Isnin, 4 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 04 Oct 2010 09:12 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Panggilan Haji -Pemeritahan dikembalikan kepada Allah-Nizar

Posted: 04 Oct 2010 08:12 PM PDT

Selepas selesai menyempurnakan rukun puasa bulan Ramadhan, maka dikuti tidak lama lagi sambutan musim haji.Tiap2 tahun sekitar 30,000 para hujjaj dari Malaysia akan berangkat keMekah menyempurnakan rukun haji.

Kalau perayaan aidil fitri baru2 ini perlu dilihat dlm konteks perintah al-Quran, 2:183 berserta isi kandungan lafaz takbir raya itu, kini rukun haji juga perlu dilihat dlm konteks kesemua ayat2 al-Quran yg memerintah dilaksanakan haji (khususnya surah al-Hajj) , isi kandungan lafaz takbir raya (sunat bertakbir hingga 13 Zulhijjah) , sejarah haji dan isi kandungan lafaz Talbiah haji.

Talbiah sunat dilafazkan sebaik2 sahaja kita berniat dan memulakan perjalanan meninggalkan rumah dibaca sepanjang perjalanan dan berhenti tatkala melihat baitullah di Mekah.

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

Dalam menjiwai sumpah isi kandungan Talbiah ini saya melihat ada keseragaman dan tuntutan yang sama seperti terkandung dlm surah alFaatihah (salah satu rukun sembahyang) khusunya 3 perkara dasar ini:

i) Segala pujian mesti ditujukan KEPADA Allah dan tidak kepada mana2 makhluq
ii) Segala ni'mat mesti datang DARI Allah dan bukan dari mana2 makhluq
iii) Kerajaan/Pemerintahan mesti dikembalikan kepada Allah

Ketiga2 unsur penting yg dilafazkan dlm Talbiah ini dilaungkan dalam suasana "kembali" atau datang(labaik) kepada Allah. Ini sebenarnya simbolik kepada pertemuan dengan Allah atau apabila kita menghadapi maut nanti. Bahkan beberapa perbuatan dan sunat dalam mengerjakann haji itu sendiri melambangkan suasana maut dan menghadapi kematian seperti berihram(kain kapan), ukuf di Arafah (Padang Mahsyar) dll.

Marilah sama2 dalam kita baru memperolehi ketaqwaan selepas menyempurnakan rukun puasa, kita melaksanakan tuntutan haji sebagaimana yg disumpahkan dalam laungan Talbiah itu sendiri. Kita ungkapkan perkara yang sama dalam membaca al-Faatihah. Setiap kali memulakan solat bila kita bertakbiratul ihram kita juga akan bersumpah bahawa sesungguhnya solatku, nusukku(per'ibadatanku), hidupku dan matiku hanyasanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Diharap-doakan jika ini menjadi pegangan hidup mudah2han setiap perjuangan dan tindakan akan menjurus kearah mengagungkan agama Islam.

Wallahu a'lam

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Oct 2010 09:07 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Orang Asli dakwa diganggu dan dibuli

Posted: 04 Oct 2010 02:55 AM PDT

Sekumpulan Orang Asli dari Kampung Sebir berhampiran Seremban di Negeri Sembilan hari ini mendakwa mereka 'diganggu dan dibuli' oleh polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

"Kami berasa sedih dan terhina dengan tindakan ke atas kami sebagai Orang Asli," kata Zurdi Baharu, yang mewakili komuniti kaum itu di Kampung Serbir.

Lebih kurang 15 daripada penduduk kampung itu berjumpa dengan wartawan ketika sidang media di bangunan Majlis Peguam di Kuala Lumpur untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Pada 30 September lalu dan beberapa hari selepas itu, kumpulan berkenaan mendakwa mereka diganggu oleh polis dan pegawai JHEOA yang mengarahkan mereka memohon permit bagi 'perjumpaan adat' yang mereka cadang anjurkan.

Orang Asli berkenaan mendakwa sebelum ini mereka belum pernah diminta memohon permit atau kebenaran bagi sebarang 'perjumpaan adat' mereka.

Menurut mereka, gangguan terbaru itu dipercayai cubaan mengagalkan usaha mereka membincangkan pindaan Akta Orang Asli 1954 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Beberapa pemimpin Orang Asli mendakwa mereka tidak dirunding berhubung pindaan Akta Orang Asli dan bimbang pindaan tersebut akan menjejaskan kehidupan mereka.

Melabelkan gangguan polis ke atas Orang Asli itu sebagai 'pelik' perwakilan Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan, Tijah Yok Chupin yang turut hadir pada sidang media ini berkata tindakan pihak berkuasa adalah melarangnya daripada bercakap dengan penduduk kaumnya di Kampung Sebir.

"Saya dijadualkan bercakap kepada mereka pada mesyuarat itu. Mereka mahu tahu berhubung maklum balas kerajaan berhubung protes yang diadakan pada Mac lalu di Putrajaya berhubung pindaan Akta Orang Asli.

"Jika saya tidak dijemput, mereka akan dibuli oleh polis," kata Tijah.

Beliau juga percaya tindakan pihak berkuasa itu bertujuan menghalang Orang Asli daripada membincangkan pindaan akta berkenaan.

http://malaysiakini.com/news/144344

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 04 Oct 2010 07:48 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


MASYARAKAT TIONGHUA MAKIN MESRA DENGAN PAS

Posted: 04 Oct 2010 07:10 PM PDT



Ahad lalu PAS sekali lagi terbukti bahawa masyarakat Cina di Kawasan Bukit Katil semakin mesra dengan PAS. Bertempat di Taman Puncak, Bukit Katil, kira-kira 100 orang Tionghua menghadiri jamuan hari raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Taman Tun Rahah dan UPU Taman Tun Rahah.

Sejak dari awal program iaitu kira-kira jam 7.00 malam, mereka berpusu-pusu mengunjungi rumah terbuka tersebut. Kalau sebelum ini amat susah sekali kita melihat kaum Tionghua mengunjungi program PAS di Melaka kini semua itu sudah berlalu.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini semalam, melahirkan rasa syukur dengan perkembangan ini.

"Kita rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada masyarakat Tionghua kerana mereka sudah sedar bahawa PAS adalah parti untuk semua dan tidak membeza-bezakan kaum dan agama".

"PAS bukan parti perkauman seperti parti MCA, Umno dan MIC, kita adalah parti yang terbuka dan sedia berkhidmat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Pada program itu 2 orang ADUN DAP iaitu YB Lim Jak Wong (Bachang) dan YB Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) hadir dan turut menyampaikan ucapan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bukit Katil, Freddie Lim yang pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit baru.

Beberapa bulan lepas kira-kira 150 orang Tionghua menghadiri program jamuan rakyat anjuran MTD Bukit Baru di Taman Harta Pertama Bukit Baru. Semua ini membuktikan bahawa PAS semakin mendapat tempat di hati masyarakat Tionghua.

Gambar : Kaum Tionghua yang hadir pada program tersebut.

.

Posted: 04 Oct 2010 07:44 PM PDT

.


Posted: 04 Oct 2010 09:01 AM PDT

Kenapa 'Tok Guru' ni suka sebut gilo
Dr Azman Ibrahim

Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar 'kelentong' penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah Maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk 'DAP Anti Islam'. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP.



Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa'amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That's not my business. Ketika saya tiba 'Tok Guru' ini sedang berceramah.

Entah berapa 'upah' yang diterimanya malam tadi (1 Oktober) sehingga begitu bersemangat sekali 'Tok Guru' ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan 'gilo' (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan 'gilo' diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. "Baso gilo", "puak-puak gilo", "jenis gilo", "orang gilo", "Nik Aziz gilo", "gilo nok jadi PM", "menate gilo", "kena masuk hospital gilo", "penyakit gilo", "pemimpin gilo" dan macam-macam lagi jenis 'gilo' yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah 'Tok Guru' ni?

Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa 'Tok Guru' ini pernah 'berfatwa' dalam satu ceramahnya di atas pentas Umno di Tumpat. "Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat." Begitulah taksubnya 'Tok Guru' ini dengan Umno. Semalam dia kata "kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! Kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti," ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah 'Tok Guru' ni?

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang menggambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk menggambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. "Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo." Seranah 'Tok Guru' ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin.

Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR). Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Datuk Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat Exco supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini. Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Di samping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditunjukkan kepada hadirin, "inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR." Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham.

"Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang Melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!" ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai.

Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. "Kalu kita lok (biar) negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi." Akhir sekali dia 'berwasiat'. "Kita kena beri sokongan padu kepada Datuk Seri Idris, Datuk Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang."

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi 'Tok Guru' ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakannya 'gilo', jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan


Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf

Khairul Azlam Mohamad

BESUT, 4 Okt: PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru 'gilo' (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk 'DAP Anti Islam' di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu 'gilo' berulang kali.

Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa'amah yang dianggap biadap.

"Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

"Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru 'gilo' (gila) dan diulang berkali-kali," katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 04 Oct 2010 07:13 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Selamat Menduduki PMR 2010 Daripada ADUN Sura

Posted: 04 Oct 2010 07:27 AM PDT

DUNGUN, 4 Oktober Isnin - Sebagai tanda prihatin dan cakna terhadap bidang pendidikan, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mendoakan kejayaan kepada calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan mula menduduki peperiksaan berkenaan bermula esok, 5 Oktober sehingga 12 Oktober akan datang.

(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan
kepada adik Fatin Syahirah Binti Osmiray (8A), salah seorang

pelajar cemerlang PMR 2009 dari SMK Sultan Omar)

" Saya mengambil kesempatan ini mendoakan semua calon peperiksaan khususnya di pusat-pusat peperiksaan seluruh DUN Sura dan Dungun amnya serta seluruh negara agar dikurniakan kemudahan untuk menjawab soalan dengan baik, "

" Mudah-mudahan kejayaan yang bakal diperolehi bukan sahaja di bidang akademik, malahan turut dikurniakan kecemerlangan akhlaq kerana dengan keseimbangan ini akan melahirkan generasi pelajar yang celik, yang bukan sahaja melihat dunia bahkan mampu memandu negara ke arah jalan yang diredhai olehNya, " ujarnya.

Sementara itu, seramai 479,675 calon akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai Selasa ini, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Daripada jumlah itu, 446,896 adalah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera, 11,370 calon Sekolah Agama Tadbiran Negeri, 14,756 calon Sekolah Swasta, 334 Persendirian Perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat, katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menampung keperluan menguruskan perjalanan peperiksaan buat calon-calon itu.

Pihak LPM turut mengingatkan agar calon merujuk jadual waktu peperiksaan di sekolah masing-masing selain boleh didapati di laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm.

DPPK PARIT

Posted: 04 Oct 2010 07:12 PM PDT

DPPK PARIT


TARBIAH PEMUDA PAS , ADAKAH MAMPU?

Posted: 04 Oct 2010 02:44 AM PDT

DUN CHINI

Posted: 04 Oct 2010 07:07 PM PDT

DUN CHINI


SAMBUTAN HARI RAYA PAS DUN CHINI N.23.

Posted: 04 Oct 2010 01:59 AM PDT




























PAS LENGGONG

Posted: 04 Oct 2010 07:06 PM PDT

PAS LENGGONG


Ku Nan kata Ku Li dah terima nampaknya ku nan tipu

Posted: 04 Oct 2010 03:41 AM PDT



Galas: Razaleigh belum beri jawapan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau telah bersetuju dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas.

Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin.

Ianya berhubung sikap Muhyiddin yang seringkali mencanangkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi pengarah PRK Umno BN Dun Galas.

Sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dibuat Tengku Razaleigh berhubung tawaran Umno itu.

Menurutnya lagi, beliau hanya akan memberi keputusan selepas kembali ke Malaysia 9 Oktober nanti.

"Kepada kawan-kawan, saya belum bagi apa-apa jawapan sama ada ya atau tidak.

"Saya hanya akan jelaskan berhubung kedudukan saya pada Pilihan Raya Kecil Galas selepas apabila saya balik ke Malaysia," katanya lagi yang kini sedang berada di luar negara.

Selain pengarah pilihan raya, nama Tengku Razaleigh juga dicadang oleh Umno sebagai calon bertanding di Dun tersebut.

PAS bagaimanapun melihat cadangan tersebut hanya sebagai usaha menjatuhkan maruah dan karier politik Tengku Razaleigh.

Menurut PAS, Tengku Razaleigh adalah tokoh besar negara mengikut sejarahnya yang hanya sesuai untuk jawatan Perdana Menteri, bukannya Adun pembangkang

Macammana orang perkasa boleh ada dalam PKR?

Posted: 04 Oct 2010 03:04 AM PDT

Sah itulah rupa talibarut yang bermain keyu tiga dalam PKR. Mungkin nanti dalam PRK Galas ada pulak calun bebas yang nak guna lambang pas macam brahim ali pakai. mana tahu ada ahli perkasa juga mengaku dia ahli PAS.

Jangan tipulah tiada Ahli PR yang menjadi ahli perkasa.
Yang pastinya mereka itu ialah talibarut sahaja. Semuanya untuk melemahkan mustafa sahaja. Mustafa dari perak orang perak kenal sangat siapa brahim ali dalam tipu penipunyan

PERKASA sokong Mustaffa Kamil timbalan PKR
Jimadie Shah Othman
Okt 4, 10
3:33pm

Kongsi 29
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah meminta semua anggota PKR menolak Azmin Ali sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa Kamil Ayub.

Ini kerana, menurut Arman Azha, Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha (kiri).

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut keputusan pencalonan yang telah diketahui, beliau agak di belakang dengan 17 pencalonan. Azmin pula jauh mendahului dengan 102 pencalonan dan Zaid sebanyak 38.

Turut dicalonkan ke jawatan itu Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada pemberita selepas mengiringi Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) membuat laporan polis berhubung isu kenyataan 'rasis' di balai polis Sentul di Kuala Lumpur, Arman Azha juga menyelar Azmin kerana didakwa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Baru setahun jagung jadi wakil rakyat, beliau (Azmin) harus prihatin. Dr Mahathir telah 22 tahun menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan cuba mencampuri urusan dalaman PKR.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Gombak, Azmin dilaporkan berikrar akan melawan habis-habisan PERKASA dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu yang kini 'tersungkur' di Australia.

Ketika ditemui pemberita selepas itu,Azmin dilaporkan mengakui pemimpin yang dirujuknya itu adalah Dr Mahathir yang juga penasihat PERKASA.

Azmin juga menyatakan, perkataan tersungkur itu langsung tidak kasar tetapi sebaliknya amat sesuai dirujuk kepada pemimpin berkenaan.

Tak Nampak serah duitpun

Posted: 04 Oct 2010 02:58 AM PDT

Adelah beberapa orang yang tua nampaknye serah duit yang dikatakan wang ehsan tu. Tapi yang musykilnya tiada ditunjukkan pula duit itu telah diserahkan kepada kerajaan pulau pinang. Bukan ape sekarangni ramai orang yang menipu. Barangkali betul orang tua-tua tu nak pulangkan duit tu tapi salah tempat. Dapat ke penyamun. Atau duit yang diserahkan tu sikit sangat dalam seratus dua saja kalau diserahkan nampak sangat bohong bedeahnya. jadi duit itu di pakai dululah. Kalau nak tambah duit poket sendiri mana boleh.
Jadi kita harap Kerajaan Pulau Pinang buat laporan Polis yang menyebutkan duit yang diserah itu belum diterima lagi. Biar polis siasat pulak siapa yang bertanggung jawab hendak memulangkan duit itu.

PAS BANGI 3

Posted: 04 Oct 2010 03:39 PM PDT

PAS BANGI 3


Majlis Idulfitri di Kompleks Sukan Seksyen 15

Posted: 03 Oct 2010 09:43 PM PDT



Pas Bangi 3 menguruskan gerai laksa



penyambut tetamu yang sentiasa ceria

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 04 Oct 2010 03:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


PAS PJU bertugas di Majlis Aidilfitri Dato' Dr Hasan Ali

Posted: 04 Oct 2010 02:09 AM PDT

4 Oktober 2010, Kuala Lumpur - YB Dato' Dr Hasan Ali, Exco Hal-Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini di kediaman beliau.

PAS Kawasan Petaling Jaya Utara telah di amanahkan untuk membantu urusan menyambut tetamu-tetamu yang hadir pada majlis tersebut.











Kehadiran ke Rumah Terbuka Pakatan Rakyat PJU Luar Jangkaan

Posted: 03 Oct 2010 07:37 PM PDT

4 Oktober 2010, P. Jaya - Pada tahun ini Pakatan Rakyat Petaling Jaya Utara (PJU) dengan kerjasama ADUN Kg Tunku telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Dan pada tahun ini pihak ADUN Kg Tunku telah memberi kepercayaan kepada PAS Kawasan Petaling Jaya Utara untuk mengendalikan majlis rumah terbuka aidilfitri tersebut.

Majlis tersebut telah di adakan di Dewan Orang Ramai MBPJ Jalan SS 3/14, Petaling Jaya dengan kunjungan tetamu yang di luar jangka. Sambutan sangat menggalakkan di kalangan kaum Cina, India, Melayu dan lain-lain khususnya datang dari sekitar Petaling Jaya, Selangor.

Antara tetamu yang turut hadir meraikan majlis tersebut adalah YB Tony Pua (Ahli Parlimen PJU), YB Lau Weng San (Adun Kg Tunku), En. Kandaiah (Wakil PKR), En. Fazly (Setiausaha AMK PJU), Tuan Hj Ahmad Yusof Ludin (YDP PAS PJU), Tuan Hj Kamarudin Suhaimi (TYDP PAS PJU). 
Dalam ucapan aluan oleh Tuan Hj Kamarudin selaku Pengarah Majlis Aidilfitri pada tahun ini, beliau sangat terharu di atas sambutan yang meriah dari pelbagai bangsa dan kaum yang hadir ke majlis tersebut. Inilah antara satu saluran untuk masyarakat di sini untuk mengenal anatara satu sama lain serta mengeratkan lagi tali bermasyarakat di Petaling Jaya.

YB Lau Weng San juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PAS Kaw PJU yang telah berjaya mengadakan serta mengendalikan majlis tersebut. Beliau sangat berpuas hati dengan pengendalian majlis serta kehadiran yang ramai dari berbilang kaum. Beliau juga berharap, PJU di jadikan contoh untuk Pakatan Rakyat mentadbir sesuatu majlis dan sebagainya.















ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Oct 2010 03:38 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENASIHAT PARTI GERAKAN(BN) LETAK JAWATAN, APA NAK HERAN !

Posted: 04 Oct 2010 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Lim Keng Yaik meletak jawatan sebagai Penasihat Gerakan serta merta kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Koh Tsu Koon.

KENAPA KERAJAAN PULAK KENA BERI RM5JUTA?

Posted: 04 Oct 2010 02:11 AM PDT

RM5 juta untuk 5 syarikat petroleum
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kerajaan telah memperuntukkan RM5 juta kepada lima syarikat petroleum untuk membina kemudahan adunan/campuran dan infrastruktur untuk menyokong pelaksanaan penggunaan biodiesel B5.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, kerajaan telah memberi kepada syarikat petroleum sebanyak RM1 juta setiap satu menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
"Wang yang diperuntukkan ialah untuk pembinaan kemudahan dan infrastruktur campuran dan seharusnya tiada masalah untuk mereka menyiapkannya menjelang Jun 2011," katanya kepada pemberita di Seminar dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa hari ini.
Beliau berkata, syarikat-syarikat yang dikenalpasti menerima peruntukan tersebut ialah ialah Petronas, Shell, Chevron, Exxon Mobil dan BHP.
Katanya, rancangan biofuel untuk tahun depan masih lagi pada sasarannya.
Biofuel itu ialah untuk kegunaan awam tahun depan dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan wilayah tengah Semenanjung terdiri daripada Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Biofuel B5 ialah campuran diesel dengan lima peratus biodiesel berasaskan minyak sawit.

SEORANG SENATOR BN TAK SEDAR DIRI, MENGEJUTKAN BARISAN NASIONAL

Posted: 04 Oct 2010 01:41 AM PDT

HUJAN TIDAK RIBUT PUN TIDAK TETIBA MIC MINTAK TAMBAH KERUSI KABINET

Belum lagi officially jadi President MIC Palanivel s/o. Govindasamy ( பழனிவேல் கோவிந்தசாமி,) dah mula memasang angan-angan dan mimpi di siang hari. Dasar tak tahu malu, kalau begini mindset semua pemimpin India di negara ini alamat hancurlah negara. belum apa-apa dia dah mintak satu lagi kerusi kabinet untuk bangsanya, ooiii apa nie... kerja lah dulu satukan orang India di Malaysia nie barulah mintak , tak malu ke asyik meminta, dah lah selama ini ada dalam Barisan Nasional jadi liabiliti, tengok-tengok lah sikit apa sumbangan MIC dalam PRU 12....Hancusssss.

Buktikan lah dulu kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti bahawa MIC adalah parti yang berjasa dan memberi sumbangan dalam mempertahankan kerajaan sedia ada barulah boleh mintak kerusi kabinet. Ini PRU 13 pun belum lagi, kerusi MIC pun belum tahu lagi dah mintak kerusi kabinet. Ini ke yang telah di tunjuk ajar oleh presiden kamu sebelum bersara?.

Kalau beginilah mindset pemimpin MIC nie, maknanya tak akan berubah lah MIC sampai bila-bila. Dan nampaknya pengganti Semi-value nie lagi tak de value.

Komen teman : mari lah ahli UMNO semua menyahut seruan Tok Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat agar masuk ke dalam Parti PAS.

GARA-GARA NAK GUNA NAMA 1MALAYSIA, KENA MASUK MAHKAMAH UK AKHIRNYA?

Posted: 03 Oct 2010 10:11 PM PDT

Penglibatan syarikat Petronas dalam Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995 dan telan menelan belanja berbillion ringgit. Dalam keadaan ekonomi semakin tenat dan syarikat-syarikat gergasi dunia banyak yang telah menarik diri daripada F1 kerana kekangan kewangan tetapi Malaysia menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010.
Pasukan F1 Malaysia ini akan dikenali sebagai Lotus F1 Team atau 1Malaysia F1 Team. Pasukan F1 Malaysia ini adalah terdiri daripada gabungan agensi kerajaan Malaysia dan syarikat swasta terkemuka Malaysia. Antara syarikat swasta yang terlibat dalam projek F1 negara ini ialah Lotus Car, Proton, Tune Group (Air Asia) dan Naza Group.

Kita sedia maklum pengurusan melibatkan F1 ini mencecah 1 billion setahun dan sekarang belum sampai setahun dah mula bising. Berbalah tentang nama. Hilang kemana dah 1Malaysia tu. Semasa Grand Prix di Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt. Ketika GP Singapura berlangsung kedua-dua pemandunya iaitu Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen gagal menamatkan perlumbaan. Bukan naik poddium pun. Bukan dok petak depan pun. Dok berbalah sesama pengurusan. Bukan berbalah sesama tok lebai... sesama professional.. sesama korporat nampaknya lebih sengit berbalah!.. Lebih malang lagi semasa GP Singapura itu, kereta Heikki telah terbakar selepas dilanggar oleh pemandu lain. Fuh!! Telan duit lagi.

Presiden Proton, Datuk Nadzmi Salleh pula mengeluarkan kenyataan tidak akan membenarkan Pasukan Lotus Racing menggunakan nama Team Lotus untuk berlumba dalam saingan Formula Satu (F1) bagi musim 2011 dan seterusnya selepas menamatkan lesen yang dikeluarkan kepada mereka tahun lalu.. Nazdmi dalam kenyataannya berkata, Proton percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu dan menegaskan Proton adalah pemilik jenama itu dan akan menghalang penggunaan nama itu tanpa kebenaran serta menyekat penajaan.

Akibatnya Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes mengambil prosiding undang-undang di mahkamah Britain untuk menyelesaikan pertikaian dengan Proton berhubung hak penggunaan jenama Lotus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Lotus Racing, Riad Asmat, mengesahkan pasukan itu sudah memfailkan notis mahkamah itu dan pihak Proton yang menguasai kepentingan Kumpulan Lotus UK, dijangka menerima notis berkenaan. "Sekarang biarlah mahkamah yang mengisytiharkan mengenai status hak jenama pasukan Formula Satu Lotus. Kami berpegang kepada hakikat bahawa kami sudah membeli Team Lotus Venterus Ltd, pemegang hak jenama perlumbaan F1 Lotus yang sebelum ini dibangunkan oleh David Chapman," katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara. Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad. "Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.

Kenapa nama perlu ditukar? hihi mungkin nama 1 malaysia tak glamour. Nanti singkat umur macam islam hadhari!

Sementara itu pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan. Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.
Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Selepas habis beratus juta.. adakah Proton akan memikul biawak hidup yang hangus terbakar di GP Singapura itu? Atau adakah 1Malaysia F1 Team akan berkubur? atau Adakah ini hanya wayang kulit bagi melelapkan lagi harta mahsul rakyat Malaysia. Kalaulah duit berbillion itu digunakan untuk pendidikan atau rumah rakyat.. dah banyak mana dah rakyat Malaysia mendapat manfaat. Samalah projek Monsun cup. Bahkan kebanyakan pihak pengurusan sukan di Malaysia menghadapi penyakit yang sama. Macam pantun orang kampong..

PERGINYA SEORANG WARTAWAN

Posted: 03 Oct 2010 10:06 PM PDT

Allahyarham Samsuri Roslan selamat disemadikan
KLANG, 4 Okt: Jenazah Allahyarham Samsuri Roslan, penulis dan wartawan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru jam 9.30 pagi ini selepas meninggal dunia petang semalam.
Samsuri, kolumnis beberapa akhbar termasuk akhbar politik Siasah dan lidah rasmi PAS Harakah meninggal dunia tiga minggu selepas diserang angin ahmar pada 13 September lalu ketika pulang beraya bersama keluarganya di Grik, Perak.
(PERJALANAN TERAKHIR SEORANG WARTAWAN...Jenazah Allahyarham Samsuri Roslan dibawa keluar dari rumahnya di Meru untuk disemadikan)
Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Ipoh dalam keadaan koma dan dimasukkan ke wad ICU lebih seminggu di sana sebelum dibenarkan keluar walaupun masih belum sedarkan diri.
Beliau kemudiannya dibawa keluarganya ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam.
Ketika hayat, Samsuri adalah penulis yang aktif. Beliau pernah menjadi Pengarang Berita akhbar Watan.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah bertugas dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sekarang, semasa beliau memimpin Guthrie.
Samsuri meninggalkan seorang balu, Puan Faizah serta empat anak yang kesemuanya perempuan.
moga Allah menerima roh Allahyarham dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Alfatihah.

SEJAK 2007, UTUSAN DIGELAR ORANG PENGIDAP HIV

Posted: 03 Oct 2010 07:45 PM PDT

Dr Norraesah ibaratkan penggabungan Utusan-NSTP macam perkahwinan antara pengidap HIV dengan orang sihat.
Utusan Melayu (M) Berhad memang teruk sehingga kini, penjualannya menurun teruk berbanding akhbar KOSMO dan Metro yang menaik begitu dramatik sekali.
Ini bermakna, memang Utusan sedang menunggu masa nak mati terkubur atau tukar nama lain atau jadi akhbar tabloid.
Isu cadangan penggabungan Utusan Melayu (M) Berhad dengan The New Straits Times Press (NSTP) terus bergema di sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara Rabu dimana Senator Datuk Dr. Norraesah Mohamad yang lantang membantahnya menyamakannya ibarat seorang yang mengidap HIV dan seorang yang sihat berkahwin.
"Maka kedua-duanya akan sakit,"katanya sambil menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan banyak penggabungan dua syarikat yang mempunyai tradisi dan budaya kerja yang berlainan sebelum ini berakhir dengan kegagalan.

Katanya penggabungan tiga syarikat perladangan iaitu Sime Darby Bhd., Kumpulan Guthrie dan Golden Hope tidak boleh disamakan seperti Utusan dan NSTP kerana ketiga syarikat itu mempunyai hala tuju dan kekuatan yang sama.

Sebaliknya,tambah beliau Utusan dan NSTP jelas berbeza dari segi misi dan tradisi.
"Saya tak rasa penggabungan ini akan membawa hasil yang baik ," kata Norraesah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2007.

UCAPAN MACAM BURUNG GAGAK , GAYA MACAM MERAK

Posted: 03 Oct 2010 03:43 PM PDT

Kadang-kadang tak tahu samada nak menangis atau ketawa mendengar analisa dan pandangan pimpinan UMNO terutama Pimpinan no wahid BN merangkap ketua utama UMNO. Jika dikatakan lawak, kita tidak lihat sesiapa pun yang ketawa. Jika adigan sedih yang dipaparkan, tak ada pula orang yang menangis.

Orang putih kata ucapan dan analisa orang-orang UMNO ini "too predictable" yakni kita boleh agak ke mana halatujunya. Bacaan sejarah mereka pun agak pelik seolah-olah macam mengidap sindrom "Melayu mudah lupa".

Sebagai contoh, jika ada perbalahan di sesuatu tempat maka orang-orang UMNO terutamanya pimpinan mereka akan berkata bahawa ini kerana campur tangan pihak-pihak tertentu (baca parti pembangkang). Jika ada rakyat yang mempersoalkan program kerajaan seperti DEB maka mereka samada dianggap sebagai boneka bangsa lain jika Melayu atau rasis jika berbangsa lain .

Jika ada rakyat yang membicarakan tentang perlunya penambahbaikkan kepada sebarang aspek perundangan atau mana-mana institusi kerajaan, maka individu berkenaan dianggap tidak patriotik dan tidak layak menjadi warga negara ini.

Cuba lihat kenyataan Najib sempena ulangtahun ke 20 Yayasan Membasmi Kemiskinan (YBK) baru-baru ini. Antara sedutan ucapannya ialah bahawa kesan buruk akan menimpa rakyat negara ini dari segi pembangunan negara dan kebajikan rakyat jika kerajaan BN hilang kuasa memerintah. (Sebenarnya UMNO sengsara selepas tumpas di Selangor kerana fulus terputus).

Kerajaan BN dah hilang kuasa di 4 negeri (belum kuasa pemerintahan negara lagi!) dan kita lihat bagaimana kebajikan rakyat jauh lebih baik terbela daripada negeri-negeri lain yang di bawah BN. Semasa BN memerintah berpuluh-puluh tahun pernahkah mereka berfikir nak bagi air percuma atau pengurangan bayaran bil air rakyat, atau kurangkan kadar cukai tanah seperti yang dibuat di Kedah, atau bantuan kifalah sebanyak RM2,500 kepada waris yang kematian warga emas, atau bantuan kepada sekolah agama rakyat (yang dipinggirkan oleh kerajaan BN), dan pelbagai lagi program membela rakyat lain walaupun dalam sumber kewangan yang terhad?

Kata Najib lagi bahawa hanya BN saja dapat bangunkan tanah di Serendah milik YBK. Pelik betul ucapan ini. Tanah itu adalah pemberian kerajaan negeri Selangor kepada YBK untuk dibangunkan sesuai dengan peranan YBK iaitu untuk membantu mengurangkan kemiskinan. Tetapi apabila ia diuruskan oleh seorang yang totok UMNO maka tindak-tanduknya sentiasa ada agenda politik. Kerajaan negeri PR telah beri maklum panjang lebar berhubung salahlaku YBK dan meminta supaya didedahkan secara terperinci rekod kewangannya yang beraudit tetapi sampai hari ini belum dapat ditunaikan. Jika ada pun perbelanjaan kewangan yang didedahkan itu adalah sebahagian kecil yang cocok dengan kehendak mereka.

Dan yang lebih lucunya, hanya kerajaan BN saja yang dapat bangunkan tanah berkenaan. Jadi pembangunan yang sedang rancak di negeri-negeri PR sekarang ini jin mana pula yang tolong buat!

Selepas tu Najib buat kesimpulan bahawa beliau adalah mangsa keadaan apabila hampir tumpas dalam pilihanraya tahun 1999 kerana pertelingkahan antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim. Setahu Anak Bapa apa yang berlaku, Dr. Mahathir yang suka pecat Timbalannya, pecat Anwar dan lepas tu maha aibkan beliau dan keluarga dengan tuduhan yang amat jijik dan memalukan yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara. Dan yang ironinya Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan sekarang Najib cuba lagi nak ulangi tindak-tanduk Dr. Mahathir dengan adigan Liwat II.

Sebenarnya Najib bukan mangsa keadaan tetapi bersama-sama bersekongkol dengan pimpinan UMNO lain termasuk Dr. Mahathir dalam membentuk UMNO pada masa itu dan hari ini kerana beliau adalah salah seorang pimpinan kanan UMNO. Jadi jangan dok cari jalan nak pelepas diri dan letakkan kesalahan pada orang lain!

Pendek kata banyak lagi kenyataan dan tindak-tanduk pimpinan UMNO hari ini yang mengambarkan betapa tenat dan nazaknya mereka dalam hari-hari terakhir sebelum dikapankan pada PRU akan datang.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Oct 2010 03:10 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Alhamdulillah....Kos haji dijangka naik lagik..!!

Posted: 04 Oct 2010 09:03 AM PDT

Kos haji dijangka naik

GUAR CEMPEDAK – Kenaikan kos mengerjakan haji dijangka akan berlaku pada musim hadapan, jelas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, sekiranya kos yang ditetapkan ketika ini dikekalkan, subsidi sebanyak RM3060 perlu diberikan kepada setiap jemaah haji yang berangkat ke Tanah Suci.

"Ada kemungkinan (kos mengerjakan haji) akan naik, kita sedang pertimbangkan kemungkinan itu, bagaimanapun kita belum membuat perkiraan berapa peratus yang wajar kita naikkan.

"Saya jangka selepas pasukan kita sampai ke Mekah, kajian itu akan dapat dilihat dengan lebih jelas," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri, di Dewan Serbaguna, di sini, semalam.

Pada majlis yang sama, Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 300 penerima, termasuk 10 pelajar cemerlang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jerai.

Beliau berkata, banyak kos yang perlu diambil kira termasuklah harga sebenar untuk setiap bilik hotel memandangkan pihak pengurusan perlu mencari hotel-hotel baru sebagai penginapan jemaah haji kerana hotel-hotel di sekitar kawasan Masjidil Haram, yang sudah ditempah untuk tempoh lima hingga 10 tahun, telah diruntuhkan.

"Pengurusan Tabung Haji membuat kajian dari semua sudut, berkaitan pengangkutan, penginapan hotel serta pengangkutan di antara Jeddah, Mekah ke Madinah, daripada Madinah balik ke Mekah, pergi ke Arafah, kemudian ke Muzdalifah dan Mina, melontar pada hari-hari Tasyrik, dan bertolak balik.

"Oleh kerana bangunan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram sudah diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan 'Courtyard' atau kawasan baru bagi Masjidil Haram, yang boleh menampung lebih 3 juta jemaah, kos juga dijangka akan meningkat," katanya.

UCAPAN "SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU" ...APA HUKUMNYA??

Posted: 04 Oct 2010 02:12 AM PDT

Sekarang nie musim orang melangsungkan majlis Perkahwinan... boleh kata kat mane-mane pun hari minggu aje ada sahaja jemputan Walimatul Urus... dan ucapan-ucapan kepada para pengantin biasa kita terdengar atau kita sendiri yang ucapkan ,"SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU"... alah macam lagu Pengatin Baru tu...Selamat Pengatin Baruuu... Semoga Kekal Abadi... Bahgia ke Anak Cucu... Semoga murah rezeki... sedar atau tidak sebenarnya ucapan itu adalah ucapan yang diucapan oleh golongan Arab Jahiliyah sejak dahulu lalu... yang mana hukumnya MAKRUH... sebab apa? Sebab Nabi tegur seorang sahabat yang mengucapkan begitu kepada pasangan pengatin... lalu kata Nabi ucaplah begini, " Semoga Diberkati kedua pengantin ini."
Dan bila kita dah tau tue ... pesan-pesan le kat diri kita supaya tak ucap dah sebagai mana yang kita ucap sebelum ini. Walahu'alam.

GALAS : KALU BRAHIM ALI ANAK JANTANG LA...

Posted: 04 Oct 2010 01:54 AM PDT

Pilihanraya kecil Galas merupakan peluang terbaik untuk Perkasa membuktikan sejauhmana perjuangan mereka diterima oleh orang Melayu atau sebaliknya, kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Beliau berkata, oleh kerana kerusi 'debut' adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak Perkasa adalah Presidennya sendiri iaitu Datuk Ibrahim Ali.

"Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri.

"Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang 'ideal' untuk Perkasa mencabar kedudukan Umno sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan Umno.

"Ianya merupakan kerusi 'ideal' untuk dijadikan sebagai kerusi 'debut' atau kemunculan pertama di muka umum bagi Perkasa yang akan menandakan kemasukkan Perkasa ke dalam arena politik secara serius, katanya dalam blog beliau.

Khalid berkata, Ianya juga akan menjadi bukti akan kesungguhan Perkasa dalam penentangannya terhadap pendekatan Umno yang dianggapnya terlalu lembik dalam mempertahankan kepentingan Melayu.

"Sekiranya Perkasa 'turun padang' sebegini dengan Ibrahim sebagi calon maka segala dakwaan bahawa selama ini mereka hanya bersandiwara bersama dengan Umno akan terbukti meleset.

"Apa yang perlu dicapai olehnya adalah hanya untuk mendapat jumlah undi yang menyaingi Umno dan ianya akan membuktikan bahawa Perkasa lebih diterima sebagai badan yang memperjuangkan Melayu berbanding Umno," katanya lagi.

Bagaimanapun, Khalid yakin Ibrahim tidak akan melakukannya (bertanding) sebalinya tetap bersama Umno dan akan turun berkempen untuk parti itu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya kecol tersebut ekoran kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman dari PAS, baru-baru ini.

NAMPAK SANGAT DR ZUBIR PERKASA ITU UMNO...

Posted: 04 Oct 2010 01:23 AM PDT

KJ, Tengku Adnan isytihar dan beberapa pemimpin UMNO dok selar Perkasa... awat hang tak gesa orang Melayu dan Bumiputera tidak menyokong calon-calon UMNO dalam pilihan raya umum ke-13. Nampak sangat Perkasa ini alat UMNgOk...


Saya petik:-
KUALA LUMPUR, 4 Okt — Perkasa menyamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali seolah-olah 'berperang' dengan Perlembagaan Persekutuan jika calon timbalan presiden parti itu mengisytiharkan "berperang dengan Perkasa."


Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun (gambor) berkata, "kita tidak berminat untuk berperang dengan PKR, sebaliknya kami hanya mahu mempertahankan Perlembagaan negara."

Sehubungan itu, Zubir yang juga Yang Dipertua Perkasa Pahang berkata, pihaknya akan menggesa agar orang Melayu dan Bumiputera tidak menyokong calon-calon PKR dalam pilihan raya umum ke-13 jika Azmin terus melahirkan sikap menentang Perkasa.

INI BARU SESUAI DIPANGGIL IMAM KHALIFAH...

Posted: 03 Oct 2010 09:25 PM PDT

sejuk hati aku bila melihat potret Imam Khalifah ini... memang selayaknya beliau dipanggil dengan gelaran begitu... patut la Hajjah Rosmah menerima lamaran beliau... wakakakak...

UTUSAN MELOYA BAPOK PENIPU....

Posted: 03 Oct 2010 06:24 PM PDT

memang Utusan Meloya ini sama kuat menipunya ngan UMNgOk ...  guru kencing berdiri murid kencing berlari .... lain yang di cakap... lain pulak yang dilapor... nak buat camne ... anak didik UMNgOk..... klik untuk besar...


Artikel asal:-

http://dppwm.blogspot.com/2010/09/jutawan-britain-bakal-dikutuk-umno-bn.html#links

REGA ROKOK NAIK RM0.70... TERTINGGI DLM SEJARAH

Posted: 03 Oct 2010 06:10 PM PDT

Wow, harga rokok dijangka akan naik sehingga 70sen sekotak untuk paket 20 batang. Kenaikan ini jika menjadi kenyataan akan menjadi kenaikan harga tertinggi dalam sejarah.


Sebagai bekas perokok tegar, saya seru rakan-rakan agar meninggalkan rokok kerana kesannya kepada kesihatan dan ekonomi keluarga.

Harga rokok semakin tinggi, permintaan juga kekal tinggi (walaupun dijangka turun 10%), siapa yang untung?

Saya petik:

[TS] PETALING JAYA: Cigarette prices are expected to go up tomorrow by 70 sen for a pack of 20 sticks.

According to a report by a Chinese daily, most 20-stick packs, which is currently sold at RM9.30, will cost RM10.

Quoting sources, the daily reported that the 70 sen increase is one of the highest in recent history, with previous hikes being between 10 and 30 sen.

Packs of high-grade cigarettes are expected to cost as much as RM14.

A source predicted that the price hike would cause cigarette sales to drop by 10%.

MB 'LUCAH' DAPAT DR KEHORMAT???

Posted: 03 Oct 2010 06:07 PM PDT

Ingat gambar ini? Videonya ada di bawah kiriman ini. MB Adnan Yaakob yang menunjukkan isyarat lucah ini bakal menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk esok. Bidang pendidikan? Perlakuan yang ditunjukkan oleh MB ini juga suatu bentuk pendidikan, bukan?
Alahai! Saya petik:

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk, Jordan.

Majlis akan berlangsung di universiti itu di Irbid, Ahad ini.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, penganugerahan adalah sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan Adnan dalam bidang pendidikan yang sentiasa memberi galakan dan bantuan kewangan kepada anak-anak Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selain itu, ia bermatlamat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Kolej Antarabangsa IKIP milik Yayasan Pahang dengan Universiti Yarmouk.

Adnan dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang dan IKIP berlepas ke Jordan hari ini.

Ketika di sana, kerajaan negeri Pahang akan turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Yarmouk ke arah penubuhan Kursi Pahang untuk membantu kajian dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dakwah dan telekomunikasi Islam.

Selepas ke Jordan Adnan dan rombongan akan berlepas pula ke Syria pada Isnin bagi bertemu pelajar sebelum berlepas pulang pada Rabu.

AMACAM TPM? KU LI BELUM BAGI KATA 2 LAGI...

Posted: 03 Oct 2010 06:05 PM PDT

Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari."

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan."

CUEPACS MOHON BONUS UTK PENJAWAT AWAM

Posted: 03 Oct 2010 05:54 PM PDT

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa), tahun ini.
Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.
"Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 [juta] penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, hari ini.

Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.
"Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam," katanya.
Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.
Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini. — Bernama

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 04 Oct 2010 01:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan

Posted: 04 Oct 2010 01:30 AM PDT

Tempat berlansungnya Ijtima' : Masjid Rusila, Marang, Terengganu... Ijtimak bermula pada hari Jumaat, 1 Okt 2010 dan berakhir pada hari Ahad, 3 Okt 2010.


Kehadiran hampir 5000peserta dari kawasan-kawasan seluruh malaysia... Kedah menghantar seramai 140 orang peserta.


Forum kemuncak sebelum perasmian penutup :
1- alFadil al Ust. Hj Zulkifli Ismail (Dewan Ulama')
2- alFadil al Ust. Hj Nik Zawawi Nik Salleh (DUP Pusat)
3- alFadil al Ust. Ahmad bin Yahaya (Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah)

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 04 Oct 2010 01:24 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Galas:Razaleigh belum beri jawapan.

Posted: 04 Oct 2010 07:51 AM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 04 Oct 2010 01:16 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud

Posted: 04 Oct 2010 07:09 AM PDT

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua pembaca blog yang sentiasa singgah disini. Harap saudara/ri sihat walfiat hendaknya. Ha..ha..kalu bagi yang kurang sihat tu cepat-cepatlah jumpa doktor dan dapatkan rawatan dengan segera dan banyakkan berehat secukupnya yer.
MUNGKIN ramai di kalangan umat islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama lain mengatakan sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh memberikan kesan baik seperti berikut ;
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia. (burut)
  4. Mengurangkan sakit ketika senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika anda sujud dan bangun daripada sujud.
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan.
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  15. Organ penting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
  18. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migran, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  19. Menurut kajian pula, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
"Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan 'Tartil' (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)
Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih sayang Allah itu terpancar dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.
Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah, yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.

Wang haram di P Pinang utk org miskin

Posted: 04 Oct 2010 07:05 AM PDT







"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.

Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

"Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).

Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.


Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: "Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum"

- Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Mal, MAIS.

Wallahua'lam.

Nizar ziarah emak mertua Sdr Amran Haron di wad ICU Taiping.

Posted: 04 Oct 2010 06:50 AM PDT

Nizar petang kelmarin berkesempatan untuk menziarah Hajjah Fathimah bt Abdullah 82 tahun ,ibu mertua kepada sahabat beliau yang juga P.A beliau Sdr Amran Haron yang kini dirawat di Hospital Taiping. Beliau sebelum ini menghadiri jamuan raya dekat Kamunting.

DS Nizar menjenguk dari luar PN Fatimah bt Abdullah 82 tahun yang menghidap jangkitan paru-paru,tairod dan juga jantung .Pn Fatimah Abdullah menerima aalat sokongan pernafasan.


DS Nizar mengharapkan kaum keluarga PN Fatimah bersabar.Di samping mengharapkan beliau cepat sembuh.Turut serta lawatan itu Setiausaha Pas Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris,Sdr Basheer Ahmad,Sdr Zainuddin Hamzah dan Ketua Penerangan Kawasan Shaharudin Ahmad Sani

Jamuan Tang Lung Raya Anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah

Posted: 04 Oct 2010 06:48 AM PDT


Jamuan Tang Lung Raya Anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah
2 Oktober 2010, Pakatan Rakyat Batu Gajah telah menganjurkan satu Jamuan Makan Malam Tang Lung Raya di Dewan Tokong Tham Shen, Pusing. Program berlangsung dari jam jam 7.00 pm hingga 10.30pm. Tetamu khas pada malam itu ialah Mohamad Bin Sabu. Turut hadir sebagai penceramah undangan ialah YB Wong Kah Woh, YB Chan Ming Kai, YB Lee Boon Chye dan Ngoi Thiam Woh, bekas Ahli Parlimen Kampar.


Tuan rumah yang menganjurkan program ini ialah Ahli Dewan Negeri Tronoh YB V.Sivakumar bersama-sama dengan Pakatan Rakyat Batu Gajah. Lebih dari pada 800 orang telah hadir dalam program yang dianjurkan.


Dalam ucapan Chan Chin Fah, Pengerusi DAP Bahagian Batu Gajah, beliau mempersoalkan tentang masalah tapak bola keranjang berhampiran Pasar Awam Pusing. Datuk Seri Zambry pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah tapak bola keranjang ini telah diselesaikan oleh kerajaan. Setakat ini tidak ada apa-apa yang nampak terselesai. Keadaan tapak bola kerajang masih seperti sedia kala. Beliau minta Datuk Seri Zambry menjelaskan bagaimana masalah tapak boleh kerajaan ini diselesaikan oleh kerajaan negeri. Adakah ini bermaksud, tapak itu dikembalikan kepada rakyat? Adakah kerajaan sedia membina sebuah tapak bola keranjang berbumbung di tempat itu?


Dalam ucapan V.Sivakumar, beliau menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati mengenai sikap Majlis Daerah Batu Gajah yang tidak prihatin dan sensitif kepada masalah rakyat. Majlis Daerah Batu Gajah sering kali boros membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Masalah-masalah rakyat yang kecil dan amat memerlukan tidak diselesaikan. Malah menghabiskan wang dalam projek-projek mudah dan tidak penting seperti membina dinding 'Selamat Datang Ke Batu Gajah', meletakkan pasu-pasu bunga, menanam pokok hiasan berlampu dan macam-macam lagi. Saya bukan anti program mengindahkan bandar, tetapi ia perlu dibuat selepas masalah-masalah asas yang dihadapi oleh rakyat diselesaikan.


Rakyat tidak pernah meminta untuk menghiaskan bandar dengan perbelanjaan beribu-ribu ringit. Rakyat mahu masalah harian yang dihadapi oleh mereka diselesaikan. Majlis Daerah Batu Gajah harus selesaikan masalah- masalah penting terlebih dahulu sebelum mengindahkan pekan Batu Gajah. Kebersihan merupakan keindahan yang sebenar. Tidak ada guna kita mempunyai lampu warna-warni disekeliling pekan tetapi longkang tersumbat di merata tempat. Menjaga kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keselesaan rakyat seharusnya dijadikan matlamat utama setiap kerajaan tempatan.


V.Sivakumar juga berasa hampa dan Bangunan Baru Majlis Daerah Batu Gajah yang dibina atas bukit menelan berjuta-juta ringgit. Adakah Majlis Daerah Batu Gajah memerlukan bangunan yang yang gitu besar dan berkos tinggi. Wang yang dibelanjakan untuk membina bangunan itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat di sekitarnya. Ini merupakan satu lagi projek yang membazirkan wang rakyat. Wang cukai taksiran digunakan untuk membina bangunan-bangunan yang tidak membawa faedah terus kepada rakyat.


Bangunan baru Majlis Daerah Batu Gajah telah menelan belanja berjuta-juta ringit. Bangunan itu siap dibina pada tahun 2007 dan dirasmikan pada tahun 2008. Selepas itu, beberapa projek kecil dilaksanakan untuk memperbaiki dan menaik taraf bangunan baru tersebut. Pada tahun ini, tempat letak kereta pula telah siap dibina di belakang bangunan Majlis Daerah Batu Gajah. Masalahnya, kenapakah tempat letak kereta yang baru ini harus dibina sekarang dan tidak sekaligus semasa membina bangunan induk dahulu?


Pada Sidang Dewan Negeri 3 Ogos, saya telah memasukkan satu soalan bertulis mengenai hal ini. Dalam soalan itu, saya menanyakan kerajaan berapakan kos pembinaan tempat letak kereta yang baru itu? Kerajaan telah menjawab kos pembinanan tempat letak kereta yang baru adalah RM 180, 577.85. Adakah perlu untuk Majlis Daerah Batu Gajah untuk membinaan tempat letak kereta dengan harga yang tinggi sedangkan banyak masalah-masalah kecil yang hanya melibatkan kos beberapa ribu ringgit ditangguhkan.

Saya rasa sedih apabila Majlis Daerah Batu Gajah memberi alasan bahawa tidak cukup peruntukan untuk membuat projek-projek kecil sedangkan banyak wang dibelanjakan secara boros dalam projek-projek yang besar dan tidak berfaedah kepada rakyat. Saya juga menanyakan adakah tempat letak kereta itu untuk kegunaan orang ramai dengan bermatlamat memenuhi aspirasi Kerajaan Persekutuan 'Rakyat Didahulukan'? Kerajaan Negeri Perak pula menjawab bahawa tempat letak kereta tersebut adalah untuk kegunaan penjawat awam Majlis Daerah Batu Gajah. Kenyataan ini sendiri membuktikan sejauh manakah kerajaan tempatan dan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada rakyat.

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Oct 2010 11:34 AM PDT

Batu Gajah Mari


Ceramah Kelompok di Kg Seri Jaya

Posted: 04 Oct 2010 10:20 AM PDT



Pas Kawasan Gopeng dengan kerjasama Pas Kawasan Batu Gajah telah mengadakan ceramah kelompok di Kampung Seri Jaya, Batu Gajah. Program ini diadakan di setiap kampung di di dalam DUN Sungai rapat. Program ini menerapkan kesedaran kepada rakyat supaya memilih PAS dan kepentingan menyokong Parti Islam. Program ini lebih kepada santai dan mesra rakyat. Penceramah jemputan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak dan PAS Batu Gajah, Ustaz Munir Ali. Turut hadir pada program ini ilah Ketua Pemuda PAS Batu Gajah Sdr Rosdy dan pimpinan PAS Batu Gajah.



Wakil PAS Gopeng sedang memberi ucapan



Ustaz Munir Ali


Ustaz telah menyampaikan ceramah yang mantap dan sungguh berguna




Ketua Kampung PR yang telah digulingkan oleh UMNO


jamuan rakyat


Sdr Rosdy turut hadir


muslimat

Katak Malim Nawar sertai PPP

Posted: 04 Oct 2010 08:43 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr2P2KhYA9fRSJaoJLIz9v3hQH34LW9FQh5acsS2ZMWry0SO_sWrecMlUklbTdK_ubdFPwAW8SUihykMkGGamYzFD-R181dYiI0kOSsZ5911v78ZpSuMyiVt25TrhykJWb-V2aKiEpEw/s1600/Pix-1-Keshwinder-Singh.JPG

IPOH, 4 Okt — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M. Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lepas.

"Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak.

Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN. — Bernama

Umno perosak perpaduan kaum di Malaysia

Posted: 04 Oct 2010 02:41 AM PDT


Pengerusi Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

"Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini"

"Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat," katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.

Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.

"Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman," katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

Berbilang kaum hadir ke Ceramah Mat Sabu

Posted: 03 Oct 2010 08:38 PM PDT





Parti DAP telah mengadakan Majlis Tanglung Raya di Dewan Tokong Tham Seng, Pusing kelmarin. Antara pimpinan yang di jemput ialah Adun Tronoh YB V Sivakumar, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, dan paling istimewa ialah AJK Pas Pusat Haji Mohamad Sabu atau Mat Sabu. Majlis itu dihadiri oleh berbilang kaum.


membaca Akhbar roket

DAP dihati Melayu tertera di Akhbar Roket

jamuan ringan disediakan

perpaduan dalam Pakatan Rakyat

Antara penyokong PAS yang hadir


Ketua Pemuda DAP Perak

Penyokong PAS bermesra dengan V Sivakumar

Pemuda KeADILan dan Pemuda PSM

Dr Lee Boon Chye turut hadir



Umno dengan judi tak dapat dipisahkan ibarat taik dengan kentut. Itulah antara kata- kata lucu Mat Sabu



Mat Sabu bersemangat menyampai ceramah

Rakyat memenuhi dewan

Mat Sabu bersalam- salaman sebelum pulang

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 04 Oct 2010 11:28 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Kenapa PAS pilihan saya

Posted: 02 Oct 2010 07:20 AM PDT

1 . Islam sebagai dasar perjuangan

Seperti yang temaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam, hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan PAS.

"Bahawa sesungguhnya adalah diisytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma`ruf wa al-Nahyu `anil Mungkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia."

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlaq. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Deen wa Daulah (agama dan negara).

Justeru itu perbezaan Umno dan PAS bukan perkara solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaannya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan solat, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh PAS luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh PAS mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT, justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.

2 . PAS dipelopori oleh gerakan Ulama`

3 . PAS mementingkan dakwah dan tarbiah. Ia bukan semata-mata parti politik bergerak musim pilihanraya sahaja.

4 . PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5 . Kepimpinan yang menggabungkan ulama`, profesional dan aktivis.

6 . PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman.

7 . PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan melayu minoriti.

8 . PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9 . PAS memperjuangkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

10. Memimpin PAS satu amanah bukan kebanggaan.

11. PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagih kepada rakyat yang memerlukan.

12. PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlaq kerana ia adalah kekuatan tamaddun sebuah negara.

13. PAS berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama.

14. Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Dupahang's Weblog

Posted: 04 Oct 2010 11:23 AM PDT

Dupahang's Weblog


Najib: Satu Spesis Ayah Pin?

Posted: 04 Oct 2010 10:06 AM PDT

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ Orang melayu ni kalau bab pangkat dan gelaran berjela-jela. Kalau nak disangkut kat baju tak muat dan habis tempat. Habis dah gelaran dan pangkat melayu kini disangkut pulak dengan gelaran dan pangkat yang bunyinya arab. Kini Dato' Seri najib mendapat 3 gelaran yang paling tinggi. Imam, Khalifah, Agung.Najib Imam Khalifah Agung PSSGM (Pertubuhan Silat [...]

Bila Umno Sasau – Guna Orang Gila Untuk Berceramah

Posted: 04 Oct 2010 05:46 AM PDT

http://bloglistpolitik.blogspot.com Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar 'klentong' penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau [...]

Kuasa Melayu Hilang : Umno Sasau

Posted: 04 Oct 2010 05:25 AM PDT

Oleh Chegu Zul Ketakutan Umno bahawasa kuasa politik akan hilang daripada tangan orang Melayu adalah tiada berasas. Situasi sebenarnya perkongsian kuasa Umno melalui Bn melihatkan 244 agihan kerusi seluruh negara bukanlah ditandingi seluruhnya oleh Umno. Rakyat perlu sedar terbentuk dan pembentukan kerajaan bukanlah dapat dibuat mutlak oleh orang Melayu satu kaum sahaja. Asas ini telah [...]

Pas CawanganSurada

Posted: 04 Oct 2010 11:07 AM PDT

Pas CawanganSurada


Perkauman: Umno tiada pilihan lain

Posted: 04 Oct 2010 01:47 AM PDT

'Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polis

Posted: 04 Oct 2010 01:37 AM PDT

Tiga Tugasan Ke Putrajaya

Posted: 04 Oct 2010 01:32 AM PDT

Anwar Beri Amaran Jangan Guna Media Umno

Posted: 04 Oct 2010 12:34 AM PDT

Hata Wahari tertanya-tanya: Siapa Ibrahim Ali dalam Utusan?

Posted: 03 Oct 2010 09:49 PM PDT

Calon Galas: PAS akan pilih bukan perokok

Posted: 03 Oct 2010 06:50 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Oct 2010 09:20 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Orang Asli dakwa diganggu dan dibuli

Posted: 04 Oct 2010 02:54 AM PDT

Sekumpulan Orang Asli dari Kampung Sebir berhampiran Seremban di Negeri Sembilan hari ini mendakwa mereka 'diganggu dan dibuli' oleh polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

"Kami berasa sedih dan terhina dengan tindakan ke atas kami sebagai Orang Asli," kata Zurdi Baharu, yang mewakili komuniti kaum itu di Kampung Serbir.

Lebih kurang 15 daripada penduduk kampung itu berjumpa dengan wartawan ketika sidang media di bangunan Majlis Peguam di Kuala Lumpur untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Pada 30 September lalu dan beberapa hari selepas itu, kumpulan berkenaan mendakwa mereka diganggu oleh polis dan pegawai JHEOA yang mengarahkan mereka memohon permit bagi 'perjumpaan adat' yang mereka cadang anjurkan.

Orang Asli berkenaan mendakwa sebelum ini mereka belum pernah diminta memohon permit atau kebenaran bagi sebarang 'perjumpaan adat' mereka.

Menurut mereka, gangguan terbaru itu dipercayai cubaan mengagalkan usaha mereka membincangkan pindaan Akta Orang Asli 1954 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Beberapa pemimpin Orang Asli mendakwa mereka tidak dirunding berhubung pindaan Akta Orang Asli dan bimbang pindaan tersebut akan menjejaskan kehidupan mereka.

Melabelkan gangguan polis ke atas Orang Asli itu sebagai 'pelik' perwakilan Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan, Tijah Yok Chupin yang turut hadir pada sidang media ini berkata tindakan pihak berkuasa adalah melarangnya daripada bercakap dengan penduduk kaumnya di Kampung Sebir.

"Saya dijadualkan bercakap kepada mereka pada mesyuarat itu. Mereka mahu tahu berhubung maklum balas kerajaan berhubung protes yang diadakan pada Mac lalu di Putrajaya berhubung pindaan Akta Orang Asli.

"Jika saya tidak dijemput, mereka akan dibuli oleh polis," kata Tijah.

Beliau juga percaya tindakan pihak berkuasa itu bertujuan menghalang Orang Asli daripada membincangkan pindaan akta berkenaan.

http://malaysiakini.com/news/144344

Lagi kes budak mati lemas di Port Dickson

Posted: 03 Oct 2010 05:11 PM PDT

Lagi kes budak mati lemas di sebuah resort di Port Dickson pada 3 Oktober 2010. Kali ini melibatkan kanak-kanak berusia 6 tahun Mohd Haqfiz Muhaimin.

Dad unknowingly finds son's body in pool
New Straits Times 4 Oct 2010

PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son.

Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Norain, however, found the body of his son, Mohd Haqfiz Muhaimin, 6.

Norain, who was at the resort to attend a school reunion, said Haqfiz, his second child, had his eyes on the pool as soon as he arrived at the resort.

"I wasn't paying attention when my son went to the pool.

"I was taking out the bags from the car while my wife and two other children had gone to the chalet," said Norain, a Malaysian Maritime Enforcement Agency officer in Batu Kurau, Perak.

"I heard people shouting and I ran and jumped into the pool but I did not expect to find my son lying at the bottom.

"God loved him more and we accept the fact that Haqfiz is no longer with us."

The incident occurred about 6.30pm on Saturday when the family from Parit Keroma in Muar arrived at the resort.

Norain's reunion involved 10 of his former classmates and their families.

He said Haqfiz had wanted to go to the pool but his wife, Umni Kelsom Ahmad, 31, insisted that his elder sister go with him.

"He, however, did not wait for anyone and ran to the pool. I noticed that there were three or four others in the pool.

"I tried in vain to resuscitate him."

He said he was disappointed that there was no lifeguard on duty.

Umni Kelsum said she went to the pool to look for her son but did not see him there.

"I thought he had gone to play with his friends, who are the children of my husband's former classmates," she said crying.

http://www.nst.com.my/nst/articles/10pooli/Article

KHIDMAT MERU

Posted: 04 Oct 2010 09:01 AM PDT

KHIDMAT MERU


MAKAN MALAM DI DEWAN HOKKIEN KLANG

Posted: 04 Oct 2010 02:29 AM PDT








YB Dr Rani dan YB Manikavasagam adalah di antara tetamu kehormat yang di jemput untuk menghadiri satu Majlis Makan Malam yang di adakan oleh Persatuan Penduduk Taman Klang di Dewan Hokkien Klang.
Majlis yang di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Donald Lim itu turut di hadiri oleh 940 orang tetamu.
Dalam ucapannya, Dr Rani menekankan betapa pentingnya aspek-aspek agama di terapkan
di dalam jiwa anak-anak dan remaja kerana hanya the "God fearing factor" ini sahaja lah yang mampu menjadi perisai untuk menahan diri seseorang dari melakukan sesuatu keburukan samaada kepada dirinya atau kepada orang lain. Ucapan beliau di sambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

SAMBUTAN HARI RAYA DUN MERU SUNGGUH MERIAH

Posted: 03 Oct 2010 02:21 PM PDT


























Hari Terbuka Sambutan Hari Raya DUN Meru yang di adakan di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru telah di kunjungi orang ramai dari pelbagai kaum dan latarbelakang agama.

Majlis yang di anjurkan bersama oleh Pusat Khidmat DUN Meru, Masjid As Syariff Pekan Meru dan pihak JKKK DUN Meru.
Turut hadir untuk meriahkan lagi majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Puan Sri Salbiah bt Tunut, isteri YAB Menteri Besar Selangor, YB Teresa Kok, YB Manikavasagam.
Selain dari kaum India, ramai juga kaum Cina yang menghadiri majlis tersebut. Kanak-kanak tidak kira bangsa di raikan dengan berbagai makanan ringan dan di berikan duit raya setiap seorang oleh Puan Hj Afidah Anum bt Moghni, isteri YB Dr Hj Abd Rani.






















































i n t a n h i j a u

Posted: 04 Oct 2010 07:26 AM PDT

i n t a n h i j a u


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR...! Semoga berjaya.

Posted: 04 Oct 2010 03:25 AM PDT

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI (slideshow)

Posted: 03 Oct 2010 09:51 PM PDT



Pemuda PAS Merbok

Posted: 04 Oct 2010 07:22 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Oct 2010 03:33 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PENAGIHAN DADAH IALAH SATU PENYAKIT

Posted: 03 Oct 2010 05:37 PM PDT

PENAGIHAN DADAH SATU PENYAKIT

Saya berkesempatan menghadiri satu syarahan "inaugral" Prof Dr Adeebah Kamarulzaman di Akademi Sains pada hujung minggu yang baru lepas. Prof Dr Adeeba adalah mantan Pengerusi Majlis AIDS Malaysia dan juga mengasaskan CERIA (Centre of Excellence for Research in AIDS) di Univ Malaya. Beliau sudah begitu lama bergiat di dalam pendidikan pencegahan AIDS dan sekarang begitu giat dalam mengkaji pendekatan berkesan di dalam pemulihan penagih dadah dan pesakit AIDS.

AIDS dan penagihan dadah begitu rapat. Pada satu masa dahulu, ramai diantara kita memikirkan yang orang-orang yang dapat AIDS hanya mereka yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) Jadi bila mereka mendapat AIDS maka kita katakan "they desrve it" (atau dalam bahasa kita -padan muka) kerana mereka telah melakukan maksiat dan melanggar hukum Allah swt. Tapi ramai diantara kita tidak menyedari dan tidak tahu yang AIDS sekarang bukan lagi merebak kalangan homoseks tetapi kepada ahli keluarga penagih dadah yang tidak berdosa (isteri dan anak). Kajian menunjukkan hampir kesemua penagih dadah atau pengguna dadah secara injection (IDU-intravenous drug users) adalah pembawa HIV dan ramai akan mati akibat AIDS. Mereka tidak sepatutnya menderita dan mati kerana terdapat banyak bukti yang menunjukkan yang jangkitan HIV/AIDS boleh dicegah. Kos mencegah dan memulihkan penagih dadah (IDU) tinggi namun kos merawat pesakit HIV/AIDS, kos kehilangan nyawa dan produktiviti negara lebih tinggi lagi.

Masalah di dalam menangani penagih dadah dan jangkitan HIV/AIDS sebenarnya terletak kepada sikap dan persepsi masyarakat terhadap mereka. Penagih dadah dianggap pesalah dan walaupun kerajaan beria-ia benara ingin memulihkan mereka, kita gagal menangani masalah ini. Mungkin kalau di campur semua perbelanjaan negara untuk membenteras penagihan dadah selama lebih 3 dekad ini, jumlahnya pasti mencecah berbilion ringgit. Pusat SERENTI yang sepatutnya menjadi pusat pemulihan adalah penjara kepada penagih dadah dan setelah kononnya di bebaskan kebanyakan mereka kembali semula menagih atas dua sebab. Sebab pertama ialah kerana persepsi masyarakat kepada bekas penagih dadah sebagai orang jahat dan sampah masyarakat dan enggan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna. Namun masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana masalah ini sudah berlanjutan begitu lama dan stigma negatif penagih amat susah untuk dikikis. Kalau ditanya saya pun, saya tidak akan mahu terlibat dengan mereka dalam keadaan program pemulihan penagihan dadah yang ada sekarang yang tidak boleh menjamin mereka tidak akan kembali menagih. Sebab kedua ialah penagihan dadah sebenarnya sudah menjadi satu penyakit kerana penagihan yang lama telah menyebabkan beberapa perubahan fisiologi dan biokimia di otak. Jika mereka mahu meninggalkan dadah ianya menjadi amat rumit dan hampir mustahil. Maka jika semasa mereka gian atau sakit, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membebaskan diri mereka dari gejala atau simptom yang begitu menyakitkan. Pengakuan penagih-penagih dadah jika mereka sedang sakit (gian) maka kalau diberi kata dua untuk memilih di antara dua perkara: ibu/isteri/anak dengan tiub dadah, maka mereka akan memilih dadah! Begitu perit penderitaan sakit mereka.

Bagi mereka yang mencemuh kelemahan keazaman penagih dadah yang tidak boleh menolak dadah, saya ingin memberi satu analogi. Jika anda tahu berapa susahnya seseorang yang obes untuk mencatu makanannya, begitulah yang dilalui oleh penagih dadah tetapi keamatannya yang lebih (lebih "intense". Dia tahu dia tidak sihat tetapi dia tidak boleh mengawal dirinya. BMInya (Body Mass Indeks) melebihi 25%. Tapi berhadapan dengan makanan dia tidak dapat menahan dirinya. "Tak apa boleh diet kemudian" katanya. Lama kelamaan, BMInya menjadi 30%, masih lagi terus tidak mematuhi pantang larangnya sehinggalah BMInya mungkin 50%. Masa itu nak bergerak pun susah. Kalau yang ada kewangan mereka akan berjumpa dengan pakar pemakanan dan lain-lain pakar untuk melangsingkan badan. Ada program melangsingkan badan di mana pesakit obes ini perlu ke pusat-pusat tertentu untuk mengambil pemakanan khusus dan menjalani regim senaman serta motivasi yang bertubi-tubi untuk memastikan mereka istiqamah dengan program yang telah ditetapkan. Obesiti sekarang dianggap sebagai penyakit. Walaupun penyakit ini sebenarnya berasal dari diri mereka sendiri (kerana tidak boleh mengawal diri bila berhadapan dengan makanan) namun sebab-sebab lain seperti sikap pemakanan yang salah kerana salah asuhan ibu bapa dan sikap masyarakat yang kalau mereka menjamu (kita tidak makan maka tuan rumah akan berkecil hati! Maka ramai YB yang walaupun sudah sendat perut mereka terpaksa makan untuk mengambil hati pihak penganjur majlis. Cuba lihat tiada seorang pun YB yang berat badannya turun walaupun bekerja begitu kuat dan tidur tidak cukup..), orang-orang yang obes tidak dipinggirkan oleh masyarakat. Malah kalau kita melihat kanak-kanak yang obes, hati kita sangat bersimpati dengan mereka. Setakat itu sahaja analogi saya berhenti diantara penyakit obesiti (penagihan makanan)dengan penagihan dadah. Ada banyak faktor lain yang menyebabkan penagihan dadah begitu kompleks untuk ditangani.

Menurut Prof Dr Adeeba, kini pendekatan berkesan menangani penagihan dadah dan jangkitan HIV/AIDs sudah diketahui dan dilakukan secara terhad. Pembuktian keberkesanan nya semakin jelas. Namun penerimaan pendekatan ini (terapi kombinasi terdiri dari metadon(OST), program jarum bersih (NSP) serta rawatan virus (ART ) ini masih tidak menyeluruh kerana terdapat beberapa halangan seperti polisi kerajaan dan undang-undang. Namun, jika polisi dan undang-undang diubah sekalipun, pendekatan ini tidak akan berkesan sepenuhnya sekiranya sikap masyarakat tidak berubah kerana di penghujung pendekatan yang berkesan ialah penerimaan semula masyarakat terhadap bekas penagih dadah.

Sudah lama kita merasakan yang dimensi terapi kerohanian perlu diterap ke dalam program pemulihan penagih dadah dan Alhamdulillah pendekatan spiritual/kerohanian sudah dimulakan menurut Prof Aedeeba. ST (spiritual theray) mula dijadikan sebagai komponen rawatan tetapi masih di peringkat projek perintis di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan. Jadi pendekatan pemulihan sekarang ialah OST+NSP+ART+ST (spiritual terapi). Setakat ini belum ada kajian empirical tentang keberkesanan ST sahaja seperti yang dijalankan oleh pusat-pusat pemulihan secara spiritual yang dikendalikan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam. Kita berdoa semoga pendekatan baru ini dapat diterima pihak-pihak berkuasa serta masyarakat.

Memandangkan pendekatan pemulihan baru ini memerlukan pusat-pusat rawatan yang menyeluruh diseluruh pelusok Negara, penglibatan masjid-masjid dan surau amat diperlukan memandangkan kebanyakan penagih beragama Islam dan berbangsa Melayu, masyarakat Islam tidak boleh lagi memandang sepi kepada masalah penagihan dadah ini dan membiarkan pihak kerajaan semata-mata menangani isu ini. Ini adalah masalah kesejahteraan ummah. Kita perlu mengubah cara menangani masalah. Kita telah melakukan perkara yang sama selama 3 dekad dan keputusan atau natijahnya masih tidak berubah. Adakah kita masih hendak mempertahankan pendekatan lama ini? Untuk mendapat natijah yang lebih baik kita perlu mengubah pendekatan yang berbeza. "We have nothing to lose" – kita tidak akan rugi dengan mencuba.

Marilah kita bermula dengan mengubah paradigma pemikiran kita yang PENAGIHAN DADAH IALAH SATU PENYAKIT. Tolong ulangkan dalam pemikiran anda dan sampaikan kepada 3 orang anggota masyarakat atau seramai mungkin kenalan anda setiap hari sehingga konsep ini bertapak dalam hati kita. Kemudian baru kita dapat menangani masalah ini secara jemaah.


.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 04 Oct 2010 03:28 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


JAMUAN AIDILFITRI 1431H DUN SG ABONG

Posted: 03 Oct 2010 08:04 AM PDT

Pengikut