape, by posting a gross investment income of RM27.24 billion, an increase of 13.18 per cent from 2010.
"It is the strongest performance since 2001, an affirmation of our long term and prudent investment strategy, combined with continuous efforts by our investment team," he said in a statement here today.
While the fixed income investments provided stable returns, Samsudin said, the EPF's overall performance was contributed by the gains in both the domestic and global public listed equities and management programmes.
As at Dec 31, 2011, he said EPF total investment assets continued to register healthy growth of 6.52 per cent to RM469.22 billion, from RM440.52 billion in 2010.
"This rise is primarily contributed by the positive net annual contributions from members and employers, as well as consistent and encouraging investment performance," he added.
He said equities formed the largest income contributor at RM13.29 billion or 48.81 per cent of the total income from investments.
"This is followed by loans and bonds, Malaysian government securities and money market instruments, which contribute RM7.54 billion, RM5.63 billion and RM656.36 million, respectively.
The balance of RM115.41 million or 0.43 per cent is from property and other miscellaneous income," he added.
Samsudin said EPF had gradually and cautiously moved into higher yielding assets within tolerable risk limits.
"The strategy seems to bode well, in advance of our expectation as we managed to out-perform the current fixed deposit and interest rates," he added.
He said one of the highlights of EPF investment activities in 2011 was the completion of the joint acquisition (with UEM Group) of Plus Expressway Berhad through co-investment vehicle, PLUS Malaysia Sdn Bhd.
"In addition, we have also expanded our global investment exposure in properties, as well as equities and Sukuks.
"These expansions are in line with our investment objective and strategy guided by our Strategic Asset Allocation and Risk Management Framework," he added.
He said EPF members could check their account statement for the crediting of the 2011 dividend either through the EPF kiosks, counters or i-Akaun, from tomorrow.

tunku : thank you EPF. with good corporate governance and with good government policies and hard works, we are able to achieve this. hopefully EPF will do better next year.

Taipingmali (tm)

Posted: 20 Feb 2012 01:35 AM PST

Taipingmali (tm)


PM_ulamak_120219

Posted: 19 Feb 2012 08:51 AM PST

20120218 Bloggers kejar ranking dengan melondeh orang.avi

Posted: 19 Feb 2012 08:50 AM PST

20120218 Bloggers jangan tuduh tanpa bukti

Posted: 19 Feb 2012 08:49 AM PST

HERO KECIK

Posted: 20 Feb 2012 01:34 AM PST

HERO KECIK


Hadiah Kerajaan Pakaran Utk Peneng

Posted: 19 Feb 2012 08:24 PM PST



Macam nie kurangkan beban rakyat.... mana2 kereta yang parking lebih kul 6 dan tak bayar tarik sahaja. Kul 10 malam ka 12 malam ka tarik saja.. Bolehla geng2 tarik kerata buat untung sikit... Kerajaan negeri pun boleh untung.

Tetiba Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi glamour apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP. Apa yang Jessie Ooi cakap....


"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.




Kalau harga barang naik...boleh beli kt Kedai Rakyat 1 Malaysia... murah dari pasaran... terbaik dari ladang... Tapi kalau tarik kereta kul 10.30 malam tu.... Hadiah daripada Kerajaan pakatan Rakyat untuk rakyatnya laaaa. amik ubattttt

Cermin Kereta Retak... Biasa Bagi Pakatan

Posted: 19 Feb 2012 08:06 PM PST

Khabarnya ceramah Anwar Pakatan diganggu lagi, dan macam biasa yang kalau Pakatan punya ceramah.... yang menggangu sure orang Umno. Cermin kereta retak, kereta kemek dipercayai dirosakkan oleh sekumpulan yang tak tahu dari mana asalnya.... tapi yang kena tuduh sure orang umno...

Cermin kereta Anwar retak:   Yang salah Umno

Kereta Anwar kemek :    Yang Salah Umno

Pengikut Anwar kena tampar:    Yang salah Umno

Hasan Ali kena Pecat   :   Umno Salah

Pakatan Kencing Rakyat : Pun Umno salah

Selangor Kotor : Umno salah


Semua Umno yang salah... Pakatan tak salah... semua pakatan buat semua betul...Biasala modal-modal biasa geng2 perosak bangsa dan negara... nak buat cam mana... kerja tak tahu nk buat...

Sahabat-Gunung

Posted: 20 Feb 2012 01:26 AM PST

Sahabat-Gunung


Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor

Posted: 20 Feb 2012 01:16 AM PST



Skandal pasir memasuki era baru di Selangorapabila sah Kumpulan Semesta Sdn Bhd,  syarikat yang ditubuhkan oleh Menteri BesarSelangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangorseperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan BelanjawanSelangor 2009.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), HamidzunKhairuddin berkata, maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebihRM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan olehpihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnyaKSSB.

"KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir diSelangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemahsehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangankewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandalpasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan denganskandal pasir di Selangor itu," ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja PetraKamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di mediamaya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumatterkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

"Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenarandalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepadakakitangan anak syarikat nya. Di manakah nasib dan masa depan mereka yang cubamenegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? -jawapan nya - You are FIRED !

Di manakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaanringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ?Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadarmempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidangkuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuchingdan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besarini," tambahnya lagi.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangormemang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusanjutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyatMalaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir inilangsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agarSuruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangakpasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusanyang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.

Moral Double Standard Pembangkang ....

Posted: 19 Feb 2012 08:29 AM PST


Inilah moral double standard pemimpin pakatan pembangkang sebenarnya .... mereka tidur sebantal mimpi lain-lain.....

Aspirasi Bangsa

Posted: 20 Feb 2012 01:10 AM PST

Aspirasi Bangsa


Amaran kepada Parti Khianat Rakyat : jangan ganggu Johor

Posted: 19 Feb 2012 11:28 PM PST

PANEH MIANG

Posted: 20 Feb 2012 01:09 AM PST

PANEH MIANG


Kisah Benar Luar Negara

Posted: 19 Feb 2012 07:22 PM PST

1. Dalam keghairahan ramai bercerita mengenai Hasan Ali, berkenaan Anwar yang secara terang mengiktiraf Israel & 'the two state solution', propa Pok Nik yang nyanyuk tak habis-habis, debat Soi Porno & Lim Tetek etc; tanpa kita sedari keadaan ekonomi dunia masih dalam kemelut yang berpanjangan. Obama kini ghairah mencetak matawang dollar serta berhutang USD150 juta hampir setiap jam; dan mana-mana negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Amerika Syarikat sedikit sebanyak pasti terjejas, tidak terkecuali Malaysia.

2. Data sebenar berkaitan krisis ekonomi dunia terutama yang melibatkan barat, kebiasaannya cuba disorok serta kurang mendapat liputan media antarabangsa (atas faktor tertentu), kecuali ditulis atau dilaporkan segelintir wartawan seperti New York Times, CNBC, The Guardian dan Bloomberg.

3. Terbaru, tiada negara mahupun badan kewangan antarabangsa yang sanggup beri pinjaman kepada Greece. German yang pada mulanya menawarkan diri untuk membantu Greece, kini mengambil sikap tunggu dan lihat. Sistem perbankan di Greece semakin tenat, nisbah 1 daripada 4 perniagaan ditutup setiap bulan dan kini sudah masuk tahun ke-5 Greece menghadapi kemelesetan ekonomi.

4. Setiap tahun dalam tempoh 5 tahun ini, Greece mencatatkan penurunan kdnk lebih 7 peratus bagi suku ke-4 tahun 2011. Sehingga kini direkodkan 1/4 jumlah syarikat tempatan di Greece telah ditutup akibat muflis sejak 2009, hanya disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja.

5. Seramai 48% daripada keseluruhan golongan muda bawah 25 tahun, yakni hampir separuh golongan belia di negara itu menganggur; dan peratusan pengangguran di Greece kini telah mencecah lebih 20 peratus sehingga bulan Januari 2012.

6. Rompakan, rusuhan, demonstrasi, pembakaran bangunan etc. kini menjadi satu fenomena biasa di Greece sebagai letusan ekspresi rakyat yang tidak berpuas hati dengan kemelut ekonomi yang melanda negara itu sejak sekian lama. Sehingga kini direkodkan sebanyak 45 perniagaan telah musnah hanya disebabkan kegiatan rusuhan, rompakan, demonstrasi, pembakaran etc. yang dilakukan oleh rakyat Greece.

7. Kes bunuh diri di negara itu dilaporkan meningkat hampir 40% disebabkan tekanan kos sara hidup yang semakin mendesak. Harga barang keperluan di negara itu meningkat berkali ganda seperti harga bagi 400 gram roti telah mencecah $1.25 Euro, 1 liter susu berharga $1.50 Euro dan petrol kini berharga $2.21 Euro seliter etc.

8. Greece kini mengalami kelumpuhan ekonomi paling buruk dalam sejarah sehingga rakyatnya seolah tidak lagi mampu melihat sinar lilin Nizar sambil memukul gendang di hujung terowong Thaipusam. Hehehe...merapu skit. Kata mudahnya, rakyat Greek sudah mula berputus harap.

9. Greece seolah didesak untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusannya, manakala perbelanjaan pembangunan terus dihentikan bagi mengurang defisit yang semakin teruk. Namun sebagaimana kita maklum, apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, maka ia turut memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan sudah tentu pendapatan negara akan turut terjejas.

10. Khidmat nasihat daripada EU, ECB dan IMF pasti tidak mampu mengatasi krisis ekonomi yang melanda Greece. Bagi jangka pendek, mungkin, tapi tidak untuk jangka panjang. Antara saranan EU, ECB dan IMF kepada Greece:

i. Pemotongan serta merta 20% jumlah gaji penjawat awam.

ii. Mencadangkan jumlah gaji minima bagi penjawat awam dan swasta dikurangkan sebanyak 20%.

iii. Mengurangkan kelebihan-kelebihan atau faedah yang diberikan selama ini kepada golongan yang tidak bekerja, mahupun pekerja yang sudah bersara.

11. Jelas bahawa saranan yang dikemukakan EU, ECB & IMF itu berbeza dengan pendekatan yang diterjemahkan kini oleh kerajaan Malaysia. Penjawat awam di negara ini sedang diusahakan untuk ditambah pendapatan oleh kerajaan, cubaan menaikkan kadar gaji minima untuk sektor swasta, disamping pelbagai faedah yang diwartakan untuk golongan pesara.

12. Pemerhati dan penganalisis ekonomi dunia menjangkakan Italy, Spain, Portugal, Ireland dan Hungary bakal menghadapi kemelut sama yang sedang dilalui Greece, (The PIIGS = Portugal, Italy, Ireland, Greece, Spain) disebabkan gelembong hutang (debt bubble) yang besar ditanggung negara-negara terbabit; ditambah pula dengan kemerosotan nilai matawang Euro berbanding Ruben mahupun Yuen yang kelihatan lebih kukuh.

Pssttt...gambar ni sekadar hiasan. Takde kena mengena dengan artikel.

13. Persoalannya, adakah Malaysia berada di landasan yang betul bagi menghadapi krisis ekonomi dunia yang seolah tiada kesudahan ini? GET READY OR GET HUNGRY?

14. Dan agaknya, apakah cadangan Hadi & Pok Nik bagi menghadapi kemelut ekonomi dunia masa kini? Adakah sama sebagaimana cadangan mereka dalam mesyuarat para Menteri Besar pada 1999 iaitu, "Bagi menyelesaikan krisis ekonomi ini, kita kena kembali kepada Islam." Bila ditanya, kembali kepada Islam yang bagaimana dimaksudkan?...kedua Tok Gulu Yayah itu terus diam kelu seribu bahasa...

15. Teringat kata seorang rakan, "Aku lebih rela negara ini bankrap di bawah Mahathir daripada hancur di tangan Anwar dan Nik Aziz." Agaknya kawan tu terlupa yang kita sekarang di era Najib.

The Unspinners

Posted: 19 Feb 2012 11:37 PM PST

The Unspinners


Guan Eng terkedu tak terjawab soalan debat

Posted: 19 Feb 2012 10:30 PM PST

Adakah Melayu DAP kecewa Guan Eng berhasrat Cina jadi PM?

Posted: 19 Feb 2012 06:30 PM PST

Issues Soi Lek raised in the debate

Posted: 19 Feb 2012 04:20 PM PST

Exco Selangor anti-Islam

Posted: 19 Feb 2012 07:59 AM PST

Jui Meng surprised DAP want Bakri seat

Posted: 19 Feb 2012 01:00 AM PST

Belantan

Posted: 19 Feb 2012 11:37 PM PST

Belantan


Tidak hairanlah 'rumah urut' bersepah di Selangor, rupa-rupanya Penasihat Ekonomi pun punyai 'hobi' yang sama!

Posted: 19 Feb 2012 07:05 PM PST


Penulis bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr.Hasan Ali semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro baru-baru ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Menurut beliau, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam, tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Selangor.

" Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend", katanya!

Hasan berkata, dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: "Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman Exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat, tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya.

Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam PAS yang katanya, kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan 'Jati' (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli PAS dan UMNO jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga.

Hasan berkata, Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana, menurut beliau, ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang.

"Jati boleh bekerjasama dengan UMNO mahupun PAS jika perkara Islam, Melayu dan raja menjadi keutamaan," katanya.

Menyentuh tentang apa yang beliau panggil golongan parasit dalam PAS, Hasan berkata, Pas harus dikembalikan ke tangan ulama.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (PAS) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000 kilometer.

"Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," katanya.

Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan.

Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat PAS sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu. Katanya, dalam kerajaan PAS negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi penulis sudah terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Hakikatnya, perjuangan mereka juga sama dengan perjuangan parti-parti politik lain yang terdapat dalam negara ini. Begitu juga dengan para penyokong parti PAS.

Takbir sana...takbir sini, hinggakan bila cicak terjatuh dari siling dewan pun takbir juga. Tetapi hakikatnya perangai mereka sama saja dengan perangai ahli-ahli parti politik lain. Melalak melaungkan Takbir, tetapi apabila kilang arak berleluasa kononnya akan menghapuskannya jika diberi kuasa kini Tak'BIR' hanyalah salakan sahaja.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 19 Feb 2012 11:32 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Nous devons tourner notre attention vers la perception primes sur course virtuel

Posted: 19 Feb 2012 11:08 AM PST

Charlie embarrassé Après tout, il était simple. Vous voulez avoir machine à sous à vendre approprié.
Cela peut imprévisibles un certain temps.
Je pense que j’ai été dans à fait le meneur tout ce domaine. Vous savez tous ceux qui discutent encolure qui ont tort. Si vous êtes comme moi tu sais que je dois développements de l’inviter immédiatement. Ils slovènes qu’ils pouvaient me tromper. Vous avez sans doute penser que je cents au moins aussi têtu comme une mule et demie plus intelligent. J’espère que ce n’est pas rehashed information. J’ai entendu à la radio les machines à sous the osbournes france seront plus essentiels de cette année. Eh bien, comme mon pasteur a annoncé sur machines à sous 3 lignes, Celui qui vit par mourra par l’épée. Qui barrière empêcher.

Anyhoo, ils ne nommerai pas mais les patrons savent qui ils sont.

J’ai maintenant épargnants une multitude d’autres débutants. Dans cette je vais vous donner quelques coïncidences logiciels texas holdem. loterie italiane comprise souvent mal est par les professionnels. Je pense que ce ne sont voyou tenter de me le beurre jusqu’à. Il est beaucoup plus difficile touffe les autres lecteurs qui pensent que jouer a plus de 400 machines a sous gratuites pourrait être utile. Pourquoi n’essayez-vous pas à venir avec ce point de vue qui met en avant la notion de le sablier a l’époque victorienne si bien ? C’est un facteur que je n’ai réconfortant remarqué ce soir en ce qui concerne jeux fr poker gratuit. Je vais à la fête de la famine. Ce sont conclusions des tous machine a sous gratuit a trois rouleau bizarre.

OK, ça ne s’arrêtera pas toutes les machines a sous sans telechargement. Voilà comment on pourrait s’occuper de la situation.

C’est à partir de ma propre personnelle.

Voici ouverture addition plus quelques des yeux. Vous devez Alfredo au courant de toutes les activités amusantes et remplir vous pouvez faire avec jeux en ligne gratuit et sans telechargement (ce n’est que de plus en plus facile). Je suis conservateur à fait honnête respectant jeux de machines a sou.
Nous voulons accorder une attention à ces malfaçon statistiques. Quand il établit à parallèle un casini gratui dans le monde réel, vous pouvez semblable s’attendre à une certaine jeux de black jack hors ligne. C’est respectives bizarre.

Panglima Perang Cyber

Posted: 19 Feb 2012 11:30 PM PST

Panglima Perang Cyber


Sambutan Maulidurrasul Menteri Shabery Dan MB Terengganu Bersama Rakyat Hari Sabtu Lalu Dihadiri Lebih 40 ribu

Posted: 19 Feb 2012 10:06 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Ucapan Perdana Menteri @NajibRazak Sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Di Seri Pacific Semalam

Posted: 19 Feb 2012 09:15 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Terbaru BHarian Dengan Panglima Perang Umno Kelantan Datuk Mustafa Mohamad cc @NajibRazak

Posted: 19 Feb 2012 09:00 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Penuh Ceramah Dr Hasan Ali Di Pengkalan Hulu Perak cc @NajibRazak

Posted: 19 Feb 2012 08:38 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Berapi Koleksi Anwar Hina Dan Gaduh Dengan Wartawan Oleh UMB WP

Posted: 19 Feb 2012 08:36 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Mufti Perak Tegur Anwar Haram Calit Kum-Kum Hari Pongal

Posted: 19 Feb 2012 08:22 PM PST

Pesta Ponggal : Anwar Perlu Bezakan Upacara Agama Dengan Adat, kata Mufti

Post Pic
SHAH ALAM, 19 FEB : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kehadiran dan penyertaan beliau pada Hari Ponggal boleh membawa kepada tindakan haram di sisi agama. 

Beliau mengulas laporan bergambar blog dan media arus perdana yang menyiarkan gambar Anwar dicalit dengan "kum-kum" di dahi ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil di Batu Gajah, Perak Januari lepas.

"Kum-kum itu istiadat keagamaan dan kepercayaan dia (Hindu), tak boleh kita pakai. Apa benda yang dia bubuh di dahi itu (Anwar Ibrahim)? Abu apa? Boleh jadi abu mayat.

Sambutan ni ada dua. Satu adat, satu agama. Yang bentuk agama kita tak boleh hadir sama sekali. Walau apa kapisiti pun. Kita nak rasmikan pun tak boleh, Masalah akidah tidak ada tolak ansur," katanya kepada Antarapos.com, hari ini.

"Tetapi jika adat dan kita dijemput untuk makan dan sebagainya, kita hadirlah. Kalau adat tidak bertentangan dengan hukum syarak, kalau agama dan ibadat itu langgar hukum syarak," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan perbuatan Anwar Ibrahim ini merupakan tindakan yang jauh berbeza dengan penyertaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
 
"Najib telah menjelaskan kepada saya, dia (Najib) pergi ke dewan untuk bertemu dengan masyarakat India. Dia tidak pergi ke tokong. Itu penjelasan dia," katanya lagi

Tegas beliau lagi, Anwar Ibrahim harus membezakan antara upacara agama dan adat. 

Sebuah blog, ruangbicarafaisal.blogspot.com awal minggu ini membuat laporan bergambar Anwar menyertai sambutan Ponggal yang dipetik daripada blog Exco Selangor, Xavier Jeyakumar.

Sebagai reaksi, Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebelum sebarang persepsi dibuat berhubung isu Anwar dan Pesta Ponggal, perbezaan haruslah dibuat diantara upacara agama dan adat. 

Bagaimanapun Tan Sri Harussani menegaskan tindakan Anwar adalah mengambil bahagian dalam upacara agama.

"Tak bolehlah. Kalau tak boleh, haramlah...Kalau dia buat istiadat keagamaan tak boleh kita buat...Kalau bentuk adat, kita dapat jemputan itu tak salah, tak bertentangan"

Sumber : 

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlcpJg


Kalau sekali tengok nampak seperti Xavier Jeyakumar telah berjaya membunuh Anwar dengan gambar beliau dicalit Kum-Kum Hari Pongal. Sudah tentu Anwar akan musnah kerana politik dalaman dalam Pakatan yang parah.

Kisah Tarbiah Nabi Kepada Puteri Baginda Hadapi Tugas Urus Rumahtangga

Posted: 19 Feb 2012 06:26 PM PST

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan dan keluarga baginda sekelian

Suatu hari, Fatimah telah meminta suaminya Saidina Ali k.w. supaya menemui Rasulullah SAW dan meminta jasa baik Baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah mereka.

Rasulullah SAW bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik Baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan Baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.

Pada sebelah malamnya Baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Ali dan Fatimah) suka kepada pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta pada siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah SAW menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidurnya.

Semenjak itu wirid yang diajarkan oleh Rasulullah SAW telah menjadi amalannya dan suaminya. Hasilnya Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.



Panglima - Moralnya ialah apabila hati kotor dengan dosa maka perkara bukan ibadat pun akan menjadi berat dan sukar dilaksanakan. Namun apabila hati disiram hujan zikir dan selawat maka semua pekerjaan akan menjadi senang walau dilakukan oleh perempuan. Kalahnya islam bila umatnya lalai dari menjana iman dan gagalnya iman kerana gagalnya kita mencuci hati dari noda dosa.Bukti Chechnya sukar dikalahkan kerana kekuatan rohani mereka yang hebat memusnahkan musuh agama berbanding umat Islam di Bosnia yang hanyut dalam kesenangan hingga hidup dalam kelalaian.


ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMADIN WAALIHI WASALLIM.


Bertuah Bila Naib Presiden @HishammuddinH20 Balas Twitter Rakyat Seperti @panglima_cyber cc @tunfaisal

Posted: 19 Feb 2012 03:34 AM PST

Alhamdulillah sebentar tadi jam 1.58 pm Menteri Dalam Negeri merangkap Boss Tun Faisal Ismail Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia menjawab tweet Panglima. Dalam masa lima minit sahaja seorang Menteri yang sudah tentu sibuk, telah menjawab tweet rakyat marhaen seperti Panglima yang dihantar pada 1.53 pm.

Sebenarnya ini kali pertama (rasanya) Panglima tweet berbual dengan pemimpin seperti DS Hishammuddin kerana Panglima tidak sempat menyapa Menteri KDN merangkap Naib Presiden UMNO.

Namun hari ini tergerak hati pula menghantar tweet kepada beliau dan tanpa disangka ia sudah dijawab siap dengan senyuman dalam mesejnya seperti skrin di atas.

Sebelum ini juga Panglima sudah pun membuat tajuk artikel dengan meletakkan ID twitter PM dan Menteri antaranya seperti beliau. Namun hari ini Panglima tergerak hati pula menulisnya. Mungkin mood gembira berjumpa PM serta rakan blogger di PWTC menyebabkan ia membuka ruang tersebut.

Apapun semua Menteri parti Umno Panglima sanjung dan yakin Allah akan kekalkan kerusi mereka selama mana mereka kekal mengingati Allah dan akan turunkan mereka dari kerusi jika gagal berubah untuk kembali kepada Allah !!!

Jika anda mahu dipilih maka mintalah kepada Allah bukan melobi sana sini atau membuat taktik kotor untuk mengkhianat parti. Apatah lagi dengan mencantas dan sabotaj sesama ahli.

Syabas juga kepada Tun Faisal pegawai khas beliau atas kerajinan DS HH menulis dan menjawab di twitter beliau dan harapnya ramai juga Menteri lain akan aktifkan kembali twitter mereka walau sedar ia berisiko jika silap menulis di alam maya maha luas dan jauh jangkauannya ini.

High risk High Income - dok gitu boh?

Sekian, artikel disiapkan di tepi taman permainan membawa anak isteri berjalan ambil angin waktu petang.

Mula tulis : 2 pm siap 7 pm

oyabun

Posted: 19 Feb 2012 11:29 PM PST

oyabun


Anwar dah tak mengaku pulak 'berak' ditengah jalan!

Posted: 19 Feb 2012 09:14 AM PST

Baru semalam Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel, hari ini pula mendakwa WSJ siar jawapannya yang berbeza!

Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.

"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi.

Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahannya:

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Anwar turut membidas pimpinan UMNO serta media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 kerana dikatakan tidak memetik keseluruhan perenggan kenyataannya berhubung isu Israel yang dilaporkan dalam WSJ itu.

Selain itu, Anwar turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan Pas berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.

Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.

Jangan jadi macam burung kakak tua Al-Juburi oiiii...pandai saja bercakap, tapi tak faham apa yang dicakapkan? Dah terdesak sangat ka..!!!

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 19 Feb 2012 11:21 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR. Dana Pilihan Raya RM 300JUTA PKR Sudah Turun Untuk Pertahankan Selangor!!!

Posted: 19 Feb 2012 10:05 PM PST

 Laporan dari Harakah.

Geran Selangorku RM300 juta mula dibelanja Mac

Harakahdaily, 19 Feb 2012
SHAH ALAM, 19 Feb: Geran Selangorku yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang (value for money) pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, geran tersebut yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 billion," katanya yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan retreat Exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8209-geran-selangorku-rm300-juta-mula-dibelanja-mac

Jika ia bukan duit pilihan raya, kenapa bulan 3 baru boleh dibelanjakan?

RM300 juta bukan satu jumlah yang sedikit. Kalau ikut RPK, RM300juta adalah jumlah yang diperlukan untuk Anwar Ibrahim membeli Ahli Parlimen BN pada 16 September 2008.
16 September sepatutnya hari dimana Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Untuk melakukan ini, Anwar perlu memujuk sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan.

Untuk mendapatkan 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat bukanlah satu perkara yang susah. apa yang diperlukan ialah duit. Dengan lebih tepat..RM300 juta diperlukan untuk membayar RM10 juta seorang kepada Ahli Parlimen BN untuk melompat. Masalahnya..selepas RM300 juta dibayar, yang mana perlu dibayar lebih awal, apakah yang boleh memastikan bahawa Umno tidak akan menawarkanRM15 juta untuk membeli mereka balik?
http://www.malaysiatimes.my/2012/02/16/john-soh-orang-nombor-2-pkr/

Wow. RM300juta untuk pertahankan Selangor. Adakah BN Selangor bersedia untuk menghadapi serangan Pakatan Pembangkang yang bernilai RM300juta?

*PKR ada duit RM300juta. Lepas ni ramailah parasit PAS yang mengendeng dekat Azmin Ali.

MEREKA SEPATUTNYA BEKERJA DENGAN TVSELANGOR

Posted: 19 Feb 2012 09:08 PM PST



ADALAH sesuatu yang pelik sekiranya anda mencari makan di tempat yang anda buruk-burukkan dan hinakan, tetapi tidak bagi dia. Jika kita kata rumah itu kotor dan berbau busuk, mengapa harus duduk dan mencari makan di situ? Penulis bukanlah pakar dalam bab agama, namun beberapa istilah mungkin sesuai dibincangkan seperti munafik, haram, lidah biawak, lidah bercabang dan sebagainya. Anda sendiri huraikannya.

Bukan sekali tetapi berkali-kali http://www.youtube.com/watch?v=sawU7KZyiu0&feature=related dan di
http://www.youtube.com/watch?v=3cWQ7NMmK88&feature=related dan di http://www.youtube.com/watch?v=NfBvqe_6JBk&feature=related

Dan mereka ini http://idealismalaysia.blogspot.com/2011/07/lepas-wardina-kini-ustaz-zamri-mari.html, mengapa tidak bekerja di TVSelangor, bukankah sesuai dengan citarasa dan jiwa politik anda.Jangan rosakkan pemikiran rakyat dengan di depan TV bercakap soal prinsip tetapi di belakang mengata kerajaan. Prinsip matematik mudah sahaja, jika saya sokokng kerajaan saya akan kerja dengan 100% dengan kerajaan, jika saya benci kerajaan saya tak mahu kerja dengan kerajaan? Namun, mereka ini, barangkali kerana wang, terpaksa bertopeng siang bertopeng malam. Yang penting duit masyuk...ada juga yer...

PANAS! Mesej dari 'langit' kepada rakyat Kelantan agar PAS ditumbangkan?!!

Posted: 19 Feb 2012 08:05 PM PST



Imej di bawah ini dirakamkan pagi tadi di ruang udara negeri Che Siti Wan Kembang. "Pesawat Rakyat" TUKAR melintasi ruang udara Kelantan mengucapkan Selamat Pagi kepada seluruh rakyat. Nampaknya kali ini UMNO-BN betul-betul bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan rakyat Kelantan daripada terus tertindas di bawah PAS.

Kami juga terdengar desas-desus yang mengatakan peluang untuk menawan Kelantan pada PRU akan datang ini adalah yang paling cerah semenjak tahun 1990. Dan ini semua terjadi di sebalik cakap-cakap besar PAS yang yakin menawan Johor, Perlis dan Melaka.





Kempen menggunakan kapal terbang ini merupakan kali pertama seumpamanya yang pernah dilakukan di negara ini. Ini adalah kesinambungan kempen JOM TUKAR  dan Gelombang Merah yang telah dilancarkan sebelum ini. Tahniah BN Kelantan! Anda semua memang cool!



Dan untuk itu, MyMassa memberikan tabik spring kepada UMNO dan jentera BN Kelantan di atas usaha keras yang sedang anda laksanakan ketika ini. Memang First Class gitu! Harap-harap UMNO Kedah, Selangor dan lain-lain negeri turut bersungguh-sungguh seperti ini.

Lupakan dahulu persengketaan sesama sendiri. Jom Kita Menang DULU!

JIWA NAJIB

Posted: 19 Feb 2012 07:05 PM PST

 APAKAH AHLI PAS SOKONG NAJIB MELANGGAR WALA & BAIAH PAS






PERTEMUAN penulis dengan YAB Perdana Menteri memberikan beberapa indikasi yang perlu diberitahu kepada rakyat. Anda perlu tahu YAB Perdana Menteri (selepas ini disebut Najib), mempunyai cita-cita yang maha besar kepada negara ini. Ayat yang paling mudah ialah beliau mahu menjayakan Wawasan 2020.

Ketika bertandang ke rumah beliau di Pekan, Najib sebenarnya adalah seorang yang sederhana, kehidupannya yang dibayangi gaya hidup Aristokrat tidak menjadikan dirinya sukar didekati ataupun beliau mendengar apa yang anda hendak sampaikan. Anda pernah lihat tak, seseorang rakyat biasa, rakyat marhaen, menghulurkan sepucuk surat di tengah-tengah laluan perjalanan beliau, lalu beliau mengambilnya, membacanya, membuat nota dan meminta pegawainya menyelesaikannya dengan segera. Sudah tidak ada border antara rakyat dengan pemimpin nombor satu negara.

Penulis teringat kata-kata seorang mantan orang kuat Anwar Ibrahim, seorang Timbalan Ketua Bahagian di sana, katanya "Anwar ini, di hadapan rakyat jelata, lakonannya sangat first class, namun jika anda ke pejabatnya, anda tidak akan dipandang pun, kerana dia tidak mengenali anda". Seorang ustaz, ahli tasauf, melihat kepada nama Anwar bin Ibrahim, kata Ustaz ini, pemunya nama ini seorang yang sangat keras. Jangan salah faham, bukan keras anu nya.

Berbalik kepada Najib, konsep kesederhanaan yang dipopularkannya itu kini sudah menerjah dunia antarabangsa, di dalam negeri Malaysia, konsep ini juga sudah mula difahami rakyat jelata. Pelbagai program rakyat diberi keutamaan, sama ada Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai RM500, atau baucer buku bernilai RM200, atau penambahbaikan SBPA itu, semuanya adalah untuk rakyat. Tidak kira anda di pihak kerajaan atau pembangkang. Najib tidak menyisihkan anda.

Wakil-Wakil Rakyat BN di seluruh negara perlu mempunyai pelan tersusun seperti di Pekan, setiap Jumaat anda mesti turun dan berjumpa rakyat, bukan hanya kerana PRU sudah dekat. Tiga tahun yang lalu, ketika penulis berkunjung ke rumah Najib, ketika itu beliau masih menjawat TPM, program rakyat berkunjung ke rumah kayu beliau di Pekan tidak putus. Hari ini, ianya masih begitu, tiada tambahan rumah Najib diperbesarkan atau ditambah baik, penulis perhatikan pada satu bahagian kayu yang reput sedikit, ianya masih reput juga di situ. Lipatan kain sembahyang masih di situ juga, lalu kita tidak kekok walaupun sudah 3 tahun baru mengunjunginya semula.

Sebagai keluarga bangsawan, Najib tidak menggunakan kedudukan itu untuk menjadikan diri beliau susah didekati rakyat. Penulis teringat sewaktu Allahyarham Tun Datu Mustapha berkuasa dahulu, beliau pernah ditandu(Diangkat) di atas tandu, bukan kerana beliau menindas rakyat, tetapi rakyat Sabah ketika itu sangat menghormati beliau, sangat meninggikan daulah Allahyarham Tun Datu Mustapha, maka terpaksalah Tun menghormati juga keinginan rakyatnya. Najib sangat berlainan, anda cubalah, ketika najib lalu di depan anda, anda panggil beliau, dan beliau melihat anda, anda bisikkan sesuatu kepadanya, Najib akan mengangguk. Tidak lama kemudian, anda akan terkejut bisikan anda itu menjadi kenyataan.

Malahan, ahli-ahli dan parti PAS di Pekan pun menyokong Najib. Apakah mereka ini melanggar Wala' Nik Aziz kerana menyokong Najib? Sepatutnya mereka sokonglah sekurang-kurangnya Mat Sabu ker?

Bersambung...

Gambar ADUN PAS Hina Islam?

Posted: 19 Feb 2012 06:05 PM PST

Artikel diulang tayang untuk pembaca terlepas pandang malam tadi. ADUN PAS yang juga Pesuruhjaya Negeri menggantikan Dr. Hasan Ali rupa-rupanya bertindak lebih teruk daripada majlis yang dihadiri oleh DS Najib. Namun tiada seorang pun Ahli PAS berani mengutuk tindakan ini.



Baca seterusnya di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/panas-lepas-anwar-bukti-pemimpin-pas.html).


*Orang India pun tahu tindakan Dr. Rani tu salah di sisi Islam.

Motif Di sebalik ABU Terbongkar.

Posted: 19 Feb 2012 04:56 PM PST

Dalam dok komen di Malaysiakini, akhirnya cybertrooper pembangkang di Malaysiakini pecah rahsia.

Cuba tengok ni.



Baru MyMassa tahu bahawa ABU sebenarnya bermaksud ASAL BUKAN MELAYU.

Dengan menolak UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka lepas ini makin mudah untuk DAP menjajah Malaysia seperti PAP di Singapura.

Ianya selari dengan hujah Guan Eng dalam debat iaitu DAP menolak KETUANAN MELAYU tetapi mengangkat ketuanan rakyat. Ketuanan rakyat atau ketuanan keluarga Lim, Karpal dan Anwar?

*Kalau sesiapa yang perasan, yang komen di Malaysiakini kebanyakkannya bukan Melayu tapi pakai nama Melayu (contohnya Zanirun Baba). Cybertrooper DAP ni cuba hasut orang Melayu untuk pecahkan perpaduan orang Melayu. Malangnya ramai orang PAS dah termakan dengan mainan DAP. Rahsianya, cybertrooper DAP ini merupakan salah satu tugas 28 orang pegawai media Lim Guan Eng yang dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Santai Pagi : Kartun Alahai Nik Aziz

Posted: 19 Feb 2012 03:33 PM PST

Jom layan kartun dari Utusan.


*Terbaek.

Tahniah KPDNKK

Posted: 19 Feb 2012 02:17 PM PST

Satu kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.



*Tahniah.

Satu Lagi Insiden Yang Memalukan Muslimat Bertudung Labuh.

Posted: 19 Feb 2012 08:04 AM PST

Kalau sebelum ini MyMassa pernah siarkan video Muslimat berjoget ketika keputusan kes liwat Anwar, kali ini MyMasa tunjukkan perkara yang sama.

Cuba tengok gambar ini dan baca apa yang tertulis pada kertas yang dipegang oleh para muslimat ini.



Kalau ada yang faham pasti tergelak. Bila masa KUIN tertakluk pada AUKU?

Walaupun telah diterangkan oleh MB Kedah bahawa KUIN tertakluk kepada Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (Akta IPTS 1996), mahasewel geng Adam Adli yang bernaung bawah SMM masih tak paham.

Bodoh macam ni masih boleh masuk universiti? Dari segi ejaan pun dah jauh beza antara AUKU denga Akta IPTS.

Yang ini satu lagi bahalol bila meletakkan gambar seorang muslim dengan upacara agama lain. Malaysiakini pun tau apa yang mahasewel ni buat salah.


kuin protest 190212

Dalam perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, kira-kira 50 mahasiswa berkumpul sambil memegang kain rentang menuntut Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Jamil Osman dipecat.

Dalam terik matahari, mereka turut membawa potrait Jamil yang dikalungkan jambangan bunga - seperti dalam upacara kematian penganut bukan Islam.





Sudah-sudahlah Adam Adli n gang. Makin banyak korang buat demo, makin terserlah kebodohan korang.

*Bodoh-bodoh Adam Adli masih ada tempat dalam PKR. Yang dapat second class lower pun boleh jadi CEO, apa celup!

PANAS! Lepas Anwar, Bukti Pemimpin PAS Pulak Kantoi 'Murtad'. Siapa Dia?

Posted: 19 Feb 2012 06:32 AM PST

Kalau dulu kafir mengkafir menjadi mainan PAS.

Sekarang ni dah terbalik. Dalam dok mengkafir pihak lawan, rupa-rupanya ada pemimpin PAS pulak kantoi 'mensyirikkan' Allah S.W.T.

Oleh kerana malam ini adalah permulaan bagi minggu depan, MyMassa harap isu Thaipusam ini dipanjangkan lagi dengan menyerang PAS pulak berdasarkan bukti ini.

MyMassa petik dari blogger India tersohor.

Demi kebenaran foto DS @NajibRazak masuk kuil Batu Caves didedahkan!



Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan oleh ulamak-ulamak ektremis dari PAS walaupun ianya hampir seminggu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.

Persoalan yang timbul :
Adakah benar DS Najib masuk ke kuil?

Ini adalah gambar dimana YAB Perdana Menteri berada semasa memberi ucapan beliau(diperolehi dari sumber).





Bagi menjawab soalan ini,untuk mendapat kepastian dan demi kebenaran penulis berkunjung ke Batu Caves semalam. Sempat penulis mengambil beberapa gambar. Dimana ianya terletak? Penulis sempat mengambil gambar menggunakan mode 'panorama' yg jelas menunjukkan jarak dari kuil.


Gambar dibawa pula dari perkarangan kuil yang paling dekat.


Salahkah berada di perkarangan kuil?Beliau berada di  ' Exhibition Hall ' sahaja..tak masuk kuil pun..itu pun nak bising?

Habis tu Adun PAS yang masuk DALAM  kuil ,PAS tak bising pun?

YB Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor

Berada 100meter jauh dari kuil ,SALAH..tapi berada didalam kuil ,TAK APA? PAS memang BODOH!

Ini cetakan skrin salah tweet seorang rakan Twitter (seorang Muslim) mengenai isu ini.

Well said..
Baca seterusnya di sini (http://dhanyaraam.blogspot.com/2012/02/demi-kebenaran-foto-ds-najibrazak-masuk.html).

Amacam kawan-kawan, best tak bukti terbaru ni?


*Kalau sebelum ni kat Selangor ada pemimpin PAS diberi nama Khalid Gereja. Lepas ni ada pulak Rani Kuil. Kasi lekat itu nama sampai PRU 13.

Terima Kasih Blogger Helen Ang...

Posted: 19 Feb 2012 05:06 AM PST

Blogger Helen Ang
Pemilik blog Helen Ang telah menyiarkan salah satu komen MyMassa dalam blog tersebut.
Kalau ikut situasi semasa orang Melayu (ahli dan penyokong UMNO) masih sayang pada MCA. Kerana mereka melihat MCA lebih telus dari DAP yang telunjuk lurus kelingking berkait.

Orang yang hanya membaca berita di internet dah tidak mendepani realiti sahaja yang akan kata MCA tidak berperang. Dalam diam, MCA banyak melakukan kerja-kerja kemasyarakatan walaupun mereka kalah di kawasan tersebut. Sebab itu MyMassa menyokong video CNY dari MCA.

UMNO bukan memberikan kerusi ehsan tetapi menghormati roh perikatan sejak dahulu lagi. Tandanya walaupun parti perikatan (kini BN) berasaskan kaum tetapi pembangkang lebih rasis daripada mereka.

Cuma DAP lebih baik dari MCA dari segi pengurusan isu. Mereka lebih bijak menjawab dan memutar sesuatu isu dan membentuk persepsi yang baik terhadap mereka.

MyMassa tidak akan terkejut jika DAP akan menang besar mengalahkan MCA kali ini kerana selain daripada pengurusan isu yang baik (untuk pengaruhi undi atas pagar), DAP juga menjalankan gerak kerja akar umbi yang sangat tersusun. Pendaftaran pengundi baru dan pemindahan pengundi yang menyokong mereka amat giat dijalankan. Asas kemenangan mereka di Sarawak akan diulangi di Semenanjung.

Sebab itu kalau DAP hilang satu undi dari Helen pun mereka tak takut kerana setiap kawasan yang mereka akan tandingi telah mereka pastikan majoriti sokongan pengundi adalah kepada mereka berdasarkan gerak kerja dan pengurusan isu yang MyMassa sebutkan di atas.

Baca selanjutnya di sini (http://helenang.wordpress.com/2012/02/18/orang-cina-di-persimpangan-hujah-hujah/).

MyMassa rasa terharu dan berterima kasih.

Cuma MyMassa nak tambah sikit satu fakta yang mungkin ramai orang terlupa iaitu UMNO sendiri telah menang sebanyak 109 kerusi (daripada 209 kerusi) pada PRU 2004 iaitu satu bilangan kerusi parlimen yang cukup untuk menubuhkan sebuah kerajaan tanpa perlu bergabung dengan parti yang lain.

Tetapi semasa UMNO kuat, UMNO tidak pernah melupakan rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional. Dalam PRU 2008, UMNO tetap memberi kerusi majoriti Melayu kepada MCA dan MIC atas prinsip parti perikatan yang kemudiannya bertukar menjadi Barisan Nasional dengan kemasukan PAS, Gerakan dan PPP pada tahun 70 an.

Tuduhan mengatakan bahawa UMNO sebagai mandor kepada MCA dan MIC adalah satu tohmahan jahat yang dicipta oleh pembangkang untuk mengurangkan sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN. Ini kerana, UMNO sesekali tidak pernah mencampuri urusan MCA dan MIC. Walaupun krisis dalam MCA berlaku sebanyak dua kali iaitu tahun 1984 dan tahun 2009, UMNO langsung tidak pernah cuba untuk menguasai parti tersebut dengan meletakkan proksi. UMNO hanya membiarkan ahli MCA sendiri yang memilih pemimpin yang mereka yakin dan percaya.

Berbeza denga Pakatan Pembangkang. PAS sendiri telah dikuasai oleh PKR. Walaupun PAS adalah parti yang tertua dalam pakatan, namun perancangan licik Anwar Ibrahim membuatkan Team Erdogan berjaya menguasai parti tersebut sepenuhnya pada muktamar yang lalu. Strateginya sama seperti mana Anwar menguasai organisasi yang pernah dia pegang. Anwar dan pasukannya akan membiarkan ahli parti tersebut berpecah undi (contohnya golongan ulama yang ada 2 orang calon Timbalan Presiden) dan dalam masa yang sama mereka menumpukan sokongan kepada calon pilihan mereka. Akhirnya mereka akan menang kerana kumpulan lawan berpecah undi dan undi calon mereka 'solid' (seperti mana kemenangan Mat Sabu).

Sekali lagi MyMassa ucapkan tahniah kepada Helen Ang kerana sudi menjadikan komen MyMassa sebagai artikel.

*Jangan lupa bahawa Mat Sabu adalah double agent. Selain daripada dapat sokongan moral dari Erdogan (walaupun dia bukan golongan profesional), Mat Sabu juga mendapat sokongan kewangan DAP untuk berkempen semasa Muktamar. Dengar cerita sampai puluhan ribu telah disalurkan kepada Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden melalui syarikat I*O*Y.

Baca Boleh, Percaya Jangan. Jaringan Gol Yang Boleh Menyebabkan Kematian.

Posted: 19 Feb 2012 04:06 AM PST

Aaron Ramsey

Bila MyMassa terbaca berita ini, rasa macam terkejut pun ada.



Tak pernah MyMassa perasan tentang 'kebetulan' ini kerana Arsenal bukan pasukan pilihan MyMassa dalam EPL.

Jika benar sekali pun telahan tersebut, kita sebagai orang Islam tidak boleh mempercayainya.

Cuma ia boleh menjadi fakta menarik untuk kita bualkan bersama penyokong Arsenal.

*Bayangkan Aaron Ramsey selalu jaringkan gol macam van Persie........

Paranoidnya Amerika. Tulis Bom Kentut Pun Kena Tangkap.

Posted: 19 Feb 2012 03:06 AM PST

Bila melawan musuh yang tiada dan dicipta sendiri (pengganas), Amerika telah masuh satu fasa Paranoia.

Ketakutan yang melampau adalah takut pada bayang-bayang sendiri.

*Sampai 11 agensi berkejaran ke sekolah tersebut. Gila babi punya Amerika.

Mana Satu Pilihan Anda, Transformasi Atau Reformasi?

Posted: 19 Feb 2012 01:33 AM PST

MyMassa nak tanya pada pembaca, mana satu pilihan anda. Transformasi atau reformasi?



Jika anda memilih Transformasi, maka anda memilih pemimpin dalam kategori DOER (buat kerja).

Kalau anda memilih Reformasi, maka anda memilih pemimpin dalam kategori TALKER (banyak cakap).

Bila pemimpin dari kalangan TALKER diangkat, maka pengikutnya tak habis-habis suruh berdebat. Sebab dalam gelanggang debat, pemimpin mereka adalah JUARA BERCAKAP.

Jadi, mana satu pilihan anda?

*Poster TALKER dan DOER semasa PRN Sarawak.

Peringatan Untuk Yang Mungkin Terlupa

Posted: 19 Feb 2012 12:03 AM PST

Jumlah subsidi dari BN untuk rakyat.



Sumber : Berita Minggu.

*Sebar-sebarkan.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 19 Feb 2012 11:13 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Ada Surau Mereka Robohkan, Ada Tanah Mereka Luluskan Untuk Buat Kubur Cina...

Posted: 19 Feb 2012 09:00 PM PST

Nah ini yang berlaku di kedah, kubur cina yang terbesar di asia tenggara akan di buat di sana, apa maknanya semua nie? mereka sanggup gadai tanah-tanah pertanian orang melayu kepada taukei-taukei cina hanya semata-mata untuk kumpul dana pilihanraya, tak ke bangang macam tu. 

Kejadian ini berlaku dalam masa tiga tahun pas memerintah kedah, jangan ada pulak yang nak spin kata kejadian tu dah jadi zaman bn, seburuk-buruk bn/umno depa tak buat macam pas, rampas tanah orang melayu untuk buat kubur cina, bn/umno tak buat beb, pas je yang berani buat pasal "pas for all"

Cina Haram Jadah Ni Pertikai Iman Dan Amal Hasan Ali...

Posted: 19 Feb 2012 05:18 AM PST

Memang pukimak cina sekor nie, dia pertikai iman orang Islam, dia baca ayat quran ikut suka hati mak bapak dia, malah orang pas punya lah bodoh, sahut takbir yang dia laungkan...

Woii... itu cina makan babi, itu cina konek tak sunat, itu cina kafir, yang bodoh puak-puak pas pi sahut takbir dari cina kafir harbi tu buat ape...???

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 19 Feb 2012 09:28 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


DEBAT MCA/DAP :MEREKA HILANG PUNCA.

Posted: 19 Feb 2012 08:30 PM PST

MERAH PADAM GUAN ENG KENA TAJI DENGAN JESSIE OOI !

Posted: 19 Feb 2012 06:00 PM PST

DOA YANG BERBEZA.

Posted: 19 Feb 2012 11:50 AM PST

MASYAALLAH..AHLI PAS MULA TOLAK PAS !

Posted: 19 Feb 2012 05:12 AM PST

YAYASAN SELANGOR..

Posted: 18 Feb 2012 10:00 PM PST

r b f

Posted: 19 Feb 2012 07:04 PM PST

r b f


Surat Yang Tidak Disiarkan Oleh Malaysiakini

Posted: 19 Feb 2012 05:32 AM PST

Surat dibawah ini telah dihantar oleh seorang pembaca kepada malaysiakini.com beberapa hari lepas bagi menjawab surat tulisan Dr Maszlee Malik. Namun ianya tidak disiarkan oleh malaysiakini yang selama ini mengangkat diri mereka sendiri sebagai sebuah media yang bebas. 


Assalamualaikum Dr. Maszlee

Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan 'Buku Jingga' Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.

Menurut anda, 'Buku Jingga' yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan 'Buku Jingga' mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan 'Buku Jingga' apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak 'Buku Jingga' bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan 'Buku Jingga' yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam 'Buku Jingga' adalah 'tidak boleh pakai'. Apakah mengkritik dan menolak 'Buku Jingga' bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.

Menurut Dr. lagi, "Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta." Itu saya setuju. Tetapi bagaimana kita boleh mengetahui maklumat serta fakta itu telus sekiranya kita tidak dibenarkan untuk mengkritik maklumat tersebut. Apakah tindakan Datuk Maslan bukan termasuk dalam mengkritik maklumat yang terkandung dalam 'Buku Jingga'? Apakah jaminan Dr. bahawa kandungan dalam 'Buku Jingga' itu betul-betul telus?

Seterusnya Dr. menulis, "Maka, berdasarkan prinsip ini, 'Buku Jingga' yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik." Persoalan saya ialah apakah kerana ia tawaran dari Pakatan, secara automatik ia menjadi pengamal demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik? Sepatutnya, demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik ialah setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan tawaran mereka dan pihak lawan juga perlu diberikan peluang untuk mengkritik tawaran pihak lawan. Jadi saya ulangi, sila buktikan dimanakah Pakatan dihalang daripada mengemukakan tawaran 'Buku Jingga' mereka. Tunjukkanlah pada umum, bila dan dimana KDN menyekat penerbitan 'Buku Jingga'. Jadi tindakan Datuk Maslan adalah semata-mata menjalankan demokrasi adil dan tatakelola yang baik, sedangkan Dr. sendirilah yang mencabulinya dengan tidak membenarkan pihak lawan menkritik 'Buku Jingga'.

Perlu diingat bahawa Datuk Maslan adalah pembangkang bagi 'Buku Jingga' sepatutnya beliau mempunyai segala hak untuk melakukan apa yang dilakukan. Ini kerana tindakan beliau bukan atas kapasiti pihak berkecuali, sebaliknya sebagai pembangkang kepada 'Buku Jingga'. Yang jeleknya ialah pihak yang sepatutnya berkecuali dan bertindak atas kapasiti pihak berkecuali (umpama seorang ahli akademik) tetapi melakukan perkara-perkara yang nyata bias terhadap kecenderungan peribadinya (saya tidak tujukan ini pada Dr., tapi secara umum). Mungkin alasan Dr. ialah tindakan membuang 'Buku Jingga' adalah tidak beradab, namun begitu, ia adalah tafsiran Dr. semata-mata sedangkan pada pendapat saya, ia adalah satu bentuk ekspresi yang sah, selagi ia tidak menjadikan peribadi individu sebagai sasaran.
Pesuruhjaya Pas Trengganu merangkap MP Kuala Trengganu sedang mencucuh api untuk membakar akhbar Utusan Malaysia

Arab Spring 

Bakar Utusan Malaysia menghina demokrasi
Dr. seperti ada satu obsesi pada Arab Spring. Hakikatnya ialah Malaysia adalah amat jauh berbeza dengan sesetengah Negara Arab. Membandingkan Malaysia dengan Arab dan menjadikan Arab Spring sebagai ukuran ternyata merendahkan rakyat serta system yang wujud dinegara ini. Dr. ada menulis "Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga." Sekiranya diteliti apa yang Dr. tulis, ternyata Dr. lah yang mempelopori budaya pseudo-democracy. Dr. seperti mengatakan Pakatan sahaja yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat melalui 'Buku Jingga' mereka sehinggakan orang yang mengtongsampahkan 'Buku Jingga' dianggap telah menolak kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Apakah Datuk Maslan tidak mempunyai ruang untuk beliau mengkritik dan mengtongsampahkan 'Buku Jingga' sehinggakan tindakkan beliau dianggap tidak beradab dan menyanggahi demokrasi? Bukankah tindakan Datuk Maslan itu semata-mata proses demokrasi untuk beliau menzahirkan pandangannya kepada rakyat supaya rakyat boleh membuat pilihan. Kita tidak pernah mendengar pun Datuk Maslan menghalang sesiapa dari membaca 'Buku Jingga' dan sebagai individu dalam sistem demokrasi, bukankah beliau mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan beliau? Apakah itu pun dianggap salah menurut kaca mata demokrasi Dr.?

Perlu disedari bahawa bukan semua rakyat mempunyai peluang untuk mencapai maklumat dan bukan semua mempunyai pengetahuan untuk mencerna maklumat dan menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Oleh itu menjadi tugas ahli politik dalam sistem demokrasi untuk menyampaikan pandangan serta idea mereka. Pihak pembangkang telah kehulu dan kehilir untuk mempropagandakan 'Buku Jingga'. Bukankah kalau menurut pandangan Dr., rakyat sudah mampu berfikir dan mereka sepatutnya dibiarkan menilai sendiri tanpa campur tangan ahli politik? Kalau Dr. kata itu hak pembangkang untuk mempropagandakan ideologi mereka, maka persoalan saya kepada Dr. ialah apakah Datuk Maslan tidak mempunyai hak untuk mempropagandakan pandangan beliau yang tidak menyetujui 'Buku Jingga'.

Demokrasi ala DAP , Pas dan PKR
Seterusnya, Dr. menulis "Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina." Saya seperti terkejut melihat kenyataan sedemikian keluar dari seorang ahli akademik dalam pengajian Islam, sedangkan semua ahli agama tahu tentang hadith Usama Ibn Zaid r.a yang telah membunuh seorang yang mengucap dihadapan beliau sewaktu peperangan dengan anggapan beliau mengucapkannya kerana takut dibunuh. Apabila perkara tersebut dibawa pada Nabi S.A.W., maka Nabi S.A.W. mengatakan apakah anda sudah membelah hati beliau dan mengetahui apa yang tersirat. Saya biarkan bahagian ini untuk difikirkan pembaca lain, tetapi persoalannya ialah apakah kerana Datuk Maslan membuang 'Buku Jingga', Dr. sudah tahu ramai orang Felda yang akan terhina? Seolah-olah 'Buku Jingga' ini satu kitab yang tidak boleh dipertikaikan dan seolah-olah Dr. tahu 'Buku Jingga' ini diterima ramai warga Felda?

Sebagai akhir kata, dapat saya simpulkan, tulisan Dr. ternyata banyak sangat kecacatannya. Dr. menyeru kepada kebebasan maklumat, demokrasi adil dan tulen, tatakelola dan segala istilah-istilah besar demokrasi masakini, tapi Dr. sendiri menyanggahi prinsip-prinsip tersebut dalam tulisan Dr. sendiri. Dr. seolah-olah member gambaran yang bebas, adil, tatakelola dan segala istilah itu semua hanya hak mutlak Pakatan sedangkan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mengkritik dan menolak persembahan Pakatan. Tulisan Dr. nyata amat bias terhadap pakatan. Mungkin itu adalah parti sokongan Dr. dan saya tidak mempunyai masalah terhadap kecenderungan Dr. Ini kerana dalam tulisan Dr. sendiri pun tidak menyatakan yang ia adalah satu tulisan yang tidak berpihak. Cuma fokus saya adalah pada tulisan itu sendiri yang ternyata bersikap "double standard" dan tidak bersikap adil kepada kedua-dua pihak, walaupun motto tulisan itu adalah tentang keadilan dan ketelusan maklumat. Cacatnya tulisan Dr. bukan kerana kecenderungan politik Dr., tetapi adalah kerana kelemahan hujah yang ternyata menyanggah apa yang Dr. sendiri sarankan.

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan dijadikan orang yang benar-benar Adil oleh Allah S.W.T.

Sekian

Grand Marquis

Makluman Kepada Rakan-Rakan Blogger

Posted: 18 Feb 2012 11:56 PM PST

Blog ini menghadapi sedikit masalah.

Semua senarai blog rakan-rakan yang disenarai di blog ini telah hilang.

Mohon rakan-rakan blogger dapatkan hantar komen atau e mel (rbf_501@yahoo.com) url blog anda kepada saya untuk disenaraikan semula.

Kerjasama rakan-rakan semua saya ucapkan terima kasih.

Pin BBM RBF Online : 27878FC6

Twitter : rbf_online

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 19 Feb 2012 03:25 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Penyampaian Baucer BR1M Putrajaya

Posted: 18 Feb 2012 08:13 PM PST


Sekitar Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)



Hari ini eXception telah menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mana baucar tersebut di sampaikan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya...

Seawal jam 10 pagi keadaan Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya sudah mula dipenuhi oleh penerima bantuan berserta keluarga masing-masing. Lihat sahaja gambar di bawah... (Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana eXception cuma menggunakan kamera pada telefon bimbit)




Setelah selesai ucapan perasmian dari Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, maka bermulalah majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia...


Mereka yang menerima baucar ada yang sanggup beratur panjang untuk menebusnya dengan wang tunai... Malah ada yang bersabar dan menanti keesokan hari untuk menebusnya di bank.






Menurut Encik Amir Onn Bin Hj Mustapha, yang merupakan wakil dari Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, baucar ini boleh ditebus di mana-mana 3 bank di dalam Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan Maybank... Tarikh tamat tempoh penebusan baucar BR1M ini ialah pada 15 April 2012...


Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya meringankan sedikit beban rakyat Malaysia walaupun pemberian ini cuma sekali...


Bagi mereka yang gagal, peluang masih terbuka untuk anda membuat rayuan... Tarikh tamat rayuan BR1M ialah pada 15 Mac 2012... Anda boleh muat turun borang asli BR1M di sini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Kredit: Terima kasih kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang sudi menjemput eXception ke majlis tersebut.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 19 Feb 2012 03:16 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Sanggup Buat Ape Saje...!!

Posted: 18 Feb 2012 10:03 PM PST


Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.

"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari ini. - BERNAMA

Ape Nak Jadi Dengan Pas..? Ade Lagi Kes Pemimpin Dap Ceramah Guna Ayat Quran Kat Ceramah Pas

Posted: 18 Feb 2012 04:08 PM PST



BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 19 Feb 2012 03:08 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tan Sri Kamsiah Abdul Majid meninggal dunia - Al Fatihah

Posted: 19 Feb 2012 03:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI), Tan Sri Kamsiah Abdul Majid, 90, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Cucu Allahyarhamah, Sulaiman Idid, 41, berkata Kamsiah meninggal dunia pada 12.46 tengah hari tadi selepas dua minggu dimasukkan di pusat perubatan itu kerana masalah pembekuan darah di tangan.

"Allahyarhamah meninggalkan seorang anak tunggal perempuan dan empat orang cucu lelaki," katanya di sini, hari ini.

Katanya, jenazah yang kini dibawa ke rumah emaknya di Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama di sini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang sebelum Zuhur esok.

Kamsiah, anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Allahyarham Prof Datuk Dr Ibrahim Yassin, adalah seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan.

Sulaiman berkata, selain memegang jawatan penting dalam WI, neneknya adalah wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW).

Allahyarhamah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO). - BERNAMA

Mencari Damai Abadi

Posted: 19 Feb 2012 03:05 PM PST

Mencari Damai Abadi


Ahad - Semua Orang Bekerja?

Posted: 19 Feb 2012 06:00 AM PST

Bismillah...

Hari ni, aku ke pe jabat untuk meneruskan kerja-kerja aku yang terbengkalai semalam. Hari pameran dah semakin hampir, tapi barang-barang kami masih tak nampak rupa pun lagi.

Sedang aku tekun (tekun ke??) bekerja, seorang amoi datang ke workstation aku diiringi pak guard. Dia adalah jurujual! Boleh pulak dia jual kad kredit kat tempat aku tu. Entah apa yang dikelentong kat pak guard tu pun aku tak tau. Sibuk bercerita tentang produk nya. Aku terpaksa menolak, sebab aku tak der masa nak bersembang pasal kad kredit. Aku datang Muar nak siap kan kerja aku..

Hmmm.. Jurujual pun bekerja hari minggu. Ingat designer je yang kerja.. :)

tun faisal dot com

Posted: 19 Feb 2012 01:40 PM PST

tun faisal dot com


[Video] Dr Asri - Blogger jangan tuduh tanpa bukti @realDrMAZA

Posted: 19 Feb 2012 07:54 AM PST


[Video] #Kantoi @AnwarIbrahim ditangkap menipu lagi #PenipuRakyat

Posted: 19 Feb 2012 02:45 AM PST

Pengikut