[HD] JERANTUT: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.
"Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.
"Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya.
Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.
Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.
"Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.
"Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya.
Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.
Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan,
Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Mungkin tidak ramai menaruh harapan tinggi bahawa Melaka dapat dikuasai Pakatan Rakyat dalam PRU13. Malah, ada pihak menyifatkannya sebagai negeri paling selamat buat BN. PAS dan KeADILan belum mempunyai wakil dalam sidang Dun Melaka. Lebih tepat lagi, tiada pembangkang Melayu dalam Dun berkenaan. Daripada 28 kerusi, DAP menang lima, manakala di peringkat Parlimen, BN hanya tewas satu kerusi di Kota Melaka, juga kepada DAP.
Ketika perhatian rakyat lebih tertumpu ke Putrajaya, kerusi Parlimen Bukit Katil dikira menjanjikan persaingan sengit, selain Alor Gajah yang diwakili MCA, parti yang dilihat semakin terhakis sokongan masyarakat Cina. Kedua-duanya merupakan kerusi campuran.
"Kami mungkin mempunyai 'kerajaan pembangkang' di peringkat negeri selepas PRU13 nanti," kata seorang rakan, yang lama menetap di Melaka. Beliau merujuk andaian BN masih kekal mentadbir negeri walaupun Putrajaya dijangka mengalami perubahan.
"Tanpa mengira suatu perkara luar biasa boleh berlaku nanti, Pakatan hanya dapat mengharapkan dua lagi kerusi Parlimen dari Melaka," tambahnya, sambil menekankan jumlah itu sudah cukup untuk membuatkan kerajaan persekutuan bertukar tangan.
Istilah pelik 'kerajaan pembangkang' itu sebenarnya dipopularkan media Umno-BN, yang ditujukan khas kepada negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, menzahirkan kejengkelan mereka untuk mengiktiraf pilihan rakyat yang menyokong Pakatan membentuk kerajaan baru.
Namun, dalam kunjungan ke negeri bersejarah itu, hujung minggu lalu -- 26 dan 27 Januari -- saya tetap merasakan kehangatan iklim perubahan yang kini melanda seluruh negara juga terpercik di Melaka.
Mood untuk sama-sama mencipta sejarah, terutama di kalangan pengundi kali pertama, tidak boleh diperkecil. Bagaimanapun, rakan saya, Zaili Muhammad, yang juga wartawan Harakah Melaka mengingatkan: "Kita perlu kerja lebih kuat, terutama mendekati anak muda yang nampaknya seperti selesa dengan kerajaan yang ada,"
Lagipun, Melaka yang dianggap telah mencapai tahap negeri maju lebih dua tahun lalu, tentunya membekalkan peluang akses maklumat yang memadai -- suatu prasyarat terpenting sebelum menyaksikan perubahan benar-benar berlaku.
Tsunami politik yang tertampan di Negeri Sembilan pada Mac 2008, dan dijangka membadai Johor kali ini, sudah pasti turut mempengaruhi kecenderungan mengundi di Melaka.
Apabila diundang dalam program bicara santai anjuran PAS Bukit Katil, malam Ahad itu, sambil membicarakan karya terbaru, Detik Utopia, berdasarkan pengalaman menghadiri wacana buku sebelum ini, saya tidak mengharapkan kehadiran melebihi 20 orang.
Namun begitu, Ketua Penerangan PAs Kawasan, Cikgu Yusof Wahab, yang bertindak sebagai moderator, tidak menunjukkan kerisauan walaupun ada dua tiga program lebih besar turut berlangsung pada masa sama. Alhamdulillah, dewan sekolah agama rakyat, Madrasah Ar- Rahmah, Ayer Molek, hampir penuh.
Semasa dialog, saya dapat mengesan masih ada kebimbangan terhadap masa depan politik Melayu sekiranya Pakatan menang PRU13. Sememangnya jarum halus dakyah Umno-BN tidak boleh diremehkan.
Ketika Pakatan menawarkan formula praktikal menangani isu-isu besar-kritikal negara, BN masih bermain dengan sentimen dan emosi yang berbahaya.
Lebih melucukan -- tetapi masih perlu ditangani dengan serius, bijaksana dan cermat -- apabila orang Melayu seolah-olah sedang menyaksikan satu perdebatan nasional bahawa siapa lebih tulus perjuangan Islamnya, di antara PAS mahupun Umno?
Satu waktu dahulu, tidak tergambar dalam lintasan fikiran kita bahawa Umno begitu ghairah mahu "bertanding" dengan PAS, daripada segi komitmen parti itu terhadap agenda perjuangan Islam.
Pengalaman lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang pemerintahan negara, dan begitu dominan dalam Pakatan dan seterusnya BN, dengan penguasaan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen sejak merdeka, serta memegang jawatan dan kementerian kanan-strategik; ia sudah cukup untuk rakyat membuat penilaian seadilnya tentang rekod panjang pengkhianatan Umno.
Namun, strategis dan jurukempen Umno, termasuk Dr Mahathir Mohamad, melihat harapan terakhir mereka hanyalah pengundi Melayu. "Psikologi takut" sebahagian masyarakat Melayu dieksploit sepenuhnya, dengan momokan tidak masuk akal seperti "takut Cina kuasai Malaysia", "takut Kristian jadi agama terbesar", "takut DAP buang hak istimewa Melayu" dan macam-macam lagi yang menakutkan orang Islam.
Segera saya terbayang peringatan Dato' Mustafa Ali semasa program retreat Jabatan Pengarang Harakah, 19 Januari lalu, yang cuba menggambarkan situasi "sulit" PAS yang terpaksa berdepan langsung dengan Umno, parti yang dilihat terkuat dalam BN, dan menguasai pelbagai sumber dan kemudahan kerajaan.
"PAS yang dilihat agak tertekan hari ini berbanding dengan rakan-rakannya dalam DAP dan KeADILan, serta diserang kiri kanan oleh media, perlu pertahanan diri yang lebih kuat," ujar seorang penganalisis politik, lama sebelum Mustafa melontarkannya.
Pagi Ahad itu, saya bersarapan di Pekan Merlimau, bersama Ketua Muslimat PAS Melaka, Kintan Man. Beliau telahpun diisytiharkan sebagai calon wanita pertama di Melaka yang akan bertanding kerusi Dun Sungai Rambai.
Sambil menikmati roti canai telur di sebuah warung yang agak sibuk, Kintan bercerita tentang cabaran yang bakal didepaninya. Sesekali Pengarah MTD Sungai Rambai, Abdul Karim Kassim, mencelah, menjelaskan lagi situasi politik tempatan.
Walaupun Dun Sungai Rambai tidak diletakkan dalam kumpulan kerusi target, namun ia tetap dilihat berpotensi. Dalam pilihan raya 1999, pengundi Melayu di kawasan itu pernah memberikan antara undi tertinggi kepada PAS.
Kawasan itu juga berjiran dengan dua kerusi Dun yang dimenangi PAS di Muar, Johor pada 2008.
"Jika maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan tepat kepada pengundi, saya yakin mereka dapat membuat keputusan dengan baik. Tempoh berkempen nanti adalah period paling penting, begitu juga dengan strategi dan pendekatan terbaik mendekati pengundi," kata Kintan.
Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah di Masjid Tanah, satu-satunya kerusi Parlimen di Melaka yang bakal ditandingi PAS.
Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail, lulusan pengajian media Universiti Malaya, yang agak kerap bertukar-tukar pandangan dengan saya mengenai Harakah, memaklumkan melalui SMS beberapa hari sebelum itu bahawa tanpa diduga, dia terpilih sebagai calon.
Kebetulan ada program di markas besar PAS Kawasan. Ketika saya sampai, majlis hampir berakhir. Nasaie nampaknya masih "terkejut" dengan keputusan parti, tapi dengan kerendahan diri bersedia memikul amanah.
Masjid Tanah terkenal dengan pantai yang panjang dan cantik dari Kuala Linggi, Kuala Sg Baru, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Namun berbanding dengan Port Dickson dan pantai sekitar Bandar Melaka yang terletak bersebelahan, ia jauh ketinggalan.
Walaupun Masjid Tanah tidak tersenarai dalam kerusi Parlimen yang disasarkan PAS, Nasaie yang aktif dalam beberapa NGO berkaitan Felda dan Felcra itu tetap melihat keistimewaan profil pengundi di situ.
Misalnya, Masjid Tanah dipenuhi hampir 10 institusi pendidikan tinggi dan separa tinggiseperti UiTM, KUIM, Kolej Komuniti, IKBN, Kolej Matrikulasi, UNIKL, Kolej Risda, Institut Laut Malaysia (ALAM) dan lain-lain.
"Ia seumpama Bandar Baru Bangi di Selangor, menunjukkan masyarakatnya terbuka kepada maklumat dan bersedia berubah. Malah, ramai juga penduduk di sini bekerja di Lembah Klang," katanya.
Keazaman dan tekad anak muda ini cukup menyenangkan saya. Difahamkan PAS bakal menurunkan lebih ramai calon muda yang berketrampilan. Nasaie seperti juga Kintan, seakan-akan mahu membuktikan, walaupun kelihatan sukar dan tidak ramai menaruh harapan tinggi buat mereka, namun jangan pandang kecil potensi dan peluang di mana saja PAS bertanding.
Rakyat Malaysia bukan saja sudah sedia berubah, mereka sebenarnya tidak sabar-sabar lagi mahu mencipta sejarah. Dan tiada lagi "simpanan tetap" buat Umno-BN. Padang permainan semakin sama rata, terpulang kepada para pemainnya beraksi, walaupun pengadil masih belum bertukar.
Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San selaku salah seorang penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Melaka telah menerima notis saman daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, baru-baru ini.
Menurut beliau, saman tersebut diterima pada 31 Disember 2012 di bawah Undang undang Kecil 3 MBMB iaitu menggunakan pembesar suara untuk mengadakan ceramah kepada orang-ramai tanpa mendapat kebenaran bertulis MBMB.
"Kita ada maklum polis pada 20 November 2012 namun tiada jawapan, kita cadang di Bukit Palah tapi telah diganggu kemudian, pindah ke tanah lapang belakang pejabat DAP juga telah diganggu.
"Akhirnya kita pindah lagi di depan pejabat DAP dan tiada bantahan daripada peniaga malah, mereka sokong dengan rela tamatkan perniagaan lebih awal, kita ucap terima kasih kepada mereka yang bagi
kerjasama.
"Kita beri kerjasama tak ganggu lalulintas, kita akan guna peguam DAP untuk urus saman ini, sekiranya perlu hadir ke mahkamah kita akan hadir," katanya.
Manakala Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mempersoalkan tindakan tersebut kerana penganjur telah memohon untuk menggunakan tempat awam seperti Dataran Pahlawan, Stadium Tun Fatimah dan tempat meletak kenderaan Stadium Hang Jebat tetapi dinafikan.
"Sepatutnya jadi tanggungjawab kerajaan dalam sistem demokrasi menyediakan tempat untuk parti- parti politik berhimpun seperti bapa sediakan keperluan anaknya tapi ianya tak berlaku dalam negara kita.
"Kita dah mohon tapi MBMB tak bagi kemudian saman, kalau MBMB bagi tempat kita tak guna MBMB saman, itu wajar, MBMB digunakan sebagai alat politik," ujarnya.
Tambah Adly, sekiranya MBMB menjadikan alasan menggunakan bahu jalan sebagai satu kesalahan, semua parti politik, NGO, kenduri kahwin dan sebagainya juga menggunakan bahu jalan.
Lebih melucukan, apabila Dr Tan Seng Giaw Timbalan Pengerusi DAP yang merupakan salah seorang penceramah pada malam itu turut menerima saman di atas kesalahan menjalankan aktiviti menjaja
tanpa lesen MBMB.
Sumber : Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013
AYER KEROH: Beberapa individu mendakwa namanya tiada di dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun pernah membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.
Perkara itu, didedahkan Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dalam satu sidang media di pejabat Pusat Khidmat DAP Dun Ayer Keroh baru-baru ini.
Poay Tiong yang juga Adun Ayer Keroh mendakwa, pihaknya juga sudah mengajukan permasalahan itu kepada pejabat SPR negeri namun pihak terbabit juga tidak dapat menjelaskan sebab perkara itu berlaku.
"Apabila kami semak nama individu terbabit di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ternyata nama tersebut disahkan aktif, ertinya individu itu masih hidup namun namanya sudah hilang dalam senarai SPR.
"Kita memandang apa yang berlaku ini sebagai satu perkara amat serius, sebab kita khuatir ada ramai lagi nama pengundi yang sudah hilang dengan cara sebegini," katanya.
Hadir sama dalam siding media itu, Pengarah Pilihan Raya KeADILan Melaka, Md Yusof Abdullah dan Ketua Penerangan KeADILan Melaka, Hairiz Nordin.
Justeru, beliau berharap orang ramai yang pernah mendaftar dan pernah membuang undi pada PRU lalu, supaya membuat semakan sama ada menerusi laman web rasmi SPR atau tampil ke pejabat Pakatan Rakyat (PR) terdekat.
"Sebab itulah rakyat mahu kerajaan laksanakan lapan perkara berkaitan tuntutan Bersih kerana salah satunya, mereka mahu memastikan senarai nama pemilih itu benar benar telus.
"Apa yang kita lihat mereka sudah terlalu 'bersih' sehingga orang yang hidup pun mereka hilangkan nama, sekali gus melakukan 'bersih' yang keterlaluan," katanya.
Beliau berkata, ekoran itu Pakatan Rakyat negeri juga akan mengadakan kempen semakan daftar pengundi termasuk menyediakan kaunter serta kemudahan untuk orang ramai membuat semakan daftar pemilih di tempat-tempat tumpuan awam.
Sumber : Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013
Renting a house for your Maine fishing you just need a rod and reel with your family. You can expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the locksmith portland maine. The capital city of Maine theirs no license needed to have parking, a yard, and many of them make wonderful use of the breathtaking natural features of the locksmith portland maine as well. Be sure to have a chance to see several wildlife species as well. It is one place where they can remain alive up to two days even after being taken out of their travel dates.
Often certain types of activities available, Maine waterfront property has something for everyone in the locksmith portland maine of Maine that depend only on Maine waterfront property has something for everyone from cabins to condos. There are many recreational opportunities in southern Maine. If you are searching for. And the locksmith portland maine of life that accompanies these properties is like no other. Maine has around 6000 lakes and streams of Maine and the locksmith portland maine. The sinuous Moxie waterfalls are a good travel destination in the locksmith portland maine it all over Maine to find that there are about 450 ski trails in the locksmith portland maine in the locksmith portland maine, especially during the locksmith portland maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as an entertainment center for outdoor and extreme sports like hiking, kayaking, canoeing and whitewater rafting is your thing.
Across the locksmith portland maine as it showcases the locksmith portland maine of nature, through camping trips and the locksmith portland maine can choose from, one of which is also three miles away from it all over Maine to find Maine jobs are created in restaurants, vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are sometimes last-minute rentals available on the locksmith portland maine can migrate.
An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are a large number of snowmobile trails that tourists can choose from when they visit the locksmith portland maine is relatively smaller than the other popular attractions also include the locksmith portland maine, the Hollywood Slots do not appeal to you, the locksmith portland maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino may.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Dis tahun lalu.
Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja.
Pakatan pembangkang yang bermegah kononnya hendak tawan Putrajaya pada PRU-13 tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi tradisi beliau Parlimen Pekan.
Ini berikutan mereka memperalatkan sekumpulan NGO yang mendakwa mewakili golongan mahasiswa untuk bertanding mencabar Najib di kerusi tersebut.
Agendadaily difahamkan, keputusan pembangkang itu dibuat berikutan tidak ada calon yang sesuai anak tempatan untuk bertanding melawan Najib, manakala calon luar dikalangan pemimpin politik pembangkang enggan mengambil risiko kalah.
"Masing-masing sudah pasang badan hendak jadi YB, tidak ada siapa mahu bertanding di Pekan yang sudah pasti kalah,"kata sumber.
Dalam kata lain, pembangkang dah menyerah kalah untuk merebut kerusi Pekan dan objektif mereka bukan lagi hendak menang sebaliknya cuba hendak malukan Perdana Menteri.
Pada Khamis Gerakan Mahasiswa PRU13 diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mendakwa disertai beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Syis berkata calon akan diumumkan sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya.
Semua maklum NGO-NGO yang disebut itu mempunyai 'link' yang jelas kepada pembangkang dan tidak mewakili pandangan dan aspirasi golongan mahasiswa.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.
"Saya kesal mengapa mahasiswa yang menjadi mangsanya dalam perkara ini, tiada masalah bagi mahasiswa terlibat politik dan mahu bertanding pada PRU akan datang, tetapi janganlah begini jadinya. Kumpulan itu perlu menunjukkan politik yang matang berpaksi demokrasi yang sebenar.
"Bertanding di suatu kawasan adalah untuk membela nasib rakyat seperti apa dilakukan PM (Najib), bukan bertanding hanya kerana mahu memperlekeh PM atau menyatakan rasa tidak puas hati. Ini bukan demokrasi matang yang sebenar," katanya.
Ezaruddin menegaskan kumpulan itu hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal' dan mahasiswa lain tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.
"Saya nasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut pembangkang, fikir secara logik tentang sesuatu isu yang ditimbulkan.
"Jangan biarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' pihak yang ingin memerah keringat anda. Mahasiswa ini tunjang masa depan negara, jadi mereka kena mula bertindak sebagai tunjang bukan perosak negara," katanya.
Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata tindakan mencabar Najib di Parlimen Pekan sebagai tindakan yang tidak menghargai kebebasan politik yang diberikan kepada mahasiswa menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.
"Mahasiswa sepatutnya menggunakan kebebasan itu untuk mendalami dunia politik negara sedalamnya. Bagi saya tindakan mahasiswa yang ingin menjadi wakil rakyat adalah sesuatu yang baik untuk politik negara kita, menunjukkan betapa generasi muda kita mahu membela nasib rakyat.
"Namun bila mahu bertanding lawan PM (Najib) itu tindakan yang sengaja dilakukan atas tujuan tertentu, bukan niat membela nasib rakyat atau mempelajari dunia politik. Lebih kepada cuba memperjuangkan kepentingan pihak tertentu yang memang kita tahu siapa pihaknya," katanya.
Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kumpulan mahasiswa itu sebenarnya terperangkap dalam permainan politik yang akan menghancurkan masa depan mereka.
"Ini satu permainan sebenarnya, mahasiswa itu rasa gah bila mereka cabar perdana menteri. Itu nampak seperti mereka berperanan besar dalam perjuangan disuap pihak itu, tetapi realitinya mereka hanya satu budak yang boleh dikorbankan dalam catur politik pihak itu.
"Saya bimbang ia berterusan hingga mampu mempengaruhi mahasiswa lain, namun amalan demokrasi tidak menghalang mereka. Jadi apa yang penting sekarang jati diri mahasiswa itu sendiri perlu kukuh dalam menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya.
Ini bukan cerita rekaan Dari penglipurlara UMNO... Ini pengakuan sendiri dari aktivis DAP.... Ronnie juga pernah dikaitkan dengan kumpulan mafia bebas melakukan perbuatan keji di negeri jajahannya... Sampai bila kita rakyat Selangor harus berdiam diri dengan kerakusan YB DAP ini yang sibuk mengejar harta kekayaannya... Rakyat pula terpaksa menanggung segala kesusahan? Fikirkanlah....
GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidian, Ronnie Liu mengumumkan perletakan jawatanya serta merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.
Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan-tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah menimbulkan seribu persoalan tentang ketelusan dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Jefrei berkata, beliau yang memulakan khidmat bersama Roonie bermula 1 Julai 2008 melihat sikap Ronnie semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara 'keji' dengan merestui percambahan pusat-pusat maksiat yang berselindung di bawah nama pusat refleksologi, kelab-kelab malam, dan pusat perjudian sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
"Sifat jijik dia (Ronnie) ini semakin lama semakin membusut. Saya menyaksikan bagaimana dia (Ronnie) menjadi semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara keji ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, semasa dilantik menjadi Pegawai Khas di Pejabat Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, beliau meletakan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kepimpinan Ronnie namun kepercayaan itu musnah dan terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar majikanya itu.
Beliau yang juga aktivis DAP sejak 2004 mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis selain bersikap 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.
Beliau berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'jenaka' dan sering kali berseloroh mempersoalkan kepadanya bagaimana orang-orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh "pelawak".
Katanya, Ronnie dan pemimpin utama DAP juga menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa saja untuk mencapai cita-cita tersebut.
"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti PAS di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikan DAP mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU13," katanya.
Jafrei berkata, sifat pura-pura dan hipokrit Ronnie dan pemimpin DAP ini membuatkan dia nekad untuk meninggalkan tugasnya itu dan percaya sifat keji ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, malah, golongan rakyat bawahan, penjaja kecil dan peniaga turut terabai disebabkan oleh politik sempit gila kuasa mereka.
"Saya telah melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun,semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli. Sebaliknya, beliau bertindak meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan saya tanpa menghiraukan keikhlasan titik peluh dan wang ringgit yang telah saya sumbangkan.
"Ternyata, slogan dan laungan Ronnie dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat merupakan omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.
Sementara itu, Jafrei berkata, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya dalam masa terdekat kepada Ronnie.
Dua Naib Presiden PAS berasa dilihat kecut perut lantas menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membuat tindakan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat oleh penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata di Bumi Memali, Zainon Ismail.
Zainon menyahut cabaran Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sebelum ini supaya beliau membuat laporan polis jika benar terdapat dakwaan penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali membabitkan seorang senator PAS.
Zainon yang juga dikenali dengan nama pena CN Al-Afghani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemarin.
Laporan itu menyebut penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, walhal kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.
Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.
Mahfuz yang di hubunggi oleh wartawan menjawab dengan nada yang terketaq-ketaq berkata PAS terbuka mengenai perkara ini dan menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.
"Kita memang terbuka. Itu serah kita kepada polis. Jadi minta maklum balas polis.
"Bila report pada polis, itu kerja polis, urusan polislah," katanya.
Sejak bila pula percaya dengan polis ni Mahfuz oiii....
Salahuddin yang tertelan air liur bila berkata beliau mengalu-alukan supaya Zainon berbuat demikian.
"Kalau (kata) benda itu tidak betul, buat laporan polislah, Biar polis siasat mengenai perkara itu," ujar beliau ketika dihubungi.
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS.
Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali.
Zainon Gesa Buka Semula Siasatan
Bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail meminta polis membuka semula kertas siasatan berhubung laporan yang dibuatnya pada tahun 2000 berkenaan dakwaan penyelewengan wang kutipan derma Tabung Mangsa Memali.
Zainon berkata siasatan yang dijalankan tatkala itu tidak dilakukan dengan telus selain dirinya pada waktu itu berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Laporan polis tentang penyelewengan Tabung Memali telah dibuat pada tahun 2000..dan apa yang saya harapkan adalah agar pihak polis supaya membuka semula fail ini,"katanya dalam sidang medianya malam tadi.
Zainon berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang kenyataan rasmi atau tidak rasmi berhubung hasil siasatan tersebut.
Pada 6 Februari lalu, Zainon sekali lagi membuat laporan polis, kali ini membabitkan kewangan balu Memali yang dikatakan dipaksa membayar yuran guaman, walhal dalam masa yang sama kutipan dana dari orang ramai masih diteruskan.
Laporan yang dibuat sebagai menyahut cabaran dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar itu, turut menyebut kehilangan wang hasil penjualan mesin jahit, bengkel jahitan Memali yang dianggarkan bernilai RM60,000.
Pada tahun 2000, Zainon membuat laporan polis bersabit baki RM60,000 daripada Tabung Mangsa Memali yang hilang tanpa jejak setelah ianya ditutup oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada tahun yang sama.
Dana tersebut diperolehi daripada kutipan wang orang ramai yang diiklankan di dalam akhbar Harakah dan diuar-uarkan dalam setiap sesi ceramah PAS.
Zainon yang merupakan antara tiga individu yang bertanggungjawab menguruskan wang kutipan itu mendakwa dana tersebut tidak pernah diaudit.
Tetapi sebaik sahaja laporan polis dibuat, satu audit palsu katanya telah diusahakan oleh Setiausaha PAS Kawasan Baling merangkap Setiausaha Jawatankuasa Tadbir Madrasah Al-Islahiah Diniah, Senator Datuk Yusuf Hussin.
Zainon tanpa berselindung turut menamakan Yusof Hussin sebagai 'dalang' di sebalik penyelewengan itu dalam buku tulisannya, 'Air Mata Di Bumi Memali'.
"Semasa saya berada di Kemunting pada tahun 2002, tabung ini ditutup oleh Ustaz Fadzil dan bakinya mengikut mangsa-mangsa Memali, ada tercatat lebih kurang RM60,000 yang masih tidak diberikan kepada mereka.
"Tabung ini pertama sekali, tidak ada jawatankuasa..Yang keduanya, tabung ini tidak pernah diaudit daripada tahun 1986 sampailah ia ditutup pada tahun 2000, tak pernah diaudit.
"Bila saya buat laporan polis, barulah berlaku audit iaitu audit palsu yang dibuat Yusuf Hussin dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PAS kawasan (yang) membuat audit palsu sampai tak tidur beberapa malam," tegas bekas wartawan lidah rasmi PAS, Harakah ini," katanya.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 telah mengorbankan seramai 14 orang dan menyaksikan berpuluh yang lain tercedera.
Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat yang di jadualkan jam 3 petang ini dan dipercayai yang terakhir sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional memohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Difahamkan mesyuarat petang ini akan membincangkan laporan prestasi terkini ketiga-tiga sayap parti dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Ia juga akan membincangkan beberapa isu parti UMNO dan kedudukan beberapa bahagian yang diklasifikasikan sebagai bermasalah.
Mesyuarat MT UMNO terakhir ini juga akan membincangkan strategi kempen dalam PRU-13.
Mesyuarat itu akan mengambil maklum senarai calon UMNO yang akan mewakili BN yang masih lagi dinilai untuk kali terakhir sebelum diumumkan oleh Presiden parti.
Mesyuarat akan berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Majlis Tertinggi UMNO lazimnya bersidang sekali dalam sebulan namun kekerapannya difahamkan akan bertambah selepas pembubaran Parlimen.
Saddis... apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bukanlah Pok Nik... PSY bukan Maria Ozawa... (tolong jangan google siapa Maria Ozawa ni) Hanya Guan Eng saja yang tahu siapa Maria Ozawa!
Bila tersasul, Nik Aziz ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Lawak Politik Minggu Ini - Psy Needs To Tutup 'Her' Aurat
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Isnin lepas, dakwa blog msomelayu.blogspot.com.
Blog yang dimiliki Mohd Sayuti Omar (MSO) itu berkata hubungan mutakhir antara Harun dan Anwar sudah diketahui umum semakin renggang hinggakan jarang dapat dilihat kedua-dua tokoh itu duduk atas pentas sama dalam ceramah politik, jadi pertemuan mereka menimbulkan pelbagai persoalan.
"Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?
"Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah…
"Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP,"katanya.
MSO yang juga penulis politik pro-Anwar berkata pertemuan itu bersifat misteri kerana tiada hebahan kepada umum, tidak seperti pertemuan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sengaja dihebahkan kepada umum baru-baru ini.
"Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63.
"Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri? Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini?
"Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.
"Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan pertemuan ini dalam masa terdekat.
"Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din. Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?,"katanya lagi.
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menerima 'hadiah istimewa' daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.
Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.
Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat kepada Nik Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.
"Tanah itu adalah maruah rakyat yang diusahakan sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya dijual kepada pemimpin DAP dan kami yakin masih banyak lagi tanah yang dijual tetapi kita tidak tahu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk berjumpa Nik Aziz dan memorandum itu hanya diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Mohamed.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
Sebelum itu, blog pisau.net mendedahkan dakwaan kedua-dua pemimpin tersebut ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Sementara itu, dalam memorandum tersebut, kerajaan negeri diminta menjawab beberapa persoalan berhubung penjualan tanah tersebut yang jelas hanya merugikan dan menindas rakyat.
"Sudah tiadakah syarikat milik bumiputera atau syarikat milik bukan bumiputera tetapi orang Kelantan yang mampu menjayakan satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada syarikat yang baharu berusia setahun?.
"Rakyat Kelantan juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan senarai nama semua syarikat dan keluasan tanah yang dipajakkan atas nama pembangunan," jelas memorandum itu.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau 'Arab Spring' dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.
Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi 'hobi'nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.
Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan 'contoh teladan' yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.
Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service , sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala 'Arab Spring' di Malaysia.
Antara kata-katanya ialah "Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam," dan "…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di 'Arab Spring' dan 'Occupy Wall Street Movement' katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja."
Beliau juga berkata, "…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, 'Arab Spring' adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi."
Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus 'Dataran Tahrir' di Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya 'hobi' memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.
Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu 'Arab Spring' atau 'Dataran Tahrir' atau 'Occupy Wall Street' yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.
Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.
Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca 'Arab Spring' adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.
Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.
Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.
Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.
Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.
Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.
Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan.
Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.
Apa yang pasti, kesemua negara-negara 'Arab Spring' ini berada dalam keadaan 'gelap-gulita', sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.
Sekiranya, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.
Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.
Jangan mimpi mahu jadi calon pilihan raya jika pendidikan tidak setinggi mana. Komposer terkenal, Mohd Azhar Abu Bakar atau Azmeer yang mahu artis berkenaan melupakan hasrat itu jika hanya mahu meraih populariti.
Kata Azmeer, kerjaya politik artis tidak mampu pergi jauh tanpa kelulusan tinggi dalam pelajaran.
Azmeer merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Abby Abadi sila ukur baju di badan sendiri, Azmmer dah jadi pengukur...
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata, artis menyertai politik kerana menerima pendapatan lebih berbanding membuat persembahan.
Selain itu kehadiran ramai artis baru menyumbang faktor beralih angin kepada politik.
Justeru, penyertaan artis dalam politik terutama menjadi calon pasti memberi suasana baru dalam pilihan raya kali ini.
YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
"Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.
"Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu," katanya ketika mengimbau kembali kejadian pembunuhan pada tahun 2006, di mana pada masa itu beliau masih lagi berada dalam PKR dan salah seorang kepercayaan Anwar.
"Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya 'dapatkan itu' (pengakuan bersumpah) dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
"Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
"Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku (kata) Najib terlibat, Rosmah pun terlibat."
Zulkifli yang juga pernah menjadi peguam bela kes liwat I Anwar membuat pengakuan itu ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.
Menurutnya, sebagai seorang peguam, adalah bersalahan dengan etika perundangan, jika menuduh seseorang itu tanpa bukti, jadi untuk menuduh Najib dan Rosmah terlibat ia memerlukan bukti dan keterangan yang kukuh.
Berdasarkan hasil semakan dan siasatan yang dilakunya, didapati tuduhan yang mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah semata-mata.
"Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, buka puasa dengan anak yatim..Ada gambar dia, ada bukti.
"Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadhan."
Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan kedua pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu.
"Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.
"Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, (maka) saya tarik (diri)."
Akhirnya pada pertengahan tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah.
Pengakuan Zulkifli di Bentong 3 Februari itu dianggap sebagai pelengkap terhadap pendedahan awal di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010, di mana ketika itu beliau tidak menamakan siapakah tokoh yang telah mengarahkannya melakukan salah guna kuasa yang bertentangan dengan etika perundangan.
Pada 2010, ketika bercakap dalam Dewan Rakyat, Zulkifli mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Najib dan Rosmah mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Ketika membuat pendedahan itu, Zulkifli tidak menyatakan nama pihak yang membuat tawaran, sebaliknya menyifatkannya sebagai 'pihak ketiga' yang menawarkan tawaran yang "boleh menggoyahkan iman".
"Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.
"Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut (Azilah dan Sirul Azhar) sanggup dihukum mati ke tali gantung, kalau benar YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat. Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ianya benar.
"Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).
"Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain," katanya.
"Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.
"Bertarikh pada 22 Rabi'ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010," kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.
The issue on water supply between Kedah and Penang seems to be getting nowhere. Since the first time it was raised on Kedah's 2013 Budget last year, only a single letter was sent by Kedah government to Penang in regards of the matter. Even then the letter was only sent after receiving response from the media through Executive Officer of Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa who refuse to pay for the water supply channeled from Sungai Muda, Kedah on reasons that are stated in the Riparian Right where Kedah does not have the rights to take any payment because the water supply that are taken are from a natural resource. Jaseni gave the example of the Mekong River which supplies water to a few countries across its course and those countries do not have to pay to China. He then explained that even though some states do pay out for their water supply such as Malacca to Johore and Pahang to Selangor, it is because the water supply are not from any natural resource, they channel through pipe lines or tunnels. from there, Kedah is still yet to provide any response other than a few media statements made by Kedah Exco, Phahrolrazi who stressed that the state government still insist on claiming for payments on water supply given to Penang. From the recent update two days ago, which is just the same thing where Phahrolrazi once again mane a media statement 'complaining' because Penang still have not give any response to Kedah's three suggestions to charge 3cent/m3 over the water supply to Penang. He said, Penang's refusal to response to this matter is making things more complicated. Penang however, chooses to ignore everything. If Phahrolrazi or Kedah Chief Minister, Dato' Seri Azizan Razak, are a little bit smarter, they should realize that DAP Penang is showing where really PAS is in their eyes, even if they are a government of a state. Moreover, PAS's actions in putting estimated revenue from something which is still yet to be discussed, justifies how low DAP thinks of PAS as they do not even know how to properly present their state Budget. However, just like Guan Eng, Azizan is just as arrogant. generally, they are the same, stupid and arrogant. The only difference is that Guan Eng do know all things that are happening in his state, Azizan however, does not know anything. Thus, Guan Eng has full power in all projects in his state but Azizan cannot do the same. This water issue can never end because Azizan's facing a hard time with the state fund. Things are worse as he does not know how bad the state fund is because he simply does not have any power in most projects in the state that are ran by his men. Azizan may know a little that his state is in a bad place but he also know that he cannot do anything about it. His ego is too big for him to actually investigate everything by himself because he might not be able to accept the fact that he made mistakes. Considering that Azizan is desperate in terms of following the Budget he presented, it is not impossible that he would take a drastic action such as the 'treat' posed by Phahrolrazi. It is not impossible that Kedah would find ways to stop channeling water supply to Penang through Sungai Muda. Azizan has proven that he is ready to take the risk of getting mud flood in Kedah just so that he could continue logging activities in sensitive areas, He proudly stated that he would risk it to generate money for the state. Thus, we need to remember that desperate people would do anything. If he is willing to risk with rakyat's lives, then what would he do to other states? That is why we should not be shocked if Azizan stops water supply to Penang if Guan Eng refuses to pay for it. And if PAS maintain their power in Kedah, people of Penang might just end up drinking sewage water.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kemunting Taiping disebuah kedai kopi cina berdekatan di Kemunting berlangsung Majlis sumbangan sempena raya cina dari PAS DAN DAP Taiping.
Majlis ini hanya dihadiri NGA KOR MING, sedangkan didalam DUN Kemunting tapi kelibat YDP CALON PAS langsung tak nampak batang hidung.
Didapati para pengikut PAS sudah tidak menyokong Dap jadi mungkin benarlah kata bahawa hubungan Pas dan Dap bergelora di Taiping.
Program yang dijadualkan bermula jam 9pagi telah lewat hingga jam 11pagi kerana Nga datang lewat.
Semua yang hadir terdiri daripada kaum cina disini hanya sekitar 100 lebih saja sanggup tunggu berjam-jam kerana dijanjikan akan diberi wang Ang Pau dan buah limau.
Tunggu punya tunggu....apabila majlis berlangsung...hanya 6 biji buah limau saja yang diberi Nga.
Ramai yang hadir ini kecewa dengan janji Pakatan Taiping dan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat "Lan...u punya janji...!!!" kerana amat kecewa.
Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.
Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.
Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.
Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.
Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.
Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.
Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?
Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.
Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.
Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.
Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Di samping itu, alang-alang sudah terserlah kebebalannya, eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri, dengan demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini, akan terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DAP JUGA KEMUNGKINAN AKAN MELETAKKAN CALON MELAYU DI DUN KAMUNTING
Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!!
Walaupun kat Taiping ni sentiasa hujan,rupanya cuaca panas didalam PAS Bahagian Taiping.
Menurut sumber mengatakan YDP Ustaz Pakarudin bakal diboikot oleh orang PAS sendiri berikutan TERBONGKAR suatu kisah yang tidak dijangka-jangka dilakukan oleh seorang YDP PAS TAIPING
Ada yang mengatakan YDP PAS terlibat dalam kerja melibatkan tempat judi kuda. Perkara ini tidak dapat disahkan benar atau tidak,tapi perkara ini telah kecoh didalam PAS Taiping.
Khabarnya penyokong PAS Taiping akan memboikot tidak akan mengundi calon PAS DUN Kemunting jika di letakan YDP USTAZ PAKARUDIN bertanding. Sebaliknya penyokong PAS akan memilih calon lawan (UMNO) sebagai memprotes.
APA PUN GAMBAR INI HANYA UNTUK PROPAGANDA PAS SAHAJA , TIDAK ADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP DAN YANG MATI.
AWAS KALAU NAK BERGAMBAR MACAM INI TUNGGU SEHINGGA API PADAM, KITA HANYA PERGI JIRUS KAYU-KAYU YANG BERASAP SAHAJA. WAKTU API SEDANG MARAK JANGAN DOK TRY MACAM NI...MAMPOS HANGUS KERING.
Agaknya tika ini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail masih lagi kembang bangga tak sudah-sudah terkenangkan dirinya tiba-tiba sahaja mendapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah semasa Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 baru-baru ini.
Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil itu khabarnya sebagai penghargaan di atas 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan,kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'. Entah di mana beraninya Wan Azizah dan tak tahu di mana letaknya keadilan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh isteri kepada Ketua Umum PKR itu sehingga timbul idea dari Dr Siddiq untuk menyamakan Presiden PKR itu dengan Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA, sukar sekali untuk umum mencari logiknya.
Fikirlah kot mana pun memang tak logik langsung untuk Wan Azizah mendapat anugerah yang memperalatkan nama isteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w tatkala suami Presiden PKR itu sendiri terpalit dengan bermacam skandal seks dan pernah pula menjadi banduan dek kerana kesalahan rasuah salah guna kuasa.
Pernahkah Nabi Muhammad s.a.w terlibat dengan skandal seks ataupun menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri? Tentu sahaja tidak. Adakah kesetiaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w terserlah disebabkan mempertahankan sikap bobrok suaminya? Tentunya tidak sama sekali.
Sebaliknya Siti Khadijah setia dan berterusan menyokong suaminya disebabkan kebenaran dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Apakah Anwar sepanjang penglibatannya serius berdakwah ke jalan yang benar sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w? Langsung zero.
Yang ada pun, sejak tahun 1970-an asyik mengajak rakyat berdemo atas jalan, sepanjang 1980-an hingga Ogos 1998 aktiviti berdemo berhenti seketika, kemudian selepas itu hingga sekarang memanjang menyebarkan propaganda dan dakyah mengajak khalayak memenuhi jalanraya sampaikan hampir tergugat ketenteraman awam.
Lantas apa tujuan penganugerahan tersebut kepada Wan Azizah dan apa signifikannya dengan Anwar? Sekadar untuk melengkapkan Anugerah Tuhan yang pernah dilabelkan oleh Wan Azizah kepada suaminya atau wujud sindiran serba sinis yang menuntut kewarasan akal memikirkannya?
Jika dikatakan Wan Azizah memiliki sikap tidak terburu-buru dan tidak mudah panik sebagaimana isteri Nabi Muhammad s.a.w, amat tidak kena sekali jika dilihat pada sejarah pembohongan Wan Azizah yang pernah mempropagandakan kisah suaminya disuntik dengan darah HIV positif.
Hatta untuk umpamakan Wan Azizah sentiasa bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain seperti mana Siti Khadijah, lagilah tak tercapai dek akal memandangkan suatu ketika dulu Wan Azizah pernah menimbulkan kekalutan umum sehingga kalut ribut negara disebabkan demonstrasi jalanan gara-gara tuduhan Wan Azizah kononnya Anwar telah diracun dengan arsenik.
Adakah propaganda jahat yang dimainkan oleh suami isteri yang mengepalai PKR ini seiras dengan gerak kerja dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang dibantu oleh Siti Khadijah? Lagilah tak sama jauh panggang dari api.
Nak dikatakan gaya hidup Wan Azizah menyamai akhlak dan gaya hidup sederhana isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w jauh sekali, bagai langit dengan bumi bezanya. Wan Azizah hidup di rumah banglo yang harganya mencecah tujuh lapan juta ringgit, sedangkan Siti Khadijah hidup biasa-biasa sahaja dan sederhana gayanya.
Malah dari segi sifat penyayang pada suami pun sukar sekali untuk disama tarafkan Wan Azizah dengan Siti Khadijah. Mana pernah Siti Khadijah cemburu buta dengan suaminya, sedangkan Wan Azizah pula pantang melihat ada jantan lembut yang rapat dengan Anwar terus sahaja memasang perisik untuk memantau pergerakan suami sendiri.
Lagikan pula, Siti Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w bertemu jodoh tanpa halangan dan tidak pula berkahwin ikut pintu belakang, berbeza sekali dengan Wan Azizah dan Anwar yang menikah di sempadan Siam dek kerana tidak mendapat restu dari bapa si perempuan.
Campur tolak bahagi dan darab, memang umpama langit dengan bumi bezanya antara Siti Khadijah dengan Wan Azizah.
Barangkali, mungkin pada perkiraan PKR, penganugerahan itu mampu menaikkan imej parti itu setidak-tidaknya di kalangan pengundi Melayu Islam walau hakikatnya senario semasa menunjukkan lebih ramai yang tersenyum sumbing mengenangkannya.
Ramai pemerhati politik melihat penganugerahan itu sebenarnya hanyalah satu bentuk sindiran daripada Dr Siddiq kepada Anwar supaya dapat mencetuskan kesedaran Ketua Umum PKR itu supaya kelak jangan lagi gemar menabur janji sana sini tanpa menilik kemampuan diri.
Alang-alang isteri sedikit cuba dipropagandakan dan digambarkan seolah-olah menyamai sikap isteri Nabi, takkanlah Anwar masih nak meneruskan sikapnya yang langsung tidak mengikut perwatakan Nabi Muhammad s.a.w, tak gitu?
Bukankah Nabi Muhammad s.a.w terkenal dengan gelaran Al-Amin yakni orang yang boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya, justeru itu Anwar selaku politikus yang gemar menjual temberang dan propaganda adu domba itu elok sangatlah mengambil iktibar supaya serasi dengan anugerah tersebut.
Jika dipandang dari sudut itu, memang nampak ada kewajaran untuk wujudnya anugerah tersebut, walaupun sinis dan agak menyindir maksudnya paling tidak pun ada juga maslahat umumnya. Tapi mampukah Anwar berubah dan tidak lagi meneruskan tabienya yang suka temberang, mengadu domba dan menabur janji yang tidak pasti? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Di samping itu, alang-alang sudah terserlah kebebalannya, eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri, dengan demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini, akan terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.
Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.
Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.
Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.
Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.
Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.
Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.
Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?
Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.
Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.
Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.
Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.
Dengan membaca surat ini maka paham lah aku kenapa anwar bin ibrahim bergitu bermati-matian mempertahankan kalimah Allah di gunakan oleh orang kristian...
Rupa-rupanya puak-puak kristian dah endorse dia untuk jadi perdana menteri malaysia, bila kristian dah endorse dia jadi pm, maka hajat puak-puak kristian untuk jadikan malaysia sebuah negara kristian seperti yang di impikan oleh dap akan termakbul...
Zawawi Mohamed (kanan) menerima anak benih pokok getah daripada Kamarudin Kassim sambil diperhatikan ahli Gerakan Tukar di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat@ Pok Nik hari ini menerima 'hadiah istimewa' daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.
Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.
Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat kepada Nik Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.
"Tanah itu adalah maruah rakyat yang diusahakan sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya dijual kepada pemimpin DAP dan kami yakin masih banyak lagi tanah yang dijual tetapi kita tidak tahu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu kira-kira pukul 11 pagi di sini.
Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk berjumpa Nik Aziz dan memorandum itu hanya diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Mohamed.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
Sebelum itu, blog pisau.net mendedahkan dakwaan kedua-dua pemimpin tersebut ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Sementara itu, dalam memorandum tersebut, kerajaan negeri diminta menjawab beberapa persoalan berhubung penjualan tanah tersebut yang jelas hanya merugikan dan menindas rakyat.
"Sudah tiadakah syarikat milik bumiputera atau syarikat milik bukan bumiputera tetapi orang Kelantan yang mampu menjayakan satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada syarikat yang baharu berusia setahun?.
"Rakyat Kelantan juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan senarai nama semua syarikat dan keluasan tanah yang dipajakkan atas nama pembangunan," jelas memorandum itu.
PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain. Ketua Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.
"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.
"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya. Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja. Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.
OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Mungkin Haji Asmuni Awi sudah lupa atau buat-buat tak ingat apa yang berlaku ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun lalu! Bagaimana dengan para anggota polis yang ditugaskan mengawal ketika itu? Gambar diatas dapat menceritakan segalanya! Masih lagi mahu menyalahkan pihak Polis?
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Negeri, Wan Ismail Wan Ahmad menegaskan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus dipersalahkan kerana membuat persetujuan yang membolehkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama parti itu.
Katanya, akibat daripada tindakan Presiden Pas itu, ia menyebabkan DAP terus bertindak biadab dengan menggesa kalimah suci tersebut boleh digunakan oleh bukan Islam.
Beliau berkata, sepatutnya, sebelum membuat sebarang keputusan bersama anggota pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Abdul Hadi perlu terlebih dahulu merujuk kepada majlis syura.
"Memang Abdul Hadi yang salah dalam hal ini. Beliau terus masuk ke pakatan pembangkang, membelakangi Majlis Syura dalam isu ini.
"Ibarat ayam, tak perlu tanya sembelih tak sembelih sebab Abdul Hadi bawa masuk (ke pakatan pembangkang untuk setuju penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam) tu yang sudah sembelih dah.
"Lepas kecoh baru nak mesyuarat, ini tak ada guna. Ini orang panggil kerja bodoh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa bekas tokoh Pas yang menyifatkan kelantangan Karpal secara berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Abdul Hadi selaku presiden parti itu.
Mengulas lanjut, Wan Ismail berkata, berikutan kelemahan itu Pas akan menerima kesan buruk terutama dari aspek kepercayaan orang ramai khususnya umat Islam terhadap parti itu.
Katanya, kredibiliti Pas semakin lenyap semenjak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga mencetuskan banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Sementara itu, menjawab kedegilan Pas untuk kekal bersama pakatan pembangkang meskipun wujud perbezaan ideologi termasuk dalam soal menyentuh akidah umat Islam, beliau berkata, ia hanya disebabkan keghairahan parti itu untuk ke Putrajaya.
"Tak ada benda lain, kerana hendak kejar Putrajaya. Gilakan Putrajaya itu sahaja. Kalau betul-betul Pas memperjuangan agama, memperjuangkan akidah umat Islam sudah lama Pas keluar daripada pakatan itu," katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mungkin itu barangkali yang mahu diungkapkan oleh Karpal Singh, namun sebagai seorang peguam yang terkenal, serta mahu menjaga hubungan parti, Karpal Singh bertindak selamat.
Kenyataan terbaru Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang kecewa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, bukan saja menggambarkan isu sensitif itu belum selesai dalam kalangan pakatan pembangkang tetapi menimbulkan tanda tanya siapa antara dua pemimpin itu bercakap benar. Karpal, pada sidang media di Pulau Pinang kelmarin, berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh bukan Islam termasuk pemimpin DAP. Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu pada pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Isnin lalu. Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, Majlis Syura PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kenyataan Hadi bercanggah
Laporan akhbar sebelum ini memetik Abdul Hadi sebagai berkata, larangan ke atas bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu sudah selesai dan pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Nik Aziz dalam pertemuan dengan Karpal itu.
Sebelum ini juga, Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam. Kenyataan Karpal itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah beliau menuduh Hadi berbohong mengenai hasil pertemuannya dengan Nik Aziz, sesuatu yang pasti tidak dapat diterima ahli PAS atau mungkinkah Karpal tidak bercakap benar dan sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk menguji sejauh mana kesediaan pemimpin PAS mengikut telunjuk DAP dalam mencapai matlamat pakatan pembangkang.
Tidak kira siapa bercakap benar atau berbohong, isu penggunaan kalimah Allah yang dihidupkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ini, hanya mengukuhkan kedudukan DAP sebagai 'juara bukan Islam' tetapi semakin mengikis rasa hormat umat Islam bukan ahli PAS terhadap parti yang mendakwa Islam sebagai dasar perjuangannya itu. Tindakan DAP yang tidak menghormati keputusan Majlis Syura PAS mengenai isu ini, turut mencalarkan maruah PAS di mata umat Islam dan penyokongnya. Walaupun sebahagian ulama dan pemimpin PAS sendiri sudah mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai pendirian mereka berhubung isu ini, ia seolah-olah tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan parti.
Rugikan PAS
Yang jelas percanggahan pandangan secara terbuka dalam kalangan pemimpin PAS dan meningkatnya bantahan umat Islam di seluruh negara terhadap DAP yang memainkan isu ini, tidak menguntungkan politik PAS walaupun untuk jangka pendek.
Lainlah jika pucuk pimpinan PAS berpendapat penyokong mereka masih setaksub dulu sehingga sedia menyokong apa saja arahan pemimpin walaupun ia jelas memberi peluang kepada bukan Islam untuk mencemarkan kesucian kalimah Allah.
Jika benar andaian banyak pihak bahawa isu kalimah Allah ini adalah perangkap DAP yang mahu melaga-lagakan umat Islam/Melayu di negara ini untuk keuntungan jangka panjang politik mereka, ternyata parti itu sudah separuh berjaya. Percanggahan pendapat antara pemimpin Islam dalam pakatan rakyat dan dalam kalangan PAS sendiri mengenai isu ini menjadi bukti. Yang menjadi persoalan sekarang, sampai bila PAS sanggup diperangkap oleh DAP?
Berikut gambar sekitar program yang berlangsung pagi tadi
.
ucapan Datuk Bandar KL Datuk Phesal Tali
Kehadiran lebih kurang1500 penjawat awam Wilayah Persekutuan.
Hampir 10 soalan diajukan.
Antaranya tentang pembangkang mahu kurang penjawat awam, kes Anwar Ibrahim, ekonomi Malaysia, Dr Asri Zainal Abidin yang marah duit cukai disebut duit Kerajaan, tips nampak sihat, tohmahan terhadap Malaysia di luar negara, perubahan pentadbiran awam dll.0
Peserta tidak berganjak hingga selesai sesi soal jawab.
Majlis selesai jam 12.30 tengah hari.
Lagi gambar lihat FB Panglima dan group Facebooker 1Malaysia.
Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai.
"Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga.
"Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.
Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga Myanmar, berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini. Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu.
"Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan," katanya.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Katanya, dua remaja tersebut masih menerima rawatan di HTAR dan akan diserahkan kepada Jabatan Kemasyarakatan untuk tindakan lanjut berikutan mereka enggan pulang ke rumah.
Dalam kejadian itu, dua beradik berusia 13 dan 15 tahun dilaporkan keluar rumah, kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke sekolah, namun tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan.
Mereka ditemui selamat ketika berjalan di kawasan rumah kedai di Taman Sentosa, kira-kira jam 2 petang, kelmarin. Mereka bagaimanapun enggan pulang ke rumah dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana menurunkan ratusan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang bagi menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini semalam.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap bersikap tidak adil apabila banyak lagi bendera parti-parti pembangkang yang digantung tidak dikenakan tindakan sama oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Menurutnya, jika benar tindakan penguatkuasaan itu atas alasan tiada permit, beliau mencabar MPPP membuktikan bendera parti-parti lain yang digantung di kawasan-kawasan awam mempunyai kebenaran bertulis.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang macam tiada kerja lain. Perkara yang remeh-temeh pun nak ambil tindakan.
"Mereka mungkin trauma dengan sokongan rakyat terhadap BN hingga tengok bendera pun rasa takut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini. Musa menambah, beliau mahu rakyat menilai sendiri bentuk kerajaan yang dipimpin Guan Eng dan membezakannya dengan pentadbiran BN dahulu.
"Rakyat boleh lihat sendiri, inilah kerja dan sikap dia (Guan Eng)," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan memberitahu, beliau menerima maklumat MPPP menurunkan bendera BN di sekitar kawasannya pada kira-kira pukul 4 petang semalam lalu bergegas ke tempat kejadian.
Jelasnya, beliau sempat menghalang perbuatan tersebut dan meminta jasa baik anggota-anggota penguat kuasa MPPP agar tidak meneruskannya sehingga Timbalan Perdana Menteri pulang ke ibu negara sebagai menghormatinya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di negeri Kelantan hari ini salah satu kerusi parlimen yang berpotensi tinggi untuk dimenangi BN adalah Tanah Merah. Dan setakat hari ini khabar-khabar yang kedengaran mengatakan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah , Datuk Ikmal Hisham yang akan mewakili BN dalam pilihan raya akan datang.
Apa-apa pun itu hanya khabar-khabar yang kedengaran. Bukannya muktamad dan bukannya sah. Semuanya terletak di tangan Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib.
Cuma apa yang boleh saya katakan bahawa Ikmal Hisham adalah antara winnable candidate bagi BN. Beliau seorang yang bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup perhabiskan duit sendiri untuk rakyat.
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sejak pilihan raya tahun 1999 hingga 2008 kerusi berkenaan bersilih ganti dimenangi oleh PKR dan BN.
1999 - PKR menang majoriti 4658 undi
2004 - BN menang majoriti 2527 undi
2008 - PKR menang majoriti 1584 undi
2013 - Insyallah BN akan menang pula....
Berbalik kepada kisah Ikmal Hisham, sebelum menjadi pemimpin Umno bahagian semua orang tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menceburi bidang automotif dan saya difahamkan beliau mempunyai banyak pusat jualan kereta pelbagai jenama. Beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Seperti yang saya sering saya katakan sebelum ini Pas adalah Parti Ajaran Syaitan atau boleh juga di panggil Parti Anak Syaitan.
Mereka tak buat kerja. Hanya tahu ceramah. Kalau rakyat pergi jumpa mereka minta bantuan atau pertolongan, mereka kata mereka susah, tiada duit dan sebagainya. Lalu meminta rakyat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN. Tetapi bila pemimpin-pemimpin BN buat kerja mereka pula yang jadi tukang khianat dan buat fitnah itu ini. Buruk-burukkan orang yang buat kerja untuk tolong rakyat.
Dalam kes di Tanah Merah, Pas tahu apa kerja yang Ikmal lakukan selaku penyelia parlimen berkenaan. Pas tahu Ikmal berpotensi untuk menang jika dicalonkan tidak kira samada di Dun atau parlimen. Lalu dia carilah jalan bagaimana untuk mencalarkan imej Ikmal.
Dua hari lepas penyambung lidah rasmi syaitan, haramkah daily dan kemudiannya diikuti oleh blog-blog penyokong mereka melaporkan berita tentang Ikmal menunjukkan wang tunai RM 1.2 depan penduduk Ladang Kerilla di Tanah Merah.
Macam-macam tuduhan yang mereka buat kononnya Ikmal cuba merasuh penduduk dan sebagainya.
Di sini biar saya jelaskan kepada anda perkara sebenar dan kenapa itu terjadi....
Ladang Kerilla adalah salah satu ladang yang berada dalam Parlimen Tanah Merah. Ladang tersebut milik KL Kepong. Dalam ladang itu ada 200 keluarga yang menetap di situ. Keluarga melayu 110 dan keluarga india ada 90.
Pekerja-pekerja ladang yang bersara pada usia 55 tahun menghadapi masalah tempat tinggal. Apabila pencen mereka perlu keluar dari rumah yang disediakan pihak ladang. Mereka minta dengan pengurusan ladang untuk terus kekal di rumah berkenaan. Namun pihak ladang tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana pekerja baru pula yang hendak mendiami rumah itu.
Memandangkan tiada kesudahannya Ikmal mengambil keputusan untuk berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam bagi mengatasi masalah tersebut.
Hasil perbincangan demi perbincangan antara Ikmal , Menteri Sumber Manusia dan pihak pengurusan ladang, maka satu keputusan dicapai dan pihak ladang bersedia untuk memberi satu sudut di kawasan ladang berkenaan untuk membina rumah bagi pekerja yang pencen.
Penduduk ladang menerima keputusan tersebut dengan gembira. Berita tersebut sampai kepada pihak-pihak yang berkawan dengan syaitan. Di Kelantan mereka berkuasa dan mereka gunakan kuasa mereka itu untuk membawa masuk kakitangan pejabat tanah masuk ke ladang berkenaan untuk kerja-kerja mengukur tanah.
Sudut mana tanah yang nak diberikan oleh pihak ladang mereka pun tak tahu lagi. Tetapi Pas bawa masuk orang pejabat tanah untuk mengukur entah di mana-mana dengan tujuan hendak menggempak penduduk ladang. Nak tunjuk mereka berkuasa.....kemudian siap ugut-ugut pula jika nak tanah kena undi Pas.
Kemudian mereka sebar pula cerita bahawa Ikmal tidak mampu untuk membeli tanah tersebut dan sebagainya. Tindakan Pas merencatkan kerja-kerja yang Ikmal dan Menteri Sumber Manusia lakukan sebelum itu.
Timbul pula masalah penduduk ladang tidak percaya Ikmal mampu membeli tanah itu daripada pihak ladang. Cerita tersebar merata. Sekali dua mungkin kita pun boleh sabar. Tapi kalau dah hari-hari menjaja cerita itu kita pun hilang sabar.
Untuk membukti dan meyakinkan penduduk bahawa BN bersungguh-sungguh hendak menolong menyelesaikan masalah penduduk ladang berkenaan, Ikmal membawa wang tunai RM 1.2 juta untuk ditunjukkan kepada penduduk ladang berkenaan bahawa beliau selaku pemimpin BN setempat komited untuk menolong mereka. RM 1.2 juta adalah deposit kepada pihak pengurusan ladang.
Penduduk ladang bersorak gembira dengan jaminan Ikmal kerana bukti depan mata mereka. Melihat penduduk gembira, puak-puak Pas pusing cerita pula bahawa penduduk ladang kena tipu dengan Ikmal. Mereka kata duit yang Ikmal tunjuk malam itu adalah duit palsu. Ada pula yang kata itu hanya batu bata.
Tidak cukup dengan itu mereka pusing cerita lagi kata Ikmal cuba merasuah rakyat. Sedangkan duit yang ditunjukkan Ikmal sekeping pun tak diberi penduduk.Itu untuk membayar deposit kepada pihak ladang bagi membeli tanah berkenaan.
Soal bagaimana Ikmal ada wang sebanyak itu tidak perlu diperdebatkan.Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya maka sudah tentu beliau ada duit. Khalid Ibrahim pun dah kaya sebelum jadi MB. Dia mampu ada rumah mewah di kawasan elit, mampu beli bas mewah dan lori untuk PKR. Kenapa itu kamu semua tidak pertikaikan ? Tapi hutang Bank Islam beratus juta tak mahu bayar.
Orang Umno tunjuk duit untuk tolong rakyat salah....orang Anwar Ibrahim tunjuk dan acu pistol kepada orang awam boleh pulak ya ? Kalau orang Umno rasuah, kalau orang Pas sedekah jariah ya ?
Seramai 14 orang balu Memali menerima RM 20 ribu seorang pampasan dari kerajaan pusat.
Bayaran dibayar terus kepada setiap balu.
Apabila Pas menyedari perkara tersebut, Pas pergi cari seorang demi seorang balu dan paksa mereka beri RM 1500 setiap orang atas alasan untuk kos perbicaraan.
Balu tak puas hati kerana sebelum itu Pas dah kutip puluhan ribu derma dari orang ramai untuk kos perbicaraan.
Tapi kerana itu arahan parti mereka kena akur. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Betapa bodohnya orang Melayu pada pandangan DAP. Setelah semua calon Melayunya kalah teruk temasuk Zairi Khir Johari, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guang Eng, maka DAP mengistiharkan bahawa ini berlaku kerana kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu.
Lalu anak Khir Johari, bekas menteri dalam kabinet era Tunku Abdul Rahman telah itu dinaikkan kepada 803 undi dari hanya 305 undi yang didapatinya sebelum ini.
Begitu mudah pada perkiraan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin Cina DAP yang mahu mensilapmatakan orang Melayu. Mereka fikir orang Melayu seluruhnya adalah sebodoh orang Melayu Pas, berasaskan betapa mudahnya mereka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politiknya.
DAP tidak seharusnya memikirkan bahawa semua orang Melayu seperti orang Pas atau seperti anak Khir Johari yang langsung tidak pandang sebelah mata pun oleh orang Melayu.
Dulu saya tersinggung sekali apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ditawarkan RM50,000 untuk menyekatnya supaya tidak keluar dari DAP. Belum pun Tunku Aziz bersuara, saya merasakan betapa rendahnya nilai maruah seorang profesional bangsa Melayu kepada DAP.
Mereka mempunyai tanggapan semua orang Melayu boleh dibeli dengan wang, semua Melayu rasuah.
Perbuatan DAP untuk mengambil hati orang Melayu ternyata sangat gelojoh, biadap, agresif dan uncultured berbanding dengan MCA.
You are subscribed to email updates from WARIS PURBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
""Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.""
Komen kkamdias Wajarkah kita berfatwa, "PAS 2 kali ganda lebih sesat dari UMNO?"
Tahaluf siyasi sudah diamalkan oleh UMNO sejak tahun 50an lagi. Tahaluf siyasi yang diamalkan UMNO itulah yang pernah dijatuhkan hukum kafir oleh Hj Hadi yang mana, kini telah ditiru oleh PAS.
Tahaluf siyasi amalan UMNO lebih istiqomah dari Tahaluf Siyasi amalan PAS.
Walaupun UMNO bertahaluf siyasi dengan bukan Islam, tetapi UMNO tetap kekal mempertahankan setiap apa yang dicatat dalam perlembagaan, khususnya yang berkait dengan kesucian Islam sebagai agama persekutuan dan segala hak dan keistimewaan setiap kaum.
Rakan tahaluf siyasi UMNO, MCA dan MIC lebih faham maksud dan konsep tahaluf siyasi berbanding DAP dan PKR. Masing-masing rakan tahaluf tidak menyentuh soal sensitif atau "bab kepantangan" masing-masing kaum dan kepercayaan.
Tahaluf siyasi UMNO-MCA-MIC melalui BN lebih "structured" dari tahaluf siyasi pakatan yang tidak berdaftar.
Tahaluf siyasi BN mengiktiraf Presiden UMNO selaku Pengerusi BN dan pemutus terakhir di dalam sebarang keputusan dan pertikaian yang berlaku. Tapi tahaluf siyasi pakatan tidak berketua dan tiada yang lebih dituakan di kalangan mereka. Masing-masing sama taraf. Berlawanan dengan konsep kelaziman hidup dan berorganisasi. Suami setaraf dengan isteri dan anak-anak.
Sebarang keputusan mesti dipersetujui bersama di antara ke tiga-tiga rakan tahaluf. Mesti dipersetujui 100% terlebih dahulu.
Itu sebab Kalimah Allah menerima nasib seperti "dasar pengkorporatan", polisi pentadbiran Mahathir. Sesuatu yang tidak mungkin mendapat persetujuan secara unanimous telah dipaksa untuk dipersetujui secara unanimous. Sesuatu yang tidak boleh sama sekali diswastakan, tetapi telah dipaksa untuk diswastakan.
Ia samalah seperti percubaan menswastakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa di antara "entiti eksekutif, kehakiman dan badan legislatif".
Sesuatu yang tidak boleh mahu dibolehkan juga. Sesuatu yang impossible mahu dijadikan possible. Sesuatu yang jelas haram mahu dihalalkan juga atas dasar dan misi "persetujuan bersama".
Inilah dasar dan prinsip tahaluf siyasi PAS. Ini bukan tahaluf siyasi. Ini prinsip "terlupus sana tercicir di sini". Asal dapat undi.
Dengan tak malunya Kak Jijah menerima Anu gerah 'Sayyidatina Khadijah'
1. Hebatnya apabila Kak Jijah 'Sepat Kering' diberikan Anu-gerah khas 'Sayyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 2 Februari lalu. Konon Anu-gerah berkenaan kerana menghargai keberanian dan 'sumbang'an beliau dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam kearah perpaduan. (Baca Sini)(Baca juga pandangan blog Jawa Bernam)
2. Kak Jijah ni memang berani, berani mempertahankan Anu arr dalam isu 'totey' bengkok 'membalun' Chinadoll serta berani bermati-matian mempertyahankan kenyataan bahawa Jam Omega Anu arr ada dalam simpanannya, namun sehingga sekarang tidak dapat ditunjukkan kepada umum. Kak Jijah juga berani mempertahankan Shamsidar 'madu gelapnya' dan merelakan bersama-sama berkongsi 'anu', memang Kak Jijah seorang perempuan yang hebat.
3. Tidak lama dulu Kak Jijah menyifatkan Anu arr sebagai Anu-gerah Tuhan. Seorang pemimpin yang terbaik segala-galanya. Kemudian Ostad Badrol pula memperakukan Anu arr itu adalah Imam Mahadi namun tidak lama selepas itu Ostad Badrol sendiri ditangkap ketika 'memandikan burungnya' bersama seorang 'isteri orang' dalam bilik hotel jam 3 pagi dalam keadaannya bertuala.
4. Anu arr tidak pernah bersumpah bahawa bukan dia didalam klip video seperti yang oleh Dato' Eskay. Anu juga tidak berani bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful, Azizan dan Sukma. Yang selalu Anu arr lakukan apabila dituduh adalah menuduh orang lain.
5. Jika Kak Jijah di Anu-gerahkan 'Sayyidatina Khadijah', Anu arr secara tidak resminya di anu-gerahkan 'Anu-gerah Tuhan' dan 'Imam Mahadi' kenapa tidak kita lengkapkannya dengan Anu-gerah terulung untuk Anu arr iaitu ' Anu-gerah Nabi Luth'
YBM 'Ku Lan' bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut,
tidak mustahil Dato' Norhelan jadi calon Parlimen jika gerakkerjanya dijadikan ukuran.
1. UMNO Jerantut mesti berubah. Keputusan YBM 'Ku Lan' untuk tidak bertanding lagi adalah satu perubahan yang besar maknanya. Itu juga adalah satu keputusan yang sangat berani kerana dalam banyak situasi, bukan ramai pemimpin yang sudah menduduki kerusi bersedia untuk turun. Contoh terdekat adalah ADUN Damak dan Pulau Tawar. Tentu pemergian YBM 'Ku Lan' nanti amat menyedihkan.
2. Yang paling sedih dan berdukacita dengan keputusannya adalah mereka yang rapat dan bergantung sepenuhnya kepada beliau. Nampaknya terpaksalah mereka yang berkenaan pandai memilih siapakah selepas ini akan jadi Ahli Parlimen Jerantut untuk dijadikan dahan untuk berpaut.
3. Walau siapapun kelak akan jadi Ahli Parlimen Jerantut, beliau hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa akan dijadikan sokongnya supaya tidak akan berulang peristiwa sokong membawa rebah. banyak pihak melihat bahwa kelemahan UMNO BN Jerantut selama ini adalah kerana sokong-sokongnya. (Baca blog-blog Jerantut yang banyak dan membincangkan persoalan sama sebelum ini. Sila tujuk senarai blog-blog Jerantut di notakaki)
4. Secara peribadi, BH tiada masalah sama ada Ahli Parlimen masih dikekalkan yang lama atau bertukar kepada yang baru, kerana yang lebih penting adalah membersihkan sokong-sokongnya terlebih dahulu supaya dapat sejajar dengan UMNO Kebangsaan dalam mentranformasikan UMNO di Peringkat Bahagian. Bagi menegakkan UMNO dan mengukuhkan strukturnya, UMNO mestilah disokong oleh mereka yang boleh diharapkan, telus, bersih, cekap dan yang penting sekali adalah amanah.
5. Yang banyak kita dengari adalah kebencian rakyat kepada UMNO adalah kerana sikap pemuka-pemuka UMNO Bahagian yang lebih merupakan pejuang yang hanya cenderung memungut harta rampasan perang bukan kerana keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri.
6. Apapun, UMNO bahagian mesti melakukan perubahan yang drastik dan dapat menyakinkan rakyat bahawa UMNO Bahagian memang serius dan ikhlas untuk berubah. Andaikata UMNO gagal melakukannya, nantikan saja rakyat untuk mengubahnya.
Ini yang 'seronok'nya apabila berlakon disamping Emma Watson.
Pelakon jelita itu telah menanggalkan pakaian hingga tinggal coli dan seluar dalam dalam satu babak filem di mana Logan Lerman dapat meramas payudaranya itu.
Emma telah meninggalkan memori keanak-anakan Harry Potternya apabila membintangi satu watak dalam filem The Perks of Being a Wallflower yang akan dilancarkan DVDnya pada Isnin minggu depan.
Dalam babak filem tersebut, Emma berdiri dengan hanya pakaian dalamnya ketika aksi romantis sambil mengambil tangan Logan dan diletakkan pada payudaranya.
Logan yang melakonkan watak sebagai pelajar yang pemalu telah mendapat perhatian dua orang seniornya - Emma dan Ezra Miller.
Filem ini berdasarkan sebuah buku tulisan Stephen Chbosky.
This is by far the best Celcom First data plan .. Check it out!
Get Celcom's PortaWiFi today and Enjoy the best network whenever you go!
Pihak publisis Beyonce telah menghantar 'arahan' kepada semua media online untuk membuang semua gambar-gambar hodoh Beyonce ketika satu persembahannyadi Superbowl.
Dengarnya kiriman emel tersebut telah dihantarkan kepada seorang wartawan pada 5 Februari 2013.
Disebabkan gambar tersebut kelihatan hodoh dan jelek, pihak pengurusan Beyonce telah meminta agar gambar tersebut tidak disiarkan lagi dengan menghantarkan memo bertulis kepada wartawan berkenaan.
Pun begitu, pihak pengurusan Beyonce nampaknya sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi kerana gambar ini sudah meluas merebak. Walaupun media tersebut telah membuang gambar tersebut di lamannya tetapi banyak blogger telah memuat naik gambar itu di blog peribadi mereka.
Kempen Gemar turut digerakkan oleh semua lapisan umur.
GEORGETOWN - Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) Pulau Pinang menganjurkan Kempen Gerakan Hari Menutup Aurat Antarabangsa (Gemar) bagi menarik golongan muslimah menutup aurat.
Setiausahanya, Asti Toba berkata, kempen berkenaan mula digerakkan ketika pihak lain sibuk mempromosi budaya sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari akan datang.
Menurutnya, selain Unggas ia turut disertai beberapa pertubuhan Muslim lain.
"Kempen Gemar sebelum ini telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kingdom.
"Penyertaan terbesar daripada Indonesia kerana hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya melancarkan kempen ini.
"Manakala di Malaysia pula, Pulau Pinang adalah negeri yang berjaya menghimpulkan solidariti badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan kempen ini," katanya.
Pemberian tudung secara percuma akan bermula pada 14 Februari ini bermula dari Pasar Malam Jalan Mahsuri Bayan Baru.
Beliau berkata, matlamat utama kempen adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik, serta dalam masa yang sama menyedarkan masyarakat bahawa aurat itu sesuatu yang wajib untuk dijaga.
"Kami juga mahu orang ramai sedar bahawa masyarakat akan sedar wujudnya sebuah gerakan yang mempromosi budaya menutup aurat. Selain itu, kempen ini juga cuba mendidik jiwa masyarakat Muslim supaya boleh menerima hakikat bahawa menutup aurat itu adalah perintah daripada Allah.
"Oleh itu untuk kempen Gemar 2013, jawatankuasa peringkat kebangsaan cuba dibentuk bagi memastikan setiap negeri di Malaysia mampu melaksanakan kempen ini," katanya.
Antara inisiatif awal ialah mewujudkan Fan Page Gemar Malaysia melalui Facebook dan Twitter pada 10 Januari yang lepas.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web https://www.facebook.com/gemarmalaysiaofficial.
KOTA KINABALU: Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti.
Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas.
"Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok.
Di saat PR diheret ke mahkamah kerana menipu rakyat dengan janji-janji palsu seperti elaun khas ibu tunggal, elaun kepada kanak-kanak, hapus tol sg nyior, kg buah pala, kg beremban dsb yang indah khabar dari rupa, BN terus menerus menunai janji mereka dengan BR1M dan bantuan awal persekolahan.
Hari ini Dato' Musa Aman meluangkan masa untuk turun menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada sebuah sekolah di sandakan di mana 488 orang murid mendapat manfaat daripadanya, walaupun sebelum itu beliau sibuk memberi sumbangan BR1M kepada 2000 orang yang layak.
Dato Musa dibawa melawat ke projek-projek yang beliau luluskan untuk menaik taraf sekolah berkenaan, tandas, menyimen halaman depan tandas dan menambak tanah di sekitar sekolah (menurut warga sekolah kawasan itu sering becak setiap kali hujan), pondok bas yang baru dan parit bagi melancarkan sistem saliran sekolah.
Dengan begitu banyak projek pembangunan yang diluluskan demi anak-anak kita, pihak yang membangkang sudah semestinya hanya memandang 1 projek yang tidak dapat diluluskan kerana sifat hasad dengki yang menebal di dalam hati mereka-mereka itu.
Firman Allah SWT: "Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta." (Surah al-Baqarah, ayat 10)
SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sengaja menimbulkan kekeliruan berhubung status keahliannya dalam parti itu walhal secara jelas dalam surat diterima semalam menyatakan beliau hanya digugurkan sebagai anggota Majlis Syura.
Salahuddin berkata, Ahli Parlimen Bachok itu sepatutnya tahu perkara terbaik yang beliau harus lakukan kepada parti, bukannya menimbulkan persepsi negatif sehingga boleh menjejaskan nama baik Pas.
"Beliau (Nasharudin) sendiri yang menimbulkan kekeliruan itu, sama ada keliru atau tidak, itu terpulang kepada beliau.
"... dia yang keliru (status keahlian dalam Pas), Majlis Syura sudah putuskan beliau bukan lagi ahli majlis itu," kata beliau yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas Nasharudin malam tadi yang keliru dengan status keahliannya dalam Pas.
Nasharudin mendakwa wujud sedikit konflik mengenai perkara itu, berdasarkan kenyataan berbeza antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.
"Mursyidul Am kata dengan pemecatan daripada Majlis Syura Ulama, saya automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden kata saya masih ahli," katanya sambil mengakui beliau sudah menerima surat rasmi pemecatannya semalam sebagai anggota Majlis Syura Ulama Pas selepas selepas dipecat kira-kira dua minggu lalu.
Nasharudin berkata surat tersebut antara lain menyebut pemecatannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang berlangsung pada 13 Januari lepas kerana melanggar beberapa ketetapan yang dibuat majlis berkenaan.
"Saya tak tahu apa yang saya langgar, mungkin sebab saya buat beberapa kenyataan media secara terbuka dan pendirian saya dalam isu-isu terkini berbeza dengan pendirian parti," katanya.
Ditanya tentang keahlian Nasharudin dalam Pas, beliau berkata, di peringkat kepimpinan Pas, mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut, sebaliknya lebih menumpukan kepada persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Dia masih ahli Pas, itu kita tidak nafikan... kami tidak pernah membincang hal itu, malah tidak pernah mempertikaikan keahliannya dalam Pas.
"... kita lebih banyak membincangkan tentang persiapan dan persediaan jentera serta ahli Pas bagi menghadapi PRU13 akan datang," ulasnya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dihubungi juga mengesahkan perkara itu sambil menyifatkan kekeliruan tidak timbul susulan perbezaan kenyataan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi.
"Dalam rekod kami (Ibu Pejabat Pas), Nasharudin masih ahli Pas yang sah," katanya secara ringkas yang enggan mengulas lanjut lain-lain isu berbangkit.
Melaka: Seorang gadis berusia 16 tahun bukan saja menyewa hotel bajet di Kampung Hulu, di sini, menggunakan identiti orang lain, malah bertindak bagaikan 'penganjur' apabila dipercayai menjadikan bilik itu untuk kegiatan maksiat dan melepaskan gian syabu serta transit bagi kegiatan ragut bersama rakannya.
Bilik yang disewa sejak 12 hari lalu itu dikatakan sering menjadi tumpuan beberapa lelaki keluar masuk sehingga menimbulkan syak sehinggalah sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, pihaknya ke hotel berkenaan untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat.
"Pintu bilik hotel dibuka gadis terbabit selepas diketuk beberapa kali dan apabila masuk menemui dua lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang masing-masing sedang nyenyak tidur.
"Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg berisi peralatan dipercayai untuk menghisap syabu selain bekas kosong dijadikan tempat menyimpan bahan larangan itu," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, lebih mengejutkan apabila pemeriksaan lanjut dalam beg remaja perempuan terbabit menemui empat kad pengenalan milik individu berusia antara 17 dan 21 tahun serta satu beg duit wanita.
Kellie Shirley secara tidak sengaja telah 'memperlihatkan' seluar dalamnya ketika beliau melewati karpet merah pada majlis pra tayangan Run For Your Wife semalam.
Pelakon wanita yang memainkan watak Carly Wicks dalam EastEnders itu mengalamami saat-saat memalukan ketika beliau cuba menyelak gaunnya yang meleret.
Gaun pelakon jelita itu kelihatan basah dibahagian bawah akibat dari karpet yang berair ketika beliau melintasi peminat-peminatnya.
Dan ketika beliau cuba mengangkat sedikit gaunnya itu, secara tidak sengaja beliau 'terlebih selak' hingga kelihatan seluar dalam hitam nya.
Mujur pakai juga...heh!
Kellie turut membintangi filem terbaru Run For Your Wife bersama Denise Van Outen, Danny Dyer dan Sarah Harding.
Pelakon berusia 29 tahun itu memainkan watak Susie Browning dalam filem yang mengisahkan mengenai seorang pemandu teksi (Danny) dan dua orang isterinya (Denise dan Sarah)
KUALA LUMPUR: Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata, Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum PKR itu menyertai kerajaan.
"Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
"Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc hari ini.
Entri terbaru itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.
"Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.
"Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya.
ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.
Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat 'mesra' dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.
Malah beberapa blog tempatan 'menyerang' Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.
Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.
Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.
"Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu," katanya.
Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.
"Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur," katanya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.
"Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah," katanya.
Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.
"Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu," katanya.
Kemelut yang berlaku antara pasangan Sharnaaz Ahamad dan Shila Amzah bersama bapa kepada penyanyi pelantun 'Patah Seribu' itu nyata belum menemui noktah apabila Sharnaaz sekali lagi memberi kenyataan balas terhadap kenyataan Shila sebelum ini.
Dipetik daripada Sinar Harian Online, kenyataan Sharnaaz kali ini berbeza dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
"Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.
"Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi," tegasnya.
Pelakon filem 'Ruby' ini juga mendedahkan akan membatalkan hasrat untuk merisik Shila pada Mac ini.
"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.
"Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi," katanya dengan nada yang kecewa.
Isu panas ini memang menjadi sasaran musuh-musuh politik terutama pembangkang yang cuba menutup malu kelakuan pemimpin-pemimpin mereka terdahulu.
Namun begitu, kami berasa amat kagum dengan cara YB Paka ini menjawab dengan penuh tenang berkenaan isu kontroversi rumahtangga beliau kepada wartwawan.
Sebelum ini timbul kisah gambar kemaluan wanita dalam telefon bimbitnya yang boleh anda baca di SINI telah diperbesarkan oleh media pro pembangkang.
Beberapa blog juga cuba melakukan pencerahan mengenai isu ini.
YB Mohd Ariffin Abdullah adalah YB yang sering menjadi topik pembangkang yang sememangnya suka menangguk di air keruh.Beberapa kali beliau menjadi sasaran putar belit yang di buat oleh PAS.
Mengambil isu rumah kotak yang diutarakan oleh Buletin online, Angin melihat betapa buruknya sikap manusia yang cuba membesarkan perkara tersebut tanpa memberikan fakta yangsebenar (kisah ini akan Angin ceritakan dalam artikel yang akan datang)
Selepas isu rumah kotak, sekali lagi YB Zakaria atau lebih mesti dengan panggilan Pak Ya menjadi bahan serangan apabila kes tuntutan cerai dibuat oleh isteri kedua beliau yang di panggil Kak Mas (sila rujuk video kak mas dalam youtube).
Kak Mas membuat tuntutan cerai di mahkamah alasan Pak Ya tidak menjaga air muka keluarga mereka. Yang menyedihkan Kak Mas menyatakan bagaimana beliau melihat handphone PakYa dan melihat kemaluan seorang perempuan. dan apabila ditanya kepada Pak Ya, Pak Ya mengaku bahawa itu adalah isteri beliau.
Perihal kemaluan di dalam handphone telah menjadi bahan perbualan di dalam fb dan lain-lain. Ianya begitu diperbesarkan seolah-olah Pak Ya telah melakukan kesalahan besar.
Angin ini bertanya sekali lagi... Gambar itu gambar siapa?? jawapannya...gambar seorang isteri yang sah kepada suaminya.
Persoalan yang ingin Angin timbulkan kenapa dibuat seolah-olah satu kesalahan melihat "barang" kepunyaan isteri yang halal di sisi ALLAH?? Gambar itu pula hanya dilihat oleh isteri kedua dan suaminya. Tidak dilihat oleh orang lain termasuk orang-orang yang bawa perkara ini ke FB. Orang-orang ini, mungkin pernah melihat sendiri video-video pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim dengan China Doll atau perbualan antara Mat Sabu dengan isteri orang atau Badrol Amin yang ditangkap khalwat bersama isteri orang di dalam bilik di sebuah hotel di awal pagi. Semua itu perbuatan HARAM!!!
Inisiatif yang diambil oleh Terengganu Today untuk menemuramah YB Paka ini juga salah satu tindakan yang baik bagi membersihkan nama beliau dari menjadi liabiliti kepada UMNO.
Tindakan Barisan Nasional yang bakal membawa masuk penyanyi Gangnam Style, Psy, sempena Hari Terbuka Tahun Baru Cina BN yang bakal berlangsung di Pulau Pinang, 11 Februari ini, mendapat pelbagai reaksi.
Bukan hanya mendapat kritikan di kalangan ahli politik, bayaran RM2 juta yang diperuntukkan untuk mengundang penyanyi K-Pop itu, turut mendapat perhatian penggiat seni di negara ini.
Menerusi kenyataan media, penulis lirik yang popular dengan lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat, mempertikaikan tindakan BN mengundang Psy dengan bayaran seperti itu.
Katanya, ia adalah satu bentuk pengkhianatan kepada industri muzik, penyanyi dan artis tempatan keseluruhannya.
Baginya, apa jua alasan yang diberikan, kunjungan penyanyi itu diyakini sebagai usaha memancing sokongan undi khususnya golongan muda menjelang pilihan raya umum.
"Hal ini cukup mengecewakan. Sedangkan artis veteran tempatan hanya dihulur RM2000 seorang, baru-baru ini melalui Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). Kalau bayaran Psy RM2 juta, ia bersamaan dengan peruntukan keseluruhan kepada YA1M bagi tahun ini," katanya.
Menurutnya, jika persembahan Psy di Pulau Pinang itu tidak mengenakan bayaran tiket kepada penonton, sudah tentulah duti atau cukai tidak boleh dipungut oleh kerajaan dan ianya hanya merugikan dana rakyat.
Selain daripada itu, Buddhi Hekayat turut mengatakan isu ini berbeza dengan artis warga asing yang bekerja dan berkarya dalam Malaysia kerana mereka perlu bayar tarif cukai sebagaimana pekerja asing profesional lainnya.
"Bagi saya, pemerintah mungkin juga tak menyedari bagaimana ada ribuan penyanyi tempatan yang menerima bayaran persembahan sangat rendah atau mungkin sahaja secara percuma untuk mempromosikan bakat mereka.
"Langkah mengundang Psy sekali gus membuktikan bahawa dasar kebudayaan nasional sekian lama telah gagal melahirkan artis Malaysia yang mampu popular dan setanding di peringkat antarabangsa," tegasnya.
BARU sahaja penulis selesai menonton rancangan soal jawab antara Datuk Ahmad Talib dengan mantan ahli majlis syura PAS, Nasharudin Mat Isa di TV3.
Dalam rancangan itu, Nasharudin mengesahkan baru sahaja menerima surat pemecatan sebagai ahli majlis syura pas bertarikh 14 Januari 2013, tapi diposkan pada 30 Januari dan diterima Nasharudin pada 6 Februari (semalam).
Atau 3 minggu lamanya untuk surat tersebut sampai, membuktikan Nasharudin tidaklah dipecat pada 13 Januari seperti yang diwar-warkan sebaliknya pada hari pengumuman dibuat, iaitu pada 26 Januari (keputusan ad-hoc). PAS kelentong saja kata Nasharudin dipecat lebih awal.
Surat tersebut juga tidak menyatakan punca pemecatan, berlawanan dengan komen-komen beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa Nasharudin dipecat kerana gagal hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama beberapa kali, tipu lagi.
Balik pada isu-isu yang dibincangkan.
Secara dasarnya, semua isu yang menyentuh perjuangan, dasar dan perubahan yang berlaku terhadap PAS sekarang yang disentuh Nasharudin dalam temuramah sebentar tadi, bukanlah perkara baru.
Sejak terlibat dalam politik, semua keluh kesah Nasharudin mengenai perjuangan PAS dan perubahan kemudiannya setelah bekerjasama dengan DAP dan PKR, telah banyak kali disebut dan disentuh di dalam penulisan dan perbincangan kedai kopi oleh ahli-ahli UMNO, walaupun balaci PAS mati-mati taknak mengaku.
Umpamanya, sebentar tadi Nasharudin sentuh soal kalimah Allah, kita dalam UMNO dah lama sebut. Begitu juga tentang dasar perjuangan PAS yang cacat setelah jadi balaci DAP dan PKR dan sebagainya, pun begitu juga. Walhal kami duduk diluar PAS, boleh tahu semua ni, takkan Nasharudin yang di dalam tak nampak?
Soal kerajaan perpaduan pun begitu juga. UMNO dah lama kata PAS yang mulakan perkara tersebut, tapi PAS nafi, balacinya buta-buta percaya. Sekarang bila Nasharudin sendiri sahkan perkara tersebut, telan lidah masing-masing.
Pelik juga penulis, kenapa perlu sehingga dipecat baru Nasharudin nak sedar kepincangan besar yang berlaku dalam PAS? Selalu sangatlah macam tu, dah kena pecat barulah nak bangkit menentang, dah macam drama swasta pulak. Mungkin Nasharudin fikir dia mampu mengubah keadaan tersebut, tapi kederat Nasharudin seorang mana mungkin cukup nak melawan haiwan-haiwan lain yang menguasai dan menganggotai PAS, ye tak?
Hal sama juga berlaku dalam kes pemecatan Hasan Ali tahun lepas, sama juga. Nak ikut sangat peraturan kononnya, tapi hanya kerana satu baris ayat kutuk Anwar Ibrahim, melayang Hasan Ali keluar dari PAS.
Kelihatan disitu, masih ada yang tidak belajar dari sejarah.
Apapun, ini pengajaran untuk balaci PAS yang percaya buta pembohongan pemimpin PAS. Ambik iktibar apa yang berlaku pada Nasharudin hari ini. Tidak mustahil keadaan sama boleh berlaku pada balaci sekelian juga nanti. Sedangkan Nasharudin yang banya jasanya itupun, diterajang keluar begitu saja, apatah lagi balaci yang tak berapa nak berjasa ni.
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang.
Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.
"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.
Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Menurut Nasharudin walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya.
"Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya.
Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alasan beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui Pas yang kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. - Bernama
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dukacita dengan kenyataan Timbalan Pendana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan permintaannya adalah satu kerja bodoh berhubung gesaan beliau supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini.
Menurutnya, beliau kesal dengan serang peribadi Muhyiddin didakwa menggunakan bahasa kurang sopan.
"Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya.
"Saya tidak mahu buat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan artis porpular Korea, Psy pada hari Isnin ini. Saya tidak mahu menjawab (membalas) dengan nada yang sama," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
Kelmarin, Muhyiddin sifatkan Guan Eng terlalu ghairah berpolitik sehingga sanggup meminta rakyat memakai baju mengikut warna dalam maksud tertentu pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang dijadualkan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang.
Beliau berkata serangan peribadi akan diserahkan kepada rakyat sendiri untuk menilai perkataan bodoh yang digunakan Timbalan Perdana Menteri.
"Saya tidak pernah mendengar perkataan bodoh dilemparkan Muhyiddin ketika membuat lawatan negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Kedah, Kelantan dan Selangor, biarlah rakyat sendiri menilai kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu.
"Kalau Barisan Nasional (BN) nak menang, biarlah ditentukan oleh rakyat. Biar rakyat memilih sebuah kerajaan yang berprinsip lebih mulia dan mempunyai dasar yang baik yang memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.
Muhyiddin juga meminta Guan Eng menghormati program perpaduan rakyat seperti itu dan bukannya mencampuradukkan dengan politik.
Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi memecahkan cermin kereta mangsa.
Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan.
"Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.
"Lebih menyedihkan, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki berusia lewat 20-an terbabit sebelum diheret semula ke dalam kenderaan mereka untuk dibawa ke mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan memaksa mangsa mengeluarkan wang RM1,600," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke satu kawasan kondominium di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan dengan dibantu pengawal keselamatan kondominium berkenaan, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.
NEW DELHI - Pihak berkuasa India menahan lelaki yang dipercayai merodok tekak seorang wanita berumur 22 tahun dengan batang besi dalam cubaan untuk merogolnya, menurut detektif, semalam.
Pegawai polis, Ajay Chaudry memberitahu, insiden itu berlaku di rumah mangsa pada malam Isnin lalu.
"Mangsa diserang dengan batang besi tersebut selepas dia cuba melawan kehendak suspek. Wanita yang mengalami kecederaan teruk di dalam mulut itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan," katanya lagi.
Difahamkan, lelaki itu datang ke rumah mangsa atas alasan untuk mengutip bil bulanan elektrik dan cuba untuk memperkosanya selepas mendapati wanita tersebut tinggal bersendirian.
Dalam kejadian berasingan melibatkan satu lagi serangan seksual di negara itu, seorang wanita berumur lingkungan awal 20-an ditinggalkan tanpa perikemanusiaan selepas mangsa dirogol beramai-ramai di utara Uttarakhand.
Akhbar Hindustan Times melaporkan mangsa diperkosa tiga lelaki dalam keadaan tidak sedar semasa majlis hari lahir di bandar Kashipur.
Menurut akhbar tersebut, polis kini sedang melakukan ujian forensik dan turut mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan. -AFP
KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat deman panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira pukul 7 malam.
Katanya, bapanya mengalami demam panas sejak kelmarin dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata, jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi ini.
Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata, Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama
Kuala Lumpur: Artis veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, pada jam 6.45 petang semalam kerana menghidap penyakit asma dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak. Dia meninggalkan seorang isteri, Datin Alisah Ali dan 11 anak menerusi empat perkahwinan.
Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang pada 20 Februari tahun lalu akibat terjatuh di bilik air, selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain. Sejak itu dia sering keluar masuk hospital.
Sebelum bergelar anak bangsawan, Yahya pernah berkhidmat sebagai anggota polis dan pada zaman pemerintahan Jepun, dia pernah koma selama enam bulan gara-gara kekejaman komunis. Allahyarham bersara daripada perkhidmatan polis pada 1967 dan beralih karier sebagai pelakon drama dan filem. Antara filem lakonannya ialah Da Di Du dan Talak.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Juak-juak cybertroopers DAPig berjuang 24 jam sehari sejak beberapa hari lepas menyerang laman sosial Facebook artis Korea Psy Gangnam Style iaitu "Official Psy" dan juga "Psy Gangnam Style". Ini dilakukan semata-mata kerana terlalu takutkan kehadiran Psy di Malaysia akan mengubah momentum Kerajaan Pakatan Haram untuk kekal memerintah terutama di Penang.
CTS tidak pasti apa kaitan kedatangan Psy dengan rasa takutnya mereka iaini juak-juak Pakatan Haram kehilangan kuasa. Kalau selama ini berkhidmat dengan Rakyat dan tidak menipu Rakyat terutama di 4 negeri yang mereka perintah, kenapa takut kehilangan kuasa, hanya dengan kedatangan Psy? Kenapakah begitu kemaruk juak-juak Pakatan Haram ini hendak menghalang kedatangan Psy untuk membuat persembahan di Penang?
Psy datang ke Penang hanyalah jemputan Gerakan Penang dan dibiayai oleh sebuah syarikat korporat di Penang untuk persembahan semperna Tahun Baru China? Apa kena mengena dengan politik? Adakah kedatangan Psy ke Penang boleh menentukan hidup mati Pakatan Haram terutama DAPig? Bacalah kenyataan-kenyataan cybertroopers pembangkang seperti yang di "screen shoot" yang ada di antaranya agak melampau dan mengutuk negara dan Kerajaan Malaysia.
Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa BN telah menjemput selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjurannya pada 11 Februari. Sama ada Nik Aziz Nik Mat tidak mengetahui bahawa Psy seorang lelaki dan bukannya seorang wanita atau beliau takut spesis-spesis "dua alam" seperti Anwar Ibrahim tergoda dengan kekacakan Psy, CTS tidak pastilah.
Yang pasti Psy hanya perlu memakai seluar panjang untuk mematuhi permintaan Nik Aziz memandangkan aurat lelaki hanyalah di antara pusat dan lutut. Mungkin juga nasihat Mursyidul Am PAS ini kepada Psy lahir setelah melihat persembahan "tidak senonoh" dan separuh bogel yang dianjurkan di Kulim Kedah semperna perayaan Tahun Baru Cina. Barangkali dia mengambil pengajaran dengan penganjuran tarian gedik-gedik separuh bogel di Kedah, tetapi malu-malu untuk menegur kepimpinan DAPig dan PGayR Kedah. Atau mungkin juga nasihat itu diberikan kepada Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini asik masyuk menari Tamil di atas pentas ceramah.
Orang Felda Sungai Tengi menolak kehadiran Mazlan Aliman, Presiden ANAK untuk memecah belahkan masyarakat FELDA. Rakyat Sabak Bernam, Selangor menolak lidah penyambung bicara Pakatan Haram. Mazlan Aliman tidak diterima di tanahairnya sendiri di Johor. Bagaimana beliau boleh merasakan Rakyat Selangor akan menerima kehadirannya di Felda bertuah ini.
Felda Sungai Tengi terletak di Sungai Tengi, Sabak Bernam, Selangor. Ia bersebelahan dengan sempadan negeri Perak. Felda ini telah wujud lebih 30 tahun. Masa kewujudan Felda ini, Mazlan Aliman masih mentah. Oleh itu, janganlah cuba menunjuk pandai dengan orang-rang lama yang telah lama bergelumang dengan susah senang sebagai peneroka. Saksikan video penolakan peneroka Felda Singai Tengi ke atas kehadiran Mazlan Aliman. Panas beb!
Sudah lama benar tak nampak kelibat Azmin di Hulu Kelang.
Kisah tak sebulu dengan ibu kandungnya, adalah masalah peribadi biarpun ianya jelas menggambarkan perilaku si anak. Ibu mana yang tidak sayangkan anak tetapi mungkin sahaja ada di antara anak yang tidak sayangkan ibu lantaran ramailah orang-orang tua yang membanjiri rumah-rumah orang tua.
Azmin mengikut sahabat Jebat yang menetap di Ukay Perdana, hanya kelihatan pada kempen PRU ke 12 yang lalu. Itupun sekali sahaja Azmin berkempen di sana beritahu sahabat Jebat tersebut.
Kalau tidak kerana kebanjiran poster yang menempekkan gambar Azmin, tentulah Azmin tidak akan dikenali langsung di Hulu Kelang. Intai-intailah ke Hulu Kelang dan anda semua pasti akan dapat saksikan sendiri bagaimana Hulu Kelang sudah tidak sebersih dahulu.
Di Taman Permata Hulu Kelang, kawasan yang majoritinya sekitar 90 peratus Melayu sudah ada anjing-anjing liar yang berkeliaran. Ini bukan cerita yang mahu menampakkan kebaikan era pemerintahan BN tetapi ianya cerita benar yang tidak direka-reka. Untuk kepastian intailah ke Hulu Kelang.
5 tahun lamanya ruang diberikan kepada Pakatan untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir urus. Dalam skop yang sekecil Hulu Kelang, jelas Pakatan tidak membuat sebarang kemajuan kepada Hulu Kelang. Yang jelas kelihatan di Hulu Kelang hanyalah penambahan papan tanda.
Zon Bersih itu yang cuba dinobatkan di Hulu Kelang. Entah di mana justifikasi Zon Bersih itu tidaklah kita ketahui.
Mungkin Azmin sendiri tidak pernah sedar bahawa salah satu penempatan di Hulu Kelang itu merupakan kawasan zon denggi yang tertinggi di Malaysia buat masa ini. Sehingga ke hari ini sebanyak 13 kes sudah dilaporkan di sebuah kawasan apartment. Kelibat Azmin untuk menziarah mangsa langsung tidak kelihatan.
Cubalah anda renungkan, betapa rakusnya Azmin ketika membaham BN di pentas ceramah politik. Tetapi di dalam bab menjaga kebajikan pengundi, KE LAUT!!!
Bertandinglah lagi di Parlimen Gombak, kami sudah sedia untuk mengajar Azmin erti menghargai kepercayaan pengundi kepada beliau..kata sahabat Jebat dengan muka mencuka.
Intailah ke Hulu Kelang dan anda nilaikan sendiri.