Khamis, 10 April 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Warga Asing Bolot Perniagaan di Melaka Sentral ?

Posted: 09 Apr 2014 08:48 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil memandang berat laporan Ketua Audit Negara 2013 yang mendedahkan banyak lot perniagaan di Melaka Sentral diusahakan oleh warga asing. Kenyataan di dalam laporan tersebut juga menyebut terdapat premis yang disewakan semula kepada pihak ketiga dan pemilihan penyewa tidak melalui proses temu duga.

Selain daripada itu, disebutkan juga bahawa pengunjung kurang berpuas hati terhadap keselamatan dan kemudahan penghawa dingin dan ini semua menunjukkan kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat syarikat. 

Dengan ini Dewan Pemuda Bukit Katil menyokong pengesyoran Laporan Audit Negara untuk membaiki kelemahan - kelemahan yang telah dilaporkan. Agensi berkaitan harus menyemak semula dan mengemaskinikan SOP Penyewaan bagi menangani isu lambakan peniaga warga asing dan sublet. 

Agensi tersebut juga mesti memastikan keselamatan persekitaran kompleks sentiasa terjamin, dan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan adalah selesa bagi menggalakkan aktiviti perniagaan dan kehadiran orang awam. 

Klik untuk Laporan Audit Negara - Melaka 2013



Berita berkaitan :

AYER KEROH - Tiga belas daripada 31 lot perniagaan di Melaka Sentral didapati diusahakan warga asing dengan melibatkan empat buah syarikat.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, semakan mendapati permohonan penyewaan lot perniagaan ini telah dibuat atas nama syarikat di mana pegangan saham dimiliki warga tempatan yang majoritinya pasangan kepada warga asing berkenaan.

Laporan berkenaan turut menyatakan pengesahan Jabatan Imigresen Melaka bertarikh 20 November 2013 mendapati  empat daripada enam pemegang saham dalam empat syarikat berkenaan merupakan pemegang pas lawatan sosial serta pas pengajian yang telah tamat tempoh.

"Bagaimanapun, menurut maklum balas Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) bertarikh 3 Oktober 2013, tawaran lot kedai untuk disewa adalah berdasarkan status warganegara pasangan dan penyewa mempunyai pengalaman perniagaan serta status kewangan yang kukuh," kata laporan berkenaan.

Selain itu, audit yang dijalankan turut mendapati adanya penyewa lot kedai yang menyewakan semula lot berkenaan kepada pihak ketiga.

Menurut laporan berkenaan, semakan yang dijalankan mendapati empat lot merupakan sublet dan semakan selanjutnya mendapati salah satu daripada empat lot berkenaan dimiliki salah seorang Ahli Lembaga Pengarah MSSB.

Laporan berkenaan menambah, antara sebab berlakunya sublet adalah penyewa asal tidak mampu meneruskan perniagaan serta kurang pemantauan dari pihak MSSB.

"Susulan ini, MSSB telah memberi maklum balas bahawa ia mengambil tindakan menamatkan sewaan, mengosongkan serta membaik pulih lot kedai terbabit kerana MSSB tidak akan berkompromi dengan peniaga yang didapati menyewa semula lot kedai kepada pihak lain.

"Audit mengesyorkan supaya MSSB menyemak semula dan mengemas kini standard operating procedure penyewaan bagi menangani isu lambakan peniaga warga asing serta sublet," katanya.

Laporan Ketua Audit turut mendedahkan terdapatnya dua lot kedai yang tidak ditawarkan mengikut standard operating procedure sebaliknya ditawarkan kepada penyewa baharu tanpa proses temu duga.
Menurut laporan berkenaan, penyewa baru ini  dipilih berdasarkan cadangan penyewa terdahulu.

Dalam maklum balasnya, MSSB menyatakan tawaran ini dibuat atas dasar penyewa terbabit adalah pembekal utama dan pertimbangan budi bicara kerana hubungan saudara antara penyewa lama dan baharu.

"Pada pendapat Audit, peluang perniagaan kepada penduduk Melaka adalah baik. MSSB perlu lebih berhati-hati dan serius supaya lot-lot perniagaan tidak jatuh ke tangan warga asing atau disublet agar objektif penubuhan MSSB dalam meningkatkan taraf ekonomi golongan bumiputera tercapai," kata laporan berkenaan.

sumber : Sinar Harian

                                                                                                                                          * Musab Umair

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


TAHNIAH ! Caj potong dan pasang meter air di N.Sembilan naik

Posted: 09 Apr 2014 04:08 PM PDT


9 April 2014 - Kerajaan negeri mengumumkan kadar caj meliputi deposit, fi dan caj perkhidmatan pemasangan meter air bagi domestik serta komersial dan industri telah dirombak berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, sebelum ini kadar semasa bagi pemasangan air bagi domestik adalah sebanyak RM75 manakala kadar bagi komersial dan industri semasa berjumlah RM300.

"Bagi rumah dua dan berbilang tingkat kadarnya sebanyak RM100,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menaikkan kos pemotongan atau penyambungan semula air daripada RM25 mengikut jenis meter.

'Bagi meter bersaiz 50 milimeter (mm) kadarnya adalah sebanyak RM70, bagi saiz 50 mm hingga 100 mm adalah sebanyak RM100, untuk saiz 100 mm hingga 150 mm kadarnya adalah RM200.

- UTUSAN

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 10 Apr 2014 03:53 AM PDT

Ohpolitik!™


PENAFIAN KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK MEMBABITKAN PDRM #MalaysiaNews

Posted: 10 Apr 2014 01:10 AM PDT


Penyebaran beberapa keping gambar individu yang berpakaian seragam polis di laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan berlakunya insiden tembak menembak yang berlaku di sekitar Serdang adalah TIDAK BENAR.

Gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut yang dilihat cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang ramai.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan daripada sumber yang sahih.

#DewanRakyat #ParlimenMalaysia Selepas Azmin, Langau Hijau Sepang Pula DiHalau Keluar |video inside

Posted: 09 Apr 2014 09:49 PM PDT


Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menghalau keluar Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Parlimen Sepang yang didakwa engkar dengan arahannya supaya duduk dan tidak meneruskan 'argument'.

Rusia mendakwa #MH370 TIDAK terhempas di Lautan Hindi : telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan!!

Posted: 09 Apr 2014 08:37 PM PDT


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; "Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,".
mh370 dirampas

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.

Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. – Mynewshub.my

Kerana 5 Ahli Parlimen Pembangkang Ada Anak Kecik, #ParlimenMalaysia Kena Sediakan Child Care Center?

Posted: 09 Apr 2014 08:30 PM PDT





Perjuangan Rakyat atau perjuangan diri sendiri? 

Dah nama Ahli Parlimen bergaji beribu-ribu takkan tak mampu hantar anak ke Children Day Care Center? Punyala banyak seluruh pelusuk negara, siap ada tadika dan Day Care. 

Takkan anak sendiri pun mahu kerajaan tanggung? Sendiri buat, sendiri tanggungla. 

Keluarga Cina berapa orang je anak? Setakat Sorang dua, ambil je orang gaji. 

Takkan kecik sangat gaji ahli parlimen? Tak cukup gaji bentang naik gaji sendiri, sendiri lulus, naikla gaji. Apa punya TURRRR....

Detik Yang diNANTI SELURUH MATA DUNIA, ANWAR DEDAH LOKASI #MH370 HARI INI

Posted: 09 Apr 2014 07:18 PM PDT

Dikhabarkan Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini. Dalam sidang media tersebut beliau akan mendedahkan lokasi misteri pesawat MH370 yang hilang sejak sebulan yang lalu.

Satu dunia sedang menanti sidang media yang dikhabarkan akan diadakan bila-bila masa.

Dalam keadaan 26 Negara dunia menyertai SAR dengan segala teknologi canggih dan segala macam pakar...belanja mencecah jutaan dollar...dan ada antara Beberapa Negara tersebut Berpengaruh didunia ini masih bersusah payah merungkai misteri kehilangan mh370.....tiba2. seorang makhluk bernama Anwar Ibrahim tahu lokasi pesawat tersebut.

Tak perlu keluar belanja juta-juta, tak perlu susah-susah pergi ke Lautan Hindi yang kedalamnya mencecah 5000m, tak perlu peralatan canggih hanya dengar dan saksikan sidang media daripada bakal banduan Anwar Ibrahim.

Apa teknologi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang menandingi teknologi canggih yang digunakan oleh pasukan pencari, mungkin teknologi inilah yang telah digunakan sehingga penyokongnya termasuk Pak Lebai Pas menyokongnya walaupun tahu salahlaku moral Anwar Ibrahim.

bumiyang

Posted: 10 Apr 2014 03:43 AM PDT

bumiyang


Laporan Audit Negara 2013: Kerajaan PR Selangor Jimatkan RM 6 Juta Duit Rakyaat???

Posted: 09 Apr 2014 09:59 PM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 10 Apr 2014 01:34 AM PDT

Sahabat-Gunung


'Nyesal' Plak Tak Undi PR Masa PRU13 Lalu ...???!!???

Posted: 09 Apr 2014 04:45 AM PDT

Tahniah rakyat Selangor khususnya orang-orang Melayu Selangor.... Nampaknya, dengan penghapusan Diskaun Bumiputera 7% Rumah Mampu Milik di Selangor ini akan merancakkan lagi ekonomi dan mematangkan orang Melayu Selangor untuk berdepan dengan kesaksamaan dengan kaum-kaum lain di Selangor ....

Aku terasa 'menyesal' plak tak mengundi calon Pakatan Rakyat pada PRU13 di kawasan aku hari tu, kalau tak lebih awal lagi mereka akan laksanakan perancangan ini .....


Jadi, kepada Pakatan Rakyat sahajalah harapan untuk kita sandarkan bagi 'menjamin' masa depan anak bangsa yang lebih cerah di masa hadapan.....

Ramai Sangat Anak Muda Bumiputara Yang Masih Gagal Memiliki Rumah

Posted: 09 Apr 2014 01:33 AM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini menyokong penuh cadangan yang diutarakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar satu kajian semula terhadap sistem pengundian bagi skim perumahan mampu milik yang tidak menjamin kuota 30% belia bumiputera dapat dijalankan.

Ketua Penerangannya, Mohd Farid Mohd Nor berkata, ini memandangkan dari segi majoriti, belia Bumiputera merupakan golongan yang paling sukar untuk memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar disebabkan oleh faktor harga rumah yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mendapatkan pembiyaan daripada pihak bank.

"Kegagalan memperoleh pembiayaan, sebagai contoh akan menyebabkan sesetengah daripada mereka yang terpilih melalui undian terbuka terpaksa membatalkan hasrat untuk memiliki rumah, sekaligus membuka ruang kepada yang lain, tanpa kuota 30%, tempat ini mungkin akan diisi oleh golongan yang lebih mudah mendapat pinjaman daripada pihak bank.

Kita telah melihat banyak contoh dalam projek-projek perumahan swasta di mana lot-lot rumah kos rendah dan sederhana yang diperuntukkan kepada bumiputera diisi oleh bukan bumiputera dengan alasan bakal pembeli yang telah membuat tempahan awal gagal memperoleh pinjaman bank.

Dengan penetapan kuota 30%, sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa sekiranya pembeli terpilih gagal meneruskan hasratnya, ianya tetap diisi oleh pembeli lain dikalangan bumiputera," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis.


Tambahnya, Pemuda UMNI juga memahami hasrat saudara Chong Sin Wong, Ketua Pemuda MCA Pusat yang tidak bersetuju dengan cadangan penetapan kuota ini, walaubagaimanapun kami menyeru agar beliau lebih realistik dan mengakui bahawa golongan bumiputera sememangnya menghadapi masalah yang cukup besar dalam memiliki rumah.

Sistem kuota tidak bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik kerana sememangnya rata-rata mereka yang tergolong dalam golongan ini adalah Bumiputera.

"Seharusnya Pemuda UMNO meminta kuota yang lebih besar namun kami memahami dan menghormati perasaan sahabat-sahabat pemimpin parti komponen yang turut menjaga kepentingan kaum masing-masing.


Walaubagaimanapun, kami juga bersetuju dengan kenyataan saudara Chong agar  sistem saringan diperbaiki bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberi peluang untuk memiliki rumah mampu milik. Pemuda UMNO Pahang tidak mahu ada golongan Bumiputera yang berkemampuan menidakkan peluang rakan-rakan mereka yang lain samada bumiputera atau bukan bumiputera yang lebih memerlukan," tambahnya lagi. 

Aspirasi Bangsa

Posted: 10 Apr 2014 01:32 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Penipuan PR mengenai tarikh prosiding terbongkar!!!

Posted: 09 Apr 2014 07:30 PM PDT

Macai PR kecewa Umno terima Hudud

Posted: 09 Apr 2014 05:06 PM PDT

bekas PA Prof Izzi pula buka tembelang!!

Posted: 09 Apr 2014 07:01 AM PDT

#mh370 pencarian semakin hampir

Posted: 09 Apr 2014 03:59 AM PDT

Mesyuarat pertama jawatankuasa hudud Kelantan- Apa kata DAP!!

Posted: 09 Apr 2014 02:21 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 10 Apr 2014 01:27 AM PDT

Taipingmali (tm)


ŔBA pertama di tangkap di Sabah

Posted: 09 Apr 2014 05:39 PM PDT




TANGKAPAN: 1)

NORITA SALAMAH BINTI ZAMAN,

PEMBANTU ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) BEAUFORT, SABAH

D) RAMPASAN :

1/ 1 BUAH H/PHONE SAMSUNG (S4),
2/ 1 MONITOR KOMPUTER JENAMA DELL
3/ 1 BUAH CPU KOMPUTER JENAMA DELL
4/ 1 BUAH KEYBOARD JENAMA DELL
5/ 1 BUAH TETIKUS JENAMA DELL
6/ 3 KABEL KOMPUTER WARNA HITAM
7/ 1 KABEL INTERNET WARNA PUTIH
8/ 1 SOKET WARNA PUTIH

E) FAKTA KES :

PADA 8.4.2014 JAM LEBIH KURANG 9.00 MALAM, BERTEMPAT DI RUMAH PENGADU DI NO 104, TAMAN SRI PANGLIMA BEAUFORT, SABAH, PENGADU ADA TERBACA STATUS DARI LAMAN SOSIAL ''FACEBOOK'' YANG DIDAFTARKAN ATAS NAMA "NORITA SALAMAH ZAMAN" TELAH MENYEBUT ''ANJING2 PUTIH C NAJIB'' YANG MERUJUK KEPADA ANGGOTA TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA. MELALUI STATUS INI, PENGADU MERASAKAN KREDIBILITI DAN REPUTASI PENGADU SEBAGAI SEORANG ANGGOTA POLIS TELAH TERCALAR. PENGADU JUGA MERASAKAN TUGAS SEBAGAI ANGGOTA POLIS KHASNYA TRAFIK AKAN DIPANDANG SERONG JIKA PERKARA INI DIBIARKAN TANPA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL. LAPORAN DIBUAT UNTUK TINDAKAN POLIS DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA SELANJUTNYA.

HASIL SIASATAN MENDAPATI, PENGADU MERUPAKAN SEORANG ANGGOTA POLIS CAWANGAN TRAFIK IPD BEAUFORT BERPANGKAT SARJAN. PADA 08/04/2014JAM L/KURANG 2100HRS, SEMASA MEMBUKA LAMAN SOSIAL FACEBOOK, PENGADU TERBACA STATUS DARIPADA PEMILIK AKAUN FACEBOOK BERNAMA "NORITA SALAMAH ZAMAN" YANG BERTULIS "jaga-jaga kmu, blum smua rkyt malaysia dpt br1m, sbuk sdh anjing2 putih c najib cari duit utk dia & poket tapuk anjing tu sndri, klu pakai tali pinggang keledar tu, kasi lurus btul2, nti kna saman sbb begulung tu tali pinggang keledar".

STATUS LAIN ADALAH "TRAFIK PAPAR CARI DUIT CARA KEJI"..Bodo ke bangang trafik papar



lh2 saman laju d kwsn lorong memotong jln bongawan tu. laju 90km/h.sdh la x signboard had laju, gulung blik la tu jln 3 hala. gila ka mau suru org memotong tp laju 90 ja d sana. nmpk sgt cara perangkap org tu. buat jln 3 hala, siap ada signboard LORONG MEMOTONG tp x blh laju lbh 90. siapa2 mau lalu jln tu blh siap2 bw batu ka apa2 ja yg blh baling kepala otak trafik yg jaga d sna. sbb bangang sgt...KEMUDIAN PADA 09/04/2014PENGADU MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS BEAUFORT.

PADA 09/04/2014 JAM L/KURANG 1700 HRS, SEPASUKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA JSJ IPD BEAUFORT TELAH MEMBUAT TANGKAPAN KEATAS SASPEK DALAM KES INI DI PEJABAT AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) BEAUFORT, TINGKAT BAWAH, BANGUNAN URUSETIA DAERAH, BEAUFORT. TURUT DIRAMPAS ADALAH H/PHONE JENAMA SAMSUNG S4, DAN SATU SET KOMPUTER JENAMA DELL MILIK AADK BEAUFORT YANG DISYAKI DIGUNAKAN OLEH OKT SEMASA MEMUAT NAIK STATUS BERKENAAN DIINTERNET. OKT MERUPAKAN 1/P, BERUMUR 28 TAHUN, TELAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK PEREMPUAN BERUMUR 8 TAHUN. OKT TELAH BEKERJA DI AGENSI DADAH KEBANGSAAN SELAMA 5 TAHUN DENGAN JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH. OKT MENGAKU TELAH MENULIS STATUS BERKENAAN KERANA TIDAK PUAS HATI DENGAN POLIS TRAFIK KERANA TELAH MENDAPAT SURAT SAMAN "SPEED TRAP" DI JALAN BONGAWAN - PAPAR SEMASA MELALUI JALAN TERSEBUT PADA 17/03/2014. TANGKAPAN KINI DITAHAN DILOKAP IPD BEAUFORT DAN AKAN DIREMAN. SIASATAN DITERUSKAN.

E) TINDAKAN :

1. RAKAMAN PERCAKAPAN PENGADU TELAH DIBUAT
2. TANGKAPAN DAN RAMPASAN BARANG KES
3. OKT AKAN DITAHAN REMAN

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 10 Apr 2014 12:00 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Diskaun Beli Rumah Untuk Orang Melayu/Bumiputra Di Selangor Di HAPUSKAN, TAHNIAH Rakyat Selangor...

Posted: 09 Apr 2014 10:00 PM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias  berkata kerajaan negeri sepatutnya mempertimbangkan perkara itu sebelum membuat keputusan yang membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri.

"Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun 7% itu kepada Bumiputera walaupun memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik di bawah RM42,000. Ini kerana kedudukan kewangan golongan itu masih lagi rendah.

"Bagaimanapun kerajaan negeri hari ini memansuhkan diskaun 7% itu, yang pasti akan membeban dan menyukarkan Bumiputera yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.

Shamsudin mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad (PAS) pada sidang DUN hari ini bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran.

Terima kasih kerajaan negeri selangor, Tahniah kepada orang melayu yang mengundi pakatan rakyat, kerana undi anda, kini diskaun pembelian rumah telah di hapuskan...

Parlimen Malaysia Kini Sudah Jadi Sarkas...

Posted: 09 Apr 2014 08:00 PM PDT


Pembangkang kini mula buat tuntutan merepek, semalam depa mintak kerajaan sediakan satu pusat jagaan kanak-kanak di lobi parlimen, hahahaha...

Buat anak pandai, tapi bila nak jaga, tak reti pulak, kalau susah nak jaga anak, kenapa bertanding masa pru lepas? ohh lupa, puak-puak nie bertanding pasal nak kejar elaun wakil rakyat, dok rumah sesaja bukan dapat duit...

Kalau anak sekor pun tak boleh nak jaga, macam mana nak jaga puluhan ribu pengundi...???

Siapa nak keluar duit untuk buat baby day care tu? sudah tentu pakai duit rakyat, tak membazir ke nak buat baby day care hanya untuk beberapa minggu sahaja sidang parlimen? siapa nak tanggung semua kos tu?

Dalam setahun parlimen hanya bersidang 3-4 kali, so hari-hari yang selebihnya tu macam mana?

Apa pun aku nak cadangkan pada pembangkang, supaya minta sekali kerajaan buat rumah jagaan orang-orang tua di lobi parlimen, pasal jenis spisis mata sepet nie jugalah yang banyak campak mak-bapak dia orang kat rumah orang-orang tua.

Low class punya pembangkang...

Kena Tambah Extra 25 Sen, Punca Tony & Air Asia Tak Mau Pindah KLIA2

Posted: 09 Apr 2014 06:00 AM PDT

Dia boleh beli team EPL, dia boleh sponsor team F1 tapi bila kerajaan minta dia extra 25 sen dia mengamuk.

Kolumnis Mingguan Malaysia, Johardy Ibrahim hari ini mendedahkan antara sebab Air Asia enggan berpindah ke KLIA 2 ialah penggunaan Aerobridge yang dijangka memerlukan Air Asia membayar RM 85 setiap kali mendarat atau RM 0.25 setiap penumpang.

Sebanyak 80 aerobridges tersedia di situ. Tetapi rupa-rupanya perihal aerobridges ini menjadi agenda perdebatan antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pelik? Memang pelik. Kalau tanya saya, memang akan pilih aerobridges. Bayangkan warga emas kena berjalan dalam cuaca panas atau hujan, sambil mengendong beg masing-masing.
Bagaimana ibu bapa yang ada bayi. Kasihan.

Perdebatan AirAsia berkisar kepada model perniagaannya iaitu masa pusingan pantas bagi meningkatkan penggunaan pesawat. Secara ringkasnya, sejurus sahaja pesawat mendarat, penumpang keluar, kira-kira 10 minit kemudian kumpulan penumpang baharu menaiki pesawat dan berlepas semula.

Kaedah ini adalah kunci kepada formula penerbangan tambang murah iaitu membolehkan pesawat terbang lebih kerap ke sesuatu destinasi dalam sehari, terutama untuk penerbangan pendek antara sejam ke tiga jam penerbangan.

Oleh itu, AirAsia merayu diberikan pengecualian menggunakan aerobridges kepada MAHB pada 2011 iaitu semasa pembinaan klia2. Dalam semangat sebagai rakan perniagaan, kehendak AirAsia dipersetujui MAHB, yang tentunya harus menawarkan pengecualian serupa kepada syarikat penerbangan lain.

Aerobridges

Bagaimanapun, permintaan itu hanya di klia2. Di lapangan terbang lain di Malaysia, AirAsia menggunakan aerobridges seperti di Kuching, walaupun ada pesawat lain mengerahkan penumpang berjalan di atas landasan. Mungkin AirAsia akur kepada permintaan pelanggan yang merasa sangat leceh tanpa menggunakan aerobridges.

Lapangan terbang di negara lain di rantau ini mengenakan perintah mandatori (wajib) untuk menggunakan aerobridges bagi kesenangan dan keselamatan penumpang. Bila sesebuah syarikat tidak mahu menggunakan aerobridges, pesawat terpaksa berhenti di kawasan hujung terminal dan bas digunakan bagi mengangkut penumpang.

Dalam hal ini, AirAsia menyatakan syarikat itu mematuhi peraturan seumpamanya di luar negara kerana tiada pengecualian diberikan. Di klia2, AirAsia minta pengecualian. Dan MAHB beri pengecualian. Maka ketika itu, klia2 dibina tanpa dipasang aerobridges. Ini bukan cerita rekaan saya. Rujuk kenyataan akhbar MAHB dalam laman web mereka.

Tetapi keputusan itu ditarik balik oleh Kementerian Pengangkutan yang mahu keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan. Maka aerobridges dipasang. Seorang pegawai memberitahu, isu ini adalah termasuk dalam 'isu-isu yang belum selesai' seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar, Rabu lalu.

Lihat dari segi kos. Caj MAHB kepada syarikat penerbangan untuk menggunakan aerobridges ialah RM85 sekali pakai. Ambil contoh pesawat A320 membawa 180 penumpang, kos puratanya adalah kurang daripada 25 sen setiap penumpang. Caj ini adalah terendah di Asia.

Menyaksikan siri terbaharu perdebatan AirAsia dan MAHB, mungkin ramai akan kehairanan. Kenapa AirAsia berkeras enggan berpindah ke klia2? Ini menyebabkan MAHB dikritik kerana seolah-olah memanjakan AirAsia dan sekarang dibalas tuba. Apa yang kita kena tahu ialah sejak 2002, MAHB memberikan AirAsia pelbagai dan paling banyak insentif sehingga berjaya menjadi penerbangan paling berjaya hari ini.

Lagi aneh bila AirAsia berterusan menyalahkan MAHB kerana didakwa tidak menyediakan klia2 yang 'benar-benar' boleh berfungsi dan selamat, landasan mendap dan retak. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sudah mengesahkan masalah itu telah diatasi dan selamat digunakan. Pun tak percaya?

Persoalannya, kenapa syarikat penerbangan lain seperti Malindo Air tidak berpendapat sedemikian dan akur untuk beroperasi di klia2 pada 2 Mei ini?

Walau apa pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyatakan pendiriannya. Pindah! Tinggalkan LCCT yang umpama pasar malam mega. Sesak dan merimaskan. Letak kereta pun sampai ke bulatan besar. Terimalah klia2. Lebih baik, lebih selesa untuk kita semua. Utusan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 09 Apr 2014 11:48 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEKERJA CINA HONG LEONG HINA ORANG MELAYU

Posted: 09 Apr 2014 08:00 PM PDT


Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

Jan 2014, satu kes yang serupa juga berlaku melibatkan Hong Leong Bank juga di Batu Pahat.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodoh, yer?

Sumber :  klik

LIM GUAN ENG TUKAR PENANG JADI BANDAR SEKS

Posted: 09 Apr 2014 06:27 PM PDT


Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

"Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.

"Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.

Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.

Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali.


HUDUD BUKAN KONSENSUS PAKATAN, KONSENSUS AHLI UMNO- AHLI PAS

Posted: 09 Apr 2014 01:04 AM PDT


Rakan sekutu PAS, DAP dan PKR memberi peringatan keras bahawa undang-undang hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada kata sepakat di kalangan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR), sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
"Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan Pakatan, " kata ketua publisiti DAP Tony Pua kepada The Malay Mail Online hari ini.
Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara berkata DAP yang merupakan parti kedua terbesar di Dewan Rakyat dengan 38 Ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.
Ini merupakan penentangan kedua daripada Ahli Parlimen DAP, selepas Karpal Singh (Bukit Gelugor) yang mengeluarkan dua kenyataan penentangan terhadap undang-undang tersebut pada 7 April dan 3 April.
Namun, sehingga ke hari ini tiada lagi sebarang kenyataan daripada pemimpin utama DAP khususnya, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Pada 3 Mac lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata bahawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) akan dibawa dalam sidang Parlimen dalam masa terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen PR bagi mendapat kebenaran Persekutuan untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu.
Pada tahun 1993 , kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah Kelantan Kanun Jenayah II, namun undang-undang tersebut tidak dilaksanakan hingga ke hari ini.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), mei tahu lalu, DAP mendapat 38 kerusi parlimen menjadikan parti itu paling dominan dalam pakatan pembangkang; PKR, 31 kerusi dan PAS hanya mendapat 21 kerusi parlimen.
Senada dengan DAP, Naib Presiden PKR , N. Surendran mengingatkan PAS bahawa PR telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.
"Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak PR. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu, " Surendran memberitahu The Malay Mail Online.

The Unspinners

Posted: 09 Apr 2014 11:42 PM PDT

The Unspinners


PR jadi berok akibat kalah debat GST guna "half truth"

Posted: 09 Apr 2014 08:30 PM PDT


 Mogok pembangkang dengan membawa bunting Tolak GST secara beramai2 adalah tindakan melanggar Peraturan Mesyuarat 20 Dewan Rakyat. Nampaknya penyakit Nizar macam monyet di hari angkat sumpah sudah merebak ke AP PR lain. 

Selapas 2 hari berdebat dengan pihak kerajaan berjaya mengetengahkan kebaikan GST, kerajaan menang undi berbelah bagi 118 menyokong dan 81 menentang. Kebanyakkan Pembangkang berhujah dengan memberi hujah half truth atau fakta berpilih-pilih.

Tujuannya simple... video debat akan dipetik dan disiarkan untuk ceramah. Penjelasan kerajaan tidak akan disiarkan.

Maka satu cara saja tinggal untuk diguna mereka iaitu membawa budaya demonstrasi jalanan ke Parlimen. Hai ... macam mana PR nak jadi pemerintah jika berdebat di parlimen pun guna tipu helah dan putarbelit?

Belum memerintah pun rakyat akan ditipu.

Rakyat yang  menyokong mereka sebenarnya memberi mereka lesen besar untuk mereka berbuat sesuka hati dan kekebalan mereka sebagai MP dalam parlimen disalahgunakan. Bila lagi berkuasa, lagi ganaslah mereka.

Orang kata rakyat bijak membuat pilihan tapi lepas roadshow seluruh negara masih tak faham lagi.

Masaalahnya sesetengah pemimpin BN berlagak mereka segalanya untuk rakyat tapi tak sedar banyak perbuatan mereka menghancurkan parti dan negara.

Berikut penerangan ringkas dan baik mengenai GST seperti yang diterangkan oleh DS Ahmad Husni:

Singapura memperkenalkan GST pada 1993 dengan 3%; sekarang 7%. Betul kata Shahlim, bagi Singapura GST merupakan cukai baru, bermakna Rakyat kena bayar cukai tambahan 3%.

Negara kita memperkenalkan GST bagi mengantikan SST(Cukai Jualan & Perkhidmatan. Cukai Jualan kini 5% dan 10%. Bermakna bagi yang kini 5%, tambahan yang perlu di bayar Rakyat 1%; manakala yang kini 10%, Rakyat akan jimat 4%.

Terdapat 73 produk (10.6%) dalam kategori 5% kepada 6%; msnakala dalam kategori kini 10% akan turun ke 6% mengandungi 273 produk (39.62%). Terdapat 4 negara memperkenalkan GST pada 2011 dan selepas dengan kadar GST 15%, 16%, 16% dan 40%.

Jenis produk antaranya Nescafe, Quarker Oats pada kadar 5%; Minuman berkabonat, ribena, sunquick, pakaian bayi, sabun, bateri, kereta, TV, Colgate, syampu dsb 10%. Bermakna kereta dan TV akan lebih murah dengan kadar GST 6%. SST di perkenalkan pada tahun 1970'an.

Yang di maksudkan 'Shadow Economy', terminologi bagi peniaga yang lari dari bayaran SST(Cukai jualan & Perkhidmatan). 'Black Economy' merupakan 'Ekonomi Underground' iaitu aktiviti jual dadah, jual manusia, pelacuran dsb.

Shadow economy akan masuk ke dalam pembayaran GST kerana di bawah sistem GST, pengeluar (manufacturer), pemborong dan peruncit mendapat balik pembayaran GST (dipanggil sebagai 'Kredit Cukai').

Pengalaman di 160 buah negara yang telah melaksanakan GST, semua peniaga dan syarikat (termasuk yang dahulunya dalam Shadow Evonomy) mendaftar dalam GST untuk mendapat kredit cukai. Matlamat peniagaan adalah memperoleh keuntungan. Dengan kredit cukai, peniaga mendapat keuntungan.

Negara ada cukai korporat dan cukai pendapatan individu di bawah LHDN. SST dan kemudian GST adalah di bawah Kastam.

Kita telah membuat kajian, bagi isirumah berpendapatan RM2,000 sebulan berdasarkan pattern prrbelanjaan pada setiap bulan, kini dibawah SST membayar cukai SST RM36.00 sebulan. Dengan pattern perbelanjaan bulanan yang sama, dibawah GST akan membayar RM51.00 sebulan.

Ini bermakna membayar tambahan RM15.00 sebulan atau RM180 setahun. Kerajaan akan memberi bantuan tambahan RM300 kepada isikeluarga yang menerima BR1M, bermakna ada lebihan RM120.

Dari tengok perngai PR macam beruk, lihat indahnya hasil kerja BN

Posted: 09 Apr 2014 07:00 PM PDT








Dari tengok beruk-beruk ini yang melanggar tatacara parlimen dan tak faham keperluaan GST...


Baca SINI

Hari ini, Anwar dedah lokasi MH370 guna data satelit simulator di rumahnya

Posted: 09 Apr 2014 05:30 PM PDT


Kah kah kah .... macam penyokong tegar satu orang lagi yang gila simulator. Cuma Anwar ada simulator dan STIMULATOR sekali.

Apa hal pun, baca di Utusan Malaysia dan blog Negara Pakatan ...


Cari blog tu...

Buku Rafizi ni pasti hina mahkamah

Posted: 09 Apr 2014 08:24 AM PDT




Ini sudah kes menghina mahkamah kerana berhujah mempersoalkan kewibawaan mahkamah berdasarkan fakta yang salah dan putarbelit. Pasti ianya berasaskan skrip yang sudah disediakan dan sudah Unspinners tulis ketika PRK Kajang:



Dah masa Rafizi pula ditanam.

Buku ini pun tak ada KDN ... boleh dirampas. Bahagian penerbitan KDN bangun ke belum?


Rafizi ni tak serik... baru ada laporan polis terhadapnya semalam:

Laporan polis ke atas YB Rafizi Ramli yang dibuat hari ini merupakan satu titik permulaan kebangkitan rakyat marhein yang selama ini berdiam diri melihat gelagat hipokrit beberapa ahli politik yang selama ini mempergunakan nama 'rakyat' untuk mereka melanggar undang-undang dalam negara ini.  Beberapa tindakan pemimpin-pemimpin ini yang secara terbuka mempertikai sekaligus menghina beberapa keputusan mahkamah amat mengecewakan .

Ada juga di antara mereka secara terang-terangan mendakwa mahkamah negara ini dikawal oleh individu-individu tertentu yang secara langsung mencalarkan integriti sistem kehakiman negara ini. Tindakan mereka ini jelas sekali mempunyai kecenderungan menghasut rakyat untuk membenci dan memperlekehkan institusi kehakiman.

Saya selaku yang mewakili  Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) berasa sesuatu perlu dilakukan apabila melihat 'trend' sebegini makin menjadi-jadi kebelakangan ini tanpa apa-apa tindakan yang diambil . Ahli-ahli politik ini yang disokong oleh sekumpulan peguam amat licik memanipulasi undang-undang demi kepentingan dan kelangsungan karier politik mereka .

Ironinya walaupun beberapa tindakan mereka jelas menghina undang-undang dan sistem kehakiman dalam negara ini, mereka turut gunakan undang-undang yang sama untuk mengugut rakyat marhein dengan tindakan saman apabila membangkitkan beberapa persoalan dengan kredibiliti diri mereka sebagai seorang pemimpin parti politik.

Saya tak mahu namakan siapa pemimpin-pemimpin politik ini, namun saya percaya rakyat boleh tahu dengan melihat senario yang berlaku pada hari ini. Saya juga percaya dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan dengan laporan polis yang saya buat pada hari ini.

Norafiq Bin Md Noor
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM)

Hina mahkamah: Anwar pun patut didakwa!

Posted: 09 Apr 2014 05:30 AM PDT


Papagomo akan didakwa kerana hina mahkamah dalam kes saman oleh seorang ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Samada ini ada kaitan dengan ugutan oleh Rafizi Ramli sebelum ini, itu tidak diketahui.

Namun satu persoalan timul terhadap badan kehakiman yang nampaknya hanya berani lakukan ke atas blogger marhaen tapi takut untuk lakukan terhadap pemimpin pembangkang yang terang-terang lakukan penghinaan terhadap hakim.

Dengar Anwar dalam ucapan berikut:


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan hakim-hakim yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya adalah sebagai pencacai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata, bahawa tindakan menjatuhkan hukuman yang diputuskan secara tergesa-gesa dilihat sebagai taktik kotor oleh pihak UMNO-BN untuk menghalang beliau dari bertanding sebagai calon Pilihanraya Kecil N25 Kajang yang akan bermula dengan penamaan calon pada 11 Mac ini.

Beliau berkata demikian pada ceramahnya sebelum merasmikan Bilik Gerakan PKR bagi PRK tersebut di Bangunan Mat Saman, Kajang.

Maklumat lanjut, layari: http://rakyatnews.my

Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani

Task force, the unknown hero combating illicit activities and financial flows

Posted: 08 Apr 2014 11:30 PM PDT


Sometime in February 2014, anti graft raid on the police that uncovered a high police official with a bank account of RM20 million.

That made news headline and got the attention of the public despite attempt to create a backlash reaction from the lower rank policemen by spreading a rumour via Sinar Harian that some 60 police were investigated. Read HERE

The attempt to demotivate the lower rank police failed as many realised that there is an attempt to weed out those that have been giving a bad name to the police.

It brought up their their hope that the so-called dominance of upper ranks by syndicates will eventually break down and good cops could hope for promotion up the ranks.  

There were raids made on smugglers of many of Malaysia's controlled items like petrol, diesel, cooking oil, etc. It is believed that as high as 50% of Malaysia's annual subsidy bill of RM40 billion have leaked out of the country by smugglers and criminal syndicates.


The opposition had made a circus of parliament to complain of government's attempt to widen tax based through GST but their argument is only cheap politics of claiming corruption cost being borne by consumers.

The truth to the matter is government revenue is too dependent on tax and royalties from GLCs, almost as high as 70%.

Corporate tax and income tax contributed hardly 20% thus dispelling arguments by certain members of the chinese community claiming for rights based on their tax contribution. Whether on personal basis or business, their contribution is not sufficiently significant despite their monpoly of the business sector.

There have been increasing effort by government to increase collection of tax and all these effort by an agency under the auspices of the Attorney General office known as the Taskforce.

Taken from the BNM website HERE, "the Task Force comprises of the Attorney General's Chambers of Malaysia, Royal Malaysian Customs Department, Royal Malaysia Police, Malaysian Anti-Corruption Commission, Inland Revenue Board of Malaysia, Immigration Department of Malaysia and Bank Negara Malaysia."

Sometimes the credit to some of their effort had gone to others Ministries but the unknown hands is this "high level Multi-Agency Special Task Force (Task Force) to reduce illicit financial flows."

It's role is "to spearhead more effective coordination and collaboration among key law enforcement authorities in the country as well as between local and international enforcement agencies to mitigate illicit activity and financial flows."

So don't say the government kept a blind eye on price increases o consumer product and tax evaders.  They just do not make a lot of noise thus some ignorant asshole  journalist and blogger6should stop thinking it is just another taskforce.

Panglima Perang Cyber

Posted: 09 Apr 2014 11:22 PM PDT

Panglima Perang Cyber


THE FLYING KICK: KAKITANGAN BANK HONG LEONG MELAYU DIHERDIK MANAGER CINA DI JOHOR - PENUH RASIS !!!

Posted: 09 Apr 2014 10:54 PM PDT


Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodohyer?
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/04/kakitangan-bank-bangsa-melayu-diherdik.html?m=1


Panglima : Jika benar perkara ini maka masyarakat perlu berganding bahu mengkritik tindakan tersebut yang tidak patut keluar dari mulut rakyat Malaysia walau berlainan agama atau bangsa.

Kita sepatutnya dan sememangnya perlu menghormati semua agama dan islam sendiri melarang penghinaan terhadap agama lain dan membenarkan mereka melaksanakan ibadat mengikut kepercayaan agama dari dulu hingga kini.

Meskipun di Malaysia Islam adalah agama persekutuan namun menjadikan isu perkauman dalam pejabat adalah kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

Bank HONG LEONG perlu mengambil tindakan atau berdepan dengan kecaman keras rakyat Malaysia yang selama ini menjunjung keluhuran perlembagaan yang melarang perbuatan tersebut.


Sent from my iPhone

3,000 Pekerja Bank Of America Diberhentikan Seluruh Dunia

Posted: 09 Apr 2014 09:50 AM PDT



NEW YORK: Bank of America akan menamatkan khidmat seramai 3,000 pekerjanya di luar Negara sejajar dengan program kajian semula operasi bank itu di seluruh dunia.


Pemberhentian itu akan membabitkan operasi bank tersebut di Costa Rica, Filipina dan Mexico.

The Charlotte, syarikat yang berpangkalan di Utara Carolina bercadang menutup pejabatnya di negara itu dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan lagi.

Jurucakap Bank of America Corp, Mark Pipitone berkata, pengurangan pekerja itu bagaimanapun tidak menjejaskan Bank of America Merrill Lynch, iaitu rangkaian bank global dan pasaran perniagaannya yang memberi khidmat untuk sektor komersial, korporat dan pelanggan institusinya di Amerika Latin.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/04/09/3000-pekerja-bank-of-america-diberhentikan/

Belantan

Posted: 09 Apr 2014 11:19 PM PDT

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Kecewa sikap Anwar?

Posted: 09 Apr 2014 09:38 PM PDT


Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April 2014 menyiarkan artikel mengenai wawancara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, baru-baru ini.

Artikel bertajuk 'Satu saat' yang ditulis oleh Chang Long Yan daripada Institut Kewartawanan Taima disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Ketika wawancara itu, Anwar telah ditanya jika dirinya seorang Perdana Menteri, bagaimanakah caranya beliau menangani isu insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Katanya, insiden itu telah mendedahkan bahawa pengurusan pentadbiran kerajaan sekarang adalah begitu teruk. Kerajaan tidak mempercayai juru terbang, mengawal media massa, tidak mempunyai pegawai berkelayakan dan tiada pasukan cendekiawan yang boleh memberi nasihat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Lim Lip Eng juga lantang menyatakan jika pemimpin parti itu dilantik menjadi komandan angkatan udara dan angkatan tentera laut di negara ini, mereka sudah pasti mampu mencari pesawat yang hilang berkenaan. Apabila Lip Eng mendapati apa yang dikatakannya itu mendapat kritikan hebat, beliau menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Sebenarnya dalam wawancara itu, Anwar langsung tidak mengemukakan sebarang idea untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu, sebaliknya hanya mahu berlagak seolah-olah beliau kini seorang Perdana Menteri. Sebab itu, dalam wawancara berkenaan beliau berkali-kali mengemukakan pandangan seperti 'Ah Q' (orang bodoh).

Anwar mendakwa hanya memerlukan masa paling singkat iaitu satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370 dan ia sudah tentu mustahil boleh dibuat.

Ini kerana insiden berkenaan melibatkan banyak isu yang tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Masa panjang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan juga destinasi hala tuju pesawat dan lokasi ia hilang dengan tepat.

Kenyataan Anwar yang mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan isu pentadbiran kerajaan yang bermasalah membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Tuduhan terhadap kerajaan yang dibuat hasil daripada daya imaginasi itu tidak semestinya logik dan boleh diterima akal. Ia ditimbulkan semata-mata untuk memijak musuh politik beliau dan meningkatkan imej dirinya sendiri.

Mungkin kita boleh imbas kembali semasa beliau menjadi Menteri Kewangan ketika Asia termasuk Malaysia dilanda krisis ekonomi. Semasa krisis ekonomi itu, beliau sanggup menerima kaedah kawalan kewangan yang disyorkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dari Amerika Syarikat (AS) dan Bank Dunia.

Jika Anwar menjadi seorang Perdana Menteri, bukankah beliau akan meminta pertolongan daripada negara Uncle Sam untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu? -UMO

Suara Politik
Belantan

CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370?

Posted: 09 Apr 2014 09:41 AM PDT


Sudah sebulan pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.

Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?

Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.

Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.

Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?



Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.

Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq.

Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.

Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.

CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.



Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?

Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.

Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.

Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?



CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.

Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China.

Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.

Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia - China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.

Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap 'karut' mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.


Suara Politik
Belantan

AZLI SHUKRI

Posted: 09 Apr 2014 11:17 PM PDT

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Munculnya Tanduk Syaitan (Episod ke-3)

Posted: 09 Apr 2014 02:12 AM PDT

Kita masih terus membicarakan agenda dan mesej misteri mengapa pesawat MH370 mesti dihilangkan di tengah-tengah Lautan Hindi. Dan sehingga setakat ini - sekurang-kurangnya 80% daripada mereka yang mengikuti secara dekat tragedi ini bersetuju bahawa ia merupakan perbuatan terancang - itu pun sekiranya kita tidak mahu menyebutnya dengan istilah konspirasi. Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa salah satu ciri konspirasi yang wajib kita ketahui ialah - sesuatu peristiwa itu akan berakhir dengan penuh tanda tanya, kekeliruan, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, tiada rumusan yang konkrit di samping kisah tersebut akan terus kekal diulang-ulang bagi mencapai maksud dan  keuntungan sesuatu pihak. Sehingga kini, ciri tersebut sudah jelas dan nyata dalam kisah kehilangan MH370 sebulan yang lalu. Kedua, sesuatu konspirasi mestilah mempunyai ciri "impak yang sangat dahsyat" dan "keuntungan yang sangat besar" kepada pihak yang merancangnya. Dalam kes ini, tragedi MH370 sudah sampai ke garis penamat. Tony Abbott, Perdana Menteri Australia dengan tegas menyatakan bahawa, misi mencari dan menyelamat MH370 merupakan misi paling sukar dalam sejarah dunia. 

Soalnya apakah ia lebih sukar daripada mencari batang tubuh Saddam Hussien atau Osama bin Laden? Jika itu termasuk mesejnya, maka kita boleh mendakwa bahawa tragedi MH370 telah memberi impak dahsyat kepada dunia dari aspek keselamatan dan daya pertahanan udara, khususnya kepada negara-negara yang terlibat. Hal ini seolah-olah bakal membawa isu MH370 melangkaui sebuah kisah tragedi semata-mata, sebaliknya ia membentuk masalah baharu yang berhubung sekitar isu "keselataman dan keamanan serantau" - Di sisi lain, sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press. 

Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu. Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2 juta) sehari. Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu. Malah kita menjangkan kos akan terus meningkat melebihi RM100 juta, sebaik sahaja kotak hitam ditemui untuk dianalisis. 

Apakah maknanya semua ini bagi kita? Ini merupakan gambaran bahawa MH370 telah menggegarkan seluruh dunia - seolah-olah ada pihak mahu peristiwa ini menarik perhatian seluruh masyarakat antarabangsa. Malah, kita juga dikejutkan dengan 26 buah negara mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat bersama-sama dengan berdozen-dozen kapal perang, kapal selam, satelit, rada dan pesawat dalam usaha merungkai misteri kehilangan MH370 ini - tetapi selama lebih 30 hari ia masih buntu. Apakah semua ini percuma? Walaupun Malaysia tidak diminta membayar semula kos yang membabitkan operasi ini - setidak-tidak "tengkuk" negara ini sudah terikat dengan istilah "membalas budi". 

Cara Malaysia "dipaksa" membayar balik segala kos yang telah dilaburkan ke dalam operasi ini, bukanlah dengan wang ringgit - tetapi boleh jadi dengan cara menandatangani perjanjian perdagangan/keselamatan yang selama ini kita tolak atas alasan merugikan industri tempatan dan bumiputera. Senjata "membalas budi" adalah jauh lebih ampuh daripada kuasa "budi bicara" atau "pujukan" dalam memaksa seseorang menuruti kehendak kita. Soalnya apakah Malaysia akan terperangkap dalam kitaran ganas ini? Dan siapa pula yang untung? Perlu diingat, Malaysia sedang memohon bantuan daripada negara-negara yang mengamalkan fahaman kapitalis tulen - yang bermaksud tiada yang percuma di dunia ini dan keuntungan adalah sasaran kami! 

Kita tidak berhutang dengan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) seperti mana ia mengikat tengkuk Indonesia sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98, namun demikian Malaysia terhutang budi dengan 26 negara yang telah membantunya dalam usaha mega mencari MH370. Perlu diingatkan - krisis kewangan Asia yang berlaku 17 tahun lalu merupakan konspirasi terancang, diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Mengapa ia dikatakan sebagai konspirasi? Jawapannya mudah siapakah yang untung dalam krisis tersebut? dan yang lebih lucu tiada sesiapa pun yang bertanggungjawab, bahkan Amerika Syarikat yang serba hebat itu pun gagal (atau sengaja tidak mahu mendedahkan) menjejaki organisasi yang telah meranap dan memanipulasi mata wang negara-negara Asia - yang pasti Soros tetap bebas! Bukankah sehingga kini kita masih tertanya-tanya siapakah dalang sebenar yang merancang krisis kewangan Asia pada hujung tahun 1997 itu? Soros adalah tertuduh yang kebetulan disebut oleh Tun Mahathir berkali-kali!

Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa Presiden China, Xi Jinping buat pertama kalinya telah melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia enam bulan yang lalu iaitu pada 3-5 Oktober tahun lalu. Sudah tentulah lawatan ini membawa mesej dan maksud yang sangat besar - sesuai dengan hubungan sejarah yang pernah berlaku antara Melaka dengan China seperti mana yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin. Seperti yang kita sedia maklum, Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperanan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. 

Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir Barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.Melaka juga menghantar utusan ke China. Dinasti Ming mencatatkan bahawa Parameswara sebagai pendiri Melaka dan pernah mengunjungi Maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan daripada ufti yang diberikan, Maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan kepada Melaka, kemudian tercatat bahawa terdapat 29 kali utusan Melaka mengunjungi Maharaja China.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459-1477)  menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po  dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih  dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Sejarah hubungan ini - setidak-tidaknya menggambarkan kepada kita bahawa sejarah sedang berulang kembali. Kerajaan Melayu Melaka yang pernah bangkit menjadi kuasa besar satu masa dahulu - tidak menjadi kuat secara tiba-tiba, sebaliknya ada penaung dan pelindung di belakangnya!

Ikuti sambunga rencana ini dalam siri akan datang berjudul Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah!  


       

tok gajah

Posted: 09 Apr 2014 09:36 PM PDT

tok gajah


Anwar : Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan.........

Posted: 09 Apr 2014 05:00 PM PDT

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.


Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).


Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Bijaknya kaum cina berpolitik

Posted: 09 Apr 2014 04:41 AM PDT



Kaum cina adalah terdiri dari kaum paling bijak berniaga dan berpolitik. Kebijaksanaan nya berpolitik ini telah terbukti apabila mereka berjaya dapat menguasai Singapura sepenuhnya tanpa masalah besar.

Orang melayu harus sedar dan insaf mengapa pulau Temasik ini terlepas ketangan cina. Adakah ianya disebabkan kebebalan orang melayu berpolitik?

Kini dengan jelas mereka sudah mula memainkan peranan nya untuk menguasai politik ditanah air kita pula.

Semenjak negara merdeka kaum cina ini berganding rapat dengan UMNO dalam BN. Kini mereka telah dapat menguasai ekonomi negara ini. Kini sudah tiba pula masanya untuk mereka menguji kebolehan nya dalam menguasai politik pula.

Ujian ini telah mereka tunjulkan pada PRU12 yang lepas, hasilnya mereka berjaya menawan P Pinang.

Sekarang orang melayu sudah tiada pilihan lain selain dari BERSATU, jika orang melayu gagal disatukan, pasti orang melayu akan kehilangan kuasa politiknya secara total.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 09 Apr 2014 09:18 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 09 Apr 2014 09:08 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kerajaan DAP Pulau Pinang Lebih Utamakan Roboh Premis Melayu Berbanding Atasi Masalah Denggi

Posted: 09 Apr 2014 08:00 AM PDT


Video Sidang Media Khas JACC Mengenai #MH370

Posted: 09 Apr 2014 06:30 AM PDT

Ustaz Fathul Bari Syor Semua Ahli Parlimen Islam Sokong Usul Hudud Di Parlimen

Posted: 09 Apr 2014 05:00 AM PDT


Ucapan Penuh Dato Seri @NajibRazak Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah

Posted: 09 Apr 2014 02:30 AM PDT



ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap dan zahirkan di pelbagai peringkat.

Makanya, pada pandangan saya, cukuplah agaknya dengan ungkapan komitmen, iltizam dan kesungguhan saya selaku Perdana Menteri, untuk mengatakan bahawa wasatiyyah dan idea Islam yang berlandaskan kesederhanaan ini akan menjadi cita teras kepada kerajaan dan kepimpinan yang ada. 

Banyak contoh yang saya boleh sebutkan, kewujudan Felda yang jadi penaja utama pada seminar ini adalah juga menepati matlamat maqasid syariah dan baru-baru ini kejayaan kerajaan menjadi orang tengah membawa pada penyelesaian konflik di selatan Filipina yang telah meragut nyawa umat Islam selama 40 tahun kerana peranan Malaysia berasaskan kepada pendekatan wasatiyyah maka kita telah berjaya sebagai fasilitator yang bawa kepada Comprehensive Agreement Bangsamoro akan wujud entiti Bangsamoro dan ribuan umat Islam akan terselamat daripada konflik kerana peranan yang dimainkan oleh Malaysia.

Dalam hal ini perkara yang penting kepada saya ialah pendekatan wasatiyyah ini dapat diterima dengan hati terbuka oleh majoriti rakyat, mendapat sokongan para ilmuwan dan cendekiawan, baik tempatan mahupun antarabangsa. Malah dalam seminar seperti inilah, saya anggap akan membantu kita kepada penerimaan konsep ini secara lebih menyeluruh.

Kita harus mengingatkan kepada diri kita, bahawa jangan kita terlalu gusar dengan persepsi atau tanggapan sebilangan kecil masyarakat kalau kita terlalu risau, akan demikian maka kita tidak mampu membawa apa-apa gelombang perubahan dan kita akan statik dan takut melakukan apa jua perubahan yang boleh membawa kepada kebaikan.

Sememangnya, Islam itu sendiri bukanlah sebuah agama yang kaku, lesu dan fobia dengan perubahan. Dalam banyak hal dan perkara, faham agama mesti diterapkan dengan kesegaran dan keberanian keilmuan, khususnya dalam perkara-perkara yang ditegaskan di dalam al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama, mahupun Qiyas, di mana ruang lingkup keberanian meneroka fikrah 'ijtihadik' sangat penting dan utama. 

Oleh itu kesalingan hubungan dan kaitan di antara peranan aqal. Fiqh dan realiti sosial di dalam pembangunan kefahaman dan pemikiran islam mesti disuburkan.

Saya merasa cukup senang hati apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa seminar ini mendapat perhatian dan minat daripada pelbagai kumpulan dan kelompok masyarakat. Kepada para ilmuwan dari Qatar Kuwait dan Arab Saudi, saya ucapkan terima kasih dan selamat datang kepada mereka kerana sumbangan mereka amat bermakna kepada kita. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada institut wasatiyyah Malaysia kerana telah berjaya mengadakan seminar ini dan terus berusaha untuk menyebar luas kefahaman mengenai konsep wasatiyyah.

Sebenarnya, masyarakat pada hari ini mengharapkan Islam mampu menyedia kerangka 'solusi dan penyelesaian' kepada banyak masalah kontemporari yang melanda negara dan umat Islam. Ketika ini, ada di kalangan negara Islam yang berhadapan dengan iklim ekonomi yang cukup menduga, ada juga negara Islam yang lain sedang berdepan dengan dugaan politik yang tidak menentu. Tetapi soalnya, di dalam segala ketidaktentuan ini, apa uslub dan jalan yang mampu kita tawarkan kepada rakyat dan dunia dan secara keseluruhannya. 

Oleh yang demikian, apakah wasatiyyah punya makna, ketika mana peluru berdesing di tepi kepala dan nyawa hampir sahaja tidak punya harga? Apakah wasatiyyah masih punya makna, ketika kelaparan dan kemiskinan melata, hinggakan bertempiaran wanita, anak kecil, dan generasi muda mencari tempat perlindungan di tebing runtuhan batu dan habuk setinggi menara? 

Memanglah, bukan niat saya untuk bermelankolik dengan situasi dan senario semasa umat Islam, namun walaupun adakalanya pahit, begitulah hakikatnya yang terjadi di beberapa negara Islam di dunia ini. Apakah kita tidak ada asas 'keilmuan' untuk membawa umat ke hadapan? Sudah tentu tidak. Semestinya, al-Quran dan as-Sunnah akan sentiasa kita jadikan sebagai rujukan. 

Saya boleh bersetuju dengan pandangan sesetengah alim ulama yang mengatakan Islam tidak akan mampu bangkit dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen semata-mata tanpa harus didasari dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.

Oleh itu kita haruslah meneruskan perjuangan kita berdasarkan kepada kekuatan hakiki kerana permasalahan umat islam hari ini adalah terlalu besar dan menuntut kepada perjuangan kita.

saya masih ingat ucapan saya semasa perhimpunan bangsa-bangsa bersatu tahun lalu, saya katakan bahawa konflik dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah lebih serius daripada ancaman dunia luar bukan Islam terhadap negara kita. Yang menjadi lebih kompleks lagi ialah permasalahan dan konflik di antara sunni dan syiah yang menjadi satu permasalahan yang amat getir dalam dunia Islam hari ini. Saya telah memberi analogi bahawa kalau kita hendak perdamaian, sebaik-baiknya kita anggap bahawa kita ini berada di atas landasan sebuah lebuh raya. 

Orang Sunni masuk satu lane, orang Syiah masuk lane yang lain tetapi kita menjurus kepada satu destinasi yang sama. Yang jadi masalahnya bila kita cuba nak menukar lane atau hendak melanggari satu sama lain, dan inilah yang menjadi masalah yang menghantui umat Islam. Sebaik-baiknya kita mengelak daripadanya, sebab itulah dalam negara Malaysia ini, kita meletakkan mempertahankan kesucian Islam, akidah Islam dan mendefinisikan Islam itu sebagai Sunnah Wal Jamaah sebagai satu perkara yang amat penting. Jangan salah faham bahawa kita memusuhi Syiah, tidak tetapi kita mencari keamanan dan kedamaian secara bersama. Kita hendak pastikan bahawa Malaysia akan terus wujud sebagai sebuah negara yang aman, yang sentiasa boleh dijadikan sebagai model negara Islam lain.

Dalam soal wasatiyyah ini, kita boleh lihat bahawa yang kita lakukan hari ini adalah berdasarkan wasatiyyah. Kita lihat bagaimana kita membina sebuah negara Malaysia, negara yang pelbagai kaum tetapi ketinggian Islam di Malaysia diterima oleh golongan minoriti walaupun bilangan mereka itu agak besar. Ini adalah kerana kita telah mengamalkan prinsip wasatiyyah daripada awal lagi dan kita akan terus menerus melakukan perkara ini dan apabila kita kaitkan dengan maqasid syariah yakni menjaga agama, akidah, nyawa, akal maruah atau keturunan dan harta benda, maka Malaysia berada di atas landasan yang benar.

 Saya berasa begitu musykil kalau masih ada lagi pihak yang menuduh kita sebagai tidak cukup Islamik lagi. Ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar tidak berlandaskan kepada Islam. Sebab itulah saya sebagai salah seorang daripada pemimpin yang inginkan satu syariah indeks antarabangsa. Alangkah baik kalau ada indeks maqasid syariah antarabangsa. Para ulama antarabangsa boleh mengukur setiap negara, komitmen umat Islam berdasarkan kepada matlamat maqasid syariah. Dan saya yakin dan percaya kalau ini dilakukan,indeks syariah Malaysia akan berada di tahap yang boleh dibanggakan.

Mudah-mudahan seminar seperti ini boleh memikirkan langkah ke hadapan sebab temanya ialah maqasid syariah, maka carilah jalan bagaimana pengukuran atas lima prinsip maqasid syariah itu boleh dilakukan, boleh dinilai, disukat dan ditentukan tahap pencapaiannya.

Kita juga berdepan dengan tuntutan pelbagai golongan. Dalam satu aspek, satu segi, bila kita tunjukkan komitmen kepada wasatiyyah, maka sekaligus kita menolak kefahaman-kefahaman ekstrem, keganasan umpamanya. Keterlaluan, ini adalah bercanggah dengan prinsip wasatiyyah. Kita juga berdepan dengan ancaman sekumpulan atas nama keterbukaan dan liberalisme.

Namun demikian, adakalanya kesukaran kita sebagai pentadbir ini adalah untuk berhadapan dengan demand atau tuntutan yang melampau-lampau, yang dikemukakan oleh pihak tertentu di atas nama keterbukaan dan liberalisme. Pada mereka 'hak asasi' itu sudah jauh melangkaui pemeliharaan akidah. Kononnya, kebebasan total mesti diberikan kepada mereka untuk membuat keputusan tentang jalur 'aliran dan pemikiran' mana yang secocok dengan mereka ataupun ke mana mereka mahu bawa. Persoalannya, jika berlaku situasi seperti ini, apakah 'kerajaan' mahu mengambil sikap sambil lewa dan membiarkan 'aqidah' menjadi mainan oleh segelintir kelompok kecil tersebut?

Dalam hal ini kita perlu menolak kefahaman yang sedemikian kerana sebarang kefahaman yang tidak selaras dengan syariat Islam, merosakkan akidah Islam, adalah kefahaman yang mesti ditolak. Oleh itu kalau ada pihak yang cuba mendifinasikan hak asasi yang diguna pakai oleh setiap negara, kita mesti ada pendirian kita sendiri bahawa soal hak asasi mestilah berlandaskan kepada syariat islam.

Itulah perkara-perkara yang saya hendak katakan di sini. Saya yakin dan percaya bahawa seminar pada hari ini mudahan Allah akan terima sebagai amal soleh dan beri ganjaran sebaik mungkin kepada kita semua. Terima kasih terutama kepada para ilmuwan dari luar negara yang bersama-sama kita untuk memberi sumbangan bernas.

Saya sukacita merasmikan seminar antarabangsa Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah.

#MH370 : Apakah Benar Pendedahan Yang Dibuat Oleh Video Ini?

Posted: 09 Apr 2014 12:04 AM PDT


JURI RAKYAT

Posted: 09 Apr 2014 07:31 PM PDT

JURI RAKYAT


TOP 10 kota terbaik untuk kaum MUDA!!

Posted: 09 Apr 2014 09:17 AM PDT


Prospek kerja di masa depan bagi anak muda-anak muda di dunia semakin sulit. Peluang memperoleh kehidupan yang lebih baik mulai melemah pada tahun 2008. Dalam banyak hal kualitas hidup yang mereka miliki pun turun seiring dengan prospek perkonomian yang begitu sulit untuk dianggap baik.
Dalam indeks perdana 2014, YouthfullCities, sebuah perusahaan berwawasan sosial berinisiatif melakukan penelitian dan penilaian sejumlah kota di dunia yang mendukung dan memfasilitasi kehidupan anak mudanya untuk berkembang. Sejumlah kota dipilih menjadi tempat yang paling baik bagi anak-anak muda berusia 15-29 tahun berdasarkan indeks yang berbeda. Lapangan kerja, transportasi umum, fashion, musik, semangat berwira-usaha dan peran mereka di masyarakat menjadi dasar penilaian mereka. Inilah 10 kota yang layak ditinggali oleh anak muda saat ini. Berikut inf.
 
Peringkat 10

10. Seoul
Seoul adalah tempat menarik, dunia hiburan berkembang dengan positif, produk kreatifitas telah menjadi komoditas terbaik saat ini , Seoul adalah kota dimana anak mudanya bebas berkreasi dan bergaya. Didukung dengan stabilitas lingkungan yang baik, sarana air bersih yang terjamin, dan sarana transportasi yang canggih Seoul menjadi tempat bagi anak muda menikmati harinya. Untuk beberapa hal Seoul telah menerapkan proses daur ulang, tentunya itu merupakan lahan kerja baru yang memberikan upah dengan nilai sangat mencukupi.

Namun itu tak membuat Seoul menjadi tempat paling nyaman bagi anak muda. YouthfulCities menilai kota ini masih memiliki kelemahan. Faktor keamanan dan infrastruktur pembangunan mental bagi anak muda adalah masalah yang belum terselesaikan, itu menempatkan Seoul di peringkat 25 dari 25 negara yang belum berhasil menyediakan sarana pembentukan mental anak mudanya.

Peringkat 9

9. Tokyo
Tokyo menjadi kota di Asia ke dua yang muncul dalam daftar ini, perekonomian Tokyo yang stabil dan sangat baik menjadi tempat terbaik bagi pemuda di dunia untuk mengembangkan karirnya. Menurut YouthfulCities, Tokyo menyediakan banyak lahan kerja yang sangat potensial untuk anak muda berkembang, suasana kerja di Tokyo begitu baik dari kota-kota yang telah disurvey, memiliki upah minimum yang cukup tinggi nilainya membuat anak-anak muda di Tokyo minim memiliki hutang di bank. Selain itu harga perumahan di Tokyo juga sangat terjangkau.


Peringkat 8

8. Los Angeles
Los Angeles menjadi tempat bagi anak muda menumbuhkan semangat kewirausahaan, sebut saja Palo Alto dan Silicon Valley yang berada di utara Los Angeles. LA menjadi surga bagi anak muda untuk mengembangkan diri menjadi profesiona. Kota ini dikenal sangat baik memberikan pelayanan bagi pemuda-pemuda yang datang untuk mengembangkan diri, menurut YouthfulCities, Los Angeles berada pada peringkat 10 dari 16 tempat yang dikategorikan menjadi tempat terbaik bagi anak muda. Infrastruktur penopang sengaja dibuat untuk membangun semangat kewirausahaan pemuda-pemuda, dengan standar perusahaan-perusahaan dunia , infrastruktur pelatihan tersebut dapat dinikmati setelah para pemuda mendaftarkan diri dalam sebuah program wirausaha sesuai batasan umur yang telah ditentukan.


peringkat 7

7. London
London adalah kota dengan kehidupan remajanya yang beragam, tempat ini menjadi tujuan dari banyak anak muda dunia mencari kehidupan baru, budaya pun tumbuh berakulturasi dengan budaya aslinya. Inggris sangat terbuka bagi kaum minoritas (mencakup orientasi seksual, agama dan imigrasi), ini membuat kota metropolitan ini memiliki stabilitas lingkungan yang sangat stabil.


peringkat 6

6. Chicago
Chicago dikenal sebagai kota yang menyediakan ruang publik terbaik. Menjadi surga bagi anak-anak muda tumbuh dan berkembang , Chicago mengungguli sejumlah negara yang masuk dalam survey YouthfulCities. Memiliki sejumlah perguruan tinggi dengan bermutu dan perpustakaan umum terbaik kota itu menjadikan Chicago dijadikan tempat yang tepat untuk menimba ilmu


Peringkat 5

5. Paris
Setiap anak muda pasti selalu ingin datang ke Paris. Bagi anak muda kota ini adalah pedang bermata dua. Harga kebutuhan yang begitu mahal membuat Paris menerapkan batasan biaya tunjangan. Dalam dunia fashion dan seni tak dapat disanggah, Paris adalah tempat untuk menikmati dua hal yang menjadi daya tarik itu. Kota ini juga telah menerapkan akses digital yang maju, infrastruktur telekomunikasi yang baik ditopang dengan jaringan Wi-fi gratis untuk publik.

Peringkat 4

4. Dallas
Baru-baru ini kota Dallas memperingati 50 tahun pembunuhan JFK, sebuah sejarah kelam tentunya bagi kota itu. Namun kini Dallas telah berubah menjadi kota yang modern dan memiliki daya pikat bagi pemuda-pemuda dunia untuk datang. Dallas yang berada di negara bagian Texas memiliki sarana publik yang mendukung berkembangnya kehidupan bersosial para remajanya.


Peringkat 3

3. New York
New York adalah kota yang memiliki banyak pesona bagi anak muda dunia. Kota metropolis yang tak pernah tidur ini menjadi tempat banyak budaya bertemu.Tak hanya itu New York memiliki banyak lapangan kerja bagi banyak anak muda. Tidak hanya itu, partisipasi sosial juga tergalang sangat mudah di kota yang dijuluki `The Big Apple`.


Peringkat 2

2. Berlin
Kota Berlin sungguh sangat nyaman bagi anak muda. Meski memiliki sarana transportasi yang sempurna di bumi, Berlin kini mengembangkan sarana penyewaan sepeda sebagai pendukung kehidupan sosial pemudanya. Berlin adalah satu kota di Eropa yang mendukung penuh kemajuan anak muda untuk mengembangkan diri dalam beberapa hal. Sarana pendidikan dan olah raga tumbuh berkembang bersama minat kota itu memajukan kreatifitas penduduk muda di sana dalam bidang film dan musik. Untuk remaja berusia 15-29, YouthfulCities menganggap inilah tempat sempurna bagi mereka anak – anak muda.


Peringkat 1

1. Toronto
Dalam hal partisipasi masyarakat kota Toronto memang masih rendah, namun hal itu dikesampingkan oleh YouthfulCities. Saat ini Toronto merupakan kota paling baik bagi anak muda tinggal. Keragaman, akses digital, lahan pekerjaan, akses keuangan, dunia hiburan tumbuh bersama dengan dunia kreatif yang banyak diminati oleh anak muda. Tak salah bila kini Toronto menjadi tujuan banyak pemuda yang tergoda untuk hidup mapan dan menikmati dunia.

5 Bintang Porno Paling Populer Asal Hong Kong

Posted: 09 Apr 2014 04:18 AM PDT

Hong Kong memang terkenal dengan kebebasan untuk pemutaran film-film dewasa di bioskop atau  di mana pun. Film-film dewasa tersebut bahkan menjadi hal yang biasa di tonton oleh orang-orang dewasa di bioskop.
Namun, Hong Kong masih memiliki aturan tentang film-film dewasa ini, yaitu hanya orang yang berusia di atas 18 tahun yang boleh menonton film-film tersebut.
Bahkan saking populernya film porno tersebut, para pemain dari film tersebut pun selalu di bahas di media masa, dari kehidupannya, karirnya, hingga kisah percintaanya layaknya artis yang paling populer di sana.
Nah, oleh karena itu, kali ini kita juga akan membahas mengenai bintang-bintang fillm porno yang paling populer di Hong Kong. Ada banyak hal dari bintang porno ini yang sangat menarik untuk di bahas.
Inilah dia ke lima bintang porno yang paling populer di Hong Kong.

1. Mak Ka-Kei

Artis Hong Kong yang satu ini dulunya merupakan model sebelum membintangi film-film dewasa di Hong Kong. Ia juga pernah mengikuti ajang kecantikan di Hong Kong, tapi gagal karena foto bugil yang ia buat pada saat usia 15 tahun. Kemudian, ia terkenal karena telah membintangi beberapa film dewasa yang juga populer saat itu. Namun, setelah menikah artis kelahiran 1 Agustus 1975 ini memutuskan untuk berhenti dari dunia film dewasa.

2. Loretta Lee
Artis cantik yang satu ini juga sangat populer di Hong Kong. Loretta Lee ini telah berhasil memerankan beberapa film dewasa yang juga sangat populer saat itu. Karena actingnya yang sangat bagus di film dewasa, ia pun berhasil mendapatkan  beberapa penghargaan seperti Golden Bauhina Award tahun 2000 dan juga Golden Horse Award tahun 1999. Kemudian ia memutuskan untuk berhenti dari dunia perfilman dewasa saat ia sudah menikah dengan suaminya.

3. Carrie Ng
Artis cantik yang lahir pada tahun 1963 ini juga berhasil menjadi bintang porno di beberapa film dewasa. Tak hanya itu, ia juga berhail mendapatkan penghargaan atas acting bagus saat berperan dalam film dewasa tersebut. Namun, pada akhir tahun 2011 lalu, ia telah menghilang, dan tak ada satu orang pun yang mengetahui di mana ia berada sekarang, seakan-akan kehidupannya tersebut menjadi misteri yang belum terpecahkan.

4. Pauline Chan

Artis cantik yang satu ini memulai karirnya menjadi bintang porno sejak berusia 17 tahun. Film pertama yang membuatnya menjadi terkenal adalah Erotic Ghost Story 3, dimana dalam film dewasa tersebut ia benar-benar telanjang. Hal itu lah yang membuat dirinya langsung menjadi terkenal dan berhasil memerankan beberapa film dewasa lainnya. Namun, ketenarannya itu tak membuat dirinya menjadi bahagia, Pauline Chan malah menjadi sangat terpuruk karena sikap amarannya yang sangat keterlaluan. Ia pun memutuskan untuk bunuh diri pada tahun 2002 di usianya yang ke 29 tahun.

5. Shu Qi

Artis cantik yang terakhir adalah artis yang paling terkenal di Hong Kong. Shu Qi yang lahir pada 16 April 1976 ini berhasil mendapatkan banyak penghargaan atas acting bagusnya memerankan beberapa film dewasa. Tak hanya itu, ia juga terkenal sebagai model majalah dewasa di Hong Kong yaitu majalah Playboy dan majalah Penthouse.

10 Gunung Angker Untuk Di Lintasi

Posted: 09 Apr 2014 01:10 AM PDT

Berbagai tanda tanya muncul apabila sebuah pesawat hilang atau jatuh di suatu daerah. Mulai dari faktor cuaca, teknis hingga berbau mistis. Apalagi yang melintas melalui daerah pegunungan. Berikut 10 Gunung Angker untuk Dilintasi Pesawat Terbang di Indonesia dikutip berbagai sumber and lihat.co.id:

1. Gunung Sibayak, Sumatera Utara
GUNUNG Sibayak adalah sebuah gunung yang menghadap ke Kota Berastagi di Sumatera Utara. Gunung ini berada di sekitar 50 kilometer barat daya Kota Medan. Pesawat Fokker F-28 Garuda Indonesia pada 11 Juli 1979 terjatuh. Sebanyak 4 awak dan 57 penumpangnya tewas. Pada 26 September 1997 giliran pesawat Garuda Indonesia Penerbangan GA 152 terjatuh. Sebanyak 222 orang dan 12 awak tewas. Setelah itu, warga Karo menemukan empat bangkai helikopter yang belum terangkut.


2. Gunung Salak-Halimun, Jawa Barat
GUNUNG yang menjadi lokasi jatuhnya pesawat Sukhoi Superjet 100 ini dikenal sebagai tempat yang menyimpan banyak misteri. Pesawat Sukhoi yang jatuh pada 9 Mei 2012 bukanlah pesawat pertama yang jatuh di gunung ini. Sebelumnya, sudah ada enam kali pesawat jatuh di kawasan Nasional Gunung Halimun, Salak ini.

Sebelumnya pada 10 Oktober 2002, pesawat Trike bermesin PKS 098 jatuh di Lido, Bogor yang mengakibatkan 1 tewas. Selain itu, pada 29 Oktober 2003, helikopter Sikorsky S-58T Twinpac TNI AU jatuh di Kecamatan Kemang, Kabupaten Bogor dengan jumlah korban tewas sebanyak 7 orang.

3. Bahorok, Pegunungan Bukit Barisan
BAHOROK berada di sebuah kecamatan di Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia. Angin Bahorok  merupakan angin yang paling ditakuti warga setempat.Pada 4 September 2009 lalu, Angin Bahorok pernah menyapu wilayah Deliserdang, Sumatera Utara. Ratusan rumah hancur diterpa angin yang dikenal dengan angin putting beliung ini. Pada 29 September 2009, Pesawat Cassa 212 terjatuh diduga terkena angin bahorok di pegunungan Bahorok. Sebanyak 14 penumpang dan 4 kru pesawat tewas.

4. Gunung Ceremai, Jawa Barat
GUNUNG Ceremai secara administratif termasuk dalam wilayah tiga kabupaten, yakni Kabupaten Cirebon, Kabupaten Kuningan dan Kabupaten Majalengka, Provinsi Jawa Barat. Gunung ini merupakan gunung tertinggi di Jawa Barat. Selasa 28 November 2011, pesawat Cessna 172 PK NIP milik Nusa Flying International School ditemukan terjatuh di Kawah Burung Gunung Ceremai itu. Tiga orang yang berada di dalam pesawat seluruhnya tewas.

5. Gunung Merapi, Jogjakarta
GUNUNG Merapi adalah gunung berapi yang berada di bagian tengah Pulau Jawa. Lereng sisi selatan berada dalam administrasi Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Jogjakarta. Kawasan hutan di sekitar puncaknya menjadi kawasan Taman Nasional Gunung Merapi sejak tahun 2004. Merapi menjadi satu dari enam belas gunung api dunia masuk dalam proyek Gunung Api dekade ini. Keangkeran Gunung Merapi ini, membuat sejumlah penerbangan tidak pernah melintasi gunung tersebut.

6. Gunung Tinombala, Sulawesi Tengah
GUNUNG Tinombala berada di pegunungan Bosagong Parigi Moutong, Sulawesi Tengah. Pada 29 Maret 1977 pesawat Merpati Nusantara Airlines jenis DHC-6 Twin Otter beregistrasi PK-NUP jatuh di kawasan pegunungan tersebut. Co-pilot Mochammad Masykoer, flight engineer Abhy Irawan dan 20 orang penumpang tewas.

7. Gunung Lawu, Perbatasan Jawa Tengah-Jawa Timur
GUNUNG Lawu (3.265 m) terletak di Pulau Jawa, Indonesia, tepatnya di perbatasan Provinsi Jawa Tengah dan Jawa Timur.

Status gunung ini adalah gunung api "istirahat" dan telah lama tidak aktif, terlihat dari rapatnya vegetasi serta puncaknya yang tererosi. Di lerengnya terdapat kepundan kecil yang masih mengeluarkan uap air dan belerang.

Gunung Lawu memiliki tiga puncak, yakni Puncak Hargo Dalem, Hargo Dumiling, dan Hargo Dumilah. Yang terakhir ini adalah puncak tertinggi.

Senin 31 Januari 2011 Tim SAR Gunung Lawu, Jawa Tengah pernah menyisir lokasi Gunung Lawu karena menerima laporan dari masyarakat yang mendengar suara ledakan yang diduga pesawat jatuh di sekitar Candi Cetho. Hanya saja lokasi suara ledakan tersebut masih simpang siur dan tim SAR tak menemukan pesawat jatuh.

8. Gunung Kumawa, Papua Barat
GUNUNG Kumawa berada di Kabupaten Kaimana yang merupakan salah satu kabupaten di Provinsi Papua Barat, Indonesia. Ibukota kabupaten ini terletak di Kaimana. Pada 9 Agustus 1995 Pesawat HS 748 PK-KHL milik Bouraq Airlines menabrak Gunung Kumawa, Kaimana, Irian Jaya. Sebanyak 7 awak dan 3 penumpang tewas.

9. Gunung Sangkereang, Nusa Tenggara Barat
GUNUNG Sangkareang masuk dalam kawasan Gunung Rinjani yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Gunung Rinjani merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3.726 m dpl serta terletak pada lintang 8º25' LS dan 116º28' BT ini merupakan gunung favorit bagi pendaki Indonesia karena keindahan pemandangannya. Pada 25 Januari 1990 Pesawat HS 748 PK-OBW milik Airfast menabrak gunung Sangkareang, Lombok karena cuaca buruk. Tiga crew dan 16 penumpang tewas.

10. Gunung Bromo, Jawa Timur
GUNUNG Bromo (dari bahasa Sanskerta: Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai obyek wisata di Jawa Timur. Sebagai sebuah obyek wisata, Gunung Bromo menjadi menarik karena statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.

Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10

kilometer persegi.Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat).

Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo.
Pada 6 Maret 1979 pesawat terbang Garuda Indonesia,penerbangan 553 Fokker F-28 yang terbang tanpa penumpang dari Denpasar menuju Surabaya menabrak lereng Gunung Bromo di ketinggian 6.200 kaki. Keempat awak tewas dalam insiden ini.

r b f

Posted: 09 Apr 2014 07:16 PM PDT

r b f


Kantoi !!! Calon Timbalan Presiden PKR Pembohong Besar

Posted: 08 Apr 2014 07:10 PM PDT


Bohong adalah salah satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan PKR. Kalau tak bohong bukan PKR namanya itu. Mereka-mereka ini bukan setakat membohongi rakyat, malah ahli-ahli mereka sendiri pun mereka kencing sampai meleleh-leleh. 

Ini kisah setiausaha agung parti mereka yang kini sedang berentap dengan Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Hi…hi…hi….semalam dia bentuk pasukan bersama Nurul Izzah dan Rafizi. Lihat sini

Minggu lepas dia buat kenyataan mempersoalkan kenapa kesetiaan dia kepada PKR dipertikaikan. Dalam kenyataan yang sama dia menafikan pernah menyertai Pas. Lihat sini

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan beliau pernah menyertai PAS selepas PKR ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menjawab dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada PKR menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

Saifuddin tidak menolak kemungkinan data keahliannya masih disimpan oleh PAS namun menegaskan beliau hanya menyertai parti itu semasa menuntut di universiti pada tahun 80an.  
"Tahun 1980an itu Keadilan tak ada lagi. Saya menyertai PAS semasa saya pelajar universiti, kemudian tahun 1989 saya menyertai Umno.. Tahun 1999 saya menyertai Keadilan.. Itu sejarahnya,"



Hari ini giliran saya pula kantoikan dia dengan bukti yang cukup kuat….

Saifuddin mungkin boleh menipu generasi yang baru kenal politik beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi Saifuddin tidak boleh menipu aku yang sudah lama mengikuti perjalanan politik tanahair. Bukan semua, tetapi sebahagian perjalanan politik tanahair saya masih mampu ingat. 

Apabila membaca kenyataan Saifuddin minggu lepas, saya mula membuat pencarian untuk membuktikan apa yang dia kata adalah bohong. Kerana saya masih ingat beliau menyertai Pas dan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Tok Kenali di Kelantan. Beberapa jam sehari saya luangkan masa untuk mencari dan saya mahu bukti itu datang daripada pihak mereka sendiri.

Akhirnya lewat malam tadi bukti yang dicari telah ditemui.

Terima kasih kepada malaysiakini dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Mahfuz Omar. Maaflah Mahfuz kalau aku dok panggil hang bebal selama ini. Rupa-rupanya sebebal-bebal hang ada faedah juga kepada aku.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah memberitahu PAS bahagian Pokok Sena bahawa mereka mahu melantik seorang ahli parti itu Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Strategi PKR, kata ketua PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar.
"Ini berita yang baru saya dengar. Sehingga hari ini, Saifuddin masih seorang ahli PAS kerana beliau telah menyertai parti ini Januari lalu.
Malaysiakini 29.Mei.2007 





Apa macam Saifuddin ?

Mahu bohong lagikah ?

Love u Mahfuz….

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 09 Apr 2014 03:07 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Merungut dengan pendapatan blog sekarang? Ini jawapan untuk anda!

Posted: 30 Apr 2014 07:51 AM PDT

Bosan dengan syarikat pengiklanan yang anda gunakan sekarang? Bayaran tidak setimpal dengan trafik anda?

Kini anda ada peluang baru untuk mencuba sebuah syarikat baru untuk mengoptimumkan pendapatan dari blog anda!

Kami telah menggunakan pelbagai perkhidmatan pengiklanan dari pelbagai syarikat, daripada tempatan hinggalah antarabangsa.

Antara yang kami boleh cadangkan kepada buat masa ini adalah H12 Media Advertising.

H12 Media Ads memiliki sedikit kelainan dari pesaing-pesaingnya kerana ia membenarkan anda membuat cash-out serendah USD 5!

Mungkin jika anda merasakan syarikat ini merupakan satu scam, anda boleh mencubanya untuk beberapa ketika sehingga pendapatan anda mencapai tahap meninimum untuk ditunaikan!

Kami telah berjaya membuat cash-out pertama dan bayaran telah dibuat serta merta melalui akaun PayPal!

H12 Media Ads juga menawarkan Dashboard untuk anda melihat prestasi blog anda dan berapa jumlah pendapatan yang diperolehi setiap hari. Ini akan memotivasikan lagi blogger untuk sentiasa meningkat rating dan traffic blog masing!

H12 Media Ads juga tidak meletakkan syarat-syarat khusu untuk blog yang mempunyai traffic yang tinggi atau pun rendah. Ini bermakna blogger-blogger baru juga berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan pengiklanan dari syarikat ini!

Jangan segan untuk mencuba jika anda mahukan pendapatan yang berpatutan dengan usaha anda.

Klik sahaja pautan H12 Media Ads ini untuk mula mendaftar!

Payudara pula didakwa terlihat

Posted: 09 Apr 2014 08:27 AM PDT

Jakarta: Agnes Monica semalam tampil mempertahankan dirinya di tengah-tengah kontroversi mendakwa pakaiannya terlondeh ketika menjalani penggambaran video muzik dengan penyanyi AS sehingga menampakkan buah dadanya.

Dalam kenyataan ringkas kepada media semalam, Agnes berkata, dakwaan itu ternyata tidak benar.
"Justeru, saya enggan mengulas lanjut mengenainya," katanya.

selepas ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh dalam klip video muzik Coke Bottle yang turut menampilkan penyanyi Timbaland.

Foto
AGNES enggan melayan dakwaan yang dikaitkan padanya.


Agnes bagaimanapun menafikan hal itu ketika ditanyakan mengenainya.


Agnes juga dilihat tidak mengendahkan dakwaan itu kerana menurutnya ia terpulang kepada pertimbangan umum.

"Jika orang melihatnya dari sudut negatif, apapun yang dilakukan pasti akan kelihatan negatif," katanya.

Klip video muzik yang dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian ramai bukan saja kerana insiden itu malah ramai yang mempertikaikan cara Agnes berpakaian yang mencolok mata dan mengenakan seluar mirip lampin. - Agensi

Hakim mahkamah syariah didakwa berkhalwat

Posted: 09 Apr 2014 06:35 AM PDT

Georgetown: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, memerintahkan seorang hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya membela diri dalam perbicaraan kes khalwat yang diadakan secara tertutup, semalam.

Hakim Zaim Mat Yudin menyatakan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Tumiran, 47, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 37, sebelum menetapkan 14 hingga 16 Mei depan bagi kedua-duanya mengemukakan hujah membela diri.

Pasangan berkenaan diwakili peguam bela Ahmad Munawir Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof manakala pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwaraya Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.

Pada 2012, Mahkamah Rendah Syariah membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkhalwat di kediaman kakitangan kerajaan di Jalan Masjid Negeri di sini, pada 5 Disember 2010, selepas Hakim Syariah Othman Ibrahim berpuas hati dengan kesahihan dokumen perkahwinan pasangan berkenaan.
ADAM Tumiran dan pasangannya berlalu keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah. FOTO Muhammad Mikail Ong

Namun berikutan rayuan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes berkenaan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Syariah.

Gadis bertudung berkucupan sambil tunjuk isyarat lucah

Posted: 09 Apr 2014 01:01 AM PDT

Kelakuan remaja di tanahair kini semakin menjadi-jadi teruknya.

Mereka berbangga memuatnaik aksi-aksi tak senonoh masing-masing ke laman sosial untuk dikongsi berasama rakan yang lain.

Cuba lihat aksi pasangan ini, sudah lah bertudung, berkucupan lagak lesbian sambil menghalakan isyarat lucah seolah-olah menyindir si penontonnya.

Apalah nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang ini...!


Asmara dalam kereta, seluar gadis terlondeh ketika diserbu

Posted: 08 Apr 2014 11:01 PM PDT

Gambar hiasan
Georgetown: Gara-gara panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang gadis disyaki sedang berasmara dengan pasangannya dalam sebuah kereta tidak sempat menarik seluar dipakainya, sekali gus membongkar aktiviti tidak bermoral dilakukan mereka dalam kejadian di Pantai Seagate di sini, minggu lalu.

Sebelum itu, sepasukan Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menghampiri kenderaan dinaiki pasangan itu bagi melakukan pemeriksaan dan mendapati seluar dipakai gadis berusia 20-an itu masih terlondeh sehingga paras paha.

Menambahkan lagi rasa syak pasukan terbabit apabila seluar dalam dipakai gadis berkenaan terlondeh selain raut wajahnya yang kelihatan cemas.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu antara 19 individu berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan selepas disyaki berkhalwat dalam pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan Barat Daya dan Timur Laut bermula jam 10 malam hingga 7 pagi, Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya yang menjalankan rondaan berasa ada yang tidak kena selepas mendapati semua tingkap pintu kereta Proton Wira dinaiki pasangan itu ditutup dengan menggunakan pelindung cahaya matahari.

Bekas PA Prof. Izzi Haji Ali dedah tembelang sebenar

Posted: 08 Apr 2014 10:02 PM PDT

Sehingga ke saat ini, Prof Izzi Hj. Ali masih mendiamkan diri mengenai isu hangat yang melibatkan dirinya dengan pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis.

Namun, isu ini semakin sensasi apabila seorang pengguna Facebook yang mengaku sebagai bekas PA Prof Izzi mendedahkan kelakuan tidak senonoh yang didakwa dilakukan oleh Prof itu sejak sekian lama.

"Btol tu Fatin Iffi...smpi bla nk tutup bnda ni..saya ingatkn dya dh insaf..dh btaubat dh..rpa2nya dya masih dgn prangai lma dya lg..sya dh resign sbg PA dya 2 th lps..xsangka prangai still sma..astagafirullazim..smoga Allah berikn dya hidayah..."

Setelah Laporan Polis yang dibuat oleh Nurul Shuhada tersebar di media sosial, apakah tindakan yang diambil ketika ini? Kes laporan polis itu masih belum menampakkan sebarang perkembangan. Mungkin ketika ini Polis sedang menjalankan siasatan ke atas semua yang terlibat. Semoga kebenaran terungkai di pihak yang sepatutnya. -TengokTVOnline

Foto bogel penyanyi remaja perempuan tersebar di internet

Posted: 08 Apr 2014 09:01 PM PDT

Nama penyanyi remaja, Demi Lovato sekali lagi terpalit kontroversi apabila gambar bogelnya tersebar di laman Internet, baru-baru ini.

Gambar mesra itu dipercayai ditangkap ketika dia sedang memadu asmara bersama teman lelakinya, pelakon Wilmer Valderrama.

Menyedari gambar peribadinya itu tersebar, Lovato yang popular dengan lagu Heart Attack terus membalas dengan menulis status dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud, "saya seorang yang kuat, saya seorang pejuang. Jadi jangan sesekali memperlekehkan saya" dalam laman Twitternya.

Sebelum ini, Demi pernah dimasukkan dalam pusat pemulihan kerana masalah kemurungan, ketagihan dadah dan alkohol.

– MYNEWSHUB.MY

Berzina hingga lahir anak, bapa tak sanggup tanggung dosa

Posted: 08 Apr 2014 07:01 PM PDT

Alor Gajah: Tidak sanggup melihat maksiat berlaku di depan mata, seorang bapa nekad melaporkan perbuatan terkutuk anaknya yang bersekedudukan dengan teman lelaki sehingga melahirkan anak luar nikah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sekitar daerah ini.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sudah jelik dengan sikap anak perempuannya berusia 30 tahun bersekedudukan dengan teman lelaki berusia 43 tahun sejak kira-kira tujuh tahun lalu.

Hasil hubungan terlarang itu, wanita terbabit melahirkan seorang anak luar nikah selain kini sedang sarat mengandung enam bulan hasil 'perkongsian hidup' bersama pasangannya.

Lebih mengaibkan apabila ibu kepada wanita berkenaan dikatakan seolah-olah membenarkan pasangan itu tinggal sebumbung bersama mereka sehingga melahirkan anak luar nikah.

Lelaki terbabit dikatakan sering menegur perbuatan anaknya itu namun dimarahi isterinya menyebabkan pasangan itu tinggal bersama tanpa halangan sejak kira-kira tujuh tahun lalu.

Sepasukan Penguatkuasa JAIM bersama Pegawai Syarak dibantu tiga anggota polis yang menerima aduan mengenai perkara itu melakukan intipan di kediaman berkenaan sebelum melakukan serbuan kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya mendapati pintu kediaman berkenaan rapat sebelum memberi salam dan mengetuk pintu bagi melakukan pemeriksaan.

"Pintu berkenaan dibuka seorang lelaki berkain pelikat dipercayai bapa kepada wanita berkenaan yang kemudiannya membenarkan penguatkuasa masuk untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah.

"Pemeriksaan menemui beberapa individu dari satu keluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah. Penguatkuasa kemudian melakukan pemeriksaan menyeluruh sebelum menemui seorang wanita bersama bayi berusia 12 bulan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui di dapur rumah dan mendakwa datang ke rumah berkenaan untuk melawat anaknya di situ.

Menurutnya, wanita mengandung enam bulan dan lelaki yang ditemui di dapur rumah mengaku tidak mempunyai ikatan sah dan memberitahu bayi berusia setahun dan anak dalam kandungan itu adalah anak mereka.

"Lebih menyedihkan apabila pasangan terbabit tanpa segan silu mendakwa sudah menjalin hubungan dengan hidup bagaikan suami isteri sejak tujuh tahun lalu tanpa sebarang halangan. Pasangan terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Durian Tunggal untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JAIM untul tindakan selanjutnya.

"Mereka sudah memiliki seorang anak tidak sah taraf dan mengandung anak kedua ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 54 dan 55 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991," katanya.

Harian Metro difahamkan, lelaki berusia 43 tahun itu sudah beristeri dan mempunyai empat anak.

#MH370- Bekas Duta AS Ke Malaysia Beri Amaran Kepada Najib

Posted: 08 Apr 2014 06:45 PM PDT

Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

"Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan "tidak masuk akal" itu.

Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

"Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.

"Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

"Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

"Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?," soalnya.

Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370′ oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

Malaysiakini

Tiada guru dipindahkan, itu 'senarai lama' - PPD Bachok

Posted: 08 Apr 2014 06:31 PM PDT

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa lebih 80 guru di daerah Bachok, Kelantan dipindahkan sekolah atas alasan politik.

Merujuk kepada dokumen bocor kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), NGO yang dekat dengan PKR, mereka mendakwa langkah itu diambil semata-mata guru itu penyokong Pakatan atau berkahwin dengan penyokongnya.

Naib Presiden PKR Tian Chua turut membacakan dokumen itu yang antaranya menyebut guru yang ditukarkan itu sebagai "penyokong setia parti pembangkang", "mengibarkan bendera parti pembangkang" dan "suami terlibat mengetuai konvoi kereta PAS".

Turut bercakap di lobi Parlimen Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang berkata, perkara itu mungkin kecil kerana hanya berlaku di Bachok.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya ia berlaku di seluruh negara dan akan mendedahkan maklumat lanjutnya kemudian.

Turut disebut dalam senarai itu termasuk "jentera kempen PAS dan isteri kepada Husam Musa (kiri)".

Senarai itu ditunjukkan kepada pemberita tetapi salinannya tidak diedarkan bagi menyembunyikan identiti guru yang terlibat.

Pegawai: Pindahan tak dibuat


Pegawai pelajaran Bachok Amran Mustapha ketika dihubungi mengesahkan terdapat senarai itu tetapi "ia bukan rasmi".

Katanya, ia "senarai lama" yang dikumpulkan oleh pegawai pelajaran daerah lama yang tidak lagi bertugas di Bachok.

"Tiada perpindahan dibuat berdasarkan senarai ini," jelas Amran, yang menyertai pejabat pelajaran Bachok minggu lepas.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan alasan kenapa pejabat pelajaran daerah mengesan sama ada guru-guru menjadi penyokong Pakatan.

Dera Sweeden: Tiada tindakan ke atas Shalwati - KPM

Posted: 08 Apr 2014 06:15 PM PDT

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan tidak akan mengambil tindakan terhadap Shalwati Norshal yang dihukum penjara 14 bulan di Sweden bagi kesalahan mengasari dan mencabuli integriti anak-anaknya.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ini kerana hukuman yang dikenakan terhadap Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, atas kesalahan yang berbeza sifatnya antara Sweden dan Malaysia.

Kesalahan yang dilakukan Shalwati dan pasangannya Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia bukan perkara luar biasa di negara ini, katanya.

"Itu hanya hukuman di sana (Sweden), kita akan permudahkan dan kita tidak akan kenakan apa-apa tindakan terhadap beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Siswa Parlimen Ketereh, di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chengal di sini malam tadi.

Mahkamah Daerah Solna, Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati, 36, dan hukuman penjara 10 bulan terhadap suaminya Azizul, 38, pada 28 Mac lalu.

Pasangan itu ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas dan didakwa di mahkamah kemudian kerana memukul anak-anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Idris berkata semua urusan yang melibatkan keluarga itu akan dipermudahkan dengan memberi bantuan yang dirasakan perlu.

Antaranya bantuan serta perhatian kepada empat anak pasangan itu - Aisyah, (14), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) bagi menyesuaikan diri belajar dan menetap di Malaysia.

"Mereka masih dalam kejutan budaya memandangkan baru pulang dari Sweden tetapi saya beri jaminan apa juga bantuan yang kami boleh hulurkan yang menyenangkan proses pembelajaran mereka, kami akan laksanakan," katanya.

Sementara itu, sebanyak 700 pelajar dari 11 Institut Pengajian Tinggi (IPT) terlibat dalam program yang berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Idris berkata program itu diharap dapat memberi pendedahan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pelajar dan ibu bapa. - Bernama

#MH370: Jika TUDM pintas pesawat, kesudahan mungkin berbeza

Posted: 08 Apr 2014 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza.

Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud.

Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara.

Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Biarpun isyarat transponder pesawat MH370 dimatikan selepas berpatah balik dari laluan asal, namun radar tentera tidak mengesan sebarang ancaman.

Namun beliau mengakui sekiranya langkah pemintasan diambil, episod kehilangan MH370 mungkin berlainan.

Menjawab spekulasi cara pesawat berpatah balik sama ada secara mengejut mahupun perlahan jelas beliau ia tidak semestinya menandakan apa-apa, kecuali tindakan seseorang dengan sengaja mengalih pesawat daripada laluan asal.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-jika-tudm-pintas-pesawat-kesudahan-mungkin-berbeza-bekas-panglima-tudm-33433?cp

THE FLYING KICK

Posted: 09 Apr 2014 01:55 PM PDT

THE FLYING KICK


HINA ANGGOTA POLIS, PEMBANTU AGENSI DADAH KEBANGSAAN PRO-PAKATAN DITAHAN DI LOKAP!!!

Posted: 09 Apr 2014 09:45 AM PDT

SIAN N.SURENDRAN!!! DIA HILANG KELAYAKAN SEBAGAI PEGUAM ANWAR IBRAHIM!!!

Posted: 09 Apr 2014 07:00 AM PDT

KAKITANGAN BANK BANGSA MELAYU DIHERDIK, 'THIS IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA YOUR STUPID!' OLEH PEGAWAI CINANYA!!!

Posted: 09 Apr 2014 05:00 AM PDT

200 KAWASAN PELACURAN HOT DI PULAU PINANG... JAWAB GUAN ENG, JAWAB!!!

Posted: 09 Apr 2014 02:34 AM PDT

ANWAR IBRAHIM HANYALAH SIMBOL PENYALAHGUNAAN UNDANG-UNDANG, BUKANNYA SIMBOL MANGSA KEZALIMAN, WAHAI RAFIZI RAMLI!!!

Posted: 09 Apr 2014 01:43 AM PDT

KEMARUK TAK DAPAT DUIT, PKR BEAUFORT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP LAJIM UKIN DAN TUDUH LAJIM SONGLAP DUIT SORANG-SORANG!!!

Posted: 09 Apr 2014 12:00 AM PDT

MEMBURUKKAN IMEJ DAN AGAMA ISLAM APABILA 'HUDUD' BAKAL MEMBUNUH BAYI LELAKI BERUSIA 9 BULAN!!!

Posted: 08 Apr 2014 10:31 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 09 Apr 2014 01:25 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Signal Kotak Hitam 5 minit 25 saat dan 7 minit- Petunjuk Adalah Lokasi Sebenar Pesawat Terhempas

Posted: 08 Apr 2014 10:05 PM PDT

Angus Houston Ketua JACC, mengumumkan pagi tadi, bahawa lokasi sebenar pesawat MH370 terhempas adalah lokasi yang sedang dironda pada masa ini. Kenyataan itu disokong oleh dua lagi signal daripada Kota Hitam yang dikesan semalam oleh Ocean Shield yang membawa state of the art pengesan frekuensi kotak Hitam masing berdurasi 5 minit 25 saat dan 7 minit. Melalui pegesanan ini, maka harapan untuk menjumpai dengan segera titik dimana pesawat itu terjunam, akan diketahui dalam masa sedikit waktu lagi. Jika titik di mana pesawat itu berjaya di pin point, maka Bluefin 21 akan digunakan untuk menjalankan pemetaan atau menentukan apakah memang ada bangai pesawat di dasar laut. Berasaskan keadaan semasa, hanya MH370 yang sedang dicari membawa Kotak Hitam khusus untuk pesawat.

Cucu Tok Selampit

Posted: 09 Apr 2014 01:04 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar Ahli-Ahli Parlimen Badut Bawa Anak Kecil Ke Parlimen Tagih Simpati DS @NajibRazak

Posted: 09 Apr 2014 01:02 AM PDT



Rakyat mengundi mereka dengan harapan mereka akan menolong Rakyat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan membawa suara Rakyat ke Parlimen. Sebaliknya, Ahli-Ahli Parlimen Cina DAP ini membawa masalah peribadi mereka sendiri ke Parlimen, untuk meminta Kerajaan menyelesaikannya. Tindakan beberapa MP Cina DAP yang membawa anak-anak kecil mereka untuk mengadakan Sidang Media di Parlimen sebentar tadi amat memualkan. 

Semalam mereka menjadikan Parlimen seperti sarkas dengan membawa 'placard' dan poster untuk membantah GST. Hari ini badut-badut ini membawa pula anak-anak kecil supaya Kerajaan mendengar rintihan mereka untuk menyediakan pusat asuhan kanak-kanak di Parlimen untuk keselesaan mereka. Inilah yang CTS sifatkan sebagai pandai main dan pandai buat anak, tapi bab nak menjaga anak minta belas ehsan Kerajaan. Orang lain di luar sana ada juga anak kecil dan bekerja lah bodoh.

Adakah mereka buat sidang akhbar minta Kerajaan jaga anak-anak mereka? Kalau anak sendiri tak boleh nak jaga, bagaimana MP-MP badut ini hendak menjaga Rakyat? Lebih baik suruh Kerajaan buat sekali bilik peribadi untuk membolehkan mereka lebih banyak buat anak!

Untuk Apa Air Asia Ingin Mengadakan Pertemuan Dengan Ahli Parlimen PR Di Parlimen DS @tonyfernandes ?

Posted: 09 Apr 2014 12:33 AM PDT


Agak pelik membaca status Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali dengan YB Jeff Ooi, di laman sosial Facebook. MP Jelutong berkenaan mendakwa Air Asia telah membuat permintaan untuk berjumpa dengan dengan Ahli-Ahli Parlimen PR di Pejabat Ketua Pembangkang di Tingkat 14, pukul 1.00 petang tadi. Persoalan yang timbul adalah apakah motif Air Asia hendak berjumpa hanya dengan MP-MP Pembangkang? Apakah Air Asia hendak menjadikan isu perpindahan mereka dari LCCT ke KLIA2 sebagai modal politik untuk menghentam Kerajaan?

Bukankah Jawatankuasa Parlimen untuk PAC (Public Account Committee) bersedia untuk berjumpa dengan Air Asia pada 28 April ini untuk mendengar keluhan mereka? Baca The Malaysian Insiders, di sini. Untuk apakah perjumpaan dengan MP-MP pembangkang diadakan? Air Asia sering mendakwa bahawa dua bulan yang diperuntukkan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak cukup untuk menjalankan operasi ORAT (Operational Readiness & Airport Transfer) atau kesediaan operasi dan permindahan lapangan terbang. Secara jujur, perancangan yang lebih baik dari Air Asia boleh membantu. 

Jika Air Asia tidak sibuk menyalahkan MAHB akibat kelewatan mereka dan mengurangkan kerenah birokrasi dan berpolitik, CTS yakin mereka lebih dari bersedia untuk berpindah. Tidak perlulah menggunakan pembangkang untuk menghentam balik Kerajaan yang selama ini banyak membantu perkembangan dan kemajuan Air Asia, kalau betul itulah tujuan Air Asia hendak berjumpa dengan pembangkang hari ini. Tak begitu DS Tony Fernandes?

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Apr 2014 11:20 AM PDT

PEJUANG BANGSA


GUAN ENG BAZIRKAN DUIT RAKYAT, BANGLO CM TERUS TERBIAR @dzainalabifin

Posted: 08 Apr 2014 09:44 PM PDT



- Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih tidak berpindah semula ke kediaman rasmi di Seri Teratai sebaliknya terus menyewa banglo mewah di Jalan Pinhorn sejak 2009 menimbulkan banyak tanda tanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, rakyat dalam keadaan tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini kerja memusnahkan anai-anai dan semut api serta baik pulih kediaman itu.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang sentiasa melaung-luangkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), Guan Eng perlu bertanggungjawab memperjelaskan status terkini kerja baik pulih yang dijalankan ke atas rumah itu.

Beliau berkata, kebiasaannya, kerja membaik pulih cuma mengambil masa antara satu hingga dua tahun dan tidak mungkin berlarutan sehingga lima tahun.

"Tak akan kot ambil masa sampai lima tahun. Guan Eng sudah dipilih sebagai ketua menteri bagi penggal kedua namun isu rumahnya belum selesai," katanya kepada Sinar Harian.

Jahara berkata, alasan enggan berpindah kembali ke kediaman rasmi untuk satu tempoh yang lama kononnya banyak anai-anai dan musang adalah satu tindakan tidak wajar.

Jika masih dengan pendirian enggan berpindah ke rumah kediaman rasmi, Guan Eng perlu menjelaskan perancangannya dengan kediaman itu sama ada akan diserahkan kepada kakitangan kerajaan negeri atau agensi kerajaan untuk dijadikan rumah tetamu daripada
dibiarkan kosong begitu sahaja.

"Rakyat pun nak tahu, apakah status atau perancangan ketua menteri dengan kediaman rasmi itu," katanya.

Jika sebelum ini, Guan Eng menekankan bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan mengamalkan dasar berjimat cermat dan berbelanja secara sederhana.

"Tetapi dilihat secara kasar mana amalan CAT dipraktikkan. Dalam isu rumah ini, kerajaan negeri seolah-olah tidak cekap menyiapkan kerja penyelenggaraan, tidak telus untuk mendedah kontrak penyelanggaraan dan pengubahsuaian rumah sewa yang beliau masih tinggal
serta membazirkan harta kerajaan.

"Kalau nak sangat tinggal di rumah banglo, beliau boleh mengubahsuai kediaman rasmi yang sedia ada agar menjadi lebih selesa dan mewah. Tak perlu sewa rumah dari orang perseorangan yang menimbulkan keraguan siapa pemilik rumah itu dan apa manfaat diperoleh dengan menyewanya kepada ketua menteri," katanya.

Sinar Harian berusaha mendapatkan penjelasan Guan Eng mengenai isu tetapi tidak mendapat respon termasuk dengan menghantar pertanyaan secara bertulis.

Pada 3 Julai 2009, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.

Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baru itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah.

Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya.

Memandangkan pemiliknya ingin menduduki rumah itu suatu masa nanti, Guan Eng bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan hak peribadi pemiliknya.

Mempertahankan tindakannya, Guan Eng berkata beliau tidak membelanjakan wang awam sebaliknya hanya menggunakan elaun perumahan yang diperuntukkan kepadanya mengikut undang-undang, seperti pernah dinikmati Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum itu.

IPOHMALAY

Posted: 09 Apr 2014 09:02 AM PDT

IPOHMALAY


Red Bean Army dari kalangan Melayu

Posted: 09 Apr 2014 06:00 AM PDT



Siasatan teman mendapati beberapa kawan sepermainan teman dari kampung sebelah menjadi Tentera Kacang Merah di Kuala Lumpur. Mereka yang berasal dari kampung tersusun yang dihuni oleh banyak penyokong PAS, merelakan diri untuk dibayar dengan duit entah hasil mana datang supaya menjadi agen maya kumpulan pembangkang yang jelas diketuai DAP.

Rupa-rupanya tidak sedikit orang Melayu yang menadah kencing puak tertentu yang menguasai pembangkang, terus ke dalam mulut mereka sendiri.

Mengapa teman kata demikian? Ini kerana wang yang dibayar kepada mereka datang dari mana? Hasil lendir rumah urut yang bercambah di Selangor? Atau kekayaan negeri Pulau Pinang tetapi khusus cukai-cukai maksiat? Kasihan.Mereka lupa dajal kini di mana-mana. Sebab itulah kita dapat lihat kelakuan mereka terlalu bukan-bukan.

Teman rileks je. Tanpa dibayar. Teman bayar internet guna duit sendiri je. 

Fitnah tanpa bersalah, menutup pintu kritik ke atas pihak sendiri dan menganut fahaman bahawa kutuk, hina, fitnah dan reka cerita memburukkan orang lain yang bukan kalangan mereka itu bagai asas keperibadian utama mereka di dunia maya kerana luar mereka berpura-pura dan kalau boleh menjadi lalang paling baik.  Perbuatan ini sebahagian natijah hasil dari mentekedarah sumber entah mana datang.

Lebih buruk, jika hidup memaksa mereka menyara anak bini dengan wang hasil saluran dari kelompok itu yang boleh dikatakan anti-Islam ini. Entah apa pula hasil jenis makhluk benih mereka itu yang kelak menjadi dewasa.

Red Bean Army sebenarnya turut terdiri dari ramai orang Melayu yang kebulur makan wang haram puak yang menjana kekayaan tanpa sempadan syarak.

Merekalah yang terpersona dengan dunia internet, terdiri dari golongan yang baharu di dunia IT, meneroka segala apa di dalamnya semata-mata mahu meyebarkan rasa benci. Itulah perjuangan mereka. 

Kelebihan masa yang mereka ada membuatkan mereka punya terlalu banyak masa berbanding anak-anak Cina yang hanya berorientasikan musim pilihanraya dan sibuk mencari wang. Sebagai continuity, budak-budak MA LAI CAI ini digunakan kerana siapa tak kenal sifat busuk hati orang Melayu apabila mereka sampai ke fasa tidak faham agama mereka sendiri.

Semoga mereka akan sedar.

Jokowi mampu menang pilihanraya presiden Indonesia Julai ini.

Posted: 08 Apr 2014 06:48 PM PDT

JAKARTA 7 April - Buat kali pertama, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan tempoh pentadbirannya pada Oktober ini membuat kenyataan terbuka menggesa rakyat Indonesia memberi peluang kepada Joko Widodo atau Jokowi untuk menggantikannya dengan memilih beliau pada pilihan raya Presiden Indonesia (Pemilu) 2014.

Kepada Jokowi yang muncul sebagai calon paling popular untuk menggantikan beliau, Susilo menasihatkan Gabenor Jakarta itu agar meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya untuk memerintah Indonesia.

Dalam kenyataan yang disiarkan di YouTube semalam, Susilo juga mencadangkan kepada Jokowi agar menyenaraikan rancangannya untuk menerajui negara ini, sekali gus dapat menyangkal prasangka banyak pihak terhadap kemampuan beliau.

"Saya fikir apa yang paling baik ialah rakyat tidak terlalu cepat menghakimi beliau (Jokowi) sebagai seorang yang tidak berkemampuan. Pada masa sama, Pak Jokowi harus membentangkan idea, cara mengatasi serta polisi yang akan beliau perkenalkan untuk menyelesaikan masalah dalam negara yang sedang dihadapi.

"Dengan memberikan penjelasan tentang program dan bersedia untuk membincangkannya, rakyat boleh menilai kualiti yang ada pada Pak Jokowi berbanding calon lain Presiden. Daripada situ, rakyat boleh membuat pilihan siapa calon paling tepat untuk menggantikan saya," kata Presiden Indonesia itu.

Mengenai dakwaan lawan politik yang menggelarkan Jokowi sebagai boneka kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputeri, Susilo berkata, Jokowi harus membuktikan sebaliknya.

"Ia akan menjadi satu cabaran kepada Pak Jokowi atau sesiapa sahaja yang akan dilantik sebagai Presiden seterusnya untuk tidak membenarkan diri mereka mengikut telunjuk sesiapa, sama ada daripada pelabur atau entiti asing. Saya tidak pernah membenarkan sesiapa untuk campur tangan dengan apa yang saya lakukan sepanjang 10 tahun di pejabat (memerintah)," ujar Susilo.

Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Joko Widodo (kanan sekali) ketika lawatan kerja ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan operasi KL Monorail Jun tahun lalu.

Pengikut