Jumaat, 27 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 27 May 2011 11:14 PM PDT

Idris Ahmad


PR KUAT, BARU BN PRIHATIN

Posted: 27 May 2011 12:17 AM PDT

PR KUAT, BARU BN PRIHATIN
27/5/11
IDRIS AHMAD

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat. Menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihanraya dalam negara mereka.

Pemimpin Umno Bn sudah mula cakna rakyat kerana hendak ambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihanraya akan datang bukan era 60 an dan 70 an. Pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab. Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat
Ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.
Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik. Tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik. Pas yakin minyak akan naik selepas pilihanraya nanti jika BN terus mendapat mandat. Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang.

Pas masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin. Rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan. BN mewujudkan “Makmal”, untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat. Sepatutnya peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

Pas yakin harga minyak akan naik melambung selepas pilihanraya Umum ke 13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat. Oleh itu untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putra Jaya di dalam pilihanraya akan datang.


Filed under: Politik

PAS LENGGONG

Posted: 27 May 2011 07:36 PM PDT

PAS LENGGONG


Ron95 - Tak jadi naik

Posted: 27 May 2011 02:24 AM PDT

HJ RAZMAN BERTANDING AJK PAS PUSAT.

Posted: 27 May 2011 02:19 AM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj

2. Nasharudin Mat Isa, YB

3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato'

2. Idris Haji Ahmad, Ustaz

3. Mahfuz Omar, YB Dato'

4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'

5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri

6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj

4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,

5. Ahmad Sabki Yusof,

6. Aiman Athirah Al-Jundi

7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.

8. Apandi Mohamad, Hj

9. Asmuni Awi, Hj

10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,

11. Azman Shapawi, Ustaz

12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr

13. Halimah Ali, YB Dr.

14. Hamzah Abdullah,

15. Hamzah Jaafar, Dr.

16. Hanipa Maidin, Hj

17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.

18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

19. Iskandar Abdul Samad, YB

20. Kamal Ashaari, Ustaz

21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'

22. Khalid Abd Samad, YB Hj.

23. Khalil Idham Lim, YB

24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.

25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.

26. Mazlan Aliman,

27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz

28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.

29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB

30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

31. Mohd Anuar Tahir, Hj

32. Mohd Firdaus Jaafar, YB

33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.

34. Mohd Nasir Mustafa,

35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz

36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji

37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr

38. Muhammad Husin, YB

39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.

40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB

41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz

43. Norazli Musa, Ustaz Hj.

44. Normala Sudirman,

45. Nuridah Salleh, Ustazah

46. Razman Zakaria,

47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,

48. Rosidi Hussin

49. Sa'ari Sungib, YB Hj.

50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

51. Suhaizan Kaiat,

52. Wan Hasrina Wan Hassan,

53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

PAS Kawasan Pekan

Posted: 27 May 2011 07:04 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Posted: 27 May 2011 02:58 AM PDT



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 27 May 2011 03:28 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ALHAMDULILLAH RAKYAT BUKA MATA PADA PAKATAN RAKYAT DAN TUTUP HATI PADA BEE END

Posted: 27 May 2011 03:16 AM PDT

Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat

Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat kerana pemotongan subsidi akan meninggalkan kesan kepada 27 juta rakyat Malaysia tetapi tidak mempengaruhi syarikat- syarikat besar seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Felda. BN begitu terdesak dengan isu pemotongan subsidi ini apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe menuduh DAP cuba mencetuskan isu perkauman dalam pemotongan subsidi gula yang melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ini adalah tuduhan bodoh dari Tan kerana kenaikan harga gula sebanyak 20sen kepada RM2.30 sekilogram turut memberi kesan kepada Melayu. Atau Tan sendiri ingin menyatakan bahawa kenaikan harga gula dan petrol hanya akan mempengaruhi orang bukan Melayu?

Tan berkata demikian di Kuching pada dua hari lepas bahawa DAP menuduh Felda mengaut keuntungan daripada pemotongan subsidi gula. Ini adalah tidak benar. Tan sengaja memutar belitkan pendedahan saya yang mengatakan bahawa keuntungan yang diperolehi Felda dari perniagaan gula telah didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd.

MSM menghasilkan hampir 60 peratus dari pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai RM2.46bilion atau RM3.50 untuk setiap saham oleh CIMB Investment Bank Bhd. Untuk tahun 2010, MSM menikmati keuntungan sebanyak RM 232 bilion sebelum harga gula meningkat sebanyak 20sen menjadikannya RM 2.30 sekilogram.

Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

Apalah sangat RM116.6 juta penjimatan daripada pemotogan subsidi gula sebanyak 20 sen berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu? Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta dengan mudah; iaitu hanya sebahagian daripada RM232 juta keuntungan tahunan kepada MSM memandangkan ianya dimiliki oleh Felda.

Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM. MSM seharusnya diminta untuk menyumbangkan dengan memindahkan sebahagian daripada keuntungan kepada kerajaan bagi membolehkan harga gula kekal kepada RM2.10 sekilogram.

Bagaimana DAP boleh bermain dengan politik perkauman sekiranya DAP sendiri meminta Kerajaan Persekutuan supaya mengambil sebahagian daripada keuntungan yang dikecapi Felda untuk membiayai kos dalam bentuk tanggungjawab sosial yang juga dapat membantu Melayu? Ini adalah politik perkauman BN yang cuba memecahbelahkan Melayu dan bukan Melayu dalam kes klasik untuk "pecah dan perintah"(divide and rule).

Semua Melayu dan bukan Melayu sama- sama akan menerima kesan dengan kenaikan harga barangan. Dan semua orang kaya termasuk Melayu dan bukan Melayu sama- sama akan menerima manfaat dan tidak dibebani dengan pemotongan subsidi seperti rakyat biasa yang menderita terutama manfaatnya dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP).

Jelas BN dan Tan sudah ketandusan idea kerana tidak dapat menerangkan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun kepada IPP sedangkan tindakan pengurangan subsidi gas dan diesel beratus- ratus juta ringgit telah membebankan rakyat Malaysia.

Sebuah dasar sosial-ekonomi yang lebih adil harus dilaksanakan supaya subsidi terhadap golongan kaya dapat dipotong bukannya golongan miskin. Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan "Barang Naik" manakala PR adalah "Price Reduction".

HIMPUNAN BERSIH 2 MENUNTUT PILIHANRAYA UMUM DIJALANKAN DENGAN BETUL

Posted: 26 May 2011 05:52 PM PDT

Himpunan Bersih 2 bukan macam Kes Liwat II, Kes Liwat II hanya memperjuangkan seseorang individu (itupun kalau kes yang jujur), tetapi himpunan bersih 2 (HB2) bukan sebarang perhimpunan kerana kali ini adalah bertujuan untuk kesemua rakyat dan penduduk Malaysia. Kita melalu Prhimpunan Bersih 2 adalah bertujuan menuntut Pilihan Raya Umum akan didatang dapat diberi jaminan akan dilakukan mengikut cara dan prosidur serta undang-undang yang betul. Kita mahu SPR, KDN , Polis, jentera kerajaan dan tentera patuh pada undang-undang bukan patuh pada pemimpin yang membuat arahan tidak mengikut undang-undang.
Kita tidak mahu tektik IC bermutu tinggi berleluasa, pengujudan pengundi yang mengundi lebih dari sekali, kuatkuasa pengunaan calit cat pada jari selepas mengundi, tunjuk gambar dalam kad pemngenalan sebelum mengundi kepada saksi dalam tempat mengundi (Selama ini pengundi boleh menyamar membawa Kad Pengenalan orang lain seperti kes PRU tahun 1999), tiada tambahan masa mengundi, tektik pengundi hantu melalui undi pos tentera, isteri tentera, askar wataniah, pelajat PLKN dan pusat serenti.

HIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI SEBELUM PRU 13 – suara keadilanGabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menetapkan tarikh 'Perhimpunan Rakyat' pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.

Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

"Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 27 May 2011 03:20 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KENAIKAN TARIF ELEKTRIK TOKLEH DIELAK : MUSTAPA

Posted: 27 May 2011 02:32 AM PDT

SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.


Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.

"Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.

Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.

Perkauman: Antara 2 tokoh

Posted: 26 May 2011 09:01 PM PDT

Antara 2 ustaz....



3 sebab BN tak potong subsidi petrol

Posted: 26 May 2011 08:47 PM PDT

3 sebab BN tak potong subsidi petrol


Pertama ,PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.

"Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat

lebih lanjut baca di sini

2 TELINGA DIPOTONG MUJUR BUKAN ANUNYA

Posted: 26 May 2011 05:39 PM PDT

NIBONG TEBAL, 27 Mei — Gara-gara menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang. seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong .

Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang," katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

ISU ROYALTI : PUSAT NAK MENCELAH

Posted: 26 May 2011 05:32 PM PDT

PUTRAJAYA, 26 Mei – Kerajaan negeri Kelantan gagal dalam rayuan untuk menghalang kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petronas berhubung royalti minyak.


Panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan bahawa kehadiran kerajaan persekutuan dalam saman sivil adalah perlu bagi memastikan perkara yang menjadi pertikaian dalam kes itu benar-benar diputuskan.

Dipetik laporan Bernama, kata beliau, panel hakim berpuas hati bahawa ada isu berbangkit daripada relif yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan dan ia "adil dan sesuai" bahawa isu-isu itu ditentukan antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Petronas.

"Kami dapati tiada merit dalam rayuan kedua kerajaan negeri, " kata Hakim Low dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kerajaan persekutuan untuk menjadi pencelah dalam saman itu.

Panel hakim itu terdiri daripada Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan kedua kerajaan negeri dan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi bahawa saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahkamah Komersial baru (NCC) di mana saman itu difailkan.

Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut supaya Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum dikeluarkan di pesisir Kelantan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Petroleum.

Sebelum itu, Thomas berhujah bahawa kerajaan persekutuan tidak mempunyai kepentingan dalam saman sivil itu kerana tuntutan dan relif yang dituntut kerajaan negeri itu adalah terhadap Petronas.

Katanya, Akta Pembangunan Petroleum 1974 menetapkan bahawa Petronas menerima 90 peratus daripada pembayaran tunai dan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masing-masing menerima lima peratus daripada pembayaran tunai bagi petroleum yang diperolehi di pesisir dan di luar pesisir.

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 27 May 2011 01:49 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Kejohanan Bolesepak Muhibah Sg Pial

Posted: 27 May 2011 07:16 AM PDT

Menyaksikan perlawanan akhir dan penyampaian hadiah Kejohanan Bolasepak Muhibbah 8 Sebelah Anjuran MKK Sg Pial

bergambar bersama pasukan ke perlawanan akhir

sedikit kata2 nasihat sebelum sepak mula

bersalaman dengan semua pemain

Sdr Ahmad Saad, MKK Sg Pial

Sepatah dua kata sebelum penyampaian hadiah

Hj Halim Setiausaha PAS Kawasan Merbok yang turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang Tempat Ke-3

Sdr Ahmad Saad menyampaikan hadiah kepada pasukan tempat Ke-4

Naib Johan

menglungkan pingat kepada pemain

Johan, Pasukan dari Kg Huma

Pengadil Perlawanan

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir

Anugerah Khas Tokoh Bolasepak

bersama kedua-dua pasukan

Juara Pertandingan

Naib Juara Pertandingan

Umno Yang Tak Dak Dewan Sendiri..

Posted: 27 May 2011 07:14 AM PDT

meng'umno'kan MRSM Merbok





Menikmati Matahari Terbenam di Tg Dawai

Posted: 26 May 2011 07:11 AM PDT

Dalam perjalanan pulang menjengok rakyat di Tanjong Dawai.. Indahnya alam cimtaan Tuhan

DUN Lembah Jaya

Posted: 27 May 2011 11:20 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Meraikan Bakal Jemaah Umrah Taman Seri Raya: Meriah Walaupun Tidak Ramai

Posted: 26 May 2011 06:51 PM PDT

25 Mei 2011, Taman Seri Raya - "Semoga pemergian tuan-tuan ke Tanah Suci dipermudah dan diselamatkankan oleh Allah SWT dan semoga mendapat umrah yang mabrur". Demikian ucapan YB Hj. Khasim mengakhiri ucapannya ketika majlis meraikan jemaah yang bakal melaksanakan ibadah umrah beberapa hari lagi. Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada pihak penganjur majlis iaitu Persatuan Penduduk Taman Seri Raya, JKP MPAJ Zon13, JKKK Kg. Tasik Tambahan dan Masjid Al-Ubudiah.

Majlis dibuka dengan ucapan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Raya, Tuan Haji Sarom Bin Jais. Seramai 10 orang jemaah akan mula bertolak bermula hujung minggu ini. Turut hadir meraikan mereka dalam majlis tersebut ialah Ahli Majlis MPAJ Zon 13, Tuan Haji Ali Ismail dan Nazir Masjid Al-Ubudiah Tuan Haji Kamil Bin Dolah.

Semoga mereka beroleh umrah yang mabrur. Amiin

Sebahagian jemaah yang hadir

Berucap memberikan peransang kepada para jemaah khususnya mereka yang baru pertama kali ke Tanah Suci

Penyampaian saguhati



Haji Ali Ismail dan Haji Kamil Dolah


Bersama bakal jemaah umrah

PEMUDA PAS LIPIS

Posted: 27 May 2011 11:19 AM PDT

PEMUDA PAS LIPIS


Kepimpinan Ulama-Profesional

Posted: 26 May 2011 05:51 PM PDT


Saya baru selesai membaca berita di harakahdaily. Petang ini (27 Mei 2011), akan diumumkan calon-calon yang akan bertanding kerusi-kerusi dalam hierarki kepimpinan PAS. Insya'allah, perwakilan muktamar akan membuat pemilihan yang terbaik. Sebagai seorang graduan dalam bidang kejuruteraan, saya sangat beruntung untuk sentiasa berdampingan dengan para ulama'. Namun, iklim politik masa kini tidak menentu. Percaturannya tidak lagi semudah sifir matematik biasa. Justeru, gabungan kepimpinan ulama dan profesional dari sudut disiplin ilmu difikirkan sesuai untuk harakah Islam seperti PAS.

Dua tahun dahulu, sewaktu menghadiri muktamar di Stadium Melawati, tiba-tiba seorang ulama yang berucap bagi negeri Selangor bangkit bertanya: "Tiadakah etika untuk wartawan wanita non muslim di dalam muktamar ?" Ya, saya pernah melihat non muslim diberikan jubah semasa melawat masjid. Tetapi bagaimana dengan muktamar? Suatu ibadah umum yang dihadiri oleh wanita non muslim yang tidak menutup aurat. Nak halang akan dikatakan PAS masih tidak terbuka. Justeru, situasi begini perlu keputusan kepimpinan untuk melihat dari sudut hukum dan waqi' perjuangan.

Kemudian, setelah PR memiliki YB wanita non muslim, maka timbul pula persoalan batasan untuk YB masuk ke masjid atau surau. Hukum sudah sedia ada, namun ia adalah perkara baru bagi yang tiada pendedahan mengendalikan situasi begini. Semasa saya menjadi jurutera di Malaysian Sheet Glass, Pasir Gudang, saya selalu ke seberang dan bersolat di Arab Sreet, Singapura. Terdapat papan peringatan bahawa masjid itu telah dirasmikan oleh Lee Kuang Yew. Jadi, mungkin masyarakat di mana muslim minoriti atau pemerintah mereka non muslim, telah biasa bagi mereka menjemput pemimpin ke masjid, surau atau majlis yang ada kaitan dengan ibadah umum.

Kesimpulannya, ulama' adalah pewaris nabi. Namun, siapa pun yang telah diamanahkan menjadi pemimpin kita, berilah ketaatan. Jangan membentuk kelompok baru yang membelakangi pemimpin yang telah dilantik. Mungkin tak baik mengikut selera kita tapi baik di sisi Allah SWT. Takbir !

Andainya YB Padang Tengku meninggal

Posted: 26 May 2011 05:26 PM PDT


Sudah ramai YB yang menang PRU12 yang meninggal. Pergi menemui Ilahi. Matinya mereka adalah satu proses perpindahan ke alam baru. Alam barzakh yang pasti menanti setiap yang bernyawa. Bersemadi di situ untuk satu lagi proses peralihan ke alam akhirat yang kekal abadi. Mahkamah akan bersidang untuk membuat justifikasi terhadap amal baik dan buruk. Bagi seorang YB, ada dosa dan pahala dalam amalan politik mereka.

Pagi ini saya bercuti. Lalu, kesempatan yang ada pergi menghantar anak ke SMA Padang Tengku. Nampaknya ada projek melebarkan tepi jalan berhampiran sekolah. Ini akan mengurangkan kesesakan di depan pintu pagar semasa menghantar dan mengambil anak sekolah. Kemudian, membuat u-turn untuk menghantar anak yang lain ke SMK Padang Tengku. Tiba di selekoh masjid, berselisish dengan sebuah kereta yang menghantar anak ke PASTI. Saya mengambil jalan tepi tetapi kereta jatuh ke dalam lubang kerana jalan berlopak.

Terus mara ke hadapan. Jatuh lagi lubang besar di jalan Kg. Batu Nering. Saya fikir kerosakan jalan ini sudah lama berlaku. Dulu anak almarhum bilal masjid Padang Tengku pernah kemalangan di sini. Lama juga masuk wad kerana kecederaan di kepala. Rumah Tok 4 tak jauh dari jalan ini. Selalu juga nampak Tok 4 lalu jalan tersebut semasa ke masjid. Tapi, kenapa tidak baiki.

Saya amat yakin. Seandainya ada PRK, jalan ini akan dibaiki segera. Segala macam projek mee segera datang mencurah-curah. Inilah budaya KERAjaan BN. Wahai YB, turunlah melihat masalah rakyat. Kepada Tok 4, aturkan gotong royong untuk bersama membaiki jalan yang rosak teruk. Kalau tidak mahu berkhidmat, beri aje jawatan tu kepada orang lain yang sanggup berkhidmat.

Batu Gajah Mari

Posted: 27 May 2011 11:14 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS Berupaya dan Bersedia Mentadbir Negara

Posted: 26 May 2011 10:01 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLHLFCyKNnWaNjCW3uDiebdvADUNgGPZPZUcbDnkeIVZnqEedw0ahV8fgoxT9TZYynXJIE71BDBrd8BXhjNvBhykiqcxl1ZCNUxkMq6b6DC7uta5xYOFe0bA0mkmcAdx_h-_YNahItm0v0/s1600/PAS+for+all.jpg

PAS adalah sebuah parti politik yang berasaskan sokongan dan keahlian Melayu Islam. Setelah 60 tahun berada di arena politik Malaysia, parti itu kini sudah mencapai kematangan dan penerimaan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia untuk menjadi parti pemerintah.

Persekitaran politik, ekonomi dan teknologi di luar dan dalam negara telah banyak berubah dan arus perubahan itu akan terus berlaku. Berkemungkinan besar akan jadi lagi cepat dan hebat. Banyak ketidakpastian menunggu di masa hadapan tetapi hanya satu perkara yang pasti, yakni dunia akan terus berubah dan negara kita akan tidak dapat lari dari dibawa arus perubahan.

Lawan PAS jelas tidak berupaya untuk mengubah dirinya dari dalam untuk menangani cabaran-cabaran baru kepada kekuasaannya. Saluran maklumat dan media baru jelas tidak dapat dikongkongi atau dikawal, melainkan parti pemerintah meluluskan peraturan dan undang-undang internet yang akan mengakibatkan negara ini dicap sebagai 'pariah' atau kera sumbang dalam arena bisnes, pelaburan dan hak asasi manusia. Segala tindak tanduk dan keputusan kerajaan perlu dipertahankan sentiasa dengan hujah-hujah yang munasabah dan masuk akal. Ini tidak terdaya dilakukan oleh lawan PAS.

PAS pula berupaya untuk berubah demi menangani dan menghadapi cabaran-cabaran baru, bersikap responsif kepada perubahan persekitaran tanpa mengorbankan prinsip perjuangan yang berteraskan Islam. Ini terbukti semasa kemelut penolakan kepimpinan Dato Asri Hj Muda tiga dekad lepas. PAS telah berjaya mengakhiri bab itu dengan membuat dirinya lebih mantap dan setia kepada prinsip perjuangan Islam.

Seteru PAS kerap mengungkit-ngungkitkan kewujudan kumpulan 'erdogan' dan kumpulan 'ulama' di dalam parti itu. Idea mereka adalah itu menunjukkan PAS tidak bersatu. Mereka mengukuri PAS dengan mengguna kacamata sama yang mereka gunakan untuk menilai Umno. Mereka tersilap. Sebagai sebuah parti yang demokratik dan yang yakin atas asas ideologi perjuangannya, PAS tidak segan silu untuk mengaku terdapatnya perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ahli dan pemimpinnya berhubung isu-isu semasa. Apa yang mustahak perbezaan itu adalah berkaitan pendekatan dan penekanan, bukannya pergeseran disebabkan jawatan dan pembahagian habuan sebagaimana yang kerap disaksikan di dalam parti pemerintah.

Sebenarnya, tidak terdapat kumpulan 'erdogan' atau kumpulan 'ulama' di dalam PAS. Dewan Syura' Ulama adalah badan parti yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan bahawa segala dasar dan polisi PAS adalah bertepatan dengan lunas dan prinsip agama Islam. Ini sejajar dengan definisi ulama berdasarkan firman "Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMA). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Al-Faathir 35:28]. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan ulama ialah orang berilmu. Tidak hanya mengkhususkan kepada agamawan sahaja. Ianya mencakupi ilmu yang lebih luas. [Harakah 19-21/9/2008]. Berpegang kepada definisi tersebut, jelas kepada kita bahawa tiada golongan erdogan atau kumpulan ulama di dalam jemaah PAS sebagaimana yang digambarkan oleh propaganda musuh.

PAS sebagaimana agama Islam adalah satu parti yang inklusif. Sesiapa sahaja boleh memeluk agama Islam dan sesiapa sahaja boleh menjadi ahli PAS. Dasar ini kian menarik ramai tenaga profesional, teknokrat dan akademik untuk menyertai PAS, terutamanya dari golongan muda dan berpelajaran. Golongan inilah yang akan membekalkan tenaga pentadbir dan pelaksanaan polisi. Mereka tertarik untuk menjadi ahli PAS kerana integriti dan ketaatan kepimpinan dan keahlian PAS terhadap prinsip perjuangan. Mereka sudah muak dan jelak dengan budaya bergiat dalam parti politik untuk mendapat kontrak, lesen dan permit. Ini adalah golongan anak muda yang ikhlas mahu berjuang untuk masyarakat dan Alhamdullillah, PAS adalah pilihan mereka.

Segala pengalaman yang diraih dalam memerintah Kelantan dan Kedah pastinya akan digunakan oleh PAS untuk melengkapkan dirinya untuk memerintah negara. Sememangnya parti pembangkang yang memerintah sebuah negeri sentiasa mendapat berbagai cabaran dan rintangan dari kerajaan persekutuan yang diperintah oleh parti lawan. Segala yang dipelajari akan menjadi asas untuk membentuk sebuah kerajaan pusat yang adil dan saksama.

Berdasarkan penerimaan dan sokongan kepadanya dari segenap masyarakat Malaysia, di desa dan di kota, sesungguhnya PAS sekarang berada di kedudukan di mana ia berupaya dan bersedia untuk mengganti pemerintahan yang ada sekarang untuk mentadbir negara tercinta.



WAN NASUHA BINTI WAN HASSAN

Kemarahan Makin Reda Di Perak, Tetapi...

Posted: 26 May 2011 09:39 PM PDT


Walaupun kemarahan umum terhadap perebutan kuasa yang bermula pada 2009 di Perak telah reda, Barisan Nasional masih mempunyai beberapa cara sebelum ia boleh menjadi yakin mengawal keadaan untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Satu kaji selidik rawak di Ipoh menunjukkan kebanyakan pengundi akan sekali lagi mengundi Pakatan Rakyat, lebih banyak disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan dasar-dasar BN daripada keinginan menghukum kerana mengambil alih kerajaan yang mereka undi pada 2008 lalu.

Kebimbangan utama mereka nampaknya akan memilih Pakatan Rakyat yang lebih kepada kemungkinan akan peka kepada keperluan dan kehendak mereka, dan beberapa peserta dalam kaji selidik itu berkata tempoh singkat kerajaan Pakatan Rakyat memerintah menunjukkan mereka telah melaksanakan beberapa janji, dan mereka serius dalam hal ini.

"BN diperintah selama 50 tahun sebelum 2008, dan kami sudah mempunyai cara mengukur prestasinya," jelas Wong Hoe Hong, yang beroperasi kedai kamera.

"Apabila Pakatan mengambil alih, sekurang-kurangnya kita boleh melihat perbezaan.

"Untuk saya faktor mustahak adalah kami perlu untuk mempunyai tanda aras ini bagi memastikan BN sentiasa diperiksa."

Perkara rebutan kuasa sudah jarang timbul semasa FMT menemubual, mengesahkan sebenarnya hasil tinjauan Pakatan yang mendapat tahu Januari lepas iaitu para pengundi telah agak reda dengan isu itu sejak awal 2009.

Menurut penemuan Pakatan Rakyat lagi, perikatan pembangkang akan menang 33 daripada 59 kerusi dalam dewan negeri jika satu pilihan raya negeri diadakan Januari lepas, kurang daripada jumlah ia mungkin telah menangi jika satu pilihan raya telah dipanggil sebaik sahaja selepas rebutan kuasa.

Tinjauan Pakatan Rakyat yang serupa pada Februari dan Mac 2009 mendapati yang mereka mungkin telah memenangi 40 kerusi.

Tetapi 33 masih lebih baik daripada 31, bilangan kerusi yang Pakatan Rakyat menangi dalam pilihanraya umum 2008 lalu.

BN tidur di puncak kuasa

Beberapa peserta dalam tinjauan FMT berkata mereka akan sekali lagi mengundi Pakatan walaupun mereka tidak pasti pakatan itu boleh membuat kerja yang lebih baik daripada BN.

Seorang lelaki berumur 60 tahun yang menjual roti untuk menyara hidup berkata dia tidak boleh menuntut terlalu banyak dari Pakatan Rakyat kerana tangan mereka akan sering jadi "ditambat" untuk kekurangan dana dan bentuk sokongan lain daripada kerajaan pusat itu.

Dia rasa inilah sebabnya mengapa Pakatan tidak dapat menunaikan beberapa janji-janjinya semasa masa singkat ia berkuasa.

Katanya isu-isu nasional, daripada yang tempatan, akan membantu menentukan parti yang mana dia akan menyokong.

"BN telah tidur ketika sedang bekerja," katanya.

"Bagaimana seriusnya mereka mengatakan tentang keinginan untuk berubah?

Bagaimana ia menangani isu tentang biasiswa JPA?

Pecat pegawai-pegawai yang bertanggungjawab jika anda serius."

Joanna Selvi, seorang ahli farmasi dalam lingkungan 20-an, bergema sentimen-sentimennya.

Beliau berkata dia akan memberi Pakatan satu peluang kerana dia dikecewa dengan prestasi Barisan Nasional.

"Anda bukan hanya melihat Perak.

Pada Barisan Nasional, isu-isu sama akan naik berulang-ulang, seperti biasiswa-biasiswa atau perbicaraan seks Anwar.

Ia benda yang sama dimainkan dan ia amat mengecewakan."

Jeslyn Amarasekera, 25, berkata bukan saja orang muda, malah para pengundi generasi ibu bapa mereka juga hendak memberikan Pakatan sekali lagi peluang membuktikan kemampuan mereka sendiri.

"Kebanyakan pengundi dari generasi lebih tua telah hidup di sini sepanjang hayat mereka.

Mereka telah lihat perubahan masa demi masa apa yang BN boleh—dan terutamanya tidak boleh tawarkan, dan mereka cenderung untuk melihat apa sebelah yang lain (Pakatan Rakyat) boleh lakukan.

Tetapi apa adakah mereka (BN) perlu hilang (Perak) baru hendak bangun?"

Daya penarik Zambry

Beberapa memberitahu FMT mereka ternampak yang Menteri Besar Zambry Abdul Kadir pada masa ini berada pada situasi daya penarik "agresif".

"Saya telah mengekori Zambry pada majlis-majlisnya dan dia ada daya penarik penonton," luah Ed Shahrir, 21.

"Saya rasa dia telah menjalin satu hubungan baik yang berkesan dengan rakyat jelata."

Satu lagi yang ditemu duga, Chan yang berumur 42 tahun, kata dia bersetuju yang Zambry ada daya tarikan, tetapi berkata "tiada yang luar biasa" untuk seorang menteri besar.

Ditanya jika dia berfikir bekas menteri Nizar Jamaluddin daripada PAS dikatakan lebih baik sifat dan kerjanya semasa menjadi menteri besar dulu, katanya:

"Ia sukar menyebut kerana ia hanya berkuasa untuk satu masa yang pendek.

Tetapi jika anda bertanya saya yang saya akan undi siapa, saya akan undi untuk sesiapa boleh bekerja untuk orang ramai."

Seorang ahli perniagaan berumur 56 tahun, mengulas mengenai Zambry telah mula "mengorak langkah", kata ia ialah "normal untuk BN melakukan perkara-perkara sebelum pilihan raya."

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 May 2011 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG anjur RENTAS DESA bersama JKKK KPG DELEK KLANG

Posted: 27 May 2011 05:16 AM PDT

Pandangan seorang veteran PAS yang futuristik

Posted: 27 May 2011 05:05 AM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran PAS Pusat bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran parti.

Justeru, beliau menyokong penuh dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti 3 Jun depan.

pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podium"Kelantan ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat.

"Jika ada perbincangan dalam PAS Pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," katanya dipetik dari Sinar Harian hari ini.

Mursyidul Am PAS itu mengulas kesediaan Husam dan Mohd Amar untuk bertanding jawatan tersebut beberapa hari lalu.

Mereka akan bersaing dengan empat lagi pemimpin kanan PAS yang turut menawarkan diri iaitu dua penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, - menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalauddin dan ketua penerangan Idris Ahmad.

Nik Aziz berkata sekiranya kedua-dua pemimpin PAS negeri itu terpilih, beliau menasihatkan mereka yang juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan supaya bijak membahagi masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri.

azlanBeliau bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu.

Tuan Ibrahim bakal dicabar dua lagi tokoh iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan aktivis PAS Mohamad Sabu.

Adakah model pembangunan modal insan yang lebih baik daripada BTN?

Posted: 26 May 2011 10:26 AM PDT

Apa cerita di sebalik kerajaan negeri Selangor memberhentikan kakitangan serta siswa dan siswinya ke kursus BTN?

i n t a n h i j a u

Posted: 27 May 2011 07:31 AM PDT

i n t a n h i j a u


PEMILIHAN DI MUKTAMAR PAS PUSAT : CALON-CALONNYA ...

Posted: 27 May 2011 04:20 AM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.
Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:


PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'

NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato'
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato'
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj

4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,

5. Ahmad Sabki Yusof,

6. Aiman Athirah Al-Jundi

7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.

8. Apandi Mohamad, Hj

9. Asmuni Awi, Hj

10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,

11. Azman Shapawi, Ustaz

12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr

13. Halimah Ali, YB Dr.

14. Hamzah Abdullah,

15. Hamzah Jaafar, Dr.

16. Hanipa Maidin, Hj

17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.

18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

19. Iskandar Abdul Samad, YB

20. Kamal Ashaari, Ustaz

21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'

22. Khalid Abd Samad, YB Hj.

23. Khalil Idham Lim, YB

24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.

25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.

26. Mazlan Aliman,

27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz

28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.

29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB

30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

31. Mohd Anuar Tahir, Hj

32. Mohd Firdaus Jaafar, YB

33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.

34. Mohd Nasir Mustafa,

35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz

36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji

37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr

38. Muhammad Husin, YB

39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.

40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB

41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz

43. Norazli Musa, Ustaz Hj.

44. Normala Sudirman,

45. Nuridah Salleh, Ustazah

46. Razman Zakaria,

47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,

48. Rosidi Hussin

49. Sa'ari Sungib, YB Hj.

50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

51. Suhaizan Kaiat,

52. Wan Hasrina Wan Hassan,

53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 May 2011 01:28 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS

Posted: 27 May 2011 01:20 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.

Harakahdaily/-

MB Kedah tarik diri

Posted: 27 May 2011 01:00 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Teka-teki sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah mendapat pencalonan kini terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menarik diri, semalam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kedua-dua jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden setelah meneliti beberapa faktor.

"Saya percaya penarikan diri saya untuk bertanding jawatan nombor dua parti, termasuk Naib, membolehkan saya memberi tumpuan pada pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat," katanya.

Menurutnya, bagaimana pun, beliau bersedia bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang disandangnya sebelum ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Pas kawasan yang telah mencalonkan saya untuk kedua-dua jawatan itu, namun setelah buat pertimbangan sewajarnya, saya fikir eloklah saya tumpu pada negeri memandangkan Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang," katanya.

Dengan penarikan diri Azizan itu, pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, Jun depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan nombor dua, apabila naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin, mengumumkan akan bertanding setelah mendapat pencalonan memberangsangkan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa antara yang terawal mengesahkan akan bertanding, manakala Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub turut menarik diri daripada bertanding.

Sinar Harian/-

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang 27-28 Mei Ini

Posted: 27 May 2011 12:40 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 27 MEI : Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dan Felda Jengka 16 dan 19.

Program yang disusun rapi oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu bertemakan 'sertai kebangkitan bersama tokoh-tokoh pimpinan rakyat' akan dimulakan dengan program pertama pada 27 Mei iaitu ceramah perdana bermula jam 7 hingga 12 tengah malam.

Ceramah perdana itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dengan menampilkan penceramah khas iaitu Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan calon PAS di Dun Tenang, Normala Sudirman.

Seterusnya pada 28 Mei pula dua program dijadualkan bermula jam 2 petang masing-masing di Markas PAS Jengka 16 dan Simpang Jengka 19.

Bagi program di Markas PAS Jengka 16, diadakan Forum Bicara Peneroka jam 2 hingga 5.30 petang. Forum itu akan diadakan sesi dialog berkenaan hal ehwal peneroka felda berkaitan dengan Kadar Perahan Gred (KPG), Wang TTS, harta pusaka dan lain-lain lagi.

Antara panel yang dijemput berdialog terdiri daripada Presiden ANAK yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, dua orang peguam iaitu Mohd Fadly Ramli dan Harris Abdullah.

Manakala bagi program kedua yang juga berlangsung jam 2 hingga 6.30 petang itu akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Bob Lokman di Simpang Jengka 19 dalam slot program santai petang.

Antara aktiviti sepanjang program itu ialah klinik dan demonstrasi permotoran oleh Yasir Saad, minum petang bersama Mat Sabu Mohamad, bual belia serta aktiviti amal. Turut dibuka di program tersebuat kaunter daftar pemilih dan pendaftaran keahlian ANAK.

Kemuncak program dua hari itu akan dilabuhkan tirainya dengan pidato perdana bermula jam 9 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Antara barisan pemidato pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail.-keadilandaily

Harga minyak naik jika BN terus perintah

Posted: 27 May 2011 12:00 AM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.

Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an.

Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

"Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

"Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik," ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

"Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang," ujarnya lagi.

PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.

Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.

Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

"PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

"Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Harakahdaily/-

IPT menanti, tapi remaja masih di lokap

Posted: 26 May 2011 11:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Bimbang dengan masa depan gelap yang mungkin dihadapi anak mereka, sekumpulan ibu bapa terpaksa meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia campur tangan dalam kes penahanan remaja berkenaan bawah Ordinan Darurat.

Seorang daripada ibu remaja berkenaan, Rosmawati Taib berkata, anaknya itu sepatutnya mula mendaftarkan diri di kampus UiTM pada 29 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam tahanan.

Rosmawati berkata, anaknya yang masih berusia 17 tahun itu masih ditahan di lokap balai lokap Ayer Molek, Johor Bahru bawah undang-undang berkenaan.

"Sepatutnya dia dibebaskan. Dia perlu belajar untuk masa depan dia. Apa yang berlaku ini saya sangat tidak puas hati sebab anak saya tidak bersalah.

"Sepatutnya anak saya akan habis tempoh tahanan 60 hari pada 12 Jun. Polis beritahu saya, anak saya selepas ini mungkin akan dibuang daerah atau dipenjara selama dua tahun.

"Polis kata, memang begitulah tindakan mereka. Kecuali jika kami (ibu bapa) merayu kepada menteri dalam negeri sebab itu bawah keputusan menteri," kata Rosmawati ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Rosmawati hari ini hadir ke Suhakam bagi meminta suruhanjaya itu masuk campur dalam kes berkenaan, memandangkan peguam turut enggan membawa kes yang turut melibatkan dua lagi remaja berusia 17 tahun.

Turut ditahan bersama kumpulan remaja berkenaan ialah seorang pemuda, Muhammad Noorariff Bakran, 20.

Ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang turut bersama ibu bapa remaja berkenaan hari ini berkata kumpulan anak muda itu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan pada malam 28 Mac lalu di Sri Alam, Johor Bahru.

"Kalau benar (anak muda ini) bersalah, dakwa di mahkamah. Kalau tidak, lepaskan mereka. Kita tidak mahu perkara ini menjadi kesusahan kepada mereka," kata Suhaizan ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelia pusat aduan rakyat PAS Permas, Syed Othman Syed Abdullah pula berkata, keluarga berkenaan tiada pilihan lain memandangkan peguam bagi kes berkenaan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

"Peguam kata tak boleh buat sebab kes bawah Ordinan Darurat tak boleh dibawa ke mahkamah. Keluarga telah berhubung dengan polis tapi polis masih tidak boleh bagi jawapan, remaja ini ditahan bawah kesalahan apa," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Harga minyak naik, rakyat akan naik minyak.

Posted: 26 May 2011 10:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Saya menilai pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan BN tidak akan menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini adalah satu dasar yang sangat janggal yang masih menampakkan tidak ikhlasnya kerajaan membela rakyat.

Lucunya dasar tidak menaikkan harga barang seperti diumumkan menjadi kebanggaan dan siulan pemimpin BN yang menggelarkan mereka prihatin dalam keadah sudah berulang kali harga barang telah dinaikkan sejak mandat pru ke 12 lepas.

Oleh itu saya mengingatkan kepada seluruh rakyat malaysia untuk berwaspada dengan pemainan licik pemimpin BN untuk terus menipu rakyat dan jangan mudah lupa dosa BN yang telah berulang kali menaikkan harga barang sebelum dari ini.

PM Najib dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan amat prihatin terhadap beban yang ditanggung rakyat, walaupun terpaksa menanggung beban kewangan yang besar berikutan peningkatan jumlah subsidi.

Perdana Menteri mendendah kenaikan harga minyak global, kerajaan terpaksa menanggung subsidi langsung hampir RM20 bilion tahun ini, sedangkan peruntukan sebenar hanya RM11 bilion.

Namun tidak pula dia bercakap berapakah keuntungan berganda yang Petronas perolehi selepas berlaku kenaikan harga minyak yang boleh menampung kenaikan beban itu.

Keadaan ini ditambah pula dengan tidak adanya jaminan sehingga bila harga barangan tersebut tidak akan dinaikkan. Sehingga menjadi satu alasan kepada banyak pihak bahawa dasar tersebut adalah untuk menyelamatkan BN dari terus ditolak oleh rakyat.

Realitinya kerajaan takut untuk "naikkan harga minyak kerana rakyat akan naik minyak" dan menghukum BN dalam PRU akan datang.

Paling kurang saya melihat mereka sedang memikirkan apakah alasan yang paling munasabah untuk mengumumkan kenaikan harga barangan tersebut..Tidakkah Najib sudah umumkan kerajaan terbeban dengan subsidi 20 billion sedangkan sepatutnya hanya 11 billion pada tahun ini. Kenapa masih tidak berani menaikkan harga barang kalau itu alasannya ?

Sesungguhnya rakyat Malaysia mendapat isyarat yang jelas bahawa mereka akan menghadapi masalah besar bila terus menyokong BN dalam PRU ke 13 kerana BN akan terus menghimpit rakyat dengan isu kenaikan harga barang.

Dalam bahasa yang lebih canggih BN mengatakan berlaku penyelarasan subsidi sedangkan dalam bahasa lain sebenarnya kerajaan telah menarik hak wang rakyatnya sendirinya kepada unsur lain yang tidak diumumkan.

Saya hairan bagaimana BN sanggup menjadi penghisap darah dan penindas kepada rakyatnya yang menyumbang kepada hasil negara dalam bentuk cukai barangan perkhidmatan, bayaran lesen, cukai pendapatan dan sebagainya . apalah salah hanya beberapa sen wang tersebut dikembalikan dalam bentuk subsidi dan mendatangkan manafaat secara merata kepada seluruh warga Malaysia.

Pemimpin BN secara berterusan mengungkitkan bebanan memberi subsidi dan menggambarkan bahawa wang itu milik BN sedangkan sebenarnya subsidi itu datang dari wang rakyat malaysia keseluruhannya. Bn cuma diamana menjaganya.

Jika Subsidi ditarik, yang rugi adalah rakyat dan lebih rugi sekiranya kenaikan barangan tertentu menyebabkan kenaikan berganda kepada barangan lain khsusnya bila harga minyak naik.

Sedangkan banyak lagi langkah dan usaha yang munasabah bagi memastikan kerajaan mempunyai wang yang lebih dengan antaranya. melaksanakan dasar jimat cermat dalam berbelanja dan membenteras bil berganda dan rasuah seperti yang diumumkan oleh Ketua Audit Negara.

Bukti yang sangat jelas mampu dilakukan oleh Pulau Pinang walau pun baru setahun jagung telah mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak 88 juta pada tahun 2008 dan sebanyakm 77 juta pada tahun kewangan 2009.

Kerana itu berwaspadalah rakyat malysia dengan lakonan terkini pemimpin BN ini.

Kenyataan Media
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 27 Mei 2011.

BN masih gagal majukan OKU

Posted: 26 May 2011 09:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Kerajaan BN ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang kelainan upaya (OKU) sehingga menyebabkan golongan itu masih gagal mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Realiti itu menyebabkan golongan kelainan upaya di tanah air masih mengalami kerumitan untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberikan peluang oleh pelbagai pihak, walaupun mereka juga mempunyai kebolehan tertentu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, sehingga kini penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU masih agak mendukacitakan, sehingga mereka hanya dianggap sebagai golongan yang hanya layak diberikan simpati.

Menurut beliau, disebabkan anggapan itu, golongan OKU masih tidak diberikan tempat yang sewajarnya untuk menjawat jawatan dan melakukan pekerjaan tertentu oleh pelbagai pihak terutama oleh syarikat-syarikat perniagaan dan tokoh-tokoh korporat.

Katanya, sedangkan golongan OKU tidak sepatutnya dianggap sedemikian, sebaliknya perlu diberikan peranan seperti golongan normal juga.

"Ini samalah seperti kata orang, yang buta menghembus lesung, yang capek menghalau ayam, yang kuat menumbuk padi, yang menggambarkan kepada kita bahawa semua manusia mempunyai peranan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan susulan majlis perbincangan meja bulat mengenai isu berkaitan orang kelainan upaya bersama pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kumpulan OKU anjuran Suhakam, bermula jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang ini.

Menurut Mahmood, untuk mengubah perspeksi masyarakat berhubung perkara itu sememangnya rumit dan ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memberikan penerangan kepada pelbagai pihak.

Sebelum itu, seorang pembentang kertas kerja pada perbincangan meja bulat itu, Presiden Persatuan Orang Cacat Malaysia, Datuk Mah Hassan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kelemahan Kerajaan BN dalam membantu mempertingkatkan pencapaian OKU.

"Macam mana golongan OKU hendak dipertingkatkan pencapaiannya, kerajaan sendiri dah dua tahun tak menggantikan senator dari golongan OKU," katanya.

Sebelum itu, seorang lagi Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Profesor Khaw Lake Tee dalam sesi perbincangan itu menjelaskan, isu-isu mengenai hak OKU di Malaysia telah sering kali diketengahkan dan dibincangkan.

Katanya, walau bagaimanapun, sebagai salah satu kumpulan yang kecil serta yang paling mudah ditindas, hak-hak mereka seharusnya diperjuangkan dan dilindungi.

"Sebagai Negara Ahli kepada kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (United Nations' Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang yang memberi makna kepada Konvensyen tersebut.

"Malangnya, penguatkuasaan Konvensyen ini masih lagi di tahap yang menyedihkan," katanya kesal sambil menyarankan pihak kerajaan melipatgandakan lagi usaha ke arah mempertingkatkan kualiti hidup golongan OKU di tanah air.

Sementara itu, Cik Yeoh Joo Ai menjelaskan, OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Beliau yang mewakili Jabatan Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, WHO menganggarkan kadar peratus populasi OKU di antara 5 peratus hingga 10 peratus dalam sesebuah negara.

"Malaysia tidak mempunyai data komprehensif berkenaan dengan bilangan OKU. OKU berdaftar dengan JKM 325,189 orang sehingga Disember 2010," katanya.

Harakahdaily/-

Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak

Posted: 26 May 2011 09:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Video berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.

Malaysiakini/-

Calon bertanding diumum petang ini

Posted: 26 May 2011 08:45 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Calon-calon yang akan bertanding pada muktamar PAS kali ini akan diumumkan petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Apapun, senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup petang semalam akan diumumkan petang ini.

Harakahdaily

Yaman kian kacau bilau

Posted: 26 May 2011 08:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq.
Perang saudara mungkin meletus

SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.
Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.

Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.

Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.

Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.

Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.
Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.

Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.

"Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara," katanya kepada wartawan asing. – Agensi

Lepas geram pada jiran

Posted: 26 May 2011 08:14 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Lepas geram pada jiran

SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.

Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.

"Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.

"Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya," katanya.

Hilang telinga ganggu isteri orang

Posted: 26 May 2011 08:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

Tuntut RM2.28j kerana Ferrari remuk

Posted: 26 May 2011 07:45 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LEXINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) disaman syarikat Motor Insurance bagi menuntut kerugian sebanyak AS$750,000 (RM2.28 juta) kerana menyebabkan sebuah kereta Ferrari miliknya retak dan remuk.

Kereta Ferrari F30 itu yang merupakan sebuah daripada 50 buah yang terdapat di AS remuk selepas ia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mei 2009.

BADAN kereta Ferrari F30 retak selepas ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya di Lexington, Amerika Syarikat.

Semasa kejadian, kereta itu dipandu oleh seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Fred Kingston yang turut dinaiki Penolong Peguam Negeri AS, J, Hamilton Thompson.

Kereta itu kemudian terbabas semasa membelok selekoh menyebabkan ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya.

Ferrari tersebut terlibat dalam kemalangan semasa kereta itu dipindahkan dari sebuah garaj di Lexington, Kentucky.

Kepala Kingston dijahit kerana luka manakala Thompson tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.

Kereta itu disimpan dalam garaj FBI kerana ia dicuri dari pengedarnya di Rosemont pada 2003 sebelum ditemui semula pada 2008.

Ferrari itu kini menjadi milik syarikat Motor Insurance selepas ia menyelesaikan bayaran kepada pengedar kereta itu ekoran kehilangannya.

Namun, ia disimpan dalam sebuah garaj sehingga FBI selesai menjalankan siasatan berhubung kehilangan kereta itu.

Kes tuntutan ganti rugi itu akan didengar pada Jun depan di sebuah mahkamah selepas Jabatan Keadilan AS enggan membayar ganti rugi seperti dituntut syarikat Motor Insurance. 

Agensi

Kadar tarif elektrik diputuskan hari ini

Posted: 26 May 2011 07:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

CYBERJAYA: Keputusan sama ada kadar tarif elektrik dinaikkan atau sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) hari ini yang bakal dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata ia berikutan keputusan Kabinet kelmarin yang menyerahkan kepada NEC untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Selain Najib selaku Menteri Kewangan, NEC turut dianggotai 12 lagi ahli termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Jumaat ini (hari ini) NEC akan bermesyuarat dan kita tunggu keputusan mereka kerana Kabinet sudah menyerahkan kepada NEC untuk memutuskan perkara berhubung tarif elektrik," katanya selepas melancarkan pertandingan 'Dare 2 Dream Challenge 2011', sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2011 di sini, semalam.

Isnin lalu, Fah Kui dilaporkan berkata, semakan tarif elektrik itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin selepas timbulnya khabar angin bahawa kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik.

Sebelum ini, Najib berkata, Kabinet belum membuat keputusan cadangan semakan terhadap tarif elektrik, malah kerajaan perlu mengkaji pelbagai sudut, termasuk beban kepada pengguna jika ia dilaksanakan.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa projek menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 bernilai RM1 bilion, iaitu lebih mahal dari anggaran pasaran, Fah Kui berkata, projek itu masih pada peringkat perbincangan kerana ia membabitkan kerjasama antara negara ini dan Kerajaan China.

"Saya tidak tahu di mana beliau (Nurul Izzah) mendapat maklumat itu (kos) kerana projek itu masih pada peringkat perbincangan," katanya.

Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dalam laman webnya disiarkan Selasa lalu, antara lain menyatakan kos asal projek itu dianggarkan RM500 juta, namun dilaporkan meningkat kepada RM1 bilion.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan khususnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelakkan berlaku penyalahgunaan wang rakyat.

Berita Harian/-

Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa

Posted: 26 May 2011 07:15 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.

Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. 

Agensi

5 letupan kuat gegarkan Tripoli

Posted: 26 May 2011 07:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi ini dengan kawasan sasaran jet pejuang NATO masih tertumpu di kediaman Muammar Gaddafi.

Lintasan pesawat pejuang boleh kedengaran di kawasan letupan pertama sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan, sebelum dissusuli empat letupan bom dalam beberapa minit.
Serangan NATO juga mensasarkan kampung Gaddafi, di Daerah Al-Aziziya district pada malam kelmarin dan lewat malam tadi menyebabkan tiha orang awam terbunuh manakala lebih 150 cedera. - AFP

Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda

Posted: 26 May 2011 06:58 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


TATIANA (kiri) dan Krista bercantum di bahagian kepala tetapi berkongsi minda.




VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.

Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.

Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." - Agensi

Pelaku video seks mirip Anwar sudah disiasat polis

Posted: 26 May 2011 06:00 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.

Posted by PASPB

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani

Posted: 26 May 2011 05:30 PM PDT

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

Masiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

Sarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.

Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Malaysiakini/-

Ahli Parlimen dijatuhi hukuman enam bulan penjara

Posted: 26 May 2011 02:00 AM PDT

23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SEOUL - Seorang ahli Parlimen Korea Selatan, semalam, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan digantung selama setahun, selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur lucah kepada pelajar yang berniat mahu menjadi pengacara sebuah televisyen tempatan.

Terdahulu, sekumpulan wanita tersebut memfailkan saman terhadap Kang Yong Seok, 41, kerana memfitnah, yang mana ia dianggap sebagai kesalahan jenayah di negara itu.

Kenyataan Yong Seok tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai, sekali gus, ia mungkin akan menyebabkan beliau tersingkir daripada parti pemerintah konservatif Parti Satu Bangsa (GNP) selepas jawatan kuasa etika Parlimen memutuskan keputusan itu.

Nizar tanding naib presiden, Dr Hatta AJK saja

Posted: 26 May 2011 01:45 AM PDT

23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan Naib Presiden PAS namun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli hanya bertanding AJK sahaja.

Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Harakahdaily, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Langkah ini diambil beliau selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.

"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau.

Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini.

Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini.

Nizar berbicara soal 'Perak dalam pilihan raya umum ke 13'.

Semalam, Mohamad Hata Wahiri, Presiden NUJ membuat rakaman untuk rancangan 'Persepsi' terbitan TVPAS untuk Harakdaily.

Hata, wartawan Utusan Malaysia yang baru sahaja dipecat berbicara soal Utusan Malaysia dan Umno dalam siaran kali. Rancangan ini juga akan disiarkan mulai petang Jumaat ini di Harakahdaily.

Harakahdaily

Pengikut