Rabu, 18 April 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 18 Apr 2012 03:30 PM PDT

PRU13: Selangor tidak bubar Dun serentak jika SPR gagal bersih daftar pemilih

Posted: 18 Apr 2012 04:37 AM PDT

NOOR AZURA SAHRIL

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

Idris Ahmad: Umno Masih 'Gila Talak'

Posted: 18 Apr 2012 04:01 AM PDT


SHAH ALAM: Tindakan  pemimpin Umno yang sengaja menimbulkan semula isu perpaduan antara PAS dan Umno untuk meraih undi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) digambarkan sebagai 'gila talak'.

Kenyataan itu disuarakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Sambil menyifatkan tindakan Umno seperti  'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong', Idris menegaskan pendirian PAS bahawa parti itu tidak sesekali akan berkompromi dengan Umno.

"Takkan kita hendak berpadu dengan parti yang hampir tenggelam? Umno itu diibaratkan seperti kapal bocor, malah barang-barang mereka juga tamat tempoh.

Mereka cuba nak lelong kepada PAS, tetapi kita tidak mahu. Kita sudah ada barang baru," sindir Idris.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan  hari ini mengambil peluang untuk menimbulkan semula isu perpaduan antara PAS dan Umno dalam pertemuan dengan sekumpulan imam dan bilal dari Terengganu.

Dalam kempennya kepada pemimpin masjid berkenaan, Ahmad antara lainnya mendakwa perpaduan itu ditolak kerana majoriti pemimpin PAS didakwa bukan daripada kalangan ulama.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai usaha Umno Terengganu yang giat memperluaskan kempen wacana "PAS: Parti Ajaran Sesat" ke negeri kuat PAS seperti Kedah dan Kelantan, Idris dengan tegas mempersoalkan tindakan tersebut.

Katanya, Umno tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi ia  seolah-olah menggambarkan parti itu semakin terdesak untuk meraih undi rakyat terutama di kawasan kampung.

"Mereka (Umno) ini alignment tak betul, mereka tiada fokus. Umno dah caci maki kita (PAS) sekarang nak ajak kita bersatu. Munasabah ke perkara tu?

Khir Toyo, Najib dan Muhyiddin sendiri mengatakan sokongan kepada Umno datangnya daripada rakyat berusia 50 tahun ke atas. Umno ini lemas dan terdesak," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Umno supaya segera menghentikan segala provokasi yang sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat (PR).

Guan Eng: Akta Mesin Cetak Hanya Untuk Pembangkang?

Posted: 18 Apr 2012 03:55 AM PDT


KUALA LUMPUR :  Kerajaan pusat diminta memansuhkan Seksyen 8A di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana didakwa akta tersebut hanya dikenakan kepada pihak pembangkang dan bukan bagi mewujudkan suasana adil dan kebebasan media di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa seksyen itu disalahgunakan kerajaan pimpinan Umno-BN sebagai senjata politik terhadap pemimpin pembangkang.

"Seksyen 8A ini sepatutnya dimansuhkan kerana ia digunakan sebagai senjata politik oleh kerajaan terhadap pemimpin pembangkang. Ia bagi menimbulkan ketakutan kepada pihak pembangkang untuk menerbit dan menyiarkan berita yang sebenarnya (tidak memihak kepada kerajaan)," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bagan itu menyatakan beliau berkata demikian kerana pernah didapati bersalah dan  dipenjarakan mengikut seksyen tersebut berhubung satu skandal di Melaka suatu ketika dahulu selama 18 bulan berhubung isu tersebut.

Beliau berkata, dalam petikan seksyen itu juga jelas tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar dan menerbitkan berita palsu.

"Jika dalam mana-mana penerbitan ada niat jahat menerbitkan mana-mana berita palsu maka pencetak, penerbit, pengarang dan penulis adalah bersalah. Dengan itu apabila disabitkan bersalah, hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

"Ini bermakna jika anda menulis apa-apa berita palsu, pendakwaraya boleh mengambil tindakan terhadap anda di bawah seksyen ini seterusnya anda boleh dipenjarakan selama tiga tahun," katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan serupa tidak dikenakan terhadap media kawalan Umno-BN yang menyiarkan berita palsu.

Menurutnya, perkara itu pernah berlaku ke atas diri anak lelakinya yang didakwa mencabul seorang pelajar wanita yang disiarkan oleh media kawalan Umno-BN tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.
"Kalau kita ingin bercakap tentang kebebasan media, seksyen itu masih dimansuhkan.

"Perkara ini sudah dibentangkan di Pulau Pinang dan seterusnya di Selangor di mana akta kebebasan maklumat ini sudah diluluskan," katanya.

Barisan Nasional Sudah Bersedia Pilihanraya Umum (PRU Ke 13). Najib Sedang Pilih Tarikh Paling Sesuai?

Posted: 18 Apr 2012 03:50 AM PDT


Jangkaan pemerhati politik sebelum ini mengatakan Pilihanraya Umum (PRU ke 13) bakal diadakan sekitar bulan November 2011, secara tiba-tiba meletusnya isu skandal penyelewengan projek lembu Fidlot NFC sehingga berlarutan 6 bulan lamanya dan menyebabkan "pukulan gendang" untuk melangsungkan Pilihanraya Umum pada tempoh tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan dilihat "tidak selamat" untuk diadakan ketika itu. 
Akhirnya, PRU ke 13 terpaksa ditangguhkan dan selepas itu pemerhati politik menjangkakan kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak bakal mengadakan Pilihanraya Umum (PRU ke 13) dan dirasakan bulan Mac 2011 merupakan tempoh terbaik untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13. Walaubagaimanapun pada masa itu situasi juga dilihat tidak mengizinkan apabila "meletup" pula isu ketidakpuashatian di kalangan kakitangan awam mengenai pelaksanaan SBPA yang dikatakan ramai sebagai agak berat sebelah.

Suka atau tidak, pilihanraya umum (PRU ke 13) kali ini bakal menjadi gelanggang penentuan antara parti politik yang bertanding bagi memenangi undi daripada golongan muda.

  • Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini
  • Jikalau pengundi dewasa lebih dilihat terikat dengan sentimen mengenang jasa dan kepartian, tetapi berbeza pula dilihat kepada sentimen dan pemikiran golongan muda yang dilihat agak berbeza di mana orang muda lebih gemar diberikan kebebasan untuk menentukan sokongan mereka dan memilih parti apa sekalipun asalkan mampu memberikan "pulangan" dan "sinar" kepada mereka untuk tempoh 5 tahun yang akan datang
  • Manakala sokongan pengundi dewasa lebih untuk jangka masa lama, pengundi muda sokongan mereka lebih bersifat jangka pendek di mana mereka menilai dasar parti, sikap pemimpin dan isu semasa.
  • Paling utama apa yang kami perhatikan golongan muda lebih gemar untuk memberikan sokongan berdasarkan kredibiliti calon, mereka sandarkan harapan kepada calon yang boleh beri inspirasi dan menjamin masa depan. Mereka tidak meletakkan sokongan berdasarkan politik kepartian. Sekadar pandangan daripada kami.

Dan kerajaan yang sekarang diwakili parti Barisan Nasional dilihat agak yakin dengan sokongan yang diterima mereka termasuklah daripada dikalangan golongan anak muda.

Ditambah dengan begitu ramai pemimpin atasan daripada kalangan parti kompenen parti Barisan Nasional yang dilihat seringkali turun pandang berjumpa dengan rakyat. Hari demi hari, kelibat pemimpin kerajaan diberikan liputan meluas di media arus perdana samada media elektronik mahupun media cetak.


Jika kalangan di sini sudah biasa dengan corak politik di Malaysia, persoalan membabitkan bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 13 tidak sukar untuk dijawab. Cuma bilakah tarikh yang sebenar-benarnya hanya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengetahuinya…

Baru-baru ini pun mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir  keempat telah melontarkan nasihat dan pandangan supaya Pilihanraya Umum diadakan secepat mungkin. Beliau beranggapan ketika ini merupakan tempoh yang sesuai untuk pihak kerajaan (Barisan Nasional) walaupun sebelum ini beliau pernah mengatakan sebelum ini Barisan Nasional tidak perlu terdesak mengadakan Pilihanraya Umum terlalu cepat.

"Walaupun Tun Mahathir sudah lama bersara, tetapi realitinya suaranya masih kuat dalam Barisan Nasional"

Sifirnya mudah, tarikh pilihanraya Umum (PRU ke 13) di Malaysia dapat dijangka dengan mudah :

"Apabila Barisan Nasional dilihat lebih bersedia, pilihanraya umum semakin hampir. Begitulah sebaliknya…"

P/S : Jika Barisan Nasional dilihat sudah bersedia untuk memenangi hati rakyat dan berkeyakinan untuk mengekalkan pemerintahan mereka dalam tempoh 5 tahun seterusnya, bagaimana pula dengan persediaan pihak Pakatan Rakyat bagi menghadapi pertarungan yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia?

Akta Mesin Cetak: Kuasa menteri digugur

Posted: 18 Apr 2012 03:43 AM PDT

ARHIZA AHMAD

KUALA LUMPUR - Kuasa menteri bagi meluluskan sesuatu permohonan lesen penerbitan akan digugurkan dalam pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, dalam Fasal 2 Rang Undang-undang ia bertujuan memansuhkan kuasa menteri bagi menetapkan sah sesuatu lesen.

Menurutnya, menerusi pindaan Seksyen 3 menteri mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen.

Ini bermakna menteri berkuasa untuk membatalkan atau menggantung pada bila-bila masa sesuatu lesen yang diluluskan bagi tempoh masa yang difikirkan wajar.

Melalui Fasal 5 bagi meminda Subseksyen 13A(1) akan membenarkan permohonon untuk mencabar keputusan menteri menerusi semakan kehakiman.

Malah pemohon juga boleh mendengar keputusan menteri sebelum tindakan membatalkan dan menggantungkan lesen melalui pindaan Seksyen 13B.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan menerusi penggubalan rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Umno sebabkan Unisel belanja RM2.3 juta sebulan untuk pinjaman, bangunan

Posted: 18 Apr 2012 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR : Pentadbiran Umno di Selangor sebelum 2008 menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menjadi beban kewangan buat kerajaan negeri dengan belanja bulanan sebanyak RM2.3 juta.

Ini kerana, Unisel dibina berdasarkan konsep 'Build Operate Transfer' (BOT) dengan kontrak selama 20 tahun menyebabkan ia terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak RM300,000 sebulan.

Malah, Unisel turut membayar sebanyak RM2 juta sebulan untuk satu pinjaman yang dibuat beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 berlangsung.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Affandi Malik dalam kenyataan medianya sebentar tadi.

Affandi (gambar) mendakwa kontrak membina Unisel yang dimeterai sewaktu BN mentadbir Selangor diberi kepada Jana Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga dan kroni Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Malah, bangunan yang dibina juga tidak sempurna mengakibatkan universiti sendiri terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembaikan, katanya.

Bangunan asrama Unisel juga hanya menerima sijil selamat diduduki (CF) selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, katanya.

Beliau yang juga mantan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2008-2009 turut mendedahkan bahawa Unisel membuat pinjaman sebanyak RM150 juta sebelum pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

"Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu. Perjanjian pinjaman dengan bayaran balik bulanan Rm2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor," katanya.

Pendedahan itu dibuat Affandi sebagai respons kepada desakan berterusan sayap Pemuda Umno yang mahu kerajaan Selangor memberikan pendidikan percuma jika Pakatan Rakyat bersungguh mahu menghapuskan pendidikan percuma.

"Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan di zaman pemerintahan UMNO-Barisan Nasional terhadap UNISEL seolah-olah 'melacurkan' institusi pengajian tinggi dan membunuh masa depan anak-anak muda dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan," katanya.

SPR enggan buang 40000 pengundi meragukan

Posted: 18 Apr 2012 12:40 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata SPR enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka.

"SPR enggan membuang kesemua nama meragukan atas alasan peguam mereka menasihatkan sedemikian dan suruhanjaya itu juga memberi alasan tidak dapat mengenal pasti status pengundi-pengundi itu samada sudah meninggal dunia atau masih hidup," katanya kepada KeadilanDaily.

"Saya melihat SPR tidak melakukan apa-apa pembaharuan berhubung desakan rakyat agar melakukan penambahbaikan termasuk tuntutan pembersihan daftar pemilih.

"Sebab itu himpunan Bersih yang dirancang 28 April ini semakin sangat relevan ekoran sikap SPR ini," tegasnya.

Pemandu Zahida Rafik dedah skandal menteri dalam laporan polis

Posted: 18 Apr 2012 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR : Desas-desus mengenai hubungan intim Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dengan Zahida Rafik akhirnya terjawab apabila, pemandu peribadi selebriti itu mendedahkan skandal menteri itu dalam satu laporan polis.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan perkara itu melalui laporan polis pada 13 Mac lalu di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.

Beliau membuat laporan itu terhadap Zahida yang didakwanya membuat laporan palsu kononnya beliau melarikan wang milik Zahida berjumlah RM200,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

"Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Bersih 3.0 serentak di 47 bandar dan 15 negara

Posted: 18 Apr 2012 12:35 AM PDT

Oleh: Mohd Aedi Asri

KUALA LUMPUR: Ahli Jawantakuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di 47 bandar di 15 buah negara, dan bilangan itu terus bertambah.

Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, sejurus usai rapat rakyat '10 Hari Menjelang Bersih 3.0′ semalam.

Katanya lagi, penganjur Bersih 3 di Kuala Lumpur sudah memaklumkan polis akan himpunan itu pada 28 April.

Sementara di Sabah dan Sarawak, pihak polis di sana mengizinkan himpunan berlangsung di kedua-dua tempat itu, kata Maria.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada sidang media sama menyatakan keyakinan perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di seluruh dunia ini akan berjaya menarik lebih daripada 500,000 peserta.

"Ini bukan sekadar gembar-gembur, tapi reaksi masyarakat yang kami terima sebelum ini menjadikan kami berani menyatakan angka ini, dan sudah pasti kita harap lebih lagi," katanya.

Rapat rakyat '10 Hari Menjelang Bersih 3.0′ semalam dianjurkan oleh 39 gerakan gerakan anak muda, yang bergabung untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Ia diadakan untuk mengumpulkan sokongan menjelang perhimpunan itu. Puluhan tokoh Pakatan Rakyat dan NGO memberi ucapan, termasuk Pengerusi Bersih 1.0, Syed Shahir Syed Mahmud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan penulis Hishamuddin Rais.

Pada sidang media sama, Ketua Perhubungan Awam Save Malaysia Stop Lynas, Clement Chin membetulkan tanggapan sesetengah pihak bahawa peserta Himpunan Hijau 3.0 yang diadakan bersama nanti akan mengadakan perarakan.

"Kami berkumpul di perkarangan KLCC dahulu sebelum ke Dataran Merdeka, dan ia bukanlah satu perarakan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan kebenaran polis, beliau mengatakan himpunan hijau diadakan bersama Bersih 3.0, maka tidak perlu untuk mendapat kebenaran berasingan.

Himpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang. Ia diadakan untuk mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membersihkan sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Perkhemahan Protes PTPTN Kurang Sambutan?

Posted: 18 Apr 2012 12:25 AM PDT

MSO

Malam tadi saya mencemar duli pergi ke Dataran Merdeka untuk melihat anak-anak muda berkhemah membantah PTPTN. Masuk malam ini sudah tiga malam mereka berkhemah, makan minum dan tidur di situ. Mereka akan bermukim di situ sampai 28 April.

Syabas diucapkan kepada anak-anak muda yang memberani membela diri dan kebenaran. Walaupun tindakan itu dianggap kebudak-budakan dan setengah aksi agak melampau tetapi ia memberi mesej tersendiri, bahawa mahasiswa bukan golongan yang boleh diperbodohkan.

Dari sisi lain selamanya golongan mahasiswa merupakan golongan pendesak. Status mereka di mata masyarakat sebagai golongan cerdik pandai dari dulu hingga sekarang tidak pernah luput. Cuma sedikit saya ingin katakan, apakah tindakan mereka itu memberi kesan positif kepada apa yang mereka perjuangkan?

Kalau ia tidak memberi apa-apa kesan dan tindakan itu tidak ubah seperti main jual-jual ia akan diketawakan oleh orang ramai? Apa-apa protes seumpama itu dimasa akan datang tidak akan dipedulikan.

Relatifnya sambutan kepada protes itu tidak seberapa. Kalau jumlah atau angka menjadi perbandingannya ia mengecewakan. Tidak sampai 100 orang mahasiswa yang meneruskan protes dengan cara tidur, makan di situ.

Mahasiswa sendiri nampaknya keliru dengan protes cara itu. Malam tadi yang ramai ialah mahasiswa keturunan Cina. Hanya beberapa orang sahaja Melayu dan satu dua India. Angka yang datang menonton dan meninjau malam tadi lebih ramai dari peserta.

Semasa saya singgah di bucu dataran Merdeka kawasan yang ditakluki mereka, turut berada di situ ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir dan Ahli Parlimen Tanah Merah Amran Abdul Gahni. Ketua Penenerangan PKR Badrul Amin dan Ketua PKR Cabang Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga hadir sama.

Mereka datang memberi sokongan kepada mahasiswa dan turut menanda tangan menyatakan sokongan dan memberi kata-kata semangat di atas banting yang disediakan untuk pelawat.

Perkhemahan budak-budak itu aman dan tiada ganggun malam tadi. Di sebrang jalan kira-kira 100 meter tersandar track DBKL dengan beberapa orang petugas memantau dari jauh. Kebetulan malam tadi pemasangan lampur neon sebagai persiapan konsert Di Raja Sabtu ini menjadikan kawasan Dataran Merdeka bersinar banar dan berkilau-kilauan.

Wanita Tersepit, Diheret Monorel

Posted: 18 Apr 2012 12:17 AM PDT

KELAB GREENBOC


Kuala Lumpur – Seorang eksekutif pemasaran cedera di badan, tangan dan patah gigi selepas mendakwa tersepit di pintu monorel dan diseret tujuh meter, di hentian Bukit Bintang, 9 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa dikenali Cui, 24, menggunakan perkhidmatan awam itu untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

Katanya, dia cuba masuk ke dalam monorel dan keluar semula kerana gerabak sesak dengan penumpang.

"Ketika keluar, tangan kiri saya tersepit di pintu monorel. Petugas di situ cuba menolong dengan mengarahkan pemandu menghentikan monorel, tetapi gagal.

"Saya kemudiannya jatuh di landasan dan cedera di beberapa bahagian badan dan patah tiga batang gigi," katanya di Bangunan MCA Jalan Ampang di sini, semalam.

Menurutnya, dia dibantu kakitangan syarikat tersebut dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

"Saya dirawat sebagai pesakit luar dan jumlah bayaran rawatan sebanyak RM1,000. Rawatan gigi tidak dilakukan kerana kos perbelanjaan yang tinggi mencecah RM4,700," katanya.

Cui berkata, dia menerima surat dari syarikat pengangkutan itu pada 10 Februari lalu yang memintanya menuntut ganti rugi sebagai kos rawatan.

Menurutnya, pada 20 Mac lalu, dia membalas surat tersebut, tetapi tiada maklum balas diterimanya sehingga hari ini.

Katanya, dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat tersebut tidak memberi maklum balas dalam tempoh seminggu dan mendakwa syarikat itu cuai sehingga menyebabkan dia cedera.
Cui juga membuat laporan polis di Balai Polis Kajang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya akan meneliti aduan tersebut dan sekiranya tiada maklum balas, peguamnya akan mengambil tindakan selanjutnya. -SH

PAS Mahu Umno/BN Bayar Semula Duit Rakyat Yang Hilang

Posted: 18 Apr 2012 12:10 AM PDT

EDITOR BULETINDewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) kecewa dengan kenyataan  Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap himpunan Mahasiswa mendesak memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur supaya memulangkan semula pinjaman tersebut.

Kenyataan tersebut seolah-olah Menteri Pengajian Tinggi masih belum memahami kehendak mahasiswa tersebut. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin perlu turun bertemu dengan mahasiswa yang juga rakyat Malaysia serta mendengar penjelasan serta pandangan mereka mengenai bebanan pinjaman PTPTN yang terpaksa mereka tanggung selama ini.

Khaled Nordin menyatakan "Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan" seperti mana yang di siarkan dalam Malaysiakini. DPPWP juga mahu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjadi lebih berani dengan turun bertemu dengan mahasiswa bukan hanya menghantar wakil seperti mana yang berlaku sebelum daripada ini.

MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula? Sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009.

Banyak lagi penyelewengan demi penyelewengan yang boleh kita kemukakan. Jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 dan memerintah Putrajaya. Kita akan meminta UMNO BN bayar semula duit Negara yang hilang, duit-duit untuk kroni, kita akan tuntut ganti rugi kepada UMNO BN satu hari nanti. Rakyat tidak akan biar mereka terlepas.

Jika ketirisan wang Negara dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Justeru, tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.
 
** kenytaan Media Kamaruzaman Mohamad Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

PAS Cadang Naikkan Subsidi Harga Padi

Posted: 18 Apr 2012 12:06 AM PDT

Wartawan Buletin

SETIU - PAS mencadangkan agar subsidi harga padi petani dinaikan setelah 22 tahun tidak pernah dikaji semula jika kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah berkata pihaknya telah berbincang serta bersetuju menaikan subsidi harga padi.

Katanya, subsidi harga padi telah lama tidak dikaji semula dan kenaikan sebanyak 50 peratus dicadangkan kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya, cadangan tersebut telah dibawa berbincang serta bersetuju dimasukkan dalam manifesto pilihan raya akan datang.

"Kita (PAS) telah berbincang dan bersetuju untuk mencadangkan dimasukkan dalam manifesto bahawa skim subsidi harga padi ini dinaikan sebanyak 50 peratus.

"Kenaikan (subsidi) ini pun beban kerajaan yang ditanggung itu tidaklah sebesar mana setelah 22 tahun tidak pernah dikaji dan kali terakhir itu ketika Dato' Seri Anwar menjadi Menteri Pertanian.

"Kita anggarkan bebanan tanggungang kerajaan sekitar RM260 juta sahaja setahun untuk 160,000 keluarga petani di seluruh semenanjung (Malaysia)," ujarnya pada satu Sidang Media Tuntutan Petani Kampung Jelapang Sempena Lawatan Exco Pertanian Kedah di Surau Kampung Jelapang, Setiu, 14 April lalu.

Selain itu, beliau mendesak agar kerajaan Terengganu segera memberikan hak milik tanah kepada para petani yang mengusahakan kawasan tersebut.

Ini kerana, katanya para petani terbabit telah mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, Setiu sejak puluhan tahun hingga kepada generasi ketiga.

"Lujnah  Asas Tani PAS Pusat dan Lujnah Asas Tani Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bersama dengan petani di Kampung Jelapang ini yang telah membuat beberapa tuntutan terhadap tanah yang telah mereka usahakan.

"Kita difahamkan telah memasuki generasi ketiga telah lebih 34 tahun. Asasnya ialah tentang hak milik mereka (petani) yang masih belum diberi layanan yang sepatutnya oleh kerajaan negeri," jelasnya.

Beliau mendakwa sebelum ini ketika era pemerintahan kerajaan PAS Terengganu tahun 1999-2004 telah dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada para petani terbabit.
Namun, katanya kelulusan tanah tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kembali berkuasa di Terengganu.

"Sebelum ini, era kerajaan PAS Terengganu tahun 1999-2004, mereka (petani) telah pun diberikan hak milik sementara iaitu Lesen Menduduki Sementara (LMS) sebelum jadi hak milik kekal selepas itu.

"Malangnya, LMS itu telah ditarik balik selepas kerajaan BN kembali berkuasa di negeri ini. Kerajaan negeri seharusnya menimbangkan untuk memberi hak milik kepada mereka (petani) dan harus diselesaikan segera," ujarnya.

Selain itu, katanya input-input pertanian lain seperti baja, benih, racun serta bantuan membajak perlu disediakan oleh kerajaan kepada petani di Jelapang ini.

Menurutnya, PAS merayu agar potongan padi yang dikenakan oleh pengilang kepada petani tidak terlalu tinggi hingga mencecah 50 peratus.

"Potongan padi yang terlalu tinggi hingga 50 peratus oleh sebahagian pengilang. Kita (PAS) merayulah supaya potongan tidak terlalu tinggi hingga menyebabkan mereka (petani) tidak mempunyai hasil atau pulangan yang lumayan dari apa yang mereka usahakan.

"Seharusnya tidak ada monopoli oleh mana-mana kilang untuk membeli padi di Kampung Jelapang ini," ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lujnah Asas Tani PAS Pusat.

BN Tapis Calon Berpotensi Selepas 30 April

Posted: 17 Apr 2012 07:33 PM PDT

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Penapisan terhadap calon-calon berpotensi Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum akan bermula selepas tarikh akhir yang ditetapkan untuk parti-parti komponen mengemukakan senarai mereka pada 30 April.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pucuk pimpinan memerlukan masa untuk menapis calon-calon.

"Kami akan menapis calon yang berpotensi sepenuhnya untuk memastikan mereka yang dipilih tidak dicemari oleh persepsi skandal atau rasuah.

"Kami mahu meletakkan calon-calon yang mampu menang untuk bertanding," kata Tengku Adnan, yang juga Ketua Setiausaha Umno.

Beliau berkata Umno bahagian telah mengemukakan senarai mereka, dengan beberapa nama untuk dipilih untuk setiap kerusi, termasuk yang bukan memegang jawatan.

"Ini menunjukkan bahawa mereka telah mengikut isyarat presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mencadangkan supaya menamakan calon-calon boleh menang," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan berkata BN telah bersedia untuk pilihan raya umum dan mereka telah mula memasang sepanduk dan bendera selain menunggu arahan daripada kepimpinan tertinggi.

DI PULAU PINANG, Umno negeri berkata, kira-kira dua pertiga daripada nama-nama yang dikemukakan kepada ibu pejabat parti itu adalah muka-muka baru.

"Kami telah memberikan 45 nama bagi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 untuk empat kawasan parlimen yang Umno akan bertanding," kata Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim.

Umno memegang 11 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
Kerusi selebihnya, yang terdiri daripada 40 kerusi DUN dan 13 kawasan parlimen, dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Difahamkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berada dalam senarai.

Di KEDAH, difahamkan senarai itu terdiri daripada pemegang jawatan yang kebanyakannya sedia ada.

Barisan memenangi hanya empat kerusi parlimen dan 14 kerusi DUN di Kedah semasa pilihan raya umum lepas.

Negeri ini mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN.

Di PUTRAJAYA, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha berkata parti itu telah memuktamadkan senarai calon.

Beliau menambah bahawa akan ada muka-muka baru dan gabungan yang baik dari sayap Pemuda dan Wanita.

Di KOTA SAMARAHAN, Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beberapa calon baru akan disyorkan.

"Saya sedang menyediakan senarai dan akan siap apabila Perdana Menteri mahukannya," katanya.

Dira di hospital, nafi minum peluntur

Posted: 17 Apr 2012 07:29 PM PDT

KL POS

Pengacara rancangan hiburan tempatan, Melodi iaitu Dira Abu Zahar mengaku berada di hospital pada hari Ahad yang lepas di hospital kerajaan di Hospital Serdang, namun menafikan ia disebabkan cubaan membunuh diri dengan meminum cecair peluntur pakaian.Dia didakwa telah cuba membunuh diri dengan meminum peluntur pada hari Ahad yang lepas. Ada saksi yang melihat kelibatnya dimasukkan ke wad kecemasan disamping ada keluarga terdekat ketika itu dengan keadaan yang lemah dah mengalami muntah yang banyak, namun memberikan kenyataan yang berbeza.

"Saya berada di hospital berkenaan kerana mempunyai gastrik. Ianya penyakit keturunan, adik beradik saya keempat-empatnya mempunyai masalah yang sama. Nasib tidak menyebelahi apabila pada hari Ahad yang lepas saya dimasukkan ke wad akibat dari masalah tersebut. Tambahan pula, saya memiliki tekanan darah rendah, doktor memberitahu perkara ini terjadi di akibatkan tekanan kerja yang saya hadapi.

Ketika kejadian, jika ada yang melihat saya, saya tidak berapa pasti kerana ketika itu saya tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Yang pasti saya telah dimasukkan ke wad,"ujarnya.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai dia dimasukkan ke wad kecemasan akibat dari masalah tekanan lantas meminum peluntur, dia menafikan sekeras-kerasnya dan seperti mahu memarahi pihak wartawan yang cuba mendapatkan pengesahan darinya.

"Perkara ini yang membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai masalah gastrik dan apabila ditahan wad, doktor memberitahu saya ada appendix pula. Tiada kena mengena dengan meminum bahan peluntur. "jelasnya dengan tegas.

Walau bagaimanapun, keadaan pengacara dan juga pelakon popular ini beransur pulih apabila dia telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari Isnin yang lalu.

Dira atau nama sebenar, Khaidhirah Abu Zahar pernah terlibat dalam kes pergaduhan di dalam sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini namun tetap menafikan perkara tersebut walaupun ternyata bukti tidak menyebelahi dirinya.

Anak muda harus sertai Bersih 3.0

Posted: 17 Apr 2012 07:17 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR – Gabungan Anak Muda dan Mahasiswa Malaysia menyeru seluruh anak muda Malaysia menghadiri perhimpunan duduk bantah secara aman Bersih 3.0 yang akan berlangsung 28 April ini bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Gabungan yang terdiri dari 39 kumpulan anak muda dan mahasiswa ini juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang prihatin agar menggunakan segala kemahiran dan saluran teknologi untuk menyuarakan tuntutuan pilihan raya bersih dan adil kepada kerajaan.

Menurut jurucakap gabungan itu, Mohd Syahid Zaini, antara sebab utama gesaan berhimpun duduk bantah Bersih 3.0 itu adalah bagi membersihkan keraguan yang banyak wujud dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sekiranya tidak dibersihkan, ia bererti pilihan raya itu kotor, tipu dan tidak adil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, antaranya adalah pembongkaran dari Merdeka Centre yang menyatakan bahawa 32% pengundi dalam senarai daftar undi tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Katanya, satu laporan badan bebas yang mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 6,000 kes pengklonan daftar undi di Selangor serta kes melibatkan pemberian kad pengenalan 'segera' kepada warga asing yang direkodkan di beberapa tempat di Selangor.

Selain itu, beliau menganggap penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaikan proses pilihan raya sebagai satu sandiwara kerajaan kerana mendakwa SPR tidak memiliki iltizam untuk melaksanakan tuntutan rakyat yang telah pun disuarakan melalui Bersih 2.0. – Roketkini.com

Kalau Ibrahim Ali nak pertahan ISA, buatlah demonstrasi di Putrajaya

Posted: 17 Apr 2012 07:04 PM PDT

Roketkini.com

GEORGE TOWN: Cabaran pemimpin ultra-Melayu, Ibrahim Ali, supaya DAP mencadangkan kepada Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang pelik dan sukar difahami.

"Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?

"Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Dato' Ibrahim?" kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau menjelaskan bahawa umum mengetahui DAP adalah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Menurutnya, DAP menentang penggunaan undang-undang zalim bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia, selaras dengan pendirian parti yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan.

"Saya rasa jika Dato' Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai "berjaya mengekalkan keamanan", beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

"Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?

"Jika Dato' Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Dato' Sri Najib di Putrajaya untuk membuktikannya," ujar Zairil.

Beliau menambah, DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja. – Roketkini.com

PKR Arau lancar Bersih 3.0 21 April

Posted: 17 Apr 2012 05:34 PM PDT

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih berdegil kerana tidak mahu membersihkan senarai daftar pemilih walaupun didesak oleh pelbagai pihak.

ARAU: PKR Cabang Arau akan melancarkan perhimpunan Bersih 3.0 peringkat negeri Perlis dan majlis dailog dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada 21 April ini.

Majlis pelancaran dan dialog ini dijadualkan di adakan di perkarangan rumah Haji Saidin, Kampong Long Boh, Tambun Tulang, Arau mulai jam 3.00 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Setiausahanya Hafessazly Hashim berkata, PKR negeri Perlis mahu melancarkan perhimpunan Bersih ini lebih awal bagi membina momentum dan membantu perhimpunan Bersih di peringkat pusat mendapat sokongan rakyat dari seluruh negara.

"Kita mahu melancarkan perhimpunan ini memandangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih berdegil kerana tidak mahu membersihkan senarai daftar pemilih walaupun didesak oleh pelbagai pihak.

"Jelas SPR hanya menjadi alat dan kuda tunggangan rejim Umno-Barisan Nasional (BN) semata-matanya kerana untung nasib mereka pada pilihan raya umum ke 13 seperti nyawa ikan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain dari senarai pemilih yang bersih, rakyat juga menuntut reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, masa berkempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Di antara pemimpin Pakatan Rakyat dijangka turut hadir ialah Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution Ismail; Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Ruslee Eizan; Senator Saiful Izham dan Senator Mustafa Kamal.

Seluruh warga Sarawak

Sementara itu di KUCHING, pihak penganjur sedang membuat persiapan rapi untuk melancarkan Perhimpunan Bersih 3.0 peringkat negeri Sarawak bertepatan dengan tarikh perhimpunan di peringkat pusat, iaitu pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan media, pihak penganjur menjemput seluruh warga Sarawak hadir di perhimpunan yang dijadual di adakan di kawasan mahkamah lama dan tebingan sungai Sarawak pada hari tersebut mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Perhimpunan ini dianjurkan bagi membantah tindak tanduk kerajaan BN dan SPR yang gagal mengambil tindakan-tindakan bagi memperbetul dan memperbaiki sistem pilihan raya umum.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 84 NGO telah membuat lapan tuntutan, khasnya pembersihan senarai daftar pemilih dari berbagai penipuan dan manipulasi serta menghentikan amalan rasuah dan politik wang.

Tetapi disebaliknya SPR bukannya mahu membersih senarai daftar nama pilihan raya tetapi telah giat melaksanakan berbagai kaedah penipuan seperti berikut:

  • Menambah secara mendadak jumlah pengundi-pengundi yang haram/tidak sah (illegal voters) yang terdiri daripada warga asing melalui pemberian kad pengenalan palsu dan hak kerakyatan sewenang-wenangnya hingga menjejaskan keselamatan negara.
  • Menambah secara mendadak jumlah pengundi pos (postal voters) yang tidak wujud atau pengundi hantu (phantom voters).
  • Membolehkan ramai pengundi palsu (fake voters) untuk mengundi sehingga dua atau tiga kali, di mana seseorang memiliki lebih dari satu kad pengenalan yang berlainan nombor atau dua orang yang berlainan memiliki kad pengenalan masing-masing tetapi berkongsi nombor kad pengenalan yang sama, bermakna undi yang lebih adalah palsu atau seorang daripada mereka adalah pengundi palsu.
  • Mengurangkan jumlah pengundi tulin (genuine voters) dengan mengeluarkan/memadamkan nama-nama pengundi dari daftar nama (electoral roll), atau memindahkan pengundi-pengundi dari kawasan-kawasan mereka ke kawasan-kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.
  • Menukar peti undi yang sah dengan peti undi yang palsu (switching of ballot boxes) sebelum perkiraan undi dimulakan di pusat-pusat pembuangan undi/pengiraan undi.
"Oleh kerana SPR gagal memenuhi lapan tuntutan Bersih maka kita akan mengadakan satu perhimpunan raksasa serentak di seluruh Malaysia dan di 30 buah negara lain yang bersama kita bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih," ujar kenyataan itu.

Mamas@BERSIH3.0 sokong siswa di Dataran Merdeka

Posted: 17 Apr 2012 05:26 PM PDT

Demikianlah kata-kata penyelaras Mamas@BERSIH 3.0, Catherine ketika  menghantar wakilnya untuk menyerahkan khemah dan makanan kepada siswa yang berada di Dataran Merdeka, hari ini.  Catherine berkata, mereka menyokong kumpulan siswa ini kerana "anak yang berani mempertahankan hak mereka" adalah harapan negara, apatah lagi tindakan mereka ada hubung kait dengan kaum ibu.

"Apa yang diperjuangkan anak-anak ini sekarang (pendidikan percuma) bukan hanya untuk diri mereka.  Malah boleh dikatakan bahawa mereka bersuara untuk kita.  Jadi, kami sebagai ibu tidak mempunyai alasan untuk berpeluk tubuh.  Apapun kesudahannya, kami merakamkan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan mereka."

Untuk Mamas@BERSIH 3.0, Dataran Merdeka adalah milik rakyat, dan siswa mempunyai kebebasan untuk menyampaikan pandangan mereka.

Minggu lalu, sekumpulan ibu telah melancarkan deklarasi Mamas@BERSIH 3.0, menyeru agar kaum ibu menurunkan tandatangan secara online untuk menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.  Mereka berharap lebih ramai orang menyahut seruan mereka untuk menurunkan tandatangan pada petisyen tersebut.

Dalam satu kenyataan, Mamas@BERSIH 3.0 berharap agar tindakan mereka pada hari ini akan akan menarik perhatian pihak lain, lantas turun ke Dataran Merdeka untuk menghulurkan keperluan kebendaan kepada kumpulan siswa ini.

Sekumpulan siswa telah berhimpun pada 14 April di Dataran Merdeka, mendesak agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan dan menuntut pendidikan percuma.  Sebahagian daripada mereka berkhemah dan bermalam di situ, sehingga hari ini.  Sudah beberapa kali penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang merobohkan khemah mereka, namun siswa tersebut tetap enggan beredar dari situ.

Ini bukan kali pertama perjuangan siswa meraih sokongan daripada masyarakat umum.  Pada awal tahun ini, aktivis siswa Safwan Anang telah tercedera lantaran pertembungan fizikal antara siswa dengan polis dalam satu perhimpunan di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Seorang ibu telah memberikan sejambak bunga untuk Safwan sebagai tanda penghargaan ke atas perjuangan beliau.

Anak Taib calon MP Kota Samarahan?

Posted: 17 Apr 2012 05:20 PM PDT

Seorang penduduk menyifatkan Taib Mahmud sebagai bapa pembangunan Sarawak dan pencalonan anaknya Mahmud dapat meneruskan perjuangan politik bapanya. 

ASAJAYA: Dato' Sri Mahmud Abu Bekir Taib, anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud disarankan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Hasrat itu disuarakan oleh majoriti golongan petani di Kampung Rebak di sini hari ini yang menyatakan sokongan kepada beliau menerusi kain rentang.

Kain rentang itu tertulis: 'Kami pengundi akar umbi P197 Kota Samarahan mencadangkan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib sebagai calon dalam pilihan raya yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, mewakili BN (PBB) di kawasan kami, kami memberi sokongan yang penuh'.

Haji Jais Deli, 81, dari Kampung Asajaya Ulu berkata, rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Asajaya menyokong Mahmud sebagai calon di kawasan itu pada pilihan raya Parlimen akan datang.

Beliau yang menyifatkan Taib sebagai bapa pembangunan Sarawak menyatakan pencalonan anaknya Mahmud dapat meneruskan perjuangan politik bapanya yang cukup rapat dengan rakyat di kawasan itu.

"Pemilihan Mahmud amat sesuai untuk meneruskan legasi perjuangan bapanya membawa pembangunan kepada masyarakat di Bahagian Samarahan, lagi pun dia masih muda dan sangat berkaliber untuk menjadi seorang pemimpin," katanya.

Idris Ulin, 45 berkata, Mahmud merupakan individu terbaik untuk meneruskan pembangunan di Bahagian Samarahan.

Menurutnya, walaupun kawasan lain turut menaruh harapan yang tinggi untuk mencalonkan Mahmud dalam pilihan raya kali ini keutamaan harus diberi kepada Parlimen Kota Samarahan.

"Mahmud adalah seorang anak muda yang berwibawa, berpendidikan tinggi, berpengaruh dan lahir dalam keluarga politik yang dapat meneruskan kesinambungan pembangunan di Bahagian Samarahan," ujarnya.

Katanya, bapa beliau Taib cukup dekat di hati masyarakat Bahagian Samarahan kerana telah banyak membawa pembangunan seperti yang dikecapi penduduk pada hari ini.

Sendayu Tinggi nafi jual produk berbahaya

Posted: 17 Apr 2012 05:17 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya syarikat itu terlibat dalam pembuatan produk minuman pelangsing membahayakan pengguna.

Pengarah Urusannya, Rozita Ibrahim berkata, tindakan berkenaan tidak mungkin dilakukan syarikat itu kerana mereka tidak mahu merosakkan nama baik syarikat yang dibina selama ini.

"Apa yang berlaku ujian daripada ALLAH SWT. Selama 16 tahun Sendayu Tinggi bertapak dalam industri ini, tidak mungkin kami sendiri akan rosakkan nama baik syarikat yang bersusah payah dibina.

"Sia-sia sahaja jika kami buat perkara demikian semata-mata mahu melariskan produk bernilai RM44 sahaja," katanya.

Menurutnya, pihaknya memohon maaf terutama kepada pengguna dan penyokong setia produk Sendayu Tinggi.

"Semua formulasi produk Sendayu Tinggi daripada saya, namun, bukan kepakaran saya untuk memilih indikasi bahan mentah bagi membuat produk itu.

"Kami telah melantik ejen pembekal pakar dan memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengambil formulasi bagi mencari bahan mentah tersebut," katanya.

Rozita berkata, beliau bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf atas kejadian berlaku.

"Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.

"Buat sementara waktu, syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan dijalankan Kementerian Kesihatan selesai dua minggu lagi," katanya.

Beliau turut memberi jaminan­ bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat digunakan.

"Kita hanya membekukan jualan­ produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan. Pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat di pasaran.

"Selepas ini, Sendayu Tinggi akan membuat analisis dan penyelidikan lebih terperinci ke atas produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan dan produk," katanya.

Rozita turut memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.

Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk itu, Naziera Jaafar turut hadir untuk memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Berkhemahlah di rumah Anwar, kata Perkasa kepada mahasiswa

Posted: 17 Apr 2012 05:12 PM PDT

Ibrahim Ali mendakwa Ketua Pembangkang merupakan individu yang meluluskan PTPTN ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan para mahasiswa berkhemah di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau mendakwa saranan itu wajar memandangkan Anwar merupakan individu yang meluluskan PTPTN ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.

"Jika mereka (kumpulan mahasiswa) nak tunjuk perasaan buat dirumah Anwar dan ibu pejabat PKR.

"Ini kerana Anwar yang perkenalkan PTPTN dan meluluskannya pada November 1997 ketika menjadi pemangku Perdana Menteri sewaktu Tun Dr Mahathir (Mohamad) bercuti," dakwa beliau.

Menurut beliau, tindakan kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, turut disifatkannya sebagai kurang mendapat didikan daripada ibu bapa.

Katanya, tindakan sedemikian juga hanya bersifat peribadi dan mencemarkan nama baik mahasiswa.

"Nak tunjuk berani tak bertempat dengan perilaku meletakkan gambar Perdana Menteri dan Khaled Nordin dengan kalungan bunga seolah-olah mereka mati.

"Tindakan ini biadap, jika nak berhimpun…..himpunlah. Tak malu ke buat himpunan sebab tak nak bayar hutang? Tapi kalau nak berjuang mengenai kemiskinan atau isu-isu lain tak mengapa.

"Ada dalang disebalik mereka ini. Malahan kalau kita tengok yang berucap pun kita tahu ada kena mengena dengan pembangkang.

Mahasiswa lain pun kutuk perbuatan mereka," katanya yang juga bekas pimpinan pelajar pada 1970-an dahulu.

Sementara itu pada 16 April lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencabar kumpulan mahasiswa berkenaan supaya memulangkan semula pinjaman itu jika mahu berdemonstrasi.

Beliau berkata kumpulan terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak mahu pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

Malaysia kembali ke era perisikan 1960an

Posted: 17 Apr 2012 05:09 PM PDT

Ketiadaan kemudahan ikat jamin, pemalsuan saksi dan bukti merupakan antara perkara yang dibimbangi oleh Ahli Parlimen Beruas. 

 

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Akta Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diluluskan hari ini telah membawa Malaysia kembali ke era perisikan yang dipelopori Kesatuan Soviet Rusia dan China.

"Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membawa Malaysia kembali ke era 1960an di mana agensi perisikan Kesatuan Soviet mengawasi rakyat," kata Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP semasa sidang media di Parlimen tengah hari tadi.

Beliau berkata begitu ketika mengulas berkenaan akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.

"Antara perkara yang kami pertikaikan adalah ketiadaan kemudahan ikat jamin kepada mereka yang didakwa," kata Ngeh.

Beliau yang berprofesion sebagai peguam selama 18 tahun berkata bahawa penahanan boleh dibuat walaupun selepas Mahkamah Rayuan membebaskan tertuduh.

Selain itu beliau mendakwa bahawa bukti dan saksi palsu boleh digunakan dan menyalahgunakan akta ini.

Mengancam sistem demokrasi berparlimen 

Beliau turut mempertikaikan frasa mengancam sistem demokrasi berparlimen.

"Dalam kes Perak, Najib sepatutnya didakwa di bawah Akta Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

"Namun kami nyaris ditahan walaupun kami mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Perak," kata Ngeh sambil merujuk kepada peristiwa kejatuhan negeri Perak pada Februari 2009.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS turut mengkritik akta baru ini.
"Jika kerajaan benar-benar mahu mengawal keganasan, kenapa Kanun Keseksaan, Kanun Aturcara Jenayah dan Akta Keterangan tidak dipinda?," soal beliau.

Bab 6A Kanun Keseksaan, menurut beliau, mempunyai definasi yang lebih terperinci untuk kegiatan keganasan.

Beliau menambah bahawa akta baru yang digubal di bawah Akta 149 dan 150 mengurangkan beban pembuktian yang didokong di bawah Akta Keterangan.

Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP yang turut berada di sidang media tersebut menambah akta baru ini memperkecilkan kuasa hakim.

PTPTN: Aktivis mahasiswa mahu jaminan PM

Posted: 17 Apr 2012 05:01 PM PDT

G MANIMARAN

SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, bertekad akan terus berada di premis itu sehingga kerajaan bersedia mengadakan perbincangan dengan mereka berkenaan dengan tuntutan meminta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan bahawa kerajaan akan membincangkan tuntutan berkenaan.

"Ya, kami ada mendengar apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Saifuddin Abdullah) meminta kami mengosongkan Dataran Merdeka.

"Itu adalah pandangan peribadi, cadangan individu. Kami mahu Perdana Menteri sendiri memberikan respons. Kami menghormati pandangan Datuk Saifuddin, tetapi apa yang kami mahukan ialah pendirian kerajaan, jaminan Perdana Menteri," kata Safwan ketika dihubungi Sinar Harian Online awal pagi tadi.
Ketika dihubungi, pihaknya masih berada di Dataran Merdeka dengan menganjurkan 'kuliah' di Dataran Merdeka.

Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian Online petang semalam, Saifuddin menasihatkan kumpulan mahasiswa yang terus berkhemah di Dataran Merdeka agar menghentikan tindakan mereka secepat mungkin kerana tuntutan mereka sudah pun didengari.

Saifuddin berkata, langkah itu perlu kerana kawasan dataran tersebut turut digunakan untuk pelbagai acara lain, contohnya Konsert Diraja pada 21 April ini sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Menurutnya, oleh sebab itu, kumpulan mahasiswa tersebut haruslah juga menghormati tuntutan orang lain terutamanya dalam konteks ini.

"Isu PTPTN memang dekat terutamanya kepada pelajar, oleh itu saya memahami sentimen mereka dalam isu ini.

"Mahasiswa ini perlu menghormati tugas pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang amat proaktif dan baik sekali menangani kes ini, jadi mereka juga perlu hormat orang lain," katanya.

Kata Saifuddin lagi, walaupun beliau menghormati tuntutan mahasiswa ini dan menyedari perhimpunan adalah sebahagian dari sistem demokrasi, namun ia tetap ada batasan-batasan yang perlu diikuti.

Ladang Sungai Terah bagi bonus 11 bulan

Posted: 17 Apr 2012 04:58 PM PDT


 
GUA MUSANG: Kejayaan ulama mentadbir Kelantan terbukti lagi apabila sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus 11 bulan gaji kepada kakitangannya.

(Omar menyampaikan geran tanah kepada kakitangannya)

Selain itu seramai 83 kakitangan Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd yang berkhidmat lebih 10 tahun diberi geran hak milik tanah.

Pengumuman bonus dan penyerahan geran tersebut disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd, Datuk Omar Mohamad baru-baru ini.

Omar berkata, tanpa sokongan dan kerjasama semua kakitangan kejayaan yang dinikmati sekarang tidak mungkin akan dapat dirasai.

"Menyedari hakikat inilah pihak pengurusan bersetuju memberi ganjaran kepada kakitangan sebagai menghargai sumbangan serta kegigihan mereka dalam usaha membangunkan syarikat," katanya di majlis berkenaan.

Menurutnya melahirkan sebuah syarikat yang teguh dengan menjana keuntungan  besar bukanlah suatu kerja yang mudah.

Oleh itu beliau berharap pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan mempertahankan prestasi syarikat pada masa akan datang.

Beliau yang juga Adun Perupok turut mengingatkan semua kakitangan supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Tahun lepas syarikat terbabit memperolehi keuntungan sebanyak RM28 juta.

Hadir sama di majlis berkenaan, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perladangan PKINK Berhad, Zazali Japar.

Pada majlis itu juga seramai 23 anak kakitangan syarikat Ladang Sungai Terah yang cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan disampaikan Siti Zailah.

Biaqpila

Posted: 18 Apr 2012 03:27 PM PDT

Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN. Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.

Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan. Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan. Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?

PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%. Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut. Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.

Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman? Jawapannya hanya satu. Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta. Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD. Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama? Siapa yang benarkannya? Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?

Siapa yang untung di sini? Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia? Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta. Siapa yang merasai keuntungan ini?

Di pihak yang lagi satu? Anak muda kita yang menuntut kursus kejururawatan ini. Apakah nasib mereka? Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun. Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan. Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.

Siapa yang untung? Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta. Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain. Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat. Siapa yang untung? Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?

Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.

Satu lagi persoalan yang sepatutnya popular ialah mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya? Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera. Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun. Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?

Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10. Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah. Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti. Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).

Isunya, pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan. Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka. Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut. Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menghebohkan sistem pendidikan negara akan terbebas daripada cengkaman pasaran/pemodal (baca = mereka masih belum bersedia), sekurang-kurangnya penerapan idea reformis untuk pendidikan percuma / penghapusan PTPTN adalah terlalu dialu-alukan pada ketika ini dan mendapat sokongan penuh daripada Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Apa yang kami impikan ialah satu sistem pendidikan percuma yang bebas daripada pasaran/pemodal selaras dengan tuntutan umum "Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan".

Anak Muda Kuasa Perubahan

*Karthiges ialah Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma.

kerabubersuara

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pengikut