BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 07 Jun 2014 03:55 PM PDT Pahang Juara Piala FA Posted: 07 Jun 2014 09:42 AM PDT Shah Alam: Dua jaringan Pahang pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah menjulang Piala FA edisi ke-25, sebentar tadi. Anak buah Zainal Abidin Hassan menewaskan FELDA United FC (FUFC) 2-1 dalam final di Stadium Shah Alam. Bagaimanapun FUFC mendahului pada minit ke-22 hasil jaringan Edward Junior Wilson selepas Zah Rahan Krangar memulakan gerakan menarik dari tengah padang. Tersentak dengan jaringan itu Pahang mula mengatur gerakan bahaya dan hampir menjaringkan gol penyamaan melalui Azidan Sarudin yang menyaksikan tandukannya menggegar palang gol FUFC pada minit ke-38. | PEMAIN Pahang gembira selepas berjaya menjuarai Piala FA selepas berjaya menewaskan Felda 2-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam. FOTO Hasriyasyah Sabudin |
Pahang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 apabila pemain gantian, Mohd. Faizol Hussain melakukan rembatan dari luar petak penalti menewaskan penjaga gol, Mohd. Farizal Harun. Jaringan kemenangan Pahang akhirnya hadir pada minit ke-89 menerusi tolakan Dickson Nwakaeme. | Anak dibogel, disuruh pegang kemaluan Posted: 07 Jun 2014 06:15 AM PDT SABAK BERNAM – Seorang pemandu lori bakal berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika didapati bersalah mencabul anak kandungnya berusia sembilan tahun, awal tahun ini. Perbuatan tidak senonoh pada Januari lalu itu dilakukan sebanyak dua kali iaitu di sebuah pondok dan di rumah ibu mangsa. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek yang tinggal berasingan dengan isterinya sejak November lalu melakukan perbuatan terkutuk berkenaan di sebuah pondok berhampiran rumah mangsa. Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek, 39, yang selalu berkunjung ke rumah isterinya itu membawa mangsa ke sebuah pondok dan dibogelkan sebelum menyuruh mangsa memegang kemaluannya. "Mangsa yang jijik dengan perangai bapanya itu enggan melakukan apa yang disuruh. Bagaimanapun, suspek bertindak hilang akal dengan mencabul kehormatan kanak-kanak terbabit," katanya. Noor Mushar berkata, suspek yang hilang kewarasan dengan perbuatan dosanya itu sekali lagi melakukan perbuatan serupa di sebuah bilik sewaktu isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai tiada di rumah. Bagaimanapun, katanya, perbuatan durjana suspek itu akhirnya terbongkar Rabu lalu setelah ibunya mengesyaki sesuatu terjadi pada anaknya selepas kerap kali melihat mangsa suka termenung bersendirian. "Ibu mangsa yang menegur anaknya itu terkejut selepas mangsa memberitahu dia dicabul bapanya sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan," katanya. Noor Mushar memberitahu, berang dan kecewa dengan perangai suaminya kerana tergamak menodai anak kandung sendiri kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam. Beliau berkata, polis masih menggiatkan usaha memburu dan mengesan lokasi lelaki itu berada bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes cabul terbabit. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan. | Wanita Malaysia diperkosa di Jaipur, India Posted: 07 Jun 2014 03:01 AM PDT NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol semalam oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.
"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh, sebagai berkata.
Lelaki itu berusia 30 tahun.
Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.
Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.
Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.
Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.
"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.
Kecaman dan bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.
Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.
Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.
Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.
Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi.
- BERNAMA | Aktiviti sundal kantoi, lari telanjang bulat tanpa malu Posted: 07 Jun 2014 02:00 AM PDT Georgetown: Tanpa rasa malu, dua wanita warga asing disyaki sedang melakukan seks dengan pelanggan melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat dalam dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan jam 2 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang leka melayan pelanggan masing-masing, namun terus berlari keluar dari bilik hotel tanpa sempat mencapai pakaian sebaik mendapat tahu premis berkenaan diserbu. Tindakan itu turut menyebabkan pelanggan masing-masing kebingungan dan hanya mengetahui premis itu diserbu pihak berkuasa selepas anggota imigresen memperkenalkan diri ketika pemeriksaan dilakukan. Bagaimanapun, langkah kedua-dua wanita bogel itu terhenti ketika menuruni tangga apabila ditahan dan diarahkan masuk semula ke bilik untuk memakai pakaian masing-masing. Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, serbuan ke atas dua hotel bajet itu dilakukan serentak selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan ditawarkan wanita warga asing berkenaan. Beliau berkata, pihaknya menahan enam wanita iaitu dua warga Laos, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam dan Nigeria berusia 20-an hingga 30-an selepas mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar. DUA anggota penguat kuasa wanita menggari GRO sebaik ditahan, semalam. "Lima daripada wanita berkenaan menggunakan pas lawatan sosial manakala wanita warga Nigeria pula didapati menjadikan pas pelajar sebagai lesen untuk masuk ke negara ini dan dia disyaki menyalahgunakan kebenaran diberikan dengan menawarkan perkhidmatan seks. "Siasatan awal kami tidak menolak mereka ini bergerak sendiri tanpa didalangi mana-mana sindiket," katanya. Modus operandi digunakan ialah menggunakan susuk tubuh yang seksi bagi memikat pelanggan di sekitar hotel tempat menginap atau restoran berhampiran. "Jika ada persetujuan, pelanggan akan dibawa ke bilik di hotel bajet berkenaan dipercayai bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM120 hingga RM150 bagi setiap langganan," katanya. Basri berkata, berdasarkan keadaan bilik berkenaan, pihaknya percaya wanita terbabit sudah menginap di premis berkenaan sejak beberapa minggu lalu dan akan berpindah ke hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. | Parti maksiat dalam bilik hotel di Port Dickson Posted: 07 Jun 2014 01:01 AM PDT Port Dickson: Dua puluh lelaki dan perempuan berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan ketika asyik menari dalam serbuan polis satu bilik hotel, di sini, awal pagi tadi. Difahamkan, mereka menyewa sebuah bilik di hotel berkenaan dipercayai untuk berparti dengan pasangan masing-masing. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Abd Wahab Harun berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat aduan dan maklumat orang awam, pada 2.45 pagi. "Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk soal siasat dan ujian air kencing, " katanya. | Penyanyi rock terkenal belasah isteri dalam bank di Ampang Posted: 07 Jun 2014 12:45 AM PDT | Sekadar gambar hiasan |
Kuala Lumpur: Perbuatan seorang rockers terkenal memukul isterinya mengejutkan kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang. Malahan sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu. Tak dapat menahan kesakitan Hanya selepas beberapa hari insiden itu berlaku, ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan rockers ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya. Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan. Menurut sumber, penyanyi rock itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya. Tinjauan BH di tempat kejadian semalam, gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan. Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas atau seolah-olah tidak mengetahui berlakunya insiden itu. | Dua beradik bawa balik jantan ketika ibu bapa tiada Posted: 06 Jun 2014 09:01 PM PDT PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.
Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.
Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.
Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.
"Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.
"Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan.
Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka.
"Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.
"Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya," katanya. | Hadiah air mani tanda rasa cinta Posted: 06 Jun 2014 08:01 PM PDT SEORANG gadis di China membuat laporan polis selepas mendakwa lelaki yang meminatinya menghadiahkan sebotol air mani kepadanya. Zeng Lin, 19, pada awalnya menyapukan cecair itu ke wajahnya kerana menyangka ia adalah krim pelembab. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki sesuatu yang pelik apabila menghidunya sebelum rakannya mengesahkan ia adalah air mani. Sementara itu, Gou Wen, 22, yang menghadiahkan air maninya kepada Zeng berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana mahu menunjukkan rasa cintanya pada gadis itu. "Saya cintakannya dan dia tidak mengetahuinya. Jadi saya rasa, itu adalah cara yang unik untuk meluahkan perasaan saya," ujarnya, memetik IBTimes. Akibat tindakan itu, Gou terpaksa memohon maaf dan membayar denda sebanyak RM1,081.75 kepada Zeng. "Saya tahu saya bersalah, tetapi saya akan cari cara lain untuk membuktikannya," katanya. | 'Rugi kalau tak seksi' Posted: 06 Jun 2014 07:01 PM PDT BIARPUN ramai penyanyi KPop tampil dengan imej seksi, kumpulan A Pink masih mahu mengekalkan imej sopan. Bagaimanapun, mereka akui ia agak merugikan apabila imej tersebut membataskan ahli kumpulan itu untuk tampil seksi ketika berada di luar. "Walau kami banyak membeli baju seksi tetapi sayang kami tidak boleh memakainya di depan umum. Kami hanya berdiri di depan cermin sahaja, " kata salah seorang ahlinya, Bomi. Katanya, bagi membuang rasa kecewa tersebut, dia hanya mengambil gambar untuk dijadikan kenangan dengan baju berkenaan. Tambahnya, salah satu kerugian lain dalam mempertahankan imej sopan ialah tidak boleh berhibur ke kelab malam. | Bukan dirogol tetapi ada lelaki simpanan Posted: 06 Jun 2014 06:01 PM PDT | Gambar hiasan |
Polis hari ini mendapati pembantu rumah Indonesia yang sebelum ini mendakwa dirinya dirogol sehingga melahirkan anak rupa-rupanya melakukan hubungan seks secara sukarela. Kes pembantu rumah tersebut menjadi berita hangat selepas mangsa mendakwa dirogol majikan manakala mayat anaknya dibungkus dan dibuang oleh ejen ke dalam gaung di Genting Highlands. Siasatan terbaru bagaimanapun mendapati bayi lelaki dilahirkan pembantu rumah Indonesia tersebut merupakan hasil hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja potong rumput. Namun kes itu dianggap 'dramatik' dan pelik kerana lelaki Bangladesh tersebut dilaporkan akan membayar RM180 sebagai 'duit poket' setiap kali selepas melakukan hubungan seks dengan pembantu rumah tersebut. Pembantu rumah itu dilaporkan mula mengenali lelaki Bangladesh semasa bekerja di rumah majikan, malahan selalu membawa lelaki itu ke dalam rumah pada waktu malam. | Keratan akhbar China Press berhubung penemuan mayat bayi di gaung di Genting Highlands.
|
Polis akan mengambil DNA daripada lelaki tersebut untuk menyiasat sama ada dia merupakan bapa kandung kepada bayi yang dibuang ke dalam gaung. China Press sebelum ini melaporkan pembantu rumah tersebut dirogol sehingga mengandung zuriat majikan, sementara ejen memaksanya menjual bayi yang dilahirkan. Tanpa disangkakan, anak lelaki berumur enam bulan di bawah 'jagaan' ejen telah mati dan ejen itu terpaksa membungkus mayat dan membuangnya ke kawasan hutan di sekitar Genting Highlands. Polis yang menerima maklumat telah menemui mayat bayi lelaki tersebut dan menahan ejen haram dan isterinya. Dalam pada itu, mayat bayi tersebut dikenal pasti telah dibuang ke dalam gaung sekurang-kurangnya empat hari dan sudah reput. Keadaan itu menyebabkan doktor yang melakukan bedah siasat berdepan kesukaran untuk mengenal pasti sama ada bayi itu mati akibat dera atau punca lain. | PAS: Lima sebab DAP kalah di Teluk Intan Posted: 06 Jun 2014 05:35 PM PDT PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberi lima sebab kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu. "Kekuatan kerajaan akan ditumpukan kepada usaha memenangkan calon mereka di tempat yang kecil itu berbanding dengan pilihan raya umum di mana kekuatan BN akan terpaksa diagihkan di seluruh negara," kata beliau dalam satu kenyataan media. Dalam pilihan raya kecil tersebut calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kalah dengan majoriti 238 undi. Dyana memperoleh 19,919 undi berbanding calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga presiden parti Gerakan yang memperoleh 20,157 undi. Khalid yang juga ahli jawatan kuasa pusat PAS berkata rakyat Teluk Intan juga sedar bahawa keputusan PRK tidak akan mengubah kerajaan pusat. "Pengundi akan memikirkan apakah yang terbaik yang mereka boleh capai melalui pilihanraya kecil ini dan sebahagian dari mereka menganggap bahawa memenangkan calon BN akan mampu mendatangkan pembangunan dan projek kerana BN adalah kerajaan," katanya. Beliau menambah bahawa pengundi memilih Mah kerana tidak mahu menjatuhkan air mukanya sebagai calon veteran dan berpengalaman. Selain itu, Khalid juga menyatakan Mah mempunyai kelebihan sebagai calon tempatan. Beliau menambah bahawa sokongan Umno yang padu untuk Gerakan turut menyumbang kepada keputusan tersebut meskipun Gerakan dan Umno mempunyai pendirian berbeza dalam isu hudud. Selain itu Khalid turut menolak andaian bahawa pengundi Cina kembali kepada BN. "Bagi mereka yang ingin mendakwa, 'pilihanraya kecil Teluk Intan membuktikan orang Cina telah kembali menyokong BN', sila imbas kembali seminggu sebelum itu yang menyaksikan BN langsung tidak berani walaupun untuk meletakkan calon di Bukit Gelugor," katanya. | RRU Perumahan Johor: Saya masih pegang kuasa eksekutif - Khaled Posted: 06 Jun 2014 05:30 PM PDT Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif dipegang menteri besar. Mohamed Khaled berkata menteri besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat menteri besar. "Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif adalah di bawah Menteri Besar. "Menteri Besar akan menjadi pengerusi lembaga manakala pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor dan pameran 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di Kulaijaya hari ini. Menurut laporan sebuah portal berita, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan. Tambah portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan. Menurut beliau, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh menteri besar. Katanya, usaha untuk menubuhkan lembaga itu juga bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini pendekatan yang sama digunakan untuk menubuhkan JCorp atau yang sebelum itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). "Kita mengikut enakmen sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) dahulu dan akta ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor," katanya. - Bernama | RRU Perumahan Johor, peringatan tersirat Dr M Posted: 06 Jun 2014 05:25 PM PDT Tanpa menimbulkan isu tersebut secara langsung, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak bersetuju dengan enakmen baru di Johor yang boleh mengaburkan garis pemisah kuasa antara eksekutif dan istana. Bekas perdana menteri itu juga mengingatkan bahawa sebarang perubahan yang drastik boleh memburukkan lagi perasaan tidak selesa rakyat terhadap kerabat. "Sudah ada perasaan tidak menghormati kerabat. Ini boleh membawa kepada lain-lain bentuk tidak hormat," kata beliau dalam blognya. Katanya, walaupun secara umumnya orang Melayu menjunjung institusi beraja, tetapi apabila keupayaan mereka untuk pertahankan telah terhakis, mereka mungkin mengenepikan adat mereka. Mahathir berkata perlembagaan persekutuan memperuntukkan untuk raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. "Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan untuk mengabaikan perlembagaan dan mengubahnya dengan cara yang lain," katanya. Mahathir menjelaskan bahawa perlembagaan boleh diubah tetapi ada prosedur untuk berbuat demikian. "Tiada siapa yang boleh mengubahnya sendiri. Negeri-negeri tidak boleh mengubahnya, begitu juga dengan raja-raja, tanpa kelulusan Parlimen persekutuan dan kerajaan persekutuan," katanya. Bekas perdana menteri itu mengingatkan jika perlembagaan diabaikan, orang lain juga akan berbuat demikian. "Perlembagaan adalah undang-undang asas negara. Apabila duluan diwujudkan, maka ia akan menjadi asas untuk perubahan yang lain," katanya. Malaysiakini | Pakatan Johor serba salah sokong RUU kontroversi Posted: 06 Jun 2014 05:20 PM PDT Para ADUN Pakatan Rakyat Johor kini serba salah untuk menyatakan sokongan ke atas Rang Undang-undang Perumahan dan Hartanah Johor 2014 dalam sidang DUN akan datang. Sekiranya menyokong, para wakil rakyat tersebut akan dianggap menyokong rang undang-undang kontroversi melibatkan kuasa Sultan dalam lembaga yang akan ditubuhkan. Wakil rakyat berkenaan juga bimbang dianggap menentang Sultan sekiranya tidak menyokong rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang itu yang akan dibentangkan pada Isnin depan, akan memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor. Ketua pembangkang Johor, Dr Boo Cheng Hau bagaimanapun berkata Pakatan sudah sepakat bahawa rang undang-undang itu "meletakkan terlalu banyak beban" ke atas Sultan. Beliau mencadangkan agar tanggungjawab semak dan imbang itu ditanggung oleh DUN. Namun, Pakatan kini hanya mempunyai 18 kerusi dalam sidang DUN Johor dan jumlah itu tidak akan mampu menghalang BN daripada meluluskan rang undang-undang itu. Justeru, Pakatan perlu bertindak seperti menarik rambut dalam tepung dalam mengumumkan pendirian mereka dan pada masa sama mengelak daripada dilabel sebagai 'anti-Sultan'. Malaysiakini | Proton tawar rebat tunai sempena Ramadan, Aidilfitri Posted: 06 Jun 2014 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR 6 Jun - Proton Holdings Bhd. membuat tawaran menarik untuk semua kereta keluarannya bulan ini bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, ia akan menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 untuk model tertentu dan servis percuma tiga tahun, kadar faedah bermula daripada serendah 2.70 peratus dan pelbagai tawaran istimewa lain. "Orang ramai dijemput melihat tawaran promosi kami bulan ini di semua bilik pameran Proton di Malaysia. "Promosi ini berterusan sehingga 30 Jun 2014," katanya. - BERNAMA | Gelatin Babi: Perlu tunggu keputusan J'kuasa Fatwa Kebangsaan Posted: 06 Jun 2014 05:10 PM PDT SHAH ALAM : Para pengguna di negara ini terutamanya yang beragama Islam dinasihatkan menunggu keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berhubung status halal dua produk coklat Cadbury yang telah mencetuskan kontroversi penggunaan gelatin babi di dalam produknya baru-baru ini. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat dari ulama tersohor dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berkenaan kekeliruan pengguna Islam apabila sesuatu makanan itu telah dicampuri unsur yang haram. "Kita tidak boleh nafikan pandangan beliau, ijtihad beliau. Kita tidak kata ia tidak betul. Tapi kita kena merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan di peringkat negeri. "Hal ini masih belum diputuskan oleh Fatwa Kebangsaan. Kita kena ikut fatwa dari negara kita. Setakat ini Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan belum bersetuju dengan pandangan itu, melalui apa yang saya difahamkan. Sebabnya kita ada pilihan yang lain, kecuali darurat dan tiada jalan lain," katanya kepada Antarapos hari ini. Semalam portal ini menyiarkan pandangan Yusuf Al-Qardhawi yang memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain. Dipetik melalui kenyaan rasmi ulama tersebut, hukum berkenaan adalah bergantung kepada 'illah' (sebab). "Para fuqaha' berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan. "Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, - dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, - dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)," ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata. Meskipun begitu, Abdul Rahman menggesa pengguna Islam di negara ini menjauhi sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keraguan, kerana dikhuatiri tidak halal. "Di dalam hadis Rasulullah SAW, jelas maksud halal dan haram. Tetapi di antara kedua-duanya ada perkara yang samar. Yang ini Rasulullah menyuruh kita menjauhinya sebab ia boleh membawa hukum haram. "Jika nak membeli sesuatu, kita kena pasti ia halal atau haram. Kalau haram, kita tinggalkan. Jika samar-samar juga kita tinggalkan sebab ia boleh menjadi haram. Itu kaedah yang jelas dalam agama kita," ujar beliau. Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury - coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau 'porcine'. Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran. Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM. Walaupun perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan, namun golongan pengguna Islam di negara ini dilaporkan masih berasa was-was. | Gelatin Babi: Dr Asri setuju dengan Qardawi Posted: 06 Jun 2014 05:05 PM PDT Kuala Lumpur – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik barru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan. "Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal. "Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut" katanya. Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain. "Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya. "DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal. "Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal" ujarnya lagi. – www.suara.tv | Gelatin Babi Halal: Dr Yusuf al-Qaradhawi Posted: 06 Jun 2014 05:00 PM PDT Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa sesiapa yang termakan Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015 yang didakwa mempunyai DNA Babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah halal. Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. "Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. "Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," Mereka tidak menanggung sebarang dosa memakan makanan haram selaras dengan ijtihad para ulama sesuatu itu halal sehingga terbukti haram. Dalam Islam termakan sesuatu yang haram tanpa disedar tidak berdosa. Keputusan Majlis Fatwa ini dibuat berikutan timbul kenyataan-kenyataan yang memalukan Islam daripada NGO Islam termasuk mahu mencuci darah. Ada pula yang mahu menyamak tangan, mulut dan lidah. Majlis Fatwa tidak pernah mengatakan gelatin atau DNA dari babi itu halal seperti mana dakwaan kumpulan tertentu yang mahu merosakkan imej Majlis Fatwa dan juga kredebiliti sijil halal Jakim. Yang sangat aneh mereka yang memaki hamun Majlis Fatwa Kebangsaan ini terdiri daripada mereka yang taksub dengan seorang tokoh pembangkang. Tokoh ini pula rapat dengan seorang ulama terkenal yang menjadi pujaan ramai umat Islam di negara ini iaitu Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Gelatin haiwan adalah halal walau daripada babi: Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa, guru kami (fil riwayah) Syaikhuna Fadhilah al-Syaikh al-'Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya berkenaan hukum memakan makanan yang mengandungi gelatin yang dibuat daripada haiwan termasuk babi, maka jawab al-Syaikh al-Qaradhawi: هناك شيء يغفل عنه الكثيرون وهي قضية الاستحالة، نقول إذا استحالت النجاسة طَهُرت، يعني ممكن الشيء يكون أصله خنـزير ثم استحال أصبح مادة أخرى، أصله خنـزير ولكن أخذ منه وتحول إلى شيء آخر وصار صابون، الفقهاء قالوا مثلاً الأشياء مثل الروث ونحو ذلك حينما تؤخذ وتدخل النار وتحترق، فرمادها حلال لأنه صار شيء آخر، قالوا لو دخل كلب في مملحة ومات في المملحة وأكله الملح وإذا بحثت عنه فلن تجده، أصبح الكلب ملح، فممكن أن تستعمله في الأكل والشرب وكل شيء، لأنه تحولت العين، الحكم يدور مع عِلِّته وجوداً وعدماً، فالعِلَّة لم تعد موجودة ولذلك إذا لحم الخنـزير أو عظام الخنـزير تحولت وأنا سمعت من أخونا الدكتور محمد الهواري وهو من الدكاترة العلميين الذين يعيشون في ألمانيا من سنين طويلة وله بحث جيد في هذه القضايا، قال لك: معظم هذه الأشياء ممكن تؤخذ ويُعمل منه معجون أسنان، وتعمل منه صابون وتعمل منه جلي هو أصله خنـزير إنما صار مركباً كيماوياً جديداً فأخذ حكماً آخر.
Terjemahan: "Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasi menjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun. Para fuqaha' berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan. Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)"[Sumber: laman rasmi al-Syaikh al-Qaradhawi: http://www.qaradawi.net/new/component/content/article/220-2014-01-26-18-21-41/2014-01-26-18-26-08/632-#لحم%20الخنـزير%20أم%20كل%20المشتقات؟ ]Selain Yusuf al-Qaradawi, Dr. Abdul-Ghaffar Ash-Sharif (Former Dean/Professor of Shari'ah Kuwait college), Tahir al-Mahdi al-Baleeli (European Fiqh Council), Muhammad Al-Hawaari (European Council for Fatwa Research) turut menyokong pandangan bahawa semua jenis gelatin termasuk dari babi dianggal halal kerana ia telah berubah sifat. Pandangan gelatin termasuk dari babi halal: This was principle was discussed in detail in a lecture by Shaykh Muhammad Bazmool (hafidahullah) , Professor at Umm ul Qura Makkah, based on a fatwa given by Shaykh Al-Albaanee (rahimahullah) on gelatin. The principle is also discussed by Ibn Hazm (rahimahullah) , the exponent of the Literalist school, in his manual Al Muhalla. As the Shaykh so perfectly described it in his lecture, "We must be careful when we call things haraam because it is a form of thulm (oppression) . Scholars have said that it is worse that you make something halaal to haraam rather than making something haraam to halaal. This deen of Allaah has been made yusr (easy) let us not make it 'usr (hard)." The following is the transcription of the lecture given by Shaykh Muhammad Bazmool (hafidhahullah) : The Fiqh Principle of Istihala – Changing from impure to pure (Taken entirely from a dars given by Sh. Muhammad Bazmool, Professor at Umm ul Qura Makkah translated by Moosa Richardson and a fatwa given by Shaykh al-Albaani) Istihala is when something becomes pure. It was najis (impure) but it is now taahir (pure). A good example would be maitah (animal carcass): it is najis, but should it be burned and become ashes, or decompose and become earth, then it is taahir, it is no longer najis. This can happen with dung or feces or whatever. Whenever something changes from one property to another, then the ruling likewise changes. Example: Let us say that someone uses the fat of a dead animal to make soap. That fat is najis, but the chemical change that it was put through makes it taahir. Ibn Hazm put it concisely when he said, "Ruling upon an object is upon what it is named (what it is), if the name (what it is) changes then so does the ruling." He also mentioned in his book of fiqh, Al-Muhalla: "If the quality of the substance of naturally impure objects changes the name which was given to it so that it is no more applicable to it and it is given a new name which is given to a pure object, so it is no more an impure thing. It becomes a new object, with a new rule." Meaning that if the natural composition of a substance changes to another substance of a different composition, so much so that you can no longer call the new substance by the name of what it was– ruling upon that substance changes too. Proof/Example 1: The companions (radyallahu anhum) used to eat a cheese that came from the land of the disbelievers. In that cheese was a part of the calf which was slaughtered by the disbelievers in a way that is not in accordance with Islaam. The companions knew this, but they also knew that the prohibition was upon the calf, what is directly from the calf, and what could be properly called part of the calf; the ruling is not upon that which you cannot identify as part of the calf nor is it called any longer such-and-such part of the calf. This is called istihala. Proof/Example 2: Another proof from the Sunnah: The Prophet (sallallahu 'alayhi wa sallam) forbade making vinegar out of wine, but he said that if you should come across vinegar that has been made from wine then it is halaal. Why? The ruling is upon what the object is, and not what it was. Wine is haraam; vinegar is not, and before the wine became an intoxicant, it was halaal. Why? Because it was fruit before that. Proof/Example 3: Allah says in the Qur'an: "And surely there is a lesson for you in the cattle we give you to drink of what is in their bellies from between the feces and blood, pure milk, wholesome to those who drink it." (16:66) Allah is putting forth an example for us of how something pure can come from something impure. And we can also use as proof something that we've already gone over. The Prophet (sallallahu 'alayhi wa sallam) said that when the hide of maitah (the carrion) is tanned, then it is taahir. He (sallallahu 'alayhi wa sallam) gave us a method to purify something which was first impure. Let us examine things we are familiar with: mono and diglycerides, whey, gluten, emulsifiers, gelatin, and whatever else is on the international haraam list. These by-products sometimes come from animals, pigs even, in which case the ruling on the initial substances is that they are haraam. But the initial substances (e.g. fat, marrow, cartilage, etc.) are put through chemical change so that you no longer can even call it "pig fat" or "animal bone" or "skin" or "cartilage", etc. because it is no longer that, hence it is taahir, it is halaal. What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling." (page 290) Is this a chemical change or is this not a chemical change? Is it protein any longer? No, it is not. You are in disbelief so you ask, "But how can it be halaal when it came from something haraam?" Because of the proofs mentioned above, the ruling is not based upon what it was, the ruling is based upon what it is. A Hanafi scholar, Ibn Abedin gave the example: "the swine which drowns in a salt lake and decomposes and becomes salt itself, is now halaal." And other Hanafi scholars go on to say: "salt is different from meat and bones. If they become salt, they are salt." To take the salt example further: salt consists of sodium chloride (NaCl) when together they are the halaal food known as salt, when separated they make up two poisonous substances which are then haraam for consumption. The ahnaaf (Hanafis) also use as an example the human semen, saying that it is najis, then when it inseminates the egg and becomes a blood clot it is still najis, but when it becomes flesh it is no longer najis. And the ahnaaf are not the only ones who take this position. The examples are numerous and they extend beyond food: Yesterday a man was kaafir and going towards Hell, today he is Muslim, so what is the ruling upon him? It is based upon what he is today. We must be careful when we call things haraam because it is a form of thulm (oppression) . Scholars have said that it is worse that you make something halaal to haraam rather than making something haraam to halaal. This deen Allah has made yusr (easy) let us not make it 'usr (hard). Wallahu 'Alim. End of Dars http://www.suhaibwebb.com/islam-studies/question-what-is-the-ruling-on-gelatin-whether-derived-from-cows-or-pigs-answered-by-abu-majeed/Pandangan Gelatin Babi HaramBagaimanapun pandangan popular ulama di seluruh dunia termasuk untuk mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah gelatin babi adalah haram kerana asalnya sememangnya haram. Pandangan ini tidak mengambil kira penelitian saintifik yang dilakukan oleh ulama-ulama yang menyatakan semua jenis gelatin termasuk gelatin babi adalah halal. Namun dalam kelompok yang mengharamkan gelatin babi ini, terpecah pula kepada dua iaitu yang mengharuskan pengambilan gelatin lembu tanpa mengambil kira cara sembelihan dengan yang menitik beratkan cara sembelihan. Yang mengamuk sehingga hendak cuci darah, hendak tutup kilang Cadbury, hendak saman berbilion ringgit, ambillah masa beristighfar sedikit. Yang memaki hamun Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan sekarang ini berfikir secara waras, berbincang secara manusia Islam bukan hero filem Tamil. Artikel ini bukan bertujuan menghalalkan gelatin babi, Ia sekadar mengingatkan kita bahawa terdapat ulama-ulama yang lebih besar telah mengadakan kajian dan membuat ijtihad yang berbeza daripada tanggapan umum kita. Seperti kata seorang pengkaji: I support the first opinion that there is a clear change in chemical structure thus becoming a different substance altogether which does not carry the ruling of cow or pig bone. This opinion is based on thorough scientific research from Muslim and non-Muslim resources. But I am still wary of eating things with gelatin because of the original disagreement of the process of istihaalah. Wallahualam!Petikan Mykmu.net | |