KUCHING: DAP Sarawak mengorak langkah kehadapan dengan melancarkan risalah berita berkala dalam menyampaikan maklumat dan fakta sebenar terhadap pelbagai isu semasa.
Pengedaran risalah berita ini akan memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar negeri itu dimana akses terhadap maklumat alternatif adalah terhad.
Menurut Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen, objektif utama risalah berita ini diwujudkan adalah untuk membantu parti dalam menjayakan projek Impian Sarawak dan kempen 'DAP Go Rural'.
"Kita (oposisi) mempunyai kekangan untuk salurkan maklumat kepada penduduk pedalaman dan luar bandar tetapi Barisan Nasional (BN) boleh berbuat demikian dengan bantuan stesen radio, televisyen dan media cetak," katanya.
Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching itu berkata, antara maklumat yang akan dimuatkan dalam risalah berita itu antaranya pendedahan terhadap penyelewengan, rasuah, ketirisan, ketidakcekapan kerajaan BN menguruskan dana awam.
"Selain itu kita juga mahu mendidik masyarakat terhadap dasar dan perjuangan DAP yang sering dimomokkan dengan pelbagai fitnah," ujarnya.
Katanya, sebanyak 20,000 naskhah risalah berita itu akan dicetak dalam bahasa Melayu dan diedarkan secara percuma buat permulaan operasi.
"Kita merancang menerbitkannya secara bulanan dan berharap penyokong (DAP) mahu pun orang awam dapat memberi sumbangan derma kerana ia memerlukan perbelanjaan besar," ujarnya.
Tambahnya, selain risalah berita tersebut, pihaknya akan terus menggunakan perkhidmatan Radio Free Sarawak (RFS) sebagai medium penyampai maklumat. – Roketkini.com
KUALA LUMPUR,: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN' yang cuba mensabotaj DAP.
Beliau berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap media seliaan UMNO/BN yang berterusan memfitnah DAP dengan pembohongan dan penipuan.
"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo masing-masing telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN'.
Anthony kemudian akan diminta untuk mengemukakan aduan rasmi jika ada asas untuk tindakan lanjut untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai Tan Kok Wai.
"Pada masa sama, Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan media kawalan BN untuk memfailkan saman fitnah dengan segera supaya parti dapat dilindungi dari tertakluk kepada serangan lain yang boleh memberi peluang kepada mana-mana tindakan keras atau menindas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli DAP bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian Malaysia melalui laungan perjuangan untuk menggantikan BN pada pilihan raya akan umum datang dengan angota-angota parti yang benar-benar setia memakai kedua-dua iaitu lencana roket dan berhati DAP," katanya dalam kenyataan, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan mengecam keras tindakan media UMNO/BN yang masih menyerang DAP walaupun pemilihan semula CEC telah dijalankan mengikut prosedur termasuk melantik firma perakaunan antarabangsa sebagai pemantau.
"Di sebalik pemilihan semula yang kedua-duanya mengikut undang-undang dan sah, DAP terus dituduh menipu. Suka saya ingatkan, pemilihan UMNO sendiri tidak dipantau dan disahkan oleh firma perakaunan antarabangsa seperti DAP.
"DAP harus mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi diri dari pembohongan serta penipuan BN dan medianya seperti New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menggunakan taktik 'mengalihkan pembohongan kepada kebenaran dengan mengulangi penipuan 10,000 kali'.
"Orang ramai sudah tidak dapat mengira lagi berapa banyak Utusan dan New Straits Times telah memohon maaf kepada pemimpin PR.
DAP telah mencipta sejarah dengan menjadi parti politik pertama Malaysia melantik sebuah firma perakaunan antarabangsa untuk memantau keseluruhan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September lalu.
Pemilihan semula itu berikutan arahan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan demi untuk mengelakkan dari tindakan lebih kejam iaitu pengharaman parti. -Roketkini.com
[HM]Kuala Lumpur: Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.
Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.
Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.
Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.
"Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.
"Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.
"Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota.
"Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.
"Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
"Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur," katanya.
Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.- 17/10/13
PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini bagaimanapun menjelaskan, nama calon yang telah diputuskan oleh PAS Pusat itu hanya akan diumumkan pada 21 Oktober nanti.
Katanya, calon yang ditampilkan kali ini merupakan calon baru dan kali pertama bertanding pada piliharaya serta dikenali dan disenangi penduduk di kawasan Parliman Jerai khususnya Sungai Limau.
"Calon telah diputuskan oleh PAS Pusat dan kali ini kita akan meletakkan calon yang muda serta berkemampuan untuk menghadapi calon dari Barisan Nasional (BN).
"Calon ini merupakan penduduk tempat, dikenali dan disenangi penduduk sekitar khususnya Dun Sungai Limau.
"Saya yakin dengan kemampuan yang beliau miliki, kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi tersebut," jelasnya.
Dalam pada beliau juga tidak memandang rendah kemampuan BN dan akan memastikan seluruh jentera dapat menumpukan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.
"Kita tidak memandangan rendah kemampuan BN setiap kali ada pilihanraya kecil dan kita tahu apa yang mereka akan lakukan.
"Kita akan pastikan setiap jentera yang telah dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik serta mewujudkan kerjasama antara jentera dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakan Pakatan Rakyat yang lain akan turut membantu PAS berdepan pilihan raya ini.
"Kita yakin dengan kesungguhan ini PAS mampu mengekalkan kemenangan di Sungai Limau.
"Mustapa telah jelaskan segalanya tentang PRK Sungai Limau dan kita dari Pakatan Rakyat akan turut sama membantu berkempen," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangkakan akan mengumumkan nama calon pada 21 Oktober nanti dalam satu majlis khas di Sungai Limau.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. ~harakahdaily
Bismillah... Makin lama, makin kurang aku masuk blog sendiri. Blog orang apa ntah lagi. Bukannya apa, dah makin malas nak buka laptop. Asyik ngadap phone je. Hmmm... By the way, aku ingin ucapkan selamat hari raya qurban kepada seluruh umat Islam. semoga pengorbanan yang dilakukan akan mendapat berkat dari Ilahi. dalam pada kita bergembira di hari raya, jangan lupakan rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan tanahair sendiri. Amin
Setelah memuatnaik foto topless di Hari Tanpa Bra (No Bra Day), Julia Perez (Jupe) berkongsi pula foto beliau sedang mandi da dalam tab mandi di bilik air.
Dalam foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya @juliaperrez tersebut memperlihatkan Jupe asyik mandi bersama dua keponakannya.
"Kiddos mandi bareng umi Jupe. Lol," tulis Jupe.
Jupe memang begitu rapat dan mesra dengan keponakan-keponakannya.
Sudah beberapa kali, Jupe memuatnaik foto yang memperlihatkan dirinya bersama keponakannya.
Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.
Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan "Allah Always With Me" - seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.
Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan. Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA.
Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.
Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim.
Malah Selangor adalah antara tiga negeri selain Pulau Pinang dan Kelantan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (termasuk di dalam Bible versi Melayu) dan kebebasan beragama yang lebih menyeluruh, termasuk di kalangan orang Islam - pedulilah apa keputusan Mahkamah sekalipun.
Kalau boleh aku nak minta supaya Mat Yo diharamkan dari masuk ke Selangor tapi dikatakan, ikut undang-undang negeri, hanya Sultan Selangor saja yang ada kuasa tersebut.
Aku difahamkan Mat Yo terdesak nak membersihkan imejnya yang tercalar teruk berikut insiden isterinya bergaduh dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark September lepas.
Insiden memalukan yang tersebar secara meluas di laman Youtube itu, mengundang pelbagai hinaan, makian dan kejian dari rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima sikap kurang ajar isteri Mat Yo terhadap pakcik pengawal keselamatan berkenaan.
Tapi kalau ia pun nak mengembalikan semula imej sendiri yang terjejas teruk, kenapa mesti nak menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian dengan menunjukkan kalimah Allah tersebut?
Itu namanya nak cari pasal.
Maka itu tindakan yang sewajarnya harus diambil ke atas pemain tersebut atau Pakatan Rakyat sendiri tidak akan teragak-agak membawa isu ini ke Mahkamah kerana ia boleh disifatkan sebagai menghina Mahkamah berikutan proses perundangan berkaitan perkara tersebut yang masih berjalan.
Difahamkan pihak Gereja akan mengemukakan permohonan supaya perkara ini dirayu di Mahkamah Persekutuan pada bila-bila masa dari sekarang dengan bantuan para peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor sendiri.
Lagipun Mat Yo ini tidaklah sehebat mana, harap gaji saja besar. Kawan memaklumkan kepada aku, pasukan yang diwakili Mat Yo dalam Liga Malaysia, JDT, tidak pun berjaya menjulang apa-apa piala dalam musim bolasepak tahun ini.
Oh ya, Johor adalah negeri yang diperintah UMNO, padanlah.
PETALING JAYA 16 Okt. - Dua pemain masing-masing daripada skuad kebangsaan Harimau Muda A (bawah 23 tahun) dan Harimau Muda B (bawah 21 tahun) dijangka mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, tahun depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kedua-dua pemain berkenaan memandangkan pihaknya masih mengadakan perbincangan lanjut dengan kelab yang berpangkalan di Okinawa itu mengenai kontrak yang bakal ditandatangani.
"Kita (FAM) akan memaklumkan mengenai perkara ini apabila tiba masanya nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hamidin berkata, kelab berkenaan sedia menampung semua perbelanjaan bagi merawat kecederaan yang dialami oleh pemain sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor yang kini beraksi bersama mereka.
Wan Zack Haikal yang mengikat kontrak bersama kelab Jepun itu selama dua tahun sehingga Mac 2015 dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang dikenali sebagai anterior cruciate ligament (ACL) dan dijangka memerlukan sekurang-kurangnya sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.
"Dalam mesyuarat bersama Naib Presiden FC Ryukyu, Sotaro Shinoda, semalam, FAM dimaklumkan bahawa kelab itu akan menanggung segala perbelanjaan pembedahan Wan Zack Haikal yang akan dijalankan di sini minggu depan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata, FAM berhasrat membawa pasukan Harimau Muda A, Harimau Muda B dan Harimau Muda C (bawah 19 tahun kebangsaan) menimba pengalaman beraksi dalam liga luar negara, tahun depan iaitu Brazil, Australia dan Slovakia.
"Jika tiada peluang ke luar negara, kita akan hantar Harimau Muda A beraksi kembali di Singapura, Harimau Muda B beraksi dalam Liga Perdana manakala Harimau Muda C kekal dalam Liga FAM.
"Semua ini masih di peringkat perbincangan...sebab itu, kita perlu lihat daripada aspek kewangan dan faedah yang akan diperolehi oleh tiga pasukan itu.
"Mungkin dalam dua bulan lagi, kita akan mencapai keputusan muktamad," katanya. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh dilakukan di hadapan kamera kerana ia melanggar Perkara 85, Peraturan Mesyuarat Parlimen, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
Beliau berkata Perkara 85 menetapkan mana-mana keterangan diambil di hadapan mana-mana jawatankuasa khas dan dokumen dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana anggota jawatankuasa itu atau oleh mana-mana orang sebelum jawatankuasa membentangkan laporannya di Dewan Rakyat.
"Bagaimanapun, terpulang kepada menteri untuk menjawab dan mendapatkan kelulusan daripada Speaker Dewan Rakyat (untuk siaran secara langsung)," katanya kepada Bernama.
Kiandee diminta mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya prosiding PAC disiarkan secara langsung.
Semalam, Ahmad Shabery berkata Radio Television Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung prosiding itu sekiranya diberi kebenaran berbuat demikian.
Beliau berkata wujud keperluan untuk mengubah tanggapan bahawa prosiding PAC adalah rahsia dan hanya pengerusi dibenarkan mengeluarkan kenyataan, dan beliau berpendapat siaran langsung prosiding mampu menangkis tanggapan itu.
Menteri itu berkata beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding PAC membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.
(Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM1.6 juta untuk bayaran tiga artis K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia tahun lepas, namun kos itu didakwa ditanggung penaja)
Sementara itu, Pengerusi PAC merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyambut baik cadangan Ahmad Shabery bagi prosiding PAC disiarkan secara langsung, menyatakan ia akan dapat memberikan gambaran jelas kepada rakyat mengenai apa sebenarnya yang dilakukan PAC dalam menyiasat Laporan Ketua Audit Negara.
"Bagaimanapun, cadangan itu perlu mendapat kelulusan daripada Speaker Dewan Rakyat memandangkan ia bertentangan dengan Perkara 85 Peraturan Dewan.
"Di pihak PAC, kami tidak mempunyai sebarang masalah (bagi siaran langsung). Ia bagus untuk jawatankuasa ini, memandangkan ramai yang memberi tanggapan bahawa PAC tidak mempunyai sebarang kuasa atau lebih tepat tidak 'bertaring'," katanya dalam kenyataan.
Nur Jazlan berkata, siaran langsung prosiding PAC bukan satu perkara baru kerana ia sudah diamalkan di negara-negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia.
Beliau berkata PAC sebenarnya memainkan peranan penting untuk menjadi saluran utama rakyat meneliti kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk diperbaiki pada masa akan datang.
Veteran DAP, Lim Kit Siang, dalam blognya pada Jumaat lepas, berkata peraturan mesyuarat Parlimen perlu dipinda untuk membolehkan keterangan Ahmad Shabery di hadapan PAC dan prosiding di masa depan disiarkan kepada umum. - BERNAMA
Surendran bercakap dengan pihak media sebelum memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran berkata polis harus menghentikan tindakan menembak sewenang-wenangnya.
Surendran berkata demikian kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di mana beliau menerima cabaran untuk mengiringi polis mengadakan serbuan terhadap penjenayah bersenjata setelah menerima tawaran daripada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter Jumaat lepas.
Surendran berkata, "Mereka terus mengatakan mereka menembak penjenayah tetapi sebenarnya mereka menembak suspek. PDRM bukan hakim dan mereka harus cuba yang terbaik untuk menangkap tanpa perlu menncetuskan keganasan."
Apabila ditanya sama ada beliau takut, beliau berkata bahawa beliau tidak takut. "Saya tidak takut, saya lebih prihatin untuk orang ramai. Ini adalah risiko yang dihadapi oleh semua orang," katanya.
Surendran kemudian masuk untuk dipakaikan baju kalis peluru, tetapi pihak media tidak dibenarkan masuk.
Malah peguam yang mengiringi beliau juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon dan komputer riba.
Surendran berkata butiran sah "pengembaraan" beliau akan dikendalikan oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasaiah manakala satu lagi pengendalian adalah daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor.
TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini pada Rabu yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
Sementara itu bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hamisa Samat yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya sudah menghantar laporan bantahan ke ibu pejabat UMNO pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan UMNO memberi keputusan secepat mungkin.
"Jika boleh, sebelum 19 Oktober ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," katanya.
Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.Katanya, Wanita Kalabakan mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lalu.
"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan sudah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.
"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.
Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan UMNO pusat kelak selepas menghantar bantahan, meminta ahli Wanita UMNO Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti. - BERNAMA
Ipoh: "Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital)," jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi.
Menurutnya, ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari Internet.
Dia yang ditemui wartawan bersama rakan sebaya berkata, antara buku lucah digital yang mudah dimuat turun antaranya menggunakan judul cerita seks, cerita seks 1, cerita seks III dan pelbagai judul lain.
"Saya tertarik dengan pelbagai cerita ghairah ini terutama membabitkan hubungan terlarang antara guru dan murid.
"Pada mulanya saya tidak mengetahui kewujudan buku digital ini sehinggalah seorang rakan menunjukkan kaedah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store.
"Saya sangkakan aplikasi itu hanya berfungsi untuk mendapatkan ratusan permainan secara percuma, namun saya tidak sangka ia turut menawarkan buku digital lucah," katanya.
Dia yang belajar di sebuah sekolah di Tambun, di sini, turut menunjukkan kaedah mudah memuat turun buku digital itu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 30 saat.
"Saya tidak perlu rasa takut-takut kerana kewujudan buku digital ini tersembunyi di dalam telefon bimbit tanpa diketahui sesiapa.
Banyak rahsia lain ada di dalam telefon ini termasuk koleksi gambar lucah," katanya.
Seorang lagi rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 17, berkata, kewujudan buku digital lucah ini tidak ubah seperti perpustakaan porno bergerak yang boleh dimuat turun sesiapa saja.
"Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah.
Zaman sudah berubah, sekarang tidak lagi perlukan buku atau majalah untuk melihat semua 'benda' ini," katanya.
Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira empat buku digital lucah berbahasa Melayu yang mudah dimuat naik dengan kandungan cerita mengghairahkan dan menjadi tarikan remaja sekolah.
Kebanyakan cerita berkenaan sebelum ini pernah dipaparkan melalui laman web lucah seperti Melayu Boleh, Cerita Panas Melayu, melayu bogel, melayu telanjang, redtube Malaysia, tube8 dan pelbagai laman sesawang lain.
Bagaimanapun, semua laman web lucah itu sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
RAUB: Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.
Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu.
"Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.
"Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan," katanya.
Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin.
SHAH ALAM - Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.
Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.
Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.
"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.
Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.
Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.
"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.
"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi.
Apa lagi yang kita nak harapkan daripada golongan terpelajar Islam yang tidak sanggup malah menghina agamanya sendiri?
Terkini, Ustaz Asri turut memberi nasihat kepada umat Islam agar tidak lakukan provokasi melampau berkenaan isu ini.
Menurutnya, larangan berkenaan hanya diputuskan untuk majalah berkenaan yang dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu.
Menurutnya, penggunaan kalimah Allah tidak menjadi masalah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis.
Manakala, kalimah Allah turut digunakan Bible di negara Indonesia selain di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Krubong Perdana, Melaka.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri berhubung larangan berkenaan.
Antaranya penggunaan kalimah Allah di majalah berkenaan berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.
"Kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam!" is the stupidest line i've ever seen on a placard.. malu! no sense of history & understanding — Latheefa Koya (@LatheefaKoya) October 14, 2013
Setakat ini, kalimah Allah masih lagi terpelihara, dan menjadi hak orang Islam serta tidak boleh digunakan di paparan atau cetakan bahan milik Kristian.
Penulis menyatakan "setakat ini", bererti selagi kuasa politik milik Islam dan Melayu, hakikat tersebut tidak boleh diubah. Berdasarkan undang-undang, kita semua telah mengetahuinya pada hari Isnin yang lalu. Namun, jangan pernah leka, kerana mereka menanti saat dan ketikanya untuk memecahbelahkan orang Islam.
Itu lah juga yang dilakukan oleh Chua Jui Ming, seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai raut wajah yang sekali imbas, seperti Anwar Ibrahim. Apakah mereka lahir dari ibu yang sama? Itu penulis tidak mampu menjawabnya.
Sedang kita mengucap syukur ke hadrat Illahi atas keputusan mahkamah, Chua telah melontarkan satu lagi "terjemahan" Al Quran, bagi terus menerus membangkitkan polemik isu berkenaan kepada umat Islam.
Pertama, kita perlu tahu bahawa Chua tiada sebarang kelayakan untuk menterjemah ayat suci berkenaan. Lihat sahaja yang yang ditulisnya di laman Twitter, ia tidak menjelaskan keseluruhan ayat berkenaan.
Surah Alli Imran 3.64 : 64. Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Illah selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)"
Sungguh pun Nasrani adalah terdiri dari ahli kitab yang beragama Kristian, perlu untuk penulis tekankan bahawa mereka adalah penganut Kristian yang berpegang dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Dan Injil itu tidak sama sekali meletakkan pemahaman "trinity"; Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Konsep Trinity ini hanya terdapat pada Bible New Testament yang telah diubah oleh pendita Kristian dan digunakan pakai oleh penganut Kristian sekarang, khususnya dalam konteks isu Kalimah Allah di Malaysia.
Itu jelas, nyata dan terang untuk kita terus mempertahankan kalimah Allah yang mahu digunakan oleh pihak berkenaan sebagai jarum halus dalam memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.
Kedua, Chua juga sengaja berbuat demikian, hanya untuk memecahbelahkan umat Islam. Pada ketika kenyataan Chua dikeluarkan, umat Islam berterusan bercakaran sesama sendiri waima mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah ini tidak boleh digunakan oleh pihak Kristian untuk tujuan percetakan di majalah atau buku-buku mereka.
Kita saling mengeluarkan pelbagai pendapat, bercakaran sesama sendiri dan tidak kurang yang memaki hamun waima masing-masing beragama Islam. Tidakkah kita melihat apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Chua Jui Ming?
BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.
Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.
Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.
`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,'' kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.
Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.
Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.
Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan 'Look who was talkin dirty to me!'.
Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.
Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.
"Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.
"Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata'.
Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,'' kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.
KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan perlu diadakan semula kerana melanggar peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sehubungan itu, beliau menggesa ROS mengarahkan UMNO supaya mengadakan semula pemilihan tiga sayap parti berkenaan kerana banyak isu yang mencurigakan didakwa berlaku dalam pemilihan itu pada Sabtu lalu.
"Antara isu tersebut adalah kehilangan kertas undi, perwakilan yang mengelirukan dan keengganan pengiraan semula undi.
"Persoalan sekarang adakah ROS akan mengarahkan UMNO mengadakan pemilihan baharu. Jika tidak ia menunjukkan bahawa ROS tidak profesional, adil dan bebas kerana mengamalkan `double standard'," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau merujuk kepada tindakan ROS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini kerana pemilihan CEC yang berlangsung pada tahun lalu dianggap tidak sah.
Nie Ching seterusnya mendakwa, pada Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung Sabtu lalu, terdapat 50 UMNO bahagian menghadapi masalah teknikal menyebabkan proses pengiraan undi yang terlalu panjang.
Beliau juga mendakwa dimaklumkan kononnya UMNO Bahagian Merbok dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menerima kertas undi berlebihan berbanding jumlah perwakilan, enam cawangan UMNO di Seremban dibenarkan mengundi meskipun telah dibatalkan pada bulan lalu.
Nie Ching juga mendakwa pengundian di UMNO Bahagian Baling dan Sabak Bernam terpaksa dilanjutkan disebabkan kehilangan kertas undi, malah keputusan undi tidak dikeluarkan selepas lebih 24 jam proses pengundian tamat.
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua telah bertindak di luar batas dan terlalu biadab apabila menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'.
Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, perkataan 'anjing' itu menyentuh sensiviti masyarakat Melayu dan apa yang diutarakan boleh diambil kira sebagai perkauman.
"Sekalipun tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, jangan gunakan perkataan kasar. Apa yang Tony Pua lakukan boleh membawa masalah kepada hubungan antara masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.
"Dalam hal ini, Tony Pua perlu menarik balik perkataannya dan segera meminta maaf kerana dia telah menghina banyak institusi dengan kata-kata biadab itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tony Pua menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember lalu.
Lum Yong turut meminta pimpinan tertinggi DAP iaitu Pengerusinya, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng untuk membuat pendirian sebenar parti itu dalam isu tersebut.
"Tony Pua sewajarnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin DAP, apa yang dilakukannya nampak seperti kecil tetapi perkara yang nampak kecil itu memberi kesan sehingga mengeruhkan hubungan antara masyarakat," katanya.
Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsa Alla Pitchay berkata, perkataan bersifat 'kurang ajar' yang digunakan oleh Tony Pua menunjukkan wajah sebenar pemimpin DAP tidak profesional dan berkaliber.
"Apa yang dia lakukan adalah amat kurang ajar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang merupakan Ahli Parlimen.
"Sikapnya itu seperti orang yang tidak berpelajaran dan terlalu emosional sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat di negara ini," katanya yang turut mendesak Tony Pua untuk mengeluarkan kenyataan maaf dengan segera.
Ya, masih dengan isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel namun ini satu perkara yang baik untuk di'kongsikan dengan semua. Wawa Zainal melalui akaun Instagram beliau telah kongsikan sekeping gambar yang memang di'nanti para peminat.
Wawa Zainal mengirimkan sekeping gambar bayi yang di'percayai anak hasil perkongsian hidup dengan Aeril Zafrel dan disertakan tulisan — "menanti cahaya mata ini sedar. menatap kami berdua. rindu dengar tangisannya" — awww kali sejuta.
Aeril Zafrel juga melalui akaun Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan tangan bayi menggenggam erat tangan yang dipercayai tangan Aeril Zafrel & kedua dua keping gambar ini mendapat lebih 34,000 likes secara keseluruhan.
Dalam perkembangan berkaitan, Wawa Zainal bercakap kepada Kosmo! mempersoal tindakan seorang jejaka bernama Abdul Rashid yang tiba tiba muncul membuat pengakuan yang mereka masih bertunang walaupun sudah empat tahun tidak berhubung.
"Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?" ujar Wawa Zainal.
Rotikaya
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dah lama Demang tak dengar berita tentang penulis yang Demang kagumi ini. Setiap kali melalui Melaka Pindah Demang akan segera teringat, inilah tanah kelahiran beliau.
Dalam banyak perkara Pak Samad memang hebat. Namun sebagaimana orang seni lain, beliau mudah tersinggung dan cepat terasa. Dengan kata lain, emosi mudah tersentuh.
Itulah kelebihan dan kelemahan orang seni. Demang tak terkecuali.
Justeru orang begini mudah dieksploitasi oleh orang tertentu demi agenda perjuangan mereka.
Pak Samad kena lihat betul-betul orang di kiri kanan.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AGAKNYA apa yang menyebabkan Anwar gerun sangat dengan Peguam Terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah? sehinggakan Ketua Pembangkang itu bersungguh-sungguh sangat mahu melucutkan peguam itu sebagai Pendakwa raya bagi kes rayuan liwat II Anwar.
Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas serta membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pihak pendakwaan sebenarnya mempunyai kes yang boleh menang, namun disemua kes yang melibatkan Anwar baik liwat I dan II, mahkamah terpaksa membebaskan ketua pembangkang itu kerana masalah teknikal.
Baik liwat I dan II, sebenarnya mahkamah tidak menafikan, bahawa Anwar melakukan kerja liwat, namun kerana kekurangan penyusuan tatacara pendakwaan termasuk tatacara mengemukakan bukti-bukti, maka menjadi pemangkin kepada mahkamah untuk membebaskan OKT itu secara teknikal.
Mungkin rekod Tan Sri Muhammad Shafee, sebagai peguam bela yang senantiasa menang pada sebarang kes yang diwakilinya, maka Anwar merasa gerun, kerana kesilapan pihak pendakwaan akan diminimumkan, sehingga memungkinkan Anwar akan sabit kesalahan.
Usaha Anwar melucutkan Shafee terus berjalan, dan kini beliau merayu ke mahkamah Persekutuan, kerana di peringkat mahkamah rayuan, permohonnannya telah ditolak sebulat suara.
Rayuan liwat II sebenarnya akan didengar pada 11-12 Disember ini.
Kota Kinabalu: Sebarang Kongres Ke-24 Parti LDP pada 19-20 Oktober ini akan menyebabkan parti itu terbatal. Menurut Philip Tsen (foto) Mantan Setiausaha Ekesuktif parti, yang juga mantan Ketua Bahagian Inanam dan AMT parti berkata, bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh menggunakan seksyen 16C akta pertubuhan itu untuk membatalkan parti.
Menurut Beliau, tujuan penangguhan kongres itu sepertimana saranan pendaftar Pertubuhan pada Isnin yang disampaikan melalui pertemuan antara dua fraksi di Putrajaya adalah bertujuan megemaskini senarai perwakilan; kerana ada dakwaaan terdapatnya perwakilan yang tidak memenuhi persyaratan sebagai perwakilan.
"Mengapa pertemuan kedua belah pihak boleh diadakan di Kuala Lumpur? Mengapa tidak boleh diadakan di Kota Kinabalu?" Tanya Tsen. "Jika kedua belah pihak mempunyai iktikad mahu menyelesaikan krisis parti, sudah tentu pertemuan boleh dilakukan di Kota Kinabalu; dan jika pada pertemuan pertama atau kedua masih gagal menemui penyelesaian, maka boleh berunding seterusnya sehingga kesepakatan boleh dicapaikan" tambah Tsen.
"Saya mendesak semua pihak berlapang dada, mereka sepatutnya mengenepikan ego, sebaliknya memikirkan soal-soal parti" desak mantan AMT parti itu.
Philip diminta mengulas siaran akhbar tempatan pada Rabu, di mana kumpulan Teo dan Chin akan meneruskan Kongres ke-24 parti pada 19-20 Oktober bertempat di Star City Kota Kinabalu.
Walaupun rundingan antara dua kumpulan yang dimeditasi oleh Pendaftar Pertubuhan Putrajaya (ROS) pada Isnin, di mana pada mula persetujuan dicapai bahawa Kongres Ke-24 parti yang akan diadakan pada 19-20 Oktober ditangguhkan pada suatu masa yang akan ditentukan, namun kumpulan Teo dan Chin tidak menghormati persetujuan itu, sebaliknya mereka meneruskan Kongres bagi fraksi mereka seperti mana dijadualkan pada 19-20 Oktober ini Star City Kota Kinabalu.
Sebelum ini, Datuk VKLiew diberitakan ada membuat kenyataan bahawa memang ada perjumpaan dengan pihak ROS Putrajaya. Dalam pertemuan itu menurut beliau, pada dasarnya kedua belah pihak telah mencapai kesefakatan, bahawa tarikh baru Kongres ke-24 parti akan diumumkan oleh Jawatan Kuasa Pemilihan Parti dimana dalam kongres tersebut kedua-dua kumpulan akan ikut serta. Berasaskan kepada keputusan itu, maka tiada parti Kongres ke-24 yang berasingan bagi kedua-dua fraksi seperti mana dijadualkan.
Adalah difahamkan, bahawa kumpulan Teo dan Chin tidak berminat dengan kongres gabungan, sebaliknya kumpulan mereka akan meneruskan kongres kumpulan mereka.
Berasaskan kepada keengganan kumpulan Teo dan Chin berhubungan dengan kongres gabungan, nampaknya usaha penyatuan Parti yang dilakukan Datuk VKLiew untuk sementara mengalami kegagalan.
VKLiew yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin baru-baru ini, agar semua pemimpin parti itu berbincang untuk menyelesaikan krisis dalaman mereka, demi keutuhan komponen Barisan Nasional.
LDP adalah parti komponen tertua BN Sabah, dan pada PRU-13 lalu telah menyumbang tiga kerusi DUN kepada BN Sabah.
Presiden parti itu juga pernah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri, malah seorang Naib Presidennya juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Parti LDP dan AKAR (kini telah dibubar) dan kemudian bergabung bersama Umno untuk membentuk BN Sabah untuk menumbangkan kerajaan PBS bermula tahun 1991.
Pada Pilihanraya Umum Sabah tahun 1994, walaupun gabungan itu mendapat 23 kerusi DUN berbanding PBS 25, namun selepas itu gabungan BN Sabah itu membentuk kerajaan Negeri, selepas dua ADUN Sabah, iaitu Rubin Balang ADUN Kemabong dan Lajim Ukin ADUN Klias menyertai Umno.
Bermula pada tahun itulah Kerajaan BN Sabah terus bertapak sehingga ke hari ini.
Hasil kerjasama antara komponen BN Sabah, bahawa sejak PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, BN Sabah terus memenangi pilihanraya.
Kemenangan cemerlang BN Sabah, adalah atas kerjasama yang erat antara para pemimpin BN Sabah. Namun kerana krisis yang melanda salah satu komponen BN Sabah, iaitu LDP, maka akan mempengaruhi keupayaan komponen itu berdepan dengan PRU-14, jika krisis itu tidak diselesaikan dengan segera.
Bagi AYT, kepimpinan VKLiew dalam LDP merupakan tunjang mengapa Parti itu boleh berkerjasama dengan para pemimpin Bn yang lain. Pendekatan beliau yang sederhana dan bertolak ansur, membuatkan ramai pemimpin komponen lain selesa berkerjasama dengan beliau.
Adalah malang bagi parti itu, jika dikemudi oleh Kumpulan Teo dan Chin, kerana pada tahun 2010, mereka pernah menyatakan secara terbuka tidak dapat menerima kepimpinan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Ketua Menteri Sabah.
Kenyataan kumpulan Teo dan Chin itu juga, telah menyebabkan seorang Naib Presiden Parti itu- Datuk Peter Pang terpaksa keluar parti pada tahun 2010; dan selepas itu, jawatan Timbalan Ketua Menteri daripada LDP telah terlepas daripada parti itu sehingga kini.
Hina sungguh Rakyat Johor di mata DAP. Kebuluq sungguh Rakyat Johor mengharapkan sumbangan Hari Raya Aidil Adha daripada DAP. Pada hari Ahad yang lalu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching bersama-sama dengan ADUN Senai, Wong Suki telah memberi sumbangan kepada 70 keluarga yang miskin, ibu tunggal dan anak yatim dari Taman Aman, Taman Beringin, Taman Dawani, Kg Jaya Sepakat dan Bukit Senang sempena Hari Raya Haji.
CTS tidak pertikaikan langsung kalau mereka hendak memberi sumbangan. Berilah harta karun sekalipun. Janganlah menghina Rakyat Johor dengan meletakkan gambar Lim Kit Siang di bag pemberian sumbangan. Siapa Lim Kit Siang? Lim Kit Siang sambut Hari Raya Aidil Adha ka? Orang yang bersungguh-sungguh mahukan nama Allah digunakan dalam Bible Melayu, mukanya diletakkan pada bag sumbangan? Ini ikhlas untuk menderma atau hendak mempromosi parti DAP? Mudah bebenor orang Melayu dibeli kan?
Umum mengetahui sokongan kuat Ketua Pemuda UMNO yang baru mengekalkan jawatan buat penggal kedua terhadap Menteri Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein Onn untuk mempertahankan jawatan Naib Presidennya. Kita boleh terima apabila Khairy Jamaluddin memberi sokongan terbuka terhadap atas semangat Setiakawan beliau di dalam UMNO.
Namun, perkara ini menjadi tanda tanya apabila Ibu beliau pula diheret untuk menyokong DS Hishammuddin ini. Tidak cukup dengan menyokong DS Hishammuddin ini, Datuk Rahmah Abdul Hamid, ibu Khairy Jamaluddin turut mempertikaikan pencalonan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, kata beliau dipetik daripada portal The New Straits Times, di sini,
Veteran Datuk Rahmah Abdul Hamid, 81, has found "experience" an important factor to consider when choosing the right candidate. "Anybody looking to be elected into office should have served the party, starting out at the lower ranks," she said, while voicing her disappointment at the entrance of Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir into the vice-presidency race.
"While I have nothing against him, I feel that Mukhriz has been pushed far too quickly up the ranks. He has not even served as division leader yet. "Umno works religiously from ground to the top and if you have not spent time building the party or being a coolie, then you will not understand the sentiments of party members." She said Mukhriz should instead spend his time focusing on Kedah and get accepted by the people there first.
She pointed out that, in contrast, incumbent vice-president (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein had his foot on the ground and knew the party's ins and outs. "He has been the Umno youth chief before, and he has moved up the ladder in a proper way, being groomed by the party."
Pelik juga kalau sehingga anak dan emak memberi sokongan kepada Menteri yang terkenal dengan gelaran "Menteri Lembik", "Menteri Amaran", "Cium Keris Minta Maaf (CKMM)". Seperti kata rakan blogger CTS, Big Dog di dalam blog beliau, "Who the hell is this Rahmah Abdul Hamid?" . Apakah ada peranan Regina Lee di sini sehingga memungkinkan Datuk Rahmah Abdul Hamid yang bukan siapa-siapa di dalam UMNO memberikan kenyataan di dalam NST menghentam Datuk Mukhriz?
Kebelakangan ini, pengikut-pengikut DS Hishamuddin tengah sibuk memutarbelitkan sejarah dengan memberi kredit kepada beliau seperti isu Lahad Datu, isu cium keris, isu kalimah Allah dan sebagainya. Nampak sangat macam berbayar sahaja? Nak sokong DS Hishamuddin sokonglah. Yang bawa anak beranak hendak jatuhkan Datuk Mukhriz, ini sudah lebih!
Kurang ajar!!! Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.
Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan "Allah Always With Me" - seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.
Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan. Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA. Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.
Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim. -SUMBER-
Komen GPB
Memang sial dan bangang sekali otak macai blogger Negara Pakatan Rakyat ini .. bajunya tertera Allah pun sudah dikatakan mempersenda agama Kristian !!
Lebih bengong lagi dia mendakwa perbuatan Mat Yo adalah disebabkan JDT adalah pasukan dari negeri BN .
Ini lah otak singkat macai DAP ..hinggakan bola sepak pun nak dipolitikkan cukup ekstrim .
GPB serahkan kepada pembaca untuk menilai sendiri tindakan Mat Yo ini yang kebanyakkan acap kali dibuat pemain bola sepak beragama Islam terkenal . Walaupun dipalit kontroversi isternya , tindakan Mat Yo kali tak wajar dihina oleh otak 3 suku blog PR ini .
Naib Presiden UMNO ,Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein meminta semua pihak supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang diputuskan semalam.
Hisham berkata,keputusan Mahkamah Rayuan adalah keputusan yang mutlak dan berharap agar semua pihak tidak mempolitikkannya -
Kemenangan pihak kerajaan dalam tuntutan di mahkamah rayuan untuk menghalang Majalah Herald menggunakan kalimah Allah di dalam majalah itu untuk menggantikan perkataan 'God' telah memberi tamparan hebat kepada sebilangan besar pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelum ini begitu gagah mempertahankan hak kristian untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam bahasa Melayu.
Pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang beragama Islam sanggup bertoleransi atas nama agama dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada kristian.Mereka menggunakan hujah-hujah agama untuk dijadikan dalil mempertahankan maslahat kristian daripada memikirkan maslahat umat Islam sendiri.Inilah antara ancaman fitnah diakhir zaman.Pemimpin-pemimpin pembangkang ini dianggap sebagai "Hero" disisi orang-orang kafir .
Mereka memberi alasan atas toleransi beragama dalam Islam dan kebebasan untuk agama-agama lain mengamalkan agama masing-masing tanpa menyebarkan kepada umat Islam seperti termaktub di dalam perlembagaan. Ada juga diantara pemimpin pembangkang yang bukan Islam dengan sewenang-wenang berhujah dengan terjemahan ayat Al Quran tanpa faham isi dan tafsir yang betul seperti yang dinukil oleh ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah di dalam kitab-kitab tafsir yang mu'tabar.Ini lah yang paling membimbangkan kita kerana ia akan memesongkan fahaman umat Islam yang cetek pengetahuannya terhadap agama lebih-lebih lagi yang sudah punyai pemikiran liberal dalam fikirannya.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka...." (Al Baqarah: 120)
Mafhumnya, jika orang-orang Yahudi dan Nasrani sudah mula redha kepadamu (orang2 Islam), bererti kamu (orang2 Islam) telah mula mengikut Millah (cara berfikir dan corak hidup) mereka. Jadi sangatlah terang lagi bersuluh bahawa Allah telah memberi peringatan awal di dalam Al-Quran bahawa puak-puak nasrani dan yahudi ini tidak akan menurut kehendak orang-orang Islam tetapi mereka akan berusaha agar kita pula yang tunduk ikut terhadap jalan agama mereka.
Jadi,dalam isu ini lebih aula'(utama) untuk kita memikirkan kepentingan maslahat umat dan syiar Islam serta melindungi kesucian agama Islam kerana didapati ancaman paling mungkin adalah terhadap umat Islam jika perkara ini dibiarkan.Dalam kaedah fiqh ada menyebut "jika bertembung dua mudarat ,maka pilihlah mudarat yang lebih ringan".Maka,menjadi satu kefadhuan untuk mempertahankan maslahat umat Islam lebih-lebih lagi berkait dengan isu aqidah berhubung kalimah Allah yang menjadi perkara asas dalam agama.
Jadi,KP harap berhati-hatilah kepada orang-orang Islam diluar sana yang dengan gahnya berhujah dengan hujah agama mahupun tidak untuk mempertahankan hak kristian kerana bab aqidah ini tidak boleh buat main kerana sekali tergelincir aqidah akibat redha dengan kafir,takut-takut nanti akhirat tergolong dengan golongan mereka...Nauzubillahi Minzalik sumber : keris pusaka