DAP terus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'keldai politik' kerana banyak rahsia Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tersimpan dalam kocek Karpal Singh.
Oleh sebab kata Ketua UMNO Bahagian Cheras,
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Anwar tidak berani membantah apa sahaja yang disuarakan oleh pemimpin DAP walaupun mencabuli perlembagaan negara.
Beliau menyelar Anwar kerana berterusan bersekongkol dengan DAP yang bermatlamat untuk menghancurkan ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu di negara ini.
"Kerana takut rahsia terbongkar, Anwar sanggup membiarkan DAP menjadi dalang dalam apa jua kemelut yang berlaku termasuk dalam isu pentadbiran kerajaan negeri Selangor," tegasnya.
Syed Ali juga mendakwa, Anwar lebih rela membiarkan dirinya dijadikan keldai politik oleh Karpal Singh kerana 'banyak cerita' dalam isu liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari.
Beliau mendakwa, DAP adalah dalang kepada kekecohan yang berlaku dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga kata beliau, sekadar patung yang ikut telunjuk DAP dalam apa jua perkara walaupun kesannya menyusahkan rakyat.
Syed Ali menambah, kemelut perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru jelas melihatkan bagaimana PKR dan DAP mempolitikkan isu tersebut.
"PKR menyamai DAP yang bertindak sebagai diktator dan bersikap kuku besi walaupun pada dasarnya bertentangan dengan amalan biasa, termasuk dalam isu perlantikan SUK Selangor," ujarnya.
Sambil menyifatkan Anwar dan Lim Kit Siang mempunyai perangai yang sama, beliau mendakwa Khalid sebagai boneka Anwar seperti cuba menyorok sesuatu apabila bermati-matian menolak perlantikan Mohd. Khusrin walaupun dilaporkan mendapat perkenan Sultan.
"Pada hemat saya, Khalid kemungkinan cuba menyorok sesuatu daripada diketahui rakyat, oleh sebab itu beliau menentang keras perlantikan Mohd. Kushrin sebagai SUK yang baru," katanya.
Syed Ali menambah, cadangan Khalid untuk mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda perlembagaan negeri semakin mengesahkan kemung
kinan ada sesuatu yang cuba dipertahankan.
Beliau kesal kerana Menteri Besar Selangor teralu biadap dan tidak menghormati insuitusi raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintahan kerajaan negeri.
"Khalid sebagai orang Melayu sepatutnya lebih faham terhadap peranan isntitusi beraja dan tidak bersekongkol dengan DAP yang semenangnya memusuhi ketuanan Melayu," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan