Khamis, 17 Oktober 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PRK Sg Limau: PAS pertaruh calon muda

Posted: 17 Oct 2013 06:00 PM PDT


PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini bagaimanapun menjelaskan, nama calon yang telah diputuskan oleh PAS Pusat itu hanya akan diumumkan pada 21 Oktober nanti.

Katanya, calon yang ditampilkan kali ini merupakan calon baru dan kali pertama bertanding pada piliharaya serta dikenali dan disenangi penduduk di kawasan Parliman Jerai khususnya Sungai Limau.

"Calon telah diputuskan oleh PAS Pusat dan kali ini kita akan meletakkan calon yang muda serta berkemampuan untuk menghadapi calon dari Barisan Nasional (BN).

"Calon ini merupakan penduduk tempat, dikenali dan disenangi penduduk sekitar khususnya Dun Sungai Limau.

"Saya yakin dengan kemampuan yang beliau miliki, kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi tersebut," jelasnya.

Dalam pada beliau juga tidak memandang rendah kemampuan BN dan akan memastikan seluruh jentera dapat menumpukan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.

"Kita tidak memandangan rendah kemampuan BN setiap kali ada pilihanraya kecil dan kita tahu apa yang mereka akan lakukan.

"Kita akan pastikan setiap jentera yang telah dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik serta mewujudkan kerjasama antara jentera dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakan Pakatan Rakyat yang lain akan turut membantu PAS berdepan pilihan raya ini.

"Kita yakin dengan kesungguhan ini PAS mampu mengekalkan kemenangan di Sungai Limau.

"Mustapa telah jelaskan segalanya tentang PRK Sungai Limau dan kita dari Pakatan Rakyat akan turut sama membantu berkempen," jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangkakan akan mengumumkan nama calon pada 21 Oktober nanti dalam satu majlis khas di Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. ~harakahdaily




Tiada ulasan:

Pengikut