Ahad, 26 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 26 Dec 2010 03:29 AM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 25 Dec 2010 11:26 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


307 orang Peneroka Felda sekitar Kilang Sawit Jengka 3 serah Warrant untuk Bertindak

Posted: 25 Dec 2010 06:29 AM PST

Sdr Bostamin Bakar menyerahkan 306 Borang Waran untuk Bertindak kepada Peguam T.Kumar disaksikan oleh Haji Zahari Mamat, Naib Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Sdr Rebin Birham, AJK Biro Felda PKR Pusat.
Dato Fauzi Abdul Rahman sedang memberikan ucapannya

Sdr Rebin Birham memberikan pandangan dan mendedahkan beberapa peristiwa di Felda Serting 1 dan 2, dan Palong 9 di Negeri Sembilan di mana peneroka-peneroka Felda telah mengalami permainan manipulasi oleh Felda dan kuncu-kuncu mereka.

Peguam T.Kumar menerangkan proses undang-undang yang bakal dilaksanakan didalam proses menyaman Felda
Haji Suhaimi Said menerangkan masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda didalam memperjuangkan hak mereka berhubung perahan peratusan KPG yang telah dimanipulasi oleh Felda

Sdr Amir, wakil dari Felda Jengka 9 turut menyerahkan 107 borang Waran untuk Bertindak kepada Peguam T. Kumar
Dato Fauzi Abdul Rahman bergambar bersama-sama wakil-wakil Peneroka

==
Seramai 307 orang peneroka-peneroka sekita Kilang Sawit Felda Jengka 3 telah menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak melantik peguam untuk mengemukakan saman terhadap Felda berhubung peratusan perahan KPG yang telah dimanipulasi oleh Felda.
Dari sekian lama Peneroka-Peneroka telah diberikan hanya sekadar 18 hingga 19% sahaja perahan KPG menyebabkan Peneroka-Peneroka kerugian pendapatan dari RM200.00 hingga RM500.00 setiap bulan sejak 20 tahun yang lampau.
Peneroka-peneroka telah maklum bahawa setiap satu peratus perahan KPG yang dinafikan kepada mereka, mereka kerugian antara RM20.00 hingga RM40.00 bagi setiap tan, dan kerana itu mereka telah menanggung kerugian yang besar.
Sejak peneroka-peneroka sedang berusaha untuk menyaman Felda bagi memperbetulkan peratus perahan KPG ini, Felda telah menaikkan peratusan itu hingga 21%, dan ini membuktikan bahawa Felda telah memanipulasi peratusan perahan KPG dengan mendatangkan kerugian yang besar kepada peneroka-peneroka.
Disamping kerugian tersebut, peneroka-peneroka juga telah dimanipulasi mengenai "buah sawit muda, buah mengkal dan tangkal panjang" dan jika dihetung hampir 60 tan setiap bulan buah-buah kategori ini telah dikeluarkan dari timbangan. Peneroka-peneroka tersebut telah didenda kerana membawa buah-buah kategori itu.
Kononnya buah-buah itu dimusnahkan oleh Kilang Sawit Felda, tetapi buktii yang diperolehi, buah-buah itu turut di proses oleh Kilang, tetapi menfaatnya tidak diserahkan kepada peneroka-peneroka.
Maka selain dari menuntut peratusan perahan KPG yang sebenar, peneroka-peneroka itu juga akan menuntut dari Felda kerugian yang mereka alami keatas buah-buah sawit yang dikeluarkan dari timbangan, yang setiap peneroka Felda kerugian tidak kurang daripada RM20,000.00 hingga RM50,000.00.
Peneroka-peneroka tersebut memberi jaminan kepada Felda bahawa mereka tidak akan meneruskan saman jika Felda sanggup merundingkan pampasan yang sesuai dan menggantirugi mereka diatas kerugian mereka selama 15 tahun walaupun mereka telah dipermainkan melebihi 20 tahun.
Selain 307 Borang Waran untuk Bertindak yang diserahkan oleh Sdr Bostamin Bakar mewakili peneroka-peneroka sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3, Peguam T.Kumar juga menerima 106 Borang Waran untuk Bertindak dari wakil Felda Jengka 9.
Jumlah ini akan bertambah apabila Peneroka-Peneroka Felda Jengka 1, Ulu Jempol dan Jengka 11 akan menyerahkan Borang Waran untuk Bertindak ini dalam tempoh 14 hari dari hari ini.





Anwar Ibrahim

Posted: 25 Dec 2010 07:22 PM PST

Anwar Ibrahim


Perutusan Hari Natal & Tahun Baru 2011

Posted: 24 Dec 2010 07:14 PM PST

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia.

Seminggu lagi, tahun 2010 akan menghampiri penghujungnya. Sebagaimana lazimnya, tiap kali menjelang tahun baru maka kita akan memperbaharui iltizam dan tekad demi menggapai impian dan matlamat yang dicita-citakan. Walaubagaimanapun, segala iltizam dan tekad yang disemai tak mungkin akan tercapai seandainya tak dibaja dengan usaha dan tindakan.

Sepanjang 2010, negara telah menyaksikan pelbagai bentuk pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang berasaskan sentimen perkauman sempit serta penindasan ke atas hak rakyat terbanyak. Semua ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung kembali betapa pincangnya pentadbiran kerajaan sedia ada.

Justeru, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk sama-sama bersatu menyelamat dan memartabatkan negara ini bersempena tahun baru 2011 kelak.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2011!

ANWAR IBRAHIM

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 25 Dec 2010 07:22 PM PST

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


FITNAH DARI MyKMU JOHOR

Posted: 25 Dec 2010 03:39 PM PST

Fitnah MyKMU disini (klik)

Ketandusan Idea. Itulah yang boleh diumpamakan apabila sebuah laman web pro Umno menyiarkan berita palsu dengan mendakwa Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor yang terletak di Taman Teratai dikatakan hendak dijual.
Pejabat ini yang disewa oleh Keadilan Johor sebagai ibupejabat Keadilan negeri akan berpindah ke pejabat baru dalam tempoh terdekat. Pejabat ini turut digunapakai oleh Keadilan Cabang Gelang Patah yang akan berpindah ke pejabat baru selewat-lewatnya sebelum Mac 2011 setelah menerima "CF" bagi menduduki pejabat baru tersebut.
Fitnah mengatakan bahawa Pejabat ini akan dijual kepada PAS atau DAP adalah tidak berasas sama sekali dan satu pembohongan dari MyKMU/Umno. Bahkan didalam gambar tersebut banner "DIJUAL" sengaja diada-adakan dengan teknik grafik menunjukkan bangunan/pejabat ini telah dijual dan mereka juga cuba menimbulkan suasana tidak senang dikalangan AMK apabila penulis artikel tersebut menggunakan nama "bekas AMK Gelang Patah". AMK Gelang Patah mencabar penulis artikel ini untuk bertemu dengan mana-mana AJK AMK Gelang Patah bagi membuktikan dirinya bekas ahli AMK Gelang Patah. Inilah kebangsatan Umno/BN yang ketandusan modal untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang semakin mengorak langkah menawan negeri Johor pada PRU-13 nanti. Bahkan beberapa bekas pemimpin Umno menjangkakan bahawa Umno/BN Johor bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Mereka amat bacul bila dicabar untuk berdepan. Buktinya ketika mereka diajak berdebat mengenai isu felda di Tenggara beberapa bulan yang lalu, wakil mereka tidak datang wallaupun persetujuan untuk hadir telah dipersetujui.
Fitnah sebegini menguatkan lagi dakwaan bahawa Umno/BN sememangnya terlibat dalam penyebaran banner yang memfitnah Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan Yang Mulia Tuanku Sultan Johor murka. Yang pastinya kes ini masih belum selesai dari siasatan polis walaupun sudah lebih 4 bulan kes ini disiasat. Kenapa..???? Persoalan yang perlu dijawap oleh pihak polis.....

PRK N.05 TENANG : 30 JANUARI 2011 HARI MENGUNDI

Posted: 25 Dec 2010 05:14 AM PST

Sama ada tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor yang telah ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan sememangnya dirancang terlebih dahulu bagi menghalang pengundi terutama mereka yang berbangsa tionghua yang berkerja diluar Labis untuk balik ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari tersebut. Ini kerana jika mereka pulang ke kampung pada hari mengundi iaitu pada 30 Januari 2011, mereka akan pulang ke kampung sekali lagi selang 5 hari iaitu pada ke 4 Februari 2011 kerana kaum tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina.

Penulis bertemu dengan beberapa peniaga berbangsa tionghua di sekitar Labis dan mereka menyatakan bahawa ini adalah taktik Umno/BN untuk memenangi kerusi DUN tersebut dan berkemungkinan majoriti mereka akan bertambah disebabkan ramai pengundi berbangsa tionghua ataupun bangsa lain yang tidak dapat pulang mengundi berikutan tarikh tersebut terlalu hampir dengan tarikh sambutan Tahun Baru Cina.

Sememangnya inilah kuasa mereka. Sama ada Suruhanjaya Pilihanraya jujur atau diarah oleh pimpinan Umno/BN bagi menetapkan tarikh mengundi tersebut, itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat. Penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari 2011.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak mengundi dan hanya 18 pengundi pos yang layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Kepada para petugas Pakatan Rakyat terutama AMK Johor diharap dapat memberikan kesepakatan dan kerjasama yang baik dalam usaha menawan DUN Tenang.

Lawan tetap Lawan

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 25 Dec 2010 01:18 PM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 25 Dec 2010 11:18 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Dari Meja SU MPN: SELAMAT HARI NATAL

Posted: 24 Dec 2010 06:37 PM PST

Salam sejahtera,

Selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Kristian. Semoga dengan sambutan perayaan ini akan memberi suatu harapan baru dan semangat dalam melalui detik-detik kehidupan seterusnya dalam tahun baru.
Sudah menjadi kelaziman setiap perayaan akan disambut bersama oleh warga rakyat yang lain. Ini menunjukkan semangat setiakawan dan persefahaman disamping timbang rasa antara kepelbagaian ras kaum yang ada di negara ini. Sikap ini penting bagi mengekalkan perpaduan antara kaum sebagai satu warganegara Malaysia.
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan meletakkan harapan agar perpaduan ini dapat diterjemahkan dalam suatu bentuk sokongan jitu bagi mengubah haluan pentadbiran negara yang lebih telus, amanah dan progresif pada tahun hadapan demi kebajikan rakyat terpelihara dan kemakmuran ekonomi akan dapat dinikmati sebaiknya.
KE ARAH MENAWAN NEGERI SEMBILAN PRU-13

PRK Dun Tenang: 30 Januari 2011

Posted: 24 Dec 2010 06:16 PM PST

SPR telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang di Labis, Johor pada 30 Januari bersamaan hari Ahad tahun depan.

Manakala hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 Januari tahun 2011 di Majlis Daerah Labis. Pusat penjumlahan undi pula akan dijalankan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.
Seramai 14,753 pengundi layak mengundi dengan 14,735 adalah pemilih biasa dan 18 pengundi pos.
Daripada jumlah tersebut, 7,014 orang (47.54%) adalah kaum Melayu, Cina (5,766), India (1,780), Bumiputera Sabah & Sarawak (11 orang) dan Orang Asal (171).

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 25 Dec 2010 11:01 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Mesra PKR 31 Dis 2010 Seremban

Posted: 25 Dec 2010 06:45 AM PST

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Mustaffa Kamil Ayub (MPP PKR)
Dr. Muhammad Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR Pusat)

Datang beramai-ramai

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/12/ceramah-umum-n9.html

Bekas Ketua Pemuda di Rembau mohon bantuan kebajikan?

Posted: 24 Dec 2010 03:21 PM PST

Sebuah Blog melaporkan seorang bekas Ketua Pemuda Umno satu cawangan di Rembau telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau benar, eloklah Ketua Pemuda Umno Pusat yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Bahagian Umno Rembau melawat bekas Ketua Pemuda Cawangan Umno ini untuk menyegerakan bantuan. PAS dan PKR pun boleh ziarah bekas Ketua Pemuda Cawangan Umno ini dan membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Nak tahu bekas Ketua Pemuda Umno cawangan mana yang disebut dalam Blog tersebut, sila ke pautan berikut http://bintongan.blogspot.com/2010/12/bekas-ketua-pemuda-umno-cawangan-kg.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 25 Dec 2010 09:25 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Bukan Semua Peneroka Dapat Bonus...Usah Sembang ler !!!

Posted: 25 Dec 2010 05:00 AM PST

Felda bayar bonus RM100.9 juta

KUALA LUMPUR: Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.

"Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas.

"Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar," katanya.

Beliau berkata bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang.

"Pada tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.

"Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain," katanya.

Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya.

Najib berkata seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.

Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

"Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan peneroka," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut