Rabu, 1 Oktober 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 01 Oct 2014 07:15 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


UMNO SELANGOR BACUL?? NOH OMAR ADA TIGA BINI?? TAPI..........

Posted: 01 Oct 2014 04:24 AM PDT

SEBENARNYA malas nak bukak cerita pasal pemimpin UMNO ni. Bukan sebab dah muak! Bukan sebab dah mual! Tapi dah banyak sangat fitnah yang dilemparkan kepada mereka.....

Baru-baru ni timbul lagi cerita lama pasal Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar yang dilihat kononnya menjadi liabiliti kepada kepimpinan negeri.

Hanya disebabkan Azmin Ali jadi Menteri Besar masing-masing dah gelabah beruk. Katanya UMNO Selangor mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan terkini politik Selangor tanpa ada apa-apa tindakan drastik yang dilakukan oleh pengerusinya.

Orang cakap kalau nak menang biar ada strategi.

Orang cakap kalau nak menang bukan hanya pandai cakap.

Orang cakap kalau nak menang Selangor balik kena lebihkan kerja, kurangkan bercakap.

Aku pulak cakap.......Tak kan Noh Omar langsung tak risau pasal negeri kelahirannya sendiri.

Ada pulak sebar cerita kononnya Noh Omar ni kahwin 3. Katanya masa retreat di Langkawi Noh Omar dok bercerita pasal kisahnya bersama isteri ke-3 nya diranjang. Apa ke hal nak cerita dalam kelambu ni....

Ikut dari sumber yang aku dapat, Noh Omar baru ada 2 bini. Mana pulak datangnya yang ketiga?

Lagi satu, sekalipun Noh Omar nak kahwin 3 apa masalahnya? Dah dia mampu....

Sedangkan Hasnol Baharudin, Adun Morib yang sokong DAP pun ada 3 bini...

Hadi Awang yang orang panggil Tok Guru pun ada 3 bini...

Mat Sabu yang dipuja wanita......banyak bini sebab dia syiah...boleh kahwin mutaah...

Noh Omar juga yang jadi mangsa....

Sindrom SEMUA SALAH UMNO dah meresap dalam orang UMNO sendiri....

Nak bercakap pasal strategi.... Tak kan lah strategi UMNO Selangor nak dihebahkan kat semua orang.. Tak kan lah semua cerita nak dikabokan kat orang ramai... Mamposlah macam tu!

#GERAK_DAULAT
Dalam titah Sultan Selangor baru-baru ini, Sultan ada mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang menyokong baginda Sultan dalam menyelesaikan konflik politik Selangor untuk memilih MB Selangor yang baru.

Sultan akhirnya memilih Azmin sebagai pengganti Khalid dengan beberapa syarat yang WAJIB dipatuhi antaranya parti politik harus patuh pada pihak Istana kerana pemimpin politik silih berganti, tapi Sultan akan tetap ditakhtanya sehingga akhir hayat baginda.

Siapa punya kerja Gerak Daulat ni???

Siapa lagi yang boleh gerakkan hampir seluruh rakyat Selangor supaya mendokong titah dan keputusan Sultan Selangor kalau bukan rakyat Selangor sendiri.

Anak jati Selangor turut turun menyokong Sultan walau berlainan parti sebab mereka semua sedar Sultan punyai kuasa mutlak dalam negeri Selangor.

Ini semua kerja UMNO Selangor!!!

Ini semua idea Noh Omar yang korang dok fitnah pelbagai tu!!!

Sebelum ini memang UMNO bagi semua himpunan dikendalikan oleh NGO's. Apa yang segelintir NGO ini dah buat sedangkan sudah diberi peluang dan peranan untuk gerakkan sokongan terhadap Sultan. Tapi apa hasilnya?

Berbanding UMNO yang lebih kemas dan teratur dalam menggerakkan jentera dan rakyat Selangor untuk mendukung titah Tuanku Sultan.

Aku jugak tahu, korang risau apa lagi Noh Omar nak buat kat Selangor ni... Jangan risau... Masih banyak lagi perancangan untuk merampas kembali negeri Selangor...

Apa yang penting, UMNO Selangor bukan tidur berdengkur.....

Banyak lagi sebenarnya perancangan UMNO Selangor ni... Tapi seperti yang aku cakapkanlah... Tak kan semua perancangan nak dikabokan kat umum... Ye dok?

Renung-renungkan. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Sumber - jawaber6

bumiyang

Posted: 01 Oct 2014 03:27 AM PDT

bumiyang


Kit Siang - Cuba Gertak PAS???

Posted: 30 Sep 2014 11:23 AM PDT

PAS Memang Lembab - Baru Perasan Dibuli Selepas 6 Tahun!!!

Posted: 30 Sep 2014 05:30 AM PDT

tunku

Posted: 01 Oct 2014 03:01 AM PDT

tunku


Azmin announces Selangor exco portfolios

Posted: 01 Oct 2014 02:05 AM PDT

SHAH ALAM: Selangor Mentri Besar Azmin Ali (pic) announced the portfolios for himself and his 10 state executive councillors, Wednesday.

The list of portfolios is as follows:

1. Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) - Chairman of Finance, Land Development, Natural Resources, State Economic Action Council and Information.

2. Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) - Chairman of Investment, Industry (SME) & Commerce and Transportation.

3. Iskandar Samad (PAS-Cempaka) - Chairman of Housing, Development Management (Pengurusan Bangunan) and Urban Living.

4. Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan) - Chairman of Tourism, Environment, Green Technology and Consumerism.

5. Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) - Local Government, New Village Development and Legalising of Factories.

6. Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) - Chairman of Islamic Affairs, Malay Customs, Rural Development and Village Traditions.

7. Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) - Chairman of Education, Human Capital Development, Science, Technology and Innovation.

8. V. Ganabathirau (DAP-Kota Alam Shah) - Chairman of Poverty, Compassionate Government and Plantation Workers.

9. Dr Daroyah Alwi  (PKR-Sementa) - Chairman of Health, Welfare, Women and Families Affairs.

10. Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) - Chairman of Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship development.

11. Zaidy Abdul Talib (PAS-Taman Templer) - Chairman of Infrastructure, Public Amenities and Agro-Based industry.

Anwar tries to influence Azmin’s administration

Posted: 30 Sep 2014 09:30 PM PDT

PKR is working to strap a leash on Azmin Ali barely a week into his job as Selangor menteri besar.
Treading on egg shells between governmental duties and his political party's demands, Azmin was apparently irked by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's hankering for the former to use his position to justify Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's ouster.

An aide claimed Azmin had wanted to focus on running a tight ship, rather than jumping into another political fray as soon as entering office.

"He has, in some way, now agreed why Khalid was pulling his best efforts to keep party politics away from the office. Too much political bureaucracy will create a noose around his neck. Azmin does not want that.

"My boss wants to lead the administration well. He wants to do better than his predecessor," the aide said, referring to Khalid's rocky tenure as menteri besar.

Anwar recently urged Azmin to "expose" the alleged discrepancies in the RM30 billion deal between the state and the Federal Government, made to restructure Selangor's water industry and mitigate its perennial shortage of supply.

He also demanded Azmin review the construction of the RM2 billion Kinrara-Damansara Expressway. The two projects were used as prime catalysts to boot Khalid from office.

The sultan of Selangor last week described Khalid as an excellent administrator, in a speech that also blamed PKR for prompting the state's leadership crisis.

"This is another point that Azmin has to look into. He would not jump the gun against someone endorsed by the Sultan as capable.

"Since PKR was at loggerheads with the ruler on the menteri besar candidate controversy, Azmin wants to build a cordial relationship with the palace after everything that has happened," the aide said.

Azmin had chosen to be quiet on the sidelines and has turned his attention to the delegation of work among his new state executive councillors. He is expected to announce their portfolios today.

"He is busy with work. At least, Anwar should not be hasty in coercing Azmin to justify the removal of Khalid," the aide claimed.

Universiti Utara Malaysia political scientist Dr Muhammad Fuad Othman agreed that Anwar was attempting to use Azmin's office to justify PKR's case against Khalid.

"Anwar used to heap praises about Khalid's administration. Back then, Khalid was perfect. And now, he is somewhat desperate to substantiate the accusations against his former comrade," said Fuad.

At the same time, Fuad suspected that Anwar was working his way to dictate how Azmin should run the state government. He said it was another opportunity for Anwar to be in the limelight.
"Anwar just wants to show Azmin who's boss. The man still wants to assert his authority. Anwar is now akin to an old, retired gladiator who wants to wield the sword because he likes to be in the view of spectators."

Another analyst said if Azmin let himself be led by others, it would only prove that he was incapable as a leader and, worse, inferior than Khalid.

National Professors' Council political cluster head Professor Datuk Dr Mustafa Ishak said as a menteri besar, Azmin was more answerable to the sultan and the people, rather than Anwar.

"The menteri besar must use his wisdom in asserting leadership qualities. He should be professional and prioritise the task at hand, instead of looking for mistakes supposedly committed by the previous administration. Does he want to be a better leader than Khalid?"

Mustafa added that if Azmin were to review the agreements made by Khalid's office, it should be carried out with a sense of responsibility for the people.

"You cannot just scrap all the projects set by Khalid. The people's interest will have to come first. He has to see whether the said projects are beneficial to the people. He has to be his own man and not be influenced by the need for political mileage, especially in his first days as menteri besar."

Karpal’s nephew questioned over Facebook postings

Posted: 30 Sep 2014 07:39 PM PDT

Dalbinder Singh Gill, a law student and nephew of the late Karpal Singh, was questioned by police for allegedly making seditious statements pertaining to bumiputra rights and the monarchy on his Facebook page, an online news portal reported.

According to the report, Dalbinder surrendered himself at the Northeast Police District Headquarters in Jalan Patani, Penang at 10.45pm, Tuesday for questioning.

He told the news portal that he was bailed at around 1.30am, Wednesday.

"I was told that it was the police who lodged a report against me, prompting them to detain me," he is reported to have said.

Dalbinder said that authorities seized his iPhone and iPad to help with the investigations.

He added that he has to report back to the station in a month.

Aspirasi Bangsa

Posted: 01 Oct 2014 01:32 AM PDT

Aspirasi Bangsa


PAS harus keluar PR kerana bersalah atas isu MB selangor - LENSA

Posted: 30 Sep 2014 04:23 AM PDT

Misteri kipas jijah terjawab!!

Posted: 30 Sep 2014 01:58 AM PDT

The Unspinners

Posted: 30 Sep 2014 11:18 PM PDT

The Unspinners


Anwar dan Baru Bian perlu kutuk tindakan Linda Soo buat petision ke UN

Posted: 30 Sep 2014 09:30 PM PDT


Petisyen Lina Soo, President SAPA diperakui diterima Bangsa Bersatu. SAPA yang diketahui adalah parti yang menuntut pemisahan Sarawak dari Malaysia.

Suatu masa DAP menafikan dan Anwar Ibrahim pun menafikan terlibat sebagai dalang mahukan Sarwak keluar dari Malaysia.


Padahal merekalah dalangnya ...



Kalau benar mereka menolak golongan pemisah, sila buat kutukan dan bantahan terhadap tindak tanduk mereka ini. Jangan pulak guna alasan hak bersuara.

Samada mereka sedar atau tidak, tindakan mahu keluar ini bodoh dan hanya pendekatan nak buat rakyat marah pada kerajaan dan langsung jatuhkan BN.

Agaknya kalau buat referendum macam di Scotland, rakyat mahukah?

Menurut laporan BBC SINI, Scotland votes 'No' to independence

Sebelum nak buat referendum, kena ada asas dahulu untuk diterima UN. Sebab UN juga yang lakukan Cobbold Commission pada tahun 1962. SAPA mewakili berapa "people"?

Linda Soo pun sebenarnya bingung. Baca DSKL SINI

Kaki judi 'slot machine' dan perasuah tiada kredibiliti nak jatuhkan Musa Aman

Posted: 30 Sep 2014 06:31 PM PDT


Dilaporkan 8 Ketua Bahagian yang diketuai oleh Jumat Idris Ahli Parlimen Sepanggar yang juga Ketua Bahagian Sepanggar telah membawa rombongan berjumpa Najib pada 10 Julai lalu. 

Dalam pertemuan tersebut kumpulan 8 budak hitan ini mendesak agar Najib segera mewujudkan pelan peralihan kuasa bagi menggantikan Musa Aman...!

Kumpulan 8 budak hitam tersebut asalnya terdiri daripada...

Jumat Idris - Sepanggar, John Ambrose - Penampang, Sairin Karno - Keningau, Ghani Yasin - Pensiangan, Rubin Balang - Tenom, James Ratib - Beluran, Bolkiah Ismail - Kudat dan Wetrom Bahanda - Kota Marudu.
Untuk tahu motif dan kisah seterusnya, baca di Putera Merdeka SINI.

Baru saja nak buat langkah, James dan Bolkiah sudah menafikan terlibat lalu tinggal 6 jahanam. 

Semalam timbul berita Ghani Yassin ditahan SPRM. Posting Apa Yang Tersirat berikut:

Bayaran Kompensi Tanah: Punca Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ditahan

KETUA Bahagian Umno Pensiangan Sabah, Datuk Abdul Ghani Yassin, ditahan SPRM kerana didakwa melakukan amalan rasuah membabitkan pembayaran kompensasi tanah milik Kerajaan Negeri.
Ghani ditahan pada Jumaat, sebaik sahaja beliau datang untuk memberi kenyataan beramaran. 
Laporan sebelum ini, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebenar ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya.
Laporan sebelum ini, termasuk laporan Harian Express, surat khabar tempatan Sabah, Ghani ditahan atas sebab pecah amanah (CBT) membabitkan RM300 juta.
Pihak SPRM mengeluarkan kenyataan lewat petang Selasa, Ghani disiasat di bawah Seksyen 17(a) kerana menerima rasuah.
--------------------------

Sebenarnya, semua yang konon nak berontak menentang Ketua Menteri Dato Musa Aman dan membina wave untuk jatuhkan Musa adalah mereka-mereka yang punya masaalah.

Malah antara mereka ini sudah diberitahu tidak akan dicalunkan untuk pilihanraya akan datang disebabkan masaalah mereka. 

Seperti Dato Lajim Ukin sebelum ini, mereka punya masaalah judi 'slot machine'. Ini bukan sedikit punya main- suka-suka tapi sekali main boleh kalah sampai RM30 ribu.

Bla hutang judi sudah banyak, ia hanya timbulkan masaalah untuk membayar kembali dan fokus untuk jaga kawasan sudah tiada lagi.



Bila Dato Jumat bersuara dalam tone sedemikian, hmmm ... mana ada kredibiliti kaki slot machine nak pimpin revolusi tumbangkan Ketua Menteri? Ada seorang lagi dipercayai bakal kena berhubung hal tanah juga.

Eloklah kalau fail Sepangar diangkut. Apa akan jadi pada bajet Sabah yang sebesar sekurang-kurangnya RM3 billion setahun jika orang bermasaalah pegang tungak kerajaan?

Dah tiada modal, Ambiga yang sentiasa tak konsisten serang BTN

Posted: 30 Sep 2014 07:30 AM PDT


Ambiga hari ini memfitnah BTN dengan mengatakan modul BTN membasuh otak peserta Kem Bina Negara supaya menjadi rasis dan samseng.

Kita nak tanya Ambiga, adakah model yg BERSIH laksanakan mengajar rakyat memaki hamun polis, merosakkan harta awam, menendang dan memukul polis, serta menebalikkan kenderaan polis sambil melompat2 atas kereta peronda tersebut macam beruk adalah modul yang lebih baik dari BTN.

Sudahlah, rakyat bukan bodoh. Kenapa Ambiga tak komen apa PR buat di Selangor utk Letak bini Anwar sebagai MB?

DOUBLE STANDARD!

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kem-btn-untuk-basuh-otak-melayu-jadi-samseng-dan-rasis-kata-ambiga#sthash.8tNvcY6s.dpuf

Ambiga memang sentiasa tidak konsisten. Memanggil orang rasis tapi rakan seperjuangannya pun sama rasis.

Dia pun amalkan 'selective prosecution' serta tidak 'consistent' dalam menimbulkan isu.

Padahal BTN punya peranan sendiri....



Ambiga berhujah mengenai 'human rights' tapi diam terhadap penindasan kuasa besar yang jauh lebih dahsyat.




Banyak laporan dan video tentang kekejaman ISIL di Syria keluar. Sekarang US mula mengebom Syria atas alasan ISIL. Malah meminta bantuan negara lain.

Mungkinkah ianya hanya rekaan untuk menjustifikasikan mereka memasuki Syria dan menghancurkan rejim yang ada? Teori ini pernah muncul dalam filem Wag the Dog

Semantara itu, timbul pula berita: 

28/9 Hong Kong police fire tear gas on thousands of protesters outside government headquarters bringing parts of central district to a standstill/STAR

Dengan pelbagai hal yang lebih ganas dan tidak peri kemanusian berlaku di luar negara dari di Malaysia, kenapa Ambiga, Bar Council dan SUARAM berdiam saja tanpa menyuarakan pendirian???

Where was anti-Lynas enviromentalist when Paya Terubung need you?

Posted: 30 Sep 2014 05:30 AM PDT




Kumpulan anti Lynas anjuran DAP kuat berdemo menentang penapis rare earth di Gebeng, Kuantan dan menuntut kekalkan alam sekitar Pengerang yang sudah dicemar oleh Singapura.

Where is DAP's anti Lynas when Penang need them most against destructive development by unscrupulous developers?



There could be truth that DAP stands for Developers Association of Penang.

Kg Siam tiada kepentingan cina macam Chew Jetty untuk DAP kekal guna alasan warisan

Posted: 30 Sep 2014 02:30 AM PDT


Pada 24 Sep 2014 lepas, suatu tunjuk perasaan telah diadakan di kawasan rumah kedai, Jalan Pulau Tikus dan dihadapan rumah no 3, Lorong Burma (Belakang Balai Pulau Tikus).

Seramai lebih kurang 20 orang peniaga/penduduk dan wartawan hadir bagi menyatakan bantahan terhadap pengambilan tanah di kawasan Pulau Tikus untuk tujuan pembangunan. 







Kawasan tersebut di kenali oleh penduduk tempatan sebagai Kampung Siam. Mereka menuntut tempat tersebut diiktiraf sebagsi kawasan warisan orang Siam untuk dikekalkan.

Janganlah nak berharap.

Berapa banysk Kampong Melayu diroboh atas sebab pembangunan dan kegelojohan pemaju krobi DAP? Bukankah Kampong Melayu lebih layak dikekalkan untuk sebagai tapak warisan?

Sebab tiada kepentingan cina seperti Chew Jetty, janganlah harap hati degil dan dengki DAP nak berasa kasihan.



Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Sep 2014 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kisah Kitab Ihya Ulumuddin Yang Dibakar Syeikh dari Maghribi

Posted: 30 Sep 2014 07:02 PM PDT

YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menyebut bahawa hari ini kehilangan adab di kalangan ilmuwan masakini ialah dengan cara mengkritik dan mencari kesalahan para ulama silam yang muktabar memandangkan untuk menandingi kehebatan mereka tiada siapa kan termampu.

Mengkritik ulama besar zaman silam dengan cara yang halus ialah dengan mengutip kalam ulama lain yang mengkritik ulama besar tersebut. Lalu dimula bicara dengan kalam Imam al-Dhahabi, misalnya "الغزالي إمام كبير وما من شرط العالم أنه لا يخطئ" (Imam al-Ghazali merupakan ulama besar, namun bukan syarat ulama besar untuk tidak melakukan kesilapan). Kalam Imam al-Dhahabi itu tentunya benar secara logikanya, bahkan tiada siapa pun yang mengatakan Imam al-Ghazali itu maksum atau tidak melakukan kesilapan. Namun bukanlah kalam itu menjadi "lesen" untuk kita berlaku biadap kepada satu-satunya ulama yang diberikan gelaran "Hujjatul Islam". Bahkan kalam itu bukan terpakai untuk Imam al-Ghazali sahaja bahkan terhadap Imam al-Dhahabi sendiri!

Ada yang menuduh kononnya Imam al-Ghazali itu Muktazilah, jahil hadith, jahil fekah dan bermacam-macam tuduhan lagi sambung menyambung di media sosial. Yang jahil itu sebenarnya penuduh-penuduh tersebut bukannya Imam al-Ghazali qs. Bukan untuk mengatakan Ihya' tiada kesilapan, kerana pasti ada melainkan al-Quran sahaja seperti kata Imam al-Shafie r.a. ketika selesai mengarang al-Risalahnya (bahawa tiada kitab yang sunyi dari kesalahan melainkan al-Quran) namun tiada adab untuk kita (yang ilmu tidak seberapa) mengkritik kitab yang manfaatnya begitu besar sekali untuk umat Islam sejak hampir seribu tahun lalu.

Kita menyedari kritikan seorang dua ulama silam terhadap kitab Ihya karangan Imam al-Ghazali seperti oleh al-Dhahabi dan Ibn Jawzi khususnya dalam Talbis Iblis (Ibn Jawzi), namun kritikan mereka tidak memberi bekas terhadap kemanfaatan kitab tersebut yang diakui oleh majoriti ulama pada masa itu dan hari ini dan terus menerus diterjemahkan ke dalam sekalian bahasa di dunia ini hingga hari ini.

Ihya Ulum al-Din bukan sembarangan kitab:

-- Imam Ibn al-Subki menyebut dalam Tabaqat al-Shafi'iyah al-Kubra (6:253) "andaikata semua kitab-kitab Islam di dunia ini musnah, memadai Ihya" untuk memandu manusia mentaati Allah SWT.

-- walaupun ada di dalamnya termuat hadith-hadith dhaif, mereka yang memahami manhaj penulisan Ihya mengerti bahawa hadith dhaif, atau hikayat yang dimasukkan bukanlah hujah utama, tetapi sekadar sokongan sahaja selepas ayat-ayat al-Qur'an, Hadith Sahih yang memuatkan 3/4 dari Ihya. Kalau tidak masakan Zain al-Din al-Iraqi, Ibn Hajar, Imam al-Zabidi dan ramai lagi mensyarahkan Ihya'. Imam Al-Zabidi sebanyak 10 jilid melalui kitabnya "Ithaf al-Sada al-Muttaqin fi Sharh Asrar Ihya 'Ulum al-Din".

-- Walaupun mimpi tidaklah boleh menjadi hujah namun boleh dinyatakan juga memandangkan ulama sehebat Imam Ibn al-Subki sendiri meriwayatkan melalui sanad Imam Abu al-Hasan al-Shadhili bahawa Ibn Hirzahm, salah seorang sheikh dari Maghribi yang berhasrat untuk membakar kitab Ihya telah bermimpi bertemu dengan Baginda SAW dan melihat Baginda SAW memuji kitab tersebut lalu memerintahkan Ibn Hirzahm disebat kerana memfitnah. Selepas disebat lima sebatan, beliau dimaafkan dan apabila beliau terjaga, beliau merasa sakit dan melihat masih ada kesan sebatan di belakangnya. Semenjak itu, beliau memuji Ihya dari kulit ke kulit.

وما توفيق الا بالله Wallahualam.


Kiriman Telegram


Panglima : antara tanda kiamat ialah ulama hari ini mengutuk ulama silam seperti Imam Ghazali


Sent from my iPhone

Video @Youtube EGM Bar Council Mahu Hapus Akta Hasutan

Posted: 30 Sep 2014 05:17 PM PDT

myMetro | 'Trojan'' bantu kebas RM2.5 juta

Posted: 30 Sep 2014 02:12 AM PDT

'Trojan'' bantu kebas RM2.5 juta

Oleh Gaddafi Musli

Kuala Lumpur: Sindiket penggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didapati menggunakan sejenis malware Trojan Horse dikenali sebagai Backdoor.Padpin yang hanya mensasarkan mesin ATM dengan membuka 'pintu belakang' sistem komputer terbabit.

Maklumat diperoleh berdasarkan rujukan ke laman web syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene mendedahkan malware yang digunakan dikenali sebagai 'ulssm.exe..'.

'ulssm.exe..' adalah fail yang diaktifkan dalam sistem komputer berkenaan sebaik malware dimuat naik dan mula beroperasi.

Mortadza yang dipetik Bernama berkata malware berkenaan akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam "Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya malam tadi.

Menurutnya lagi, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara berkenaan.

Untuk rekod, Backdoor.Padpin adalah sejenis malware dikenali sebagai Trojan Horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan berupaya melakukan tugasan tertentu.

Sebaik malware berkenaan dimasukkan, penggodam bukan saja berupaya memberi arahan menggunakan pad kekunci untuk membuat pengeluaran wang malah boleh menghentikan sistem penggera.

Backdoor.Padpin, yang mula dikesan pada bulan Mei 2014 turut berupaya 'memadam' dirinya sendiri jika gagal mengawal pad kekunci atau tempat pengeluaran wang.

Foto

RAKAMAN CCTV dipercayai salah seorang suspek di Kota Damansara. FOTO PDRM

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Sep 2014 11:10 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMBANGKANG SAKIT MENTAL BILA HIDUP ASYIK SALAHKAN KERAJAAN JER....

Posted: 30 Sep 2014 08:10 PM PDT


Di Malaysia ni bagi pembangkang @ Pakatan Rakyat kalau hidup tanpa berpolitik mengutuk-ngutuk kerajaan umpama makan nasi kosong. 

Tak dak lauk, tak da kuah, tak da sambal budu, tak da sayur...macam duduk di sebuah negara yang papa kedana.

Seolah-olah kerajaan Malaysia sekarang ni terlalu menzalimi rakyatnya kerana terlalu lama memerintah. Jadi ia perlu ditukar dan diubah kepada sebuah kerajaan yang baharu.

Tak boleh cara demokrasi, kena buat cara reformasi dan revolusi. Tuh dia...sampai baling kerusi...tak pa!

Harga ikan naik...salah kerajaan...konon kerajaan buat untung atas kesusahan nelayan...

Harga getah turun...salah kerajaan...konon kerajaan tak pedulikan rakyat lepas menang pilihanraya.

Lembu bertenggek atas jalan, berak merata dan menyebabkan kemalangan...salah kerajaan tak tangkap lembu...

Longkang tersumbat depan rumah, salah kerajaan juga sebab tak bersihkan longkangnya.

Bini sendiri termengandung pun disalahkan kerajaan tak bagi alat pencegahan elak kehamilan.

Bini sendiri beranak setiap tahun hingga perbelanjaan rumah sendiri bertambah tinggi pun dia masih nak salahkan kerajaan...salah sendiri terlajak 'tak tarik brek', dia tak nak mengaku pulak.

Kalau Melayu dan Islam maju dituduh kerajaan diskriminasi dan rasis. 

Tapi kalau Melayu mundur bertukar jadi terroris mengamuk ganyang puak-puak chauvinist... adakah itu bagus? 

Itulah sikap manusia terutamanya yang dok sokong pembangkang siang malam. Semuanya salah kerajaan. 

Tapi apa yang mereka buat untuk atasi kesusahan rakyat...duit kutip siang malam lepas ceramah tapi mana perginya?



Anwar Berahim dan pakatan pembangkang dok tipu sana sini pun dianggap seperti kata-kata wahyu keramat yang tak boleh diengkari, semuanya betul-betul belaka.

Akibatnya ramai yang mengikut pembangkang senang diperbodohkan, fitnah berleluasa... negara jadi huru-hara.

Tapi apa yang rakyat dapat? 

Adakah kita masih mahu memberikan amanah pemerintahan negara ini kepada puak-puak yang rumah tangga dan parti sendiri huru-hara?  

Nahi,,,nahi,  katakan tak nak pada DAP, PKR dan PAS.

Orang tak berjaya sebijik setepek perangainya macam pembangkang pimpinan Nuar Berahi.


EKONOMI BUMIPUTERA MENJUNAM DI P. PINANG KATA PAS

Posted: 30 Sep 2014 06:47 PM PDT


Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang hari ini mengingatkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yg menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memikirkan semula tindakan melucutkan semua jawatan Bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam Jawatankuasa Tindakan Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bendahari PAS itu dipecat daripada semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mengkritik kredibiliti dan ketelusan pentadbiran Lim Guang Eng dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP (secara total) dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah merobohkan lebih 25 buah kampung kerana melaksanakan pembangunan dengan membina perumahan elit yang berharga jutaan ringgit.

PAS Pulau Pinang secara jelas dinafikan hak bersuara oleh Lim Guang Eng yang hanya melantik seorang EXCO PAS sahaja dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan majoriti EXCO yang lain adalah kaum Cina daripada DAP dan PKR. Selain daripada itu, pimpinan PAS yang dilihat tidak bersefahaman dan mengkritik pemerintahan Lim Guang Eng akan dikenakan tindakan keras seperti nasib Bendahari PAS Pulau Pinang ini!

Selain daripada itu segala peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya bertumpu di kawasan elit yang dikuasai kaum Cina manakala hanya 1.5% sahaja peruntukan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diperuntukkan di kawasan kampung-kampung yang majoritinya daripada kampung Melayu.

Mengikut kajian Ekonomic GRP Center bermula daripada tahun 2010 ekuiti kedudukan ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang jatuh merundum dan hanya 0.7% sahaja pemilikan aset di Pulau Pinang seperti pemilikan bangunan, rumah dan perniagaan milik bumiputera, 0.9% dikuasai kaum India manakala 98.4% sumber ekonomi Pulau Pinang dikuasai oleh kaum Cina.

PAS PEROSAK PAKATAN RAKYAT KATA LIM KIT SIANG

Posted: 30 Sep 2014 05:00 PM PDT

LKS : HADI PEROSAK PAKATAN RAKYAT
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perosak Pakatan Rakyat (PR).
Kit Siang dilaporkan Sinar Harian berkata PAS telah merosakkan prinsip konsensus PR apabila Abdul Hadi enggan mematuhi konsensus dicapai Majlis Pimpinan PR dalam mesyuarat pada 23 Julai dan 17 Ogos.
"Bagaimana PR dan Majlis Pimpinan PR hendak berfungsi jika konsensus tidak dijadikan prinsip untuk panduan operasi PR?
"PR perlu kaji bagaimana kerjasama ini boleh diteruskan dan saya cadangkan pembentukan jawatankuasa kerja merangkumi tiga atau empat wakil dari setiap parti komponen untuk membuat kajian dan cadangan," katanya.
Kit Siang turut mengakui PR menghadapi kerosakan teruk akibat krisis berpanjangan Menteri Besar Selangor, yang diheret lebih 45 hari daripada yang sepatutnya selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR pada 9 Ogos lalu.
Beliau mengakui, selepas kejayaan PR memenangi 52 peratus undi popular dalam PRU13 lalu, soalan yang mula timbul dalam minda rakyat adalah sama ada PR akan terus wujud sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU14.
Menyifatkan krisis terbaharu itu sebagai terburuk dalam sejarah PR, Kit Siang berkata, penegasan semula dasar bersama PR dan prinsip konsensus akan mengembalikan keyakinan rakyat dan menyelamatkan PR daripada menjadi pakatan yang hanya bertahan untuk satu PRU.
Kit Siang turut mengulangi senario yang mungkin berlaku jika sokongan terhadap PR terus menurun, seperti yang dikatakannya semasa majlis makan malam DAP Petaling Jaya di Bukit Gasing, Sabtu lalu.
Katanya, jika keputusan PRK Pengkalan Kubor di Kelantan baru-baru ini diunjurkan bagi semua kerusi Dun di Kelantan, BN mampu merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS.

DAP KATA PARTI PAS PUN PARTI SEKULAR !

Posted: 30 Sep 2014 08:15 AM PDT

Facebooker Hamba Archidea Cronixx mendakwa salah satu kepakaran Ketua Umum (Ketum) PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menyebarkan 'perang saraf' secara terbuka dengan mendedahkan keburukan orang lain untuk melindungi keaibannya.
Ia merujuk kepada perang saraf Anwar secara berterusan yang berusaha membina persepsi umum bahawa bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang pemimpin korup.
Semalam, Antarapos melaporkan Anwar telah menggunakan Universiti Selangor (Unisel) untuk memburuk-burukkan Khalid berkaitan dengan yuran pengajian di produk kerajaan Negeri Selangor.
Taktik Anwar yang menggunakan pentas umum untuk membuat tuduhan tanpa bukti itu juga turut dibangkitkan Dewan Pemuda PAS Gombak sebelum ini. Selanjutnya, baca Kes Pemecatan Iszuree : Pemuda PAS Gombak Tempelak Alasan Anwar
16 tahun lalu, ketika Anwar dipecat daripada UMNO, disebar satu perang saraf di kalangan pengikutnya bahawa 'Anwar dipecat kerana untuk menghalang projek Islamisasi dalam UMNO.'
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini mendedahkan Anwar dan parti yang diterajuinya bukan sebuah parti Islamik sebaliknya parti sekular yang sama seperti DAP.
"Tempoh hari, ada yang marah-marah apabila kononnya Tuan Guru Haji Hadi melabelkan DAP dan PKR sebagai sekular.
"Nah, Ahli Parlimen DAP mengesahkannya hari ini, DAP dan PKR mengamalkan dasar sekular," ulas Dewan Pemuda PAS Gombak.
Pemuda PAS Gombak merujuk kepada pengakuan ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dilaporkan The Malaysian Insider.
"Tindakan pihak berkuasa terhadap ideologi sekular dan liberal adalah sebahagian daripada taktik Putrajaya untuk mempastikan BN terus kekal dominan.
"DAP amalkan sosial sekular, PKR amalkan sekular pragmatik manakala PAS laksanakan kedua-dua Islam dan juga sekular," kata Zairil dalam Simposium "Islam, Demokrasi dan Sekularisme" di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur, 27 September.
"Kebebasan mutlak tidak membawa kepada ancaman atau masalah kepada Islam. Tetapi Putrajaya takut apa yang kebebasan sekular dan liberal akan bawa.
"Tanpa monopoli ideologi mereka terhadap rakyat, BN akan hilang kesahan politik dan selepas itu, kuasa mereka," katanya.
Zairil berkata, sekularisme dan liberalisme sebenarnya falsafah yang boleh mengukuhkan Islam, tetapi sebaliknya BN memberikan aspek negatif terhadapnya.

DAP HALAU PAS SLOW - SLOW

Posted: 30 Sep 2014 12:59 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Gombak menyedari DAP mutakhir ini sengaja cari pasal dengan PAS untuk menimbulkan perbalahan di antara kedua parti itu dan menendang PAS daripada Pakatan Rakyat (PR)


Rentetan ini bermula pada 21 September lalu, apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai nyanyuk dan diikuti dengan pemecatan Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan dalam Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 25 September.

"Kemudian, 26 September Pemuda DAP Sarawak mengeluarkan kenytaan tamatkan kerjasama dengan PAS di Sarawak.

"Tidak cukup dengan itu, 27 September pula dua Adun PAS yang mengkhianati PAS Selangor diangkat sebagai "hero" dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Selangor.

"Kami yakin akan ada lagi tindak-tanduk DAP yang sedang mabuk KetUm untuk mendesak dan menekan PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat," kata Pemuda Gombak.




Kenyataan penuh :

DAP Mabuk KetUm, Sengaja Cari Pasal Dengan PAS

Dalam tempoh seminggu selepas muktamar PAS, beberapa insiden yang sengaja dicetuskan oleh DAP terhadap PAS untuk memercikkan api perbalahan.

Lihat sahaja status FB Tony Pua pada 21 September yang lepas, "dah nyanyuk ke" yang ditujukan kepada Presiden PAS sehari selepas tamat Muktamar PAS.

Sebenarnya ia bermula sebelum itu lagi apabila pimpinan DAP langsung tidak kelihatan untuk turun membantu PRK Pengkalan Kubor.

25 September pula, Kerajaan Negeri Plau Pinang pimpinan DAP pula memecat bendahari PAS Pulau Pinang daripada Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengkritik kerajaan negeri dalam muktamar lepas.

Kemudian, 26 September Pemuda DAP Sarawak mengeluarkan kenytaan tamatkan kerjasama dengan PAS di Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, 27 September pula dua Adun PAS yang mengkhianati PAS Selangor diangkat sebagai "hero" dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Selangor.

Kami yakin akan ada lagi tindak-tanduk DAP yang sedang mabuk KetUm untuk mendesak dan menekan PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ia dipercayai susulan daripada muktamar yang lalu apabila Presiden PAS menegaskan akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Mereka sedang mabuk KetUm untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Memang ada grand-design dari dalam dan luar PAS untuk menekan dan menolak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, dengan PasMa sebagai pengganti.

Tulisan ini akan dilabel sebagai pemecah belah PR dan tidak berakhlak oleh konon-kononnya penyokong PAS dan PR, dalam masa sama hanya menutup mata melihat DAP yang sedang mabuk KetUm.

Apalah sangat sekadar mengatakan DAP mabuk KetUm jika dibandingkan dengan DAP yang menuduh nyanyuk, dan tamatkan kerjasama dengan PAS.


Belantan

Posted: 30 Sep 2014 11:09 PM PDT

Belantan


Pas boleh keluar daripada pakatan pembangkang - Lensa macai KETUM Anwar?

Posted: 30 Sep 2014 09:35 PM PDT


Selepas Pas menerima tamparan hebat termasuk kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, parti itu hari ini diberi kata dua oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) sama ada kekal atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa propembangkang termasuk bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang, yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan, mempertikai kepimpinan Pas dan menuduh parti itu sebagai punca konfik berpanjangan di Selangor dan ketegangan pakatan pembangkang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini hari ini, Lensa memberi amaran kepada Pas agar mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Koordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan Pas membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR

Pas juga didakwa lambat bertindak serta beberapa kali membuat keputusan yang dilihat sebagai pusingan-U dalam kemelut berkenaan dan mengkritik secara terbuka calon Menteri Besar yang dipilih, katanya.


"Contohnya Ahli Parlimen Temerloh melabelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru.

"Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melabelkan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor," kata Ekhsan.

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz sebagai pencetus ketegangan.

"Presiden Pas dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Pas Ke-60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Dr. Wan Azizah. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah kerana tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka.

"Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dan DAP," kata Ekhsan.

Memorandum itu turut mengemukakan cadangan bagi memulihkan permuafakatan pembangkang termasuk menggesa Pas keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya gagal bertindak terhadap kelompok dalam parti itu yang mewujudkan konflik dengan DAP dan PKR.

"Lensa menyarankan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli mahupun pemimpimnya yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang.

"Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok yang berterusan mewujudkan konflik dalam pakatan pembangkang, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah berundur," tegas Ekhsan.

Suara Politik
Belantan

Kenyataan media Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) macai KETUM Anwar dan PKR?

Posted: 30 Sep 2014 08:32 AM PDT


Pas perlu henti cetus ketegangan.

Lensa berpendirian sistem politik dwi-parti merupakan mekanisme yang sangat berkesan dalam mewujudkan pentadbiran berimbang. Sebagai satu-satunya pakatan pembangkang di Malaysia, pakatan pembangkang perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN). Pakatan pebangkang yang kuat akan melahirkan Kerajaan yang lebih perihatin dan telus dalam pemerintahan.

Sebaliknya, jika pakatan pembangkang lemah, maka Kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekaligus berpotensi untuk menindas rakyat. Sebagai contohnya , dalam tempoh masa pakatan pembangkang terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut telah digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan. Lensa melihat pakatan pembangkang begitu longlai dalam menangani keghairahan Kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama pakatan pembangkang sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

Lensa juga ingin mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang bahawa mereka sedang membawa harapan 52% rakyat Malaysia yang telah memberi undi popular kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 yang lalu. Perkara ini merupakan bukti signifikan yang menunjukkan pakatan pembangkang tidak sekadar dianggap sebagai musuh tradisi kepada Kerajaan Barisan Nasional, tetapi juga telah diterima sebagai alternatif baru untuk Malaysia.

Oleh itu Lensa menyeru setiap komponen pakatan pembangkang untuk berkongsi tanggungjawab memperkukuh pakatan pembangkang, demi menjunjung harapan rakyat yang menimpikan reformasi berlaku dalam negara.


Sikap Pas mengeruhkan lagi keadaan.

Lensa telah menganjurkan empat forum sepanjang krisis politik Selangor berlaku. Keempat-empat forum ini telah membincangkan mengenai punca kemelut, faktor yang menyebabkan kemelut ini berpanjangan dan langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menyelesaikan konflik ini.

1. Pas Belakangkan Setiakawan.
Lensa melihat Pas menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir lima bulan. Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telahpun dipersetujui secara bersama oleh PKR dan DAP.

2. Pas Lewat Bertindak, Tidak Konsisten.
Walaupun diadakan terlalu lewat, mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya sudah mampu menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun selepas mesyuarat tersebut, Pas beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu. Walaupun pada 17 Ogos mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang sepakat menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor, namun selepas mesyuarat tersebut Pas berkeras untuk tidak menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

3. Pas Menyerang Kawan Sendiri Tanpa Asas Yang Jelas.
Konflik menjadi lebih parah apabila terdapat pemimpin Pas yang secara terbuka mengkritik calon MB yang dipilih oleh rakan komponen. Lensa tidak menolak hak individu mahupun organisasi untuk mengkritik dan bersuara, namun dalam isu ini, terdapat kritikan yang berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin parti kawan. Sebagai contohnya Ahli Parlimen Temerloh melabelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru. Selain itu, Presiden Pas sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melabelkan Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor.

Lensa percaya kenyataan-kenyataan ini dibuat bertujuan untuk memberi justifikasi terhadap pendirian Pas yang berbeza dalam krisis politik Selangor. Namun hakikatnya kenyataan-kenyataan ini hanya menjadikan konflik semakin tegang.

4. Karenah Pas, Akhirnya Demokrasi Dicabuli.
Lensa menjadi lebih terkilan setelah sikap Pas ini menyebabkan perinsip demokrasi tercemar apabila pemilihan MB Selangor hari ini tidak dipilih berdasarkan lunas-lunas demokrasi. Walaupun menghormati MB yang telah dipilih, Lensa beranggapan menafikan hak individu yang mendapat sokongan majoriti untuk dipilih menjadi MB merupakan pencabulan demokrasi secara jelas.

5. Kenyataan Berterusan Pemimpin Pas Yang Menimbulkan Ketegangan.
Lensa juga melihat hubungan sesama komponen pakatan pembangkang menjadi tidak tentu apabila terdapat beberapa pemimpin Pas yang berterusan mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang merugikan pakatan pembangkang.


Berikut merupakan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan pemimpin Pas:

1. Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dan DAP. Kenyataan beliau itu disiarkan portal berita The Malaysian Insider dan beberapa akhbar bercetak.

2. Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin pula dalam satu wawancara yang dikendalikan Sinar Harian pada 25 September lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Pas bersedia untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tiba masa untuk berbuat demikian.

3. Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke 60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang memberi sokongan kepada Dr. Wan Azizah. Dalam kenyataan yang sama, Presiden Pas juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah sebagai calon MB adalah kerana beliau tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka akibat tersalah memilih pemimpin. Kenyataan Presiden Pas ini disiarkan banyak akhbar termasuk Malaysiakini bertarikh 20 September.

4. Dr. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, melalui tulisan bertajuk ‘Di mana salahnya Akta Hasutan’ di laman Facebook beliau pada 19 September secara terbuka mempertikai usaha melawan Akta Hasutan sedangkan pakatan pembangkang sendiri secara prinsip telah mendesak agar akta drakonian tersebut dimansuhkan.

5. Presiden Pas juga pada 5 September, seperti yang dilaporkan Malaysiakini telah mengkritik kebolehan Dr. Wan Azizah dan menyifatkan beliau sebagai lemah serta tidak layak untuk memimpin Selangor.

6. Ahli Parlimen Pas Temerloh pada 30 Ogos mengeluarkan kenyataan yang disiarkan Malaysiakini mendakwa Anwar Ibrahim mengamalkan politik nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB yang baru menggantikan Khalid Ibrahim

7. Dr. Zuhdi Marzuki juga dalam kenyataan yang disiarkan Malaysiakini bertarikh 8 Ogos mendakwa Anwar Ibrahim melakukan serang hendap terhadap Presiden Pas.

8. Dr. Zuhdi Marzuki melalui satu tulisan dalam aplikasi Whataspp yang terdedah pada 29 Julai lalu telah mengeluarkan satu analisis yang berbaur rasis dan mencadangkan kerjasama antara Pas dan UMNO di Selangor untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Pakatan pembangkang bakal hilang sokongan rakyat.

Lensa khuatir sekiranya pertembungan dalaman pakatan rakyat ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada pakatan rakyat dan secara khususnya kepada Pas. Ini berikutan tanggapan umum terhadap Pas yang dilihat membelakangkan semangat pakatan pembangkang seterusnya menyebabkan krisis menjadi semakin rumit.

Dalam empat siri forum yang telah dijalankan, Lensa menganggarkan seramai 700 orang telah hadir sebagai penonton. Daripada empat forum tersebut, 33 soalan telah diajukan oleh penonton kepada para panelis. Soalan tersebut telah dikumpulkan untuk dianalisis. Hasilnya, 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap Pas dalam krisis Selangor. Analisis itu juga menunjukkan semua soalan yang diajukan oleh penonton bukan Islam mempertikaikan sikap Pas sepanjang konflik berlaku.

Bertindak segera atau keluar pakatan pembangkang.

Melihat kepada perlunya tindakan segera bagi memulihkan permuafakatan dalam pakatan pembangkang, maka Lensa mengemukakan cadangan berikut kepada pihak Pas:

1. Lensa menyarankan agar Pas perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudharatkan hubungan sesama rakan pakatan. Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen Pakatan Rakyat memperkukuh semula permuafakatan.

2. Lensa menyarankan agar Pas perlu menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang. Hal ini penting bagi membuktikan ketelusan Pas bersama pakatan pembangkang sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam Pas. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, Lensa yakin kepercayaan masyarakat umum kepada Pas akan dapat dikembalikan.

3. Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam Pas yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah untuk berundur daripada pakatan pembangkang.

Sekian.

Ekhsan Bukharee,
Koordinator
Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Suara Politik
Belantan

Pas ambil keterangan Hasnul dan Saari langgar 'baiah'?

Posted: 30 Sep 2014 01:42 AM PDT


Dua wakil rakyat Pas yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadap Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Kedua-dua mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Bagaimanapun menurut Hasnul, perjumpaan tersebut hanya untuk mengambil keterangan sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Pas bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, perjumpaan itu berlangsung pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sekadar gambar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati

"Saya dan Saari hanya diambil keterangan, seterusnya perkara ini dibawa kepada Pas pusat.

"Setakat ini, tiada perjumpaan dengan Lembaga Displin lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 ADUN daripada DAP dan 13 ADUN PKR menyokong Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid sebelum Pas membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas ke-60 mengecam tindakan kedua-dua ADUN itu dengan gelaran 'broker' dan 'barua'.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Sep 2014 11:05 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Sekolah Rasis Mahu Peruntukan Lebih Tahun Depan

Posted: 30 Sep 2014 10:25 PM PDT

Adakah najib akan melayan permintaan mereka...?

Apa keuntungan yang kerajaan dapat sekiranya membantu mereka, ada jaminan ke yang boleh mereka berikan sekiranya lebih peruntukan di beri maka mereka akan memberi lebih undi kepada BN.

Kalau mereka tak boleh janji, aku cadangkan, baik ketepikan permintaan mereka tu.

Bak kata orang negori, buat perabih borehh...


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 30 Sep 2014 09:45 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 30 Sep 2014 09:29 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Pengkalan Kubor : Nik Aziz Kata Pakatan Yang Kalah Bukan PAS

Posted: 30 Sep 2014 08:30 PM PDT

Jawapan Nik Aziz ini adalah untuk counter kembali tuduhan dan kecaman yang dibuat DAP?

Budak Budak Unversiti Ini Jadi Proksi Siapa Beri Amaran Kepada PAS Agar Jangan Ganggu Pakatan Rakyat

Posted: 30 Sep 2014 07:00 PM PDT


Rasis : UMNO Penang Bidas DAP

Posted: 30 Sep 2014 05:37 PM PDT


Benarkah BSN Taja Malaysiakini?

Posted: 30 Sep 2014 04:55 AM PDT

Pemuda PAS Gombak Kata DAP Umpama Sedang "Mabuk Ketum"

Posted: 29 Sep 2014 10:37 PM PDT






AIDCNews – 29/9/14 – Dewan Pemuda PAS Gombak menyedari DAP mutakhir ini sengaja cari pasal dengan PAS untuk menimbulkan perbalahan di antara kedua parti itu dan menendang PAS daripada Pakatan Rakyat (PR)

 Rentetan ini bermula pada 21 September lalu, apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai nyanyuk dan diikuti dengan pemecatan Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan dalam Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 25 September.

"Kemudian, 26 September Pemuda DAP Sarawak mengeluarkan kenytaan tamatkan kerjasama dengan PAS di Sarawak.

"Tidak cukup dengan itu, 27 September pula dua Adun PAS yang mengkhianati PAS Selangor diangkat sebagai "hero" dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Selangor.

"Kami yakin akan ada lagi tindak-tanduk DAP yang sedang mabuk KetUm untuk mendesak dan menekan PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat," kata Pemuda Gombak.

(Baca Selanjutnya)

tok gajah

Posted: 30 Sep 2014 09:24 PM PDT

tok gajah


Anak bangsa melayu yang tak sedar diri..........

Posted: 30 Sep 2014 05:19 PM PDT

Gadis berpurdah masuk DAP dikecam teruk


Tindakan seorang gadis Melayu berpurdah yang menganggotai DAP seperti dilaporkan baru-baru ini dikecam hebat oleh seorang penulis online yang menganggap lebih mulia menjadi pelacur daripada membabitkan diri dengan parti majoriti Cina itu.

Penulis yang menamakan dirinya 'KuntaKinte Malaysia' itu membidas gadis tersebut yang dikenali sebagai Melati kerana mendakwa keputusannya menjadi ahli DAP seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.

Menulis di bawah tajuk "Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP", penulis itu berkata bagi seorang anak gadis Islam atau mana-mana anak muda Islam menyertai DAP, mereka sebenarnya mengukuhkan usaha DAP melemahkah kedudukan dan peranan Islam di negara ini.

"Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.

"Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah 'menjual diri' kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam," katanya di laman sosial www.mykmu.net.

Melati, atau nama sebenarnya Jamila Rahim, 22, merupakan graduan Unisel dan pernah menghasilkan novel bertajuk "Pelacur Kelas Pertama".

Tindakannya menyertai DAP mengejutkan orang ramai, tambahan pula dengan penampilannya sebagai seorang gadis berpurdah.


Sambil mendoakan semoga Melati dan gadis lain seangkatan dengannya termasuk bekas calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud diberi hidayah untuk kembali kepada jalan yang lebih baik, KuntaKinte juga menyelar sokongan yang ditunjukkan Pemuda PAS Johor.

Sheikh Omar Ali, ahli Pemuda PAS Johor yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong daripada DAP, menulis di laman portal hari ini menamakan tindakan Melati itu sebagai "Melati Move" (Langkah Melati).

Katanya, langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi contoh anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.

"Ia menjadi signal anak muda generasi Y kini tidak lagi meletakkan sentimen ras sebagai asas untuk mereka menjadi sebahagian daripada proses membina masa depan tanah air yang lebih adil dan demokratik," katanya.

KuntaKinte mendakwa reaksi Omar tersebut membuktikan penyertaan anak muda Islam menjadi ahli DAP hanyalah bermotifkan wang.

"Kenyataan dan justifikasi yang cuba diwujudkan oleh Omar hanya mengesahkan teori sejak beribu tahun lalu bahawa harta benda adalah segala-galanya dalam dunia kemanusiaan ini," katanya.

Beliau turut mempersoalkan yang PAS dahulunya merupakan parti yang bersungguh-sungguh menolak undi bukan Islam meskipun diyakini oleh Umno ia tidak akan mengubah Perlembagaan kerana pemimpinnya masih dipegang kaum Melayu.

"Luar biasanya, mereka yang dulunya menganggap undi bukan Islam sebagai wakil rakyat haram, hari ini menjustifikasikan kemasukan anak muda Islam ke dalam parti pimpinan bukan Islam yang terkenal dengan kerja-kerja melemahkan Islam di negara ini," katanya, lapor TMI.

Kebakaran rumah : wanita rentung

Posted: 30 Sep 2014 05:11 PM PDT

KEBAKARAN RUMAH 1 TINGKAT di Kampung Baru Ampangan Seremban pada pukul 5.47 petang tadi. Mangsa seorang wanita berumur dalam lingkungan 30an rentung akibat terperangkap di tempat kejadian.

Turut musnah 2 buah kereta. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Seremban dan BBP Senawang.. (4 photos)


dari Bomba dan Penyelamat Malaysia

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 30 Sep 2014 03:12 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pasangan tak sedar aksi ghairah dirakam CCTV

Posted: 30 Sep 2014 04:01 PM PDT

Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi 'saksi' setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah 'lain macam' telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut. Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan 'skandal' di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?

Wanita berbogel dalam stadium penuh

Posted: 30 Sep 2014 01:01 AM PDT

MELBOURNE – Sewel dan menjijikkan….itu gelaran yang diberikan oleh orang ramai terhadap seorang model yang sanggup berbogel di hadapan kira-kira 100,000 penonton di stadium ketika perlawanan kriket AFL Grand Final diadakan.
Advertisement

Wanita itu, Heather McCartney,26, berbuat demikian selepas pasukannya Hawthorn menewaskan Sydney Swans.

Tanpa rasa malu, dia menanggalkan baju dan menari-nari dalam keadaan bogel di tempat duduk sambil disaksikan oleh orang ramai.

Selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan gila itu, polis kemudiannya menangkap McCartney namun dia melawan dengan menendang, menumbuk dan menggigit anggota polis.

Dia akhirnya menerima padah apabila ditahan di lokap semalaman dan didenda sebanyak $300 kerana berkelaluan tidak senonoh.
Perbuatan tersebut telah dirakamkan orang ramai dan kemudiannya tersebar di internet.

"Ia adalah satu pertaruhan. Saya katakan jika Hawthorn menang maka saya akan berbogel. Mereka menang lalu saya bogellah," katanya kepada media ketika ditanya mengenai perbuatan tersebut.

Selain menerima kecaman ramai, pegawai persatuan Melbourne Cricket Ground (MCG) nyata berang degan perbuatannya dan mereka kini melancarkan siasatan.

"Tindakan sewajarnya perlu diambil keatasnya. Ia merupakan perbuatan menjijikkan kerana perlawanan itu adalah untuk seluruh anggota keluarga," kata jurucakap MCG, Shane Brown. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Pemimpin PAS mungkin 'bunuh' sesama sendiri

Posted: 30 Sep 2014 12:48 AM PDT

KEKALAHAN PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor memburukkan keadaan parti yang sedia rumit. 'Bedah siasat' bakal menunjukkan pelbagai kelemahan dari segi perancangan, organisasi, kaedah dan isu kempen.

Pada peringkat awal, PAS mengisytiharkan akan berkempen secara baik kerana menganggap PRK ini sebagai pertandingan 'adik-beradik'. Mesej ini mengelirukan pekerja dan aktivis parti kerana UMNO-Barisan Nasional (BN) dianggap musuh tegar. PAS tidak mampu mengusulkan banyak isu, sekadar berkisar peribadi calon BN, peruntukan Kerajaan Pusat, GST dan isu royalti minyak; itu pun ditangkis BN. Paling ketara, hanya segelintir pemimpin PAS turun berkempen seolah-olah 'perbalahan' sesama mereka di muktamar minggu lalu meninggalkan kesan hingga menggagalkan misi di Pengkalan Kubor.

Dituduh tidak setia, tidak amanah

Kelibat pemimpin PKR dan DAP langsung tak nampak, seolah-olah memboikot. Yang jelas, pemimpin PAS pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu Presiden Datuk Seri Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Nik Amar Nik Abdullah; berkempen untuk calon. Akibatnya, calon UMNO Ustaz Mat Razi Ail menang bergaya dengan majoriti lebih banyak. Besar kemungkinan mereka terkesan dengan kenyataan Hadi dua minggu lalu yang menuduh mereka tidak amanah, tidak setia dengan dasar parti dan menyerabutkan bagai 'nyamuk'. Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Hanipa Maidin, misalnya, dipanggil 'peguam neraka'.

Hadi menegur: "Jangan ikut kepala masing-masing, kena ikut keputusan parti. Ini cara kita berjemaah." Hadi menuntut semua ahli memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan PAS, bukan pemimpin PKR atau DAP. "Pakatan Pembangkang bukan satu parti. PAS berdasarkan Islam, PKR sekular pragmatik dan DAP sekular sosialis. Tahaluf bukan bermakna dia boleh mengarah kita makan dan tidur bersama. Ini silap."

Menyokong pendirian Hadi, Timbalan Pengerusi Majlis Syura, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, secara berkias menegur sikap pemimpin PAS berkiblatkan PKR-DAP. "Andai nak ke Putrajaya sekali pun, kenalah dengan cara betul. Jangan ugut, jangan rasuah. Kita ke sana naik kereta buruk pun tak apa (asalkan) kereta sendiri, bukan naik kereta orang. Begitu juga kalau kita nak buat anak, kita boleh kahwin satu, dua atau tiga orang isteri. Jangan pula dengan cara larikan bini atau anak dara orang. Matlamat tidak menghalalkan cara."

Hadi, Mat Sabu tidak mesra

Pemimpin PAS yang terguris dengan kritikan Hadi dan Dr Mahfodz tidak berdiam diri. Mereka mempertahan pendirian. Mohamed Sabu menafikan mahu 'melanggar' Hadi, tapi wajah dan bahasa badannya sepanjang muktamar PAS di Johor minggu lalu, tidak memperlihatkan kemesraan. Dia tidak duduk sebelah Hadi walaupun berjawatan timbalan. Sewaktu bergambar di akhir muktamar, beliau juga tidak berada di sebelah Hadi. Naib Presiden, Salahuddin Ayub berpendapat: "Kita perlu beri Mat Sabu peluang untuk menjawab tuduhan. Undang dia ke forum dan debatlah dengan dia. Jangan sesuka hati melabel atau memfitnah dia. Siapakah golongan liberalis dalam PAS - Khalid Samad, Hanipa Maidin, Husam Musa, Mujahid Rawa? Panggil mereka, bincang dulu. Jika benar seperti didakwa, maka pecat mereka."

Seolah-olah memberi amaran kepada Hadi, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan bahawa seorang Presiden PAS pernah dibaling gumpalan kertas ke mukanya oleh seorang naib presiden yang marah dan tidak bersetuju dengan pandangannya dalam satu mesyuarat. Presiden PAS yang dimaksudkan ialah Allahyarham Yusof Rawa, bapa kepada AJK PAS Pusat Dr Mujahid yang juga dikatakan bersama puak pro-Anwar.

Beberapa pemimpin PAS berusaha mereda pertelagahan antara puak ulama pro-Hadi dan puak pro-Anwar yang diketuai Mat Sabu. Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan: "Jangan guna media untuk bergaduh. Ibarat suami isteri yang bergaduh, janganlah di depan anak. Jika nak tegur presiden guna saluran yang betul."

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, meminta pemimpin PAS elak berpuak. Dalam pada itu, beliau melahirkan kebimbangan yang lebih besar: pemimpin PAS mungkin 'berbunuhan' sesama sendiri. "Janganlah kerana seseorang itu bukan daripada puak kita, maka kita jatuhkan dia. Jangan jadikan muktamar sebagai tempat untuk kita kenal pasti pemimpin yang akan kita korbankan atau 'sembelih' pada pemilihan tahun depan."

Penyanyi Aliff Aziz bakal dipenjara, curi dua telefon bimbit

Posted: 29 Sep 2014 10:38 PM PDT

PENYANYI kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.

Pasangan artis kantoi 'projek' dalam bilik

Posted: 29 Sep 2014 08:03 PM PDT

Ini bukan kes kecil hati lagi, tetapi boleh dikategorikan sebagai 'makan hati' dan 'sakit hati' kerana tempat untuk mencari rezeki sudah bertukar jadi sarang maksiat.

Dalam ruangan gosip di akhbar Harian Metro menyebut, seorang artis veteran ternampak sendiri perlakuan dua artis yang tidak teragak-agak dan tanpa segan silu masuk ke bilik.

Mustahil artis wanita itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua.

Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu.

Khabarnya artis veteran artis veteran itu marah benar akan perlakuan tidak senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang hormat pada penggiat seni tanah air.

Di manakah letak­nya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu dia bagaikan kehilangan arah.

Masakan artis itu tidak 'naik sawan' kerana rakan seang–katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak.

sumber : Harian Metro

Kata Pakteh...!!

Posted: 30 Sep 2014 01:43 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Hebat !! Motivasi terbaik untuk MELAYU

Posted: 29 Sep 2014 07:23 PM PDT

Copy & paste 100% dari blog asal disini yang merujuk kepada sumber ini


Tahniah Hazzirah Izzati Pelajar Paling Muda Dianugerahkan PhD UTM
Inilah pelajar paling muda yang dianugerahkan PhD dari UTM yang membawa gelaran Doktor Falsafah. Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim merupakan pelajar paling muda yang dianugerahkan PhD dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM).


Anak kedua daripada 8 adik beradik ini dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Bapanya Mat Hassim bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat Kelantan. Ibunya iaitu Martinawati Binti Salleh merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.


Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.


Kata pakteh: Belia seperti ini yang sepatutnya dijadikan Idola.....bukannya Adam Adli dan sekutunya yang terang-terang menolak ilmu dan mencintai kebatilan.


Apa Yang Tersirat

Posted: 30 Sep 2014 01:22 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Rasuah: SPRM Soal Siasat Ghani Yassin- Apakah Suatu Permulaan?

Posted: 30 Sep 2014 07:38 AM PDT

APA kah satu permulaan? apabila SPRM mengambil keterangan daripada Ketua Bahagian Umno Pensiangan membabitkan bayaran pampasan tanah kerajaan negeri.

Menurut laporan media, wang pampasan yang terlibat mencecah RM300 juta, satu jumlah yang cukup besar.

Berasaskan jumlah itu, adalah mustahil hanya Ghani yang terlibat, kerana beliau hanya seorang Ketua Bahagian Umno, dan mantan Timbalan Pengerusi SLDB (Lembaga Kemajuan Tanah Sabah). 

Boleh kah seorang Timbalan sebuah agensi kerajaan, boleh menyelewengkan wang sebanyak itu? tanpa bantuan atau kerjasama daripada yang lebih tinggi daripada beliau?

Biasanya SPRM dalam usaha menangkap jerung yang lebih besar, akan membuat siasatan terhadap ikan siakap atau bilis, kerana siakap dan bilis akan membuka mulut, siapa kah jerung itu.

Kita sama-sama tunggu, apa kah kesudahan kes ini, kerana biasanya SPRM tidak akan bertindak, jika belum mendapat bukti-bukti yang sahih. 

Anwar Yakin Masuk Kembali Ke Sungai Buloh

Posted: 30 Sep 2014 04:16 AM PDT

Anwar meluahkan keyakinan masuk penjara kepada wartawan AFP-Martin.
PENGAKUAN terkini Anwar berkaitan kes sodomi II beliau yang akan di dengar di Mahkamah Persekutuan selama dua hari 28 dan 29 Oktober depan akan berakhir bahawa beliau akan kembali menghuni Penjara Sungai Buloh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan telahpun menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Defacto leader PKR itu kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Pada hari pertama perbicaraan itu, mahkamah juga akan mendengar rayuan daripada pendakwaraya untuk meningkatkan hukuman penjara terhadap Anwar.

Anwar kini bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Anwar dalam langkah terakhirnya sebelum kembali ke penjara, telah melakukan tindakan Langkah Kajang yang pada mulanya untuk beliau, dan kemudian untuk isterinya, namun semuanya gagal.

Anwar mengintisipasi, bahawa Mahkamah Persekutuan akan berpihak kepada Pendakwa raya dan cukup yakin bahawa beliau akan kembali ke penjara.

Bayaran Kompensi Tanah: Punca Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ditahan

Posted: 30 Sep 2014 03:53 AM PDT

KETUA Bahagian Umno Pensiangan Sabah, Datuk Abdul Ghani Yassin, ditahan SPRM kerana didakwa melakukan amalan rasuah membabitkan pembayaran kompensasi tanah milik Kerajaan Negeri.

Ghani ditahan pada Jumaat, sebaik sahaja beliau datang untuk memberi kenyataan beramaran. 

Laporan sebelum ini, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebenar ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Laporan sebelum ini, termasuk laporan Harian Express, surat khabar tempatan Sabah, Ghani ditahan atas sebab pecah amanah (CBT) membabitkan RM300 juta.

Pihak SPRM mengeluarkan kenyataan lewat petang Selasa, Ghani disiasat di bawah Seksyen 17(a) kerana menerima rasuah.

Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ditahan SPRM

Posted: 30 Sep 2014 01:58 AM PDT

KETUA Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Yassin ditahan SPRM atas dakwaaan terlibat pecah Amanah (CBT) membabitkan RM 300 juta.

Pengesahan penahanan Ghani dinyatakan oleh Ketua Bahagian Umno Sepanggar Datuk Jumat Idris melalui posting melalui facebook beliau pada Selasa.

Difahamkan Ghani ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Ghani sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi SLDB (Lembaga Pembangunan Tanah Sabah). Pengerusi SLDB pada masa kini adalah ADUN Pantai Manis- Datuk Rahim Ismail.

Ghani merupakan salah seorang daripada kumpulan 8 (G8) yang berjumpa dengan Perdana Menteri pada 10 Julai lalu bagi mencadangkan pelan pertukaran kempimpinan Sabah. Selain Ghani, Datuk Jumat Idris (Sepanggar), Wetrom Bahanda (Kota Marudu), John Ambrose (Penampang), Sairin Karno (Keningau), Rubin Balang (Tenom), sementara James Ratib (Beluran) dan Bolkiah Ismail (Kudat) mendakwa diperangkap/diperalat dalam pertemuan itu.

Jumat dalam posting beliau, mendakwa bahawa penahanan Ghani ada hubungan dengan dendam politik, kerana menurutnya fail-fail Umno Sepanggarpun sudah dipantau oleh pihak Jabatan Ketua Menteri.

Bagi AYT, SPRM adalah badan bebas, atas sebab itu bebas daripada pengaruh politik. Seseorang yang ditahan SPRM tidak semestinya bersalah, hanya mahkamah yang boleh menentukannya.

Sebelum inipun ramai pemimpin yang ditahan SPRM, malah telah dihadapkan di mahkamah, namun mahkamah melepaskan/membebaskan mereka kerana ketiadaan bukti kukuh untuk mensabitkan mereka. Antara pemimpin yang didakwa SPRM ke mahkanah adalah Tan Sri Kasitah Gadam (mantan Pengerusi SLDB) dan Datuk Saidin Thambi mantan exco Selangor.

Cucu Tok Selampit

Posted: 30 Sep 2014 01:14 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Hari Ini Dalam Sejarah - Madam Kipas Lawat Kajang

Posted: 30 Sep 2014 02:11 AM PDT

Semalam CTS ada membuat posting bertanyakan di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang merangkap Menteri Besar Tak Jadi, Dr Wan Azizah sewaktu Kajang dilanda banjir kilat. Hari ini, ADUN Kajang berkenaan menafikan posting CTS. Hari ini beliau muncul beb!

Beliau hadir melawat kawasan parlimennya lengkap dengan baju kurung gaya orang hendak pergi rombongan kenduri kahwin. Seperti biasa, 'trademark' beliau tidak dilupakan iaitu Kipas Korea di tangan dan 'glove' putih Micheal Jackson.



Himpunan Desak PAS Keluar PR Tidak Dapat Sambutan

Posted: 29 Sep 2014 10:27 PM PDT

Sekumpulan anak muda yang menamakan NGO nereka sebagai Lensa Anak Muda pukul 10.00 pagi tadi telah mneghantar satu memorandum di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Memorandum ini mwndesak agar PAS keluar dari PR. Sayangnya tiada piket seperti yang dijadualkan sebelumnya. Malah perhimpunan yang dikatakan panas hari ini sesuam air sejuk apabila hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang hadir.

Itupun mungkin termasuk wartawan, bloggers dan orang awam yang hadir. Kalau diikutkan yang menyerahkan memorandum hanyalah 7 orang. CTS melihat senario ini tidak lebih kepada drama sinetron yang cuba dimainkan oleh PR di bawah sutradara KETUM (Ketua Umum) Anwar Ibrahim. Mana mungkin PR tidak pertahankan kubu sendiri. Ni kes nak bagi BN syok sendiri. Kita layan sajalah.

IPOHMALAY

Posted: 30 Sep 2014 09:03 AM PDT

IPOHMALAY


Seberapa pentingnya perlumbaan Formula E Putrajaya ?

Posted: 29 Sep 2014 09:39 PM PDT






Pada mulanya ramai yang terpinga-pinga apabila lapangan tengah boulevard Persiaran Perdana di Presint 2 dipunggah jubin-jubin mahalnya. Kemudian diturap asfalt. Kemudian dibina struktur besi tepat di atas jalan mulusnya. Sehingga struktur tersebut yang berdiri atas konkrit-konkir penapak yang megah menginjak jalanan mulus itu. Untuk apa semua ini?

Kebelakangan ini barulah diketahui ia adalah persedaiaan untuk perlumbaan Formula E , anjuran FIA yang termeterai Disember tahun lalu. Persoalannya mengapa di atas jalan protokol terbaik yang pernah negara wujudkan untuk dikecapi rakyat dan pelancong akan keindahan mordenisasi negara ini?

Bukan sahaja sebilangan rakyat yang mendiami Putrajaya berasa kecewa, malah beberapa pelancong asing turut bertanya, mengapa perlu dikorbankan keindahan Putrajaya hanya untuk menganjurkan sebuah pertandingan yang membabitkan perbelanjaan puluhan jika tidak ratusan juta, demi sebuah pendapatan yang belum sahih untungnya?

Seorang pelancong dari Australia pula menyebut, mengapa perlu berlumba di sini sedangkan Litar Sepang yang gah itu hanya 25km dari sini.

Pasangan pelancong tersebut menyatakan bahawa dia telah mengenali Putrajaya melalui senibinanya tanpa perlu mengenali Putrajaya melalui apa yang acara yang Putrajaya adakan.

Seorang penduduk Presint 18 pula menyebut, adakah negara ini berada dalam keadaan terdesak sehingga keperawanan kota indah dicabul betul-betul di hadapan bangunan MoF yang merupakan antara ikon monumental Putrajaya?

Ramai yang bertanyakan apakah ia adalah binaan kekal yang terus memberikan 'eyesore' ke atas Putrajaya sampai bila-bila? Tentu sekali tidak, pada harapan penulis. 

Dan tentu sekali pertanyaan penulis, mampukah Perbadanan Putrajaya mengembalikan keindahan Putrajaya khususnya di sekitar Presint 2 itu dalam keadaan pulih seperti sediakala sebelum berlangsungnya acara dan berbaloikah kos-kos tersebut jika dihitung dengan kerosakan tumbuhan hiasan dan perhiasan taman  akibat kehadiran beribu-ribu pengunjung, seperti festival-festival tak bernatijah sebelum ini.

Putrajaya adalah satu-satunya kota kebanggaan negara kerana futuristiknya, dinamikanya dan senibinanya. Ia telah dikenali serata dunia tanpa perlu dilacurkan dengan acara-acara yang adakalanya tidak menampakkan hasil yang jelas kepada umum mahupun negara.

Hendaklah pada masa depan, pemerintah berusaha untuk menjadikan Putrajaya maju pada tempatnya, pada tarafnya dan pada objektif penubuhannya, bukan seperti sebuah kota yang menagih-nagih perhatian tanpa memikirkan pendapat umum. 

Dan rakyat, juga pelancong asing, mahukan selepas perlumbaan Formula E pada 18 Oktober ini, keindahan Putrajaya dipulihkan semula sepenuhnya dan tidak perlu lagi menjadi hos dalam acara yang 'menjahanamkan' sesuatu yang telah indah terbentang.

Pengikut