Khamis, 21 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 21 Oct 2010 01:07 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM: Perhimpunan Agung Titik Permulaan Model Politik Baru

Posted: 20 Oct 2010 10:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Perhimpunan Agung Umno 2010 menjadi titik permulaan kepada budaya dan model baru politik Umno untuk lebih terbuka dan lebih inklusif.

Perdana Menteri berkata perhimpunan kali ini, selepas setahun Perlembagaan Umno dipinda, perlu disusuli dengan perubahan daripada segi budaya dan tindakan seluruh anggota parti.

"Peranan parti diakar umbi mesti bersifat inklusif dan dapat menunjukkan imej yang disenangi rakyat (dan) sentiasa dekat di hati rakyat (melalui) pelbagai aktiviti, dan kita dapat tunjukkan Umno merupakan pemudah cara dan pelopor kepada segala kegiatan di akar umbi," katanya.

"Peranan parti diakar umbi mesti bersifat inklusif dan dapat menunjukkan imej yang disenangi rakyat (dan) sentiasa dekat di hati rakyat (melalui) pelbagai aktiviti, dan kita dapat tunjukkan Umno merupakan pemudah cara dan pelopor kepada segala kegiatan di akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Dalam taklimatnya selama sejam itu, Najib berkata beliau menekankan cabaran-cabaran yang dilalui parti dan usaha pemulihan ekonomi negara yang telah berjaya ditangani.

Ditanya mengenai penerimaan anggota Umno terhadap usaha transformasi parti itu, Presiden Umno berkata perkara itu akan mengambil masa kerana ia melibatkan perubahan dalam diri anggota sendiri.

"Transformasi manusia memakan masa, transformasi fizikal mudah. Semua orang tahu transformasi manusia suatu yang amat mencabar, tetapi kita akan cuba melakukannya. Saya melihat ada yang respons, dan ada yang memakan masa lagi untuk menghayati sepenuhnya (transformasi itu).

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Najib berkata beliau juga mengingatkan anggota parti supaya mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan "kita akan mulakan perjalanan ini dengan usaha mengukuhkan parti kita, penyatuan di peringkat bahagian adalah amat penting dalam pengukuhan parti."

Najib berkata Umno akan terus mempertahankan prinsipnya yang sentiasa bertimbang rasa dan adil kepada semua kaum.

"Ini satu prinsip yang kita pakai sejak dahulu, lagi sejak zaman (Perdana Menteri Pertama) Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) lagi dan kita amalkan prinsip yang sama, cuma yang berbeza ialah memperincikan strategi yang kita lakukan, tetapi prinsip dan falsafah adalah sama," katanya.

Menjawab soalan mengenai pemilihan Parti Keadilan Rakyat di peringkat cabang yang kucar-kacir, manakala Umno pula bakal mengadakan pemilihan parti yang memperuntukkan jumlah pemilih yang ramai daripada sebelum ini, Najib berkata:

"Kita ada cara kita sendiri. Kita akan uruskan perkara ini. Kita sedar tidak mudah dan pandang ringan, tapi saya percaya ahli Umno akan menghormati disiplin dan tunjukkan imej yang baik."-Bernama

UMNO SEBUAH PARTI MEMPERJUANGKAN ISLAM

Posted: 20 Oct 2010 08:45 AM PDT

Desas-desus kedengaran baru-baru ini ada pihak yang mengatakan bahawa parti UMNO bukanlah parti yang memperjuang dan mempertahankan Islam. Kadangkala sekiranya difikirkan dengan tenang perkara ini sama sekali adalah tidak berasas. Semuanya ditimbulkan kerana UMNO tidak dilihat seperti memperjuangkan Islam walhal hakikatnya banyak perkara yang dilaksanakan melalui pendekatannya adalah berlandaskan Islam.

Objektif dan asas tujuan penubuhan UMNO di dalam perlembagaannya adalah seperti berikut:


FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.


3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.


3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.


3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.


3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.


3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.


3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.


Jelas, nyata dan terang pada fasal 3.3 telah menyatakan bahawa asas dan tujuan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan agama. Bagaimana UMNO melaksanakan asas tujuan ini?

Jawapannya adalah melalui pendekatan yang berbeza sama sekali dengan parti Islam yang lain. UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan 'Islam ekstrim' dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam di dalam negara. Banyak pendekatan yang diambil semuanya berlandaskan 'Islam berhikmah' melalui pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kemurnian perjuangan Islam dalam UMNO tidak pernah diwar-warkan kerana khuatir agama Islam itu sendiri akan dipersalahkan sekiranya terdapat kesilapan dalam pelaksanaan sesuatu perkara. Dalam waktu yang sama UMNO tetap menghormati kebebasan agama lain. Ianya benar-benar seperti dalam Al-Quran yang menyebut 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja kerana keilkhlasan dalam memperjuangkan agama itu lebih penting dari mewar-warkannya.

Kesimpulannya ternyata bahawa parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam. Cuma cara dan pendekatan yang digunapakai adalah berbeza semata-mata untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam negara. Walhal Islam itu sendiri bermakna sejahtera. Percayalah wahai saudaraku UMNO tetap akan mempertahankan Melayu dan Islam kerana wadah perjuangan tidak pernah tersasar dari landasan agama.

Ini berbeza dengan PAS yang kini kelihatan terlalu liberal sehinggakan pada muktamarnya yang lepas pun tidak pernah membincangkan tentang hal agama kerana mereka kuatir akan disergah oleh rakan DAP yang mereka sayangi. Mereka lebih mengutamakan umat lain dari saudara seIslam mereka. Mungkin pendekatan Islam mereka sebegini rupa. Wallahu aalam. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.


Fikir-fikirkanlah.....

-saudara seislam.

umno bahagian cheras

Posted: 20 Oct 2010 01:07 PM PDT

umno bahagian cheras


Pakatan pembangkang semakin rapuh – Syed Ali

Posted: 19 Oct 2010 08:08 PM PDT

PARTI pembangkang di negara ini hanya berusaha untuk mendapatkan kuasa jangka pendek bagi kepentingan politik mereka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, aktiviti parti-parti pembangkang di negara ini hanya memesungkan pemikiran rakyat dengan memutarbelitkan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan.

"Kerja mereka ialah membuat fitnah, provokasi dan sengaja menidakkan apa sahaja usaha murni dilakukan kerajaan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Oleh sebab itu jelas beliau, Pakatan Rakyat (PR) yang menggabungkan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bersifat sementara dan tidak mempunyai permuafakatan kukuh sepertimana Barisan Nasional (BN).

Beliau memberitahu, walaupun BN mempunyai pelbagai parti yang mewakili etnik dan suku kaum tetapi matlamatnya jelas untuk membangunkan sebuah negarabangsa berasaskan semangat permuafakatan dan perpaduan.

"Kita di dalam BN terutama UMNO sentiasa berusaha membawa kesejahteraan rakyat kerana menyedari perjuangan politik adalah satu amanah untuk membangunkan masa depan rakyat dan negara," tegasnya.

Sebaliknya ujar beliau, pakatan pembangkang hanya memikirkan bagaimana cara untuk berkuasa walaupun dalam masa yang singkat asalkan berpeluang mengaut keuntungan peribadi," tegasnya.

Beliau mengulas intipati ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di majlis perasmian serentak persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC malam tadi.

Timbalan Presiden UMNO antara lain menyifatkan parti-parti pembangkang sebagai caca-marba yang mudah melupakan matlamat asal parti masing-masing semata-mata untuk mendapatkan laba politik sementara.

Sambil menyokong ucapan Muhyiddin, Syed Ali berpendapat halatuju pakatan pembangkang semakin rapuh serta bercelaru dan akhirnya akan mereka berpecah.

"Ideologi politik sesama mereka terlalu jauh berbeza, di mana satu parti memperalatkan agama dan satu lagi mengamalkan politik perkauman serta dendam," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyifatkan ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi suntikan baru kepada ketiga-tiga sayap parti bagi memperkasakan perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Sehubungan itu katanya, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu merealisasikan ingatan Muhyiddin supaya mereka sentiasa bersedia memikul tanggungjawab untuk masa depan parti.

'Jangan jadi ketam dalam bakul, selamatkan tengkuk masing-masing’

Posted: 19 Oct 2010 07:07 PM PDT

Oleh Zaini Hassan
(Kolumnis Cuit Utusan Malaysia)


SEMASA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan mercu tanda 100 tingkat di kawasan Stadium Merdeka ramai yang mengerut kening.

Seperti biasa pembangkang akan membangkang. Tidak cukup dengan bara yang menyala, petrol dicurahkan. Dalam blog-blog pembangkang ia sudah mula dihujahkan.

Lazimnya ada rakyat yang sudah mula termakan. Mereka sudah lupa mereka juga pernah termakan bangkangan yang sama semasa DAP yang dikepalai oleh Lim Kit Siang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu (yang kini anaknya Guan Eng meminta pembinaan jambatan kedua dipercepatkan).

Muka Kit Siang bengis ketika membuat bangkangan itu semasa Dr. Mahathir mengumumkan pembinaan jambatan itu pada sekitar 1985.

Kit Siang juga yang menentang pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (yang kini perlu diperbesarkan). Malah dia pernah mencabar pihak berkuasa apabila memandu kereta dengan enggan membayar tol.

Beliau dan konco-konconya juga menentang pembinaan menara berkembar Petronas, Putrajaya, litar F1 di Sepang dan juga lapangan terbang KLIA.

Bukan DAP sahaja, Pas juga menjaja isu itu ke seluruh pelosok kampung.

Bagi mereka semua itu membazir. Namun kini ada yang sudah termalu sendiri dengan bangkangan yang mereka buat itu. Guan Eng anak kepada Kit Siang mengakui jambatan Pulau Pinang yang ditentang bapanya itu kini perlu dibina sebuah lagi.

Rakyat seharusnya sudah belajar daripada episod-episod bangkangan itu. Ternyata apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk faedah jangka panjang rakyat. Rakyat kini amat berterima kasih di atas mercu-mercu tanda negara ini.

Kini Najib mahu mercu tanda 100 tingkat itu dibina. Ia akan menjadi menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah institusi yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak Melayu.

Apakah mercu tanda itu membazir? Ia juga kata-kata yang tersembur daripada mulut pembangkang semasa menara berkembar Petronas dibina. Kini siapa yang berani mempersoalkannya lagi?

Belum pun dibina, difahamkan 80 peratus ruang pejabat daripada manara 100 tingkat itu sudah dipenuhi.

Pengajaran yang boleh kita pelajari di sini ialah: Percayalah kepada apa yang dilakukan oleh para pemimpin kita.

Rekod selama 53 tahun telah membuktikan negara ini berjaya diuruskan dengan cemerlang. Walaupun semasa krisis ekonomi negara pada 1997/98, kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya negara di dunia ini yang berjaya menanganinya kegawatan itu dengan baik. Itu adalah fakta, bukan pembohongan.

Ketika negara-negara di dunia kini, termasuk kuasa besar Amerika Syarikat sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi masing-masing, negara kita Malaysia dijangka bakal menikmati pertumbuhan sebanyak 7 peratus tahun ini. Najib telah berjaya membawa keluar krisis itu dengan begitu cepat.

Nah, apa mahu lagi? Kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang tidak lain dan tidak bukan hanya mahukan kepercayaan itu.

Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu melihat negaranya meleset dan terjunam. Mana ada pemimpin yang mahu melihat negaranya miskin dan rakyatnya merempat.

Najib tahu bahawa tanggungjawab yang dipegangnya ialah satu amanah kepada agama, bangsa dan negaranya.

Sempena dengan perhimpunan agung UMNO ke-61 tahun ini, Najib selaku nakhoda parti itu mengharapkan semua ahli-ahlinya memahami sepenuhnya hala tuju kapal yang dibawanya. Kepemimpinannya harus bersifat inklusif bukan eksklusif. Beliau mahu berlaku adil kepada semua.

Kapal yang dibawanya bukan sahaja terdiri daripada armada kapal-kapal parti, lebih daripada itu ialah kapal induk yang membawa harapan yang tinggi untuk semua.

Jangan hanya menjaga orang keliling sahaja, kata Syed Ali AlHabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras ketika menyatakan initipati yang diucapkan Najib semasa menyampaikan Taklimat Presiden kepada para perwakilan UMNO di perhimpunan itu di PWTC, semalam. Taklimat yang dijalankan secara tertutup itu berlangsung lebih satu setengah jam.

Semua kelasinya harus bekerjasama dalam satu pasukan untuk kejayaan negara ini. Jangan jadi umpama ketam dalam bakul yang masing-masing mahu menyelamatkan tengkuk masing-masing atau kumpulan masing-masing sahaja, kata Najib

Beliau mahu memahamkan kita semua bahawa gagasan 1Malaysia yang dibawanya ialah merupakan satu manifestasi kapal induk yang di dalamnya terdiri daripada anak-anak kapal yang bekerja secara sama dan adil. Kapal bakal tenggelam jika anak-anak kapalnya tidak bersatu.

Ternyata Najib kelihatan bersungguh-sungguh mahu supaya ahli-ahlinya faham mengenai konsep 1Malaysia yang dibawanya.

Beliau mahu orang Melayu percaya sepenuh kepadanya bahawa kepentingan mereka tidak sama sekali akan diketepikan, atau dikecilkan -- namun dalam masa yang sama bangsa-bangsa lain akan dilayan dengan saksama.

''Politik ialah permainan angka," kata Najib lagi yang dipetik Syed Ali. Jika satu angka itu tidak disokong angka yang lain, kita tidak boleh mendapat angka majoriti yang dikehendaki. Itulah 1Malaysia yang dimaksudkan.

Inilah pendekatan Najib yang beliau mahu semua orang, terutama bangsanya sendiri faham. ''Orang Melayu tidak akan diketepikan kepentingan mereka, itu janji beliau," kata Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan.

Ternyata Najib mahu mengubah budaya berfikir ahli-ahli UMNO ke satu tahap lain dengan penuh hikmah dan matang. ''Berlaku adillah kepada semua," kata Najib sambil memetik sepotong ayat al-Quran.

UMNO perlu melihat ke hadapan, tanpa melupakan yang lepas. Para pemimpin UMNO sekarang perlu menangani kemunculan empat juta ahli baru yang mempunyai cita rasa yang berbeza.

Dalam masa parti-parti pembangkang lain mulai suram dan caca-marba seperti yang berlaku kepada PKR sekarang, UMNO dan rakan-rakan BNnya harus mengambil kesempatan itu sebaik mungkin.

Perbaikilah parti yang ada. Pilihlah calon yang sesuai yang tepat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib menyebut pilihlah calon yang 'winable' (yang boleh menang), kata Zahid.

Benar kata beliau, calon-calon kini merupakan keutamaan kepada Barisan Nasional dan UMNO, khususnya. Jika dulu letak selipar pun boleh menang, kini BN perlu meletakkan calon yang dicinta dan digilai oleh pengundi.

Salah letak calon, kalah parti. Jika parti kalah, maka ia mempunyai implikasi yang besar dalam PRU ke-13 kelak. PRU setahun setengah ke dua tahun lagi ini merupakan cabaran yang paling besar buat UMNO.

Namun jika melihatkan perkembangan semasa Anwar Ibrahim sendiri didesak bertaubat oleh ahli-ahlinya, maka UMNO perlu menggemblingkan sepenuh kudrat untuk mengambil alih negeri-negeri yang tewas. UMNO dan ahli-ahlinya harus berfikir secara strategik, ujar Najib.

Benar, sebarang percaturan dan keputusan harus dibuat dengan penuh beringat, berhemah dan berstrategi.

Yang pasti keyakinan rakyat kini semakin pulih semula ke arah kerajaan semasa dan parti pemerintah.

Sebagai parti yang semakin demokratik, tahun depan memperlihatkan seorang calon UMNO akan dipilih oleh 140,000 perwakilan, maka masa depan parti itu kelihatannya amat cerah sekali. Walaupun ada yang berkata UMNO mungkin berada di akhir hayatnya, tapi hakikatnya ia masih boleh terus berlari.

UMNO sebenarnya masih releven. Orang Melayu sebenarnya tiada pilihan terbaik lain selain UMNO. Begitu juga bangsa-bangsa lain di negara ini.

Oleh itu, berilah kepercayaan anda.

(Utusan Malaysia : 20/10/2010)

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 20 Oct 2010 11:23 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


PROGRAM JUARA RAKYAT

Posted: 20 Oct 2010 02:28 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut