Kerabu Bersuara ® Posted: 29 Jul 2011 03:34 PM PDT MP Sg Siput: Putrajaya bebas kami kerana risau risiko politik Posted: 29 Jul 2011 03:07 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Julai — Barisan Nasional (BN) tidak sanggup berhadapan dengan risiko politik dengan kemerosotan populariti dan sokongannya ekoran tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) sejak awal bulan ini, kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar malam ini. Sehubungan itu tegas beliau, keputusan pentadbiran Najib membebaskan keenam-enam mereka adalah langkah politik dan bukannya kerana tindakan profesional polis. Dr Jeyakumar, 56, dan lima yang lain iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, dibebaskan petang ini dalam satu tindakan mengejutkan banyak pihak. "Mereka (BN) semakin kehilangan populariti dan sokongan rakyat memandangkan ia sangat tinggi kos dari segi politik bagi mereka untuk kekal menahan kami (di bawah Ordinan Darurat)," kata beliau kepada pemberita selepas berucap di hadapan penyokongnya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini. Justeru Dr Jeyakumar memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi bahawa pembebasan mereka adalah selaras dengan undang-undang negara dan keputusan itu dibuat berdasarkan pemerhatian polis. "Tidak, ia sudah tentu disebabkan tekanan daripada rakyat. Seleps lebih sebulan, tiada petanda sokongan awam kepada kami menurun, sebaliknya, ia mengalami peningkatan. "Orang ramai berjalan, berpuasa di semua tempat. Ia menjadi satu keadaan (berisiko) yang terlalu besar bagi mereka," kata beliau lagi. Dr Jeyakumar menambah, Najib mengambil langkah bijak dengan membenarkan mereka dibebaskan sebelum keadaan bertambah buruk ke atas kerajaan. "Ini bukan kerana polis sudah sedar ataupun menjadi jujur dan profesional. Tidak, mereka tidak," katanya lagi. Kata beliau, polis meletakkan keenam-enam mereka dalam tahanan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia daripada menyuarakan pandangan mereka. "Tetapi ia tidak menjadi. Orang ramai berani dan disebabkan mereka, saya bebas hari ini," kata wakil rakyat penggal pertama ini. Ketika ditanya mengenai tindakan susulan, Dr Jeyakumar berkata, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas pihak berkuasa berhubung tindakan menahan mereka secara tidak sah. "Tetapi kami baru sahaja keluar dan kami kena duduk dan berbincang," katanya lagi. Petang tadi, Najib berkata kerajaan menerima baik keputusan polis membebaskan enam aktivis PSM termasuk Dr Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari. Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan dan siasatan yang dilakukan oleh polis. Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap enam aktivis tersebut. Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan). Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. | Ordinan Darurat: Ambiga harap Putrajaya tak ulang kesalahan sama Posted: 29 Jul 2011 07:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra PETALING JAYA, 29 Julai — Terkejut dengan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevesan menggesa Putrajaya agar tidak mengulangi tindakan sama. "Ini adalah berita yang paling menggembirakan hari ini, mereka memang tidak sepatutnya ditahan di bawah Ordinan Darurat. "Saya tidak faham mengapa kerajaan gunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka," katanya pada sidang media selepas forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham). Justeru kata Ambiga, beliau amat berharap agar Putrajaya tidak menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan seseorang tanpa sebarang bukti yang kukuh. "Sejak dari mula kita bantah penahanan mereka berenam, kita tidak tahu mengapa mereka ditahan, atas kesalahan apa? "Jadi saya harap sepatutnya perkara sama tidak lagi berulang," katanya. Petang tadi kesemua enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 28 hari lalu di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan. Selain Dr Jeyakumar, lima lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu. Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional mengenakan tekanan agar pentadbiran Najib membebaskan mereka. Gesaan itu juga dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Semalam, Ismail berkata mereka masih disiasat di bawah Ordinan Darurat. Awalnya mereka disiasat atas alasan cuba mengadakan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong selepas ditahan di Seberang Perai akhir bulan lalu. | Sambutan tahanan EO6, Dr Jeya diserbu rakyat di KLSCAH Posted: 29 Jul 2011 06:30 AM PDT (Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar menjadi bekas tahanan Ordinan Darurat, pertama tiba di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) dengan kenderaan yang dipandu peguam, Edmund Bon, kira-kira jam 8.15 malam. Jeyakumar diserbu ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memeluknya, diiringi laungan 'Hidup-hidup, Hidup Rakyat' sebelum pemimpin itu membuat ucapan ringkas, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membela nasib mereka selama ini. "Terima kasih semua. Jika tidak kerana anda semua, kami masih di dalam. Ini kuasa rakyat. Bukan kerana polis yang membebaskan kami," katanya. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut menyambut pembebasan EO6 dan menyeru hadirin supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan Ordinan Darurat. "Kita perlu pastikan institusi dalam negara tidak blagi diperkotak-katikkan oleh kerajaaan yang mahu memerintah selama-lamanya," kata Nurul Izzah. Turut ada di KLSCAH adalah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Menjelang jam 9 malam, semua bekas tahanan EO6 tiba di KLSCAH dengan riak wajah penuh semangat manakala auditorium KLSCAH tidak mampu menampung bilangan penyokong yang kian membanjiri dewan itu. Sejak jam 7.45 malam, KLSCAH dipenuhi kira-kira 50 orang yang menunggu enam pimpinan PSM atau EO6 yang baru dibebaskan dari tahanan sekitar jam 5.30 petang tadi. Mereka dibebaskan di balai polis Jinjang dan dijadual ke KLSCAH yang mulanya dijadual sebagai lokasi program nyalaan lilin sebagai desakan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan mereka. Ia berikutan mereka ditahan tanpa bicara selama 28 hari ini – tak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pembebasan mereka hasil desakan rakyat pelbagai lapisan yang menyelar tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) lantaran terus mengguna pakai ordinan yang terang-terangan melanggar hak asasi manusia. Setiap hari sejak penahanan EO6, acara nyalaan lilin dijalankan di pintu masuk di lokasi tertentu termasuk pintu depan Bukit Aman manakala Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar melancarkan mogok lapar semalam sebagai protes terhadap penahanan tidak sah itu. | Gambar: MB rakyat Kedah sambut Perdana Menteri rakyat BN Posted: 29 Jul 2011 06:00 AM PDT MB PAS bukan ada perangai macam puak umno. Biar tahu adab dab tatasusila
| Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan tidak telus dalam transaksi penjualan tanah di Sendayan kepada 1MDB untuk pangkalan baru TUDM Posted: 29 Jul 2011 05:39 AM PDT Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Seremban pada hari Jumaat, 29hb Julai 2011: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan tidak telus dalam transaksi penjualan tanah di Sendayan kepada 1MDB untuk pangkalan baru TUDM Dalam satu majlis penyerahan cek 2 hari lepas di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun. Beliau berasa begitu bangga dan mendakwa kononnya ini merupakan manifestasi kecekapan pengurusan kewangan pentadbirannya. Pinjaman tersebut telah dibuat pada tahun 2006 oleh MBI untuk menyelesaikan isu tanah Felda Sendayan yang melibatkan lebih 100 orang peneroka. Keupayaan Kerajaan Negeri membayar semula pinjaman tersebut tidak ada kena-mengena dengan kecekapan pengurusan kewangan. Ini lebih merupakan kerana sebahagian tanah tersebut telah dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (IMDB) untuk tujuan projek pembinaan pangkalan baru TUDM untuk menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi yang telah diserahkan kepada IMDB untuk pembangunan komersial. Isu yang saya ingin persoalkan di sini ialah ketidaktelusan pihak Kerajaan Negeri khususnya Menter Besar Negeri Sembilan dalam transaksi penjualan tapak tanah tersebut yang dimiliki oleh MBI kepada pihak IMDB. Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut? Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus? Semua persoalan ini yang melibatkan kepentingan awam tidak diberikan apa-apa penjelasan oleh pihak Kerajaan Negeri. Mengapakah transaksi tersebut dijalankan dengan begitu sulit sekali? Apakah ada perkara-perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh pihak-pihak tertentu? Apa yang lebih memeranjatkan ialah Speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan. Saya telah mengemukakan satu soalan lisan secara khusus mengenai isu tersebut yang berbunyi: Mengikut laporan media pada 16 Jun 2011, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menandatangani Perjanjian Jual-Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan Negeri Sembilan Menteri Besar Incorporated untuk pembelian 303.5ha tanah di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi. a) Berapakah nilai penjualan tapak tanah tersebut kepada IMDB? b) Apakah butir-butir terperinci dan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut? Soalan tersebut telah ditolak oleh Speaker DUN Negeri Sembilan melalui sepucuk surat pemberitahu kepada saya yang bertarikh 20 Julai 2011 tanpa memberikan apa-apa sebab. Penolakan soalan tersebut secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mematuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti. Ini jelas menunjukkan pentadbiran dibawah Barisan Nasional langsung tidak mengamalkan prinsip ketelusan dalam isu-isu kepentingan awam. Saya mendesak Datuk Seri Mohamad Hassan supaya segera menjawab persoalan-persoalan berhubung penjualan tanah di Sendayan kepada pihak 1MDB secara terbuka. Kegagalan beliau untuk memberikan penjelasan terbuka hanya akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur rasuah. * Loke Siew Fook, Ketua Pemuda Sosialis DAP & Ahli Parlimen Rasah | Enam pemimpin PSM ditahan bawah Ordinan Darurat bebas Posted: 29 Jul 2011 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang ditahan sejak awal bulan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan petang ini. Peguam N Surendran mengesahkan perkara itu dan kertas berkaitan sedang diproses di Balai Polis Jinjang di sini. "Ya, maklumat yang saya terima menunjukkan mereka sudah dibebaskan," kata peguam itu. Keenam-enam mereka dibebaskan sekitar pukul 5.30 petang tadi. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, perkara itu turut disahkan oleh adiknya Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar, Xavier Jeyakumar yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor. "Ya, isterinya ada bercakap dengan saya. Kami sedang cuba mengesahkan butiran sekarang," kata beliau. Laporan The Star memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka telah dibebaskan dan tindakan susulan akan ditentukan oleh Peguam Negara. Semalam, Ismail berkata mereka masih disiasat di bawah Ordinan Darurat. Awalnya mereka disiasat atas alasan cuba mengadakan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong selepas ditahan di Seberang Perai akhir bulan lalu. "Kita akan membuat keputusan sewajarnya. Apa yang kita buat adalah sebahagian daripada prosedur dan proses mengikut undang-undang kita," katanya. Selain Dr Jeyakumar yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput, lima lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu. Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional mengenakan tekanan agar pentadbiran Najib membebaskan mereka. Gesaan itu juga dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Kenyataan ringkas Suaram juga mengesahkan pembebasan mereka. "Enam tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama 28 hari," kata kenyataan itu. Memprotes tindakan pihak berkuasa menahannya, Dr Jeyakumar memulakan mogok lapar semalam. Mengikut afidavit polis yang didedahkan peguam mereka minggu lalu, pihak berkuasa menahan mereka berhubung siasatan mendalangi perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan ini. Hampir 2,000 orang ditahan menjelang dan ketika perhimpunan Bersih 2.0, tetapi telah dibebaskan. Hanya enam mereka ini ditahan sehingga hari ini. The Malaysian Insider difahamkan keputusan membebaskan mereka diputuskan hari ini. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini ada mengatakan bahawa beliau akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membebaskan kesemua tahanan itu. | Video Ekslusif Wawancara Ibrahim Ali Posted: 28 Jul 2011 11:00 PM PDT | Isu BERSIH: Akhirnya Hero Pendekar Melayu Bersuara Posted: 28 Jul 2011 10:00 PM PDT Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu. Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu. Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan. Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan. "Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang. Selanjutnya
| Bakal PM Sudah Melawan Bos? Posted: 28 Jul 2011 09:00 PM PDT nampaknya kesabaran muhyiddin dah semakin nipis mungkin sudah muak dan bosan dengan perangai rosmah dan isterinya kemunculan kki-kki bodek sudah semakin menampakan hahahaha rosmah tidur tak lena, peluk najib macam peluk tiang letrik dah rasanya
| Isu Pelantikan YDP Majlis Perbandaran SP, MB Kedah Pejam Mata? Posted: 28 Jul 2011 08:30 PM PDT SUNGAI PETANI – Tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai memohon Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat penilaian semula keputusan mengekalkan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Rozaina Datuk Radzi. Tiga Ahli Parlimen berkenaan termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar supaya membuat penilaian semula terhadap YDP yang menerima bantahan majoriti Ahli Majlis. Johari berkata, beliau yakin Menteri Besar tidak diberi maklumat tepat berhubung tindakan 17 Ahli Majlis yang memboikot YDP atas sebab tertentu yang telah disenaraikan melalui memorandum mengandungi 10 sebab mengapa YDP perlu ditukar yang dihantar 30 Mei lalu. "Kami mahukan MB buat penilaian semula apa yang terkandung dalam memorandum di mana Ahli Majlis mahukan YDP ditukarkan jika tidak 17 Ahli Majlis tidak akan menghadiri mesyuarat sekiranya YDP sedia ada masih menjawat jawatan," katanya kepada media semalam. Menurutnya, tindakan YDP yang tidak pernah berunding permasalahan yang berlaku adalah tidak patut kerana langsung tiada memberi peluang wakil rakyat bertemu dengannya walaupun ingin membuat temu janji beberapa kali. Selain itu, Mohd Firdaus berkata, perkara yang dinyatakan dalam memorandum adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang mengatur perjalanan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana Bandar Sungai Petani adalah bandar contoh yang pesat membangun dengan pelbagai aktiviti. "Sekiranya YDP dibiarkan dengan keputusannya, manakala Ahli Majlis tidak juga masuk ke mesyuarat, masalah rakyat terus-terusan tidak dapat diselesaikan dan pelaksanaan beberapa agenda juga akan terganggu. "Rakyat terbeban dengan pelbagai masalah, tiada tempat mengadu dan akhirnya masalah berhubung soal sampah, jalan berlubang, longkang bocor dan sebagainya tergendala. "Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan dan mahukan setiap Ahli Majlis kembali bertugas seperti biasa namun permintaan Ahli Majlis yang mahukan YDP ditukarkan perlu dilaksanakan terlebih dahulu," katanya. Selain itu, Rashid menjelaskan, memorandum itu menunjukkan kewibawaan YDP yang lemah selain terkilan dengan sikap pemimpin tersebut yang seolah-olah tidak prihatin dengan masalah berkenaan. Beliau mengharapkan Kerajaan Negeri mendengar dan memahami permintaan Ahli Majlis supaya mengambil langkah terbaik dalam menyelesaikan perkara berkenaan agar Ahli Majlis dapat meneruskan kembali tugas dan berkhidmat kepada rakyat. Menurutnya, desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Majlis mempunyai kepentingan mendapat tender sehingga diabaikan YDP menyebabkan mereka memboikot adalah tidak benar dan sekiranya berlaku, perkara itu boleh dipanjangkan ke siasatan terperinci berserta bukti kukuh. "Kami tidak akan membiarkan sekiranya ada Ahli Majlis yang ada kepentingan masing-masing dan tindakan akan diambil kepada mereka sekiranya didapati bersalah," katanya. | Rosmah Tak Mahu Layan, Mahu Bantu Suami Dan Rakyat Posted: 28 Jul 2011 08:00 PM PDT Isu cincin RM24j: Rosmah kata fitnah, tiada masa mahu layan KUALA LUMPUR, 29 Julai — Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu. Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini. "Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). "Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam. Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu. Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut. Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import. Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini semalam diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta. Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar. "Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," katanya. | Video Debat: Kematangan Demokrasi Di Malaysia Pusingan 2 Posted: 28 Jul 2011 07:30 PM PDT | Video: Debat Kematangan Demokrasi Di Malaysia Pusingan 1 Posted: 28 Jul 2011 06:14 PM PDT | Najib PM Terakhir Umno Posted: 28 Jul 2011 06:00 PM PDT Dari JalanTelawi.com Oleh Hasmi Hashim "Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan". ~ A. Samad Said, Sasterawan Negara. Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden. Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0. Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang 'sebenarnya' terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama. Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, "pengkhianat" yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman. Tuduhan "pengkhianat" mahupun "al-Qaeda" tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri. Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri. Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden. Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai "golongan bangsawan". Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya. Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan. Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata… Memandang kepada susur-galur Dato' Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato' Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato' Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan. Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh. Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas. Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa 'gerun' di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM. Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25? Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan… Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik. Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa 'lusuhnya' Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia. Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, "Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh." Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai. Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa. | Rajagobal: Nasib tidak memihak Malaysia Posted: 28 Jul 2011 05:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Julai — Biarpun gagal mara ke pusingan ketiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi, aksi cemerlang dipersembahkan oleh skuad kebangsaan wajar diberi pujian. Impian Malaysia untuk melakar sejarah dengan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan musnah apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan timbal balik menentang Singapura semalam. Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang bekerja keras, namun menganggap nasib tidak menyebelahi Malaysia. Malaysia gagal bangkit untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia biarpun seri 1-1 untuk menjadikan agregat 4-6. "Pemain saya telah bermain dengan baik dan mereka dilihat tidak menghampakan sokongan ribuan penyokong negara yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. "Sepatutnya kita boleh menang kerana terdapat beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan oleh pemain kita namun saya tetap berbangga dengan kebangkitan pemain memperolehi gol pertama pada babak kedua perlawanan," katanya dipetik Bernama Online. Rajagobal berkata penjaga gawang gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah menunjukkan aksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan bahaya daripada Singapura. "Kesungguhan Khairul Fahmi dan seluruh pasukan harus diberi pujian," katanya. Sementara, ketua jurulatih Singapura, Radojko Avramovic berkata beliau dengan pencapaian pemain untuk mara ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. "Punca kejayaan adalah disiplin dan permainan cemerlang yang ditunjukkan oleh oleh semua pemain. "Ini bukan kali pertama kami bermain di hadapan begitu ramai penonton. Kami mempunyai banyak pengalaman dan tidak gentar bermain di hadapan penyokong Malaysia," katanya. Pasukan Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 selepas kalah 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura Sabtu lalu. Laporan itu juga menyebut, Mohd Safee Mohd Sali menceriakan 90,000 penonton dengan memberi harapan untuk mengatasi defisit dua gol apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57. Keghairahan pasukan negara untuk mencari ruang dan peluang membolosi benteng pertahanan Singapura nyata meleset apabila pasukan lawan mengatur gerakan pantas bagi mematahkan semangat juang pemain negara. Keazaman pemain negara untuk menambah gol kedua membawa padah apabila Shi Jiayi membuat gerakan solo selepas menerima hantaran sepakan percuma dari tengah padang untuk mengatasi tiga pemain pertahanan negara sebelum menyumbat gol penyamaan Singapura pada minit ke-72. Gol tersebut memberi tekanan buat skuad Rajagobal yang memerlukan dua jaringan lagi mengurangkan defisit gol. Namun semangat Malaysia tidak luntur apabila mengatur beberapa serangan menerusi S. Kunanlan, Safee Sali dan pemain gantian, Ahmad Fakhri Saarani namun penyudah yang tumpul gagal membuahkan sebarang hasil. Singapura kelihatan ingin melengah-lengahkan masa dengan beberapa pemainnya dilihat mengalami kecederaan. Malang bagi Ahmad Fakhri Saarani apabila dilayangkan kad merah pada masa tambahan kerana didakwa mengasari pemain lawan untuk menjadikan pasukan negara bermain 10 orang pada minit-minit terakhir hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Jepun Takayama Hiroyoshi. | Rosmah mahu peruntukan lebih untuk Permata Posted: 28 Jul 2011 03:06 PM PDT POKOK SENA: Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata). Bernama hari ini melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar. Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk 'memastikan' kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik. Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak. Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan. Ini kerana ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini. Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co. Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu. Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.. Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman. | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |