Selasa, 2 Julai 2013

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


SAMA-SAMALAH KITA BERMAAFAN...

Posted: 02 Jul 2013 06:59 PM PDT

Seorang pendekar yatim piatu baru mengetahui cerita sebenar mengenai kematian ibubapanya.

Sejak itu, hidupnya tidak tenteram kerana hatinya membara dengan kebencian dan niat untuk membalas dendam.

Kerana api kebencian, pendekar menguatkan ilmu silatnya sehingga menjadi pendekar terbaik di nusantara. Kini dia bersedia untuk membalas dendam untuk ibubapanya.

Sebelum bertolak, pendekar berjumpa Tok Guru Zainal di Gunung Puncak.

"Selepas membunuh pakcik (orang yang menyebakan kematian ibubapa pendekar), apa yang akan berlaku?" tanya Tok Guru Zainal.

Pendekar mendiamkan diri, kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Wahai anakku, jangan ingat kamu akan berasa puas dan gembira selepas membalas dendam. Sebenarnya tidak. Selepas itu, kamu hidup dalam kebimbangan, kerana anak-anak pakcik kamu akan mencarimu untuk membalas dendam.

Wahai anakku, selepas kematianmu, anak-anak kamu pula akan mencari anak-anak mereka untuk membalas dendam. Dan berulanglah perkara ini sehingga bergenerasi akan datang. Apakah kamu akan puas dan gembira melihat anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitmu hidup dalam kebencian?" tanya TG Zainal lagi.

Pendekar terdiam lagi, tapi niat membalas dendam masih membara.

"Kebencian tidak boleh diselesaikan kebencian. Kebencian bukanlah jawapan kepada kebencian yang satu lagi. Jawapan kepada kebencian ialah kemaafan. Wahai anakku, tidak cukup mu hidup sengsara untuk 10 tahun kebelakangan ini selepas mengetahui kematian ibubapamu? Tidak cukupkah bagimu melihat anak-anak dan isterimu sengsara dalam api kebencian yang menyemarak di dalam hatimu.

Wahai anakku, fikirkan kembali zaman mudamu yang gembira waktu kamu masih tidak mengetahui kematian ibubapamu. Betapa gembira dan bahagianya hidupmu. Apakah berbaloi untuk meneruskan kebencian ini dan menggadaikan segala ini untuk meneruskan kebencianmu?

Wahai anakku, fikirkan juga. Jikalau kamu tidak ingin melihat anak-anakmu hidup dalam kebencian, apakah ibubapamu rela melihatmu hidup dalam api membalas dendam. Yang diharapkan ibubapamu padamu ialah melihat kamu hidup bahagia dengan mendapat keredhaan Allah daripada terjerumus dalam bisikan syaitan yang suka membuat sarang pada hati dan minda yang penuh kebencian. 

Wahai anakku, turunlah dari gunung ini jika kata-kataku tidak dapat menginsafkanmu. Tapi ingat, jangan naik balik ke gunung ini mencariku setelah kamu membalas dendam, kerana dendam akan balik mencarimu, dan aku tidak rela gunung ini dijerebui dendam yang mencarimu. Nak balas dendam, engkau perlu berjalan beribu batu menumpaskan beribu orang, nak memaafkan orang, engkau hanya perlu menggugurkan batu dari hatimu. Wahai anakku, sudah tentu engkau tahu yang mana lebih mudah dan membahagiakan. Tapi awasilah egomu dan racun dendam di hatimu yang barangkali sedang melanggar akal fikiranmu dan jiwamu kerana bisikan syaitan yang enggan membebaskanmu dan meringankan hidupmu," kata TG Zainal lagi.

Pendekar mengangkat kepalanya, matanya merah bergenang air. TG Zainal terus memeluknya.

"Terima kasih kerana menyelamatkan aku, Tok Guruku. Kebencianku ditawarkan dengan kesayangan Tok Guru. Betullah kebencian tidak boleh dipadamkan dengan kebencian, tapi dengan kemaafan dan kasih sayang," kata pendekar.

Isi tersirat ada, tapi hanya pada mereka yang sudi menerimanya sahaja.

Senyum.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 02 Jul 2013 03:12 PM PDT

Saman ibu tunggal pada S'gor batal

Posted: 02 Jul 2013 03:46 AM PDT

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah membatalkan kes saman ibu tunggal terhadap kerajaan Selangor kerana plaintif gagal memfailkan notis rayuan kepada mahkamah.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membatalkan saman tersebut sehingga tempoh tamat berakhir pada 12 Jun lalu.

Sehubungan itu, Rodziah berkata, Murtini dan plaintif yang lain telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu satu kesilapan dalam proses mencari keadilan.

"Selain itu, 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun.

"Pelbagai kes saman lain seperti tuntutan oleh suri rumah juga telah ditarik balik. Kerajaan Selangor bersetuju kekalahan Martini dan kes saman kesemuanya yang lain ditarik balik tanpa sebarang tuntutan kos oleh kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dibuat di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.

Pada 13 Mei lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Bung: CEO AirAsia X tak layak duduk M'sia

Posted: 02 Jul 2013 03:41 AM PDT

 

PARLIMEN Anggota Parlimen BN menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum.

bung mokhtar parliament 080708 01Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.

Bagaimanapun, speaker Pandikar Amin Mulia mencelah dan berkata, tidak perlu mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik.

Beliau menegur supaya anggota Parlimen itu tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja dan beliau mengingatkan supaya membahaskan isu berkaitan sahaja.

Bagaimanapun, Bung Mokhtar terus mengkritik Azran dengan menggelarnya "Melayu biadab" ketika bertukar hujah dengan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Tak perlu penyelaras di kawasan BN, kata Umno

Posted: 02 Jul 2013 03:38 AM PDT

 

Umno Pulau Pinang mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk melantik penyelaras di kawasan dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua pembangkang negeri Jahara Hamid berkata, lantikan itu bersifat "politik" kerana anggota dewan undangan negeri (ADUN) sudah berkhidmat di kawasan itu sejak bertahun-tahun.

NONE"Mereka kata untuk (memberi) perkhidmatan kepada rakyat dan kami tertanya-tanya jika mereka ada alasan lain dengan melantik penyelaras," katanya.

Jahara (kanan) berkata, wakil rakyat BN sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat, sekali gus menolak dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa mereka enggan membantu pentadbiran sedia ada.

Malah, katanya, ADUN mereka juga sedang melakukan pendaftaran untuk anugerah tahunan berbentuk wang tunai untuk warga emas dan ibu tunggal.

Timbalan menteri: Proton, Perodua lebih murah dari Honda

Posted: 02 Jul 2013 03:36 AM PDT

 

PARLIMEN Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata, kereta nasional Perodua dan Proton dijual dengan harga paling murah di Asean.

Malah, katanya, model seperti Myvi dan Saga lebih murah berbanding harga kereta jenis Honda Rio di Thailand dan Indonesia.

NONE"Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi enjin 1.3 liter di Malaysia adalah yang terendah di negara Asean jika dibanding dengan Thailand dan Indonesia.

"(Kereta) Perodua Myvi dan Proton Saga, masing-masing dijual dengan harga RM45,000 ribu dan RM33,888 berbanding dengan model Honda Rio di Indonesia dan Thailand yang berharga RM47,000 ribu," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) berhubung bila kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta import supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji pilihan raya umum ke-13.

Mengulas lanjut, Hamim yang juga ahli parlimen Ledang berkata penurunan harga kereta menjadi salah satu matlamat penting untuk mencapai dalam dasar automotif nasional.

Hapus duti tak jamin turun harga

Katanya, kajian semula berhubung penurunan harga mengambil pandangan semua pihak termasuk pengguna, pengeluar kereta, institusi kewangan dan pengeluar barang gantian bagi mewujudkan industri automatif yang kompetitif dan efisien

"Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan duti sebagaimana mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Ini adalah kerana pengurangan duti tidak menjamin penurunan harga kereta," katanya.

Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais akan menyebabkan kerajaan hasil cukai lebih kurang RM7 bilion.

"Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan duti sebagaimana mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Ini adalah kerana penghapusan duti tidak menjamin penurunan harga kereta," katanya.

Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais akan menyebabkan kerajaan kehilangan daripada hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM7 bilion.

'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'

Posted: 02 Jul 2013 03:33 AM PDT

 

RCI SABAH Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.

Lantik wakil BN dan Pakatan ke dalam SPR, kata Tamrin

Posted: 02 Jul 2013 03:25 AM PDT

Pelbagai pihak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jarang yang memberikan cadangan untuk menyelesaikan kemelut kepercayaan yang melanda badan yang sepatutnya bebas itu.

Bekas Exco Pemuda Umno yang kini menyertai PAS, Tamrin Ghafar mencadangkan, badan ini digabungkan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dengan SPR sama-sama memilih calon untuk memimpin badan ini.

"Saya cadangkan pelanggan-pelanggan SPR yang memilih pejawat dalam SPR ini termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, setiaudaha dan ahli-ahli SPR.

Misalnya BN mencalonkan pengerusi SPR manakala Pakatan mencalonkan nama timbalan pengerusinya," kata Tamrin apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

"Setiausahanya pula dicalonkan oleh Pakatan manakala BN pula mencadangkan timbalan setiausahanya," tambah Tamrin ketika mencadangkan penyelesaian kepada kemelut ini.

Beliau yakin dengan penyertaan semua pihak-pihak yang terlibat ini akan percaya kepada badan itu jika mereka mempunyai wakil di dalamnya.

SPR menjadi sasaran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat (PR) serta badan-badan yang mahukan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini.

Mereka mendesak sekurang-kurangnya pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang ada sekarang meletakkan jawatan.

Namun timbul persoalan, apakah dengan menukar mereka berdua akan menjadikan SPR badan yang dipercayai.

Kesilapan paling nyata yang dibuat oleh SPR adalah dakwat kekal yang tidak kekal.

Lebih merumitkan keadaan adalah kenyataan bercanggah antara pelbagai pihak dalam isu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bulan lalu untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," katanya.

Tamrin adalah antara yang dikenakan tindakan pihak berkuasa apabila  turut mempertikaikan kewibawaan SPR.

Beliau dua kali ditahan dan akhirnya didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948.

Bagi memulihkan kewibawaan SPR, pelbagai badan termasuk parti-parti politik mencadangkan agar pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan.

"Saya tidak fikir begitu. Bagi saya ia tidak akan menyelesaikan masalah. Saya bimbang perkara yang sama berulang. Bersih akan kembali ke jalan raya untuk membantah perlantikan pemimpin baru SPR," kata Tamrin yang menyertai PAS menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menghadapi masalah yang sama.
Ketika itu namanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Bekas pendana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membentuk SPRM.

Dengan penubuhan SPRM, sebuah badan dibentuk untuk mengawal selia badan ini dan dibentuk penal yang dilantik di kalangan pelbagai pihak termasuk dari parti-parti politik.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang pada ketika itu merupakan anggota Parlimen Kubang Kerian turut dilantik ke dalam panel ini.

Hasilnya tekanan kepada SPRM sejak kebelakangan ini agar berkurang. Ini kerana pelbetulan dalaman dibuat sebelum ia diserang oleh pihak-pihak.

"Saya yakin, melantik stake holder (pihak berkepentingan) ke dalam SPR akan meredakan tekanan kepada badan ini dan ia boleh menjalankan tugasnya dengan menjaga kepentingan semua pihak yang berkepentingan," kata Tamrin.

PRK Kuala Besut: Terengganu di hujung tanduk

Posted: 02 Jul 2013 03:20 AM PDT

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG RENCANA DAN ANALISIS

Analisis: Kuala Besut di Terengganu mempunyai dua jenis penduduk utama, nelayan dan kakitangan kerajaan. Kawasan ini terletak di perairan pantai Laut Cina Selatan yang menjadikan kebanyakan penduduknya nelayan.

Pekan utama kawasan ini adalah Kampung Raja yang menjadi pusat pentadbiran untuk daerah Besut.

Kuala Besut terletak di jalan pantai antara Kuala Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Jalan utama pula melalui bandar Jertih yang menjadi pusat komersial daerah Besut.

Hanya mereka yang memilih untuk menggunakan jalan pantai sahaja memilih untuk melalui jalan Kuala Besut.

Selain nelayan, penduduk di sini adalah kakitangan kerajaan kerana banyak jabatan kerajaan terletak di Kampung Raja, pekan utama dalam Kuala Besut. Antaranya termasuknya Bangunan Persekutuan Besut yang terletak di sini.

Di bangunan ini terdapat Pejabat Imigresen, Kebajikan Masyarakat, Kesihatan Bahagian Environmen Dan Kawalan Penyakit, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Rela, Pembahagian PESAKA, Ukur Daerah Terengganu (UTARA), Unit Pengambilan Tanah, Pelajaran Daerah, Kemajuan Masyarakat (KEMAS), PERHILITAN dan Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kuala Besut juga adalah pekan pelancongan. Pulau Perhentian, antara pulau terbaik di Terengganu kerana batu karang dan pantainya, juga termasuk dalam kawasan pilihan raya ini.

Pulau Perhentian (besar dan kecil) diktiraf sebagai antara pusat pelancongan terbaik kerana airnya yang bersih dengan ikan-ikannya yang banyak. Ia dilindungi di bawah Pulau Redang Marine Park, bermakna tidak boleh memancing dan menangkap ikan di sini.

Dengan komposisi penduduk yang semacam ini, ia menjadikan Kuala Besut sentiasa menjadi kubu untuk Umno. Nelayan, pegawai kerajaan dan operator pelancongan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjadikan nelayan sebagai sasaran bantuan mereka. Tambah-tambah lagi dengan pemimpin seperti Datuk Seri Idris Jusoh.

Begitu juga kakitangan kerajaan. Mereka terlalu terikat dengan pemimpin kerajaan yang memerintah Terengganu. Begitu juga operator pelancongan. Aktivis Islam sentiasa sahaja menyusahkan mereka.

Kawasan yang selama tenang ini  bakal menjadi hingar bingar tidak lama lagi. Ramai ahli politik akan datang ke Kuala Besut untuk berkempen bagi pilihan raya kecil Kuala Besut ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN, Dr. A. Rahman Mokhtar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya selepas ia dimaklumkan secara rasmi pada 28 Jun lalu. Ini bermakna, SPR mempunyai masa hingga 28 Ogos 2013 iaitu 18 hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 10 Ogos.

Dalam sidang media sebelum ini, SPR memberikan bayangan kemungkinan pilihan raya akan diadakan pada bulan puasa.

Namun dengan masa yang cukup lumayan, besar kemungkinan pilihan raya dan juga penamaan calon diadakan selepas hari raya.

Agak sukar untuk ahli politik berkempen di bulan Ramadhan di mana umat Islam akan berpuasa.
Tambah-tambah lagi apabila para pemimpin Umno sejak kebelakangan ini sudah bercakap banyak tentang Islam.

Bagaimana mereka mahu bebas berkempen kalau banyak pantang larang yang terpaksa mereka patuhi sepanjang bulan Ramadhan ini?

SPR juga mengumumkan penetapan tarikh pilihan raya kecil Kuala Besut akan diputuskan Jumaat ini.
Sejak dahulu, Kuala Besut menjadi kubu kuat Umno. Ketika tsunami politik menyerang barulah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini bertukar tangan. Ia berlaku pada tahun 1969 dan juga 1999. Di kedua-dua pilihan raya itu menyaksikan negeri Terengganu di perintah oleh PAS.

Kuala Besut mempunyai 17,713 pengundi. Ia terletak di bawah Parlimen Besut yang diwakili oleh Idris, bekas menteri besar Terengganu yang kini adalah Menteri Pelajaran 2.

Suka atau tidak, Besut dijaga dengan baik oleh Idris sejak beliau menjadi menteri besar lagi.

Mungkin kerana itulah, kesemua kerusi Parlimen dan DUN di bawah Parlimen Besut dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu.

Ia berlaku ketika PAS dan PKR hampir-hampir saja berjaya memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum lalu.

PAS mendapat 14 kerusi DUN dan empat Parlimen manakala PKR mendapat satu kerusi DUN manakala BN pula mendapat 17 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di Terengganu.

Sebagaimana negeri Terengganu, 98.71 peratus pengundi Kuala Besut adalah orang Melayu. Hanya 0.8 peratus Cina, 0.08 India dan 0.42 peratus kaum lain.

Dalam PRU13, PAS berjaya menawan hampir kesemua bandar utama di negeri ini. Dari Chukai di Kemaman, Sura di Dungun, Kuala Terengganu dan juga Kuala Nerus.

Akan tetapi, kemaraan PAS berhenti di Setiu dan Besut.

Namun di sebelah sempadan sana, PAS berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti yang lumayan di Kelantan. Kuala Besut adalah DUN sempadan antara Terengganu dan Kelantan. Ia bersempadan dengan Parlimen Pasir Puteh dan DUN Semerak di Kelantan.

Dalam pilihan raya lalu, Pasir Puteh kekal di tangan PAS melalui Dr Nik Mazian Nik Mohamad (majoriti 1,888) namun DUN Semerak dimenangi olah calon BN, Zawawi Othman (majoriti 985).

BN telah memutuskan timbalan pengerusinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya ini. PAS pula akan memutuskan pengarahnya tidak lama lagi.

"Besar kemungkinan kita akan lantik Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS sebagai pengarah," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Bagi beliau Husam orang yang paling sesuai kerana kawasan Kuala Besut dekat dengan Kelantan.

"Peranan Kelantan sangat besar dalam pilihan raya ini," tambah Mustafa.

Husam adalah Pengerusi Jawatankuasa Roadmap to Putrajaya untuk PAS. Namun, percubaan beliau untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya lalu tidak berjaya. Akan tetapi beliau menang di DUN Salor, Kelantan.

Dengan Husam di pihak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) manakala Muhyidin di pihak Umno dan BN, pilihan raya ini dijangka hangat sebagaimana hangatnya pertandingan merebut kerusi Putrajaya dalam PRU13 lalu.

Walaupun agar sukar, Mustafa, seorang veteran dalam selok belok pilihan raya, yakin PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil ini jika kena dengan caranya.

Dengan PAS Kelantan yang mempunyai kerajaan, kempen pilihan raya ini akan lebih menarik dan membuka peluang lebih luas untuk calon PAS. Perlabuhan Perikanan Tok Bali di sebelah Kelantan bakal menjadi pancing yang berguna untuk nelayan Kuala Besut.

Pengalaman Husam berkempen di Putrajaya juga bakal memberikan modal yang besar dalam kempen kepada kakitangan kerajaan di sini. Begitu juga pengalaman Kelantan dalam mengendalikan pelancong yang ramai datang ke negeri itu bakal membantu kempen PAS ke atas operator pelancongan di sini.

Jika PAS menang, DUN Terengganu akan menjadi 'DUN tergantung' kerana bilangan wakil BN dan Pakatan sama banyak iaitu 16:16. Ada yang berkata, kuasa Speaker yang dilantik BN akan menjadi kata pemutus.

Bagi Ketua Umno Bahagian Besut, Idris, PAS tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam PRK ini.

Idris berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang PAS memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.

Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau PAS menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.

Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang.

Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar, katanya selepas Taklimat Khas PRK DUN Kuala Besut di Damai Beach Resort di Kampung Raja.

Pakar perlembagaan Dr. Abdul Aziz Bari menolak pandangan itu. Bagi beliau Sultan mempunyai budi bicara dalam hal ini.

Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai, jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambah Abdul Aziz, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh juga diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Mengikut peruntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik, katanya.

Apa-apa pun pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ini sangat menarik. Ia bakal menentukan kedudukan sebuah negeri iaitu Terengganu Darul Iman

Ketua Pembangkang Selangor Terkedu Gagal Kemuka Fakta

Posted: 02 Jul 2013 01:08 AM PDT


Samsuddin Lias Sungai burong

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana perkara daripada Perlembagaan Negara atau undang-undang negara ini yang menghalang rakyat negara ini melakukan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu.

Sebaliknya apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS, Paya Jaras) beliau (Shamsudin) cuba berdalih.

"Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?" soal Khairuddin selepas diberikan laluan untuk mencelah.

"Ia hanya secara prinsip saya sahaja," jawab Shamsudin ringkas ketika membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.

Sebelum itu, Shamsuddin dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.

Shasudin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman #Blackout505 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Menurut Shamsudin kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara.
Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta beliau menjelaskan samada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Apa kriteria untuk pilih Pengerusi Tabung Haji

Posted: 02 Jul 2013 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya.

Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurutnya lagi, tindakan itu umpama 'balasan' kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi 'membantu' mereka menambah pendapatan.

"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet.

"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.

"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi.

Beliau yang menegaskan isu pemilihan pengerusi ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan kerana kedudukan Tabung Haji bergantung kepada pengerusi yang dilantik.

"Kalau sekadar untuk mempengerusikan mesyuarat saya rasa baik pilih Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Ini bukan soal untuk mempengerusikan mesyuarat tetapi macam mana kita nak bawa Tabung Haji pada masa akan datang serta mengembalikan kegemilangannya," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji  yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Abdul Azeez itu bagi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007.

Guan Eng: Saya hanya sedia jumpa Mukhriz

Posted: 02 Jul 2013 12:58 AM PDT

GOKINA MORGANAN


 

GEORGETOWN - "Saya hanya sedia jumpa (Menteri Besar Kedah, Datuk) Mukhriz (Tun Mahathir) sendiri, bukan dengan orang lain," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pihaknya akan menghantar wakil untuk berbincang mengenai isu caj air mentah dari Sungai Muda yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu terhadap Pulau Pinang.

Dalam kenyataan terdahulu, Mukhriz berkata, beliau akan mengarah Setiausaha  Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali dan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Anas Ahmad Zakie untuk untuk mewakilinya dalam perbincangan itu.

Bagaimanapun bagi Guan Eng, langkah hantar wakil tidak sesuai dan tidak tepat.

"Saya hanya sedia jumpa dengan Mukhriz, bila-bila masa saja," katanya.

Menurut Guan Eng, rundingan mengenai caj air sewajarnya dibincang antara ketua kerajaan (ketua menteri dan menteri besar) sahaja, bukan melalui pihak ketiga.

Walaupun sudah buka pintu untuk rundingan, namun Guan Eng tetap dengan pendirian bahawa Pulau Pinang tidak perlu bayar sesen pun kepada Kedah dengan alasan air itu dianugerah secara percuma ikut undang-undang antarabangsa.

Kelmarin, Mukhriz meminta Pulau Pinang bersikap lebih terbuka untuk membincangkan isu air mentah yang dibangkitkan sejak tahun lalu.

Kerajaan Kedah penggal lalu mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau Pinang

MB : Tiada Lagi Dokumen Tanah "Hilang"

Posted: 02 Jul 2013 12:54 AM PDT


PKMR Gombak 02

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM 5 juta bagi menjadikan sistem penyimpanan data pengurusan tanah di Selangor lebih efisien.

Sistem tersebut telah menyimpan lebih 1.9 juta dokumen dalam bentuk digital bagi memastikan tiada lagi dokumen atau fail tanah yang hilang di jabatan tanah.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sistem itu termasuk Selangor Land Information System (SeLIS) dan Land Bank Library System (LBLS).

"Sehingga kini kita telah menyimpan sejumlah 1,913,924 dokumen dalam sistem.

"Itu bersamaan lebih daripada 17 juta helaian termasuk 'digital images' telah disimpan. Bermakna tiada fail yang akan hilang daripada simpanan," jelas Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.
Beliau menjawab soalan daripada Adun Batu Caves Amirudin Saari.

Bagi sistem aplikasi SeLIS, sejumlah RM 640,900 dibelanjakan meliputi antaranya; kos perkhidmatan latihan, pekhidmatan TOT untuk pasukan teknikal, perkhidmatan penyelenggaraan, pembangunan pangkalan data dan latihan untuk setiap pejabat tanah dan daerah.

Untuk sistem LBLS pula, RM 4.7 juta telah dibelanjakan untuk aktiviti 'digitization', 'site preparation', 'management boxes', 'moving charges', dan 'LBLS System and Implementation'.

Beku visa: Kerajaan belum terima maklumat

Posted: 02 Jul 2013 12:52 AM PDT

NORUTUL ILHAM MAD JARI


 

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum mendapat apa-apa maklumat daripada Arab Saudi berhubung pembekuan visa untuk mengerjakan umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, setakat ini hanya 20 peratus pengurangan jemaah haji diumumkan berikutan kerja naik taraf di Masjidil Haram, di Makkah.

"Pengurangan 20 peratus itu bukan sahaja untuk negara kita, tapi untuk (negara-negara lain) seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kesihatan jemaah haji Malaysia.

Katanya, jemaah haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil ubat serta suntikan vaksin sebelum berangkat ke Tanah Suci (dan semasa di sana).

"Kerajaan Malaysia bukan hanya ambil langkah berjaga-jaga bila ada penyakit datang, tapi setiap masa," katanya selepas majlis Pembentangan Dapatan Kajian Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia, semalam.

Jamil Khir mengulas penularan virus sindrom pernafasan Asia Barat (MERS) di Arab Saudi yang dilaporkan melibatkan 88 kes, 33 melibatkan kematian, sejak September lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga ini, Kuala Lumpur belum menerima sebarang maklumat dari Jeddah mengenai penularan virus yang membawa maut itu.

Jamil Khir meminta agensi pelancongan atau pengembaraan yang menawarkan pakej umrah supaya hanya menetapkan tarikh berangkat ke Tanah Suci selepas permohonan visa diluluskan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, ini penting untuk elak insiden jemaah terkandas dan tidak dapat melakukan umrah walaupun telah melunaskan bayaran.

"Ada agensi atur tarikh berangkat untuk umrah walaupun visa tak keluar lagi. Syarikat ini harus faham bahawa Arab Saudi ada sistem pengeluaran visa, yang mana mereka perlu pastikan jumlah permohonan tidak melebihi jumlah sepatutnya," katanya.

56 Permohonan Pendahuluan Nafkah BSK Selangor Telah Diluluskan

Posted: 02 Jul 2013 12:49 AM PDT


rodziah DUN gulung

SHAH ALAM,  : Sebanyak 56 permohonan pendahuluan nafkah ibu tunggal di seluruh negeri telah diluluskan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JKSS) dengan nilai RM 186,650 sehingga kini.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pembayaran pendahuluan nafkah tersebut disumbangkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Setakat ini, katanya, BSK telah membuat pembayaran pendahuluan nafkah bulanan kepada 32 ibu tunggal sementera menunggu mahkamah syariah menguatkuasakan perintah nafkah terhadap pihal suami.

"Pembiayaan nafkah anak bagi pasangan Islam yang bercerai oleh BSK adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal ketika proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dilakukan di Mahkamah Syariah.

"Penerima yang … layak akan menerima bantuan pendahuluan nafkah mengikut jumlah nafkah yang diperintahkan oleh mahkamah selama enam bulan atau sehingga suatu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh jawatankuasa yang dilantik khas," jelasnya di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Haniza Talha (PKR-Taman Medan) berhubung status perlaksanaan Bantuan Sokongan Keluarga untuk membiayai nafkah anak bagi pasangan Islam yang bercerai, di sini hari ini.

Menurut Rodziah, pembayaran pendahuluan nafkah ini bukanlah suatu bantuan mutlak. Sebaliknya ia merupakan pendahuluan nafkah yang akan dikutip semula oleh JKSS daripada bekas suami yang ingkar terhadap perintah mahkamah.

"Dengan kata lain, pembayaran nafkah ini bukanlah dengan matlamat untuk mengambil alih tanggungjawab bekas suami atau bapa dalam melaksanakan tanggungjawab agama dan undang-undang, tetapi untuk meringankan bebanan ibu dan anak-anak," katanya.

Penstrukturan Semula Air Bakal Selesai Dua Bulan Lagi

Posted: 02 Jul 2013 12:46 AM PDT


MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 01

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menjangkakan bahawa rundingan pengurusan air dengan Kerajaan Persekutuan dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya juga telah menyediakan surat perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung perundingan tersebut.

"Ianya disediakan berdasarkan tawaran-tawaran yang perlu diterima selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

"Kita juga optimis dengan perkara ini berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan persetujuan untuk proses penyusunan semula pengurusan air di Selangor," kata Abdul Khalid di dalam Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Adun Meru, Dr. Abdul Rani Osman berhubung perkembangan pengurusan air Selangor.

Abdul Khalid juga menjelaskan, sebagai persediaan rapi, Kerajaan Negeri juga menubuhkan satu pasukan pengurusan professional yang berkemampuan mengendalikan pengurusan air di Selangor sekiranya proses ambil alih berjaya.

"Pasukan pengurusan ini terdiri daripada eksekutif dari luar negara yang berkelayakan."

Proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun lepas sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.

Tujuan penstrukuturan semula adalah supaya rakyat mendapat bekalan air terawat yang efisen dan pada harga yang berpatutan.

Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat tersebut dan setakat ini mereka telah memberi respons positif terhadap tawaran itu.

Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini

Posted: 02 Jul 2013 12:40 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai 'orang tengah'.

Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. "Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13. Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Jawatan tertinggi MIC tak perlu dipertanding

Posted: 02 Jul 2013 12:38 AM PDT

SINAR HARIAN
MELAKA - Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden MIC tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti September ini bagi memastikan parti itu terus stabil untuk membela nasib kaum India di negara ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan.
  
Beliau berkata MIC Melaka khuatir sekiranya ada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti itu, perpecahan di kalangan anggota parti akan berlaku yang seterusnya boleh menggugat usaha MIC meraih sokongan kaum India.
  
"Selepas kita pilih presiden dan timbalan, jika ada pertandingan, kita belum tahu parti kita akan kukuh atau tidak. Jika ada perpecahan (di kalangan anggota) kerana pertandingan itu tentu kita tahu parti kita tidak kukuh.
  
"Presiden MIC (Datuk Seri G. Palanivel) dan timbalan (Datuk Seri Dr S. Subramaniam) perlu diberi lebih banyak masa untuk melaksanakan rancangan mereka membela nasib kaum India di negara ini," katanya kepada Bernama di sini.
  
Palanivel dan Dr Subramaniam dilantik ke jawatan itu pada tarikh yang sama iaitu 6 Disember 2010.

Ditanya sama ada tiada pertandingan bagi jawatan itu akan memberikan implikasi terhadap sistem demokrasi dalam MIC, Mahadevan berkata perpaduan di kalangan anggota MIC perlu diutamakan.
  
"Demokrasi itu sememangnya telah lama ada dalam MIC, jadi ini bukan soal adanya demokrasi atau tidak. Tetapi kita perlu melihat bagaimana mahu mengukuhkan parti dahulu.
  
"Kalau kita nak guna alasan demokrasi untuk pecah belah parti lebih baik kita fikir mengenai kestabilan dulu. Bagi saya lebih baik kita duduk bersama dan bincang apa boleh kita buat supaya parti lebih kukuh dan stabil," katanya.
  
Beliau berkata sebagai antara parti utama dalam Barisan Nasional, MIC perlu kukuh dan stabil bagi menarik lebih banyak sokongan terhadap kerajaan terutamanya di kalangan generasi muda.
  
Mengulas mengenai usaha menarik lebih ramai generasi muda bersama parti itu, Mahadevan berkata MIC Melaka akan menubuhkan 30 cawangan MIC di negeri ini yang bakal dipimpin golongan belia.
  
"Pada masa ini kita ada 140 cawangan MIC di Melaka dengan keahlian antara 60 dan 200 orang setiap satu cawangan. Cawangan ini bakal menjadi platform untuk kita menarik lebih ramai orang muda bersama kita," katanya.  - Bernama

UAI tidak tersenarai calon PRK Dun Kuala Besut

Posted: 02 Jul 2013 12:36 AM PDT

RUBIAH OMAR,


 

KUALA TERENGGANU – Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas,  memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

"Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut)," katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

"Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad," katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.

"Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar," katanya.

Dalam pada itu, panel guaman Pas sedang mengkaji peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan jika berlaku kedudukan seri 16-16 di negeri ini.

Merujuk kenyataan Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa Pas tidak boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu memenangiPRK Dun Kuala Besut berikutan BN mempunyai kelebihan satu kerusi iaitu kerusi Speaker Dun, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, perkara itu perlu dirujuk dan tidak boleh dibuat tafsiran berdasarkan pandangan politik.

"Kita akan semak dengan peguam kita kerana perkara sebegini tafsiran, tidak pernah berlaku. Jadi, kita akan semak dari segi undang-undang dan peraturan. Mungkin betul, mungkin tidak betul. Tafsiran dia (Idris), dia tafsir untuk (politik) dialah. Kita akan tafsir bagi pihak kita pula.

"Kita ada panel guaman kita untuk buat kajian. Kita tidak boleh nak tafsir tanpa kajian teliti. Kita tak nak bercakap undang-undang dari segi politik semata-mata," katanya.

Tarikh PRK Dun Kuala Besut diumum Jumaat ini

Posted: 02 Jul 2013 12:34 AM PDT

Wartawan Sinar Harian


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Julai ini untuk membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, mesyuarat itu akan berlangsung di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

"Selepas itu, satu sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, akan diadakan bagi mengumumkan hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian," katanya, semalam.

Katanya, SPR menerima makluman rasmi dari Yang Dipertua Dun Terengganu pada 27 Jun berhubung kekosongan kawasan Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun.

A Rahman, 55, meninggal dunia jam 10.18 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital itu.

Beliau meninggalkan isteri, Azizah N  Omar dan empat anak, iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.

Pada PRU13 lalu, beliau mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan Exco kerajaan negeri BN.

Dakwat kekal: Kandungan silver nitrat kurang 1%

Posted: 02 Jul 2013 12:32 AM PDT

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD


 

KUALA LUMPUR – Kandungan Silver Nitrat di dalam dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu ada kurang satu peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan yang mengesahkan perkara itu berkata, faktor kepada pengurangan jumlah bahan kimia itu dilakukan kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia.

"Kita menerima pakai apa yg telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika kita guna melebihi had, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan tertentu.

"Saya akan jelas perkara ini dengan lebih jelas esok," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Kandungan silver nitrat yang rendah di dalam dakwat kekal dipercayai menjadi punca insiden di mana dakwat itu boleh hilang apabila dibasuh.

Isu dakwat kekal menjadi perbualan hangat pihak pembangkang sehingga mereka mendakwa berlaku penyelewengan di pihak SPR.

Pada sidang media yang sama, Shahidan turut menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pergerakan kumpulan Red Bean Army.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib mewakili 130 NGO Melayu Islam.

Menurut Shahidan, pihaknya akan meneliti kandungan memorandum itu sebelum membawa ke dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.

"Kita lihat sejauh mana keperluan dan bahayanya kumpulan ini kepada masyarakat sehingga perlu menubuhkan RCI," katanya.

SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad

Posted: 02 Jul 2013 12:18 AM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.

Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.

Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.

Kesannya saya tidak mempercayai bahawa SPR sebuah badan bebas yang adil, telus dan bersih. Impaknya juga saya membenci kepada bekas pengerusi berkenaan kerana tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang dipikulnya.

Begitu pun betapa buruk SPR di bawah Rahsid tetapi tidaklah pula sampai badan bebas itu sampai dikecam hangat oleh rakyat. Rakyat tidak berarak dan berkumpul menyatakan marah kepada SPR dan Rashid. Marah hanya dilepaskan dalam kritikan dan keluhan yang hanyut diangin lalu sahaja.

Tetapi sebaik sahaja SPR ditinggalkan oleh beliau dan diambil alih oleh Mohd Aziz Yusuf, kemarahan dan kebencian rakyat kepada SPR begitu menjadi-jadi sekali. Rakyat naik darah dengan SPR. Rakyat sanggup turun beramai-ramai berhimpun menunjukkan perasaan. Bermula dari himpunan Bersih 1.0 membawa kepada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 serta kepada himpunan Black505 adalah manifestasi kemarahan dan kebencian kepada SPR.

Apakah yang dapat diterjemahkan dari berlaku semua kecaman dan kutukan itu kepada SPR dan Aziz. Ini bermakna betapa buruknya pengendali pilihan raya itu dan SPR dibawah Aziz sudah tidak mempunyai integriti lagi.

SPR dibawah Aziz dengan dibantu secara utuh oleh Wan Ahmad Wan Omar bukan saja dikutuk dan diludah oleh rakyat dan menjadi seteru 'emak anak' oleh pembangkang, tetapi SPR juga pertama kali sudah dimasuki oleh SPRM. Belum pernah sebelum ini sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tetapi disiasat oleh SPRM dalam pembelian dakwat kekal yang meragukan.

Walaupun siasatan itu tidak menunjukkan SPR cemar, kotor dan rasuah tetapi ia memberi persepsi buruk kepada badan bebas berkenaan. Apa yang berlaku ini satu kemalangan besar kepada SPR.

Siasatan oleh SPRM ke atas badan bebas itu sungguh memalukan. Kalaulah ianya bukan dipengerusikan oleh Aziz dan Wan Omar saya mereka sudah pun melepaskan jawatan kerana tidak sanggup tanggung malu. Namun kerana mereka berdua tidak bermaruah, bermuka tebal, mereka tetap masih di situ dengan selesanya.

Tuntutan pembangkang dan Ngo yang berhimpun membantah dan meminta mereka berdua meleapskan jawatan bersama beberapa orang pegawai-pegawai lain tepat sekali. Tidak ada guna negara menyimpan manusia seperti itu yang tidak bermaruah. Apakah pula alasan yang akan digunakan apabila SPRM mendapati suruhanjaya itu rasuah dengan pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu?

Umno dan BN parti yang ikhtirafkan pemenang dalam pilihan raya lalu dan beberapa pilihan raya sebelum sepatutnya merasa malu atas apa yang berlaku. Dengan berlakunya insiden-insiden yang mendukacitakan itu seharusnya Umno dan BN juga merasa malu diri dengan apa yang ada berlaku. Kalau UBN ada harga diri parti itu juga patut bersama pembangkang mengutuk Aziz dan Wan Ahmad bukan melindungi atas alasan UBN mendapat benefit (untung) kerana menang. http://msomelayu.blogspot.com

Masih Ada Wibawakah Pengerusi SPR Setelah Disiasat SPRM?

Posted: 02 Jul 2013 12:16 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin

SPRM dilaporkan sudah menubuhkan pasukan penyiasat bagi menyiasat pembelian dakwat kekal oleh SPR yang didakwa mudah ditanggalkan ketika digunakan dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu. Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, pasukan itu sudah dibentuk sejak seminggu lalu susulan sungutan orangramai berhubung ketahanan dakwat yang dipertikaikan itu.

Pengesahana SPRM mengenai penyiasatan terhadap SPR ini menambahkan lagi episod baru mengenai kewibawaan badan itu dalam mengendalikan pilihanraya yang benar-benar bersih, adil dan memuaskan hati semua pihak.

Sejak isu dakwat kekal yang didapati tidak kekal menjadi topik perbincangan umum, SPR sering tampil dengan jawapan yang berdolak-dalik dan tidak konsisten mengenainya. Mula-mula dikatakan ia perlu digoncang secukupnya sebelum digunakan, kemudian meletakkan kesilapan kepada petugas SPR yang didakwa mungkin tidak arif cara mencalitnya di jari pengundi, selepas itu dikatakan pula bahan kimia nitrat perak dalam dakwat itu dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan yang menyebabkan dakwat itu mudah luntur.

Apabila Menteri Kesihatan menafikan mereka dilibatkan dalam membuat kajian keatas dakwat itu, SPR terus terdiam.

Episod memalukan kemudiannya menyusul lagi apabila Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen memberitahu bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat yang dicalit pada jari setiap pengundi dalam pilihanraya lalu hanyalah menggunakan pewarna makanan saja dan bukannnya nitrat perak sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

Sejak itu, desakan timbul bertalu-talu agar pengerusi SPR, Aziz Yusof dan anggota suruhanjaya meletakkan jawatan kerana kegagalan menyediakan dakwat yang benar-benar kekal sekurang-kurangnya selama 7 hari sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Selain itu, desakan juga timbul agar nama pembekal dakwat yang bernilai RM7.1 juta turut didedahkan bagi mengetahui sama ada ia melibatkan unsur-unsur salah guna kuasa, kronismes dan sebagainya. Harga dakwat yang terlalu mahal dan tidak sepadan dengan kualitinya turut menjadi persoalan, apatah lagi dalam pilihanraya 2008 SPR juga memberi dakwat bernilai RM2.4 juta tetapi akhirnya tidak digunakan. Dengan peningkatan jumlah pengundi hanya 20 peratus tetapi kos dakwat meningkat daripada RM 2.4 juta kepada RM 7.1 juta.

Bagaimanapun, sepertimana selalunya, SPR tetap dengan ego melangitnya. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan saja menolak untuk meletakkan jawatan atas pertanggungjawaban terhadap isu dakwat kekal itu, malah juga berkeras tidak mahu mendedahkan nama pembekal yang dilantik untuk membekalkan dakwat berkualiti rendah itu.

Sekali lagi, alasan yang diberikan ternampak sangat remeh iaitu atas faktor keselamatan. Keselamatan dari segi apa sehingga nama pembekal dakwat mahu dilindungi dan tidak boleh didedahkan sedangkan nama pembekal kapal selam Scorpene yang turut menjadi isu pun boleh diberitahu secara terbuka dan tidak pula mengancam keselamatan sesiapa?

Dalam hal ini seperti ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh SPR dan ianya lantas menyebabkan timbulnya pelbagai tanggapan di kalangan rakyat terhadap SPR dan juga pembekal dakwat itu.

Hari ini, dengan pengesahan SPRM bahawa mereka sedang menyiasat SPR berhubung pembelian dakwat itu, ia sekaligus meletakkan pengendali pilihanraya itu dalam kedudukan yang lebih buruk dari segi persepsi rakyat. Walaupun SPR belum tentu salah dan mungkin siasatan SPRM akhirnya bertujuan hanyalah untuk membersihkan nama SPR tetapi sekurang-kurangnya dengan kemasukan SPRM menyiasat badan pengendali pilihanraya itu, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di dalam badan itu.

Penyiasatan ini pula mungkin memakan masa beberapa minggu tetapi dalam waktu yang terdekat ini, SPR terlibat pula dalam pengendalian pilihanraya kecil Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar beberapa hari lalu.

Sudah tentu, dalam pengendalian pilihanraya kecil itu nanti, SPR akan terus dipertikaikan, malah dikecam jika sekiranya dakwat yang sama yang menggunakan bahan pewarna makanan terus digunakan lagi. Kecaman dan pertikaian terhadap SPR juga tentunya lebih memburuk jika Aziz Yusof dan Wan Ahmad terus kekal lagi mengetuai badan itu.

Demi menjaga wibawa SPR, adalah amat munasabah sebenarnya jika ketika ini Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan serta mengundurkan diri secara terhormat daripada mengetuai badan itu. Ini kerana dengan penyiasatan oleh SPRM itu, wibawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sebenarnya sudah musnah di mata umum.

Walaupun banyak pihak,termasuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut mengatakan tiada keperluan untuk mereka meletakkan jawatan tetapi mereka tidak perlu terus bergayut dengan jawatan yang ada dengan berselindung di sebalik semua kenyataan orang politik. Mereka harus ada maruah sendiri untuk memikir sesuatu perkara itu tanpa bergantung kepada sokongan pihak lain terutamanya jika kesalahan yang dilakukan amat nyata dan memalukan sekali.

Dengan tidak mahu mengundurkan diri, pilihanraya kecil Kuala Besut ini akan terus menjadi medan yang memalukan negara berikutan pertikaian terhadap wibawa SPR akan terus meningkat dan kebolehpercayaan rakyat juga menjadi semakin menipis. Wibawa SPR hanya boleh dipulihkan jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi segera meletakkan jawatan dan pengendali yang baru segera mengambil langkah-langkah perlu untuk memulihkan semula keyakinan rakyat.

Secara moralnya, tiada alasan lagi untuk terus berdolak-dalik .http://shahbudindotcom.blogspot.com/

'Wanita PKR sedia jika PAS tiada calon'

Posted: 01 Jul 2013 04:50 PM PDT

Pengarah pilihan raya Wanita PKR Haniza Talha berkata sayap parti itu sedia meletakkan calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum DUN Kuala Besut nanti.


NONEKatanya, Wanita PKR membuat tawaran tersebut sekiranya PAS tidak mempunyai calon untuk merampas kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Kita bercakap dalam konteks Pakatan Rakyat. Jadi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersama-sama bantu untuk memenangkan sebanyak mana kerusi yang boleh dimenangkan.

"Jadi kita tawarkan diri sekiranya calon yang diperlukan tidak ada di pihak PAS, maka kita sedia menghadapi cabaran," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Wanita PKR, katanya, sudah mempunyai ada calon "yang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat", tetapi beliau enggan mengemukakannya sekarang.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin Wanita yang berkeupayaan dan Wanita PKR sedia menawarkan diri bertanding sekiranya Pakatan melihat faktor itu mampu memberi kemenangan di Terengganu.

"Wanita yang menggambarkan kasih sayang, prihatin serta meitikberatkan hal berkaitan pembangunan sosial, dan kebajikan akan memberikan kelebihan kepada Pakatan khususnya di Kuala Selangor," katanya.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mencadangkan supaya rakan sekutu Pakatan memboikot pilihan raya itu sebagai protes kepada SPR, Haniza menyifatkan ia mungkin "pandangan peribadi" Lim.

Tambahnya, perbincangan di Pakatan Rakyat tidak mengambil pendirian tersebut.

Menurutnya, bantahan terhadap sistem pilihan raya itu boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara termasuk melalui petisyen, desakan dalam perhimpunan dan juga perbahasan dalam Dewan Rakyat.

"Sekarang merupakan sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN di banyak negeri. Jadi saya nampak banyak saluran, jadi kita perlu beri cabaran ini kepada BN Terengganu, sebab kita lihat Terengganu ada kemampuan tersebut," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN Datuk A Rahman Mokhtar menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti undi 2,434 undi. A Rahman meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lalu.

Halang guru komen politik tak demokratik – Fariz Musa

Posted: 01 Jul 2013 04:42 PM PDT

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani bahawa guru besar dan guru di negeri itu tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di facebook adalah tindakan tidak demokratik.

"Dahulu, golongan inilah yang paling ramai masuk politik. Tujuan mereka hanya mahu berkhidmat untuk masyarakat.

SITC

"Namun sekarang jika menyokong dan berpihak kepada Pakatan, ia dihalang. Ini berat sebelah," kata ketua penyelaraws Jingga 13, Fariz Musa kepada Keadilandaily.

Semalam, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani dalam sebuah forum pendidikan mengingatkan guru besar dan guru di negeri ini supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di Facebook.
fariz musa
Ia kononnya bagi mengelakkan mempengaruhi pelajar dan mengelak dari mencipta 'masalah untuk diri sendiri'.

Lapor Sin Chew Daily hari ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan membentuk pasukan khas dan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka.

"Sepatutnya beliau bersikap lebih profesional. Lupakah beliau bahawa golongan guru lah yang bakal mencorak anak-anak murid?

"Bila guru tidak lagi bebas mengkritik, maka kualiti seorang guru itu merosot dan ini terkesan kepada anak muridnya," kata Fariz yang juga merupakan bekas guru.

PRK Kuala Besut mungkin tanding 3 penjuru

Posted: 01 Jul 2013 04:39 PM PDT

SINAR HARIAN

DUNGUN – Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong.

Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.

Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.

"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja," katanya.

Mohd Padeli berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.

Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.

"Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas," kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun.

SPR diberi seminggu dedah pembekal dakwat kekal

Posted: 01 Jul 2013 04:34 PM PDT

Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan masa seminggu untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal dalam parlimen atau bakal mendapat malu besar.

RafiziPengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, SPR ada jawapan kepada persoalan itu manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menubuhkan panel penyiasat.

"Saya sudah buat kenyataan dalam dewan untuk mempercepatkan proses itu supaya SPR dan SPRM segera mengambil tindakan sewajarnya.

"Apabila ia mula didedahkan di luar, ia akan lebih memalukan mereka.

"Jadi saya beri masa seminggu kepada SPR," ujar Ahli Parlimen Pandan kepada Keadilandaily.

Rafizi sebelum ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembekal itu  milik rakyat Singapura yang tiada pengalaman berkaitan.

Manakala modal  menguruskan pembekalan dakwat kekal melalui dana seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru.

Biaqpila

Posted: 02 Jul 2013 03:02 PM PDT

BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

"Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

"Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang 'special' di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

"Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.

"Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.

"Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini," katanya.

Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.

Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.

Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.

"Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan menindas pelanggan lain pula," katanya.

Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit.

SH

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kesal gambar masjid dipijak

Posted: 01 Jul 2013 08:07 PM PDT




Banyak perkara yang kita terlepas pandang sebenarnya. Adakalanya kita pun memijak gambar masjid dan Kaabah yang terdapat pada sejadah secara tidak sengaja yang dihamparkan di masjid serta surau. Berhati-hati apabila melintasi sejadah yang terdapat gambar masjid dan Kaabah.

Kesal gambar masjid dipijak
2 Julai 2013 

BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam," katanya.

Larangan tazkirah di bulan Ramadhan

Posted: 01 Jul 2013 08:05 PM PDT




Tazkirah kini dilarang, bagaimana mereka yang tak solat tarawih, tak solat fardu, yang bermain futsal, membeli belah, menonton wayang, melepak, lebih teruk lagi berjudi, berzina, rasuah di bulan Ramadhan terutamanya pada waktu malam.

'Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan'          
2 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.

"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih.

Pekerja wanita berhak bertudung, pramugari MAS macamana?

Posted: 01 Jul 2013 05:33 PM PDT




Pekerja wanita berhak bertudung
1 Julai 2013

Semua majikan di negara ini mesti memahami bahawa wanita Islam berhak memakai tudung bagi melaksanakan kewajipan mematuhi perintah agama menutup aurat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, segelintir majikan meletakkan syarat pekerja wanita yang beragama Islam dikehendaki membuka tudung kerana kurang faham tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Bila kita faham kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak dan agama masing-masing.

"Saya minta pihak berkuasa agama Islam memperjelaskan kepada pihak majikan berhubung kewajipan wanita Islam memakai tudung," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selamatkah negara kita?

Posted: 01 Jul 2013 05:33 PM PDT




Sondol belakang curi kereta
1 Jul 2013
    
Kuala Lumpur: Kejadian langgar dan samun semakin menjadi-jadi apabila seorang lagi mangsa kerugian kira-kira RM80,000 selepas kereta Peugeot 208 dan wang tunai RM1,000 dilarikan dua lelaki dalam kejadian di Bukit Jalil di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Puchong. Mangsa, Shakir Abd Aziz, 25, yang bekerja di sebuah pasar raya di sini berkata, kejadian itu hanya disedari selepas sebuah kereta Honda City yang berada di belakang tiba-tiba melanggar keretanya.


Mangsa culik disamun RM500, diperkosa
1 Jul 2013
   
Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 24 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia diculik dua lelaki sebelum disamun sebanyak RM500, kelmarin. Lebih malang, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Batu Caves, di sini, sebelum dirogol seorang daripada suspek dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu. Menurut sumber, mangsa diculik dua lelaki berusia lewat 20-an itu ketika sedang menunggu bas di Taman Wahyu, di sini, untuk pulang ke rumahnya selepas bekerja.

RM15,000 upah 'cabut nyawa'
1 Jul 2013

Kuala Lumpur: Antara RM5,000 hingga RM15,000. Itu harga atau upah dikenakan pembunuh upahan yang turut digelar 'malaikat maut' bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya. Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.

Pengikut