Selasa, 18 Jun 2013

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Memahami kebangkitan anak muda

Posted: 18 Jun 2013 01:41 AM PDT

Oleh Abd Shukur Harun

Tidak terlalu sukar untuk memahami kebangkitan anak muda, termasuk pelajat sekarang, terutama menjelang dan selepas PRU yang lalu. Oleh itu, sebarang kegagalan memahaminya, sama ada pihak individu atau pemimpin parti politik dan pendukungnya, akan mengundang masalah yang sangat besar.

Ini kerana, sama ada kita bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemikiran dan sikap generasi baru ini, mereka tetap hadir dalam masyarakat, bahkan mewarnai kehidupan masyasrakat, khususnya jalur politik tanah air.

Sebab itu Pakatan Rakyat sangat perlu terus berada di tengah-tengah golongan anak muda, dalam masa yang sama juga berada di tengah masyarakat biasa.

Memang ada sesetengah anggota masyarakat merasa jengkel atau mencebik melihatkan demikian ramai anak-anak muda di samping golongan veteran yang menyertai Himpunan Bersih 0.2 dan 0.3 serta pelbagai himpunan lain sebelum PRU, baik di Kuala Lumpur mahupun di seluruh negara.

Malah selepas PRU, juga himpunan berterusan - yang dinamakan Himpunan Black 505 – di mana anak-anak muda dan golongan pelajar ini menuntut tiga perkara:

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13. Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru. Ketiga: Mengadakan pilihan raya semula di kawasan apa yang didakwa berlaku penipuan.

Puluhan ribu anak muda telah menyertai himpunan tersebut. Mereka terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan pelbagai latar belakang keluarga serta pendidikan. Menunjukkan kebangkitan anak muda ini tidak dilatari sebarang elemen perkauman dan sebagainya. Mereka datang secara sukarela dengan kenderaan dan belanja sendiri.

Sebelum itu, para hari mengundi, 5 Mei yang bersejarah itu, anak-anak muda semua bangsa – terutamanya di bandar-bandar besar dan semi bandar – telah berbaris panjang di saluran enam dan tujuh, di tempat mengundi. Ini menunjukkan anak-anak muda telah full-force pergi mengundi dan ini adalah manifestasi kesungguhan mereka untuk menentukan haluan politik negara di mana menurut kajian, anak muda ini kebanyakkannya menyokong Pakatan Rakyat.


Mengapa mereka menyokong Pakatan, justru kerana mereka melihat Pakatan mampu membawa perubahan jika menang.

Sementara itu ratusan ribu, terutama anak muda (perantau) yang bekerja di bandar besar, seperti di Kuala Lumpur, telah pulang mengundi di negeri masing-masing, malahan ada pendapat yang mengatakan bahawa calon Pakatan Rakyat yang menang sebahagian besarnya adalah disebablan undi anak muda perantau, seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Dari Singapura, ratusan ribu anak muda Malaysia, pelbagai bangsa, yang bekerja di negara itu, telah pulang ke Malaysia untuk mengundi menyebabkan selama dua hari kesesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah.

Apa yang menyebabkan berlaku phenomena kebangkitan anak muda ini yang dilihat jarang sangat berlaku dalam sepanjang sejarah PRU di negara ini.

Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisan di blognya The Scribe berkata, antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda ialah kerana isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.

Menurutnya, dengan bertambahnya bilangan wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri, cabaran terhadap Kerajaan BN berkaitan isu ini akan meningkat. Tetapi ‘peperangan’ terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah untuk menyelamatkan Kerajaan BN, tetapi adalah untuk menyelamatkan negara.

Kepada saya, ini pandangan yang sangat objektif dan sewajarnya diterima oleh semua pihak, iaitu suatu pandangan berdasarkan pengamatannya yang tajam.

Sebuah lagi pandangan yang menarik, ialah dari bekas Ketua Polis Negara (KPN) dari Tan Sri Musa Hassan, yang menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut dari berlarutan.

Menurut Musa, apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

Pada pendapat saya, bukan saja masyarakat Cina yang menentang rasuah dan penyelewengan, bahakan bangsa Melayu yang prihatin juga menentang rasuah dan penyelewengan. Lebih-lebih lagi Islam sangat tegas menentang rasuah, atau mengumpul harta secara haram.


Di sinilah anak muda prihatin, yang tidak tenggelam dengan segala macam program hiburan di TV dan yang ada di tengah masyarakat, telah menzahirkan penentangan yang nyata terhadap pelbagai kemungkaran yang berlaku.

Ramai di kalangan anak muda beragama Islam yang turut serta solat berjamaah di tengah padang sebelem perhimpunan, sesuatu yang sangat mengharukan.

Mereka ini adalah anak semua bangsa yang cinta damai, tetapi dalam masa yang sama menentang rasuah, penyelewengan, penipuan, perkauman dan segala bentuk kemungkaran.

Oleh itu, adalah sangat wajar pemimpin politik, khususunya dari Pakatan Rakyat serta pelbagai golongan masyarakat memahami phenomena anak muda ini dengan menyedari bahawa mereka ini adalah generasi masa depan negara.

Sekiranya Pakatan rakyat, secara sedar atau tidak sedar, menjauhkan diri atau berjauhan dengan generasi muda ini, maka mereka akan kehilangan sokongan dari suatu angkatan yang penting dan ini sangat merugikan.

Dari itu dekatilah golongan anak muda ini, belajar mengenal aspirasi mereka, cita-rasa mereka. Pakatan Rakyat sangat memerukan sokongan berterusan golongan anak muda ini kerana mereka adalah pengundi masa depan, di mana suara mereka adalah penting dalam menentukan kuasa dan masa depan negara.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 18 Jun 2013 03:12 PM PDT


Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan tidak mendedahkan mengenai kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang disertai Malaysia dan 10 negara lain kerana menghormati persefahaman yang terjalin antara negara luar.

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin, tindakan kerajaan merahsiakan kandungan perjanjian itu mungkin bagi tempoh tertentu sahaja.

"Secara taktikal strateginya sama, kalau sesuatu perkara itu didedahkan mungkin menjejaskan pihak lain.

"Ada perkara yang perlu disimpan tanpa didedahkan kepada umum, begitu juga halnya dengan perjanjian ini terutamanya melibatkan hal antarabangsa," katanya.

Kata beliau kebanyakan perkara ada perlunya dirahsiakan kerana termaktub di dalam perjanjian, sekiranya gagal pasti akan dikenakan tindakan.

"Kita harus simpan, jangan jadi benda awam untuk penerimaan bagi perkongsian strategi, contohnya Petronas, mungkin klausa laksana tugas hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu," ujarnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan merahsiakan kandungan TPP yang disertai Malaysia dan 10 negara lain sekiranya perjanjian itu tidak menjejaskan hak rakyat.

Beliau berkata, masih ramai orang awam dan pihak swasta tidak mengetahui hala tuju rundingan tersebut yang sudah memasuki pusingan ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013

Selain itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilaporkan turut membidas sikap tidak prihatin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) kerana gagal memberi maklumat mengenai TPP dalam pertemuan kedua-dua pihak.

Miti adalah wakil perunding bagi Malaysia dalam rundingan TPP yang turut disertai AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

MTEM turut mendesak kerajaan menarik diri daripada rundingan itu yang dikhuatiri memberi impak negatif kepada ekonomi, sosial dan kedaulatan negara termasuk mengubah dasar industri kecil dan sederhana dan harta intelek serta meningkatkan kos perubatan.

Miti dalam kenyataan balasnya memaklumkan butiran perjanjian itu tidak didedahkan kepada umum kerana negara terlibat terikat dengan perjanjian kerahsiaan.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin usaha yang dibuat kerajaan pastinya untuk kebaikan ekonomi.

"Saya yakin kerajaan lakukan demi ekonomi dan kebaikan negara, tidak perlu dipersoalkan. Kalau mendatangkan keburukan pastinya tidak diteruskan dalam perjanjian itu," katanya.

DIALOG RAKYAT

Posted: 18 Jun 2013 03:09 PM PDT

Kami mahu 'demokrasi terpimpin', jawatan tertinggi tidak perlu dipertandingkan, kata Ku Nan

Posted: 18 Jun 2013 01:57 AM PDT

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan dua jawatan penting Umno presiden dan timbalan presiden parti tidak perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti yang bakal diadakan tahun ini kerana mereka mengamalkan "demokrasi terpimpin".

Kenyataan setiausaha agung Umno itu hadir selepas terdapat  gesaan pemimpin dalam parti yang mahukan dua jawatan tersebut dipertandingkan, walaupun majlis tertinggi telah memutuskan sebelum ini jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan.

"Bagi kami, kami mahukan demokrasi terpimpin.

"Oleh sebab itu kami kata jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan, lagipun kami baru habis pilihan raya," kata Tengku Adnan yang ditemui di pejabatnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

193 bahagian parti akan mengadakan mesyuarat untuk memilih kepimpinan tertinggi secara tidak langsung dengan 2,500 perwakilan akan hadir ke mesyuarat agung tahunan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sebelum ini memberitahu seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Tengku Adnan kemudiaan mempertahankan langkah tersebut kerana Umno telah muncul sebagai parti terkuat dengan memenangi 88 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu berbanding ketiga-tiga parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, PAS da PKR.

"Umno mencapai prestasi yang sangat baik dan kami perlu jalankan tanggungjawab kepada rakyat.

"Kami menang 88 kerusi Parlimen, satu parti sahaja. Pembangkang menang 89 kerusi, tapi mereka ada tiga parti," tegas Tengku Adnan lagi yang merujuk kepada keputusan PRU13 lalu dimana PAS memenangi 21 kerusi, PKR memenangi 30 kerusi dan DAP 38 kerusi.

Di samping itu, Menteri Wilayah Persekutuan tersebut juga menegaskan keputusan tersebut mampu mengelakkan daripada parti berpecah serta tidak mahu mengkhianati sokongan masyarakat Melayu kepada Umno yang meningkat sebanyak 30 peratus pada pilihan raya lalu 5 Mei lalu.

"Kami juga sudah buat analisis semuanya dan mendapati sokongan Melayu kepada Umno naik kepada 30 peratus... kami tidak mahu parti ini berpecah," ujarnya lagi.

Beliau turut menyifatkan langkah adalah baik untuk parti dan juga kepada akar umbi khususnya dapat memfokuskan kepada menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

"Jika kami mampu menyatukannya dimana presiden dan timbalan presiden tidak dicabar, ia suatu yang baik untuk kami.

"Kemudiaan, kami dapat memberi khidmat yang baik ke atas keperluan orang Melayu. Itu adalah sebab utama, ia bukannya tidak demokratik. Kami lebih memilih kepada 'demokrasi terpimpin'," ujarnya lagi.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Walau bagaimanapun, bukan semua pemimpin dalam Umno menerima cadangan tersebut, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan pada pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.

Kenyataannya tersebut turut disokong ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata tanpa pertandingan untuk dua jawatan tertinggi, presiden dan timbalan presiden Umno pada penghujung tahun ini, ia bakal menunjukkan parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu. - 18 Jun, 2013.

Anwar: Dunia perhati perkembangan pilihan raya Malaysia

Posted: 18 Jun 2013 01:41 AM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani
BATU PAHAT,: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia kini sedang memerhatikan Malaysia selepas diketahui wujudnya penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Kata Anwar, antara pemimpin dunia yang memberi reaksi berikutan penyelewengan pilihan raya di negara ini temasuk dari Indonesia, negara terbesar umat Islam dan Turki.

dsai_505_johor

"Saya baru pulang dari Bali dan Jakarta atas undangan Susilo bagi mendapat penjelasan terkini berhubung politik dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU lalu," ujarnya hadapan 5,000 hadirin dalam ceramah Black 505 di Parit Raja, Batu Pahat, malam tadi.

"Beliau seorang demokrat dan tidak boleh lihat penyelewengan yang berlaku dalam pilihanraya yang beliau sebut sebagai 'kecurangan pemilu (pemilihan umum)

"Kata Susilo, sekiranya kecurangan seperti ini berlaku di Indonesia, sudah pasti rakyatnya akan bangkit memberontak kerana Indonesia merasakan penyelewengan pilihanraya adalah sesuatu yang melampau," kata Anwar.

dsai_505_johor3

"Susilo tidak berhasrat campur tangan dalam urusan politik di Malaysia tetapi undangan yang dibuat itu kerana menganggap Malaysia sebagai negara sahabat," ujar ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Katanya lagi, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan turut menyatakan rasa aneh dengan keputusan pilihan raya lalu yang menunjukkan peratusan undi popular Pakatan lebih banyak berbanding Umno BN.

"Erdogan tanya saya bagaimana parti yang mendapat undi minoriti boleh menjadi Perdana Menteri?
"Saya cuma jawab Malaysia Boleh!," katanya sinis, disambut ketawa hadirin.

Dr Dzul: Umno eksploitasi ketakutan orang Melayu

Posted: 18 Jun 2013 01:38 AM PDT

Umno telah berjaya mengeksploitasi ketakutan di kalangan orang Melayu dengan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat yang kuat akan menjadikan DAP dominan, kata ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, strategi ini digunakan Umno dengan berjaya di kawasan luar bandar dan di kalangan segelintir Melayu bandar - termasuklah di kalangan Melayu profesional, bekas pegawai kerajaan dan teknokrat.

Kumpulan ini katanya menolak PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu, katanya.

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu berkata, orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina, tidak ada masalah untuk menyokong PAS yang berasaskan Islam.

Justeru katanya, PAS dan Pakatan perlu meredakan ketakutan ini di kalangan Melayu, terutamanya di kalangan profesional, sebelum pilihan raya umum ke-14 dalam masa lima tahun lagi.

Bajet 2014 dibentang Oktober ini

Posted: 18 Jun 2013 01:35 AM PDT

SINAR HARIAN

 

PUTRAJAYA - Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan.

"Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini.

Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita," kata beliau dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini.

Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

"Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi.

"Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)," kata beliau.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha   Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mengenai perundingan berkenaan, Najib berkata 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan.

"Saya percaya antara 96 memorandum itu dan sebahagiannya akan dipertimbangkan di mana kita fikirkan sesuai dengan matlamat kerajaan.

"Ia tertumpu kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif," kata beliau.

Najib berkata tema perundingan belanjawan tahun ini ialah "Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi ".

"Bajet tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi rakyat," kata beliau.

Najib berkata kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya saing negara melalui penggalakkan aktiviti ekonomi nilai tambah tinggi dan inovatif.

Kerajaan memperkenalkan inisiatif pembaharuan, khususnya dalam meliberalisasikan subsektor perkhidmatan sejak 2009.

"Memandangkan banyak inisiatif yang sedia ada, saya menggesa sektor swasta supaya mendapatkan peluang-peluang untuk melabur dan berinovasi dalam sektor perkhidmatan.

"Dengan penyertaan aktif anda, kami berharap untuk mencapai pelaburan yang disasarkan sebanyak RM44.6 bilion bagi sektor perkhidmatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi ekonomi, antaranya, pembangunan potensi pertumbuhan sektor terutama dalam perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat terutama bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.

"Bidang-bidang berkenaan perlu ditangani dengan sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif," kata beliau.

Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran.

Perdana Menteri berkata golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT, dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter, di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat.

"Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik.

Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar.

"Kerajaan menyedri akan trend baru ini dan telah menubuhkan program Belia 1Malaysia untuk menyediakan satu platform yang sama untuk belia memupuk kebolehan kepimpinan dan kesukarelawanan dalam pembangunan negara," katanya. - Bernama

Palanivel: Saya bertanding kali terakhir

Posted: 18 Jun 2013 01:32 AM PDT

JAMILAH HAMZAH


 

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menyatakan akan bertanding sebagai presiden parti itu buat kali terakhir pada penggal ini.

Menurutnya, pemilihan presiden itu akan dilangsungkan pada 22 November depan selepas penamaan calon pada 1 November.

Bagaimanapun, G Palanivel berkata, sama ada namanya disenaraikan sebagai calon presiden ataupun tidak, ia bukan menjadi masalah bagi dirinya.

"Saya bertanding atau tidak, ia tidak menjadi masalah bagi saya, tetapi kalau saya dipilih, ini adalah penggal terakhir bagi saya, sekarang saya sudah berumur 64 tahun.

"ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) sudah bertemu dengan saya dua kali dan minta supaya segerakan pemilihan seperti Umno dan MCA sebelum atau pada 31 November," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC, di sini, hari ini.

Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia

Posted: 18 Jun 2013 01:31 AM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berhak menyertai perhimpunan seperti termaktub dalam Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman (APA), kata peguam Lawyers for Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor.
Afiq_M_Noor
"Sekiranya peserta ditahan ketika dalam perjalanan hadir ke tapak program, mereka berhak bertanya kepada polis motif ditahan dan atas kesalahan apa.

"Dari situ mereka boleh memastikan kedudukan sebenar mereka berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

"Jika dibawa ke balai polis, peserta masih berhak mendapatkan bantuan guaman atau menghubungi ahli keluarga bagi mengesahkan lokasi sebenar mereka, ini penting untuk memudahkan urusan guaman," ujarnya kepada Keadilandaily.

Tambah Afiq, sekiranya peserta tidak tahu untuk berhadapan dengan polis ketika ditahan, mereka disarankan untuk berdiam diri sahaja.

perhimpunan-black-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350

"Tindakan berdiam diri adalah hak yang dijamin oleh Seksyen 112 (2) Kanun Tatacara Jenayah dan hanya memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja," katanya.

Ujarnya lagi, LFL ada menyediakan bantuan guaman kepada peserta yang ditahan dan akan mengedarkan senarai nama dan no perhubungan peguam yang boleh dihubungi melalui media sosial rasmi LFL.

Peserta dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi kepada polis kerana akan memberikan kesan buruk kepada perjalanan perhimpunan nanti.

DAP, Pas turut kerah anggota 'hitamkan' Padang Merbok 22 Jun ini

Posted: 18 Jun 2013 01:27 AM PDT

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: DAP sudah mengarahkan anggotanya dari pelbagai peringkat agar turun beramai-ramai ke himpunan 'Black 505′ 22 Jun ini di Padang Merbok, kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong.

"Kami menyokong penuh himpunan ini dan akan turun beramai-ramai pada 22 Jun sebagaimana hasrat yang sudah dinyatakan pimpinan tertinggi parti

LCT."Kami juga bersetuju dengan tiga tujuan himpunan diadakan termasuk mendesak semua anggota SPR terutama pengerusi dan timbalannya meletak jawatan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau yang juga antara wakil DAP dalam jawatankuasa himpunan itu turut mencadangkan pelantikan anggota SPR baru bukan sahaja mesti dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat, BN dan NGO tetapi mesti diurus sebuah jawatankuasa khas parlimen yang bebas.

Mesyuarat Pas Pusat tegaskan ahli turun Padang Merbok
Mat_sabu
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan semua anggota parti itu diharuskan hadir pada himpunan itu sebagaimana keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 3 Jun lalu yang turut dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita pasti akan turun dan arahan kepada semua ahli parti sudah dikeluarkan sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat PAS Pusat pada 3 Jun lalu," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS Pusat.

Kehadiran itu katanya sebagai tanda solidariti bersama rakyat membantah penipuan dalam PRU lalu terutama melibatkan konspirasi SPR bersama Umno-BN.

"Selamat berhimpun dan ajak seramai mungkin keluarga dan kenalan dengan berpakaian hitam pada himpunan 22 Jun ini," katanya lagi.

TPP: Kerajaan tidak dedah, hormat perjanjian

Posted: 18 Jun 2013 01:25 AM PDT

Wartawan Sinar Harian


 

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan tidak mendedahkan mengenai kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang disertai Malaysia dan 10 negara lain kerana menghormati persefahaman yang terjalin antara negara luar.

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin, tindakan kerajaan merahsiakan kandungan perjanjian itu mungkin bagi tempoh tertentu sahaja.

"Secara taktikal strateginya sama, kalau sesuatu perkara itu didedahkan mungkin menjejaskan pihak lain.

"Ada perkara yang perlu disimpan tanpa didedahkan kepada umum, begitu juga halnya dengan perjanjian ini terutamanya melibatkan hal antarabangsa," katanya.

Kata beliau kebanyakan perkara ada perlunya dirahsiakan kerana termaktub di dalam perjanjian, sekiranya gagal pasti akan dikenakan tindakan.

"Kita harus simpan, jangan jadi benda awam untuk penerimaan bagi perkongsian strategi, contohnya Petronas, mungkin klausa laksana tugas hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu," ujarnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan merahsiakan kandungan TPP yang disertai Malaysia dan 10 negara lain sekiranya perjanjian itu tidak menjejaskan hak rakyat.

Beliau berkata, masih ramai orang awam dan pihak swasta tidak mengetahui hala tuju rundingan tersebut yang sudah memasuki pusingan ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013

Selain itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilaporkan turut membidas sikap tidak prihatin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) kerana gagal memberi maklumat mengenai TPP dalam pertemuan kedua-dua pihak.

Miti adalah wakil perunding bagi Malaysia dalam rundingan TPP yang turut disertai AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

MTEM turut mendesak kerajaan menarik diri daripada rundingan itu yang dikhuatiri memberi impak negatif kepada ekonomi, sosial dan kedaulatan negara termasuk mengubah dasar industri kecil dan sederhana dan harta intelek serta meningkatkan kos perubatan.

Miti dalam kenyataan balasnya memaklumkan butiran perjanjian itu tidak didedahkan kepada umum kerana negara terlibat terikat dengan perjanjian kerahsiaan.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin usaha yang dibuat kerajaan pastinya untuk kebaikan ekonomi.

"Saya yakin kerajaan lakukan demi ekonomi dan kebaikan negara, tidak perlu dipersoalkan. Kalau mendatangkan keburukan pastinya tidak diteruskan  dalam perjanjian itu," katanya.

Ribuan mahasiswa akan berhimpun Sabtu ini

Posted: 18 Jun 2013 01:20 AM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang menjangkakan ribuan mahasiswa akan menyertai himpunan Black 505 Sabtu ini.

"SMM sendiri akan mengerahkan lebih 5,000 ahli untuk turun menyatakan pendirian mahasiswa yang menolak sama sekali penipuan terancang dalam pilihan raya yang lepas.

Rakyat_505

"Pendirian kami jelas, walaupun dihalang pihak berkuasa, kami sebagai rakyat malaysia mempunyai hak untuk berhimpun seperti dijamin dalam perlembagaan," tegasnya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Beliau yang dalam siri jelajah penerangan di beberapa buah negeri bagi menjelaskan penipuan pilihan raya, mengajak seluruh anak muda untuk bangkit dalam himpunan itu.

"SPR masih belum menjawab kepada rakyat tentang beberapa isu penting. Terbaru pengerusi SPR sendiri kononnya kecewa pada dakwat yang dikatakan dakwat "kekal".

"Kita tak mahukan sandiwara, kita akan turun ke himpunan ini dan desak pengerusi SPR berundur," ujarnya yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM), Haziq Abdul Aziz berkata, badan itu akan bekerjasama dengan NGO mahasiswa lain bagi menggerakkan golongan pelajar.

Katanya, musim peperiksaan akhir di kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak menjadi penghalang bagi mereka berhimpun.

"Namun, ulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan tetap kami anggap sebagai perkara biasa dalam perjuangan," ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, Himpunan di Padang Merbok penting bagi mahasiswa menunjukkan solidariti mereka menuntut sistem demokrasi yang bersih dan tulen.

Ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU

Posted: 18 Jun 2013 01:17 AM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.
ustaz gani
"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan. Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya," katanya kepada Keadilan Daily.

Justeru, beliau menyokong penuh himpunan Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia hadir beramai-ramai di Padang Merbok 22 Jun ini.

"Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah," kata Ghani.

Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.

"Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan," tegasnya.

Sidang Parlimen ke-13: Lebih menarik, mencabar

Posted: 18 Jun 2013 01:10 AM PDT

RISWANDI RAZAK


 

TANGGAL 24 Jun ini akan menyaksikan permulaan episod baru dari kalendar Parlimen negara.

Sidang Parlimen ke-13 ini dijangka lebih menarik dan mencabar khususnya bagi Ahli Parlimen BN mahupun PR, susulan keputusan PRU13 yang berakhir Mei lalu.

Antara isu yang akan menjadi tumpuan di awal sidang Parlimen ini adalah persoalan sama ada Ahli Parlimen PR akan mengangkat sumpah pada sesi pembukaan Dewan Rakyat, Isnin ini.

Ramai pastinya tertunggu-tunggu adakah PR akan kotakan janjinya yang menegaskan akan tetap mengangkat sumpah, meskipun sebelum ini membiarkan ia menjadi tanda tanya.

15 Jun lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh, menegaskan kesemua Ahli Parlimen PR tidak akan memboikot persidangan Parlimen ke-13 dan akan mengangkat sumpah 24 Jun ini.

Walaupun PR mengangkat sumpah, isu ini pastinya akan menjadi modal pihak lawan kerana PR masih lagi belum secara rasmi mengiktiraf keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

BN dijangka akan menggunakan isu ini sebagai 'perang psikologi' terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum ini menyatakan pendirian akan memboikot sidang Parlimen.

Selain itu, isu dakwat kekal juga dilihat akan menjadi tajuk utama perbahasan dalam tempoh awal sidang Dewan Rakyat.

Ini kerana penggunaan dakwat kekal pada mulanya diluluskan oleh Parlimen dan kemudiannya dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU13.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang baru dipilih rakyat, percaya isu dakwat kekal akan menjadi fokus utama dalam persidangan kali ini.

"Saya sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini dan percaya, minggu pertama persidangan akan hangat," katanya.

Dalam PRU13, perlaksanaan dakwat kekal dilihat tidak sempurna kerana wujud dakwaan dakwat tersebut boleh tanggal tidak sampai beberapa jam setelah dicalit petugas SPR.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, sendiri mengakui perlaksanaan dakwat kekal tidak seperti yang beliau jangkakan, walaupun pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk memastikan ia menepati matlamat.

"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, isu-isu lain yang dijangka akan disentuh di peringkat awal persidangan adalah isu perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), janji manifesto PRU13, isu penurunan harga kereta dan isu bantahan pilihan raya seperti Himpunan Blackout 505.

Dalam sesi perbahasan kali ini, muka-muka baru ahli parlimen pembangkang yang dijangka mampu memberi impak adalah Rafizi dari PKR; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan (Pas); Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP) dan  Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas).

Bagaimanapun, PR kehilangan pemimpin yang boleh berhujah seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkifli Ahmad dan Salahuddin Ayub kerana kalah pada PRU13.

BN pula pastinya akan diketuai Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, setelah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana, yang bertanggungjawab ke atas Parlimen.

Muka-muka baru dalam BN pula antaranya, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Umno); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno).

Namun, BN pastinya kehilangan tokoh-tokoh pendebat seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana telah dilantik menganggotai barisan Kabinet.

Selain itu, BN juga kehilangan Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Mohamad Aziz kerana kalah dan tidak bertanding dalam PRU yang lalu.

Jika dilihat dari senarai ahli parlimen kali ini, BN banyak didominasi wakil dari Umno, manakala PR mempunyai jumlah ahli parlimen yang seimbang di antara ketiga-tiga parti.

Berdasarkan keputusan PRU13, Umno berjaya memenangi 89 kerusi dari 133 kerusi keseluruhan BN, manakala PR pula mendapat 89 kerusi, iaitu DAP (38), PKR (28) dan Pas (21).

Sidang kali ini juga menyaksikan ketiadaan Ahli Parlimen Bebas kerana semua mereka, termasuk Datuk Zulkifli Noordin, yang bertanding atas tiket BN di Parlimen Shah Alam, kalah pada 5 Mei lalu.

Namun, yang pastinya rakyat mahukan perbahasan dan hujah di Dewan Rakyat kali ini lebih baik, bernas dan bukan retorik.

Kegagalan BN mendapat majoriti dua per tiga dalam Parlimen juga dilihat akan memainkan peranan penting kerana berdasarkan perbezaan jumlah Ahli Parlimen kali ini, bukan mudah sesuatu keputusan berpihak kepada kerajaan.

Jika kesemua Ahli Parlimen komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, rakyat pastinya akan dapat menilai sejauh mana wakil rakyat mereka mampu berkhidmat untuk rakyat.

Penebat kilat runtuh, perlu tanya Anwar?

Posted: 18 Jun 2013 01:08 AM PDT

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI



GEORGETOWN - Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang diterajui Gerakan sebelum ini berhubung kebenaran pembinaan Menara Umno dibina sebelum pelan pembangunannya dikemukakan dan diluluskan.

Menurutnya, kerajaan tempatan ketika itu membenarkan bangunan itu dibangunkan seperti yang dimohon kontraktor di atas klasifikasi sebagai kerja khas iaitu pada 23 Disember 1995, sedangkan pelan bangunan yang pertama diserahkan selepas dua tahun iaitu pada 31 Julai 1997 manakala pelan yang diubahsuai pula dihantar pada 24 Julai 1998.

"Bagaimana kerajaan negeri ketika itu tunduk kepada Umno negeri dengan membenarkan kerja bermula walaupun pelan bangunan itu belum dikemuka?

Jika kita lihat dari sejarah terdahulu, pada 1 Oktober 1996, Timbalan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah melawat bangunan berkenaan seolah-olah 'merestui' ia dibangunkan walaupun pembinaan pelan bangunan masih belum diserahkan.

"Selepas itu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula mengeluarkan satu surat kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk bertanya kepadanya alasan mengapa berlaku kelewatan di dalam projek berkenaan.

"Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada media di tapak kejadian semalam.

Ketika dihubungi, Hock Nan berkata, kejadian itu berpunca daripada 'masalah teknikal yang berlaku semasa bencana alam' yang mana arkitek dan jurutera terlibat tidak dapat meramalkan bahawa penebat kilat itu akan jatuh dari bangunan berkenaan.

"Terdapat banyak bangunan lain dengan struktur yang sama seperti di Menara Umno namun, selagi arkitek bertanggungjawab bersedia untuk membayar denda jika mereka tidak mematuhi garis panduan, prosedur dan pelan bangunan, saya rasa itu tidak menimbulkan masalah. Kita mengadakan garis panduan dan prosedur yang ketat serta telus pada masa bangunan itu dibangunkan.

"Arkitek yang dilantik juga adalah dari sebuah syarikat antarabangsa terkenal dan pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa berikutan hasil kerja mereka setaraf dengan anugerah yang diberikan.
Apa yang Wei Aik cuba sampaikan dengan mengajukan soalan sebegini?" katanya.

Menurutnya, Wei Aik tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak berikutan apa yang lebih penting ialah memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

"Persoalan beliau dilihat seperti cuba untuk memberi gambaran bahawa kerajaan negeri sebelum ini membenarkan bangunan itu dibina dengan cepat seperti yang dimahukan Umno tanpa mengambil kira keselamatan orang awam.

"Kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dikeluarkan. Tidak wajar untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap  pentadbiran kerajaan sebelum ini terutama kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, bangunan itu dibina pada 1998.

"Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya.
"Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya," katanya.

Khalwat: Sarjan tentera kantoi

Posted: 18 Jun 2013 01:03 AM PDT

Wartawan Sinar Harian


 

KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu.

Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.

"Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.

"Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini," katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam  serbuan berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing.

"Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Pasangan terbabit juga dikehendaki membuat laporan semula ke Pejabat Agama Kluang pada hari ini (semalam) untuk diambil keterangan," katanya.

Operasi melibatkan 10 anggota Bahagian Penguatkuasa JAJ daerah Kluang dan Batu Pahat itu bermula jam 11 malam itu berakhir kira-kira jam 4.30 pagi.

Warga India sertai RELA, dapat BR1M

Posted: 17 Jun 2013 06:08 PM PDT

Seorang warganegara India yang tiba di Sabah mendapat kerakyatan Malaysia dalam tempoh dua tahun.

Dia kemudian menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan menerima bantuan RM500 untuk golongan berpendapatan rendah.

NONEPeer Mohamad Kadir yang lahir di Chennai dalam kawasan Tamilnadu, India, memberitahu suruhanjaya diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini bahawa beliau tiba pada 1984 bersama pakciknya menggunakan pasport India.

Pada 1986, pakciknya membantunya memohon kad pengenalan biru di Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Marudu, kata Peer Mohamad apabila disoal oleh pegawai pengendali Jamil Aripin (kanan).

Katanya, pakciknya menggunakan akuan bersumpah untuk memohonnya dan ia berjaya.

Sebelum 1991, akuan bersumpah digunakan sebagai bukti menunjukkan seseorang sebagai rakyat Sabah dan ia membuka ruang kepada penyelewengan.

TPP: Apa kerajaan sorok?

Posted: 17 Jun 2013 05:28 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

KJ 'patah hati' dengan FAM

Posted: 17 Jun 2013 05:07 PM PDT

 

SINAR HARIAN

PUTRAJAYA - Kemelut terbaru yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang ternyata 'patah hati' dengan badan induk bola sepak negara itu.
  
Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.
  
"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini hari ini.
  
"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya.
  
Khairy, bagaimanapun berkata FAM sepatutnya mendengar pendapat ramai, khususnya peminat bola sepak tempatan.

Baru-baru ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mempersoal FAM mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.
  
Beliau berkata FAM sepatutnya menyalurkan wang berkenaan bagi membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan.
  
Namun, sehingga kini, FAM mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. - Bernama

Gelombang 'tsunami politik' berterusan

Posted: 17 Jun 2013 05:04 PM PDT

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI



SHAH ALAM - Keputusan PRU13 lalu dikatakan mempunyai kesinambungan gelombang 'tsunami politik' yang mula menular sejak PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia khususnya di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Menurut Penyelidik dan Penganalisis MySuara, Faizal Riduan, PRU13 berjaya mengekalkan pola pengundian pilihan raya sebelumnya apabila memperlihatkan perubahan ketara susulan ramai pengundi khususnya golongan muda beralih arah kepada parti pembangkang.

"Keadaan ini sekaligus mengesahkan keputusan PRU12 bukan undi protes atau sikap sementara sebagaimana keputusan pilihan raya 1999 dan 1969 yang berjaya dipulihkan BN pada 2004 dan 1974.

"Persoalannya jika BN boleh menerima keputusan yang seberat ini, mengapa tidak PR akur kepada mandat yang telah diputuskan rakyat pada 5 Mei lalu?," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Participant of the Trash Voting on the 13th th General Election: Malaysia Perspective, International Conference on Goverment Transition and Policy Change di Universiti Yonsei, Korea Selatan.

Pada PRU13, terdapat seramai 13,268,002 pemilih berdaftar iaitu 80.2 peratus daripada keseluruhan 16,550,421 rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas layak mengundi.

Namun hanya 11,256,545 pemilih keluar mengundi iaitu 84.84 peratus daripada pemilih berdaftar.

Daripada jumlah tersebut, BN yang membentuk kerajaan mendapat 5,237,699 undi dan parti-parti pembangkang mendapat 5,816,878 iaitu masing-masing mewakili 47.38 peratus dan 51.67 peratus daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Dalam pada itu, Faizal berkata kemenangan majoriti mudah yang diperolehi BN ditolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa PR lebih berhak membentuk kerajaan kerana mendapat undi popular lebih tinggi iaitu 5,624,011 undi.

"Hakikatnya sejak merdeka, Malaysia menggunakan sistem majoriti mudah, first-past-the-post berasaskan single member constituencies dalam pilihan raya sama seperti amalan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan India. Calon yang mempunyai undi terbanyak (walau beza hanya satu undi) adalah pemenang," katanya.

Pada PRU3 1969, BN (dulunya Perikatan) hanya memenangi 60 peratus iaitu 95 daripada 144 kerusi Dewan Rakyat dan 162 daripada 282 kerusi Dun dengan tewas di Kelantan dan Pulau Pinang manakala undi popular jatuh ke paras 49.3 peratus.

Berbanding pilihan raya 1959 dan 1964, prestasi BN merosot hampir 50 peratus dan buat pertama kali BN kehilangan majoriti di Parlimen serta Dun di Perak dan Selangor.

Undi popular BN sebelum PRU13 ialah 51.7 peratus (1959), 58.5 peratus (1964), 49.3 peratus (1969), 60.7 peratus (1974), 57.2 peratus (1978), 60.5 peratus (1982), 55.8 peratus (1986), 53.4 peratus (1990), 65.2 peratus (1995), 56.5 peratus (1999), 63.9 peratus (2004), 52.2 peratus (2008) dan 47.7 peratus (2013).

 Bagaimanapun BN mendapat perwakilan yang lebih ramai di Dewan Rakyat bermula 1959 dengan mendapat 74 daripada 104 kerusi Parlimen iaitu mewakili 71.1 peratus, 85.6 peratus (1964), 66 peratus (1969), 87.7 peratus (1974), 84.5 peratus (1978), 85.7 peratus (1982), 83.6 peratus (1986), 70.5 peratus (1990), 84.4 peratus (1995), 76.7 peratus (1999), 90.4 peratus (2004), 62.6 peratus (2008) dan 59.9 peratus (2013).

Tambahnya lagi, walaupun terdapat pelbagai ulasan pro dan kontra pasca PRU13, realitinya PRU kali ini menunjukan demokrasi Malaysia bertambah subur dengan sejarah peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 84.84 peratus.

"Pengundi baru pertama kali paling ramai sebanyak 2.3 juta, penyertaan calon bertanding pilihan raya paling ramai dengan 1,900 pencalonan.

"Pertama kali tiada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya tersengit sehingga melibatkan pertandingan tiga hingga tujuh penjuru. Ini semua memberikan pilihan dan peluang lebih baik kepada rakyat," katanya.

Oleh itu beliau mengigatkan bahawa hasil keputusan PRU13 yang lalu dapat dijadikan iktibar kepada parti BN dan PR untuk menggalakan penyertaan lebih ramai dalam PRU.

"Pada edisi PRU bulan lalu terdapat 2 juta pemilih tidak keluar mengundi dan 3.3 juta lagi tidak mendaftar sebagai pemilih menjadikan keseluruhannya 5.3 juta rakyat Malaysia.

"Jumlah sebesar ini boleh menjadi kuasa ketiga antara BN dan PR, di mana jika mereka mengambil bahahagian maka dipercayai akan memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka," katanya.

Dalam hal ini, beliau menyarankan supaya kedua-dua parti BN dan PR menerima keputusan PRU13 yang lalu.

"Bagi mengelakkan sentimen anti demokrasi maka sudah sampai masanya untuk keputusan PRU13 diterima dan diabsahkan secara perundangan dan moral," katanya.

Dalam konteks ini menurut Faizal lagi SPR perlu melakukan beberapa pembaharuan.

"SPR perlu memfokus kepada usaha meramaikan penyertaan rakyat dalam pilihan raya dengan mekanisme mesra pemilih. Jika tidak, pilihan terbaik BN dan PR untuk melegitasikan keputusan PRU akan datang ialah dengan menggerakkan kempen pendaftaran pemilih di kalangan rakyat Malaysia.

"BN mungkin boleh berkempen dengen tema "1Undi, 1Malaysia" dan PR dengan tema "Merakyatkan Undi" supaya keputusan PRU-14 selewat-lewatnya pada 2018 adalah muktamad dan tidak mencetuskan keadaan tidak menentu seperti pasca 1969, 2008 dan 2013," katanya.

Akibat campurtangan politik, pengangguran mahasiswa Malaysia tinggi – DAP

Posted: 17 Jun 2013 04:57 PM PDT

 Roketkini.com

BUKIT MERTAJAM: DAP menggesa kerajaan menyemak semula semua dasar pendidikan dan ekonomi yang menyebabkan pengangguran sehingga 63,909 orang  atau 31% daripada jumlah graduan negara ini yang akan tamat pengajian enam bulan lagi.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, Pemuda DAP (DAPSY), Steven Sim Chee Keong berkata, merujuk statistik 2012 yang didedahkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, biarpun kadar pengangguran negara ini keseluruhannya berada di tahap tiga hingga empat peratus, data Laporan Ekonomi 2011 hingga 2012 Kementerian Kewangan pula menunjukkan seramai 308,371 orang atau 90.1 peratus penganggur daripada pencari pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja berumur antara 15 dan 29 tahun

"Keadaan ini jelas menunjukkan masalah yang serius iaitu, anak muda kita tidak berupaya memasuki pasaran kerja," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Menjelaskan lanjut, satu daripada punca berlakunya fenomena ini disebabkan dasar ekonomi kerajaan pusat yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja murah khususnya pekerja tidak mahir dan separuh mahir dari negara luar.

"Ini bukan saja menyebabkan kekosongan diisi pekerja asing malah menyebabkan pasaran kerja negara ini menjadi "a race to the bottom" iaitu wujud suatu keadaan di mana tiada persaingan dalam peningkatan gaji, kebajikan pekerja, peluang kenaikan serta peningkatan kemahiran dalam pasaran. Ini menyebabkan persekitaran pekerjaan dan keadaan pekerja menjadi semakin mundur," katanya.

Beliau pada masa yang sama tidak menolak bahawa faktor campur tangan politik dalam sistem pendidikan negara juga menyumbang kepada masalah yang dihadapi graduan negara.

"Akibat campur tangan politik, sistem pendidikan kita tidak bermaya. Kita hanya mampu meningkatkan kuantiti mahasiswa tetapi tidak dapat menjamin kualiti mereka. Akhirnya kerajaan juga terpaksa membelanjakan duit rakyat untuk melatih semula siswazah yang tidak mendapat kerja.

"Masalah pengangguran anak muda di negara kita bukan boleh diselesaikan dengan hanya menganjurkan pameran pekerjaan semata-mata.," katanya. – Roketkini.com

Kerajaan UMNO Kedah bergerak macam kura-kura

Posted: 17 Jun 2013 04:52 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya 
 
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sedia mengunggu sehingga enam bulan lagi untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang diperuntukkan kepada MCA. Mukhriz telah melantik lapan anggota Exco dari kalangan ADUN Umno.

MCA sehingga kini masih terikat dengan resolusi yang diputuskan diperingkat Pusat melarang wakil rakyatnya memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan Negeri atau Pusat. Di Kedah MCA menang dua kerusi DUN, di Kulim dan Gurun. Tiada kerusi dimenangi oleh MIC dan Gerakan. Maka kerajaan negeri hanya layak digelar kerajaan Umno, bukannya BN.

Enam bulan adalah masa yang panjang, sepanjang enam bulan tersebut tiada siapa yang akan menjaga potfolio masyarakat Cina iaitu potfolio Exco yang dijanjikan kepada MCA. Atau mungkin itu satu cara Umno 'mengajar' masyarakat Cina Kedah yang tidak menyokong BN dalam PRU lalu. Katakan selepas enam bulan nanti keputusan MCA tetap sama iaitu tidak membenarkan ADUNnya menyertai pentadbiran negeri sebagai Exco, maka kekallah Kedah ini diperintah oleh Umno semata-mata. Jika hal tersebut berlaku maka slogan 1Malaysia tidak lagi boleh dipakai di Kedah. Ia harus ditukar dengan slogan 1Umno.

Sebaik PAS mengambilalih Kedah Mac 2008 dahulu, slogan Kedah Sejahtera di perkenalkan. Slogan itu diambil dari manifesto PRU12 PAS Kedah yang meletakkan tema 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'. Di zaman Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadui Menteri Besar beliau perkenalkan slogan 'Kedah Gemilang'. Di zaman Datuk Seri Syed Razak sebelum itu, slogannya ialah 'Kedah Maju 2010'. Kini sudah lebih sebulan menerajui Kedah, Mukhriz dan Umno Kedah masih teraba-raba mencari slogan. Apa kata kalau Mukhriz menggunakan 'Kedah Perlahan', iyalah perlahan dalam serba serbi tindakan.

Isu yang hangat diperkatakan juga ialah 'pengharaman' kuliah agama Sri Mentaloon yang diadakan setiap hari Sabtu. Kuliah tersebut diasaskan oleh Pejabat Menteri Besar sewaktu Ustaz Azizan dahulu. Ia diserahkan kepada Yayasan Paksi (yang diasaskan oleh AlMarhum Ustaz Suhaimi Hj Ahmad) untuk mengelolakannya, menggunakan peruntukan dan kemudahan Pejabat Menteri Besar. Kehadiran orang ramai, yang sebahagian besarnya terdiri dari kakitangan kerajaan dan golongan pesara sangat luarbiasa. Jika tokohnya hebat, kerusi yang disediakan tidak muat untuk mengisi semua hadirin.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Paksi, Ustaz Akhyari Ismail, sebaik kerajaan negeri bertukar mereka telah tidak diberi kebenaran untuk mengadakan kuliah tersebut. Tiada beza maksudnya antara 'tidak membenarkan' dengan 'mengharamkan'. Tetapi Exco yang memegang potfolio agama, Mohd Rawi Abd Hamid melenting apabila terdapat laporan di media maya menyebut kerajaan negeri Umno telah mengharamkan kuliah agama. Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan kuliah agama tersebut.

Selepas sebulan tiada kuliah di Seri Mentaloon maka akhirnya pada 8 Jun lalu, mereka mengundang Mufti Kedah Datuk Badarudin Haji Ahmad untuk menghidupkan semula kuliah agama tersebut. Namun kehadiran orang ramai sangatlah mengecewakan, berbanding dahulu.

Sewaktu jadi pembangkang dahulu, pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Md Bashah mengadakan sidang media khas membantah kewujudan Pusat hiburan yang disifatkannya terlalu banyak di Alor Setar. Umno mendesak semua pusat hiburan tersebut ditutup. Tidak cukup dengan itu Umno dan NGO mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman menyerahkan memorandum ke pejabat Menteri Besar mendesak pusat-pusat hiburan ditutup.

Sekarang mereka sudah berkuasa. Langsung tiada tanda-tanda bahawa pusat hiburan akan ditutup. Tiada kenyataan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menutupnya. Bahkan menurut laporan, kini pusat hiburan terus beroperasi sehingga awal pagi dan pengunjungnya pula terdiri dari orang-orang Islam. Sekurang-kurangnya dahulu, pusat hiburan didakwa banyak tetapi yang mengunjunginya ialah orang bukan Islam.
Pejabat agama kini pun tidak lagi aktif beroperasi seperti dahulu. Mungkin tiada arahan dari pihak atas. Semuanya serba lembab.

Sekarang adalah masa pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah mendapat tawaran belajar ke IPTA. Di masa kerajaan Pakatan dahulu, para pelajar yang mendapat tawaran itu hanya perlu menyerah salinan surat tawaran kepada Pengerusi MKK (Majlis Ketua Kampung/komuniti) untuk dipanjangkan kepada kerajaan negeri. Pelajar yang mengikuti program diploma dapat RM200, manakala ijazah dapat RM400. Sekarang kerajaan negeri masih belum buat keputusan sama ada, program tersebut diteruskan atau tidak. Semuanya serba lembab.

Sebulan lagi umat Islam akan berpuasa Ramadhan. Dahulu, sepanjang Ramadhan Menteri Besar akan menjelajah setiap daerah menyampaikan sumbangan untuk guru-guru pra sekolah, guru-guru Al-Quran sukarela dan bidan kampung. Mukhriz masih belum membuat pengumuman sama ada program tersebut akan diteruskan. Masa pentadbiran Pakatan yang hanya menggunakan sumber kewangan negeri semata-mata, pun kerajaan dapat menghulurkan pelbagai bantuan untuk rakyat tetapi bila Kedah diperintah Umno yang mempunyai 'bapa kandung' di Pusat, mereka masih belum dapat buat keputusan hendak memberi atau tidak. Lembab sungguh.

Bagi projek ladang agroteknologi yang dimulakan semasa kerajaan Pakatan dahulu Mukhriz arahkan ia dihentikan, sementara kajian dibuat. Kaji lagi. Sementara kajian selesai, pokok-pokok yang sudah ditanam tentu mati kekeringan kerana kerja mengairi, membaja dan memantau tidak dapat dilalukan.

Begitu juga kedudukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pelbagai khabar angin tersebar mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri terhadap IPT tersebut. Ada yang mengatakan bahawa IPT tersebut akan diswstakan, dan kerajaan hanya akan menumpukan kepada program asas pengajian Islam sahaja. Jawapan yang diberi oleh kerajaan negeri ialah mereka sedang mengkaji. Sudah lebih sebulan tak habis-habis lagi mengkaji.

Begitulah lembabnya kerajaan Umno pimpinan Mukhriz dalam membuat keputusan. Negeri lain sudah melangkah jauh, sudah sampai ke angkasa dan kebulan, kerajaan Umno Kedah asyik mengkaji tak habis-habis.http://notautara.blogspot.com/

Semarak Himpunan Blackout 22 Jun

Posted: 17 Jun 2013 04:49 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 

HIMPUNAN Blackout 505 bakal diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini selepas pindaan tarikh diumumkan oleh Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli pada 10 Jun lalu.

Himpunan ini diadakan selepas beberapa siri himpunan di beberapa buah negeri bertujuan menentang penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kali ini, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada 3 Jun lalu sepakat untuk bersama dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok 22 Jun sebagai solidariti bersama menolak penipuan PRU13.

Pemimpin pakatan mendakwa PRU13 dipenuhi dengan kecurangan, bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal sehingga percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara terang-terangan pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan penggunaan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus.

Sebaik pilihan raya 5 Mei berakhir,Rafizi membuat beberapa siri pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya  untuk melakukan reformasi pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR seperti biasa masih terus menafikan segala dakwaan dan tuduhan yang dibangkitkan oleh pakatan mengenai kepincangan pengurusan pilihan raya di negara ini.

Akhirnya, rakyat tiada pilihan terpaksa berhimpun bagi menyatakan kemarahan mereka dengan penipuan dan segala bentuk penafian SPR.

Rakyat melihat seharusnya SPR selaku pengendali yang sudah hilang kredibilitinya dirombak semula, dan digantikan dengan mereka yang jauh lebih berintegriti.

Suara-suara desakan ini terhidang dalam setiap Himpunan Blackout 505 yang berlangsung sejak 8 Mei lalu hingga yang terakhir di Padang Timur Amcorp Mall, 24 Mei.

Himpunan ini mendapat tentangan kerajaan serta pihak berkuasa, ramai yang telah didakwa tidak kurang yang sedang dalam proses untuk didakwa.

Pelbagai dakwaan dilontar terhadap himpunan ini kononya bersifat perkauman apabila penyertaan di kalangan bukan Melayu cukup (kaum Cina) ramai.

Terkini, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan tuduhan bahawa himpunan blackout telah dan akan dipenuhi kaum Cina sahaja.Kenyataan ini untuk memesongkan terus usaha membantah penyelewengan dan penipuan dalam PRU13.

Mahathir lupa, sejarah bangsa Melayu pernah bangkit menentang penzaliman beliau ke atas bekas Timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim hingga memaksa BN menukar strategi meraih undi kaum Cina.

Apakah BN 'rasis' ketika itu? Rakyat mampu menilai. Iltizam Pakatan Rakyat menentang penyelewengan PRU13, berasas apabila terbaharu Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr S. Subramaniam menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13.

Kenyataan itu menguatkan lagi tuduhan dakwat kekal tidak kekal dan ribuan laporan polis dibuat sejak 5 Mei lalu berhubung penipuan dalam dakwat kekal ini.

Kepincangan dalam PRU bukanlah satu perkara baharu.

BN menggunakan pelbagai helah dan kaedah semata-mata untuk terus kekal berkuasa.

Lihat sahaja pilihan raya pada tahun 1999 selepas isu pemecatan Anwar, gelombang Melayu menumbangkan BN di Terengganu serta Kelantan.

Maka pada tahun 2003, BN merasaka undi Melayu ketika itu pada tahap kritikal, mereka melaksanakan persempadanan semula yang memecahkan semula undi Melayu ini.

Persempadana semula diadakan membabitkan usaha memindahkan lokaliti pengundi Cina ke kawasan majoriti Melayu bagi mengimbangi kebangkitan kaum Melayu ketika itu.

Lihat sahaja kawasan-kawasan seperti Kuala Kedah yang mana menerima kemasukan pengundi Cina yang ramai khasnya di Dun Kubang Rotan, akhirnya memberi kelebihan kepada BN untuk kembali berkuasa.

Tertekan dengan Terengganu jatuh ke tangan PAS, BN mencatur daftar pemilih bagi memindahkan pengundi ke Terengganu dalam PRU 2004 yang akhirnya memberi kemenangan kepada mereka walaupun peratusan undi PAS tidak berkurangan.

Percaturan BN dalam persempadanan semula dengan memindahkan lokaliti pengundi Cina memakan diri apabila pilihan raya umum tahun 2008 pengundi Cina yang berang dengan rasuah, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi melakarkan tsunami kecil yang menatijahkan Perak, Selangor dan Pulau Pinang serta Kedah ke tangan pembangkang.

BN tidak pernah duduk diam apabila mereka di ambang kekalahan.Pelbagai taktik digunakan khasnya dalam memastikan kedudukan mereka selamat.Media adalah antara senjata ampuh BN untuk terus 'memperbodoh' rakyat.

Media juga berperanan dalam mendoktrin rakyat khasnya kaum Melayu agar takut untuk berubah.DAP, PAS dan KeADILan digambarkan sebagai satu pakatan yang didominasi kaum Cina walaupun kepimpinan dua parti utama (PAS dan KeADILan) adalah Melayu.

Hasilnya pada 5 Mei, BN kekal menerajui Kerajaan Persekutuan dengan undi Melayu di sesetengah kawasan tidak berganjak, malah dengan penipuan yang terancang BN terus megah berkuasa.

Menyedari hakikat ini, rakyat yang sudah bosan dengan penipuan akan merayakan hari hitam demokrasi Malaysia dengan 22 Jun ini.

Harapannya kaum Melayu tidak lagi duduk dalam sindrom ketakutan yang digambarkan oleh media arus perdana, sebaliknya mereka memikirkan soal harapan melihat sebuah negara yang benar-benar membentuk demokrasi sihat yang terhindar dari penipuan untuk sebuah kemenangan.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Buka tudung jika mahu kerja di Malaysia

Posted: 17 Jun 2013 06:34 PM PDT



Buka tudung jika mahu kerja di Malaysia
18 Jun 2013

SAYA sudah lama berhasrat untuk memberi pendapat dalam ruangan akhbar keramat ini namun sering tidak kesampaian oleh kekangan masa dan tugas. Kejadian yang menimpa anak saudara saya baru-baru ini memaksa saya menyuarakan pendapat demi keadilan semua pihak.

Anak saudara saya berkelulusan Diploma Kejururawatan daripada salah sebuah kolej tempatan. Pada 14 Mei 2013, beliau telah menghadiri temu duga di salah sebuah hospital di Kuantan.

Semasa ditemu duga, beliau diberitahu bahawa kelulusan, kelayakan dan pengalaman yang ada padanya adalah menepati syarat untuk diterima sebagai kakitangan jururawat di hospital berkenaan.

Tetapi beliau hanya akan diterima bekerja di situ sekiranya bersetuju untuk membuka tudung! Anak saudara saya merayu agar dibenarkan memakai serkup/skaf hitam namun tetap tidak dilayan.

Terdapat 11 calon bertudung yang ditemu duga dan hanya calon yang bersetuju mengorbankan pegangan akidah dengan membuka tudung diterima untuk bekerja di situ.

Akhirnya, anak saudara saya menolak tawaran tersebut walaupun beliau amat memerlukan pekerjaan kerana sudah hampir setahun menganggur.

Saya terpaku, terkejut dan tertanya-tanya, benarkah kita berada di Malaysia? Sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam? Mengapa wanita Islam diperlakukan begini? Syarat yang ditetapkan begitu kejam!

Jika sebelum ini saya biasa mendengar syarat Bahasa Mandarin untuk bekerja di sesebuah syarikat tetapi rupa-rupanya ada syarat-syarat lain yang secara terang-terangan bertentangan dengan hak asasi seorang Islam.

Saya berharap perkara ini disiasat dan janganlah biarkan 'cacing naik ke mata' kerana jika dibiarkan akhirnya anak-anak Melayu akan merempat di negara sendiri atau terpaksa menggadaikan maruah diri dan pegangan agama demi sesuap nasi!

MOKTEH BEKENG,
Kajang, Selangor

Selamat jalan kereta nasional, Proton

Posted: 17 Jun 2013 06:34 PM PDT



Selamat jalan kereta nasional, Proton
18 Jun 2013

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.


Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.

Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SELAMAT TINGGAL PROTON !

Pengikut