Khamis, 17 Oktober 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Oct 2013 03:14 PM PDT


KUCHING: DAP Sarawak mengorak langkah kehadapan dengan melancarkan risalah berita berkala dalam menyampaikan maklumat dan fakta sebenar terhadap pelbagai isu semasa.

Pengedaran risalah berita ini akan memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar negeri itu dimana akses terhadap maklumat alternatif adalah terhad.

Menurut Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen, objektif utama risalah berita ini diwujudkan adalah untuk membantu parti dalam menjayakan projek Impian Sarawak dan kempen 'DAP Go Rural'.

chong chien jien 2

"Kita (oposisi) mempunyai kekangan untuk salurkan maklumat kepada penduduk pedalaman dan luar bandar tetapi Barisan Nasional (BN) boleh berbuat demikian dengan bantuan stesen radio, televisyen dan media cetak," katanya.

Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching itu berkata, antara maklumat yang akan dimuatkan dalam risalah berita itu antaranya pendedahan terhadap penyelewengan, rasuah, ketirisan, ketidakcekapan kerajaan BN menguruskan dana awam.

"Selain itu kita juga mahu mendidik masyarakat terhadap dasar dan perjuangan DAP yang sering dimomokkan dengan pelbagai fitnah," ujarnya.

Katanya, sebanyak 20,000 naskhah risalah berita itu akan dicetak dalam bahasa Melayu dan diedarkan secara percuma buat permulaan operasi.

"Kita merancang menerbitkannya secara bulanan dan berharap penyokong (DAP) mahu pun orang awam dapat memberi sumbangan derma kerana ia memerlukan perbelanjaan besar," ujarnya.

Tambahnya, selain risalah berita tersebut, pihaknya akan terus menggunakan perkhidmatan Radio Free Sarawak (RFS) sebagai medium penyampai maklumat. – Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN' yang cuba mensabotaj DAP.

Beliau berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap media seliaan UMNO/BN yang berterusan memfitnah DAP dengan pembohongan dan penipuan.

pix-guan-eng

"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo masing-masing telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN'.

Anthony kemudian akan diminta untuk mengemukakan aduan rasmi jika ada asas untuk tindakan lanjut untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai Tan Kok Wai.

"Pada masa sama, Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan media kawalan BN untuk memfailkan saman fitnah dengan segera supaya parti dapat dilindungi dari tertakluk kepada serangan lain yang boleh memberi peluang kepada mana-mana tindakan keras atau menindas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli DAP bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian Malaysia melalui laungan perjuangan untuk menggantikan BN pada pilihan raya akan umum datang dengan angota-angota parti yang benar-benar setia memakai kedua-dua iaitu lencana roket dan berhati DAP," katanya dalam kenyataan, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan mengecam keras tindakan media UMNO/BN yang masih menyerang DAP walaupun pemilihan semula CEC telah dijalankan mengikut prosedur termasuk melantik firma perakaunan antarabangsa sebagai pemantau.

"Di sebalik pemilihan semula yang kedua-duanya mengikut undang-undang dan sah, DAP terus dituduh menipu. Suka saya ingatkan, pemilihan UMNO sendiri tidak dipantau dan disahkan oleh firma perakaunan antarabangsa seperti DAP.

"DAP harus mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi diri dari pembohongan serta penipuan BN dan medianya seperti New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menggunakan taktik 'mengalihkan pembohongan kepada kebenaran dengan mengulangi penipuan 10,000 kali'.

"Orang ramai sudah tidak dapat mengira lagi berapa banyak Utusan dan New Straits Times telah memohon maaf kepada pemimpin PR.

DAP telah mencipta sejarah dengan menjadi parti politik pertama Malaysia melantik sebuah firma perakaunan antarabangsa untuk memantau keseluruhan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September lalu.

Pemilihan semula itu berikutan arahan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan demi untuk mengelakkan dari tindakan lebih kejam iaitu pengharaman parti. -Roketkini.com

DUNIACACAMARBA

Posted: 17 Oct 2013 03:04 PM PDT

'Sengat' abang jongang

[HM]Kuala Lumpur: Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.

Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang. 

Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan. 

Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.

"Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber. 

"Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek. 

"Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang," katanya. 

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota. 

"Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas. 

"Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200," katanya. 

Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis. 

"Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur," katanya. 

Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.- 17/10/13

Tiada ulasan:

Pengikut