Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia atau Kosmo tidak layak untuk bercakap soal etika kewartawanan.
Ini kerana, menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan akhbar berkenaan dengan jelas telah mencabul etika kewartawanan berdasarkan laporan yang bukan sahaja tidak adil bahkan memperbodohkan pembaca.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab asakan wartawan yang mempersoalkan mengapa Abim selaku penganjur Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan tidak menjemput wakil akhbar arus perdana seperti Utusan atau Kosmo.
“Kita tidak jemput Utusan atau Kosmo sebab mereka dengan jelas cabul etika kewartawanan. Kita panggil mereka (akhbar) yang beretika sahaja,” katanya dalam sidang media.
Malah katanya, etika kewartawanan telah dimusnahkan oleh akhbar berkenaan kerana tiga perkara iaitu pemilikan media, ‘political master’ dan iklan yang disiarkan.
Seminar yang diadakan di Kompleks Dar Al-Hikmah Sungai Ramal membariskan tiga orang panel iaitu, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali, Ketua Editor Malaysiakini Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.
“Kalau kita hendak berhujah dalam hal ini, orang yang kita panggil adalah jelas etikanya. Kita beri keadilan kepada mereka untuk bercakap soal etika,” tegasnya.
Tambahnya, seminar ini adalah satu peluang yang adil untuk mendidik masyarakat apakah etika kewartawanan yang sebenar.
“Contohnya, kita jumput di kalangan mereka adalah perompak dan bercakap dalam soal rompakan,” tegas beliau yang mempertahankan tindakannya, tidak menjemput akhbar arus perdana dalam seminar itu.
Justeru, Abim dan beberapa Ngo yang lain menyatakan pendirian tentang etika kewartawanan pada masa depan dengan menolak segala laporan berbentuk lucah, mengaibkan seseorang di ruang awam, ‘Character assassination’ dengan menginjak-injak maruah, memalukan seseorang secara sewenang-wenangnya bukan sahaja tidak beretika tetapi mencabul hukum agama.
Abim juga menyeru pihak pemerintah dah oposisi mengambil kira akan prinsip asas media dan kewartawanan wajib berdasarkan fakta, kebenaran dan sumber yang sah.
Dan, Abim menyeru masyarakat untuk menolak dan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap laporan dan pemberitaan yang melanggar nilai dan etika kewartawanan.
Resolusi
Seminar yang berlangsung setengah hari itu turut menggariskan empat resolusi iaitu:
Etika kewartawanan yang berasaskan cita-cita bagi menegakkan kebenaran, ketelusan dan keadilan dalam masyarakat dan negara hendaklah menjadi falsafah dan dasar utama industri media negara. Seluruh saluran media terutama media arus perdana digesa lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan dan menyebarkan berita dan maklumat kepada masyarakat.
Pengamal media dituntut untuk sentiasa berpegang teguh kepada etika kewartawanan yang mementingkan nilai-nilai moral dan akhlak dalam usaha menyampaikan berita dan mendidik masyarakat.
Ini memastikan industri media menjadi ejen pencerdasan dan pembudayaan pemikiran dan nilai hidup bertamadun dan bukan sebagai organ yang dilihat cuba untuk merendahkan kualiti hidup dan pemikiran masyarakat menerusi sumber maklumat yang tidak tepat, berbahasa kesat, berunsur lucah menjadi punca perbalahan sesama rakyat.
Media hendaklah meningkatkan tahap integriti sebagai organ yang berdikari dan berwibawa dan memastikan tidak terjebak sebagai penyebar ghibah dan fitnah dengan sengaja menerusi pemberitaan yang mengaibkan dan memalukan dan mencemarkan nama baik serta mencabul kesucian maruah manusia.
Pengamal media hendaklah menghormati hak rakyat untuk memperoleh berita yang benar dan beretika.
Oleh itu, media perlu bersikap sensitif dan memberikan perhatian serius terhadap kegelisahan dan penolakan masyarakat terbanyak terhadap budaya arus perdana hari ini dengan jelas melakukan pelanggaran berterusan terhadap etika dan niali-nilai murni yang dipaparkan kepada masyarakat.
ALOR SETAR: "Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya. "Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan," kata Rozita Said, 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka. Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011
Aku tertanya-tanya juga, kenapa Hishamuddin Rais menyebut tiada lagi BERSIH 4.0 sehingga menjelang PRU13. Padahal bagi puak Pakatan Rakyat, himpunan BERSIH itu adalah himpunan paling suci dan mulia bagi mereka, sehinggakan Tanah Suci Makkah & Madinah pun deorang nak try berhimpun untuk BERSIH jahanam ni kat sana, sungggguh gila !!!
Dalam waktu mutakhir ni, ramai yang menjangkakan bahawa PRU13 akan berlangsung pada bulan depan , Jun 2012. Selain daripada itu, ada juga pendapat (contohnya Tun Dr.M) yang menjangkakan PRU13 akan hanya berlangsung pada selepas Aidilfitri September nanti.
Adakah Hishamuddin Rais dan pimpinan Pakatan Rakyat telah merasakan kesan buruk himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini yang telah mencalarkan reputasi Pakatan Rakyat selama ini yang telah mereka gilap dengan penuh adu domba dan pembohongan kepada rakyat - tiba-tiba dengan Kuasa Allah , satu gambaran paling buruk terhadap Pakatan Rakyat telah berlaku semasa himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung baru-baru ini.
Mengikut rekod dan sejarah di antara Himpunan BERSIH , BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 , Pakatan Rakyat telah kena backfire dari himpunan tersebut yang paling buruk adalah pada Himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini (Insiden terbalikkan patrol car dan Insiden Anwar bagi arahan serbu halangan Polis) ... Ianya amat menjengkelkan di mata rakyat Malaysia secara total !
Ini termasuk reputasi Pakatan Rakyat dari sudut pandangan pengundi ATAS PAGAR yang amatlah penting bagi BN dan PR sendiri. Imej Pakatan Rakyat TERUK MENJUNAM HANYA KERANA KEJADIAN-KEJADIAN BURUK DI HIMPUNAN BERSIH 3.0 ...
Bagi pengundi ATAS PAGAR, mereka mempunyai prinsip dan sikap mengundi yang amat mudah sahaja, mana-mana pihak sama ada BN mahupun PR yang dapat membuktikan bahawa mereka boleh menjaga ketenteraman rakyat dan ekonomi Malaysia dengan baik, maka undi ATAS PAGAR sudah pasti akan terarah kepada puak terbabit...
Tak kiralah engkau BN mahupun PR ... Undi ATAS PAGAR amat dipengaruhi sentimen 'saya senang jika puak ini memerintah, maka saya akan undi puak ini'.
Ingat !! Pengundi ATAS PAGAR tidak taksub kepada mana-mana perjuangan parti politik. Mereka ini hanya ingin merasa senang dalam mencari makan dan menyara keluarga mereka, maka itupun sudah cukup untuk mereka putuskan bagi mengundi siapa di atas kertas undi nanti.
BERSIH 4.0 tiada lagi dah ???
Bagi pendapat aku secara peribadi, ianya mungkin ada dua (2) kemungkinan , kenapa Perhimpunan BERSIH 4.0 tidak akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU13 ...
IANYA MUNGKIN KERANA ...
1- Pakatan Rakyat bimbang kebencian rakyat / pengundi ATAS PAGAR terhadap Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 akan terus meluap-luap apabila diadakan pula BERSIH 4.0 ! ...
ATAU MUNGKIN JUGA DISEBABKAN ...
2- Pakatan Rakyat akan menggunakan nama BERSIH 4.0 untuk mereka bikin huru-hara dalam negara ini (sejurus selepas PRU13 diumumkan).
Itupun kalau BN menang lagi ler ...
Inilah modal politik kotor Pakatan Rakyat ! Kalau BN Menang, diorang akan tuduh BN MENANG SECARA TIPU ... PROTES JALANAN AKAN DILAKUKAN ! ... HURU HARA AKAN BERLAKU SELEPAS KEPUTUSAN PRU13 DIUMUMKAN ...
Tetapi, seandainya jika ditaqdirkan (Nauzubillahhiminzaaalik!) Pakatan Rakyat menang dan mereka dapat memerintah Malaysia , maka bagi mereka Keputusan Pilihanraya ke 13 adalah betul dan benar belaka (kononnya berkat hasil perjuangan mereka mengadakan Perhimpunan BERSIH , BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 sebelum ini) ...
Kepada semua pimpinan UMNO BN khususnya pimpinan dan ahli UMNO BN di Kedah, saya minta anda jangan leka !!
Walaupun Pakatan Rakyat menyatakan BERSIH 4.0 tidak akan dianjurkan , kita janganlah mudah terpesona dan terpedaya !
Itu bukan menunjukkan bahawa mereka sudah insaf atau mereka merasakan Perhimpunan BERSIH , BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 sebelum ini telah menemui kegagalan mutlak, tetapi hakikatnya mereka mungkin ada menyimpan "satu agenda sulit yang tersirat" untuk men"Tahrirkan Malaysia" melalui BERSIH 4.0 sejurus keputusan PRU13 !!
Jadi, berhati-hatilah. Pakatan Rakyat MEMANG SUKA MENIPU!
Aku: AloQStaQ 20 MAY 2012 (Sabtu Mlm Ahad) 1.31 Pagi
Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi.
Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara minggu ini.
Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.
"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.
"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.
Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.
Pas diminta tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan Umno, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata Umno sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi Pas sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut.
"Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini. Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik," katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.
Katanya kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.
"Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sementara itu, Mustapa berkata cadangan untuk mengadakan debat terbuka menjelang pilihan raya umum bukanlah suatu perkara baru dan telah diamalkan sebelum ini.
"Debat terbuka ini sentiada diadakan dan akhirnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Mustapa berkata rakyat harus mengetahui betapa besarnya jasa kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.
"Rakyat hanya membayar kira-kira satu peratus sahaja caj perubatan kerana yang lainnya telah diberikan subsidi yang cukup besar," katanya. - Bernama
Reaksi Ketua Pemuda UMNO :
"Muzakarah hanya kalau UMNO masuk Pakatan. Syarat yang tak masuk akal sebab PAS dah dapat apa dia nak dari Anwar. Khalas. Drama habis."
"So ini yg berlaku. PAS timbulkan isu muzakarah. Anwar panik dan hubungi TGNA. Anwar tanya apa PAS mahu. TGNA jawab mahu kerusi2 tertentu PRU13"
Kerana kepentingan Politik! PAS sanggup lacurkan Agama dan persetankan penyatuan...
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
"Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.
Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.
Syarat Nik Aziz terlalu mengarut kerana perlu disertakan dengan pemimpin dan parti kafir dalam muzakarah tersebut.
Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.
Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Tiada hujan, tiada ribut, tiada demo bersih 3.0 tetiba blogger Uno papa gomo mengamuk sakan. Semua tahu papa gomo tu peminat Manchester United tegar dan anti Chelsea.
Pagi tadi Chelsea menjulang piala UEFA menewaskan Bayern Munich
When Didier Drogba's penalty kick hit the back of the net in Munich's Allianz Arena on Saturday, giving Chelsea a 4-3 win over Bayern Munich in the UEFA Champions League final, David Engelberg leapt to his feet in a bar half a world away and pumped his fist.
Maka sekor lembu telah di kerjakan oleh papa gomo dan beliau juga bakal di saman oleh tuan punya lembu kerana menyeksa binatang.
UMNO KENA BAWA ISLAM, BUKAN BAWA KEBANGSAAN. INILAH KOMEN TUAN GURU NIK AZIZ. KEBANGSAAN TU WUJUD DALAM NAMA UMNO. PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION. PAS PULAK? PAN MALAYSIAN ISLAMIC PARTY. HUUU DAHSYAT....BILA NIK AZIZ NAK TUKAR NAMA ORANG PUTIH KEPADA NAMA ISLAM?
Malam tadi lebih kurang 11 malam selepas selesai bola sepak akhir Piala FA dan selepas gagal berjumpa dengan Timbalan Ketua Pemuda Kampar yang mengamuk tu, TM bertolak balik ke Taiping dengan menunggang motosikal.
Selepas kona kiri dan kona kanan menuruni Terowong Menora, TM bertembung dengan sekumpulan penunggang kapcai yang memakai baju pantulan cahaya bertulis RELA.
Mula-mula nampak dua penunggang sedang bersaing (beremba) dalam suanana santai, setiba di kawasan RR Sungai Perak nampak pulak sekumpulan lagi melebihi 10 orang dok keliling sebuah lori yang rosak dan terakhir atas jambatan Sungai Perak, seorang lagi mamat RELA bukan main eksen letak motosikal tepi jambatan dan dia dok berdiri santai seolah-olah menunggu rakan-rakannya.
Persoalan timbul, apa yang mereka buat atas lebuh raya tu? Kalau mereka balik dari Ipoh kerana latihan atau selesai menjalankan tugasan tungganglah dalam keadaan berhemat dan jangan lah berdiri dan berlonggok diatas lebuh raya, Tu kerja bodoh nama nya. Cari nahas nama nya.
Kalau mereka meronda dan mengawal lebuhraya, sudahkah mereka mendapat taklimat keselamatan daripada Polis Trafik dan adakah mereka mendapat keizinan daripada pihak PLUS?
Harap Ketua RELA negeri Perak dan Tun Faisal Ismail pegawai yang menjaga urusan RELA dapat melihat perkara ini, jangan nanti dua tiga nyawa melayang baru menuding jari ke arah orang lain.
Saudara dan Saudari sekalian, 41. Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu. 42. Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara. 43. Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif. 44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing. 45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin. Saudara dan Saudari sekalian,
Pagi tadi TM menulis isu rasis parti Dap dan berharap pihak kerajaan dan ROS membatalkan pendaftaran parti DAP kerana bersifat Rasis dan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.
DAP rasis, anti Melayu dan anti Islam. Majoriti ahli Dap adalah anti MCA dan MIC. Kita harus membuka kembali sejarah penubuhan dan kemerdekaan Tanah Melayu. Orang asing yang hendak menjadi warga negara hendaklah taat dan setia kepada keRAJAan.
Dap yang berfahaman democratic dan sosialis menolak sistem yang didokong oleh Umno, Mca dan Mic.
Parti Pas dari awal mengkafirkan Umno kerana bersekutu dengan Mca dan Mic kini telah terbalik kuang kerana menyokong DAP.
Tak percaya Dap anti Islam?
Cuba lihat balik apa yang mereka buat. 1. Dap masuk ke masjid tanpa menutup aurat.
2. Remaja Dap masuk surau tanpa membuka kasut.
3. Lihat link di bawah.
http://t.co/n5KjOdrq Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fong Mi Yen merupakan juara catur Perak 5 tahun Perak berturut-turut dan juara Kebangsaan 2010. Yang menjadi persoalan ialah berita diterima oleh TM ada cerita kerajaan Perak hendak memberikan anugerah tak lama lagi tetapi bukan kepada Fong Mi Yen tetapi juara dari anak kelahiran negeri lain.
Harap Exco Sukan Perak dapat melihat pencapaian Fong juga. Fong seorang pemain catur yang mempunyai jati diri yang tinggi, dan kerap membawa bendera Perak dalam pertandingan pelbagai peringkat yang beliau tandingi. Fong layak diberi pingat kebesaran negeri
Ambiga yang diangkat oleh Pas Kelantan sebagai Puteri Balkis kerana kejayannya nya mengadakan demo jalanan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Pas juga menyokong Ambiga kerana Ambiga adalah pengerusi Seks Bebas dan penggalak LGBT. Pas sokong Ambiga kerana Ambiga telah berusaha membantu Lina Joy murtad. Pas juga menyokong Ambiga kerana beliau pengerusi IFC dan banyak lagi agenda Ambiga yang anti Islam. Hidup Pas, Hidup Ambiga
Ronie Liu bapa samseng Dap dan lain-lain exco Dap tidak mahu dan tidak membenarkan mesyuarat exco membincang kan agenda Melayu dan Islam. Ini lah yang menyebabkan Dr. Hasan ALi amat kecewa berada dalam kerajaan pakatan, semua agenda Melayu diketepikan. Hairan kenapa Faekah, dan lain-lain exco Pas dan Pkr masih bersekongkol dengan Dap;
Azmin lebih berkuasa daripada Hadi Awang dalam usul memecat Dr.Hasan Ali
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gila ke apa Nik Aziz nie …. Nielah yang dikatakan penghalang kepada muzakarah antara UMNO dan PAS …..
Hari nie, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Apa yang lebih menarik yang aku katakana bahawa Nik Aziz nie dah makin nyanyuk ialah apabila dia menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, Kuala Terengganu hari ini.
Beginilah pemandangan di dalam Musolla An-Nisa' (Tempat Solat Wanita) di bawah batu besar di dalam Masjid Qubah As-Sakhrah (Masjid Kubah Batu - masjid berkubah kuning emas), bangunan yang menjadi simbol kemegahan Masjid Al-Aqsa.
PERTANDINGAN MR. AND MS. FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA. SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS (KEKUATAN MAKSIMUM), CHIN UP (KEKUATAN), DEAD LIFT (KUASA), LARIAN 2.4 KM (KARDIOVASKULAR) – TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN).
PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN. SEKIRANYA PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI, MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG.
Ini macam pun ada? Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ni perlu beristighfar dan bermuhasabah. Dalam bertindak, ada batas-batasnya. Kalau ya pun marahkan BERSIH dan Ambiga, tak perlulah sampai gini kot.
Lepas cemarkan nama baik kerajaan (yang tak ada kaitan pun dengan senaman punggung mereka tu), sekarang nak lawan dengan KJ pulak? Ini KJ bukan sebarangan. Lembik-lembik dia, ajak ke medan, dia turun!
Sebagai Presiden yang mewakili suara dan nama baik bekas-bekas tentera Melayu, Encik Mohd Ali sepatutnya menjaga kelaku kelayaknya dan anak-anak buah yang lain, bukan berterusan merosakkan imej bekas tentera kita. Nak berpolitik, terjun teruslah!
"Sebelum memasuki Kolej Perubatan, saya hanya belajar di sekolah lelaki tapi di kolej ada pelajar perempuan. Daripada tujuh penuntut Melayu dalam kumpulan kami, ada seorang penuntut perempuan bernama Hasmah yang bertocang dua. Penuntut lelaki berebut-rebut hendak membawa bukunya. Saya juga tidak mahu ketinggalan. Saya memberanikan diri untuk menolong membawa bukunya. Beliau sudi menerima seperti mana beliau menerima pelawaan penuntut lelaki lain. Saya berterusan menolongnya. Lama kelamaan kami semakin rapat."
-Hikayat Cinta Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah-
Dulu saya kagum, dan sanjung Tuan Guru ini. Tapi sekarang ni rasa kagum dan sanjung itu mungkin dah berkurang.
Sudah berapa kali usaha bermuzakarah antara parti beliau dan parti UMNO gagal? Terbaru, hasrat bermuzakarah itu terbit dari mulutnya sendiri, tapi ia bertukar nada dari sehari ke sehari bila media pembangkang mengkritik usaha tersebut. Bagi saya, ia sengaja dijelmakan sebagai isu tetapi niat ke arah bermuzakarah memang tak ada pun!
Tuan Guru oh Tuan Guru..bakpo la mu jadi gininyo? Hok molek mu tolak. Hok kalut mu cari. Isle gapo dio kalu dok baloh sokmo samo sek sendiri?
Moh bace petikan berita dari Sinar ni. Mekomer nilaikan sendiri sapa Tuan Guru kita ni...
KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.
Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.
"Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.
"Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.
Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.
Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.
"Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.
Orang PKR, orang PAS dan orang-orang pembangkang yang lain, jangan terkejut video ni. Orang DAP lagilah.
Sibuk sebelum ini, sok sek sok sek sana sini, kata Anwar pernah kawtim dengan Pak Lah, memanda Perdana Menteri Malaysia kelima, untuk bawak dia masuk balik dalam UMNO.
Syukur Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segala perancangan musuh-musuhNya. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT tak izinkannya berlaku seperti yang dirancang.
You are subscribed to email updates from one2many To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selepas UMNO dan BN berjaya mendidik PR bagaimana cara berhimpun secara aman di dalam stadium minggu lepas, kini giliran PAS pula mahu mencontohi UMNO untuk turut membuat perhimpunan mereka di Stadium Darul Aman, Kedah. Addoi PAS ne kalau tak ikut ajaran Ambiga dan Anwar boleh jadi rasional pulak otak depa kan, Kalau Ambiga and Anwar masuk campur himpunan PAS kat Kedah Jun ini, gerenti tukar ke jalanan pulak yer.
Macam juga Datuk Harun Taib, kalau tak dak campurkaki Anwar Ambiga Karpal LKS, elok jer depa boleh terjah nak laksana hudud kan...Tapi bila duduk semeja dengan kaki seks songsang, bila duduk sekali denga Karpal, depa jadi kecut pula hingga sanggup kata ok lah dalam Manifesto PR kita gugurkanlah Hudud tu. Sampai gitu cara mereka berpolitik, tak dak pendirian langsung depa ne...
Seperti juga Nik Aziz, bila sorang-sorang kat Kota Bharu, eh terbuka pula hati dio nak bermuzakarah dengan UMNO...Hari tu marah sungguh sebab Haji Hadi umum Muzakarah tanpa bagitau dia. La ne dia buat tanpa bagitau haji Hadi pulak. Depa ne betui-betui caca merba lah.
Anak-anak muda la ne jangan dok terpengaruh dengan Ambiga tau. Nak berhimpun boleh dengan aman damailah, hang nanti datang kat Putrajaya dengan semangat belia, rebutlahb peluang apa yang ada kat Putrajaya, jangan hanya menikmati keindahan Putrajaya, tapi carilah peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya. Yang dah kahwin tu jangan nak mengggatal cari lain, ingat bini di rumah noo, nak selamat ajak bini sekali so selamat aman damai.
Kita tunjuk kat Ambiga, Himpunan Satu Juta Belia kita boleh buat aman dan damai. Tak perlu rosakkan harta benda dan segalanya.
Ambiga ne sekolah jer tinggi, tapi akal kat lutut, sebab tu Gagal SPM Bahasa Malaysia! Sebab tu dia suka nak rosakkan keamanan dan perpaduan kita. Kat Bar Council pun Ambiga tak mampu bersihkan Pengundi Hantu!
Ok bye..Tahniah Kelate...Gomo Kelate Gomo...La ne Juara Piala Malaysia pulok...Ingat Kelantan Ingat Annuar Musa, Ingat Kelantan Ingat UMNO...Gelombang Merah dalam Stadium... Gelombang Hijau depe rumoh Ambiga, guano demo...
SEPANG: Pengurusan jadual kutipan sampah yang tidak sempurna antara faktor menyebabkan Selangor menjadi negeri penyumbang tertinggi dalam kes demam denggi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga Mei lalu sebanyak 9,500 kes dicatatkan dengan 20 kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 7,850 dengan 12 kematian.
"Lima puluh peratus daripada kes demam denggi yang dilaporkan tahun ini ialah di Selangor dan salah satu faktornya kerana sampah tidak dikutip dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.
"Kalau dikutip dalam tempoh dua atau tiga hari tidak mengapa tetapi jika sampah sarap dibiarkan seminggu, aedes akan membiak dengan cepat kerana sesudu air pun sudah cukup untuk menjadi tempat pembiakan aedes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 'Sihat Cergas Ceria' di sini Sabtu.
Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT)untuk memastikan jadual kutipan sampah yang berkala kerana PBT juga perlu memainkan peranan penting menjaga kebersihan persekitaran.
Apatah lagi memandangkan negeri itu mempunyai kawasan perumahan luas terutamanya di kawasan bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, katanya.
Sementara itu, Liow berkata kajian mengenai vaksin denggi sudah berada di peringkat akhir iaitu pada tahap ketiga dan dijangka boleh mula digunakan menjelang tahun 2014.
Dalam perkembangan lain beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperbanyakkan lagi kempen saringan kesihatan untuk mengalakkan serta meningkatkan kesedaran orang ramai bagi pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD).
Liow berkata hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas kira-kira 1.4 juta rakyat dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai tahap gula tinggi.
Sementara 3.5 juta lagi tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah tinggi manakala 4.7 juta tidak mengetahui mereka mempunyai kolestrol tinggi.
NCD seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun. - BERNAMA
*Memang malang rakyat Selangor dapat Kerajaan yang tak efektif macam sekarang ni. Entah siapa la Exco yang urus sampah ye. Makan gaji buta ke?
Pengakuan ikhlas seorang pemimpin kanan DAP berbangsa Melayu, Abu Zahar Abu Bakar.
Sejarah yang cuba ditutup oleh DAP adalah parti tersebut bukan parti pelbagai kaum, tetapi milik kaum Cina.
Naib Pengerusi DAP yang berbangsa Melayu bernama arwah Ahmad Nor telah mendapat undian tertinggi dalam Majlis Tertinggi DAP (CWC). Namun Dr. Chen Man Hin kekal sebagai Pengerusi DAP walaupun Dr. Chen tewas dalam pilihan raya umum sedangkan arwah Ahmad Nor memenangi kerusi DUN Bayan Baru.
Walaupun pengerusi DAP sekarang adalah Karpal Singh, tetapi Karpal adalah dari kaum Sikh, bukannya kaum India. Kaum Sikh adalah kaum minoriti. Ketuanan Cina masih kekal selagi kaum yang ramai seperti Melayu dan India tidak dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP. Kerana jika jawatan tertinggi tersebut jatuh kepada kedua-dua kaum tersebut, agenda asal DAP untuk menjadikan Cina sebagai Perdana Menteri Malaysia akan terkubur.
Apa la pembangkang ni. Pengundi lebih 100 tahun pun nak jadi isu.
Klik imej untuk besarkannya
Di luar negara, ahli bina badan umur 100 tahun pun masih gagah.
Yang dah 100 tahun pun masih berlari bawa obor olimpik.
Tapi kat Malaysia, orang umur lebih seratus tahun jadi pengudi pun nak dipertikaikan.
*Pembangkang ni cuba nak kaitkan dengan pengundi hantu. Sebab pengundi lebih 100 tahun pun mereka nak jadikan isu. Kalau pembangkang serius bab pengundi hantu, kenapa pengundi hantu di EGM Majlis Peguam mereka diamkan?
Perkara yang menarik di sebalik kejayaan Kelantan memenangi Piala FA ialah petanda penantian BN Kelantan seperti juga akan berakhir. Kebetulan ini wajar dianalisa oleh pemerhati kerana ia ada signifikannya yang tersendiri.
Di tangan Tan Sri Annuar Musa Piala FA berjaya dirampas dan di tangan Tok Pa juga kita yakin Piala Kelantan akan berjaya dirampas kembali selepas 22 tahun menanti PRU tidak lama lagi.
Kejayaan ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada rejim Nik Aziz namun kita sedar faktor bola juga mempengaruhi kemenangan BN di Galas. Ketika itu Kelantan menang Piala Malaysia dan ia turut diraikan seluruh rakyat Kelantan. Termasuk penyokong Pas.
Kerana itu di FB rasmi MB Kelantan gambar Tan Sri Annuar Musa telah disiarkan hari ini.
Syabas Kpd pasukan Kelantan bimbingan Anuar Musa dan semoga kejayaan juga menunggu pasukan TUKAR BN selepas menunggu 22 tahun untuk merampas 'trofi' Kelantan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.
Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.
Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.
"Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.
"Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan," katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.
Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.
Penulis tidak terkejut jika kemalangan berlaku di mana mana. Waima di hadapan rumah sekalipun. Yang penting jangan lakukan perkara yang salah. Pengalaman peribadi pernah kemalangan akibat terbabas jam 3.30 pagi boleh terjadi akibat berbagai punca. Semoga anggota polis yang cedera akan kembali pulih.
Perasmian dilakukan di Wangsa Maju, KL oleh Menteri Raja Nong Chik.
Turut hadir Datuk Rizalman Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.
Gambar seterusnya akan dimuat naik selepas ini memandangkan penulis berada di kawasan kurang baik talian untuk dimuatnaik gambar-gambar perasmian.
Jangan lupa 23 - 27 Mei depan adalah hari besar untuk belia di Malaysia kerana lebih 500 acara disediakan untuk memenuhi kehendak anak muda.
Ia turut melibatkan aktiviti kerohanian termasuk khutbah khas sempena Hari Belia 2012 ini.
Jangkaan penganjur ialah dua juta belia menghadiri Hari Belia 2012 kali ini dengan masa dipanjangkan menjadi lima hari.
Perdana Menteri sememangnya menghargai anak muda, percayalah kata-kata saya.
Jangan anak muda melakukan sesuatu perkara yang tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan ada tatasusilanya.
Anak muda perlu mempertahankan negara walau dengan darah mereka dari dijajah proksi kuasa asing yang akan menurut titah perintah Raja 'asing' tersebut apabila berkuasa.
Bukan menjadi barua pihak yang mahu huru-harakan Malaysia dengan demo haram yang merugikan semua pihak termasuk rakyat marhaen seperti pemandu teksi,peniaga dan sebagainya.
Sila klik banner HBN di atas untuk butiran lengkap. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Benarkah Pas sebuah parti Islam? Cubalah kaji fakta-fakta berikut:
Parti Islam sebenar tidak akan menyalahkan musuh apabila mereka mengalami kegagalan tetapi Pas apabila tewas dalam pilihan raya, mereka bukannya bermuhasabah, mencari kesilapan sendiri dan berusaha memperbaiki kelemahan tetapi akan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor seperti membeli undi, mengguna pengundi hantu dan menipu, serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.
Pas membiarkan pemimpin-pemimpin memaki-hamun lawan politiknya di atas pentas-pentas ceramah. Tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana Rasulullah SAW pernah bersabda; Sifat seorang mukmin itu tidak menjadi tukang menghina, mengumpat dan mengeluarkan perkataan kesat dan kasar (terhadap sesama mukmin).
Sikap Pas lebih asabiah qaumiyyah kerana sanggup mempertahan dan membela anggotanya yang bersalah. Ini jelas apabila Pas sentiasa menyifatkan apa juga perkara yang berkaitan keburukan pemimpin parti itu atau sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ia adalah konspirasi politik UMNO dan BN.
Pas menolak untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam. Tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mahu semua umat Islam bersatu padu dan tidak berpecah-belah.
Hakikatnya, banyak lagi tindakan yang dilakukan oleh Pas yang dilihat bertentangan dengan seruan Islam tetapi mereka masih mahu mendabik dada mengatakan mereka parti Islam. AGENDA DAILY.
Penduduk-penduduk Kampung Jawa hari ini berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap sambil lewa kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung masalah sampah yang melanda kampung mereka.
Dakwa mereka, masalah sampah yang dihadapi itu telah berlarutan selama bertahun-tahun namun hingga kini tiada sebarang langkah menanganinya diambil baik dari pihak kerajaan negeri mahupun PBT.
Ketua Pemuda MIC Selangor, M Shanker yang turun padang meninjau masalah yang dihadapi penduduk itu berkata masalah kutipan sampah di Selangor adalah sangat serius sehingga menyebabkan kemarahan rakyat di seluruh pelusuk negeri. Katanya, masalah sampah ini adalah sesuatu yang 'luar biasa' kerana berlaku di sebuah negeri yang semaju Selangor.
"Saya dapat aduan penduduk kata (masalah) sampah memang teruk, memang tidak diambil oleh majlis bandaraya dan juga sudah berminggu tidak ada kutipan sampah di kawasan sekitar sini.
"Masalah sampah yang bertimbun seperti bukit ini telah menyebabkan negeri Selangor menjadi pusat penyebaran wabak penyakit akibat daripada kerajaan negeri yang kurang mahir dalam pengurusan sisa," katanya.
Menurutnya, beliau difahamkan dalam tempoh beberapa hari ini sudah 10 orang penduduk di kawasan tersebut disahkan menghidap demam denggi.
"Dan semalam memang Pemuda MIC Selangor sudah nyatakan di Facebook tentang perkara ini dan didapati dari 6.30 petang semalam sampai hari ini mereka (MBSA) tengah buat kerja.
"So (jadi) bila kita adu baru nak buat kerja. So selama ini kerajaan Selangor sebelum ini buat apa? Kata negeri kebajikan tapi kesihatan tidak di jaga? Jadi negeri kebajikan apa ni?" tegas beliau.
Dakwanya, punca yang membawa kepada tercetusnya masalah kutipan sampah di Selangor adalah apabila kerajaan negeri gagal memilih kontraktor-kontraktor yang berkelayakan untuk melaksanakannya.
"Persempadanan semula kawasan kutipan yang kecil menyebabkan kontraktor yang sedia ada tidak dapat beroperasi dengan margin keuntungan munasabah. Pengecilan kawasan ini bermakna, banyak kawasan-kawasan baru diwujudkan.
"Apakah ini strategi untuk kerajaan negeri meningkatkan lagi penyertaan kroni mereka dalam perniagaan ini? Apakah kita boleh katakana kerajaan negeri mengamalkan konsep 'FOC' iaitu 'Free For Crony'? soal beliau.
"Jadi kita ingin memberi amaran kepada Menteri Besar dan barisan Exco beliau supaya jangan tidur, bangkit dan tolong rakyat Selangor dan tunaikan janji. Nak buat bersih, tapi Selangor pun tak bersih," katanya lagi.
Sumber : KLPos
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apa sahaja masalah pekerja asing, mungkin ada dalam kepala Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Dia tahu apa yang berlaku di rumah, kedai dan restoran yang mengambil pembantu rumah Indonesia. Dia juga tahu akan nasib pekerja Bangladesh di kilang atau premis lain. Hebat sungguh wanita ini. Dia tahu apa yang berlaku terhadap pekerja asing di setiap ceruk negara ini. Walhal banyak perkara yang didengarinya cuma 'agak-agak' sahaja.
Kita hormat perjuangan Irene terhadap nasib dan hak-hak pekerja asing sejak tahun 1990-an lagi. Mungkin sampai sekarang pun, dia makan dan tidur bersama-sama pekerja-pekerja asing untuk mendapat 'laporan eksklusif'.
Sebab itu, dia rasa masalah pekerja asing di Malaysia masih tidak mendapat pembelaan. Dia rasa peraturan yang ada sekarang belum cukup menjamin hak keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja asing di negara ini. Dia mahu pekerja asing di Malaysia tidak diganggu oleh penguat kuasa undang-undang. Biar mereka bebas bekerja. Biar pekerja asing buat sesuka hati tanpa hormati rakyat tempatan.
Irene menuntut kerajaan Malaysia supaya membentuk rangka kerja berdasarkan undang-undang bagi melindungi pekerja asing. Dia mendakwa kerajaan mendiskriminasi pembantu rumah dan pekerja ladang apabila tidak memasukkan golongan itu dalam peraturan gaji minimum yang baru diperkenalkan.
Irene menyifatkan wanita Indonesia yang bekerja dalam sektor pembantu rumah di Malaysia hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol.
Yang mungkin beberapa pekerja asing tidak beritahu Irene ialah, baik pekerja Indonesia atau Bangladesh yang dirujuknya tidak terbela itu sebenarnya sudah mampu mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman masing-masing. Ada yang pandai berjimat - sudah mampu membeli rumah, tanah dan kedai di negaranya.
Apa yang Irene nampak daripada pekerja asing ialah majikan dan kerajaan Malaysia tidak bersikap adil kepada mereka. Masalah psikologi, mental dan fizikal yang ditanggung majikan dan rakyat negara ini atas sikap pekerja asing tidak pula diambil peduli oleh Irene.
Senang-senang pada 7 Mei lalu, Irene mengeluarkan kenyataan kepada media di Indonesia bahawa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat negara itu mencari rezeki.
Dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, Irene mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sering menggugut pekerja asing.
Terbaru dalam wawancara dengan Malaysian Insiders, dia dilapor mendakwa pekerja Bangladesh ditindas di negara ini serta pekerja asing sering diugut pihak berkuasa. Berdasarkan hanya dua tiga kes, Irene membesar-besarkannya seolah-olah banyak kes melibatkan rakyat Indonesia atau Bangladesh dilayan buruk semasa bekerja di negara ini.
Mudah sungguh Irene membuat kenyataan tanpa berdasarkan realiti dan fakta sebenar. Kalau benar rakyat negara ini kejam, tak mungkin ramai rakyat Indonesia dan datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Irene kena peka terhadap perasaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah yang dilakukan oleh warga dan pekerja asing.
Jangan asyik nampak kesalahan kerajaan dan pihak berkuasa negara ini sahaja. Apakah muslihat Irene memburukkan Malaysia di mata masyarakat dunia sahaja? Atau dia hanya mahu timbulkan persepsi buruk terhadap polis dan Rela! Pengarah Eksekutif Tenaganita ini nampaknya keras hati orangnya dan tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing.
Kalau difahami kata-katanya pada sidang akhbar di pejabat Tenaganita pada 9 Mei lalu, kita tak perlu berlembut dengannya lagi.
"Apa sebab hendak memohon maaf, saya membuat kenyataan yang benar tentang apa yang berlaku, kezaliman dibuat kepada pekerja migran di sini, tidak betul kalau saya mohon maaf, sebab saya tidak salah," kata Irene.
Banyak pihak mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh. Tindakannya itu juga telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negara ini. Tuduhannya terhadap kerajaan, polis dan Rela adalah sangat berat. Apakah Irene juga ada 'kekebalan' seperti S. Ambiga?
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liong Tiong Lai menyifatkan antara punca utama peningkatan hampir 50 peratus jumlah kes dan kematian denggi di Selangor sejak Januari hingga minggu lalu, adalah disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual ditetapkan.
Beliau berkata, kegagalan tersebut telah memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes dan sekali gus meningkatkan jumlah kes serta kematian akibat denggi di negeri itu. Katanya, ia juga dipengaruhi dengan kepadatan penduduk dan perumahan yang tinggi di Selangor.
"Tempat pembuangan sampah yang tidak dibersihkan secara berkala kerana sampah tidak dipungut dalam masa tertentu menyebabkan nyamuk Aedes membiak dengan cepat.
"Kalau sampah dibiarkan lebih seminggu, ia sudah boleh membiakkan nyamuk Aedes walaupun dalam sesudu air sahaja,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Sihat Cergas Ceria 2012 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Pegawai Kesihatan Daerah Sepang, Dr Ruhaini Ismail.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar semalam menyebut Selangor terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lalu, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan kira-kira 2,770 kes dengan tiga kematian.-UMO
Jangan lupa MB Khalid...Ini sampah di Ijok!!!
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenyataan yang pastinya mengentarkan DAP untuk hadapi PRU13. Oleh kerana takut Tunku Aziz membuat kenyataan sebegini dan takut DAP akan kehilangan undi dari orang Melayu, maka DAP sanggup membayar (merasuah) hingga RM50,000 kepada Tunku Aziz.
Mahu menyembunyikan kebenaran dengan rasuah. DAP yang sebenarnya amalkan rasuah kemudian mereka tuduh pihak lain perasuah. DAP sebenarnya yang kuku besi dan chauvinis tetapi mereka tuduh orang lain tidak demokrasi. Inilah sikap sebenar DAP. Masih hendak percaya parti bernama DAP ini?
Menteri Besar, Khalid Ibrahim bergaduh dengan Ronnie Liu pasal lori sampah. Akibat pergaduhan mereka, rakyat yang menerima akibatnya. Denggi makin meningkat. 10 kematian sudah dicatat sejak Januari. Ini masalahnya bila yang memerintah negeri hanya pentingkan / utamakan projek dari keselamatan rakyat.
Mereka kecam dan cuba menghalang penyenaraian FGVH dengan membuat tindakan mahkamah tetapi akhirnya mereka juga mengambil cek durian runtuh. Sudah empat orang yang menentang Felda tetapi akhirnya mengambil cek dalam keadaan yang tergesa gesa. Oleh kerana itu, peneroka jangan lagi tertipu dan terpedaya dengan omongan kosong puak puak pembangkang ini.
Benarkah PAS parti Islam? Jika begitu apakah parti parti lain tidak Islam? Kalau PAS sesatunya parti yang dianggap sebagai Islam, hingga undi PAS dikatakan masuk syurga bagaimana pula nasib umat Islam di Bosnia, Pakistan, Arab Saudi, UAE, Mesir?
Di sana tiada parti bernama PAS. Oleh itu apakah mereka juga tidak layak mendapat habuan syurga kerana tidak mengundi PAS? Ustaz Don akhirnya membuat penjelasan tersebut di Kelantan.
"Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!" Demikian sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.
Mereka menyaman FGVH, mereka kecam dengan tohmahan dan kata kata nista. Namun bila tiba giliran untuk ambil cek, mereka datang dan cabut lari cepat cepat.
Inilah dia sikap manusia yang tidak tahu bersyukur. Selepas ini jika mereka masih lagi mengecam Felda, tidak tahulah apa ayat yang sesuai untuk orang sebegini.
Anda nilaikanlah sendiri. PAS hanya jual air liur dan janji, hasut orang dan tabur cerita, tapi apa yang PAS sudah beri pada peneroka Felda?
Ex-DAP man says its Malaysian Malaysia concept does not promote true integration
(NST) - A MAJORITY of the Malays in the Barisan Nasional strongholds of Kepala Batas, Tasek Gelugor and Bayan Lepas agree that DAP had an upper hand to retain Penang, but pointed out that party had not been able to convince voters of its purported multiracial credentials.
This was revealed late last year by independent research company Ilham Centre in its survey involving 720 respondents on the perception of Malay voters on the DAP-led state government.
Abu Zahar Abu Bakar, 71, belongs to the group that had attempted to inject Malay character into DAP. An ally of the late Ahmad Nor, the DAP vice-president who died in 2003, Abu Zahar followed Ahmad to join DAP in 1986.
Ahmad had been the president of Socialist Democratic Party, with Abu Zahar as deputy secretary-general.
Ahmad, a former president of Congress of Unions of Employees in the Public and Private Services (Cuepacs), was appointed vice-chairman of DAP. He won the Bayan Baru parliamentary seat in the 1990 general election on a DAP ticket.
Then, the fairytale soured. Ahmad gained the highest number of votes in the central working committee elections, even edging out stalwarts such as party chairman Dr Chen Man Hin, who earlier failed to defend his Seremban parliamentary seat.
However, Ahmad and his supporters were disappointed when Dr Chen was re-elected as party chairman.
(Similarly, in 2010, although M. Kulasegaran won the highest number of votes in Perak DAP elections, he was not made the chairman. The state party retained Ngeh Koo Ham as the Perak chief instead.)
"As a friend, I knew that Ahmad had the potential to fulfil the party's multiracial aspiration, but the CWC's move was a clear indication that it (a multiracial party) was nothing more than a gimmick," Abu Zahar told the New Straits Times in an interview this week.
Therefore, he said, it was hardly surprising that recently resigned DAP vice-chairman, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, conceded that he had failed to recruit Malays into DAP.
"All these years, DAP adviser Lim Kit Siang has been championing his 'Malaysian Malaysia' concept but we all know that the party is determined in defending the vernacular schools, which is the biggest irony to his struggle.
"Can we achieve true integration through the Malaysian Malaysia concept when we still have Chinese and Tamil vernacular schools?"
In another twist, the Ilham Centre survey also revealed that the Malay respondents had reservations about the BN leaders in the state.
Abu Zahar said: "The state party leaders and government machinery must prove to the grassroots that they are serious about living up to the transformation agenda of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak."
Dong Zhong buktikan mereka adalah pertubuhan yang bermotifkan politik yang banyak dikuasai oleh pengaruh ekstremis DAP.
Sudahlah kerajaan BN melanggar perlembagaan negera dengan memberi bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan cina dan india.Untuk pengetahuan anda tidak ada didalam perlembagaan negara bahawa kerajaan perlu membantu sekolah jenis kebangsaan Cina atau India.Nah..Pak Najib dan seluruh pemimpin BN berdegil dan masih mahu menjaga sekolah vernakular,sedangkan negara Singapura yang ultrakiasu sendiri pun tidak mempunyai sekolah cina atau india.
Sekarang ini pertubuhan itu bagaikan dah beri betis dipijaknya kepala, Kita masih ingat bagaimana DAP memainkan peranan bersama Persatuan Dong Zhong yang menganjurkan perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong diserang ketika menghadiri perhimpunan Dong Zhong bagi menyuarakan bantahan terhadap kekurangan guru di sekolah kebangsaan jenis Cina.
Kerajaan BN yang prihatin telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyelesaikan masaalah kekurangan guru cina,Nah apabila kerajaan komited untuk membantu Dong Zhong pula menarik diri .
Inilah satu sikap keras kepala,chauvanis ultrakiasu .Selepas ini kerajaan harus menolak terus daripada berunding dengan persatuan rasis ini.Jangan terlalu memberi muka kepada sekelompok chauvanis ultrakiasu yang kurang ajar dan menghabiskan berbillion setahun semata mata mahu memuaskan kehendak minoriti ultrakiasu ini.
Keputusan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) menarik diri daripada jawatankuasa khas mengatasi kekurangan guru di sekolah rendah Cina tidak akan menjejaskan tugas jawatankuasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan Dong Zong itu tidak memberi apa-apa kesan kerana jawatankuasa itu turut dianggotai empat atau lima badan pendidikan Cina yang lain.
"Tak apa (tindakan Dong Zong menarik diri daripada jawatankuasa). Jikalau Dong Zong tak ada, ia boleh membantu menyelesaikan masalah. Jikalau dia (Dong Zong) ada, ia mengusutkan lagi masalah," katanya kepada pemberita di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh, Sabtu.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas keputusan Dong Zong menarik diri daripada jawatankuasa khas kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah Cina.
Katanya usaha mengatasi kekurangan guru itu melibatkan latihan berpanjangan guru dan ini memakan masa yang lama sehingga tahun 2018, tetapi kementerian mahu mengatasinya dengan cepat.
Terdahulu, Muhyiddin menghadiri sambutan Hari Keluarga syarikat Leong Hup di Kompleks Sukan Pagoh.
Ditanya sama ada tindakan Dong Zong itu bermotifkan politik, beliau berkata memang dari dahulu tindakan badan itu berbaur politik.
Bagaimanapun, katanya perkara sama ada tindakan badan pendidikan Cina itu bermotif politik atau sebaliknya, tidak penting kerana matlamat kementerian mahu memartabatkan pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata setiap tahun kementerian membelanjakan RM2.8 bilion untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan RM1.09 bilion untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Beliau berkata kementerian bukan sahaja berusaha untuk menyelesaikan masalah di sekolah Cina, tetapi juga di sekolah Tamil dan Kebangsaan yang turut mempunyai pelbagai masalah. -BERNAMA
Pisau kata " dah termaktub didalam perlembagaan negara sekolah vernakular tidak perlu dibantu,tapi BN tetap berdegil menghabiskan wang terhadap pusat menternak hibrid DAP ini. sekolah vernakular tak mahu dihapuskan tapi mahukan Malaysian Malaysia ...apa kejadahnya"
Ini adalah keratan artikel Raja Petra dedahkan kepada pengetahuan umum bahawa Tian Chua berjaya membuntingkan anak gadis seorang pemimpin melayu tertinggi pakatan.
Menariknya apabila RPK mendedahkan Dr Syed Husin Ali mengetahui siapakah gadis tersebut.Kalangan ahli PKR sudah mula bercakap dan ada yang sudah mengetahui siapakah gerangan gadis melayu tersebut.
Pisau sendiri pernah persoalkan siapa gadis misteri tersebut..
Perempuan ini kah?
Atau yang inikah?
Kalau bukan yang kat atas,mungkin yang ini?
Jika tidak, barangkali yang ini?
Atau yang ini?
Gambar ni rasanya bukan,..mustahil lah, Sekurang kurangnya Tian Chua masih ada taste tau..
Pisau sendiri tak pasti yang mana satu gadis yang berjaya dibuntingkan oleh Tian Chua sepertimana dakwaan RPK. Agaknya siapa yer?Cuba korang teka..
Tetapi hari ini blog unspinner merungkaikan satu persatu misteri tersebut yang sudah pasti ia bukanlah Zuraida.
Gambar di atas kelihatan gambar anwar sedang berbincang dengan Timbalan Presiden PKR ketika itu, Syed Husin Ali.
Apa agaknya yang sedang mereka berbincang kerana baru-baru ini Raja Petra mendedahkan Tian CHua ada membuntingkan anak perempuan pemimpin utama PKR dan perkara ini diketahui oleh Syed Husin.
Berikut tulisan RPK dari Malaysia Today:
Reaksi RPK untuk menghentam Tian Chua bertubi-tubi dikatakan ada kaitan dengan sikap Tian CHua dan orang-orangnya mengkritik dan menghentam RPK serta mencabarnya.
Lalu terkeluar.
Dari ramai-ramai pemimpin, pasti pemimpin yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin yang terserlah dan pemimpin ini ramai anak perempuan. Dua pemimpin yang dipercayai terlintas - Anwar & Wan Azizah dan Azmin Ali yang punya ramai anak perempuan.
Anak yang dikatakan mengandung mesti seorang yang punyai misteri dalam hidupnya. Ketepikan Afifa yang lebih dosa ayah dan ibunya dari dosanya sendiri.
Sememangnya anak Anwar, YB Nurul Izzah adalah penuh dengan misteri. Walaupun dia adalah public figure, latarbelakang Nurul tidak mudah diperolehi di Internet.
Walaupun Nurul Izzah membawa imej mamaki tudung, ada anak Anwar Ibrahim yang tidak memakai tudung. Ini bermakna memakai tudung adalah atas kehendak anak tersebut.
Pernah satu interview Nurul mengenai gaya hidup dan bukan politik menceritakan Nuruk terpaksa mengubah cara hidu dari suka mendengar lagu rock supaya berhenti lakukan sedemikian.
Wanita selalunya auka lagu sentimental maka selalunya yang suka dengar lagu rock kemungkinan adalah party girl. Adakah Nurul yang memperjuangkan ayahnya dari lepas sekolah seorang party girl?
Ada cerita-cerita kata adik Nurul, Nurul Nuha adalah party girl. Wan Azizah yang berimaj baik dahulu pun ada adik party girl. Wallahu alam samada Nurul adalah party girl atau tidak.
Ada cerita-cerita Nurul dulu ada apa-apa dengan bekas pemimpin ADIL. Kononnya kisah seks bebas PKR dah ada dalam ADIL lagi.
Jika dibaca WIkipedia sini mengenai Nurul, dia dikatakan graduate dengan ijazah Engineering dari Uniten pada tahun 2004 dan sambung belajar buat Masters di John Hopkins dalam International Relations pada tahap Masters pada May 2007.
Manakala di sini pula Nurul dikatakan belajar Chemical engineering di Universiti Teknologi Petronas satu semester dan tukar ke Uniten balajar Electrical Engineering.
Sebab Nurul berhenti dari Universiti Petronas difahami berhubungkait dengan perjuangannya membebaskan ayahnya. Akhirnya dia Chem Engineering.
Jika benar dia belajar dan graduate dari Uniten, itu lojik sebab dia memang aliran sains dan pelajar baik di sekolah menangah.
Ada cerita kata dia tak graduate.
Sekarang katalah dia ada degree dalam ENgineering, macam mana agaknya Nurul boleh lompat dari ijazah dalam Engineering dan tiba-tiba dapat ijazah Masters dalam International Relations dalam masa tiga tahun?
Selain itu, John Hopkins adalah Universiti terbilang dalam jurusan itu. Itu satu misteri.
Ianya bukan misteri jika disedari dalam hal South East Asian Studies, Syed Husin sebagai pakar sosialogis, boleh membantu.
Inikah yang dimaksudkan RPK sebagai Syed Husin tahu?
Kisah perkahwinan Nurul Izzah kepada suaminya Raja Ahmad Shahrir pada 2003 pun satu misteri. Kenapa dia tergesa-gesa kahwin kepada suaminya pada tahun 2003? Baca Selangordaily sini
Selepas kahwin, dia graduate pada tahun 2004 dan pergi Washington belajar. Tidakkah itu pelik bagi seorang yang dah kahwin buat? Suaminya serupa tidak penting tapi hanya ikut saja.
Dia graduate 2007 dan AIDC laporkan Nurul membawa fahaman Islam Plural atau Islam semua boleh tak ada haram sini
Tahun-tahun Nurul menghilang dari pandangan umum adalah satu misteri.
Walaupun dia dikatakan berada di Washington, Nurul dapat dilihat berada di pejabat ayahnya di rumah Khalid Ibrahim di Seksyen 16 selepas dia keluar. Nurul adalah sebahagian dari staf di situ.
Nurul dikatakan pernah bekerja dengan pelbagai kumpulan advocary seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women Leaders International Forum (WLIF) Friedrich-Ebert Stifung (FES) dll.
SUARAM? Bukankah Tian CHua datang dari SUARAM? Anak Nurul lahir tahun 2007 dan 2009, bermakna dia dapat anak selepas 4 tahun berkahwin. Entah bila pula Nurul dibuntingkan Tian Chua. Masa graduation dari John Hopkins pun dia kelihatan buntingkan anak.
Haaa ... bila Nurul kerja dengan SUARAM?
Lepas graduate dan sebelum ke Washington atau lepas habis dari Wahington?
Hmmm ... adakah Raja Shahrir hanya Pak Sanggup seperti mana Azmin adalah Pak Sanggup untuk ayahnya? Kini dengar-dengar Raja Shahrir ada masaalah dengan Nurul. Selanjutnya klik Unspinner
Pisau kata " main sampai bunting...banyak round jugak lah tuh"
Ini adalah risalah PAS yang disebarkan diseluruh Facebook ada juga yang sudah dicetak.Apa yang menariknya dalam masa Hj Hadi dan Nik Aziz bercakap kehendak mereka mahukan hudud realitinya tidak ada satu pun risalah mereka mengariskan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.
Berdasarkan risalah ni, PAS bohong kepada siapa? Adakah bohong kepada umat Islam? Atau hudud hanya sekadar retorik cubaan membeli undi umat Islam?
10 point mengenai Negara Berkebajikan,langsung tidak menyatakan mengenai hudud dan negara Islam.
Di luar sana khawarij PAS menyalahkan Umno kononnya tidak membenarkan hudud tapi korang tengok sendiri kempen dan risalah PAS.
Munafik?
Pisau kata " ini semua hasil didikan Lim Guan Eng & Anwar,lidah bercabang ,pembohong dan pembelit.."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Beberapa bulan lepas kita semua dapat saksikan bagaimana galaknya Rafizi Ramli melakukan pendedahan bersiri berhubung kes NFCorp.
Hasil dari siri demi siri pendedahan yang dilakukannya selama lima bulan yang dicampur aduk antara fakta dan auta,akhirnya membuatkan bos NFCorp dihadapkan ke mahkamah pada 12 Mac 2012. Tidak cukup dengan itu, aset mereka juga dibekukan, perniagaan mereka rosak dan isterinya terpaksa berundur dari jawatan menteri.
Rafizi yang sebelum itu tidak dikenali dan lembik,hinggakan nak bertanding jawatan Ketua AMK pun terpaksa dibatalkan, tiba-tiba kerana NFC dia menjadi ikon baru PKR. Dijulang, dipuja , disanjung, menjadi perhatian media hinggakan media tertunggu-tunggu bila lagi Rafizi hendak adakan PC. Jadual ceramahnya seluruh negara padat. Sampai sekarang pun apabila orang ingat lembu maka orang akan ingat Rafizi. Begitulah hebatnya seorang anak muda yang bernama Rafizi Ramli mencipta nama sekelip mata melalui lembu.
Ramai orang kata Rafizi budak cerdik, budak genius dan sebagainya. Tak mengapalah...jika itu anugerah yang Allah berikan kepadanya kita terima sahajalah. Rafizi semakin teruja dengan sokongan yang diterimanya dan membuatkan beliau ingin bekerja lebih lagi untuk membongkar kes NFCorp.
Dia tak toleh kiri kanan lagi, dia tak peduli lampu isyarat kuning atau merah, dia tak peduli garisan double line, semuanya dia tidak peduli dan terus memecut laju. Syok pandu kereta sport ni , tambahan pula ada tukang sorak atau pun dipanggil tukang perhangat.
Dedah punya dedah, auta punya auta , akhirnya hari ini Rafizi tersepit dengan 1 kebodohan dalam 100 kegalakannya menyerang NFCorp.
Pada 7 Mac 2012, Rafizi bersama ibu ikannya, Zuraidah Kamaruddin mengadakan sidang media mendedahkan kononnya NFCorp menggunakan wang kerajaan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman bank bagi membeli hartanah di Bangsar.
PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.
Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai itu.
Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.
Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.
Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.
Disinilah terletaknya kebodohan Rafizi....
Dia dapatkan segala dokumen bank mengenai NFCorp melalui kakitangan bank yang ada kabel dengannya. Kemudian dia dedahkan pula dokumen itu kepada wartawan. Itu sudah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Terlebih galak kerana nak jadi hero tak bertempat.
Tindakan Rafizi mempamerkan dokumen bank milik NFCorp dan Salleh kepada media telah mengundang mereka membuat laporan kepada Public Bank dan Bank Negara. Lihat di sini
Itu hak NFCorp dan Datuk Salleh. Setiap rakyat Malaysia ada hak masing-masing termasuk Rafizi. Berapa puluh kali sehari Rafizi nak buat PC untuk serang Shahrizat atau NFC, tiada siapa yang boleh halang. Itu hak dia.
Di Malaysia jika seseorang pembunuh yang berada dalam lokap polis, pun mereka masih ada hak untuk membuat laporan polis jika dia diugut bunuh oleh polis. Jadi kalau Rafizi nak mempertikaikan tindakan Datuk Salleh buat laporan kepada Bank Negara, lupakan sahajalah....Itu hak mereka.....
Kalau Rafizi rasa NFCorp bersalah sepatutnya dia melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan tentang penyelewengan yang dilakukan. Bukannya kau sendiri yang menjadi pegawai penyiasat yang tidak bertauliah pergi cetak penyata bank orang dan edarkan kepada media.
Lebih bodoh lagi kerana dia tidak pandai melindungi pemberi maklumatnya. Setiap penyata yang dicetak di bank ada ID kakitangan yang akses kepada akaun berkenaan. Jika ID dipadamkan sekali pun, pihak pengurusan bank boleh kesan pula bila, dimana dan siapa yang mencetaknya melalui sistem mereka.
Siasatan yang dijalankan Public Bank dan Bank Negara akhirnya dapat mengesan kakitangan bank yang mencetak penyata kewangan NFCorp dan berikan kepada Rafizi untuk didedah serta kepada media. Dan kini kakitangan berkenaan sedang disiasat oleh Bank Negara. Sabit kesalahan beliau bakal berdepan hukuman penjara selama 5 tahun.
Rafizi yang sebelum ini begitu ghairah dan teruja dengan pendedahannya kini sudah mula panas bontot dengan laporan yang dibuat oleh NFCorp. Beberapa hari lepas dia panggil satu sidang media berhubung perkara berkenaan. Dalam sidang media berkenaan dia mengentam BAFIA dan NFCorp cukup-cukup.
Bekas kakitangan Public Bank yang menjadi mangsa kebodohan Rafizi juga turut serta dalam PC berkenaan. Anda perhatikan video dibawah. Perhatikan air mukanya. Dia kelihatan tidak selesa, marah, terpaksa dan merasakan dirinya menjadi alat kepada Rafizi. Kenyataan yang dibacanya juga dalam keadaan terpaksa. Rafizi sendiri turut menyedari ketidakselesaan bekas kakitangan bank tersebut. Sebab itu sekejap-sekejap dia toleh orang itu. Kerana kebodohan Rafizi kini sebuah keluarga hidup dalam tekanan.
Katanya Rafizi seorang akuantan yang berdaftar Institut Akauntan Malaysia, tetapi antara BAFIA dengan AMLA pun tak tahu nak beza....
Sekarang Rafizi melompat-melompat menyalahkan BAFIA apabila akta itu telah menjerat lehernya. Sebelum ini kenapa dia tidak mempertikaikan BAFIA ?
Pak-khatan rakyat ada berpuluh ahli parlimen dalam Dewan Rakyat, kenapa sebelum ini tidak ada seorang pun yang pernah mengusulkan agar BAFIA dipinda ?
Tetapi apabila BAFIA sudah terkena atas batang hidung Rafizi, tiba-tiba baru Rafizi panas bontot menentang BAFIA.
Apa akan jadi kepada negara kita jika tiada BAFIA ? Pelabur asing mana yang hendak percayakan sistem kewangan di Malaysia , jika sesiapa sahaja boleh pergi ke bank periksa dan ambil penyata kewangan seseorang atau syarikat, kemudiannya dedahkan kepada umum ?
Apa perasaan Rafizi kalau hari ini saya gunakan kabel-kabel saya yang ada di bank , ambil segala maklumat kewangan Rafizi, isterinya serta ahli keluarganya dan dedahkan di blog ini ?
Datuk Salleh dan keluarganya telah dilondehkan lebih dari yang sepatutnya oleh kamu. Pelbagai jenis perisa kamu tambah untuk menyedapkan cerita kamu bagi menjatuhkan mereka sekeluarga. Sekarang terimalah giliran kamu. Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar, Allah Maha Adil, Allah Maha Saksama.
Bukan niat saya hendak mempertahankan Datuk Salleh. Yang salah tetap salah. Jika beliau salah biarkan undang-undang yang memutuskannya. Tapi undang-undang juga harus adil kepada beliau. Jika beliau boleh diaib, difitnah, disiasat dan didakwa,kenapa pula Rafizi harus menuntut layanan istimewa bagi dirinya ?
Untuk pengetahuan para pembaca juga, pendedahan Rafizi berkenaan NFCorp membeli hartanah KL Eco City menggunakan kemudahan wang pinjaman kerajaan juga adalah satu pembohongan. Dokumen yang diperolehi Rafizi dari staf bank dan ditunjukkan kepada media adalah dokumen pinjaman untuk pelaburan lain sejak tahun 2005, iaitu sebelum wujudnya lagi NFCorp dan KL Eco City. Bohong kelas 1, sebab itu Allah bayar tunai....
Semoga bekas kakitangan Public Bank menghadapi dugaan ini dengan tenang. Sebagai pekerja bank kamu telah dilatih dan diajar tentang BAFIA secukupnya. Tanyalah mana-mana pekerja bank, siapa yang tidak takut dengan BAFIA ? Semuanya akan ngeri dengan BAFIA. Oleh kerana kamu sendiri yang pilih jalan tersebut dan sanggup diri menjadi alat politik PKR maka kamu kena tabah menghadapinya dan terimalah padahnya. Harap-harap janganlah terjun bangunan semasa proses siasatan berlangsung....
Kepada Rafizi, untuk menjadi seorang hero terkenal kamu perlu membayar dengan harga yang mahal. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu galak nanti padah yang menjelma.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Munich - Chelsea berjaya melakarkan sejarah apabila berjaya mengalahkan Bayern Munich di perlawanan akhir Champions League di sini melalui penentuan sepakan penalti.
Drogba, berjaya menyamakan kedudukan ketika Chelsea ketinggalan 0-1 pada minit ke 88. Perlawanan kemudiaanya diheret hingga masa tambahan dan ke penentuan sepakan penalti apabila kedudukan kekal 1-1.
Drogba juga akhirnya berjaya menjaringkan gol terakhir di penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3.
Chelsea akhirnya berjaya memenangi perlawanan akhir ini buat pertama kali setelah beberapa kali dikecewakan. Chesea menang 4-3.
GURUN 19 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.
Beliau berkata Manji, 48, akan datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk "Islam, Liberty and Love" yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
"Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Buat Elok Saja Tau (Best) di sini malam tadi.
Katanya ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.
Manji merupakan seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.
Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk "The Trouble With Islam Today" yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel "The Satanic Verses", Salman Rushdie. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.
Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000
Hafiz berkata, dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak sangka bahawa dirinya dapat mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.
"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini.
"Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.
Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.
Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, sekali gus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000.
Khabar mengejutkan telah tersebar mengenai pasangan kekasih remaja, Justin Bieber dan Selena Gomez telah pun berpisah. Adakah ini benar?
Berita ini tersebar luas di internet apabila penyanyi yang popular dengan lagu 'Baby' itu telah menulis di twitternya satu ucapan yang meragukan.
Walaupun tweet itu tidak menyatakan dirinya dan Selena telah berpisah, namun perkara tersebut telah menyebabkan pelbagai spekulasi mengenai cinta mereka sekarang berantakan.
"Thank you for the time i had with you, but i have to move on now," kata Justin di Twitternya.
Kemudian, tweetnya itu telah dibuang.
Yang pastinya, peminat-peminat setia Justin Bieber pastinya gembira mendengar berita ini!
Berbelit-belit orang tua ni cakap..pening kepala lah...
KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.
Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.
"Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.
"Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.
Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.
Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.
"Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.
KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.
KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.
Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berdasarkan persembahan separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan masing-masing. Mereka menunjukkan aksi yang agresif dan seimbang pada awal babak permainan.
Rembatan kencang dari luar kotak penalti daripada pemain KL Sime Darby, Azmirul Azmi pada minit kesembilan berjaya ditangkap kemas penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Sejurus selepas itu, sorakan stadium bergema, giliran Kelantan menguji penjaga gol Sime Darby, Mohd Redzuan Harun menerusi rembatan yang sama dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13. Kemudian, sepakan percuma Indra Putra ditangkap kemas penjaga gawang Sime Darby pada minit ke-20.
Pada minit ke-28, pemain sayap Kelantan, S.Chanturu dijatuhkan selepas membuat larian solo melepasi pemain KL Sime Darby di sudut kanan pintu gol.
Pemain pertahanan skuad Kijang yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan dan Rizal Fahmi Abdul Rosid dibawa masuk pada minit ke-32.
Kelantan memperoleh sepakan sudut yang pertama menerusi Zairul Fitree Ishak namun tandukan Mohd Badhri Radzi hampir berjaya menewaskan penjaga gol KL Sime Darby.
Tandukan Mohammed Ghaddar, penyerang import Kijang tersasar pada minit ke-41.
Pada aksi keseluruhan babak pertama permainan, kedua-dua buah pasukan menunjukkan permainan seimbang.
Kedua-dua pasukan mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.
Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final.
Barisan Pemain: Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.
Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).
BESUT - Lima pelajar termasuk tiga pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, didenda RM1,500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas mengaku salah melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah rumah di Kampung Gong Tengah, 27 Mac lalu.
Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut apabila beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah dan rayuan tertuduh.
Mereka ditahan dalam sebuah rumah di kampung tersebut dekat Kuala Besut pada jam 9.15 pagi dan tiada ikatan yang sah ketika kejadian, sehingga menimbulkan syak melakukan khalwat.
Semua tertuduh termasuk dua lelaki berumur 18 tahun itu dibicarakan di bawah Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.
Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa melakukan serbuan berwaran di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah.
Penguat kuasa syariah terpaksa ke bahagian dapur rumah setelah pintu utama tidak dibuka oleh tertuduh ketika pihak berkenaan mengetuk pintu tersebut.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati, pintu sebuah bilik berkunci dari dalam dan selepas beberapa minit diketuk, ia dibuka oleh seorang remaja perempuan dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu.
Nik Mohd Shahril berkata, remaja tersebut memberitahu penguat kuasa hanya mereka bertiga di dalam rumah itu namun, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki sedang menyorok di atas siling rumah.
Ketiga-tiga pelajar perempuan itu tinggal di sebuah kuarters perumahan di Gong Keda.
Salah seorang lelaki terbabit adalah anak pemilik rumah tersebut manakala rakannya dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.
BUTTERWORTH - Seorang ibu mertua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh menantu secara menikam dan membakarnya dengan petrol, awal bulan ini.
Bukan warga emas itu, Lee Wai Chee, 60, seorang sahaja namun kakaknya, Lee Wai Mei, 63, juga dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 42, di blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam dekat sini, 8 Mei lalu.
Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan khianat ke atas mangsa dan kali ini pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ramlan manakala dua beradik itu diwakili peguam Mok Yee Yew dan Christine Khoor.
Prosiding dijalankan hadapan Hakim Ikhmal Hishan Ahmad Tajuddin yang kemudian, memerintahkan Wai Chee supaya menjalani rawatan mental di Hospital Tanjung Rambutan sementara Wai Mei diberikan jaminan RM30,000.
Kes disebut semula pada 16 Jun depan.Kedua-dua beradik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 8 Mei lalu.
Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran terdekat yang kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri.
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dipukul dan diikat pada tiang elektrik di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang kira-kira jam 4.30 pagi semalam.Mangsa diikat dengan tali pinggang yang dipakainya dipercayai oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna biru.
Bukan itu sahaja lelaki malang ini turut dibogelkan sementara pakaian bertaburan tidak jauh dari tempat mangsa diikat.Sementara itu, penduduk dikenali Ripin, 48, yang dalam perjalanan ke kebun getah di Gual Pasong Hantu, terkejut melihat sebuah motosikal tanpa pemiliknya berhampiran jambatan.
Ripin berkata, hanya beberapa meter dari situ dia dapat melihat kelibat manusia berhampiran balai bomba.Menurutnya dia dan isteri tidak berani untuk menghampiri mangsa kerana bimbangkan keselamatan mereka.
"Saya dan isteri terus ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan memaklumkan perkara itu kepada anggota bertugas.
"Selepas itulah kami melihat dari jauh mangsa diikat pada tiang dan tidak berpakaian," katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa yang cedera pada bahagian muka dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan.
Sinar Harian difahamkan beg duit mangsa tanpa wang tunai dan pengenalan diri turut ditemui tidak jauh dari tempat mangsa ditemui.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliludin Rahim memberitahu, pihaknya masih menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
SHAH ALAM – Keraguan mulai berlegar. Apakah idea muzakarah dengan Umno yang dicetuskan Pas minggu lalu mampu jadi kenyataan? Ataupun episod kekeruhan dalam isu perpaduan Melayu/ Islam di negara ini akan berlarutan untuk beberapa dekad lagi, malah mungkin selama-lamanya?
Jika demikian, jelaslah tidak akan ada muzakarah yang sebenar melainkan hanya muza-keruh.Kekeruhan bagi episod kali ini mulai diperlihatkan hanya selepas lima hari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno pada sidang media di Kuala Lumpur 14 Mei lalu.
Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi sebaliknya menunjukkan tembok yang begitu sukar dilepasi Umno bagi merealisasikan pelawaannya itu.
"Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?" katanya.
Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Abdul Hadi berkata, selagi sistem pilihan raya tidak dibersihkan, ia membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkepentingan Islam, atau dalam usaha mempertahankan Islam.
Beliau kemudian mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya mengekang kebebasan akhbar sekali gus menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat yang adil bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya.
"Negara yang mengamalkan demokrasi yang baik sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil tetapi itu tidak berlaku di negara ini di mana parti memerintah mengongkong semua media.
"Ia menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Demokrasi yang macam ini tidak betul, demokrasi yang macam ini salah," katanya.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan yang disiarkan kelmarin, turut menyatakan persetujuan bagi cadangan muzakarah dengan Umno dan menyerahkan kepada pemimpin Umno sama ada mahu menjadikan pertemuan itu kenyataan ataupun tidak.
Kuala Lampir - FAM digesa bekerjasama dengan semua stesen tv di negara ini termasuklah ASTRO agar menyekat semua siaran sukan yang berkaitan bola sepak ke rumah Tan Sri Annuar Ibrahim...eh! Annuar Musa.
Ini bertepatan dengan larangan yang dikeluarkan oleh FAM sendiri yang menghalang Annuar Ibrahim...isk! Annuar Musa agar tidak terbabit dengan mana-mana aktiviti yang berkaitan bola sepak.
Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai, Annuar juga telah dihalang untuk untuk menyeberang padang bola sepak untuk ke rumah sahabatnya pada petang semalam.
Pihak FRU dikerahkan untuk menjaga padang bola tersebut dan Annuar terpaksa berpusing mengikut laluan biasa untuk ke rumah sahabatnya yang berada di hadapan padang bola tersebut.
Saksi yang tidak boleh dipercayai juga berkata, Annuar tidak dapat membeli bebola ikan kegemarannya di pasaraya akibat dari larangan FAM tersebut.
Annuar yang kecewa dengan larangan tersebut berkata, beliau akan tetap menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Sime Darby walaupun terpaksa menggunakan broadband.
Difahamkan, FAM telah pun berbincang dengan pihak pembekal jalur lebar dan internet di seluruh negara untuk menyekat IP address Tan Sri Annuar Musa dari terus menonton dan mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja berkaitan bola sepak.
ALOR SETAR: "Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
"Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan," kata Rozita Said, 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011.
Katanya, sebelum berkahwin suaminya duda beranak satu dan mereka bernikah di Hatyai, Thailand tetapi selepas bersama baru tahu suaminya mempunyai dua isteri dan seorang anak.
Dia yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Februari lalu, dia mengikut suami ke kediaman sewanya di Kampung Pasir, Johor Bahru dan bekerja di sebuah kilang.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isteri musnah selepas wanita itu bersama dua anaknya keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri dan dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.
"Saat saya mula didera selepas suami menuduh saya menjalin hubungan cinta bersama rakan melalui laman sosial dan memaksa saya mengakuinya sedangkan tidak pernah berbuat demikian," katanya.
Menurutnya, akibat kejadian itu, setiap hari dia bukan saja dipukul di muka tetapi turut diterajang termasuk ketika memandu bersama suaminya.
"Selain dipukul, suami mengawal setiap pergerakan termasuk menghantar dan mengambil saya di tempat kerja, malah ketika di rumah, dia hanya mahu saya berada di sisinya tanpa membenarkan saya melakukan perkara lain termasuk tidak membenarkan bersolat.
"Suami bertambah baran hanya kerana saya tidak mahu mengaku menjalin hubungan melalui laman sosial. Dia juga pernah melafazkan talak satu kerana insiden berkenaan tetapi kembali memujuk saya dalam 24 jam tanpa merujuk mahkamah syariah," katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isterinya musnah selepas wanita itu bersama dua anak mereka keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri serta dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.
Untuk melihat lebih lanjut berkaitan kecelaruan pemikiran khawarij moden ini, para pembaca boleh merujuk karya Syaikh 'Abdul Malik Ramadhani al-Jaza'iri yang berjudul, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah wa al-Ihfi'aalat al-Hamaasiyyah.
Dalam kitabnya tersebut Syaikh 'Abdul Malik menukilkan sebahagian perkataan salaf yang menyatakan bahawa Khawarij adalah murji'ah dalam masa yang sama. Antara nukilan tersebut, "Murji'ah beranggapan tidak wajib mentaati pemerintah" sebagaimana disebutkan oleh Imam ash-Shabuni dalam Aqidatus Salaf Ashhabul Hadits. Kemudian kata Imam Ahmad, "Bahawasanya Khawarij itulah murji'ah." Kemudian beliau menukilkan - Termasuk di dalam sikap dan karektor pemikiran murji'ah adalah mereka mendiamkan kesesatan ahli bid'ah dan tidak membongkarnya. Sebaliknya mereka mencela dan memperlekehkan pula orang yang mengajarkan sunnah dan tauhid. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa murji'ah memiliki sikap bertoleransi dengan sesiapa sahaja sama ada dari kalangan ahli maksiat mahupun ahli bid'ah selagi mana bersama-sama kelompok mereka. Kenyataan ini beliau nukilkan daripada Majmu' al-Fatawa oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah (12/467) dan Badai'u at-Tafsir oleh Ibnul Qayyim.
Kemudian beliau menyebutkan dengan kata-kata yang tegas:
ولا يَختلف اثنان أن هذا من أعظم الأسس التي يرتكز عليها دين الحركية؛ وهل ثَمَّ أحدٌ يُنكر مقولتهم: (ليَعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه، ولنعمل فيما اتَّفقنا عليه!!)، وقد بيّنت ـ في هامش قريب ـ من كلام حسن البنا أنهم يَعنون الاختلاف بإطلاق! قالوا هذا؛ لأنهم لو أخذوا يُنكرون على أهل البدع لضيَّعوا أكثر متبوعيهم الذين يمدّونهم في الغيّ!
"Tidak ada yang menyanggah bahawa kaedah seperti ini adalah prinsip (atau asas) utama bagi sebuah dakwah dalam harakah (atau parti) politik. Adakah sesiapa yang mempertikaikan bahawa merekalah yang mengatakan, "Marilah kita saling bertoleransi dalam apa yang diperselisihkan, dan marilah kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati." Telah saya jelaskan pada nota kaki sebelumnya daripada perkataan Hasan al-Banna bahawa maksud mereka adalah merujuk segala bentuk perselisihan! Mereka sengaja mencanangkan kaedah tersebut kerana apabila mereka menyanggah ahli bid'ah, maka akan bertempiaran larilah para pengikut mereka yang selama ini membantu mereka dalam kesesatan!" (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 257)
Demikianlah syubhat dan celarunya pemikiran kelompok sesat penentang pemerintah bermazhab khawarij. Atas sebab itulah disebutkan daripada sebuah hadis bahawa Khawarij adalah anjing-anjing neraka.
Daripada Sa'id B. Jumhan, beliau berkata, "Aku menemui 'Abdullah B. Abi Aufa, ketika itu beliau tidak dapat melihat (buta). Kemudian aku mengucapkan salam kepadanya.
Beliau bertanya, "Siapakah engkau?" Aku menjawab, "Aku adalah Sa'id B. Jumhan."
Beliau bertanya lagi, "Apakah yang dilakukan oleh ayahmu?" Aku menjawab, "Beliau telah dibunuh oleh (kaum) al-Azariqah." Beliau pun berkata, "Semoga Allah melaknat kelompok al-Azariqah. Semoga Allah melaknat kelompok al-Azariqah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menceritakan kepada kami, bahawa mereka adalah anjing-anjing neraka."
Aku bertanya, "Adakah hanya kelompok al-Azariqah sahaja, atau merujuk kepada semua kaum Khawarij?" Beliau menjawab, "Ya, benar. Semua kaum Khawarij."
Aku berkata, "Sesungguhnya para penguasa sedang menzalimi rakyat dan berbuat tidak adil kepada mereka." Akhirnya Abdullah bin Abi Aufa memegang tanganku dan menggenggamnya dengan sangat erat, lalu beliau berkata, "Duhai celaka kamu wahai Ibnu Jumhan. Hendaklah kamu sentiasa bersama as-Sawadul A'dzam, hendaklah kamu sentiasa bersama as-Sawadul A'zham. Sekiranya engkau mahu penguasa tersebut mendengar nasihat kamu, maka datangilah rumahnya dan beritahulah kepadanya apa-apa yang kamu ketahui sehingga ia menerimanya. Jika tidak, maka tinggalkanlah, kerana kamu tidak lebih tahu daripada dia." (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 32/157, no. 19415. Lihat tahqiq Syu'aib al-Arnauth. Majmu' az-Zawa'id, 5/414, no. 9163. Al-Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Ahmad dan ath-Thabrani, dan para perawi Ahmad adalah perawi tsiqah." Dinilai hasan oleh al-Albani, Dzilal al-Jannah, 2/143, no. 905 dan Abdus Salam Barjas dalam Mu'ammalatul Hukkam)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam." (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/116, no. 5994)
Umar al-Bakkali pernah menyatakan:
إذا كانت عليكم أمراء يأمرونكم بالصلاة والزكاة، حلت لكم الصلاة خلفهم، وحرم عليكم سبهم
"Apabila kamu dipimpin oleh pemimpin yang memerintahkan kamu untuk solat dan mengeluarkan zakat, maka halal bagi kamu solat di belakang mereka, dan diharamkan ke atas kamu mencaci-maki mereka."
Syaikh 'Abdus Salam B. Barjas menyatakan tentang riwayat ini, "Menurut al-Hafiz dalam al-Ishabah, sanadnya sahih." (Rujuk: Mu'ammalatul Hukkam fi Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah)
Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan:
عون السهمى اتيت ابا امامة فقال لا تسبوا الحجاج فانه عليك امير وليس على بامير
Daripada as-Sahmi katanya, "Aku mendatangi Aba Amamah, lalu beliau berkata:
"Janganlah kamu mencela (mengutuk dan menghina) al-Hajjaj, kerana beliau adalah penguasa bagi kamu dan bukan penguasa bagiku." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 7/18, no. 83 - Maktabah Syamilah)
Abu Umamah tinggal di Syam, manakala as-Sahmi tinggal di Iraq yang mana pemimpin di Iraq ketika itu adalah al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi, gabernor kepada 'Abdul Malik B. Marwan. Telah sedia maklum bahawa al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi ini adalah seorang pemimpin yang zalim, bengis, dan fasiq.
Syaikh 'Abdul Malik Ramadhani al-Jaza'iri hafizahullah menegaskan:
وعلى كل حال فإن مجرَّد التحريض على السلطان المسلم ـ وإن كان فاسقا ـ صنعة الخوارج، قال ابن حجر في وصف بعض أنواع الخوارج: "والقَعَدية الذين يُزَيِّنون الخروجَ على الأئمة ولا يباشِرون ذلك"، وقال عبد الله بن محمد الضعيف: "قَعَدُ الخوارج هم أخبث الخوارج
"Apapun, walau hanya sekadar melakukan provokasi (menebar kebencian) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij. Ketika menjelaskan berkaitan beberapa pecahan kelompok khawarij, Ibnu Hajar berkata, "Di antaranya adalah al-Qa'adiyah, iaitu kelompok yang membuat provokasi (menebar kebencian) untuk keluar dari ketaatan terhadap pemerintah sedangkan mereka sendiri tidak terlibat secara langsung dalam pemberontakan tersebut." 'Abdullah B. Muhammad adh-Dhaif berkata, "Kelompok al-Qa'adiyah ini merupakan pecahan kelompok khawarij yang paling jijik." (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 266)
Sebab itulah antaranya Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) menegaskan bahawa mereka yang menyebarkan kebencian terhadap para pemerintah wajib diambil tindakan supaya dia meninggalkan perbuatannya tersebut. Sekiranya dia berdegil, maka dia boleh dihukum penjara atau yang seumpamanya. Ini adalah sebagaimana kata beliau berikut:
ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام
"Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya. Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah." (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)
Ini kerana perbuatan mencela dan dan melaungkan kebencian terhadap pemerintah ini mengandungi larangan yang berat dan akibat yang buruk. Ia termasuk salah satu ciri kebid'ahan khawarij. Bahkan tidak sedikit para pemerintah yang terbunuh akibat dari perbuatan provokasi dan kritikan secara terbuka yang kemudiannya melahirkan bibit pemberontakan. Di antaranya adalah dari kalangan khulafa'ur Rasyidin sendiri seperti khalifah 'Utsman radhiyallahu 'anhu. Di mana sebab utama terbunuhnya 'Utsman radhiyallahu 'anhu adalah apabila gabernornya mula dicela. Secara automatik, ia memberi kesan kepada beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantik mereka. Fitnah-fitnah kebencian terhadap 'Utsman juga turut disebarkan sehingga keadaan menjadi kacau-bilau. Akhirnya 'Utsman pun dibunuh.
Dari semua ini, seharusnya kita sedar dan tidak menyia-nyiakan masa yang ada dengan menyibukkan diri menentang pemerintah. Sebaliknya hendaklah kita melazimi ilmu yang benar demi memahami sebuah manhaj yang murni dan haq iaitu ahlus sunnah wal-jama'ah yang berdiri di atas nash-nash al-Qur'an, al-hadis, dan kefahaman salafus soleh.
Bibit-bibit pemisahan diri dari ketaatan terhadap pemerintah biasanya bermula dengan perasaan iri dan dengki di dalam hati. Kemudian dengan provokasi kebencian melalui lisan mahupun tulisan. Ini akan mengakibatkan fitnah yang lebih besar lagi seperti perselisihan, pertengakaran, kebencian, kemarahan dan perpecahan. Sehingga akhirnya akan mengakibatkan sikap anti pemerintah dan mungkin pergolakkan di kalangan rakyat untuk menuntut revolusi. Ini akan membawa kepada pertembungan rakyat dengan pemerintah. Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku pada zaman awal Islam, tetapi terus berlarutan di setiap zaman. Termasuk yang terbaru sebagaimana sedang berlaku di Timur tengah seperti di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, dan Yaman sekarang. Kesudahan dari perkara ini amatlah buruk, iaitu hilangnya keamanan, rosaknya harta benda, hilangnya jiwa (pertumpahan darah), merugikan masa, dan bahkan hingga hilangnya kedaulatan negara.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam bersikap terhadap para pemimpin. Hendaklah kita melazimi manhaj ilmu, sabar, dan bertindak di atas maslahah serta kaedah yang benar. Tidak mengikuti hawa nafsu, emosi dan kebencian sehingga mengikuti jejak langkah kaum sesat Khawarij. Yang kemudian dari fahaman khawarij tersebut menyebabkan munculnya pelbagai bentuk kesesatan dan penyimpangan lainnya.
ومن رأى هؤلاء أحدث المعتزلة في التحسين والتقبيح إلى العقل وأن العدل ما يقتضيه ثم حدث القدرية في زمن الصحابة وصار معبد الجهني وغيلان الدمشقي والجعد بن درهم إلى القول بالقدر ونسج على منوال معبد الجهني واصل بن عطاء وانضم إليه عمرو بن عبيد وفي ذلك الزمان حدثت سنة المرجئة حين قالوا لا يضر مع الإيمان معصية كما لا ينفع مع الكفر طاعة ثم طالعت المعتزلة مثل أبي الهذيل العلاف والنظام ومعمر والجاحظ كتب الفلاسفة في زمان المأمون واستخرجوا منها ما خلطوه بأوضاع الشرع مثل لفظ الجوهر والعرض والزمان والمكان والكون وأول مسألة اظهروها القول بخلق القرآن وحينئذ سمي هذا الفصل فصل علم الكلام
"Dari semua inilah (fitnah ideologi khawarij), muncul pula golongan al-Muktazilah yang menyerahkan soal penilaian baik dan buruk berdasarkan pertimbangan akal. Keadilan juga dinilai dengan akal. Kemudian muncul pula firqah Qadariyah pada era sahabat. Ia mula diutarakan oleh Ma'bad al-Juhani, Ghailan ad-Dimasyqi, dan Ja'ad B. Dirham. Kemudian ideologi muktazilah ini dikembangkan oleh Washil B. Atha' (pada fasa tabi'in). Seterusnya ia didukung pula oleh Amr B. Ubaid. Pada ketika inilah muncul pula golongan Murji'ah yang mengatakan, "Suatu maksiat tidak akan memberi sebarang kesan selagi ada keimanan, ini sebagaimana halnya ketaatan yang tidak akan berguna selagi ada kekafiran." Kemudian berkembang lagi pemikiran Muktazilah melalui Abu al-Hudzail B. Al-Allaf, an-Nizham, Ma'mar dan al-Jahizh. Golongan Muktazilah ini kemudiannya menekuni buku-buku falsafah ketika zaman pemerintahan al-Ma'mun. Melalui buku-buku falsafah tersebut mereka pun membuat kesimpulan (mengeluarkan pendapat) yang bercampur-aduk dengan urusan-urusan syari'at. Ini seperti munculnya istilah-istilah baru berkaitan jisim, bukan jisim, masa, tempat, dan alam. Permasalahan pertama yang mereka lontarkan kepada umum adalah soal status al-Qur'an adalah makhluk. Maka zaman ini disebut sebagai era ilmu kalam (teologi)." (Talbis Iblis, m/s. 87 – Maktabah Syamilah)
Sebenarnya mereka yang memiliki ideologi khawarij ini, dalam masa yang sama mereka juga mungkin membawa ideologi Murji'ah dan Muktazilah. Ini kerana mereka memfokuskan kesalahan hanya di pihak pemerintah semata-mata. Walau sekecil manapun perkara kemungkaran tersebut sekiranya berada di pihak pemerintah, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membongkar dan mengkritiknya lalu menjadikannya sebagai bahan membantai pemerintah di pentas-pentas umum. Manakala di pihak mereka walau melakukan pelbagai kemungkaran termasuk syirik dan bid'ah, mereka akan membiarkan dan mendiamkannya. Bahkan di sisi mereka, kemungkaran boleh jadi halal atas tiket menentang kezaliman pemerintah. Mereka menganggap mengkritik dan mencerca pemerintah adalah suatu yang tidak memiliki kesalahan sama sekali selagi mana datangnya dari kelompok mereka. Mereka juga mengimani bahawa menyertai praktik sistem demokrasi yang ada hari ini adalah halal atau sekurang-kurangnya tidak akan memberi kesan dosa atas tiket (wasilah) menjatuhkan pemerintah yang mereka anggap sebagai jihad amar ma'ruf nahi mungkar.
Mereka juga boleh bersama sesiapa sahaja sama ada golongan yang fasiq, ahli bid'ah, pelaku syirik, atau penyembah berhala (ahlul autsan) atas fokus menentang pemerintah. Dan mereka tidak akan mengkritik sesiapa sahaja di pihak mereka dengan menganggapnya sebagai tidak ada apa-apa. Atau mungkin paling tinggi pun, akan bersikap basa-basi dan acuh tidak acuh dengan kesalahan teman-teman mereka. Sebaliknya akan menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang berada di sisi pemerintah. Inilah bentuk-bentuk pemikiran murji'ah yang menyelinap dalam kelompok penentang pemerintah hari ini dari kalangan pembangkang atau pergerakan dakwah politik.
Setelah mereka bergelumang dengan ideologi khawarij dan murji'ah, dalam masa yang sama juga mereka akan mengambil kaedah-kaedah muktazilah iaitu mengedepankan akal dalam mentakwil nash-nash syari'at bagi menghalalkan segala bentuk perbuatan mungkar mereka. Demikianlah dahsyat dan rosaknya akar pemikiran khawarij. Inilah yang banyak berlaku dalam kalangan golongan pembangkang yang memusuhi pemerintah di pelbagai negara Islam hari ini.
Sebab itulah Imam asy-Syahrastani (Wafat: 548H) berkata dalam al-Milal wa an-Nihal:
والمرجئة: صنف آخر تكلموا في الإيمان والعمل إلا أنهم وافقوا الخوارج في بعض المسائل التي تتعلق بالإمامة
"al-Murji'ah adalah satu kelompok yang berbicara tentang iman dan amal, tetapi dalam masa yang sama kelompok ini sepakat dengan khawarij dalam beberapa perkara terutamanya tentang pemerintahan (imamah)." (al-Milal wa an-Nihal, 1/113 – Daar al-Ma'rifah)
Selain itu, mereka juga dikenali memiliki keyakinan (fahaman) bahawa sesiapa sahaja yang melakukan dosa besar adalah kafir. Walaupun adakalanya penetapan dosa tersebut hanya pada andaian mereka semata-mata. Mereka juga terkenal dengan sikap terburu-buru dalam menyesat dan mengkafirkan umat Islam atas alasan dosa besar.
ومن خرج على إمام من أئمة المسلمين فهو خارجي قد شق عصا المسلمين وخالف الآثار وميتته ميتة جاهلية ولا يحل قتال السلطان ولا الخروج عليه وإن جار وذلك
"Dan sesiapa yang keluar dari ketaatan terhadap para pemerintah umat Islam maka mereka termasuk golongan khawarij. Mereka bertindak memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menentang sunnah. Sekiranya mereka mati, matinya adalah mati jahiliyyah. Tidak boleh mengangkat senjata memberontak (atau memerangi) pemerintah dan tidak boleh keluar dari ketaatan terhadapnya walaupun pemimpin tersebut seorang yang jahat." (Syarhus Sunnah, no. 33)
Para ulama ahlus sunnah menjelaskan pemberontakan terhadap pemerintah yang paling ringan adalah memusuhi dengan hati, kemudian celaan atau hasutan kebencian dengan lisan, dan yang paling berat adalah dengan tangan dan senjata. Menurut Imam asy-Syahrastani rahimahullah (Wafat: 548H) dalam kitabnya al-Milal wa an-Nihal, pemerintah dalam persoalan ini tidak terhad kepada zaman ketika Khulafa' al-Rasyidin atau tabi'in semata-mata, tetapi juga termasuk para pemerintah umat Islam di setiap zaman. Sama ada pemerintah yang adil, zalim, mahupun yang fasiq. Ini sebagaimana kata beliau:
الخوارج والمرجئة والوعيدية كل من خرج عن الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى خارجيا سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان
"Al-Khawarij, al-Murji'ah, dan al-Wa'idiyyah digunakan untuk menyebut semua kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah yang sah dan diperakui oleh jama'ah (majoriti) umat Islam. Istilah khawarij digunakan untuk menyebut kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan dan tidak mengakui keabsahan pemerintah yang dilantik sama ada pada zaman para sahabat, khulafa'ur Rasyidin, tabi'in, atau pada masa setelah itu di setiap zaman." (al-Milal wa an-Nihal, 1/113 – Daar al-Ma'rifah)
Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menegaskan bahawa khawarij adalah kaum yang jahat lagi derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka dikenali rajin beribadah seperti solat malam, berpuasa, dan membaca al-Qur'an, tetapi kebaikan mereka ini sedikitpun tidak memberi manfaat. Kerana mereka memahami nash-nash agama dengan kaedah dan tafsiran yang menyeleweng lagi mengikuti hawa nafsu. Kata beliau:
لم يختلف العلماء قديماً وحديثاً أن الخوارج قوم سوء، عصاة لله عز وجل ولرسوله صلى الله عليه وسلم، وإن صلوا وصاموا، واجتهدوا في العبادة ، فليس ذلك بنافع لهم، وإن أظهروا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وليس ذلك بنافع لهم، لأنهم قوم يتأولون القرآن على ما يهوون، ويموهون على المسلمين. وقد حذرنا الله عز وجل منهم، وحذرنا النبي صلى الله عليه وسلم ،وحذرناهم الخلفاء الراشدون بعده، وحذرناهم الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان رحمة الله تعالى عليهم. والخوارج هم الشراة الأنجاس الأرجاس، ومن كان على مذهبهم من سانر الخوارج، يتوارثون هذا المذهب قديماً وحديثاً، ويخرجون على الأئمة والأمراء ويستحلون قتل المسلمين
"Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur'an bersesuaian dengan hawa nafsunya. Mereka juga menonjolkan amalan amar ma'ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur'an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu 'anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan. Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam." (al-Ajurri, asy-Syari'ah, 1/22)
Kemudian beliau memberikan satu peringatan tegas untuk kita semua dengan katanya:
قد ذكرت من التحذير عن مذاهب الخوارج ما فيه بلاغ لِمن عصمه الله عَزَّ وَجَلَّ الكريم، عن مذهب الخوارج، ولَم ير رأيهم وصبر عَلَى جَوْر الأئمة، وحَيْف الأمراء، ولَم يَخرج عليهم بسيفه، وسأل الله العظيم كشف الظلم عنه، وعن جَميع المسلمين، ودعا للولاة بالصلاح، وحجَّ معهم، وجاهد معهم كل عدو للمسلمين، وصلى خلفهم الجمعة والعيدين، وإن أمروه بطاعتهم فأمكنته طاعتهم أطاعهم، ولِمن لَم يُمكنه اعتذر إليهم، وإن أمروه بِمعصية لَم يطعهم، وإذا دارت بينهم الفتن لزم بيته، وكفَّ لسانه ويده، ولَم يَهو ما هُم فيه، ولَم يُعن عَلَى فتنته، فمن كَانَ هذا وصفه كَانَ عَلَى الطريق المستقيم إن شاء الله تعالَى
"Sungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah 'Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab al-khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang). Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma'at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, insyaAllah." (al-Ajurri, asy-Syari'ah, 1/37)
Ketika membahaskan hadis-hadis ini dan yang berkaitan, Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menyatakan dalam kitabnya Talbis Iblis di bab perbahasan Khawarij, "Dzul Khuwaishirah adalah tokoh khawarij yang pertama sekali muncul dalam sejarah Islam. Ia menganggap dirinya dalam kebenaran berdasarkan sangkaannya semata-mata. Dia tidak memahami bahawa pendapat Rasulullah-lah yang perlu diutamakan dan didahulukan berbanding segala pandangan yang lain. Kemudian daripada Dzul Khuwaishirah ini lahir pula kelompok yang memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintahan 'Ali radhiyallahu 'anhu. (Rujuk: Talbis Iblis, m/s. 81-82 – Maktabah Syamilah)
Fitnah-fitnah pemisahan dari ketaatan terhadap pemerintahan 'Ali tersebut pun akhirnya mengobarkan api kebencian dan pemberontakan. Termasuk di dalamnya adalah fitnah perang Jamal dan Siffin yang mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri akibat diapi-apikan oleh kelompok ketiga berideologikan khawarij.
Pada sela-sela masa seterusnya muncullah tokoh-tokoh khawarij lainnya mewarisi ideologi dua tokoh utama mereka ini (Dzul Khuwaishirah dan 'Abdullah B. Saba'). Antaranya adalah seperti 'Abdullah B. Muljam yang telah membunuh 'Ali radhiyallahu 'anhu ketika sedang keluar untuk solat Subuh dengan pedang yang disapu racun. Manakala sekutu 'Abdullah B. Muljam iaitu al-Barak B. 'Abdullah dan Amr B. Bakar at-Tamimi yang merancang membunuh Mu'awiyah B. Abu Sufiyan dan Amr B. Al-'Ash. 'Abdullah B. Muljam adalah seorang yang kuat beribadah dan hebat bacaan al-Qur'annya, namun sayang manhaj berfikirnya menyimpang dari methodologi para sahabat dalam memahami nash-nash agama.
Di zaman al-Hasan B. 'Ali radhiyallahu 'anhuma, ketika beliau hendak melaksanakan perdamaian dan menyerahkan pemerintahan kepada Mu'awiyah B. Abu Sufiyan, muncul pula tokoh bernama al-Jarrah B. Sinan. Beliau tampil mencela al-Hasan dan Ayahnya 'Ali radhiyallahu 'anhu. Tanpa teragak-agak, al-Hasan pun membunuhnya.
Setelah fasa pemerintahan 'Ali hingga Mu'awiyah B. Abu Sufiyan, muncul pula nama Mirdas B. Udayyah dan Nafi' B. Al-Azraq. Mirdas B. Udayyah adalah tokoh yang lahir dari serpihan pemberontak di zaman 'Ali radhiyallahu 'anhu yang kemudiannya memimpin pemberontakkan menentang pemerintahan Yazid B. Mu'awiyah. Di antara sikap beliau adalah suka mencari-cari kesalahan pemimpin dan mencanangnya untuk memburuk-burukkan.
Pada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu 'Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu 'Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, "Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!"
Maka, Abi Bakrah pun berkata, "Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadits al-Ihya', 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata:
أبو بلال هذا هو مرداس ابن أدية، خارجي، ومن جهله عد ثياب الرجال الرقاق لباس الفساق
"Abu Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang yang berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq." (adz-Dzahabi, Siyar A'lam an-Nubala', 3/20 dan 14/508)
Kisah-kisah berkaitan kekacauan akibat fitnah ideologi khawarij ini tidak berhenti setakat itu. Bahkan ia terus berlangsung seiring dengan beredarnya zaman. Termasuklah zaman kita hari ini.
Di antara syi'ar utama kelompok khawarij ini adalah mereka sentiasa berusaha mengambil kesempatan di atas kelemahan para pemerintah umat Islam bagi tujuan memisahkan diri dari ketaatan terhadap kepimpinannya dan berhajat mengambil alih tampuk kuasa tersebut dengan apa jua cara walapun jelas dilarang oleh agama. Mereka menganggap perbuatan memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintah sebagai salah satu bentuk sarana amar ma'ruf nahi mungkar dan termasuk amalan jihad yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Mengusik kehormatan dan kredibiliti pemerintah dengan cara memaki-hamun, mencela, menyebarkan aibnya, dan mengkritik mereka secara terbuka adalah satu bentuk kesalahan yang amat besar di sisi Islam. Bahkan ia termasuk benih-benih pemberontakkan terhadap pemerintah yang menjadi sebab rosaknya agama, tergugatnya keamanan, dan menghilangnya kemaslahatan dunia sekaligus.
Perbuatan mengecam dan memburuk-burukkan pemerintah adalah satu bentuk bid'ah yang sengaja diada-adakan dalam perlaksanaan amar ma'ruf nahi mungkar. Ia mula dicipta oleh seorang tokoh Yahudi bernama 'Abdullah B. Saba' yang berpura-pura memeluk Islam ketika zaman pemerintahan Khalifah 'Utsman B. Affan radhiyallahu 'anhu. Disebabkan fitnah yang direka dan disebarkan oleh 'Abdullah B. Saba' inilah akhirnya sejarah Islam menjadi kacau-bilau sehingga terbunuhnya 'Utsman dan 'Ali. Ideologi yang beliau cetuskan tersebut kemudiannya makin tersebar hingga meracuni dan memperdaya sebahagian kelompok umat Islam setelah itu yang mengakibatkan munculnya firqah-firqah sesat seperti Khawarij dan syi'ah, yang kemudiannya dari Khawarij lahirnya Murji'ah, Qadariyah, dan Muktazilah.
Lebih awal dari itu, pemikiran mencela pemimpin secara terbuka ini juga telah wujud sejak hayat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam lagi. Bahkan celaan tersebut diungkapkan terus kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tanpa segan-silu di hadapan umum. Orang yang mencela Rasulullah tersebut dikenali sebagai Dzul Khuwaishirah sebagaimana kata Imam Ibnul Jauzi. Beliau menuntut Rasulullah supaya berlaku adil dan bertaqwa kepada Allah kerana pada anggapannya Rasulullah telah berlaku khianat dalam suatu proses pembahagian harta ghanimah ketika itu.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pada ketika itu pun marah dengan celaannya lalu mengatakan:
"Celakalah engkau, siapa lagi yang dapat berlaku adil jika aku dikatakan tidak adil? Benar-benar celaka dan rugi jika aku tidak dapat berlaku adil." (Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/442, no. 3341)
Kemudian orang tersebut pun berlalu pergi.
Dalam riwayat yang lain setelah orang ini pergi, Rasulullah pun bersabda (kepada para sahabatnya yang hadir ketika itu):
"Sesungguhnya daripada orang ini akan muncul sekumpulan manusia yang hebat membaca al-Qur'an tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan. Mereka terlepas dari batas-batas Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (buruannya). Mereka membunuh ahlul Islam dan membiarkan hidup ahlul Autsan (penyembah berhala). Jika aku sempat menemui mereka, nescaya akan aku perangi (bunuh) mereka sebagaimana dibunuhnya kaum 'Aad." (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/441, no. 6880)
Terang terang kita tahu IMAM kepada Perhimpunan Bersih 3.0 adalah Ambiga. Tak kanlah kita buat buat lupa Ambiga adalah Ibu kepada isu menghalalkan kisah MURTAD Lina Joy..?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Manusia transparen, berintegriti dan bersih seperti Tunku Aziz pun DAP cuba sogok wang dan jawatan.
Tunku Aziz masuk DAP di atas faktor yang pada anggapannya DAP, adalah parti yang memiliki segala kriteria ini dan sebab itu beliau menjadi melayu terdidik pertama yang mengiktiraf DAP sebagai parti yang mampu mentadbir dengan amalan demokratik, integriti, transparen dan bersih dari rasuah serta profesional.
Akhirnya apabila terkena batang hidung sendiri barulah beliau tahu siapa DAP.
Tunku Aziz orangnya straight forward. Dalam tubuhnya tiada darah politik dan beliau tidak pandai main politik. Kemasukannya dalam DAP bukan di atas sebab politik sangat tapi lebih kepada sebab-sebab seperti yang disebut di atas.
Apabila beliau "terkena getah politik", barulah beliau sedar bahawa DAP hanyalah sebuah parti politik yang berkiblatkan kepada kuasa, wang dan kemasyuran.
Walaupun bunyinya rasis, tapi berani saya katakan suburnya budaya rasuah dan judi adalah berpunca dari komuniti perniagaan. Komuniti perniagaan adalah komuniti opportunist yang melihat setiap keadaan boleh dimanipulasi ke arah menambah ekuiti ekonomi.
Kebolehan ini ada pada kaum cina. Bagi kapitalis cina, rasuah dan judi adalah rukun penting kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Komuniti perniagaan cina sanggup menawarkan apa saja termasuk wang, amoi dan pelbagai in kind lain sebagai tukaran kepada kontrak dan projek.
PR dan Malaysiakini tak dapat dipisahkan... umpama aur dan tebing
JAKIM dah haramkan
Namun homoseksual (dia wanita.....erm...Lesbian?) ni dapat juga lancarkan buku di Malaysia secara haram.
Malaysiakini pula melalui Ahmad Fadli KC membuat promosi percuma kepada buku tersebut malah artikel dari Malaysiakini membayangkan Irshad Manji tidak bersalah apa2 di Malaysia.
Bagaimana seorang yang dilatih KHAS oleh Yahudi dan Nasrani boleh diterima ideanya di Malaysia. Tentu tidak boleh diterima dan DALANG disebalik pelancaran buku ini perlu disiasat.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jangan lupa. 3 hari lagi. Datanglah ke Himpunan Belia Negara 2012. 23 - 27 Mei 2012. Bertempat Di Putrajaya. Banyak acara menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Bagi belia-belia yang berminat dengan persembahan dan pameran unik, bolehlah merehatkan fikiran bersama rakan-rakan dan keluarga menikmati acara-acara berikut:
Video di atas ni menunjukkan perangai kebinatangan sesetengah rakyat Malaysia yang tidak menghormati lagu negara ku, apabila dinyanyikan secara terkinja-kinja. Dalam video ini juga terselit, poster YDP Agong yang ditanda dengan perkataan republik. Bermakna puak-puak ni merancang untuk merampas negara dan menjadiannya negara republik. Apa pendapat anda??
Video diatas ni pula, menunjukkan penentang demo Bersih 3.0 dengan bantahan dan suara rakyat Baling. Walaupun tak ramai, namun ia memadai dengan kuantiti bantahan dari sebuah dearah. Bukannya negeri.. memang patut rakyat Malaysia yang tak suka perangai puak Bersih ni, bangkit bersuara, dan membantah perangai bodoh mereka tu.. makin dibiar, makin menjadi pulak..
Kuala Kedah, terus masuk UiTM seramai 39 orang bergambar bersama Tok Latt
Terharu membaca mesej-mesej yang dihantar petugas-petugas Unit Media Baru (UMB), yang kini berada di Kedah dalam siri lawatan Jelajah Destinasi Anak Bangsa 1Malaysia. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku VC UiTM telah meluangkan masanya untuk bersama-sama para sukarelawan dalam satu majlis menyampaikan surat tawaran kepada bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya dalam permohonan pada bulan April yang lalu.
Selain itu, Dato' Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya melaksanakan visi Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam mencari kumpulan sasar yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.
Tahniah juga kepada pelajar-pelajar Kedah yang kurang berkemampuan dan berjaya di dalam rayuan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Tanpa slogan retorik seperti "Negara Berkebajikan" BN dan UMNO terus mara untuk membantu anak bangsa terutama dari golongan yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Tahniah UMB, tahniah UiTM, tahniah Dato Sahol. UiTM Selamanya Di Hatiku! Sumber CTS dan juga Mc sendiri!!
Mc rasa ramai yang akan melenting dengan posting ni. Jurulatih bola sepak Kedah kata, pasukannya kalah disebabkan tekanan dari penonton? pehh.. tak percaya baca sendiri.
Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong.
Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik.
"Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi.
Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu.
Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri.
Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51.
Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.
"Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan.
"Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan," jelas Wan Jamak. – Bernama
tengoklah keadaan pasukan Kedah sekarang..
Lihatlah kedudukan pasukan Kedah sekarang. kedudukan ke3 terakhir, hanya 4 kemenangan daripada 17 perlawanan. Apakah setiap kekalahan pasukan Kedah datangnya dari penyokong? Kenapa pihak pengurusan hijau kuning tidak menyalahkan pengurusan dan diri sendiri? tetapi menyalahkan penyokong?
Sudah tentulah penyokong mahukan kemenangan. Malah ada penyokong yang datang sejauh 100KM semata-mata untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Keluar duit minyak, keluar duit tol, beli tiket, berhimpit, letih penat. Semata-mata nak sokong pasukan keramat hijau kuning. Tak adillah penyokong disalahkan.. penyokong tengok perlawanan keluar duit, tapi pemain bola sepak dan pengurusan dibayar beribu-ribu untuk memastikan pasukan Kedah menang!
Mc tak salahkan seratus peratus kepada pengurusan, tapi kalau bukan salah pengurusan, nak salah sapa? takkan penyokong?
Kalau pengurusan KFA tak dapat buat apa-apa, Mc percaya, musim depan pasukan Kedah akan bermain di Liga Premier.. iaitu Liga Malaysia Level 2. Sedihnyaa...
Rindulahh.. pengurusan Tok Man Aziz dengan Azraai Khor dulu.. gandingan mantap!
McTheory: Awat la sejak Pas jadi kerajaan ni, asyik kalah saja?? hmm..
Gambar di atas kelihatan gambar anwar sedang berbincang dengan Timbalan Presiden PKR ketika itu, Syed Husin Ali.
Apa agaknya yang sedang mereka berbincang kerana baru-baru ini Raja Petra mendedahkan Tian CHua ada membuntingkan anak perempuan pemimpin utama PKR dan perkara ini diketahui oleh Syed Husin.
Berikut tulisan RPK dari Malaysia Today:
Reaksi RPK untuk menghentam Tian Chua bertubi-tubi dikatakan ada kaitan dengan sikap Tian CHua dan orang-orangnya mengkritik dan menghentam RPK serta mencabarnya.
Lalu terkeluar.
Dari ramai-ramai pemimpin, pasti pemimpin yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin yang terserlah dan pemimpin ini ramai anak perempuan. Dua pemimpin yang dipercayai terlintas - Anwar & Wan Azizah dan Azmin Ali yang punya ramai anak perempuan.
Anak yang dikatakan mengandung mesti seorang yang punyai misteri dalam hidupnya. Ketepikan Afifa yang lebih dosa ayah dan ibunya dari dosanya sendiri, sini. Menyedari asal ada gambar Nurul Izzah, kemungkinan ada Tian Chua?
Sememangnya anak Anwar, YB Nurul Izzah adalah penuh dengan misteri. Walaupun dia adalah public figure, latarbelakang Nurul tidak mudah diperolehi di Internet.
Walaupun Nurul Izzah membawa imej mamaki tudung, ada anak Anwar Ibrahim yang tidak memakai tudung. Ini bermakna memakai tudung adalah atas kehendak anak tersebut.
Pernah satu interview Nurul mengenai gaya hidup dan bukan politik menceritakan Nurul terpaksa mengubah cara hidu dari suka mendengar lagu rock supaya berhenti lakukan sedemikian.
Wanita selalunya auka lagu sentimental maka selalunya yang suka dengar lagu rock kemungkinan adalah party girl. Adakah Nurul yang memperjuangkan ayahnya dari lepas sekolah seorang party girl?
Ada cerita-cerita kata adik Nurul, Nurul Nuha adalah party girl. Wan Azizah yang berimej baik dahulu pun ada adik party girl. Wallahu alam samada Nurul adalah party girl atau tidak.
Ada cerita-cerita Nurul dulu ada apa-apa dengan bekas pemimpin ADIL. Kononnya kisah seks bebas PKR dah ada dalam ADIL lagi.
Jika dibaca WIkipedia sini mengenai Nurul, dia dikatakan graduate dengan ijazah Engineering dari Uniten pada tahun 2004 dan sambung belajar buat Masters di John Hopkins dalam International Relations pada tahap Masters pada May 2007.
Manakala di sini pula Nurul dikatakan belajar Chemical engineering di Universiti Teknologi Petronas satu semester dan tukar ke Uniten balajar Electrical Engineering.
Sebab Nurul berhenti dari Universiti Petronas difahami berhubungkait dengan perjuangannya membebaskan ayahnya. Akhirnya dia Chem Engineering.
Jika benar dia belajar dan graduate dari Uniten, itu lojik sebab dia memang aliran sains dan pelajar baik di sekolah menangah.
Ada cerita kata dia tak graduate.
Sekarang katalah dia ada degree dalam ENgineering, macam mana agaknya Nurul boleh lompat dari ijazah dalam Engineering dan tiba-tiba dapat ijazah Masters dalam International Relations dalam masa tiga tahun?
Selain itu, John Hopkins adalah Universiti terbilang dalam jurusan itu. Itu satu misteri.
Ianya bukan misteri jika disedari dalam hal South East Asian Studies, Syed Husin sebagai pakar sosialogis, boleh membantu.
Inikah yang dimaksudkan RPK sebagai Syed Husin tahu?
Kisah perkahwinan Nurul Izzah kepada suaminya Raja Ahmad Shahrir pada 2003 pun satu misteri. Kenapa dia tergesa-gesa kahwin kepada suaminya pada tahun 2003? Baca Selangordaily sini
Selepas kahwin, dia graduate pada tahun 2004 dan pergi Washington belajar. Tidakkah itu pelik bagi seorang yang dah kahwin buat? Suaminya serupa tidak penting tapi hanya ikut saja.
Dia graduate 2007 dan AIDC laporkan Nurul membawa fahaman Islam Plural atau Islam semua boleh tak ada haram sini
Tahun-tahun Nurul menghilang dari pandangan umum adalah satu misteri.
Walaupun dia dikatakan berada di Washington, Nurul dapat dilihat berada di pejabat ayahnya di rumah Khalid Ibrahim di Seksyen 16 selepas dia keluar. Nurul adalah sebahagian dari staf di situ.
Nurul dikatakan pernah bekerja dengan pelbagai kumpulan advocary seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women Leaders International Forum (WLIF) Friedrich-Ebert Stifung (FES) dll.
SUARAM? Bukankah Tian CHua datang dari SUARAM?
Anak Nurul lahir tahun 2007 dan 2009, bermakna dia dapat anak selepas 4 tahun berkahwin. Entah bila pula Nurul dibuntingkan Tian Chua. Masa graduation dari John Hopkins pun dia kelihatan buntingkan anak.
Haaa ... bila Nurul kerja dengan SUARAM?
Lepas graduate dan sebelum ke Washington atau lepas habis dari Wahington?
Hmmm ... adakah Raja Shahrir hanya Pak Sanggup seperti mana Azmin adalah Pak Sanggup untuk ayahnya? Kini dengar-dengar Raja Shahrir ada masaalah dengan Nurul.
Nampaknya blog-blog Internet tidak meneka orang lain selain dari Nurul Izzah. Bukannya anak Syed Husin yang dikatakan ketahui hal ini atau anak Azmin Ali.
Tian Chua berdiam aje ... Begitu juga Syed Husin dan Nurul Izzah.
Ishh ramainya orang datang sambut MB Selangor. tak salah Mc, yang datang tu pun katanya kakitangan kerajaan negeri yang terpaksa turun sambut MB Selangor. Tengoklah siap pakai uniform lagi.. he he.. baca apa si CTS tulis.
Tu dia haih! Kebangkitan Rakyat Selangor. Hampir 100 ribu orang datang menyambut MB Selangor kat Putra Perdana, Puchong. hehehe ... Jangan kata CTS edit gambaq pula. CTS mana pandai edit-edit ni. hohoho ... Kebanyakan yang datang kakitangan-kakitangan yang dikerah, ahli-ahli P"Gay"R seluruh Selangor. Awat yang loglaq sangat? Awatnya hangpa datang pakai uniform Dik Non. Tu pun dia buat majlis masa ada pasar malam supaya nampak ramai. Makan free pun orang tak nak dekat pun.
McTheory: ha ha ha... ha ha ha.. gelak saja.. ha ha..
Nampaknya jentera PAS dah mula bergerak untuk promo Perhimpunan Raksasa di Alor Setar pada 1 Jun nanti.
Oh maaf, ni gambar lama untuk hiasan saja haha!
Ini dia risalah yang Mc dapat. Benda ni dah mula tersebar di Facebook. Mc akui jentera PAS memang chargasss dalam sebaran poster dan risalah propaganda mereka di Internet.
klik untuk besarkan
Memang agak konpius bila seorang Cina dijemput baca doa perasmian. Tapi Mc rasa sebab dia memang aktif 'berdoa' dalam majlis ceramah PAS akhir-akhir ini, macam video di bawah ni...
Pandai dia baca doa penerang hati kat orang PAS. UMNO bleh buat camni ke? Malu la skit!
Tapi Mc setuju la dengan tagline 'Demonstrasi Satu Ibadah' untuk perhimpunan raksasa PAS kali ni. Kerap sangat kalau kita bertandang ke masjid di bawah pentadbiran PAS mesti terdengar khutbah atau ceramah bertemakan 'demonstrasi juga adalah satu ibadah, di mana solat dan haji tu contoh kita berdemonstrasi, tunjuk perasaan kita kepada Allah...'.
Hmm, lantak korang lah!
Nampaknya berpesta sakanlah puak-puak ni berdemo sepanjang hari dengan acara-acara menarik macam dalam poster tu! Masyukk jugak kalau jadi juara acara baling selipar tu, tapi yang tak bestnya kena 'derma' separuh bagi kat Juara Baling Selipar Se-Malaysia, Imam Hoslan Hussin!
McTheory: Sumber asal artikel dari SINI.. ha ha ha..
Best gila cerita ni, apabila Nizar yang suka meroyan nak jadi MB tu, kantoi lagi dengan blogger. Apa daa.. dah berapa kali kantoi Nizar oii.. muka tebai macam kulit bewak apa? Baca Dr MiM tulih kat bawah.
Seronoknya media alternatif pro-pembangkang apabila mendapat tahu Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti.
Yang tidak mereka tahu ialah mereka sebenarnya telah mempromosikan seseorang yang keluar parti kerana kecewa tentang projek pasir. Dek kerana itu, entiti UMNO itu pula yang disalahkan dan diburuk-burukkan.
Padahal, isunya tentang projek yang melibatkan individu-individu. So, beliau patut kecewa kepada individu-individu tersebut, bukannya UMNO dan perjuangannya. Tidak adil langsung!
Tetapi yang sangat memalukan ialah kenyataan twitter Nizar Jamaluddin yang menokok tambah dan membesar-besarkan perjumpaan dengan bekas ahli UMNO yang kecewa itu.
Sila baca twitter Nizar Jamaluddin itu :
Nizar Jamaluddin mengatakan beliau berada di program keluar parti beramai-ramai! Anda lihat sendiri foto di atas.
'Terlampau ramai' sangat yang keluar seperti yang didakwa oleh Nizar Jamaluddin!
Di fahamkan bahawa ada di antara mereka dalam foto itu bukan ahli UMNO dan pengikut Nizar Jamaluddin!
Nizar telah beberapa kali kantoi dalam twitter beliau : KLIK SINI
McTheory: Pemimpin tak berkualiti, memang suka bohong!!
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Video diatas merupakan salah satu tarian HAKA yang dipersembahkan semasa Hari Belia Negara 2011 dijangka tahun ini aksi-aksi menarik akan dipersembahkan dengan lebih hangat lagi.
Selain dari tarian ini terdapat banyak lagi Unit Beruniform turut terlibat. Berikut adalah antara segmen-segmen yang akan muncul di Himpunan Jutaan Belia 2012 kurang dari 3 hari lagi
Pameran Kerjaya dan Persenjataan
Pameran Persenjataan adalah gabungan daripada semua rakan kongsi. Diantaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan sebagainya. Pameran ini akan bermula dari 23 hingga 27 Mei 2012 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Lebuh Wadi Ehsan dan Jalan Perpaduan Presint 4 (bersebelahan Wisma Tani). Antara pengisian pameran adalah pameran jentera- jentera ATM (kereta kebal, kereta perisai, meriam, dan lain- lain).
Army Red Worrior & War Dance
Pertunjukkan Army Red Worrior Menampilkan Aksi Stunt Motor Dengan Terjunan Yang Merbahaya Serta Menunggang Motor Secara Bejemaah. Pertunjukkan War Dance Juga Turut Dipersembahkan.
Tarikh/Masa:3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012)
Demonstrasi Menyelamat
Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya.
Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012 bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) .
Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam 5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan StarTeam APMM. Demonstrasi Menyelamat Mangsa Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012) Kerjasama: Polis Diraja Malaysia
Pertandingan Kawad Kreatif Pertandingan Kawad Kreatif akan dilaksanakan pada 26 Mei 2012 bertempat di Sektor X Presint 4 pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Penganjuran tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang disertai oleh lebih 400 belia seluruh Malaysia.
Persembahan Gerak Khas ATM ATM akan menunjukkan beberapa jenis operasi gerak khas yang dijalankan dari sudut taktikal dan penggunaan peralatan-peralatan dalam operasi gerak khas
Tarikh/Masa:10.00 Pagi -1.00 Petang (27 Mei 2012)
Ingin tahu lebih lanjut mengenai aktiviti lain? Sila KLIK gambar dibawah
"Oh susah, tidak ada kajian dibuat untuk menentukan perkara tersebut, kita boleh tahu samada seseorang itu ahli UMNO atau orang UMNO, bila dia kecewa......."
Ahli UMNO kecewa?
Nota:
1. Ramai di antara kita ahli UMNO, termasuk saya yang rasa kecewa dengan birokrasi dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC.
2. Ada kalanya kita tahu, kaum lain dan orang lain yang bukan UMNO, selalunya kroni pegawai dan kapten GLC mendapat apa yang mereka mahu melalui pelbagai jalan yang tidak telus, termasuk melalui rasuah.
3. Kita tidak nafikan ada juga di kalangan pemimpin politik yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah ini jauh lebih kecil berbanding pegawai kerajaan dan kapten GLC yang rasuah
4. Pemimpin tertinggi parti membuat dasar di dalam mesyurat majlis tertinggi, manakala Ahli Parlimen membuat dasar dan meluluskan bajet untuk melaksanakan dasar tersebut di Parlimen. Bagaimanapun pelaksana dasar dan pengurus kewangan bagi pelaksanaan dasar adalah pegawai kerajaan dan kapten GLC.
5. Rakyat, termasuk ahli UMNO akan kecewa bila pelaksanaan dasar tidak dilaksanakan secara efisien, telus, betul dan tepat pada waktunya, sehingga impak dan limpahan dari suatu dasar yang baik tidak dapat dirasai oleh rakyat, seperti apa yang berlaku semasa tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Sepanjang pengalaman saya, terdapat sejumlah Little Napoleon di kalangan pelaksana dasar baik di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC sehingga menjejaskan nama baik institusi kerajaan dan GLC, kerajaan BN, dan maruah diri dan keluarga mereka.
6. Lebih mengecewakan lagi bila ahli UMNO diberi layanan kelas kedua dan didiskriminasikan dalam pengagihan sesuatu peluang. NGO yang saya pengerusikan misalnya, tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan, semata-mata kerana ada pegawai dalam kementerian tertentu yang mahu mengelakkan isu apabila memberikan peluang kepada NGO yang diketuai oleh ahli parti politik UMNO.
7. Kecewa? Ya saya juga kecewa.
8. Bezanya, saya faham bahawa dari segi dasar, dasar yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin parti dan Ahli Parlimen BN adalah dasar yang baik dan diberikan bajet yang mencukupi untuk pelaksanaannya. Bagaimanapun masalahnya adalah dari segi pelaksanaan yang akan di`hijack' oleh pelaksana dasar di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC, atau institusi yang diberi amanah untuk melaksanakan dasar yang telah diluluskan, dan mungkin sejumlah kecil pemimpin politik dalam kerajaan yang korup.
9. NKP UMNO Bahagian Kampar juga kecewa. Berdasarkan video di atas, saya mengandaikan bahawa pertama, dia kecewa dengan Pegawai Kerajaan, mungkin DO. Kedua, dia kecewa kerana Dasar yang diluluskan oleh Kerajaan BN tidak dilaksanakan dengan telus. Ketiga, dia kecewa dengan sikap mengutamakan kroni dan tidak amanah pegawai yang boleh memberikan peluang kepada kaum lain secara kowtim. Keempat, bila dia menyebut nama Amin, dia kecewa dengan sikap `little Napoleon' dalam pejabat kerajaan yang terlibat. Kelima, dia kecewa kerana tidak mendapat peluang walaupun dia kaum Melayu dan dia ahli UMNO.
10. Dia kecewa. Saya percaya ramai orang Melayu dan ahli UMNO dapat memahami kekecewaannya kerana mereka juga (termasuk saya) pernah menyaksikan dan mengalami perkara yang hampir serupa walaupun tidak sama.
11. Persamaan kami semua, kami kecewa, tidak gembira dan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dan kapten GLC tertentu sehingga rakyat, termasuk ahli UMNO menjadi mangsa amalan rasuah, kronisme dan diskriminasi. Sedikit sebanyak, rakyat juga akan merasa marah dengan pemimpin kerajaan BN yang mentadbir kementerian dan agensi serta yang mengawasi GLC terbabit kerana dilihat sebagai lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka.
12. Perbezaan kami dan dia, saya percaya ramai orang UMNO diluar sana yang tidak setuju dan mengutuk perbuatan meninggalkan perjuangan agama, bangsa dan negara kerana kecewa, lebih-lebih lagi jika kekecewaan itu bukan atas sebab dasar dan prinsip perjuangan, sebaliknya disebabkan tidak mendapat kepentingan material yang dikehendaki. Apa lagi bila dia keluar untuk bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan dasar yang bertentangan dengan perjuangan agama, bangsa dan negara,
13. Bagi pemimpin di atas, dengar-dengarlah suara hati rakyat, mereka bukan buta. Mereka marah dengan penjawat awam dan kapten GLC yang korup dan menyalah gunakan kuasa. Bukan semua, tapi mereka memang wujud.