Jumaat, 19 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 19 Nov 2010 09:34 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


Program Hari Kecemerlangan PASTI 2010 Kawasan Sri Gading

Posted: 19 Nov 2010 08:11 AM PST

Program Hari Kecemerlangan PASTI 2010 Kawasan Sri Gading merupakan program acara tahunan yang diadakan bagi menyampaikan sijil-sijil dan cenderahati keapda pelajar-pelajar PASTI bermula 4, 5 dan 6 tahun sebelum mereka melangkah ke tahap pemgajian yang seterusnya. Penghargaan ini dilakukan setelah mereka mempelajari sistem pendidikan PASTI yang telah diajar di sekolah-sekolah PASTI sebanyak 12 buah dalam kawasan Sri Gading. Ia telah berjaya diadakan pada 7 Zulhijjah 1431H bersamaan 14 November 2010 iaitu pada hari Ahad bertempat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Sri Gading.  Pada tarikh tersebut, pihak pengurusan PASTI Hamka, Tongkang Pechah yang diketuai oleh Saudara Jefri bin Hj Esa serta guru-guru yang terlibat telah dianugerahkan sebagai PASTI pengurusan terbaik peringkat kawasan Sri Gading. Seramai 583 orang pelajar telah menerima sijil tamat pengajian untuk peringkat 4, 5 dan 6 tahun. 

Dalam majlis tersebut, perasmian telah disempurnakan oleh Saudara Alias bin Sabu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading merangkap Penasihat PASTI Kawasan Sri Gading. Turut memeriahkan majlis, seluruh kepimpinan PAS Kawasan yang diketuai oleh Ustaz Hashim Jusoh selaku Yang Di-pertua PAS Kawasan Sri Gading hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil. Ucapan penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Pengarah Program merangkap Ustaz Rizal Manaf selaku Timbalan Pengerusi 2 PASTI Kawasan Sri Gading dan juga Pengerusi PASTI Kawasan Sri Gading iaitu Saudara Mahadzir bin Mat Zili serta AJK pelaksana yang terlibat dalam perjalanan majlis ini. Sekalung tahniah juga diucapkan buat guru-guru PASTI  yang dedikasi melatih anak-anak murid. Sekali lagi tahniah buat ibu bapa dan penjaga yang terlibat sepanjang majlis berlangsung. Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar PASTI yang telah dipilih sebagai pelajar cemerlang Hari Kecemerlangan PASTI 2010 Kawasan Sri Gading:

Pelajar cemerlang keseluruhan 5 tahun
  1. Muhd Amirul Haziq bin Norhisyam – PASTI Hassan Al-Banna
  2. Siti Nur Aisyah bte A. Rahman – PASTI An-Nur
  3. Ismail Danish bin Ibrahim – PASTI Al-Uwaeis
Pelajar cemerlang keseluruhan 6 tahun
  1. Nur Batrisyia Ervana bte Azrul Syahizan – PASTI Al-Uwaeis
  2. Nurul Ulya Atiqah bte Hamdani – PASTI An-Nur
  3. Hayatul Akma Batrisyia bte Abd Rais – PASTI Nur Hidayah




PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 19 Nov 2010 09:31 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Kadar Tarif Air Johor... NAIK

Posted: 19 Nov 2010 12:18 AM PST

Kalau dilihat sebelum ini, kecoh di media arus perdana milik kerajaan tentang isu kenaikkan tarif air di Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah disifatkan sebagai menekan rakyat, menyusahkan rakyat, malah para penyokong kerajaan ada yang berarak di jalanan untuk membantah kenaikkan tarif air negeri Kedah yang dikatakan menyusahkan rakyat.


Namun apabila Negeri Johor menaikkan tarif air, seorang pun tak bising. tak ada isu dibangkitkan di media arus perdana dan pembangkang. Mengapa jadi begini? Adakah rakyat Johor memang dah kaya semua sampai tarif air naik pun tidak menjadi beban kepada mereka? Berikut laporan berita tentang kenaikkan tarif air Johor yang dipetik dari Sinar Harian.

[b]JOHOR BAHRU[/b] - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

"Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

"Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya. [[url=http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp]Sinar[/url]]

Pelik tapi benar, Tarif Air Negeri Johor sebelum dinaikkan adalah tarif air paling tinggi di dalam Malaysia! Negeri yang mempunyai tarif air paling tinggi di Malaysia ini masih mahu menaikkan tarif airnya kerana rakyat Johor semuanya sudah terlebih duit maka mereka tidak tahu kemana duit-duit yang banyak itu mahu dibelanjakan!

Jadi dengan kenaikkan tarif air ini Rakyat Johor akan bersyukur, tidak seperti Negeri Kedah, meskipun memiliki tarif air antara yang terendah di dalam Malaysia, rakyat Kedah miskin, naik sikit pun akan ada yang berarak di jalanan dan menjadi topik utama media kerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Berikut senarai tarif air yang diambil dari website rasmi Jabatan Bekalan Air malaysia.

sumber: http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-511707.html

adhil | November 5, 2010 8:29 PM

tarif air di johor naik ada disiarkan dlm berita tv3..tapi cuma berita sepintas lalu, tanpa ada ulasan rakyat atau lain2 pihak sebagaimana laporan semasa tarif air kedah dinaikkan.

rakyat yg buta dan tuli lagi bebal akan terus diperbodohkan kerajaan BN.



Source: Tarif air Johor naik senyap-senyap - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/tarif-air-johor-naik-senyap-senyap.html#ixzz15iOk2MaM


DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 19 Nov 2010 09:27 PM PST

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


TAHNIAH PASTI EHSAN, RAPAT SETIA

Posted: 18 Nov 2010 10:01 PM PST

SETINGG-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASTI AL EHSAN, RAPAT SETIA (MEWAKILI PASTI GOPENG) KERANA BERJAYA MENJADI JOHAN IHTIFAL PERINGKAT NEGERI PERAK 2010 DALAM ACARA NASYID DAN PUISI.BARU-BARU INI YANG DIADAKAN DI KAMPAR, PERAK. TIDAK LUPA JUGA TAHNIAH DI ATAS PENGORBANAN YANG TINGGI DIBERIKAN OLEH GURU-GURU PASTI DAN PARA PENGGERAK PASTI.


SEMOGA PASTI AKAN TERUS MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENDDIKAN PRA SEKOLAH YANG BERJAYA DALAM USAHA MENTARBIYYAH DAN MENDIDIK GENERASI MUDA SETERUSNYA MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERTAQWA DAN BERAMAL SOLEH, INSYAALLAH.gani Johan dalam acara Nasyid dan Puisi peringkat Negeri. Semoga pasti terus menjadi pilihan masyarakat dan menjadi pusat penjanaan generasi Al Quran yang unggul.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 19 Nov 2010 09:21 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


TEKS UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH ADUN MAHARANI

Posted: 19 Nov 2010 07:45 AM PST

UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011

OLEH:

Y.B. DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI (PAS)

DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI JUMAAT 19 NOVEMBER 2010


Assalamualaikum .......dan Selamat Sejahtera.

Bismillah.........

Selawat......……

YB Dato' Speaker,

Maharani mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala dan terima kasih kepada YB Dato Speaker kerana diberi peluang membahaskan Bajet   Negeri Johor Darul Takzim 2011.Mungkin ini Bajet terakhir sebelum PRU ke 13 ! Tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor yang dapat membentangkan ucapan Bajet surplus sebanyak RM2.77 juta. Maharani mendoakan agar Bajet ini terus surplus sehingga akhir tahun 2011.

YB Dato Speaker,

Sumber Kewangan Negeri:

YAB Menteri Besar menyebut di akhir ucapannya  'semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan perlindungan  Allah serta diberi petunjuk dan hidayah-Nya untuk mencapai tahap negeri yang dilimpahi kebaikan dan beroleh naungan serta keampunan-Nya". Amin…

Allah berfirman maksudnya :'Dan kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa,nescaya kami bukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi,tetapi mereka berdusta/berbohong,lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab apa yang mereka usahakan'.

Islam mewajibkan sumber yang halal dan diambil dengan cara yang adil.Maharani mencadangkan supaya hasil negeri diasingkan diantara halal dan hasil judi,arak dan riba.
1
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 219 bermaksud ' Mereka bertanyakan kamu berkenaan arak dan judi.Katakan kepada mereka, pada keduanya dosa yang besar dan beberapa manafaat kepada manusia, namun dosa kedua-duanya lebih besar daripada manafaat yang dihasilkan'.

YB Dato Speaker,

Maharani menyokong penghargaan yang diberi oleh YAB Menteri Besar di atas 'komitmen para pegawai dan kakitangannya dalam menjalankan tugas serta peka dengan tanggungjawab masing-masing'.Penghargaan sahaja tidak memadai.Maharani cadangkan mereka diberi bonus satu bulan gaji sekurang-kurangnya.

YB Dato Speaker,

Laporan  Ketua Audit Negara 2009

Maharani ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada Laporan Ketua Audit Negara Negeri Johor Tahun 2009: 

"Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor pada akhir tahun 2009 dilaporkan  pada tahap MEMUASKAN"  tetapi pehatikan:

 Defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2009 bertambah RM78.68 juta (19.4%) – iaitu daripada RM405.37 juta (tahun 2008) kepada RM484.05 juta (tahun 2009).
Ini adalah kerana di antaranya  Kutipan Hasil pada tahun 2009 menurun 7.6% (RM32.76 juta ) iaitu dari RM812.36 juta (2008) kepada RM750.42 (2009).

Untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri Maharani mencadangkan:

1.  Pelaksanaan 'Tender Terbuka' yang telus untuk mengujudkan persaingan sihat.Kerajaan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri melebihi 200% dengan melaksanakan sistem tender terbuka (Lihat Laporan Ketua Audi Negara 2008).

2.  Mengambil tindakan yang lebih berkesan (seperti disarankan oleh Ketua Audit Negara)  untuk mengutip tunggakan hasil  yang meningkat dari RM156.18 juta (2008) kepada RM177.32 juta (tahun 2009) iaitu 13,5%.

Ia meliputi Cukai Tanah, Sewa dan sewa beli rumah,hasil penswastaan dan hasil lain.

3.  Mengutip tuggakan pinjaman daripada agensi-agensi negeri  sejumlah RM1,115,52.

Bil.
Agensi
2007(RM juta)
2008 (RM juta)
2009 (RM juta)
1
Syarikat Air Johor SB
597.50
597.50
  597.50
2
Perbadanan Johor
 66,62
 83.73
   79.42
3
Pihak Berkuasa Tempatan
  5.56
   5.46
    5.36
4
Yayasan Pelajaran Johor
  3.02
   2.52
    2.52
5
Johor Special Water SB
  0.00
159.72
  430.72

Jumlah
672.70
848.93
1,115,52


4.  Mengelakkan daripada melaksanakan projek yang dibuat tanpa kajian terperinci  dan pemantauan terhadap pelaksanaannya seperti  Projek Pusat Internet e-Desa satu projek penswastaan yang ditandatangani pada November 2002  . 

Pembangunan 40 Pusat e-Desa siap sepenuhmnya pada Januari 2006.Keseluruhan kos pembangunan *usdat ini ialah RM1.97 juta.Pusat e-Desa ini mengalami pelbagai masalah diperingkat pelaksanaan menyebabkan 95% Pusat ini ditutup/tidak beroperasi pada akhir tahun 2009.

YB Dato Speaker,

 MAJLIS PERBANDARAN MUAR:

Maharani ingin menyambung sedikit apa yang telah disampaikan oleh YB Bentayan dalam perbahasan tempoh hari.
Laporan audit ini walaupun menjurus kepada  MPM,tidak bermakna PBT yang lain boleh tidur lena.Maharani yakin masalah yang dihadapi oleh MPM adalah universal merujuk kepada PBT lain dalam negeri Johor ini.

1.  Muar mempunyai Stadium baru yang moden tetapi malangnya 4 buah lampu limpahnya tidak berfungsi,bermakna tiada aktiviti malam yamg boleh dijalankan.Dahulu sebelum di naiktaraf rakyat biasa boleh berlari keliling padang stadium,sekarang out of bound kepada rakyat biasa.ADUN pun belum berpeluang menyewa stadium tersebut dengan kadar yang berpatutan.

2.  Masalah pencerobohan Tapak Kemudahan Awam:
40.3% diceroboh oleh orang awam – bercucuk tanam,bina garaj,bina bangsal.Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987 ada tetapi tidak dikuatkuasakan.

3.  Tapak Kemudahan Awam Untuk Pusat Kejiranan Tidak Mencukupi:

Jabatan perancangan Bandar dan Desa menetapkan pemaju hendaklah merizabkan 10% daripada keluasan tapak pembangunan sebagai kawasan lapang.
Namun tapak kawasan kejiranan Sungai Abung dan Jalan Junid hanya disediakan 45.3%  daripada piawaian yang disyaratkan.Ini adalah akibat daripada meluluskan tanah dibangunkan dalam skala kecil.

 YB Dato Speaker,

Masalah Rakyat Dalam DUN Maharani:

1.Masjid Baru Parit Bakar Darat;

Ahli kariah sangat bersyukur kerana mendapat masjid baru yang sudah siap dibina tetapi hanya mempunyai 4 buah pancor air untuk  di dinding luar masjid dan sebuah dalam bilik Imam.Tiada tandas awam dan tempat berwuduk   yang sempurna untuk muslimin dan muslimat,tiada tandas,tiada pagar masjid dan halaman masjid yang tidak sempurna.Khabarnya permohonan bajet tambahan RM400,000.00 dipohon.
Masjid baru Parit Bakar Darat tanpa tandas awam dan pagar.

Maharani bimbang jika sebuah masjid ini pun bermasalah untuk disempurnakan  bagaimana pula pengurusan pembinaan 121 buah bangunan sekolah baru yang akan disiapkan dalam masa 2 tahun. Ini adalah peringatan yang wajib diambil serius.

2.  Rumah Bantuan Baitulmal di Parit Raja Muar:

Seorang ibu tunggal dengan 2 orang anak telah dikurniakan sebuah rumah oleh Baitul Mal Johor.Pembinaannya bermula pada bulan Februari 2002 tetapi hingga sekarang selepas 9 bulan dan selepas beberapa kali menghubungi pihak yang berkenaan rumah ini hanya mempunyai dindin tidak bersimin,tingkap dan pintu tiada daunnya dan tiada bumbung.Katanya masalah kotraktor dan mereka masih menunggu entah hingga bila.Minta diambil tindakan.


3. Keselamatan Jalan Raya:

     (i)  Baru baru ini dua kemalangan maut berlaku selang beberapa minggu di simpang Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya di Jalan temenggong Ahmad Muar.Sebelum ini sering juga berlaku kemalangan kecil.Penduduk memohon supaya jalan dan persimpangan ini dilebarkan , setiap tiang elektrik dipasang lampu dan jalan di tandakan kotak/garisan kuning juga cat's eye pada pembahagi jalan.Tempat ini  hanya 200 meter daripada Kolmpeks Mahkamah Muar yang baru.
Kemalangan maut di persimpangan Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya

    (ii)   Jalan di sepanjang Jalan Parit Bakar Darat Jalan Sri Tanjong  Muar melalui Masjid Baru Parit Bakar Darat terutama diantara tiang lampu TNB 109 dan  110 mohon diturap kerana sering berlaku kemalangan di sini.
Jalan berlopak,membahayakan orang ramai. 
 
    (ii)   Begitu juga Persimpangan-T di Jalan Parit Bakar dan Jalan Dato Kosai adalah kawasan kemalangan.Papan tanda yang sesuai hendaklah didirikan.

4. Masalah Tanah Mendap dalam DUN Maharani:

Tanah mendap di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma
sedang dibaikki. 

Maharani mengucapkan terima kasih di atas tindakan yang di ambil membaiki tanah mendap di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma,di Parit Amal Laut ,di Parit Unas .Walau bagaimanapun pemantauan berterusan dan tindakan segera dipohonkan kerana sepanjang jalan tersebut sering berulang masalah ini.Ini termasuk di Jalan Parit Sakai Laut.
Kiri : Tanah mendap di Parit Amal Laut
sebelum dibaikki.



Bawah : Tanah mendap sedang dibaikki


YB Dato Speaker,

Maharani mohon membawa isu pelaksanaan kupon letak kereta:

Pihak PBT perlukan hasil dengan mengenakan bayaran meletak kereta dalam kawasannya.Walau bagaimanapun demi 'Mendahulukan Kesejahteraan Rakyat'  tindakan ini hendaklah dilakukan setelah kajian teliti dibuat mengambil kira kepentingan rakyat biasa dan peniaga.Tindakan ini hendaklah ada keselarasan denga semua PBT.

Contohnya masyarakat Bukit Gambir tidak bersetuju perkara ini dilaksanakan dikawasanya buat masa. ini.Maharani yakin sebagai contoh YB Yong Peng pun  mungkin tidak bersetuju jika pekannya dikenakan bayaran letak kereta.

YB Dato Speaker,

PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA:

Perjanjian yand dimaksudkan ialah Perjajnian 'Tebrau and Scudai Rivers Water Agreement'yang ditandatangani pada 1 September 1961 City Council Of Singapore (sekarang PUB) dan Kerajaan Johor.

Perjanjian ini memberi hak kepada Singapura untuk mendapat bekalan air dalam kawasan yang dipersetujui di Gunung Pulai,Sungai Tebrau dan Sungai Skudai untuk selama  50 tahun sehingga tahun 2011
Singapura membayar sewa tahunan $5 se ekar tanah tersebut dan  3 sen untuk setiap 1,000 gelen air mentah.Singapura pula menjual air bersih kepada Malaysia dengan harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Perjanjian ini membenarkan penyemakan semula harga air selepas 25 tahun iaitu pada tahun 1986.Malangnya Kerajaan Johor tidak  mengambil sebarang tindakan.

Tahun hadapan ,2011,perjanjian ini akan tamat tempoh.Apakah tindakan terperinci kerajaan dalam hal ini.Rakyat menunggu keputusan kerajaan supaya tidak lagi berlaku kes 'win-win' Pulau Batu Putih.

Johor menjual air mentah kepada Melaka 30 sen setiap 1,000 gelen.

Jangan sampai kera di hutan di susukan …….

Singapura sudah memberitahu dunia bahawa dia tidak memerlukan air melalui perjanjian ini.Kenapa ?

Ingat, ada satu lagi perjanjian air 1962 ; 'The Johor Water Agreement' ditandatangani pada 29 September 1962 , sah selama 99 tahun sehingga tahun 2061..Ini melibatkan Sungai Johor.Perjanjian ini juga tidak disemak semula pada tahun 1987.Mengapa?

YB Dato Speaker,



Siapa makan cili dia rasa pedas- sebenarnya 'saya makan cili dia rasa pedas' seperti kata YB Pt Yaani.

'Dia tembak gas saya rasa pedih'.

Akhir sekali marilah kita bersama  mendoakan kesejahteraan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sedang menunaikan fardu haji moga sihat dan mendapat haji mabrur.

Sekian,wabillahi taufiq wal hidayah.......





ADUAN RAKYAT DI PARIT BAKAR : TANGGUNGJAWAB DILAKSANA

Posted: 19 Nov 2010 06:44 AM PST

Pada hari Khamis 18 Nov. 2010, YB Dr. Mohammad Taslim,ADUN Maharani, dan  YB Gwee Tong Hiang ADUN Bentayan, telah menerima aduan tentang jalan rosak daripada  En Lim Ah Lek yang tinggal di Kampong Parit Bakar Darat,Jalan Seri Tanjong,Muar.Kedua-dua YB dengan diiringi oleh PA masing-masing telah membuat lawatan mengejut.ke tempat yang diadukan.

Jalan diantara tiang lampu TNB 109 dan TNB 110 didapati rosak teruk,berlubang  dan digenangi air selepas hujan. .Kerosakan ini  menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku.Baru-baru ini anak En. Lim  yang berumur 17 tahun cedera dibahagian lutut dan kaki setelah terjatuh di tempat tersebut pada satu malam ketika pulang dari bekerja sambilan di restoran.Dalam keadaan jalan digenangi air belaiu tidak menyedari bahawa jalan tersebut berlubang-lubang.Nasib baik tiada kecederaan berat.
.
En. Lim mohon  kerjasama daripada YB Dr. Mohammad agar masalah ini dapat diajukan kepada pihak yang berkenaan supaya jalan ini dibaiki dengan segera untuk keselamatan orang ramai.YB DR Mohammad berjanji untuk membawa perkara dalam ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2011 keesokan harinya di samping memaklumkan kepada pihak MPM dan Pejabat Daerah.

YB Dr Mohammad,YB Gwee,En. Lim dan anaknya
di kawasan berlopak di mana kemalangan berlaku.
Keadaan jalan yang perlu diturap semula.
Satu lagi pandangan jalan yang rosak.
 YB Gwee dan YB Dr Mohammad memeriksa kecederaan yang dialami 
anak En. Lim.


misbahul munir

Posted: 19 Nov 2010 09:04 PM PST

misbahul munir


PENGHAYATAN QURBAN

Posted: 19 Nov 2010 02:40 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 19 Nov 2010 07:44 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2010

Posted: 19 Nov 2010 08:28 AM PST

DUNGUN 20 November, Sabtu - Di atas sikap prihatin dan cakna terhadap bidang pendidikan, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, JK Pelajaran DUN Sura serta seluruh warga kerja PAS DUN Sura mendoakan kejayaan kepada semua calon peperiksaan SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan berkenaan yang akan bermula pada 23 November, Selasa ini.


" Saya mendoakan calon-calon peperiksaan SPM dan STPM di semua pusat peperiksaan seluruh DUN Sura dan Dungun amnya serta seluruh negara moga dikurniakan kemudahan untuk menjawab soalan dengan baik, "

(Gambar hiasan...Adik Nuradilah Binti Yusof, pelajar cemerlang
STPM 2009 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar sedang
menerima sumbangan penghargaan daripada
Y.B. ADUN Sura di rumah bapanya di Kg. Tanah Lot)

" Moga kejayaan yang diimpikan bukan sahaja sebagai bekalan untuk dunia semata-mata, bahkan yang lebih utama adalah boleh menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat, kita tidak mahu kejayaan yang dikecapi hanya di bidang akademik semata-mata tanpa memberi perhatian kepada akhlaq pelajar yang berjaya, " demikian harapan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun.

Sementara itu, menurut
kenyataan media oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud, peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010, seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan dan 22,183 orang pemeriksa skrip jawapan calon telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

Kenyataan akhbar Majlis Peperiksaan Malaysia pula menyebut,
seramai 53,674 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 November hingga 16 Disember 2010.

Daripada seramai 53,674 orang calon itu, 47,369 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 orang calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri, dan 10 orang calon sekolah Integriti.

Hujan Lebat Monsun Dijangka Melanda Negeri Di Pantai Timur

Posted: 19 Nov 2010 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov - Keadaan cuaca yang lembab dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan Disembar di utara Semenanjung manakala hujan lebat monsun pula dijangka melanda negeri-negeri di sebelah pantai timur.

http://i268.photobucket.com/albums/jj9/alonrider/Lingkungan%20Hidup/banjirpemdacibinong.jpg

Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, dua kejadian hujan lebat dijangka berlaku mulai bulan Disember hingga pertengahan Februari tahun depan.


"Keadaan cuaca ini adalah kesan daripada keragaman iklim semula jadi dunia yang dipengaruhi fenomena La Nina, yang diramalkan akan berterusan sehingga suku pertama tahun depan," kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

Jabatan itu berkata perkembangan fenomena La Nina menyebabkan monsun timur laut bermula lebih awal dan berkeadaan lebih lembap berbanding biasa, dan dijangkakan sebanyak empat hingga lima kejadian hujan lebat berlaku, yang boleh mengakibatkan banjir.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, ketika ini tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan hujan lebat monsun kali kedua akan berlaku dalam tempoh seminggu akan datang.


"Namun, jumlah hujan bagi negeri-negeri pantai timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka meningkat bermula Rabu hingga Jumaat depan," katanya.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan bersedia menghadapi musim tengkujuh dan mengikuti perkembangan cuaca melalui media.

sumber : bernama.com

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 19 Nov 2010 07:25 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Kemeriahan gotong-royong Korban Perdana 2010 di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua - Sedutan ucapan Pengarah MTD/JPD serta YB Dr Che Rosli

Posted: 19 Nov 2010 12:45 AM PST

Tahniah kepada warga pimpinan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua dan ahli jemaah Kariah Dusun Tua yang telah berjaya mengadakan program Korban Perdana 2010 ini. Sebanyak 19 ekor lembu telah ditumbangkan yang juga merupakan satu jumlah yang besar bagi nisbah Kariah Dusun Tua ini.

Pihak MTD juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan takziah kepada Tuan Haji Fahmi Hasanudin Setiausaha Masjid atas pemergian ke Rahmatullah Bondanya yang tercinta. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada anta sekeluarga.



Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan

Posted: 19 Nov 2010 07:17 PM PST

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan


Himpunan Bersih: Mohamad Sabu, 16 lagi dibebaskan

Posted: 19 Nov 2010 08:09 AM PST

Banjir 2010, Ya Allah kami kerdil....

Posted: 19 Nov 2010 12:30 AM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

DPPK PARIT

Posted: 19 Nov 2010 07:17 PM PST

DPPK PARIT


GENERASI PELAPIS YANG HANCUR

Posted: 18 Nov 2010 08:07 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 19 Nov 2010 03:20 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Pemuda PAS PJU Ziarah Anak Allahyarham Firdaus (Timb Pgrsi ARC S'gor)

Posted: 19 Nov 2010 03:54 AM PST

19 Nov Jumaat, Kajang - Ketua Pemuda PAS PJU, Sdr Azri Mohamad Arish bersama AJK Pemuda PAS PJU yang juga Ketua DACS/ARC PJU, Sdr Ridzuan Din telah membuat ziarah adik Mohamad Umar b. Firdaus anak kepada Allahyarham Firdaus yang meninggal dunia akibat luka parah selepas terlibat dalam kemalangan selepas selesai program Jelajah GeMS di Hulu Langat pd 14 Nov lalu. Turut hadir sama En Azraee Harun Pegawai Briged Amal Selangor. DPPPJU dan Briged Amal telah menyampaikan sumbangan kepada adik Umar, 11 tahun. Adik Umar sedang dirawat di Hospital Kajang. Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan semakin pulih sekarang.

Risalah Serang MB Selangor & K'jaan Selangor

Posted: 19 Nov 2010 02:56 AM PST

19 Nov, Jumaat, P. Jaya- Semua risalah2 ini telah di sebarkan dan di letak pd cermin kndraan sblm solat jumaat td di masjid al hidayah. Malangnya, ramai yg membuangnya begitu shj. Sekian laporan terkini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Nov 2010 03:14 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


ZAID KENE JOIN USRAH BARU BOLEH MASK PAS!!!!

Posted: 18 Nov 2010 05:44 PM PST

Mungkin Zaid Ibrahim kene join Usrah pimpinan dulu ataupun join je usrah DPPWM sebelum melayakkkan dia masuk PAS... mungkin kene cuci sikit daripada budaya UMNO yang dah meresap dalam yubuh dia....

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi yang membabitkan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti itu.


Zaid yang sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata "kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.


"Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan 'dingin' dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.

Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat.
Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

MUNGKIN PATUT CAMPAK PERKASA DLM ISA LA...

Posted: 18 Nov 2010 05:34 PM PST

Perkasa mendesak kerajaan agar tidak layan suara pihak luaran termasuk yang terbaru  Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI), yang semalam meminta pentadbiran Najib agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pertubuhan bukan kerajaan itu pimpinan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berpendapat ISA perlu dikekalkan bagi menjamin keamanan negara.

"Perkasa sekali lagi ingin menegaskan dengan jelas bahawa Perkasa menentang sama sekali cubaan sesetengah pihak yang mahukan ISA dimansuhkan.

"Ingatlah semua rakyat Malaysia, negara ini aman adalah kerana ISA masih wujud walau tidak kerap digunakan," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

Kata Syed Hassan, mereka yang menggesa Malaysia agar memansuhkan ISA adalah lebih baik mendesak Singapura atau Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan sedemikian.


"Dan, pada masa ini bertambah bebas lagi dengan mempertikaikan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.


Dalam kenyataannya semalam, IBAHRI menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan ISA, yang berusia lima dekad, atas alasan penggunaannya melanggar lunas perundangan dan hak asasi manusia di sebuah negara demokrasi.

Badan antarabangsa itu berkata, perbicaraan ke atas blogger berkontroversial Raja Petra Kamarudin, yang dua tahun lalu ditahan di bawah ISA, menunjukkan Malaysia menggunakan undang-undang sedemikian bagi mengekang kebebasan bersuara.

Penggunaan ISA oleh Malaysia telah menghalang hak-hak individu untuk mempertahankan diri dan selain meletakkan kuasa arbitari mutlak pada pihak kerajaan, kata Solc.

Sehubungan itu tegas beliau, sebagaimana ditunjukkan oleh laporan perbicaraan Raja Petra, akta berkenaan mengekang kebebasan bersuara.

IBAHRI telah menghantar saranan agar ISA dikaji semula tetapi mahu pentadbiran Najib memansuhkan undang-undang itu.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 19 Nov 2010 01:17 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


ORANG-ORANG `ABID

Posted: 19 Nov 2010 08:21 AM PST

DUN Lembah Jaya

Posted: 19 Nov 2010 11:35 AM PST

DUN Lembah Jaya


PANAS!!! Roadshow Ceramah Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat: 20 November 2010, 9:00 mlm

Posted: 19 Nov 2010 09:51 AM PST

Tajuk Ceramah:
KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT

Tarikh:
20 NOVEMBER 2010

Masa:
9:00 MLM

Tempat:
DEWAN ORANG RAMAI TAMAN SRI AMPANG

Penceramah:

  1. YB TUAN HJ KHASIM ABDUL AZIZ (ADN LEMBAH JAYA)
  2. YB DR. ZULKIFLI AHMAD (AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR)
  3. USTAZ IDRIS AHMAD (KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)

"SEMUA DIJEMPUT HADIR"

SEBARKAN!!!







Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 Nov 2010 11:21 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


IBADAH QURBAN CAWANGAN DUN CHUKAI

Posted: 19 Nov 2010 12:13 AM PST


Chukai, Kemaman - Boleh dikatakan seluruh Cawangan (21 cawangan) DUN Chukai mengadakan Qurban pada tahun ini. Sebanyak 114 ekor lembu dan 1 ekor kerbau telah diqurbankan pada hari raya pertama dan kedua kali ini. Pada tahun lepas hanya 64 ekor sahaja.

Pas CawanganSurada

Posted: 19 Nov 2010 11:05 AM PST

Pas CawanganSurada


PAS: Teras Politik Malaysia

Posted: 19 Nov 2010 08:35 AM PST

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari

Posted: 19 Nov 2010 08:29 AM PST

Pemuda Guchil

Posted: 19 Nov 2010 09:59 AM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 19 Nov 2010 08:38 AM PST

i n t a n h i j a u


(video) MENGINGATI PERISTIWA MEMALI 19 NOVEMBER 1985 / ﴿ۏيدياو﴾ مڠيڠاتي ڤريستيوا ممالي

Posted: 18 Nov 2010 04:32 PM PST


PATUT LE MENANG...CISSSS!! / ڤاتوتله منڠ...چيسسس

Posted: 18 Nov 2010 03:45 PM PST

Jika benar maklumat ini, diharap pihak PAS ambil tindakan segera...!

Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 19 Nov 2010 03:07 AM PST

Jabatan Amal Malaysia DPPP


PERKHEMAHAN JABATAN AMAL DIGANTI DENGAN JAMBORI

Posted: 19 Nov 2010 01:33 AM PST


TARIKH :  
3 - 5 DISEMBER 2010

TEMPAT : 
KEM PENGAKAP NEGERI MELAKA


Salam perjuangan warga anggota Jabatan Amal seluruh Malaysia. Sepertimana yang diketahui, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu Perkhemahan Jabatan Amal untuk kali yang pertama. Seperti yang telah diperbincangkan program ini khas untuk ahli yang berdaftar sahaja yang mana sebelum ini kita menganjurkan acara Jambori Amal setiap tahun tetapi kebanyakan peserta tidak mendaftar sebagai ahli Jabatan Amal. Oleh yang demikian, acara tahunan Jambori akan diselang-selikan dengan program Perkhemahan Tahunan Amal. 

Setelah diperhalusi bentuk program yang ingin diadakan ini menyerupai acara Jambori, mesyuarat seterusnya merombak semula program ini dan keputusan yang dibuat dikekalkan program Jambori Amal yang dibuat sebelum ini dan ditambah beberapa pengisian dan peraturan yang baru.

Oleh kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini sepatutnya diadakan bulan November yang lalu, Jambori ini terpaksa bertukar tarikh ke bulan Disember iaitu 3, 4 dan 5 Disember. Ini adalah disebabkan keadaan beberapa negeri yang telah ditimpa bencana banjir yang hebat baru-baru ini. Atas sebab-sebab ini, program Jambori Amal Kebangsaan terpaksa diubah tarikh ke bulan Disember yang mana lokasi tempatnya tidak berubah.

Justeru pihak Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat memohon maaf diatas beberapa kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Selain daripada itu diharap negeri-negeri dapat membuat persiapan dan jmaklumkan jumlah anggota yang akan hadir kepada Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia iaitu Abdullah Abd Manan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Nov 2010 01:29 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Posted: 18 Nov 2010 02:55 AM PST

11 Zulhijjah 1431H.
Chef Farid

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian.

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 19 Nov 2010 01:10 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


presiden rasmi hari peringatan mujahid mamali

Posted: 18 Nov 2010 01:47 AM PST






Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Tuan Guru Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi Pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara Pasti, Klinik Smart Solat, Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok serta Ijtimak Pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah As-syahid Ustaz Ibrahim Libya di Kampung Memali.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 18 Nov 2010 11:56 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Majlis Korban Bersama Pemuda PAS Cawangan Bukit Wang

Posted: 18 Nov 2010 05:34 AM PST


Peghelih La...

Posted: 18 Nov 2010 11:33 PM PST

Peghelih La...


Pak Lang Hairy dimasukan ke hospital

Posted: 18 Nov 2010 02:44 AM PST

Pengerusi Perhubungan Awam PAS perlis yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Kangar, Hairy Hashim dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana paru-paru berair.

Beliau dimasukkan ke wad jam 2.00 pagi malam semalam. Beliau kini dirawat di wad kelas satu hospital tersebut.

Pengikut