Ahad, 26 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 26 Dec 2010 11:21 PM PST

Idris Ahmad


RM500 Pada Guru Kenapa Muhyiddin Melatah

Posted: 26 Dec 2010 03:10 PM PST

Parti Islam Semalaysia mengharapkan Timbalan Perdana Menteri jangan melatah tidak tentu fasal berkenaan dengan janji RM500 sebulan kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat. Pas merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri  mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

Iltizam Pakatan Rakyat  kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. Pas mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19/12/2010. Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan. Selaku Timbalan Perdana Menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu. Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan. Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan. Pakatan berjanji pada guru-guru untuk peringkat awal, insyaAllah selepas ini semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga. Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.
Pas menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat , jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mereka juga sebagai kerani, bendahari, ambulan untuk hantar murid- sakit dan sebagainya. Sebab itulah Pakatan Rakyat beriltizam untuk membela guru-guru dahulu.


Filed under: Pendidikan, Politik

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 26 Dec 2010 11:02 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Dppk Jerai PAS ucap tahniah

Posted: 26 Dec 2010 03:09 PM PST

Ucapan tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Salam Perjuangan

Posted: 26 Dec 2010 11:01 PM PST

Salam Perjuangan


TAHNIAH HARIMAU MALAYA!

Posted: 26 Dec 2010 09:08 PM PST

21 Muharram 1432 H | 27 Disember 2010

Perjuangan Rakyat

Posted: 26 Dec 2010 09:23 PM PST

Perjuangan Rakyat


Ijtima` Tarbawi Kawasan Indera Mahkota

Posted: 26 Dec 2010 06:17 AM PST

Tarikh : 23 Disember 2010
Tempat : Dewan PUTRA Balok
Penceramah : Ustaz Khairul Ikhwan

Program dipengerusikan oleh Saudara Mohd Ghauth yang merupakan NYDP Kawasan Indera Mahkota merangkap Ketua Lajnah Tarbiah Kawasan.


Ustaz Khairul Ikhwan atau lebih dikenali dengan panggilan "Ustaz Budak Besar" menyampaikan kuliah


Sebahagian hadirin yang hadir mendengar kuliah









Mencuba rawatan menggunakan kaedah medan elektrostatik yang dibuka di luar dewan


Ustaz Khairul Ikhwan juga berminat untuk mencubanya

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 26 Dec 2010 09:15 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN SUNGAI BALANG 2011

Posted: 26 Dec 2010 07:25 AM PST

BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN SG BALANG 2011

Pada hari Jumaat 17 Disember 2011 , Pakatan Rakyat Muar sekali lagi bekerjasama menganjurkan Program Bantuan Persekolahan untuk Tahun 2011 bertempat di rumah Tuan Hj Abdul Rahman Wahid , di Pekan Sungai Balang Muar. Program yang sungguh meriah ini mendapat sambutan hebat daripada semua golongan masyarat dalam DUN  Sungai Balang dan juga  kawasan Bakri.

Seramai 200 orang kanak-kanak sekolah bernasib baik menerima bantuan beg sekolah dan vaucer pakaian sekolah setiap seorang. Moga ianya dapat meringankan beban ibubapa menghadapi Tahun Persekolahan 2011 nanti.Mereka cukup gembira dan berterima kasih di atas keperhatinan Pakatan Rakyat membantu mereka.Program kebajikan ini diadakan berterusan untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.Bantuan ini disumbangkan oleh Persatuan Bakti Bakri di bawah naungan YBhg Dato. Chua Jui Ming.

Majlis diserikan dengan  kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan, YBhg Dato' Chua Jui Meng, ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, Penyelaras Keadilan Parlimen Muar,Sdr Nor Hizwan Ahmad,Sdr Yatin Sarpan dan Naib YDP PAS Muar, Tn Hj Malik  Md Diah. Ketua Cabang Keadilan Muar,

http://www.parlimenmuar.com/wp-content/uploads/2010/12/b2.jpg
Penerima sumbangan bersama ibu bapa memenuhi ruang khemah

Ketibaan YBhg Dato' Chua disambut oleh Sdr Hizwan dan AJKnya
dengan iringan kompang.


http://www.parlimenmuar.com/wp-content/uploads/2010/12/b1.jpg
Sdr Yahya mempengerusikan majlis.Kelihatan tetamu khas dari kiri: Sdr Hizwan,
Tn Hj Malik, Dato' Chua, YB Dr Mohammad dan Sdr Yatin.


http://www.parlimenmuar.com/wp-content/uploads/2010/12/b51.jpg
 Majlis Perasmian oleh Dato' Chua Jui Meng.
Belaiu menerangkan bagaimana Malaysia yang kaya raya dengan hasil mahsulnya tetapi pemerintah membazirkannya dan menarik balik subsidi kepada rakyat.Sudah sampai masanya rakyat brubah dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui negara ini.


 Sdr Hizwan berhujah bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat mnjaga kebajikan rakyatnya.
Menurutnya rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat bertuah di antaranya mendapat air percuma,bantuan RM1000.00 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPT dan simpanan RM100.00 setahun bagi setiap anak yang  dilahirkan di Selangor.


 Giliran Tn Hj Malik menyampaikan amanat mewakili PAS Muar.
Tn Hj Malik menerangkan bagaimana Pakatan Rakyat yang belum memerintah telah berjaya menjaga kebajikan rakyat mengikut kemampuannya sedangkan ini adalah tanggung jawab pemerintah.

 YB Dr Mohammad mewakili DUN Maharani menerima sumbangan
daripada Dato' Chua.



 Sebahagian penerima sumbangan bergembira bersama pemimpin Pakatan Rakyat.


Ucapan terima kepada Sdr Hizwan yang menyumbangkan gambar-gambar Program ini.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Dec 2010 09:14 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Car Wash AMAL 20 Jan 2011 Seremban

Posted: 26 Dec 2010 05:53 PM PST

PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Peta ke Pasti Hasanah pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

Lima keluarga masih dikurung

Posted: 26 Dec 2010 05:14 PM PST

Berita Harian 27 Dis 2010

Mangsa dijadikan hamba majikan selepas gagal lunas hutang

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima keluarga lagi dipercayai dikurung dan dijadikan hamba di Bahau, Negeri Sembilan kerana tidak mampu membayar hutang mereka. Maklumat itu didedahkan seorang mangsa yang berjaya melarikan diri bersama isteri dan tiga anaknya sebelum membuat aduan kepada Astivaaram Foundation, 19 Disember lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam Astivaaram Foundation, Sri Sanjeevan, berkata kegiatan itu dipercayai sudah lama berlaku, terutama membabitkan mangsa di kalangan kaum India yang bekerja sebagai buruh ladang.

"Biasanya, gaji buruh estet memang rendah dan terpaksa meminjam wang tauke (kontraktor) untuk meneruskan hidup. Difahamkan, mangsa kebanyakannya tahu pinjaman itu dikenakan kadar bunga yang tinggi.

"Namun, apa pilihan yang mereka ada untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Bila hutang bertambah dan tidak mampu dibayar, mereka akhirnya diperangkap menjadi hamba," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dikurung bersama isteri dan anak mereka di lokasi tertentu sebelum dipaksa bekerja sebagai buruh ladang tanpa gaji.
Tidak cukup dengan itu, katanya, ada antara mangsa turut 'dijual' kepada kontraktor lain bagi menebus hutang, sekali gus menguntungkan majikan asal mereka.

"Mangsa memberitahu, kebanyakan mangsa dan isteri mereka akan dijadikan buruh paksa, manakala anak dipaksa melakukan kerja rumah, termasuk memandi dan memberi makan anjing pengawal yang menjaga rumah tempat mereka dikurung.

"Difahamkan, anak-anak itu ada didera. Ini perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menentang hak asasi manusia. Tidak sangka dalam keadaan moden hari ini, masih wujud kegiatan perhambaan di Malaysia," katanya.

Sanjeevan berkata, aktiviti perhambaan itu sukar dikesan kerana berlaku di kawasan terpencil, selain keengganan mangsa membuat laporan berikutan bimbang dengan ancaman dalang kegiatan berkenaan, termasuk ugutan bunuh.

"Mangsa sebenarnya lebih bimbangkan keselamatan anak yang dijadikan tebusan. Lagipun, bagaimana mereka boleh buat laporan jika sentiasa dikurung dan pergerakan diawasi," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan dan pihak berkaitan, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dalam membanteras kegiatan itu, termasuk menyelamatkan mangsa
"Selepas Berita Harian mendedahkan kegiatan ini, dalang utama dipercayai cuba memindahkan mangsa ke beberapa lokasi lain bagi memastikan pergerakan mereka tidak mudah dikesan.

"Justeru, kita berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan mangsa, terutama anak yang teraniaya itu. Astivaaram Foundation yang memperjuangkan hak asasi manusia sedia bekerjasama dalam usaha itu," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Limakeluargamasihdikurung/Article

Hidup tertekan

Posted: 26 Dec 2010 05:13 PM PST

Berita Harian 27 Dis 2010



APARTMEN Seroja 3 turut menempatkan pekerja asing.Pihak tertentu jadikan apartmen asrama pekerja asing

SENAWANG: Tindakan pihak tertentu menjadikan sebahagian Apartmen Seroja di Taman Tasik Jaya di sini sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam keadaan tertekan berikutan sikap kurang sopan sesetengah warga asing terbabit.

Kira-kira 700 penduduk tempatan yang mendiami Apartmen Seroja 1 hingga 4 kini terpaksa hidup berjiran dengan kira-kira 250 pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan Myanmar, yang bekerja di kilang sekitar Kawasan Perindustrian Taman Tasik Jaya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, kehadiran pekerja asing yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Seroja, Mohd Nor Jamaluddin, 41, berkata penduduk tempatan semakin hilang sabar dengan sikap warga asing yang turut mencemar imej kawasan perumahan itu dengan kelakuan kurang sopan.

Katanya, gelagat kurang disenangi itu termasuk cara berpakaian menjolok mata dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan secara terang-terangan.

"Kelakuan mereka menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang gelagat negatif itu boleh mempengaruhi anak remaja masing-masing serta memberi imej negatif kawasan ini kepada orang luar," katanya kepada Berita Harian.
Mohd Nor berkata, persatuan dan ahli jawatankuasa surau pernah menasihati warga asing terbabit supaya tidak mengulang perbuatan itu serta cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi kelakuan buruk itu berterusan hingga kini.

"Kami juga pernah mengemukakan masalah ini kepada majikan pekerja warga asing terbabit, tetapi tiada tindakan proaktif diambil. Apa yang berlaku ialah seorang warden ditempatkan di sini untuk mengawasi pekerja asing terbabit, tetapi tindakan ini masih kurang berkesan," katanya.

Penduduk, Ishak Ali, 50, berkata masalah itu yang sudah lama berlaku menyebabkan penduduk tempatan tidak tahan lagi dengan gelagat mereka.

Beliau yang tinggal di situ sejak 10 tahun lalu berkata, pekerja warga Nepal pernah bergaduh sesama sendiri hingga membimbangkan jiran bersebelahan, tetapi mujur dapat dikawal dengan bantuan penduduk tempatan.

Rakannya, Rashid Abdullah, 47, berkata sejak apartmen itu dijadikan asrama, pelbagai masalah sosial berlaku di situ termasuk kes khalwat membabitkan pekerja asing dan rakyat tempatan serta perlakuan maksiat antara penyewa rakyat tempatan dan warga asing.

"Apartmen ini pernah digelar lubuk maksiat, suatu gelaran yang cukup memalukan penduduk tempatan yang hampir 100 peratus adalah orang Islam," katanya.

Salmah Razali, 48, pula kesal dengan sikap kebanyakan warga asing yang pengotor dengan membuang sampah sesuka hati dan tidak mempedulikan perasaan penduduk tempatan.

"Saya memang membantah kediaman kami ini dijadikan asrama pekerja asing kerana keadaan sekarang menimbulkan masalah yang menjejaskan keharmonian hidup penduduk di sini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_Hiduptertekan/Article

Ceramah Md Sabu 4 Jan 2011 Seremban

Posted: 26 Dec 2010 02:01 AM PST


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Bersama :
Tn. Hj. Mohd Sabu
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Chegubard
YB Loke Siew Fook
Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 9 Malam
Tempat : Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

Ceramah Tn Guru Nik Razi 1 Jan 2011 Seremban

Posted: 26 Dec 2010 01:56 AM PST


CERAMAH TAHUN BARU
Bersama Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, Pengasas Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 1 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau As-Sibian Taman Dusun Setia, Seremban
Waktu : Selepas Maghrib (7.30 mlm)

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ghazali 013-3681062 / 019-6351519

MTD N24 Bemban

Posted: 26 Dec 2010 09:13 PM PST

MTD N24 Bemban


KEM ANAK SOLEH KEMBALI KE SEKOLAH

Posted: 26 Dec 2010 09:06 PM PST


KEM ANAK SOLEH KEMBALI KE SEKOLAH
TARIKH:28/12/2010
MASA: 8.00 HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT: SURAU NURUL IMAN,SIMPANG KEMENDORE
PENDAFTARAN:RM10.00 SAHAJA
ANJURAN MTD N24 BEMBAN

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Dec 2010 07:44 PM PST

PAS Kawasan Miri


Harta Karun Diluar Negara Pemimpin BN

Posted: 26 Dec 2010 03:28 AM PST

TEMPAT PERSEMBUNYIAN KELUARGA TAIB DI LONDON
Saturday, December 25th, 2010 GMT
This post is also available in: Chinese (Simplified), English, Iban
TEMPAT PERSEMBUNYIAN KELUARGA TAIB DI LONDON
Bangunan Hampshire House menempatkan flat-flat paling mewah yang mempunyai ruang dalam yang luas yang bersebelahan dengan Hyde Park yang terkenal di dunia. Ianya juga terletak tidak jauh dari Marble Arch dan Oxford Street. Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.
Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ruang kediaman seluas 4,000 kaki persegi. Semua ahli keluarga Taib dikatakan kerap mendiami apartmen ini dan berkemungkinan mereka memiliki atau mempunyai akses kepada lebih dari sebuah apartmen, memandangkan ramai mereka dapat menginap di situ pada satu-satu masa.

Singgah di London sebentar dalam perjalanannya ke Mekah
Kami dapat mendedahkan sesuatu yang tidak dilaporkan dalam mana-mana akhbar tempatan di Sarawak pada hari Selasa, semasa Taib bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Dalam penerbangannya ke Tanah Suci Mekah, beliau didapati melencong ke London terlebih dahulu dan menginap di apartmen mewahnya di Hampshire House.
Sarawak Report mendapati salah satu alasan beliau melencong ke London adalah untuk bertemu dan berkumpul dengan ahli-ahli keluarga sebelum ke Mekah. Kami juga mendapati bahawa sehari sebelum ketibaan beliau, para pekerja di Hampshire House telah melakukan persiapan, dan maklumat yang kami terima, keluarganya telah merancangan untuk mengadakan pertemuan bagi memulihkan ketegangan di kalangan ahli-ahli keluarganya selama ini. Adalah dipercayai juga bahawa pertemuan ini akan mengeratkan persahabatan mereka yang mungkin diketahui oleh para pengundi mereka yang telah mulai bosan dengan mereka, menjelang pilihanraya nanti.

Saudara beliau, Onn Mahmud, yang pernah bertindak sebagai penyelaras perniagaannya, tetapi kemudiannya telah menjauhkan diri dari beliau, telah juga dijemput untuk menghadiri pertemuan keluarga itu. Sejak menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain, Onn kurang menghubungi mereka. Rancangan mengatur pertemuan ini adalah diharapkan supaya setiap ahli keluarga saling maaf-memaafi sebelum mengerjakan Haji ke Mekah. Mereka juga ingin menunjukkan tauladan yang baik kepada para pengundi mereka di Sarawak.

Dilihat di London – Sulaiman Taib
Kami juga mengandaikan Ketua Menteri itu melencong ke Hyde Park kerana beliau dipercayai ingin menemui anaknya. Sehari sebelum ketibaan Ketua Menteri itu di Hyde Park, jurugambar Sarawak Report telah Berjaya merakamkan anaknya yang telah lama menghilangkan diri, iaitu Sulaiman Rahman Taib. Sulaiman tiba di tempat tersebut dengan kereta Mercedes berwarna hitam. Dia kelihatan bergegas masuk ke apartmen itu, yang kami percaya adalah tempat persembunyiannya selama ini.
Sulaiman Taib telah gagal memperlihatkan dirinya di khalayak umum di Malaysia sepanjang tahun lepas, walaupun dia masih seorang ahli Parlimen, di mana 'kehilangannya' telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi. Walau pun umum tertanya-tanya akan kehilangannya, tetapi keluarganya tetap mendiamkan diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Dia telah lama tidak menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia atau mengunjungi para pengundinya di kawasan pilihanrayanya, di mana dia boleh dikira sebagai menyalahi tugas dan tanggunjawabnya sebagai penjawat awam yang dibayar gaji yang lumayan menggunkan wang pembayar cukai. Kehilangannya yang dianggap luar biasa itu telah mencetuskan khabar-khabar angin di kalangan umum yang menganggapnya telah meninggal dunia, atau menjalani rawatan penyakit ganjil.

Sarawak Report berasa begitu yakin kerana dapat melakukan khidmat awam dengan mengesahkan bahawa anak Ketua Menteri itu masih hidup, kelihatan sihat dan diandaikan masih mengeluarkan wang gaji menterinya di London. Sebenarnya 'Rahman' dapat ditemui beberapa kali di dalam atau di sekitar London sejak beberapa bulan yang lalu, dan terdapat spekulasi yang mengatakan dia mendapatkan khidmat perubatan yang baik di London, yang tidak terdapat di Sarawak atau Malaysia.

Pekerja Taib menyerang jurugambar kami
Walau pun pada kedudukan sosial yang tinggi dan terkenal, tetapi Taib sekeluarga tetap tidak suka pada cara kami menyiarkan berita mengenai pergerakan mereka, atau mendedahkan harta-harta yang mereka miliki. Rahman Taib yang ternampak jurugambar wanita kami, dan kemudiannya menjelaskan sesuatu kepada para pekerjanya, yang kemudian keluar dari bangunan apartmen tersebut untuk mendekati jurugambar kami itu.
Tidak lama kemudian pemandu keretanya mengasari jurugambar tersebut ketika dia sedang mengambil gambar-gambar penumpang-penumpang wanita yang keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam keretanya. Pemandu Taib telah menangkap leher jurugambar tersebut dan memaksanya memadamkan kesemua gambar dalam kameranya itu sehingga dia diselamatkan oleh seorang yang sedang lalu di tempat itu. Perkara tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis London sebagai kes mendatangkan kecederaan yang disengajakan. Kes seperti ini, walaupun selalunya disembunyikan dari pengetahuan umum di Sarawak, tetap dilarang di UK.

Pada lewat petang hari Selasa, jurugambar berkenaan percaya dia ternampak Ketua Menteri itu bergegas-gegas masuk ke dalam bangunan itu, tidak lama setelah penerbangannya dengan Singapore Airlines mendarat di lapangan terbang Heathrow. Sarawak Report ingin ingin mempelawa sesiapa dari kalangan pembacanya yang memiliki gambar-gambar Ketua Menteri yang lebih jelas semasa beliau masuk atau keluar dari bangunan Hampshire House, 12 Hyde Park Place, dihantarkan kepada kami, dan kami akan berasa bangga untuk memaparkannya untuk tatapan umum.

Siapakah pemilik flat bernilai berjuta-juta pound itu?
Sarawak Report ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi siapakah sebenarnya pemilik flat di tingkat bawah yang kerap didiami oleh keluarga Taib, dan juga merupakan kediaman Sulaiman. Menurut dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat Pendaftar Tanah London, harta tersebut dimiliki oleh Sultan Abdul Halim Mu Adzam, salah seorang rakan kongsi Taib dari Malaysia yang pernah menganugerahkan Onn Mahmud dengan gelaran "Datuk".
Hubungan erat kedua-dua keluarga ini, dan siapakah di antara mereka yang memiliki salah sebuah harta yang terkenal di London itu menimbulkan syak wasangka di kalangan umum. Dengan gaji rasminya sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun, tidak mungkin Taib mampu memiliki kediaman semewah itu, dan kediaman itu pula hanya sebahagian dari harta-harta yang lainnya. Taib pernah dirakamkan menyebut, "Saya memiliki wang lebih dari yang dapat saya belanjakan".

Ketua Menteri itu juga diketahui kerap menyembunyikan pemilikannya ke atas syarikat-syarikatnya dan juga harta-hartanya dengan meletakkan nama orang lain yang telah bersetuju secara peribadi menyerahkan balik apabila diminta olehnya. Sarawak Report dapat membuktikan beberapa kes di mana beliau meletakkan orang lain sebagai penama untuk memegang saham-sahamnya secara rahsia. Kekeliruan hakmilik rumah-rumah mewah yang diserahkan kepada keluarga Taib oleh Samling di US merupakan salah satu contoh taktik yang telah didedahkan oleh Sarawak Report.

Justeru itu, adakah kediamannya di Hampshire House sebenarnya dimilikinya, tetapi buat sementara waktu didaftarkan menggunakan nama rakannya yang seorang sultan? Jika tidak, dan jika betullah sultan itu yang memiliki kediaman tersebut, kenapakah baginda membenarkan keluarga Taib mendiami rumah tersebut seolah-olah mereka yang memilikinya? Kenyataan dari Ketua Menteri sendiri mengenai perkara ini, dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan pemilikan harta yang begitu banyak seperti mana yang telah kami dedahkan selama ini, amatlah kami alu-alukan.


PS: Harta kekayaan CM dan keluarga yang melimpah ruah di luar negara yang tidak terhingga banyaknya, kalau boleh semua harta pasaka rakyat Sarawak tok pun dibalun oleh sidaknya aja, rakyat Sarawak yang setia menyokong dan mengundi mereka selama tok hanya akan diberi 20 - 50 ringgit aja dh boleh 'swing vote last minute'..begitu rendah nilai pengundi setia BN. Lebih murah dari harga seekor kambing,,,,maap bukan tujuan nak menghina sapa2 mungkin sidak tok sik tau selama tok sidak kena tipu sebab semua media2 di kontrol oleh sidak kroni2 BN jadi apa aja dihidang dalam media BN seperti TV,Radio,newspaper semuanya BN aja bagus dan pembangkang tok semuanya jaie (jahat). Bila fikiran manusia sudah sukar untuk membuat pernilaian maka inilah terjadi dimana pemimpin kaya raya dan rakyat marhaen hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.Bah mari kita bersedia untuk mengubah kerajaan BN tok dengan kerajaan kebajikan rakyat (PAS dan PAKATAN).

DPPK PARIT

Posted: 26 Dec 2010 07:42 PM PST

DPPK PARIT


POLIS IS THE BEST!!!

Posted: 26 Dec 2010 12:43 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 26 Dec 2010 07:25 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Presiden Lancar Majlis Perwakilan PAS Luar Negara Di United Kingdom

Posted: 26 Dec 2010 07:54 AM PST

MANCHESTER, 26 Dis : PAS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom (UK) oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam.


Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi PAS Representative Council of UK & Eire, Jupri Bade dan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.

"Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia, kita juga mengamalkan demokrasi di UK. Malah rakyat Malaysia di UK dan Ireland boleh belajar daripada keterbukaan demokrasi di UK yang sebenarnya dipelajari dan dikaji daripada sistem Islam itu sendiri.

"Masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali sistem demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dan hanya mengenalinya selepas mengenali keadilan Islam kepada semua," kata Tuan Guru Abdul Hadi pada majlis itu.

Di dalam kenyataannya pada majlis pelancaran tersebut, Jupri Bade yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan yang pertama menyebutkan bahawa keanggotaan majlis hanya dilantik secara terus oleh PAS, bagi mewakili dan meneruskan visi dan misi PAS dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam.

sumber : harakahdaily

Penyampaian Pakaian Persekolahan Sesi 2011 Di Cawangan Bukit Chatak 2, Dungun

Posted: 26 Dec 2010 05:58 AM PST

DUNGUN 26 Disember, Ahad - Seminggu selepas majlis yang sama di peringkat DUN Sura baru-baru ini, PAS Cawangan Bukit Chatak 2 mengambil langkah susulan menyampaikan sumbangan pakaian persekolahan bagi sesi 2011 kepada para pelajar miskin yang berada di bawah pentadbirannya.

Di majlis yang sama, turut diadakan penyampaian penghargaan kepada pelajar yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 2, Encik Mohammad Said, majlis yang dirasmikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli itu, menyenaraikan seramai 46 orang pelajar miskin dan 5 orang pelajar cemerlang UPSR.

ADUN Sura turut menyampaikan sumbangan beras dan wang tunai kepada 40 keluarga kepada pelajar miskin tersebut.

Empat orang daripadanya dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun iaitu adik Farah Nabila bt Ahmad Azha, adik Nur Farihah Athirah bt Mohamad, adik Muhamad Ashraf Iqmal bin Rahim dan adik Mohd Arsyad Fahrullah bin Mazlan.

Sementara adik Amira Syakirah bt Abdul Wahab dari Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman, Kemaman.

Majlis tersebut diadakan pada pagi 25 Disember, Sabtu di Surau Haji Wan Ahmad, Bukit Chatak 2, Dungun.

PAS LENGGONG

Posted: 26 Dec 2010 07:25 PM PST

PAS LENGGONG


Siasat berita dari orang Fasik

Posted: 26 Dec 2010 06:19 PM PST

Wahai orang yang beriman jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita hendaklah kamu siasat.
Maknanya jika kamu tak siasat akan berita itu ditakuti kamu akan berlaku zalim terhadap suatu kaum itu.
Dan jika kamu tidak menyiasat terlebih dahulu kamu adalah orang yang tak beriman.

Pelancaran BAPA

Posted: 26 Dec 2010 06:07 PM PST

Pelancaran di laksanakan di Taiping dan di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS.
Di sebelah malam ceramah penerangan diadakan di Lenggong yang dihadiri
1. Timbalan Presiden PAS
2. AJK PAS Pusat Mazlan Aliman
3. YB Idham Lim - Ketua Penerangan PAS Perak
4. Hj Razman Zakaria- YDP PAS Lenggong.

Isu yang diketengahkan
1. Keadaan sebenar yang berlaku di Parlimen
2. Penipuan pengurusan Felda terhadap peneroka felda
3. Kecelaruan nasihat agama dari mufti perak
4. Penipuan dalam urusan felcra

DUN CHINI

Posted: 26 Dec 2010 07:13 PM PST

DUN CHINI


PDRM perlu segera Tubuhkan Kor Agama dikalangan mereka

Posted: 26 Dec 2010 07:26 AM PST

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding.Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana.Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya.Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis



Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau youangkat duit saya, saya akan reportbalai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting daripada teks asal.

Lagi mangsa keganasan polis:
"Polis pukul saya kerana mahu duit!"




Artikal asal dari sini http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=1728

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 26 Dec 2010 03:18 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


agama di celah kehidupan

Posted: 26 Dec 2010 08:12 AM PST

Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Segala jenis kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinasikan kematian, lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan kejap. Justeru manusia asyik berbalahan mengemudi kehidupan sendiri, apatah meladeni kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila – bila pun. Kita datang daripada tiada. Daripada kosong, lalu [...]

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 26 Dec 2010 03:12 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Pendaftaran PASTI Seri impian

Posted: 26 Dec 2010 08:24 AM PST


Klik borang, cetak, isikan dan bawa untuk pendaftaran

Kluang : Hari ini bermula pendaftaran murid ke PASTI Seri Impian, 352, Jalan 1/8,Taman Seri Impian, Kluang (Taman berdekatan Hospital Baru Kluang dan SMK Jalan Kota Tinggi) Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4, 5 dan 6 tahun bolehlah mendaftar sekarang kerana tempat terhad.

Pendaftaran murid PASTI akan dibuka sepanjang hari mulai hari ini sehingga bermula sesi persekolahan pada 3 Jan 2010. Bawa salinan sijil kelahiran. Sesi pagi untuk murid 5 dan 6 tahun manakala sesi petang untuk 4 tahun. Kemusykilan sila hubungi 013-7185278 Pengurus atau 012-6674530. Jom mendaftar sekarang...

Sinaran lazer (bukti penyokong Malaysia main kotor)?

Posted: 26 Dec 2010 07:56 AM PST

Karena Laser, Wasit Hentikan Final Piala AFF 2010


Suporter Malaysia ketahuan menyorotkan laser ke pemain Indonesia dalam laga final Piala AFF 2010


REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR--Wasit Toma Masaaki menghentikan pertandingan final Piala AFF di menit 54 karena gangguan sinar laser oleh pendukung Tim Nasional Malaysia ke pemain Indonesia.

Kejadian bermula ketika Malaysia ingin mengadakan tendangan bebas di dekat gawang Indonesia. Belum sempat ditendang, penjaga gawang Markus Horison kembali protes karena matanya terus disinari laser.

Markus memprotes pada wasit. Begitu juga Pelatih Tim Nasional Indonesia, Alfred Riedl. Wasit Masaaki yang melihat laser akhirnya mengambil keputusan untuk menghentikan pertandingan sejenak.

Pertandingan masih dihentikan, sementara pendukung Malaysia malah melempar petasan ke lapangan. Sementara suporter Indoensia memberikan jempol ke bawah ke suporter Malaysia.

Labis tidak kurang tokoh anak tempatan

Posted: 26 Dec 2010 07:53 AM PST

Calon Pas Tenang: saya bukan orangnya





Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Aliman berkata, parti itu akan memilih anak tempatan sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan akhir bulan depan.

Oleh itu, Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor meminta pihak supaya menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.

"Ingin saya tegaskan bahawa keutamaan kita adalah anak tempatan dan kita tidak kekurangan anak tempatan di Labis.
"Seperti biasa kita akan terima senarai nama dari peringkat cawangan untuk diangkat kepada negeri kemudian dibawa ke pusat untuk dimuktamadkan," katanya.

Tambah Mazlan, mengenai soal calon adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan muktamad.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berkata walaupun DUN Tenang mempunyai kawasan Felda tidak semestinya beliau akan terpilih kerana masih ramai calon anak tempatan yang berwibawa di kawasan itu.

"Saya asal Batu Pahat, saya bukan anak tempatan, kita punyai ramai anak tempatan yang berwibawa di sana (Labis).

"Tidak semestinya apabila ada Felda, saya akan terpilih. Kita ada anak tempatan yang lebih berwibawa.

"Jadi mengenai soal calon kita serah kepada pusat sahaja untuk buat keputusan. Yang lain-lain saya tidak mahu komen," katanya.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Mazlan akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Fitnah menjelang PRK

Posted: 26 Dec 2010 07:35 AM PST



Kalau anda nak berkenalan.. inilah rupa makhluk pemfitnah yang mengelarkan dirinya 'PAPA GOMOL' ...


Sorang lagi pelakun lagak saidi... Kereta ini dipinjam dari bengkel untuk diambil gambar dan kemudiannya mereka mengatakan ada orang yang cuba membunuh dengan merempuh keretanya. Tapi tak ada buat laporan polis pun... Kah..kah..kah..kah...

Fitnah terbesar (yang dah terkantoi) oleh blogger umno abad ini. Anda semua mungkin telah mendengar fitnah berkenaan ADUN Selising yang dipelopori olah blogger UMNO iaitu Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin. Hari ini segala fitnahnya telah terbongkar. Nak tahu cerita sebenarnya sila klik di SINI. Kah..kah..kah..kah..

Mungkih diorang tak dengar nasihat dari Mufti kesayangan diorang agaknya... kah..kah..kah.... ermmmm... berapa upah yang diorang dapat ekkkk... untuk buat fitnah nih...

Orang kalau kena tetak mesti cedera beb.. ini kesan luka pun tarak...., kereta eksiden teruk... cermin depan dan tingkap pecah... sikit sebanyak mesri ada luka bla..bla..bla..., ini apa pun tarak... kalau bagi pompuan bogel depan dia mesti boleh terkam punya dengan penuh bersemangat... tak ingat dah sakit cedera kena tetak dan eksiden kereta.... kah..kah..kah...

Mana mau letak muka wooiiiiii.... jangan lu orang (pemfitnah) kena langar dengan kereta pulak.... mampus katak jer.... kah..kah..kah....

Cadangkan PAS dan Adun Selising anjurkan Solat Hajat beramai-ramai di Stadium Kota Bahru, mengelakkan fitnah nih... dan doakan supaya pecah perut... macam dolu-dolu tu... muakakakakahhhhh... agak2 pucat tak muka pemfitnah nih... hahahha..

Pemberian bonus Felda tidak adil

Posted: 26 Dec 2010 07:09 AM PST


Selamat datang ke Felda Tenang


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Tindakan Felda yang enggan membayar bonus insentif kepada peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka disifatkan sebagai tidak adil.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan membezakan peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan mereka yang mengikuti program tanam semula Felda itu tidak wajar.

Ini kerana peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka juga menghantar hasil mereka ke kilang Felda.

"Saya ingin mempersoal proses pengagihan insentif hasil ini. Memang insentif hasil ini diberi tiap-tiap tahun berdasarkan jumlah tan hasil yang dikeluarkan dan dihantar ke kilang Felda.

"Tetapi yang menjadi persoalan utama ialah insentif itu berdasarkan sama ada mereka mengikut Felda atau pun tidak.

hasil ke kilang felda

"Sedangkan mereka yang tak ikut Felda pun menghantar hasil ke kilang Felda. Jadi kalau peneroka yang tidak bersama Felda dianaktirikan dalam pemberian insentif itu tidak betul sebab mereka bukan menjual di kilang swasta tapi mereka jual di kilang Felda," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka didapati memperoleh hasil yang lebih tinggi daripada mereka yang mengikuti program tanam semula Felda.

"Mereka yang tanam sendiri mendapat perolehan hasil lebih besar daripada yang ikut Felda. Sepatutnya tak timbul diskriminasi samaada ikut Felda atau tidak," katanya.

Perdana Menteri semalam mengumumkan seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.

insentif jumlah tan

"Saya lebih gemar menggunakan kaedah pemberian insentif berdasarkan jumlah tan.Kalau jumlah tan mereka tinggi, dapat tinggi dan kalau rendah dapat rendah.

"Saya tak setuju kalau mereka yang tak capai piawaian tak dapat langsung. Peneroka kena dapat hak mereka walaupun sedikit," katanya lagi.

Sementara itu, beliau mempersoal pemberian bonus insentif itu yang tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun lepas sedangkan harga komoditi sawit dan getah semakin meningkat.

Menurutnya, pemberian itu haruslah diberi berdasarkan harga komoditi semasa.

umpan

Selain itu katanya, pemberian bonus insentif ini katanya tidak lebih dari umpan kepada peneroka Felda pada pilihan raya kecil Dun Tenang akhir Januari ini.

"Pemberian bonus ini bukan berita baru tapi diberiakan setiap tahun iaitu sebelum hari raya dan akhir tahun.

"Jadi kalau ini nak dijadikan umpan pilihan raya di Tenang, ini tidak relevan kerana pemberian ini dibuat setiap tahun," katanya.

Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Ianya sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda

Tahniah pasukan Malaysia

Posted: 26 Dec 2010 06:57 AM PST


Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0


KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas wisel dibunyikan tanda tamat permainan malam ini.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.

Kempen 8 hari, NGO 1Msia kami tak takut -PAS

Posted: 26 Dec 2010 03:06 AM PST

NONESPR juga menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon, dengan lapan hari berkempen.

Dzulkefly berpendapat SPR membuat keputusan tersebut berasaskan rangka masa dua faktor penting.

Pertama, katanya, Umno mahu memudahkan pengundi Cina supaya mereka tidak perlu pulang dua kali - untuk pilihan raya kecil DUN Tenang dan untuk menyambut Tahun Baru Cina.

"Kedua, mereka perlukan waktu tambahan untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut," katanya.

Ia mendakwa bahawa BN dapat merasakan bahawa pilihan raya kecil itu sengit dan tidak mahu majoriti mereka berkurangan.

Dalam pilihan umum 2004, ADUN Tenang dari BN, Sulaiman Taha menang dengan majoriti 5,517 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum 2008, majoriti tersebut jatuh secara drastik kepada 2,492 undi.

Dzulkefly berkata, jika PAS tidak boleh memenangi pilihan raya kecil ini, ianya merupakan satu tamparan kepada parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya undi majoriti dapat dikurangkan, maka ia juga merupakan satu tamparan kepada BN.

'Kami tak takut NGO 1Malaysia'

Ditanya sama ada NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu kempen pemilihan kecil Galas, akan muncul semula di Tenang untuk merayu undi kaum Cina, Dzulkefly berkata, mereka akan menghadapinya dengan pelan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

Dia juga mengecam slogan 1Malaysia yang menurutnya hanya satu slogan kosong.

"Kami tak takut dengan '1 Malaysia'," katanya.

Nahas feri di mersing,3 maut

Posted: 26 Dec 2010 02:59 AM PST


Tiga maut, dua lagi masih hilang apabila feri yang membawa 29 penumpang karam ketika dalam perjalanan dari Pulau Sibu ke Terminal Feri Tanjung Leman di Mersing Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kejadian itu berlaku pada 1.30 tengahari tadi.

- Bernama

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 26 Dec 2010 01:12 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


1Malaysia wadah perpaduan?

Posted: 26 Dec 2010 08:54 AM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 26 Dec 2010 01:04 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Larang Logo 1 Malaysia Bising, 3 Tahun Larang Pamer Gambar MB Pakatan Kenapa Tak Bising?

Posted: 25 Dec 2010 07:13 PM PST

Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

"Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

"Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Najib hisap darah rakyat Malaysia

Posted: 25 Dec 2010 07:11 PM PST

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini.

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.

Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.

Belum lagi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri-menteri, isteri-isteri mereka, kaum kerabat dan kroni mengagih-agihkan khazanah negara.

UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kroni melahap isi - rakyat biasa dan penjawat awam menghirup kuah dan menjilat tulang.

Dalam mengisi kemerdekaan - jasa rakyat biasa dikenang dengan menghisap darah mereka.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia. Selamat berpesta kenaikan harga barang-barang dengan istilah 1Malaysia "PENYELARASAN SUBSIDI".

Penyelarasan subsidi bermakna harga barang naik dan darah rakyat Malaysia disedut oleh pemimpin yang sedang berkuasa.

ANAK ! Jangan Ganggu Keharmonian Felda!

Posted: 25 Dec 2010 07:09 PM PST


Wakakaka!
Sembang dalam TV bukan main hebatt!
Ceramah kat Putrajaya bukan main memekik!

Konon Felda banyak duit!
Konon Felda banyak aset!

Yang paling best.. Siapa kata Felda bangkrup PENGKHIANAT!!
Wakakaka!

Ni apsal slow-slow pujuk peneroka felda neh?
Ni apsal diam-diam minta tolong peneroka felda neh?

Time untung sorang-sorang?
Time tipu sorang-sorang?
Time Syok sorang-sorang?

Ni dah nak macam nak bangkrup (ataupun dah bangkrup?)
Baru nak terhegeh-hegeh pujuk peneroka agar jangan saman?
Aikkk??

quote
"Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda."

wakakaka!! wujudkan suasana tidak harmoni??
Abis selama ni harmoni la ye?
Tipu peneroka dengan gred sawit tu harmoni la pada UMNO ye?
Aduyaiii!!

Kalau makcik pakcik felda tak faham lagi tak tau laaa..
Kena mandi bunga satu felda neh!
orang UMNO felda je laaaa!!
wakakakaka!

sunsnake 24122010
Felda 'rayu' jangan saman
Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk 'Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara' yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Malaysia Boleh : Bertudung Tapi Bogel

Posted: 25 Dec 2010 07:07 PM PST

Bertudung Tapi Betis Didedah


Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak 'rapus'. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur'an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya." (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Kepala poning fikir yang pelik2 tetapi benar belaka... Apakah mereka ini jahil atau suka main2 kan hukum Allah.

Padan ngan muka hangpa

Posted: 25 Dec 2010 06:59 PM PST

Salam semua...

Pak Long ni bukan jenih suka melepak kedai mamak, bukan pasai Mak Long hang sakit hati... saja Pak Long rasa geli.... hihi... Tapi bila ada cerita roti canai ngan teh tarik nak naik harga... kawan Pak Long si Muthu dah mula berbulu... Pak Long tengok muka dia dah macam koboi sakit dah...

Dia tak puaih hati sungguh pasai kaum India yang minoriti ni jugak la yang selalu kena kencin. Apa yang puak India suka, naik harga... apa yang puak India makan, kena tekan... Pak Long tak mau la tegoq time tu walau tak berapa nak setuju, takut pulak dia jadi histeria... haha... susah anak bini dia...

Petrol yang naik baru ni, semua bangsa sakit kepala... ges masak naik mencanak, semua kaum macam nak meletup... gula naik lagi, semua orang maki maki termasuk la Lucy... hihi... Roti canai ngan teh tarik ni bukan puak India saja yang balun, dah jadi antarabangsa dah... kalau dah naik tu, semua pakat pakat kena rasa laa... haha... padan ngan muka hangpa... Ada pokok pisang, tebang habih buat kondo... mana nak mai cucoq kodok dah... ada pokok ubi, tebaih habih buat pasaraya... mana nak cari dah lepat ubi kayu... addehhh... meleleh ayaq lioq pulak dah...

Hmm... semalam Pak Long tengok rumah si Lucy tu gelap gelemat... tak dak langsung lampu lip lap... macam tak percaya dia tak sambut krismas pasai sakit hati... hihi... okey lah... nak pi hantaq cucoq kodok cicah gulai kat Lucy sat... Sambil sambil tu boleh la ucapkan selamat hari Natal kat Lucy dan semua pembaca blog Pak Long yang beragama kristian... dengan ucapan, selamat bergembira disamping barang naik harga... haha... padan ngan muka hangpa...

Wassalam,...

270 liku untuk ke puncak

Posted: 25 Dec 2010 06:56 PM PST




KEMALANGAN ngeri bas di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang mengorbankan 27 nyawa, termasuk 25 orang pelancong warga Thailand Isnin lalu mendedahkan betapa jalan raya berliku di tanah tinggi itu berupaya menjadi perangkap maut.
Laluan baru sejauh 95 kilometer itu sebenarnya lebih mudah dan selesa berbanding Jalan Tapah-Cameron Highlands yang lebih sempit dan dipenuhi dengan selekoh berbahaya.
Sememangnya kesempatan menyusuri jalan yang sempit dan penuh selekoh dari Tapah menuju ke tanah tinggi itu baru-baru ini memberi pengalaman berbeza kepada kru Jurnal.
Laluan bengkang-bengkok bermula sebaik sahaja kenderaan memasuki Kampung Orang Asli Kuala Woh di Batu 8, kira-kira 10 minit pemanduan dari Plaza Tol Tapah.
Berdasarkan jumlah kenderaan yang bertali-arus mendaki dan menuruni bukit, ternyata tanah tinggi itu masih menjadi tumpuan orang ramai pada cuti hujung minggu.
Dengan kelajuan kenderaan di antara 40 hingga 50 kilometer sejam, fizikal jalan raya yang sempit dan berselekoh tajam pasti menuntut lebih tumpuan.
Laluan dua hala itu semakin mengecil, kira-kira 200 meter dari Taman Rekreasi Lata Iskandar. Selain deburan air terjun yang boleh dinikmati dari bahu jalan, gerai makanan, hasil kraf dan pakaian menarik ramai pengunjung untuk berhenti berehat di situ.
Perjalanan kami diteruskan lagi. Jalan yang tadi lurus bertukar sebaliknya. Selekoh tajam berbentuk S, U dan Z semakin kerap dilalui.
"Jika melalui jalan sempit dengan selekoh tajam begini, hon perlu dibunyikan untuk memberitahu pemandu di laluan bertentangan tentang kehadiran kita. Ini dapat membantu mereka supaya memperlahankan kenderaan," ujar seorang pemandu dikenali sebagai Karu, 45.

SELEKOH tajam mengehadkan pemandangan. Justeru, pemanduan berwaspada dan membunyikan hon dapat mengelakkan kemalangan.


Hon
Sesekali di sebelah kanan jalan, terdapat deretan penempatan Orang Asli. Mereka juga mendirikan gerai menjual hasil hutan seperti orkid liar, rebung, petai, akar kayu dan madu lebah.
Ada juga hasil kraf yang dijual, antaranya sumpit, tudung saji dan bakul mengkuang.
Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat Orang Asli yang masih memakai cawat menggalas bakul mencari hasil hutan.
Tidak lama kemudian, hujan lebat tiba-tiba turun di tanah tinggi yang boleh mencecah suhu serendah 14 darjah Celcius itu.
Selepas satu jam setengah perjalanan, kami memasuki persinggahan pertama iaitu pekan Ringlet. Di sini laluannya lebih lebar dan cuaca dingin semakin dirasai.


Kira-kira 40 minit selepas itu, kami tiba di Tanah Rata yang menjadi tumpuan pelancong.
Kawasan yang menempatkan pejabat pentadbiran, hotel mewah, taman bunga, medan selera serta kedai cenderahati ini merupakan hentian utama bagi kebanyakan pengunjung ke Cameron Highlands.
"Kunjungan anda ke Cameron Highlands tidak sah jika tidak sampai ke Tanah Rata.
"Di sini, selain taman bunga, deretan kedai cenderahati dan medan selera, pelancong juga tertarik untuk mengunjungi pusat pameran dan jualan teh yang dihasilkan di Cameron Highlands," ujar seorang penduduk tempatan, Haniza Sharif, 25.
Mengimbas sejarah Cameron Highlands, nama itu diberikan sempena seorang juruukur Inggeris iaitu William Cameron yang menemui tanah tinggi tersebut ketika sedang membuat tinjauan pemetaan pada tahun 1885.

KENDERAAN pacuan empat roda digunakan untuk mengangkut sayur dari Blue Valley dan Kampung Raja sebelum dijual di Tringkap, Brinchang dan Kea Farm.


Jip
Selain ladang teh, sayur dan buah, Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson turut menjadi tarikan tanah tinggi ini.
Melepasi Tanah Rata, pendakian diteruskan ke Ladang Teh Bharat, ladang strawberi, kaktus dan bunga- bungaan seperti bunga ros dan kekwa yang ada di sepanjang jalan.
Brinchang pula terkenal sebagai lokasi pasar malam yang diadakan pada setiap hari. Kawasan ini bertambah padat selepas pukul 4 petang.
Terdapat begitu banyak gerai di sini. Paling jelas, buah strawberi yang menjadi ikon Cameron Highlands dapat dilihat di mana-mana sahaja, daripada bantal, pakaian, rantai kunci hingga ke selipar.
Berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut, tanah tinggi yang berkeluasan 712 kilometer persegi ini terkenal sebagai hub hasil pertanian utama negara.
Justeru, kunjungan ke Tringkap, Kea Farm dan Kampung Raja tidak perlu dilepaskan kerana sayuran dan buah-buahan segar di sini dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, penggunaan jip dianggap lebih praktikal terutama bagi peladang dan peraih yang mahu membawa sayur ke gerai jualan.
Namun, sikap pemandunya yang didakwa memandu dengan laju dan berbahaya mengundang rasa tidak selesa kepada pengguna jalan raya yang lain.
Ini diakui sendiri oleh pemandu bas henti-henti dari Tapah ke Tanah Rata, R. Sellakumar, 63.
Beliau yang sudah 15 tahun memandu di kawasan itu berkata, masalah utama yang sering dihadapi ketika mengendalikan bas ialah pemandu jip dan lori sayur.
"Saya belum pernah berjumpa dengan pemandu jip sayur yang memandu perlahan. Semuanya mahu cepat hantar sayur ke pasar tanpa mempedulikan kenderaan lain.
"Jalan yang sempit seperti laluan dari Ringlet ke Batu 19 juga banyak menguji kecekapan saya memandu.
"Jika berselisih dengan bas atau lori, saya perlu beri laluan kepada mereka kerana kenderaan mereka lebih besar.
"Jalan juga sudah banyak yang rosak. Kini, pemandu perlu lebih berhati-hati, tidak seperti 10 tahun dulu. Ketika itu, kenderaan pun tidak begitu banyak seperti sekarang," katanya.

JIKA menggunakan laluan Tapah, pengunjung dapat menikmati keindahan Lata Iskandar.


Memotong
Bagi Mat Kazar Mohd. Noh, 43, pula, keadaan jalan sempit dan rosak menjadikannya lebih berhati-hati ketika memandu.
Beliau yang menetap di Gua Musang, Kelantan, sering berkunjung ke Cameron Highlands bersama keluarganya.
"Jalan semakin kurang elok dan sikap pemandu jip sayur juga kian teruk.
"Bila bertembung dengan jip sayur atau mereka memandu dibelakang saya, memang ada perasaan bimbang kerana tindakan mereka memotong dan memandu tidak boleh dijangka," katanya.
Secara keseluruhan, perjalanan dari Tapah ke Blue Valley iaitu destinasi terakhir di Cameron Highlands perlu melalui lebih 270 selekoh tajam.
Jika anda berasa 'terseksa' melalui jalan itu, bayangkan bagaimana susahnya jalan itu dibina pada tahun 1925.
Mengikut catatan sejarah, pekerja-pekerja bukan sahaja terpaksa bekerja dalam cuaca sejuk bahkan berhadapan terkena penyakit malaria. Jalan itu siap sepenuhnya menjelang tahun 1931.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S K Devamany menyifatkan jalan di tanah tinggi itu sebagai berbahaya dan dipenuhi selekoh tajam.
"Saya sendiri pernah terlibat dengan empat kemalangan dalam tempoh tujuh tahun menjadi Ahli Parlimen," katanya.
Kru Jurnal memilih Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai sebagai laluan pulang ke Kuala Lumpur. Pemanduan terasa sedikit selesa dengan jalan lebih lebar.
Begitupun, pemandu masih tidak boleh leka kerana jalan tersebut tetap berliku apatah lagi jika memandu pada waktu malam.

Malaysia Boleh : Penduduk Pedalaman Di Limbang Belanja RM700 Untuk Ke Hospital

Posted: 25 Dec 2010 06:53 PM PST

Masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital, kata anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di sini.
Beliau berkata untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.
"Ada penduduk, seperti di Long Napir misalnya terpaksa berbelanja sekitar RM700 untuk mendapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ia pastinya menjadi beban utama penduduk yang hanya terdiri daripada golongan petani kecil-kecilan," katanya, Sabtu.
Katanya beliau berharap kerajaan akan dapat menimbang usaha membangunkan kemudahan klinik kesihatan di kawasan pedalaman Limbang selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.
Dalam pada itu Muhyiddin yang melawat Limbang dan Lawas baru-baru ini berkata kerajaan memang prihatin dengan masalah penduduk di pedalaman Sarawak dan akan memastikan Klinik 1Malaysia dapat diwujudkan masing-masing satu di Limbang dan Lawas.
Bahagian Limbang dan Lawas yang terpisah oleh dua wilayah Brunei mempunyai kira-kira 49,000 penduduk dan kebanyakkkan adalah dari masyarakat Orang Ulu selain Melayu, Cina dan Iban.

Ketuanan UMNO : PR tak mampu naik gaji kakitangan awam

Posted: 25 Dec 2010 06:46 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang tidak akan mampu melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir kerana ia bakal membabitkan satu perubahan fiskal yang amat besar.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh berkata, ini kerana kenaikan gaji sebanyak RM500 itu bukan sahaja memakan belanja yang terlalu banyak malah mampu memberi implikasi kewangan kepada negara.
Justeru, beliau menganggap janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar cakap kosong dalam usaha meraih sokongan rakyat.
"Mungkin mereka mampu memberikan bonus tahunan tetapi untuk menaikkan gaji kakitangan awam adalah amat tipis.
"Ini kerana kita perlu melihat berapa ramai kakitangan yang ada dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung setiap bulan bagi membayar kenaikan gaji itu.
"Malah, saya percaya, Timbalan Perdana Menteri sendiri berani membuat cabaran itu kerana sudah mengkaji implikasi dan tahu mereka tidak akan berani melakukannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Anwar supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu wajar sebagai membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam membela nasib kakitangan awam dan pegawai-pegawainya.
Asri berkata, janji-janji manis pakatan pembangkang itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka memang terkenal dengan sikap sedemikian.
Sedangkan, kata beliau, banyak janji yang dibuat tidak dikotakan dan dilaksanakan termasuk janji-janji manis yang ditabur pada pilihan raya umum lepas.

Ketuanan Katak : Ibrahim Ali tidak layak desak Nik Aziz letak jawatan

Posted: 25 Dec 2010 06:38 PM PST

Dewan Pemuda Pas negeri kesal dengan tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.
Ketuanya, Abdul Latiff Ab. Rahman berkata, Ibrahim sendiri menghadapi masalah kesihatan dan baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung biarpun usianya lebih muda daripada Nik Abdul Aziz.
Malah, beliau turut menyifatkan Ibrahim sengaja mahu mencari publisiti selepas sekian lama terlantar kerana pembedahan tersebut.
"Pada pandangan saya, kenapa dia tidak letak jawatan kerana dia sendiri tidak sihat. Sakit mati bukan kerja manusia, itu kerja Allah. Jadi kalau nak suruh orang letak jawatan sebab kesihatan, itu tidak betul kerana itu kerja Allah.
"Kedua, dari sudut kerja kerajaan, boleh sebut apa yang kerja yang terbantut, semuanya berjalan lancar biarpun Nik Abdul Aziz sakit kerana Exco kita sepakat dari dulu lagi. Jadi tidak ada sebab untuk letak jawatan kerana semua kerja itu berjalan dengan lancar," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan Perkasa yang mahu Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana masalah kesihatan.
Ibrahim juga dilaporkan meminta supaya satu badan khas ditubuhkan untuk menyiasat tahap kesihatan Mursyidul Am Pas itu sama ada beliau masih layak menjalankan tugas atau sebaliknya.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dikatakan berjanji meletakkan jawatan sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian tetapi tidak mengotakannya dan memberi alasan akan melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya diminta oleh ahli Pas.
Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, ahli Pas di negeri ini masih memerlukan buah fikiran Nik Abdul Aziz untuk terus mentadbir.
"Dari sudut kepemimpinan parti di negeri ini, kita masih memerlukan beliau untuk terus mentadbir dan kita di peringkat jentera parti juga tidak menghadapi masalah walaupun kadang kala beliau uzur," ujarnya.

Gempar - Menteri Kabinet Najib Merogol Amah

Posted: 25 Dec 2010 06:35 PM PST

RUPA-RUPANYA SI PEROGOL AMAH INI MASIH LAGI BERJAWATAN MENTERI

Rupa-rupanya cerita tentang 'bekas menteri' rogol amah masih tidak berakhir. Malah beberapa sumber, termasuklah daripada beberapa orang pemberita tabloid yang telah ke Jawa Tengah hampir dua tahun lalu untuk menemuramah mangsa rogol itu, turut muncul dengan cerita yang tersendiri. Dan sumber-sumber berkenaan serta cerita yang dirakamkan dalam bentuk video itu mengisahkan tentang seorang 'bekas menteri' yang telah memperkosa mangsa yang telah lapan tahun bekerja dengan keluarganya.

Yang paling mengejutkan sudah tentulah 'bekas menteri' tersebut sebenarnya BELUM LAGI bekas, sebaliknya masih lagi menjadi menteri dalam kabinet Najib Abdul Razak!!!!

Di sebalik seronok dengan cerita ADUN Selising, rupa-rupanya cerita 'bekas menteri yang belum lagi jadi bekas' ini rupa-rupanya tidak jauh nilai dan tarafnya. Bezanya yang seorang dituduh berzina, manakala yang seorang lagi dituduh merogol. Seorang dituduh oleh orang yang mengaku menjadi saksi dan menangkapnya, manakala yang seorang lagi oleh mangsa sendiri....

Ternyata politik Malaysia sudah semakin maju!

Penyaluran berita juga semakin maju!

Media-media pun tidak mampu dikawal lagi!

Ahli-ahli politik nampaknya terpaksalah berguru dengan Anwar Ibrahim, khususnya untuk mengalih topik ceramah agar keaiban ini tidak diperkatakan, atau setidak-tidaknya dilupakan buat sementara.

Kusangka botak yang jahat cuma kepala atas, rupa-rupanya botak kepala bawah lagi DAHSYAT!!!!

SATU ISRAEL SATU APCO

Posted: 25 Dec 2010 06:34 PM PST




NAJIB: SATU MALAYSIA BUKAN ALAT POLITIK BN – mkini

Najib Razak berkata konsep satu Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.

Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.

"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan ( satu Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APA MAT MONGOL INI CAKAP?.... kah kah kah…

woit… KALAU SATU MALAYSIA BUKAN POLITIK… BERAPA MALAYSIA BARU JADI POLITIK… kah kah kah…

woit…. NAPA BANGANG SANGAT MALAON INI ?.... kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA INI ADALAH SLOGAN POLITIK… BANGANg !.... kah kah kah

woit… ORANG RAMAI TAHU APA TUJUAN SLOGAN INI…. kah kah kah..

woit… TAK PERLU PUTAR BALIK…..kah kah kah…

kah kah kah… TUJUAN POLITIK UNTUK PANCING UNDI CHINA DAN INDIA… kah kah kah…

kah kah kah… SLOGAN POLITIK NAK TUNJUK GEROMBOLAN PARTI BAIK… kah kah kah

kah kah kah…BUKAN PARTI BUNUH KUGAN… ATAU BUNUH TEO BENG HOCK …ATAU TEMBAK AMINULRASHID…. kah kah kah…

kah kah kah… INI PUN NAK TIPU MELAYU…. kah kah kah…

nota:
kalau bukan politik
kenapa langgan apco?
apco buat kempen one isreal
apco buat kempen satu malaysia
apco pasang ajen untuk masa depan
apco ini ajen zionis

Dupahang's Weblog

Posted: 26 Dec 2010 11:09 AM PST

Dupahang's Weblog


Apa rasionalnya PAS ganti Umno? Ini rakyat kena tahu…

Posted: 26 Dec 2010 06:45 AM PST

Apa rasionalnya PAS ganti Umno? Ini rakyat kena tahu… Berikut sedutan bahagian pertama kertas kerja Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertajuk “PAS Ganti Umno: Rasional & Tindakan” yang telah dibentangkan dalam “Seminar PAS Sedia Ganti Umno” pada 13 Nov 2010, di Auditorium MBSA yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 26 Dec 2010 11:08 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Pas yakin tawan Terengganu

Posted: 25 Dec 2010 09:07 PM PST

KUALA KEMAMAN – Pas yakin mampu merampas kembali tampuk pemerinta-han negeri ini pada pilihan raya umum akan datang seterusnya bersedia mewujudkan kerajaan yang adil dan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya berdasarkan komitmen padu jentera pilihan raya parti berkenaan pada peringkat akar umbi ketika ini.

Pengarah Majlis Tinda-kan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, rakyat pada masa kini sudah muak dengan UMNO dan Bari-san Nasional (BN) memberi kelebihan kepada Pas untuk menang.

"Di mana sahaja termasuk kedai kopi, ramai yang bercakap dan meluahkan rasa kesal dengan UMNO dan BN yang gagal mentadbir dengan baik sehingga menyebabkan pelbagai gejala sosial seperti merempit, seks bebas, buang bayi dan sebagainya tidak dapat dibendung.

"Malah, kita akan sentiasa mendengar luahan rasa kesal penduduk kampung, golongan profesional dan pelajar mengenai perkara sama," katanya pada program memasak bubur asyura yang diadakan di Surau Haji Muda.

Sehubungan itu, Hanafiah berkata, berdasarkan 'mood' rakyat ketika ini Pas yakin mampu menawan kembali hati rakyat.

"Malah, saya juga yakin untuk merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun depan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Hanafiah berkata, program memasak bubur asyura tahun ini menjadi program besar-besaran yang pertama kali dianjurkan pihaknya.

"Kita masak sebanyak 17 kawah bubur asyura dan penyediaan bahan membabitkan semua tenaga jentera peringkat DUN iaitu 21 cawangan di bawah DUN Chukai," katanya.-Sinar Harian

Batu Gajah Mari

Posted: 26 Dec 2010 11:06 AM PST

Batu Gajah Mari


Amaran untuk skuad Malaysia!!!

Posted: 26 Dec 2010 07:40 AM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1357.snc4/162983_1502642093778_1466004126_31071375_2031608_n.jpg

SUMBANGAN PERALATAN MENULIS & BEG SEKOLAH OLEH DPPK BATU GAJAH

Posted: 26 Dec 2010 07:28 AM PST



Dppk Batu Gajah dengan usahasama Perak CARE hari ini telah melawat beberapa buah kampong disekitar Batu Gajah didalam proram sumbangan peralatan menulis dan beg-beg sekolah kepada anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah seramai 15 orang adik-adik yang telah dikenalpasti telah menerima sendiri daripada Penyelia DUN Sg Rapat Ust Radzi Zainun yang ditemani oleh Naib Ketua Pemuda Pas Perak saudara Salman Saleh, YDP Pas Kawasan dan KP Dppk Batu Gajah serta beberapa AJK Pemuda dan Kawasan yang turut bersama didalam sesi ini.

Semoga sedikit sumbangan ikhlas ini akan menjadi pencetus dan pembakar semangat adik-adik untuk lebih berusaha dan berjaya didalam pelajaran mereka dimasa hadapan. Ketua Pemuda Dppk Batu Gajah saudara Ammar Rosdy, ketika ditemui menyatakan kesyukuran kerana usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat dilakukan hari ini dan mudah-mudahan ianya dapat dikekalkan dimasa-masa akan datang. Matlamat kami adalah jelas, golongan yang lemah dan perlu dibantu wajar dibela dan perlu diberi perhatian. Tidak ada satu pun peralatan dan beg sekolah yang dibekalkan hari ini, diletakkan tanda atau logo parti kerana bagi kami anak-anak ini tidak harus disogok dan diracuni pemikiran mereka dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan parti kerana apabila mereka dewasa, anak-anak ini akan lebih mengetahui siapa yang jujur dan siapa yang ikhlas didalam pemberian kepada mereka dan keluarga. Kami ikhlas dalam pemberian ini, biarlah parti UMNO sahaja yang meletakkan logo UMNO Barisan Nasional serta 1 Malaysia di beg sekolah seperti yang berlaku di Malim Nawar baru-baru ini.

Saya yakin adik-adik berserta keluarga mereka akan tahu dan ingat siapa yang memberi sumbangan tersebut tanpa perlu diletakkan logo parti terbabit. UMNO dilihat semakin terdesak sehingga sanggup mencetak dan meletakkan logo parti mereka di beg sekolah yang dibekalkan kepada anak-anak sekolah di kawasan Malim Nawar. Anak-anak perlu bebas daripada cengkaman dan pengaruh parti politik. Biarlah mereka membesar dalam suasana alam persekolahan yang tidak dicampuri serta dicemari dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan politik.


Menurut Ketua Pemuda Dppk Batu Gajah saudara Ammar Rosdy, Pemuda Pas Batu Gajah jelas dalam konsep dan tujuan sumbangan ini, anak-anak ini perlu dijaga dan dipelihara agar minda dan kecerdasan ilmu persekolahan mereka dapat dipupuk sebaik mungkin mudah-mudahan hasrat melihat anak-anak yang berilmu terhasil dan berjaya. Menurutnya, tiada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu,tiada perilaku yang menguntungkan daripada adab, tiada teman yang lebih bagus daripada akal dan tiada benda yang lebih dekat daripada maut. Jesteru, kekayaan yang paling tinggi adalah akal dan kemiskinan yang paling besar adalah menjadi dungu dan bodoh, ketika mengakhiri pertemuan pada hari tersebut.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-jSi60S6JcLtqXubtteZe0Sw_BG1HFaIOB8MVjr71bUbAFmLWDQw0q-EF22liwmv2OfJmLyPWeg7XXBn4rIqVj3ySC8s5TUYca18bc9PrqR982UJp9mN3RmEck1uAQmocvkuNFIiiV1AW/s200/rosdy+menulis.jpg

Ammar Rosdy
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas,
Kawasan Batu Gajah Perak.

Perak Care bersama DPPK Batu Gajah membantu golongan miskin

Posted: 26 Dec 2010 06:28 AM PST



PAS Batu Gajah dan Dewan Pemuda bersama-sama dengan NGO yang baru ditubuhkan Perak Care menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada pelajar-pelajar miskin dibeberapa kampung dalam DUN Sg Rapat bagi mengurangkan bebanan ibu bapa pelajar tersebut.
Ini adalah program pertama NGO ini selepas ditubuhkan secara Rasmi semalam.

Harapan kepada anak-anak yang menerima pemberian tersebut supaya terus belajar agar mendapat keputusan yang memuaskan. Bagi ibubapa yang mana anak-anak mereka menerima sumbangan ini, diharap sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan dalam penyedian anak-anak tuan/puan diawal persekolan ini.



pengurusi PerakCare


Haji Ismail Arifin


mengurangkan beban rakyat.

Ustaz Radzi mendengar masalah Rakyat




dari rakyat untuk rakyat






terlalu daif. Kenapalah YB Hamidah tidak mengambil inisiatif membantu




Ketua Dewan Pemuda PAS Batu Gajah, Sdr Rosdy menyampaikan bantuan.

Calon Pas Tenang: saya bukan orangnya

Posted: 26 Dec 2010 06:25 AM PST


Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Aliman berkata, parti itu akan memilih anak tempatan sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan akhir bulan depan.

Oleh itu, Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor meminta pihak supaya menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.

"Ingin saya tegaskan bahawa keutamaan kita adalah anak tempatan dan kita tidak kekurangan anak tempatan di Labis.

"Seperti biasa kita akan terima senarai nama dari peringkat cawangan untuk diangkat kepada negeri kemudian dibawa ke pusat untuk dimuktamadkan," katanya.

Tambah Mazlan, mengenai soal calon adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan muktamad.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berkata walaupun DUN Tenang mempunyai kawasan Felda tidak semestinya beliau akan terpilih kerana masih ramai calon anak tempatan yang berwibawa di kawasan itu.

"Saya asal Batu Pahat, saya bukan anak tempatan, kita punyai ramai anak tempatan yang berwibawa di sana (Labis).

"Tidak semestinya apabila ada Felda, saya akan terpilih. Kita ada anak tempatan yang lebih berwibawa.

"Jadi mengenai soal calon kita serah kepada pusat sahaja untuk buat keputusan. Yang lain-lain saya tidak mahu komen," katanya.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Mazlan akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas. TMi

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Dec 2010 09:25 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Piala Suzuki : PAS Ucap Tahniah

Posted: 26 Dec 2010 08:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis : PAS mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

"Tahniah Malaysia menebus maruah Malaysia kalahkan Indonesia 3-0.

"Syabas, kalau kalah pun puas hati, pemain bersemangat Malaysia, tak macam Umno menang dengan rasuah," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada laman twitter.

Pada perlawanan tersebut, gol pasukan negara dihasilkan oleh Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin minit ke-67.

Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu ini.

sumber : harakahdaily

AWAS kepada penerima helmet 1 Malaysia

Posted: 26 Dec 2010 12:38 AM PST


Gambar hiasan je ni...jgn harap laa nk dpt free mcm ni !!


MAMPAT Menyeru kepada penerima Helmet 1 Malaysia agar berhati-hati....

Kuala Terengganu, 24 Disember 2010 - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyeru kepada mana-mana belia, pemuda dan sesiapa sahaja yang menerima Helmet 1 Malaysia yang di "hadiah"kan kepada mereka pada 17 & 18 Disember yang lalu agar berhati-hati kerana perkara berikut;

1. MAMPAT mendapati pada helmet tersebut tidak terdapat tanda / logo SIRIM. Ini bermakna, helmet tersebut tidak melalui ujian khusus/khas ketahanan dan keselamatan. MAMPAT khuatir, helmet tersebut di buat tanpa kualiti dan diimport dari China sebagaimana e-book yang dibekalkan kepada pelajar-pelajar sebelum ini.

2. MAMPAT juga mendapat laporan daripada pengguna yang menggunakan helmet tersebut bahawa, telah ada helmet yang "TERBELAH 2" apabila jatuh terembas di adat simen.

Oleh itu, MAMPAT memohon kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan 10 unit helmet yang diterima bagi membolehkan MAMPAT membawa helmet-helmet tersebut untuk diuji di makmal yang diiktiraf.... hanya 10 unit sahaja diperlukan.

Untuk itu, sila hubungi samada Pengerusi MAMPAT atau SU saudara Zaidan.....

Seminar PAS Ganti Umno : Kehadiran di luar jangkaan

Posted: 25 Dec 2010 03:44 AM PST

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

SEKITAR Seminar PAS Ganti Umno peringkat Negeri Terengganu
24 Disember 2010 di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penggerak Massa - PAS Ganti Umno, Tuan Hj Yahya Ali


Perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib


Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Idris Ahmad




Penggerak kempen 'PAS Ganti Umno'...sedia menerima arahan




Sebahagian peserta muslimin di luar dewan


Peserta muslimin di dewan utama



Sebahagian peserta muslimat yang memenuhi dewan

Semangat muslimat walaupun tanpa tempat duduk yang selesa


YDP PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan turut serta bersama saf kepimpinan BPPNT


Taklimat isu-isu semasa oleh Setiausaha Agung PAS Pusat


Khusyuk mendengar soalan & cadangan dari peserta


Ketua Muslimat Dungun, Kak Teh @ Hajjah Khairiah Mokhti mengemukakan cadangan untuk memantapkan lagi gerakkerja


Kak Ani (Muslimat Kerteh) menggamatkan suasana


"Ya Allah, Kau hancurkanlah barisan mereka....."


Bacaan doa penutup oleh Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Hj Hussin Awang

Berita baik.....TGNA & DSAI Ke Terengganu Di Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti UMNO"


KHIDMAT MERU

Posted: 26 Dec 2010 09:21 AM PST

KHIDMAT MERU


SURAU AZ ZUBIR MENCIPTA SEJARAH

Posted: 26 Dec 2010 06:42 AM PST










Surau Az Zubir Kg Bukit Kapar telah mencipta sejarah apabila berjaya mengadakan buat pertama kalinya beberapa program untuk golongan kanak-kanak dan remaja dikariah tersebut.

Dengan bertemakan "Remaja Hari ini adalah Pimpinan Masa Depan",alhamdulilah segala aktiviti dan bentuk riyadhah serta hiburan yang di adakan mendapat sambutan yang luar dugaan.

YB Dr Abd Rani yang di jemput sebagai perasmi penutupan program tersebut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Surau Az Zubir dan AJK nya yang telah berusaha keras dalam mencari dana untuk menjayakan program yang cukup bermanafaat bagi generasi muda tersebut.

Pemuda Guchil

Posted: 26 Dec 2010 09:12 AM PST

Pemuda Guchil


Jangan lupa ‘hadiah’ BN sepanjang 2010

Posted: 25 Dec 2010 07:23 PM PST

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Posted: 25 Dec 2010 07:12 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Dec 2010 09:07 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Tn Guru Nik Razi 1 Jan 2011 Seremban

Posted: 26 Dec 2010 02:10 AM PST


CERAMAH TAHUN BARU
Bersama Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, Pengasas Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 1 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau As-Sibian Taman Dusun Setia, Seremban
Waktu : Selepas Maghrib (7.30 mlm)

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ghazali 013-3681062 / 019-6351519

Ceramah Md Sabu 4 Jan 2011 Seremban

Posted: 26 Dec 2010 02:09 AM PST


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Bersama :
Tn. Hj. Mohd Sabu
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Chegubard
YB Loke Siew Fook
Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 9 Malam
Tempat : Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

i n t a n h i j a u

Posted: 26 Dec 2010 07:26 AM PST

i n t a n h i j a u


1MALAYSIA MEMANG ALAT POLITIK UMNO/BN / 1مليسيا ميمڠ الت ڤوليتيک امنو/بن

Posted: 25 Dec 2010 10:03 PM PST


KUALA LUMPUR, 26 Dis: Biarpun dipertahan oleh Datuk Seri Najib Razak, namun Pakatan Rakyat yakin dan percaya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri itu sememangnya agenda politik Umno BN.

Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik Barisan Nasional (BN) tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara.

Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.

Kedua-duanya berkata demikian menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.

Biarpun alasan yang deberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.

Malah katanya, 1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.

Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat.

"Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Ust Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.

"Mereka larang semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.

Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.

Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.

"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukn? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk skolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?

"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.(harakahdaily)

BLOG KELANTAN OUTSIDER : MENGHINA RAJA ATAU MEMARTABAT RAJA..? / بلوݢ کلنتن اوتسيدر : مڠهينا راج اتاو ممرتبت راج..؟

Posted: 25 Dec 2010 04:26 PM PST


Ada satu blog baru yang bernama the kelantan outsider. Dia kata kewujudan blog baru ini daripada kuasa rakyat yang sudah bosan dan muak dengan apa yang telah berlaku (mungkin di Kelantan).

Di dalam blog ini ada juga gambar logo Perkasa, Ku Li dan Sultan Kelantan sebelumnya.

Terpulang kepada anda untuk menilainya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Dec 2010 01:31 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Perhimpunan Bekas pelajar SMA Al Tahzib Titi Serong.

Posted: 25 Dec 2010 09:28 PM PST

19 Muharram 1432H.

TITI SERONG,26 Dis.:- Binaan bangunan dan institusi pendidikan atas nama Allah dan kerana tuntutan Allah tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan manusia pasti akan terus kekal walaupun terdapat usaha untuk merobohkannya, Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi ucapan perasmian dalam Perhimpunan Bekas Pelajar Tahzib di sini pagi tadi.

Himpunan yang dihadiri oleh sekitar 200 orang bekas pelajar tahzib itu turut dihadiri oleh Isteri ADUN berkenaan dan Pengetua Sekolah.

Sekolah Menengah Agama Al Tahzib pernah menggemparkan banyak pihak bila pihak pengurusan sekolah mengambil langkah yang drastik dengan bertindak untuk keluar dari senarai Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK) pada tahun lepas. Sekolah itu pernah berada dalam senarai SABK sejak tahun 2006.




Pada kesempatan itu Drs. Khalil telah memberikan beberapa contoh besar dengan usaha pihak tertentu untuk meruntuhkan binaan atas nama Allah. Antaranya bangunan Kaabah yang pernah ingin dirobohkan oleh Abrahah dengan tentera bergajahnya namun digagalkan oleh Allah SWT yang mengirim gerombolan burung yang melampari mereka dengan batu yang membinasakan musuh Islam itu.

"Terdapat juga usaha untuk melihat PASTI ditutup namun ianya masih gagal sampai sekarang" Tegasnya.

Pada kesempatan itu beliau mendedahkan perkembangan institusi agama seperti sekolah menengah, rendah dan maahad tahfiz terus berkembang waaun terdapat pihak yang tidak senang dengan usaha itu.

"Sekarang pemimpin suruh Islam ikut dia sedangkan yang sepatutnya kita kena ikut Islam" Jelas Khalil.

Drs. Khalil lawat PASTI Al Mu'tasim

Posted: 25 Dec 2010 09:21 PM PST

19 Muharram 1432H.

TITI SERONG, 26 Dis.:-ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bersama dengan isteri membuat peninjauan proses pendaftaran pelajar baru PASTI Al Mu'tasim Jalan Terusan Titi Serong pagi ini.Beliau dan Isteri bergambar dengan Jawatankuasa PASTI dan guru-guru yang mengajar di situ.

Pada hari pendaftaran pada hari, PASTI Al Mu'tasim menerima 20 orang pelajar baru.

Lawatan yang singkat itu digunakan oleh Drs. khalil untuk meninjau kemajuan dan keperluan yang mendesak bagi PASTI itu.

Ceramah Umum di Lenggong .

Posted: 25 Dec 2010 09:02 PM PST

19 Muharramn 1432H.

Ceramah umum sempena pelancaran Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) di Lenggong, penceramah utama Yb. Ust Nasaruddin Mat Isa dan Sdr Mazlan Aliman. Kehadiran baik sekitar 1000 orang penduduk tempatan termasuk kaum Cina dalam keadaan cuaca yang baik.

RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?

Posted: 25 Dec 2010 09:00 PM PST

19 Muharram 1432H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Dis: PAS mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah ataupun hanya akan memperlihatkan sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat.

Ketua Penenrangan PAS, Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS merasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan memerintah negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji tersebut hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas ini.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," ujarnya lagi.

Sambil menasihatkan Muhyiddin sabar dan tidak emosi, Idris juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga jelasnya tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya.

Pengikut