Jumaat, 20 April 2012

AMK KEDAH

AMK KEDAH


Posted: 20 Apr 2012 10:47 AM PDT

PERLANCARAN BERSIH 3.0 PERINGKAT PARLIMEN PADANG SERAI

Posted: 20 Apr 2012 10:43 AM PDT


Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Apr 2012 03:22 PM PDT

Hakim Perancis terima saksi Suaram

Posted: 20 Apr 2012 08:30 AM PDT

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.

military malaysia navy french built submarine scorpene classPengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielKatanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawapan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya.

SPR tukar jawatankuasa BERSIH jadi 'zombie'

Posted: 20 Apr 2012 08:27 AM PDT


Seorang anggota jawatankuasa BERSIH Liau Kok Fah antara 'mayat hidup', sekiranya daftar pemilih boleh dipercayai.

Ketika hadir dalam sidang media BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Liau yang kelihatan sihat berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kepadanya bahawa beliau "meninggal dunia" pada 1970.

"SPR sahkan bahawa nama saya dikeluarkan daripada daftar pemilih sebelum pilihan raya umum 2008 disebabkan perkara ini," kata lelaki 50 tahun itu.

Suruhanjaya itu didakwa menasihatkannya mendaftar kembali sebagai pengundi.

Liau -- yang berjaya mengundi pada 2004 walaupun diisytiharkan "meninggal dunia" -- mengakui SPR memasukkan semula namanya ke dalam daftar pemilih.

Pengurusan tinggi LPK diasak pemberita

Posted: 20 Apr 2012 08:25 AM PDT


Sidang media Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk menyangkal dakwaan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bertukar 'bencana' apabila pengurusan LPK gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan pemberita.

Sidang media di pejabat LPK di Pelabuhan Klang bermula dengan pengerusinya Teh Kim Poh memberi jaminan bahawa Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada LPK untuk teruskan kes mahkamah PKFZ atau menyembunyikan bukti.

NONE"Saya boleh bersumpah depan kamu. Jika kamu mahu saya bersumpah di mana-mana sahaja, saya boleh bersumpah.

"Tolonglah cakap benar," kata Teh, bekas anggota dewan undangan negeri Padamaran.

Teh meminta semua pihak menghormati dan percaya kepada mahkamah dan membenarkan mahkamah meneruskan prosesnya.

"Jika peguam negara mahu dakwa lebih banyak orang, biar beliau dakwa," katanya.

Teh juga menolak buku baru pendahulunya Lee Hwa Beng berjudul PKFZ: A Nation's Trust Betrayed, dengan menyifatkan kandungannya "ketinggalan zaman" kerana PKFZ mencapai pembangunan rancak bawah pengawasannya sejak enam bulan lalu.

'DBKL tak izin demo BERSIH di Dataran'

Posted: 20 Apr 2012 08:20 AM PDT

MALAYSIA KINI

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

NONEDalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.

'3 khemah saja ketika konsert diraja, kata DBKL'

Posted: 20 Apr 2012 08:18 AM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mendirikan tiga khemah ketika konsert diraja esok, kata kumpulan itu.

NONEJurucakap Mahasiswa Bangkit Mohd Syahid Zaini berkata, khemah itu akan digunakan untuk menyimpan keperluan dan derma yang diterima mereka setelah tujuh hari berkhemah di situ.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan menuruti syarat itu sebagai menghormati konsert yang diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti pada Sabtu ini.

Konsert diraja itu terbuka kepada umum.

Bayaran RM1.5 juta: Artis ancam tindakan mahkamah

Posted: 20 Apr 2012 08:12 AM PDT

MALAYSIA KINI

Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

NONE"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Dewan Rakyat 'menggantung' masa

Posted: 20 Apr 2012 08:00 AM PDT

KL TODAY

Pertama kali dalam tempoh 22 tahun, persidangan Parlimen mencatat sejarah apabila Dewan Rakyat 'menggantung' masa bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Peraturan Mesyuarat 90(2) digunakan bagi menggantung Peraturan Mesyuarat 12 yang menyatakan semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama.

"Perkara ini tidak pernah terjadi sejak saya telibat dalam hal ehwal Parlimen," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, Jumaat.

Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.

Mohamed Nazri membentangkan usul tersebut sebelum menjelang tengah malam ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 untuk bacaan kali kedua.


Ketika usul itu dikemukakan, terdapat 34 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), 17 (pembangkang) dan seorang wakil rakyat Bebas masih berada di dalam Dewan Rakyat yang dipengerusikan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hingga berita ini ditulis, Dewan Rakyat masih sedang membahaskan Rang Undang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Mengikut senarai aturan mesyuarat, Dewan Rakyat perlu meluluskan rang undang-undang tersebut serta lima lagi usul Kementerian Kewangan sebelum sesi Parlimen bagi penggal ini ditangguhkan.

Dataran Merdeka "Ditakluki"

Posted: 20 Apr 2012 07:48 AM PDT

Tidak ada apa yang baru tentang Dataran Merdeka, ia merupakan tempat di mana acara besar diadakan dan bendera gergasi jalur gemilang menjadi tumpuan utama para pelancong.  Di hadapan Dataran Merdeka bangunan warisan yang merakamkan sejarah negara ini dan keindahan struktur bangunan yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.  Dataran ini juga berada betul-betul di tengah kota dengan bangunan-bangunan pencakar langit seolah-olah membicara tentang kepesatan dan pembangunan Kuala Lumpur.  Yang baru dalam kebanggaan Dataran Merdeka ialah di satu sudut adanya beberapa khemah yang didirikan oleh anak-anak muda sejak 14 April hingga kini.


Saya berkesempatan untuk melawat anak-anak muda di sana tengahari tadi dan sempat berbual dengan mereka.  Semalam anak-anak muda ini diserang oleh sekumpulan gangster sehingga salah seorang dari mereka dimasukkan hospital kerana cedera.  Saya sempat bersembang dengan dua anak gadis yang menceritakan bagaimana khemah mereka dirobohkan sambil gangster-gangster ini menendang-nendang khemah sehingga tercedera salah seorang dari mereka di kepalanya.

Siapakah mereka anak-anak muda ini?  Mereka pada asalnya berhimpun pada 14 April untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan tetapi kemudian perhimpunan itu menjadi ala "occupy wall street" dan mereka telah membina khemah sejak malam 14 April lagi.  Beberapa khemah telah dirobohkan beberapa hari yang lalu tetapi kini bantuan dan simpati dalam berbagai bentuk kepada anak-anak muda ini datang mencurah-curah.  Tiba-tiba Dataran Merdeka menjadi perhatian bukan kerana biasanya tetapi kerana ia menjadi tempat anak-anak muda berkhemah sebagai satu cara untuk menekan kerajaan supaya isu PTPTN ini diselesaikan.  Ramai yang memberi pandangan tentang anak-anak muda yang berkhemah ini, tidak kurang yang memandang negatif seolah-olah anak-anak muda ini mahu bikin kacau dan menimbulkan huru-hara.

Isu ini timbul apabila PTPTN telah menjadi satu beban kepada pelajar-pelajar IPT sehinggakan dikatakan bebanan hutang adalah sebanyak 28 bilion.  Ia menimbulkan keresahan kerana 1.9 juta pelajar antara mereka telah disenarai hitamkan kerana tidak membayar balik hutang PTPTN yang mereka terima.  Di kalangan mereka ada yang disekat keluar negara oleh pihak imigresen kerana telah disenarai hitamkan.  Keresahan dan bebanan para pelajar yang menganggap PTPTN sebagai "along" telah mencemar nama baik PTPTN.  Jadi kewajaran mereka mendesak supaya isu PTPTN ini diselesaikan adalah satu keperluan dan bukan untuk kepentingan politik.  Apatah lagi PR telah memberi jaminan bahawa jika mereka memerintah, isu PTPTN akan diselesaikan melalui satu pendekatan dalam masa tiga tahun dan lebih penting ialah PR menjaminkan dasar pendidikan percuma dan berkualiti.

Saya sempat berbual dengan "penakluk dataran merdeka" bahawa kami dari PR mahu memberi jaminan bahawa isu PTPTN perlu kepada pendekatan penjadualan semula kepada agensi yang membiayai PTPTN dan lebih penting saya mengatakan kepada mereka secara jangka panjang PR menawarkan pendidikan percuma tanpa berkompromi dengan kualiti.  Cara melaksanakan pendidikan ini ialah dengan membawa konsep bahawa pendidikan tinggi adalah tanggungjawab utama kerajaan dari segi tanggungan walaupun pendidikan tinggi swasta boleh diteruskan.  Dengan cara ini bagi mereka yang mampu bolehlah memilih ke swasta dan bagi yang tidak mampu IPTA akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.  Ia lebih praktikal dari sudut peluang untuk semua.

Walaupun tindakan anak-anak muda ini ditanggap dengan pelbagai persepsi namun hak mereka untuk berkhemah dan berhimpun perlu dihormati dan tindakan ala mafia ke atas mereka yang berhimpun adalah sesuatu yang perlu dikecam oleh rakyat Malaysia.  Anda mungkin tidak bersetuju dengan mereka tetapi ini tidak boleh mewajarkan keganasan dan kecederaan hanya kerana kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka.  Apa yang lebih menarik Dataran Merdeka akan menyambut tetamu dari seluruh pelusuk negara pada 28 April ini dalam satu program duduk-bantah supaya PRU akan datang ialah PRU yang adil dan telus.  Sekali lagi Dataran Merdeka akan menjadi tumpuan bukan kerana lanskapnya tetapi kerana ia menjadi tuan rumah kepada satu kebangkitan rakyat yang mahukan satu reformasi pilihanraya di negara ini.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

KPRU: Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor

Posted: 20 Apr 2012 07:41 AM PDT

 

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa PRU-13.

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak LAPAN rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya, antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang mengandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.

Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan.  Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan sub seksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka.  Alasan ini adalah amat tidak munasabah.  Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan BERSIH diambil kira.

Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.  Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya.  Tanpa kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.

Seperti yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan.  Isu seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian lama ini.  Hal ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH 3.0 terus mara.  Kini, tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.

Selain pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau disenggarakan semasa tempoh berkempen, dan juga mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus meter.  SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai di bawah subseksyen baru.

Selain itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang "mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya"; yang akan diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.

Memandangkan proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang jelas mencabuli hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya - khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi kenyataan yang cukup menyedihkan.

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU - Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.  KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

Orang Terkenal Sabah : Anak-anak Musa Aman mendapat wang kotor

Posted: 20 Apr 2012 01:43 AM PDT


 Dokumen yang dibocorkan dari siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyediakan bukti yang amat buruk bagi Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, berkenaan penglibatan peribadinya dalam skandal rasuah balak secara besar-besaran, dimana pihak dalaman berkata merupakan penutupan politik tahap tinggi.

Aman sentiasa menafikan bahawa beliau berkait dengan tuduhan berkenaan peniaga kayu Sabah Michael Chia, yang telah ditangkap di Hong Kong dan didakwa kerana pelaburan wang haram, kerana dia cuba menyeludup SG $16juta berbentuk nota bank kembali ke Malaysia pada tahun 2008.

Walau bagaimanapun, Sarawak Report kini telah memperoleh capaian kepada dokumen rahsia daripada siasatan oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) dan SPRM Malaysia, yang secara langsung membabitkan Ketua Menteri .

Ini termasuk salinan penyata bank, yang merekod pembayaran kepada anak Musa Aman dari akaun suspek yang dikaitkan dengan aktiviti perniagaan Chia.

Chia merupakan 'anak angkat' Musa Aman

Michael Chia, yang merujuk kepada dirinya sebagai anak angkat Aman, memainkan peranan sebagai fasilitator bagi sogokan kepada Ketua Menteri tersebut, menurut maklumat dalaman pedagang.

Mereka berkata bahawa tidak lama selepas Aman mengambil alih jawatan, Chia mula menghampiri pihak industri kayu balak utama untuk menjelaskan bahawa konsesi utama akan disediakan - tetapi hanya jika sogokan telah dibayar, melaluinya sebagai orang tengah Musa Aman.

"Tampokong telah diarahkan untuk mengikut arahan Chia", menurut sumber. Bermakna bahawa Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong telah diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Musa Aman, untuk membuat kerja kotor Chia bagi meluluskan lesen pembalakan.

Yayasan Sabah mengawal sekitar satu juta hektar tanah hutan yang masih ada, yang sepatutnya dilindungi dan diuruskan bagi pihak negeri dan rakyatnya. Yang tidak wajarnya, ahli politik yang terkenal di negara ini adalah juga ketua Lembaga Pemegang Amanah Yayasan, memberikan Ketua Menteri kawalan peribadi yang mutlak kepada sumber asli utama negara.

Kekurangan sistem semak dan seimbang sedemikian adalah acuan untuk rasuah dan bukti kami menunjukkan bahawa Aman mengambil kesempatan yang keterlaluan.

Akaun bank orang terkenal


 Ketika dia ditangkap di Hong Kong, memegang selepuk nota bank Singapura yang bernilai SG $ 10,000 setiap satu, Chia telah disyaki menyeludup wang kotor, dengan niat untuk membawanya kembali ke Sabah untuk membiayai rasuah pilihanraya BN.

Wang dan akaun bank yang berkaitan telah dibekukan di Hong Kong oleh ICAC untuk tempoh maksimum 3 tahun, manakala penyiasat berusaha untuk mendapatkan kerjasama penting dari Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail, dalam usaha supaya dapat mendapatkan bukti yang diperlukan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Serentak dengan itu SPRM memulakan siasatan mereka sendiri, yang menyita 9 lori bahan dan dokumen dari premis Michael Chia dan rakan perniagaan kayunya, termasuk kayu-kayu magnate Andrew Lim dan Admond Looh.

Penyiasat mendapati bahawa Chia telah menjalankan beberapa akaun bank berkaitan melalui HSBC, Singapura dan Swiss Bank UBS, yang berpangkalan di Hong Kong. Kami mempunyai salinan penyata dari akaun-akaun bank yang menunjukkan bahawa anak-anak Musa Aman telah mengambil wang daripada salah seorang dari mereka secara tetap, berdasarkan arahan yang diberi.

Akaun ini telah ditubuhkan sebagai akaun Dolar Australia di Singapura, nampaknya kerana anak-anak Musa ketika itu sedang belajar di Perth, Australia. Wang juga dikeluarkan daripada akaun oleh Imbarine Bujang, yang merupakan orang yang diwakilkan oleh Musa Aman untuk menjaga keperluan anak-anaknya ketika berada di Universiti di Perth.

Bagaimana Musa boleh menafikan hubungan kepada aktiviti-aktiviti Chia apabila anak-anaknya telah mengambil wang daripada akaun yang diuruskan oleh Chia dan rakan-rakannya?

Mohammed Hayssam Musa dan Hazem Mubarak Musa kedua-duanya adalah anak Ketua Menteri tersebut. Sarawak Report mempunyai banyak salinan penyata dari akaun bank ini, menunjukkan bahawa perbelanjaan mereka dibayar tetap daripadanya pada tahun 2006 dan 2007.

Pembayaran telah juga dibuat kepada syarikat harta Australia, Riverstar Investment Pty Ltd, untuk menampung kos sewa pangsapuri anak-anaknya di Perth.

Bayaran untuk sewa anak-anak Musa di Australia juga datang daripada akaun yang sama yang dikawal oleh Chia.

Penyata di dalam pegangan kami dari akaun USD $ yang disambungkan dengan bank UBS Hong Kong yang sama (diuruskan melalui cawangan Singapura) menunjukkan bagaimana wang telah dipindahkan untuk menampung bayaran. Bukti kami bahawa wang yang mengalir ke dalam akaun-akaun ini secara langsung dikaitkan dengan pemberian lesen pembalakan utama oleh Yayasan Sabah.

Chia sendiri yang membayar terus kepada anak-anak Musa

Sebarang percubaan oleh Ketua Menteri untuk menjauhkan diri dan keluarganya daripada bukti-bukti bahawa dia telah menerima wang melalui Michael Chia amat kurang meyakinkan disebabkan oleh fakta bahawa penyata bank yang lain, yang disediakan untuk siasatan SPRM, menunjukkan bahawa Chia sendiri telah menutupi bayaran tetap ini kepada anak-anak lelaki Musa dalam tempoh sebelum menubuhkan akaun UBS pada tahun 2006.

Bayaran ini telah dibuat melalui akaun HSBC peribadi beliau!

Wang untuk anak-anak Musa diletakkan dalam akaun bank Michael Cia pada 2005 – mengapa?

SD 85,000 dibayar kepada Mohammed Tampokong!

Dokumen bocor tersebut dalam pegangan kami juga menunjukkan bahawa Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong (yang diarahkan bekerjasama dengan Chia) juga menerima 1 bayaran besar dari akaun lain yang berkaitan yang dikendalikan oleh Chia dan sekutunya, kali ini dari sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Virgin British, Zenique Investments Ltd.

Kami mempersoalkan apakah alasan pekerja kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan konsesi balak di Sabah boleh sah menerima bayaran seorang SD85, 000 daripada akaun pesisir luar Pulau Virgin British?

Penjelasan diperlukan? Mengapa Pengurus Hutan Sabah menerima pembayaran SD85, 000 dari akaun BVI pada bulan November 2006?

Bukti-bukti ini menguatkan dakwaan bahawa Michael Chia telah menerima rasuah daripada syarikat-syarikat balak yang menerima konsesi daripada Yayasan Sabah, yang telah diberi kuasa oleh Mohd Daud Tampokong, dan bahawa Chia kemudiannya telah menghantar wang dari akaun bank internetnya kepada Musa dan Pengurus Hutan.

Musa Aman sehingga kini menjauhkan dirinya daripada penyiasatan rasuah ini, di mana dia perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan tentang bayaran ini.

Tutup

Setakat ini, Ketua Menteri tersebut telah dilindungi dari pendakwaan, menurut sumber-sumber kami, dengan halangan yang disengajakan oleh penyiasatan rasmi oleh penguatkuasaan undang-undang utama pihak berkuasa Malaysia, iaitu Peguam Negara.

Abdul Gani Patail juga dari Sabah dan mempunyai hubungan keluarga yang rapat dengan keluarga Aman dan beliau telah menyekat mengenakan sebarang dakwaan .

Kita telah mengetahui bahawa penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong pada mulanya menghampiri pihak berkuasa Malaysia pada tahun 2008 dengan permintaan untuk mendapatkan bantuan dalam meneruskan siasatan mereka selepas penangkapan Michael Chia.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara enggan menandatangani dokumen bantuan undang-undang yang diperlukan bagi membolehkan kerjasama antara negara mengenai kes itu. Kami memahami bahawa Gani telah pergi ke Hong Kong bagi berusaha untuk berunding dengan mereka yang sejawat dengannya di sana untuk menutup kes tersebut.

Selepas 3 tahun pihak berkuasa Hong Kong telah dipaksa oleh had berkanun untuk melepaskan akaun Chia dan penyiasatan kerana keengganan Malaysia untuk bekerjasama. Jutaan ringgit dalam akaun-akaun ini telah dikeluarkan pada penghujung tahun lepas dan ia dipercayai bahawa banyak wang akan disalurkan ke Sabah, dalam usaha untuk membeli undi bagi UMNO / BN dalam pilihanraya persekutuan akan datang.

Penyiasatan MACC juga dihalang oleh Gani

Satu penyiasatan SPRM selari, yang menemui sejumlah besar maklumat mengenai rasuah kayu Sabah, juga telah disekat.

Penyiasat Malaysia, yang difahami sangat teliti, telah mengambil keterangan daripada pelbagai rakan perniagaan Chia dan pedagang kayu, yang mengakui telah membayar sogokan. SPRM dipercayai telah mencadangkan bahawa tidak kurang daripada 40 tuduhan harus dibawa terhadap Ketua Menteri Sabah dan sekali lagi Peguam Negara telah menolak untuk mencadangkan pendakwaan kes itu.

"Laporan dan semua bukti masih berada di atas mejanya," satu sumber telah memberitahu kami.

Keadaan ini menyokong kekecewaan jelas yang dinyatakan pihak awam hanya minggu lepas oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull, yang mengakui bahawa Peguam Negara telah menolak untuk membawa banyak "kes-kes sah", disebabkan kekurangan bukti.

Sarawak Report kini telah menerima banyak bukti tersebut dan sepanjang hari-hari yang akan datang, kita akan berkongsinya dengan orang awam untuk mereka membuat pertimbangan mereka sendiri mengenai kes dimana Peguam Negara Malaysia enggan bawa ke mahkamah.Sarawak Report

DBKL tak bagi jalan tapi Bersih 3.0 tetap berlangsung

Posted: 20 Apr 2012 01:37 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata protes di "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka Sabtu depan akan tetap dilangsungkan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

"Kami tetap akan meneruskan rancangan itu," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini.

 

Datuk Ambiga: Tetap meneruskan rancangan. — Foto fail oleh Jack Ooi

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata, pihaknya menerima surat balas daripada DBKL awal pagi tadi menolak permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan di dataran bersejarah tersebut pada 28 April ini.
 "Kenyataan satu perenggan itu mengatakan program kami ini tidak bersifat nasional dan tidak sesuai dijalankan di Dataran Merdeka.

"Kenyataan itu berbunyi 'Dataran Merdeka untuk acara yang bertahap nasional. Contohnya, Hari Kebangsaan dan Hari Wilayah Persekutuan dan acara yang setaraf dengannya'," kata Chin yang dighubungi The Malaysian Insider.

Tambah Chin, surat itu ditandatangani oleh Datuk Normah Malik, Timbalan Pengarah Pengurusan DBKL.
Perhimpunan Bersih kali ini adalah sambungan daripada perhimpunan rasaksa mereka pada 9 Julai tahun lalu.

Pemimpin PAS Pusat turut mengerahkan setiap anggotanya untuk menyertai pehimpunan Bersih 3.0 kali ini sebagai sebahagian usaha mereka menuntut pilihan raya yang adil bersih.

Setiusaha Agung Pakatan Rakyat (PR), Datuk Mustafa Ali, menjelaskan jentera parti itu akan digerakkan bagi menyertai protes tersebut.

Menteri Dalam negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein semalam berkata perhimpunan 28 April itu bukanlah ancaman kepada keselamatan negara.

"Perhimpunan 28 April ini bukanlah satu isu," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, kerajaan telah menunaikan tuntutan mereka melalui Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tahun lalu, termasuk juga pembentukan PSC bagi kajian menyeluruh terhadap Akta Keselamatan Dalam negeri, dan juga kilang radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.

Hishamuddin turut menggelarkan penganjur dan peserta Bersih adalah tidak bertanggungjawab.

Bersih 2.0 tahun lalu berlaku pada 9 Julai dan menyaksikan ribuan rakyat turun ke jalanan dan mengadakan protes menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun begitu, pihak polis telah menggunakan kekerasan ketika meyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Tindakan itu mendapat perhatian antarabangsa, dan tidak selari dengan pembaharuan yang dicanangkan kerajaan.

Selepas angpau putih, Ibrahim Ali kini bersedia untuk melancarkan 'TIBAI'

Posted: 20 Apr 2012 01:33 AM PDT


Dengan cara kasar yang kini telah menjadi tandanya, Presiden Perkasa Ibrahim Ali akan merasmikan pelancaran sebuah badan NGO baru yang dikenali sebagai TIBAI untuk mengecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

TIBAI bermaksud Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim. Ia juga perkataan Melayu dari loghat utara yang bermaksud pukul atau hentak.

Walau bagaimanapun, penganalisis politik ramai mengesyaki Ibrahim Ali yang anti-Cina juga mungkin menggunakan perkataan buruk Kantonis yang pada dasarnya bermaksud punggung atau belakang seseorang.

MP Pasir Mas tersebut semasa perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Januari telah menyerahkan wang tunai dalam sampul surat putih kepada warga emas. Wang didalam sampul surat putih menandakan pak kam atau sumbangan tunai yang dibuat oleh kawan-kawan kepada keluarga berkabung pada pengebumian.

Kesilapan itu menyebabkan kacau-bilau yang amat besar terutamanya apabila kemudiannya didapati bahawa MCA telah bekerjasama dalam kejadian yang tidak menyenangkan itu.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR


Sementara itu, TIBAI diasaskan oleh bekas timbalan ketua pemuda PKR Muhammad Zahid Arip, yang telah berpaling tadah, kepada jurang politik Umno . Matlamatnya adalah mudah - untuk menjalankan kempen anti-Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada pertengahan Jun.

"Kami akan pergi ke kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh PKR dan yang akan ditandingi oleh parti itu dalam menjalankan agenda kita untuk menyedarkan rakyat siapa Anwar sebenarnya," Zahid berkata pada satu sidang akhbar pada hari Rabu.

"Sejak penubuhan PKR, 28 pemimpin tertinggi telah meninggalkan parti, dengan itu saya boleh membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam PKR. Kami telah melihat dalam ceramah beliau bahawa Anwar telah kehabisan idea dan ucapan beliau kurang kandungan kecuali mengutuk kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak."

Orang Melayu di persimpangan


Sesungguhnya, masyarakat Melayu kini berada di persimpangan kritikal. Najib, yang juga Presiden Umno, telah gagal untuk mengekang kejatuhan dalam parti yang mendominasi politik Malaysia dan Melayu untuk 5 dekad yang lalu. Rasuah kini endemik dan pemimpin Umno berani secara terbuka mempertahankan rakan sekerja yang ditangkap dalam aktiviti yang salah.

Oleh itu keperluan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar. Lelaki berusia 64-tahun-bekas timbalan perdana menteri adalah mungkin pemimpin Melayu yang paling terkenal di dunia hari ini. Beliau dilihat sebagai ikon reformasi dan dikaitkan dengan perubahan positif.

Manakala Najib telah menghina dirinya dengan kesilapan di peringkat antarabangsa dan kini banyak dibabitkan dalam perbicaraan di Perancis mengenai skandal rasuah Scorpene. Pada usia 58 tahun, Najib juga perdana menteri Melayu pertama yang pernah dikenali sebagai "juara dua kata" oleh Washington Post yang berpengaruh.

Menurut pembangkang, bertentangan dengan dakwaan Zahid, ramai dalam masyarakat Melayu mempunyai pegangan berkaitan arah mana angin bertiup dan berpindah kepada jurang Pakatan Rakyat.

Penghijrahan keluar dari Umno telah pun bermula dan pemimpin PKR telah berkata ini akan meningkat tinggi sebaik PU-13 diumumkan.Malaysia Chronicle

Semua tertanya identiti menteri dan perempuan simpanan bernilai RM1.5 juta

Posted: 20 Apr 2012 01:29 AM PDT


Ruang cyber negara kecoh seketika dalam spekulasi berkenaan menteri kabinet persekutuan yang didakwa membelanjakan RM1.5 juta untuk perempuan simpanan yang juga seorang aktres sejak 3 tahun lepas, menimbulkan persoalan bagaimana beliau mempu menjalani kehidupan mewah dengan gaji menteri.

Pemimpin PKR R.Sivarasa dan Zuraid Kamaruddin yang mendedahkan skandal itu Rabu lalu enggan mengulas lanjut sebarang maklumat mengenai identiti menteri itu , dan memberi beliau 7 hari untuk menjelaskan perkara ini sebelum mereka terus mendesak secara terbuka berkenaan tuntutan untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Walaupun demikian, ramai penganalisis politik menuding kepada Shafie Apdal, menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dari sabah, dan Zahida Rafik, aktres berumur 37 tahun yang terkenal dalam filem Anak Mami The Movie.

Kedua Shafie dan Zahida terdahulu telah menafikan khabar angin berkenaan hubungan mereka. Khabar2 ini sudah mula bertiup kencang lama dan carian di Google akan membawa kita kepada ribuan catatan.

Sementara itu,Shafie yang tidak dapat dihubungi, enggan memberi sebarang komen dengan pendedahan terbaru ini. Tiada menteri lain yang tampil menafikan atau mengesahkan dakwaan PKR ini.

Kaitan dengan shuaib lazim dari kumpulan Datuk T yang memalukan


Shafie, beragama Islam , ialah MP bagi Semporna dan Timbalan Presiden parti Umno pimpinan Najib Razak.

Shafie, 55 tahun, berkahwin dengan Shuryani bin Shuaib dan mempunyai 6 orang anak. Bapa mertua beliau,Shuaib Lazim ialah salah seorang dari trio Datuk T, yang menayangkan video DVD sex ketika kehangantan pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011 dimana mereka menuduh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim membayar seorang pelacur untuk khidmatnya.

Samada ini satu kes balasan semula, Shafie sekarang dalam kesulitan. Kerana khabar tentang beliau dan Zahida bukan baru, malah sudah lama kedengaran, kini skandal ini telah diperkatakan secara rasmi, sudah tentu akan melibatkan masa depan karier politiknya yang akan terjejas.

Pukulan hebat kepada aspirasi Shafie untuk menjadi KM Sabah


Shafie disifatkan sebagai salah seorang menteri kegemaran Najib dan bakal menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Musa yang kurang popular, dan abangnya Anifah, telah dituduh menggelapkan wang dan memperolehi kekayaan secara tidak wajar yang disimpan dalam akaun-akaun bank di Hongkong. Peguam Negara Gani Patail dituduh bersubahat melindungi kejahatan ini dan tidak mendakwa kedua mereka dengan tuduhan rasuah.

Dengan tertangkapnya Shafie dalam skandalnya ini, rakyat Sabah terpaksa memikirkan calon baru tapi menurut pemerhati lama, keputusan bukan ditangan mereka atau Shafie-samada bersalah atau tidak- masih boleh menjejaskan kedudukan kerusi pimpinan tertinggi di Sabah.

Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun,bagi Shafie, ada 7 hari untuk nya memberikan penjelasan di pihaknya

Cari pemandu?


Pemerhati Umno menjangkakan menteri itu –siapa pun identitinya- akan memusnahkan kredibilit pemandu yang membuat lapuran polis, memberikan maklumat terperinci kepada dakwaan skandal dengan aktres itu.

Bagaimanapun, ia agak sukar kerana Zahida lah yang memulakn semuanya yang membawa kepada laporan polis pemandu tersebut (lihar artikel dibawah). Zahida mengadu kepada polis yang pemandu beliau hilang dengan wang RM200,000.

Marah dengan tuduhan Zahida, Noor Azman Azemi, 37 tahun ke balai polis dan mendedahkan semuanya.

" Saya rasa peguam Umno sekarang sedang menasihati dan memberi panduan kepada menteri tersebut, siapa pun dia akan didedahkan oleh Zuraida dan Siva minggu depan. Umno mungkin cuba membuatkan pemandu itu menarik balik kenyataannya. Dan kemudian ia menjadi hanya satu spekulasi.

Sudah tentulah semua orang ada pendapat berkenaan samada ia benar atau tidak tapi ia akan membuka jalan kepada menteri tersebut mendapat mempertahankan karier politiknya dan dengan cara yang menenangkan ulama," seorang pemerhati Umno memberitahu Malaysia Chronicle.

"Itulah jawaban yang Umno akan beri kepada ahlinya. Jika Najib boleh terlepas dengan skandal NFC dan Sharizat Jalil, apalah sangat kes hubungan sulit ini. Pemimpin2 besar dalam Umno sudah terkenal dengan sikap hipokrit mereka, mereka tidak akan berhenti atas dasar berkesedaran.Malah, mereka akan menyalahkan Pakatan Rakyat yang konon nya membawa berita-berita palsu ini."Malaysia Chronicle

MB Selangor: Daftar pemilih kena bersih

Posted: 20 Apr 2012 01:21 AM PDT

TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD

PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan program 'Selangorku Bersih' bagi memastikan daftar pemilih di negeri itu adalah bersih dan teratur.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimberkata, program tersebut adalah inisiatif Kerajaan Negeri membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Katanya, kerajaan PKR Selangor memandang serius mengenai pergerakan dan perpindahan pengundi ke negeri itu dan mahu SPR mengambil langkah tertentu memastikan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bersih.

"Dalam program 'Selangorku Bersih', kakitangan Kerajaan Negeri akan ditugaskan membantu memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih dan teratur.
 

"Kita juga mengambil langkah untuk menguatkan demokrasi di negeri ini antaranya geran RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku demi membolehkan semua pihak dan individu tanpa mengira parti buat bantahan berkenaan nama pengundi yang meragukan," katanya selepas sesi taklimat bersama SPR di sini, semalam.
 

Abdul Khalid memberitahu, pada sesi taklimat tersebut, Kerajaan Negeri dan SPR membincangkan mengenai peratusan jumlah pengundi di Selangor dan juga mengenai pertukaran tempat mengundi beliau.
 

"Mengenai pertukaran tempat mengundi mengikut alamat di Bukit Rotan, Selangor tersebut proses permohonan sedang diteliti oleh SPR dan jika ia tidak sempat siap saya akan mengundi seperti biasa di Pantai Dalam," katanya. Menjawab dakwaan pengundi Sabah dan Sarawak yang dibawa masuk untuk mengundi di Selangor, beliau dimaklumkan SPR bahawa pengundi yang boleh mengundi di kawasan tersebut berdasarkan pendaftaran mereka.

Abdul Khalid berkata, jumlah pengundi di Selangor masih lagi dalam perkiraan dan dimaklumkan pada Mac 2012 seramai 5,000 telah berdaftar sebagai pengundi di Selangor malah jumlah pengundi di beberapa kawasan juga bertambah.
 

 "Kita juga dimaklumkan bilangan pengundi yang berdaftar juga bertambah termasuk di Batang Kali bagi tempoh 2008 hingga 2011 bertambah 45 peratus kepada 39,928, Bukit Lanjan meningkat 34 peratus kepada 35,357, Paya Jaras meningkat 31 peratus kepada 39, 061.
 

 "Antara kawasan lain yang turut meningkat jumlah daftar pengundi ialah Sri Serdang meningkat 20 peratus kepada 65,369, Pandamaran meningkat 6 peratus kepada 26,909, Serdang meningkat 24 peratus kepada 119,724 dan Subang meningkat 31 peratus kepada 112, 966," katanya.
 

Ditanya sama ada Kerajaan Negeri membincangkan soal pilihan raya berasingan dengan Pusat, Khalid berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan.
 

"Kami tidak membincangkan perkara tersebut... Ia bukan keputusan SPR (untuk putuskan buat berasi- ngan)," katanya.

PKR, DAP Sepakat Isu 'Task Force' Disiasat Suruhanjaya Diraja

Posted: 20 Apr 2012 01:19 AM PDT


KUALA LUMPUR: Komponen Pakatan Rakyat menyokong usaha yang dibawa oleh PAS agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan 'task force'  berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang di dakwa didalangi pihak SPR dan kakitangan Pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Kata sepakat ini diperolehi setelah mendengar penjelasan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Sebelum ini, Mahfuz melancarkan Gerakan Anti Penyelewengan Ic (API) selepas membuat pendedahan berhubung dakwaan wujudnya  gerak kerja pemberian kad pengenalan yang melibatkan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, tuntutan ini sejajar dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan yang mahukan pembersihan daftar pemilih setelah siri pendedahan yang dibuat menunjukkan wujudnya keraguan yang membimbangkan.

"Kita akan mendukung usaha ini. YB Mahfuz sudah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam tentang usaha ini. Sudah tentu ini menjadi agenda bersama Pakatan Rakyat untuk memastikan daftar pemilih  benar-benar bersih tanpa ada sebarang penyelewengan, tidak memberikan hak mengundi kepada warga asing.

"Hal ini merupakan isu dan perdebatan hangat sekarang dan usaha ini. Kita akan mendokong demi menjaga kedaulatan negara ini dakam PRU akan datang," katanya.

Sementara itu, DAP turut menyatakan sokongan terhadap perkara ini dan berharap agar pihak yang melakukan pengkhianatan kepada negara dibawa ke muka pengadilan.

Ahli Parlimen Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan sebarang sokongan terhadap apa-apa penubuhan suruhanjaya.

"Perkara ini perlu disiasat kerana memberi ancaman kepada negara agar kebenaran dapat dijelaskan kepada semua orang," katanya.

HIJABISTA, majalah pertama dunia fesyen berhijab di Malaysia

Posted: 20 Apr 2012 01:13 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - HIJABISTA, produk terbaru dalam siri terbitan Kumpulan Media Karangkraf - kini berada di pasaran - majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab.

Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini, kata Editornya, Nursuziana Zulkifli.

"Pastinya kita yang peka terhadap trend terkini tidak mampu sekadar menjadi pemerhati," kata beliau sambil menyeru mereka yang berminat, "jadi, ayuh, wanita dan gadis di luar sana mulakan langkah kita untuk menghayati kemeriahan fesyen sopan lagi stailo, rajin-rajinkan diri merujuk HIJABISTA."

Edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama iaitu pada bulan Julai 2012.

Di ruangan pemula kata edisi pengenalan yang kini berada di pasaran, Nursuziana berkata, bercakap tentang bicara santun berhijab pula, baik yang sedia berkerudung mahupun yang baru berjinak-jinak dengannya, pasti mendambakan untuk menjadi sebahagian komuniti ini selepas menatap HIJABISTA kerana ia menjentik ilham-ilham baru busana dan pemakaian berhijab yang selama ini tidak dipersembahkan dengan cara yang diingini.

"Bukan begitu?" sambung beliau ketika menceritakan konsep majalah yang ke-29 keluaran Kumpulan Media Karangkraf.

Mengulas lanjut mengenai erti HIJABISTA, kata beliau, ia sebenarnya merupakan ungkapan slanga yang menggabungkan dua perkataan iaitu hijab dan fashionista.

"Maka wujudlah terma HIJABISTA," kata Nursuziana.

Dalam konteks lain, tambah beliau, HIJABISTA merujuk kepada stail dan fesyen berhijab dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Tidak salah bagi si gadis untuk bebas mengekspresikan gaya 'trendy' acuannya tersendiri, asalkan berbusana santun dan tidak memperkotak-katikkan soal syariat," katanya lagi.

Selari dengan konsep, HIJABISTA mempertaruhkan 'tagline' yang berbunyi STAILO & SOPAN.

Menyentuh elemen stailo dan sopan, Nursuziana menekankan bahawa tidak kira apa sahaja yang dilakukan, harus mempamerkan "imej stailo tapi dalam nada kesantunan."

Katanya, gaya hijab kini telah beralih angin dari 'tudung langsung pakai' ke lilitan selendang atau skarf di kalangan generasi muda.

Dalam erti kata lain, fesyen berhijab itu sendiri telah banyak melalui era modifikasi. Sama ada gaya funki atau elegan yang ingin ditonjolkan, seelok-eloknya tampil sopan, ya para hijabista!

"Saya percaya setakat ini, HIJABISTA merupakan satu-satunya majalah fesyen berhijab sulung yang mengangkat imej si gadis sopan.

"Jika sebelum ini, hanya timbunan fesyen untuk si fashionista dipaparkan menghiasi majalah-majalah di pasaran, namun kehadiran HIJABISTA bakal merubah segalanya.

Nursuziana menambah, dengan menekankan aspek lebih fokus dan selektif, sajian trend fesyen untuk si gadis berhijab pasti memukau semua pembaca.

"Saya yakin bahawa dengan kehadiran HIJABISTA di pasaran, akan menjadi pemula dan pencetus trend berhijab di negara kita.

"Kami di HIJABISTA, seratus peratus yakin akan dapat mengepalai fenomena hijab di Malaysia atau maksud lain, menjadi 'trendsetter'," katanya lagi.

Menyentuh tentang pengisian HIJABISTA pula, katanya, 70 peratus terdiri daripada fesyen semata-mata dan "yang pasti, ia padat, berinformasi dan paling afdal, rujukan utama bagi si manis  berkarakter berani yang ingin berkarya daripada segi penampilan."

Mesyuarat pertama MAINPP tidak sah?

Posted: 20 Apr 2012 01:08 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

GEORGETOWN - Mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang berlangsung di sini semalam dikhuatiri tidak sah kerana ia dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Salleh Man sedangkan Yang Dipertua MAINPP, Abdul Malik Kassim masih 'wujud' dan berada di dalam negeri ini.

Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Shabudin berkata, perlantikan Abdul Malik sebagai YDP MAINPP itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 10 Februari lalu masih lagi belum terbatal mahupun ditarik balik dan sepatutnya beliau (Abdul Malik) perlu mempengerusikan mesyuarat setiap mesyuarat yang diadakan.

"Timbalan Yang Dipertua boleh memanggil mesyuarat jika tiada Yang Dipertua. Tapi masalah sekarang Yang Dipertua ada, dia tidak tarik diri. Jadi kita anggap Yang Dipertua MAIPP wujud.

"Status mesyuarat hari ini (semalam) menjadi pertikaian sama ada sah atau tidak kerana Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP dan YDP sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana dan tak ada sebab untuk tidak hadir," katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Shabudin berkata, mesyuarat berkenaan penting kerana selalunya ia membincangkan perkara seperti urusan tanah, zakat, akidah dan pelantikan hakim.

"Sebagai contoh, jika mesyuarat hari ini memutuskan pelantikan amil maka pelantikan itu tidak sah. Jika tidak sah maka kutipan zakat selepas sini juga tidak sah," katanya.

Difahamkan, mesyuarat pertama MAIPP berlangsung bermula jam 9 pagi.

Bagaimanapun, dua Ahli Majlis Eksekutifnya iaitu Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad dikatakan tidak hadir.

Serangan Samseng Dikecam Rakyat

Posted: 20 Apr 2012 01:01 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan serangan ganas terhadap peserta yang berkhemah di Dataran Merdeka menerima kecaman pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Micheal Jeyakumar berkata tindakan ganas itu tidak dapat diterima memandangkan peserta yang berhimpun itu secara aman dan tidak menggganggu ketenteraman awam.

" Penggunaan kekerasan terhadap peserta yang berhimpun  secara aman bukan tindakan yang bijak, mereka sepatutnya dapat berbincang dan berdebat secara baik berhubung pemansuhan PTPTN dan bukan cara seperti ini (keganasan)," kata Jeyakumar yang sama turun padang melawat dan memberi sokongan kepada para peserta.

Sementara itu Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa yang melawat ke tempat peserta berkhemah menegaskan mengharapkan keselamatan akan dipertingkatkan dengan berharap Unit Amal PAS akan berkawal menjaga keselamatan kepada para peserta.

"Mana-mana yang dekat-dekat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dapat hadir meramaikan dan memberi sokongan kepada para peserta," kata Mujahid.

Menurut seorang saksi Then Mee Lie berkata rakannya yang terlibat sama juga mengecam mendakwa

 
bahawa salah seorang daripada kumpulan yang membuat serangan itu terdiri daripada individu yang membuat serangan terhadap ceramah di Jalan Kebun Bunga,Klang baru-baru ini.

"Kebanyakkan peserta yang menyerang kami adalah daripada kalangan orang muda, dan kami akan terus bertahan di sini bagi menyokong mahasiswa di sini," katanya.


Menurut Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini ketika kekasaran itu berlaku mereka kumpulan mahasiswa tidak bertindak balas dan menyaksikan kumpulan itu merosakkan khemah dan peralatan milik mereka.

" Kami akan bertahan sehingga 28 haribulan ini,kita membawa harapan rakyat sebenarnya yang mahukan PTPTN itu dimansuhkan dan memperjuangkan pendidikan percuma," katanya yang ditemui.

Dalam kejadian itu,seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi.

Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit.

Mereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.

Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan.

Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini secara berperingkat yang melibatkan lebih kurang 40 individu di Balai Polis Dang Wangi di sini.

AMK Sokong Kempen SelangorKu Bersih

Posted: 20 Apr 2012 12:51 AM PDT


SHAH ALAM  : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri melancarkan Kempen Selangorku Bersih untuk membantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia membersihkan daftar pemilih khususnya di Selangor.

Langkah itu menurut Ketua AMK Selangor, Asmizam Zaman Huri merupakan usaha yang tepat dijalankan memandangkan terdapat banyak keraguan dalam senarai daftar pemilih.

"Jika dilihat pada senarai yang dikeluarkan, memang kita boleh simpulkan ia bakal menjadi pilihanraya terkotor dalam sejarah jika tiada usaha bersungguh-sungguh untuk membersihkannya.

"Jadi dengan adanya inisiatif sebegini, kami yakin kita mampu memantau dan mengelakkan ketidaktelusan dalam sistem pilihanraya," jelas Asmizam yang dihubungi melalui panggilan telefon pagi tadi.

Beliau turut memberi contoh daftar pemilih di kawasan Parlimen Kota Raja yang menyaksikan kehilangan 4, 706 pengundi.

"Sedangkan pada 2008 mereka mengundi di sini tetapi senarai induk terbaru kita kehilangan kesemua mereka tetapi tidak mengapa kita akan cari ke mana pergi kesemua mereka ini.

"Maka, pada 22 April ini Pakatan Rakyat akan jalankan gerakan besar-besaran di Kota Raja menjalankan pemantauan ke daerah yang mencatatkan kehadiran pengundi meragukan," ujar Asmizam yang juga Ketua Pemuda PKR Kota Raja.

Ditanya mengenai kemungkinan kecelaruan daftar pemilih merupakan sebahagian usaha Umno/BN untuk menawan kembali Selangor, beliau berkata ia sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi.

"Jelas sebelum ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk merampas Selangor tidak kira dengan cara apa sekalipun.

"Dan kita juga tahu SPR itu salah satu komponen mereka juga yang menjadi alat, jadi ramalan pilihanraya kali ini menjadi seperi drama yang sudah diskripkan memang tidak dapat dinafikan," tambah Asmizam.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak muda terutamanya untuk turun menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Mahfuz: GST Buat BN Tersepit, Adakan PRU-13 Sebelum 11 Jun?

Posted: 20 Apr 2012 12:48 AM PDT



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini berada di dalam keadaan tersepit apabila dipaksa bergelut di antara membentangkan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secepat mungkin dengan tarikh sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Keadaan tersebut juga dikatakan akan mendorong Najib terpaksa membubarkan parlimen sekaligus memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan sebelum parlimen bersidang semula pada 11 Jun akan datang.

"Pilihan raya akan diadakan sebelum sidang parlimen yang sepatutnya berlangsung akan datang ini pada 11 Jun.

"Bermakna dia kena buat pilihan raya sebelum itu bagi membolehkan sekiranya kalau BN menang dia boleh panggil sidang parlimen lebih kurang seminggu atau berganjak seminggu.

"Selepas angkat sumpah, mereka panggil sidang parlimen bermula dan agenda pertama adalah GST dibentangkan untuk diluluskan.

"Dalam tempoh sebulan selepas itu ia akan dilaksanakanlah," ujar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kepada TVS.

Menurut Mahfuz, ianya disebabkan kewangan kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) hari ini semakin parah akibat sikap boros pemimpin parti itu berbelanja.

"Jadi sebab itu mereka berada di dalam keadaan tersepit, nak buat sebelum pilihan raya, nanti akan menyebabkan rakyat marah sebab tertekan dan menyebabkan BN kehilangan undi.

"Nak tunggu lepas pilihan raya, keadaan kewangan negara berada dalam keadaan begitu terdesak disebabkan pemborosan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan.

"Jadi sebab itu saya percaya pilihan raya akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini untuk membolehkan GST dibentangkan secepat yang mungkin," kata beliau lagi.

Mahfuz juga memaklumkan kepada TVS, Najib sebelum ini turut mengakui GST akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum akan datang ini.

"pembentangan usul Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih ada dalam aturan mesyuarat setiap kali persidangan parlimen, cuma dia berada di peringkat bawah.

"Semenjak pembentangannya kali pertama dia tak pernah ditarik balik cuma dia dikebelakangkan bermakna dia tak pernah terkeluar dari aturan mesyuarat.

"Sudah tentu sampai suatu ketika nanti ianya akan dibentangkan dan dah dimaklum bahawa Najib sendiri sudah mengaku bahawa GST akan dilaksanakan selepas pilihan raya," ujar Mahfuz.

Dalam isu GST, Mahfuz turut menyamakan BN pada masa ini bagaikan seorang penyembelih yang sedang menaburkan beras untuk mengumpan ayam, tetapi pada  masa sama menyorokan pisau sembelihan di belakangnya.

"Mereka tahu, kalau mereka bentang sekarang bermakna mereka menyembelih leher mereka sendiri.
"Sebab itu pada masa ini mereka umpama menabur beras kepada ayam tetapi menyorokkan pisau dibelakang untuk menyembelih ayam-ayam tersebut.

"Inilah nasib yang akan diterima oleh rakyat sekiranya memilih BN dalam pilihan raya nanti," ujarnya lagi.
Semalam, seperti yang dijangka, kerajaan sekali lagi menangguhkan bacaan Rang Undang-Undang GST buat kali ketiga selepas pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat semenjak tahun 2009.

Keranda simbolik bantah Lynas

Posted: 19 Apr 2012 05:22 PM PDT

Nik Amirulmu'Min Nik Min

KUANTAN - Kira-kira 30 anggota kumpulan anti Lynas berkumpul sambil membawa sepanduk dan tiga keranda bertutup kain hitam di persimpangan masuk ke tapak kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation, Gebeng dekat sini sebagai tanda protes mereka terhadap projek itu , semalam.
 

Protes secara aman bermula kira-kira jam 1.45 tengah hari itu diadakan sempena lawatan media jemputan khas Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bagi mengikuti Taklimat Mingguan Media Lynas di tapak projek itu.
 

Cuaca panas terik tidak menghalang kumpulan terbabit berkumpul bagi menyatakan pendirian mereka mendesak kerajaan supaya menghentikan projek kontroversi itu yang didakwa berisiko tinggi dan mengancam kesihatan serta kehidupan penduduk Kuantan khususnya.
 

Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 3.0, Dr Pua Kia Yaw berkata, kerajaan tidak sepatutnya terlalu memberi keutamaan atas kepentingan korporat dan politik dalam isu Lynas sehingga mengorbankan masa depan rakyat.
 

Menurutnya, operasi kilang itu bakal mendedahkan penduduk Kuantan khususnya di sekitar Balok terhadap pencemaran sisa buangan pepejal, gas berbahaya dalam udara dan pencemaran air daripada logam berat yang terhasil daripada kilang tersebut.
 

"Pendirian kita jelas dan tetap tidak berganjak untuk melihat projek ini dihentikan," katanya.
 

Dia berkata, tiga keranda termasuk yang bersaiz kanak-kanak itu menjadi simbolik kebimbangan mereka terhadap bahaya projek tersebut yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk.
 

"Keuntungan besar daripada projek ini tidak membawa sebarang makna kerana penduduk yang akan menjadi korban," katanya.
 

Sementara itu, Naib Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Sim Chon Siang berkata, pihaknya tidak akan berhenti mendesak kerajaan supaya menghentikan projek tersebut demi kepentingan penduduk Kuantan.
 

Menurutnya, demonstrasi aman yang berlangsung selama hampir dua jam itu bertujuan untuk menyatakan pandangan mereka menolak projek tersebut.
 

"Kita tetap menolak projek ini walaupun ada pihak tertentu mendakwa projek ini selamat," katanya.
 

Anggota polis termasuk petugas bahagian trafik turut dikerahkan mengawal keadaan di lokasi itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Swasta bersara usia 60 dibentang Jun

Posted: 19 Apr 2012 05:13 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE
PUTRAJAYA- Rang Undang-undang Umur Persaraan Swasta bagi menaikkan had umur persaraan sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata draf itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diperhalusi.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 kepada 636 warga kementerian itu bagi pihak Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, di sini, semalam.

Pada masa ini, tiada peruntukan khas mengenai persaraan wajib bagi sektor swasta.

Di bawah undang-undang yang sedang digubal itu, seorang pekerja hanya akan bersara wajib apabila mencapai umur 60 tahun dan jika khidmatnya masih diperlukan, tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan selama empat tahun lagi.

Sementara itu, mengulas perkara berkaitan, Maznah berkata gaji minimum sektor swasta akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April ini.

Mengulas perkara berbeza, Maznah berkata 487,000 peluang pekerjaan diwujudkan di bawah transformasi ekonomi sejak 2008 dalam bidang kemahiran tinggi, separuh mahir dan berkemahiran rendah dan keprihatinan kerajaan terhadap beban hidup rakyat juga membabitkan subsidi RM21 setiap keluarga sehari.-BeritaHarian

PRU13: Kempen minimum 10 hari, kata SPR

Posted: 19 Apr 2012 05:09 PM PDT

SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah tidak kurang dari 10 hari.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR kelmarin mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
 

"Mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif," katanya.
 

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksana dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.
 

Selain itu Abdul Aziz berkata, SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukan badan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya.
 

Dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.
 

Tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih,
 

memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.
 

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengambil segala tindakan yang perlu secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih yang bersih sebagaimana yang disyorkan PSC.
 

"SPR juga bersetuju untuk bekerjasama secara berterusan dengan agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Mimos dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih," katanya.
 

Beliau berkata untuk pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan itu berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
 

Mengenai cadangan agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasi pelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, Abdul Aziz berkata, ia bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.
 

Manakala berhubung cadangan pendaftaran secara automatik pula, Abdul Aziz berkata, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
 

"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 

"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab itu secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya," katanya. - Bernama

www.sinarh

Pindaan Auku dilulus, pelajar bebas pegang jawatan

Posted: 19 Apr 2012 05:08 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012,
 

dengan pindaan yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus.
 

Perenggan 15(2)(c) telah digugurkan yang dicadangkan melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.
 

Larangan itu bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.
 

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang telah mencadangkan untuk menggugurkan subseksyen itu berkata sekatan tersebut akan memberi ruang yang sangat besar kepada pihak tertentu untuk terus mengkritik kerajaan.
 

Katanya, mereka akan memberikan hujah yang mengatakan kerajaan tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada mahasiswa.
 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut berkata, kementerian bersetuju supaya subseksyen tersebut digugurkan berikutan hujah yang diberikan adalah meyakinkan.
 

Mengulas mengenai kebimbangan ahli-ahli Parlimen sama ada pindaan tersebut boleh menjejaskan peranan universiti dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian, beliau berkata, perkara tersebut telah diberi pertimbangan oleh kepimpinan negara apabila bersetuju untuk melakukan pindaan terhadap akta berkenaan.
 

Katanya, pindaan itu adalah bagi mencapai keseimbangan antara soal kebebasan politik dan juga bagi mencapai matlamat pendidikan.
 

Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman (BN-Lipis) melahirkan kebimbangan jika idelogi parti dan agenda politik kepartian yang bersifat memihak atau partisan politik menular di dalam kampus.
 

Katanya, beliau bimbang ia akan menimbulkan masalah jika tidak dapat dikawal.
 

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap mahasiswa menggunakan peluang yang telah terbuka dan diberikan oleh kerajaan itu sebaik-baiknya untuk menunjukkan yang mereka sudah cukup matang dan bersedia menggunakan kebebasan yang diberikan tanpa menjejaskan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar universiti yang berilmu dan berjaya.
 

"Saya berharap mahasiswa bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan bagi memastikan mereka tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab utama.
 

"Harapan ibu bapa dan komitmen penaja pengajian, keharmonian kampus dan hak pelajar lain yang ingin belajar dengan tenang tanpa terlalu diganggu dengan soal berpolitik yang melampau dalam kampus," katanya.
 

Katanya, beliau berharap pentadbiran universiti dapat menasihati pelajar untuk menggunakan kebebasan dengan sebaik-baiknya dan jangan mudah diperalatkan oleh mana-mana pihak. - Bernama

PTPTN: SMM kosongkan Dataran hormati Agong

Posted: 19 Apr 2012 05:06 PM PDT

Mohd Zulfadli Sharifudin dan Jamilah Hamzah

KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari berhimpun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai hari ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok.
 

Tindakan itu akan diambil pada jam 3 petang ini.

Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda.

Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz dan Setiausaha Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham juga berkata, pihaknya juga memutuskan untuk membatalkan rancangan menghantar memorandum kepada Agong esok.

Sebelum ini, laporan media memetik SMM berkata satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan tuntutan dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Cadangan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong ditarik balik," kata Haziq.

"(Jadi) individu yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka adalah tanggungjawab mereka sendiri," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Kata beliau, mereka akan berhimpun semula dan akan mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan.

"Dan, kelas-kelas ceramah dan sidang rakyat waktu malam tetap akan berlangsung seperti biasa," kata beliau lagi.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 20 Apr 2012 03:18 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:18 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Artis Mengamuk Di Twetter! Zahida Rafik Menjawab Isu Hubungan Sulit Dengan Menteri

Posted: 20 Apr 2012 06:13 AM PDT


Baru sahaja isu tentang Rahsia Sulit Zahida Rafik Dibela Menteri Didedah Oleh Pemandu Peribadi hangat beberapa hari lepas, kini Zahida tampil menafikan tentang hubungannya bersama menteri itu di Laman Twitter milik beliau baru-baru ini.
Menurut Zahida, apa yang dikhabarkan oleh pemandu peribadinya itu merupakan fitnah dan beliau hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam nya untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda beliau kini. Ini semua anda dapat lihat sendiri di lama Twitter peribadi miliknya.
Zahida juga percaya fitnah yang dibawa oleh pemandu peribadinya itu mungkin hanya untuk mendapatkan wang daripada pihak-pihak yang tertentu sahaja.

Apa-apa pun, kami ingin menasihatkan Zahida supaya lebih profesional dalam membalas tweet peminat. Maklumlah, awak tu artis, selebriti dan ikon masyarakat kan. Tehee

SUMBER

ADMIN: Rileks la akak oit. Jangan La kalut dan mengelabah sangat!

Muka Abang Gangster Dataran Merdeka. Amboi Jambu Nampak

Posted: 20 Apr 2012 05:39 AM PDT

'DBKL tak izin demo BERSIH di Dataran'

Posted: 19 Apr 2012 11:26 PM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.

Tok Guru bagilah doa - Bob Kuman

Posted: 19 Apr 2012 06:28 PM PDT

Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang melawat Bob Kuman di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara 17 April 2012. Kredit video: AJK Masjid Kota Damansara

Pengikut