CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Dec 2010 01:24 AM PST Beza Ron95 dan Ron97 Posted: 14 Dec 2010 12:39 AM PST 08 Muharam 1432H Oleh : ahmad badri abdullah "Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini. RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km
Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.
RM1 RON97 = 9.85 km RM1 RON95 = 7.33 km
Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.
Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer? | Khasiat kunyit Posted: 14 Dec 2010 12:33 AM PST 08 Muharam 1432H Oleh : BawangGoreng Kunyit merupakan tanaman tahunan herba rizom daripada keluarga halia, zingiberaceae. Herba ini berasal dari Asia Selatan yang beriklim tropika dan memerlukan suhu antara 20 ° C dan 30 ° C, dengan cukup taburan hujan untuk tumbesarannya. Tumbuhan ini telah digunakan oleh masyarakat dunia sejak lebih 4000 tahun yang lalu. Pada mulanya, kunyit hanya digunakan sebagai bahan pewarna, namun selepas itu, ia mula mendapat tempat apabila khasiatnya untuk kesihatan manusia mula dikesan. Terkenal dengan kandungan antiradang yang terdapat di dalamnya, penyelidikan saintifik juga telah mendedahkan bahawa kunyit mampu merawat pelbagai masalah kesihatan daripada kanser sehinggalah penyakit alzheimer.
Pada abad pertengahan di Eropah, kunyit dikenali sebagai saffron India, kerana ia digunakan secara meluas sebagai alternatif untuk herba saffron jauh harganya lebih mahal. Erode, sebuah bandar di negara bahagian India selatan Tamil Nadu, merupakan pengeluar terbesar kunyit di dunia dan juga merupakan pusat perdagangan kunyit di Asia. Erode juga dikenali sebagai "Kota Kuning" atau "Kota Kunyit". Sangli, sebuah bandar di bahagian selatan negara bahagian barat Maharashtra India, merupakan bandar yang kedua terbesar dan pusat perdagangan yang paling penting untuk kunyit di Asia.
pokok kunyit
Kunyit tumbuh liar di hutan-hutan di Asia Tenggara. Ia telah menjadi bahan masakan utama dalam kebanyakan masakan India, Parsi, Thailand dan juga hidangan Melayu, tidak hanya digunakan dalam masakan kari, tetapi juga dalam masak lemak, rendang dan banyak lagi. Di Indonesia, daun kunyit digunakan untuk masakan Minang atau Padang. Juga digunakan dalam masakan Sumatera yang lain seperti rendang, sate padang dan lain-lain lagi.
Kunyit banyak digunakan sebagai perencah di Asia Selatan dan Timur Tengah memasak. Banyak hidangan Parsi menggunakan kunyit untuk mewarnakan dasar nasi, serta sebagai bahan penting untuk hampir semua hidangan goreng Iran (yang biasanya terdiri daripada minyak, bawang dan kunyit diikuti oleh bahan lain yang akan dibekalkan). Di Nepal, kunyit ditanam secara meluas dan banyak digunakan dalam hidangan sayur-sayuran dan daging di negara. Di Afrika Selatan, kunyit digunakan secara tradisional untuk memberikan nasi putih direbus warna emas.
Walaupun kebanyakan penggunaan kunyit adalah dalam bentuk serbuk akar, daun kunyit juga digunakan untuk membungkus dan memasak makanan. Daun yang digunakan adalah yang baru dipetik kerana ia akan mengeluarkan bau dan rasa yang harum dan menyelerakan. Selain itu, kunyit juga digunakan dalam bentuk segar seperti halia.
Pokok kunyit mudah tumbuh dan sentiasa dijadikan pilihan sebagai bahan penyedap makanan. Pokok kunyit mudah ditemui di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, China, Indonesia dan Filipina. Ia tumbuh di tempat terbuka dan redup. Ia boleh mencapai ketinggian antara 50 hingga 70 sentimeter.
Batang kunyit tumbuh dalam bentuk pelepah-pelepah dari bawah ke atas sebagai daun. Ia tumbuh bercabang dalam satu anak pokok. Kebiasaannya ia boleh ditemui dalam satu tunas yang terdapat 5 hingga 10 helai daun. Batangnya lembut dan mudah dipetik. Batangnya yang seakan akar dipanggil rizom, ditumbuhi akar serta tunas, dan mudah dikenali dengan warna kuning atau jingga. Batang berakar inilah yang mempunyai khasiat yang banyak.
bunga kunyit
Bunga kunyit pula berwarna putih atau kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bsersalin). Daun kunyit berbentuk lebar, tunggal, bertangkai panjang dan runcing di hujung. Tepi daunnya rata dan warna hijau cair.
Rizom dan akar berubinya digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan kemudiannya dikeringkan. Kemudiannya ia dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatan paling aktif. Ramuan inilah yang telah menjadikan kunyit suatu herba ubatan paling utama sejak dahulu lagi.
Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin, telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan sebarang ketoksidan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antipengoksidaan, antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, anti ketumbuhan, penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.
Agen antibakteria
Dalam amalan Ayurvedic, kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak. Di Asia Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam. Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria.
Di beberapa negara Asia, kunyit diambil sebagai suplemen makanan, yang dipercayai membantu dengan masalah perut dan penyakit lain. Ia sangat popular sebagai teh di Okinawa, Jepun. Di Pakistan juga menggunakannya sebagai agen anti-inflamasi, dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lainnya.
Di Afghanistan dan barat laut Pakistan, kunyit diletakkan di atas sepotong kain yang dibakar, dan diletakkan di atas luka untuk membersihkan dan merangsang pemulihan. Di India, selain perubatan Ayurveda, penggunaan kunyit dipelbagaikan dalam bahan kosmetik seperti krim kulit dan dieksport ke negara jiran.
Kurangkan darah beku
Kunyit atau lebih dikenali dengan nama turmeric (Inggeris) ini dikatakan mempunyai khasiat ubatan tersendiri. Kunyit dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis (sakit sendi) dan asma (lelah), masalah kurang pencernaan, jaundis (sakit kuning), masalah hati dan pepundi hempedu.
Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindungi hati daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan menggalakkan pengaliran hempedu. Selain itu, kunyit turut mengandungi beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli yang melindungi salutan perut daripada asid berlebihan dan pembentukan ulser.
Kunyit juga dikatakan telah terbukti berupaya mengurangkan platelet (suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah) daripada bergugus-gugus, lalu memperbaiki peredaran darah dan membantu melindungi daripada arteriosklerosis.
Kecutkan rahim selepas bersalin
Dalam perubatan Cina, akar atau ubi kunyit digunakan untuk merangsang pengaliran san menguraikan pembekuan darah dan lebam. Kunyit juga digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan. Perubatan Thai menggunakan kunyit untuk membuang bisa ular tedung. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan kunyit, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. | MASIH BODOHKAH KITA ? Posted: 14 Dec 2010 12:29 AM PST 08 Muharam 1432H Oleh : WFAUZDIN NS BAYANGKAN di dalam kepala otak kita gaji Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail adalah mencecah RM 425,000 sebulan iaitu menghampiri setengah juta sebulan. Setahun pendapatannya mencecah RM 5.1 Juta (sumber: Harakah). Bukan kita merasa dengki atau iri hati, bahkan kita berbangga kerana beliau adalah anak Melayu berugama Islam. Tetapi mengapa ketika beliau sudah menjadi sekaya ini, syarikatnya masih mahu `menghisap darah' rakyat Selangor dengan cadangan kenaikan kadar takrif air? Mengapa sekarang setelah Kerajaan Negeri Selangor bertindak mahu mengambil alih bekalan air di Selangor,?
maka SYABAS baru sibuk untuk mewujudkan `Tabung Budi' kununnya untuk membela rakyat Selangor? Kenapa dahulu tidak wujudnya tabung ini dan rakyat dibiarkan menderita menanggung bil air yang tinggi?
Usaha Kerajaan Selangor untuk menuntut pengurusan air yang sekarang dikendalikan oleh SYABAS diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri adalah satu usaha atau pengorbanan yang tinggi dilakukan oleh Kerajaan PR Selangor demi untuk rakyat.
Walaupun usaha ini mendapat tekanan dan halangan dari Kerajaan Pusat, namun keberanian MB Selangor bersama sokongan rakyat Selangor bangkit pada perhimpunan `Selamatkan Air Kita' memang wajar diberi pujian dan penghargaan.
Memorandum yang diserahkan oleh MB Selangor kepada Istana Negara mahukan agar pengurusan air diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar dapat menjamin pengurusan yang lebih efisyen di samping rakyat dapat terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma.
SYABAS pastinya bimbang jika usaha Kerajaan Negeri ini berjaya kerana mereka tidak biasa mengalami kesulitan atau kepayahan. Selama ini mereka mewah kerana kehidupan mereka ditanggung oleh rakyat, manakala air dicurahkan dari langit oleh Allah SWT.
Jika Pengerusi SYABAS ini adalah orang Melayu, dan beliau kini menjadi kaya raya sedemikian rupa, apakah ini hasil dari ketuanan Melayu? Siapa pula yang mempertahankan syarikat ini kalau bukan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh parti yang kununnya membela nasib Melayu?
Siapakah yang banyak menderita di bawah sana menanggung kos bil air yang tinggi tambahan pula dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula serta barangan lain jika tidak orang Melayu juga? Inikah hasilnya dari ketuanan Melayu?
Ayuhlah, sedarlah diri masing-masing agar tidak selama-lamanya diperbodohkan. Setelah diumumkan kenaikan harga minyak Ron 97, kemudiannya Ron 95 serentak dengan kenaikan harga gas dan gula,
maka semalam Najib bersetuju agar kadar takrif letrik juga perlu dikaji untuk dinaikkan. Alasannya, kos sudah semakin tinggi akibat kenaikan harga petrol. Persoalannya, siapakah yang menaikkan harga petrol? Masih bodohkah kita? | Mampukah Kuasa Ketiga Ubah Politik Negara? Posted: 14 Dec 2010 12:16 AM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Shaharul Shafie
Hari ini kita digemparkan apabila secara rasminya blogger yang penuh kontroversi, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK mengumumkan buat pertama kalinya nama seorang peguam, Malik Imtiaz Sarwar sebagai antara calon 'beliau' yang bakal mewakili pihak Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya umum akan datang.
Bukan itu sahaja, RPK yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) selama ini dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menukar pendirian.
Malah PRK sendiri dilihat mengemudi pembentukan Kuasa Ketiga dari dalam buangan sukarelanya di London melalui penubuhan Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM). RPK dikatakan kecewa dengan keadaan dalaman PKR hari ini apabila Datuk Zaid Ibrahim yang juga rakan baiknya telah dilihat beliau sebagai 'mangsa keadaan' kepada percaturan politik Anwar.
Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya apakah itu Kuasa Ketiga atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai "Third Force" di dalam arus politik nasional hari ini.
Apakah itu politik 'Kuasa Ketiga'?
Kuasa Ketiga adalah satu kumpulan politik berbentuk kepartian dan kesepakatan yang ditubuhkan bagi mewakili satu kumpulan yang besar lagi berpengaruh yang berkongsi arah tuju perjuangan politik di peringkat nasional. Perjuangannya adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh dua kuasa politik yang pertama itu. Kuasa Ketiga mampu merubah lanskap politik dengan menjadi kuasa penentu kepada pembentukan sesuatu kerajaan selepas pilihanraya. Dalam konteks Malaysia, dua kuasa pertama yang dimaksudkan ialah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Kuasa Ketiga yang digembar-gemburkan wujud di Malaysia ini adalah satu kumpulan politik beraspirasi baru yang bakal memberi tekanan kepada kedua-dua kuasa yang sedia ada terutamanya dari segi merebut undi di dalam satu-satu pilihanraya sama ada ia pilihanraya umum ataupun kecil. Lazimnya, pemimpin kumpulan Kuasa Ketiga ini adalah meliputi mereka yang pernah berada dalam dua kumpulan sebelum ini tetapi kerana kecewa dan perjuangan politik yang berbeza menyebabkan mereka membentuk pakatan baru.
Selain itu, Kuasa Ketiga juga semakin menempa tempat di hati para pengundi di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom (UK), pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah kebanyakannya akan terjun menjadi pemimpin Kuasa Ketiga di negara masing-masing. Kuasa Ketiga yang boleh dikategorikan sebagai sangat berjaya adalah yang wujud di UK. Kita akan berbicara tentang Kuasa Ketiga di luar Malaysia nanti.
Kenapa wujud Kuasa Ketiga di Malaysia?
Kewujudan Kuasa Ketiga di Malaysia disebabkan oleh faktor kelemahan oleh BN dan PR. Ramai yang berada di dalam Kuasa Ketiga ini berasa kecewa atau tidak berpuashati dengan cara pengurusan perjuangan dan idealisma politik oleh parti masing-masing yang memaksa mereka meninggalkan parti. Sebagai contohnya, kelemahan dan ketelusan di dalam PKR telah menyebabkan ungkapan Kuasa Ketiga hari ini semakin menonjol.
Ramai yang melaporkan tidak dapat menerima apa yang dikatakan berlakunya 'dinasti Anwar' di dalam PKR yang sepatutnya menjadi satu wadah perjuangan rakyat marhaen apabila anaknya sendiri, Nurul Izzah Anwar terpilih menjadi Naib Presiden pada usia yang muda. Ada juga yang tidak berpuashati dengan perjalanan pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini dan ada juga melihat kelemahan PKR di dalam pentadbiran sebagai kerajaan terutamanya di negeri Selangor.
Sebenarnya, kemunculan Kuasa Ketiga di dalam negara banyak disebabkan oleh kepincangan di dalam PKR dan kurang disebabkan oleh masalah-masalah dalaman parti-parti komponen PR yang lain iaitu PAS dan DAP. Tetapi tidak dinafikan bibit-bibit permulaan Kuasa Ketiga ini sebenarnya sudah lama bermula dan ia berasal dari kelemahan UMNO dan parti-parti komponennya yang lain di dalam BN seperti MIC.
Perkasa Kuasa Ketiga?
Bercakap mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), kita boleh katakan Perkasa mempunyai kriteria untuk dikategorikan sebagai Kuasa Ketiga tetapi tidak sepenuhnya. Ini adalah kerana penubuhan Perkasa hanya dibuat sebagai NGO dan mengelak membentuk kuasa kepartian.
Membentuk parti adalah syarat utama bagi dikategorikan sebagai Kuasa Ketiga. Ramai yang berpendapat bahawa Perkasa dilihat mampu membentuk Kuasa Ketiga tetapi hanya jika UMNO sendiri menjadi lemah.
Saya boleh mengagak bahawa Perkasa sebenarnya mempunyai cita-cita menjadi parti politik Melayu. Lebih-lebih lagi apabila dipimpin oleh ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali dan mendapat sokongan kuat daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seperti mana yang kita sedia maklum,
penubuhan Perkasa dibuat semasa UMNO dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dan semua maklum bagaimana buruknya hubungan Pak Lah dengan Tun Dr. Mahathir. Sokongan Tun Mahathir kepada Perkasa adalah sebagai memberi tekanan kepada Pak Lah.
Maka, Perkasa dibentuk terlebih dahulu menjadi NGO bagi memberi peluang kepada UMNO untuk mengukuhkan dirinya semula. Kini apabila tampuk UMNO dipegang oleh Datuk Seri Najib Razak dan perpaduan di dalam UMNO dapat diperbaiki maka Perkasa dijangka tidak akan meneruskan cita-citanya di dalam menceburi politik secara rasmi. Namun begitu, daripada maklumat yang boleh dipercayai,
walaupun Tun Mahathir mulai senang dengan kedudukan UMNO sekarang di bawah Najib, beliau didakwa masih mengaturkan kemungkinan tetap adanya calon Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya akan datang yang disokong oleh Perkasa secara lembut. Beliau dikatakan berbuat demikian sekadar untuk mengukur sejauh mana kekuatan UMNO selepas era-Pak Lah. Wallahualam.
Satu lagi contoh jelas Kuasa Ketiga yang muncul dalam tiga tahun lepas ialah Hindraf dan Human Rights Party (HRP) yang disebabkan dakwaan kegagalan MIC sebagai wakil masyarakat India di dalam kerajaan BN di dalam memperbaiki mutu kehidupan masyarakat itu sejak merdeka.
Malah, Hindraf juga tidak percaya kepada kemampuan PR bagi memperjuangkan mereka dan keadaan ini amat sesuai untuk kita takrifkan sebagai satu contoh kewujudan 'komponen' terawal Kuasa Ketiga di negara kita. Oleh kerana masyarakat India adalah kecil maka kewujudannya tidak dapat dirasai sebagai cabaran atau tekanan kepada BN dan PR sebagai kuasa yang mampu mengurangkan majoriti mereka di dalam satu-satu pilihanraya.
Meskipun pengundi Cina menolak parti MCA dan Gerakan semasa pilihanraya yang lepas, mereka bersepakat menyokong DAP yang secara tidak langsungnya memberi kekuatan kepada PR keseluruhannya. Faktor kekuatan DAP yang masih dilihat sebagai alternatif parti kaum Cina menyebabkan Kuasa Ketiga tidak wujud secara jelas di dalam masyarakat Cina.
Jika adapun, segelintir pemimpin kurang penting dari Gerakan dan parti-parti berteras kaum Tionghua di Sarawak yang membentuk sebuah parti baru yang dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM) pada tahun lepas. Kekuatan PCM tidak signifikan untuk membentuk Kuasa Ketiga.
Sepertimana pentingnya kuasa politik Melayu menentukan kerajaan di negara ini kepada BN dan PR, ia juga amat penting kepada Kuasa Ketiga. Dengan adanya Hindraf/HRP dan PCM yang mewakili India dan Cina masih tidak mampu mengukuhkan Kuasa Ketiga. Episod terkini dalam politik tanah air di dalam PR yang menyebabkan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti dan berjanji membentuk parti baru pastinya kesempatan yang dilihat bagus bagi mengukuhkan Kuasa Ketiga.
Kuasa Ketiga tidak semestinya parti serpihan
Mungkin ada antara kita yang berpendapat Kuasa Ketiga ini adalah kumpulan serpihan daripada BN dan PR. Mungkin ada kebenarannya hakikat itu tetapi perlu dijelaskan sekali lagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Kuasa Ketiga juga merupakan mereka yang tidak pernah pun menyertai BN dan PR tetapi terlibat di dalam NGO-NGO dan berpandangan yang tidak sehaluan sama ada dengan perjuangan BN dan PR.
Sepertimana Zaid yang kini dilaporkan sudah menyertai sebuah parti dorman iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan dijangka menjadi Presiden terbaru AKIM tidak lama lagi, kita tidak boleh menyebut AKIM sebagai parti serpihan kerana parti itu telah wujud sejak tahun 1995.
Jika Zaid membuka parti baru mungkin parti berkenaan boleh disebut sebagai serpihan. Namun begitu, untuk mendefinisikan Kuasa Ketiga, isu parti serpihan tidak timbul sama sekali.
Untuk Kuasa Ketiga sama ada sebagai sebuah parti (tidak kira batul-betul baru atau serpihan) atau sebuah lagi gabungan parti-parti, mereka perlukan sekurang-kurangnya 20 peratus sokongan daripada undi rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk mengatakan wujudnya Kuasa Ketiga secara sepenuhnya di Malaysia hari ini masih terlalu awal. Ini kerana kita belum lagi melalui satu proses pilihanraya umum untuk mengukur sejauh mana mereka yang mendakwa menjadi Kuasa Ketiga ini mampu mengaut 20 peratus undi popular bagi melayakkan mereka menggunakan istilah tersebut.
Sejarah Kuasa Ketiga di dunia Barat
Di negara-negara maju di Barat dan mengamalkan demokrasi, kewujudan Kuasa Ketiga sudah mula wujud selepas era Perang Dingin. Seperti yang penulis sebut awal-awal mengenai kelemahan sistem dua parti yang membuatkan rakyat jelik dan kecewa dengan dasar-dasar kedua-dua parti utama inilah menyebabkan kewujudan Kuasa Ketiga. Selain itu, antara pelopor Kuasa Ketiga di rantau sebelah sana yang mulai mendapat tempat telah dimulakan sebagai parti pencinta alam sekitar.
Mungkin anda pernah mendengar nama parti 'Green'. Parti-parti berhaluan alam sekitar banyak ditubuhkan di beberapa negara di dunia Barat. Namun begitu, di Amerika Syarikat, parti Green masih dilihat sebagai 'pilihan' ketiga kepada pengundi tetapi masih belum layak disebut sebagai Kuasa Ketiga. Ini kerana kemampuannya mengutip sebilangan peratusan undi popular masih di peringkat yang rendah. Parti-parti seperti Republikan dan Demokrat masih lagi dianggap teguh dan dipercayai di dalam masyarakat yang mengamalkan sistem dua parti yang kukuh itu.
Contoh yang terbaik adalah di United Kingdom (UK). Semasa pilihanraya umum UK pada pertengahan tahun ini, tiada satu parti pun yang memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. Sepertimana yang anda sedia maklum, gergasi politik atau Kuasa Pertama dan Kuasa Kedua di UK adalah parti Buruh dan parti Konservatif. Dewan Rakyatnya yang dikenali dengan nama House of Commons mempunyai 650 kerusi dan parti yang boleh membentuk kerajaan memerlukan 326 kerusi sebagai majoriti mudah.
Di dalam pilihanraya tersebut, kedua-dua parti itu gagal memperolehi jumlah mudah tersebut. Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron (kini Perdana Menteri) memperolehi 306 kerusi manakala parti Buruh yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Gordon Brown pula mendapat 258 kerusi.
Untuk membentuk kerajaan di dalam keadaan yang diistilahkan sebagai 'Parlimen Tergantung', mereka perlu mencari mana-mana parti lain atau Bebas yang memenangi kerusi untuk bergabung dan membentuk kerajaan. Akhirnya, sebuah lagi parti yang layak ditakrifkan sebagai Kuasa Ketiga iaitu parti Liberal Demokrat dengan 57 kerusi akhirnya bersetuju bekerjasama dengan parti Konservatif bagi membentuk kerajaan.
Dalam lain perkataan, dengan keperluan yang teramat sangat ke atas Liberal Demokrat oleh Konservatif dan Buruh menunjukkan kepada kita betapa kuatnya pengaruhnya sebagai satu kuasa. Selain itu, Liberal Demokrat yang memperolehi hampir 23% undi popular semasa pilihanraya tersebut dan ini turut melayakkan partinya dianggap sebagai Kuasa Ketiga yang menggugat kemampuan parti Konservatif dan Liberal di dalam membentuk kerajaan bersendirian. Ini adalah satu kes yang jelas bagi menggambarkan keadaan sebenar politik tentang Kuasa Ketiga.
Konsensus Bebas di Parlimen bukan Kuasa Ketiga
Di Malaysia, kita ada sekumpulan ahli Parlimen yang berstatus Bebas dan kesemua mereka ini adalah bekas ahli Parlimen PKR yang keluar dari parti tersebut kecuali Ibrahim Ali. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Konsensus Bebas' dan mendakwa mereka adalah Kuasa Ketiga. Bagi penulis, bagi memperolehi status Kuasa Ketiga tidak semudah itu kerana mereka tidak membentuk satu ikatan yang formal yang membolehkan mereka menjadi sebuah parti politik. Malah sebagai 'Bebas' dengan sendirinya meletakkan mereka 'di atas pagar' politik.
Dalam pilihanraya UK yang lalu juga, mereka yang tidak menyertai Liberal Demokrat dan menang atas tiket parti lain seperti parti Green, parti-parti wilayah seperti Plaid Cymru di Wales dan Parti Kebangsaan Scotland untuk Scotland serta parti Bebas. Mereka ini seramai 37 ahli parlimen yang tidak berstatus Kuasa Ketiga.
Jika mereka (Konsensus Bebas di Malaysia) mempunyai ideologi yang sama secara sahsiahnya mereka bukan lagi berstatus 'Bebas'. Untuk menjadi ahli parlimen Bebas, setiap daripada mereka tidak boleh nampak bersama dan berkaitan antara satu sama lain di dalam tindakan dan wadah perjuangan mereka. Oleh itu, dengan mengatakan Konsensus Bebas sebagai Kuasa Ketiga adalah salah dan berangan-angan menjadi Kuasa Ketiga sebagai pakatan bersama-sama mereka juga sudah menyalahi etika sebagai mereka yang ditakrifkan sebagai ahli parlimen yang benar-benar 'Bebas'.
Sejauh mana kemampuan 'Kuasa Ketiga' dalam PRU-13?
Sepertimana yang saya ada ulas awal tadi bahawa mereka yang mendakwa mereka sebagai Kuasa Ketiga masih belum lagi sah atau layak memiliki pengiktirafan berkenaan. Mereka perlu melalui perjalanan pilihanraya untuk melihat sama ada mereka berjaya menawan lebih 20 peratus undi popular sebagai syaratnya.
Namun begitu, saya jangkakan pilihanraya umum ke-13 nanti akan memberi satu perbezaan jika dibandingkan dengan pilihanraya umum ke-12 terutamanya kewujudan calon-calon yang akan bertanding menentang calon-calon BN dan PR di dalam sebahagian besar kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri nanti.
Mungkin terlalu awal untuk menyangka akan kemampuan mereka untuk bertanding dalam tiga penjuru di kesemua kerusi Parlimen dan DUN di negara ini. Mungkin mereka akan memilih lokasi yang sesuai yang tepat dengan jangkaan jumlah pengundi yang menyokong perjuangan mereka. Kawasan yang terbaik untuk mereka menentang BN dan PR adalah di kawasan-kawasan Melayu bandar (terutamanya di Lembah Kelang) dan juga kawasan tumpuan utama pemimpin PR dan BN seperti Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Gombak.
Saya berasa yakin tiada calon 'Kuasa Ketiga' di kawasan penempatan calon Cina. Ini adalah kerana berdasarkan senario politik hari ini, DAP masih mampu menguasai sentimen dan undi-undi pengundi Cina. Selain itu juga, kawasan-kawasan luar bandar juga tidak sesuai untuk mereka ini mencuba nasib kerana sentimen Melayu di kawasan ini adalah masih selesa dengan perjuangan UMNO dan PAS.
Dalam kata lain, calon-calon Kuasa Ketiga ini patut lebih selesa meletakkan calon di kawasan yang kini diduduki oleh ahli Parlimen PKR. Ini adalah kerana penonjolan Kuasa Ketiga hari ini adalah hasil daripada konflik dalaman yang melanda PKR sejak pemilihan parti yang baru lepas. Dijangkakan juga beberapa ahli Parlimen PKR sendiri yang dilihat rapat dengan Zaid yang ada sekarang mungkin membuat kejutan meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon 'Kuasa Ketiga'.
PRU-13 boleh menjadi gelanggang pertama golongan yang mendakwa 'Kuasa Ketiga' yang pertama di Malaysia ini mencuba nasib dan mencari pengalaman berpilihanraya. Namun begitu, amat sukar bagi mereka untuk mencapai kedudukan seperti parti Liberal Demokrat di UK yang dipimpin oleh Nick Clegg yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri UK hasil rundingan perkongsian kuasa dengan Konservatif yang memperolehi lebih 20 peratus undi popular di seluruh UK.
Mungkin pada awalnya, Kuasa Ketiga di Malaysia ini akan hanya dianggap pengacau undi tetapi dengan manifesto perjuangan yang mantap, telus dan usaha bersungguh-sungguh mampu membolehkan mereka mencapai tahap seperti Liberal Demokrat di UK.
PRK Batu Sapi permulaan Kuasa Ketiga?
Pilihanraya kecil di Batu Sapi boleh diambil contoh sebagai permulaan kepada episod Kuasa Ketiga itu. Di dalam PRK tersebut, tiga parti yang bertanding ialah PBS(BN), PKR(PR) dan SAPP.
SAPP boleh diibaratkan sebagai Kuasa Ketiga dalam konteks kecil negeri Sabah. Namun begitu, keputusan yang memihak kepada BN dengan jelas sekali menang besar walaupun jumlah undi PKR dan SAPP dicampur masih belum dapat menandingi BN. Tetapi ini adalah satu permulaan kepada sesuatu yang lebih menjuruskan kepada kepentingan Kuasa Ketiga di masa hadapan sekiranya mereka memperolehi undi besar yang menakutkan calon BN dan PR.
Nasib Kuasa Ketiga hari ini tidak dapat ditentukan lagi. Keadaan mereka ini adalah bergantung kepada kemampuan PKR di dalam menjelaskan perkara sebenar dan mengaku kesalahan yang dilakukan agar nampak telus di mata penyokongnya dan rakyat yang menyokongnya supaya terus menyokongnya.
Perlu diingatkan PKR dan PR tidak boleh menolak hakikat bahawa kemenangan mereka dahulu juga disebabkan oleh pengundi atas pagar dan juga ahli-ahli UMNO dan komponen BN yang lain yang mengundi protes. Jika BN sudah bersedia dan mantap kali ini, pastinya undi protes itu akan kembali semula kepada mereka. Senario politik negara kita masih sukar diramal tetapi PR terutamanya PKR masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memenangi hati rakyat semula.
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com | FELDA BANGKRAP? NAJIB PENGKHIANAT SEBENAR? Posted: 14 Dec 2010 12:07 AM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Hafizi Pauzi PARIT BUNTAR, 14 Disember :- Datuk Seri Najib Razak menyatakan perasaan marah beliau terhadap siapa yang mengatakan Felda bangkrap dengan melabel mereka adalah pengkhianat. Kenyataan tersebut adalah suatu yang tidak boleh diterima dari seorang yang bertanggungjawab dalam hal urusan Felda dari segenap aspek pengurusan organisasi tersebut.
"Dana Felda susut sejak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pad tahun lalu adalah satu isu yang menjadi teras kepada gelaran yang selayaknya buat seorang pengkhianat sejati terhadap Negara dan pengkhianat tanah air kita ialah Datuk Seri Najib Razak," kata Ketua Penerangan Pas perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui disini.
Menurutnya lagi, tuduhan Umno terhadap pihak lawannya adalah perkara rutin dalam budaya mereka, mereka telah menanam budaya ini secara akar umbi dalam parti mereka, dengan penerapan ini mereka mudah memperdaya ahli mereka demi mempertahankan agenda pemimpin tertinggi BN.
Dana tersebut sepatutnya dijadikan rezab tunai Felda, paling tidak pun dana tersebut meningkat atau pun stabil, kemerosotan rezab tunai yang mencecah nilai billion ringgit menjadikan satu angka yang menakutkan rakyat.
"Kita khuatir dakwaan beliau yang mengatakan pihak yang mendedahkan keadaan sebenar Felda yang menuju bangkrap berniat untuk menarik perhatian rakyat supaya terus berpersepsi bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah parti pengkhianat Negara, ini perlu diperbetulkan," tegasnya.
Tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, persoalan-persoalan sebegini sepatutnya dijawab oleh pemimpin tertinggi BN yang menerajui Felda, rakyat mahu tahu kemanakah wang itu lesap.
Dalam pada itu beliau menyatakan bahawa soal wang organisasi sebesar Felda perlu diurus tadbir dengan telus dan berwibawa, menurut rekodnya kini, BN sudah hilang wibawa sebagai pentadbir Negara yang telus, justeru rakyat sepatutnya tidak memberi peluang kepada BN untuk terus mentadbir Malaysia untuk kesekian kalinya.
"Pakatan Rakyat sudah bersedia menjadi sebuah kerajaan yang komited menjaga kepentingan Negara termasuk mengurus khazanah Negara, tegasnya. | Hadapi PRU 13, DAP Tangguh Pemilihan Posted: 14 Dec 2010 12:00 AM PST SHAH ALAM 14 DIS : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan penangguhan konvensyen tahunan parti itu selama 12 bulan sehingga bulan Ogos 2012.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ianya selaras dengan keputusan parti komponen Barisan Nasional, Umno dan MCA menangguhkan parti masing-masing sebagai isyarat jelas Pilihanraya Umum mengejut yang berkemungkinan akan diadakan tahun depan.
"Ini untuk mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU ke-13 yang paling kritikal. "Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pertemuan malam tadi memutuskan untuk menggunakan Klausa VIII dari Perlembagaan Parti untuk menunda kongres parti dan konvensyen negeri selama 12 bulan.
"Ini bermakna pemilihan parti yang akan diadakan ketika sidang kongres pada bulan Ogos 2011 ditangguhkan sehingga Ogos 2012.
Keputusan ini ujar Guan Eng turut mempengaruhi pemilihan parti itu di Negeri Sembilan dan Sarawak yang sepatutnya dijadualkan pada akhir tahun 2011. | Bahaya Syirik Posted: 13 Dec 2010 11:51 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Nur Ihsan
Bahaya SYIRIK
Syirik merupakan dosa paling besar, kezaliman yang paling zalim, dosa yang tidak akan diampuni Allah, dan pelakunya diharamkan masuk surga serta seluruh amal yang pernah dilakukannya selama di dunia akan hangus dan sia-sia. Oleh sebab itu mengenal hakikat syirik dan bahayanya adalah perkara yang sangat penting.
Hakikat syirik Allah ta'ala berfirman yang artinya, "Wahai umat manusia, sembahlah (Allah) Rabb yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa. Dia itu lah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap dan Dia pula yang telah menurunkan air hujan dari langit sehingga mampu mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezki untuk kalian maka janganlah kalian menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah sedangkan kalian mengetahui." (QS. Al Baqarah : 21-22).
Di dalam ayat yang lain Allah ta'ala menyatakan secara tegas yang artinya, "Sembahlah Allah dan janganlah kalian mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya." (QS. An Nisaa' : 36). Dari ayat-ayat tersebut kita mengetahui bahwa Allah melarang hamba-hamba-Nya untuk berbuat syirik atau mengangkat tandingan bagi Allah, yaitu menyembah selain Allah di samping menyembah Allah. Dengan demikian ibadah adalah salah satu kekhususan yang hanya boleh ditujukan kepada Allah, karena menujukan ibadah kepada selain Allah adalah perbuatan syirik.
Dosa yang paling besar Allah ta'ala berfirman yang artinya, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia akan mengampuni dosa di bawah tingkatan syirik bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya." (QS. An Nisaa' : 48, 116). Syaikh Abdurrahman bin Hasan rahimahullah berkata, "Dengan ayat ini maka jelaslah bahwasanya syirik adalah dosa yang paling besar.
Karena Allah ta'ala mengabarkan bahwa Dia tidak akan mengampuninya bagi orang yang tidak bertaubat darinya…" (Fathul Majid). Ibnu Mas'ud radhiyallahu'anhu bertanya kepada Nabi, "Wahai Rasulullah, dosa apakah yang paling besar ?" Maka beliau menjawab, "Yaitu engkau mengangkat tandingan/sekutu bagi Allah (dalam beribadah) padahal Dia lah yang telah menciptakanmu." (HR. Bukhari dan Muslim).
Dalam hadits yang lain dari Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya, ayahnya berkata : Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Maukah aku kabarkan kepada kalian tentang dosa besar yang paling besar ?".
Beliau bertanya sebanyak tiga kali. Para sahabat menjawab, "Mau wahai Rasulullah !" Lalu beliau bersabda, "Yaitu mempersekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua." Lalu beliau duduk tegak setelah sebelumnya bersandar seraya melanjutkan sabdanya, "Ingatlah, begitu juga berkata-kata dusta.
" Beliau mengulang-ulang kalimat itu sampai-sampai aku bergumam karena kasihan, "Mudah-mudahan beliau diam." (HR. Bukhari dan Muslim). Oleh karena itulah, Adz Dzahabi yang menulis kitab Al Kaba'ir menempatkan dosa syirik kepada Allah sebagai dosa besar nomor satu sebelum dosa-dosa yang lainnya. Beliau berkata, "Dosa besar yang terbesar adalah kesyirikan kepada Allah ta'ala.." (Al Kaba'ir)
Kezaliman yang paling zalim Allah ta'ala berfirman yang artinya, "Sungguh Kami telah mengutus para utusan Kami dengan keterangan-keterangan, dan Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca supaya manusia menegakkan keadilan"
(QS. Al Hadiid : 25). Ibnul Qayyim menjelaskan bahwa di dalam ayat ni Allah memberitakan bahwa Dia mengutus para Rasul-Nya, menurunkan kitab-kitab-Nya supaya manusia menegakkan al qisth yaitu keadilan. Salah satu nilai keadilan yang paling agung adalah tauhid. Ia adalah pokok keadilan yang terbesar dan pilar penegaknya.
Sedangkan syirik adalah kezaliman yang sangat besar. Sehingga syirik merupakan kezaliman yang paling zalim, sedangkan tauhid merupakan keadilan yang paling adil (Ad Daa' wa Ad Dawaa'). Perhatikanlah firman Allah yang mulia yang mengisahkan nasehat seorang ayah yang bijak kepada puteranya, yang artinya, "Wahai puteraku, janganlah berbuat syirik kepada Allah, karena sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar." (QS. Luqman : 13).
Ibadah adalah hak Allah, maka memperuntukkan ibadah kepada selain Allah adalah pelanggaran hak. Oleh sebab itu syirik disebut sebagai kezaliman, bahkan inilah kezaliman terbesar yang harus ditumpas oleh umat manusia! Sampai-sampai beberapa hari menjelang wafatnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam masih sempat memperingatkan umat dari bahaya syirik dalam masalah kuburan. Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Allah melaknat kaum Yahudi dan Nasrani karena mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai tempat ibadah. Ketahuilah sesungguhnya aku melarang kalian dari perbuatan itu." 'Aisyah mengatakan, "Beliau memberikan peringatan keras dari perbuatan mereka itu." (HR. Bukhari dan Muslim).
Pelanggaran terhadap hak Sang pencipta Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, tahukah kamu apa hak Allah atas hamba dan hak hamba atas Allah ?" Maka Mu'adz menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.
" Lalu Rasul bersabda, "Hak Allah atas hamba adalah mereka menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Sedangkan hak hamba atas Allah adalah Allah tidak akan menyiksa hamba yang tidak mepersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
"(HR. Al Bukhari dan Muslim). Syaikh Abdullah bin Shalih Al Fauzan berkata, "Hadits ini menunjukkan bahwasanya Allah subhanahu wa ta'ala memiliki hak yang harus ditunaikan oleh para hamba. Barangsiapa yang menyia-nyiakan hak ini maka sesungguhnya dia telah menyia-nyiakan hak yang paling agung." (Hushul Al Ma'mul)
Dosa yang tak terampuni Seandainya seorang hamba berjumpa dengan Allah ta'ala dengan dosa sepenuh bumi niscaya Allah akan mengampuni dosa itu semua, akan tetapi tidak demikian halnya bila dosa itu adalah syirik. Allah ta'ala berfirman melalui lisan Nabi-Nya dalam sebuah hadits qudsi,
"Wahai anak Adam, seandainya engkau menjumpai-Ku dengan membawa dosa kesalahan sepenuh bumi dalam keadaan tidak mempersekutukan Aku, niscaya Akupun akan menjumpaimu dengan ampunan sepenuh itu pula" (HR. Tirmidzi, disahihkan oleh Al Albani dalam Ash Shahihah 127). Bahkan, di dalam Al Qur'an Allah telah menegaskan dalam firman-Nya yang artinya, "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa yang berada di bawah tingkatan syirik bagi orang-orang yang dikehendaki-Nya" (QS. An Nisaa' : 48 dan 116).
Ibnu Katsir rahimahullah menafsirkan ayat di atas, "Allah ta'ala mengabarkan bahwasanya Dia tidak akan mengampuni dosa syirik, artinya Dia tidak mengampuni hamba yang bertemu dengan-Nya dalam keadaan musyrik, dan (Dia mengampuni dosa yang dibawahnya bagi orang yang dikehendaki-Nya); yaitu dosa-dosa (selain syirik-pent) yang akan Allah ampuni kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya." ( Tafsir Ibnu Katsir).
Kekal di dalam neraka Allah ta'ala berfirman yang artinya, "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari kalangan ahli kitab dan orang-orang musyrik berada di dalam neraka Jahannam dan kekal di dalamnya, mereka itulah sejelek-jelek ciptaan." (QS. Al Bayyinah : 6).
Dari Jabir radhiyallahu'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barang siapa yang berjumpa Allah dalam keadaan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya, niscaya masuk surga. Dan barang siapa yang berjumpa Allah dalam keadaan memepersekutukan sesuatu dengan-Nya, maka dia masuk neraka." (HR. Muslim)
Pemusnah pahala amalan Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya orang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah seseorang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, "Apa yang kamu lakukan dengannya ?" Dia menjawab, "Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.
" Allah berfirman, "Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang karena ingin disebut sebagai pemberani. Dan itu sudah kau dapatkan." Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah kelapangan harta. Dia didatangkan dan diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya,
"Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya ?" Dia menjawab, "Tidaklah aku tinggalkan suatu kesempatan untuk menginfakkan harta di jalan-Mu kecuali aku telah infakkan hartaku untuk-Mu." Allah berfirman, "Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan itu demi mendapatkan julukan orang yang dermawan, dan engkau sudah memperolehnya." Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Qur'an. Dia didatangkan kemudian diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatkannya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, "Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?" Maka dia menjawab, "Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an karena-Mu.
" Allah berfirman, "Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut orang alim. Engkau membaca Qur'an supaya disebut sebagai Qari'." Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka." (HR. Muslim).
Kehilangan rasa aman dan petunjuk Allah ta'ala berfirman yang artinya, "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri keimanan mereka dengan kezaliman, mereka itulah yang akan mendapatkan keamanan dan merekalah orang yang mendapatkan hidayah" (QS. Al An'aam : 82).
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud, ketika ayat ini diturunkan para sahabat mengatakan, "Wahai Rasulullah. Siapakah di antara kita ini yang tidak melakukan kezaliman terhadap dirinya ?" Maka Rasulullah pun menjawab, "Maksud ayat itu tidak seperti yang kalian katakan. Sebab makna,"Tidak mencampuri keimanan mereka dengan kezaliman" adalah (tidak mencampurinya) dengan kesyirikan.
Bukankah kalian pernah mendengar ucapan Luqman kepada puteranya,"Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, karena sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar"." (HR. Bukhari). | Indeks pembangunan manusia: M'sia di tangga 57 Posted: 13 Dec 2010 11:46 PM PST 08 Muharam 1432H
Malaysia menduduki ranking ke-57 dari kalangan 169 negara dalam kategori pembangunan tinggi manusia Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), jauh di hadapan Thailand (ranking ke 92), Indonesia (108) dan Vietnam (113).
Wakil UNDP Malaysia Kamal Malhotra berkata nilai HDI Malaysia naik dari 0.541 ke 0.744 antara 1980 dan 2010, kenaikan 38 peratus atau peningkatan purata tahunan kira-kira 1.1 peratus.
"Malaysia berada pada ranking ke 19 dari segi penambahbaikan HDI dalam tempoh ini, di belakang China, Korea Selatan, India dan Indonesia tetapi di hadapan Thailand.
"Dalam tempoh 40-tahun dari 1970 ke 2010, Malaysia menduduki ranking ke 23 dari segi prestasi HDI, sementara prestasi pendapatannya di ranking ke 5 dan prestasi bukan pendapatan di 66, ketara menurun dalam ranking keseluruhan," kata beliau.
Beliau memberi taklimat media selepas melancarkan Laporan Pembangunan Manusia UNDP 2010 bertajuk "The Real Wealth of Nations: Pathways to Human Development", sempena ulang tahun ke 20 laporan itu, di Pusat Konvensyen KualaLumpur (KLCC), di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad, dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin.
Malhotra berkata jangka hayat Malaysia dari masa lahir meningkat sebanyak lapan tahun antara 1980 dan 2010, bermakna tahun persekolahan meningkat kira-kira lima tahun dan tahun persekolahan yang dijangkakan meningkat kira-kiratiga tahun.
Per kapita Pendapatan Negara Kasar (GNI) Malaysia meningkat sebanyak 173 peratus dalam tempoh yang sama dan Malaysia menyaksikan jangka hayat dari masa lahir meningkat dari 73.7 tahun ke 74.7 tahun antara 2005 dan 2010, sementara per kapita GNI bertambah dari US$12,143 ke US$13,927, katanya.
"Malaysia perlu mereka dan melaksanakan dasar dan gabungan institusi yangbetul, dan menjamin perkongsian kukuh antara kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta bagi mempertingkatkan kedudukannya.
"Ini kerana Malaysia akan berdepan dengan cabaran sukar untuk menduduki ranking lebih tinggi pada HDI di masa depan ekoran banyak negara ekonomi baru dibeberapa bahagian dunia mencapai prestasi baik," katanya.
Sementara itu, Noriyah berkata menambah baik sektor pendidikan akan mengambil masa dan kerajaan sedang mengambil langkah seperti mempertingkat modal insan dan mempelawa bakat-bakat seberang laut ke Malaysia.
Malaysiakini/- | Bekas Hakim Didapati Bersalah 7 Tuduhan Rasuah Posted: 13 Dec 2010 11:45 PM PST IPOH 14 DIS : Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri Markum hari ini didapati bersalah bersabit kesemua tujuh tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen, di sini. Hassan Basri, 54, telah dituduh dengan tujuh tuduhan rasuah yang melibatkan lebih dari RM35,000 di Taman D.R. Seenivasagam pada 6 September 2007.
Dia dipercayai telah, antara lain, menerima rasuah dari RM1, 100 daripada Mohamad Imran untuk mengeluarkan sijil perkahwinan bagi membolehkan Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa berkahwin tanpa melalui prosedur yang betul.
Beliau juga dituduh meminta rasuah sebanyak RM1,100 bagi mengahwinkan Mohamad Asri A. Bakar dan pasangannya,Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang betul.
| ANAK: Ladang Felda dipenuhi babi hutan Posted: 13 Dec 2010 11:36 PM PST 08 Muharam 1432H Dakwaan Felda sebagai agensi pembangunan tanah yang terbaik, disangkal kerana masih wujud banyak kelemahan dan kegagalan agensi tersebut terutama dalam pelaksanaan tanam semula, lapor Harakahdaily. Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendedahkan beliau menemui bukti kegagalan Felda yang membantu peneroka yang menyerahkan ladang kepada agensi berkenaan.
Menurut Mazlan, apa yang ditemuinya di Felda Chiku 1 dan Felda Prasu amat memeranjatkanya.
"Bukti yang saya temui itu amat memeranjatkan kerana tidak menyangka Felda yang didakwa agensi terbaik dalam kerja perladangan tetapi gagal melakukan penanaman semula terbaik malah merugikan peneroka.
"Satu masa dulu Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda menahan wang tabung tanam semula (TTS) kerana ada peneroka tanam sendiri beli barang lain dan ladang semak dipenuhi babi hutan. Sekarang saya nak tunjukkan, ladang Felda yang dipenuhi babi hutan," katanya.
Mazlan berkata demikian dalam sidang medianya di di Temerloh baru-baru ini selepas pulang daripada melawat Felda berkenaan sesudah menerima aduan daripada peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula ladang mereka kepada agensi kerajaan berkenaan.
Dalam lawatan itu, Mazlan telah dibawa meninjau ladang kendalian Felda yang bermasalah termasuk belum ditanam, semak yang merimbun dan tanaman kelapa sawit yang terbantut kerana tiada pemuliharaan.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, kegagalan berkenaan sudah tentu akan membebankan peneroka kerana kos sulaman menyebabkan jumlah hutang dan pinjaman sara hidup mereka akan meningkat.
"Bagi Felda pula, peningkatan hutang peneroka tidak menimbulkan masalah kerana ia yang memberi hutang sebaliknya penerokalah yang akan menanggung hutang yang makin lama semakin tinggi kadar faedahnya sekalipun Felda gagal menjayakan penanaman semula itu.
"Apa yang dibimbangkan, mana-mana peneroka yang ladangnya gagal dimajukan Felda akan menanggung kos dan bunga hutang yang tinggi berbanding peneroka lain sedangkan peneroka berkenaan tidak mempunyai kuasa menuntut Felda menanggung kos kegagalan penanaman itu, " katanya.
Menurut Mazlan lagi, melalui perjanjian Felda dengan peneroka, peneroka tidak mempunyai apa-apa hak di atas kelewatan Felda menjayakan penanaman semula. Malah, peneroka juga tidak diberi penyata kewangan pengurusan ladang mereka oleh Felda.
Malaysiakini/- | Guan Eng: Guru KAFA diberi bayaran khas Maal Hijrah Posted: 13 Dec 2010 11:30 PM PST KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah. Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat. "Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM6.25 juta, yang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu," kata beliau lagi. Menurut Lim, penerimaan RM800 oleh kakitangan awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.
"Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini.
"Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam.
"Dan, saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi," kata Lim lagi.
Lim menambah, penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.
Sumbangan yang diberikan itu melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated.
"Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM800 ini melibatkan sejumlah 3,153 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.5 juta.
"Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta.
"Bantuan khas ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama atau Gred Khas.
"Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.
"Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini," katanya. | Bahas salahlaku ketua hakim: Karpal diarah keluar Posted: 13 Dec 2010 11:26 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Hazlan Zakaria Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini diarahkan 'berehat' sehingga sidang Dewan Rakyat selesai makan tengahari hingga jam 2.30 petang ini kerana ingin memulakan usul membincangkan aduan salahlaku Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi. Speaker membuat arahan keluar dewan itu mengikut Peraturan 18(1). Karpal sebelum itu, mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) bagi membincangkan salahlaku rasuah Ketua Hakim Negara.
Dakwanya, Zaki dalam ucapannya mengakui di satu majlis perkhidmatan cemerlang di Mahkamah Persekutuan 11 Jun tahun ini, memberi rasuah pada 7 November 2008 di Kuching.
"Ketua Hakim Negara gagal membalas aduan saya, dan juga surat peringatan bertarikh 1 Disember 2010, di mana beliau enggan menjawapnya," kata Karpal.
"Perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum perlu disegerakan, saya memohon usul saya dibincangkan," tegasnya.
Namun, Pandikar enggan membenarkan Karpal membincangkan perkara itu dan berkata Peraturan 36 (a) menghalang mereka daripada membincangkan kelakuan seseorang hakim semasa menjalankan tanggungjawabnya.
Apabila Karpal berulang-kali cuba berhujah bahawa beliau bukan mempersoalkan kelakuan Zaki sebagai hakim tetapi sebagai tokoh awam, Pandikar mula hilang sabar dan mengarahkan pemimpin veteran DAP itu 'direhatkan'.
Malaysiakini/- | JK hak, kebebasan cadang Anwar digantung Posted: 13 Dec 2010 11:23 PM PST 08 Muharam 1432H
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini mengemukakan cadangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung daripada Parlimen berhubung tindakan ketua pembangkang itu mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.
Perkara itu tersenarai dalam laporan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dikemukakan ke Dewan Rakyat hari ini, menurut ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh.
Karpal ketika bercakap di lobi Parlimen hari ini berkata, cadangan penggantungan ke atas Anwar itu adalah selama enam bulan.
Dalam perkembangan berkaitan, laporan yang akan dibahaskan pada hari Khamis itu juga akan mencadangkan supaya Karpal Singh diberi teguran.
Teguran itu adalah berhubung tindakan Karpal mempertikaikan keputusan jawatankuasa berkenaan untuk merujuk sepucuk surat daripada Apco Worldwide tanpa mendengar keterangan daripada Anwar atau saksi lain.
Karpal merupakan antara ahli parlimen pembangkang yang turut menganggotai jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipertanggungjawab membincangkan isu 1Malaysia dan One Israel.
Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam tulisannya di laman Twitter hari ini berkata Anwar hampir pasti akan digantung.
Desas-desus bahawa Anwar akan digantung telahpun bertiup kencang semenjak ahli parlimen Permatang Pauh itu mengaitkan slogan 1Malaysia dengan Apco Worldwide.
Ini berikutan ucapan Anwar di Parlimen dengan mengemukakan contoh-contoh untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan slogan One Israel yang digunapakai oleh rejim Zionis itu.
Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaannya bahawa konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya dicedok daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.
Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.
Malaysiakini/- | Siri jelajah Anwar tetap bermula malam ini Posted: 13 Dec 2010 11:15 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Abdul Rahim Sabri Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke seluruh negara bermula hari ini hingga 19 Disember ini bagi memberi penjelasan berhubung pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa beliau terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang dihadapinya. Anwar dijadualkan berkongsi pentas bersama pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam ini di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.
Mengulas larangan polis kepada orang awam untuk tidak menghadiri ceramah malam ini, Anwar dalam twitternya berkata "Polis tidak benarkan - tanda Umno gentar dengan penjelasan. Saban hari diserang, mahu jawab dilarang."
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu. Polis juga katanya tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan.
Laporan Bernama itu memetik pegawai polis itu sebagai berkata pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut.
Pemangku ketua cabang Wangsa Maju Mazlan Abdul Jalil berkata segala persiapan untuk menjalankan majlis itu termasuk hebahan di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, telah dibuat sebelum ini.
"Kita cuba menjaga keselamatan malam ini. Seramai 50 hingga 60 petugas daripada PAS dan PKR akan menjaga keselamatan.
"Kita juga memaklumkan kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan persatuan peniaga memaklumkan penggunaan padang pada majlis ini.
Provokasi
"Tidak ada apa-apa gangguan. Ia tidak mengganggu lalu lintas dan tidak para peniaga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ditanya mengenai sama ada pihaknya memohon permit polis untuk mengadakan ceramah tersebut, Mazlan berkata pihaknya "ada memohon permit" dan "baru mengetahui ceramah itu tidak dibenarkan" selepas dimaklumkan kepadanya hari ini.
"Saya merayu supaya ceramah ini (boleh) diteruskan seperti mana yang dirancang. Kita berjanji akan menjaga hadirin yang hadir dengan sebaik mungkin daripada sebarang provokasi," katanya.
Selain itu, beliau juga merayu kepada hadirin supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan memberikan kerjasama kepada penganjur untuk menyelesaikan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.
Majlis tersebut bermula jam 9 malam ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.
Malaysiakini/- | Tangguh pemilihan Umno elak Zahid rempuh Muhyiddin? Posted: 13 Dec 2010 11:08 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : M Faqih SEKARANG ramai membawa tuala kecil atau tisu ke pejabat. Apa pula puncanya sehingga sebegitu rupa. Maklumlah cuaca tidak menentu sekarang. Panas bukan lagi sampai ke petang. Hujan pula tidak memanjang ke malam hari. Apa yang berlaku, hujan kemudian panas. Selepas itu panas dan kemudian hujan. Ia berlaku sejak dua minggu lalu kalau di Kota Bharu. Cuaca mendung memanjang. Langit nampak seolah-olah dekat di atas kepala.
Kesannya bagi mereka yang tidak kuat antibodi tentunya disingggahi selesema. Hingus yang tidak diundang pula muncul di pintu lubang hidung. Kadang-kadang tengkok jadi agak sendat. Suara pun bunyi agak parau.
Itu sebenarnya cerita demam kerana banjir. Namun sekarang demam lain pula. Demam jenis ini datang setiap empat tahun sekali. Jarang sangat boleh merapati lima tahun.
Demam itu tiba-tiba melanda lagi gara-gara Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan mulai Oktober 2011 hingga April 2013. Isyaratnya sudah jelas sekarang.
Ini kali keempat seorang Presiden Umno mengumumkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Umno yang sepatutnya diadakan tahun depan.
Pada 1999 Majlis Tertinggi Umno menangguh pemilihan parti ke tahun 2000. Selepas itu diadakan pilihan raya umum pada 29 November 1999 yang menyaksikan Barisan Alternatif mencipta satu sejarah.
Prof Loh Kok Wah, profesor sains politik dari USM menggambarkan di saat itu bermula politik baru di Malaysia. Politik baru digambarkan apabila orang Melayu yang sebelum ini menjadi penyokong setia Umno beralih kepada PAS dan Keadilan.
PAS mencatat satu rekod bersejarah apabila Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. PAS menghantar 27 wakil ke parlimen ketika itu.
Pemilihan Umno diadakan pada Mei 2000 yang menyaksikan pergolakan dalaman parti itu. Ramai ketua bahagian digantung jawatan dan keahlian angkara politik wang.
Kemudian pada Julai 2002 MT Umno sekali lagi menangguh pemilihan yang sepatutnya dilangsungkan pada Mei 2003. Pilihanraya umum ke-11 diadakan pada 21 Mac 2004.
Dan sekali lagi Umno melengahkan pemilihan di semua peringkat parti pada 2006 yang sepatutnya diadakan pada 2007. Penangguhan itu juga dibuat untuk tempoh 18 bulan. Ekoran itu pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Berdasar kepada senario tersebut kemungkinan besar pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum tamat tempoh penagguhan pemilihan Umno. Penangguhan selama 18 bulan bermula Oktober 2011, dan tempoh akhir April 2013.
Ini bermakna pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan sebelum April 2013. Malah sekitar Mei 2013 mandat parlimen bagi penggal ke-12 bakal berakhir.
Maka berasaskan sejarah lepas pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal dari tarikh tersebut. Atau kemungkinan juga diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Mandat kerajaan BN di Sarawak akan berakhir pada Julai 2011. Kalau seandainya pilihan raya umum ke-13 diadakan sekitar Mac hingga Jun 2011, bermakna hayat usia kerajaan di bawah Najib sekarang singkat dua tahun.
Namun, ramai penganalisis melihat pilihan raya sukar diadakan serentak dengan Sarawak memandangkan tumpuan BN akan bercempera. Namun kemungkinan itu tidak dapat ditolak apabila Najib berkira sangat dengan tarikh pilihan raya negeri diterajui PBB di bawah Tan Sri Taib Mahmud.
Demam PRU-13 juga dirasakan apabila Najib tanpa berselindung sudah bercakap soal calon BN. Pada konvensyen BN 2010 yang diadakan Ahad lalu di Wisma MCA, Najib memberi jaminan calon pilihan rakyat diberi keutamaan.
Konvensyen itu juga cuba diterjemahkan Najib atas semangat 1Malaysia apabila diadakan di luar PWTC. Malah difahamkan ada pemimpin meluahkan suara-suara tidak puas hati terhadap keputusan Najib memilih Dewan MCA sebagai tempoh konvesyen BN.
Mereka memberitahu Presiden Umno membuat keputusan dalam keadaan serba salah. Ia dibuat bagi memperlihatkan semangat 1Malaysia diterima semua komponen BN.
"Ramai pemimpin Umno tidak setuju dengan langkah Najib, namun mereka tidak berani mempertahankan hujah. Mereka akur dalam keadaan terdesak," kata sumber itu.
Anwar jadi kambing hitam
Difahamkan setiap kali mesyuarat Umno diadakan, isu Anwar sering diungkit-ungkit. Ini bermakna Anwar bukan sahaja de facto kepada Keadilan, sebaliknya Umno juga menjadi gelisah angkara Anwar.
Suara dalaman Umno pun kadang-kadang hangit sehingga ke luar. Rumusan akhir Umno bagi mendepani isu Anwar ialah memastikan hayat politiknya menjadi lebih pendek.
Sekarang pun dapat dilihat perbicaraan di Mahkamah Tinggi membabitkan kes Anwar, langsung tidak menyebelahinya. Buatlah apa sekali pun hakim sudah ada skrip yang hendak dibaca.
Kata orang kampung skrip itu seperti diterjemah mengikut kehendak Umno.
"Pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan selepas mahkamah memutuskan Anwar bersalah. Dan ketika itu Anwar sekali lagi diheret ke sel berdinding konkrit dan berjeriji besi," kata satu sumber yang rapat dengan Umno.
Namun, Umno atau Najib mungkin lupa momentum pilihan raya umum 1999 berlaku ketika Anwar terkurung di Sungai Buluh. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang selesa di Permatang Pauh kerana aura simpati terhadap Anwar begitu mendalam.
Pengundi Melayu ketika itu terarah banyak kepada BA kecuali undi kaum Cina dan India. Ketika itu BN mendapat undi popular sebanyak 55.5 peratus, manakala BA pula 44.5 peratus. Di kawasan parlimen yang nisbah pengundi Melayu pada tahap 90 peratus BN mendapat 4 kerusi manakala BN pula 21 kerusi.
Sebaliknya pada pilihan raya umum 2008, sebahagian pengundi Melayu kembali kepada Umno ketika Anwar tidak lagi berada di Sungai Buluh.
Mungkin agaknya Najib kurang sedar perkara itu. Aura terhadap Nelson Mendela lebih kuat ketika pemimpin Afrika Selatan itu berada dalam kurungan. Begitu juga Ayatollah Khomeni ketokohannya terserlah ketika beliau berada dalam buangan di luar Iran. .
Hari ini alasan paling afdal bagi menggambarkan sebab penangguhan pemilihan Umno sudah diketahui rakyat. Tiada alasan lain yang mampu diberi Perdana Menteri.
"Isu utama sekarang kerana sejarah menyaksikan pemilihan menyebabkan Umno hampir ranap. Sejarah 1987 masih kekal sehingga ke hari ini.
"Ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah hanya dipisahkan dengan 43 undi di belakang Dr Mahathir Mohamad. Selepas itu Umno diharamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainddin Awang Hamat.
Maka pada pemilihan yang mungkin diadakan pada akhir 2012 atau awal 2013, sekali lagi Umno akan dilanda kemelut. Malah lebih hebat kerana semua pemimpin Umno bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Kedudukan paling tidak selamat ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini sudah kedengaran suara-suara nakal di PWTC, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi akan diperturunkan sebagai anak jantan bagi team Najib.
Zahid dianggap sebagai pilihan terbaik untuk mencabar kedudukan Muhyiddin. Datuk Seri Hishamuddin Husien dianggap banyak pihak tidak mampu untuk membawa cabaran itu. Muhyiddin pula tentunya tidak mudah menyerah kalah.
Muhyiddin mungkin sekali lagi mengharapkan bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad. Singa tua seperti Mahathir sudah tidak mampu membuat apa-apa lagi ketika itu. Usia sudah benar-benar lanjut.
Orang Zahid dikatakan sudah mengatur langkah. Begitu Muhyiddin tidak akan duduk diam. Maka menyedari hakikat itu Najib tiba-tiba membuat kejutan menangguhkan pemilihan Umno mulai Oktober 2011 hingga April 2013
Biar apa pun alasannya, jelas penangguhan pemilihan Umno kerana mahu memberi laluan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Najib bimbang sangat Umno pecah lagi di penghujung usia parti tua itu sekarang.
Harakahdaily/- | Pemuda PAS Kelantan sediakan calon baru Posted: 13 Dec 2010 11:03 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Mohd Nor Yahya
KUBANG KERIAN,14 Dis: Pemuda PAS Kelantan akur dengan keputusan pimpinan parti untuk membuat perubahan dalam penentuan calon parti dalam Pilihanraya Umum akan datang, demikian dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Baihaki Atiqullah hari ini.
Mengulas kemungkinan PAS Kelantan akan menyenaraikan muka baru dalam PRU ke 13 nanti bagi menggantikan wakil rakyat yang kurang berprestasi selama ini, Baihaki berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan sentiasa bersedia dengan calon yang boleh diketengahkan.
Beliau juga berkata semenjak dulu lagi PAS Kelantan sentiasa mengambil kira dan meraikan calon dari kalangan pemuda dan kemungkinan untuk PRU akan datang juga akan ada muka baru dari kalangan pemuda PAS Kelantan.
"Saya dulu pun dipilih dari kalangan pemuda dan ketika itu saya berusia 26 tahun dan bertanding pada PRU ke 10 dan masa kini hanya ada dua sahaja iaitu saya dan Ketua Pemuda PAS Kelantan iaitu Adun Mengkebang "ujar beliau.
Baihaki ditemui di majlis Berkhatan beramai-ramai dalam Dun Pasir Tumboh, seramai 80 kanak-kanak telah diraikan dengan pancuran air dari Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta mendapat kerjasama dari enam pegawai perubatan.
Melalui program yang diadakan setiap tahun ini, Baihaki berkata ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk dalam Dun Pasir Tumboh disamping dapat menjimatkan belanja bagi menguruskan berkhatan untuk anak-anak.
"Melalui program ini, keluarga hanya dikenakan RM20 sahaja dan segala peralatan seperti penyediaan makanan ringan dan pulut kuning disediakan oleh Dun" ujar beliau.
Harakahdaily/- | Siasat punca pelacuran pelajar IPT Posted: 13 Dec 2010 11:00 PM PST 08 Muharam 1432H KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu kerajaan membuat siasatan terhadap punca berlakunya gejala pelacuran membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti didedahkan media baru-baru ini. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, siasatan tersebut juga perlu bagi melihat tahap keseriusan perkara tersebut, dan bagaimana untuk mencarai jalan penyelesaiannya. "Saya mewakili Dewan Pemuda PAS meminta kepada pihak-pihak yang berkenaan secara lansung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.
"Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini," katanya.
Media pada 9 Disember lalu melaporkan segelintir pelajar IPT terlibat dengan kegiatan pelacuran.
Menurut Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), kedapatan sebilangan siswa/wi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.
Mengulas lanjut perkara itu, Nasruddin berkata adalah tidak wajar apabila munculnya isu-isu sebegini, semua pihak saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu sedangkan ianya perlu diselesaikan bersama.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan, pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa\i malah jika perlu , DPP Malaysia juga bersedia memberi khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan.
"Sekali lagi Dewan Pemuda PAS mengingatkan, generasi mahasiswa/wi ini adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuha Negara. Rosak mereka menatijahkan kemunduran dan kerosakan yang bakal berlaku di dalam sesebuah Negara.
Harakahdaily/- | PAS mahu Suruhanjaya Diraja siasat Felda Posted: 13 Dec 2010 10:49 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 14 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Felda. Salahuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak) berkata, jawatankuasa bebas itu harus ditubuhkan kerana segala dakwaan terhadap Felda itu suatu yang serius dan merupakan isu rakyat terutamanya generasi Felda. "Saya atas kapasiti ahli parlimen akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku dalam Felda," kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Salahuddin turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai hasil keuntungan Felda. "Najib seharusnya berani menyatakan kepada umum berapa wang tunai Felda. "Beliau hanya menyatakan, jika semua saham Felda dicairkan, keuntungannya berjumlah RM4.3 bilion, tapi tak berani nyatakan wang tunai," katanya. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada ucapan Najib di majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya Ahad lalu. Tambahnya, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat ini agar tindakan segera dapat diambil berhubung isu ini. Sebelum ini Najib menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa. Harakahdaily/- | Barang naik, 1.8 billion untuk pilihanraya? Posted: 13 Dec 2010 10:40 PM PST Oleh : Hafizi Pauzi IPOH, 13 Dis :- Pengumuman kerajaan menaikkan minyak, gula dan gas secara berturut-turut telah memberi gambaran kepada kita bahawa keadaan eekonomi negara dalam keadaan tidak stabil, hal ini juga dengan jelas telah berbohong kepada rakyat .
"Belum pun cukup setahun, RON95 telah dinaikkkan kepada RM1.90 seliter, ini pembohongan yang jelas terhadap rakyat, seperti seorang penyamun yang telah mengaku tidak akan merompak lagi, tetapi menjelang malam kembali semula kepada rutin sebagai penyamun," kata ketua penerangan PAS Perak, Dr.s Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini. Baru-baru ini kita diuar-uarkan melalui akhbar oleh BN bahawa harga minyak tersebut tidak akan dinaikkan tahun ini, tetapi belum pun sempat rakyat membuat persiapan terhadap kenaikan tersebut, tiba-tiba harga RON 95 dinaikkan dengan serta-merta.
"Saya juga bimbang dengan janji dalam bajet 2011 yg mengatakan harga tol tidak dinaikkan'. Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, pelbagai harga barang akan naik berikutan kesan kenaikan harga minyak itu.
Tambahnya lagi, situasi sekarang menggambarkan bahawa rakyat tidak perlu menunggu GST dilaksanakan secara rasmi untuk "menikmati" kenaikan harga barang, rakyat dapat "merasai" kenaikan tersebut pada masa ini.
"Kerajaan seolah-olah tidak ada rasa bertanggungjawab terhadap hak rakyat, rakyat berhak untuk memperoleh nikmat subsidi terhadap barangan perlu kerana wang subsidi itu bukannya wang BN tetapi wangnya sediri iaitu wang rakyat." katanya.
"Rakyat tidak boleh membiarkan BN mewenang-wenangnya memutuskan sesuatu dengan serta-merta dalam soal kelangsungan keperluan asas rakyat, berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dengan membawa gelombang Negara berkebajikan," katanya lagi.
| Edisi Pahang: Keghairahan Puak-Puak UMNO BN Meneroka "Lombong Bijih Besi", Mereka Seronok Makan Isi Tapi Rakyat Derita Di Paksa Hidu Debu Posted: 13 Dec 2010 07:47 PM PST 08 Muharam 1432H KUANTAN, 13 Dis - Kewujudan tempat simpanan bijih besi berhampiran Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan, didakwa menyebabkan masalah debu yang serius sehingga menjejaskan kehidupan harian serta kesihatan penduduk. Tinjauan mendapati, keadaan jalan kampung berkenaan dipenuhi debu yang berterbangan, terutama apabila kenderaan berat melalui jalan terbabit dan keadaan bertambah teruk ketika cuaca panas.
Seorang penduduk, Manap Muda, 58, mendakwa, penduduk kampung berkenaan sudah lama berdepan masalah debu, namun keadaan semakin buruk selepas kewujudan tiga tempat simpanan bijih besi berhampiran kampung berkenaan. Katanya, kehadiran lori yang mengangkut bijih besi itu turut menyumbang kepada masalah itu, malah mereka akan berulang alik melalui kampung ini hampir 24 jam sehari apabila ada kapal yang yang memunggah bahan berkenaan berlabuh di pelabuhan.
"Keadaan itu menyebabkan debu bijih besi berterbangan dan mencemari udara di kampung ini hinggakan kami terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah setiap masa untuk mengelak rumah dikotori dengan debu," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selamat berkata, masalah debu terbabit juga menyebabkan kesihatan penduduk kampung terjejas, terutama kanak-kanak apabila mereka sering batuk dan jatuh sakit.
"Masalah ini sudah dibawa ke pihak atasan termasuk pengurusan tertinggi Pelabuhan Kuantan dan saya dimaklumkan bahawa pihak berkenaan sudah mengeluarkan arahan supaya lori yang mengangkut bijih besi terbabit tidak dibenarkan membawa lebih muatan dan perlu menutupnya dengan kemas dan rapi," katanya lagi.
Bukti, Manap menunjukkan kesan debu bijih besi yang mencemari sebuah pondok perhentian bas di Kampung Selamat Kuantan
Seorang pengusaha kedai makan, yang hanya mahu kenali sebagai Sam, 50, pula berkata, masalah debu yang dihadapi penduduk turut menjejaskan perniagaannya kerana debu berkenaan mencemarkan makanan serta mengotorkan kedainya.
"Cermin dan meja makan sentiasa dipenuhi debu menyebabkan kami terpaksa membersihkan setiap masa, malah saya pernah menerima rungutan daripada pengunjung terutama orang luar mengenai masalah berkenaan. "Kami berharap tempat simpanan bijih besi berkenaan dapat dipindahkan ke lokasi lain dan terletak lebih jauh dari rumah penduduk, manakala lori yang mengangkut bahan itu ke pelabuhan pula perlu melalui laluan lain," katanya.
[Memang benar di Pahang ini trend memohon kawasan lombong bijih besi sudah menjadi-jadi. Difahamkan lebih 200 permohonan diterima oleh pihak yang berkenaan setiap bulan. Kebanyakkan yang memohon adalah mereka yang mempunyai kepentingan politik atau ada hubungan rapat dengan kerajaan UMNO BN itu sendiri. Anehnya, ada sesetengah kawasan yang mempunyai gred bijih besi yang bermutu tinggi telah digazetkan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan kemudian diberikan kepada kontraktor yang sama termasuk terbaru di kawasan Lipis.
Difahamkan syarikat terbabit juga mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Pahang itu sendiri. Kawasan yang baik akan digazetkan kepada PKNP untuk kroni. Manakala kawasan yang mutu bijih besinya kurang kualiti itu sahajalah yang boleh dipohon oleh orang lain. Akhirnya banyak lesen melombong (MC) yang diluluskan tetapi tidak diusahakan kerana hasil tidak memuaskan.
Bijih besi akan dibawa dengan lori bertan-tan sehari untuk ke Pelabuhan Kuantan sebelum dihantar ke negara China. Maka, sebelum kapal tiba ia akan disimpan dilokasi yang berkenaan yang akhirnya mengundang bahawa kepada penduduk seperti yang didedahkan. Inilah bukti rakyat makan debu sebaliknya puak-puak UMNO BN seronok makan isi dan hasilnya. Inilah senario sebenarnya !!]. | Khir Toyo digantung dari semua jawatan parti Posted: 13 Dec 2010 07:18 PM PST 08 Muharam 1432H Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri, Dr Mohd Khir Toyo telah digantung dari semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu. Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan tersebut tidak ada hubungannya dengan pertimbangan kepentingan politik BN, tetapi ditetapkan dalam perlembagaan parti.
Akhbar Sinar Harian melaporkan beliau berkata, sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya.
Menurut Tengku Adnan, yang juga ahli parlimen Putrajaya, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.
Menurut Sinar Harian lagi, Khir, yang juga ADUn Sungai Panjang, menerima surat dari ibupejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember - dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya.
Sambil menyifatkan keputusan parti itu sebagai "prosedur biasa", Khir berkata, beliau akan mematuhi keputusan penggantungan tersebut, tetapi akan terus memberi bekerjasama, sumbangan dan menawarkan perkhidmatan untuk bahagiannya yang kini dipangku oleh timbalannya, Datuk Ramli Norani.
Katanya, penduduk Sungai Panjang tidak perlu bimbang kerana beliau akan memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.
Yang penting, katanya, usaha BN untuk merampas semula kerusi DUN Sekincan diteruskan.
Khir yakin Ramli akan dapat meneruskan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini.
Ramli, 63, sebelum ini merupakan bendahari Umno bahagian Sungai Besar (2004-2009) sebelum menang jawatan timbalan ketua bahagian.
Semalam, sekumpulan kira-kira 200 pemuda dilapor menubuhkan Gagasan Bertindak DUN Sungai Panjang (GABUS) sebagai tanda sokongan kepada Khir dan Umno bahagian Sungai Panjang.
Diketua oleh Mohd Safar Abdullah, mereka menyerahkan memorandum sokongan kepada Khir yang dikatakan telah ditandatangani oleh lebih 300 "pengundi musa".
Safar berkata, GABUS mengutuk tindakan pihak-pihak tertentu untuk mengganggu keharmonian dan perpaduan umno bahagian Sungai Panjang.
Malaysiakini/- | Perbanyakkan institut pengajian berasas pondok Posted: 13 Dec 2010 06:46 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 13 Dis: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husein mahu para pendakwah di negeri ini terutamanya sebelah pulau membanyakkan institusi pengajian dan pembangunan sekolah berasaskan sistem pondok.
Ini, katanya supaya generasi hari ini diselamatkan daripada terlibat dengan gejala yang membawa kepada kemunduran.
Lagipun, ujarnya kerajaan negeri memberi galakan dan ingin memastikan sistem itu diwarisi dengan cantik kerana sistem pendidikan negara tidak mampu menangani permasalahan moral yang begitu gusar sekarang.
Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bantuan terhadap pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dikembalikan seperti biasa dan perbincangan boleh dibuat asalkan ada kesungguhan.
"Sekolah berasaskan pondok agak kurang di Pulau Pinang terutamanya di sebelah pulau, maka apa salahnya individu yang berpengalaman dan berkemahiran berbuat demikian untuk mencambahkan keilmuan kepada generasi yang memerlukan, "ujarnya ketika berucap merasmikan buku 'Biografi Tuan Guru Dato' Nik Aziz' di Masjid Batu, kelmarin
Turut hadir dalam pelancaran buku tulisan Profesor Dr Shahrir Mohd Zain itu iqlah penulis Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad serta novelis, Azizi Abdullah.
Beliau juga mahukan peningkatan peranan masjid agar lebih ceria dan bertanggungjawab dengan memeriahkan program kepada masyarakat.
Menurutnya, masjid boleh pergi jauh dan bukan sekadar hanya untuk menunaikan sembahyang bahkan boleh menjadi pendidik kepada golongan remaja apabila mengetengahkan pelbagai program keremajaan.
"Kita hendaklah jadikan masjid sebagai 'kerajaan kecil' yang mampu mengawal dan mengendalikan masyarakat setempat dengan baik. Jika kerajaan kecil dapat menyelamatkan masalah masyarakat ia satu penghormatan, " terangnya.
Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah.
"Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih. Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya.
Harakahdaily/- | Najib sahkan BN terdesak Posted: 13 Dec 2010 06:22 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR 13 Dis: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung kenyataannya bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir Malaysia selain Barisan Nasional (BN). Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu amat berbahaya dan menggambarkan BN sedang membuat perancangan untuk melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Ini satu kenyataan yang berbahaya kepada proses demokrasi dalam negara kita. Ia memberikan gambaran bahawa kalau Umno BN tak menang, siapa pun tak menang.
"Ini menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang akan dilakukan, apa yang akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang ini?
"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu aan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga berkata, Najib seolah-olah terdesak dan tidak yakin mampu mempertahankan BN sehingga mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.
"ni satu ugutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga bukan sekadar ugutan tapi seperti persiapan dan perencanaan untuk menghadapi pilihan raya.
"Perdana Menteri sendiri seakan-akan tidak yakin untuk menang tapi pasti tidak akan ada pihak lain yang akan menang," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama berkata, kenyataan Najib itu merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia.
"Kita minta Perdana Menteri buat kenyataan yang jelas, sekiranya rakyat memilih selain daripada BN, mereka akan serah kuasa dengan cara yang bertangungjawab dan amanah seperti mana dalam proses demokrasi," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kenyataan itu menggambarkan BN seolah-olah berniat melanggar proses demokrasi di negara ini.
"Ini menggambarkan sebenarnya Umno/BN tidak mengamalkan konsep demokrasi berparlimen,tidak percaya kepada pilihan raya malah awal-awal lagi mengugut dan memberi isyarat bahawa itulah sikap beliau dan sikap Umno BN.
"Ini ternyata bercanggah dengan segala yang kita perjuangkan selama ini.
"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast di Benua Afrika, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," katanya.
Sabtu lalu, Najib mengeluarkan kenyataan demikian yang disiarkan media arus perdana.
Harakahdaily/- | Mana dokumen rasmi ketuanan Melayu? Posted: 13 Dec 2010 06:04 PM PST 08 Muharam 1432H Oleh : Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.
"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.
"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.
"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.
Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.
"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.
"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.
Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan.
Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.
Harakahdaily/- | Malaysia pilihan pelancong Islam global Posted: 13 Dec 2010 05:56 PM PST 08 Muharam 1432H GEORGE TOWN - Malaysia kini menjadi pilihan pelancong Islam kerana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk halal, kata Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Zainuddin Abdul Wahab. Beliau berkata potensi pelancongan Islam di Malaysia terbuka luas dengan faktor penyumbang lain kepada potensinya ialah dasar liberal negara yang menawarkan keselesaan dalam pelbagai segi.
"Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mempunyai tahap keselesaan tinggi terhadap isu halal bukan saja pada makanan dan minuman, malah keperluan peribadi serta kemudahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zainuddin berkata berdasarkan kajian yang dilakukan, pelancong terutama yang beragama Islam memilih Malaysia kerana mereka senang mendapatkan makanan halal, kemudahan tempat beribadat, pelancongan berasaskan kesihatan, kepelbagaian budaya dan warisan serta suasana yang aman.
Katanya ITC yang diiktiraf Kementerian Pelancongan akan terus mempromosikan produk pelancongan Islam dari Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Sinar Harian/- | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan