Isnin, 28 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 28 Feb 2011 11:17 PM PST

Salam Perjuangan


PAS TUNTUT PENJELASAN MB PAHANG

Posted: 28 Feb 2011 05:50 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Feb 2011 09:21 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Jalan sudah baru, tapi merekah

Posted: 28 Feb 2011 08:07 PM PST


Sinar Harian 1 Feb 2011

KURNIA DIRAJA – Penduduk mula resah apabila jalan bernilai kira-kira RM7.5 juta sejauh 6.2 kilometer yang menghubungkan Kampung Kurnia Diraja ke Pasir Besar, kini mulai rosak.

Difahamkan, sebelum ini penduduk berasa selesa melalui jalan berkenaan bermula pada pertengahan tahun lalu, namun ia mulai rosak sedikit demi sedikit di lebih daripada tiga lokasi antaranya membabitkan jalan merekah.

Timbalan Ketua PKR Cabang Tampin, Hashim Othman berkata, senario atau masalah kerosakan jalan berkenaan seharusnya tidak berlaku kerana ia baru sahaja siap dilaksanakan.

"Malah, kita juga khuatir jika jalan berkenaan rosak disebabkan oleh lori-lori pasir yang sering keluar masuk bagi aktiviti mengorek pasir di kampung berkenaan hingga menyebabkan penduduk kurang selesa melalui jalan ini.

"Oleh itu, kita mohon agar pihak bertanggungjawab untuk meneliti permasalahan ini dan menimbangkan kesesuaian aktiviti korek pasir yang dijalankan di sini, memandangkan ia terletak berdekatan dengan rumah pam," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, kelmarin.

Sementara itu, Hashim berkata, dia tidak menolak bahawa aktiviti korek pasir itu mampu mendalamkan sungai dan menampung air yang banyak sekiranya hujan lebat.

Bagaimanapun menurutnya, hal sebaliknya berlaku sekiranya cuaca panas ataupun kemarau panjang kerana ia memberi kesan kepada kandungan air yang terdapat di rumah pam berkenaan.

"Oleh itu kita harap agar pihak bertanggungjawab dapat meneliti masalah ini bagi memastikan ia tidak terus-menerus memberikan rasa kurang selesa penduduk setempat," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8816333.asp

Banner Makan Malam Rembau kena CURI, Jom Bantu

Posted: 28 Feb 2011 04:10 PM PST


Urusetia Majlis Makan Malam Rembau melaporkan banner/kain rentang untuk program ini yang diletakkan di persimpangan lampu isyarat di Taman Matahari Height, Senawang yang digantung awal minggu ini telah didapati hilang dalam tempoh 24 jam selepas digantung. Pihak urusetia tidak akan membuat laporan polis.

Pihak urusetia menyeru kepada semua ahli dan mereka yang prihatin agar mendoakan sesiapa yang mecuri banner tersebut diberi petunjuk dan hidayah ALLAH swt, dan sekiranya banner tersebut dalam keadaan baik , hendaklah digantung semula dengan baik ditempatnya kembali. (Kepada mereka yang terasa makan cili, sila sampaikan peringatan ini kepada mereka yang berkenaan).

Sekali lagi pihak urusetia mengharapkan semua ahli dan penyokong sentiasa mendoakan agar segala program Pakatan Rakyat di kawasan Rembau ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini adalah kerana setiap apa yang dirancang di Rembau ini sentiasa mendapat rintangan, tentangan, sabotaj dan sebagainya berbanding dengan kedai judi berlesen, kedai judi internet tidak berlesen dan sebagainya.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Rembau ini khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Bangkitlah semua dari lena dan tidur kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

MAJLIS MAKAN MALAM REMBAU
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau

Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat: City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

TETAMU JEMPUTAN :
Tuan Guru Dato Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek - ADUN Paroi , YDP PAS Rembau
CheguBard - Ketua Cabang PKR Rembau
Yau Con Seng - Kelab Penyokong PAS

Kupon : RM50/org

Anjuran : PAS Kawasan Rembau

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com
Laman blog Makan Malam Rembau di http://danarembau.blogspot.com/

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com

HULURKAN SUMBANGAN KE :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

PETA KE CITY KINGDOM pada pautan berikut http://danarembau.blogspot.com/2011/02/majlis-makan-malam-rembau_28.html

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 28 Feb 2011 09:06 PM PST

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


ISLAM SEBENAR HANYALAH YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH

Posted: 27 Feb 2011 11:01 PM PST

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa "tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam."

Beliau kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu, didakwa sebagai ganas.

"Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

"Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

"Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

"Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

"Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!"

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

"Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhwanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

DPPK PARIT

Posted: 28 Feb 2011 07:55 PM PST

DPPK PARIT


BERSIHKAN TELINGA ANDA!!!

Posted: 28 Feb 2011 06:18 AM PST

Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500

Posted: 28 Feb 2011 06:01 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Feb 2011 07:50 PM PST

PAS Kawasan Miri


Keajaiban tuaian Yang Memberi Keuntungan Bagi Raziah & Robert!

Posted: 27 Feb 2011 09:23 PM PST

Miracle Harvest Yields Miracle Profits for Raziah & Robert!
Sunday, February 27th, 2011 GMT – (From Sarawak Report)
Miracle Harvest - golden oil

The company Miracle Harvest Sdn Bhd, belonging to Raziah Mahmud, the sister of the Chief Minister, and her husband Robert Geneid, has certainly yielded some miraculous profits. They are particularly miraculous because the company has not yet started officially operating, according to Malaysia's Register of Companies! Like so many of Razia's land companies, Miracle Harvest, incorporated 15th June 2005, uses the business address of Kumpulan Parabena Sdn Bhd. Kumpulan Parabena is run by the Geneids and we have revealed that the Chief Minister also holds a substantial stake through the holding company Mesti Bersatu. According to our researches the land titles which have been recently awarded to list of different companies based at this address amount to an area greater than Singapore!

Company Records
Miracle Harvest's details in the Register of Companies. The address is the same as Kumpulan Parabena's offices in Jalan Sungai, Padungan. It has yet to "commence operations", but the State of Sarawak has already handed it 12,000 hectares! In the case of Miracle Harvest, the approval had already been given by the Land Regsitry for an award to the company of 12,000 hectares for the purpose of oil palm plantation (OPL) three weeks before its actual incorporation date! Land titles handed out to a company before it even comes into existence! A case of 'Miraculous Pre-conception'? So, can one detect the Hand of God behind such amazing developments, or perhaps just that of Abdul Taib Mahmud, who doubles up as the Head of the Land Custody and Development Agency? The LCDA has been taking Native Customary Lands in the name of the State Government and then handing it to close Taib family members like his sister Raziah and son Mahmud Abu Bekir Taib and several others in a pattern that has been escalating in recent years.

Land Registry Records
Robert Geneid is the person registered as the representative of Miracle Harvest in the Land Registry. His office at Kumpulan Parabena is the contact address
From stall-holder's son to millionaire - Geneid made it big after marrying Raziah!

We can see that in the case of Miracle Harvest Raziah's husband Robert Geneid is clearly marked as the contact for the Land Title in the Land Registry. He also lists his office and phone number as that of the Kumpulan Parabena HQ in Kuching, thus directly implicating the Chief Minister in the deal, who has a major stake in Kumpulan Parabena.


Cheap premiums mean the state loses revenue
Our research indicates that the land given to Miracle Harvest was indeed handed out very cheap indeed and now commands a far higher market price. A total of 11 lots were handed to Miracle Havest along with a sister company also owned by the Geneids, Green Ace Resources, on just one day 25.5.2005. They amounted to 20,000 hectares for an over all price of just RM 15 million. The stated purpose for the hand out is"OPL", meaning Oil Plantation. Elia Abas Geneid, Raziah's daughter (left with champagne bottle) has also benefitted from huge hand outs of land from her Uncle Taib's government department. This low premium marked a very poor return for the taxpayer and a vast potential profit for the Mahmuds. Worse, such premiums are generally not demanded up front of Taib family members in deals like these. The payments are allowed to be deferred and delayed or paid in installments – usually (according to insiders) until the land has been sold on at a healthy profit! Kwantas's Annual Report of 2008, shows the acquisition of 70% of Miracle Harvest and Green Ace Resources was made after the granting of the Land Titles. However, the ownership quickly moved on from the Mahmuds of course. In 2006 the publicly-listed palm oil plantation company Kwantas announced that it had acquired 70% of the shares of Miracle Harvest (MHSB), along 70% of the sister company Green Ace Resources, which is also registered under the Kumpulan Parabena address. It can only be as part of the same set of deals that Green Ace Resources (GARSB) was handed a huge area of 7,000 hectares in Mukah in the region of the Sungai Narub Reserve Forest on the very same day in 2005 that Miracle Harvest gained its own land titles. Kwantas announced it had payed around RM 17million for the 70% purchase of these two companies, whereas the original premium for the entire amount charged earlier from Parabena was circa RM 15 million.Sarawak Report would therefore like to ask who Kwantas paid for the acquisition which was made several months after Miracle Harvest/Green Ace acquired the Land Titles? Was it Miracle Harvest, which was still not yet officially operating, according to the Company Register? We also ask why it is that, although Kwantas had acquired most of the shares of the company, Miracle Harvest continues to be based at the Parabena Office and is represented by Robert Geneid?

Sister companies

MHSB handed 12 thousand of hectares on 25.5.2005 via Robert Geneid, now 70% owned by Kwantas
Sister companies. Green Ace Resources handed 7,000 hectares via Robert Geneid 25.05.2005. Later 70% acquired by Kwantas - Now up for sale!








Up for sale!
We can now reveal that Kwantas has just started to dispose of its shareholdings in these land titles, giving us a good view of the genuine current market price! The State of Sarawak originally received just RM 5 million for the 7,000 hectares of land awarded to Green Ace Resources, yet last month Kwantas announced an agreement to sell its 70% stake for a whopping RM 32.4 million! This means that the 30% of the shares still held by the Geneids are worth roughly half that amount – the same that was charged for the entire 20,000 hectares property portfolio handed to them by Raziah's brother and business partner, Chief Minister Taib Mahmud, in 2005. Sell-off, subject to conditions, is underway to Golden Agri Resources, part of Indonesia's vast Sinar Mas timber company. The real miracle would be if Raziah and Robert failed to cash in on their back-breaking efforts!



NCR Land?
Selling on land with just a provisional lease? Tricky now that the Native Land Rights cases are starting to do so well in court! Of equal concern is the status of this land which is being sold on. The Kwantas statement makes clear that the land lease is still provisional. This means that officially some further agreement is needed before oil palm clearances can begin. In practice the 'provisional' aspect of such licences are frequently and disgracefully brushed aside in Sarawak, as plantation companies simply ignore the existence of Native Customary Rights of the communities whose land they take. Given they have paid so much money to the Head of Government's relatives to get it their attitude is perhaps understandable? Certainly, in a recent court case the judge laid the blame for a similar situation on the state government for handing out NCR land rather than on the company that had bought the titles. It is likely that as the number of native land rights succeeding in the courts increase that platation companies will be less willing to buy such plots from Taib's many relatives!

Is this land suitable for oil palm? The lease is only 'provisional'
So what is the problem with Lot 1 Block 194 Oya-Dalat Land District at Sungai Narub, Mukah? Is it disputed Native Customary Rights Land? is it part of the Sungai Narub Reserve Forest? Or could it be both?





Greenwash peril?
The company to whom this land is being sold is the massive Golden Agri Resources Sdn Bhd, which is the Indonesian Oil Palm arm of the notorious timber giant Sinar Mas. Golden Agri made a major 'Green PR' gesture earlier this month, Feb 9th, when it announced to the world that it will in future stop all further deforestation in Indonesia. Can we be reassured that Raziah and Robert's miracle Company will miraculously manage to fulfil the new-found green and ethical credentials of their new buyer as this sale proceeds?

MIRACLE HARVEST MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG AJAIB UNTUK RAZIAH DAN ROBERT! Monday, February 28th, 2011 GMT This post is also available in: English (Sarawak Report)
Syarikat Miracle Harvest S/B, milik Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, dan suaminya Robert Geneid, sememangnya memperolehi keuntungan yang menakjubkan. Keuntungan yang menakjubkan bagi mereka adalah kerana syarikat berkenaan yang belum lagi beroperasi secara rasmi, menurut Pendaftar Syarikat-Syarikat Malaysia! Sama seperti syarikat-syarikat tanah Raziah yang lainnya, Miracle Harvest, yang dikorporatkan pada 15hb Jun 2005, adalah beralamat di ibupejabat Kumpulan Parabena Sdn. Bhd. Kumpulan Parabena adalah dikendalikan oleh keluarga Geneid dan kami pula boleh mendedahkan bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud mempunyai pegangan saham-sahamnya menerusi syarikat Mesti Bersatu. Berdasarkan kajian-kajian kami geran-geran tanah yang telah dianugerahkan kepada pelbagai syarikat yang beralamat di ibupejabat yang sama, adalah melebihi keluasan kepulauan Singapura!

Rekod-rekod syarikat
Dalam kes Miracle Harvest, kelulusan telah diberikan oleh pejabat Pendaftar Tanah ke atas tanah seluas 12,000 hektar untuk perladangan kelapa sawit hanya tiga minggu sebelum syarikat itu dikorporatkan! Geran tanah yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang sebelum ini tidak wujud! Jadi, dapatkah seseorang mengesan kehadiran Tangan Tuhan bekerja disebalik kemajuan yang menakjubkan ini, atau mungkin Taib Mahmud yang juga selaku Pengerusi Land Custody and Development Agency (LCDA)? Pihak LCDA telah mengambil tanah-tanah NCR atas nama Kerajaan Negeri dan kemudian menyerahkan tanah-tanah itu kepada keluarga Taib terutamanya kepada adiknya Raziah dan anaknya Mahmud Abu Bekir Taib, dan saudara-saudaranya yang lain.

Rekod-rekod dalam simpanan Pendaftar Tanah
Dalam keadaan syarikat Miracle Harvest suami Raziah, Robert Geneid adalah dinamakan sebagai orang yang boleh dihubungi berkaitan dengan geran tanah-tanah dalam simpanan Pendaftar Tanah. Dia juga telah meletakkan lokasi dan nombor telefon pejabatnya, yang sama dengan ibupejabat Kumpulan Parabena di Kuching, yang jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri terlibat langsung sebagai pemegang.

Premium-premium yang rendah bermakna rendahnya hasil negeri
Kajian-kajian kami mendapati bahawa tanah-tanah yang diserahkan kepada Miracle Harvest sebenarnya berharga murah tetapi setelah apabila ianya dijualkan semula harga pasarannya boleh melonjak.tinggi. Sejumlah 11 lot telah diserahkan kepada Miracle Harvest dan sebuah lagi syarikat milik keluarga Geneid, Green Ace Resources, hanya dalam satu hari sahaja (iaitu pada 25.5.2005). Kesemua tanah tersebut berjumlah 20,000 hektar dengan premium hanya RM15 juta sahaja. Tanah-tanah yang telah diserahkan tersebut ditandakan sebagai "OPL" – "Oil Plantation" (tanah untuk perladangan kelapa sawit). Premium yang rendah ini bererti pulangan yang kecil kepada dana para pembayar cukai, tetapi keuntungan yang sangat lumayan pada keluarga Taib Mahmud. Ada kalanya, keluarga Taib tidak diminta untuk menjelaskan premium-premium itu ketika penyerahan dilakukan – dan menurut sumber dalaman, bayaran premium itu akan dijelaskan secara ansuran atau sebaik sahaja tanah-tanah itu dapat dijual. Namun, pemilikan tanah-tanah tersebut telah berpindah dari keluarga Taib Mahmud. Pada tahun 2006 sebuah syarikat awam perladangan kelapa sawit, Kwantas telah mengumumkan bahawa ianya telah memperolehi 70% saham-saham dalam Miracle Harvest S/B (MHSB), dan juga 70% saham-saham dalam Green Ace Resources, di mana kedua-duanya beralamat di ibupejabat Kumpulan Parabena. Pada suatu perjanjian Green Ace Resources S/B (GARSB) telah menerima suatu kawasan seluas 7,000 hektar di Mukah, di sebuah kawasan Hutan Simpan Sungai Narub pada hari yang sama pada tahun 2005 di mana MHSB telah memperolehi geran-geran tanah juga. Kwantas telah mengumumkan ianya telah membayar kira-kita RM17 juta untuk bahagian 70% sahamnya pada kedua-dua syarikat berkenaan, sementara itu premium asal untuk keseluruhan harga yang telah terlebih dahulu dituntut dari Parabena adalah kira-kira RM15 juta. Sarawak Report ingin bertanya, kepada siapakah Kwantas membayar untuk pemerolehan tanah-tanah beberapa bulan setelah Miracle Harvest S/B mendapatkan geran-geran tanah itu? Adakah bayaran itu dibuat kepada Miracle Harvest yang belum didaftarkan untuk beroperasi, berdasarkan maklumat daripada pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat? Kami juga ingin bertanya kenapakah MHSB terus beribupejabat di alamat Kumpulan Parabena dan diwakili oleh Robert Geneid, walaupun Kwantas telah memperolehi kebanyakan saham-saham berkenaan.

Untuk dijual!
Kini kami boleh mendedahkan bahawa Kwantas telah mula untuk melepaskan pegangannya ke atas geran-geran tanah berkenaan yang akan memberikan gambaran jelas kepada kita harga pasaran sebenarnya! Kerajaan Negeri Sarawak pada mulanya menerima hanya RM5 juta bagi bayaran 7,000 hektar tanah yang diserahkan kepada Green Ace Resources, tetapi pada akhir bulan lalu Kwantas mengumumkan persetujuannya menjual 70% sahamnya pada harga RM32.4 juta! Ini bermakna 30% pegangan yang ada pada keluarga Geneid dijangkakan bernilai separuh dari itu – harga yang sama dikenakan ke atas keseluruhan 20,000 hektar portfolio harta yang diserahkan kepada mereka oleh abang Raziah yang juga rakan-niaganya, Ketua Menteri Taib Mahmud, dalam tahun 2005.

Tanah NCR?
Apa yang meragukan adalah status tanah yang telah dijual ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kwantas jelas menunjukkan bahawa geran tanah itu masih berstatus sementara. Ini bermakna bahawa beberapa perjanjian rasmi diperlukan sebelum pembukaan tanah untuk tujuan perladangan boleh dimulakan. Seperti yang selalu diamalkan, aspek 'status sementara' lesen-lesen itu diketepikan dan tidak dihiraukan di Sarawak, kerana syarikat-syarikat ladang kelapa sawit memandang remeh kewujudan NCR masyarakat-masyarakat asli yang dirampas tanah-tanah mereka. Memandangkan mereka telah membayar harga yang amat tinggi kepada ahli keluarga Ketua Kerajaan, maka kita boleh jangkakan sikap mereka ke atas tanah itu. Jelaslah, pada kes mahkamah yang lalu hakim telah menyalahkan kerajaan negeri kerana menyerahkan tanah NCR, dan bukannya menyalahkan syarikat-syarikat yang telah membeli geran-geran tanah itu. Nampaknya kes-kes tanah NCR yang semakin banyak dimenangi oleh orang-orang asli, maka trend pembelian tanah-tanah daripada keluarga Taib Mahmud dijangkakan semakin menurun! Adakah masalah itu pada Lot 1, Blok 194 Oya-Dalat Land District di Sungai Narub Mukah? Adakah persengketaan tanah NCR? Adakah ianya sebahagian dari Hutan Simpan Sungai Narub? Atau adakah kedua-duanya sekali?

Bahaya "Greenwash"?
Syarikat yang membeli tanah-tanah berkenaan adalah Golden Agri Resources S/B, sebuah syarikat Perladangan Kelapa Sawit Indonesia yang rakus milik syarikat pembalakan gergasi Sinar Mas. Golden Agri telah mengeluarkan kenyataan bersifat 'kehijauan' pada awal bulan ini, 9hb Februari, apabila mereka mengumumkan bahawa mereka akan berhenti menebang pokok-pokok di Indonesia. Bolehkah kita percaya pada syarikat Miracle Harvest milik Raziah dan Robert yang akan menjualkan tanah-tanah kepada Golden Agri yang kononnya beralih menjadi sahabat alam sekitar?


PS: Sesuatu yang menakjubkan apabila segala kekayaan hanya menguntungkan mereka yang berkuasa dan yang mengambil untung atas angin. Mereka tidak perlu kerja keras macam rakyat biasa untuk mendapat keuntungan sedangkan rakyat terus menanggung bebanan untuk meneruskan kehidupan harian mereka. Kalau rakyat Sarawak membiarkan saja perkara ini terus berlaku yang mana ahkhirnya akan memusnah kehidupan rakyat, Bah apalagi rakyat Sarawak kenalah memberi sokongan kepada PAS dan PAKATAN Rakyat demi kesejahteraan ummah. PAS untuk Semua.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 28 Feb 2011 07:14 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


BERTUGAS DI PRK DUN MERLIMAU, MELAKA

Posted: 28 Feb 2011 05:51 PM PST



Sdr. Adha & Sdr. Israq siap sedia berjihad...
UPU Kg. Chinchin

Suasana di pagi penamaan calon ( Politeknik Merlimau ).

Ziarah ke rumah Sdr. Shahril ( su caw tmn Ampg Indah ) yg berbaju t-shirt oren

                                              Kenangan bersama petugas di rumah Selangor

Rembau Hari Ini

Posted: 28 Feb 2011 07:07 PM PST

Rembau Hari Ini


Banner Makan Malam Rembau kena CURI, Jom Bantu

Posted: 28 Feb 2011 04:10 PM PST


Urusetia Majlis Makan Malam Rembau melaporkan banner/kain rentang untuk program ini yang diletakkan di persimpangan lampu isyarat di Taman Matahari Height, Senawang yang digantung awal minggu ini telah didapati hilang dalam tempoh 24 jam selepas digantung. Pihak urusetia tidak akan membuat laporan polis.

Pihak urusetia menyeru kepada semua ahli dan mereka yang prihatin agar mendoakan sesiapa yang mecuri banner tersebut diberi petunjuk dan hidayah ALLAH swt, dan sekiranya banner tersebut dalam keadaan baik , hendaklah digantung semula dengan baik ditempatnya kembali. (Kepada mereka yang terasa makan cili, sila sampaikan peringatan ini kepada mereka yang berkenaan).

Sekali lagi pihak urusetia mengharapkan semua ahli dan penyokong sentiasa mendoakan agar segala program Pakatan Rakyat di kawasan Rembau ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini adalah kerana setiap apa yang dirancang di Rembau ini sentiasa mendapat rintangan, tentangan, sabotaj dan sebagainya berbanding dengan kedai judi berlesen, kedai judi internet tidak berlesen dan sebagainya.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Rembau ini khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Bangkitlah semua dari lena dan tidur kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

MAJLIS MAKAN MALAM REMBAU
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau

Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat: City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

TETAMU JEMPUTAN :
Tuan Guru Dato Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek - ADUN Paroi , YDP PAS Rembau
CheguBard - Ketua Cabang PKR Rembau
Yau Con Seng - Kelab Penyokong PAS

Kupon : RM50/org

Anjuran : PAS Kawasan Rembau

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com
Laman blog Makan Malam Rembau di http://danarembau.blogspot.com/

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com

HULURKAN SUMBANGAN KE :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

PETA KE CITY KINGDOM pada pautan berikut http://danarembau.blogspot.com/2011/02/majlis-makan-malam-rembau_28.html

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 28 Feb 2011 07:06 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Pluralisma, Sekularisma dan 1Malaysia

Posted: 28 Feb 2011 04:27 PM PST

.......sama sesatnya kerana berpisah dari agama Islam

Islam adalah ad Deen [ Minhaajul Hayah ] atau cara hidup dan ianya adalah suatu yang telah diiktiraf oleh Allah swt Tuhan Yang Maha mencipta sekelian makhluknya termasuk manusia. Islam adalah jalan yang lurus, memimpin manusia dengan petunjuk dan pedoman wahyu Allah swt.

Firman Allah swt :

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al Ana'am : 153

Islam adalah agama yang benar dan tiada syak pula pada kebenarannya serta kebenaran yang dibawanya adalah unggul sehingga hari ini malah hingga ke hari kiamat. Ia juga menolak anutan syirik dan berhala serta keercayaan ciptaan manusia dan aliran idealogi yang terpisah dari wahyu Allah swt.

Firman Allah swt :

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang yang ingkar. Al Baqarah : 23 - 24

Menganggap atau mempercayai bahawa Islam adalah sama dengan agama lain jua sebaliknya agama lain dianggap sama dengan agama Islam adalah merupakan tanggapan dan kepercayaan karut yang membatalkan syahaadatain [ dua kalimah syahadah ]. Ini adalah prinsip Islam yang sama sekali tidak boleh disama taraf dengan mana - mana agama atau aliran pemikiran dengan satu pembawaan pluralisme.

Firman Allah swt :

Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang ingkar ! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". Al Kaafiruun : 1 - 6

Firman Allah swt dari surah Al Kaafiruun itu adalah nas yang bersifat qatei bahawa pluralisme dalam agama adalah bercanggah dengan prinsip aqidah Islamiyyah. Namun begitu, ia tidak bermakna Islam tidak menghormati agama lain atau dalam erti nilai yang lain ialah Islam tetap menghormati prinsip kebebasan beragama justeru Islam tidak boleh memaksa manusia menganutnya kerana Islam adalah agama yang mesti dianut dengan penuh keinsafan, kesedaran, keyakinan dan kerelaan.

Sebagaimana Islam menolak faham pluralisme dalam agama, Islam juga menolak faham sekularisme yang memisahkan agama dari urusan kehidupan seperti memisahkan agama dari urusan pentadbiran negara atau apa yang disebut sebagai "politik suku agama suku" . Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan urusan agama kepada tuhan juga adalah sebahagian dari faham sekularisme yang merosakkan aqidah Islam.

Melihat pasaran Islam yang meluas dan cahayanya tidak mungkin boleh dipadam, maka faham sekularisme ini menelurkan aliran pemikiran yang boleh berlunak dengan prinsip sekularisme atau melunakkan ummat Islam lalu ianya disogok kepada ummat Islam yang jahil agar mereka keliru lantas menganggap ia sebahagian dari ajaran Islam, seperti Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Kontemporary, Islam Tamadun [hadhari] dan lain - lain. Mutaakhir ini diperkenalkan pula oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib satu lagi aliran Islam baru iaitu Islam Sederhana.

Aliran pemikiran atau mazhab baru seperti Islam Sederhana ini adalah suatu fitnah bawaan oleh ummat Islam yang jahil tentang Islam. ianya adalah Islam jadian yang tidak mewakili ajaran Islam tulen yang dibawa melalui risalah an Nabawi. Mendakwa bahawa mereka [kerajaan UMNO dan BN hari ini ] membawa dan menawarkan pakej Islam Sederhana kepada dunia hari ini bererti mereka membawa satu pakej Islam yang asing dan berlainan dengan Islam yang wahyukan oleh Allah swt.

Jika pakej itu adalah pakej yang serupa dengan ajaran Islam maka kenapa perlu menawarkan pakej yang baru ? kenapa tidak sebut sahaja kami menawarkan Islam yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah saw ? atau mereka mengganggap Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah Islam yang ekstrim ? Islam yang kolot ? Islam yang tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan pada hari ini ? atau mereka menganggap bahawa Islam mereka lebih baik dari Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw ?

Sebagaimana Islam tidak boleh disama taraf dengan agama lain (pluralisme), maka demikian juga Islam tidak mempunyai pakej yang berlainan antara satu zaman pemerintahan dengan zaman pemerintahan yang lain. Zaman Tun Dr Mahathir dibawa pakej Islamisasi, zaman Tun Abdullah Badawi bertukar kepada pakej Islam Hadhari dan kini dizaman Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, sekali lagi pakej itu berubah menjadi Islam Sederhana. Islam apakah sebenarnya yang sedang dijaja oleh UMNO dan BN ini ? melainkan ini adalah satu kebhatilan dan kesesatan aqidah serta fikrah yang mesti ditolak oleh ummat Islam.

Pluralisme agama dan faham sekularisme tidak boleh dianut dan diperjuangkan oleh ummat Islam. Justeru itu saya nasihati diri saya sendiri dan seluruh ummat Islam agar berhati - hati dengan konsep 1Malaysia yang masih kabur konsep dan perlaksanaannya. Jika 1Malaysia hanya bermaksud membawa semua bangsa bersatu padu menjadi satu dengan prinsip saling hormat menghormati bangsa dan budaya antara satu sama lain maka ia dibenarkan. Namun jika memahami 1Malaysia yang mengheret persamaan taraf antara pelbagai agama yang wujud dalam negara Malaysia ini, maka ia juga satu pluralisme yang ditolak oleh Islam.

Begitulah jika konsep 1Malaysia dipisahkan dari prinsip agama Islam dengan maksud menggerakkan aktiviti berteraskan konsep 1Malaysia tanpa mengambil kira soal halal dan haram maka ia adalah satu elemen dari faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.
Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Apabila Pembinaan Masjid Bukan Lagi Berasaskan Takwa

Posted: 28 Feb 2011 04:10 PM PST

Senibena Masjid Cina - Gambar Hiasan

Sama ada penulis berita jahil atau pun PM '1stL' yang cuba tunjuk pandai dan tidak sedar diri itu jahil.

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah patut kamu bersembahyang di dalamnya..." Surah At-Taubah ayat 108.
_______________________________
Masjid Cina tarik pelancong

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Masjid Cina Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang bakal didirikan di Jalan Davis di sini, berpotensi menarik perhatian ramai pelancong dari luar negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana masjid tersebut mempunyai elemen-elemen kesenian yang unik melalui seni bina Cina.

''Saya percaya dengan lokasi masjid yang amat strategik itu, ia mampu menarik pelancong khususnya mereka yang bukan beragama Islam untuk melihat masjid dan sekali gus mengenali negara ini dengan lebih dekat.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Feb 2011 03:12 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SEBELUM MESYUARAT AGONG KE 9

Posted: 28 Feb 2011 07:23 AM PST







SUBHANALLAH ! HARUS ALLAH SAYANGKANNYA

Posted: 28 Feb 2011 06:45 AM PST

Dari Allah Allahyarham Ismail Mohad Yusof datang maka kepada Allah beliau akan kembali mengadap Allah rabbul jalil.
TEMERLOH, 28 Feb [5.30 pm] - Al-Fatihah, Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff (foto) meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang tadi kerana serangan jantung. Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi. Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim. DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas. Difahamkan jenazah Allahyarham Datuk Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Panching Timur Kuantan hari ini juga.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 28 Feb 2011 03:11 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Saman ekor: Ketahui Hak Anda

Posted: 27 Feb 2011 11:26 PM PST

Saman ekor: Ketahui hak anda
Zulhazmi Shariff
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 28 Feb 2011 03:10 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


maulid ar rasul: antara cinta dan taat

Posted: 28 Feb 2011 03:08 AM PST

Salam Palestin, Sempena kedatangan bulan mulia, Rabiulawal 1432, saya berhasrat untuk menitipkan beberapa butiran penting mengenai nabi kita, Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Inilah bulan di mana umat Islam seluruh dunia akan memenuhkan masa mereka untuk bersama-sama mengingati kelahiran baginda yang tiada lagi kelahiran seagung kelahirannya. Justeru keraian yang menyatukan umat Islam ini amatlah wajar dihargai [...]

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 28 Feb 2011 01:22 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


BLOGGER JUTAAN RINGGIT - BUKAN SAYA YANG KATA!

Posted: 28 Feb 2011 07:18 AM PST


Bukan saya yang kata!
Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh blogger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan; tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya blogger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.
Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para blogger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku, dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu.
by NOBISHA

Berkaitan :


Oleh : MSO
 
Memang Terasa Berlaku Kelesuan 
Di Pihak Pakatan Rakyat

SAHABAT saya Norizan Sharif telah post satu catatan kecil yang penting untuk direnungi oleh semua pihak khasnya parti Pakatan Rakyat. Catatan beliau di sini, menunjukkan sokongan atau pun kemarihan di laman soaisal Fb dan blog sokongan terhadap Pakatan Rakyat berkurangan. Norizan memberi runjukkan khas kepada kedua pilihan raya kecil yang berlangsung kini.

Beliau membuat perbandingan dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Kuala Terengganu, Terengganu. Katanya ternyata kemeriah dan sokongan menerusi laman sosial kini berpihak kepada UBN. Laman-laman sosial yang menyokong UBN lebih bersemangat dan sepakat dalam membuat kecaman dan serangan terhadap Pakatan Rakyat. Serangan mereka juga berangkaian seolah diolahkan begitu profesional sekali.

Tentu orang Pakatan Rakyat terutamanya para penagih blog Pas akan marah bila kenyataan ini didedahkan. Mereka tidak senang dengan fakta yang berlaku. Dalam pada itu mereka akan tuduh bahawa bloger UBN diupah dan sebagainya. Tidak dinafikan kalau itu berlaku? Tetapi pokoknya di sini itulah realiti bahawa bloger Pakatan Rakyat sudah malas untuk menulis dan dan kreatif membuat laporan. Ada juga yang sudah hilang kerajinan dan keletihan manakala bloger Pakatan jadi lebih bersemangat. Tentunya kalau upah dan imbuhan yang dihulurkan, besar lagi bersemangatlah jadinya.

Saya setuju dengan apa yang berlaku kini seperti mana diselidiki Norizan itu. Saya rasa ada beberapa sebab kenapa kesungguhan dan kerajinan bloger pakatan itu sudah hilang. Kalau perasaan saya sudah menulis dalam cacatan baru-baru ini dibawah tajuk, ah lupa... selaklah sendiri (saya juga ditimpa sindrom malas, tetapi aia tidak ada kena mengena dengan persoalan dikatakan itu). Dalam catatan itu saya sudah mendedahkan kenapa itu berlaku dan di mana kesilapannya.

Saya kira Pakatan Rakyat gagal melayani para bloger yang menyokong mereka. Mereka tidak memberi satu layanan dan peraian yang bermakna kepada para bloger. Pakatan selamanya mengira bloger akan bekerja dengan penuh keikhlasan. Mengharap kepada keikhlasan rasanya tidak begitu tepat lagi apa lagi kalau bloger nampak yang pemimpin PR diri ada yang tidak ikhlas, dan hanya suka memerah susu dan perah kepala untuk dapat santan saja.

Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh bloger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya bloger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.

Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para bloger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu saja.

Ada juga himpunan yang diraikan oleh Nik Aziz tetapi sayangnya kesempatan itu tidak digunakan untuk memikir bagaimana menggerakkan bloger menjadi agen dan propagandis Pakatan yang baik. Pertemuan setakat makan, bersalam dan bergambar dengan pemimpin itu saja, lepas balik masing-masing hanya pos dalam wall Fb saja tetapi tidak ada yang mengulas dan memperpanjangkan ke dalam blog.

Kelemahan bloger atau laman sosial Pakatan itu rakyat itu seperti mana kata Norizan itu ialah kerana ia tidak diurus ataupun dipandu secara sistemetik dan setengah menulis ukut perasaan dan jari saja.

Inilah kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan apa yang disuarakan Norizan Sharif itu berlaku. Tititk di sinis sebab saya juga agak malas untuk menyatakan sesutau yang tidak mahu didengari!

Prk Merlimau : Ali Rustam Tiru Gaya Najib Di Sibu

Posted: 28 Feb 2011 07:14 AM PST


Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dianggap sebagai hipokrit apabila meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berkata kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.
"Melihatkan bahawa beliau (Ali Rustam) tidak memahami makna kerajaan dan dalam masa yang sama ini kenyataan yang bersifat hipokrit atau hipokrasi kerana di dalam masa yang sama masih lagi menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi meletakkan pula syarat dalam PRK Merlimau ini, sekiranya BN menang barulah mereka akan membantu rakyat,"katanya.

Menurut beliau, strategi yang digunapakai oleh Ali itu pernah dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu meraih undi pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu.

Namun ujarnya, kenyataan itu akan digunakan sebagai pendekatan kepada PAS untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau. 

"Kenyataan yang penuh kebebalan ini menunjukkan bahawa mereka sudah terdesak dan menggunakan pendekatan seperti di Sibu di mana Perdana Menteri telah menyatakan "I'm help you, you help me" dan Ali Rustam pula menggunakan pendekatan seperti itu, saya kira akan memberi kelebihan kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau," tambah beliau.

Katanya lagi, diskriminasi yang ditunjukkan kerajaan Umno-BN ini jelas menujukkan slogan yang dibawa tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat, di mana kebajikan rakyat hanya diberi perhatian menjelang pilihanraya atau pun apabila BN menang di kawasan terbabit. 

"Kalau dahulu mereka popularkan slogan Rakyat Didahulukan tetapi dengan kenyataan Ali Rustam ini menunjukkan bahawa sebenarnya slogan itu hanyalah retorik politik yang bertujuan untuk memancing undi tapi tidak diamalkan malah dinyatakan dengan jelas secara terperinci bahawa rakyat hanya akan didahulukan sekiranya BN memenangi pilihanraya,"ujar beliau.

Malam semalam, Ali dalam ceramahnya berkata, beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Tambah Ali lagi, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan jika rakyat terus memberi sokongan kepada BN.
                         
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau.

'Tawaran Baru' Muhyiddin, Cedok Idea Buku Jingga-Abdullah Sani

Posted: 28 Feb 2011 07:13 AM PST


Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.

"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya kepada Tv Selangor.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.  

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lagi ganjaran "tawaran baru" bernilai RM18.4 juta kepada pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA).

Timbalan presiden Umno itu berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau dan menggunakan kesempatan untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pelajaran.

Kandungan tawaran itu menyebut, seramai 586 pengetua dari seluruh negara bakal menerima ganjaran sebanyak RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.    

Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Prk Kerdau : BN janji lagi buat kali ketujuh..!!!

Posted: 28 Feb 2011 07:12 AM PST


TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.
Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.
Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.
Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.
Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).
PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.
Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000  bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.
Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah.
''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.
"Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk," katanya.
Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.
Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.
Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49,  ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir 'berkubur' apabila projek berkenaan terus terbengkalai.
"Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih  juga belum disiapkan", luahnya dengan nada kecewa.
"Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .
 "Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.
Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan.
"Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya", katanya lagi.

Prk Kerdau : Menyampah tengok sampah di Temerloh..

Posted: 28 Feb 2011 07:11 AM PST




Dewan Abdul Razak, Temerloh menjadi saksi kepada Majlis Penamaan Calon bagi PRK Dun Kerdau. Peritiwa pada 26 Feb 2011 ini berlangsung penuh meriah. Jalan terpaksa ditutup demi memberi laluan kepada ribuan pejalan kaki mengiringi calon ke Dewan.
Sejurus lepas masing-masing calon tiba di Dewan, para pengiring mencari ruang menunggu pengumuman SPR. Penyokong BN berada di padang, penyokng PAS di bahagian jalan masuk dan sebelah gerai di kawasan parkir. Di sini penulis dapati longgokan sampah… hati kecil merungut geram, sebab haruman sampah membuat hidung kembang kempis menahan bau yang tidak diingini itu.


Mengapa ada sampah? Menyampah betul tengok sampah! Ramai juga muslimat PAS merungut, namun ramai juga yang buat bodoh sahaja.... cobaaaaaan, katanya. 
Mungkinkah Adnan Yaakob, MB Pahang sengaja mengarahkan sampah terbiar? Tambah sampai banyak sebab PAS dan penyokongnya hanya layak berhimpun di tepi sampah.
Mungkin Pegawai Daerah terlepas pandang. Beliau yang sibuk dengan SPR terlupa membuat arahan agar sampah sarap sekurang-kurangnya tiada di sekitar dewan.
Mungkin kontraktor tidak dapat bayaran mencukupi, lalu sebagai imbalan, membiarkan sampah terperap lama lau menghasilkan aroma yang menghapus selera menjamah sup utara.
Mujur penyokong PAS tidak naik angin kepada abang baju biru yang menjaga pagar berduri. Jadi tidaklah mereka ambil sampah dan melontarkannya.
Penulis pada mulanya tidak puas hati melihat sampah di bahagian hadapan jalan masuk ke masjid. Dengan melihat kesan pada puntung rokok dan plastik pembungkus makanan yang tercampak, sudah boleh diagak, sampah ini sudah beberapa hari terlantar di situ.
Justeru dalam perjalanan pulang penulis memantau tahap kebersihan lanskap dan kiri kanan jalan di Bandar Temerloh. Dalam diam-diam penulis mengeluh. Sungguh tidak wajar Pegawai Daerah tidak cakna dengan keceriaan Bandar Temerloh. Tidakkah beliau sedar pada Sabtu 26 Februari itu, ribuan manusia berkumpul di situ?
Jika tidak mengalu-alukan penyokong pembangkang tidak mengapa. Ini membiarkan tayar kereta para Menteri melalui jalan yang kebersihannya kurang diperhati. Mana boleh jadi. PRK adalah fenomena yang tidak kerap berlaku. Wajarlah ambil peluang menaikkan gred kebersihan jadi nombor satu.
Bukannya susah, boleh kerah budak sekolah. Pinjam sebentar pelatih PLKN juga tidak jadi masalah. Boleh buat program gotong royong dengan warga bandar agar Temerloh tampil segar. Libatkan orang ramai, jangan serah pada kontraktor pemungut sampah pepejal semata-mata. Kreatiflah sedikit.
Penulis harap MB Pahang janganlah sibuk hendak rampas kerusi Kuantan daripada pembangkang sahaja. Memang agak mustahil menjadikan Temerloh sifar sampah terbiar, namun mestilah ada usaha ke arah menjadikannya bersih dan ceria. Memang tidak patut biarkan tahap kebersihan hanya sekadar biasa-biasa sahaja.
Sepanjang minggu berkempen ini, Adnan jangan pula buat perangai lebih busuk macam sampai seperti kempen PRK Sanggang dahulu. Apa kata ajak calon dan penyokong BN buat aktiviti kebersihan. Tentu ramai geng UMNO datang tolong.
Lain kali apabila ke Temerloh untuk santap ikan patin, penulis harap tidak ada lagi sampah dan bau busuk bermain ditiup angin.

Prk Kerdau : 100 kotak 'bantuan' BN tiba....

Posted: 28 Feb 2011 07:08 AM PST


BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Prk Kerdau : Calon PAS Kerdau muda, wibawa dan berintegriti

Posted: 28 Feb 2011 07:03 AM PST


KERDAU: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Ia diumumkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markas Induk PAS Kerdau, dekat sini pada 24 Februari lalu.

Turut hadir dalam perisytiharan itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Ke-ADILan, Fuziah Salleh; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Phang Chow serta Pengerusi KeADILan Pahang, Dato Fauzi Rahman.

Pencalonan Hasanuddin yang juga bekas calon PAS di Dun tersebut pada PRU 2008 tepat dengan kehendak massa, kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana calon PAS itu seorang calon muda yang sangat wibawa.

Beliau memiliki Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan dilahirkan dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang dalam Daerah Temerloh, serta mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas. Hasanuddin juga mempunyai pengalaman luas dalam industri dan ukur selama 15 tahun serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Mengulas pemilihan Hasanuddin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, calon PAS itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Kerdau.

"Beliau sangat dikenali di Dun Kerdau. Saya yakin pengundi akan memberi kepercayaan memilihnya sebagai wakil rakyat," katanya semasa mengadakan sidang media sejurus selepas perisytiharan calon dibuat.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata, PAS sentiasa menampilkan calon yang berwibawa dan bersih, namun parti itu tetap waspada dengan fitnah terhadap calon yang bakal dimainkan Umno-BN.

Beliau berharap proses pilihan raya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur provokasi daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, bercakap mewakili KeADILan, Azmin Ali menyifatkan calon PAS memiliki integriti dan kewibawaan yang mampu menterjemahkan hasrat penduduk Kerdau khasnya dan Pahang amnya.

KeADILan menyokong penuh pencalonan Hasanuddin, dan berjanji akan membantu menjayakan kempen bagi memenangkan calon PAS itu, katanya.

Dr Tan Seng Giaw ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada Hasanuddin yang dipilih PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mewakili gabungan pembangkang di sini. Apa yang pasti katanya, pencalonan Hasanuddin bertepatan dengan hasrat seluruh pengundi Kerdau yang mahukan calon seorang yang muda, berwibawa dan mampu mengutarakan suara pengundi Kerdau.

"DAP akan menurunkan seluruh jentera untuk bantu calon PAS di sini. Kita akan tumpukan kepada pengundi bukan Islam di sini yang peratusannya tidaklah besar, tetapi mampu menyumbang kepada kemenangan," katanya.

Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Zaharudin Abu Kassim.

Proses penamaan calon PRK Kerdau akan diadakan pada 26 Februari, sementara pembuangan undi pada 6 Mac.

Dalam PRU 2008, Hasanuddin mewakili PAS di sini, tetapi tewas kepada calon BN dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Walaupun tewas, Hasanuddin berjaya merapatkan jurang majoriti yang sebelum ini.

Prk Kerdau : Umno takut kalah di Kerdau?

Posted: 28 Feb 2011 07:03 AM PST


Berbanding PRK Merlimau, Umno sebenarnya lebih risau dengan PRK Kerdau, d Merlimau depa tak risau sangat. Walaupun, katanya Umno yakin boleh menang di kedua-dua PRK tapi depa agak gerun di Kerdau. Depa risau kerusi Kerdau terlepas ketangan PAS.

Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno.

Bharian melaporkan:
TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya. - Bharian
Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang.

Lagi satu faktor, di Kerdau ada 3 Felda besar, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Kalau ikut trakrekod di Tenang dan Galas, undi di Felda ni memang milik Umno. Lagi pun kuasa di Felda memang milik Umno. Umno boleh buat hampir apa saja di dalam kawasan Felda termasuk melarang petugas PAS masuk.

Faktor satu lagi, peratus pengundi melayu di Kerdau cukup tinggi, 88.77% dan pengundi cina cuma setakat 5.05% iaitu cuma 454 pengundi saja. Kalau ikut perangkaan PAS sendiri pun, PAS katanya mengunjurkan sokongan dari orang melayu cuma 45% (unjuran di semenanjung) dan pengundi cina 60%. Tu pun Umno masih nak risau. Kaslau ikut kira atas kertas, tentu Umno memang punya. Nak risau apa lagi?

Tapi realitinya, Umno memang risau di Kerdau. Depa tak berapa yakin depa boleh menang mudah. pemimpin Umno katanya lebih ramai diarahkan turun di Kerdau berbanding di Merlimau.

Blogger pencacai Umno pun lebih ramai berkampung di Kerdau waalupun depa lebih suka nak berkampuna di Merlimau. Iya la, apa yang ada di Kerdau. Kalau di Merlimau memang macam-macam ada. Kalau takat nak bersenam arobik tiap-tiap malam pun boleh.

Kalau tengok berita di TV pun. Lebih banyak dipaparkan aktiviti di Kerdau berbanding di Merlimau. Muka calon Umno yang pakai kupah tu lagi kerap muncul. Walaupun jawab tergagap-gagap tapi memanjang ada muka dia ditemuramah wartawan TV.

Apa sebenarnya punca Umno lebih risau di Kerdau?

Sumber image: TMI

Ini baru betoi. Cayalah....

Posted: 28 Feb 2011 06:59 AM PST




[Selanjutnya di sini]

Dengar tu.... Itu duit rakyat. Duit.... mak bapak kita. Kerajaan hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Inilah baru yang dikatakan Kerajaan Rakyat untuk Rakyat.

Jadi..... panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa, dengan membawa pulang segulung ijazah serta menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan berguna kepada agama dan negara.

Selamat pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kalian semua.

Musim Prk : ASKAR PUN SANGGUP JADIK BALACI UMNO JAHILLIAH!

Posted: 28 Feb 2011 06:58 AM PST



Alahai abang askar kite.... Bile ada PRK jer depa nih kene kerah ngan pak2 menteri untuk tolong depa... awat tak tolong masa takde PRK? dan Sejak biler abang2 Askar nih dok bawah BN/UMNO?
(baca selanjutnya....)

Mesti abang2 Askar sume tak puas hatikan dengan cara pemerintahan BN nih... ialah skop kerja jaga keselamatan negara tak kira masa, tapi BN buat abang2 Askar nih macam balaci dan pencacai2 yang boleh di suruh bila ada PRK....

Anyway Kesian pada abang Askar, dalam dok badan Tuff2 tu masih takut lagi dengan BN... kalau nengok askar Mesir hebat dorang, Pemimpin Corrupt depa tak sokong depa sindri masuk dalam perhimpunan jatuhkan Mubarak!

Kesian.... Abang Askar takut pe ngan BN nih?
EP

Batu Gajah Mari

Posted: 28 Feb 2011 11:45 AM PST

Batu Gajah Mari


Panas!! : Bukti siapa yang bantai buntut Saifull !!

Posted: 28 Feb 2011 07:05 AM PST


Dia la kot yang bantai buntut saiful.. udah le.. tutup la kes.. makin merapu.. haha.. 
Rakyat bukan percaya pun... huhu

PANAS!! Pemimpin UMNO suka tengok gambar lucah??

Posted: 28 Feb 2011 03:15 AM PST


Umno bukan sahaja menyerang peribadi calon di Merlimau tetapi juga menyebarkan gambar lucah dengan menggunakan teknik super impose yang menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Cuma saya nak bertanya daripada mana Umno dapat gambar lucah tu? Pastinya hanya mereka yang suka tengok gambar lucah yang tahu bagaimana nak dapatkan sumber gambar tu. Bayangkanlah apa akan berlaku kepada generasi kita apabila dipimpin oleh mereka yang suka tengok gambar lucah.

Jadi memang patutlah, Ketua Menteri Melaka beria-ia buat Sekolah Murid Mengandung ( sekolah Harapan ) di Serkam bersebelahan dengan Merlimau kerana banyaknya anak zina di Melaka antaranya yang lahir bahana daripada gambar lucah.

Celaka punya penyokong BN !!

Posted: 27 Feb 2011 07:41 PM PST



Aku yang ni paling pantang... !!! celaka!!!

UMNO punca saya pilih DAP- Zairil Khir

Posted: 27 Feb 2011 07:17 PM PST

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/lim_dan_zairil_1.jpg

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

"Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum," katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

"DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang' kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

"Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya," katanya.SH

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 28 Feb 2011 11:30 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Posted: 27 Feb 2011 07:25 PM PST


Ali Rustam Amal Dasar 'Apartheid' Di Melaka

Posted: 27 Feb 2011 07:23 PM PST

MERLIMAU, 27 Feb : Dasar Apartheid dah lama berkubur di Afrika Selatan pada tahun 1993. Dasar yang tak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.Diskriminasi melampau yang tak dapat diterima manusia normal. Walau bagaimanapun di Melaka yang kononnya Negeri Maju 2010, Ketua Menterinya masih lagi seolah-olah berbanggga dengan dasar serupa.

Tanpa segan silu dalam satu ceramahnya di Lipat kajang Merlimau malam semalam beliau memberitahu akan hanya mengutamakan penyokong BN dalam menagihkan bantuan kepada rakyat Melaka.

Pada sebelah siangnya semasa penamaan calon Ali Rustam dengan nada yang hampir serupa memberitahu wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong bahawa beliau hanya akan hanya mendengar suara dan permohonan mereka jika BN menang dalam pilihanraya di Merlimau. Inilah sebenar watak dalam pemimpin Umno, cuma Ali Rustam ni tanpa malu dan ragu bercakap secara terbuka. Pemimpin yang berfikiran seperti zaman batu yang sama sekali tidak layak untuk menerajui Melaka.

Biadota Calon PAS Dun Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 07:21 PM PST


Nama : Haji Yuhaizad bin Abdullah
Umur : 38 tahun
Pekerjaan : Ahli Politik
Alamat : Batu 23 ½ Kg. Chinchin


77000 Jasin Melaka



Nama Isteri : Shakila binti Mohamad
Pekerjaan : Guru
Bil. Anak : 04 orang



Kelayakan Akademik : Diploma Tasawwur Islam


Sijil Kemahiran MARA Kejuruteraan Mekanikal



Pengalaman Kerja : Juruteknik SIEMENS Semiconductor – 1994-1998

: Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (KOHAMAS) 1998-2000

: Pegawai Tadbir BORNEO Security Melaka – 2001-2003

: Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi 2003-2007

: Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Multimedia University 2010



Jawatan Dalam Parti

Kawasan : Timbalan Yang DiPertua Kawasan Jasin

: Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Jasin



Negeri : Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka

: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

: Pengerusi Lajnah Mobilisasi & Demokrasi Negeri

: Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Negeri



Pusat : Ahli Jawatankuasa Lajnah Mobilisasi & Demokrasi

: Ahli Jawatankuasa Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar

: Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya Pemuda Pusat



Pengalaman NGO : Mantan Bendahari Gerakan Belia 4B Kaw. Chinchin

: Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kompleks Guru Daerah Jasin

: Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Amal Caw Melaka



Pengalaman Luar Negara : Menyertai Seminar Al Quds di Makkah Al Mukarramah Disember 2009

Banyak isu pembangunan tidak selesai di Kerdau - Tuan Ibrahim

Posted: 27 Feb 2011 07:20 PM PST

KUALA KRAU: PAS dan Pakatan Rakyat Pahang menyangkal kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kononnya tidak ada isu yang perlu dibangkitkan pembangkang dalam pilihanraya kecil di Dun Kerdau sedangkan terlalu banyak masalah yang berlaku kata Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada media dalam sidang media hariannya di Markaz Induk PAS di Kerdau, pagi tadi Tuan Ibrahim mendedahkan terdapat banyak isu yang menyebabkan bandar Kerdau ketinggalan sejak puluhan tahun terutama dari aspek pembangunan.

Malah, lebih buruk lagi beliau mengkritik bagaimana berlakunya kelemahan perancangan dan pengurusan kerajaan menyebabkan adanya bangunan kuarters Polis yang terbengkalai dan kelihatan usang.

"Kita hairan bagaimana bangunan kediaman itu dibina cukup besar sedangkan jumlah keanggotaan Polis, saya difahamkan hanya berjumlah 16 orang. Ini menunjukkan kelemahan perancangan sehingga boleh membazirkan wang kerajaan," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim keadaan fizikal bandar Kerdau yang tidak ada pembangunan yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa telah membayangkan kepada kita akan kegagalan kerajaan bertindak sewajarnya.

"Saudara lihatlah bandar Kerdau yang tidak membangun sejak puluhan tahun, keadaan klinik kesihatan yang kecil dan tidak selesa ini membuktikan bagaimana kerajaan mengabaikan tanggung-jawab mereka," kata Tuan Ibrahim.

Selesai sidang media, para wartawan dibawa melawat pekan Kerdau bersama calon PAS, Hassanuddin Salim bagi membuktikan kenyataan yang dibuatnya.

Biodata Calon PAS Dun Kerdau

Posted: 27 Feb 2011 07:19 PM PST

BIODATA RINGKAS

Nama : Hassanuddin bin Salim
Usia : 43 Tahun
Tempat Lahir : Kg. Loyang, Sanggang
Asal : Kampung Loyang Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang
Pekerjaan : Usahawan
Kelulusan : 15 tahun dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah

: Pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk


Industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital temerloh

: Pernah berkhidmat di Sudan dalam industry minyak dan gas
Kegiatan Masyarakat : Pengerusi Surau Ar-Rahman Taman Tinah, Seberang Temerloh
Jawatan Parti : Bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang

: Kini, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh dan Ketua Penerangan PAS Pahang

:

Mewakili PAS dalam P'raya 2004 (Lanchang) dan 2008 (Kerdau).

Penduduk tegur MB agih Biasiswa Macam Angpau

Posted: 27 Feb 2011 07:17 PM PST

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

"Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

"Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

"Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa," jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

"Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

"Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

"Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul," ujarnya.

Umno Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Posted: 27 Feb 2011 07:16 PM PST

Parti Islam SeMalaysia meminta supaya Umno jangan tunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu. Umno cuba menunjukkan merekalah juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela Melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya Umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu. PAS mencabar Umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand? Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian? Siapa yang khianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu lesap. Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai. Selagi Umno mendakwa PAS yang khianat orang Melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. PAS akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini. Perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin Umno, sedangkan Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara Umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa. PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulama' diburu seperti penjenayah. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

DUN Lembah Jaya

Posted: 28 Feb 2011 11:21 AM PST

DUN Lembah Jaya


Pilihanraya Kecil: YB Khasim Semarakkan Kempen N28 DUN Kerdau

Posted: 27 Feb 2011 07:09 PM PST

YB Khasim dan Timbalan YDP PAS Maran Ustaz Ramli 'Gau'

27 Feb 2011 - Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau akan diadakan pada 6 Mac hadapan. Semua petugas termasuk pimpinan parti kompinen Pakatan Rakyat sudah mula merancakkan kempen di kedua-dua DUN berkenaan.

Dalam tinjauan awal di Kerdau petang ini, YB Hj Khasim sempat mencurahkan sedikit pengalaman kepada para Muslimat yang bertugas di Unit Peti Undi (UPU) Jengka 25 bagi menyuntik semangat agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih teratur dan terancang.

Petugas Muslimat UPU Jengka 25

Gunung Senyum



Singgah solat jama' fardhu Zohor & Asar di Masjid Kg. Masjid




YB Khasim Rai Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina JKK Kg. Baru

Posted: 27 Feb 2011 05:28 PM PST


27 Feb 2011, Kg. Baru Cina - Masih belum terlewat meraikan Tahun Baru Cina bagi JKK Kg. Baru Cina walaupun telah hampir sebulan perayaan itu berlalu. Satu program meraikan warga emas dan kurang upaya diadakan di sini dengan menyampaikan sumbangan berbentuk beg hamper, beras dan wang tunai kepada golongan tersebut.

ADN Lembah Jaya, YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz hadir bagi meraikan majlis yang cukup meriah itu. Dalam ucapannya di hadapan 240 orang penerima beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripad PAS, DAP dan Keadilan akan meneruskan dasar pejuangan mereka dengan membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima dan beramah mesra dengan mereka. Turut hadir bersama YB Khasim ialah Penghulu Mukim Ampang 1 Tuan Abdul Rashid Saman, Ketua Kampung Ampang Indah Tuan Hj Misbah Samad, Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Hj Mohd Saleh Daud dan Ketua Kampung Seri Taman Baru Encik Abdull Aziz Abdull Ghani.


Setiausaha JKK Kg. Cina Encik Ee Wai Leong selaku pegerusi majlis



Penghulu Mukim Ampang 1 Tuan Abdul Rashid Saman sedang berucap



Mengagihkan jamuan sate





Tuan Hj. Mohd Saleh (berbaju biru) dan Encik Abdull Ghani membantu menyampaikan beras






Dupahang's Weblog

Posted: 28 Feb 2011 11:19 AM PST

Dupahang's Weblog


Terbongkar: Pengundi Di Felcra Rumpun Makmur Mengaku Mereka Di Janjikan Habuan RM500 Jika Mengundi BN Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau

Posted: 28 Feb 2011 04:42 AM PST

http://pahangdaily.blogspot.com/ Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mengatakan mereka telah ditawarkan RM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini. “Saya [...]

PAS TOLAK PEMBANGUNAN, NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS HARI ini Najib `menjual' orang-orang Felda lagi. Sempena PRK Dun Kerdau yang terdapatnya begitu ramai pengundi-pengundi Melayu felda, Najib membuat janji dan seperti biasa meminta agar pengundi-pengundi memberikan undi kepada Bn jika mahu janji tersebut ditunaikan. SPR tetap macam biasa membisu seribu bahasa. PRK di Sibu dahulu, Najib berkata, 'I Help U, [...]

Kegilaan Fitnah BN di Jengka 22 – PRK Dun Kerdau.

Posted: 27 Feb 2011 10:41 PM PST

Provokasi yang dimainkan oleh BN di Jengka 22 PRK Dun Kerdau.

UMNO/BN KURANG AJAR DAN TIDAK TAHU MALU,SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA !

Posted: 27 Feb 2011 07:59 PM PST

Antara Dua Darjat ????

Posted: 27 Feb 2011 07:49 PM PST

Berubah mih enti kitai enti ka meda bansa Dayak mansang, maju sereta mujur dalam semua bidang sereta pengawa. Bansa bukai udah jauh ninggal ka kitai. Bansa kitai majak belaya, majak kapapas ka bansa diri, majak merinsa, majak nadai tanah, majak pecah-belah sereta majak carut. Enti kitai ka mansang baka bansa bukai, berunding mih kitai kaban [...]

Umno bertahan dengan isu kelulusan calon

Posted: 27 Feb 2011 07:41 PM PST

Oleh Khairi Abd Rahim Umno bertahan dengan isu kelulusan calon Sudah masuk hari kedua kempen, tetapi kem Umno masih berputar-putar mengenai status kelulusan calonnya, iaitu seorang bekas guru sekolah agama rakyat (SAR) yang dilantik sebagai penasihat agama Menteri Besar Pahang. Akhbar melaporkan hari ini, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan [...]

PAS Kawasan Gerik

Posted: 28 Feb 2011 09:43 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Ini baru betoi. Cayalah....

Posted: 28 Feb 2011 04:04 AM PST


[Selanjutnya di sini]

Dengar tu.... Itu duit rakyat. Duit.... mak bapak kita. Kerajaan hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Inilah baru yang dikatakan Kerajaan Rakyat untuk Rakyat.

Jadi..... panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa, dengan membawa pulang segulung ijazah serta menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan berguna kepada agama dan negara.

Selamat pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kalian semua.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Feb 2011 09:43 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

Posted: 27 Feb 2011 06:35 PM PST

7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Lihat sendiri kedua-dua gambar pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 28 Feb 2011 09:39 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


PRK Merlimau : Penyokong BN hina Tok Guru

Posted: 28 Feb 2011 08:37 AM PST



Tuan Guru dihina & diaibkan oleh UMNO & BN.

Betapa kurang ajarnya para penyokong UMNO & Barisan Nasional sehingga menghina ulama',

Gambar ini diambil sewaktu penamaan calon Merlimau pada 26 Febuari 2011. Betapa kurang ajarnya para penyokong UMNO & Barisan Nasional sehingga menghina ulama', samalah dengan sikap pimpinan mereka, ulama' dihina dan dicaci.

Foto oleh Topeng Perak Unmasked

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 28 Feb 2011 09:33 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


BETUL KE NI??? KE JANJI DI MULUT JE!!

Posted: 28 Feb 2011 06:15 AM PST

RM10 JUTA PROJEK KEBETULAN DI DUN KERDAU

Mungkin sebelum ini anda pernah menonton cerita-cerita drama Tamil dan Hindustan, ReJaM© tak dapat nak sebutkan tajuk cerita yang khusus. Dalam drama hindustan dan tamil, selalu kita disajikan dengan watak ahli politik yang jahat. Ahli politik tamil yang suka menipu rakyat demi meraih kuasa.

Selalu kita lihat dan kita berasa jijik dengan watak jahat ahli politik di dalam cerita tamil. Ahli politik yang hanya akan membantu rakyat semasa pilihanraya demi meraih undi rakyat. Ahli politik yang akan menabur projek-projek untuk rakyat di saat pilihanraya demi meraih sokongan rakyat. Inilah wajah ahli politik watak jahat di dalam filem tamil dan hindustan. Mereka akan berpura-pura baik di masa pilihanraya, pura-pura membantu semasa pilihanraya.

Kita dapat lihat betapa bodohnya rakyat yang ditipu oleh ahli politik watak jahat dalam filem hindustan dan tamil. Sudah ditipu berulang-ulang, namun rakyat di dalam filem tamil tetap akan mengundi ahli politik watak jahat itu. Malah rakyat di dalam filem tamil berasa bangga ditipu oleh ahli politik watak jahat.

Rupanya di Malaysia juga kita ada ahli politik watak jahat seperti ini. Ahli politik yang akan menaburkan gula-gula pilihanraya demi meraih undi rakyat. Namun bila ditanya mengapa ahli politik watak jahat ini baru nak mengumumkan projek ini? Ahli politik jahat negara kita ini akan kata "Saya sudah lama merancang projek untuk kawasan ini, ini semua kebetulan tiada kena mengena dengan pilihanraya" [Malaysiakini].



Apa yang kelakar dan peliknya, rakyat bersorak sorai bergembira dengan pengumuman projek-projek kebetulan seperti ini. Rakyat bangga ditipu oleh pemimpin ahli politik jahat seperti ini. Inilah cara ahli politik mengekalkan kuasa. Inilah juga cara rakyat ditipu oleh ahli politik jahat.


http://milosuam.blogspot.com

Hassanuddin: MB Pahang, Najib, bersedialah

Posted: 28 Feb 2011 06:09 AM PST

Bagi calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, amat penting bagi beliau berjaya dalam percubaan kali keduanya merampas kerusi itu kerana ia akan memberikan isyarat, kesan dan makna yang mendalam terhadap perjalanan politik di Pahang.

Katanya, kemenangan mereka di kerusi majoriti Melayu itu boleh memberi kesan langsung kepada kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"(Kalau) Kerdau ini (BN) kalah, Najib, get ready (bersedialah) untuk keluar daripada pejabatnya. Adnan Yaakob sekali," katanya ketika ditanya tentang kepentingan kerusi yang dianggap sebagai kubu kuat BN itu.

Ketika diwawancara Malaysiakini kelmarin - sehari sebelum penamaan calon - Hassanuddin menjelaskan perkara itu dijangkakan kerana berdasarkan peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu, kira-kira 19 daripada 42 kerusi di Pahang lebih berpotensi daripada Kerdau.

Pada 2008, PAS mendapat undi popular sebanyak 37 peratus di DUN itu.

"(Jadi) kalau (yang) 37 peratus ini jatuh (kepada PAS), kita akan memang majoriti di Pahang," katanya sambil memberitahu bahawa Kerdau dikelaskan sebagai kawasan "peringkat dua" yang mempunyai peratus sokongan antara 35 hingga 50 peratus.

Sambil mengakui tiada angka tepat buat masa itu, Hassanuddin berkata, kemenangannya di Kerdau akan membuka peluang Pakatan Rakyat mendapat 24 kerusi yang akan membolehkan mereka mendapat majoriti mudah dalam DUN Pahang.

"Ia penanda aras. Ini kepentingan Kerdau ini, ini signifikan Kerdau...," katanya bekas kontraktor untuk projek pembinaan berskala besar itu.

Aliran 'bukan agama'

Pakatan kini mempunyai empat kerusi dalam DUN Pahang. Dua daripadanya milik PAS dan dua lagi DAP. Satu kerusi dimenangi calon bebas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini, Hassanuddin menggalas tugas berat bagi menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dan bekerja sebagai penasihat agama kepada menteri besar Pahang.

NONEBagaimanapun, bagi Hassanudin - yang mengaku bersekolah dalam "aliran bukan agama" (aliran kebangsaan) dan bukan aliran agama seperti BN Syed Ibrahim - perkara itu bukanlah satu halangan kerana itu merupakan perkara konsepsual semata-mata.

Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu juga, Hassanuddin turut mengimbau kembali kenangannya mengenali Syed Azman sejak daripada zaman persekolahan lagi yang tinggal di kampung bersebelahan dengannya.

"Umur kami pun hampir sebaya. Dia sekolah agama, saya aliran yang 'tidak agama', aliran kebangsaan. Sekolah kami kebetulan berjiran. Daripada keluarga juga hampir sama, keluarga kampung yang biasa.

"Pergi sekolah masing-masing naik bas, Cuma dia dari Kuala Krau, saya Sangga. Ada kawan dia yang juga kawan saya," kata Hassanuddin yang kelihatan selesa menceritakan semula pengalaman lebih 30 tahun lalu.

Faktor 3+1

Bagaimanapun, bagi Hassanuddin, antara beliau dan Syed Azman beliau lebih banyak meluangkan masa di Kerdau ekoran Syed Azman berkhidmat dengan menteri besar di Kuantan.

Hassanudin juga mendedahkan tentang karektor uniknya - yang membentuk kefahaman politiknya - yang mana beliau merupakan anak seorang aktivis Parti Sosialis Rakyat Malaysia manakala ibunya pula anggota Umno.

NONEDi peringkat pengajian tinggi pula, beliau pernah terlibat dalam NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih pemimpin Umno pada masa itu.

Ditanya tentang situasi di tiga gugusan Felda dan sebuah Felcra di Kerdau atau lebih dikenali sebagai "faktor 3+1", Hassanuddin mengakui menggalas tugas besar.

"Kekalahan kita dengan (majoriti) 1,600 undi. Tetapi 1,300 datangnya daripada Felda," kata lulusan diploma daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang ukur tanah itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, beliau hanya mendapat sokongan 26.5 peratus pengundi daripada Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur yang mempunyai pengundi berjumlah 3,721 orang.

Jumlah besar pengundi Felda itu mewakili hampir separuh daripada 8,999 pengundi yang layak di DUN itu.-/ Malaysiakini

UMNO sememangnya PENGECUT!!!

Posted: 27 Feb 2011 03:12 PM PST

Terbongkar: Pengundi Di Felcra Rumpun Makmur Mengaku Mereka Di Janjikan Habuan RM500 Jika Mengundi BN Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau

Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mengatakan mereka telah ditawarkan RM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini. "Saya didatangi oleh beberap orang pemimpin UMNO setempat yang menawarkan bayaran RM500 jika mengundi BN. Dalam rumah saya ada empat orang yang boleh mengundi termasuk ibu bapa saya. Maknyanya kami berpeluang mendapat RM2,000 jika mengundi Barisan Nasional", kata seorang penduduk yang ditemui. Pendedahan ini sesuatu yang tidak mengejutkan sebenarnya. Malah, ia adalah senario yang biasa berlaku tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. BN hanya boleh menang dengan taktik "rasuah pilihanraya", jika tidak nama parti itu tidak termasuk dalam fikiran para pengundi sebenarnya. Tambahan pula mereka yang sudah sekian lama terbeban dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sekarang ini. Maka itulah, jalan terbaik ialah menawarkan ganjaran berbentuk wang ringgit agar pengundi tetap memberi undi kepada BN tanpa terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Inilah yang dimahukan oleh mereka sebenarnya.


Inilah dia pintu gerbang jalan masuk ke Felcra Rumpun Makmur itu

Janji yang akan hanya tinggal janji!!!

Posted: 27 Feb 2011 03:10 PM PST

Perdana Menteri Umumkan Peruntukkan Hampir RM10 Juta Untuk Projek Pembangunan Rakyat Di Dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh. Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta. Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000). Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.

PahangDAILY

Takziah dari PAS

Posted: 27 Feb 2011 03:08 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 28 Feb 2011 09:28 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR: PROGRAM SIRI KE II : 2- 3.3.2011

Posted: 28 Feb 2011 05:14 AM PST

Program holistik khas siri I untuk pelajar Mesir yang akan dibiayai penghantaran pulang oleh kerajaan Selangor telah  bermula pada 28.2.11. Seramai 142 orang pelajar perubatan /pergigian dan 30 pelajar pengajian Islam menyertai kursus SPIES , pemeriksaan kesihatan, pengupayaan pelajar melalui teknik  brain mapping serta  pengurusan pendaftaran pelajar bagi urusan penempahan tiket.

Di samping dialog serta motivasi pelajar MODUL ini diharap dapat  membantu pelajar Selangor yang bakal meneruskan pelajaran mereka supaya sentiasa berusaha meningkatkan daya tahan, daya maju dan daya juang serta daya saing agar mampu meraih kejayaan dunia dan akhirat. Pelajar juga diingatkan agat hormat dan taat kepada ibubapa serta Allah dan Rasul s.aw.

Siri ke II akan bermula dari 2 - 3.3.11

BAS disediakan untuk pengangkutan peserta di MASJID NEGERI di Shah Alam pada 7.30pg

PASTIKAN ANDA HADIR TEPAT PADA MASANYA!!

SILA BAWA PASPORT ANTARABANGSA

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 28 Feb 2011 09:08 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Pluralisme: Pas sanggup ketepikan soal agama demi kuasa

Posted: 27 Feb 2011 03:51 PM PST

Utusan Malaysia Online 28 Februari 2011

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Sikap berdiam diri Pas dalam isu pluralisme iaitu satu fahaman yang amat bertentangan dengan akidah Islam jelas membuktikan kepimpinan parti itu sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) berkata, ia tidak menghairankan kerana kepimpinan Pas kini lebih mementingkan kuasa daripada segala-galanya walaupun dahulu parti itu begitu kuat mempertahankan akidah.

Katanya, atas dasar itulah Pas sanggup bekerjasama serta mengiktiraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pendukung fahaman itu sebagai Ketua Pembangkang.

"Terang-terang tahap akidah Anwar boleh dipersoalkan ekoran hubungannya dengan fahaman pluralisme. Persoalannya mengapa Pas sedia bekerjasama dengan Anwar?
"Mengapa pada satu waktu dahulu mereka sanggup menuduh UMNO kafir tetapi dalam isu ini mereka diam walaupun jelas fahaman pluralisme bertentangan dengan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pemimpin-pemimpin utama Pas mendiamkan diri berhubung isu fahaman pluralisme menimbulkan persoalan.

Najib berkata, sehingga kini kesemua pemimpin utama parti tersebut seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyatakan pendirian mereka terhadap fahaman yang bertentangan dengan Islam itu.

Najib berkata, hanya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyatakan beliau tidak setuju dengan fahaman tersebut.

Nakhaie berkata, sepatutnya dalam isu tersebut Pas dengan tegas menyatakan penentangan mereka terhadap fahaman itu demi Islam yang suci.
"Ini tidak, mereka terus diam, langsung tidak memberi sebarang reaksi. Punca semua ini adalah kuasa," ujarnya.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin utama Pas sebenarnya tidak 'berani' menyatakan kebenaran kerana khuatir hubungan mereka dengan PKR terjejas.

"Inilah sikap sebenar pemimpin Pas. Walaupun jelas Anwar menyokong satu fahaman yang bertentangan dengan akidah Islam, mereka langsung tidak berbunyi," katanya.

Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

KHIDMAT MERU

Posted: 28 Feb 2011 09:05 AM PST

KHIDMAT MERU


MAJLIS MESRA GONG XI FA CAI

Posted: 27 Feb 2011 01:41 PM PST






Satu Majlis Mesra Gong Xi Fa Cai telah di adakan di perkarangan IPD Klang Utara. Majlis yang di anjurkan bersam oleh IPD Klang Utara dan Persatuan-persatuan Penduduk Taman Klang itu telah mendapat sambutan yang besar dari penduduk berbilang kaum di Sungai Kapar Indah tersebut.
Kehadiran Dato Thaiveegan , Timbalan Ketua Polis Selangor turut meriahkan lagi majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Tuan Mohd Shukor bin Sulong menegaskan bahawa tugas menjaga keselamatan adalah tugas bersama yang harus di pikul oleh pasukan polis dan orang ramai.
Turut hadir ialah YB Manikavasagam, YB Dr Abd Rani Osman dan OBD Klang Tuan Hj Abd Ghani Pateh Akhir.

PTRS DUN MERU 2011 TELAH DILANCARKAN.

Posted: 27 Feb 2011 03:48 AM PST








Dun Meru melangkah lebih awal pada 2011 dengan memulakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dengan mengadakan Pelancaran PTRS dan Majlis Motivasi Pelajar bersama ibubapa di Dewan Hambali Meru, Seramai 100 pelajar telah mengambil bahagian dengan disertai ibubapa mereka. ADUN Meru, Yb Dr Hj Abd Rani bin Osman telah sudi merasmikan majlis ini petang tadi dengan menyarankan semua pihak mengambil peluang terbaik program ini yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Melalui motivator, Ustazah Haslina . Pelajar dan ibubapa diberikan teknik dan resepi kejayaan dalam pendidikan yang diberkati Allah swt. dan ibubapa amanahkan untuk menjaga dan memantau aktiviti anak mereka sebilang masa. Pengarah program, KPMI Baharom bin Basiron dan barisan AJK dari JKKK Kg Meru akan bersama mengendalikan PTRS ini bermula bulan Mac hinga Oktober 2011. Harapan pencapaian keputusan SPM 2011 akan lebih baik dan cemerlang dengan usaha yang bersungguh dari pelajar dan penyelaras PTRS.

i n t a n h i j a u

Posted: 28 Feb 2011 07:30 AM PST

i n t a n h i j a u


SAYA BUKAN DIUPAH UNTUK MASUK PAS

Posted: 28 Feb 2011 05:38 AM PST


DESA MURNI-Bob Lukman petang tadi sempat merayu para pengundi DUN Kerdau agar menerima perjuangan PAS kerana menurut beliau yang pernah bergiat cergas dalam kempen pilihanraya kecil dan pilihanraya Umum sebelum ini menjelaskan bahawa beliau pernah berkempen di Baling bagi memenangkan calon Barisan Nasional yang sudah tentunya mendapat habuan kewangan dan tidak sebagaimana ketika beliau berada di pentas PAS.

Menurut Lukman lagi, beliau kini bermatlamat bahawa semua yang beliau lalui dahulunya dan kini setelah menerima hidayah beliau tahu erti sebenar perjuangan.Menurut beliau"Saya yang dahulunya melihat bahawa semuanya itu adalah semata-mata untuk keseronokan duniawi, kini saya kembali bagi membantu perjuangan bagi memartabatkan islam itu sendiri.Bila kita melakukan kesalahan , maka lebih mudah memohon kepada Tuhan dari memohon kepada manusia,maka saya memohon maaf kerana saya dipertemukan dengan Ir Nizar Jamaluddin dan juga anak Taib Azamuddin" katanya

Saya kagum dengan anak-anak muda yang tahu bahawa perjuangan bermatalamatkan menuju kepada sebuah negara Islamic ini menyedarkan saya"Saya lihat anak-anak muda ini macam budak rock, namun sembahyang tidak tinggal dan sempat pula mendakwah kita.Inilah yang tidak ada pada Umno dan apa yang saya lihat ialah pendokong dan penyokong PAS ini iklas hadir sebagai pejuang tulin" jelas beliau lagi.


Apa yang saya lalui dahulunya dalam keadaan "Laqo" atau lalai dalam banyak hal , namun semua ustaz yang saya jumpa semuanya adalah pendokong kepada PAS . Maka saya terfikir bahawa adakah saya sendiri yang mendapat ilmu ini tidak mahu menyokong perjuangan PAS ini.

Beliau sempat menjelaskan bahawa jika calon Bn yang mahu membuktikan bahawa beliau adalah seorang lulusan alazhar, maka luas lagilah seorang yang berkelulusan sebagai seorang jurukur tanah untuk menyedari bahawa ilmu Islam itu lebih luas dari yang punya sijil akademik dan tahu tentang hal islam.

"Kalau kita ada seribu orang disini, maka tugas itu dianggap selesai.Setiap seorang mencari seorang pengundi yang lainnnya , maka kerana itu usaha ini harus dilakukan".

Menurut Lukman lagi, perlunya penjelasan bahawa bukan semua yang kita ada ini kita mahukan yang baru, akan tetapi ialah perjuangan dan kemenangan bagi menidakkan kemenangan calon Umno dan seterusnya menegakkan sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya. 
wrlr.blogspot.com

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 28 Feb 2011 03:20 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Necmettin Erbakan, Bekas PM Turki meninggal dunia.

Posted: 27 Feb 2011 06:17 AM PST


Demikian BBC melaporkan Necmettin Erbakan, bekas PM Turki meninggal dunia. Beliau pernah ke Malaysia semasa menjadi PM Turki. Tuan Guru kepada gerakan Islam Turki dan seluruh dunia. Al-Fatihah.



Update;


PERUTUSAN TAKZIAH OLEH YB TUAN GURU PRESIDEN PAS






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.


Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.


Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.


Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.


AL FAATIHAH.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M

Pengikut