Isnin, 28 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 28 Feb 2011 03:18 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


101 dibebaskan tadi!

Posted: 27 Feb 2011 08:08 AM PST

AMAL BERI KHIDMAT BANTUAN KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN KEPASA SEMUA

Posted: 27 Feb 2011 07:27 AM PST

PAKATAN RAKYAT MUNGKIN HILANG SELANGOR - LIM KIT SIANG

Posted: 27 Feb 2011 07:23 AM PST

KEDAH online

Posted: 28 Feb 2011 03:12 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 27 Feb 2011 11:20 PM PST

Suara Sri Andalas


Kerajaan PR Selangor Kutuk Tangkapan Lebih 100 Orang Aktivis Masyarakat India

Posted: 26 Feb 2011 07:30 PM PST

Rakyat Selangor dari berbilang bangsa mengutuk sekeras-kerasnya  tindakan Polis menahan lebih 100 Orang menjelang perhimpunan di KLCC yang dirancang oleh beberapa organisasi masyarakat India pada hari ini.

Hampir semua yang ditahan terdiri dari masyarakat India dan  tindakan ini bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim UMNO / BN Najib Razak yang merupakan satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India yang merupakan etnik ketiga tertinggi di Malaysia.  

Tindakan Polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi Negara.   

Kerajaan UMNO/ Barisan Nasional harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel 'Interlok' dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut, sebaliknya kerajaan UMNO/BN  memperalatkan pihak Polis dengan mengunakan tindakan 'kuku besi'  menahan orangramai terutamanya berketurunan India di beberapa sekatan jalanraya menghala ke pusat belibelah ersebut.

Seperti laporan yang dipetik dari Malaysiakini dan beberapa laman web yang lain, kita merakam rasa kesal dengan tindakan pihak polis menahan dan seterusnya mengari  pemimpin Parti Hak Asasi (HRP) P. Uthayakumar  sebaik saja beliau meningalkan rumahnya  pagi ini. Beberapa lagi pemimpin HRP turut ditahan pihak Polis tanpa sebarang waran tangkap seperti yang diperuntukan oleh undang-undang.

Kita menyelar tindakan 'berat sebelah' dan 'pilih kasih' yang diamalkan oleh pihak Polis.

Pihak Polis tidak melakukan tangkapan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, GAPS dan Perkasa semasa mereka berarak beramai ke bangunan SUK, Shah Alam dalam isu hangat perlantikan Dato' Khusrin sebagai SUK baru-baru ini, sebalik dikhabarkan pihak Polis turut mengiringi perarakan tersebut. Beberapa lagi perarakan dan perhimpunan yang diadakan oleh gerombolan UMNO/BN di hadapan bangunan  kerajaan Negeri Selangor itu bukan sahaja tidak dihalang sebaliknya  pihak Polis sekadar membiarkan ianya berjalan tanpa mengambil sebarang tindakan seperti apa yang berlaku hari ini.

Apakah pihak Polis mengamalkan dasar 'warna kulit'….tindakan keras hanya diambil terhadap kaum India sahaja tetapi bersikap "menikus" terhadap orang 'Melayu' UMNO??  

Lantaran itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meminta Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri dalam Negeri untuk "serta merta" membebaskan P. Utthayakumar serta yang lain-lain tanpa sebarang syarat.

Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.

Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya  adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan.   


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : 11.30 Pagi - Ahad 27 Februari 2011

Anwar Ibrahim

Posted: 27 Feb 2011 07:10 PM PST

Anwar Ibrahim


Pilihanraya Sarawak : BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Akan Tumbang

Posted: 27 Feb 2011 06:33 PM PST

Dari TV Selangor
Oleh Aspan Alias

Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.

Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.

Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.

Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku.

Kali ini pembangkang yang begitu serius untuk menolak kepimpinan BN di bawah Taib telah menggunakan kaedah mendekati rakyat dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan radio, 'Free Sarawak Radio’ yang beroperasi dari Convent Garden, London yang diharapkan dapat mendekati hati rakyat yang ingin diperjuangkan oleh pihak yang ingin melihat tamatnya pemerintahan kuku besi Taib selama ini.

Dengan adanya gerakan seperti ini terhadap sesuatu pemerintahan ianya hanya membawa satu kefahaman bagi mereka yang mempunyai pemikiran siasah yang serius; iaitu mereka serius untuk memperbetulkan keadaan yang begitu serius yang dihadapi oleh rakyat. Bagi rakyat Sarawak yang tidak boleh berbuat apa-apa oleh kerana kuasa politik yang menekan yang dilakukan oleh Taib, kumpulan yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka terhadap negeri kelahiran mereka terpaksa melakukan gerakan yang mereka anggap sebagai tanggungjawab yang patut dipikul oleh mereka untuk membetulkan keadaan.

Kalau gerakan yang begitu seirus dilakukan oleh anak-anak Sarawak dengan kaedah yang betul-betul disiplin, selalunya gerakan itu akan berjaya. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang perubahan boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja.

Banyak perubahan telah berlaku dengan pantas dan apa yang berlaku di keseluruhan Semananjung Arab dan Utara Afrika sekarang ini adalah contoh yang sedang kita lihat dengan begitu jelas. Keruntuhan Tembuk Berlin yang telah memisahkan Jerman kominis dengan Jerman yang demokratik pada tahun 1989 dahulu berlaku dalam masa sebulan dua sahaja.

Di negara-negara Arab tidak ada parti-parti politik yang dibenar beroperasi secara halal pun boleh melakukan perubahan dengan cepat tetapi mereka melakukannya dengan cara berkonfrontasi yang merbahaya. Tetapi di negara kita, rakyat tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai banyak parti-parti politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara dan rakyat hanya perlu memberikan undi kepada mereka melalui pilihanraya yang diadakan setiap 45 tahun sekali.

Rakyat tidak perlu berpenat lelah untuk berdemonstrasi dan melumpuhkan sistem kehidupan seharian kita. Walaupun begitu banyak kenyataan pemimpin-pemimpin kita membuat kenyataan untuk menyedapkan telinga dan hati sendiri, hakikatnya tetap yang BN di Sarawak tidak lagi sebuah 'coalition’ yang semantap dahulu.

Penolakan rakyat semakin hari semakin jelas dan dengan adanya kesempatan untuk melakukan perubahan secara aman di negara ini maka kesempatan inilah yang memungkinkan BN kecundang dalam masa yang terdekat ini. Alasan untuk menolak kepimpinan BN oleh Taib ini adalah merupakan asas yang tidak lagi boleh dipersoalkan kebaikan niat pihak yang inginkan perubahan ini.

Dalam masa dan zaman ini mana-mana pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang individu yang seperti pemerintahan sistem Raja dan Maharaja seperti di negara-negara Arab akan mendapat tentangan dari rakyat yang inginkan cara pemerintahan yang tidak rasuah yang menerbitkan sistem krnism yang begitu menebal. Di Sarawak elemen ini jelas kedapatannya.

Jika ada pihak yang serius yang melakukan pembelaan kepada rakyat maka isu penekanan Taib dan parti pemerintah terhadap rakyat dan siasah negeri itu, pihak itu akan mudah mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang ramai.

Hanya yang perlu dilakukan oleh parti-parti pembangkang ini ialah untuk mendekati rakyat dengan waktu dan masa yang mencukupi untuk melakukan perubahan itu. Alasan untuk rakyat memberikan sokongan terhadap usaha mereka adalah kuat dan jika ada apa-apa perubahan di Sarawak, itu adalah perubahan yang akan membawa keabikan dan faedah kepada negeri dan rakyat negeri itu.

Kita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. Perubahan memang tidak lagi mustahil.

Malaysia Juga Ada Leila Trabelsi, Suzanne

Posted: 27 Feb 2011 06:30 PM PST

Dari KeadilanDaily

Jika Tunisia mahupun Mesir ada Leila Trabelsi dan Suzanne yang dibenci hingga menjadi antara faktor mencetus kebangkitan rakyat, Malaysia juga memiliki persamaan kerana pentadbiran negara dikuasai isteri pemerintah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

"Di Tunisia, rakyatnya lebih menyampah isteri Ben Ali kerana semua perkara akan terdapat nama Leila Trabelsi. Satu Ben Ali, tiga kali Leila.

"Rakyatnya menggelar Leila sebagai 'Leila Majnun' (Leila gila) kerana dia gila rupa, gila harta, tidak termasuk fesyen rambutnya lagi," katanya Anwar yang disambut ketawa tetamu sekali gus menggamatkan suasana majlis.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Ranting Taman Jati dengan kerjasama Cabang Tambun yang dihadiri hampir 1,000 orang.

Anwar berkata, masalah sama turut melanda Mesir kerana isteri Mubarak, Suzanne juga mempunyai tabiat seperti Leila.

"Suzanne dulu bekas jurusolek. Apabila berkahwin dengan Mubarak, dia yang mengkayakan anak-anak mereka sehingga semuanya bergelar jutawan.

"Mereka kaya kerana 'merompak' duit rakyat dan rasuah berleluasa di negara itu. Ditambah pula stesen televisyen dan medianya pula menghebohkan kekayaan itu.

Selepas diguling rakyat, Anwar berkata, Leila dan Suzanne masing-masing membawa keluar duit masing-masing 20 hingga 40 bilion dolar US "Terlalu banyak duit yang dibawa lari mereka selepas suaminya digulingkan rakyat," katanya.

Walaupun negara Timur Tengah itu jauh berbeza dari segi budaya, ekonomi dan politik, Anwar berkata, Malaysia turut mempunyai persamaan dengan Tunisia yang masing-masing 'dikuasai' isteri pemerintah.

Sehubungan itu, beliau menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak angkuh dengan mengatakan Malaysia tidak mungkin menjadi Mesir dan Tunisia.

Beliau mengingatkan Najib, kenyataan sama pernah diungkap pemerintah kuku besi, Hosni Mubarak dan Zine El Abidine Ben Ali sebelum mereka digulingkan rakyat mereka.

"Mubarak pernah melaungkan 'Ini Mesir'. Terbaru, Muammar Gaddafi turut angkuh mengatakan 'Ini Libya'. Apa yang berlaku? Gaddafi sekarang di ambang kejatuhannya.

"Najib juga mengeluarkan kata-kata sama apabila membandingkan Malaysia dengan Mesir dan Tunisia. 'Ini Malaysia, bukan Mesir'," katanya mengajuk kata-kata Najib.

Mahathir Adalah Pengkhianat Nombor Satu

Posted: 27 Feb 2011 05:48 PM PST

Dari Alhussseyn

Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.

Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja

Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan.

Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.

3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR]

Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini.

Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.

4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam

Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi; Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu.

DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran; Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.

Ah! Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia

‘Tidak Mustahil Asia Jejak Mesir Jika Rakyat Ditekan’

Posted: 27 Feb 2011 05:43 PM PST

Dari Malaysiakini

Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika negara-negara itu terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.

"Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa…amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,’ kata Anwar.

Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.
Impak besar

"Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat," kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja.

Anwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.

Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keseimbangan kuasa.

"Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi," katanya Anwar.

Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau kelas pertengahan.

"Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara," katanya lagi.

Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri.

Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara.

Badan kehakiman tercemar

"Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu," katanya.

Anwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

"Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi.

"Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik," kata Anwar.

Unfit For Democracy?

Posted: 27 Feb 2011 05:38 PM PST

From New York Times
By NICHOLAS D. KRISTOF

Is the Arab world unready for freedom? A crude stereotype lingers that some people — Arabs, Chinese and Africans — are incompatible with democracy. Many around the world fret that "people power" will likely result in Somalia-style chaos, Iraq-style civil war or Iran-style oppression.

That narrative has been nourished by Westerners and, more sadly, by some Arab, Chinese and African leaders. So with much of the Middle East in an uproar today, let's tackle a politically incorrect question head-on: Are Arabs too politically immature to handle democracy?

This concern is the subtext for much anxiety today, from Washington to Riyadh. And there's no question that there are perils: the overthrow of the shah in Iran, of Saddam Hussein in Iraq, of Tito in Yugoslavia, all led to new oppression and bloodshed. Congolese celebrated the eviction of their longtime dictator in 1997, but the civil war since has been the most lethal conflict since World War II. If Libya becomes another Congo, if Bahrain becomes an Iranian satellite, if Egypt becomes controlled by the Muslim Brotherhood — well, in those circumstances ordinary citizens might end up pining for former oppressors.

"Before the revolution, we were slaves, and now we are the slaves of former slaves," Lu Xun, the great Chinese writer, declared after the toppling of the Qing dynasty. Is that the future of the Middle East?

I don't think so. Moreover, this line of thinking seems to me insulting to the unfree world. In Egypt and Bahrain in recent weeks, I've been humbled by the lionhearted men and women I've seen defying tear gas or bullets for freedom that we take for granted. How can we say that these people are unready for a democracy that they are prepared to die for?

We Americans spout bromides about freedom. Democracy campaigners in the Middle East have been enduring unimaginable tortures as the price of their struggle — at the hands of dictators who are our allies — yet they persist. In Bahrain, former political prisoners have said that their wives were taken into the jail in front of them. And then the men were told that unless they confessed, their wives would promptly be raped. That, or more conventional tortures, usually elicited temporary confessions, yet for years or decades those activists persisted in struggling for democracy. And we ask if they're mature enough to handle it?

The common thread of this year's democracy movement from Tunisia to Iran, from Yemen to Libya, has been undaunted courage. I'll never forget a double-amputee I met in Tahrir Square in Cairo when Hosni Mubarak's thugs were attacking with rocks, clubs and Molotov cocktails. This young man rolled his wheelchair to the front lines. And we doubt his understanding of what democracy means?

In Bahrain, I watched a column of men and women march unarmed toward security forces when, a day earlier, the troops had opened fire with live ammunition. Anyone dare say that such people are too immature to handle democracy?

Look, there'll be bumps ahead. It took Americans six years after the Revolutionary War to elect a president, and we almost came apart at the seams again in the 1860s. When Eastern Europe became democratic after the 1989 revolutions, Poland and the Czech Republic adjusted well, but Romania and Albania endured chaos for years. After the 1998 people power revolution in Indonesia, I came across mobs in eastern Java who were beheading people and carrying their heads on pikes.

The record is that after some missteps, countries usually pull through. Education, wealth, international connections and civil society institutions help. And, on balance, Egypt, Libya and Bahrain are better positioned today for democracy than Mongolia or Indonesia seemed in the 1990s — and Mongolia and Indonesia today are successes. Prime Minister David Cameron of Britain visited the Middle East a few days ago (arms dealers in tow), and he forthrightly acknowledged that for too long Britain had backed authoritarian regimes to achieve stability. He acknowledged that his country had bought into the bigoted notion "that Arabs or Muslims can't do democracy." And he added: "For me, that's a prejudice that borders on racism. It's offensive and wrong, and it's simply not true."

It's still a view peddled by Arab dictatorships, particularly Saudi Arabia — and, of course, by China's leaders and just about any African despot. It's unfortunate when Westerners are bigoted in this way, but it's even sadder when leaders in the developing world voice such prejudices about their own people.

In the 21st century, there's no realistic alternative to siding with people power. Prof. William Easterly of New York University proposes a standard of reciprocity: "I don't support autocracy in your society if I don't want it in my society."

That should be our new starting point. I'm awed by the courage I see, and it's condescending and foolish to suggest that people dying for democracy aren't ready for it.

The Sand Storms of Revolution in The Middle East And Their Impact On Democracy in Southeast Asia

Posted: 26 Feb 2011 11:25 PM PST

Speech by Anwar Ibrahim at the Fifth Asian Renaissance Seminar on February 26, 2011 in Phnom Penh

My congratulations once again to the Sasakawa Peace Foundation and the Institute for Policy Studies for hosting this Fifth Seminar. This is indeed a most opportune time for our future leaders to engage with each other on the issues that matter most to meet the challenges of a rapidly evolving world.

It was only two years ago that I addressed the last Renaissance forum held in Manila and recounted the episode of my attempt at some crystal ball gazing on the geo-political situation in the Middle East. Today, as we all know, it gives me some degree of satisfaction to be able to say that I wasn't too far off the mark when I said that the winds of change from autocracy to democracy had been blowing across various parts of the Muslim world. Of course, little did I expect that the winds of change would transform into the sandstorms of revolution.

Indeed, regardless of the locus of the upheaval, where the formula for repressive rule is founded on the suppression of dissent by state controlled organs, such as the police, security forces or the military, the powers that be can only continue to be so as long as these organs do their bidding. As we witnessed in Tunisia, and then more significantly in Egypt, when these organs malfunction, or refuse to do their bidding, the entire substratum of control collapses enabling the people to progress from mere assemblies of protest to a virtual behemoth of regime change. Even as we speak, we know that events in Yemen, Bahrain and Libya are spiralling towards their inevitable resolution, no matter how stubbornly their leaders cling on power.

The problems that plague the Middle Eastern nations are no different from those affecting other parts of the world under autocratic regimes. The amassing of wealth by the elite at the expense of the masses, inadequate infrastructure, outdated education systems, deplorable health care and declining incomes in real terms – these are problems that almost all nations under autocratic regimes have in common. Political marginalization in all its implications and economic impoverishment, these are the perfect ingredients for political upheavals. Regimes that have gone past their expiry dates but continue to paint a facade of peace, security and even prosperity through the use of an elaborate propaganda machine are only delaying their final reckoning.

True, it will take some time for Tunisia and Egypt to move into the league of Muslim democracies such as Turkey and Indonesia, but even as the point of no return has been reached for the Middle East, we ask ourselves how these events may now impact the supposedly 'older' democracies in Southeast Asia.

It would do well to remind leaders here to vigorously pursue the agenda for socio-economic reform and to strengthen further the institutions of democracy and freedom. Fundamental safeguards put in place upon the attainment of independence from colonial powers have been systematically dismantled. In their place are draconian laws that violate fundamental liberties together with a systemic destruction of the separation of powers equation.

There are rare exceptions though. Indonesia, having undergone her transformational political upheaval and emerging from the storm a new nation altogether, still remains the shining example of a real democracy. Press freedom is alive and well, and the conduct of free and fair elections leaves her neighbours' looking like pathetic upstarts in the race for democracy.

Granted it is no Utopia, but the phenomenal changes in the areas of governance, the judiciary, and the pre-eminence of the rule of law set it as an exemplary nascent liberal democracy. So what happened to the rest of the pack?

The Philippines was at the fore front in the democratization process displacing their dictator with People Power. Under the late president Corazon Aquino, the Philippines got way ahead of the curve but, as they say, democracy can be here today and gone tomorrow. So this great nation has had its fair share of the trials and tribulations associated with the passage from martial law to full freedom and democracy. Fortunately, the backsliding from democracy was never that insidious as to destroy the entire foundation. The recent elections results make us optimistic that under its new President, the Philippines will be firmly on the road back to real freedom and democracy.

Taking lessons from history, we can say that with the exception of Japan and India, not more than 30 years had passed in the countries in Asia before the euphoria of independence became supplanted with the gloom of despotism and autocracy.

Still being championed by aging autocrats some still in power and some having ostensibly retired, the view is that authoritarian systems are better suited towards realizing socio-economic ends. The proposition is that in order to eradicate poverty and exploit resources to accelerate modernization, government must be paternalistic. This means rapid centralization of power together with the dismantling of the checks and balance. These are obviously antithetical to freedom and democracy.

Today, we see the rights and liberties of the people being progressively eroded – whether they are from minorities, the marginalized poor, the progressive middle class or from those on the other side of the political spectrum. At the same time, we see political leaders grandstanding before their electoral constituents even if it means fanning the fire of ethnic tensions and putting the long term stability of the nation in danger.

In a plural society, the empowerment of one ethnic group at the expense of another would only lead to a clash of competing interests which would in turn threaten the essential overlapping consensus. This consensus requires making adjustments to overlapping claims to entitlement of rights or competing goals. It is therefore incumbent on politicians be they in power or those in opposition to conduct themselves responsibly even if it means risking popularity. It is therefore doubly reprehensible for leaders in multi-ethnic societies who control the state organs including the mass media to stoke the fires of ethnic rivalry and animosity just so that they can stay in power.

Now apart from free, fair and transparent elections, the basic institutions of civil society must be in place with an independent judiciary that will function as an effective check and balance against the powers of the executive and the legislature. We cannot overstate the profound importance of an independent judiciary. A judiciary which is compromised can and will take a nation to political damnation. It breeds systemic failure of due process and the rule of law.

If the next generation is to inherit the legacy of an Asian Renaissance in its full bloom, then the lessons of the latest upheavals in the Middle East must be learned by the leaders of the region. Some seem to have taken cognizance and are humbled. Yet others have not only remained in denial but, for reasons best known to themselves, have displayed pure arrogance in the face of these stark realities. Some pride their sense of security in the attainment of economic wealth and progress. Some pride theirs on their own evaluation of their contribution to the political well being of the state. But let us remind these pompous and pontificating autocrats that the consequences for not heeding the call for freedom and democracy will be profound and far reaching. You may be able to swim against the current in the river when it serves but you cannot swim against the force of history.

While the collapse of the regimes in Tunisia and Egypt has proceeded on an uneven keel, the common thread that links it remains clearly a collective desire to break free from the chains of tyranny and political enslavement. In as much as democracy is not time bound, the world of cyber linkages is borderless. This has immense implications for autocratic regimes. Whether they call it managing information or filtering negative content, the fact remains that the Internet is being seen by such regimes as major threats to efforts in stifling dissent. Yet, despite having been proven to be a Sisyphean endeavour, (as in Egypt and Libya) the powers that be in this part of the world, continue to flaunt its role of cyber Big Brother.

But these are things that don't really surprise us, coming from a basically totalitarian state. But we need not look too far for surprises though. In Southeast Asia, bloggers are being hauled up to face charges for exercising their freedom of expression and that's simply because their expressions are not in favour of the ruling governments. Bloggers and websites dedicated to opposition bashing are allowed free rein and some are funded by the powers that be.

Finally, let me say a few words about the view that is gaining currency fast in the wake of the revolutions in the Middle East. This is the so-called 'rising tide of political Islam'. As I've said before, given a choice between freedom and dictatorship, Muslims will overwhelmingly choose the former. In any event, the fear of Islam hijacking freedom and democracy has been proven to be without foundation.

Hence, this rising tide of Islam catch phrase is nothing but another new way of beating the Islamic bogeyman, in its various manifestations of Islamophobia. This psychotic fear has not dissipated since 9/11 and has been given a new lease on life in the wake of the convulsions in the Arab world. And contrary to general belief, this phobia is not prevalent only in the West. We have on record a supposedly retired statesman in Southeast Asia expressing opinions on Muslims which betray an utter lack of sensitivity. We even have Muslim leaders in the region who appear to be suffering from the paranoia about the Muslim Brotherhood to a degree that rivals that of say Mubarak or even the Neo-cons of America.

We have already seen that right from the Tunisian revolution, and throughout the Egyptian phase and now in Libya, Yemen and elsewhere, the rallying cry had been freedom against tyranny and oppression. The demands of the people remain to be good governance, accountability for corruption, political empowerment and social justice.

Thank you.

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Posted: 27 Feb 2011 03:14 PM PST

Angkatan Muda Keadilan Melaka


Siri Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim PRK N27 Merlimau (1 Mac 2011)

Posted: 27 Feb 2011 11:06 AM PST


Tiada ulasan:

Pengikut