Jumaat, 25 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 25 Feb 2011 11:16 PM PST

Peghelih La...


Edar Risalah Janji 100 Hari Pakatan Rakyat

Posted: 25 Feb 2011 10:46 PM PST

Lajnah Penerangan PAS Perlis mengedarkan Risalah Janji 100 Hari Pakatan Rakyat selepas solat Jumaat di masjid Putra semalam. Risalah yang sama turut diedarkan di Masjid Alwi, Kangar.

Salam Perjuangan

Posted: 25 Feb 2011 11:04 PM PST

Salam Perjuangan


SUARA ANAK FELDA - JAWAPAN UNTUK AHMAD MASLAN

Posted: 25 Feb 2011 05:40 PM PST

ELAK SERANG PERIBADI CALON

Posted: 25 Feb 2011 07:48 AM PST

BUKU JINGGA 'DISERANG'

Posted: 25 Feb 2011 03:45 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Feb 2011 09:19 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Posted: 25 Feb 2011 01:27 AM PST

Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila muat turun borang sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/02/tawaran-istimewa-untuk-anak-rembau-di.html

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 25 Feb 2011 09:14 PM PST

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


Penamaan calon p'raya kecil Merlimau, Kerdau...

Posted: 25 Feb 2011 07:07 PM PST

10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan bermula.

Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang mengemukakan borang pencalonan merek bagi pilihan raya kecil kawasan ini.

NONE10am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan diterima setakat ini.

9.52am Merlimau: Naib presiden PAS Nasharudin Md Isa berkata kempen parti itu akan menggabungkan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.

Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan satu latihan yang baik kepada jentera Pakatan dan PAS dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.

Katanya, beliau telah diajukan soalan berhubung isu melibatkan kerajaan persekutuan ketika mengunjungi satu kawasan Melayu pada malam tadi.

9.50am Kerdau: penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada penyokong PAS.

NONE9.45am Kerdau: Penyokong BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama lain.

Sementara penyokong PAS pula menyanyikan lagu 'duit duit, di mananya duit? Di sana, di sana' .

9.45am Merlimau: Polis menghadkan jumlah ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai SPR.

Polis tidak benarkan ahli parti yang sudahpun berada dalam dewan, untuk keluar membawa pas masuk untuk mereka yang lewat tiba.

Jenice yang tiba jam 9.15 pagi dan tidak dibenarkan masuk ke dewan, mendakwa DAP telah memohon 20 pas masuk dan dia ditugaskan oleh parti untuk berada di dalam dewan.

Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu sudah habis.

"Saya hadir di banyak pilihan raya kecil. Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

9.26am: Kerdau: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, siap mengisi borang pencalonan. Beliau dan calon PAS Hassanuddin Salim kemudiannya bergambar untuk jurufoto sambil berjabat tangan.

Kedua-dua calon serta pencadang dan penyokong masing-masing bersarapan di meja yang sama, sementara menunggu tempoh penamaan calon tamat.

NONE9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.

"Kemenangan besar (di Merlimau) akan menunjukkan penerimaan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Minister Mohd Ali Rustam," katanya.

Sementara itu, jurufoto sibuk mengambil gambar seekor kucing yang dipakaikan baju-T BN.

9.16am Kerdau: Hassanuddin Salim siap mengisi borang penamaan calon di hadapan pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad sedang mengisi borang penamaan calon.

NONE9.04am Merlimau: Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat penamaan calon.

9am Merlimau: Calon PAS Yuhaizad Abdullah (kiri) telahpun berada di pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonannya. 9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan calon bermula.

8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

NONE8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

8.30am Merlimau: Penyokong PAS seramai 5,000 orang berkumpul dengan membawa bendera parti dan juga poster, antaranya dengan slogan "YB mati Merlimau maju", "Apco Israel bahaya" dan "Justice for Beng Hock."

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

NONE7.30am Kerdau: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.

http://malaysiakini.com/news/157082

(semoga rakyat dapat membuat pilihan yang tepat. Pilihlah calon pas yang ternyata perjuangannya jelas untuk keadilan semua...)


Rembau Hari Ini

Posted: 25 Feb 2011 08:17 PM PST

Rembau Hari Ini


Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Posted: 25 Feb 2011 01:25 AM PST


Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila poskan borang yang telah diisi ke :

Hamizi bin Ahmad
Pusat Khidmat DUN Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan

atau e-melkan borang ke hamizi_ahmad@yahoo.com
Sila klik dan cetak borang diatas

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 25 Feb 2011 07:29 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 25 Feb 2011 07:42 AM PST


Posted: 25 Feb 2011 07:22 AM PST

Himpunan 500K BERSIH 2 pada June 2011



1. Negara kita masih menyaksikan kepincangan ketara dalam amalan demokrasi. Bukan sahaja dipentas politik negara malah kepincangan serupa turut melanda politik kampus. Bermula dari pengendalian sistem demokrasi yang berat sebelah, tidak adil dan tidak telus telah menimbulkan keresahan berpanjangan dari rakyat dalam negara kita. Saya percaya tragedi yang berlaku di UPM baru - baru ini pun bermula dari keresahan serupa yang turut dirasai oleh para mahasiswa.

2. Pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat telah meledakkan kebangkitan menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan 100,000 rakyat yang dikenali sebagai himpunan BERSIH. Beberapa tuntutan yang telah dibuat dalam himpunan BERSIH yang pertama tempohari masih dibekukan begitu sahaja oleh pihak berwajib. Antara tuntutan tersebut ialah :

  • Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
  • Pembersihan daftar Pemilih
  • Pemansuhan Undi POS
  • Kebebasan media

3. Saya melihat secara dekat perkembangan demokrasi dalam negara kita masih tidak benar - benar telus dan bebas dari sebarang manipulasi seperti undi pos yang masih diamalkan dalam sistem demokrasi negara kita. Malah undi pos benar - benar dijadikan tali hayat pihak pemerintah untuk mengekalkan survival kuasa mereka . Demikian juga kebebasan media yang kian parah.

4. Saya yakin seluruh rakyat dalam negara kita dapat saksikan kepincangan ini, apabila media elektronik dan cetak negara kita seperti RTM dan Utusan Malaysia serta Berita Harian diguna sepenuhnya secara tidak adil untuk berkempen sebelah pihak iaitu pihak UMNO dan BN sedang RTM dan Utusan Malaysia atau Berita Harian ini tidak pula diisytiharkan sebagai media rasmi atau buletin rasmi parti UMNO dan BN .

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mendesak dan merayu supaya kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke 13 akan datang. Hanya keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah. Andai sistem pengendalian demokrasi negara masih pincang dan dilihat terlalu banyak kelemahan di sana dan sini, keputusan pilihanraya akan mencetus rasa tidak puas hati dan menganggu kesejahteraan serta keharmonian rakyat .

6. Desakkan dan rayuan ini adalah serius. Kami sudah penat bertolak ansur dan bertarik tali dengan pihak kerajaan dalam menuntut keadilan serta ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini. Sungguhpun kerajaan UMNO dan BN benar - benar nekad mahu mempertahankan survival kuasa dan pengaruh mereka , maka pertahankanlah ia dengan bermaruah dan berhemah. Iaitu melalui satu sistem pengendalian demokrasi yang telus, adil dan saksama. Bukan melalui sistem saingan demokrasi yang berat sebelah.

7. Kami memberi tempoh sehingga menjelang 1 Mei 2011 ini untuk kerajaan memberi komitmen lalu memulihkan sistem demokrasi pincang yang kita hadapi dalam negara kita hari ini. Andai desakan dan rayuan ini tidak dipeduli oleh pihak kerajaan, kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberi komitmen untuk menyahut seruan Yb Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bahawa satu lagi rally atau himpunan BERSIH digerakkan.

8. Kali ini, insyaallah saya percaya dan yakin, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman namun penuh tegas untuk memohon dan mendesak agar kerajaan mahu atau tidak mesti memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar adil dan telus kepada semua parti yang bertanding dan melibatkan diri dalam pilihanraya.

9. Saya meletakkan jangkaan tarikh awal untuk BERSIH 2 ini ialah pada bulan June 2011 [ sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan.

10. Saya ulangi tanpa sikap teragak - agak demi kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara agar kerajaan benar - benar serius dan memahami tuntutan kami sebagai rakyat dan anak - anak muda khasnya yang mahu menyaksikan perubahan besar berlaku dalam negara ini. Andai tuntutan diterima dan dilaksanakan , kami benar - benar mengucapkan terima kasih namun jika sebaliknya, berbanyak maaf kami pinta bahawa kami khasnya anak - anak muda, dengan Nama Allah swt Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Adil, akan bangkit sekali lagi menuntut hak kami sebagai rakyat yang merdeka pada bulan June 2011 dalam Himpunan 500K BERSIH 2 kelak .

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPP Malaysia

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Feb 2011 07:24 PM PST

PAS Kawasan Miri


'Keusahawanan' Taib Di Miri - Rasuah Terungkap!

Posted: 25 Feb 2011 03:28 AM PST

Taib's 'Entrepreneurship' in Miri – Corruption Revealed
Friday, February 25th, 2011 GMT- From Sarawak Report
When did this old boy last get to drive himself? let alone in a digger! Ground breaking ceremony for his company's 'fortuitous' contract to construct the Taman Tunku - Taman Jelita road!

At the end of last year, during a ground breaking ceremony for the new Taman Tunku - Taman Jelita road in Miri, Taib Mahmud launched into his new big theme of condemning 'envy'. As one onlooker recalls, the Chief Minister said: "Sarawakians must reject politicians who perpetrate "anti-rich people" sentiments as this will only deter the state's quest for greater progress". [ http://lifeisreallybeautiful.com/]
By this we can conclude that the Chief Minister does not like critics who question his enormous wealth!
The Chief Minister has continued to warm to this 'our wealth benefits you' theme on numerous occasions since, stating that his own multi-billionaire status and the enormous wealth of his family are good for the rest of the people.
Miri's Taman Tunku -Taman Jelita Road a prime example!
Therefore, what better study to make of his claims than the very project he was launching on that day? The nature of this 'enterprise' is a perfect example of how the Taib family has become rich. However, it has very little to do with hard work, cleverness or inventiveness and everything to do with the corrupt exploitation of Government office by Mr Taib Mahmud.

Grand new offices! Parabena has clearly done well...

The road involved in this ground-breaking ceremony was, as the BN controlled Borneo Post describes it, a "RM 18 million access road, fringing the runway of Miri airport to be built by developer and landowner Kampulan Parabena Sdn Bhd". The article goes on to explain that the Managing Director of Kumpulan Parabena is Taib's sister Raziah Mahmud.
While the rest of the world wonders how the sister of the Chief Minister is in charge of a company that has received this chunk of state land and a state funded contract of this nature without a major issue arising over conflict of interest, the Borneo Post goes on to say that instead: " Parabena is also mulling the proposal for a university campus, polyclinic and other infrastructures in this strategic location"
So, it is clear that if Raziah would like to be given state money to perform such projects (or at least sell the projects on to a real construction company to perform), then the option is hers! Experience would prove this to be the case, since Parabena has received an extraordinary number of contracts of this nature.

Chief Minister launches the road project. Rich Venture is the company owned by crony Hii King Chiong, which was sub-contracted to do the actual work by Taib's own company Parabena!





Parabena's Miri bonanza
Sarawak Report has already documented how Kumpulan Parabena has been the recipient of hundreds of millions of ringgit worth of State and Native Customary Rights lands over recent years, usually under the thin disguise of numerous 'front companies' based at its office address in Kuching. However, there can be no greater scandal than that attaching to the land that it has acquired in the prime airport area in Miri and in other prime sites in Sarawak's key oil town.

Prime airport location - given to Raziah and then sold off to others to develop!

Soon after he took power Taib handed an original 800 acres of this prime land to his own family company Concordance Holdings in November 1982. This was later transferred to a Parabena, which is a subsidiary and then, according to the Borneo Post extended to a total of 2,000 acres of prime development land. After 30 years of profitable housing development, which has reaped millions in profits for Raziah Mahmud, the project is now moving into its second phase, hence the need for the new government-financed road to get to the next part of the site.
People from Miri have explained to Sarawak Report that the original excuse for the land handout was that it supported a Bumiputera company, in order to develop local skills. However, Managing Director Raziah Mahmud soon succumbed to the get rich quick alternative of selling on the land she had got for free for a fat profit to genuine developers like HSL – or, as in the case of the current road project, Rich Venture Construction Sdn Bhd, owned by the crony tycoon Hii King Chiong!

Who are the beneficial owners of Parabena?
Bearing in mind that the 2,000 acres involved are prime state land that has been largely given for free to Kumpulan Parabena thanks to the decision of the Minister for Resources and Planning, Abdul Taib Mahmud (one of his many key offices of state), it is worth pointing out the shareholders of this company.

Family company. All these shareholder companies are owned by the Taibs. Taib himself owns a stake in Kumpulan Parabena through his personal registered shares in Mesti Bersatu, in turn an owner of Miri Properties and Dalam Development!

It turns out that the Chief Minister himself is personally one of the key shareholders of Kumpulan Parabena through his stakein Mesti Bersatu Sdn Bhd, which in turn holds shares in Miri Properties and Dalam Development. Concordance Development, another shareholder in Parabena, is owned by CMS, the Taib's main family company! The other shareholder companies are all owned by members of his own family, in particular his sister Raziah and her third husband Robert Geneid.

Native people are marshalled in to decorate Taib's ground-breaking ceremony but what benefit have the natives received from the taking of their lands for developments like this?

Mesti Bersatu (and therefore the Chief Minister) is also a major stakeholder in the controversial Royal Mulu Resort, which has likewise benefitted from free land 'alienated' by Taib from the Native Customary Landowners of the area, as well as from massive state subsidies, again thanks to his decisions as Chief Minister and Finance Minister!
It is therefore only appropriate to question why Taib refers to the concept of useful enterprise in the context of Kumpulan Parabena, a family company which has flourished not out of hard work, but solely from exploiting government connections to grab land and contracts, which are then sold on for others to do the actual work?

Secondly, what good it has done for the wider population of Sarawak that the Chief Minister and his family should have made so much money out of doing nothing but profit from the appropriation of huge tracts of land grabbed by the Chief Minister for himself? How did such a corrupt acquisition of wealth benefit others and why is it wrong or indeed 'envious' to question and criticise this theft by the Taibs?
More corruption in Miri
Prime site by the sea, handed by Taib to Majupun Sdn Bhd, another family company. The Chief Minister himself owns indirect shareholdings in the company!

Of course, Taib's smug appearance at his siter's ground-breaking ceremony in Miri is just one example of his series of 'enterprising' activities all over Sarawak. Another major development in the town provides a further sickening example of the Mahmud family's destructive greed.
In the early 1990s Taib's acquisitiveeyes fell upon one of the city's prime sites by the sea, Taman Selara. This was the gracious area occupied for over a hundred years by the traditional Residency, the District Officer's house and the District Medical Officer's house. The three buildings were classic heritage buildings that defined the town and they adjoined a public park – all in a prime part of the city.
Taib grabbed 20 acres of this public recreation land for himself in order to develop what is now the modern Marriott Hotel. The site also absorbed a public car park in which the local council had just invested a million ringgit of public money, which was then destroyed. Raziah, who is the Director of the project promised the Mayor to pay compensation, but 20 years later the City is still waiting!
The company to which the site was then given for a nominal amount is Majupun Sdn Bhd. The Directors of Majupun are again his sister Raziah and her Australian-Lebanese husband and Taib'sdaughter Hanifah. Once again the shareholders of Majupan are two Taib family-owned companies, Noble Strike Sdn Bhd, and Bakraz Holdings. And once again the Chief Minister himself holds a substantial interest in the companies through his shareholding in Mesti Bersatu and Miri Properties and Kumpulan Parabena!

Nice tidy profit
Owned by the Taibs. The Marriott in Miri.

In this manner Taib grabbed for himself and his family members one of the largest and most valuable parts of Miri, which the Marriott Hotel Group has been pleased to run on his behalf (this US company will soon also be taking over the management of the Taib's equally corrupt Royal Mulu Resort, which is laughably described as an 'eco-tourism' venture).
Taib even managed to make a huge profit from selling on a fifth of the enormous Taman Selara site – 4 acres of prime territory that he had taken from the public – for RM 12 million to the crony company Shin Yan, which is currently building another three blocks of high-rise condominiums on what was once Miri's most attractive part of town and a public parkland. Again Sarawak Report asks where is the 'enterprise culture' for which Taib seeks applause and who else benefits but himself?
Disgraceful
Losers - not the kind of 'entrepreneurs' Taib is looking for. Dragged out to applaud the ceremony and Taib's wealth. The hypocracy of the Taman Tunku - Taman Jelita Road opening ceremony did not prevent the organisers, doubtless funded by Parabena's crony sub-contractors Rich Venture, from fawning over the kind gesture of Raziah Mahmud in providing her own planned new development with a road funded at the public expense!
Chinese Dragon dancers and native men in women in costumes were brought in to celebrate the wealth of the Mahmuds and to listen to Taib's lecture against criticising wealth such as his own!

Clearly, this act of abasement by his people is what Taib would describe as the benefit they have received from the vast wealth of people like himself! However, that wealth was acquired from robbing these people's lands and raiding the finances of the state! In a crowning act of quite disgraceful and patronising treatment of his own deprived and impoverished people, the Chief Minister then saw fit to oversee the throwing of food packages at the drummed-up crowd of onlookers. These people were then photographed as they humiliatingly scrambled to get what they could from the scraps of the Chief Minister's ill-gotten wealth!
Scrambling for food parcels thrown out during the ground-breaking ceremony!


Likewise, the Chief Minister will surely expect to be gratefully received by the voters of Sarawak when he just as patronisingly tosses them RM50 ringgit each of their own stolen wealth in an attempt to purchase their votes in the next few weeks. Sarawak Report suggests that the people no longer allow themselves to be bought so cheap just because their Chief Minister has kept them so poor. We remind them that the Chief Minister has billions of their money locked up in bank accounts that should be released to bring them the benefits of schools and healthcare and electricity and roads, all of which the Chief Minister has been too greedy to provide!




PS: Tengok saja apa yang CM buat untuk keluarga beliau di Sarawak terutama di Miri, menurut Sarawak Report beliau memiliki banyak syarikat perniagaan yang diusahakan oleh adik beradik dan kroni beliau di mana tanah-tanah rakyat telah diambil oleh syarikat-syarikat yang berkenaan semata-mata untuk meraih keuntungan atas kesusahan rakyat. Dimana rakyat yang telah menetap di tanah-tanah temuda atau NCR land akan di halau keluar sekira kawasan tersebut boleh mendatang hasil dan keuntungan kepada syarikat berkenaan. Rakyat yang sudah berpuluh-puluh tahun menetap di situ dah berpuluh kali memohon tanah untuk tempat kediaman dan pertanian sukar sekali diluluskan dengan berbagai-bagai alasan serta syarat yang menyukarkan penduduk yang miskin untuk mendapatkannya tetapi apabila syarikat yang ada kaitan dengan kepentingan CM maka dengan mudah mereka mendapatkan grant tanah walaupun pada asalnya tanah tersebut NCR land atau tanah temuda. Perkara inilah yang menyebabkan peribumi dan rakyat Sarawak menentang kerajaan BN Sarawak dibawah pemimpinan CM Taib. Kalaulah CM faham kehendak rakyat sudah tentu perkara perselisihan diantara tuan tanah dan syarikat yang menyewa tanah tidak berlaku seperti di Niah dan sebagainya.Tuan tanah terasa tertipu bila mereka mengetahui bahwa tanah mereka telah digadai atau dijual oleh orang-orang ada berkepentingan untuk meraih keuntungan atas angin. Mereka ini ada terlibat dengan syarikat yang ada mempunyai perhubungan dengan keluarga CM.

Jadi kita PAS dan PAKATAN Rakyat sebagai sebuah parti yang berdaftar dan sah disisi undang-undang negara menyeru kepada BN agar berhentilah menindas rakyat terutama sekali rakyat yang tinggal di pendalaman yang memiliki tanah beratus-ratus hektar yang telah turun temurun diusaha oleh datuk nenek moyang mereka sehingga kini dirampas oleh syarikat yang di miliki oleh keluarga dan kroni CM semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Kita juga nak mengingatkan pemimpin BN agar sedarlah diri sendiri siapa kamu sebenarnya sebelum ini kalau bukan rakyat yang melantik kamu sehingga kamu diangkat jadi pemerintah atau jadi menteri sehingga sanggup kamu menindas rakyat yang memilih kamu dalam pilihanraya lalu, sampai ada diantara pemimpin BN yang mengatakan "buat apa buat jalan untuk monyet dan babi hutan". Rakyat bukannya minta BN membuat jalan dimana tiada orang yang menetap di situ tapi lihatlah sendiri keadaan persekitaran kampung-kampung dan juga rumah-rumah panjang dimana ramai penduduknya pun jalan masih lagi teruk inikan pula jalan dalam hutan dan pendalaman tidak payah hendak diceritakan. Apa yang rakyat mahu adalah kemudahan asas bukannya banglor mewah atau kereta mewah tetapi sekadar cukup untuk kemudahan asas mereka menjalan akitiviti harian sudah cukup menyenangkan mereka. Tetapi oleh kerana ketamakan serta kesombongan sesetengah pemimpin BN menyebabkan rakyat terus hidup dalam kesusahan dan kemiskinan sedangkan Sarawak adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber hasil bumi yang luas. Dimana semua hasil tersebut kalau tidak dikaut atau dibolos oleh syarikat-syarikat atau kroni BN?

Kita menyeru agar rakyat Sarawak sedar dan berani untuk berubah dari terus hidup menderita begini, caranya yang boleh mengubah adalah hanya dalam pilihanraya umum nanti di situlah rakyat yang berkuasa menentu siapakah yang layak untuk memerintah negara ini, kalau kita terus memberi peluang kepada BN maka tunggulah kehancuran kita tapi kalau kita memberi peluang kepada Pakatan Rakyat, InsyAllah pasti ada perubahan yang lebih baik dari apa yang kita hadapi sekarang. Jadi fikirlah baik-baik sebelum memakah undi nanti. Bah sokonglah PAS dan PAKATAN Rakyat untuk perubahan dan kesejahteraan ummah. PAS Untuk Semua.


Khalid Samad

Posted: 25 Feb 2011 07:23 PM PST

Khalid Samad


Respon Pengunjung Februari (Bahagian I)

Posted: 25 Feb 2011 06:05 PM PST

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas kesemua komen yang telah disampaikan melalui blog ini. Saya mohon maaf kerana tidak dapat respon kepada semua, tetapi hanya kepada beberapa komen yang saya rasa memerlukan respon seperti berikut:

KOMEN 1
Alhamdulillah YB telah tampil ke depan memberi sokongan kepada rakan PR dalam kes saman ini. Tapi saya ragu sekiranya menimpa sesama ahli Jemaah adakah YB akan memberi sokongan.

Lihat dalam kes Nasrudin, Ketua Pemuda YB orang yang mula-mula beri komen tanpa merujuk dahulu kepada beliau adakah penyataan tersebut benar atau sebaliknya. Ambil terus berita dari akhbar. Inilah perangai YB dari dulu hingga sekarang yang hanya membina keunggulan peribadi lebih dari Jemaah. Wallahu'alam

Dalam kes Ust. Nasaruddin, sebenarnya komen saya, apabila ditanya wartawan, adalah, "agak pelik sekiranya dia (Nasaruddin) menyatakan begitu kerana dia tidak merupakan anggota mana-mana kerajaan Negeri" tetapi ianya di'spin' untuk memberi gambaran bahawa saya mengecam beliau. Saya ditanya perkara ini semasa membuat sidang akhbar bersama YB Dr. Mariah dan beberapa YB lain berhubung kes YB Suhaimi dan MPSJ.

Seterusnya saya ditanya pula samada soal sambutan 'Valentines day' dibincang dalam mesyuarat Lujnah Politik Pusat dan saya menjawab "tidak". Jawapan ini juga ditokok tambah sehingga mengambil bentuk saya membidas Ust Nasaruddin dengan mengatakan ianya pandangan peribadi beliau. Seterusnya bila ditanya berhubung 'crackdown', saya menjawab tiada 'crackdown' tetapi apa yang akan dilakukan adalah operasi biasa yang dilakukan pemuda PAS di mana mereka akan mendekati pemuda-pemudi yang sedang 'coupling' dan menasihati mereka secara baik. Perkara ini disambut oleh YB Dr. Mariah dan beliau memberikan penjelasan tambahan berhubung bagaimana operasi sebegitu biasa dilakukan.

Saya rasa yang penting adalah kesedaran bahawa media cuba mencorakkan imej yang tertentu bagi setiap pemimpin. Bagi Ust. Nasaruddin, imej yang 'konservatif' dan saya, imej yang 'liberal'. Seterusnya mereka ingin memberikan gambaran bahawa kami bertelagah dan ini dilakukan dengan di'spin' kenyataan-kenyataan kami. Saya harap saudara memahami bahawa bukan sekadar kenyataan Ust. Nasaruddin boleh diputar-belit, kenyataan saya pun begitu.

Dalam soal ingin membina keunggulan peribadi lebih dari jemaah, saya memahami bahawa saya tidak mampu melakukan apa-apa seorang diri tanpa adanya jemaah. Oleh itu tanggapan saudara adalah merupakan persepsi peribadi saudara sendiri dan apa yang saya ingin lakukan adalah untuk membina imej PAS sebagai parti yang berasaskan ajaran Islam di mana Islam mengambil kira persoalan waqi' dan suasana dalam mencorakkan sesuatu sikap dan tindakan.

KOMEN 2
Bukan mahu mengutuk, cuma mahu berbincang. Bercakap tentang pembentukan masyarakat Islam dan hubungannya dengan PAS.

Saya lihat PAS dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Dahulu, PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan berkompromi berkaitan perkara Islam. Tapi kini, PAS sudah semakin 'lembut'.

PAS kini lebih mendengar kata DAP dan PKR dalam perkara berkaitan Islam. Ianya amat menyedihkan umat Islam di negera ini.

Apa yang lebih menyedihkan adalah Anwar Ibrahim yang mahu melantik Lim Kit Siang sebagai TPM. Adakah pemimpin Islam dalam PAS tidak layak untuk memegang jawatan tersebut? Mengapa pemimpin PAS tidak diberi peluang?

Saya rasa pemimpin PAS perlu memikirkan kembali perjuangan Islam. Kini, rakyat sudah menyedari perkara ini dan tidak lagi menyokong PAS. PAS sudah tewas di beberapa PRK dan mungkin menemui nasib sama di Merlimau.

Sebenarnya PAS tidak berubah. Yang berubah adalah keadaan dan suasana yang memerlukan penegasan yang berbeza. Dulu perkara yang sering ditegaskan adalah isu Aqeedah. Ini adalah kerana ummat Islam sering didengarkan kata-kata seperti "sistem perundangan Islam ketinggalan zaman", "kalau Islam memerintah, maka akan habis batu-batu kerana merejam penzina sehingga tidak boleh bina jalan raya", "perundangan Islam hanya sesuai untuk zaman dulu dan suasana padang pasir" dan banyak lagi yang seumpamanya.

Dalam suasana begitu maka PAS mengambil pendekatan tegas kerana ianya melibatkan persoalan aqeedah. Dalam persoalan aqeedah memang tiada kompromi. PAS menegaskan bahawa mempertikaikan hukum Allah boleh membawa kepada kekufuran. Sering ceramah-ceramah PAS membawa isu batas-batas iman dan kufur kerana itulah keperluan pada ketika itu.

Sekarang, Alhamdulillah, secara umumnya tiada yang sanggup mengeluarkan kata-kata begitu. Persoalan yang ditumpukan sekarang adalah persoalan memperluaskan kefahaman. Dalam keadaan ini maka kefahaman terhadap matlamat disebalik perjuangan Islam, seperti keadilan, urus tadbir baik (good governance), pembebasan dari rasuah, menentang kezaliman dan prinsip siyasah syariyyah menjadi tumpuan dan diberikan penekanan. Namun semua ini diletakkan dalam konteks pengabdian diri kepada Allah dan mencari kereDhaanNya.

Soal mengikut kehendak DAP dan PKR tidak timbul sama sekali. Aspek mana yang diperjuangkan oleh PR bercanggah dengan Islam tetapi diterima PAS sebagai kompromi demi politik? Adakah urus tadbir baik bukan dari Islam, atau keadilan atau penentangan terhadap rasuah dan kezaliman? Kalau semua ini adalah yang dituntut Islam, maka bagaimana boleh dikatakan bahawa PAS mengikut kehendak DAP dan PKR? Tidakkah pihak yang mempertahankan rasuah dan penyelewengan sebaliknya yang patut dikutuk sebagai pembawa unsur yang tidak berlandaskan Islam dalam pemerintahan?

Dalam soal LKS menjadi TPM, ini merupakan dakyah UMNO/BN yang tidak berasas. DSAI tak pernah mengeluarkan kata-kata begitu kerana ianya tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan PR. Akhirnya, siapa yang akan menjadi PM dan TPM bergantung kepada siapa menang dan berapa kerusi yang dimenangi oleh setiap parti. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya, maka satu konsensus perlu dicapai berhubung apa-apa jawatan.

Oleh itu, sekiranya ada yang ingin PAS memainkan peranan yang lebih besar dalam PR, mereka harus berusaha supaya PAS memenangi kerusi yang lebih. Adalah tidak masuk akal untuk seseorang menuntut PAS supaya memainkan peranan yang lebih utama tetapi pada masa yang sama berusaha untuk memenangkan UMNO.

PAS kalah di Galas melalui PRk. Kalau PRU, insyaAllah tidak mustahil PAS boleh menang balik kerusi berkenaan kerana PRk berbeza dengan PRU. Tenang, Merlimau dan Kerdau merupakan kerusi-kerusi yang dimenangi UMNO pada 2008. Sekiranya semuanya dimenangi UMNO/BN melalui PRk sekalipun, ianya bukan bukti kemerosotan sokongan terhadap PAS atau PR. Ianya hanya bukti bahawa PRk sukar dimenangi pihak selain BN.

bersambung...

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 25 Feb 2011 03:23 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Himpunan 500k BERSIH 2????

Posted: 25 Feb 2011 08:24 AM PST

Oleh Nasrudin bin Hassan

1. Negara kita masih menyaksikan kepincangan ketara dalam amalan demokrasi. Bukan sahaja dipentas politik negara malah kepincangan serupa turut melanda politik kampus. Bermula dari pengendalian sistem demokrasi yang berat sebelah, tidak adil dan tidak telus telah menimbulkan keresahan berpanjangan dari rakyat dalam negara kita. Saya percaya tragedi yang berlaku di UPM baru - baru ini pun bermula dari keresahan serupa yang turut dirasai oleh para mahasiswa.

2. Pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat telah meledakkan kebangkitan menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan 100,000 rakyat yang dikenali sebagai himpunan BERSIH. Beberapa tuntutan yang telah dibuat dalam himpunan BERSIH yang pertama tempohari masih dibekukan begitu sahaja oleh pihak berwajib. Antara tuntutan tersebut ialah :

1.Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
2.Pembersihan daftar Pemilih
3.Pemansuhan Undi POS
4.Kebebasan media

3. Saya melihat secara dekat perkembangan demokrasi dalam negara kita masih tidak benar - benar telus dan bebas dari sebarang manipulasi seperti undi pos yang masih diamalkan dalam sistem demokrasi negara kita. Malah undi pos benar - benar dijadikan tali hayat pihak pemerintah untuk mengekalkan survival kuasa mereka . Demikian juga kebebasan media yang kian parah.

4. Saya yakin seluruh rakyat dalam negara kita dapat saksikan kepincangan ini, apabila media elektronik dan cetak negara kita seperti RTM dan Utusan Malaysia serta Berita Harian diguna sepenuhnya secara tidak adil untuk berkempen sebelah pihak iaitu pihak UMNO dan BN sedang RTM dan Utusan Malaysia atau Berita Harian ini tidak pula diisytiharkan sebagai media rasmi atau buletin rasmi parti UMNO dan BN .

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mendesak dan merayu supaya kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke 13 akan datang. Hanya keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah. Andai sistem pengendalian demokrasi negara masih pincang dan dilihat terlalu banyak kelemahan di sana dan sini, keputusan pilihanraya akan mencetus rasa tidak puas hati dan menganggu kesejahteraan serta keharmonian rakyat .

6. Desakkan dan rayuan ini adalah serius. Kami sudah penat bertolak ansur dan bertarik tali dengan pihak kerajaan dalam menuntut keadilan serta ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini. Sungguhpun kerajaan UMNO dan BN benar - benar nekad mahu mempertahankan survival kuasa dan pengaruh mereka , maka pertahankanlah ia dengan bermaruah dan berhemah. Iaitu melalui satu sistem pengendalian demokrasi yang telus, adil dan saksama. Bukan melalui sistem saingan demokrasi yang berat sebelah.

7. Kami memberi tempoh sehingga menjelang 1 Mei 2011 ini untuk kerajaan memberi komitmen lalu memulihkan sistem demokrasi pincang yang kita hadapi dalam negara kita hari ini. Andai desakan dan rayuan ini tidak dipeduli oleh pihak kerajaan, kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberi komitmen untuk menyahut seruan Yb Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bahawa satu lagi rally atau himpunan BERSIH digerakkan.

8. Kali ini, insyaallah saya percaya dan yakin, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman namun penuh tegas untuk memohon dan mendesak agar kerajaan mahu atau tidak mesti memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar adil dan telus kepada semua parti yang bertanding dan melibatkan diri dalam pilihanraya.

9. Saya meletakkan jangkaan tarikh awal untuk BERSIH 2 ini ialah pada bulan June 2011 [ sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan.

10. Saya ulangi tanpa sikap teragak - agak demi kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara agar kerajaan benar - benar serius dan memahami tuntutan kami sebagai rakyat dan anak - anak muda khasnya yang mahu menyaksikan perubahan besar berlaku dalam negara ini. Andai tuntutan diterima dan dilaksanakan , kami benar - benar mengucapkan terima kasih namun jika sebaliknya, berbanyak maaf kami pinta bahawa kami khasnya anak - anak muda, dengan Nama Allah swt Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Adil, akan bangkit sekali lagi menuntut hak kami sebagai rakyat yang merdeka pada bulan June 2011 dalam Himpunan 500K BERSIH 2 kelak .

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.



Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Feb 2011 03:17 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TANGGA BUAT SENDIRI BANTU MURID SEKOLAH

Posted: 25 Feb 2011 05:42 AM PST




Alhamdulillah hasil sumbangan perseorangan masalah lorong melalui bukit bagi laluan muridmurid sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 telah selesai.
Laluan tersebut menghadap jalah Anggerik 5 dan berdekatan kedai minum Awie dan Surau Saidina Ali.

DOAKAN ADUN N25 SEMBUH !

Posted: 24 Feb 2011 10:55 PM PST

DUN N.27 Merlimau belum lagi masuk proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil yang dijangka berlangsung pada sabtu, 26 Februari 2011. Wakil rakyat di DUN N.25 Rim dalam keadaan sakit dan sedang menErima rawatan.

Wakil rakyat di DUN N.25 Rim, Yazed Bin Khamis dalam keadaan sakit sekarang ini. Yazed yang memenangi pilihan raya pada 2008 telah menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 1637 undi.

Di DUN Rim itu mempunyai dua felda iaitu FeldaBukit Katong dan Felda Kemendor manakala mempunyai sembilan kampung iaitu Kg. Chabau, Kg. Chubong, Kg. Kelubi, Kg. Parit Keliling, Kg. Rim, Kg. Simpang Bekoh, Kg. Sri Kesang, Kg. Simpang Kerayon dan Kg. Terentang.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan ke atas YB Yazed semoga beliau bertugas sebagai rakyat yang amanh kepada rakyat setelah beliau dalam keadaan baik.

BILA WANITA UMNO DIANGGAP LEMAU SAPA MAU ?

Posted: 24 Feb 2011 07:37 PM PST

WANITA UMNO JASIN TUTUP BILIK GERAKAN DI MERLIMAU
Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau esok, Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya. Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ. Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin emlancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu. Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini? Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan? Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan. Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13.
Posted by angkasanuri

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Feb 2011 03:02 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PENGANTI SENGAL...WAKAKAKA

Posted: 24 Feb 2011 11:56 PM PST

..tak tau le ni jenis memang sengal atau pun sengap (sengal+ bengap)?...wakakakaka

8 TAHUN IJAZAH SYED IBRAHIM DI MESIR?

Posted: 24 Feb 2011 06:19 PM PST

Fuh ! Tengok ke muka tue memang ngeri lah calon Ustaz UMNgOk nie... tambahan pula memang dari kecik dah duduk dalam bidang agama... sekolah agama... unversiti agama....

Ana tak le macam UMNgOk main tuduh-tuduh kate Ustaz tak lulus Azhar le... beli sijil le...

Tapi????? Lama betul calon ustaz BN nie belajar kat universiti tertua di dunia Al-Azhar... dari tahun 1989 hingga 1996... 8 tahun tue... ke buat MBA kat sana? Tapi ikut cakap Pak Nan, penasihat khas agama dia nie lepasan Ijazah Bahasa Arab... bukan sambung buat Master...

Mungkin beliau amik double degree macam ana kot... tue yang lama sangat tue... atau memang dia ni jenis kuat main kat sana... sebab tue selalu repeat paper bahasa arab... sapa tahu????

Mungkin sahabat-sahabat yang sezaman belajar dengannye boleh tolong cite sikit apa dia buat lama sangat kat Mesir???

PRK : PAS LETAK CALON PENGALAMAN

Posted: 24 Feb 2011 05:38 PM PST

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim hari ini diumumkan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.


Pencalonan Hassanudin dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan kira-kira 2,000 penyokong parti itu di Markas Induk PAS Kerdau di sini malam tadi.

Pengarah pilihan raya kecil PAS bagi DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam sidang media, menyifatkan Hassanuddin, 43, sebagai calon terbaik parti itu.

Hassanuddin merupakan bekas calon bagi DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 dan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Hassanuddin berkata beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Kerdau sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

Di JASIN, Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Merlimau, dekat sini.

Yuhaizat, 38, seorang ahli perniagaan, berkata pemilihan beliau sebagai wakil golongan muda dan berharap pengundi di kawasan itu akan memberi sokongan kepadanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 6 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

Pas CawanganSurada

Posted: 25 Feb 2011 11:30 AM PST

Pas CawanganSurada


Mari mengamalkan Tasbih Kaffarah

Posted: 24 Feb 2011 04:58 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Feb 2011 11:14 AM PST

Batu Gajah Mari


Adakan Himpunan BERSIH sekali lagi!!!

Posted: 24 Feb 2011 07:47 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMvgiFcxhuOtY7HU6s_fmFCxwKZSh_m-Zyluxd6fufKu4ap_ynvYaR7U11jFmGaIZoKflwq-BS8Ve8ZCZN2oBXM7eN52Vr1xlSuBWb-Zd38EigeycPyxfhasy3_JO7kYneB2f8IFRyBLl7/s1600/BERSIH_Harakah.jpg

Hazayani Zakaria

JASIN, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Feb 2011 09:46 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Posted: 25 Feb 2011 01:27 AM PST

Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila muat turun borang sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/02/tawaran-istimewa-untuk-anak-rembau-di.html

Hj Yuhaizad-Calon PAS Merlimau

Posted: 24 Feb 2011 07:01 PM PST




-Click untuk besarkan-

Terbitan Jawatankuasa Penerangan PAS PRK Merlimau

http://n27merlimau.pas.org.my/

Berita semasa tentang PRK Merlimau akan di kemas kini di blog ini atau boleh layari portal rasmi PRK N27 Merlimau di http://pasprkmerlimau.blogspot.com/


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 25 Feb 2011 09:39 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Gamis seru peminjam PTPTN sertai pertemuan

Posted: 24 Feb 2011 10:26 AM PST



KUALA LUMPUR, 24 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik usaha yang dilakukan Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Himpunan yang dijadualkan bermula jam 2 petang pada 26hb Februari 2011 iaitu hari Sabtu ini, di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari, " ini merupakan pertemuan yang ditunggu-tunggu bagi mahasiswa khususnya yang mendapat pinjaman PTPTN dan juga MARA. Pelbagai masalah yang dilontarkan pihak mahasiswa yang mengalami masalah dengan proses pembayaran semula pinjaman, tetapi lontaran suara itu tidak sampai sepenuhnya kepada pihak berwajib"

"Apa yang kita harapkan, ini bukan sahaja pertemuan untuk merungkai dan mendengar masalah peminjam, tetapi juga pertemuan yang sedikit sebanyak menjawab persoalan serta masalah yang dihadapi oleh para peminjam PTPTN dan MARA," ujarnya lagi.

Gamis menyeru mahasiswa khususnya yang meminjam PTPTN dan MARA supaya luangkan sedikit masa untuk turun bersama mendengar dan bersama lontarkan pandangan serta pendapat untuk dirumuskan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.

Sejak kebelangan ini, para graduan universiti di negara ini yang baru mula memasuki alam pekerjaan menghadapi satu dilema baru apabila PTPTN dan MARA mengejar mereka untuk mendapatkan balik bayaran pinjaman pelajaran mereka.

Ana antara mereka yang disekat dari membuat perjalanan keluar negara akibat dari kegagalan membayar balik pinjaman ini.

"Kami bukan tidak mahu bayar. Bayangkan, gaji kami RM1,600 sebulan. Duduk di KL. Duit sewa rumah, makan, minyak motor ...semua tak lepas. PTPTN mintak bayar sekurang-kurangnya RM300 sebulan melalui potongan gaji, mana kami mampu bang," rungut seorang kakitangan kerajaan yang baru memasuki alam pekerjaan.(hrkhdaily)

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 25 Feb 2011 09:36 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


MAHER ZAIN IKON REMAJA BELIA

Posted: 25 Feb 2011 09:17 AM PST

25.2.11
8-11malam
STADIUM MELAWATI SHAH ALAM

Konsert 'Live' Maher Zain jelas menampakkan keperluan insan kepada seni. Lautan remaja,belia dan kanak-kanak yang memenuhi semua penjuru Stadium Malawati Shah Alam.Tidak kurang orang dewasa, ramai juga yang sudah bercucu dan ada yang bertongkat.
    Lirik lagu yang bersifat ketuhanan dalam melodi yang menghiburkan amat serasi dengan jiwa manusia merentasi umur dan generasi.Gaya pemakaian yang sopan dan gerak geri yang beradab amat menenangkan dan seharusnya dicontohi oleh artis tanah air khususnya yang beragama Islam.
Zikir yang dimuatkan dalam lirik lagu pula mudah dihafal dan menusuk kalbu.
   Inilah sepatutnya contoh teladan bagi mereka yang dikurniakan bakat seni yang tahu mematuhi kerangka paraturan Ilahi.Kesannya sangat memberangsangkan. Rezeki tetap mencurah.Ini patut direnung dalam-dalam oleh para artis,penggiat seni,penyanyi, pelakon dan lain-lain.Inilah yang dikatakan sumber rezeki yang barakah.Dimula pula dengan bismillah.
Jelas kelainan pada persembahan.
   Saya mendapat undangan untuk hadir di konsert ini. Setelah merasmikan program 'RAKAN BUDAYA BELAJAR'/STUDY CIRCLES anak-anak yatim di Kpg Delek saya sempat sampai di Stadium Melawati pukul 10.30malam.Saya 'curious' untuk melihat bagaimanakah aura seorang artis yang boleh mendorong khalayak membeli tiket untuk menyaksikan persembahannya.Subhanallah!Memang menakjubkan..
Semoga Allah swt membuka hati penyanyi di Malaysia mencontohi tatasusila serta konsep seni Maher Zain ikon antarabangsa ini.

PELAJAR MESIR: JADUAL KULIAH UNIVERSITI/FAKULTI

Posted: 24 Feb 2011 10:51 PM PST

MESYUARAT KHAS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR

Posted: 24 Feb 2011 10:17 PM PST

25.2.11
SHAH ALAM

Mesyuarat khas yang melibatkan EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR YB Dr Hjh

Halimah Ali bersama SUK Selangor dan JAIS/LZS/wakil sistem 

penerbangan serta persatuan pelajar Mesir 

bagi membincang kebajikan dan urusan penghantaran balik pelajar Mesir akan di

adakan pukul 3.30petang


ini 25 FEB 2011 di BANGUNGAN SSAAS, SHAH ALAM.

Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS untuk melayakkan diri.

Pelajar juga boleh menghubungi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR dan PMRAM SELANGOR untuk dapat maklumat lanjut.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 25 Feb 2011 09:34 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Hassanuddin calon PAS di Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 06:55 PM PST

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Jasindaily Online

Posted: 25 Feb 2011 09:34 AM PST

Jasindaily Online


KLIK JANGAN TAK KLIK

Posted: 25 Feb 2011 01:21 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 25 Feb 2011 09:22 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


PEMBELA TANAH RAKYAT SABAH (TABAH)

Posted: 25 Feb 2011 08:29 AM PST

Bagi tujuan membela hak-hak rakyat Sabah di dalam isu Tanah, PAS negeri Sabah akan melancarkan NGO 'Pembela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). Maklumat pelancaran TABAH


Tarikh: 12 Mac 2011 (sabtu)
Tempat: Hayati Villa, Putatan
Masa: 8 pagi

 

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Hubungi:
019-8622790

Laman FB:

i n t a n h i j a u

Posted: 25 Feb 2011 07:08 AM PST

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT : WANITA CACAT PENGLIHATAN MENDAPAT PERHATIAN ADUN CHANGKAT JONG / زياره رعيت : وانيتا چاچت ڤڠليهتن منداڤت ڤرهاتين ادون چڠکت جوڠ

Posted: 25 Feb 2011 03:16 AM PST


TELUK INTAN, 25 Februari - Dalam siri ziarah rakyat minggu ini, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah mengunjungi Kg. Banjar. Program bermula dengan solat Jumaat bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Banjar. Turut serta ialah Sdr. Mokhtar bin Hassan ,Setiausaha PAS Cawangan Kg. Banjar.

Setelah solat Jumaat, YB Anuar telah dibawa menziarahi rumah seorang warga emas yang cacat penglihatan. Kesukaran hidup Puan Fatimah binti Mustafa, 55,  telah mendapat perhatian ADUN Changkat Jong. Menurut Puan Fatimah yang tinggal seorang diri di kediamannya, matanya menjadi bertambah rabun apabila telah meningkat usia. Namun begitu, setiap hari keluarga adiknya akan datang menjenguk keadaannya.

Beliau pernah menerima daripada pihak bantuan baitulmal tetapi bagi tahun ini tmasih belum lagi menerima bantuan kerana baru membuat permohonan baru. Kemungkinan pada bulan April barulah beliau mendapat semula bantuan baitulmal tersebut.

Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar meminta pihak PAS Cawangan agar sentiasa memberi perhatian dan bantuan kepada Puan Fatimah agar segala masalahnya dapat diselesaikan. YB Anuar turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Fatimah.
YB Anuar dan Sdr. Mokhtar meneliti surat sementara kad pengenalan Puan Fatimah.

Bagi Puan Fatimah kehadiran ADUN Changkat Jong ke rumahnya sebagai sesuatu yang tidak disangka. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Anuar dan pihak PAS Cawangan yang sentiasa prihatin akan masalahnya.
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di rumahnya.

Selepas itu, YB Anuar sempat meluangkan masa menziarahi ke sebuah rumah seorang warga emas yang keuzuran di Kg. Padang Tembak.

intanhijau.blogspot.com

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Feb 2011 03:40 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno kena minta maaf pada orang Melayu

Posted: 24 Feb 2011 05:05 AM PST

Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam SeMalaysia meminta supaya umno  jangan tunjuk hero sebagai pembela melayu kerana realitinya umno adalah pengkhianat melayu. Umno cuba menunjukkan mereka juara melayu, telatah mereka  seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang melayu sebelum  Pas hendak  membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang melayu. Pas mencabar umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun  1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. 

Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand.. Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?. Siapa yang kianat tulisan jawi? 

Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang melayu lesap.  Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. 

Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah umno kepada orang melayu, Islam, tanah dan raja-raja melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti umno  yang berdosa dengan orang melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada Pas  kerana  hak melayu tergadai. Selagi umno mendakwa Pas yang kianat orang melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada  melayu di negara ini. Pas akan mendedahkan kepada orang melayu mengenai pengkhianatan umno selama ini. 

Perjuangan umno untuk membela melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin umno, sedangkan melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan Pas mengkhianat bangsa. Pas mengkritik umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan umno, ulamak diburu seperti penjenayah.  Sedangkan Pas memperjuangkan Islam, maka Islam, melayu dan bukan melayu turut selamat.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 25 Feb 2011 03:15 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Calon-calon PAS di Kerdau dan Merlimau

Posted: 24 Feb 2011 08:12 PM PST

Sumber; Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.
Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua AMK dan Dapsy Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Loke Siew Fook serta Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.
Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.
Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek  Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.
Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.
Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga  aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 25 Feb 2011 01:35 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Isu Semasa di Markas Perawah

Posted: 25 Feb 2011 01:07 AM PST

Ceramah Penerangan Isu Semasa diadakan pada 22 Februari lalu di Markas PAS Cawangan Perawah.

Ustaz Yahya Ahmad selaku tuan rumah dan pengacara majlis
YDP PAS Kawasan berucap
YB Senator Ir Zamri Yusuf dengan fakta tentang kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah
Ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Salam Takziah buat keluarga Ustaz Mansor

Posted: 25 Feb 2011 01:00 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan takziah ke atas keluarga Ustaz Mansor Ariffin yang meninggal dunia malam semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah.


Baca di sini

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 25 Feb 2011 01:23 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


maher zain insyaAllah versi melayu

Posted: 24 Feb 2011 04:05 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Feb 2011 01:17 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Pesawat TUDM Dibenar Mendarat Di Tripoli Untuk Bawa Keluar Rakyat Malaysia

Posted: 25 Feb 2011 12:46 AM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 FEB : Pesawat C-130 milik Tentera Udara DirajaMalaysia (TUDM) dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli,Libya malam tadi bagi membawa pulang 190 rakyat Malaysia di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut yang kini berada di Rome, Itali akan berlepas pada pukul 3 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Tripoli pada pukul 5.30 petang waktu tempatan (12 malam waktu Malaysia).

Pesawat itu akan membuat satu perjalanan sahaja untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya ke Rome, Itali, katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia berkenaan akan dibawa pulang ke negara inidari Itali.Katanya kerajaan tidak akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia seperti diumumkan sebelum ini.

Rancangan untuk menyewa pesawat khas dari Eropah itu dibuat kerana sebelum ini kerajaan Libya tidak membenarkan pesawat tentera negara asing memasuki ruang udara negara itu, katanya.

Keadaan Libya bergolak sejak seminggu lepas berikutan tunjuk perasaan rakyat negara itu yang mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan.

Tv Selangor/-

Kelantan hapus levi terhadap KAFA

Posted: 25 Feb 2011 12:21 AM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Feb : Bagi menyokong perkembangan sukan di Kelantan terutamanya dalam bidang bola sepak, kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk menghapuskan levi hiburan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan ( KAFA ) dan KAFA dijangka akan memperolehi tambahan pendapatan melebihi RM300 ribu bagi tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Fattah Mahmood keputusan tersebut telah dipersersetuji kerajaan dalam mesyuarat exco dan ia adalah bagi menampung pendapatan KAFA dan ia juga sebagai satu sumbangan kerajaan dalam asas pmbangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Abdul Fattah ditemui selepas menghadiri mesyuarat exco yang diadakan di rumah Sri Kelantan Kuala Lumpur kelmarin.

"Pihak kerajaan berharap sangat agar dengan adanya penghapusan levi ini, KAFA akan mendapat pendapatan tambahan dan ini juga adalah satu lagi langkah kerajaan membantu KAFA dalam meningkatkan mutu pasukan Kelantan meneruskan perjuangan dalam tahun 2011 ini." Ujar beliau.

Beliau juga berkata penghapusan levi ini adalah juga sebagai sumbangan kerajaan Kelantan dan tidak timbul lagi soal kerajaan tidak membantu KAFA dalam meningkatkan mutu bolasepak Kelantan.

Levi atau cukai hiburan dibawah enakmen cukai hiburan 1953 telah nenetapkan sejumlah 5 peratus terhadap mana-mana jenis pertandingan sukan melibatkan binatang atau manusia.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Nor Yahya.

Discovery Berlepas Untuk Misi Terakhir

Posted: 25 Feb 2011 12:05 AM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

CAPE CANAVERAL (FLORIDA) 25 FEB : Kapal angkasa Discovery berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) hari ini untuk menjalankan misi terakhirnya dengan membawa enam angkasawan.

Kapal angkasa yang paling banyak melakukan misi ke angkasa lepas itu kini sedang menuju ke ISS selepas empat bulan ditangguhkan berikutan mengalami masalah pada tangki minyaknya.Ia adalah misi ke-39 Discovery dan ia adalah kapal pertama daripada tiga kapal angkasa yang ditamatkan perkhidmatannya.

Lebih 10,000 orang menyaksikan perjalanan terakhir ini di pusat pelancarannya di Florida dan ini tidak termasuk mereka yang berada di luar kawasan sekitar pusat pelancaran itu.

Jalan raya menuju ke Pusat Angkasa Lepas Kennedy juga sesak dengan kenderaan.

Discovery dijadual tiba di ISS, esok.

Tv Selangor/-

Kedutaan Malaysia Di Libya Ditutup Sementara

Posted: 24 Feb 2011 11:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 FEB : Kedutaan Malaysia di Libya ditutup sementara berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.

Duta Malaysia ke Libya Mohd Zulkephli Mohd Noor, isteri beliau dan warga kedutaan adalah antara 127 rakyat Malaysia yang diterbangkan keluar dari negara itu hari ini.

"Buat sementara kedutaan kita di Tripoli ditutup kerana keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan," kata seorang pegawai Wisma Putra ketika dihubungi.

Seramai 127 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dikeluarkan dari negara itu dan diterbangkan melalui sebuah pesawat sewa khas yang mendarat di Tunis, Tunisia, kira-kira 11.30 pagi (waktu Malaysia), hari ini.

Mereka dijangka diterbangkan ke Rom, Itali sebelum pulang ke Malaysia melalui pesawat MAS.

Difahamkan lima daripada tujuh pelajar Malaysia di Libya enggan pulang.

Keadaan Libya bergolak sejak seminggu lepas berikutan tunjuk perasaan rakyat negara itu yang mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan.

Tv Selangor/-









PAS Letak Calon Berpengalaman

Posted: 24 Feb 2011 11:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH 25 FEB: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim hari ini diumumkan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Pencalonan Hassanudin dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan kira-kira 2,000 penyokong parti itu di Markas Induk PAS Kerdau di sini malam tadi.

Pengarah pilihan raya kecil PAS bagi DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam sidang media, menyifatkan Hassanuddin, 43, sebagai calon terbaik parti itu.

Hassanuddin merupakan bekas calon bagi DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 dan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

"Beliau lebih dikenali di DUN Kerdau dan saya percaya rakyat akan memberikan undi kepadanya," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Hassanuddin berkata beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Kerdau sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

Di JASIN, Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Merlimau, dekat sini.

Yuhaizat Abdullah, 38, diumumkan sebagai bakal calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau malam ini.

Yuhaizat, 38, seorang ahli perniagaan, berkata pemilihan beliau sebagai wakil golongan muda dan berharap pengundi di kawasan itu akan memberi sokongan kepadanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 6 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Pada pilihan raya Umum 2008, Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

Tv Selangor/-

Pelajar Kelantan pulang ke Mesir akan dibayai kerajaan negeri

Posted: 24 Feb 2011 11:17 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Feb : Pelajar Kelantan yang pulang baru –baru ini dari Mesir dan telah berdaftar dengan kerajaan negeri akan dihantar semula ke sana apabila keadaan telah mengizinkan bagi meneruskan pembelajaran.

Melalui keputusan mesyuarat exco kelmarin, Kerajaan Kelantan juga bersetuju untuk menanggung kos penerbangan pulang pelajar-peljar tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, ia juga adalah sebagai menunaikan tanggungjawab sosial kerajaan dalam membantu keluarga pelajar untuk membiayai tiket ke sana.

" Kerajaan telah bersetuju untuk membiayai penerbangan ke sana dan mereka tidak akan diberi wang tunai" ujar beliau.

Datuk Ahmad juga berkata sehingga kini seramai 1281 pelajar Kelantan di sana telah mendaftar dan mereka ini akan dibiayai penerbangan ke Mesir melibatkan kos lebih RM2juta

Sementara itu kerajaan lain dalam Pakatan Rakyat juga telah mengambil langkah yang sama untuk memastikan pelajar negeri masing-masing dapat meneruskan pembelajaran mereka apabila keadaan mengizinkan nanti.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Nor Yahya .

Takziah kepada keluarga Hajjah Ilani

Posted: 24 Feb 2011 11:00 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TAKZIAH dan simpati yang tidak terhingga buat waris dan keluarga Datuk Ilani Ishak, anggota Exco Wanita Umno yang meninggal kerana penyakit kanser.

Ilani seorang peguam yang mudah didekati. Dia seorang anggota Umno yang ada peranannya dalam perkembangan Muslimat PAS terlibat secara langsung dalam politik pilihan raya.

Ilani seorang yang setia kepada partinya, tetapi seorang Umno mazhab Tengku Razaleigh. Dia bersama Tengku Razaleigh pernah terkeluar dari Umno dan bersamanya juga kembali dalam Umno.

Dia pernah menjadi anggota Parlimen Kota Bharu tetapi tidak pernah menjadi wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional. BN tidak pernah mencalonkannya. Ilanilah yang mengalahkan Tengku Ahmad Rithaudeen, seorang menteri kanan BN dengan majoriti undi yang besar dalam tahun 1990.

Tengku Rithaudeen adalah tokoh Umno yang dapat menembusi kubu PAS memenangi Pilihan Raya Umum 1969. Ilani baru kali pertama menjadi calon. Dia berjaya mengakhiri politik Ku Din.

Pemberontak Umno ini tidak disokong oleh orang Umno, tetapi dia disokong oleh pengundi PAS Kota Bharu. Apabila dia kembali ke pangkuan Umno, dia kekal sebagai orang kuat Wanita Umno saja.

Saya kenal rapat dengan Ilani semasa dia menjadi ketua Wanita Semangat 46 yang bekerjasama dengan PAS dalam gagasan Perduan Ummah. Dia seorang ahli politik yang bekerja keras untuk menjadi calon.

Politik PAS masa itu tidak menampilkan Muslimat sebagai calon. Paling akhir PAS meletakkan calon Muslimat ialah dalam PRU 1969, Ustazah Salmah Sheikh Hussein menentang Datin Fatimah Hashim di Kubang Pasu.

Bagaimana Ilani mahu menyertai pilihan raya kalau PAS tidak tertarik dengan calon wanita? Rata-rata pemimpin Semangat 46 berpandangan orang PAS tidak akan mengundi calon wanita.

Ilani mahu menjadi calon dan Wanita Semangat 46 bersemangat supaya ketuanya diberi tempat. Pada Tengku Razaleigh kalau wanita hendak menjadi calon mewakili Angkatan Perpaduan Ummah, maka tempatnya bukan di Kelantan tetapi di tempat PAS tidak kuat.

Ilani bertemu dengan Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu.

Dia mengemukakan pandangannya kepada Ustaz Fadzil bahawa Wanita Semangat 46 bekerja keras untuk memenangi pilihan raya. Mereka mahu dia bertanding, tempatnya ialah di Kelantan. Tetapi kalau PAS tidak bersetuju calon wanita, maka semangat wanita yang menyokongnya akan tawar. Mereka tidak akan bekerja kuat. Bagaimana hendak menang?

Ustaz Fadzil memahami masalah yang dihadapi oleh Ilani. Realiti politik yang ikut memenangkan calon masa itu ialah kuatnya Wanita Umno bekerja. Ustaz Fadzil simpati kepada Ilani dan boleh menerima pandangannya.

Tetapi masalahnya ialah apa pula pandangan ketua PAS Kota Bharu, Ustaz Mawardi Ahmad. Dia seorang ulama yang konservatif. Adakah dia boleh menerima calon wanita di kawasannya.

Kata Ustaz Fadzil kepada Ilani, dia tidak ada masalah untuk menerima Ilani menjadi calon tetapi adakah Ustaz Mawardi bersetuju.

Kata Ilani, dia sudah bertemu dengan Ustaz Mawardi. Ustaz Mawardi tidak ada masalah.

Ustaz Fadzil pun memberitahunya, kalau Ustaz Mawardi tidak bermasalah, maka dia pun tidak bermasalah lagi.

Dalam perbincangan bagi menentukan calon antara PAS dan Semangat 46, Tengku Razaleigh memberitahu Ilani, dia tidak boleh bertanding kerana PAS tidak mengundi calon wanita.

Kata Ustaz Fadzil pada Tengku Razaleigh, 'Bagi dia bertanding.'

Maka Ilani pun bertanding menentang Ku Din. Penyokong PAS Kota Bharu termasuk tenaga Muslimatnya bekerja kuat memberi sokongan kepada Ilani dan mereka melupakan tentang Ilani pernah menjadi orang kuat Wanita Umno.

Semangat 46 meletakkan dua calon wanita di Kelantan. Kedua-duanya menang dan Barisan Nasional kalah semua kerusi di Kelantan. Tahun itu – 1990 – PAS merampas kembali Kelantan dari Umno dan Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

PAS tidak meletakkan calon Muslimat. Selepas perkembangan itu PAS mengambil langkah menampilkan semua calon Muslimat. Tidak ditolak bahawa penampilan Ilani membuka semula ruang bagi PAS dan Muslimatnya dan dia membantu PAS berkuasa semula di Kelantan. Tetapi dukacita Ilani tidak bersama seterusnya parti kerajaan Kelantan kerana dia kembali semula ke dalam Umno.

Setelah tamat penggalnya Ilani tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Moga-moga rohnya dicucuri rahmat.

Harakahdaily/-
Oleh : Subky Latif.

Saksi Ke- 7 Terima Arahan KP JKM

Posted: 24 Feb 2011 10:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 FEB: Ketua Unit Paterniti DNA Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah beliau menerima arahan daripada bekas Ketua Pengarah JKM, pada 17 Julai 2008 untuk mengendalikan ujian DNA.

"Beliau (DG) berkata telah berbincang dengan ketua jabatan dan berkata ini adalah kes berprofile tinggi yang harus saya uruskan," jelas beliau kepada peguambela Ram Karpal Singh.

Nor Aidora menjelaskan pada hari tersebut DSP Jude Blacious Periere hadir ke pejabatnya di Petaling Jaya menyerahkan empat sampel disyaki bahan bukti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun beliau tidak ingat sekiranya ada individu menemani DSP Jude ketika hadir ke pejabat JKM.

Saksi ke 7 itu menambah, beliau tahu bahawa ujian tersebut akan dibandingkan dengan laporan analisis DNA oleh pakar forensik, Dr Seah Lay Hong yang berada di Amerika Syarikat ketika itu.

Ram Karpal seterusnya bertanya sekiranya prosedur JKM mengambil kira kemerosotan kualiti sampel (bukti) DNA yang dianalisis.

Nor Aidora berkata "Jika kita dapat mengesan profile DNA lengkap, kami tidak kira sebarang penurunan kualiti sebab ia tidak memberi kesan kepada keputusan DNA (lengkap)," jelasnya.

Tv Selangor/-

16 cedera dalam serangan udara Israel

Posted: 24 Feb 2011 08:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 16 cedera manakala dua cedera parah dalam serangan udara terbaru yang dilancarkan tentera Zionis, semalam.

Wartawan Press TV melaporkan, beberapa pesawat pejuang rejim Zionis melakukan serangan udara di Genting Gaza, sejak kelmarin.

Kereta kebal milik tentera Israel turut melancarkan serangan terhadap sekumpulan penduduk di Bandar Gaza dan mencederakan tiga ahli kumpulan Pergerakan Jihad Islam.

Saksi turut menyaksikan dua letupan besar semasa pesawat pejuang F-16 dan helikopter Apache milik Israel berlegar-legar di ruang udara.

Sementara itu, pejuang Hamas bertindak memindahkan semua pos keselamatan, balai polis dan bangunan kerajaan kerana menjangkakan serangan susulan akan berlaku.

Sinar Harian/-

Yuhaizad bukti PAS hargai golongan muda

Posted: 24 Feb 2011 08:18 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 25 Feb: Calon PAS di Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah menyifatkan pemilihan beliau untuk mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan sebagai penghargaan kepada sumbangan golongan muda.

Yuhaizad, 38 berkata, pemilihan berkenaan menunjukkan kesungguhan PAS mengiktiraf golongan muda sebagai penyumbang dalam perubahan lanskap politik Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Pengisytiharan calon ini bukan milik saya tapi satu manifestasi keprihatinan PAS yang mengiktiraf sumbangan semua pihak baik lelaki mahupun perempuan dan merupakan penghargaan yang sangat bermakna bagi pemuda di seluruh Malaysia.

"Ini juga kemuncak kepada keadilan dan pembelaan tanpa mengira usia selari dengan tuntutan Islam terhadap pemuda serta generasi muda selaku rakan kongsi dalam pembanguanan politik serta pentadbiran negara yang sangat berpengaruh," katanya dalam ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon di Markas Solihin, dekat sini malam tadi.

Justeru, beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk bersama-samanya membawa perubahan dalam poltik Melaka yang masih terkongkong di bawah Umno BN.

"Selaku insan yang diamanahkan menjadi calon saya dengan penuh rendah diri merakam rasa terharu seterusnya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menyokong PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat membawa perubahan politik di Melak," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya juga, PRK Merlimau ini merupakan ujian besar bagi menguji tahap pencapaian PAS di negeri itu sebelum menghadapi pilihan raya umum.

"PRK Merlimau ini ujian yang sangat getir bagi PAS negeri Melaka dan Pakatan Rakyat kerana ini merupakan PRK pertama di Melaka dalam tempoh 15 tahun selepas PRK Bukit Asahan pada tahun 1996 yang ditandingi PAS," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria.

Ganesan : “Jangan ingat kuasanya terlalu besar “ – Adun Titi Serong

Posted: 24 Feb 2011 07:50 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini, "Amaran Speaker" berhubung isu bomoh masuk dewan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika dihubungi melalui telefon hari ini tetap kekal
mempertahankan tindakannya untuk tidak hadir ke sesi soal jawab Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada pagi ini demi untuk menjaga kesucian Dewan Negeri Perak.

Di dalam Laporan akhbar hari ini Ganesan
turut menyatakan bahawa sesi soal jawab itu akan tetap diteruskan pada jam 10 pagi ini dipejabatnya.

Mengulas amaran Ganesan , bahawa tindakan tegas akan diambil kepada beliau jika gagal hadir, Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak , didalam twitternya mengesa agar Ganesan tidak perlulah membuat ugutan dan amaran seperti itu,

ini kerana kedudukan Ganesan sebagai Speaker yang dipertikaikan wajar dikaji dengan serius kerana sepanjang sidang yang lepas dia sentiasa dan semudahnya melanggar undang undang termasuk dalam kes usul kepada saya.

"ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa usul untuk membawa saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan adalah tidak sah dan terbatal dengan sendirinya kerana ianya tidak mengikut peraturan.

Khalil bimbang jika sekiranya Ganesan masih berada dikerusi speaker sekarang, lebih banyak kesilapan yang akan berlaku dan ini akan terus mencemarkan Dewan Negeri Perak.

Beliau juga mencadangkan agar BN mengkaji balik kedudukan Ganesan sebagai Speaker DUN Perak.

"BN juga mesti mengkaji dengn serius kedudukan Datuk Ganesan kerana sepanjang sidang yangg lepas dia sentiasa dan semudahnya melanggar undang-undang"

Dengan nada lebih keras beliau mendesak Ganesan untuk meletakkan jawatan.

"Saya nasihatkan dia supaya segera berundur demi menjaga kesucian dewan dari terus dikendalikan oleh speaker yg tidak layak" Tegasnya

Ketika mengakhiri ulasan di twitternya pagi ini, Drs. Khalil Idham Lim turut mengingatkan Ganesan agar tidak terlalu angkuh dan sombong, terhadap kuasanya sebagai speaker Dewan, kerana amaran dan ugutan seperti itu bukan menimbulkan kegerunan kepada beliau dan Adun-Adun Pakatan Rakyat.

"Saya juga ingin tegaskan bahawa saya dan ADUN PR lain bukan budak hingusan yg semudahnya boleh diugut oleh Ganesan" Katanya

Keganasan rejim Libya didedah

Posted: 24 Feb 2011 07:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati

PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita.

"Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun," kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.

Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.

Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan 'lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya' namun tidak menjelaskan sumber anggaran.

Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut.

"Keadaan ini amat serius, rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun. Ini adalah kebangkitan menamatkan pemerintahan Gaddafi. Malah, sokongan kepada Gaddafi tidak sampai lima peratus," kata Mismari.
Anggota puak yang menyokongnya tidak 'berjuang untuk Gaddafi tetapi untuk diri mereka,' tambahnya.

Mismari juga mendakwa, askar upahan yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Libya secara besar-besaran.

"Mereka tembak membabi buta sementara tentera udara tidak akan menembak rakyat," katanya lagi.

"Gaddafi amat bertuah jika mati. Jika tidak, rakyat mahukan beliau dibicarakan seperti Saddam Hussein."

Rejim Gaddafi kehilangan kawasan meluas di timur Libya terhadap pemberontakan itu, ia muncul kelmarin ketika Barat bersiap sedia untuk mengeluarkan rakyatnya secara besar-besaran daripada 'pertumpahan darah' di negara Afrika Utara itu.

Katanya, Gaddafi memakai baju kalis peluru di sebalik pakaiannya dan alat perlindungan di bawah serbannya ketika berucap di televisyen Selasa lalu apabila beliau mengarahkan pasukan keselamatan menyuraikan pemberontakan.

Berita Harian/-

PAS kecam pengkritik Tengku Zafrul

Posted: 24 Feb 2011 07:00 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Feb: PAS mengecam sikap para pemimpin Umno dan NGO yang meminta dua tokoh korporat yang mengecam perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda agar meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Umno perlu hormati pandangan berbeza dari mereka yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara.

Ini kerana, beliau yakin kenyataan-kenyataan mereka ini berdasarkan kepada kajian yang berpaksi kepada fakta yang sebenar.

Mustafa mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia, yang berturut-turut hari melaporkan kenyataan agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Invensment Bank Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) ekoran kritikannya terhadap perlantikan Isa.

Bagi Tengku Zafrul, perlantikan Isa yang mempunyai rekod rasuah dan disahkan oleh Umno sendiri telah memberikan kesan tidak baik kepada dunia perniagaan di Malaysia.

Kenyataan Tengku Zafrul juga dikongsi oleh Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd. Yusof.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang mengecam kenyataan Tengku Zafrul yang disifatkan Ketua Umno itu sebagai memperlekeh perlantikan Isa oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Felda.

Semalam akhbar Umno ini juga melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzil yang mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar agar bertindak ke atas Tengku Zafrul.

Selain menyiarkan berita, akhbar ini juga menyiarkan surat pembaca yang mengkritik Tengku Zafrul untuk menekan tokoh korporat itu.

"Pandangan ini adalah contoh yang terbaik daripada orang yang tahu tentang hal ehwal ini. Pandangan yang meminta orang berbeza pandangan dengan kerajaan letak jawatan adalah satu pandangan yang tidak matang dan lojik yang gambarkan sikap pemimpi parti yang memerintah yang tidak boleh ditegur walaupun silap," kata Mustafa mengulas laporan itu.

Menurut Mustafa, bukan mereka berdua sahaja yang tidak bersetuju dengan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, bahkan ia dikongsi oleh pelbagai pihak.

"Pandangan ini bukan dia seorang sahaja bahkan ramai di kalangan tokoh korperat dan juga pemimpin politik kerana track rekod Isa yang dipertikaikan dari sudut intergritinya.."

"Siapa yang tak tahu ...dalam Umno dia dipecat dari jawatan Naib Presiden kerana melakukan politik wang atau rasuah politik dalam parti itu sendiri...dia sepatutnya di siasat oleh SPRM tetapi terlepas begitu sahaja."

"Tokoh yang terbukti integritinya terjejas, macamana hendak memimpin sebuah konglomerat besar macam Felda," kata Mustafa.

Menurut Mustafa, kalau Tengku Zafrul berkata ia beri salah persepsi kepada dunia korperat dan antarabangsa, ia mempunyai asas yang kukuh dalam busines dan dunia perniagaan, "apa yang nak marah kat dia," kata Mustafa.

Harakahdaily/-

Hasutan melampau warnai Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 06:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 25 Feb: PAS menyifatkan penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan oleh pihak tertentu merupakan hasutan melampau terdapat PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyebaran risalah itu jelas menunjukkan bahawa pihak lawan amat takut dengan program 100 Hari Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.

Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung hasutan melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam risalah yang mengandungi beberapa helaian itu.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau, dekat sini, pagi ini.

Harakahdaily/-

Jurujual ditetak, dilanggar

Posted: 24 Feb 2011 06:00 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PEGAWAI perubatan memeriksa keadaan jurujual yang parah ditetak di Taman Tunas Manja 5, Kuantan, petang kelmarin.
Tangan kanan hampir putus dalam serangan bermotif dendam

KUANTAN: Seorang jurujual parah selepas tangan kanannya hampir putus ditetak dua lelaki menggunakan parang, selain mangsa turut dilanggar dengan kereta ketika cuba menyelamatkan diri, di Taman Tunas Manja 5, Lorong Air Putih di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa berusia 33 tahun diserang dua lelaki terbabit di hadapan rumahnya dengan kejadian dipercayai bermotifkan dendam.
Difahamkan, dua suspek terbabit datang ke rumah mangsa menaiki kereta Proton Gen2 dan bertindak menyerang mangsa sebaik keluar daripada kenderaan itu.
Mangsa yang tergamam cuba melindungi dirinya ketika ditetak menyebabkan tangan kanannya hampir putus dan dalam kesakitan, mangsa lari menyelamatkan dirinya.

Bagaimanapun, tidak sampai 80 meter berlari, mangsa dilanggar dua lelaki terbabit dari arah belakang menyebabkannya rebah sebelum seorang daripada lelaki berkenaan bertindak keluar dari kenderaan dan menetak pula kaki mangsa.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, beliau yang dalam perjalanan ke Semambu, di sini kebetulan terserempak dengan mangsa yang sedang berlari sambil meraung meminta pertolongan.

"Mangsa berlari ke arah saya, namun seketika kemudian sebuah kereta melanggarnya sebelum seorang lelaki keluar dan menetaknya.
"Ketika itu, saya berada kira-kira 10 meter dari mangsa dan penyerang terbabit yang menyedari kehadiran saya kemudian masuk semula ke dalam kenderaan sebelum beredar," katanya.

Beliau kemudian membantu mangsa dan menghubungi polis sebelum ambulans tiba dan membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan segera.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, mengesahkan menerima laporan kes itu dan kini menyiasat punca sebenar serangan terhadap mangsa yang bekerja di sebuah premis makanan sejuk beku di Semambu.

Berita Harian/-

113 mayat ditemui akibat gempa di Christchurch

Posted: 24 Feb 2011 05:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand hari ini mengesahkan selepas tiga hari gempa bumi 6.3 mangnitud melanda Christchurch, sebanyak 113 mayat sudah ditemui.

"Kami menemui 113 orang yang terkorban," kata Ketua Polis Daerah, Dave Cliff memberitahu pemberita.
"Mayat berkenaan sedang diuruskan oleh kakitangan kami," katanya.

Berita Harian/-

Himpunan Bersih sekali lagi

Posted: 24 Feb 2011 05:00 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria.

PKR, DAP jamin beri komitmen penuh

Posted: 24 Feb 2011 04:30 PM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 25 Feb: PKR dan DAP menyatakan sokongan penuh kepada calon taruhan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Hassanuddin Salim yang diumum malam tadi.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang turut berucap pada majlis pengisytiharan calon di Kompleks PAS Kerdau memberi jaminan, jentera dari parti itu akan turun berkampung di sini bagi membantu memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Saya bagi pihak PKR memberi jaminan dan janji kami kepada PAS.

"Insya Allah seluruh jentera parti keadilan rakyat akan berkampung dalam Dun Kerdau ini," katanya.

Selain Azmin, pimpinan PKR lain yang hadir termasuklah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan bekas timbalan presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.

"Tidak ada sebab Kerdau tidak boleh bertukar tangan dari Umno kepada Pakatan Rakyat.

"Saya percaya pengundi Kerdau juga sudah bersedia untuk membawa perubahan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Manakala wakil DAP pula diwakili Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw.

Bagaimanapun, beliau tidak sempat berucap malam tadi ekoran hujan lebat dan memberikan laluan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumumkan calon.

Calon PAS, Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Manakala di satu lagi majlis sama di Melaka, PAS mengumumkan Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada PRK Dun Merlimau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari pembuangan undi bagi kedua-dua PRK tersebut.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah.

Risalah rasis: PERKASA buat laporan polis

Posted: 24 Feb 2011 01:30 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, hari ini membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah yang didakwa memfitnah pertubuhan itu dan berbaur hasutan.

Laporan itu dibuat yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman di balai polis Merlimau kira-kira jam 1.30 petang tadi

Menurutnya, risalah tersebut bermotifkan politik dan bertujuan menghasut serta membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu, khususnya Cina.

"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA.

"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.

Abdul Rahim berkata, PERKASA menafikan sekeras-kerasnya terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran atau penyebaran risalah berkenaan kepada umum, khasnya pengundi di dalam DUN Merlimau.

"Kami PERKASA tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik dan menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas yang tidak bertanggungjawab selepas ceramah yang diadakan pertubuhan ini tiga hari lalu di kampung Pengkalan Samak.

"Kami adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak pernah menafikan sumbangan kaum Tiong Hwa dalam pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata, PERKASA tidak pernah mengajar ahli untuk bersifat perkauman, malah mengajak orang Melayu bersama-sama mempertahankan perlembagaan negara dan hak-hak mereka.

"PERKASA sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik kepada semua pihak dan menyeru ke arah keharmonian kaum-kaum yang terdapat di negara ini.

"Antara lokasi yang kami kesan dipercayai berlakunya pengedaran risalah terbabit termasuk di sekitar Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri dan Taman Pasir," katanya.

Tiga hari lalu, PERKASA menganjurkan Program Perdana PERKASA bertajuk 'Membongkar Rahsia Pengkhianat Melayu' di perkarangan rumah seorang penduduk berhampiran Makam Tun Teja, Kampung Pengkalan Samak.

Berucap di ceramah tersebut ialah beberapa penceramah termasuk, Presiden PERKASA Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim dan Ketua Wira PERKASA Malaysia, Arman Abu Hanafiah.

Kerajaan 'janji' kekalkan harga RON95 dan diesel

Posted: 24 Feb 2011 01:15 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 24 Feb — Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternative lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi RM10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.

Disember lepas, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.

Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri (gambar) berkata ia akan dicapai secepat mungkin.

"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.

Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".

"Mulai 1 Feb, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.

"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi. — Bernama

Gaduh di UPM: Saifuddin temui dua kumpulan mahasiswa

Posted: 24 Feb 2011 01:14 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA 24 Feb. - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menemui dua kumpulan mahasiswa Universiti Putra Malaysia ekoran pergaduhan yang berlaku semalam berhubung pilihan raya kampus.

"Dalam kedua-dua pertemuan yang berasingan itu, saya menekankan pilihan raya kampus seharusnya dijadikan medan terbaik untuk memberikan pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.

"Pendidikan politik dan demokrasi ini seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kekecohan itu berlaku apabila sekumpulan 200 pelajar pro-Mahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) membatalkan kemenangan 11 calonnya.

Demonstrasi yang bertujuan meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM kemudian menjadi tidak terkawal, mengakibatkan pintu kaca untuk ke bangunan pentadbiran HEP itu pecah dirempuh dalam keadaan kelam-kabut dan berasak-asak.

Tiga kakitangan UPM termasuk dua pengawal keselamatannya cedera di tangan manakala beberapa pelajar mengalami kecederaan ringan. - Bernama

Pengikut