Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor.
AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.
Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.
Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri.
Desak UMNO Nyatakan Pendirian, Singkir MCA Dari Barisan Nasional
Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.
AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ' abang besar' dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.
Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.
AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.
AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.
PEKAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Sunday advised Malaysians not to make a change which is uncertain of guaranteeing them prosperity and well-being. Not all change would bring good, he said, adding that the people should institute change in something dependable rather than go for others who have no successful track record. "We must hold on to something which we know well. God willing, it (the Barisan Nasional government) will bring about a better future," he said in his address at the Aidilfitri open house hosted by him and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, in Taman Tasik Sultan Abu Bakar, here. Najib cautioned the people against being fooled by the sweet promises of the opposition political parties which he said had evidently failed in the four states they had been administrating after the general election of 2008. He said that not all the changes promised would bring good for the people, but the Barisan-led government had brought about various changes that had benefited them since the era of Tunku Abdul Rahman, the first prime minister. "We cannot change a government solely because the time has come for us to make a change. We are not wanting to make a change but wanting something better. "Change will not necessarily bring good. It can lead to something worse than what we are enjoying today," he said. Najib said the Barisan government was continuing the struggle of past leaders in the effort to value add and bring about a better change to realise Vision 2020. He said even developed countries, which were not administered well and failed to grow new wealth, would collapse and face a critical economic situation, such as the several European countries which had to put up with unemployment and economic recession. "The truth is we cannot go on accepting aid after aid without figuring out how to create and generate wealth. Countries which do not generate economic wealth will face problems," he said. The Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, and Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and other state leaders were among the more than 70,000 people who attended the open house. - Bernama
tunku : we had 4 states as example.the people did the changes and we can see clearly the result of it. they had failed in those states. do we want them to rule the country? absolutely not.
IPOH: MCA is willing to give up seats it has contested all along to its Barisan Nasional (BN) partners on the condition they are confident of winning them and get the nod of BN chairman, its president Datuk Dr Chua Soi Lek said. He said MCA had total confidence in Datuk Seri Najib Tun Razak's leadership and that the party was willing to forego seats it stood no chance of winning. "As for me, there is no need to discuss seat distribution, we have confidence in the wisdom of the BN leadership under Najib. "I am stating openly that MCA will not demand seats that we will not win or are not confident of winning. "We are not a component that likes to "syok sendiri" (likes self flattery)"," he told reporters after meeting hawkers at the Gunung Rapat market here. He was commenting on reports that MCA's BN partner Gerakan stood a better chance of winning the Gopeng parliamentary and Malim Nawar state seats, which are traditionally MCA seats, in the next general election. The report came about following an earlier report in an English daily on Aug 14 which said that MCA would be contesting the Puchong parliamentay seat which had been contested by Gerakan in the last two elections. On this, Dr Chua said the two parties need not swap seats if each was confident they were more "winnable". "I am of the opinion that whether a candidate of a certain party can win or not depends on some criterias, firstly the division (of the party) must be active, second, do they have sufficient members and third, is their election machinery up to the task? "Fourth, are they united, committed and willing to go the extra mile to ensure the BN candidate wins and lastly, which party the voters prefer, whether it is MCA, Gerakan, Umno or MIC. That is why we prefer to leave it to the (BN) leadership to decide," he said. As such, he said, MCA was confident that Najib, who is also Prime Minister, had many sources of feedback to decide which of the parties would be the most suited (for a particular seat). Following the visit, Dr Chua also announced that Perak state executive councillor Datuk Dr Mah Hang Soon would be holding discussions with the hawkers at the market on upgrading the facility using a RM500,000 allocation that would be made available by the Housing and Local Government Ministry. - Bernama
tunku : bravo CSL.we are confident with this attitude from MCA and all the other components parties,BN will win in the 13th GE.what we need is winnable candidates.
KUALA LUMPUR: Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon criticised Penang Chief Minister Lim Guan Eng for practising 'double-standards' on a proposal to enact the state's anti-hopping law. "Where is the consistency? I did not see (DAP stalwart) Lim Kit Siang and Lim Guan Eng protest when two MPs (members of parliament) from the Sabah BN (Barisan Nasional) jumped into the Pakatan fold. "So, why practise double-standards now. Is he doing this for (merely for) show?," he asked. Last month, MPs Lajim Ukim of Beaufort and Wilfred Bumburing of Tuaran, quit their parties and formed new political groups which support Pakatan. Speaking to reporters at Menara PGRM here, Koh said the anti-hopping law went against the principle of freedom of association guaranteed by the Federal Consitution. He added that MPs should be given freedom to associate with any party. Recently, Lim announced that his state government was planning to legislate against party-hopping to prevent "frogs and tadpoles" from breeding in Penang. "If Lim was really serious about enacting this law, then he should first criticise (Pakatan Rakyat leader) Datuk Seri Anwar Ibrahim on why he (Anwar) kept silent when BN MPs jumped over to the Pakatan fold," noted Koh. Meanwhile, on Gerakan's list of candidates for the coming general election, the party president advised potential candidates not to do "anything stupid" and create anger among the people, failing which they would be dropped from the list.
tunku: this anti hopping law only applies to pakatan only.they are willing to accept others into their party but do not let their members to jump out.it is real double standard no doubt.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari MENEGASKAN tidak boleh kita memusuhi orang yang beriman. Jangan terpedaya dan terbawa dengan ARUS POLITIK di Malaysia yang mana terdapat ahli2nya yang taksub dan fanatik sehingga mendoakan kecelakaan sesama Islam.
Lalu Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari berkata:
Lihatlah pada Firman Allah swt di dalam al-Quran Surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud:Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang- orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhanmereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w. dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Allah hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. Menurut Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari:
Jelaslah di dalam ayat ini,Rasulullah saw BERSIKAP RUHAMAK (berkasih sayang) terhadap ORANG2 YANG BERIMAN sementara BERSIKAP ASYIDDA'(keras) terhadap ORANG2 KAFIR,jadi bagaimanakah kamu boleh mendoakan kecelakaan kepada golongan yang beriman disebabkan ketaksuban dan kefanatikan kamu kepada sesuatu PARTI,POLITIK atau ORGANISASI???..:-)
Jadi ini menjawab soalan kita mengenai AMANAT HADI AWANG yang mengkafirkan umat Islam dari UMNO kerana ideologi politik. Sempena Eidul Fitri ini marilah kita sama sama bersatu demi Islam.
Dalam Harakkah Hadi Awang kata Umno berdolak dalik dengan hudud..
Apa dah jadi dengan Hadi Awang si keparat ini....
Sapa yang dok cetak sticker hudud dan edar kepada ahli untuk lekat pada kereta dan motosikal?
Siapa yang cetak T Shit tulis HUDUD?
Siapa yang dok galak berceramah tentang hudud?
Siapa yang yang sambut Hari Hudud? [ lama dah Pas tak buat majlis memperingat hudud]
Kalau Pas benar-benar nak laksanakan hudud kenapa tak jatuhkan hukum hudud kepada Mat Sabu yang berkhalwat dengan Normah di Hotel Perdana, sedangkan penangkapan tersebut 'live telecast di tv3'
Kalau nak buat hudud kenapa dah hudud kan Anwar Ibrahim yang main cina doll dan meliwat.[ Mat Sabu pun pernah gelar Anwar sebagai Aljuburi nak cakap apa lagi?]
Kalau nak buat hukum hudud kenapa tak hukum saja penjenayah dari penyokong Pas yang merosakkan harta benda awam dan memukuk polis pada perhimpunan bershit? [ faham kah Pas apa makna Hudud?]
Kalau Pas nak buat hudud kenapa sokong buku jingga yang 200% tolak hudud?
Pak Kadiaq atau Mr Bow Tie dah insaf , dah menyesal, dah bertobat dah...janji tak mau kutuk-kutuk Umno lagi...sebab Umno lah yang banyak berjasa kepada dia,,,tengok anak bini dia semua senang lenang sebab rezeki Umno.
Yang tak sedaq diri pun ramai lagi diluar sana,,,bila mai bab duit depa kata duit kerajaan, duit kerajaan duit rakyat....piiirah....600 juta ringgit sapuu tetapi ayaq paip berkarat...berrdanoq macam ayaq jamban...tu salah sapa? Salah rakyat juga kaa sebab duit 600 juta duit rakyat....
Masa kecik-kecik dulu, ustaz ajar kita bahawa dalam bulan puasa semua setan dikena kurung. Depa tak kacau kita lagi, pasai tu kita jadi rajin pergi masjid dan menunaikan semua perintah Allah.
Habis puasa setan mai balik untuk hasut kita, fitnah kita, melaga-lagakan kita, memecah belahkan persaudaraan sesama Islam. Paling menjengkelkan bila umat Islam dikafir harbikan oleh setan-setan ini.
Setan ni ada macam-macam jenis, ada bapa setan, bapa segala setan-setan, anak setan, cucu setan dan cai-cai setan yang ekor-ekor tu.
Nak tengok mereka? Tunggu malam 31 Ogos nanti, macam-macam jenis setan akan muncul. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Koleksi lagu raya yang paling kerap didengar di setiap stesyen radio ialah lagu nyanyian dan ciptaan P.Ramlee, Dendang Perantau.
Kekuatan lagu ini ialah ia begitu menyentuh perasaan perantau sehingga boleh membuat jiwa si perantau bergelora. Si perantau tanpa sedar akan menangis dengan linangan air mata jika terpaksa berhari raya di perantauan.
Di antara bait-bait lagu yang menyentuh ialah Di hari raya,Terkenang daku kepada si dia, Kampungku indah nun jauh di sana, Ayah serta bondaku. Di tepian mandi, Danauku hijau yang aman damai selalu, Nun di sanalah tempat ku bertemu, Aku dan dia. Apakan daya, Masa tak akan kembali, Hancur musnahlah semuanya, Impian yang murni, Tinggal menjadi kenang-kenanganku, Hanya rangkaian kata dan lagu, Dendang perantau.
Walaupun sudah tidak ada lagi danau hijau yang aman damai kerana musnah oleh tangan-tangan rakus pembalak haram dan halal tetapi generasi hari ini tetap menangis apabila mereka mendengar lagu ini. Umpamanya di Baling hari ini, bukan setakat dilanda krisis air yang parah malah tidak ada lagi tepian mandi dan danau hijau kerana airnya sudah tercemar menjadi pekat seperti 'kopi susu'.
Menurut MB Kedah, Ustaz Azizan permit-permit balak yang dikeluarkan hanyalah untuk kerja-kerja menyuci akar-akar balak bukannya permit mengambil kayu balak. Tetapi Ustaz Azizan terlupa penyamun-penyamun balak ini lebih bertamadun, mereka terpaksa menebang balak untuk menyuci akar balak. Akibatnya kehijauan alam semulajadi Baling menjadi rosak.
"Dulu kami di sini bila bercakap mulut keluar wap sejuk seperti di England" kata Pak Ramli salah seorang saudara yang tinggal bersebelahan Kampung Memali.
Yang sebenarnya beliau pun belum pernah menjejak kaki di England tetapi pernah melihat orang putih, David Marshall semasa Perjanjian Baling.
Di zaman pemerintahan BN/UMNO pun begitu juga, balak, kuari batu, pasir dan tanah merah adalah hasil bumi yang menjadi punca utama pendapatan untuk membiayai kegiatan politik. Sebuah Syarikat yang bernama Gempita Muda Sdn Bhd yang memegang permit hasil-hasil bumi ini adalah broker kepada tauke-tauke besar yang bukan bumi untuk berdagang bagi pihak mereka. Akhirnya syarikat ini juga musnah bersama kayu-kayu balak yang ditebang. Yang masih tinggal hanyalah mantan pengurusnya yang sedang mentadbir UMNO Kedah sekarang.
Inilah realti lagu P.Ramlee. Semuanya sudah musnah dan tinggal kenangan-kenangan hanya tinggal kata dan lagu Dendang Perantau. Apa yang generasi hari ini tangisi apabila mendengar lagu itu hanyalah keindahan alam semulajadi yang sudah tidak ada lagi hijaunya, jernih airnya dan hanya tinggal danau yang tercemar dengan kencing tikus.
Sumber : Blog Mummy Rokiah Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Assalamualaikum wbt. Kemenangan Besar bagi mereka yang selesai Puasa 6 hari ini. Semoga Allah swt menerima segala amalan-ibadah serta memberikan keberkatan dan kekuatan kepada semua. Wassalam.F0 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Now it is in the open...the relationship between the three parties in Pakatan Rakyat (PR) is not as good as it is made to be and believe. Except for the top leadership of the parties that project the 'so-called closeness', the undercurrent is far from what is shown in public. Penang deputy Chief Minister Mansor Othman's comments about his boss Lim Guan Eng that was leaked in the minutes of his meeting showed a clear 'antagonistic' attitude towards Guan Eng. Not just the words 'arrogant and to'kong', more so the internal bickering on their working relationship was revealed indirectly – they just cannot work together on seat allocations what more to rule on consensus as the leadership have projected. Guan Eng's antics are no longer a secret, dictatorial with a slant in racism – Malays and Indians do not seem to exist in his administration of the state. Mansor and other Malay leaders in state PKR as well as PAS should by now decide whether to continue playing second fiddles on tools to dominant DAP or leave the party and join Barisan Nasional (BN). There is still time for them to reflect on their past and chart a new path for the future – that is if all of them think the Malays and Indians in the state should be treated equally economically and politically. There is nothing wrong in admitting one's mistakes and return to the right path because every human make mistakes and returning to the right path is considered as brave and honest. Right now, Mansor and other Malay leaders including PAS leaders in the state are mere followers to a seemingly dictatorial administration where they cannot even open ntheir mouths to proetc or promote the Malays or the Indian voters. It is no wonder that Guan Eng is so powerful and the Chinese voters in Penang love him as whatever he said is taken as orders – no two ways about it. Mansor and PAS leaders in the state cannot depend on de factor Chief Anwar Ibrahim to defend them because that man is busy planning his own future to be the Prime Minister, no matter what it takes – even selling his loyal friends like Mansor and PAS leaders in the state. Anwar just wanted the support for him to be number one in the country and he could not care less about the rest. Given such situation, Mansor and the Malay leaders in PKR and PAS leaders in the state should think for themselves and the future of their struggle for the Malays and Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kalau undi Cina dapat (70%); undi Melayu sekitar (42%); undi India (40%) – PKR akan pertahan 31 kerusi sedia ada; dan menang 9 kerusi baru. Antara kerusi yang bakal dimenangi: Bukit Katil, Pandan, Gelang Patah, Alor Setar, Temerloh, Sabak Bernam, Lumut, Ledang dan Muar. Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (36 %); undi India (40 %) – PKR akan kalah 4 kerusi (Teluk Kemang, Sungai Siput, Kuala Langat dan Hulu Selangor). Tambahan 6 kerusi baru. Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (36 %); undi India (35 %) – PKR kalah 11 kerusi (Ampang, Wangsa Maju, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sungai Siput, Hulu Selangor); Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (sama dengan tahun 2004); undi India (30 %) – 16 kerusi PKR jatuh. Termasuk Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai). Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Projek River of Life di Bandaraya Kuala Lumpur memenuhi keperluan pemastautin KL berpendapatan sederhana tinggi. Takrif pendapatan sederhana tinggi ialah RM15,000 ke atas sebulan. Kumpulan ini berkereta sedan bersaiz 1999 cc, berumah dalam kohort harga RM400,000 - RM700,000, anak 3 orang. Takrif pendapatan tinggi ialah RM25,000 ke atas sebulan. Berkereta sedan saiz 2.5 cc, berumah dalam kohort RM700,000 hingga RM2 juta, anak 2 orang.
Kumpulan pertengahan dan sederhana ialah berpendapatan RM5,000 - RM10,000 sebulan, berkereta sedan 1999cc ke bawah, rumah sekitar RM200,000 - RM400,000, anak 4-7 orang. Kumpulan Miskin Bandaraya ialah berpendapatan RM4,999 ke bawah, rumah sewa pada kadar RM 700 sebulan, berkereta sedan 1999 cc ke bawah, anak 4-10 orang.
Kos bahan mentah di Pasar Basah untuk stok sebulan sekitar RM150 x 4 = RM600.00, Kos Utiliti RM700, Kos Petrol dan Tol RM1,000, Bayar Kereta RM900, Bayar Rumah RM1,000/Rumah Sewa RM700, Kos Anak Sekolah RM300 x 4 = RM1,200, Kos Belanja Runcit dan Bahan Kering Isirumah RM500, Kos Makan Minum Bekerja RM600. Akhirnya Miskin Bandaraya isi rumah ini.
Andai miskin tegar bandaraya, pekerja di bayar upah RM900 sebulan. Sewa rumah DBKL sebulan RM120. Kos tambang bas RM180 sebulan, Kos anak sekolah RM100 x 4 = RM400, Kos Rangsum Rumah dan Dapur RM300, Kos Utiliti RM100, Kos Makan Minum Bekerja (bawa nasi kosong dari rumah). Akhirnya Miskin Tegar Bandaraya isi rumah ini.
KOTA BHARU : Pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam.
Beliau berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang.
"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan.
"Saya setuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan (yang membidas karpal). Kenyataan Karpal Boleh menimbulkan andaian bahawa seolah-olah DAP tidak menjaga pengundi Melayu, seolah-olah DAP tidak kisah lansung sedangkan sudah pasti ia tidak betul. Mana ada parti tidak mahu undi rakyat.
"DAP perlu menasihati Karpal seperti juga Pas apabila pemimpin Pas buat kenyataan bercanggah dengan semangat pakatan mereka akan diberi nasihat macam Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Md Isa," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nasrudin yang mendakwa Karpal semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.
Nik Abduh berkata, kenyataan Karpal sememangnya keterlaluan kerana beliau telah menyentuh dasar perjuangan dan tidak menghormati Pas.
"Semua benda beliau hendak sentuh, perlaksanaan syariat Islamadalah mendasari perjuangan Pas. Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza, DAP tidak bersetuju dengan Pas, Pas tidak setuju dengan DAP, DAP tidak setuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana kita mahu fokus untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.
"Jadi pada pandangan kami, Pas telah melaksanakannya, kita tidak sentuh dasar PKR dan DAP jadi sepatutnya ia juga diraikan oleh Karpal, memang benar hanya Karpal sahaja dalam DAP yang membuat kenyataan menolak hudud tetapi oleh kerana beliau adalah pengerusi DAP maka orang nak tahu kedudukan yang sebenar," katanya.
Ditanya apakah Pas perlu mengambil tindakan tegas sekiranya Karpal terus membuat kenyataan menolak hudud, beliau berkata ia terserah kepada kepimpinan pusat parti itu.
Sementara itu, dalam laman sosial facebooknya, Nik Abduh berkata, biarpun berhak untuk bersuara atas nama kebebasan, karpal tidak sepatutnya mamanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju' seperti mana hak kesepakatan dalam pakatan pembangkang.
"Sama ada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahankan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu.
"Saya hairan, orang sehebat Karpal masih menari mengikut rentak yang Umno dan Barisan Nasional (BN) mahukan? Secara peribadi jika saya mengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau." Katanya.
Bukan sahaja berdepan dengan krisis bekalan air, regim kerajaan negeri Selangor di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa 'berhutang' lebih RM300 juta kepada beribu-ribu penduduk di negeri itu kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan air percuma secara menyeluruh sejak tahun 2008.
Difahamkan, para penduduk yang mendiami 1,378 pangsapuri di seluruh negeri itu tidak pernah mendapat manfaat air percuma gara-gara kerajaan negeri menetapkan pemberian subsidi hanya kepada pengguna meter individu dan bukannya meter pukal.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, setiap rumah di negeri Selangor berhak mendapat subsidi air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 sebulan sebagaimana yang dijanji dan dilaung-laungkan pakatan pembangkang sebagai kejayaan mereka.
" Malangnya melalui kajian yang dilakukan, sejumlah 1,378 pangsapuri diseluruh negeri Selangor tidak pernah mendapat subsidi ini kerana mereka menggunakan meter pukal sedangkan penghuni-penghuni dirumah banglo mewah yang menggunakan meter individu menikmatinya.
" GPRS menegaskan kerajaan negeri Selangor perlu bertanggungjawab kerana setiap penghuni pangsapuri terbabit terlepas subsidi sebanyak RM570 sekiranya dihitung tempoh 50 bulan sejak kerajaan regim PKR berkuasa diSelangor," katanya disini hari ini.
Tegas beliau, dengan anggaran sebanyak 689,000 unit rumah daripada 1,378 pangsapuri terbabit, kerajaan negeri Selangor berhutang lebih RM300 juta sebagai tunggakan subsidi kepada jumlah isi rumah yang terlepas pandang.
" Kerajaan negeri tidak sewajarnya membeza-bezakan pengguna meter individu dengan pengguna meter pukal kerana regim pakatan pembangkang telah berjanji dalam manisfesto tahun 2008 untuk memberi air percuma setiap bulan kepada seluruh rakyat Selangor," katanya.
Sekadar gambar hiasan
Sementara itu, penduduk di pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya telah mengambil langkah ke hadapan dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut tunggakan subsidi air sebanyak RM1.1juta bagi penghuni di 1,892 unit rumah yang menggunakan meter pukal dipangsapuri berkenaan.
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mentari Court, Kamarul Zaman Kamarudin berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada regim kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan isu tersebut dan memberi gantirugi RM570 kepada setiap isi rumah yang tidak pernah mendapat subsidi air sejak Ogos 2008.
" Sekiranya, Abdul Khalid tidak menyelesaikannya dalam tempoh berkenaan, kami akan mengambil tindakan dimahkamah kerana subsidi itu perlu diberikan secara adil tanpa diskriminasi," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh peguam, Hasnal Rezua Merican.
Kata beliau, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran sebelum ini termasuk bertemu dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd. ( Syabas ), namun sehingga kini, masalah tersebut berlanjutan ekoran kekangan kerajaan negeri terhadap pengguna meter pukal.
" Kami kecewa kerana tidak pernah menikmatinya sedangkan mereka telah berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2008 malah berulang kali mengumumkannya sebagai kejayaan mereka.
" Kami menuntut Menteri Besar untuk menunaikan janji yang telah diberikan. Malah, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan setiap rumah diSelangor mendapat subsidi ini tanpa mengira kawasan atau latar belakang," katanya.
Kemelut isu hudud antara PAS dan DAP membuatkan kita semua tertanya-tanya beberapa persoalan. Pertama mengapa hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh bersuara lantang menentang pelaksanaan hukum hudud?
Mengapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin kanan lain berdiam diri? Walaupun kita percaya apa yang ditegaskan berulang kali oleh Karpal adalah pendirian DAP, namun Kit Siang dan anaknya perlu tampil ke hadapan.
Tindakan mereka membisu tidak akan membantu malah memburukkan lagi keadaan. Kini, sudah ada tanggapan di kalangan sebahagian pemimpin PAS bahawa Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya adalah pihak yang lebih tegar menolak hudud.
Persoalan kedua yang berlegar adalah mengapa puak Anwarinas yang dianggap sekular dalam PAS tunduk kepada DAP berhubung isu tersebut? Kita percaya selagi mereka terikut-ikut agenda DAP, selagi itulah PAS akan menjadi dayus dan tidak berani bertindak.
Kini, suara akar umbi PAS rata-rata kecewa dengan kepimpinan parti itu yang asyik dihina dan diperlekehkan oleh DAP. Bukan PAS yang mencorakkan haluan parti itu sebaliknya DAP.
Maka tidak hairan lah jika ramai ahli dalam diam menyokong ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menentang DAP berhubung isu itu dan mempersoalkan pendirian PAS demi kesucian Islam.
Belum pernah dalam sejarah PAS kelihatan begitu dayus. Inilah akibat apabila percaturan politik lebih diutamakan daripada kepentingan Islam. Pas bukan sahaja tidak dominan dalam pakatan pembangkang malah asyik dihina oleh DAP.
Isu pelaksanaan hudud PAS ditentang habis-habisan oleh DAP. Meskipun segelintir pemimpin PAS mempersoalkan DAP tetapi akhirnya parti berlabel Islam itu tunduk. Pemimpin utama PAS membisu kerana bimbang pengaruh DAP boleh mencorakkan sentimen masyarakat Cina pada pilihan raya umum nanti.
Kerana mengutamakan percaturan politik, PAS kelihatan sanggup menggadaikan kepentingan Islam. Ia ibarat pemimpin PAS direntap janggut dan serban serta diludah ke muka tetapi hanya sekadar tersengih bingung.
Bukan sahaja DAP, PKR yang terdapat ramai pemimpin dan ahli di kalangan orang Islam, turut menolak undang-undang Islam itu.
Perkara tersebut telah ditegaskan oleh pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim bahawa hudud bukan dasar pakatan pembangkang. Dengan kata lain, PKR menyokong DAP, menjadikan Pas bersendirian dalam isu tersebut.
Sekali lagi kita kasihankan PAS. Selama ini, PKR iaitu parti yang berdepan dengan isu moral dan integriti, hanya memperalatkan PAS.
Tanpa peranan akar umbi PAS, PKR akan lumpuh. Untuk pacak bendera, meramaikan ceramah Anwar, menjayakan program malah undi untuk PKR, banyak bergantung kepada ahli dan penyokong PAS. Tetapi apa balasan PKR?
Seperti mana janji beliau untuk melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan bersedia berdepan dengan Karpal Singh di mahkamah dalam isu beliau mendakwa Pengerusi DAP itu anti Islam.
Soal siapa betul, siapa salah biarlah mahkamah menentukannya. Apa yang lebih menjadi persoalan ialah pendirian Pas sendiri dalam berhadapan pertembungan antara Nasharudin dan Karpal ini.
Setakat ini, golongan pemimpin Pas yang dianggap daripada kelompok Anwarinas atau digelar sekular, dikatakan tidak menyebelahi Nasharudin, sebaliknya mereka ingin melihat Ahli Parlimen Bachok itu dihukum oleh parti kerana dianggap telah menggugat kerjasama dalam pakatan.
Bagi kelompok ini, mereka hanya mementingkan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, tidak kira apa pun kedua-dua parti itu lakukan terhadap Pas.
Namun begitu, pemimpin-pemimpin Pas perlu diperingatkan mereka mungkin tidak menyenangi Nasharudin tetapi percayalah sebahagian ahli akar umbi masih utuh bersama bekas Timbalan Presiden Pas berkenaan.
Difahamkan, Nasharudin sendiri menerima sokongan yang cukup hebat daripada pemimpin dan ahli-ahli akar umbi. Mereka mahu Nasharudin istiqomah dalam perjuangannya demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.
Penulis bukannya mereka-reka sokongan ini tetapi inilah hakikat berdasarkan pelbagai sumber yang diperoleh penulis.
Ada antara mereka, secara terang-terangan mempersoalkan ke mana arah perjuangan Pas dan apa benar perjuangan yang dibawa oleh parti itu.
Walaupun berbeza fahaman politik dengan UMNO, namun mereka tetap berpendapat bahawa penyatuan ummah dan memartabatkan agama Islam harus menjadi keutamaan dalam perjuangan Pas, bukannya begitu gelojoh memburu kuasa bersama-sama PKR dan DAP sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya.
Atas sebab itulah, penulis melihat kepimpinan Pas kini berada dalam kedudukan tidak selesa. Mungkin ada di kalangan pemimpin Pas yang terus angkuh dengan mengecam Nasharudin dan menganggap kalau pun Nasharudin keluar daripada Pas, ia tidak akan menggugat parti itu.
Tetapi mereka juga harus faham bahawa ini adalah ujian kedua kepada Pas selepas pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali, tidak lama dahulu. Jika sebelum ini Hasan dipecat kerana membuat kenyataan yang dilihat oleh kepimpinan Pas menyinggung perasaan PKR, kini mereka berhadapan pula dengan kenyataan Nasharudin yang dilihat boleh menjejaskan hubungan dengan DAP.
Jika Pas tidak berhati-hati dalam mengendali isu Nasharudin ini, mereka akan menanggung akibat yang amat buruk pada pilihan raya umum nanti.
Ini kerana pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi melihat Nasharudin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Soal beliau dengan Karpal biar diselesaikan di mahkamah tetapi ketegasan beliau mempertahankan perjuangan Islam serta maruah Pas itulah yang menarik perhatian mereka.
Sebab itulah, ramai yang yakin Nasharudin tidak keseorangan dalam perjuangan ini biar pun beliau sudah tidak dibenarkan oleh Pas Kelantan mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Bagi seorang yang berprinsip seperti Nasharudin, beliau tidak peduli itu semua, seperti juga Hasan, segala yang beliau lakukan adalah demi untuk perjuangan Islam dan demi menjaga martabat Pas daripada terus diperkotak-katikkan dalam pakatan pembangkang.
Tetapi di dalam Pas, ada sesetengah pemimpin parti itu yang tidak mempunyai aspirasi seperti kedua-dua insan berkenaan. Sikap politik kepartian dan begitu taksub untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mengejar impian bagi memastikan Pas boleh menggantikan UMNO telah mengaburi perjalanan politik mereka.
Bagaimanapun puak-puak berkenaan perlu ingat seperti mana kata Nasharudin, "Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.''
Justeru, berhati-hatilah supaya Pas tidak menjadi sebuah parti yang paling rugi dalam muka bumi Allah ini kerana kita percaya Nasharudin tidak keseorangan dalam perjuangan murninya itu.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah diteliti panglima ternampak bendera PKR dalam video di atas... Di lokasi persembunyiaan pembunuh kejam yang tergamak membakar kekasihnya yang kini koma sebelum ditahan sedang khayal dadah dan juga ada botol arak kelihatan di sana.
Adakah ada kaitan suspek bunuh kekasih yang baru ditahan polis dengan PKR kita tidak pasti...
Kita tidak menafikan ahli PKR sebelum ini memang agak kasar dengan bergaduh sesama sendiri semasa mesyuarat parti, selain ganas dengan menyertai Bersih 3.0 yang berakhir anggota polis hampir terbunuh dipukul semasa perhimpunan yang dianggap haram tersebut.
Kepupusan nilai moral kita tidak hairan kerana sejak dahulu hingga kini pemimpin mereka turut tercalit dengan berbagai skandal seperti kes liwat, zina, khalwat 'aiskrim' termasuklah khalwat Ust Badrul Amin di sebuah Hotel di Kuantan Pahang.
Selain menipu rakyat mereka juga merosakkan akidah umat apabila menyokong gejala murtad termasuklah merobek hati rakyat beragama Islam bila membenarkan Kalimah Allah kepada bukan Islam.
Banyak pendedahan telah dibuat diulas orang biasa hinggalah Ulama seperti Dr Uthman El Muhammady dan harapnya anda perlu mengkaji dengan kemudahan internet yang anda miliki tentang perkara ini dengan cermat.
Jangan hanya menerima pandangan penulis sahaja tetapi koreklah sendiri kebenaran dan peganglah ia hingga akhir hayat anda.
KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Kekecohan yang ditimbulkan pengguna Internet baru-baru ini berhubung Seksyen 114A Akta Keterangan, mencetuskan gelombang yang agak besar, terutama berkaitan tanggapan bahawa seseorang yang namanya tertera pada sesuatu penerbitan adalah pemilik atau pengendali yangmenyiarkan kandungan berkenaan.
Peruntukan yang termaktub di bawah Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 mengundang banyak perbahasan, termasuk dalam kalangan penggubal dasar daripada pihak kerajaan dan pembangkang.
Seksyen 114A, yang diluluskan Parlimen April lepas dan diwartakan pada 31Julai, menganggap bahawa seseorang yang namanya, fotonya atau nama samarannyatertera pada sesuatu penerbitan, menunjukkan bahawa dia adalah pemilik, hos,pengendali, editor atau penyunting, atau, seseorang, yang dalam apa jua caramenyebabkan penyiaran atau penyiaran semula sesuatu penerbitan, dianggap menerbitkan atau menerbitkan semula penerbitan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.
Pindaan itu juga merujuk kepada sesiapa sahaja, yang mempunyai kuasa atau kawalan terhadap komputer yang menjadi sumber asal tersiarnya sesuatu penerbitan itu, dianggap orang yang menerbitkan atau menerbitkan semula kandungan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.
Antara pendapat negatif yang dilontarkan para pembahas ialah kerajaan cuba menyekat kebebasan Internet hingga sanggup menuduh bahawa undang-undang yang diperkenalkan itu boleh 'mengembalikan negara ini ke Zaman Pertengahan'.
Bagi yang menyokong pindaan itu pula, mereka berpendapat beban pembuktian kini beralih ke bahu pengguna Internet dan ini sudah pasti membantu pihak yang menguatkuasakan undang-undang dalam mengesan penyiaran kandungan yang menyalahi undang-undang.
Seorang pengamal ICT terkenal Azli Paat berkata undang-undang yangdiperkenalkan itu adil kerana keadaan sebelum ini tidak dapat mencegah seseorang daripada menyamar sebagai orang lain di ruang siber.
Ketiadaan peruntukan yang diperkenalkan itu juga menyukarkan pihak penguatkuasa menahan dan mendakwa orang sebenar yang melanggar undang-undang kerana tiada siapa yang akan mengaku melakukan tindakan yang tidakbertanggungjawab, katanya kepada Bernama.
Azli berpendapat sekiranya undang-undang itu tidak dilaksanakan sekarang, lambat laun, ia perlu juga dilaksanakan memandangkan jenayah siber yang terus meningkat.
Bagaimanapun, Azli, yang juga presiden Persatuan Penyedia Kandungan Mudahalih Malaysia (MMCP), berkata pihak berkuasa perlu memberi tafsiran lebih jelas tentang undang-undang itu kerana ketika ini ia dilihat bersifat terlalu umum.
"Undang-undang ini dipandang negatif oleh kebanyakan orang kerana ia menghimpunkan semua pengguna Internet di bawah satu peraturan.
"Malah, ia perlu lebih spesifik kerana ketika ini, Seksyen 114A dilihat lebih melindungi mereka yang dianggap mangsa. Bagaimana pula dengan pemilik akaun yang sebenarnya menjadi mangsa? Sebagai contoh, seseorang yang digodam atau diceroboh akaunnya?" tanya beliau.
Azli mencadangkan agar subseksyen kepada seksyen utama perlu diwujudkan untuk memberi pelindungan kepada pemilik akaun media sosial seperti blogspot, Twitter atau Facebook, pengulas (individu yang menampal komen) dan mereka yang menampal semula atau mentweet semula sesuatu kandungan.
Beliau berkata ini bertujuan melindungi hak pemilik sesuatu akaun kerana ketika ini, seseorang pemilik blog tidak mempunyai kawalan terhadap komen yang diberi.
Katanya kerajaan perlu memberi penerangan secara lebih meluas kepada orang ramai tentang perlunya undang-undang seperti itu diperkenalkan kerana segala apa yang ditimbulkan oleh pengguna Internet pada 14 Ogos adalah berpunca daripada kegagalan mereka memahami sepenuhnya Seksyen 114A.
"Saya berpendapat sekiranya langkah diambil untuk meningkatkan kefahaman orang ramai dan melindungi hak mereka, orang ramai boleh menerimanya," katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak berasa takut dan mengelak daripada berkongsi maklumat serta pendapat mereka secara dalam talian berikutankehadiran undang-undang itu.
Anehnya, penggubal undang-undang dari pihak kerajaan dan pembangkang sendiriyang meluluskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Mengulas perkara ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dapat dielak sekiranya Anggota Parlimen meneliti rang undang-undang berkenaan ketika ia dibentang untuk perbahasan.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab dan tugas Anggota Parlimen untuk meneliti sesuatu rang undang-undang yang dibentang di Parlimen.
"Sepatutnya, semua Anggota Perlimen meneliti dengan sepenuh hati setiap rangundang-undang yang dibawa ke Parlimen, membincangkannya daripada pelbagai aspekdi luar Dewan, sebelum membahaskannya.
"Mereka sepatutnya mengkaji secara serius kesan rang undang-undang itu terhadap sosiopolitik dan ekonomi sebelum berbuat demikian (membahas danmeluluskan rang undang-undang itu)," katanya.
Wan Junaidi berkata sebelum undang-undang itu dipinda, kerajaan atau Anggota Parlimen biasa perlu mengemukakan notis dan deraf pindaan kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk dibentangkan.
Beliau berkata usul yang dikemukakan kerajaan selalunya diberi keutamaan,berbanding yang dikemukakan Anggota Parlimen.
Sementara itu, Khaw Veon Szu, bekas pengarah eksekutif Institut Sedar, sebuah kumpulan pemikir tempatan, berkata beliau yakin undang-undang berkenaan boleh dikaji semula dan dibuat pelarasan yang diperlukan bagi menambah baik pelindungan yang diberi terhadap hak pengguna Internet.
"Saya berpendapat kebimbangan yang disuarakan berhubung isu ini ada kewajarannya. Memandangkan kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan tadbir urus yang baik, maka wajarlah ia menelitinya semula. Tidak ada ruginya," kata Khaw yang juga seorang peguam.
Beliau juga mencadangkan agar pihak berkuasa menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk mengkaji semula undang-undang itu secara lebih holistik dan mendapatkan pandangan profesional daripada orang ramai serta pemegang kepentingan lain.
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag
Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55
Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
RAJAH A
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.
Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.
Untuk kategori B:
1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.
Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?
1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.
ALAHAI! Belum reda lagi sebenarnya kekecohan dalam kalangan media Pulau Pinang berhubung gelagat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan penyiaran 51 gambarnya - walaupun muka suratnya hanya 28 helaian pada keluaran Buletin Mutiara Mei lepas.
Gara-gara 'kerenah' sedemikian rupa, 'pasukan' Buletin Mutiara telah bertindak dengan 'efisien' mengurangkan gambar pemimpin mereka itu, dengan hanya menyiarkan 28 gambar sahaja dalam 28 muka surat pada keluaran Julai lepas. Tetapi agak kelakar bunyinya kerana masih tidak nampak pun sebarang perbezaan ketara kerana Guan Eng masih menonjol dalam buletin itu.
Barangkali, selepas mendapat tekanan serta kritikan hebat daripada media di negeri itu, Guan Eng seperti biasa mengambil jalan selamat dengan menyalahkan pasukan buletin tersebut sebagai 'tersilap secara teknikal'. Akibatnya, Pengarah Komunikasi Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying segera memohon maaf melalui satu kenyataan media baru-baru ini dengan menyatakan, penyiaran 51 gambar Guan Eng merupakan kesilapan teknikal dan tidak akan berulang.
Kesilapan teknikal kali ini turut 'diperbetulkan' dengan kehadiran isteri Ketua Menteri, Betty Chew yang kelihatan 'agak anggun' pada keluaran buletin tiga bahasa tersebut. Jika sebelum ini, Betty hanya gemar mengenakan seluar 'slack' dan pakaian pendek yang kelihatan seperti wanita berkerjaya, kini dia tampil mengenakan busana, gaun berserta aksesori.
Beberapa gambar Betty turut dimuatkan dalam Buletin Mutiara walaupun sebelum ini hanya gambar-gambar suaminya sahaja mendominasi buletin itu. Akhbar-akhbar berbahasa Cina mendakwa, penampilan Betty kini kelihatan lebih bergaya.
Betty dikatakan kini lebih gemar menghabiskan masa menemani suaminya ke majlis-majlis penting serta berprofil tinggi di Pulau Pinang. Bagaimanapun dia masih ADUN Kota Laksamana di Melaka. Walhal, kalau nak diikutkan, rakyat Melakalah yang lebih memerlukannya berbanding Pulau Pinang. Tetapi ada pula masa dihabiskan di Pulau Pinang termasuk menghadiri pertunjukan fesyen baru-baru ini. Media turut melaporkan Betty mengambil bahagian dengan memperagakan beberapa pakaian di Tanjong Tokong beberapa minggu lepas.
Buletin Mutiara didakwa dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan peruntukan RM300,000 setiap dua bulan. Cuma, rakyat atau umum hendak tahu juga adakah duit peruntukan tersebut dikeluarkan daripada dana DAP. Ataupun menggunakan wang rakyat negeri itu hasil dari cukai yang dikutip? Sungguh tidak adil andainya wang tersebut milik rakyat kerana jelas sekali Buletin Mutiara memainkan peranan penting dalam menyebarkan propaganda DAP dan keluarga dinasti Lim kerana hanya mereka yang lebih menonjol.
Satu ketika, Buletin Mutiara ini akan diedarkan sendiri oleh DAP pada program-program kerajaan negeri. Pada masa sama ia diletakkan di sekitar masjid, pusat membeli belah dan kawasan-kawasan tarikan pelancongan. Namun, kini mereka lebih 'hebat' apabila melantik syarikat tertentu untuk mengedarkan buletin tersebut dari rumah ke rumah.
Mengapa sampai begitu sekali? Mengapa menyajikan propaganda DAP kepada rakyat Pulau Pinang dengan begitu agresif? Adakah kerana buletin itu tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyatnya? Mungkin juga rakyat sudah mula sedar tembelangnya.
Baru-baru ini terdapat kecaman daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana menggunakan buletin itu sebagai platform untuk menghentam kerajaan.
Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, buletin tersebut hanya digunakan sebagai media untuk memberitahu rakyat di negeri itu terhadap aktiviti selain dasar dan polisi kerajaan negeri.
"Andainya pakatan pembangkang mahu berbicara tentang politik atau membuat kecaman kepada mana-mana ahli politik kerajaan Persekutuan, mereka harus menggunakan medium yang sesuai. Gunalah duit sendiri untuk keluarkan akhbar propaganda. Tetapi bukannya menggunakan wang rakyat" tegasnya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Georgetown:Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pulau Pinang(MPPP) hari ini mengeluarkan satu tender terbuka untuk membina Tokong Dewa Lim Guan Eng.
Sebagai sebuah kerajaan yang cekap,akauntabiliti dan telus.Tender terbuka ini boleh disertai oleh mana mana syarikat yang berkelayakan .
Menurut jurucakap MPPP,projek ini adalah salah satu langkah untuk memberi peluang kepada rakyat negeri Pulau Pinang terutamanya penyokong pakatan agar dapat beribadat lebih selesa.
Sebelum itu ,YB Dany Exco Pelancongan Negeri Pulau Pinang berkata pembinaan tugu dan tokong pemimpin hebat ini akan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong dan dapat menjana ekonomi penduduk setempat.Malah menurutnya lagi peluang pekerjaan dapat dijana melalui projek ini.
"Ini adalah salah satu cara kita memberi penghormatan kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Pulau Pinang, langkah Dr Mansor mengistiharkan secara rasmi Dewa Lim Guan Eng sebagai tokong rakyat Pulau Pinang adalah salah satu pengertian dan pendekatan yang holistik dan pengaruh kerohanian yang amat kuat kepada dewa ini" menurut jurucakap parti pemerintah DAP Pulau Pinang.
Manakala pihak Tourism Penang menyambut baik projek ini dan turut akan menyenaraikan didalam kalender pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.
Tender Terbuka: dipelawa bagi membina Tokong Dewa Lim Guan Eng (TDLGE) di atas Lot 11569, 11543 dan 7481, Mukim 6, Padang Kota, Pulau Pinang melalui "Build-operate-transfer (BOT) Arrangement" untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Kelayakan : Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta. Penjelasan: Selasa, 27 Ogos 2012 Masa: 10 pagi Tempat: Bilik A, Penang International Sport Arena (PISA), Jalan Tun Dr Awang Harga Dokumen: RM1,750.00 senaskah Tarikh tutup: Khamis, 20 September 2012, pukul 12 tengah hari
Dokumen RFP lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender, Tingkat 3, KOMTAR.
Komen Pisau:Adakah tender ini akan dijalankan secara telus?
Pisau kata "siapa nak menang tender kena hidang banyak "buah" kat dewa nih! manyak kuat makan la "
AIDCNews – Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
"Tiada Komen," katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.
Gesaan Nasharuddin ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.
"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.
"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menambah, bantahan beliau yang mewakili DAP itu berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.
Berikutan penentangan berterusan Karpal itu, beberapa ulama menegaskan adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong parti yang bersekongkol dengan DAP kerana parti tersebut jelas menolak pelaksanaan hukum Islam.
Menurut Nasharuddin, penyokong-penyokong Pas ketika ini amat tidak senang melihat DAP dan Karpal berterusan menolak pelaksanaan hukum Allah yang selama ini menjadi asas perjuangan parti berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang usaha menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukum hudud tidak akan terlaksana kerana hasrat itu sentiasa mendapat tentangan DAP.
"Apa yang dilakukan DAP dan Karpal ini berkaitan dengan penentangan terhadap pelaksanaan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT," ujarnya.
Nasharudin turut menafikan dakwaan akan menyertai UMNO ekoran paparan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi baru-baru ini.
"Pertemuan yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai politik apatah lagi Pas atau UMNO," katanya.
Lim Guan Eng tuhan DAP dan pakatan haprak mana mungkin tidak makan.. Pihak BN seharusnya faham bahawa sebagai tuhan dan pemilik mutlak negeri Pulau Pinang adalah menjadi hak beliau untuk makan dan sapu apa saja .
Korang setuju Guan Eng yang dikatakan suci lagi bersih ini tak pernah makan?
Belum pun isu salahguna kuasa projek sPICE,Bayan Mutiara,penjualan tanah Balik Pulau,PDC dan juga seleweng cukai tanah kelab lumba kuda yang kesemuanya bernilai berbillion ringgit.Timbul pula isu baru penyelewengan tanah untuk rumah murah dijual kepada syarikat swasta.
Kepentingan rakyat tidak dipedulikan,rumah murah langsung tidak dibina .. Apakah haprak pakatan kata ini satu lagi pembohongan?
OH Teong Keong (kanan) menunjukkan carta pemilikan saham KLIDC yang didakwa mempunyai kaitan dengan urus niaga penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis sambil diperhatikan oleh H'ng Khoon Leong di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 24 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mendakwa seorang perempuan yang digelar sebagai 'Cik P' dan merupakan pemilik sebuah banglo di Jalan Pinhorn yang kini diduduki Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkemungkinan mempunyai kaitan dalam penjualan tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leong mendakwa, Cik P merupakan rakan kongsi kepada seorang individu bergelar Datuk dari Sabah yang merupakan pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC).
Katanya, siasatan mendapati, Cik P membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta dan membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk pengubahsuaian dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 .
"Kami meragui hubungan antara Ketua Menteri dan KLIDC kerana sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Guan Eng berpindah ke banglo itu pada 2 Julai 2009," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN negeri di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pemuda BN, Oh Tong Keong.
Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah berkenaan kepada sebuah syarikat pemaju swasta.
Mereka terkejut apabila mendapat tahu tapak berkenaan akan dibangunkan sebagai hotel dan hospital swasta. Tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk projek fasa kedua rumah kos rendah sebanyak 272 unit selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu.
Sementara itu, Tong Keong mendesak Guan Eng agar menjelaskan hubungannya dengan KLIDC dan mengisytiharkan semua dokumen penjualan tanah Taman Manggis kepada orang ramai.
Ini kerana pihaknya bimbang wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa kerajaan DAP negeri dalam penjualan tapak tanah berkenaan.
"Lebih baik Guan Eng tampil dan memberikan penjelasan kerana beliau masih enggan menjawab soalan kami sejak Jun lalu.
"Sekiranya beliau enggan memberikan penjelasan, kami akan terus mendedahkan kebenaran berkaitan skandal penjualan tapak tanah Taman Manggis ini," katanya.-Utusan
Baca sini tuhan DAP di anugerah gelaran Doktor Falsafah:Klik sini
Pisau kata " kaum cina dah mula nampak sikap utrakiasu chauvanis DAP... "
Kemana perginya Suaram? Suara anak haram belaan haprak pakatan baru baru ini begitu rancak membuat fitnah kononnya ada perbicaraan membabitkan syarikat DCNS. Paling busuk fitnah mereka kononnya kerajaan Perancis telah mengeluarkan perintah mahkamah agar Perdana Menteri Najib Razak dan juga Menter Pertahanan Zahid Hamidi bakal dibicarakan.
Setelah didedahkan tidak wujud perbicaraan,tidak wujud perintah mahkamah,tidak wujud dakwaan kononnya bukti pembabitan Najib.Anak haram paria pakatan kesemuanya mendiamkan diri..
Mana perginya haprak pakatan dengan cerita bombastik mereka? Apa sudah lupa fitnah mereka kepada Najib?
Kita semua jangan lupa,haprak pakatan yang dibiayai oleh yahudi dan juga kuasa asing begitu konsisten dengan media propaganda berbohong berulang ulang kali kepada rakyat agar pembohongan itu dipercayai.
Apakah kesemua fitnah ini dihalalkan oleh Nik Aziz,Hadi dan juga kesemua paria pakatan? Seperti yang semua orang sedia maklum,apa saja yang keluar dari mulut haprak pakatan kesemuanya tidak boleh dipercayai..bohong dan fitnah sudah menjadi zikir harian mereka.
Terlalu banyak pembohongan dan juga fitnah ,apabila mereka ditangkap berbohong mereka akan mengalihkan kepada isu yang lain pula.Mulakan skrip yang sama kemudian menyerang dengan pelbagai dakwaan dan juga fitnah.
Selepas kejayaan memporak perandakan ibu kota,merosakkan harta benda,mencederakan anggota polis dan juga orang ramai. Beruk Bersih akan turun ke Kuala Lumpur sekali lagi.
Sambutan hari merdeka yang ke 55 kali ini pasti akan lebih menarik. Selain daripada perbarisan rakyat bakal menyaksikan perarakan beruk beruk Bersih . Rakyat pasti berpeluang menyaksikan siapakah penjahat,pengganas dan beruk pakatan yang pernah merosakkan ibu kota.
Menurut sumber,kali ini mereka merancang untuk menceroboh perarakan hari kemerdekaan kerana berpendapat inilah peluang agar seluruh negara menyaksikan sekali lagi bantahan dan negara menjadi tumpuan media seluruh dunia.
Adakah rakyat Malaysia akan membiarkan hari kemerdekaan dicemari dengan kebobrokan penjahat dan pengganas pakatan?
Pisau kata " puak ni dah rancang nak provokasi pihak keselamatan"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1) Nik Aziz perintah Kelantan 22 tahun digelar sebagai Tok Guru. Terbinanya beberapa tokong yang terbesar di Asia. Ada yang duduk, tidur dan berdiri.
2) Pulau Pinang memang sudah terkenal sekian lama dengan Tokong Ular.
3) Menariknya, DAP yang baru memerintah selama sepenggal sudah mengeluarkan satu lagi produk baru di Penang. Akan mengalahkan produk yang ada di Tokong Ular.
4) Apa yang pasti, bila seorang Ketua Menteri chauvinis digelar sebagai tokong, itu tandanya sikap ekstrems dan taksub yang sudah keterlaluan.
5) Buat masyarakat Islam, berfikirlah dengan rasional. Usah terpedaya lagi dengan DAP dalam PRU13.
LAHORE - Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.
Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.
Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali.
Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.
Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore.
Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu.
Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer.
Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza.
Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka.
Sehebat mana pun ciri-ciri kepada seseorang untuk menjadi pemimpin, selagimana dia tidak mampu menghormati, mengasihi dan menyayangi ibunya, maka individu berkenaan tidak layak langsung diangkat sebagai pemimpin, apatah lagi sebagai wali......
Malah mendekati jawatan pemimpin pun tidak dibolehkan kerana kerosakan yang akan dilakukannya jauh lebih besar daripada seorang pembunuh kejam.
Namun bagi orang PAS, ciri-ciri berkenaan tidak pernah mereka tahu. Bagi mereka, seorang pemimpin yang wajib ditaati adalah isterinya bertudung labuh, boleh berceramah agama, kelihatan seperti pak alim walaupun sebenarnya jahil murakkab atau sekurang-kurangnya boleh membaca doa dan membaca beberapa surah dan menghafal doa selepas solat.
Kalau diberitahu bahawa orang yang mereka angkat itu sebagai pemimpin itu menderhakai ibunya, maka mereka akan pekakkan telinga dan beranggapan itu adalah masalah peribadi.
Masalah peribadi pemimpin sebenarnya adalah masalah umat. Dek kerana itulah, Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, membenarkan umpatan dibuat terhadap pemimpin dengan enam perkara khusus.
Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali adalah merupakan salah satu daripada enam perkara berkenaan iaitu mengingatkan umat Islam dan menakutkan mereka tentang suatu kejahatan dan bidaah.
Menderhakai ibu adalah perkara yang amat jahat. Kalau Nabi s.a.w sendiri telah memberikan tiga keutamaan kepada ibu berbanding satu kepada bapa, siapa Azmin Ali yang perlu diangkat sebagai pemimpin sedangkan ibunya sendiri pun dia tidak mampu kasihi.
Sekali lagi luahan hati seorang ibu tua bernama Che Tom Yahaya meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mempunyai hati dan perasaan.....
Sesiapa sahaja yang menonton dan membaca luahan hatinya, pastinya akan mengetahui bahawa Azmin Ali bukanlah seseorang yang boleh diharapkan menjadi pemimpin.
Soal ideologinya yang berbeza dengan ibunya, itu bukanlah perkara pokok. Soal dia berbeza pendapat dan prinsip dengan adik beradiknya yang lain, juga bukan perkara besar. Isu terbesar ialah, dia tidak menghormati ibunya yang masih ada.
Barangkali Azmin sekarang lebih senang kalau-kalau ibunya meninggal dunia. Apabila ibunya meninggal dunia, maka mudahlah untuk dia bercerita bohong, sepertimana penjelasan yang diberikannya dalam satu sidang media tempoh hari sebagai reaksi kepada luahan hati ibunya.....
Dengan kata lain, dia cuba menyanggah pendapat ibunya dan cuba menggambarkan kepada masyarakat bahawa ibunya itu sudah nyanyuk, diperdayakan oleh orang lain dan tidak mempunyai perasaan sebagai seorang ibu.
Anak jenis apakah Azmin Ali ini yang diangkat oleh para penyokongnya yang sudah pasti sebahagian besar daripada mereka beragama Islam sebagai wakil rakyat dan Timbalan Presiden PKR.
Kalau ibunya sendiri dia tidak mampu jenguk, kasihi, berikan perhatian dan curahkan kasih sayang, bagaimana dia boleh bertanggungjawab kepada rakyat yang mengharapkan pembelaan daripadanya?
Mungkin alasan paling mudah yang boleh diberikan oleh para penyokongnya, ibu tua bernama Che Tom Yahaya itu telah didorong oleh UMNO-BN untuk memburuk-burukkan Azmin Ali.
Lebih daripada itu, ada yang berterus-terang menghina Che Tom Yahaya sebagai seorang ibu yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan tidak pandai menjaga aib anak kandungnya sendiri kerana membuat rayuan ke seluruh negara menerusi media massa dan elektronik.
Jawapan bagi manusia-manusia yang berpandangan begitu ialah, hati mereka sudah hitam.....!!
Pandangan dan kepercayaan politik telah mematikan seluruh jiwa dan perasaan mereka. Mereka tidak lagi mengenal hak, bahkan mereka sudah jauh daripada ajaran agama Islam yang sangat menekankan sikap baik kepada ibu bapa walaupun ibu bapa itu seorang yang kafir dan menentang Allah Taala serta Rasul-Nya.
Justeru, tidak selayaknya Azmin Ali untuk diangkat sebagai pemimpin kerana perkara sebegitu asas pun, dia tidak mampu mengatasinya....!
Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada UMNO dan Barisan Nasional.
Pelbagai isu menghantui Menteri Besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).
Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.
Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.
Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.
Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.
Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.
Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.
Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.
Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.
Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.
Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.
Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.
Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.
Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.
Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati Menteri Besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.
Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.
Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.
Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.
Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.
Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.
Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.
Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.
Seperti pepatah habis madu sepah dibuang....! Begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
1. Kita semua baru selesai merayakan Hari Raya, tidak lama lagi akan datang pula hari Pilihan Raya.
2. Sempena menyambut Hari Raya kita bermaaf-maafan sesama kita, ini membuangkan yang keruh dan mengambil yang jernih. Salah dan silap serta dosa setahun ingin kita bersihkan, diri ingin kita sucikan.
3. Dalam menghadapi Pilihanraya 13 yang akan datang calon-calonnya haruslah membersihkan diri masing-masing kerana rakyat zaman ini sudah cerdik dan pintar untuk memilih mana yang benar dan mana yang salah. Mana yang hanya pandai berjanji dan mana yang janjinya ditepati. Mana yang sebenarnya perjuangkan agama dan mana yang menjadikan agama sebagai alat perjuangan. Rakyat memerhati tetapi masih berdiam diri.
4. Pemilihan kali ini bukan semata-mata antara BN dengan Pakatan Pembangkang, malah melebihi dari segalanya. Pemilihan kali ini sebenarnya adalah diantara Najib dan Anu arr. Parti dan para pemimpin dalam barisan adalah alat dan jenteranya sahaja kerana parti mana yang menang nanti pemimpin utama merekalah yang akan memimpin dan menentukan halatuju negara.
5. Pemilihan kali ini ada pihak memandangnya sebagai sengit namun saya berpendapat BN tetap menang cuma untuk menambahkan kemenangannya dan menjadikan satu kemenangan bergaya. Pemilih harus mengubah sikap mereka dalam memilih. Jangan ada yang menganggap bahawa biar BN menang sedikit supaya akan ada keseimbangan kerana kita bimbang keadaan akan jadi sebaliknya jika salah percaturan.
6. Pemimpin yang hendak kita pilih mestilah bersih dari segalanya. Yang pasti bahawa bukanlah Anu arr yang akan kita pilih nanti kerana Anu arr bukanlah pemimpin yang bersih. Untuk bersihkan dirinya Anu arr mesti bertaubat. Karpal Singh pun sudah menggesa Anu arr bertaubat dulu lagi kerana Karpal sedar bahawa Anu arr bukannya bersih.
7. Umum sudah tahu bahawa Anu arr terlibat dengan kes liwat dan melanggan Pelacur China. Setakat menafikan dan menuduh itu adalah satu konspirasi tidak memadai. Anu arr mesti bersumpah. Anu arr mesti juga bertaubat. Terlalu banyak skandal tentang Anu arr yang dibuka, bukan oleh penyokong UMNO semata-mata bahkan mereka yang pernah mengikuti Anu arr dan berpaling tadah kerana sedar bahawa menyokong Anu arr adalah menyokong kemungkaran dan pembohongan.
8. Anu arr mesti bertaubat! Anu arr mesti bertaubat! Anu arr mesti bertaubat! Jika Anu arr bukannya seorang pengecut, Anu arr mesti bersumpah bahawa dia tidak melakukan segalanya itu.
9. Benar, ramai yang kononnya keluar UMNO/BN menyertai pembangkang,namun niatnya hanya inginkan sesuatu dan ramai juga dari pembangkang yang meningalkan pakatan. Lihatlah siapa dan berapa? Selidikilah kerana apa? Berapa orang lagi pangasas PKR yang masih bersama Anu arr sehingga kini?
10. Hanya mereka yang dibayar sahaja yang masih setia menyokong Anu arr dan meriuhkan media sosial di blog, facebook dan twitter. Mereka itu hanyalah pencacai pencari makan sebagai sibertropper pakatan haram, yang rela merosakan bangsa dan negara.
Satu jam bercinta pun sudah lama dirasakan, tetapi ianya tidak memberi makna kepada Melinda. Penyanyi jelita ini mengaku pernah melakukan hubungan seks selama dua jam tanpa henti!
Melinda juga mendakwa beliau amat agresif ketika di ranjang. Tidak hairanlah pasangan yang mencari kepuasan seks mencuba pelbagai teknik dan apabila bertemu dengan lelaki idamannya, penyanyi "Cinta Satu Malam" ini amat gembira sekali.
"Lelaki itu adalah inspirasi untuk lagu saya, "Cinta Satu Malam". Lelaki berkenaan adalah lelaki sebelum saya bertemu dengan suami saya sekarang. Dia memang hebat diranjang!" kata Melinda kepada sidang editorial Okezone do Jalan Kebun Sirih, Jakarta.
Dek kerana terlalu ghairah dan seronok dengan pasangan seksnya itu, Melinda menunjukkan tanda bagus kedua-dua belah ibu jari tangannya sebagai tanda penghargaan.
"Oleh kerana kehebatannya, kami berselingkuh selama dua jam tanpa henti. Percayakah anda dia menangis selepas itu?" katanya sambil berseloroh ketika mengakhiri perbualannya.
BERIKUT adalah keputusan enam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi. Pertemuan Sunderland dan Reading terpaksa ditangguhkan ekoran masalah air bertakung di padang.
SERDANG: Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi.
Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught.
Menurut sumbet, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin.
"Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu.
"Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya.
Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.
KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan sekarang.
Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.
"Kita memutuskan untuk memberi usul ini kepada PR semasa mesyuarat Biro Politik, hari ini.
"Jadi, apabila caj ini dimansuhkan, peminjam (kakitangan awam) tidak akan terbeban dengan caj sebanyak empat peratus yang dikenakan sebelum ini (sekarang)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.
PR, yang dianggotai Pas, PKR dan DAP akan menggunakan manifesto tunggal buat kali pertama.
Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.
Sebelum PKR berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.
Baru-baru ini ia juga menawarkan untuk menurunkan harga kereta.
P/s: Pas punya idea semua jenis lapuk dan tak berkualiti. Idea sumbangan Pas kebanyakannya jenis pendek akal dan jarang memikirkan kesan jangka panjang. Berat sebelah serta berkroni macam Umno yang dulu pun dah nampak jelas sekarang...
Idea nak hapuskan kenapa hanya pada pegawai kerajaan? Bagaimana pula golongan swasta?
PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu sebuah laman sosial facebook didakwa milik pergerakan itu.
Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbaru hasutan: Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan siasatan dan maklumat yang dikumpul beliau dan rakan-rakannya, 'satu atau dua nama' disyaki mengendali laman facebook palsu itu.
"Satu laporan polis telah dibuat pada Isnin lepas. Kami masih menunggu untuk dipanggil polis untuk memberi keterangan.
"Saya akan menyerahkan maklumat mengenai individu itu...untuk siasatan lanjut apabila dipanggil polis untuk memberi keterangan nanti," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Presint 10 di sini hari ini.
Khairy berkata poster berbaur hasutan dalam facebook itu tidak mencerminkan pendirian Pemuda Umno dan motif pengendali poster tersebut berpendirian extremis, bodoh atau sabotaj.
Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman facebook itu.
Agak menarik apabila Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman, kelam-kabut apabila minit mesyuarat tidak rasmi PKR negeri itu yang dibocorkan di media internet sehingga dia terpaksa memberi penjelasan mengenainya.
Minit mesyuarat yang dikatakan hanyalah lebih menjurus kepada perbincangan tidak berekod itu mendedahkan bagaimana Mansor menggelar Guan Eng sebagai "tokong" yang membayangkan pengaruh Ketua Menterinya itu yang dilayan seolah-olah "Tuhan" di Pulau Pinang.
Dan kerana itulah juga menurut Mansor, Guan Eng dan DAP di negeri dikatakan bersifat angkuh serta sombong terhadap PKR serta parti chauvinis ultra kiasu itu dijangka bakal menuntut lebih banyak kuota kerusi DUN di negeri itu pada PRU kali ini.
Justeru itulah maka Mansor dikatakan "geram" dan berjanji pada orang-orang bawahannya bahawa PKR akan memastikan kuota mereka tidak "dirampas" oleh DAP pada PRU ke-12 ini serta bersedia untuk bertanding tiga penjuru sekiranya DAP tetap berdegil mahukan kerusi mereka.
Kerana "kantoi" dan terdedahnya minit mesyuarat tersebut, maka mengamuklah DAP Pulau Pinang di mana Pengerusinya, Chow Kon Yeow, mendesak Timbalan Ketua Menteri I itu memberikan penjelasan segera mengenainya.
Maklumlah, Mansor kutuk Guan Eng macam-macam dan sudah tentu puak-puak DAP tidak beri muka terhadap "keldai" yang selama ini berada di bawah tapak kaki mereka.
Mungkin kerana itulah maka Mansor semalam terpaksa memberi penjelasan palsu mengikut skrip yang dipercaya telah disediakan Guan Eng untuknya mengenai apa yang berlaku meskipun tanpa rela dan berbohong kepada media.
Semua orang tahu bahawa kenyataan media Mansor tiba-tiba terganggu dan terpaksa dihentikan apabila Guan Eng hadir di majlis itu dan mahu bertemu dengan Timbalannya itu. Kenyataan media Mansor dilaporkan terhenti selama 15 minit!
Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba Guan Eng "menyerbu" sidang media Mansor dan mengganggu sidang tersebut selama 15 minit?
Apakah Guan Eng tidak percaya dan tidak yakin dengan kreadibiliti Mansor sebagai Timbalannya untuk menjelaskan isu tersebut sehingga terpaksa bergegas ke sidang media itu dan berpakat untuk menggunakan satu skrip yang sama untuk isu tersebut?
Apakah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng tidak punya kerja lain yang lebih penting untuk dibuat berbanding hadir di sidang media itu untuk "membetulkan" kenyataan Mansor supaya selari dengan kenyataannya nanti?
Bukan itu saja, malah media juga melaporkan bahawa Guan Eng sendiri menulis nota di atas sekeping kertas dan diberikan kepada Mansor di sidang media tersebut. Apakah kandungan nota tersebut?
"Skrip" yang diberikan Guan Eng itulah yang dikatakan menjadi panduan kepada Mansor di dalam sidang medianya semalam dan pada saya ia adalah satu penghinaan yang jelas kepada PKR.
Nampaknya, Guan Eng pandai bermain politik. Nampaknya, dia seolah-olah mahu Mansor tertekan dan menjawab mengikut acuan apa yang dikatakannya di dalam nota tersebut. Ini akan menghilangkan kreadibiliti Mansor.
Mungkin juga Guan Eng mahu seluruh rakyat Malaysia tahu dan lihat sendiri bagaimana Mansor yang kononnya "orang kanan" Anwar begitu mudah diarah mengikut kemahuannya dan membuktikan bahawa PKR terletak di bawah kakinya sahaja…
Saya tertanya-tanya, apakah PKR tidak malu bila dipermaikan oleh anak lelaki Kit Siang ini sebegitu hina sekali? Mungkin PKR tak kisah "dikeldaikan" begitu asalkan mereka mendapat kuasa, mungkin…
Dan sekiranya PKR pun dilayan begitu hina sekali, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS di negeri itu. Saya berpendapat bahawa kedudukan PAS mungkin jauh lebih rendah "kasta"nya di mata DAP.
Kalau PKR disifatkan DAP sebagai "kuli batak yang terletak dibawah kaki", cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS yang mungkin hanya "dibakul sampahkan" saja oleh parti kesayangan Nik Aziz itu. Kalau PKR tak malu, PAS lagilah tak malu…kan?
Memang memalukan Melayu Muslim saja PKR dan PAS. Entah bilalah mereka akan sedar tentang kejahilan dan kebodohan mereka yang "dilembukan" DAP.
SEBETULNYA maklumat ini bukan baru kepada penulis, ia muncul kembali selepas terdedah minit mesyuarat PKR yang menyaksikan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman mengkritik corak pentadbiran Lim Guan Eng yang disifatkannya sebagai angkuh dan sombong.
Pada awal Mei lepas penulis telah memberikan bayangan maklumat itu disini dan meminta Mansor segera meletakkan jawatan sebelum ianya tersebar dan memburukkan imej Pakatan Rakyat dan PKR sendiri.
Ketika itu penulis tidak mendedahkan jenis maklumat yang macam mana, tapi memandangkan ia mungkin disebarkan pada bila-bila masa dari sekarang, selepas insiden pembocoran minit mesyuarat PKR ini, maka penulis ingin menyatakan bahawa ia adalah berkenaan video skandal seks antara Mansor dan seorang perempuan cina yang layak digelar Ah Soh (makcik).
Kalau itu berlaku sekalipun, Mansor perlu menyalahkan dirinya sendiri. Siapa suruh dia mengaku tentang kewujudan minit mesyuarat tersebut dan isi kandungannya sekali?
KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cedera dalam kemalangan selepas kereta dipandunya terbabas di Kampung Badak, Bachok dekat sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Khairul Fahmi atau Apex cedera ringan di tangan kanan.
Sehubungan itu, dia bakal terlepas peluang membantu Kelantan yang akan berdepan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia malam ini.
Malang sekali untuk Apex. Anda tidak perlu jadi begini jika anda klik SINI. Anda tidak perlu memandu untuk membayar bil, hanya dengan #AstroEBilling
Register yourself for the #AstroEBilling system and you might win yourself an iPad!
TAMPIN – Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini ponteng sekolah.
Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika umat Islam lain berpuasa.
Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.
"Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.
"Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan ibu mangsa membuat laporan polis pagi 23 Ogos lalu.
Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Ogos lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.
"Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
"Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan," katanya.
Setakat isu ini berlegar-legar, Umno masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hudud, kecuali suara2 kecil dari akar umbi yang cuba, menyatakan sesuatu.
Yang hebat bertelagah sekarang adalah antara Pas dan DAP, tapi macam biasa, bila sentimen agama dimainkan, Pas pasti akan menuding jari kepada Umno walaupun tidak menyatakan apa2 pernyataan.
Yang menegur ketidaksempurnaan mereka juga bukanlah Umno, tapi ulama Dr. Asri yang tidak berpaksikan pada mana2 pegangan politik
Pas dah anggap diri mereka terlalu sempurna, lagaknya seperti malaikat yang sudah dijanjikan syurga kerana beranggapan mereka tidak layak untuk membuat dosa kepada Allah s.w.t.
Bagi mereka, setiap perbuatan itu dijanjikan syurga, dan dosa hanyalah pada Umno.
Bacalah laporan golongan taksub di bawah ini...
SHAH ALAM – Pas tidak memberi gambaran salah mengenai hukum hudud, sebaliknya Umno yang lama berbuat demikian, tegas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Menurutnya, tindakan Umno melalui surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Kerajaan Kelantan menimbulkan kekeliruan dan impaknya salah faham dalam kalangan orang bukan Islam.
Katanya, tafsiran yang salah mengenai hudud juga timbul daripada kalangan pemimpin Umno yang menolak hukum Islam tersebut dilaksanakan dengan membayangkan pelbagai perkara tidak masuk akal.
"Pihak yang menimbulkan kekeliruan mengenai hudud bukannya Pas, tetapi pemimpin Umno. Mereka memainkan sentimen hukuman potong tangan sekiranya hudud dilaksanakan, sedangkan banyak pertimbangan yang perlu diambil kira.
"Ia akhirnya membawa kepada pandangan dan komen negatif rakyat bahawa hudud yang ingin Pas laksanakan itu hanyalah potong tangan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, Pas sentiasa memberikan penjelasan mengenai hudud dalam ceramah dan forum sebagai usaha memberi pendidikan dan penjelasan khususnya kepada bukan Islam.
"Saya sendiri pernah mengeluarkan buku mengenai hudud, iaitu Hudud dan Perundangan Islam. Dalam kalangan pemimpin Pas juga ramai yang berbuat demikian.
"Ini adalah antara usaha kami menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hudud," katanya.
Jelasnya, yang menjadi persoalan bukanlah orang bukan Islam yang menolak hudud, sebaliknya orang Islam sendiri menentang hudud, yang seharusnya mempertahankan hudud.
Peranan Pas dalam memperjelaskan hudud menerima kritikan pelbagai pihak termasuk bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat tentangan kuat daripada DAP ke atas hudud berpunca daripada gambaran salah yang diberikan Pas
Dr Mohd Asri seperti dilaporkan Sinar Harian, kelmarin, berkata, Pas sendiri gagal menjelaskan mengenai peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan di Kelantan sehingga mengelirukan dalam kalangan orang bukan Islam.
MEMANG menggelikan hati melihat 'damage control' yang dilakukan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman yang 'terkantoi' mengutuk Guan Eng dalam satu mesyuarat PKR.
Mansor ingat kita ni bodoh sangat agaknya bila dia mengatakan Guan Eng macam tokong di Pulau Pinang, itu bermaksud dia memuji cina Melaka tersebut?
Penulis minat nak tanyalah, kalau tokong tu maksudnya memuji, yang 'arrogance' (sombong) dan 'corky' (berlagak) tu masuk kategori mana pulak? Memuji jugak ke atau ada kategori lain? Contohnya, memuja?
Betullah Mansor ada menafikan menyebut perkataan-perkataan tersebut, tapi perlu diingatkan bahawa dalam kenyataan sama yang disiarkan semalam, Mansor mengatakan "beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali".
Dah kata 'bulat-bulat' semalam, hari ini kata tak sebut pulak, nampak sangat temberangnya, ye tak?
Maka, penafian hari ini adalah sesuatu yang 'plastik' saja kaedahnya sebab kita yakin sehari suntuk semalam Mansor ditarbiahkan akan cara menjawab dengan betul dalam sidang media hari ini oleh para pembelit undang-undang yang banyak bersarang dalam DAP nun.
Satu lagi, takkan Mansor ingat blog yang mendedahkan perkara tersebut (gelagatanwar.wordpress.com) pandai-pandai reka perbualan tersebut dan siarkan? Mestilah ada sumber sahih atau rakaman yang mengesahkan perkara tersebut, kalau tak macam mana pulak ada perkataan tertentu diakui Mansor sendiri memang ada disebut!!!
Tolonglah Mansor, cukup sajalah diri sendiri bodoh, janganlah membodohkan orang lain pulak. Kita tahulah semua yang berlaku pun, hang pusing tang mana pun kita taulah apa sebenarnya dan sebetulnya yang berlaku.
Kutuk mengutuk sesama sendiri di belakang ni bukanlah kami penyokong UMNO hairan sangat, maklum, berpakat pun tak rasmi, setakat nak menubuhkan kerajaan dan nampak bersatu padu sahaja. Ini propa sajalah, hakikatnya semua orang 'kiblat' lain-lain.
Kesimpulan penulis ini bukan berdasarkan apa yang berlaku dalam kes Mansor ini saja, malah memetik kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS, merangkap anak Nik Aziz kelmarin yang mengesahkan pakatan haram ini hanya 'nak kelihatan' bekerjasama, tapi banyak perkara tidak bersetuju dan terpaksa 'didiamkan' kononnya untuk tumbangkan kezaliman.
Sekali pandang pun dah tau ayat pembelit.
Tapi inilah kaedah yang digemari Pakatan haram. Bila kantoi, buat kenyataan media (disediakan awal-awal), ambil gambar berpeluk, konon-kononnya bersatu padu. Tunggulah beberapa bulan lagi sebelum isu ini meletup semula, lebih lagi kalau ada pengumuman pembubaran parlimen dalam jangka masa terdekat.
Kita dah lihat ini berlaku dalam isu hudud, pergaduhan antara Ramasamy dan Karpal Singh, serta beberapa kes yang hampir serupa. Semuanya pun pada asalnya dikhabarkan 'selesai', lepas tu kecoh jugak.
Tak tahulah Mansor duduk di alam mana, sama atau berbeza. Tapi penulis nak jelaskan disini, tolonglah cari kaedah lain untuk menipu rakyat. Kami dah tau semua tentang percanggahan dan pembohongan 'Pakatan Rakyat' ini. Takde perpaduan pun, gebang saja lebih. Dan buktinya adalah seperti yang terdedah dalam kes Mansor inilah.
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Gelombang penolakan ahli terhadap DAP semakin ketara apabila bekas-bekas pemimpin akar umbi yang dipecat hanya kerana bersuara menentang penyelewengan tampil mengecam corak kepimpinan parti tersebut.
Rata-rata pemimpin akar umbi menyifatkan DAP kini diterajui golongan yang sombong setelah diberi kuasa untuk memerintah beberapa negeri apabila sanggup bertindak ala kuku besi ke atas ahli yang mendedahkan penyelewengan dalam parti.
Terbaru bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min mendedahkan bagaimana beliau dipecat hanya kerana mempersoal bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti.
Jodie Marsh, wanita ini semakin polular dengan susuk tubuhnya yang bagai dipam-pam menjadi seorang ahli bina badan.
Dalam sesi fotografi terbarunya, beliau telah disolek menjadi salah satu watak popular komik Marvel, Incredible Hulk tetapi versi lebih feminin kerana 'dada' Incredible Hulk jantan tidaklah sebesar itu!
Menurut Jodie, semenjak beliau menjadi ahli bina badan, sudah bertahun beliau tidak melakukan hubungan seks.
Beliau turut kecewa dengan bekas kekasihnya dahulu, Kirk Norcross yang menjual kisah peribadinya kepada media.
Hmmm..kalau Kirk melihatkan gaya Jodie sekarang, mungkin beliau akan berfikir dua kali untuk malukan beliau!
Anda juga boleh jadi Incredible Hulk dengan klik SINI. Bukan untuk menghijaukan badan anda, tetapi untuk menghijaukan lagi hutan di Malaysia ini dengan mengelakkan pokok-pokok ditebang untuk dibuat kertas!
Kim Kardashian dilaporkan telah membelanjakan £63,000 (RM309,194) untuk tandas automatik di kediamannya.
Bintang realiti tv itu dikatakan amat risau dengan tetamu yang hadir ke rumahnya yang menggunakan bilik air tetapi tidak mengepam selepas menggunakannya.
Oleh yang demikian, beliau dikatakan sanggup menghabiskan sejumlah wang bagi memasang aplikasi mengepam automatik untuk tandasnya.
Sumber memberitahu US Magazine: "Kim sangat jijik jika ada orang yang menggunakan mengkuk tandasnya tetapi tidak mengepam 'barang' mereka dan beliau telah menjadi wanita pertama yang mempunyai tandas paling mahal dalam kediaman yang ada di situ!"
Celebriti jelita itu dilihat menghabiskan masa dengan teman barunya, Kenya West dan beberapa lagi orang ahli keluarganya termasuklah bapa tirinya Bruce Jenner.
The Sun
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bagi penduduk Pulau Pinang yang hadapkan wang RM100 daripada Kerajaan DAP, pastikan anda seorang pengundi berdaftar dan pastikan anda mengaktifkan keahlian dalam pertubuhan tidak berdaftar, Pakatan Haram. Inilah bentuk rasuah dan penyelewengan cara baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mereka memerintah. Dengan menggunakan duit pembayar cukai, Mr Tokong menyeleweng dana berkenaan untuk tujuan rasuah dan membeli undi. Inilah konsep CAT terkeji yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Lihat lampiran borang di atas. Hendak mendapatkan bantuan kewangan RM100 pun dimestikan menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang yang tidak mendaftar dan bukan mendaftar di Pulau Pinang tidak layak, walaupun beliau dilahirkan, dibesarkan dan seluruh keturunannya berasal dari situ. Kenapa borang bantuan kewangan berkenaan wajib dipulangkan kepada Pejabat ADUN PR? Untuk pengundi PR sajakah? Kalau ianya pun tidak mahu memberikan kepadapengundi BN, bagaimana dengan pengundi atas pagar? Mereka tidak pentingkah kepada Pakatan Haram?
Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memberikan RM500 kepada Rakyat Malaysia sebelum ini dikritik hebat oleh juak-juak Pakatan Haram. Setidak-tidaknya bantuan berkenaan diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, taraf mengundi, ideologi parti dan sebagainya. Diharap Rakyat Pulau Pinang tidak lagi buta hati dalam melihat siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan hak Rakyat.
Anwar Ibrahim Club (AIC) semalam telah mempertikaikan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan Anwar Ibrahim kini di dalam keadaan tertekan ekoran gagal menunaikan janji-janjinya kepada rakyat di negara ini.
AIC yang merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk membodek "pemimpin anugerah Tuhan" itu berkata, Anwar tidak wajar disamakan dengan Obama yang kini dikatakan menerima tekanan politik domestik disebabkan isu yang sama – janji tidak ditepati.
AIC mempersoalkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu yang membidas Anwar secara "direct" yang dipetik oleh sebuah portal. Pertubuhan itu juga mendakwa Tun Dr. Mahathir mempunyai "dendam yang amat mendalam" terhadap Anwar selama ini…
Mungkin justeru kerana dendam itulah maka kononnya Tun Dr. Mahathir menyerang Anwar begitu, ulas AIC mengenai negarawan ulung yang banyak berjasa itu.
Saya tertanya-tanya, siapakah Presiden AIC yang bernama Saifuddin Shafi Muhammad ini dan apakah latar belakangnya?
Begitu teruk sekali ketaksubannya terhadap Anwar sehingga membuatkan dia "buta", "tuli" dan seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras lagi untuk menilai tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sama ada benar atau tidak.
Bukanlah saya mahu menyebelahi Tun M, namun di atas nama berkata benar tentang sesuatu kebenaran, saya berpendapat bahawa kenyataan mantan Perdana Menteri itu sangat tepat mengenai sifat Anwar.
Siapa tidak kenal Anwar dengan janji-janji bohongnya? Kalau sehari tidak berbohong, mungkin Anwar tidak mampu bergerak. Bohong mungkin adalah candu terbaik untuk Anwar berpolitik di zaman millenium ini…
AIC ingat tentang janji "16 September 2008" dulu? Kini kita sudah di tahun 2012, empat tahun selepas janji Anwar itu dilafazkan. Kenapa AIC tidak pertikai tentang janji itu dan melabelkan Anwar memiliki ciri-ciri seorang munafik? Adilkah AIC dalam sokongannya?
AIC masih ingat lagi cerita kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Sebagaimana maklum, Anwar juga dari Pulau Pinang dan pada PRU ke-12 yang lalu dia telah bersumpah kepada penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan geran tanah untuk mereka.
Itu sumpah dan bukan lagi janji. Malah lebih buruk lagi, sumpah tersebut Anwar lafazkan di atas kepala salah seorang penduduk beragama Hindu di kampung itu untuk menyelesaikan masalah mereka sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Pulau Pinang.
Malangnya, selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri, bukan saja tanah kampung tradisi masyarakat India itu dijual kepada pemaju perumahan, malah mereka dihalau secara tidak wajar oleh Guan Eng melalui pemaju tersebut.
Itu baru satu kes dan belum lagi diceritakan bagaimana Anwar berjanji mahu menghapuskan DEB dan meramaikan JUSA dari kalangan bukan Melayu di PRK Bukit Selambau kemudiaannya.
Paling menarik, sekiranya diselak sehelai demi sehelai kitab suci pegangan Anwar, Buku Jingga, beratus-ratus janji "bulan dan bintang" yang dijanjikan Anwar sedangkan dia sedikit pun tidak mengemukakan formula yang realistik dan praktikal untuk melaksanakan janji-janji itu.
Mungkin kerana itulah Anwar rasa sangat tersinggung dengan tema Hari Kemerdekaan, Janji Ditepati, memandangkan dia sememangnya tidak menepati janji-janji yang ditaburkankepada rakyat sebelum ini.
Anwar mahu turunkan harga minyak ke paras paling rendah. Namun dia tidak beri formula terperinci untuk berbuat demikian melainkan mahu menggunakan wang petronas sebagai subsidi kepada rakyat.
Mana kerajaan nak cari duit untuk tanggung kos yang selama ini dibiaya melalui GLC terkaya itu?
Begitu juga baru-baru ini Anwar kecoh mahu menurunkan harga kereta di negara ini. Tapi apakah mereka berfikir secara waras tentang apa yang akan berlaku kepada peniaga kereta terpakai, pengimport kenderaan, Proton, Perodua dan lain-lain pengeluar kenderaan tempatan.
Memang sedap dengar janji Anwar mahu turunkan harga kenderaan. Benda murah, siapa yang tak suka? Tapi rasanya rakyat lebih suka kalau kereta-kereta itu diberi secara percuma kepada mereka. Kenapa Anwar tidak beri kereta percuma saja pada setiap rakyat Malaysia? "Gerenti" menang!
Rasanya AIC perlu berpijak di bumi yang nyata. Saifuddin Safie patutnya bubarkan saja AIC dari terus "hidup segan mati tak mahu". Atau lebih baik kelab tersebut tubuhkan kelab baru "Anti Anwar Ibrahim Club", tentu lebih ramai yang akan sertai..kan?
Agak menarik apabila Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman, kelam-kabut apabila minit mesyuarat tidak rasmi PKR negeri itu yang dibocorkan di media internet sehingga dia terpaksa memberi penjelasan mengenainya.
Minit mesyuarat yang dikatakan hanyalah lebih menjurus kepada perbincangan tidak berekod itu mendedahkan bagaimana Mansor menggelar Guan Eng sebagai "tokong" yang membayangkan pengaruh Ketua Menterinya itu yang dilayan seolah-olah "Tuhan" di Pulau Pinang.
Dan kerana itulah juga menurut Mansor, Guan Eng dan DAP di negeri dikatakan bersifat angkuh serta sombong terhadap PKR serta parti chauvinis ultra kiasu itu dijangka bakal menuntut lebih banyak kuota kerusi DUN di negeri itu pada PRU kali ini.
Justeru itulah maka Mansor dikatakan "geram" dan berjanji pada orang-orang bawahannya bahawa PKR akan memastikan kuota mereka tidak "dirampas" oleh DAP pada PRU ke-12 ini serta bersedia untuk bertanding tiga penjuru sekiranya DAP tetap berdegil mahukan kerusi mereka.
Kerana "kantoi" dan terdedahnya minit mesyuarat tersebut, maka mengamuklah DAP Pulau Pinang di mana Pengerusinya, Chow Kon Yeow, mendesak Timbalan Ketua Menteri I itu memberikan penjelasan segera mengenainya.
Maklumlah, Mansor kutuk Guan Eng macam-macam dan sudah tentu puak-puak DAP tidak beri muka terhadap "keldai" yang selama ini berada di bawah tapak kaki mereka.
Mungkin kerana itulah maka Mansor semalam terpaksa memberi penjelasan palsu mengikut skrip yang dipercaya telah disediakan Guan Eng untuknya mengenai apa yang berlaku meskipun tanpa rela dan berbohong kepada media.
Semua orang tahu bahawa kenyataan media Mansor tiba-tiba terganggu dan terpaksa dihentikan apabila Guan Eng hadir di majlis itu dan mahu bertemu dengan Timbalannya itu. Kenyataan media Mansor dilaporkan terhenti selama 15 minit!
Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba Guan Eng "menyerbu" sidang media Mansor dan mengganggu sidang tersebut selama 15 minit?
Apakah Guan Eng tidak percaya dan tidak yakin dengan kreadibiliti Mansor sebagai Timbalannya untuk menjelaskan isu tersebut sehingga terpaksa bergegas ke sidang media itu dan berpakat untuk menggunakan satu skrip yang sama untuk isu tersebut?
Apakah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng tidak punya kerja lain yang lebih penting untuk dibuat berbanding hadir di sidang media itu untuk "membetulkan" kenyataan Mansor supaya selari dengan kenyataannya nanti?
Bukan itu saja, malah media juga melaporkan bahawa Guan Eng sendiri menulis nota di atas sekeping kertas dan diberikan kepada Mansor di sidang media tersebut. Apakah kandungan nota tersebut?
"Skrip" yang diberikan Guan Eng itulah yang dikatakan menjadi panduan kepada Mansor di dalam sidang medianya semalam dan pada saya ia adalah satu penghinaan yang jelas kepada PKR.
Nampaknya, Guan Eng pandai bermain politik. Nampaknya, dia seolah-olah mahu Mansor tertekan dan menjawab mengikut acuan apa yang dikatakannya di dalam nota tersebut. Ini akan menghilangkan kreadibiliti Mansor.
Mungkin juga Guan Eng mahu seluruh rakyat Malaysia tahu dan lihat sendiri bagaimana Mansor yang kononnya "orang kanan" Anwar begitu mudah diarah mengikut kemahuannya dan membuktikan bahawa PKR terletak di bawah kakinya sahaja…
Saya tertanya-tanya, apakah PKR tidak malu bila dipermaikan oleh anak lelaki Kit Siang ini sebegitu hina sekali? Mungkin PKR tak kisah "dikeldaikan" begitu asalkan mereka mendapat kuasa, mungkin…
Dan sekiranya PKR pun dilayan begitu hina sekali, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS di negeri itu. Saya berpendapat bahawa kedudukan PAS mungkin jauh lebih rendah "kasta"nya di mata DAP.
Kalau PKR disifatkan DAP sebagai "kuli batak yang terletak dibawah kaki", cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS yang mungkin hanya "dibakul sampahkan" saja oleh parti kesayangan Nik Aziz itu. Kalau PKR tak malu, PAS lagilah tak malu…kan?
Memang memalukan Melayu Muslim saja PKR dan PAS. Entah bilalah mereka akan sedar tentang kejahilan dan kebodohan mereka yang "dilembukan" DAP. Kasihan…
Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy.
Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3
Dr Mansor:Kita menang putrajaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahahaDuta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcraThousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…U think u want to retain umno guy …no way…Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…Mansor:Seats i agree…Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..
I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..
Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sbab tak go thru cabang die..And he is the s/usaha phubungan negeri
Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno…Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kitaDie punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..Tu la..jadi duta cukup la…
Now our job we kick umno...we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…- Sumber
Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy.
Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2
Question:What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?
Mansor replied " "We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi…
I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility."
"Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..
Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members Prepare some extra names….get more young people..
Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..
Question:Resistant from where?
Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..
Mansor : Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..
Mansor said : He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..
Question:What is our strategy in getting more seat from DAP in future?
Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost area lah..get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..Statement:The watihah will be issue if there is 3-corner fight..
Mansor:We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..Guan eng macam tokong u know..to the chinese…U cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertandingI have already asked Lau to identify areas for pkr to stand
Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan. - Sumber
"Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy."
Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1
PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13
ATTENDEES:-Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri And John Ooi (the operative)
POINT 1
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP's drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)
All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU)
We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate..
You orang ada opinion..i will listen
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR) We are considering hj razali to replace him there I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…
I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat Whatever pusat finalised we will support
Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?
Mansor replied : "I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)
Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo
To this Mansor replied: "Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy.
Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak.
They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR)." - Sumber
Opppsss...aku nak tanya Sanusi Setpol je...dah dapat trace ka projek-projek yang aku kata diberi pada adik beradik Ustaz Azizan tu? Heh!
Okay laaa...aku bagi clue sikit...
1. Pi check kat PMBKed...
2. Projek Kuari...
3. Projek kasi clear 200 ekar...
4. Ada kena mengena dengan adik paling last...
5. Dia bukan "tauke sebenar"..dia dok no. 2...(pakai nama dia untuk lobi projek..!) Heh!
Amacam? Dah la tu...aku bagi 5 clues... Hang pi cari la Sanusi weiii...!!! Selamatkan Ustaz Azizan dari dianiaya dan dipecahkan rahsianya oleh puak PAS sendiri yang busuk hati perutttt...heh!
Aku panjangkan sikit tempoh Sanusi cari dokumen tu sampai 28 Ogos ni...sebab lepas tu aku ada hal sikit nak kasi settle! Heh! So, harap Sanusi appreciate la dan cari dokumen tu sampai dapat. Kalau dah dapat, sila inbox aku kat FB...heh!
P/s: Sanusi...Cheque hang kat PTG tu bila nak pi ambik? Dah bertahun dah tuuuu...!!! Lemau nanti wehhhh...dengar kata berpuluh ribu la jugakkkk...heh!
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Sumber: Harian Metro
P/s: Awat la banyak kejadian pelik macam ni jadi kat Kelantan? hmm...
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut: A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag
Apakah Sasaran Tweet Merdeka?
Untuk Memecahkan Rekod Tersebut? Untuk melayakkan Tweet Merdeka, untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya: A. 10,000 pengguna Twitter B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55
Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com
Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A: 1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com 2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A) 3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies. 4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka (Seperti rajah A) 5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam. 6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.
Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.
Untuk kategori B: 1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet. 2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth: "Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak" 3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam. 4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.
Apakah Tarikan Lain Yang Ada
Semasa Program Tweet Merdeka?
1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)
Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?
Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com atau pun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.
Sumber:truthvaccine
McTheory: Perghh.. memang dahsyat la program TwtUpMerdeka ni.. jangan lepaskan peluang!! Daftar Segera~!!
Alamakk.. PKR Penang pun sudah kutuk itu mamat bellcream.. haha.. Berlagak sombong, angkuh, perasan hensem, rambut skema, muka cam pig pig, lubang hidung besar, mulut busuk dan pelbagai lagi.. yang lain tu Mc tambah la.. hahaha..
McTheory: Dah tua, ada hati nak makan ayam muda.. kes kes kess..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semakin panas skandal penjualan tanah Taman Manggis oleh Guan Eng & kerajaan DAP . Rakyat P.Pinang perlu tahu segala akan perkara sebenar mengenai penjualan tanah untuk tapak rumah PPR ini ..
Ini kerana hari ini Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mendakwa seorang perempuan yang digelar sebagai 'Cik P' dan merupakan pemilik sebuah banglo di Jalan Pinhorn yang kini diduduki Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkemungkinan mempunyai kaitan dalam penjualan tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leong mendakwa, Cik P merupakan rakan kongsi kepada seorang individu bergelar Datuk dari Sabah yang merupakan pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC).
Siapa Cik P ini ??
- Cik P ini adalah pemilik rumah banglo yang sekarang diduduki Guan Eng dan Betty Chew . - Rakan kongsi dengan seorang Datuk yang merupakan pemegang saham KLIDC iaitu syarikat yang mendapat tanah milik kerajaan negeri di Taman Manggis .
Malah siasatan Pemuda BN juga mendapati Cik P telah membeli banglo itu dengan harga RM 2.5 juta dan membelanjakan kira-kira RM 1 jura untuk renovation dalam tempoh 6 bulan selepas PRU 12 iaitu pada 2008 . Guan Eng pulak masuk rumah berkenaan pada Julai 2009 .
Jadi di sini , apa hubungan istimewa Guan Eng dengan KLIDC ini ?? Rumah banglo mewahnya saja di renovation RM 1 juta oleh Cik P sebelum mereka berpindah .
Adakah ia satu bentuk hadiah / rasuah untuk mendapat tanah Taman Manggis ? Lagi Guan Eng mendiamkan diri , satu persatu skandal penjualan tanah ini akan didedahkan Pemuda BN P.Pinang ..
Gelombang penolakan ahli terhadap DAP semakin ketara apabila bekas-bekas pemimpin akar umbi yang dipecat hanya kerana bersuara menentang penyelewengan tampil mengecam corak kepimpinan parti tersebut. Rata-rata pemimpin akar umbi menyifatkan DAP kini diterajui golongan yang sombong setelah diberi kuasa untuk memerintah beberapa negeri apabila sanggup bertindak ala kuku besi ke atas ahli yang mendedahkan penyelewengan dalam parti.
Terbaru bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min mendedahkan bagaimana beliau dipecat hanya kerana mempersoal bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti.
Komen GPB
Bila sudah terlampau berkuasa ..mula lah lupa diri .sombong & angkuh dikalangan ahli parti sendiri . Inilah yang terjadi kepada DAP yang sudah digelar parti sombong serta tidak mahu mendengar pandangan ahli yang menyuarkan masalah rakyat . Bila bersuara lantang je terus dikenakan tindakan tatatertib .
Kalau pemimpin pulak seperti Manoharan itu , hanya minta maaf sahaja dan tidak dikenakan apa-apa tindakan pun seperti tindakan beliau menghina Lee Chongg Wei .
Sudah ramai ahli-ahli mereka di peringkat akar umbi sudah muak dengan kesombongan ini, malah ada yang sudah umum keluar parti . Mereka juga berharap parti DAP akan dihukum dengan oleh rakyat & ahli-ahli mereka sendiri di PRU 13 akan datang .
KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (gambar) mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank pusat yang dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di Dunia sejak beberapa tahun lepas.
Zeti adalah salah seorang daripada enam ketua bank pusat yang mencapai mata A di dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh Global Finance.
Beliau juga mencapai mata A pada tahun lepas dan 2010.
Ketua bank pusat yang lain yang mengekalkan mata A termasuk Amando Tetangco Jr. dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve Bank of Australia, Glenn Stevens dan Gabenor Bank of Israel, Stanley Fischer.
Nama baharu yang menyertai senarai itu ialah Mark Carney dari Kanada yang pada tahun lepas mendapat mata B+.
Sementara itu, Pengerusi Rezab Persekutuan Amerika Syarikat, Ben Bernanke menambah pencapaiannya kepada B daripada C pada tahun lepas.
Rencana Central Banker Report Card itu yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, menggred para Gabenor Bank Pusat 50 negara utama (dan Bank Pusat Eropah) pada skala A hingga F bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
Mata A mewakili prestasi cemerlang dan turun sehingga F bagi kegagalan mutlak.
Kriteria subjektif juga boleh digunakan.
Penerbit Global Finance, Joseph Giarraputo berkata: "Ahli-ahli Perbankan Pusat di Dunia kini diuji melalui tahun-tahun yang sangat mencabar pernah dicatatkan."
"Setiap tahun, kami menilai kecekalan Ahli-Ahli Perbankan Pusat untuk menghadapi campur tangan politik dan usaha mereka mempengaruhi kerajaan masing-masing menghadapi isu-isu seperti perbelanjaan dan keterbukaan ekonomi yang berhadapan dengan pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan. - Bernama
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.