Pakatan Rakyat |
Posted: 19 Oct 2012 03:28 PM PDT | PERKASA Keluaq Fatwa Haram Umat Islam Undi MCA Posted: 19 Oct 2012 06:33 AM PDT Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan). "Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat. Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut. Apa tujuan Soi Lek? Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam". "Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya. Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan. Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya. "Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain. "Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi. | Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais Yatim Posted: 19 Oct 2012 04:09 AM PDT
| RUMAH INI "BERGEGAR" SECARA TIBA-TIBA !!!! Posted: 18 Oct 2012 11:00 PM PDT Apa yang menarik mengenai rumah ini sehingga menjadi hiasan di dada-dada blog sepanjang hari ini? Jom kita terajang sampai BERGEGAR!!! Rumah ini terletak di salah sebuah kampung di Banjarnegara, Indonesia sekitar 12 jam perjalanan dari Bandar Jakarta, Indonesia jika menaiki kereta. Wanita yang berdiri bersama suaminya di depan rumah ini dikatakan sangat rapat dengan Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Hari ini satu sidang media akan diadakan oleh aktivis maya (cyberwarrior) yang juga merupakan NGO, Jingga 13 berhubung gambar rumah dan wanita di atas. Para wartawan dan pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan. Tarikh: 19 Oktober 2012 IKLAN PALING LAWAK TAHUN INI....HIDUP UMNO!!! | HUKUM ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI SETELAH CUKUP SYARAT WAJIBNYA Posted: 18 Oct 2012 09:00 PM PDT Bagi orang yang telah cukup syarat-syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba dia meninggal dunia, maka sangatlah besarlah dosanya, kerana boleh menyebabkan dia mati sebagi seorang Nasrani dan Yahudi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Riwayat - Turmizi) HAJI DAN UMRAH KANAK-KANAK Haji dan Umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak (yang belum akil baligh atau cukup umur) hukumnya adalah sunat sahaja dan wajiblah dikerjakan sekali lagi apabila baligh nanti. Sebagaimana dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda "Siapa dari kanak-kanak mengerjakan haji, maka apabila dia cukup umur, wajiblah dia mengerjakan haji sekali lagi". (Riwayat - At - Tabarani) HAJI BAGI WANITA Seperti lelaki, wanita juga wajib menunaikan fardhu haji jika cukup syarat-syarat wajibnya seperti yang telah disebutkan dahulu. Tetapi ada syarat tambahan bagi wanita yang hendak menunaikan fardu haji iaitu:- Hendaklah ditemani oleh suaminya atau muhrimnya (iaitu orang haram nikah dengannya), atau dengan sekurang-kurangnya tiga orang perempuan yang boleh dipercayai dan; HUKUM MENYEGERAKAN HAJI Mengenai hukum segera menunaikan fardhu haji setelah cukup syarat-syarat wajib haji, menurut Imam Syafie adalah sunat iaitu tidaklah berdosa menangguhkannya asalkan sahaja ditunaikan pada sebarang waktu sebelum meninggal dunia. Dalil atau alasan yang diberikan ialah fardhu haji itu telah diwajibkan pada tahun ke enam selepas hijrah, tetapi Nabi s.a.w menangguhkan pelaksanaan haji hinggalah pada tahun kesepuluh, barulah Nabi s.a.w bersama-sama para sahabat pergi menunaikan fardhu haji, walaupun mereka telah berkuasa pergi pada tahun ketujuh, kelapan atau kesembilan. Sekiranya wajib dikerjakan segera sudah tentulah Nabi s.a.w tidak akan menangguhkannya. | TAHNIAH! MALAYSIA BAKAL JADI HUB HIBURAN LUCAH TERLAMPAU Posted: 18 Oct 2012 06:00 PM PDT Memang Malaysia ni dah terbalik wa cakap lu. Kalau ada blog yang sikit menghentam raja ataupun pemimpin Umno/BN, bukan main lagi SKMM ni bertindak. Tangkap sana, tangkap sini. Saman sana, saman sini.
Apa punya hamjad Menteri yang jaga SKMM bila dia kata dia serahkan pada orang ramai untuk menilai tindakan yang dah dibuat oleh 2 orang pelajar terlampau ni. Dia orang nak mengongkek pun Menteri ni serah pada orang ramai untuk menilai samada boleh terima atau tidak? Hilang akal ke Menteri ni? Ke akal dia dah di bawak lari oleh amah Indon ke Indonesia nun.
| CHUA SOI LEK DAH TAK DAK MODAI Posted: 18 Oct 2012 03:00 PM PDT Chua Soi Lek timbul isu hudud untuk hadapi PRU 13 Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus membangkitkan isu hudud dengan memperbesarkan apa yang didakwa ancamannya kepada ekonomi negara, mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan jika undang-undang itu dilaksanakan. Kenyataan terbaharu Chua itu tidak banyak perbezaan dengan kenyataannya sebelum ini berhubung hudud, termasuk mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dijalankan. Kenyataan Chua kali ini, dengan memetik sumber teks pesanan ringkas melalui telefon, menampakkan isu hudud sengaja ditimbulkan lagi untuk meneruskan kehangatan debat isu ini dalam politik negara. Dari sudut strategi, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, isu hudud yang menjadi satu isu yang boleh menentukan undi kaum Cina perlu dimainkan lagi untuk kepentingan MCA. Kejayaan pertama Chua ialah isu ini telah hangat menjadi perhatian di media, dan dijangka akan turut menjadi perhatian khusus media berbahasa Cina, kerana debat ini melibatkan parti-parti mewakili kepentingan Cina. Perhatian pengundi Cina terhadap isu ini, mengikut kepentingan MCA, perlu diteruskan dan dijadikan isu yang menjadi faktor pengundian mereka. Dakwaan yang disebut - yang hanya dipetik daripada SMS - akan segera berakhir, tetapi kehangatan debat hudud dalam media akan berterusan. Pengundi Cina menjadi sasaran debat terkini ini, yang dijelaskan melalui fokus kepada ekonomi yang menjadi tumpuan utama MCA dalam mengulas isu hudud. MCA turut mengundang reaksi daripada DAP, yang bakal terus diserang kerana mempunyai hubungan dengan PAS yang dikaitkan dengan hudud, walaupun hal ini bukan lagi menjadi keutamaan parti Islam itu. DAP, sebagai tindakan untuk menenangkan dan meyakinkan konstituensinya biasanya akan memgeluarkan kenyataan tegas menolak hudud untuk membuktikan yang parti itu tidak dipengaruhi PAS dan menolak sepenuhnya hudud, seperti juga MCA. Hal yang sama telah berlaku dalam bentuk yang hampir sama semasa DAP bersama PAS dalam gabungan Barisan Alternatif. Strategi yang sama digunakan lagi oleh MCA kali ini. DAP, walaupun kelihatan semakin bijak menangani sentimen Melayu - seperti dilakukan di Pulau Pinang - masih terikat dengan komitmen ideologinya yang mengutamakan pemisahan agama Islam dengan politik di negara ini. Seperti diperhatikan malah sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat, DAP terpaksa memberi respons yang tegas dalam isu hudud, demi menjaga sentimen pengundinya dan pegangan sekular dan tidak mesra dengan Islam yang menunjangi parti dikuasai Cina itu. | ||||||
Posted: 19 Oct 2012 03:24 PM PDT Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan. Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen. Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan. Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur. Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut. Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku. Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya ; Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan kenaikan yuran perunding; Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut: i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan; KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut: i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta; Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut: i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan; Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut: i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani; KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut: i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan); Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut: i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan KEMENTERIAN DALAM NEGERI Polis DiRaja Malaysia Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut: i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap Pihak Jabatan Audit Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun. Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya : Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pelantikan Konsultan Progam TUKAR Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011. Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta. Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012. SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012. Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa. Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan. Lembaga Getah Malaysia LGM Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia, antaranya : Contoh peralatan yang belum digunakan : Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM. Contoh peraltan yang tidak digunakan : Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai. Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya: Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan. Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; "kurang memuaskan", "kelemahan", "beberapa kelemahan", "tidak digunakan", "belum digunakan" dan "tidak digunakan sepenuhnya". Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran. Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit. Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan. Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |