Isnin, 28 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Apo Kono Eh Jang!

Posted: 27 Feb 2011 07:35 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


Interlok – Dari Perspektif Orang India

Posted: 27 Feb 2011 02:06 AM PST

Penulis menyangkakan bila melepasi lampu isyarat keluar dari pekan Merlimau menuju balik, tugasan penulis untuk hari ini sudah selesai. Tapi deretan kenderaan yang memenuhi sepanjang jalan Merlimau-Jasin menarik perhatian penulis akan program yang sedang diadakan.

Kenderaan petugas BN yang dilihat menyakinkan penulis, itu bukan program pembangkang malah rupanya pertemuan pengundi dengan calon BN.

Jumlah orang yang ramai, bersesak-sesak memenuhi khemah tempat program perjumpaan dengan calon BN diadakan, menghalang penulis dari mendekati untuk mengambil gambar. Perjumpaan diadakan dikawasan kebun getah, suasana malap menghalang penulis yang hanya bersenjatakan kamera telefon untuk mengambil gambar dengan jelas.

Panjang pulak mukadimahnya ya.

Dipendekan cerita, penulis didekati seorang lelaki India pertengahan umur. Sesuai dengan kes mahkamah yang popular sekarang ini, penulis namakan lelaki ini sebagai Mr. G yang berasal dari Johor tapi telah berpuluh tahun menetap dikawasan estet berdekatan peti undi Seri Mendapat, Merlimau.

Asalnya untuk bertanya kereta siapa yang menghalang jalan, tapi kemesraan kemudianya membolehkan kami bercerita panjang.

Topik perbincangan mengenai demo Hindraf yang diadakan di Kuala Lumpur pada pagi tadi. Memandangkan Mr. G beragama Kristian, tiada halangan baginya bercerita banyak mengenai tradisi orang India yang banyak dipengaruhi unsur-unsur hiduisme, termasuk sistem kasta dengan terbuka.

Banyak perkara yang kami bincangkan, antaranya asal usul sistem kasta yang sebenarnya merujuk kepada kelas pekerjaan sehinggalah kepada perkataan pariah dalam novel Interlok. Apa yang boleh penulis simpulkan ialah, perkataan pariah atau kesingkatannya parie ini teramat sensitif dikalangan masyarakat India.

Lupakanlah soal Interlok ditulis 40 tahun dulu tapi tidak mendatangkan masalah, yang penting ialah sensitiviti orang India mengenai perkataan paria dalam novel Interlok itu perlu diambil berat oleh pihak kerajaan. Menurut Mr. G, tahap sensitiviti itu jika ada diantara orang India yang memanggil orang India lain sebagai pariah nesccaya orang itu akan diparang!!

Begitulah setakat yang diceritakan Mr. G.

Mr. G mencadangkan agar pihak kerajaan meminda perkataan pariah itu dengan perkataan Arjan. Perumpamaannya, orang melayu memanggil babi dibandng dengan khinzir – lebih lembut dan beralas walaupun mempunyai maksud yang sama.

Menurut Mr. G, orang India marah kerana sejak 'krisis Interlok' ini tercetus, semua mereka pun tidak kira apa kasta sudah dianggap satu kasta saja iaitu pariah. Ini yang sangat-sangat tidak menyenangkan mereka.

Menurut Mr. G lagi niat asal membangkitkan isu perkataan pariah dalam Interlok ini adalah baik tetapi telah dirampas oleh puak-puak radikal seperti Hindraf. Tanpa berselindung, Mr G menamakan 2 parti utama komponen pembangkang yang sebenarnya menjadi dalang atas kejadian hari ini.

Malah hari ini dipilih dengan sengaja untuk mengurangkan sebanyak mungkin undi orang India kepada BN di Kerdau dan Merlimau terutama di Merlimau yang mempunyai 14.16% pengundi India.

Semua orang India di Malaysia ini dakwa Mr. G mempunyai pengetahuan tentang demo yang diadakan hari ini. Ia telah disebar secara meluas melalui sms dan internet malah akhbar juga.

Justeru, jika mereka ditangkap dikawasan yang telah dikenal pasti, bermaksud memang mereka berada disitu untuk menyertai demonstrasi yang dianjurkan.

Itulah kisah perbualan penulis dengan Mr. G setelah diringkaskan.

Penulis tidak berada di dalam posisi untuk mengatakan siapa yang betul dan salah tetapi penulis harap dengan penubuhan jawatankuasa yang melibatkan penyertaan orang India dan pihak Kementerian dalam penyelesaian isu Interlok ini, semua pihak akan berpuas hati dan menerima jalan penyelesaian yang diputuskan nanti.



PAS tak yakin kemampuan sendiri di Kerdau..

Posted: 27 Feb 2011 12:38 AM PST

PAS di Kerdau ternyata tak mampu untuk menarik perhatian kaum cina apabila hanya mampu mengharapkan DAP melakukan tugas tersebut.

Perkara ini dibayangkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw ketika memberitahu media di Temerloh semalam.

Sebab itulah DAP berjanji akan berusaha keras untuk memastikan pengundi cina di Dun Kerdau akan memberikan undi mereka kepada calon PAS. Menurut Tan, DAP juga akan memastikan undi PAS bertambah disini walaupun satu undi berbanding PRU lalu.

Ini sekaligus membayangkan bahawa calon PAS Hassanudin Salim bukanlah satu calon yang mampu diterima oleh masyarakat setempat.

Mengapa PAS hanya mengharapkan kepada DAP untuk berkempen bagi pihak mereka dihadapan kaum cina sedangkan selama ini mereka kata kaum cina semua telah menerima PAS? Apakah mereka sendiri tak yakin dengan slogan PAS for All yang mereka laung-laungkan selama ini?

PAS seharusnya sedar, di Kerdau ni mereka bukan sahaja hilang kepercayaan dari kaum cina dan India, PAS juga telah kehilangan kepercayaan dari masyarakat orang asli dan juga bangsa melayu kebanyakannya.

Di samping itu, masyarakat Felda dan Felcra juga kurang yakin dengan kebolehan PAS mentadbir kawasan. Cuba kita bayangkan, kalau masyarakat Felda yang kebanyakannya terdiri dari orang Kelantan sendiri pun tak percaya kepada PAS, apatah lagi dengan penduduk Kerdau sendiri.

Walaupun kempen Pilihanraya sudah masuk hari kedua, PAS Pahang sendiri masih tak mampu untuk mengadakan ceramah kerana tak yakin dengan kemampuan jentera serta penceramah mereka sendiri.

Mereka hanya mengharapkan bantuan penceramah dari luar seperti Nik Aziz, Anwar dan Mat Sabu untuk datang berceramah mempromosi calon mereka. Kalau nak harapkan PAS Pahang, alamat tak bergeraklah calon PAS bagi Dun ini.

Semua ini menguatkan lagi dakwaan bahawa PAS bertanding di Kerdau ini hanya untuk menjaga imej mereka dari memberikan kemenangan percuma kepada UMNO/BN. Mereka sebenarnya sudah tahu akan kalah, tapi malu untuk mengakui hakikat tersebut.

PAS buat fitnah kata calon BN tak ada Sijil..

Posted: 26 Feb 2011 11:21 PM PST

Penyokong-penyokong PAS sebelum ni mengatakan yang calon UMNO/BN bagi PRK Kerdau menipu mengenai kelayakannya yang berkelulusan dari Mesir. Tapi, ternyata semua dakwaan mereka itu adalah fitnah semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Bin Shamsudin semalam telah mendedahkan sijil yang diperolehi oleh calon UMNO/BN tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa para penyokong PAS hanya tahu membuat fitnah yang langsung tak berasas bagi menjatuhkan imej calon UMNO/BN.

Sijil yang dikeluarkan Universiti Al-Azhar telah mengesahkan pembohongan yang dilakukan oleh pengikut-pengikut pembangkang di PRK Kerdau ini.

Ini pula Surat Pengesahan dari pihak Kedutaan bahagian Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah. Terdesak sangat nampaknya pihak pembangkang di Kerdau sehingga sanggup buat fitnah.

Slip keputusan untuk kelulusan pengajian bahasa arab yang diikuti oleh calon UMNO/BN, Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad di Mesir. Apakah pihak PAS ingat mereka sahaja yang mampu menguasai bahasa Arab di Malaysia ini?

Lihatlah bagaimana kejinya perangai pengikut-pengikut PAS yang tergamak buat fitnah hanya kerana politik. Inikah akhlak yang mereka war-warkan didalam sebuah parti yang kononnya Islam?

Inikah ajaran yang mereka belajar dari Tok Guru mereka Nik Aziz? Sungguh memalukan !!

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 26 Feb 2011 09:13 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 26 Feb 2011 06:00 AM PST

Calon Pas tidak gugat BN

Posted: 26 Feb 2011 05:46 AM PST

Pas tidak yakin kemampuan DAP

Posted: 26 Feb 2011 05:41 AM PST

Sg. Ayer Baloi pusat pelancongan sukan sungai

Posted: 26 Feb 2011 05:38 AM PST

DunSemarang

Posted: 26 Feb 2011 01:08 AM PST

DunSemarang


13 Mei dan Hindraf...27 Feb..

Posted: 25 Feb 2011 07:22 AM PST

..

Bagai satu kebenaran nyata dan terserlah NOVEL INTERLOK pujaan saya. Kisah nyata dan jelas..bagaimana pelayaran dalam sebuah Kapal belayar mencari satu kehidupan baru yang damai dnamakn TANAH MELAYU, penuh sahdu dan sopan bila mula menjejakan kaki ke Tanah Bertuah Melayu...namun setelah berjaya dan senang, aman, tiada lapisan kasta...nialai murni telah berubah, menjadi biadab dan lupa diri, anak peribumi yang pernah melindungi Datuk Nenek Moyang mula dan telah di gigit...Melayu bagai melepaskan ANJING tersepit.

Wahai HINDRAF dan para penyokong mu..silalah sila lah memprovokasi Melayu...buatlah demontrasi jalanan...kerana kamu memang tiada kerja..itulah kerja kamu..pokok getah dan estate pun telah berkurangan...INGATKAH kamu 13 MEI..bagaimana perarakan kaum Cina DAP Gerakan...mencaci Melayu..meludah...menghina...hingga Melayu yang ketika itu amat bersabar..hilang pertimbangan. Adakah kamu ingin mengulangi lagi..kali ini...antara Hindraf India dan Melayu.Siapa sebenarnya lebih Rasis...
Jangan usik HARIMAU TIDUR...kalau kamu tidak tahu belangNYA...kamu ingat kami ini KUCING..
Kalau peristiwa seperti 13 Mei berulang pada 27 Feb..sejarah akan tercatat kembali..siapa sebenarnya yang menghuru rakan TANAH MELAYU ini. Kenapa HINDARAF dungu sangat..kenapa mesti UMNO dan Melayu yang kamu benci...orang yang pernah mengizinkan kamu tinggal di sini dan menjalin Kontrak Sosial. Mengapa kamu sangat Hormat dengan MCA GErakan..DAP..Cina...kamu amat takut pada mereka......adakah mereka tidak RASIS...
Mengapa mesti UMNO PERKASA PEKIDA MELAYU..silalah naik kapal cari tempat lain dan membina semula INTERLOK versi BARU..
Jangan tunggu generasi Seperti Kami ini hilang pertimbangan gara gara karenah HINDARAF yang dungu....haramkan dan hapuskan HINDRAF..yang sememangnya tiada adab.
HIDUP Melayu..HIDUP UMNO..HIDUP PERKASA..HIDUP PEKIDA..
KALAU tulisan saya ini membuat HINDRAF marah...silakan
tetapi saya juga ada hak marah...saya juga ada perasaan dan Maruah..untuk membela anak Bangsa Melayu dan Malaysia.
ByM69.

Razlan's

Posted: 25 Feb 2011 11:04 PM PST

Razlan's


Bijak Mencari Duit Memang tidak Silap

Posted: 25 Feb 2011 02:25 AM PST

China Press
Tajuk:
Bijak Mencari Duit Memang tidak Silap


Duit itu tidak pernah dikatakan mencukupi, bukankah manusia itu
sentiasa perlu bertungkus-lumus siang dan malam untuk mencari duit,
ada sesetengah orang cari duit dengan cara halal, ada yang bijak dan
dengan mudah dapat duit, ada orang cari duit dengan cara akal yang
bijak, ada sesetengah orang mendapat rezeki kerana kehadiran mulaikat
rezeki padanya, ada yang mendapat rezeki secara rezeki terpijak, ada
juga sesetengah orang mengharungi bahaya dan risiko yang tinggi untuk
mendapatkan duit, sehinggakan boleh melibatkan nyawa kerana mahu
kejarkan kekayaan.

Dari segi pandangan saudara bangsa kita (orang-orang Melayu)
mengatakan orang-orang Cina pandai cari duit, bijak mengendalikan
kewangan, dan mereka anggap bangsa Cina mencari duit lebih bijak
daripada kaum-kaum lain, memang itu pun yang disanjung oleh kaum-kaum
lain, mereka cuba berbuat baik dan rapatkan huhungan dengan
orang-orang Cina, supaya dapat rapatkan jurang ekonomi dan kewangan
saudara kaum (orang-orang Melayu) itu, pihak kerajaan telah
bertahun-tahun melaksanakan polisi DEB, pelbagai polisi tongkat diberi
kepada orang-orang Melayu, membantu kaum Bumiputera tingkatkan
kedudukan ekonomi, supaya mereka dapat menjurus kepada peningkatan
sebanyak 30 peratus saham ekuiti Bumiputera.

Dalam projek DEB yang dijalankan selama puluhan tahun itu, matlamat
itu tidak juga tercapai, baru-baru ini Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata, sehingga ke
hari ini saham ekuiti bumiputera hanya mencapai ditahap 22 peratus
sahaja, masih belum mencapai ke tahap 30 peratus, malangnya beliau
tidak mahu komen dan nyatakan kenapa matlamat itu tidak tercapai.

Beliau berkata lagi, selepas perlaksanaan polisi DEB selama 40 tahun,
bilangan porfesional kaum Bumiputera di pelbagai bidang telah
menampakan bertambah jumlah bilangannya, ia menunjukan
sekurang-kurangnya polisi DEB itu berkesan dan berjaya di
bidang-bidang tertentu, mereka telah dapat melahirkan kumpulan
Bumiputera peringkat pertengahan.


Tetapi beliau berkata aset dan ekuiti Bumiputara dalam bidang hartanah
terutama sekali di kawasan Kuala Lumpur agak sedikit.

Maksud kata-kata menteri itu menunjukkan kaum Bumiputera masih
memerlukan tongkat, jika tidak ada tongkat semua tidak tercapai.

Ada orang secara bergurau senda berkata, bagi mencapai matalamat 30
peratus saham ekuiti Bumiputera, orang-orang Cina sepatutnya
lambat-lambatkan dan perlahankan langkah cari duit, jangan cari duit
terlalu cepat sangat dan jangan buat untung terlalu banyak dahulu,
jangan rebut kek ekonomi dari kaum Bumiputera, supaya tidak merampas
peluang ekonomi yang ada pada kaum Bumiputera.

Sudah tentu itu tidak boleh dijanjikan, Timbalan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin pula ada pandangan yang lebih bernas, beliau berkata
orang-orang Cina di Malaysia lebih sukakan duit, berkerja keras siang
dan malam mencari duit, dan dapat merangsangkan perkembagan ekonomi
negara ini.

Bersama-Sama Usaha Perbesarkan Kek Ekonomi

Muhyiddin Yassin berkata, setiap kaum mempunyai budaya dan kelebihan
tersendiri yang berbeza-beza, pada masa yang sama dapat membangunkan
negara ini, secara senyap pada masa yang sama mereka telah menaburkan
jasa bakti yang begitu besar pada negara ini.

Kata-kata seperti itu, kami tidak tahu sama ada orang-orang Cina faham
atau tidak maksud kata-kata Timbalan Perdana Menteri itu, kita akan
tersilap tangapan bahawa TPM kata orang-orang Cina hanya pandai
mencari duit sahaja, yang begitu berbau ketegangan. Terasa agak
filistin? Sebenarnya apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri
itu untuk disampaikan kepada kaum Bumiputera, memang betul orang-orang
Cina pandai mencari duit, menabur jasa yang amat besar kepada
pembangunan negara ini, rakan rakan kaum (Bumiputra) jangan lah rasa
iri hati, supaya tidak berlaku ketegangan antara kaum dan seterusnya
boleh hidup bersama dan berperpaduan.

Apa yang saya fikirkan ialah pada jamuan hari raya Cina tempoh hari
kata-kata yang dikeluarkan dari mulut bos TNB, beliau berkata semua
projek besar yang mahu dibangunkan tidak sepatutnya dimonopoli oleh
satu kaum sahaja, ia sepatutnya diberi kepada orang-orang yang mampu
melaksanakannya, orang-orang yang mempunyai prestasi baik akan
dilantik semula untuk projek-projek tersebut.

Beliau juga secara amnya menasihatkan adik beradik kita (orang-orang
Melayu) perlu berasaskan kebolehan diri sendiri dan bijak mencari
peluang, jika diri sendiri tidak pertahankan peluang dan lepaskan
peluang sehingga peluang itu diambil alih oleh kaum lain, jangan lagi
persalahkan orang lain, dan jangan asyik mahu bantuan tongkat. Selain
dari itu beliau juga berkata beliau saling bersefahaman dengan kaum
lain, saling bekerja sama, dan berkata beliau selalu meruangkan masa
melancong dengan kaum lain, beliau dapat bergaul dengan baik seperti
satu keluarga.

Beliau berkata lagi, sikap seorang manusia itu perlu berani lapangkan
dada untuk ambil projek-projek yang lebih besar, secara tidak lansung
akan memberi peluang kepada kaum lain, dan jangan asyik memonopoli
projek yang di tangan dan menjurus kepada dimonopoli oleh satu kaum
sahaja, kerana kita sendiri tidak mampu membahagi projek-projek dengan
adil, kita sepatutnya lihat diri sendiri, adakah kita mampu ambil
projek-projek besar dan mampun bertahan untuk membuat keuntungan lebih
besar.

Saya amat gembira apabila mendengar kata-kata yang bernas seperti itu,
mana-mana kaum yang mampu tingkatkan kebolehan mereka, sama-sama lah
kembangkan kek ekonomi itu, bersaing secara adil, cara itu adalah cara
yang paling terbaik, tidak perlu asyik gunakan tongkat lagi, jika
tidak ia hanya jadi seperti cerita kisah 1001 malam Aladin, negara
maju wawasan 2020 tidak mungkin akan tercapai.

Bercakap kena berhati-hati

Posted: 24 Feb 2011 11:47 PM PST

*** Persatuan-persatuan Melayu patut terasa ke ?

Tajuk:
Bercakap Kena Berhati-Hati
Nama samaran penulis Goh Cheng Lee

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Shou berkata Pihak kerajaan
amat jarang sekali lakukan penghantaran wang peruntukan terus masuk ke
dalam akaun sesuatu pertubuhan, kerana dikhuatiri disalah gunakan,
sebab itu tidak kira wang itu datangnya dari kerajaan pusat mahupun
kerajaan negeri, wang tersebut biasanya akan dihantar ke majlis
daerah, majlis perbandaran ataupun pejabat pembangunan negeri untuk
membangunkan sesebuah projek.

Beliau berkata, pihak kerajaan terus masukkan wang peruntukan ke dalam
akaun majlis pengelola sekolah kerana pihak kerajaan taruh kepercayaan
sepenuhnya terhadap majlis tersebut, dipercayai amaun itu dapat
digunakan dengan telus, dan pada masa yang sama nilai sebenar wang itu
akan meningkat.

Rakyat di negara ini percaya, kata-kata Gan Ping Shou itu sangat
menghina dan melukakan hati dan perasaan persatuan Cina dan
pemimpin-pemimpin persatuan Cina di seluruh negara, mendapat impak
bantahan yang kuat.

Gan Ping Shou serahkan peruntukan tidak secara langsung ke akaun
persatuan-persatuan Cina, kerana khuatiri persatuan Cina salah guna
wang dan menyelewengkan wang itu, kata-kata itu tidak berasas
langsung.

Kita percaya semua persatuan yang berdaftar setiap tahun akan
melaporkan perkembangan persatuan kepada pejabat pendaftaran persatuan
Malaysia. Dan semua persatuan sah dari segi undang-undang, segala
perjalanan dan tindakan persatuan mengikut perlembagaan pertubuhan dan
mempunyai jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dalam pertubuhan itu,
sama ada persatuan mahu ataupun tidak mahu luluskan sesuatu projek
yang mahu dilaksanakan, duit peruntukkan barulah boleh digunakan untuk
pelbagai yang diperlukan dalam sesuatu pertubuhan itu.

Selain daripada itu wang peruntukan untuk sekolah rendah Cina dari
kerajaan, adakah wang itu terus dimasukkan ke dalam akaun majlis PIBG
sekolah? Apa yang disebut seperti semuanya tidak berlaku, diminta Gan
Ping Shou selidiki perkara itu baru keluarkan kenyataan.

Persatuan-persatuan Cina dan pemimpin-pemimpin persatuan Cina anggap,
jika duit peruntukan itu diserahkan ke majlis daerah ataupun ke majlis
perbandaran sudah tentu duit peruntukan itu ada agenda-agenda lain,
dan bukan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Gan Ping Shou:
"dikhuatiri tidak telus dan ada penyelewengan".

Rahsia Yang Telah Terbongkar

Rakyat negara ini mungkin masih ingat lagi tentang kenyataan bekas
presiden MCA Ong Tee Keat tentang isu peruntukan 100 ribu ringgit
bertukar jadi 1 ribu ringgit, 30 ribu ringgit bertukar jadi 3 ribu
riggit, isu mencari peluang keuntungan dalam projek! Jika mahu buat
pemeriksaan kenapa tidak bongkar isu ini?

Isu kaut keuntungan dalam projek sudah puluhan tahun masih tidak
henti-henti, sebelum ini pernah ada seorang ahli parlimen dengan nilai
20 ribu ringgit dengan 2 buah lori besar angkut batu TAR jalan untuk
menurap jalan di sebuah sekolah, akhirnya ada sebuah lori kecil
larikan batu TAR jalan itu, turap jalan terpaksa dikurangkan seinci,
jalan seluas 40 sqft terpaksa timbul tenggelam tidak rata, rakyat
negara ini tidak tahu sama ada pegawai kerajaan dan kontraktor ada
subahat atau tidak dalam perkara ini untuk mencari untung?

Bekas pengerusi Dong Zong Guo Quanjiang (mandarin) pernah berkata:
pihak kerajaan keluarkan peruntukan membaik pulih kebocoran saliran
paip yang kehilangan air sebanyak 10 hingga 20 peratus dan mungkin
lebih.

Tetapi keadaan sampai waktu sekarang ini, peruntukkan yang dikeluarkan
untuk pembaik pulih kosnya lebih tinggi daripada asal iaitu sebanyak
10 peratus, 20 peratus dan mungkin jejak kepada 30 peratus, kenapa kos
untuk peruntukan peralatan saliran paip yang baru yang sepatutnya
digunakan, tetapi saliran paip air masih yang lama yang digunakan dan
dan sehingga sekarang masih bocor, pembaziran air semakin ketara yang
amat memeranjatkan.

Peruntukan telah dirompak bukan satu perkara rahsia lagi, nasib baik
pihak NGO persatuan-persatuan Cina nampak kebocoran itu, barulah
timbul akaun yang mencurigakan, dan kenapa isu ini masih tergantung.

Timbalan Menteri Gan Ping Shou sebagai seorang peguam, sepatutnya
dapat tangani isu rompakan duit peruntukan dan isu mencari keuntungan
dalam projek itu, kenapa beliau secara membuta tuli tuduh
persatuan-persatuan Cina yang tidak bersalah?

Wahai Timbalan Menteri Gan Ping Shou sila berhati-hati apabila bercakap!

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 25 Feb 2011 03:21 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


6 MAC 2011 ADALAH HARI PENENTUAN

Posted: 24 Feb 2011 05:30 PM PST

PAS TERUS BERDEGIL..

INFO PILIHANRAYA KECIL N27 DUN MERLIMAU
Hari ini, lengkap sudah pengumuman calun untuk parti yang bakal menentang calun BN di PRK N27 Dun Merlimau pada 6 Mac nanti ialah dari PAS setelah dinamakan Yuhaizat Abdullah, 38, oleh Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Jasin.

Cakap-cakap sebelum ini mengatakan PAS akan menarik diri dan memberi laluan kepada PKR telah terbukti salah. Ketua AMK PKR pernah menegas dan mendesak pucuk pimpinan Pakatan Rakyat agar PRK kali ini diberikan kepada PKR rupanya tidak mendapat perhatian. Walaubagaimanapun, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah meramalkan PAS akan kalah seandainya masih berdegil meletakkan calun mereka. Beginilah drama yang dapat kita saksikan di dalam Pakatan Rakyat.

Siapa si Yuhaizat ni? Telah kedengaran banyak cerita-cerita peribadi yang kontroversi dari penduduk-penduduk Merlimau. Dalam masa terdekat, kita akan dedahkan. Tetapi serba sedikit yang kedengaran boleh dibaca di sini

Tertanya-tanya mengapa Yuhaizat sanggup dikambing hitamkan oleh pemimpin-pemimpin mereka!

Terdahulu, calun BN telah diumumkan oleh TS Muhyiddin:
Dan hari ini, PAS pula mengumumkan calunnya;


Kita nantikan sama-sama di hari pencalunan pada 26 Mac. Apakah mungkin ada calun-calun lain yang akan turut serta bertanding atau hanya BN vs PAS sahaja? Perlawanan sudah bermula... Ayuh kita pastikan kemenangan untuk BN dengan majoriti yang megah!

RAKYAT DI DAHULUKAN : PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...

Posted: 24 Feb 2011 05:10 PM PST

PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...

Oleh: NOR HASILAH ISMAIL

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak umum kerajaan akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkn Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught berkuatkuasa Mei tahun ini.


Ketika mengumumkan demikian di Putrajaya, Jumaat, Perdana Menteri berkata penutupan tol itu adalah lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya, iaitu 2018. "Ini bermakna pengguna lebuhraya tersebut tidak perlu lagi membayar tol di lebuhraya berkenaan," katanya.


Najib berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuhraya berkenaan.


Beliau turut mengumumkan bahawa tiada kenaikan tol akan berlaku untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.


Beliau berkata keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun itu dibuat berikutan kesediaan dua orang ahli koporat korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi.


Najib turut menjelaskan tiada pampasan akan diberikan oleh kerajaan untuk semakan tol yang tertunggak dan beliau berharap syarikat konsesi yang lain sama ada untuk mengekalkan kadar tol atau mengurangkannya atau memansuhkan terus demi kepentingan rakyat.


Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas peluang BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang, Najib berkata beliau berharap pengundi memilih wakil rakyat yang berkaliber.


"Saya masih bertenang. Mudah-mudahan. Insyallah. Saya harap pengundi fikirkan masa depan mereka. Yang penting mereka pilih wakil rakyat yang berkaliber." ujarnya - 28/01/11.

CALUN BN TERUS DAPAT SOKONGAN.

Posted: 24 Feb 2011 05:08 PM PST

Roslan Ahmad, calon BN Merlimau...





Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Merlimau. Pengumuman tersebut dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN Merlimau petang Rabu.


Lebih 2,000 orang penyokong BN hadir pada majlis berkenaan termasuk ramai pemimpin BN seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.


Bercakap dalam sidang akhbar selepas pengumuman itu Muhyiddin berkata beliau percaya senario politik negara pada masa ini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atas faktor rasa puas hati yang dirasai oleh semua kaum di negara ini.
"Saya lihat peningkatan keseluruhan keyakinan rakyat kepada BN bertambah baik berbanding pilihan raya umum lepas (2008) dan rakyat kini lebih senang dan selesa dengan BN," katanya.

Muhyiddin berkata suasana "feel good" atau rasa puas hati itu dibuat berasaskan kepada kemenangan calon BN pada beberapa pilihan raya kecil yang lepas dan menurutnya senario itu perlu diperkukuhkan lagi.

Beliau berkata, BN telah mengambil langkah transformasi politik dan begitu juga perubahan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Transformasi itu yang dimulakan oleh Perdana Menteri sudah ada impak dan hasilnya rakyat akan lebih menilai keupayaan kita (menerusinya) berbanding apa yang dilakukan oleh pihak parti lawan," katanya.
Mengenai pilihan raya kecil DUN Merlimau, Muhyiddin menasihati jentera pilihan raya parti supaya tidak terlalu yakin walaupun penerimaan rakyat terhadap BN kini amat baik.
"Bermula hari ini, kerja-kerja turun ke padang boleh dilakukan untuk bertemu para pengundi," katanya dan tegasnya bertemu dengan pengundi adalah penting untuk bertanya khabar, bersalam dan bertanyakan masalah mereka untuk dibawa ke pemerhatian BN.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, BN Melaka sudah bersiap sedia bekerja keras bagi memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya kecil itu bagi memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dihasrat oleh Perdana Menteri.

"Insyallah, kita akan cuba," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi pendaftar melalui tujuh daerah mengundi iaitu Air Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Mohamad Hidhir pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
-23/2/2011






BERITA SEBELUM INI : 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'. Begitulah yang diboleh diibaratkan pada Roslan Datuk Ahmad yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Roslan, 44 tahun merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin merupakan anak kepada arwah Datuk Ahmad Ithnin bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974 – 1978) juga anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Beliau seorang bekas Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin selama dua penggal, pernah memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Merlimau selama 10 tahun.

Dilahirkan di Merlimau Pasir dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau.

Sekolah Menengah Teknik Melaka terus mengambil Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Maktab Adabi Muar dan menerima Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR)
Kuala Lumpur.

Beliau kini bertugas sebagai Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.


Ketika ditemui Agendadaily , Roslan merupakan seorang yang ramah, mesra, bersifat lemah lembut, berbudi bahasa dan menghormati pemimpin.

"Terima kasih pada pucuk pimpinan dan itu adalah amanah yang kita sebagai ahli politik mesti pikul demi kepentingan parti. Saya hanya boleh berusaha dengan azam yang kuat, namun tidak boleh bersendirian kerana seluruh pemimpin dalam UMNO Bahagian Jasin mesti memberi sokongan untuk menempa apa-apa kejayaan, itu bukan hanya pada saya tapi pada sesiapa pun yang jadi calon di Merlimau ini," kata Roslan.

DUN Merlimau mempunyai seramai 10,679 pemilih berdaftar termasuk 36 pengundi pos dalam rekod daftar pemilih sehingga 31 Disember lalu.
Terdapat pengundi Melayu 64.1 peratus, Cina (20.8 peratus), India (14.4 peratus) dan lain-lain bangsa (0.7 peratus).

Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan mengekalkan kerusi itu apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 21 saluran tempat mengundi. Sekolah-sekolah berkenaan adalah SJK (C)Jasin Lalang, SK Chinchin, SJK (T) Ladang Jasin Lalang, SK Merlimau 2, SK Merlimau 1, SK Merlimau dan SJK (C) Merlimau.-22/02/2011

APAKAH NASIB YUHAIZAT SAMA MACAM NORMALA, SAMA-SAMA KITA NANTIKAN!

Posted: 24 Feb 2011 04:59 PM PST

PRK Merlimau: PAS Pertaruh Yuhaizad

Yuhaizad Abdullah. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF
JASIN: PAS mempertaruhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Pengumuman calon parti pembangkang itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis dekat sini, malam Khamis.
Yuhaizad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin memiliki Diploma Tasawur Islam dijangka berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, pada PRK yang ke-15 sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke dan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Ghani Rahman.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin berkenaan pada pilihan raya kecil berkenaan.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan serentak dengan pemilihan Kerdau di Pahang.

PAS names candidates

Posted: 24 Feb 2011 04:57 PM PST



Reports by SA'ODAH ELIAS, MARTIN CARVALHO, R.S.N. MURALI, CHRISTINA TAN, ONG HAN SEAN, K. ASHRAF KAMMED and NIK NAIZI HUSIN

JASIN: Malacca PAS deputy youth chief Yuhaizad Abdullah, 38, is the PAS candidate for the Merlimau by-election and the party's candidate for the Kerdau seat is its Pahang information chief Hassanudin Salim.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang announced Yuhaizad's candidacy here last night at a gathering of 2,000 Pakatan Rakyat supporters at the party's Solehin headquarters in Merlimau Pasir.

The party's spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat named Hassa­nudin as the candidate in Temerloh earlier yesterday.

Yuhaizad, who is Jasin PAS division chief, will face Barisan Nasional's Roslan Ahmad who heads Perbadanan Melaka Holdings, a state corporation.

Yuhaizad, a local from Kampung Chihchin, has a diploma in Islamic Studies.

The Merlimau seat fell vacant following the death of its former assemblyman Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan on Jan 20.

Nomination day in both Merlimau and Kerdau has been set for Saturday and polling is on March 6.

The by-election for the Kerdau seat followed the death of its incumbent Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, on Feb 12.

Hassanudin had lost the Kerdau seat to Zaharuddin in the 2008 elections.

He will face the Pahang mentri besar's special religious officer Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, who has been picked as Barisan's candidate.

PENA DR SIVA :BN SUDAH BERSEDIA!

Posted: 24 Feb 2011 04:50 PM PST

Sudah bersediakah BN?

Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

SEJAK Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Disember 2010, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin.

Ekoran itu, ramai pihak menafsirkan bahawa Parlimen akan dibubar dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi. Benarkah BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU-13? Mampukah BN kembali meraih cemerlang sebelum PRU-12 pada 2008? Benarkah BN akan sekadar berpuas hati dengan keputusan yang hampir sama dengan PRU 2008 atau berpuas hati dengan peningkatan beberapa kerusi sahaja?

Selepas Mac 2008, tidak dinafikan BN sudah melalui proses muhasabah dan cuba membina parti berasaskan perubahan persekitaran landskap politik tanah air. Pelbagai pendekatan cuba diketengahkan termasuk memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang diikat dengan tiang seri seperti Pelan Transformasi Kerajaan (PTK). Ia didokongi pula dengan Bidang Keberhasilan Utama Baru (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10).

Malahan, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak kebelakangan ini menyebelahi BN dan antara faktor penarik adalah Najib dan gagasan besar beliau. Walaupun begitu, adakah ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa BN sudah bersedia berhadapan dengan PRU-13?

Ada ura-ura untuk mengadakan PRU dan pilihan raya negeri Sarawak serentak. Barangkali, perlu diingatkan kepada pihak yang berpandangan sedemikian bahawa PRU tidak boleh diadakan serentak semata-mata untuk menyelamatkan keputusan dan kepimpinan di Sarawak, walhal ia boleh diadakan pada masa berlainan dengan menanam keyakinan untuk mempertahankan majoriti dua pertiga, walaupun kemungkinan tidak sama dengan keputusan tahun 2006.

Keputusan PRU-13 adalah untuk membolehkan Najib diberi mandat bagi mentadbir urus negara tanpa perlu memikirkan persoalan politik yang terus menghujani negara sejak Mac 2008 terutama manipulasi yang berterusan sehingga melahirkan keadaan tidak menentu.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan iktibar dan iltizam sebelum benar-benar bersedia untuk melangkah ke PRU.

Pertama, adakah BN sudah melalui proses reformasi, pembaharuan menyeluruh dan bersedia menunjukkan keunikannya supaya pengundi memilih calon BN dan keluar dari krisis keyakinan serta kepercayaan yang terhakis sebelum Mac 2008?
Ia harus bermula dengan persiapan dalam parti komponen termasuk mengiktiraf kumpulan keahlian langsung parti BN serta beberapa kumpulan yang dilancar sewaktu Konvensyen 2010. Jika ahli terus BN dipilih sebagai calon, bersediakah parti komponen BN menerima keputusan sedemikian atas kepentingan martabat parti induk?

Kedua, adakah persediaan BN kali ini bebas dari kumpulan serpihan dalam parti yang menjadi dalang sehingga melakukan cah keting, sabotaj, boikot dan cantas mencantas. Musuh BN adalah BN sendiri dan bukan barisan pembangkang.
BN tidak boleh menyatakan ia sudah bersedia semata-mata kerana pihak pembangkang berhadapan dengan masalah kepincangan kepimpinan parti ataupun PRU perlu diawalkan memandangkan global akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang lebih buruk.

Malahan rentetan peristiwa di Asia Tengah seolah-olah menunjukkan krisis ekonomi global satu kebarangkalian besar terutama dengan penawaran dan permintaan minyak yang mungkin akan melambung selepas ini. Apapun, persediaan BN perlu melangkaui elemen-elemen tersebut.

Ketiga, apakah jentera parti sudah mantap berbanding dengan persediaan sebelum ini yang sering berkeyakinan tinggi sebelum PRU tetapi lembap dan kurang berdaya ketika PRU kerana sikap terlalu yakin. Apakah ia sudah padat dengan skil berpolitik alaf baru dengan keupayaan manipulasi politik secara kreatif termasuk media alternatif untuk bersifat ofensif daripada defensif dalam parti komponen agar ia dapat digerak sebagai satu pasukan 1Malaysia BN.

Pengerusi BN perlu diberikan informasi tepat mengenai persekitaran komuniti serta anggota parti kerana masa depan BN juga bergantung kepada prestasi komponen BN. Pemimpin akar umbi perlu diberi pengiktirafan terhadap tanggungjawab mereka untuk membawa sokongan ke atas BN.

Keempat, adakah manifesto PRU-12 sudah dipenuhi beserta dengan pelaksanaan menyeluruh gagasan doktrin Najib kerana slogan 'pencapaian diutamakan', sudah pasti akan menjadi sebahagian daripada manifesto BN pada PRU-13.
Kegagalan melaksanakan apa yang dirungkai dalam manifesto 2004 pada PRU-11 menyebabkan keyakinan pengundi BN merosot pada PRU-12.

Kelima, apabila BN nyatakan sudah bersedia, ia juga akan mencerminkan ia sudah berdiri dengan kekuatan sendiri dan bukan kelemahan lawan. Politik adalah 'the arts of possible', banyak kemungkinan yang perlu dihalusi, diteliti dan diperincikan sebelum BN boleh menganggap ia bersedia. BN perlu belajar daripada kesilapan congakan Mac 2008 apabila ada laporan tidak benar bersifat membodek pemimpin diberikan semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin atasan termasuk fakta yang tidak memperlihatkan sentimen di peringkat akar umbi.

Banyak nilai seperti maklumat empirikal perlu menyokong laporan yang menyatakan BN sudah mendapat sokongan. Jika ya..., bagaimana dan mengapa sudah berubah untuk membolehkan strategi yang sesuai disusun dalam kerangka pemasaran politik BN.

Keenam, persediaan akan menyerlah jika isu nasional dapat diminimumkan serta mempunyai pemikiran sebagaimana pihak pembangkang berfikir untuk menangkis sebarang isu dengan segera dan lincah dalam menangani isu tersebut. Ini memerlukan latihan berterusan melibatkan pemimpin akar umbi yang perlu diberi pengiktirafan sewajarnya secara berterusan. PRU-13 akan bersifat lokal dan pemimpin akar umbi merupakan 'pelengkap' antara parti dan pengundi setempat.

Ketujuh, koordinasi dengan badan bukan kerajaan dan organisasi baik di peringkat lokal, negeri mahupun kebangsaan sudah diperbaiki kalaupun tidak diperkukuhkan. Yang penting adalah kestabilan hubungan yang berpanjangan dan bukan bermusim.

Kelapan, integrasi dengan pengundi muda yang sebilangannya mempunyai tendensi untuk menilai dan bergantung kepada maklumat yang diperoleh dari media alternatif yang kemudiannya turut digunakan untuk mempengaruhi orang tua mereka.

Kesembilan, sokongan penjawat awam yang merudum ketika Mac 2008. Adakah usaha dilakukan untuk mengenal pasti faktor mengapa ia berlaku dan dalam proses menjadi negara berpendapatan tinggi, adakah sudah tiba masanya untuk meminda skala gaji penjawat awam termasuk anggota polis, tentera, guru, pensyarah, kakitangan agensi lain mengikut skala gaji negara berpendapatan tinggi?


Kesepuluh, 'winneable candidate' termasuk kedudukan BN di konstitusi yang tewas pada PRU-12. Adakah penyelaras akan dilantik semula sebagai calon atau BN sudah mengenal pasti beberapa calon agar pengundi diberi pilihan dan diminta pandangan sebelum dipilih sebagai calon agar masalah pilihan raya lalu tidak berulang sehingga berlaku penukaran senarai calon pada saat-saat akhir yang boleh menimbulkan masalah dalaman berpanjangan.

Kesebelas, formula agihan kerusi termasuk penukaran kerusi sesama parti komponen perlu dirancang dan dibincang, bukan beberapa hari sebelum atau selepas pembubaran Parlimen. Perbincangan menyeluruh dari semasa ke semasa dengan nilai konsistensi dari semua pihak akan menguntungkan BN.

Kedua belas, adakah BN sudah bersedia untuk 'menggempur' dengan perang saraf di ruang siber bersandarkan kepada matlamat untuk kekal di Putrajaya? Persoalan faktor 'X' mengapa pengundi perlu mengundi BN perlu diteliti sepenuhnya sebelum tarikh PRU-13 diumum.

Ketiga belas, tarikan ke atas pengundi atas pagar yang memerhati, meninjau dan akan membuat keputusan di saat-saat akhir hari pengundian. BN perlu konsisten untuk memenangi kumpulan ini dan pendekatan BN juga perlu disesuaikan dengan kumpulan sasar seperti wanita, belia, orang kelainan upaya dan warga emas. PRU-13 penting untuk mendapatkan semula mandat besar bagi BN dan kesemua 13 indikator di atas boleh dijadikan rujukan ke arah tersebut.

BN hanya dapat mengisytiharkan sudah bersedia jika masalah dalaman berjaya diminimumkan, manifesto PRU-12 dan doktrin Najib sudah dipenuhi, isu tempatan sudah diselesaikan, jentera mantap sebagai satu pasukan dan amalan skil berpolitik matang bersesuaian dengan persekitaran politik baru tanah air. Apa yang wajar dilakukan kini adalah mengambil kira pertimbangan dan pandangan Najib sepanjang pertemuan yang diadakan untuk kemenangan BN dan ia banyak bergantung kepada motivasi dan keazaman kepimpinan setempat untuk melakukan apa sahaja tanggungjawab yang belum diselesaikan demi masa depan BN.

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

Padah cuai isi borang

Posted: 24 Feb 2011 04:45 PM PST


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

MASIH segar dalam ingatan bagaimana sikap pandang enteng calon terhadap undang-undang pilihan raya menyebabkan mereka kalah sebelum masuk gelanggang. Pada pilihan raya umum (PRU) 2004, empat pencalonan ditolak.

Pertama, Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi di DUN Senggarang akibat nama pencadang dan penyokong untuk calon berkenaan tidak ada dalam Bahagian Pilihan Raya.

Maruah BN tercalar kerana akhirnya Johor menerima kerusi pertama Pas di negeri itu.

Tiga yang lain pula melibatkan kerusi DUN Subang Jaya (DAP), Penawar (Pas) dan Parlimen Pengerang (Pas). Calon DAP dan Pas terbabit gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya. Di DUN Subang Jaya, Lee Hwa Beng (BN) menang tanpa bertanding.

Pada 1999, beliau mendapat undi sebanyak 15,701 berbanding Ong Ing Siong sebanyak 8,806 undi (tidak sampai dua pertiga majoriti). Sama ada tersilap atau sengaja, DAP telah memberi laluan mudah buat BN pada 2004 di kawasan yang majoriti penduduknya kaum Cina.

Pas di DUN Penawar dan Parlimen Pengerang hilang kelayakan bertanding di kedua-dua kawasan sekali gus kerana kesilapan pasukan Fikri Sudari (calon Pas) yang tidak menghantar penyata. Demikianlah senario sesebuah kerusi yang belum lagi panas dan hangat dipertandingkan tetapi secara tiba-tiba begitu mudah dimiliki pencabar dalam persaingan dua penjuru. Seseorang calon mungkin cerdik pemikirannya tetapi implikasinya cukup besar jika calon cuai atau sambil lewa mematuhi peraturan dan undang-undang pilihan raya.

"Risiko ini juga tidak mustahil berlaku pada hari penamaan calon di DUN Merlimau dan Kerdau esok (Sabtu) jika parti-parti bertanding tidak berhati-hati," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada Utusan Malaysia.

Wan Ahmad menarik perhatian bagaimana sesiapa sahaja akan mencari kesilapan pencabar mereka selepas borang pencalonan diisi, hatta 'sekecil zarah' sekali pun.

"Contohnya cara nombor kad pengenalan itu ditulis, akan ada yang persoalkan mengapa tidak ada sengkang (-) di antara nombor-nombor atau kenapa pula ada sengkang.

"Asal jangan tidak (pasti ada yang tidak kena), tidak kira sesiapa pun akan membangkitkannya semasa proses bantahan (selepas pukul 10 pagi). Jadi, semasa mengisi borang antara pukul 9 hingga 10 pagi, berhati-hatilah," katanya.

Ditanya apa antara kesilapan remeh yang dilakukan mereka yang mengisi borang pencalonan, beliau lantas mengingati sesuatu.

"Pernah ada bakal calon yang terlepas pandang berikutan pada saat-saat akhir, penyokong dan pencadangnya tarik diri. Dia kemudian menggelabah dan 'tangkap muat' penyokong dan pencadang yang lain.

"Malangnya, salah seorang daripada yang dipilih itu belum dilepaskan daripada muflis. Akibat daripada itu, lawannya diisytiharkan menang tanpa bertanding," katanya.

Selain itu, antara kesilapan mudah dilakukan bakal calon adalah lupa membawa resit bayaran deposit yang telah dijelaskan dan membiarkan kosong pada ruangan pekerjaan.

Wan Ahmad memberitahu, SPR seboleh-bolehnya mahu pertandingan berlaku di sesebuah kerusi pilihan raya berkenaan.

"Jika pertandingan itu tidak terjadi disebabkan kesilapan teknikal semasa mengisi borang pencalonan, ia seolah-olah tidak menepati semangat demokrasi untuk rakyat memilih wakilnya di bahagian pilihan raya berkenaan," katanya.

Risalah perkauman: Perkasa Melaka buat laporan polis

Posted: 24 Feb 2011 04:35 PM PST







JASIN 24 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran satu risalah berbaur perkauman menggunakan lambang pertubuhan itu yang diedarkan di sekitar taman-taman perumahan di Merlimau.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Yang Dipertuanya, Abd. Rahim Osman, 50, di Balai Polis Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.

Menurut Abd. Rahim, pihaknya terpaksa membuat laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah yang mengandungi Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dan tertera ayat 'Cina khianat negara.'

"Pengedaran ini adalah satu fitnah. Perkasa Melaka tidak pernah mengeluarkan apa-apa risalah yang berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Risalah yang diedarkan di lima taman perumahan di sekitar Merlimau sebenarnya cuba memburuk-burukkan nama Perkasa dan membangkitkan kemarahan orang Cina.

"Perkasa Melaka terpaksa membuat laporan polis kerana risalah yang diedarkan berbaur perkauman dengan menggunakan lambang Perkasa," katanya selepas membuat laporan hari ini.

Menurutnya, ahli Perkasa mengesan risalah tersebut diedarkan di Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri Merlimau dan Taman Deretan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Sehubungan itu, Abd. Rahim mendesak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah berbaur perkauman.

"Polis perlu mengambil langkah pencegahan kerana pengedaran risalah sebenarnya cuba menghuru-harakan perjalanan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac depan," tegasnya.

Beliau tidak menafikan risalah yang diedarkan di sekitar taman-taman perumahan di Merlimau itu dilakukan oleh pihak yang mungkin terlibat dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Di Merlimau, katanya, Perkasa tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik sebaliknya ceramah yang diadakan di sini dua hari lalu lebih memperkatakan mengenai orang Melayu semata-mata.

Menurutnya, Perkasa, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah menafikan sumbangan penting kaum Cina dalam pembangunan negara.

"Perkasa tidak pernah mengajak ahlinya untuk bersifat perkauman dan cukup jelas risalah ini bertujuan menghasut pengundi Cina supaya membenci Barisan Nasional (BN)," katanya.

Posted: 24 Feb 2011 04:27 PM PST

 


ROSLAN AHMAD


JASIN 24 Feb. - Setiap pagi kebiasaannya, Roslan Ahmad, 44, sudah berada di pejabatnya di Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. di Kota Cemerlang, Ayer Keroh.
Namun, mulai hari ini, perwatakan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin berubah sekelip mata selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.
Pakaian dulunya kasual kini sudah beralih ke pakaian baju putih tertera lambang Barisan Nasional (BN) dan bersongkok, selain wajahnya yang dulunya agak serius tetapi berubah dengan terukir wajah gembira.
Kira-kira pukul 8 pagi, beliau bersama ibunya, Datin Ramlah Jaafar, 76, serta empat kakaknya menziarahi dan membaca surah Yasin di pusara bapanya, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin di Tanah Perkuburan Islam Merlimau di sini.
Arwah bapanya merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai.
"Menziarahi pusara arwah ayah memang sudah menjadi kebiasaan saya serta ibu dan kakak-kakak yang lain.
"Saya memohon berkat agar saya dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai wakil rakyat di Merlimau," ujarnya ringkas ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Merlimau di sini hari ini.
Sejurus selepas itu, Roslan berkunjung ke bilik gerakan BN sebelum berkenalan dengan semua warga jentera pilihan raya di situ.
Selepas itu, beliau dibawa oleh jentera NGO berkunjung ke beberapa buah rumah di Kampung Permatang Bukit dan Kampung Solok Telok sambil menyerahkan bantuan kerusi roda kepada warga emas yang tidak dapat berjalan.
Gelagat Roslan nyata nampak kekok pada awalnya apabila bersalaman dengan penduduk sambil memperkenalkan dirinya sebagai calon BN yang bertanding di pilihan raya kecil DUN Merlimau.
"Hidup saya rasa lain daripada yang lain. Rutin hari ini cukup berbeza daripada kebiasaannya. Kali ini saya mula menjelajah dari kampung ke kampung bertemu masyarakat daripada pelbagai kaum.
"Ini tugas baru saya dan agak kekok juga pada awalnya tetapi sudah semakin serasi," katanya

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH....

Posted: 24 Feb 2011 03:51 PM PST

Cawangan Pemuda UMNO ditubuh


Sebahagian daripada 78 pemuda Kampung Chinchin, Jasin, bergambar bersama Razali Ibrahim (berdiri lima dari kiri) dan Nazir Hussin Akhtar Hussin (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan Pemuda UMNO kampung itu, baru-baru ini.


JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.
Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.
Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.
"Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.
Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.
"Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya.

umno bahagian cheras

Posted: 25 Feb 2011 01:22 PM PST

umno bahagian cheras


Pergolakan di kampus : Syed Ali bimbang pembangkang jadikan mahasiswa kader politik

Posted: 25 Feb 2011 12:05 AM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee bimbang golongan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijadikan kader-kader politik oleh pembangkang dalam usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar, tetapi kita kesal kerana mahasiwa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran bukannya terikut dengan rentak pembangkang," tegasnya.

Beliau berkata, berdasarkan perjalanan pilihan raya kampus di universiti-universiti tempatan menunjukkan pihak pembangkang cuba menguasai kumpulan pro-mahasiswa.

Pilihan raya kampus kali ini menarik perhatian ramai apabila berlaku kejadian bergaduh dan tunjuk perasaan 17 jam oleh mahasiwa termasuk misteri 'kehilangan' calon pro-mahasiswa.

Malah keadaan bertambah tegang apabila ibu kepada salah seorang calon pro-mahasiswa, yang dikatakan salah seorang pemimpin sayap PAS dikatakan turut berkempen.

Kampus dijadikan gelanggang politik pembangkang

Dalam hal ini, Syed Ali kesal kerana universiti telah dijadikan gelanggang politik oleh parti-parti pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa.

" Pembangkang cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal dengan memainkan sentimen kuasa pelajar dengan menjadikan revolusi poklitik di Timur Tengah sebagaia aspirsi perjuangan mereka," katanya.

Beliau tidak menolak perkembangan tersebut kesan daripada sikap terbuka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang sebelum ini dilihat terlalu lantang membela golongan mahasiswa.

"Banyak pihak berpendapat Saifuddin terlalu bersikap terbuka dan pendiriannya terhadap gerakan mahasiwa kadangkala dilihat bercanggah dengan kepentingan kerajaan," tegasnya.

Dalam hal ini, beliau bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan perlu pantau kemungkinan gerakan pro-Anwar juga turut didalangi oleh kakitangan dan para pentadbir universiti-universiti berkenaan," katanya lagi.

Mungkin ada 'musang berbulu ayam' di IPTA

Dengan mengambil contoh bagaimana usaha Saifuddin memperjuangkan 'sudut pidato', yang pernah dipelopori Anwar semasa berada di kampus, Syed Ali berkata gerakan mahasiswa perlu dipantau pihak berkuasa.

"Kita tidak khuatir jika ada sebahagian kecil daripada mereka yang pro-pembangkang, tetapi kita kesal kerana ruang pengajian mereka untuk memperolehi kejayaan cemerlang dalam akademik telah dicemari dengan idelogi politik," jelasnya.

Mengenai desas-desus Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini dengan turut mengheret pembabitan mahasiwa, Syed Ali menjelaskan pihak berkuasa perlu segera menyiasat mengenai dakwaan tersebut.

"Jika benar Anwar akan berbuat demikian dengan memperalatkan golongan mahasiswa, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," ujar beliau.

Puteri UMNO Bahagian Subang

Posted: 25 Feb 2011 03:31 AM PST

Puteri UMNO Bahagian Subang


KHALID THE NEW KID ON THE BLOCK

Posted: 24 Feb 2011 09:34 PM PST

No doubt he is ' a new kid on the block ' but the new kid is no difference from the 'old kid on the street ' . This was the political phenomenon and bared the doctrine of injurious leaderships. Both the new kid and the ousted old kid use their good offices to practice the political-mercenary mentality in administrating the State.
The State should be governed by the integrity of its highest order, administratively not politically. Before, the ousted street boy demonstrated and seemed done the practice of State development but not to be seen as malpractice.
The new kid is building up his political credibility by creating the perception of political intervention to an extant of infringing the constitution. This is a dangerous political enterprise in a delicate geo-economic of the haves and the haves not in the multi ethnics Selangor. No doubt, a huge percentage of middle class resides here in Selangor but their mentalities and perceptions differ from being the ' middle class ' in their ethnic ecosystem.
Furthermore, a large percentage of ethnics are the haves not. They are salary earners who support the haves and the Government institutions. I think, the new kid is trapped and left him politically vulnerable to ran the State administratively.
The argument here is not only about Khusrin 's creditability and appointment . It has arrived to a psychological-political and silence warfare between the State power versus Federal power and of an ideologically difference on the expense of the Constitution and the people of Selangor. Their political loggerheads become people's burden and anxiety for stability, peace and harmony.
From a sober observer says, "politics is all about perception, it has got nothing to do with facts or truth."
Looking at the overall picture, seniority and defensibility of Khusrin , the candidate is remote as far as constitutional prerogative of the Federal Government is concerned at the moment . Being a new kid on the block he should have learn that his Government needs the two third majorities to have the State constitution to be amended. He knew the numbers are not on his favor. Yet this kid bulldozed and dragged along the constitutional Royal House to consent the emergency proceeding. The truth is , the Royal Highness is obliged to consent under the State Constitution for the emergency proceeding .
Again, the truth, it is the political interest takes precedence. As far as the new kid and his Government are concerned, the intention was to restore the pre- 1993 powers of the Royal Highness. In fact, the position of the Royal Highness remains the same. To activate the State Public Service Commission and to have the power back in appointing the top State directors was the political plan and objective . By association, Khusrin was perceived as the saboteur of the Federal Government was politically greasy . In turn , it was an invented perception that the voting against the amendment was perceived as an act of disloyalty .
There must be other amicable option to handle this problem in term for meritocracy to prevail . Khusrin was perceived to have garbages with him , plus he was fifth in seniority and a saboteur . The only option for the new kid had was to engage a serious talk for reaching an agreement with his Federal counterpart . He must be politically prudence and time was on his side . On the other hand the new kid is known , not someone who licks someone's boots . For the integrity of the State and the people of Selangor , he be better off to find ways in licking the boots intelligently .
We in Selangor deserve better than this ,a good leader is our priority .
Herni Azura Ghafar

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 24 Feb 2011 03:21 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DALAM POLITIK BOLEH KAH INI BERLAKU ?

Posted: 23 Feb 2011 05:57 PM PST

ody>
Put your stuff here

DI MANAKAH KESUDAHAN STRATEGI POLITIK PAS ?

Posted: 23 Feb 2011 05:36 PM PST

 
http://ka​lamperanta​u.wordpres​s.com   
Ekoran dari perkembangan terbaru dengan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, Perlis sahaja satu-satunya negeri yang belum diadakan pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 lalu. Paling banyak ada di Pulau Pinang, iaitu 3 kali dan menjadi lebih menarik bila dua kerusi DUN dalam parlimen dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Penanti dan Permatang Pasir serta Parlimen Permatang Pauh sendiri bertukar penyandang.
Kerusi parlimen Permatang Pauh diadakan pilihanraya kecil pada bulan Ogos, 2008, yakni tidak sampai 6 bulan dan menjadi yang pertama selepas PRU ke-12 lalu. Kerusi tersebut diserahkan semula oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN)  dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009.
Manakala bagi 6 kerusi DUN pula, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing pada PRK 2009, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti  (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009).
Tetapi pada tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN  keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010).
Tirai pilihnraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011).Sekarang perhatian tertumpu kepada kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang pula.  
Sekarang ini merupakan pertarungan antara UMNO dan PAS secara langsung. Sejak kalah dalam pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, kelihatan PAS sedang mencari-cari strategi yang sesuai.
Bagi tahun 2009, ternyata ianya memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) bila berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE) yang juga ADUN Wakaf Mempelam.
Ekoran daripada kemenangan ini, PAS sekali lagi mempertarohkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang yang juga bekas Menteri Besar Perak dan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang.  
Ini menjadikan kedua-dua ADUN ini (Wahid dan Nizar) memegang dua kerusi serentak, yakni kerusi DUN dan Parlimen, selain daripada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang).
Jika dilihat kepada perubahan kerusi diantara BN dan PR atau PAS dengan UMNO sepanjang 2008-2010, tidak banyak kesannya. UMNO dengan PAS boleh dikatakan seri dimana PAS berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu, tetapi UMNO pula berjaya merampas kerusi DUN Galas, Kelantan.
Selain itu, DAP berjaya menambah satu kerusi (Parlimen Sibu) dan PKR kehilangan satu kerusi (parlimen Hulu Selangor). Selain daripada kerusi tersebut, ianya dikekalkan kepada parti yang memenanginya dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Ekoran kegagalan PAS mempertahankan DUN Galas, PAS memulakan eksperimen baru. Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya kecil PAS meletakkan calon wanita, Normala Sudirman (Cikgu Mala) dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.
Tanpa menidakkan strategi PAS, pemerhati politik sedang melihat, adakah PAS konsisten dalam eksperimen terbaru yang sedang dilakukannya sekarang dikekalkan atau tidak, meletakkan calon wanita sekali lagi dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau?
PRK Merlimau dan Kerdau Serentak?
Belum sempat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau, Melaka diadakan pada Sabtu, 26hb. Februari, 2011 akan datang, satu lagi pilihanraya kecil di DUN Kerdau, Pahang terpaksa diadakan ekoran Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya Sabtu, 12 Februari lalu.
Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau calon Barisan Nasional (BN) akan diumumkan pada 23 Februari sementara calon PAS pula diijangka akan diumumkan pada 24hb Februari ini iaitu dua dan tiga hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini. Manakala bagi DUN Kerdau pula, perhatian lebih tertumpu kepada SPR sama ada untuk membuat pilihanraya kecil serentak atau tidak?
Keadaan yang berlaku sekarang adalah hampir sama dengan apa yang berlaku sebelum pihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah yang diadakan serentak pada bulan November, 2010 atau sebelum Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak yang diadakan serentak pada April 2009.
Tidak sebab untuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak mengadakan PRK  DUN Kerdau diadakan serentak dengan pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 5hb. Mac, 2011 nanti. Kerdau menjadi PRK ke-16 dan Merlimau menjadi PRK ke-15 selepas PRU ke-12 yang lalu.

JAWAPANNYA ADALAH


TAHNIAH TEAM OLYMPIK MALAYSIA

Posted: 23 Feb 2011 05:24 PM PST

Football: Malaysia in control

2011/02/24
By Ajitpal Singh and Devinder Singh
nstsport@nstp.com.my
Share |



 Malaysia's  Wan Zaharul Nizam celebrates after scoring against   Pakistan  yesterday. — Picture by Osman Adnan
Malaysia's Wan Zaharul Nizam celebrates after scoring against Pakistan yesterday. — Picture by Osman Adnan
MALAYSIA enjoyed a good start to their Olympic Asian Zone Qualifying first round campaign by overcoming 10-man Pakistan 2-0 in the first leg at the Shah Alam Stadium yesterday. It was rather a comical display from the Pakistan side who added spice into the match by resorting to rough play.

Coach Ong Kim Swee had instructed his chargers to go on the offensive from the start for an early goal and he got what he wanted when Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria scored in the fourth minute.

The midfielder picked up a loose ball from outside the penalty box following a corner kick clearance and rifled home a shot past Pakistan goalkeeper Yousuf Ejaz Butt.
Malaysia picked up the pace and had several good opportunities to extend their lead through K. Gurusamy's free kick, which hit the crossbar in the 15th minute and also Ahmad Shakir Ali's attempt from an acute angle, which went wide two minutes later.

The match slowly turned into a physical game with Pakistan guilty of rough play on several occasions.

In the 45th minute, striker Ansar Abbas was flashed a red card by Hong Kong referee Liu Kwok Man for kicking Malaysia goalkeeper Khairul Fahmi Che Mat, after he had caught an aerial ball.

Right after the incident, midfielder Irfan Fazail extended Malaysia's lead. He picked up a loose ball following a poor clearance from a Pakistan defender before firing home from outside the penalty box.

Pakistan coach Tariq Lutfi, in desperation, replaced his keeper Yousuf with Muhammad Umer in the second half in hope to keep the score down against an inspired Malaysian side.

Muhammad turned out to be a huge stumbling block for the homesters as he made several splendid saves, including denying striker Ahmad Fakri Saraani on three occasions.

The keeper first denied Ahmad Fakri with a splendid finger tip safe in the 58th minute before blocking two shots from inside the box in the 60th and 66th minutes.

Realising that the Malaysian game was getting stale, Kim Swee substituted Ahmad Shakir, Wan Zaharul Nizam and Fandi Othman with S. Sivanesan, Wan Zack Haikal Wan Nor and Ferris Danial to add more depth and creativity.

Malaysia continued to press hard but could not increase their lead against Pakistan, who played the entire second half with 10 players.

The return leg is on March 9.

BIODATA CALON

Posted: 23 Feb 2011 05:14 PM PST

 CUBA PERHATIKAN 2 ANGKA DI ATAS N 27 DAN N 28,,,
 
Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin (BINI SEORANG JE)
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009

DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU

Posted: 23 Feb 2011 05:09 PM PST

ROYAL MEETING... (TOP PIX - from left) Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Muhammed V of Kelantan, Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar of Johor and Sultan Azlan Shah of Perak making their way to the 223rd meeting of the Conference of Rulers at Istana Negara in Kuala Lumpur yesterday. Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir chaired the meeting, which was attended by all rulers, except Terengganu. It was represented by Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud. Last night, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hosted a banquet for the rulers and Yang Dipertuas Negeri. (BOTTOM PIX - from left) Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Ahmad Shah of Pahang and Sultan Abdul Halim Muadzam Shah of Kedah. —
 
Pictures by BERNAMA
Feb 24, 2011 8:52 am

 

GEMPA BUMI DI CHRISCHURCH

Posted: 23 Feb 2011 05:05 PM PST

LIKE A WAR ZONE: From top: An aerial view of emergency services people working at the ruined CTV building in central Christchurch, New Zealand. Search teams used their bare hands, dogs, heavy cranes and earth movers to pull survivors from the rubble of Tuesday's powerful earthquake. (AP Photo/Sarah Ivey); Firemen hosing down the rubble of the CTV building (REUTERS/Simon Baker); Emergency services search the rubble for survivors under the collapsed CTV building in Christchurch's business district. (AP Photo/New Zealand Herald, Brett Phibbs)
Feb 23, 2011 12:02 pm
AFTER THE QUAKE: From top: The Timeball Station is seen to be badly damaged, a day after the 6.3-magnitude earthquake in the township of Lyttelton near Christchurch, New Zealand. (AP Photo/New Zealand Herald, Sarah Ivey); The remains of a destroyed house lies in ruins (AFP Photo/Marty Melville); Badly-damaged structures surrounded in rubble (AFP Photo/Marty Melville)

 

PAY BEFORE DEADLINE

Posted: 23 Feb 2011 04:59 PM PST

Summons deadline looms for motorists
By LESTER KONG
lester@thestar.com.my

PUTRAJAYA: Motorists who have yet to settle an estimated 18 million outstanding summonses have just four more days to do so before they are barred from renewing their driving licences and road tax.

Those who don't want to get blacklisted after the Feb 28 deadline should check their summonses online at MyEG and pay up at Road Transport Department (JPJ) offices, traffic police counters or post offices.

JPJ director-general Datuk Solah Mat Hassan said special desk officers had been assigned to look into complaints and disputes on traffic summonses.

At least two desk officers have been assigned in every state and branch office of JPJ, traffic police and Kuala Lumpur City Hall (DBKL).

"More officers will be assigned in states with a higher number of registered drivers such as Selangor," he told a press conference on the implementation of new traffic compound rates from March 1.

Also present were Federal Traffic Police chief SAC1 Datuk Abd Aziz Yusof and DBKL security and enforcement chief Mohd Sauffi Muhamad.

Solah said the desk officers were assigned after the three enforcement agencies received a deluge of complaints via e-mail, letters and media reports from road users who disputed their traffic compounds and summonses.

"Each agency has prepared special desk officers to look into these disputes," he said.

An example of a dispute is the motorist being unable to renew his driving licence or road tax despite having settled his summons.

In cases like this, the desk officers will help get the offender removed from the blacklist.

Solah reminded offenders to avoid long lines at the agencies by settling their summonses at 688 post offices nationwide.

"Just go straight to the post office, not just JPJ or police. And don't wait until the last minute on Feb 27 or 28," he said.

He warned that there would be no further grace period for traffic offenders who failed to settle their summonses before March 1.

Solah noted there were still about 15 million unpaid summonses issued between 2000 and 2008 – 13,796,212 under police, 831,599 under DBKL and 434,003 under JPJ.

"A total of 3,002,870 summonses issued by the three agencies in 2009 are also unpaid," he said.

New traffic compound rates will be effective from March 1 with offences divided into four categories and compounds ranging from RM40 to RM300. These are for offences such as speeding, beating the red light, overtaking on double lines and using the mobile phone without a hands-free kit while driving.

CARA ORANG PANDAI BERPOLITIK....

Posted: 23 Feb 2011 04:57 PM PST

Chaos reigns as 10 winners in UPM polls are disqualifiedPETALING JAYA: The campus elections are over in 19 public universities but the "fever" continued to rage at Universiti Putra Malaysia (UPM).Chaos reigned when 10 out of the 11 Pro-Mahasiswa candidates who won seats on the university's student representative council were told on Tuesday that they had been disqualified.Students staged a vigil on Tuesday night and continued with fiery protests outside the main administrative building for most of yesterday.The disqualified students were then reinstated before 2pm but continued to protest, demanding a personal apology from UPM deputy vice-chancellor (student affairs and alumni) Prof Dr Fauzi Ramlan.Prof Fauzi said he would not press charges against the students who smashed a glass door at the main administrative building.While Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin advised the elected student leaders to fulfil their mandate, his deputy Datuk Saifuddin Abdullah asked that the campus election results be recognised.ody>
Put your stuff here

FAKTOR ANAK TEMPATAN AKAN JADI TREND PILIHANRAYA.

Posted: 23 Feb 2011 04:30 PM PST




Adakah trend ini akan berterusan sehingga PRU nanti, sama-sama kita nantikan.

Hometown pick vows to give his best

2011/02/24
Share |



JASIN: Born and bred in Merlimau, Barisan Nasional candidate Roslan Ahmad is confident of gaining the support of voters in the constituency, who are mostly known to him. "I am not a candidate who parachuted here. I was born in Merlimau and raised in Merlimau. I even started my political career in Merlimau," said the 44-year-old who holds a business administration diploma from Institut Teknologi Tun Abdul Razak in Kuala Lumpur.

Married to Zalifah Omar, 37, the father of four, who is fondly known as Ron among the locals, vowed to continue to bring development to the constituency.

"If there are projects passed but yet to be implemented, I will see to it that they are carried out as soon as possible.
"From what I see, Merlimau has huge potential for development, especially in education and industry."

Roslan, whose father, Datuk Ahmad Ithnin, was the former Sungai Rambai assemblyman and uncle, Datuk Abu Zahar Ithnin, was former chief minister, said he hoped that his family background would not be made an issue.

"I believe in rezeki and only knew that I was the candidate when Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin made the announcement.

"I am confident the BN machinery will back me and the party in the by-election, and I vow to carry out my responsibilities to the best of my ability for the benefit of the people in Merlimau."

Abang Ron sedia curah pengalaman

Posted: 23 Feb 2011 04:27 PM PST




Abang Ron sedia curah pengalaman


2011/02/24

Calon BN di Merlimau berpengalaman pegang pelbagai jawatan dalam parti

MERLIMAU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad bersedia membuktikan pemilihannya untuk bertanding di kawasan berkenaan adalah tepat dan bukan sebagai `calon payung terjun'.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Abang Ron, turut yakin pemilihannya itu dibuat berdasarkan kepada rekod pencapaiannya sebelum ini, selain pengalaman me-
megang pelbagai jawatan dalam UMNO sepanjang hampir 20 tahun terbabit dalam politik. "Saya juga percaya kepada rezeki selepas terbabit secara aktif dalam bidang ini khususnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO iaitu sejak berusia 23 tahun. Jadi saya harap isu membabitkan latar belakang keluarga tidak menjadi isu besar.

"Saya juga bukanlah calon payung terjun kerana jika mengikut rekod, saya sudah bersama memperjuangkan nasib masyarakat di sini menerusi UMNO Bahagian Jasin dan UMNO Cawangan Merlimau sejak kira-kira 20 tahun lalu," katanya selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di bilik gerakan parti itu, di sini, petang semalam.

Roslan, 44, yang juga anak ketujuh daripada sembilan beradik itu berkata, langkah pertamanya selepas ini adalah untuk pergi menemui seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau bagi meraih dan merayu undi sekali gus memastikan sokongan penduduk terhadapnya.

Roslan juga berjanji akan meneruskan kesinambungan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan negeri khususnya di kawasan ini selaras potensi besar yang dimiliki DUN Merlimau dalam pelbagai aspek pembangunan.
"Insya-Allah, kalau ada pembangunan masih dalam proses pelaksanaan, kita akan pastikan ia dilakukan segera dan pada masa sama merancang projek baru
khususnya menjadikan Merlimau sebagai hab pendidikan dan perindustrian
bagi kesejahteraan penduduk dan kemajuan kawasan ini," katanya.

Sementara itu, isteri Roslan, Zalifah Omar, 38, berkata beliau sekeluarga tidak menyangka nama suaminya dipilih oleh pucuk pimpinan BN sekali gus akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada 6 Mac nanti.

"Saya amat gembira, Alhamdulillah... sudah rezeki beliau.. Saya memang tidak pernah menghalang suami untuk aktif berpolitik, malah sejak kami berumah tangga lagi saya sudah faham kariernya sebagai ahli politik," katanya.

Zalifah mengaku sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada suaminya bagi memastikan kejayaan BN pada pilihan raya kecil ini.

"Sebagai isteri, saya tetap memberi sokongan padu kepada suami yang baru dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil ini. Saya sudah bersedia untuk berkempen bersama beliau bagi memastikan kemenangan parti keramat ini," katanya.

Zalifah yang bekerja sebagai Pembantu Perangkaan, Jabatan Perangkaan negeri turut berada di tempat pengumuman calon BN itu, ditemani empat anaknya, Izzat Darwishah, 11, Muhammad Naufalhaz, 10, Wirdatul Khalij, 8, dan Ahmad Amshar, 4 serta kakak iparnya, Sarinah Ahmad.

PAS umum calon hari ini

Posted: 23 Feb 2011 04:25 PM PST


KINTAN MAN
                                    JASME TOMPANG




2011/02/24
MERLIMAU: Calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diumumkan presiden parti itu, Datuk Seri Abd Hadi Awang di Jalan Merlimau Pasir, dekat sini, kira-kira jam 8 malam ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abd Ghani Abd Rahman yang dihubungi Berita Harian, malam tadi mengesahkan, majlis itu akan diadakan di markas parti berkenaan dan dijangka turut dihadiri beberapa pemimpin pakatan pembangkang.
"Saya masih tidak tahu lagi siapa yang dipilih pucuk pimpinan PAS Pusat, tetapi bayangannya adalah anak tempatan dan boleh diterima oleh semua masyarakat di DUN Merlimau. Kita tunggu saja malam esok (ini)," katanya.
Berita Harian difahamkan, empat nama dikemukakan PAS Kawasan Jasin iaitu Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Kamaruddin Sidek; Naib Yang Dipertua PAS Jasin, Yuhaizat Abdullah dan Setiausaha Muslimat PAS negeri, Kintan Man.

PILIHAN ATAS FAKTOR MERIT

Posted: 23 Feb 2011 04:23 PM PST

Roslan dipilih berdasar merit
Oleh Amirullah Andi Nur, Badrul Hizar Ab Jabar, Nurhasyima Hasim dan Amir Mamat

2011/02/24

MERLIMAU: Pemilihan Pengurus Bahagian Pembangunan Bisnes dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah berdasarkan merit dan bukan kerana faktor beliau anak bekas wakil rakyat di situ.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata anak jati Merlimau itu didapati calon paling berpotensi oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berdasarkan pengalaman dalam pengurusan, selain memiliki perwatakan sesuai dan berkewibawaan.
"Itu (anak bekas Ahli Parlimen Jasin) tidak menjadi faktor. Kita nilai atas dasar merit beliau, biarpun dari segi hubungan ada pertalian sebab itu memang tidak boleh dielakkan. Tapi yang penting, yang dinilai oleh pimpinan adalah beliau sendiri.
"Sebagai calon berpotensi, latar belakang Roslan paling utama. Biarpun kita sedar, ada juga dari sudut positifnya, jika melihat kepada jasa perjuangan bapanya dulu, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin sebagai tokoh politik tempatan di sini.

"Tapi lebih penting, beliau mempunyai pengalaman dalam pengurusan, selain perwatakan dan kewibawaan diambil kira sebagai pertimbangan pertama," katanya selepas mengumumkan nama Roslan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di Bilik Gerakan BN, di sini, petang semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pemilihan calon BN itu kerana faktor kedudukannya sebagai anak bekas Ahli Parlimen Jasin (dulu Melaka Utara) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai.
Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai selepas persempadanan semula kawasan itu pada 1994.

Muhyiddin turut menolak andaian pemilihan Roslan juga seolah-olah mewujudkan trend dinasti di kalangan pemimpin politik bahagian kerana sebelum ini pada pilihan raya kecil DUN Tenang, calon BN juga adalah bekas anak wakil rakyat di situ.

"Pemilihan Roslan seperti dinyatakan tadi berdasarkan merit. Kalau bukan begitu, maka kita kena cari siapa-siapa anak ketua bahagian untuk jadi calon selepas ini. Dalam senarai yang dipertimbangkan masing-masing ada kekuatan dan kebetulan Roslan mempunyai ciri itu.

"Kita harap pengundi DUN Merlimau berpuas hati dengan beliau dan akan memberi sokongan untuk menjadi ADUN Saya percaya dengan penampilan beliau, dan dibantu jentera hebat di bawah kepemimpinan ketua menteri, akan memberi kita peluang lebih baik.

"Bukan setakat mempertahankan kerusi ini tapi meraih sejumlah majoriti undi lebih besar," katanya.

Mengenai usia Roslan, 44 tahun yang kebetulan sama dengan calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, Muhyiddin berkata ia berlaku secara kebetulan.

"Ia kebetulan saja. Tapi dari satu sudut, ia adalah calon yang masih muda, tapi sudah mempunyai asas pengalaman. Muda sangat tidak, tua pun tidak, masih bertenaga dan badan sihat. Kita harap ini membolehkan beliau bekerja kuat untuk membantu rakyat nanti," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan jentera BN DUN Merlimau tidak mengambil mudah calon PAS yang diletakkan untuk bertanding di situ dan terlalu yakin untuk memenangi kerusi berkenaan.

ROSLAN AHMAD - CALON N 27 MERLIMAU

Posted: 23 Feb 2011 04:14 PM PST

JASIN 23 Feb. – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad hari ini diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.
Pemilihan Roslan, 44, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN Common Center di pekan Merlimau di sini.
Roslan merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
Pengumuman beliau disambut dengan sorakan oleh kira-kira 2,000 penyokong parti komponen BN dan masyarakat Merlimau yang hadir.
Turut hadir pada majlis pengumuman tersebut ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas.
Pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Muhyiddin melahirkan keyakinan terhadap pemilihan Roslan sebagai calon BN dan menyifatkan keputusan itu sebagai tepat kerana Roslan adalah calon yang bersih dan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Merlimau.
"Proses saringan calon dibuat banyak kali oleh saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kami dapati Roslan adalah calon yang paling sesuai.
"Beliau (Roslan) ada rekod, ada pengalaman, biasa jadi pemimpin di sini dan begitu dikenali. Kami harap pengundi di Merlimau berpuas hati dengan calon yang dipilih.
"Saya amat berharap pengundi di Merlimau dapat memberi sokongan yang kuat kepada Roslan untuk menjadi wakil rakyat dan memastikan BN memenangi kerusi ini," katanya.
Muhyiddin juga percaya penampilan Roslan dengan dibantu oleh jentera BN negeri yang diterajui oleh Mohd. Ali bukan sahaja membolehkan BN menang tetapi lebih penting meraih majoriti undi yang lebih besar.
Beliau turut menolak andaian bahawa pemilihan Roslan adalah berdasarkan legasi kepimpinan bapa serta bapa saudaranya.
"Perkara paling penting yang kita lihat ialah keperibadian dan kebolehan Roslan sendiri. Beliau adalah calon paling berpotensi untuk menang," katanya lagi.
Beliau menegaskan, BN mampu mempertahankan kerusi DUN Merlimau bersandarkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Parlimen Batu Sapi, Parlimen Hulu Selangor dan terbaru di DUN Tenang.
Katanya, kemenangan itu dibantu oleh kesedaran orang Melayu, Cina dan India yang dapat menerima dengan positif dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan.
"Ia membawa impak positif apatah lagi situasi ekonomi yang bertambah rancak memperlihatkan sokongan masyarakat pelbagai kaum terhadap kepimpinan BN menerajui negara," ujarnya.
Sehubungan itu, Muhyiddin tidak menolak Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau akan turut memihak kepada BN selain bakal mencatat majoriti undi yang lebih besar.
Beliau seterusnya mengingatkan semua pemimpin dan ahli BN supaya jangan terlalu yakin akan menang serta memandang remah calon pembangkang walaupun DUN Merlimau dilihat cukup selesa buat BN.

umno bahagian cheras

Posted: 24 Feb 2011 01:25 PM PST

umno bahagian cheras


Tengku Zafrul perlekehkan Najib ; UMNO Cheras desak Wahid ambil tindakan

Posted: 23 Feb 2011 11:16 PM PST

UMNO Bahagian Cheras mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd, Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana secara terbuka menghina dan memperlekehkan bidang kuasa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, apabila Tengku Zafrul secara terbuka mempertikaikan perlantikan Tan Seri Mohd. Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA, bermakna beliau secara langsung merendahkan kewibawaan, reputasi dan keputusan Perdana Menteri.

"Malah, bukan setakat keputusan Najib yang diperlekehkan oleh Tengku Zafrul, malah beliau juga mempersendakan kelayakan dan pengalaman Mohd. Isa" tegasnya.

Katanya, jika Tengku Zafrul sudah menunjukkan sikapnya yang tidak selesa bekerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri, maka sewajarnya beliau meletakkan jawatan secara terhormat kerana kumpulan Maybank adalah syarikat milik kerajaan (GLC).

"JIka beliau mahu dilihat sebagai jaguh dan ingin bermain politik, maka saya cabar beliau lepaskan segera jawatan tersebut, tidak perlu berdolak-dalik dan bersembunyi disebalik sehelai daun," uajrnya.

Jawapan Wahid seperti 'lawak bodoh'

Beliau berjkata, adalah satu alasan 'lawak bodoh' apabila Wahid dalam satu kenyataannya sebelum ini menjelaskan kenyataan Tengku Fafrul yang mempertikaikan perlantikan Mohd. Isa adalah pandangan peribadi.

"Saya nak tanya Wahid, apakah pengajur forum tersebut menjemput Tengku Zafrul atas nama peribadi beliau atau atas kapasitinya selaku CEO Maybank Investment Bank Bhd ?, soal beliau.

"Itu soalan mudah yang perlu di jawab oleh Wahid, tak payah nak berikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Beliau mempersoalkan kenapa Wahid begitu takut untuk mengambil tindakan tegas ke atas Tengku Zafrul yang jelas memberi gambaran bahawa Najib tidak 'cerdik' apabila melantik Mohd. Isa.

Sehubungan itu, Syed Ali mahu Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Sri Azman Haji Mokhtar memberi perhatian serius dalam perkara ini.

Bercakap ikut sedap mulut kerana berasakan diri terlalu pandai

"Kalau Wahid takut untuk bertindak, saya desak Azman ambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul supaya dijadikan teladan kepada peneraju GLC supaya tidak mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut kerana berasakan diri terlalu pandai" tegasnya.

"Apabila dia hadir atas nama syarikat bermakna dia secara tidak langsung mewakili Maybank dan tidak sewajarnya melemparkan kritikan keterlaluan terhadap sebuah GLC yang lain.

Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zaftrul melemparkan kritikan pedas bahawa perlantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi FELDA telah memberi isyarat kepada pasaran saham sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur bersandarkan alasan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pernah tercalar dalam isu politik wang.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof juga dilaporkan turut mengkritik perlantikan Mohd. Isa.

Dalam hal ini Syed Ali menjelaskan, Mohd. Isa tidak diheret ke mahkamah kerana rasuah atau melakukan jenayah, cuma dia didapati terbabit dalam salah laku politik dan sudah menerima hukuman berasaskan politik.

"Kalau Tengku Zafrul tak faham pasal politik, lebih baik diam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan pentadbiran Najib," tegasnya.

Anwar seperti cicak kubing yang sering berubah wajah - Rais

Posted: 23 Feb 2011 09:31 PM PST

AHLI Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin sangat berkuasa, carilahlah cara lain bukannya dengan memburuk-burukkan negara.

Sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai durjana, beliau menyelar Anwar kerana gemar ' cara belakang ' untuk mendapatkan kuasa.

"Ini terbukti apabila dia pergi ke Indonesia, bukan setakat Najib (Datuk Seri) Tun Razak dan kerajaan yang diperlekehkan, tetapi corak batik kita juga beliau kutuk," tegasnya.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seumpama 'cicak kubing' yang boleh bertukar wajah apabila setiap kali hinggap di batang pokok yang berbeza.

"Dia akan berubah warna ikut warna pokok, kalau sifat cicak kubing ini, bolehkah nak jadi pemimpin?, soalnya.

Beliau yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, malam tadi.

Melayu perlu berani pertahankan hak mereka

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, ketua-ketua sayap, ahli jawatankuasa bahagian dan para perwakilan peringkat cawangan.

Rais turut mengingatkan Anwar serta pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat jangan menjadikan revolusi politik di Mesir, Libya dan Yaman untuk cetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Rakyat di negara ini mempunyai kebebasan dan hak bersuara yang dijamin oleh perlembagaan," tegasnya.

Lagpun katanya, suasana dan latar belakang politik dan budaya antara Mesir dan Kuala Lumpur perbezaannya seperti bumi dengan langit.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan orang Melayu supaya lebih berani mempertahankan hak mereka, agama, raja, keadilan sosial dan budaya dan segala keistimewaan yang dimiliki.

"Kita perlu berani mempertahankan hak kita, tidak perlu rasa takut walaupun kaum-kaum lain turut diberikan jaminan. Hak kita perlu dijaga dengan baik," katanya.

Rais berkata, orang Melayu perlu mengukuhkan perpaduan supaya tidak menjadi bangsa yang lemah sehingga gagal mempertahankan hak yang ada.

KDN kena bertindak terhadap akhbar tabur fitnah dan burukkan negara

Sebelum itu, Syed Ali dalam ucapan alu-aluannya mahu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau akhbar-akhbar dan media siber yang keterlaluan memburukkan kerajaan.

"Saya hairan kenapa kerajaan dilihat seperti sengaja membiarkan akhbar -akhbar pro-pembangkang bebas berada dipasaran dengan laporan berita yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kententeraman negara," tegasnya.

Beliau menyebut contoh bagaimana akhbar lidah rasmi PAS – Harakah yang begitu berani melemparkan pelbagai laporan negatif dan berbentuk fitnah.

Syed Ali juga turut melahirkan rasa bimbang perkembangan di kampus-kampus universiti tempatan yang dikatakan menjadi pusat gerakan anti kerajaan yang dipelopori oleh pembangkang.

"Kerajaan kena bertindak kerana pembangkang telah meracuni pemikiran mahasiswa dengan fahaman radikal," tegasnya.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 24 Feb 2011 11:04 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


BANGSA MELAYU USAH TAKUT PERTAHANKAN HAK

Posted: 23 Feb 2011 07:04 PM PST

Rais Yatim melihat komputer riba yang diterima oleh sebahagian ketua cawangan sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (kanan) pada majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur,


Orang Melayu perlu berani mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk itu, orang Melayu seharusnya memperkukuhkan perpaduan agar menjadi bangsa yang kuat untuk menangkis sebarang cubaan melemahkan jati diri mereka.

''Sekarang ini, kalau kita lihat, orang Melayu agak 'segan' atau tidak berani untuk menyuarakan dan mempertahankan hak sendiri.

''Kita perlu berani pertahankan agama, raja, keadilan sosial, budaya, bahasa dan segala keistimewaan kita.

''Jangan rasa takut. Meski kaum- kaum lain turut diberikan jaminan, tetapi kita ada hak-hak keistimewaan. Ini perlu dijaga dengan baik," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, dekat sini malam ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, apa yang dikecapi orang Melayu ketika ini tidak akan mampu dipertahankan jika mereka sendiri berada di dalam situasi lemah.

''Kalau kita lemah, bagaimana hendak pertahankan hak? Untuk itu, kita di dalam UMNO perlu perkukuhkan juga parti yang menjadi pendokong kepada bangsa," tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak memburuk-burukkan nama negara termasuk keaslian batik tempatan di luar negara.

''Kalau Anwar hendakkan kuasa sangat, carilah cara lain. Bukannya dengan cara memburuk-burukkan negara. Pergi ke Indonesia, kutuk batik kita dan perlekeh kerajaan.

''Beliau tak ubah seperti 'cicak' yang mampu mengubah warna kulitnya mengikut keadaan. Beginikah hendak jadi pemimpin?," soalnya.

Sumber berita - Utusan Malaysia


NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan sudah tiba masanya, Bangsa Melayu harus bersatu dan mengenepikan ideologi kepartian. Sesungguhnya, Tak kan Melayu Hilang Di Dunia.....sekiranya kita bersatu hati dan tiada mempunyai perasaan hasad dengki sesama kita.... Bangsa Melayu...

CALON BARISAN NASIONAL DI PILIHANRAYA KECIL N27 DUN MERLIMAU

Posted: 23 Feb 2011 06:37 PM PST

Biodata Calon

Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad

Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka


Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967

Taraf perkahwinan : Berkahwin


Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar


Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )


Pendidikan


Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul
Razak ( ITTAR )

Swansea Inst. Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom

Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management )

DBM
Tahun : 1994-1996


Latar belakang Pekerjaan ( Terkini ) :
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS (PMH) Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)

Jawatan terkini : Pengurus Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi


Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 24 Feb 2011 09:45 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


PM, Pas dan Pluralisme Agama

Posted: 23 Feb 2011 05:00 PM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 24 Feb 2011 07:19 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Program Pemuda Dun Telok Datok

Posted: 24 Feb 2011 06:59 AM PST

Alhamdulillah,Program Pemuda umno bahagian turun padang ke Dun Telok Datok, bacaan yassin dan sembahyang mahgrib-isyak Bersama Kariah Surau Nurul Hidayah Jaya Sepakat telah dapat dilaksanakan.Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kuala Langat serta barisan ajknya kerana sudi melapangkan masa.Insya Allah.program akan diteruskan dari masa ke semasa.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Posted: 24 Feb 2011 01:13 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


Persidangan Puteri UMNO Malaysia 2010

Posted: 07 Feb 2011 10:27 AM PST





















PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 23 Feb 2011 03:32 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PAS di Kerdau. Menang belum tentu.., kalah dah confirm...

Posted: 22 Feb 2011 06:24 PM PST


Bila nama Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon UMNO/BN di Kerdau, PAS yang sebelum ni confident menang kat situ, terus meroyan sakan.

Sebabnya, calon BN kali ni adalah seorang yang berpendidikan agama lulusan dari Mesir. So PAS tak bolehlah nak merapu tak ketahuan pasal calon ni..

Lagi pun, Ustaz Syed Ibrahim ni adalah penasihat agama kepada MB Pahang sendiri. Dan tentunya calon ni adalah yang terbaik untuk menggantikan Arwah Zaharudin sebelum ni.

Jadi, gua rasa calon PAS yang paling layak untuk bertanding di Kerdau adalah Tuan Ibrahim Tuan Man. Itu pun kalau dia beranilahh...

Khabarnya Tuan Ibrahim dah tak mau jadi Pengarah Pilihanraya Merlimau. Dia nak jadi calon untuk Kerdau. 

Tapi, gua dengar hari ni, nama Nasrudin Tantawi pun dah dihantar kepada Hadi Awang untuk dipertimbangkan sebagai calon di Kerdau.

Kalau Hadi terima si Nasrudin ni, mesti Kerdau akan jadi macam Bagan Pinang. Bolehlah kita tengok gerakan Jihad yang dikepalai oleh anak Tantawi tu nanti.

Apapun.., gua suka nak nasihatkan kepada puak-puak PAS sekalian.., tak payahlah nak berangan nak menang di Kerdau tu baii... Bak kata pepatah.., menang tu belum tentu, tapi kalah tu dah pasti...

PRK KERDAU: PENGUMUMAN PAS....... ?

Posted: 22 Feb 2011 05:01 PM PST

 

" Saya mengaku kalah...., saya juga menyeru agar tuan-tuan berilah sokongan kepada calon UMNO BN itu"

KENALI CALON BN DUN KERDAU - BIODATA

Posted: 22 Feb 2011 04:57 PM PST

KENALI CALON BN DUN KERDAU - BIODATA


Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

PAS perlu ambilalih kepimpinan pakatan dari PKR

Posted: 22 Feb 2011 04:49 PM PST




Berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Manek Urai, Galas dan Tenang, banyak pihak telah membuat kesimpulan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS telah menurun. Faktor utama yang dikaitkan dengan kehilangan sokongan ini ialah ramai orang Melayu tidak senang dengan pakatan antara PAS dan DAP. PAS dilihat sebagai parti yang telah banyak berkorban demi pakatan tersebut.
Tanggapan ini telah merunsingkan PAS sehingga terpaksa menganjurkan sebuah konvensyen nasional pada Sabtu lepas di Shah Alam, untuk menangkis tanggapan tersebut. PAS seolah-olah menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu telah menurun. Respon PAS kepada isu tersebut berkisar kepada manipulasi media arus perdana milik UMNO/BN. Media arus perdana dituduh sebagai pencacai untuk melemahkan persafahaman antara PAS dan DAP.
Benarkah sokongan orang Melayu kepada PAS telah menurun?
Daripada kajian terperinci keputusan-keputusan PRK kebelakangan ini dan jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12 sebagai kayu ukuran, nyata sokongan orang Melayu kepada PAS tidak berubah. Yang ketara ialah sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat telah merudum. Pengundi-pengundi Melayu yang memilih PAS pada PRU-12 masih mengundi PAS pada PRK-PRK tersebut. Akan tetapi ramai pengundi Melayu, terutama pengundi 'atas pagar', yang telah mengundi PR pada PRU-12 telah memberi undi mereka kepada UMNO/BN lantas membawa kepada kekalahan calon-calon PAS di PRK-PRK tersebut.
Jadi, mengapa orang Melayu kian menolak PR?
Kesangsian terhadap persefahaman antara PAS dan DAP bukan faktor utama yang mendorong kemerosotan sokongan orang Melayu kepada PR. Ramai orang Melayu telah menerima realiti tentang perlunya kerjasama dengan DAP untuk menamatkan hegemoni UMNO/BN.
Pengundi-pengundi Melayu terutama yang di atas pagar mula beralih dari menyokong PR kerana bosan dengan permasalahan demi permasalahan yang melanda PKR. Malah ramai penyokong-penyokong tegar PR mula mempersoalkan keberkesanan PKR dalam memimpin pakatan tersebut.
Kredibiliti PKR kian terhakis. PKR dilihat seperti UMNO yang berbaju baru. Insiden seperti wakil-wakil rakyat PKR keluar parti, proses pemilihan parti yang pincang dan kes liwat Anwar Ibrahim telah menyebabkan PKR hilang fokus dalam meneruskan momentum tsunami 2008. Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR juga gagal menyerlah sebagai kerajaan yang berwibawa. Faktor-faktor ini telah membuat rakyat mempersoalkan Anwar yang telah banyak menabur janji tetapi tidak ditunaikan.
PAS, sebaliknya, telah bergiat lebih mantap dan berkesan sejak kejayaan besar pada PRU-12. Aktiviti-aktiviti politik seperti ceramah, forum, konvensyen dan perhimpunan bertambah sejak 2008. Perhimpunan Pemuda PAS di Kedah pada Sabtu lepas berjaya melibatkan 30,000 orang ahli. Kempen-kempen anjuran PAS seperti Kempen Anti Saman Ekor boleh dijadikan sebuah gerakan rakyat. PAS lebih prihatin dengan peranan media baru dan sedang menggembelingkan semua saluran-saluran di dunia siber seperti internet, facebook, twitter dan seumpamanya untuk kegiatan politik. Semua usaha-usaha ini telah meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS. Hasilnya akan dapat dilihat pada PRU-13 akan datang.
Kejayaan PAS pada PRU-13, walau bagaimanapun, bergantung kepada rakan-rakan dalam PR. Faktor PKR yang telah hilang populariti harus diambilkira. PAS dan DAP terpaksa menggalas bebanan PKR yang bermasalah. Justeru, dalam usaha PR untuk menyaingi BN, PAS dan DAP mesti mengorak langkah untuk mewujudkan lanskap politik nasional yang berpaksikan Pakatan Rakyat yang benar-benar berwibawa.
Secara praktikalnya kita berterima kasih atas sumbangan Anwar dan PKR dalam mengemudi PR, tetapi sudah sampai masanya PAS mengambil alih kepimpinan dari PKR untuk memimpin PR dengan lebih berkesan. PKR harus menerima realiti dan secara berlapang dada untuk berundur demi kesinambungan perjuangan PR.
Nik Adha Nik Kamil
22 Februari 2011 / 19 Rabi'ul Awal 1432 H

MARI BERJUMPA, MARI BERHUBUNG BERSAMA PM

Posted: 22 Feb 2011 04:38 PM PST

Najib mengakui menerima maklum balas daripada rakan-rakan online dan Twitter yang merasa was-was dan tidak percaya apabila menerima Twitter daripadanya.
"Ada yang terkejut dan tidak percaya apabila menerima Twitter daripada saya. Ada yang membalas balik dan bertanya sama ada betul ke PM atau pembantunya yang Twit.
"Saya boleh beri jaminan, Twitter itu datang daripadda saya sendiri," katanya. 


PENGUNDI MERLIMAU BERSAMA PM

Posted: 22 Feb 2011 04:27 PM PST


Dalam ucapannya, kata Najib, dia tak mahu janjikan apa-apa, kecuali ingatan " lu tolong sama gua, gua tolong sama lu ," katanya secara berjenaka yang disambut gelak ketawa daripada mereka yang hadir.
A. Patricia, 38, seorang pekerja kilang berkata, beliau sangat teruja berkesempatan bersalaman dan berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara.
"Saya sama kawan-kawan tunggu...mahu jumpa Perdana Menteri, dia sudah tolong banyak sama kita, masyarakat India antaranya buat sekolah baru jadi.
"Saya sama kawan-kawan tidak kisah tunggu berapa lama sekalipun, terima kasih kepada beliau kerana banyak tolong rakyat," katanya.


Barisan to name its man today

Posted: 22 Feb 2011 04:22 PM PST


MALACCA: Barisan Nasional deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin is to announce the candidate for the Merlimau by-election at 3.30pm today at the BN command centre opposite the Politeknik Merlimau.

Pas will announce its candidate tomorrow.

Prior to the announcement, Muhyiddin is scheduled to visit the family of Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, the Merlimau assemblymen who died on Jan 20.


Among possible BN candidates are Jasin Umno committee members Roslan Ahmad, Mohd Nasser Selamat and Abdul Nasir Bazid, and Jasin Umno Wanita head Zaleha Bujang.

Roslan is the son of former Sungai Rambai assemblyman Datuk Ahmad Ithnin and the business development and socio-economic manager for Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd. Nasser is chief executive officer of the Malacca Customary Lands Development Corporation.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the candidate for the March 6 polls "must not only be winnable but also someone free of any issues".

Read more: Barisan to name its man today http://www.nst.com.my/nst/articles/7know/Article/#ixzz1EjkTtfPZ

Malacca to get bigger Ferris wheel

Posted: 22 Feb 2011 04:20 PM PST


MALACCA: A new Ferris wheel, bigger than the Eyes on Malaysia, will rise again in the historical city here.

The wheel, to be called Malaysia Eye, will stand 88m high and comprise 54 air-conditioned gondolas.

It will be able to ferry six people in a gondola for a 16-minute ride.


Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said Malaysia Eye would begin operating on Dec 1 with a 324- passenger capacity.

"The the cost of bringing Malaysia Eye from China and the construction of a park along with it is RM30 million.

"It would not be located in Kota Laksamana, but in Pulau Melaka," he said, adding that locating the new Ferris wheel on the Eyes on Malaysia site would have implications as it was taller and the project would have to be approved by Unesco because of its World Heritage Sites status.


Ali said the Malaysia Eye project would be handled by The Eye Sdn Bhd.

He said the Malaysia Eye would be better and bigger than the Eyes On Malaysia which closed down due to a dispute between its owners, Fitraco NV of Belgium and MST Ad Suria Sdn Bhd and Eye On Malaysia Sdn Bhd, the company leasing the Ferris wheel.

Besides the new Ferris wheel, Ali said the Pulau Melaka area would also see the development of an Arab city, hotels and apartments.


"We will also have a 1,000-room hotel near Pulau Melaka, which will be developed by the Hatten Group.

"The Malaysia Eye and other attractions in this area, especially the soon-to-be opened Sea Lion Park, are set to be the latest tourist attractions," he added

Read more: Malacca to get bigger Ferris wheel http://www.nst.com.my/nst/articles/20yert/Article/#ixzz1EjjxGx7E

MONEY MAN AND NEW MONEY MAN.

Posted: 22 Feb 2011 04:18 PM PST

Three newcomers in rich list

 
Money men

LATEST NEWS.


Anwar Ibrahim Kaya Raya 'Millionaire' !!

Artikel dari AIDC :-

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman mendakwa bekas majikannya itu seorang yang kaya raya sehingga mampu membuka sebuah syarikat perniagaan di Amerika Syarikat yang diberi nama 'Anwar Ibrahim Consulting Associates' (AICA).
"Tuan-tuan bayangkan, dia mempunyai sebuah pejabat di Washington D.C. Pejabat dia dinamakan di bawah Anwar Ibrahim Consulting Associates (AICA).
"Ada lima orang pekerja. Lima orang pekerja Muslim, budak muda, ada yang daripadanya warga Pakistan, ada daripadanya warga Turki yang telah menetap di Amerika Syarikat. Menerima gaji lima angka US Dollar setiap bulan", katanya ketika berceramah di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, 10 Februari lalu.
Rahimi yang mula bekerja di pejabat Ketua Umum PKR, Seksyen 16, Petaling Jaya bermula sekitar Mac 2007 [klik di sini] mendakwa pernah melihat dokumen perbelanjaan syarikat perniagaan Anwar di AS yang mencecah hampir $ 2 juta US dollar untuk jangka masa dua tahun 2006 – 2007.
"Saya lihat perbelanjaan pejabat itu (di AS), dari tahun 2006 ke tahun 2007, sepanjang dua tahun, hampir 2 juta US dollar. Mana Anwar Ibrahim dapat duit ni?.
"Dia pura-pura pergi ceramah, minta sedekah kononnya parti tak ada duit, kononnya kita parti orang miskin. Tapi pejabat dia (di AS) boleh biayai berjuta-juta dollar. Pemimpin PKR tak tahu benda ini, mati-mati sokong Anwar Ibrahim", katanya lagi

Money men
KUALA LUMPUR: Business Times CEO of the Year 2010 Datuk Seri Stanley Thai has made it into the list of Malaysia's 40 richest individuals, a Malaysian Business survey reveals. The magazine, in its Feb 16 issue, listed Thai, of Supermax Corporation Bhd, as a newcomer to the group, together with Tan Sri Leong Hoy Kum of Mah Sing Group Bhd and Datuk Tan Heng Chew of Tan Chong Holdings Bhd.

The magazine said the combined wealth of Malaysia's 40 richest tycoons has risen by more than 30 per cent, spurred by the bullish stock market and an expanding economy.

They were worth RM206.27 billion as at Jan 21, compared with RM156.7 billion a year ago.
It says there are more billionaires this year -- 27 of them, an increase of five from last year.

Robert Kuok, who returned to the sugar business last year, still tops the list at RM50.04 billion and telecommunications tycoon T. Ananda Krishnan remains in second place with RM45.78 billion.

Public Bank's Tan Sri Teh Hong Piow moved to the third place with a fortune estimated at RM12.77 billion while fourth is IOI Corporation Bhd's Tan Sri Lee Shin Cheng who is worth RM12.74 billion.

Genting Group's Tan Sri Lim Kok Thay, unchanged at No. 5, has RM10.89 billion while Hong Leong Group's Tan Sri Quek Leng Chan takes the sixth spot with RM10.75 billion, up from RM7.09 billion previously.

In seventh place is Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the Albukhary Foundation, whose flagship is the DRB-Hicom Group. He is valued at RM8.84 billion.

Tan Sri Lim Goh Tong's widow, Puan Sri Lee Kim Hua, unchanged at number eight, has RM7.43 billion while Tan Sri Tiong Hiew King of the Rimbunan Hijau Group returns at No. 9 with RM4.77 billion.

Singapore-domiciled Ong Beng Seng claims the 10th spot, with his wealth doubled to RM3.98 billion, going past Berjaya Group's Tan Sri Vincent Tan who drops two rungs to No. 12.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's son, Datuk Mokhzani Mahathir, of Kencana Petroleum, is ranked 19th with RM1.665 billion.

Tony Pua berdepan saman jika gagal kemuka bukti

Posted: 22 Feb 2011 04:10 PM PST




2011/02/23
AMPANG: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, berdepan saman fitnah difailkan terhadapnya andai gagal mengemukakan bukti kukuh serta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan beliau pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan, 870 peratus lebih mahal berbanding negara lain.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, berkata wakil rakyat dari DAP itu mempunyai masa tujuh hari daripada semalam untuk mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu.
"Sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, saya menasihati Tony Pua supaya berani mempertahankan dakwaannya dan bukan melarikan diri selepas membuat dakwaan fitnah terhadap pihak kerajaan dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Lum Yong berkata, beliau berasa hairan dengan kenyataan terbaru Tony Pua bahawa beliau tidak akan membuat laporan kepada SPRM atas alasan, laporannya kepada agensi antirasuah itu tidak relevan dengan isu yang dikeluarkan dalam blognya.

"Sebagai Ahli Parlimen, beliau seharusnya berani dan bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan dan dakwaan yang dikeluarkannya. Kenyataan beliau amat serius sehingga boleh menjejaskan imej negara di mata dunia, lebih-lebih lagi kenyataannya itu sudah pun disiarkan media antarabangsa.

"Jika dia gagal memberikan bukti, ini bermakna ia sebagai salah satu agenda politik untuk cuba meraih publisiti. Apakah agenda sebenar Tony Pua, apakah dia sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat dengan memberikan dakwaan palsu?," katanya.

Tony Pua menerusi blog miliknya sebelum ini, menuntut penjelasan berhubung pembelian enam OPC oleh Kementerian Pertahanan membabitkan kos RM6 bilion sambil membuat perbandingan negara lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat mengeluarkan belanja yang lebih murah untuk pembelian kapal dalam siri berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang menganugerahkan projek pembinaan kapal itu kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Lum Yong berkata, beliau turut menuntut kerajaan dan Kementerian Pertahanan, mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini dan tidak membiarkan Tony Pua mempergunakan isu berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Sementara itu, Lum Yong, berkata beliau bimbang pembangkang di negara ini terpengaruh dengan aliran politik Taiwan yang menyaksikan kestabilan wilayah berkenaan sentiasa tergugat disebabkan pembangkang merasakan segala apa yang dibentangkan kerajaan perlu ditentang

Mahkamah Khas Rasuah beroperasi

Posted: 22 Feb 2011 04:08 PM PST

SHAH ALAM: Eighteen special courts set up to specially hear corruption cases commenced operations in eight states yesterday.

This is expected to give a boost in the fight against graft, a National Key Results Area (NKRA) under the Government Transformation Programme (GTP).

The courts, namely special Corruption Sessions Courts and special Corruption High Courts were set up in the eight states to help speed up graft hearings nationwide.


Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), in a media release yesterday, quoted Chief Registrar of the Federal Court Datuk Hashim Hamzah as saying the initiative was aimed at "completing the prosecution of corruption cases within a year, particularly high public interest cases".

The states that have the special Corruption Sessions Courts are three each in Kuala Lumpur, Selangor and Johor, and one each in Perak, Negri Sembilan, Pahang, Sarawak and Sabah.

Two special High Courts are located in Kuala Lumpur and one each in Selangor and Johor.


Hashim said the commencement of the special courts would heighten the country's aggressive fight against corruption by speedily dispensing such cases.

"Lengthy trials and appeals should be minimised as they increase the opportunity for material witnesses to go missing, evidence-tampering as well as fading of witnesses' memory. It can also cause witnesses to lose interest in the case.

"It is quite common for a single corruption case to have as many as 20 witnesses, and lengthy processes are often seen delaying the delivery of justice. This is where the special courts come in."


He said the special courts also had their respective judges, focusing only on corruption cases.

Hashim said speed was also crucial in corruption hearings as previous cases showed that 70 per cent of the accused were government servants.

"Government servants are suspended when charged and would only get half-pay," he said.

The special Corruption Sessions Courts in Shah Alam/Selangor and Kuala Lumpur were immediately tasked with handling 150 cases, mostly carried forward from last year.

Last year, the normal courts had to handle 674 corruption cases brought forward from 2009, together with 446 new cases.

Read more: 18 special courts for graft cases now open http://www.nst.com.my/nst/articles/2hhc/Article/#ixzz1EjjBNXIW

Oleh Shaarani Ismail

2011/02/23
KUALA LUMPUR: Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah yang memulakan operasinya minggu ini di seluruh negara dijangka mempercepatkan penyelesaian kes membabitkan rasuah di seluruh negara.

Mahkamah Khas Rasuah antara langkah agresif kerajaan dalam menangani rasuah dan memastikan keadilan serta integriti ditegakkan dalam sistem perundangan negara yang turut menjadi keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Datuk Hashim Hamzah, berkata dengan adanya mahkamah khusus untuk membicarakan kes rasuah, pihaknya menjangkakan pendakwaan kes rasuah dapat diselesaikan dalam tempoh setahun, khususnya bagi kes yang membabitkan kepentingan awam.
Katanya, rayuan kes dan pemanjangan tempoh perbicaraan perlu diminimumkan kerana lebih lama tempoh perbicaraan akan membuka lebih peluang untuk saksi menghilangkan diri, tidak dapat mengingati insiden atau hilang minat terhadap kes yang akhirnya menyebabkan saksi tidak memberikan kerjasama.

Penubuhan Mahkamah Sesyen Khas (Rasuah) ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011, tahun lalu.

"Kami sangat mengalu-alukan inisiatif kerajaan yang kini sudah pun menjadi realiti," kata Hashim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Projek perintis Mahkamah Sesyen Rasuah di Shah Alam dan Kuala Lumpur yang dimulakan sejak 2009, berjaya menyelesaikan sebanyak 150 kes dan sehingga akhir tahun lalu 425 kes kini masih dalam proses perbicaraan.

MERISIK KHABAR DARI MERLIMAU...

Posted: 22 Feb 2011 04:07 PM PST

Pemimpin PKR, PAS lupa budi pejuang negara


2011/02/23
MERLIMAU: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, diminta tidak mengikut jejak pembangkang yang mudah lupa kepada prinsip perjuangan dan budi ditaburkan pemimpin terdahulu sehingga negara mampu mencapai kemajuan seperti dikecapi sekarang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mereka tidak pernah menekankan nilai mengenang perjuangan dan budi negarawan kerana hanya mementingkan agenda untuk meraih kuasa bagi kepentingan diri.
"Orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyelar kerajaan hari ini tidak langsung memikirkan mengenai budi atau kejayaan yang kita capai.
"Budi yang kita terima hari ini adalah kemerdekaan dan kemajuan pesat yang sukar dinikmati rakyat di negara lain. Ini semua budi yang diberikan kerajaan, pejuang dan pemimpin negara serta setempat yang wajar dikenang. Apa yang kita lihat hari ini adalah sumbangan perjuangan lama dalam memberikan khidmat cemerlang bagi membela rakyat.

"Ini semua tidak wujud di kalangan pembangkang yang dilihat hanya bersikap rakus untuk mendapat kuasa, tetapi tidak ada cara bagi memperbaiki budi dan khidmat secara berterusan," katanya pada Majlis Kenduri Asam Pedas bersama penduduk Kampung Pengkalan Samak, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Ghazale Mohamad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Rais berkata, penduduk DUN Merlimau perlu berfikir secara mendalam dan tidak menggadaikan keputusan dengan memilih wakil salah kerana dikhuatiri bakal menjejaskan perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah merencanakan perkara terbaik untuk masa depan.

KHABAR DARI MERLIMAU

Posted: 22 Feb 2011 03:56 PM PST

Untung jadi calon di Merlimau

Khabar dari Melaka

BERDASARKAN faktor sejarah, Pas tidak pernah berjaya menembusi benteng ampuh Barisan Nasional (BN) di Melaka sejak selepas merdeka termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau pada 6 Mac ini, tidak dinafikan BN mempunyai kelebihan untuk menang selesa sekali gus meneruskan kesinambungan kejayaan terbaru yang dicapai BN dalam PRK DUN Tenang di Johor, baru-baru ini.

Ditambah kejayaan yang dicapai oleh BN pada PRK DUN Bagan Pinang, Parlimen Hulu Selangor, DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, ia menunjukkan kecenderungan rakyat sudah kembali yakin terhadap parti pemerintah berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Salah satu faktor utama mendorong kejayaan BN ialah suntikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang berjaya membuka minda rakyat di semua PRK yang dimenangi BN.

Ini menunjukkan tahap populariti BN dalam kalangan rakyat semakin meningkat selepas pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dapat diterima oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ia juga adalah perkembangan yang menggalakkan bagi BN selaku parti pemerintah selain melihat pemulihan sokongan masyarakat Melayu, Cina dan India yang semakin meningkat di setiap PRK yang diadakan sebelum ini.

Tidak hairanlah DUN Merlimau disifatkan sebagai kawasan putih buat BN dan ini merupakan PRK kali ke-15 diadakan. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari parti UMNO pada 20 Januari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 26 Februari ini dan tarikh 6 Mac bagi hari pembuangan undi.

Pada PRU 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Berdasarkan daftar undi sehingga 20 Januari 2011, jumlah pengundi di DUN Merlimau ialah 10,679 orang iaitu Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).

Berdasarkan rekod, DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN yang diwakili UMNO kerana setakat ini dalam mana-mana PRU, ia belum pernah terlepas ke tangan pihak pembangkang.

Lebih menarik kejayaan yang dicapai oleh semua calon dari BN menunjukkan peningkatan mendadak dari segi majoriti kemenangan mengatasi apa yang diperoleh pada 2008. Ekoran momentum tersebut, PRK di DUN Merlimau juga dijangka memihak kepada BN dan tidak mustahil kemenangan kali ini bakal mencatat majoriti yang lebih besar berbanding dengan PRU 2008.

Begitupun, kepimpinan tertinggi BN tidak menetapkan jumlah majoriti besar bakal dicapai di Merlimau. Kunjungan dua pemimpin utama negara iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Februari lalu dan disusuli lawatan kerja sehari Perdana Menteri pada Sabtu lalu memberi suntikan semangat, bukan sahaja kepada rakyat di Merlimau tetapi lebih penting menyemarakkan jentera BN.

Jentera BN yang bergerak sejak 25 Januari lalu diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sudah menampakkan tanda-tanda awal sokongan besar bakal berpihak kepada BN.

Diperkuatkan dengan gerak kerja yang diatur oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggunakan strategi lawatan dari rumah ke rumah di semua tujuh kawasan peti undi DUN Merlimau, selain langkah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menginap di rumah orang kampung mengukuhkan lagi kekuatan BN di Merlimau.

Didorong oleh suasana aman dan damai dalam kalangan tujuh atau lapan calon yang dikemukakan oleh BN Melaka kepada pucuk pimpinan parti, tiada sebarang masalah yang timbul jika ada di antaranya tidak terpilih bertanding mewakili BN pada penamaan calon, Sabtu ini. Muhyiddin akan mengumumkan nama calon DUN Merlimau pada hari ini di Bilik Gerakan BN di pekan Merlimau, sehari selepas beliau mengumumkan nama calon bagi DUN Kerdau.

Suasana ketika ini dilihat lebih memihak kepada BN berdasarkan gerak kerja jentera yang diketuai oleh Mohd. Ali yang merupakan Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau. Tidak dinafikan kekuatan BN di Merlimau disuntik oleh Mohd. Ali. Ini kerana sejak 25 Januari lalu, beliau saban masa sejak pagi hingga lewat malam dan hampir setiap hari berada di Merlimau. Kehadirannya di Merlimau bukan sahaja memantau jentera BN, sebaliknya beliau berjumpa dengan pelbagai masyarakat di kawasan terbabit tidak kira guru, nelayan, petani, kakitangan kerajaan, swasta, pekedai dan orang awam.

Pada siang hari, Mohd. Ali akan bertemu masyarakat di tujuh kawasan peti undi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Pada sebelah malam setiap hari pula, beliau akan mempengerusikan mesyuarat sama ada di peringkat UMNO Bahagian, Cawangan, Puteri, Wanita dan Pemuda termasuk BN negeri serta BN di DUN Merlimau.

Najib pada lawatan kerja sehari di Merlimau Sabtu lalu sewaktu berucap pada majlis Jamuan Rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di padang Politeknik Merlimau turut melahirkan rasa kagum dengan Mohd. Ali yang bergerak dari pagi hingga lewat malam memantau jentera BN. ''Saya tidak tahu waktu bila beliau (Mohd. Ali) tidur kalau sepanjang hari hingga lewat malam masih bermesyuarat di Merlimau," ujarnya.

Cakap-cakap masyarakat di Merlimau, siapa yang bakal menjadi calon BN, orang itu diibaratkan seperti memasuki rumah baru dengan segala peralatan dan kelengkapan rumah sudah siap dipasang. ''Untung siapa yang menjadi calon BN di Merlimau. Semua masalah rakyat telah diselesaikan oleh Ketua Menteri. Daripada parit tersumbat hingga atap ditukar barupun beliau ambil kisah.

''Calon yang akan diumumkan pada hari ini hanya perlu melawat semua tujuh kawasan peti undi bertemu masyarakat dan memperkenalkan diri kerana semua kerja sudah dibereskan oleh Mohd. Ali dan jenteranya," katanya. Seperti kata Pengerusi BN Melaka itu sewaktu membuat pertemuan dengan seluruh jentera BN di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau pada 25 Januari lalu, beliau mahu membereskan segala masalah rakyat Merlimau sebelum penamaan calon.

Perkara itu perlu dilaksanakan kerana ia akan memudahkan tugas jentera BN selepas penamaan calon iaitu bertemu rakyat dari rumah ke rumah di semua tujuh kawasan peti undi untuk menambat hati mereka bagi memberi undi kepada BN dan bukannya Pas.

Penulis ialah Ketua Biro Utusan Malaysia

di Melaka.

Terima dengan hati terbuka - Mohd. Ali

Posted: 22 Feb 2011 03:50 PM PST

MELAKA 22 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini meminta mereka yang tidak terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan diumumkan esok, dapat menerima dengan hati terbuka.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN Melaka berkata, sudah menjadi adat dalam mana-mana pilihan raya kecil, pucuk pimpinan tertinggi BN akan memilih calon yang dianggap menepati kriteria untuk bertanding begitu juga pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

''Saya nasihatkan mereka yang tidak terpilih agar dapat menerima dengan hati dan dada terbuka kerana daripada tujuh nama yang dihantar oleh BN negeri hanya satu yang akan dipilih.

''Saya harap mereka yang tidak terpilih memberi sokongan kepada calon BN yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Bilik Gerakan BN, Command Center di Pekan Merlimau petang esok," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah Malaysia Eye di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Ali meminta enam orang yang tidak terpilih itu terus bekerja kuat untuk membantu calon yang akan diumumkan esok bagi memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau yang dimenangi pada 2008.

Posted: 22 Feb 2011 03:44 PM PST

Syed Ibrahim calon BN DUN Kerdau

TEMERLOH 22 Feb. – Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini.
Pengumuman tersebut disambut sorakan kira-kira 5,000 penyokong BN yang hadir di dataran tersebut.
Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan para pemimpin parti komponen.
Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Syed Ibrahim mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya tersebut berdasarkan kepada pengalaman dan keyakinan pengundi terhadapnya.
Tegas beliau, pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.
"Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua.
"Calon ini kita anggap sebagai 'most winnable candidate' (calon paling berpotensi menang)," katanya.
Selain mempunyai sifat mesra rakyat, Muhyiddin memberitahu, Syed Ibrahim yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan parti.
Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli BN dan jentera parti memberi sokongan padu kepada calon tersebut.
"Terimalah dengan ikhlas dengan semangat perpaduan," katanya.
Dengan pemilihan tersebut, beliau berharap BN dapat mencapai majoriti yang lebih besar berbanding yang diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu sebanyak 1,615 undi.
Syed Ibrahim ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilihnya sebagai calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau.
Beliau berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya," katanya.
Syed Ibrahim, 44, atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ustaz Syed Ibra merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang.

Tiada ulasan:

Pengikut