Isnin, 20 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 19 Feb 2012 11:14 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Aiikkkk Dulu Kutuk Tapi Sekarang Apa Dah jadi????

Posted: 19 Feb 2012 08:23 PM PST



Rasa kelakar pulak bila baca artikel dari blog REZQEEN HILL berkenaan sekumpulan "die hard fans" Anwar Ibrahim atau ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC) yang khabarnya nak hantar memorandum ke pejabat Media Prima Berhad tapi hanya berjaya sampai di Guard post je.

Apa yang melucukan di sini sebenarnya adalah tindakan mereka menghantar memo dengan tujuan untuk menuntut TV3 memberi slot secara EKSLUSIF kepada Anwar Ibrahim untuk muncul di kaca tv bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada beliau sedangkan kita semua tahu yang Anwar Ibrahim pernah menuduh TV3 merupakan "Alat Perkakas UMNO Murahan" dan puak2 ni jugak menggelar TV3 dengan panggilan TV3suku. Alih-alih sekarang hantar memo nak kuar kat TV3 lak. Boooooooo!!!! Malu wehhhhh........

Antara isi kandungan memorandum tersebut

'AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama TV3 khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk muncul secara ekslusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berta sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari'




Nak tahu cerita selanjutnya baca kat blog REEZQEEN HILL ataupun di blog BERSAMA MAZIDUL . Khas buat AIC dan Idola mereka "Jangan Jilat Ludah Sendiri. Geli wehhhh"







Warna Warni "Soal Hati: Antara Tuntutan & Idaman"

Posted: 19 Feb 2012 07:17 PM PST
























THE POOR, EPF AND THE DUMMIES IN PAKATAN RAKYAT - PART 1

Posted: 18 Feb 2012 11:26 PM PST

These past few weeks, there has been a lot of talk and criticism by the opposition regarding the announcement made by PM Datuk Seri Najib Tun Razak on the implementation of a scheme for poor city residents to own the Project Perumahan Rakyat (PPR) flats. The bone of criticism by the opposition are as follow, which i have picked up from various blogs around:

  1. Government to impose an interest rate of 2% for those purchasing the Public Housing Project (PPR) flats using funds from the Employees Provident Fund (EPF). - Nurul Izzah
  2. There are many uncertainties linked to EPF's RM1.5 billion loan to the government.- Baru Bian
  3. Employee Provident Fund will be extending RM1.5 billion in loans directly to those who failed to secure commercial loans to purchase their houses. - Tony Pua

I will be addressing these three (3) statements done by the opposition (PKR and DAP), I wonder if PAS had anything to say or they are now merely a political party that is in charge of only Islamic/Religious and Malay custom affairs? So like those days before independence where the Sultan was in charged of these portfolios whereas the British took control of the economy and what not. But that i will touch on another day.

First of all, before i proceed with breaking down the arguments of these so called Yang Berhormat (YB's) and Economic experts, lets have a look at the history of the urban poor and this scheme:


A BRIEF HISTORY
  1. Request by PPR tenants to purchase the house they are currently residing in.
  2. Government agreed to the request, on 11 July 2009, YAB Prime Minister DS Najib Tun Razak announced the sale of 44,146 unit of PPR houses.
  3. However, the financing for these units were dependent on the application of purchase by residents, and approval of their respective bank loans.
  4. No special scheme was there for this residents.
  5. Out of the 44, 146 units, 4,988 had successfully bought their homes (approx 15%) with 716 using personal loans, and 4,272 paying with either their savings or using up the EPF monies.
  6. Upon identifying that many of the residents did not managed to get bank loans, the government initiated and developed a special scheme to assist these residents.
  7. On the 7 October 2011 the scheme was approved by the cabinet with minor amendments. Note that it took two (2) years for the relevant ministry to do their homework, and to obtain the Cabinet approval. Therefore allegations that this was an ad-hoc scheme to buy voters is utterly baseless.
  8. 18 January 2012, the final approval from the Cabinet was received. Note: Up till now, from the first announcement by the PM to the development of the scheme took approximately 2 and a half year.
  9. 28 January 2012, the Prime Minister announced the implementation of this scheme.

In Part - 2, i would talk about the objective of this scheme, and the approach/process taken.



Berkhidmat utk rakyat, dan kepada ALLAH swt kami berserah.

@kabir_akram

Source: The Kuala Lumpur Chronicle

Razlan's

Posted: 19 Feb 2012 11:08 PM PST

Razlan's


Kekalutan Isu Pelaburan EPF !!

Posted: 19 Feb 2012 10:01 PM PST


Isu penjualan Perumahan Rakyat dan perumahan Awan yang di usahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah dibangkitkan semula oleh Pihak Pembangkang, YB Tony Pua dan YB Nurul Ezah.

Sebagai rakyat biasa, saya pelik melihat telatah mereka yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat, sekiranya dahulu, PKR mendapat sokongan di kebanyakkan yang menginap di PPR, namun senario hari  ini amat berbeza kerana kerajaan telah mengotakan janji-janji.

Niat Pembangkang, tidak lain tidak bukan hanya mahu mendapat populariti terhadap apa sahaja isu yang di usahakan oleh Pihak Kerajaan sehingga sanggup mempergunakan usaha pihak kerajaan memberikan keutamaan membantu orang kurang berkemampuan di Bandar memiliki rumah.

Formula kerjasama Pihak Kerajaan dan pihak Swasta serta EPF melalui "Special Purpose Vehicle" iaitu Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan telah memberi peluang kepada penyewa  PPR untuk memiliki rumah.

Antara punca penyewa gagal mendapatkan pinjaman adalah tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan tetap, ini tidak bermakna mereka tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan kepada pihak DBKL.

Janji pihak Kementerian kepada pencarum EPF adalah, hanya mereka yang tidak mempunyai "Tungakkan Sewaan" sahaja akan dibenarkan mendapatkan pinjaman perumahan, bukan itu sahaja, Pemilik juga diberi pilihan untuk terus menyewa seperti biasa atau mengambil peluang keemasan ini untuk memiliki harta sendiri.

Penemuan formula ini hasil dari kaji selidik pihak EPF serta Kementerian, dan pelaburan yang ditawarkan kepada EPF bukanlah satu pelaburan yang merugikan kepada pencarum kerana 5.5 peratus merupakan keuntungan kepada pihak EPF.

Pembeli juga tidak harus termakan hasutan daripada pembangkang kerana anda semua mendapat peluang memiliki harta dengan kadar 3% kurang daripada pinjaman biasa yang dikenakan oleh bank swasta iaitu sekitar 9.5%.
Saya percaya, semua pihak mahukan kehidupan yang baik dan selesa, melalui skim ini, penduduk PPR mempunyai peluang untuk memiliki harta didalam bandar yang sepatutnya dibeli dengan harga sekitar RM100,000 dan inilah yang membimbangkan pihak pembangkang kerana kerajaan BN telah meneruskan usaha membela rakyat kurang berkemampuan tidak kira di kampung ataupun di bandar.

Antara mereka yang tidak mempunyai bukti pendapatan tetap adalah peniaga nasi lemak, pemandu teksi, penjual kuih dan mereka yang berniaga kecil-kecilan, dan kemampuan mereka membayar bulanan kepada DBKL telah membuktikan mereka mampu untuk membayar sewaan bulanan.

Hasrat murni kerajaan adalah untuk membantu golongan ini untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka dengan memiliki harta sendiri, memiliki rumah sendiri antara keinginan setiap keluarga dan usaha pihak Pembangkang menolak golongan ini memiliki rumah merupakan penghinaan kepada mereka dan keluarga mereka.

Saya mengesyorkan pihak Pembangkang turun sendiri ke PPR dan melihat sendiri kegembiraan keluarga-keluarga ini apabila mendapat sekeping surat pemilikan rumah. Kecerian seperti inilah yang diinginkan oleh setiap masyarakat di Malaysia tidak kira apa taraf pendapatan mereka kerana setiap mereka layak mendapat bantuan daripada pihak Kerajaan.

Saya juga merupakan pencarum EPF selama 19 tahun, dan saya telah menikmati dividen setiap tahun melalui pelaburan yang telah dibuat oleh pihak EPF dan selama ini tidak pernah pencarum memperolehi kerugian daripada pelaburan EPF dan saya percaya pelaburan ini juga tidak akan merugikan saya.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 19 Feb 2012 03:39 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DAPATKAH KERUSI INI DIPERTAHANKAN ?

Posted: 18 Feb 2012 08:53 PM PST


MIM - BANGSA YANG BERMARTABAT.

Posted: 18 Feb 2012 08:33 PM PST


ANDA TAHU SUSUR-GALUR BANGSA MIM?

Ruhanie Ahmad

Baru-baru ini ada tokoh sejarah mengatakan Hang Tuah hanya mitos atau lagenda. Itu pandangannya sebagai sejarawan. Saya tidak mampu untuk berpolemik dengan beliau.

Seorang sahabat pula memberitahu saya, Hang Tuah memang pernah wujud. Hang Tuan, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, katanya, mengaji al-Quran bersama-sama di Serambi Melaka di Pulau Besar selaku pusat ulamak Nusantara terbesar di era pra-Portugis.

Oleh sebab itulah mereka dikenali sebagai lima bersaudara. Persaudaraan ini bukannya mengikut pertalian darah, tetapi persaudaraan seperguruan mengaji al-Quran.

Pada tahun 2004, saya dan sahabat yang sama menjelajah ke Pulau Bentan untuk menjejakki Makam Hang Nadim Laksamana Johor-Riau. Orang Bentan sendiri tidak ramai yang tahu di mana lokasi makam berkenaan.

Kami yang berbekalkan sepotong ayat "Makam Hang Nadim berada di Gunung Bentan Kapor" yang kami download daripada internet, pun menyelusur sepanjang jalan dari Pekan Tanjung Pinang hingga ke Kampung Bentan Kapor.

Sesampainya di sana kami menemui Pak Iman Masjid Bentan Kapor dan bertanyakan arah Makam Hang Nadim. Pak Iman tersentak dan terkejut dengan pertanyaan kami.

"Encik nak cari Makam Hang Nadim Singapura dilanggar todak atau Hang Nadim Laksamana Johor-Riau?" tanya Pak Iman dalam loghat Melayu Johor.

Kami jelaskan tujuan kami. Setelah itu kami bersama Pak Imam dan dua orang anak buahnya meredah hujan lebat mendaki Gunung Bentan Kapor. Kira-kira satu jam perjalanan, meniti batang dan menuruni lurah, kami sampai ke satu kawasan dusun duku. Di sana kering kontang, tidak hujan setitik pun.

"Di sinilah Makam Hang Nadim. Kawasan ini namanya Hulu Melaka. Sungai di belakang tu Sungai Duyong" jelas Pak Imam.

Lantas kami pun menunaikan hajat kami untuk mengadakan tahlil di Makam Hang Nadim. Tiada makam lain di kawasan yang sama. Laksamana Hang Nadim seorang diri!

Persoalannya di sini, di Melaka ada tempat dikenali sebagai Hulu Melaka dan Sungai Duyong. Mengikut riwayatnya, Hang Tuah lima bersaudara membesar di Kampung Duyong Melaka. Adakah ini satu kebetulan?

Hang Nadim yang diriwayatkan sebagai anak lelaki Hang Tuah menyemadi diri keseorangan di Kampung Hulu Melaka berhampiran Sungai Duyong di Bentan. Adakah laksamana ini mengabdikan diri kepada Ilahi di sebuah kampung berhampiran Sungai Duyong untuk mengabadikan sejarah kampung Almarhum ayahandanya?

Hang Tuah lima bersaudara pula berkampung di Duyong Melaka. Dan Hang Tuan lima bersaudara juga dikatakan belajar ilmu persilatan di Hulu Melaka, Melaka. Lantas adakah Laksamana Hang Nadim pula memilih kawasan persemadiannya di kampung yang bersempenakan kawasan perguruan silat Almarhum ahayandanya?

Dua tiga hari lalu saya mengakses beberapa websites mengenai sejarah Nusantara. Di satu daripadanya tertulis perkataan "kami masih belum mengetahui di mana lokasi Makam Hang Nadim Laksamana Johor-Riau."

Aneh, pelik dan penuh tanda tanya. Namun hati kecil saya amat yakin bahawa makam yang kami ziarahi adalah Makam Hang Nadim sebab ramai masyarakat Melayu di sana adalah keturunan beliau. Salah seorang yang membawa kami ke makamnya adalah keturunan beliau yang kini bertanggungjawab atas kebersihan makam dan dusun persekitarannya.

Kesimpulannya, Hang Nadim Laksamana Johor-Riau bukannya mitos. Beliau pahlawan Melayu dari keturunan Bangsa MIM. Siapakah Bangsa MIM sebenarnya? Melayu? Malaya? Madaya atau siapa?

Namun Bangsa MIM inilah umat Mohamad yang hebat keperkasaan dan kepehlawanannya! Usah dicabar Bangsa MIM dan janganlah dipecahbelahkan Bangsa MIM!!

Tiada ulasan:

Pengikut