Jumaat, 21 Disember 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 20 Dec 2012 01:48 PM PST

THE FLYING KICK


MAKIN TERANG DAN NYATA, PAKATAN MENANG, MELAYU TERUS MEREMPAT!!!

Posted: 20 Dec 2012 06:30 AM PST

MELAYU BARUA BERMAKSUD , MELAYU YANG AKAN IKUT DAP!!!!

Posted: 20 Dec 2012 05:00 AM PST

HADI AWANG TAK BOLEH DIPERSALAHKAN MASA KELUAR AMANAT SEBAB MASA TU, DARAHNYA MENGGELEGAK!!!

Posted: 20 Dec 2012 03:30 AM PST

MUHIDDIN YASSIN SERANG SARANG MENTERI BESAR KEDAH!!!

Posted: 20 Dec 2012 01:32 AM PST

LAMBANG KESOMBONGAN BODOH DAP BOLEH DILIHAT PADA ZAIRIL KHIR JOHARI BIN ABDULLAH!!!

Posted: 19 Dec 2012 08:00 PM PST

ANTARA LYNAS DAN KILANG ARAK, ORANG PAS PILIH LYNAS WALAUPUN DULUNYA KUAT TENTANG KILANG ARAK!!!

Posted: 19 Dec 2012 06:00 PM PST

DAP DAN GUAN ENG TERUS MENGHINA MELAYU, KALI INI TANAH PERKUBURAN ISLAM PULA DIBONGKAR SECARA HARAM UNTUK PEMBINAAN TEMBOK!!!

Posted: 19 Dec 2012 04:00 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 20 Dec 2012 01:30 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Rasuah dan UMNO.

Posted: 20 Dec 2012 10:26 AM PST

Menarik juga apabila mendengar pemberitahuan oleh Dato' Johan Jaafar berhubung dengan niat Penal Perunding dan Pencegah Rasuah PPPR yang mahu semua parti politik menghantar nama-nama calun untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 kepada SPRM untuk ditapis.

Tujuan untuk menentukan calun-calun yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah dan bagi mengelakkan tomahan tidak berasas terhadap individu atau pun parti calun tersebut. Disamping itu juga semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah mengistiharkan harta kepada SPRM bagi menunjukkan komitmen mereka melawan rasuah.Termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta Menteri Besar & Ketua Menteri.

Molek dan elok nampak dan bunyinya. Gambaran yang dapat disebalik ukiran yang disarankan oleh PPPR itu jelas menunjukkan isu rasuah adalah menjadi penentu untuk rakyat membuat pilihan siapa yang layak jadi wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. Sekiranya cadangan itu dapat dilaksanakan sudah boleh diagak kemenangan pertama berpihak kepada PR.

Saranan dan cadangan PPPR itu telah menjadi agenda utama dalam kempen dan ceramah PR. Hapuskan rasuah dan istiharkan harta para pemimpin memang dialu-alukan oleh PR sekiranya pihak Kerajaan benar-benar berhasrat melaksanakannya. Apa yang bimbang seruan PPPR itu tidak mendapat sambutan dipihak parti-parti yang mewakili Kerajaan BN kerana cadangan PPPR itu seperti membenarkan laungan PR.

Rasuah selalu dikaitkan dengan pemimpin UMNO, beberapa orang dari UMNO telah didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah kerana melakukan rasuah. Rasuah cuba hendak dikaitkan dengan pemimpin PR tapi gagal kerana tak ada seorang pun pemimpin PR dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana melakukan rasuah.

Dalam niat yang baik disarankan oleh PPPR itu ada perkara yang tak masuk akal, iaitu saranan bagi mencadangkan dilarang pemberian hamper atau pun cenderahati patut dihentikan. Cuba kita renong. pemberian selalunya berlaku dimusim perayaan yang mana ada pemimpin memberi kain pelekat, kek dan wang kepada ahli partinya supaya sambutan perayaan dikalangan mereka akan meriah. Apakah budaya memeriahkan mereka yang berjasa kepada parti patut diberhentikan. Tak masuk akalkan.

Jangan kerana mahu dilihat bersih tapi cadangannya tidak bersih, saranan yang boleh menjauhkan para pemimpin dengan pengikut, ingat sekiranya pemberian yang ikhlas disekat ianya akan memudarat kepada pemberian secara tersembunyi dan pemberian secara tersembunyi akan menimbulkan wasangka dan  fitnah.

Perkara pertama yang patut ahli PPPR mengambil langkah ialah semuanya ahli PPPR patut mengistihar harta masing-masing kepada SPRM sebagai contoh dan tauladan kepada bakal-bakal calun piliharaya umum ke 13 untuk memberi semangat kepada mereka yang akan menjadi calun supaya berlapang dada apabila mahu turun ke gelanggang rakyat bersesuai dengan slogan ' berjuang untuk keadilan dan menentang kemungkaran'.

AES sistem untuk memerangkap wang rakyat.

Posted: 19 Dec 2012 09:41 PM PST

Mengikut Prof Dr.Radin, setiap hari dikira 2 orang maut kerana kemalangan dijalanraya. Itu mungkin kecuaian yang lakukan oleh manusia dan tentunya berpuloh-puloh kemalangan berlaku setiap hari dan berpoluh orang juga cedera dan dimasukkan ke hospital. Apakah ini semua kerana di Malaysia hari ini terdapat jalanraya yang baik dan lebuhraya yang bagus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang boleh mengerbonkan nyawa manusia.

Jawabnya ya dan tidak.

Ya, kemalangan berlaku kerana kecuaian manusia yang banyaknya, cuai kerana jalan raya yang elok dan memuaskan menyebabkan pemandu kadang-kadang lalai dengan kelajuan kenderaan walaupun banyak papan tanda disediakan bagi mengingatkan had laju dan kawasan yang berbahaya. tapi cuai tetap berlaku.

Tidak. kerana tidak mungkin pemandu berhasrat memusnahkan hidupnya dengan membiarkan nyawa dipertaruhkan diatas jalanraya, kecualilah pemandu tersebut dipengaruhi dengan unsur hayal seperti dadah dan arak. Kemalangan berlaku kerana kecuaian dan kecelakaan. Tidak ada sesiapapun minta kemalangan berlaku kecuali orang itu gila (hilang akal).

Hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kecelakaan jalanraya telah dilakukan sejak lama dan berbagai-bagai cara, papan tanda ada dimerata-rata tempat sebagai petunjuk kepada pengguna jalanraya, tapi kemalangan tetap juga berlaku, kadang-kadang kemalangan yang ringin dan ada yang menerima kecelakaan kemalangan yang mengerikan, mengorbankan nyawa.

Baru-baru ini kerajaan memperkenalkan satu alat bagi mencari kesalahan pengguna jalanraya. Satu sistem dipasang bagi memerangkap pemandu dan tuan punya kenderaan untuk memunggut hasil kepada syarikat dan kerajaan. Kecoh seluruh negara sehinggalan pihak Peguam Negara mengeluarkan satu arahan supaya sistem yang memerangkap untuk menunggah wang secara mudah dihentikan.

Automated Enforcement Syastem (AES) diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu keadah memeras wang pemandu dan pemilik kenderaan dengan mudah yang mana sekiranya camera sistem AES tersebut mengambil gambar mana-mana kenderaan secara automatik dikenakan denda tanpa belas kasihan. Satu sistem yang dianggap zalim.

Tahukah kerajaan, bahawa tidak semua pemandu dan pemilik kenderaan tak ada 'otak', hanya yang tak ada otak saja yang sanggup memandu untuk membunuh diri, yang waras akan memandu secekapnya, kelajuan juga di pecut ditempat yang kira selamat, melebihi had laju tidak semestinya menempah maut kerana dijalan yang lurus tidak ada perbedzaan ketara mamandu dengan kelajuan 90 km dengan 110 km sejam, tapi menjadi satu kesalahan dan diwajibkan bayar apabila AES memerangkap had laju tersebut.

Kerajaan akan dilihat cerdik sekiranya denda yang di anjurkan oleh AES dibayar balik kepada tuannya wang denda yang dikenakan terdahulu daripada ini akibat sistem memerangkap itu dan terus membatalkan perangkap membebankan rakyat yang dinamakan AES itu kerana rakyat diberitahu sistem AES itu tidak boleh mengurangkan kemalangan jalanraya, tidak boleh menyelamatkan kematian, kerana sebenarnya  kerajaan secara sukarela membiarkan perangkap dipasang untuk membebankan pemandu jalanraya dan pemilik kenderaan.

Banyak lagi cara untuk memberi kefahaman kepada pemandu dan pemilik kenderaan supaya berhati-hati dijalan raya, mengajar adalah lebih baik dari memerangkap dan denda, undang-undang yang ada sudah mencukupi bagi mengajar pesalah jalanraya hanya yang perlu tindakan hendaklah dilaksanakan secukupnya.

Persoalan yang dibanghkitkan, apa perlunya AES sedangkan dah banyak peraturan dan undang-undang jalanraya dinegera ini, laksanakan dengan jujur kerana rakyat Malaysia masih menghormati undang-undang. Buat apa ujudkan sistem yang membebankan yang banyak menimbulkan persoalan. Apakah AES itu diadakan kerana untuk mencegah atau untuk memerangkap wang rakyat.

 AES tidak boleh menghalang kematian.


Apa Yang Tersirat

Posted: 20 Dec 2012 01:19 PM PST

Apa Yang Tersirat


Orang Melayu Dalam DAP bangga menghina bangsa sendiri

Posted: 19 Dec 2012 10:06 PM PST

KENYATAAN pertama daripada seorang melayu yang tewas dipilih pada pemilihan parti DAP tetapi dilantik pula sebagai boneka, kononnya gejala rasuah dalam sektor awam, kerana majoriti penjawaat awam adalah melayu.

Kenyataan itu menggambarkan bahawa kaum melayu itu adalah punca rasuah.

Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai anggota CEC DAP bersama setiausaha politik Lim Guan Eng Zahril Khir Johari; telah mengubah status mereka daripada bangsa melayu kepada bangsa lain. Atas sebab itu, lesen yang diberikan kepada mereka adalah memperlekeh bangsa melayu, kerana mereka kelihatan melayu.

Ariffin lupa, bahawa akar daripada rasuah bukannya daripada kaum melayu, rasuah sebenarnya berpunca daripada masyaraat tionghua. (sila kaji sejarah rasuah).

Sifat melayu yang mudah lupa ada terletak pada Ariffin, hanya jawatan Senator dan mempunyai kedudukan dalam CEC sudah merasa besar kepala; sehingga membuta tuli menghina bangsa sendiri.

Kenyataan Senator DAP itu telah menghina jutaan kakitangan awam yang berbangsa melayu, walaupun tidak semua, kerana ada juga bangsa melayu dalam jabatan awam yang bertindak sebagai musang dalam kandang ayam.

Sebenarnya, kaum melayu secara amnya tidak pernah menyokong DAP, kecuali individu-individu tertentu yang mempunyai fahaman sama seperti pemimpin dan penyokong majoriti DAP yang berfahaman chuvinis dan melampau. Rata-rata penyokong DAP yang 150 ribu itu, adalah berfahaman ektrim dan tidak pernah mengwakili fahaman berbilang kaum yang ada dalam negara ini.

Kaum melayu yang berjaya bersama DAP adalah mereka yang telah tertapis pemikiran mereka, di mana perjuangan mereka adalah perjuangan melampau dan tebal perkauman. Atas sebab itu, apabila kaum melayu menyertai DAP jika dilihat pada kulitnya adalah melayu, akan tetapi jiwanya sama seperti Lim Guan Eng. 

Jangan pelik, apabila ada pemimpin DAP yang bernama melayu menghentam dan menghina melayu; kerana pemimpin itu adalah jelamaan Lim Guan Eng.

Duke of UMNO

Posted: 20 Dec 2012 01:03 PM PST

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! LELAKI INI PERMAIN ISLAM DI SEBALIK JUBAH POLITIK..!!!

Posted: 20 Dec 2012 06:38 AM PST

Pok Nik..hehehe..

Saya amat tertarik untuk bidasan komen Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap para Mufti di negara ini supaya "tidak bermain politik di dalam jubah mufti" untuk kepentingan pihak tertentu.

Saya menjangkakan bahawa kenyataan itu ditujukan khas kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden PAS, Abdul Hadi menarik balik amanat yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981.

Mufti Perak dan Wilayah Persekutuan itu menggesa agar Hadi menarik balik "fatwa"nya yang dipercayai masih lagi menjadi pegangan para "penganut agama PAS" di seluruh negara kerana Presiden PAS itu masih belum lagi menarik balik tuduhan itu hingga kini.


Sedap sungguh mulut Nik Aziz nak memfitnah Mufti-Mufti berkenaan. Kononnya Hj Hadi mempunyai ilmu yang setaraf dengan Mufti-Mufti tersebut sehingga layak mengkafirkan orang Islam lain, begitu?

Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am PAS, apa yang dia akan rasa sekiranya UMNO menuduh PAS sebagai kafir? Apa yang dia nak kata? "Celako..celako..celako"? Dia rasa nak maki hamun UMNO atau mana-mana pihak yang berkata begitu?

Sebaliknya, UMNO yang dituduh kafir oleh PAS tidak cepat melatah dan untuk berlaku adil, UMNO merujuk kepada para Mufti yang bersifat bebas politik, diiktiraf dan bercakap berdasarkan fakta dan ketinggian ilmu Islam yang mereka miliki.

Jadi, apa salahnya jika Mufti-Mufti berkenaan mengeluarkan pandangan mereka dan menggesa agar Presiden PAS untuk menarik balik tuduhan tidak bertanggungjawab terhadap saudara seagama itu?

Lagipun, kedua sahibussamahah itu awal-awal lagi sudah memberi kenyataan bahawa pandangan mereka sama sekali tidak berpaksikan kepada kepentingan politik mana-mana pihak dan saya percaya mereka bercakap berdasarkan ilmu yang mereka miliki.

Sekiranya Nik Aziz berpendapat ilmu Hj Hadi setaraf dengan ilmu yang dimiliki Mufti-Mufti berkenaan, ini bermakna mereka masing-masing layak untuk mengutarakan pandangan masing-masing.

Jadi, mengapa Nik Aziz perlu bersikap berat sebelah dengan menyokong fatwa Hj Hadi dan tidak dapat menerima pandangan dari Mufti-Mufti berkenaan.

Jika mahu dilihat dari sudut kepentingan politik, kenyataan Hadi langsung tidak boleh digunapakai kerana dia sememangnya ahli politik yang akan berfatwa mengikut selera fahaman politiknya berbanding Mufti-Mufti yang lebih mementingkan kepentingan Islam!

Nik Aziz sepatutnya mencermin diri sendiri sebelum bertindak mengecam para Mufti yang ikhlas memberi pandangan mereka mengenai senario umat Islam di negara ini.

Mursyidul Am PAS itu sepatutnya tidak mempermain-mainkan Islam di dalam jubah politiknya!

Apa yang dilakukan selama hayatnya itu sangat ketara menunjukkan bahawa dirinya hanya mempergunakan Islam sebalik jubah politik yang bersifat duniawi sehingga menyebabkan berlakunya pepecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Malah dalam skop yang lebih kecil, Nik Aziz kini dikatakan punca pepecahan di dalam PAS sendiri di mana golongan pro-ulama di dalam parti itu telah bertindak "mufaraqah" menjarakkan diri dari kepimpinan parti itu yang kini lebih sekular dari DAP!

Kem di dalam PAS bukan hanya terbelah dua, malah dikatakan telah hancur lebur terbahagi kepada beberapa kem yang menyokong beberapa ideologi. PAS musnah kerana fatwa-fatwa seorang ahli politik tua yang berselindung di sebalik jubah orang Arab!

Nik Aziz adalah contoh terbaik ulama di akhir zaman. Bila ditegur rakan-rakan ulama lain, dia akan menghentam ulama-ulama yang menegurnya walaupun seisi dunia tahu betapa songsangnya fatwa-fatwa yang dia keluarkan selama dia berkuasa di dalam PAS.

Kalau betul pun tidak bersetuju dengan pandangan Mufti-Mufti berkenaan, apa salahnya jika dia menganjurkan "syura" bagi berbahas mengenai khilaf pendapat sesama umat Islam? Atau Nik Aziz sedar ilmunya cetek untuk berdepan dengan para Mufti?

Sebelum menutup mata, saya berharap dia akan bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini, terutama saudara seagama yang pernah dia zalimi. InsyaAllah…

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! TAK TAHAN DIKUTUK, ABBY SALAHKAN IBU KANDUNG SENDIRI..???

Posted: 20 Dec 2012 04:38 AM PST

abby

Saya agak terkejut dengan perlakuan "ostazah segera" PAS, Abby Abadi yang baru-baru ini melalak lagi di laman sosial Facebook mengenai kontroversi keningnya yang dicukur sehingga menjadi buah mulut ramai pihak yang mempersoalkannya.

Paling memalukan, Abby berkata…
"Pd yg mjadikan 'kening' Sy sbg mslh negara yg perlu dibendung, ini gmbr yg mjelaskan. 'Mak borek Ank Rintik ye"

AA1

Apa nak jadi dengan bekas artis yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup ini? Kenapa dalam menjawab kesalahan diri, dia sanggup mengaitkan maruah ibu kandungnya sekali di dalam kontroversi tersebut?

Apa maksud Abby dengan "Mak borek, anak rintik"?

Apakah dia bermaksud bahawa dia mencukur keningnya itu disebabkan ibunya turut mencukur keningnya juga? Dan mengapa perlu dia kaitkan kontroversi yang melanda diri dengan ibunya sendiri? Tidak ada cara lainkah untuk menjelaskan?

Persoalan yang paling ketara, apakah dia sengaja berbuat demikian untuk "menghalalkan" tindakannya mencukur bulu kening?

Melihat gambar ibunya yang dimuatkan Abby di laman Facebook, memang benar kening ibu "ostazah segera" itu agak nipis, namun saya yakin bahawa ibunya tidak mencukur keningnya.
Berbanding dengan kening Abby, memang jelas sekali keningnya itu dicukur supaya kelihatan nipis dan cantik!

Pada saya, sekiranya Abby yang melakukan kesilapan dengan mencukur keningnya, tak perlulah kaitkan kontroversi berkenaan dengan ibu sendiri kerana ia akan memalukan ibu yang melahirkannya.

Abby sepatutnya mengakui kesilapannya mencukur kening supaya kelihatan cantik di mata umum memandangkan ramai ulama muktabar berpendapat bahawa tindakan itu adalah salah dari sudut hukum Islam.

Namun jika Abby bijak, dia sepatutnya mengajukan pertanyaan kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang dilihat mampu mengeluarkan fatwa yang menyebelahi perlakuan para penganut ajaran "agama PAS".

Nik Aziz mampu "menghalalkan cara", asalkan yang melakukan perkara haram dan syubhah itu adalah orang PAS. Jika UMNO yang lakukannya, perkara halal pun nescaya akan diharamkan "nabi PAS" itu…

Pada saya, kontroversi mengenai kening Abby tidak pernah menjadi isu. Sama ada dia mahu mencukur keningnya berbentuk nipis, tirus atau mencukurnya sehingga tiada kening sekali pun, saya peduli apa?

Tapi kalau sehingga membabitkan seorang ibu dengan kesalahan yang dia lakukan sehingga mampu mencemar maruah ibunya itu, saya menganggap ia adalah satu tindakan yang kurang ajar, biadap dan tidak wajar sama sekali.

Kalaulah benar ibu Abby mencukur bulu keningnya sekalipun, adalah tidak wajar Abby menyebarkan keburukan ibunya. Salah tindakan tersebut dari sudut Islam. Ia mengaibkan ibunya sendiri.

Saya rasa, sudah sampai masanya Abby berdiam diri dari terus menjadi liabiliti di dalam PAS dan memalukan dirinya sendiri. Tapi saya positif bahawa Abby adalah seorang yang "bodoh sombong" dan "tidak sedar diri".

Dia baru-baru ini menegaskan bahawa akan membantu PAS berkempen pada PRU ke-13 nanti. Pada saya, dia sangat dialu-alukan untuk berbuat demikian kerana sudah tentu "ostazah PAS" ini akan terus memalukan PAS dipentas parti itu sendiri!

Kepada Abby Abady, selamat berkempen dan memalukan PAS..!!!

Sumber: Mykmu.net

TERDESAK PUNYA PASAL, PAS SELANGOR TERGAMAK MANIPULASI TITAH SULTAN..!!!

Posted: 20 Dec 2012 03:17 AM PST


Nampaknya puak-puak Pakatan Haram di Selangor semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa di negeri itu sehingga terpaksa memanipulasi titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kononnya baginda "membenci UMNO".

Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Rani Osman baru-baru ini mendakwa di dalam Harakahdaily bahawa DYMM Sultan Selangor "benci"kan UMNO kerana titah baginda sebelum ini yang tidak suka dikaitkan dengan UMNO.

Padahal, Sultan Sharafuddin sebelum ini bertitah bahawa baginda sering dikatakan menyokong UMNO melalui titah-titah baginda yang kerap kali menegur pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram yang tidak wajar.


Tuduhan-tuduhan liar tersebut dilakukan oleh beberapa blog pro-Pakatan Haram yang menimbulkan kemurkaan baginda Sultan.

Selaku Sultan Selangor, baginda lebih dari layak untuk berbuat demikian memandangkan kepada tanggungjawabnya sebagai Sultan negeri berkenaan yang tidak mahu melihat negeri naungannya itu hancur dimusnahkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggunjawab.

Saya melihat baginda Sultan Sharafuddin sebagai seorang Sultan yang adil dimana tidak mengira siapa yang mentadbir Selangor, baginda akan menegur mana-mana perkara yang dilihat tidak patut dilaksanakan.

Malah, pentadbiran kerajaan BN di Selangor sebelum ini pun pernah ditegur baginda. Namun BN Selangor tidak cepat melatah, berkurang ajar atau derhaka terhadap Sultan Selangor sebagaimana para pemimpin Pakatan Haram.

Sebenarnya, Sultan Sharafuddin bermaksud bahawa baginda tidak suka dilihat menyokong mana-mana parti politik dan baginda dari dulu merupakan seorang Sultan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Jadi, adalah tidak wajar sama sekali Abdul Rani memanipulasi titah Sultan Sharafuddin itu memandangkan baginda bukan saja tidak suka dikaitkan dengan UMNO, malah dikaitkan dengan mana-mana parti politik sekali pun baginda tidak suka!

Abdul Rani faham atau tidak maksud Sultan Selangor itu? Atau Abdul Rani sengaja mahu mencabar kewibawaan pihak Istana Selangor?

Selain Sultan Sharafuddin, Abdul Rani turut menjadikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai mangsa, kononnya mereka juga penyokong tegar UMNO.

Benarkah ketiga-tiga penjawat awam ini penyokong tegar UMNO?

Jangan tak tahu, Pengerusi MAIS dan JAIS sebelum ini sangat rapat dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Hasan Ali yang digulingkan Abdul Rani dan Khalid Samad! Kalau dilihat dari gaya mereka, mereka lebih condong kepada PAS kerana hubungan baik dengan Hasan Ali.

Namun sumber menjelaskan bahawa Pengerusi MAIS dan Pengarah JAIS itu sebenarnya bebas politik dan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka mengikut lunas-lunas kepentingan Islam.

Tentang SUK Selangor, Datuk Khusrin, semua sedia maklum bahawa seawal perlantikannya dulu telah mencetus kontroversi apabila ia ditentang habis-habisan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid "Gagap" Ibrahim.

Khusrin dikatakan bukan pilihannya dan Khalid begitu hebat menyerang SUK yang dilantik Sultan Selangor itu, termasuk tidak membenarkan ketua penjawat awam negeri itu masuk ke pejabatnya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Abdul Rani begitu anti dan bencikan Khusrin memandangkan "boss" yang sedang cuba dibodeknya memang "tidak berlaga angin" dengan SUK itu.

Jadi tidak wajarlah mereka dituduh penyokong UMNO! Atau Abdul Rani sengaja memfitnah mereka? Abdul Rani ada bukti, kah?

Kalau dakwaan Abdul Rani itu tidak benar, maka siaplah nanti bersoal jawab di Padang Mahsyar. Ketika itu UMNO atau PAS sudah tidak disoal lagi, hanya dosa dan pahala saja. Harap Nik Aziz ada ajar Abdul Rani tentang dosa memfitnah orang…

Sumber: Perak Today

KALAU HANGPA GAJI BAWAH RM7,500 JANGAN MIMPI NAK BELI RUMAH DI PENANG..!!!

Posted: 20 Dec 2012 01:18 AM PST

rumah teres kos rendah

Sekiranya anda berhajat untuk berpindah dan menetap di Pulau Pinang, pastikan anda berstatus jutawan terlebih dahulu sebelum melaksanakan hajat anda. Itu pun jika anda benar-benar mahu menetap dan memiliki rumah di negeri naungan DAP itu.

Bukan apa, jangan terkejut jika anda dapati bahawa kesemua rumah di negeri itu sangat mahal harganya sehingga mencecah RM400,000 hingga RM1.5 juta bagi unit-unit biasa berbanding harga rumah sebenar.

Bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa, namun itulah realiti yang berlaku setelah Lim Guan Eng mengambil alih Pulau Pinang dari kerajaan BN sejak Mac 2008 yang lalu.


Ketika berkempen untuk PRU ke-12 yang lalu, saya percaya bahawa rakyat Pulau Pinang tidak lupa dengan janji Pakatan Haram dan Guan Eng bahawa mereka akan membina sebanyak 11,500 rumah mampu milik yang hanya berharga sekitar RM150,000 di pulau tersebut.

Namun sehingga kini, malah turut ditegur di dalam laporan audit tempohari, kerajaan negeri pimpinan DAP itu masih lagi belum membina walau sebuah pun rumah mampu milik yang berharga seperti yang dijanjikan.

Kalau ada yang dibina pun, semuanya adalah rumah "tak mampu milik" orang rakyat yang berpendapatan sederhana sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan. Apatah lagi untuk dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah! Jangan mimpilah…

Persoalannya, bagaimanakah golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini mahu memiliki rumah sendiri di Pulau Mutiara itu dengan harga-harga rumah yang jauh melambung tinggi akibat dasar perumahan DAP yang tidak realistik dan tidak berkebajikan itu?

Kalau ada pun rumah mampu milik, mereka hanya mampu membelinya di luar pulau iaitu di sekitar kampung-kampung di Kepala Batas, Nibong Tebal dan sebagainya. Kalau nak cari di sebelah pulau, jangan haraplah! Flat buruk di tingkat 4 pun disewa setinggi hampir RM1,000 seunit!

Bayangkanlah jika anda berpendapatan sederhana dan bekerja di sebelah pulau, nampaknya anda terpaksa berulang alik jauh untuk ke tempat kerja dengan tanggungan kos petrol, tol dan kos makanan yang agak tinggi setiap bulan, bukan?

Apakah ini yang dikatakan sebuah pemerintahan yang "berkebajikan" sebagaimana yang dilaungkan oleh puak-puak Pakatan Haram siang dan malam?

Sudahlah dibuang perjuangan "kerajaan Islam", buat dasar "kerajaan berkebajikan" pun Pakatan Haram masih lagi menzalimi rakyat dengan menindas rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana?

Guan Eng perlu ingat, Pulau Mutiara itu bukanlah hak eksklusif dan layak dihuni oleh golongan kaya raya sepertinya dan "Rainbow" sahaja. Berilah peluang kepada rakyat yang bergaji sederhana dan rendah. Mereka pun nak rasa miliki rumah sendiri juga…

Mujurlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ada menawarkan skim perumahan PR1MA berjumlah 20,000 unit di pulau tersebut. Itupun beliau hanya mampu merealisasikannya jika BN kembali merampas Pulau Pinang dari kezaliman Guan Eng.

Perkhabaran dari Pulau Pinang memberitahu bahawa rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah di negeri itu tidak sabar-sabar menanti PRU ke-13.

Bukan apa, jari jemari mereka terlalu "gatal"! Kata mereka, "gatal" tersebut hanya akan hilang sekiranya mereka lakukan dua perkara pada PRU ke-13 nanti.

Pertamanya, mereka mahu memangkah lambang "dacing" pada PRU ke-13 nanti bagi memastikan kemenangan BN semula, manakala yang keduanya ialah mereka mahu "menampar Khalifah chauvinis ultra kiasu" itu laju-laju!

Saya yakin bahawa kehendak mereka yang pertama itu akan terlaksana tidak lama lagi. Namun saya kurang pasti pula dengan kehendak mereka yang kedua, mungkin tak sempat "tampar", "Khalifah" itu sudah lari ke Melaka menyorok bawah ketiak isterinya.

Pesan saya, jangan main-main dengan mamu dan mami Pulau Pinang. Silap haribulan, merasalah penangan panas kari dari tapak tangan mereka! Guan Eng nak rasa, kah?

Sumber: Mykmu.net

BILA ANJING DAP BARU DAPAT JAWATAN MENYALAK HINA PENJAWAT AWAM..!!!

Posted: 19 Dec 2012 10:19 PM PST

ariffin anjing DAP

"Memang dasar Melayu murtad!" itulah yang terpacul dari mulut saya apabila mendengar tuduhan pencacai DAP, Ariffin SM Omar, yang menuduh bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.

Satu kenyataan yang sangat bodoh dan sangat jelas bermotif untuk menghina seluruh penjawat awam yang berbangsa Melayu!

Sebagaimana maklum, Ariffin baru saja dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP yang saya percaya bagi menggantikan bekas Naib Pengerusi DAP yang lama, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berpatah arang berkerat rotan dengan parti itu.


Tapi, apakah Ariffin fikir bahawa selepas diangkat menjadi Naib Pengerusi parti itu maka dia boleh sebut sesuka hati mak bapaknya tanpa memikirkan perasaan dan maruah orang lain, khususnya yang berbangsa Melayu?

Nampaknya, pemimpin Melayu DAP ini cuba cari pasal dengan para penjawat awam berbangsa Melayu di seluruh negara…

Pertamanya, apakah Ariffin yakin bahawa bangsa Melayu sangat gemar dengan amalan rasuah dan tidakkah dia tahu bahawa boleh dikatakan semua Melayu itu beragama Islam?

Bolehkah dia buktikan bahawa disebabkan jumlah bangsa Melayu yang ramai di dalam perkhidmatan awam telah menyebabkan rasuah berleluasa di negara ini berbanding negara-negara lain di mana penjawat awamnya bukan berbangsa Melayu?

Misalnya, di United Kingdom sudah tentu ramai penjawat awam terdiri dari bangsa Eropah dan di negara China pula sudah tentu ramai penjawat awamnya berbangsa Cina. Apakah Ariffin yakin bahawa di negara-negara tersebut rasuah tidak berlaku sama sekali?

Untuk pengetahuan Ariffin, rasuah itu sebenarnya tidak mengenal bangsa atau agama. Malah amalan rasuah itu adalah bergantung kepada sikap, pendirian dan prinsip yang dipegang oleh individu masing-masing.

Sekiranya seorang itu berbangsa Arab sekalipun, namun dia tidak mempunyai prinsip, tidak memiliki pegangan hidup dan tidak berakhlak mahmudah, maka dia tidak mustahil untuk mengamalkan budaya rasuah.

Namun, walaupun seorang itu berbangsa Bani Israel sekalipun, dan jika dia memiliki prinsip hidup yang kuat dan tidak cepat kelam mata dengan wang ringgit, maka saya yakin bahawa dia tidak akan mengamalkan budaya jijik tersebut.

Pokoknya di sini, rasuah itu tidak punya sebarang kaitan dengan bangsa, keturunan atau agama yang dianuti. Itu fakta. Jadi, tidak adillah Ariffin menuduh bangsa Melayu sebagai punca amalan rasuah di negara ini!

Lagipun, saya pasti bahawa rata-rata para penjawat awam berbangsa Melayu di negara ini semuanya beragama Islam dan tahu bahawa Islam itu melarang sama sekali umatnya untuk mengamalkan budaya rasuah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Arrashi wal murtashi fin nar", ertinya "tempat perasuah dan mereka yang menerima rasuah adalah di dalam neraka".

Jadi, garis panduan itu sebenarnya sudah cukup untuk para penjawat awam berbangsa Melayu itu untuk tidak mengamalkan budaya rasuah di dalam perkhidmatan mereka.

Selain itu, kerajaan BN juga sebagai majikan begitu komited memperingatkan para penjawat awam untuk tidak mengamalkan rasuah melalui pelbagai usaha, kempen dan program bagi meningkatkan kesedaran mengenai rasuah.

Namun, jika ada segelintir penjawat awam yang mengamalkan rasuah, apakah majoriti penjawat awam berbangsa Melayu yang benar-benar ikhlas dan jujur menjalankan tugas mereka layak dikatakan pengamal rasuah hanya kerana mereka ramai?

Janganlah cuba memancing kemarahan para penjawat awam. Mereka baru saja meneriman bonus di atas bakti mereka di dalam perkhidmatan awam. Janganlah kerana terlalu "mabuk gembira dapat jawatan" maka Ariffin nak maki hamun orang Melayu pula! Logiklah sikit…!!!

Sumber: Mykmu.net

GEMPAR DI UTARA: PAS KEDAH TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI NELAYAN..!!!

Posted: 19 Dec 2012 08:16 PM PST

boat_Tanjung Dawai_010512_IMG_6608

Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT bahawa PAS akan memerintah negeri Kedah selama sepenggal dan meratah hasil-mahsul negeri Jelapang Padi itu dengan rakus serta menjahanamkan segalanya sebelum mengembalikannya kepada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti.

Tidak puas dengan kerakusan menarah hasil balak sehingga membuat alam menangis hiba, PAS Kedah semakin "ganas" apabila membenarkan "rompakan" pasir di perairan pantai Kota Kuala Muda, berdekatan dengan Tanjung Dawai.

Terbaru,  Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had berkata, pihaknya telah mengesan aktiviti mengorek pasir di perairan berkenaan di mana ia dijangka mampu menjejaskan punca rezeki nelayan di kawasan terbabit.


Menurutnya lagi, kerakusan mengorek pasir di kawasan tersebut akan menjejaskan rezeki nelayan dan menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar.

Malah bukan itu saja, operasi syarikat yang dikatakan mendapat kebenaran dari Kerajaan PAS Negeri Kedah itu juga kana menyebabkan pukat nelayan-nelayan kecil di situ rosak teruk dan mengalami kerugian.

Untuk makluman, boleh dikatakan majoriti para penduduk di sekitar Tanjung Dawai menjadikan kerjaya nelayan sebagai punca rezeki mereka secara tradisi dan kawasan berkenaan begitu terkenal dengan hasil laut di negeri Kedah.

Inilah jadinya bila kuasa memerintah di sesebuah negeri diberikan kepada mereka yang hanya tahu berceramah di pentas-pentas politik, memfitnah orang dan memburuk-burukkan sesuatu pembangunan yang pihak lain buat.

Dulu ketika UMNO/BN memerintah Kedah, boleh dikatakan hampir setiap hari pak-pak lebai PAS menghentam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan setempat yang dilakukan UMNO/BN walaupun ia mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan.

Dan kini, bila sudah diberikan peluang berkuasa di negeri Kedah, tanpa fikir panjang atau mengambil pakai nasihat, laporan atau pandangan dari agensi yang bertanggungjawab, puak-puak PAS "balun" habis-habisan segala yang boleh dijual di negeri itu.

Mungkin pada mereka, prosedur, peraturan atau sebarang ketetapan undang-undang tidak perlu diambil kira oleh Kerajaan Negeri seolah-olah seluruh negeri Kedah itu pak-pak lebai PAS itu yang punya dan boleh dibuat sesuka hati.

Entah dari mana mereka belajar tamadun begitu. Mungkin juga dari rejim Zionis Yahudi Israel yang tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa atau PBB untuk menzalimi umat Islam di Palestin, kan?

Saya terbayang kerisauan dan rungutan para nelayan kecil yang mencari rezeki di kawasan terbabit, apalah nasib mereka bila punca rezeki mereka itu hilang begitu saja disebabkan oleh ketamakan pak-pak lebai yang tidak bertanggungjawab itu.

Mungkin sekarang Tanjung Dawai masih terkenal dengan kekayaan sumber-sumber laut, namun tidak mustahil suatu hari nanti kawasan itu akan hilang identiti dan tidak lagi menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Malang sungguh rakyat negeri Kedah. Walaupun diberikan masa sepenggal mentadbir negeri itu, PAS begitu gelojoh membolot segalan hasil bumi dan laut tanpa batasan dan sanggup menghancurkan negeri itu dalam tempoh yang diamanahkan.

Persoalannya, apakah PAS Kedah tidak rasa bersalah atau berdosa dengan tindakan mereka yang menjahanamkan negeri itu dengan "sekelip mata"?

Tunggulah nanti pembalasan Allah SWT dan rakyat Kedah pada PRU ke-13.

Majoriti rakyat Kedah kini dilihat sudah "celik" melihat "kejelikan" pemerintahan PAS yang kononnya buat kerja cara Islam, tapi jelas sebaliknya menggunakan modul pentadbiran rejim Zionis Yahudi Israel sebagai idola mereka.

Dan Allah pula tidak mungkin akan meredhai tindakan zalim yang dilakukan oleh PAS. Kecualilah jika Allah SWT mahu terus menguji kesabaran rakyat Kedah, kan? Wallahua'alam.

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! BUDAK GAMIS YANG KURANG AJAR..!!!

Posted: 19 Dec 2012 06:36 PM PST

Gabungan-Mahasiswa-Islam-Se-Malaysia-Gamis

Nampaknya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sudah menunjukkan belang mereka apabila Timbalannya, Eikhwan Ali berterus-terang menunjukkan sikap anti-kerajaan pertubuhan mahasiswa itu dengan menghentam UMNO dengan keras.

Eikhwan dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO mesti ditolak pada PRU ke-13 bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan.

Paling "menarik", budak hingusan itu menegaskan bahawa  UMNO tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan isu-isu berbangkit  termasuk kebejatan sosial yang berpunca daripada hiburan melampau dan pergaulan bebas.


Sebenarnya, saya tertanya-tanya dari mana budak mentah ini mendapat idea untuk menghentam UMNO dengan menggunakan platform sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya bebas politik.

Mungkin budak ini belajar dari PAS, PKR atau Chegu Bard yang menjadi tulang belakang SMM?

Sebagai seorang mahasiswa, saya melihat Eikhwan sebagai seorang budak yang sangat mentah, "naif" dan begitu mudah terpengaruh dengan doktrin omongan kosong yang selama ini dipropagandakan oleh Pakatan Haram.

Apa yang budak mentah ini tahu tentang pentadbiran, kuasa dan pengurusan sesebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang memiliki sekitar 27 juta orang rakyat?

Selama lebih 50 tahu UMNO dan BN mentabdir negara memegang kuasa tampuk pemerintahan, apakah Malaysia ini tidak cukup aman dan makmur?

Apakah Eikhwan melihat negara ini huru-hara dan sering berlaku kekecohan seperti yang berlaku di negara-negara bergolak seperti Myanmar, Palestin, Mesir, Syiria, Tunisia dan lain-lain negara dunia lain?

Kalau ada huru-hara sekalipun, segalanya berpunca dari propaganda Pakatan Haram yang dia sanjung-sanjung sehingga menyebabkan ramai rakyat merungut tidak berpuas hati dan mengganggu ketentaraman awam.

Kalau benarpun, ada perlaksanaan dasar yang punya sedikit masalah, tidakkah pihak yang didewa-dewakan Eikhwan itu menggunakan saluran yang aman dan lebih wajar berbanding menghuru-harakan keadaan?

Bila menyebut "mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan", tidakkah GAMIS melihat betapa UMNO/BN mendahulukan rakyat dengan pelbagai bantuan dan dasar-dasar yang memberi "joran dan umpan" berbanding memberikan "ikan".

Apakah GAMIS "buta" untuk menilai dasar dan transformasi politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mementingkan prestasi serta KPI setiap kementerian di dalam kerajaan?

Dan apakah dia fikir Malaysia ini tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyatnya?

Saya yakin, jika Kerajaan UMNO/BN tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyat, jangankan Eikhwan, seluruh ahli GAMIS sendiri pun tidak akan berpeluang untuk masuk universiti dengan pelbagai subsidi pelajaran dan keistimewaan!

Pada saya, GAMIS sebenarnya sudah memulakan "perang" terhadap UMNO/BN secara terbuka walaupun Kerajaan UMNO/BN selama ini kerap "memberi muka" kepada pertubuhan yang dipercayai didalangi oleh budak-budak hingusan PAS.

Oleh kerana "geruh" yang GAMIS cari, rasanya kita ada "ubat mujarab" untuk mengubat keceluparan mahasiswa-mahasiswa "malas berfikir" ini. Mungkin mereka tidak sedar bahawa Pro-M kalah teruk pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini..kan?

Sumber: Mykmu.net

DIMENSI

Posted: 20 Dec 2012 12:13 PM PST

DIMENSI


Omegay: Amanat setan - Hadi panas bontot..memerap dalam bilik! >XD

Posted: 19 Dec 2012 04:25 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 20 Dec 2012 11:32 AM PST

PEJUANG BANGSA


Melayu dalam DAP adalah barua untuk hina bangsa sendiri

Posted: 20 Dec 2012 05:37 AM PST




Anggota dan penyokong DAP Melayu harus keluar dan meninggalkan parti itu demi mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman hari ini. Katanya, mereka perlu berbuat demikian kerana DAP secara terang-terangan tidak mahu kaum Melayu berada dalam kepimpinan parti itu.

"Perwakilan DAP telahpun memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu pemimpin Melayu menyertai barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) apabila menyingkir semua calon-calon Melayu dalam pemilihan parti itu,"

Beliau berkata, pelantikan dua wakil Melayu oleh CEC iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng Zairil Khir Johari adalah sekadar 'mengambil hati' setelah perwakilan menyingkirkan semua calon Melayu. Pada pemilihan CEC baru-baru ini, kesemua lapan calon Melayu termasuk pejuang DAP Melayu Ahmad Ton kalah teruk dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengumumkan pelantikan Ariffin dan Zairil dalam CEC. "

Kita tahu kedua-dua pemimpin Melayu itu hanya akan menjadi boneka mereka dan mereka dipergunakan untuk menghina bangsa sendiri," katanya.

Beliau berkata, sebagai buktinya Ariffin telah menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa kegiatan rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam perkhidmatan awam.

Zainal berkata, Ariffin mungkin tidak sedar bahawa dia digunakan oleh DAP supaya menghina bangsanya sendiri dan ditertawakan oleh kaum lain di negara ini. Katanya senario sama dapat dilihat apabila pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, dengan hanya melantik dua wakil Melayu dari parti PKR dan memberi potfolio yang tidak penting.

Beliau berkata, Pas pula bersikap mementingkan diri dan tidak pernah bersuara untuk membantah sebarang tindakan yang menghina kaum sendiri demi menjaga kepentingan untuk bersekongkol dengan DAP. - Bernam

Hot !! Azad guna batang besi lawan 4 orang gangster !!

Posted: 20 Dec 2012 04:25 AM PST





Betulkah dakwaan beberapa laman web mengatakan Azad Jasmin telah dilaporkan bergaduh dengan beberapa oranglelaki dua minggu lepas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Dalam pergaduhan tersebut seorang lelaki didakwa mengalami kecederaan dikepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah sebelum mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).  Lelaki tersebut juga dikatakan telah membuat laporan polis.
Namun demikian, Azad Jasmin telah membuat satu kenyataan didalam Harian Metro berkaitan kes tersebut. Menurut Azad, beliau hanya mempertahankan diri dari diserang oleh empat orang lelaki.
Beliau juga menafikan memulakan pergaduhan terbabit, sebaliknya beliau terlebih dahulu diserang oleh lelaki tersebut dikepala sehingga mengalami luka.  Kejadian berpunca apabila lelaki tersebut melanggar keretanya dari belakang sebelum turun dan mengetuk cermin keretanya.
"Saya hanya mempertahankan diri. Ketika itu saya mahu mengundur kereta selepas membelikan makanan kerana isteri yang sarat mengandung sembilan bulan mengidam makan nasi kandar.
"Bagaimanapun, ketika itulah kereta dinaiki lelaki terbabit melanggar belakang kereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana tidak berpuas hati," katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya turun dari kereta untuk menyelesaikan hal berkenaan tetapi secara tiba-tiba dia dihampiri rakan-rakan lelaki berkenaan yang terus menyerangnya.
"Ketika itu saya diserang hingga terjatuh dan luka dikepala membuatkan saya terpaksa mempertahankan diri dengan mencapai sebatang besi dan menghayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa berbuat begitu kerana mereka berempat", katanya yang terpaksa menerima lima jahitan di kepala akibat serangan tersebut.
Dalam pada itu, Azad dilaporkan turut membuat laporan polis. Azad yang juga suami kepada aktres Eira Syazira ni mengakui mengenali salah seorang daripada lelaki yang menyerangnya. – Info Artis @Forblogger.net

IPOHMALAY

Posted: 20 Dec 2012 09:27 AM PST

IPOH MALAY

IPOHMALAY


Jawapan NASA Tentang Polemik 21.12.2012

Posted: 20 Dec 2012 08:07 AM PST




Frequently Asked Questions

Beyond 2012: Why the World Won't End
Google +Beyond 2012: Google+ Hangout with NASA
Dec. 21, 2012, won't be the end of the world as we know, however, it will be another winter solstice.

Contrary to some of the common beliefs out there, the claims behind the end of the world quickly unravel when pinned down to the 2012 timeline.

Below, NASA Scientists answer questions on the following 2012 topics:

  • Awekz Bukit Gantang

    Posted: 20 Dec 2012 07:42 AM PST

    Awekz Bukit Gantang


    Benarkah Ngar Kor Ming KERASUKAN di Sidang DUN Perak?

    Posted: 19 Dec 2012 06:57 PM PST





    'Geli'hati pula Awekz tengok si Ngar Kor Ming apabila terang-terangan marah bila dikatakan terlibat dalam SKANDAL Tanah 10,526 ekar sebagai KORBAN untuk jadi MB Perak ~ Betul ker???. Kalau bila menyalahkan atau memfitnah wakil kerajaan, tak ada pula pikir betul atau tidak! Bijak berkata-kata bukan???

    Yang pasti, buat si Ngar Kor Ming kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tak buat, apa nak takut, apa nak meroyan atau kerasukan. Buktikan!!!

    Awekz: Credit to Perak Today dan Bro Parpukari untuk rakaman di atas. 

Tiada ulasan:

Pengikut