Isnin, 22 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 22 Apr 2013 03:54 PM PDT

DEY MACHA!!!
TAK GUNA KITA LAWAN SESAMA SENDIRI
DI KALA AMNO BE END TENGAH NAZAK
PERBETOI APA YANG SILAP
TOLAK ANSOQ LA SIKIT
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
JANGAN BUAT KERJA BODOH
JANGAN BAGI PUNAH IMPIAN KE PUTRAJAYA
HARAP PEMIMPIN PR DAPAT SETELKAN CEPAT
SEBELUM MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
SEPANDAI-PANDAI AMNO MELOMPAT
AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGAK
KAH! KAH! KAH!


Salah faham saat akhir punca pertindihan kerusi PAS-PKR kata pemimpin.


KUALA LUMPUR, 21 April — Masalah teknikal dan salah faham disaat-saat akhir punca insiden memalukan apabila berlakunya pertindihan kerusi diantara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS dan PKR, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Menurut Salahuddin, pimpinan PAS akan mengadakan membincangkan mengenai isu ini dalam mesyuarat Dewan Harian esok untuk mencari jalan penyelesaian.

"Pada saya ini adalah masalah teknikal dan berlaku salah faham diperingkat akhir dikawasan-kawasan dimana berlakunya pertindihan," kata Salahuddin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Salah faham ini gagal ditangani diperingkat akhir dan saya percaya semua ini akan berjaya diselesaikan dalam jangkamasa terdekat," tambah beliau lagi.

Semalam berlaku pertindihan antara PAS dan PKR di enam kerusi melibatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tamat penamaan calon walaupun rundingan kerusi diantara PR dikatakan sudahpun selesai sebelum ini.

Naib Presiden PKR pula mengatakan dalam situasi sebegini, salah satu pihak perlu mengalah untuk mencari jalan penyelesaian.

"Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah untuk kepimpinan berbincang," katanya dalam satu kiriman teks pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

"Salah satu pihak harus tarik diri. Isnin akan ada rundingan."

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR tidak seharusnya berlaku akan tetapi percaya ianya boleh diselesaikan.

"Saya tidak boleh ulas lanjut. Esok pemimpin PAS akan berbincang untuk selesaikan masalah ini. Ini tidak sepatutnya berlaku, saya percaya boleh diselesaikan," kata beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu apabila dihubungi.

Seorang lagi Naib Presiden PKR N Surendran tidak menganggap pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR sebagai satu masalah yang besar.

"Tidak banyak kerusi yang bertindih diantara PAS dan PKR. Hanya beberapa sahaja, selebihnya yang banyak kita tidak bertindih," katanya.

"Kita akan buat perkara sepatutnya secepat mungkin."

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang merasakan masih terlalu awal untuk beliau memberikan komen mengenai isu ini.

"Saya fikir semuanya akan dibincangkan dan harap-harap ianya akan dapat diselesaikan," katanya apabila ditanya semasa satu sidang akhbar di Johor hari ini.

Bagi kerusi Parlimen Labuan, pertindihan berlaku selepas calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon PAS, Hadnan Mohamad hadir pada hari penamaan calon untuk mendaftarkan diri selain calon Barisan Nasional (BN) Rosman Isli yang akan bertanding di kerusi parlimen tersebut.

Pertindihan calon PAS dan PKR turut berlaku di kerusi DUN Pulau Pinang melibatkan dua pemimpin PR iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari PAS serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR yang akan berhadapan lawan daripada BN, Datuk Mahmud Zakaria.

Selain itu, empat lagi kerusi DUN yang berlaku pertindihan adalah Kota Damansara, Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Pada Pilihan Raya 2008, pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP mencipta sejarah apabila berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN dan merampas beberapa buah negeri.

Pilihan Raya 2013 dikatakan paling sengit dalam sejarah oleh kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.

BN dijangkakan akan terus berkuasa selepas Pilihan Raya 2013 akan tetapi tidak mustahil bagi PR untuk membuat kejutan.

Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara akan memilih 222 wakil bagi kerusi Parlimen dan 505 wakil di kerusi DUN di setiap negeri kecuali Sarawak.

Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

TMI

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

DUNIACACAMARBA

Posted: 22 Apr 2013 03:51 PM PDT

[Selangorku] KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi hari ini.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Abdul Hadi, beliau telah bertemu Muhd Taib sejak setahun lalu dan pengumuman menyertai PAS dibuat dua hari selepas hari penamaan calon bagi mengelakkan tomahan beliau bersama parti kerana ingin menjadi calon.

"Pengumuman sengaja dibuat selepas penyerahan (penamaan) calon. Saya dah jumpa setahun lalu.

"Kami di PAS mengalu-alukan penyertaan. Ini adalah sokongan dan dokongan daripada orang berpengaruh di Selangor.

"Ia juga memberikan kekuatan baru kepada PAS menghadapi PRU," katanya ringkas pada sidang media.

Bagi Mat Taib, negara sekarang perlu mengalami perubahan ke arah roh Islam agar masyarakat terutama orang Melayu beragama Islam lebih menghayati Islam.

Jelasnya, perjuangan bersama PAS merupakan pilihan yang terbaik dan masyarakat perlu memberikan undi kepada mereka.

"Saya tidak berhajat jadi calon dan mendapatkan jawatan. Saya nak beri sokongan kepada PAS

"Saya menjadi Menteri Besar selama 11 tahun dan berkecimpung dalam politik bersama Umno sejak usia 25 tahun.

"Kini saya berusia 65 tahun. Memang benar negara maju, Selangor negeri maju sekarang dan satu perubahan mesti dilakukan.

"Pembangunan mesti ada roh, tanpa roh ianya menjadi kucar kacir.

"Saya fikir mana parti yang boleh mengisi roh. Mesti parti yang boleh memperjuangkan Islam.

"Hanya kepimpinan PAS yang boleh membawa kesedaran agama," katanya.

Beliau menambah, Islam mesti berkembang di bandar-bandar memandangkan orang Melayu Islam ramai di bandar.

Katanya, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman turut menyambut baik penyertaan Mat Taib ke dalam PAS.

Menurut beliau, sudah pastinya sejarah lampau akan diungkit kembali oleh pihak lawan dan perkara berkenaan menjadi sebahagian lumrah perjuangan.

Berdasarkan latar belakang politik, Mat Taib merupakan mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

Beliau pernah menjadi Adun Batang Kali pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Senator Dewan Negara dari tahun 2006 hingga 2009.

Muhammad Taib

P/s: Syabas!

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 22 Apr 2013 03:07 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


NAJIB PUN PANDAI PAKAI BAS MACAM ANWAR ....... RAKYAT TAK SAMBUT PUN DI SELAYANG

Posted: 21 Apr 2013 11:39 PM PDT

SAHH! MIKE TYSON JOINED PAS

Posted: 21 Apr 2013 09:53 PM PDT

INI KALILAH KUANG ! CALON PKR N13 ~ TENGKU MARAZIYAH TENGKU SULAIMAN

Posted: 21 Apr 2013 08:41 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 21 Apr 2013 11:05 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Lawatan Serta Ceramah Ringkas R Sivarasa Ke Pasar Tani Kampong Melayu Subang (Video)

Posted: 21 Apr 2013 08:29 AM PDT



Video Ceramah Ringkas Saudara R Sivarasa




 INI KALILAH!


.

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 21 Apr 2013 09:34 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Kenali Haniza Talha

Posted: 21 Apr 2013 02:56 AM PDT

Haniza Talha - 2b for Web Publishing


Anwar Ibrahim

Posted: 21 Apr 2013 07:42 PM PDT

Anwar Ibrahim


Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke JOHOR

Posted: 21 Apr 2013 08:57 AM PDT

24 April 2013 (Rabu)

1) 4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Markaz PAS Sungai Tiram, Ulu Tiram, Tebrau

2) 5.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Padang Jalan Padi Malinja 6,

Taman Bandar Baru UDA, Johor Bahru

3) 7.30 mlm – Solat & Kuliah Maghrib

Lokasi : Dataran KeADILan, KM 18 Parit Haji Salleh Ros

Jalan Kluang-Batu Pahat

4) 9.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Taman Bistari, Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat

5) 11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi : Padang Besar, Kampong Abdullah, Segamat

Perubahan Program Dato Seri Anwar Ibrahim di Perak Ahad 21 April 2013

Posted: 20 Apr 2013 09:52 PM PDT

Susunan Program terkini seperti berikut:

1) 12.30 tgh – Pekan Kuala Kurau
2) 1.30 ptg – Pekan Bagan Serai
3) 3.00 ptg – Kg Anak Kurau
4) 4.30 ptg – Jln Trong, Changkat Jering
5) 5.30 ptg – Kg Sauk Baru
6) 6.30 ptg – Tmn Chandan Puteri, Kuala Kangsar
7) 9.00 mlm – Kg Teluk Sena, Lambor Kanan
8)11.00 mlm – batu 9, Lekir, Sitiawan

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Bolehkah Atau Tidak Kita Dapatkan Semangat Baru Rakyat?

Posted: 20 Apr 2013 08:44 PM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: 2 Minggu Ini Bukan Menentu Nasib Calon-Calon Kita Di Dun Atau Parlimen

Posted: 20 Apr 2013 08:35 PM PDT

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke SELANGOR

Posted: 20 Apr 2013 08:26 PM PDT

22 April 2013 (Isnin)

1)    5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Pusat Pukal Padi, Parit 3, Banat, Sungai Besar

2)    7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor

3)    8.30 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Parkir Dataran Sun Inn, Kuala Selangor

(Hadapan IPD Kuala Selangor)

4)    10.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: BGDM Kampong Parit Serong, Tanjong Karang

5)    11.15 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Taman Bukit Badong, Batang Berjuntai,

Kuala Selangor

Pengikut