Jumaat, 17 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PULAU TAWAR

Posted: 17 Dec 2010 11:10 PM PST

PULAU TAWAR


Mana DUN Pulau Tawar punya??????

Posted: 17 Dec 2010 08:27 AM PST

55 NGO terima sumbangan DUN Teruntum


Sebahagian penerima sumbangan bersama Hong Seong (duduk, tengah) di pejabat MCA, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 16 Dis. - Sebanyak 55 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum menerima sumbangan wang tunai di Pejabat MCA di sini, kelmarin.

Bantuan daripada kerajaan Persekutuan dan negeri tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak RM280,000 diperuntukkan khas untuk NGO daripada kerajaan negeri dan persekutuan termasuk RM30,000 dari Menteri Kesihatan.

Beliau berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu NGO terbabit menjayakan pelbagai program atau aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Kerajaan negeri, kata Hong Seong, sentiasa mengambil berat terhadap pertubuhan berkenaan dalam menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat.

"Dengan sumbangan itu diharap mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti di kawasan masing-masing.

(Utusan Malaysia)

Ulasan:-Diatas adalah keratan berita yang diambil terus dari akhbar Utusan Malaysia.Ini adalah dikira akhbar dan sumber utama KERAJAAN yang memerintah.

Mengikut cerita di atas,terdapat sejumlah sumbangan yang diberi kepada DUN oleh kerajaan negeri.Itu DUN TERUNTUM.

DUN Pulau Tawar negeri lain ke?Mana peruntukan untuk DUN Pulau Tawar??????

??????????????

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 17 Dec 2010 09:16 PM PST

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


SIFAT MUSTAHIL BN...

Posted: 17 Dec 2010 08:38 PM PST

Tok Guru Nik Aziz sumbang 1/3 simpanan untuk PAS

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.

Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu

[MaranDaily mencabar pimpinan korup UMNO-BN untuk ikut cara Tok Guru jika RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Bertapa mulianya sikap Tok guru yang menzahirkan rasa syukurnya Kepada Allah apabila dihindari daripada fitnah musuh ISLAM iaitu UMNO-BN. Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang berIman dan beramal soleh]


CERAMAH 21 DIS 2010 JENGKA PUSAT

Posted: 17 Dec 2010 08:00 PM PST


Bersama kita dapatkan maklumat terbaru dan benar daripada pimpinan PAS...
Semoga kita tidak terpedaya dengan tipu helah UMNO-BN yang bakal berkubur selepas PRU13 nanti...

21 DIS 2010
SELASA : 9.00 MLM
DATARAN MASJID LAMA
BANDAR JENGKA

"Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda ditipu dan diseleweng oleh manusia yang berselindung atas nama UMNO-BN..."

BERSAMA ANWAR DI BERA MALAM NI...

Posted: 16 Dec 2010 04:55 PM PST

BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI BERA MALAM NI...

Semua ummat manusia yang bencikan kehancuran, kekronian, ketidaktelusan, keutamaan poket pemimpin, kesombongan dan yang cintakan keamanan, keadilan, keutamaan rakyat dalam semua urusan DIJEMPUT HADIR ke ceramah PERDANA PAKATAN RAKYAT yang dihadiri oleh PIMPINAN PR seperti ANWAR IBRAHIM.

TARIKH: 17 DIS 2010(JUMAAT)
TEMPAT : MARKAS PAS KAWASAN BERA
MULA JAM: 9.00MLM


MaranDaily mengajak semua rakyat PAHANG sekeluarga datang untuk mendapatkan maklumat secara terus daipada DS Anwar dan Pimpinan PR berkenaan dengan penyelewengan UMNO-BN dalam mengurus tadbir Negara ke arah kehancuran jika tidak dibuat perubahan segera. UMNO-BN yang kian tenat telah memperkudakan YDP Dewan Rakyat untuk kepentingan politik yang bertentangan Islam dan keadilan sejagat.

Tumbangkan UMNO-BN dalam PRU 13 akan datang...
Keadilan Pasti Tertegak...
PAS akan memerintah berlandaskan Islam...
PR mentadbir berdasarkan keadilan Islam sejagat...

MaranDaily.net

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Dec 2010 09:15 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Seminar Tentu Kerjaya selepas PMR,SPM 26 Dis 2010 Senawang

Posted: 17 Dec 2010 01:25 AM PST

BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 25/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 17 Dec 2010 09:15 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

Posted: 17 Dec 2010 08:12 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

"Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Posted: 17 Dec 2010 08:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke, renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa' nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan menteri besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry inu kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 17 Dec 2010 09:14 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR

Posted: 17 Dec 2010 10:20 AM PST



 Ceramah Pakatan Rakyat Parlimen Muar
Di Markas PAS Parit Amal Jalan Abdul Rahman,Muar (PAJAR)
Pada Hari Khamis 16 Disember 2010

YB Dr Mohammad Taslim memulakan ucapan.
 
Sde Nor Hizwan Ahmad, Penyelaras Keadilan Parlimen Muar.

 
YB Ong Kow Ming, ADUN Senai.

 
che'GuBard -Badrul Hisham Shaharin, Ketua Keadilan Cabang Rembau

 
YB Dato' Mahfoz Omar sedang berhujjah.

Penceramah denga aksi masing-masing.Dari kiri: YB Dato' Mahfoz Omar,
YB Dr Mohammad Taslim dan YB Ong Kow Ming.


Dari Kiri:Tuan nHj Malik Md Diah (Pengerusi Majlis/Naib YDP PAS Muar), 
che'GuBard (Ketua Keadilan Cabang Rembau), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Keadilan Cabang Muar)
dan Sdr Nur Hizwan Ahmad (Penyelaras Keadilan Parlimen Muar).


YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat (kanan) ,YDP PAS Muar, bersama rakan-rakan dari DAP

Para Muslimin ceria mendengar ceramah.


Muslimat suadah tidak takut mengikuti ceramah Pakatan Rakyat


Ada yang nduduk, ada yang bersila.

 
Oh,Azhan pun ada malam tu.....

 
YB Dr Mohammad , che'GuBard dan Sdr Hizwan menjamu selera selepas ceramah.


Penyokong Pakatan Rakyat kaum India turut bersama.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 17 Dec 2010 09:08 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


'BAPA' akan dilancarkan : ANDA dijemput HADIR

Posted: 17 Dec 2010 07:02 PM PST

Ketuanan Melayu yang berbulu2

Posted: 17 Dec 2010 06:50 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 17 Dec 2010 09:04 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Umno = APCO

Posted: 17 Dec 2010 05:15 AM PST


Ni jumpa dalam FB dan blog. Link kat bawah

Sumber: Baginda Reformasi

DPPK PARIT

Posted: 17 Dec 2010 07:46 PM PST

DPPK PARIT


Posted: 17 Dec 2010 03:18 AM PST

PAS Johor ucap takziah

Posted: 17 Dec 2010 02:57 AM PST

UMNO RAJA PUTAR BELIT

Posted: 17 Dec 2010 02:06 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Dec 2010 07:19 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tanah Sarawak Dah Habis Di Mana Hak Rakyat???

Posted: 17 Dec 2010 03:12 PM PST

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?
Dec 17, 10 3:48pm - Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta.Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.Sadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit."Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang."Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit," lapor laman sesawang itu, Rabu lalu.Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.Menurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib."Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu."Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," kata laporan sesawang itu.

PS: Apabila kita lihat dan dengar sendiri apa yang berlaku di Sarawak selama ini sudah terdedah dengan sendirinya bahawa mengapa Sarawak termasuk dalam negeri termiskin dalam Malaysia. Ini adalah disebabkan hampir seluruh tanah-tanah di Sarawak ini dikuasai atau dimiliki oleh pemimpin2 BN dan kroni2nya. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengambil atau dalam kata lain 'merampok' tanah-tanah rakyat tanpa balas ikhsan. Mereka membahagi-bahagikan tanah-tanah rakyat kepada anak beranak dan kroni2 mereka saja macam tanah emak bapa dia orang. Yang sedih dan peliknya masih juga ada rakyat Sarawak yang setia memberi sokongan pada BN walaupun mereka ini tetap hidup dalam kemiskinan. Adakah salah satu puncanya ialah disebabkan rakyat Sarawak yang hidup di pendalaman atau di ulu2 Sarawak kurang mendapat maklumat terkini atau mereka ini memang buta huruf serta memang jenis orang yang tidak kesah siapa yang memerintah mereka atau mereka ini menganggap bahawa menentang 'Perintah' BN adalah satu dosa besar??? Marilah kita rakyat Sarawak sedarlah diri kamu bahawa selama ini hak2 kamu sudah diambik oleh pemimpin BN yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa mereka. Bah mari kita sama2 merubah dari kerajaan BN yang tidak amanah kepada kerajaan kebajikan PAS dan PAKAATAN RAKYAT. Bebaskan diri kamu semua dari perkara khurafat ini. Selamat berjuang Rakyat Sarawak.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 17 Dec 2010 07:13 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Konvensyen Pakatan Petunjuk Penting : Mujahid Yusof Rawa

Posted: 17 Dec 2010 04:22 AM PST


Semenjak Pakatan Rakyat menjadi peneraju kepada beberapa buah negeri selepas PRU ke 12, serangan Barisan Nasional (BN) yang masih menguasai kerajaan di peringkat Federal berterusan tanpa sebarang belas kasihan.

Sepanjang tahun 2008, 2009 dan kini 2010 tiada tanda-tanda reda serangan yang dilancarkan. Melihat kepada kuasa media perdana yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan Federal sememangnya "permainan" ini adalah berat sebelah dan tidak berada pada medan yang rata dan seimbang.

Sekonyong-konyongnya Pakatan diasak setiap saat walaupun Pakatan dengan keupayaan media yang terhad cuba untuk menangkis dan mempertahankan asakan ini, usaha Pakatan berbanding dengan kapasiti yang dimiliki tidak setanding dengan jentera berat media perdana yang tertumpu segala kekuatan terhadap Pakatan Rakyat.

Anehnya dalam episod asakan sejak 2008 hingga kini, negeri Pakatan Rakyat tetap teguh dan tidak tergugat. Kecuali Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan terus dipimpin oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri di empat negeri ini terus komited kepada janji yang ditawarkannya kepada rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu.

Sejarah hitam Perak

Persaingan dalam dunia politik bukanlah sesuatu yang pelik dimana setiap parti akan bersaing untuk mendapat kuasa melalui penglibatan secara berpilihanraya yang asasnya ialah mengupayakan kuasa rakyat bagi menentukan parti mana yang akan menjadi pemerintah dan pembangkang.

Asas persaingan ini terbentuk melalui kematangan demokrasi yang cirinya ialah telus, prinsip undang-undang dan prinsip kebebasan. Hanya dengan ciri-ciri ini persaingan menjadi sehat dan keputusan yang dibuat akan dihormati dan dipertahankan bersama.

Namun episod hitam Perak pada awal tahun 2009 telah menafikan semua asas-asas tersebut sheingga peristiwa "rampasan kuasa" BN terus menjadi satu kes ikatan awalan yang buruk dan mencemarkan nama baik demokrasi berpilihanraya dari segala sudut piawaiannya.

Kemelut penyelesaian pula telah mempertunggangkan peruntukan undang-undang yang ada secara berat sebelah dan jelas unsur campurtangan politik. Lebih buruk daripada itu, bagaimana suara rakyat telah dipekakkan apabila seruan untuk referendum rakyat melalui pembubaran DUN dan pilihanraya semula dinafikan bulat-bulat.

Akibatnya Perak hidup dalam keadaan ketegangan politik dan keruncingan pihak yang merasakan haknya dirampas. Terpahatlah sejarah hitam yang lukanya terlalu dalam untuk sembuh dalam masa yang terdekat.

Politik sempit

Kejayaan Pakatan Rakyat di sebalik terpaksa menyonsang arus dengan sistem yang diasaskan oleh BN selama 50 tahun lebih bukanlah sekadar satu kemenangan politik tetapi lebih penting daripada itu ialah peluang untuk mencipta arus perubahan yang menjanjikan suasana dan keadaan yang lebih baik untuk negara.

baca artikel penuh...di sini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Dec 2010 03:21 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ASP KELABU ASAP ! NGAKU SILAP

Posted: 16 Dec 2010 06:22 PM PST

Tangkapan terhadap Mohamad Sabu tanpa waran tangkap yang sah - Saksi
Harakahdaily
BUTTERWORTH, 16 Dis: Saksi kes dakwaan menghalang pejawat awam menjalankan tugas terhadap Haji Mohamad Sabu mengaku di mahkamah majistret hari ini bahawa waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu bukan yang dipohonnya.

Pegawai penyiasat kes perhimpunan Bersih, ASP Idris Rejab berkata, beliau memohon mahkamah majistret mengeluarkan saman untuk satu kes jenayah kepada Mohamad Sabu namun yang dikeluarkan oleh majistret adalah waran tangkap.

Waran tangkap itu pula, katanya, tanpa tarikh dan nama majistret yang mengeluarkannya.Idris memberikan keterangan di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang sebagai saksi pihak pendakwa terhadap Mohamas Sabu dan sembilan yang lain atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam.

Mereka didakwa berbuat demikian pada 7 Disember 2007 di Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang ketika Mohamad sabu dan keluarganya dalam perjalanan pulang di majlis perkahwinan anaknya.

Ketika itu, polis dikatakan mahu menyerahkan waran tangkap kepada Mohamad Sabu kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur namun Mohamad enggan bekerjasama sehingga pintu keretanya dipecahkan.

Dalam keterangan di mahkamah hari ini, ASP Idris Idrus mengaku kesilapan itu bermakna penyerahan dan tangkapan pada 7 Disember 2007 itu menghadapi risiko tidak sah kerana ia bukan berdasarkan waran tangkap yang sah.Waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu pada 7 Disember itu adalah waran tangkap yang lain, bukan waran tangkap yang diperolehi oleh ASP Idris kerana salinan asalnya kekal bersama beliau.

Waran tangkap itu bertarikh 4 Disember sedangkan waran tangkap yang dipohon beliau adalah tanpa tarikh dan tanpa nama majistret yang mengeluarkan waran itu.

Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di dakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang pejawat awam menjalankan tugasnya.

Beliau dan sembilan yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama Amirudin Zulkifli dan Yusnita Yusof manakala pendakwaan dibuat oleh ketua pendakwa Pulau Pinang.

Ia dibicara didepan Majistret Mohd Izham Ali.

INNALILLAH .... ! ADUN UMNO MENINGGAL DUNIA

Posted: 16 Dec 2010 04:14 PM PST


Dari Allah kita datang , kepada Allah jua kita akan kembali atau dipanggilnya .

Adun Tenang kembali ke Rahmatullah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Dato' Sulaiman Taha telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.
Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu berikutan rawatan lanjut akibat penyakit kencing manis.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Profil Allahyarham: http://adun.johordt.gov.my/index.php/tenang/2009/06/22/profail-adun-2

Ini bermakna akan berlaku pilihanraya kecil lagi kerana belum cukup 3 tahun selepas PRU 12 tahun 2008.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya. Al-Fatihah


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Dec 2010 03:09 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


HELAH GANTUNG 4 MP... BN DAPAT KUASA 2/3 DEWAN RAKYAT

Posted: 17 Dec 2010 01:07 AM PST

Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat iaitu Anwar, Azmin, Sivarasa dan Karpal yang digantung oleh Parlimen, UMNO/BN telah Berjaya mendapatkan kembali majority 2/3 yang diidamkan mereka.



Majoriti yang membolehkan mereka melakukan pindaan apa saja ikut suka mereka..


Dengan Majoriti 2/3 ditangan mereka, mereka boleh melakukan sebarang pindaan keatas Perlembagaan dan dengan majority 2/3 juga mereka boleh meluluskan persempadanan semula yang suatu masa dulu telah membawa malapetaka kepada kita..

Saya Petik:-

PETALING JAYA: Ahli parlimen pembangkang telah mengemukakan pelbagai sebab mengapa Barisan Nasional (BN) bertegas untuk meluluskan penggantungan empat ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Mereka berkata penggantungan empat MP ini akan menyebabkan blok pembangkang akan kehilangan taring di Dewan Rakyat. Ketidakhadiran empat wakil rakyat akan mengembalikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.

Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas melakar lanskap politik baru di Malaysia.

Kini terdapat sejumlah 222 kerusi parlimen. Ekoran dari pilihanraya pada tahun 2008, BN hanya memperoleh 137 kerusi berbanding Pakatan yang memperoleh 76 kerusi. Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai dua kerusi manakala Parti Sosialis Malaysia, hanya satu. Baki enam kerusi disandang ahli bebas yang mesra BN.

Penggantungan empat MP yang diusulkan di Parlimen hari ini bermakna Pakatan hanya mempunyai 72 kerusi – kurang dua kerusi untuk menidakkan BN majoriti dua pertiga.

... CELAKA PUNYE BN.......

GANTUNG HADIR PARLIMAN KE JADI AHLI PARLIMEN.. SAH SPEAKER MABUK..

Posted: 17 Dec 2010 12:22 AM PST

PETALING JAYA, 17 Dis — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata, penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk beliau yang diputuskan semalam adalah tidak sah.


Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, usul yang diluluskan itu melarang beliau dan tiga Ahli Parlimen lain daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan, Parlimen hanya boleh menggantung daripada menghadiri sidang Parlimen, bukannya menggantung tugas sebagai Ahli Parlimen.

"Kami digantung daripada menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen. Tugas kami tidak terhad di Parlimen sahaja.

"Ini akan jadi poin utama. Ini adalah satu pencabulan hak kami sebagai Ahli Parlimen yang mana telah termaktub dalam Perlembagaan (Persekutuan)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal, R. Sivarasa (Subang) dan Azmin Ali (Gombak) daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Dalam usul itu, jelas mengatakan Karpal (gambar), Sivarasa dan Azmin digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen manakala Anwar digantung tugas dari jawatan Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Sementara Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.

"Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

"Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan," kata Karpal.

Karpal turut berkata, Pakatan Rakyat sudah membuat keputusan untuk menyaman Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

'DOUBLE STANDARD'... KARTUN HARI JUMAAT

Posted: 16 Dec 2010 07:30 PM PST





BERBOGEL DI TEMPAT AWAM... LEPAS NIE RAKYAT M'SIA PULAK

Posted: 16 Dec 2010 07:15 PM PST

Singapura - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.


Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.

Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.

Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi

SHEIKH AHMAD YASSIN 'LUMPUH' JADI PEMIMPIN... INIKAN TGNA

Posted: 16 Dec 2010 07:04 PM PST

SHEIKH Ahmed Yassin seorang pemimpin spiritual Hamas, adalah seorang yang tampak lemah secara fisik, lumpuh keempat anggota tubuhnya, dengan suara yang bergetar. Namun, dia mempunyai kekuatan di kalangan orang-orang Palestina.

Ia memiliki tempat istimewa, baik dalam bidang politik mahupun psikologi dalam barisan gerakan  Palestina, khususnya Hamas. Itu membuat ia menjadi salah satu simbol perjuangan rakyat Palestin selama empat dekad terakhir ini.

Israel menunjukkan kekejamannya ketika membunuh pemimpin dan sekaligus pemimpin Hamas, Syeikh Ahmed Yassin, dalam satu serangan misil di luar sebuah masjid di Kota Gaza pada Isnin 22 Mac 2004. Tubuh dan sebahagian tempurung kepalanya hancur.

Pada subuh Isnin tersebut, Yassin dengan kursi rodanya keluar dari masjid selepas selesai solat Subuh bersama puluhan pengawalnya dan warga Palestina di Kota Gaza. Helikopter Israel kemudian melepaskan tiga missil ke arah target. Yassin dan tujuh orang lainnya terbunuh, termasuk sejumlah pengawal peribadinya. 17 orang lainnya tuturt  tercedera, termasuk dua orang putra Yassin.

IBU SAMAN MCD.. GALAK KANAK2 MAKANAN TIDAK SIHAT

Posted: 16 Dec 2010 05:53 PM PST

ni bukan ibu-ibu di Malaysia... sebab ibu kat Malaysia masih kurang tahap kesedarannya.... tapi di Amerika sana...

(BH) LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald's yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.


Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung. Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah. Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

"Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald's hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya. - AFP Komen Anda

* gambar hiasan

GANTUNG 4 MP : SPEAKER BAKAL DISAMAN

Posted: 16 Dec 2010 05:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ahli-ahli Pakatan Rakyat bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Speaker Dewan Rakyat ekoran hukuman gantung enam bulan dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil mereka yang lain.


Tiga daripada empat wakil itu merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain Anwar tiga yang lain ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak).

Karpal berkata, pihaknya akan memohon mendapatkan semakan penghakiman berhubung perkembangan hari ini, yang menurutnya satu bentuk salah guna kuasa oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengerusi DAP Kebangsaan itu juga menggesa Speaker agar meletakkan jawatan kerana sudah tidak ada autoriti moral menerajui Dewan Rakyat.

"Kami tidak menjangkakan usul sedemikian. Itu sebabnya kami bertindak keluar. Kami mungkin akan membawa (isu ini) ke mahkamah.

"Ada kes rujukan dalam kes Gobind Singh (Ahli Parlimen Puchong) di mana kami membawa Speaker, Pandikar Amin, ke mahkamah," katanya lagi.

Kata Karpal, tindakan Speaker keterlaluan dan tidak boleh dipertahankan sama sekali.
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengarahkan Pandikar agar menggunakan peraturan mesyuarat.

"Menteri dari Padang Renggas memberi arahan dan arahan terakhir ialah menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 di mana menggantung setiap anggota yang bangun atau mencabar Speaker," katanya.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan Azmin daripada persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Nazri mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain iaitu Karpal, Sivarasa dan Azmin kerana menghina dewan.

AL-FATIHAH... LAGI PRK.. KALI INI DI JOHOR

Posted: 16 Dec 2010 04:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal dunia di sini awal pagi tadi, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008.

Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.

Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak.

Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong.

Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 17 Dec 2010 01:38 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Menteri minta Selangor jangan saman Syabas

Posted: 17 Dec 2010 08:34 AM PST

Petrol Lebih Murah 36sen di Indonesia

Posted: 16 Dec 2010 11:49 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Dec 2010 01:36 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pesawat Bawa Ali Rustam Ditahan

Posted: 16 Dec 2010 04:32 PM PST

Kejadian memalukan oleh peserta rombongan yang menaiki pesawat khas jenis BAE 146-200 yang membawa 80 penumpang termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditahan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Indonesia petang Selasa.

Menurut berita yang disiarkan pesawat itu ditahan kerana ada penumpang turun ke landasan sambil menghisap rokok sewaktu pesawat yang disewa dari Heritage Air berkenaan berhenti untuk mengisi bahan bakar.

Itulah tahap dan displin yang ditunjukkan oleh orang yang ada pendidikan. Atau mungkinkah rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam adalah orang Melaka yang tidak ada pendidikan dan tidak tahu peraturan menaiki kapal terbang.

Macamlah kebiasaan yang kita lihat bila ada sahaja bas ekspres yang berhenti ramai yang ambil peluang hisap rokok di samping ada yang ramai bergegas ke tandas dengan hajat masing.

Tidak tahulah pula rombongan Ali Rustam ini, adakah mereka rasa naik kapal terbang macam naik bas?

Untunglah kapal terbang itu tidak meletup kerana dan saya ucapkan tahniah kepada penguasa di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya yang bertindak cepat.

Kalau tidak dengan lapangan terbang sekali meletup akibat tidak berdisplinnya rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam.

Tidakan tegas Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang melihat keadaan itu memeriksa semua penumpang di lapangan terbang itu amatlah saya sokong.

Rombongan kerajaan negeri Melaka itu sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Pesawat itu dalam penerbangan pulang dari Dili, Timur Leste dan ditahan pada kira-kira 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas ke Melaka pada pukul 11 malam dan tiba di LTAM di Alor Gajah pada pukul 2.15 pagi.

Namun begitu, enam penumpang pesawat itu termasuk Mohd Ali, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan pengawal peribadi kepada Ketua Menteri dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Inilah tahap moral pemimpin Umno selepas 50 tahun lebih kita merdeka, peraturan naik kapal terbang pun tidak tahu atau kalau tahupun nak tunjuk lagak dan dia yang besar dan ada kuasa.

Sepatutnya bagi saya hukuman kepada mereka yang hisap rokok dalam kejadian ini lebih keras kerana ia mengundang risiko keselamatan yang sangat serius.

http://idhamlim.blogspot.com

sumber : Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 17 Dec 2010 01:22 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Requesting for your partnership.

Posted: 17 Dec 2010 10:02 AM PST

I am Mr. Liu Wang from Taipei. I need your partnership in re-profiling funds.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 17 Dec 2010 01:09 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Laporan Audit Sahkan Projek Terbiar Di Pangkor

Posted: 17 Dec 2010 10:13 AM PST



Kenyataan Akhbar YB V.Sivakumar pada 17 Disember 2010

Dalam Program merasmikan DWJ Hotel dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Syarikat Pembinaan Caj Maju Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat satu kenyataan yang mencabar kredibiliti Ketua Audit Negara. Beliau berkata , " Dakwaan pihak pembangkang sebelum ini kononnya banyak projek terbengkalai terutama di Pangkor adalah tidak benar sama sekali, sebabnya projek berkenaan mengalami masalah kelewatan sahaja".


Kenyataan Datuk Seri Dr Zambry sebenarnya mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan aktiviti Jabatan/Agensi dan pengurusan syarikat kerajaan Negeri Perak tahun 2009. Soal projek terbiar ini telah dibangkitkan dalam persidangan Dewan Negeri Perak baru-baru ini. YB Nga Kor Ming dalam ucapan bahas belanjawan ada menyebut tentang projek-projek terbengkalai di Pangkor dengan bukti yang kukuh. Beliau telah merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang ada menyatakan secara terang-terang mengenai projek-projek terbiar setelah siap dibina di Pulau Pangkor.


Saya tidak tahu kenapa Datuk Seri Dr Zambry menafikan perkara yang benar. Laporan Audit dibuat setelah penyiasatan dan penelitian yang sewajarnya. Jika beliau tidak bersetuju dengan Laporan Ketua Audit bermaksud beliau mencabar kredibiliti dan keupayaan Jabatan Audit Negara. Beliau tidak seharusnya menafikan satu kebenaran kerana ia akan mencemarkan kredibiliti beliau sendiri sebagai seorang menteri besar.


Disini saya ingin memetik ungkapan daripada Laporan Ketua Audit Negara pada muka surat 129 perkara 9.4.2 Bangunan / Premis/ Peralatan Tidak Digunakan
'Majlis Perbandaran Manjung telah membina lima bangunan di Pangkor bagi tahun 1991 hingga 1999 dengan kos RM 4.89 juta dan nilai semasa berjumlah RM 3.53 juta. Semakan fizikal Audit mendapati bangunan-bangunan ini telah terbiar, usang, reput dipenuhi semak samun, menjadi tempat longgokan sampah dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Semakan juga mendapati tiada pemantauan dilakukan oleh pihak Majlis'.Laporan ketua Audit Negara juga disediakan dengan gambar-gambar projek usang Majlis Daerah Manjung.

Laporan ini membuktikan bahawa terdapat nilai susutan asset sebanyak RM1.36 juta akibat projek-projek ini yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Pangkor.
Datuk Seri Dr Zambry juga dengan bangganya membuat kenyataan bahawa Peruntukan RM8.2 billion dari Rancangan Malaysia Kesembilan untuk Kerajaan Negeri Perak berjaya diuruskan dengan baiknya untuk membangunkan negeri dengan pencapaian 93.1%. Menurutnya , pencapaian terbaik ini meletakkan negeri Perak pada kedudukan pertama dalam pengurusan pembangunan bagi RMK- 9. Kenyataan beliau ini tidak mempunyai sebarang asas untuk dibanggakan. Sebagai contoh, jika kita memberi wang sebanyak RM 1000 kepada seorang pelajar sekolah menengah untuk dibelanjakan, sudah tentu dia tahu membelanjakan wang tersebut. Tetapi persoalannya adakah wang itu telah dibelanjakan secara hemah dan betul. Apakah asasnya jika budak itu dengan bangga memberitahu seluruh dunia bahawa dia telah berjaya membelanjakan 93% daripada wang yang diberikan kepada beliau. Kita harus tahu bagaimana 93% daripada wang itu telah dibelanjakan.


Berikut adalah beberapa contoh pembaziran wang rakyat yang tidak boleh dibanggakan oleh kerajaan:


1) Kelewatan dalam menyiapkan projek Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping meningkatkan kos sebanyak RM 168, 152 iaitu 3.5% daripada RM 4.91 juta kepada RM 5.08 juta
2) Kelewatan pembinaan Bangunan Kompleks Pejabat MPTI telah meningkatkan kos sejumlah RM 2.21 juta iaitu 39.9% daripada RM 5.54 juta kepada RM 7.75 juta
3) Kos projek Bangunan Perniagaan Dan Pejabat MPKK meningkat daripada RM3.98 juta kepada harga kontrak baru berjumlah RM5.33 juta iaitu 33.9% kerana penamatan kontraktor pertama.
4) Projek bernilai RM 10 juta Dewan Serbaguna Padang Bandaran Kuala Kangsar terbengkalai setelah 63% kerja disiapkan. Kontraktor baru terpaksa dilantik untuk sambung kerja.
5) Pavilion Pameran di Gua Tempurung yang bernilai RM 0.29 juta yang siap dibina pada Mac 2008 tidak digunakan lagi kerana tiada aktiviti pameran dilaksanakan.

Projek-projek pembangunan harus membawa manfaat kepada rakyat jelata. Tidak ada gunanya jika kita hanya mahu satu nilai statistik yang besar tetapi pembangunan itu tidak dapat dirasai oleh masyarakat. Kewujudan struktur-struktur fizikal sahaja bukan boleh dianggap sebagai pembangunan. Pembangunan mempunyai pengertian yang lebih besar.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak kena penjara 19 tahun dan denda RM210,000 kerana rasuah

Posted: 17 Dec 2010 09:59 AM PST



Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini, menjatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 terhadap bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie atas tujuh tuduhan rasuah membabitkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September 2007.
Difahamkan Hassan Basri adalah hakim mahkamah syariah pertama di negara ini yang didakwa atas pertuduhan rasuah dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada 20 November tahun sama.
Hakim, Tan Hooi Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassan Basri dan memerintahkan supaya denda dibayar hari ini atau berhadapan tambahan penjara 42 bulan lagi jika beliau gagal melunaskan denda yang ditetapkan.
Bagaimanapun, Tan berkata, hukuman penjara ditangguhkan sehingga selesai rayuan dan jaminan RM5,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan.
Dalam kesemua tuduhan yang dihadapi, Hassan Basri, didakwa meminta dan menerima suapan daripada individu yang sama iaitu Mohamad Imran Abdullah yang bertindak sebagai orang tengah bagi 'menyelesaikan' satu kes melibatkan seorang pengusaha pusat hiburan dan dua kes poligami.
Mengikut tuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta rasuah sebanyak RM3,000 daripada Mohamad Imran sebagai dorongan untuk melepaskan wang ikat jamin kepada seorang pengusaha pusat hiburan, Yoong Hor Kit yang terlibat dengan lima kes jenayah syariah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Restoran Wawa, Tambun pada pukul 8.15 malam, 15 Ogos 2007.
Bagi tuduhan itu, dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan seterusnya, dia didakwa menerima wang tunai sebanyak RM3,000 bagi melepaskan jaminan kepada Hor Kit dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta di Taman DR. Seenivasagam di sini pada 6 September 2007.
Hassan Basri didakwa mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama bagi tuduhan tersebut.
Tuduhan ketiga pula, Hassan Basri didakwa meminta suapan sebanyak RM1,100 sebagai dorongan membantu Mohamad Asri A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.
Seterusnya, Hassan Basri dituduh bersetuju menerima suapan wang tunai sebanyak RM1,100 bagi membenarkan Mohamad Asri berkahwin dengan Nor Farihan.
Beliau juga menghadapi tuduhan kelima kerana didakwa bersetuju menerima suapan wang tunai RM1,100 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd. Jefri Afandi Ahmad bagi membenarkan lelaki itu berkahwin dengan Nur Liza Musa tanpa melalui prosedur.-

Ini Bukan Parlimen Kangaroo Tapi Parlimen Lembu!! Ini Bukan Parlimen Kangaroo Tapi Parlimen Lembu!!

Posted: 17 Dec 2010 09:57 AM PST



Pakatan Rakyat bercadang mengheret Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung tindakannya menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang selama enam bulan daripada menghadiri
persidangan Dewan Rakyat.

NONEAhli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang antara digantung itu berkata keputusan berkenaan berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan.

"Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri…? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.
Terang-terangan

"Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

NONEAnwar pula berkata beliau akan menggunakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan di Pulau Pinang, Ahad ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang.

"Kita saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan Speaker.

"Tidak wajar Speaker yang buat laporan, dia yang siasat dan dia yang hukum. Dia enggan ambil keputusan yang tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada orang nak berucap.

NONE"Jadi sebenarnya saya nampak dia begitu 'bias'. Jadi kita ambil pendirian keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa, memperolokkan proses dan menghina Parlimen," kata Anwar.

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pula berkata, Pandikar harus berundur dari mempengerusikan dewan kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan daripada ahli parlimen lagi.
Terima arahan menteri

Ini tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat keputusan.

NONE"Jelas sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima arahan daripada menteri. Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja menteri kepada Speaker dan di sini jelas menunjukkan Speaker kita bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun peraturan mesyuarat.

"Di sini mengiyakan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah Speaker gagal untuk melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini kerana arahan yang diterima daripada BN," katanya yang juga timbalan presiden PAS.

NONESehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh)
daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.

Kes krisis Perlembagaan Perak dan kes Gobind Deo telah buktikan yang Speaker boleh dicabar di Mahkamah Kes krisis Perlembagaan Perak dan kes Gobind Deo telah buktikan yang Speaker boleh dicabar di Mahkamah

Posted: 17 Dec 2010 09:55 AM PST



Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya.

NONEMenurutnya, mereka akan mengemukakan saman "secepat mungkin" sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Dalam kes (ahli parlimen Puchong) Gobind Singh Deo, kita telah heret speaker ke mahkamah dan kita menang," kata Karpal yang merujuk hukuman gantung enam bulan tanpa gaji di mana mahkamah memutuskan penahanan gaji ahli parlimen itu tidak sah.

"Dalam kes krisis perlembagaan Perak, ia menujukkan bahawa sidang dewan undangan negeri boleh dipersoalkan.
Perlembagaan paling tinggi

"Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami adalah serius," katanya pada sidang media Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

NONE"Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

"Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan," kata Karpal.

Mohd Nazri pada sidang medianya semalam, melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

"Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.
Tiada kelas

"Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa.

NONE"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Karpal, yang juga seorang peguam membidas menteri yang bertanggung jawab mengenai hal undang-undang negara itu.

"Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas," katanya sambil disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen pakatan lain yang turut hadir.

Bagaimanapun, Karpal bersetuju dengan Nazri, di sebalik penggantungan itu, BN masih tidak mempunyai majoriti dua pertiga - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempdanan semula kawasan pilihan raya.

"Mengikut peraturan dewan, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 ahli parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu.

"Angka itu tetap tidak berubah kecuali mereka memberi tafsiran sendiri mengenai peraturan itu," kata Karpal.

Pandikar jangan bersembunyi disebalik kerusi Speaker, kata Aliran

Posted: 17 Dec 2010 07:43 AM PST

PANDIKAR AMIN MULIA Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mempertikaikan kredibiliti Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang Speaker Dewan Rakyat apabila gagal menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Presidennya, P Ramakrishnan berkata, kegagalan Pandikar melakukan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu sekaligus membuktikan prinsip keadilan dan hak asasi seseorang ahli Parlimen turut diketepikan.

Merujuk kepada penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), (PKR-Gombak) Azmin Ali, dan (PKR-Subang) R Sivarasa selama enam bulan daripada tugas, Aliran berkata situasi itu hanya menyebabkan sistem doktrin pengasingan kuasa di negara ini hanya menjadi satu bahan cemuhan.
"Pengerusi jawatankuasa ini adalah Speaker Parlimen. Mengikut rekod hansard, Speaker memberi jaminan kepada Anwar beliau akan diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
"Namun sebagai pengerusi mesyuarat, beliau tidak mengotakan janjinya dan tidak membenarkan Anwar membuat sebarang penjelasan malah tidak membenarkan Anwar melantik peguam bagi mempertahankan dirinya.
"Beliau tidak boleh mendakwa ada satu usul daripada ahli jawatankuasa mengatakan tidak perlu mendengar penjelasan Anwar… dan kemudian memasukkanya sebagai undi walaupun beliau tidak boleh mengundi dalam jawatankuasa itu, tidak ada merit dalam kenyataannya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramakrishnan berkata, Pandikar sepatutnya mempunyai kuasa mengarahkan jawatankuasa memerhatikan prinsip keadilan, namun beliau mencemarkan tugasnya dengan membenarkan dirinya bertindak sesuka hati.
Ini kerana menurut beliau, Pandikar sepatutnya boleh menggunakan kuasa budi bicaranya sebagai Speaker untuk membuat sebarang keputusan walaupun beliau tidak boleh mengundi.
"Bukankah beliau juga mempunyai beberapa kuasa tertentu sebagai pengerusi bagi memastikan jawatankuasa dikendalikan dengan adil secara akar umbi?
"Pandikar merupakan pengerusi dewan semasa usul dikemukakan untuk menggantung Anwar daripada tugasnya sebagai ahli parlimen selama enam bulan.
"Bagaimana beliau boleh bersikap neutral dalam isu ini semasa beliau mempengerusikannya sebagai sepaker? Jadi bermakna dakwaan Karpal itu betul bahawa beliau kehilangan kuasa moral dalam mempengerusikan Dewan," katanya.
Begitu juga dengan nasib Karpal, Azmin, dan Sivarasa apabila Ramakrishnan mempersoalkan mengenai keputusan yang dikenakan terhadap mereka tanpa sebarang notis tunjuk sebab dikemukakan dan diberi peluang untuk membela diri.
Melihat kepada keadaan ini, beliau berkata undian yang didalangi majoriti ahli parlimen Barisan Nasional jelas membuktikan BN kini terdesak mahu mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum  satu jumlah yang gagal dicapai oleh mereka semasa PRU 2008.
"Apa yang berlaku di Perak kini berlaku dalam Dewan Rakyat. Peristiwa semalam melihat kepada sistem demokrasi negara menjadi sebaliknya.
"Corakmya sama, caranya licik. Tindakan ini jelas menunjukkan satu cubaan untuk memperolehi kerus majoriti dua pertiga yang gagal diperoleh BN semasa pilihan raya umum 2008," katanya.

Jangan Berpihak Kepada Sesiapa- Speaker Kedah

Posted: 17 Dec 2010 07:41 AM PST

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah(DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail percaya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang Speaker adalah berat.

Namun, sikap utama yang harus ada pada pemegang amanah itu ialah kesabaran yang tinggi dan tidak berpihak kepada sesiapa.

"Kalau sikap kita sebagai Speaker dipertikai, sikap kita dipandang serong, maka sukarlah untuk kita untuk mengendalikan persidangan-persidangan dalam suasana yang baik," ujar Isa, mengulas persidangan Dewan Rakyat yang berantakan semalam.

Dewan menjadi kecoh apabila Speaker Dewan Rakyat enggan menarik diri dari mempengerusikan Dewan kerana dikatakan tidak adil apabila Speaker juga terlibat dalam Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa keperluan membela diri dalam isu Apco.

Akibat itu Speaker meluluskan usul menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut Isa, Dewan Rakyat dan DUN merupakan tempat amalan demokrasi disuburkan.

Justeru penting untuk nakhodanya bersikap sabar dalam mengemudi bahtera agar selamat tiba ke destinasi yang dituju.

"Speaker haruslah lebih bersikap sabar. Itu yang pertama. Dan yang kedua, dia perlu dilihat tidak memihak kepada mana-mana," jelas Isa.

Menurut Isa lagi, amalan demokrasi di Parlimen kelihatan dipinggirkan apabila usul untuk menggantung tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat itu dibawa tanpa sebarang notis.

Ia sekaligus katanya, mencalarkan imej institusi yang sewajarnya mengaplikasikan prinsip keadilan asasi apabila mereka yang diusul untuk digantung, berhak membela diri.

"Setiap usul mesti ada tempoh kecuali usul tergempar itu hanya perlu diberitahu kepada Speaker sebelum mula dewan.

"Saya nampak dalam banyak hal, kadang-kadang kita dapat melihat Speaker tidak menunjukkan kesabaran yang tinggi.

"Sebaik-baiknya benda (usul) itu eloklah dibahaskan. Apa salahnya. Lebih-lebih lagi kalau usul yang dibawa itu usul-usul yang menyentuh perkara hak asasi dan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan dan hal-hal yang menyentuh tentang prinsip demokrasi. Jadi saya rasa eloklah dibahaskan," jelas Isa lagi.

Semalam menyaksikan sejarah baru dalam pentadbiran negara dicatatkan apabila empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Paling tragis, keempat-empat mereka tidak diberikan hak dan ruang untuk membela diri dan Speaker yang mengendalikan persidangan menyalahgunakan kuasa apabila meluluskan usul penggantungan tanpa dibahaskan.

Azmin: Saya tak dedahkan kandungan surat Apco

Posted: 17 Dec 2010 07:40 AM PST

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali berkata penggantungan beliau serta tiga lagi ahli Dewan Rakyat termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang tidak berasaskan prosedur.

Azmin berkata perkara itu dilihat melalui alasan yang dikemukakan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam usul untuk menggantung beliau selama enam bulan daripada sidang parlimen.
NONEAlasan tersebut adalah berhubung pendedahan kandungan sepucuk surat oleh firma perhubungan awam Apco Worldwide yang didakwa dilakukan oleh Azmin.

Azmin didakwa berbuat demikian melalui pemberitahuan bersuratnya bertarikh 6 Disember kepada speaker Dewan bagi mengemukakan satu usul untuk membincangkan satu perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Mesyuarat 3 Disember itu telah memutuskan untuk menghalang Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut bagi mempertahankan dirinya berhubung satu siasatan oleh jawatankuasa berkenaan.

Azmin bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah mendedahkan kandungan surat daripada Apco Worldwide yang dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Malah, beliau juga tidak menimbulkan kandungan surat berkenaan dalam perbahasannya di dalam Dewan, kata Azmin lagi dalam satu kenyataan hari ini.

NONE"Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Datuk Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat Apco tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

"Justeru, saya dan rakan-rakan di dalam PKR dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan," katanya lagi.

Kandungan surat daripada Apco Worldwide itu menjadi perhatian dalam persidangan parlimen susulan daripada tindakan Anwar membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Tindakan itu menyebabkan Anwar diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen yang memutuskan untuk menggantung ahli parlimen Permatang Pauh itu daripada persidangan selama enam bulan.

Selain Azmin dan Anwar, turut digantung ialah ahli parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh dan ahli parlimen PKR Subang R Sivarasa rentetan daripada insiden yang sama.

Anwar Kemuka Bukti Syarikat Zionis Apco Penasihat Perdana Menteri

Posted: 17 Dec 2010 07:39 AM PST


Sehari selepas digantung dari Parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang cuba ditutup oleh Perdana Menteri Najib Razak mengenai hubung kait Umno-Barisan Nasional, syarikat pro-Zionis Apco Worldwide dan gagasan 1Malaysia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu Apco yang mengakibatkan beliau dan tiga lagi ahli Parlimen digantung tanpa diberi peluang membela diri.

Anwar berkata hakikat Apco beroperasi di bawah nama Myteam sejurus untuk menasihati Najib tidak pernah disangkal oleh Perdana Menteri.
"Operasi mereka sebelum itu adalah (di bawah nama) Myteam. (Portal berita) Malaysian Insider memberi  keterangan jelas wakil bahawa Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen (yang mengaitkan) kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian( dengan syarikat Yahudi)," kata Anwar.

"Saya ulangi,  12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM)," kata Anwar.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa, dan Pengerusi DAP Karpal Singh.
Anwar menegaskan penggantungan ketiga-tiga rakannya itu amat tidak adil .  Contohnya Azmin dihukum hanya kerana menyentuh mengenai surat dari Apco yang digunakan sebagai asas untuk menghukum Anwar.
" Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," tegas Anwar Anwar.

Ketuanan APCO : SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL ......

Posted: 17 Dec 2010 07:38 AM PST

ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Ketuanan SYABAS : Menteri minta Selangor jangan saman Syabas....agenda BN lindungi SYABAS...!!! ade ape-ape ke...

Posted: 17 Dec 2010 07:36 AM PST

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air di negeri itu untuk mengambil sikap bertolak ansur sebagai pendekatan akhir untuk menyelesaikan masalah sekarang.

NONEJika kerajaan Selangor mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ia akan menggangu usaha rundingan terus untuk mengambil alih aset di negara itu daripada peserta, katanya.

"Pandangan saya ialah jika ada peluang untuk menyelesaikan isu itu secara baik, kita harus menggunakan peluang itu.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita juga perlu ingat ini bukan satu kes yang mudah kerana ia melibatkan hak kontrak dan perbezaan dalam apa yang dianggap pendekatan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut mengambil tindakan mahkamah terhadap Syabas apabila ia telah diberi kebenaran oleh kerajaan persekutuan untuk membincangkan kemungkinan membeli empat peserta industri air di Selangor.

Mereka adalah Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

"Apabila anda ke mahkamah, kedudukan menjadi terikat. Anda mahu mahkamah membuat keputusan apabila Selangor dan Syabas sebenarnya patut mencari penyelesaian menang-menang.

"Penyelesaian menang-menang boleh didapati jika kita tidak membuat pendekatan keras," kata Chin.

Pada Rabulalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang menunggu masa yang sesuai untuk membawa Syabas ke mahkamah untuk memastikan lesen pengagihan airnya ditarik balik.

Beliau mendakwa program Tabung Budi Syabas adalah bertentangan dengan perjanjian konsesi air.

Umno Sabah GOYAH: Pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani sertai PKR

Posted: 17 Dec 2010 07:35 AM PST



Pengasas Umno Sabah, Karim Ghani sertai PKR
Bekas pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai PKR.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang sebelum ini pernah bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (Usno).

"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Menurutnya, beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin cabang di Sabah.


(Berita mengenai pengasas Umno Sabah mendapat reaksi hangat media2 di sana...kalaulah pengasas Umno Sabah pun tak yakin dan keluar parti...)
Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim.

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," perlinya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS). - MK

Gambar terbaru Lim Guan Eng yang bikin jumudian Umno sakit hati..

Posted: 17 Dec 2010 07:34 AM PST




Bagi penyokong fanatik ketuanan Melayu Umno, apa sahaja yg dilakukan oleh musuh mereka, terutamanya DAP adalah salah dan mesti ditentang...

Jika ianya sesuatu yg dilihat buruk, maka dihemburkan kata2 nista dan sumpah seranah..jika ianya sesuatu yg baik, maka dituduhnya pula hanya lakonan dan sandiwara untuk memancing hati rakyat...

Semuanya salah dan tak kena..nasiblah menjadi penyokong fanatik a.k.a jumudian Umno...fikir2kan..;)

Gambar TERBARU Rosmah Mansor kesayangan anda...

Posted: 17 Dec 2010 07:33 AM PST


Seperti biasa, penulis akan update gambar2 terbaru Isteri Perdana Menteri kita yang kita 'sayangi'...bersesuaian dengan gelaran 'first Lady' Malaysia..(bukan 'Lady Gaga')..

Gambar di atas adalah gambar ketika mana RM (Rosmah Mansor) menyampaikan anugerah 'Tokoh Buku Negara 2010' kepada Datuk Seri Rais Yatim pada malam Jumaat yg lalu (16 Disember)...tiada bezanya dengan gambar2 terdahulu...rambut stay cool..

Gambar di bawah pula gambar RM ketika melancarkan minyak wangi Melaka jenama "Sutra" di Melaka, 15 Disember lalu...tak diketahui punca dan alasan kenapa kerajaan negeri Melaka dibawah Ali Rustam melantik RM untuk merasmi dan melancarkan minyak wangi Melaka ini...

Apapun, lagak RM ternyata terserlah pada majlis berkenaan mengalahkan PM (Perdana Menteri) sendiri...

Pada hari yang sama juga, RM telah menerima anugerah darjah tertinggi utama negari Melaka iaitu Datuk Seri Utama oleh negeri Melaka..fuh, dahsyat RM kita ini..mungkin korang boleh baca ulasan 'beritasemasa.com' ttg anugerah ini...fikir2kan...;)



















Artikel berkaitan:
-
Koleksi artikel/isu bergambar berkaitan Rosmah Mansor

Bapa borik anak rintik: Contoh keluarga pemimpin 'ketuanan Melayu' Umno...

Posted: 17 Dec 2010 07:29 AM PST




Oleh: Pria Malaya

Gambar2 ini dirakam ketika sambutan ulang Tahun yg ke-22 Dafi, anak menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob..

Mengikut peminat Dafi, gaya yg ditonjolkan Dafi pada majlis hari jadinya Selalu lalu adalah mirip penyanyi gay Barat, Adam Lambert..mungkin ini natijah dari konsert Adam Lambert yg dibenarkan ke Malaysia Oktober lalu..(klik utk rujuk)..

Mungkin bagi sesetengah penyokong ketuanan Melayu Umno, tiada apa2 kesalahan gambar2 ini..tidak salah menyambut hari kelahiran dengan cara sebegini, bercampur perempuan lelaki, mendedahkan aurat dan berpakaian seksi..

Yang penting, KETUANAN MELAYU terjaga..itu yg mesti dijaga dan dipertahankan...yg lain, tak penting..

Akhir kalam...hidup ketuanan Melayu!!!!..fikir2kan...wallahua'lam...
















Persiapan menyambut kedatangan YB hj mat sabu dgn VS kumar 16/12

Posted: 17 Dec 2010 07:15 AM PST










MP Pendang

Posted: 17 Dec 2010 01:08 PM PST

MP Pendang


Sejarah hitam demokrasi Malaysia!

Posted: 16 Dec 2010 03:41 PM PST

Semalam 16 Disember 2010, hari teakhir parlimen Malaysia untuk tahun 2010 bagi dewan rakyat , menggambarkan suasana yang hitam bagi kewujudan demokrasi Malaysia.
Penggantungan 4 orang ahli parlimen PKR dan DAP kerana dikatakan melanggar peraturan mesyuarat telah menjadi senjata ampuh untuk BN mambadai rakyat pada ketika BN mendapat majority mudah . Memang dunia sentiasa memerhati suasana politik menghalalkan cara dibawah pimpinan DS Najib dan Muhyiddin Yasin sekarang ini.
Apa yang berlaku termaktub dalam sejarah Malaysia dan dunia sejak semalam bahawa apa saja yang hendak dilakukan oleh mereka mesti diabsahkan hattan didalam dewan sekalipun, keampuhan peraturan mesyuarat digunakan untuk menghalalkan cara bahkan kalaupun prinsip keadilan itu sendiri sudah tergugat.
Memang itulah nasib sebagai pembangkan di Malaysia ini, kalau didalam mahkamah segala keterangan dan dokumen untuk perbicaraan dalam kes liwat dinafikan, minta laporan polis dinafikan, minta laporan perubatan dinafikan, minta tukar hakim dinafikan dan bernagai penafian lagi, maka didalam parlimen juga memang itulah yang berlaku dimana tuduhan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tetapi yang kena tuduh dinafikan daripada membela diri dihadapan jawatankuasa, bahkan apa yang diberitahu "keputusan saya muktamad". full stop, khalas, no more issue.
Atas sebab itulah maka sepanjang pagi semalam, kami semua bertekak dengan Tuan YDP pasal prinsip asas keadilan dimana seseorang itu' innocent until proven guilty'.
Dengan tergantungnya 4 orang tersebut, setelah berlakunya lompatan 5 orang PKR keluar dan adanya tiga ahli bebas yang tak tentu kemana mereka ini, maka pihak pembangkang sekarang sudah kekurangan majority dan ini antara perkara yang mungkin direncanakan oleh mereka untuk mendapat mandat 2/3 pada sesi perbahsasan bulan 3 dan 6 nanti, ditambah dengan adanya komponen ke14 BN ( SPR) yang mungkin akan merancang satu persempadanan semula kawasan parlimen , atau apa-apa RUU yang melibatkan perlembagaan Malaysia yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli parlimen, sapa tahu. Bahkan bila kita tijau kembali apa yang disebut oleh PM DS Najib dalam satu program yang ucapan tersebut disiar didalam akhbar tempatan, bukan akhbar nyamuk , beremang bulu roma kita mendengarnya , apa yang akan terjadi kepada negara dimasa hadapan" if BN cannot win, no one can win". apakah makna disebalik yang tersurat tersebut, apa yang tersirat dan berselirat didalam hati PM kita ini, sama sama kita renungkan, kejadian didalam parlimen semalam mungkin ada gambaran apa yang bakal berlaku apa yang disebut PM itu.
Sebab itulah sejak 2-3 minggu ini, heboh pasal WikiLeaks dan SAingapura sampai bekas PM yang mulut becok dan tak sedar bahawa dia sudah bukan jadi PM itu pun tumpang sekaki masuk campur dalam hal ini, terus terusan mengeluarkan pendapat dan pandangan berat sebelah pasal Wikileaks punya hebahan ini, yang peliknya bila sebut kes Ketua Pembangkan dan kes yang sedang dalam perbicaraan dimahkamah, heboh seantario , tetapi Wikileaks juga ada sebut pasal PM kita, hal tak imcompetent dan hal wanita negara Monggolia, juga ada dalam hebahan tersebut, kenapa akhbar perdana yang dah nak bangkrap tu tak pula nak hebohkan sama, barulah boleh dipercayai berita depa, tetapi memanglah kalau dah orang tak nak percaya lagi berita depa, maka macamtulah depa siarkan berita tu, menunggu masa nak fulung , macam akhbar sahabat saya dari Pantai Timur tu la.... dah nak gulung walau baru 11 keluaran.

Bila nak bangun ni warga Felda?

Posted: 16 Dec 2010 03:39 PM PST

ANAK tanya NAJIB - Siapa pengkhianat sebenarnya..???



PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA

oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba' 6.25%? Apakah hukumnya riba' itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 17 Dec 2010 11:44 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Himpunan Perdana Peneroka SAMAN FELDA Peringkat Kebangsaan

Posted: 16 Dec 2010 04:10 PM PST

Program : Himpunan Perdana Peneroka SAMAN FELDA Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 17 Disenber 2010
Tempat : Markaz Tarbiyyah Darul Ikhwan Mengkarak, Bera, Pahang.
Aturcara:

6.00 - 7.00 : Jamuan Rakyat
7.00 - 9 00 : Munajat Perdana
9.00 - 12.00: Ceramah dan Pelancaran Saman

(Klik imej)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Pas CawanganSurada

Posted: 17 Dec 2010 11:15 AM PST

Pas CawanganSurada


Penggantungan Anwar Dari Parlimen Satu Tragedi Demokrasi

Posted: 16 Dec 2010 07:40 PM PST

ansarullah

Posted: 17 Dec 2010 11:02 AM PST

ansarullah


Pertama Kali!!!!!!!

Posted: 17 Dec 2010 08:16 AM PST

106 pelajar sertai majlis khatam al-Quran
KUANTAN 16 Dis. - Seramai 106 pelajar dari 53 Sekolah Agama Rakyat (SAR) daerah ini menyertai Majlis Khatam al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kertas Kafa (UPKK) Peringkat Daerah Kuantan 2010, baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan SAR Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Abdul Ghani Sidek berkata, program itu pertama kali dianjurkan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dan Persatuan Guru-Guru KAFA.

Menurutnya, program itu mendapat kerjasama ramai pihak seperti Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP).

"Walaupun pertama kali dianjurkan tetapi sambutan yang diterima amat baik yang mana 53 daripada 80 sekolah SAR di daerah ini menyertainya," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Abdul Ghani berkata, ibu bapa mengamanahkan kepada guru SAR untuk memastikan anak mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun khatam al-Quran atau sekurang-kurangnya boleh membacanya dengan baik.

(Baca di sini)

P/S:-Inilah dia satu kejayaan kepada Kerajaan Negeri Pahang,diketuai oleh UMNO dan BN. Setelah lebih kurang 57 tahun merdeka akhirnya mereka berjaya melaksanakan Program seumpama ini buat PERTAMA KALINYA.

Tahniah UMNO kerana berjaya buat PERTAMA KALINYA melaksanakan ALIFnya(dari ALIF,BA,TA) iaitu AGAMA.Tahniah sekali lagi!

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 17 Dec 2010 09:02 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Islam

Posted: 16 Dec 2010 10:00 PM PST


Makna Islam
Islam iaitu menyerahkan diri kepada Allah Swt atau mendapatkan keselamatan dari Allah Swt.

Rukun Islam
Rukun Islam bererti bahagian-bahagian daripada suatu kebenaran Islam. Pelaksanaan rukun Islam merupakan suatu pelaksanaan ibadah yang menghubungkan seorang Muslim dengan Allah Swt (Ibadah Mahdah).

(1) Mengucapkan dua kalimat syahadat
• Syahadat Ilahiah (al-Ikhlas: 1-4)
• Syahadat Kerasulan (al-Fath: 29)

(2) Menegakkan solat 5 waktu, iaitu Subuh, Zuhur atau Jumaat, Asar, Maghrib dan Isya' (al-Baqarah: 43). Hikmahnya adalah :
• Memberikan ketenangan batin (ar-Ra'd: 28).
• Adanya pembentukan keperibadian.
• Membentengi dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar (al-Ankabut:45).
• Mengurangi dan menghilangkan kesusahan dan kegelisahan (al-Ma'arij:19-22).

(3) Mengeluarkan zakat (al-Baqarah: 43, 267), iaitu pemberian yang wajib diberikan oleh muzakki (orang yang sudah diberi beban mengeluarkan zakat) dari harta tertentu menurut sifat-sifat dan ukuran tertentu, kepada golongan tertentu atau mustahiq (fakir, miskin, 'amil, muallaf, gharim, dan ibnu sabil (at-Taubah: 60). Adapun hikmahnya adalah :
• Sebagai saranan pembelajaran memelihara hati (at-Taubah: 103).
• Untuk pemerataan pendapatan (al-Ma'arij: 24-25).
• Harta yang dizakati akan tumbuh, berkembang, dan berkah (al-Baqarah: 22).
• Menumbuhkan rasa solidariti antara sesama manusia (al-Maidah: 2).

(4) Melaksanakan Puasa Ramadhan. Puasa bererti menahan diri dari segala sesuatu perbuatan yang diinginkan. Sedangkan yang dimaksud puasa Ramadhan adalah menahan diri dari makan, minum, dan berhubungan suami-isteri yang dimulai terbit fajar sampai dengan terbenamnya matahari dengan niat menjalankan perintah Allah Swt. dengan beberapa syarat, didalam bulan Ramadhan. Adapun hikmahnya adalah :
• Sebagai pembelajaran membentuk hati, iaitu belajar mengendalikan keinginan yang dilarang dan dihalalkan Allah Swt. (al-Fajr: 27-30).
• Sebagai saranan belajar untuk berhemat, tidak tamak dan rakus, serta hal-hal yang membazir atau kurang memberikan manfaat (al-Isra': 26-27).
• Memelihara kesihatan.
• Memperkuat rasa keimanan.
• Menghapus dosa-dosa.

(5) Menunaikan ibadah Haji bagi yang mampu. Ibadah Haji mengandung erti menyengaja berkunjung ke rumah Allah Swt. (baitullah) untuk melakukan beberapa amal ibadah dengan syarat-syarat tertentu (al-Imran: 97).

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan

i n t a n h i j a u

Posted: 17 Dec 2010 07:33 AM PST

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG DI BAGAN LALANG / ادون چڠکت جوڠ د باݢن لالڠ

Posted: 17 Dec 2010 06:53 AM PST


TELUK INTAN, 17 Disember - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin meluangkan masa untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Bagan Lalang. Selepas solat Jumaat, beliau sempat beramah-mesra dengan para jemaah yang sedang asyik menikmati bubur asyura. Rombongan ziarah turut disertai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan serta pimpinan PAS Cawangan Sungai Samak.


Beramah mesra para jemaah di Masjid Bagan Lalang.

Kemudian, YB Anuar Sudin telah dibawa menziarahi rumah Tuan Haji Kasnan, bekas Ketua Kampung Bagan Lalang (semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak). Tujuan ziarah adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama Islam. Begitu banyak perkara yang telah dibincangkan antaranya berkisar perkembangan kampong, masjid dan sebagainya.

Bersama bekas Ketua Kampung PR Bagan Lalang (dua dari kiri)


Bergambar di rumah Pak Abu, Bagan Lalang.

Kemudian, ADUN Changkat Jong dibawa menziarahi ke rumah Pak Abu, salah seorang penduduk di Kampung Bagan Lalang. Kehadiran YB Anuar telah disambut baik oleh pihak tuan rumah.

Sesungguhnya kehadiran YB Anuar ke Bagan Lalang dalam suasana yang tidak formal begitu disenangi oleh penduduk kampong. Tiada protokol yang perlu diikuti. Malah satu ketika, YB Anuar dengan senang hati menanda tangani surat dan borang sokongan seorang penduduk kampung dengan beralaskan bahagian belakang kereta sahaja.

Sikap beliau yang begitu mesra rakyat menyebabkan beliau amat dihormati oleh setiap rakyat yang ditemui.

Pejabat YB ada di mana-mana walau di bonet kereta.

intanhijau.blogspot.com

AL FATIHAH -- ADUN TENANG MENINGGGAL DUNIA / الفاتحة -- ادون تنڠ منيڠݢݢل دنيا

Posted: 16 Dec 2010 03:11 PM PST


ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha (gambar) meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur malam tadi .

Kelmarin berita menyiarkan dia terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

DUN Tenang adalah kerusi yang terletak di kawasan parlimen Labis Johor.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Dec 2010 03:24 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


AWAS anda mungkin kehilangan Undi dalam PRU 13 nanti

Posted: 16 Dec 2010 06:09 AM PST

Media arus perdana melaporkan kenyataan DS Najib bahawa Barisan Nasional berkuasa bukan kerana penipuan - ' kita tidak tipu dalam pilihan raya'. Najib dan kuncu-kuncunya mendapat kuasa kerana dipilih oleh rakyat. Ini satu pembohongan besar dari Najib

Najib sendiri sedar dalam tahun 1999 dia hanya dimenangkan dengan 242 undi. Ini pun bukan undi terbuka. Undi yang menyelamatkan Najib ialah undi 'askar' atau undi pos.

Cara membaca Media Arus Perdana diMalaysia amat senang. Apa yang dikatakan oleh menteri harus dibaca sebaliknya. Contohnya, jika menteri berkata Malaysia TIDAK ADA RASUAH maka bermakna di Malaysia ada rasuah. Jika menteri berkata semua rakyat sokong kerajaan bermakna ada rakyat yang TIDAK sokong kerajaan.

Umum telah lama mengetahui bahawa pilihan raya yang telah dijalankan dalam negara kita ini bukan satu pilihan raya yang bebas dan telus. Dari masa ke masa orang ramai makin sedar bahawa ada penipuan yang licik telah dan sedang dijalankan dalam proses pilihan raya. Cerita dan surah pilihan raya tipu ini telah menjadi lagenda rakyat.

Apa yang menghairankan DI MANA PENIPUAN ITU DIJALANKAN?

Penipuan utama dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Cukup senang tak payah bersuluh untuk memahami bahawa SPR ini tidak boleh dipercayai. Sesiapa yang percaya kepada SPR samalah seperti percaya bahawa Lingam adalah peguam yang jujur

Setiap sepuluh tahun akan diadakan persempadanan semula. Ini jerat pertama. Penyokong Pakatan Rakyat akan 'dipindahkan'. Pemindahan ini cukup licik. Bukan nama mereka dialihkan tetapi kawasan mereka dimasukkan ke satu kawasan lain. Kawasan mereka akan dimasukkan ke kawasan yang majoritinya menyokong parti lawan. Dengan cara ini jumlah mereka akan menjadi longgar. Ini terjadi kepada kawasan Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Hasilnya kedua-dua ahli parlimen ini hilang kerusi pada tahun 2004. Kini menjelang PRU 13, Majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat mesti diperolehi dalam cara apa sekali pun. supaya mereka bebas mengubal undang-undang bagi kebaikan mereka. Penggantungan satu persatu MP Pakatan Rakyat semacam sudah disusun dalam SOP, dan kini peringkat perlaksanaan sahaja.

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Cara kedua ialah pemindahan lokasi mengundi. Anda tentu masih ingat bagaimana dalam PRK Hulu Selangor tempuhari pemindahan ini membabitkan lebih 13,000 pengundi.

Pada ketika itu PKR mendakwa SPR mengubah pusat pengundian yang dikhuatiri akan menjejaskan 13,488 pengundi di bahagian Hulu Selangor yang dimenangi calon PKR dengan majoriti tipis dua tahun sebelumnya.

PKR percaya tindakan mengubah tempat mengundi bertujuan mencetuskan suasana kelam-kabut pada hari pengundian dan tindakan SPR itu sebagai "tidak bijak dan tidak bertanggungjawab" kerana menyebabkan kekeliruan.

"Sementara itu SPR memberikan kenyataan mengelirukan. Pengerusi memberitahu bahawa 'kami perlu mengubah demi keselesaan pengundi' manakala timbalan pengerusi pula berkata dakwaan saya tidak masuk akal"
.

Dalam semakan daftar pemilih dari daftar pemilih 2008 dan 2010 dan menunjukkan bahawa pusat pengundian yang diubah ini melibatkan lebih 13,000 pengundi.

Sambil menyifatkan perubahan pusat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi didakwa sebagai tidak masuk akal, SPR menafikan pihaknya sengaja memindahkan lokasi pengundian pengundi-pengundi berkenaan.


"Tidak mungkin berlaku. Kalau berlaku pun angka 13,000 adalah sesuatu yang tidak masuk akal," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad mempertahankan bahawa jika pun perubahan itu berlaku ia semestinya melibatkan proses permohonan oleh pengundi-pengundi terbabit.

"SPR ataupun pegawai suruhanjaya dengan sengaja tidak boleh mengubah tempat mengundi seseorang pengundi. Ia mesti berdasarkan permohonan daripada pengundi sendiri, di mana pengundi sendiri kena muncul (hadir di kaunter) untuk membuat permohonan perubahan tempat mengundi," kata beliau lagi.

"Seratus peratus SPR tidak terlibat, pegawai SPR pun tidak boleh sesuka hati memindahkan seseorang
," katanya lagi.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, di DUN Hulu Bernam, ia melibatkan pengundi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernama ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam (35 pengundi), dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah (331), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang ke SRA Kalumpang (235) dan SRA Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam (Ladang Ascot) melibatkan 1,085 pengundi.

Dalam DUN Kuala Kubu Baru pula, pemindahan melibatkan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kuala Kubu Baru ke SMK Dato' Haji Kamaruddin (2,824) dan SRA Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801).

Di DUN Batang Kali pula, dari SK Serendah ke SRJK Cina Serendah (751), SRJK Cina Serendah ke SRA Serendah (1,898), SRJK Cina Serendah ke SK Serendah (906) dan SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,270).

Selain itu, pusat mengundi baru di SRA Taman Bunga Rakyat melibatkan pemindahan dari daerah mengundi Bukit Beruntung ke SRA Taman Bunga Raya (5,501), Taman Bunga Raya ke SRA Taman Bunga Raya (302) dan kawasan sekitar melibatskan 498 pengundi.

Cara ketiga ialah menambah undi pos. Contoh terbaik menjelang PRU 12 berlaku di Dun Belantek, Kedah. Tanpa hujan tanpa kilat tiba-tiba wujud 1,031 undi pos. Undi pos ini telah disediakan oleh SPR. HarakahDaily.Net - SPR gagal jawab isu bawa masuk 1031 undi pos

Tak percaya lagi pilihan raya menipu?

Penggunaan DAKWAT akan digunakan untuk MEMBUNUH pengundi hantu. Ini adalah satu tuntutan lama. Akhirnya menggunaan dakwat yang sangat berkesan ini menjadi cerita dongengan dan akan menjadi sejarah yang tidak menjadi di Malaysia. Mengapa ini berlaku, kerana SPR ini badan yang tugasnya menipu rakyat dalam pilihan raya.

Bersambung akan datang

1. Langkah-langkah serta tindakan yang perlu diambil oleh Pengundi terhadap SPR jika nama anda dipindahkan tanpa permohonan ke daerah mengundi lain semasa semakan dilakukan.

2. AWAS Pengundi Parlimen Kota Raja, anda bakal menerima rakan pengundi baru yang tidak dikenali khususnya di Sri Andalas & Jalan Kebun sebagai satu taktik UBN untuk merampas Selangor. Lakukan semakan daftar pemilih secara teliti dan pastikan setiap pengundi adalah tulin dan bukan yang dipindahkan kekawasan anda. Bertindak Segera, lapurkan kepada UPP JPrK PAS Kawasan Kota Raja ditalian 012-3858801 dan 012-2578204 untuk info dan tindakan.

DPP Padang Besar

Posted: 17 Dec 2010 03:19 AM PST

DPP Padang Besar


Ke garisan, sedia.........

Posted: 16 Dec 2010 09:03 PM PST

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA???
TAPI SEBELUM ITU KLIK DI SINI DULU......

Sidang DUN Perlis

Posted: 16 Dec 2010 09:01 PM PST


Ikuti perkembangan Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 14 hingga 16 Disember 2010. BACA DI SINI..

Blog Dewan Pemuda PAS Johor

Posted: 17 Dec 2010 03:15 AM PST

Blog Dewan Pemuda PAS Johor


Ucapan takziah di atas kematian Datuk Sulaiman bin Taha

Posted: 16 Dec 2010 04:19 PM PST


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepda seluruh keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman bin Taha, Ketua UMNO Bahagian Labis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang yang telah meniggal dunia pada pukul 1 pagi tadi di Hsopital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Pengikut