Siapa kata Kerajaan Pusat tak prihatin dengan masalah banjir di Pantai Timur?
Dalam minggu ini saja berpuluh-puluh bah beratus-ratus agensi Kerajaan Pusat dan Negeri, NGO's, syarikat swasta dan parti komponen Barisan Nasional (BN) menghantar beribu-ribu sekarelawan ke Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Itu belum masuk lagi sumbangan yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri sebanyak RM550 juta semasa musibah banjir sedang memuncak.
Kalau dicampur-campur segala bantuan yang diberikan sudah pasti mencecah lebih RM 1 bilion dan kebanyakkannya telah disumbangkan kepada negeri Kelantan yang terjejas teruk.
Pasti ramai yang mula mempersoalkan kenapa asyik-asyik Kelantan...semua sukarelawan nak pergi Kelantan...bantuan semua ke Kelantan. Negeri-negeri lain apa cerita???
Hakikatnya tidak boleh dinafikan negeri tersebut adalah paling terjejas teruk akibat tsunami banjir lumpur dan kayu balak.
Nak harapkan PAS Kelantan handle...mintak maap lah. Nasib baik MB baru ni ada hubungan baik dengan Najib dan kerajaan BN-UMNO lebih utamakan kebajikan rakyat.
Kalau Najib dan BN nak balas dendam inilah masa yang terbaik, namun Islam tak ajar umatnya berdendam. Itu menunjukkan sikap Najib sebagai seorang negarawan pilihan rakyat.
BN pun tak zalim...buktinya mereka tetap membantu Kelantan walaupun negeri itu diperintah PAS. Semuanya atas dasar kemanusiaan dan kesatuan ummah.
Balak membawa bala
Akibat aktiviti pembalakkan, banjir besar telah menghanyutkan kayu-kayu balak yang meluru laju seperti peluru berpandu menghantam rumah-rumah, jambatan dan segala bangunan di laluannya hingga hancur lebur.
Kini banjir itu semakin kering meninggalkan kesan yang amat dahsyat. Selut lumpur hasil keladak tanah-tanah balak apabila kering akan mengeras dan meniupkan debu-debu kotor.
Ketika inilah khidmat para sukarelawan pasca banjir diperlukan untuk membersih segala kekotoran, memberikan khidmat memasak, kaunseling, membaiki kerosakan, rawatan kesihatan dan sebagainya.
Semuanya ada dalam Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Tak tahulah kalau ada pihak pembangkang, ahli-ahli politik atau profesor kongkang yang dungu tak pernah tengok, kaji atau dengar Arahan tersebut.
Sebabnya tak heran ada kalangan mereka sendiri yang tak tahu Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri-Negeri.
Kalau tak tahu undang-undang apa guna jadi warganegara Malaysia apatah lagi jadi pemimpin politik?
Berbalik pada soal kesukarelawan rasanya dah begitu banyak kumpulan sukarelawan telah menabur bakti khidmat pada mangsa-mangsa banjir.
Keadaan air banjir di Kelantan dan Terengganu sudah surut telah membolehkan sukarelawan pergi berkhidmat. Sedangkan di Pahang ada sesetengah tempat masih digenangi air lumpur dan belum kering sepenuhnya.
Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri
Pagi tadi kumpulan pertama Sukarelawan Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri di bawah YAB PM telah dilancarkan dengan pendaftaran seramai 5,000 orang.
Sukarelawan yang pergi terdiri lebih dari 400 orang sedangkan yang menunggu di perjalanan dan di negeri-negeri dicampur telah mencecah seramai 1,500 orang. 3,500 orang lagi sudah berada di pelbagai negeri lain.
Kumpulan pertama ini dilancarkan oleh YAB TPM akan menabur khidmat bakti selama seminggu di Kelantan sebelum diganti dengan kumpulan kedua pada minggu berikutnya.
Untuk fasa kedua dan seterusnya penghantaran sukarelawan ini akan berangkat ke Pahang, Perak, Johor dan lain-lain negeri yang terjejas banjir untuk melakukan kerja-kerja pemulihan pasca banjir.
Kerugian akibat bencana banjir Kalau nak ikutkan anggaran kerugian akibat banjir kali ini melebihi RM1 bilion termasuk pelbagai kerugian infrastruktur-infrastruktur awam yang dialami di negeri-negeri pantai timur terutamanya Kelantan.
Ini tak termasuk lagi taksiran bagi program pembinaan rumah-rumah baru atau penempatan-penempatan baru bagi rakyat.
Dengan bajet yang terhad, Kerajaan Pusat masih mahu membantu rakyat demi kesejahteraan negara.
Namun adakah puak-puak pencacai sedar tanggungjawab berat tersebut atau sekadar tunggu sambil-sambil mencaci cerca mana yang patut asalkan kerajaan dipandang lemah.
Banyak rumah baru di penempatan baru perlu dibina. Namun jangan kebaikan kerajaan Pusat ini menyebabkan kerajaan negeri Kelantan ambil kesempatan lepas tangan tak membantu lepas tu mengaku pulak itu ini mereka yang lakukan.
Pencacai mereka pula terus mencaci hina kononnya kerajaan Pusat tak membantu langsung.
Tapi apa yang mereka buat untuk bantu rakyat???
Kutip derma yang tak pernah diaudit lepas tu hilang lesap entah ke mana...
Tu pun masih ada juga puak-puak pakatan pengemis yang nak tuntut duit Royalti minyak RM3 bilion kononnya itu hak mereka.
Masih tak insaf dengan bala bencana dan tak bersyukur walaupun masih ada pihak yang tak putus-putus bagi sumbangan.
Kalau begitu apa kata segala sumbangan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri Kelantan dikira setiap sen dan ringgit sejak tahun 1990 hingga sekarang dicampur dengan sumbangan banjir kemudian ditolak dengan nilai RM3 bilion yang dituntut itu.
Jika berlebihan puak-puak pengemis royalti itu perlu membayar semula kepada kerajaan Pusat. Amacam boleh?
Rakyat di negeri-negeri lain juga memerlukan rumah dan berdasarkan janji kerajaan akan membina rumah-rumah mampu milik seperti PR1MA untuk rakyat yang tiada rumah terutamanya golongan belia baru bekerja.
Namun hakikatnya sudah ada gerakan menabur fitnah untuk mensabotaj gerakan kesukarelawan yang diusahakan kerajaan.
Tu belum masuk lagi pelbagai program kerajaan yang telah dicaci hina oleh mereka yang masih bebal dan tak mahu bersyukur langsung.
Bantuan tak sampai...
Rakyat kelaparan tidak dipedulikan Najib...
Kami nak nasi bukan nak Najib,
Sukarelawan kerajaan makan angin perabis duit rakyat,
Sukarelawan BN tak tutup aurat, gedik...selfie jer lebih
Najib kena e-Coli sebab dosa abaikan rakyat...
Kami nak rumah yang tinggi bebas banjir....
Semua ini adalah sebahagian dari caci fitnah yang mula didendangkan oleh pencacai-pencacai Palatan yang panas melihat kesungguhan kerajaan Pusat membantu rakyat sedangkan pemimpin mereka hanya duduk diam dan tahu mengutuk saja.
Patutlah Nabi pernah berpesan sesungguhnya kefakiran dan kesusahan akan mendekatkan manusia kepada kekufuran.
Inilah manusia...