KEDAH online Posted: 23 Oct 2010 03:31 AM PDT |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 23 Oct 2010 03:08 AM PDT |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak Posted: 23 Oct 2010 01:17 AM PDT Jom Kita Ber BBQ Posted: 22 Oct 2010 10:53 AM PDT Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang bercadang untuk mengadakan majlis ramah mesra serta berkenal-kenalan antara ahli-ahli AMK Bukit Gantang.
Kami AMK Bukit Gantang juga menjemput semua AMK yang berdekatan untuk sama-sama hadir dan kenal-mengenali.
Majlis dijangka dimulakan pada jam 9.30 malam dengan hidangan BBQ istimewa (Kambing). Majlis dialog pula dijadual akan diadakan jam 10.00 malam untuk mendengar hasrat anak-anak muda untuk manfaat dan kebaikan mereka.
Lokasi: No 5 Lorong 1, Taman Molek SIMPANG Perak: 600 meter selepas simpang Simpang dan 500 meter sebelum simpang Taman Kaya.
| Chegubard |
| |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 22 Oct 2010 11:22 PM PDT Laporan Ucapan Najib, SKMM Siasat Malaysiakini Posted: 22 Oct 2010 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Okt :- Akhbar web portal, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menjalankan satu lagi siasatan berhubung laporan berita yang disiarkan semalam berkaitan perhimpunan Agung UMNO. Laporan berita akhbar portal berkenaan, kedua-duanya berhubung ucapan pembukaan perhimpunan agung yang ke 61 parti berkenaan oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak bertajuk "We must defend Putrajaya at all costs: Najib and PM moves to snuff out racial debates". Pegawai SKMM, yang menjalankan siasatan, Mohd Syukri Jamaluddin telah berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama tengahari tadi dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk merekodkan kenyataan daripada Ketua Editornya, Steven Gan. Menurutnya, Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Malaysiakini dalam laporan beritanyanya melaporkan bahawa Mohd Syukri sebagai berkata beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap akhbar portal berkenaan. Dalam pada itu, Gan menyifatkan siasatan yang dijalankan oleh SKMM sebagai 'membuang masa' sambil berkata, " Ia sesuatu yang tidak masuk akal, SKMM menyiasat kedua-dua laporann berita yang disiarkan kerana ia adalah berasaskan ucapan Najib sendiri". "Kami tidak memutarbelitkan apa yang diucap beliau (Najib). Segala yang dilaporkan oleh Malaysiakini diambil dari ucapannya," katanya dalam laporan berita oleh Malaysiakini. Mengikut akta Komunikasi dan Multimedia, mana-mana individu yang didapati bersalah menyiarkan kandungan 'yang tidak sopan, palsu, dan mengganggu atau menyinggung dengan niat untuk mengugut, mengganggu sesiapa, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara.
Sumber: TVSelangor
| Kebebasan Media - Barisan Nasional 'Cakap Tak Serupa Bikin' Posted: 22 Oct 2010 04:19 AM PDT SHAH ALAM 22 OKT: Tindakan pihak polis mengambil tindakan tegas menyoal siasat dan menyita komputer riba milik blogger, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan hanya menunjukkan kerajaan Umno-BN tidak serius dalam memberikan dan menghormati kebebasan media. Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berkata kerajaan Umno-BN 'cakap tak serupa bikin' dalam hal kebebasan media dan kerajaan juga tidak serius apabila menyatakan kerajaan Umno-BN akan menjadi 'whistleblower' mendedahkan penyelewengan. "Bila sahaja sesuatu media, walaupun yang tidak memusuhi parti pemerintah Umno-BN seperti Rocky Bru mendedahkan sesuatu, mereka (kerajaan Umno-BN) juga ambil tindakan keras menggunakan pihak berkuasa," tegas Tian Chua. Kata beliau, kerajaan bukan sahaja tidak serius mempertahankan kebebasan media tetapi dapat dilihat kerajaan Umno-BN kembali kepada taktik lama mereka menyekat media. "Rocky Bru hanya membawa kes penyelewengan yang khusus tetapi itupun tidak diberikan toleransi oleh kerajaan Umno-BN. Sekali lagi membuktikan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak berupaya mempertahankan kebebasan media," katanya lagi. Beliau seterusnya menyatakan, dalam amalan prinsip demokrasi, kritikan dan serangan terhadap kerajaan adalah perkara biasa. Tian Chua menegaskan sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan amanah, Dr Rais sepatutnya dapat menerima kritikan dengan membetulkan keadaan sekiranya apa yang didakwa oleh Rocky Bru adalah benar. "Kalau dakwaan Rocky Bru benar, Dr Rais Yatim patutnya betulkan keadaan dan sekiranya dakwaan Rocky Bru tidak tepat, maka Dr Rais Yatim patut menunjukkan fakta yang sebenar. "Itu sahaja, mengapa perlu mengugut akan mengambil tindakan polis dan sebagainya?" tanya beliau lagi.
Sumber: TVSelangor
| Nazri Dibidas Perkecil Resolusi IPU Posted: 22 Oct 2010 04:17 AM PDT SHAH ALAM, 22 OKT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz tidak seharusnya memperkecilkan pandangan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes konspirasi kedua Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, daripada memperkecilkan atau mempertikaikan resolusi yang diambil oleh IPU, Nazri sepatutnya meneliti laporan tersebut untuk rujukan. Menurutnya lagi, selain imej negara yang telah tercemar di persada antarabangsa dengan prosiding yang meragukan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut bersikap angkuh terhadap pandangan pertubuhan itu. Sivarasa menambah, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Nazri seharusnya mengambilkira pandangan masyarakat luar sebelum mengeluarkan kenyataan sombong membidas laporan yang dikeluarkan IPU. "Nazri perlu tidak memandang ringan dasar ini dan menganggap IPU badan yang tidak dipeduli dengan serius dan bagi saya Nazri akan lebih bertanggunjawab jika beliau menerima pandangan ini selain memberi nasihat kepada pemerintah Malaysia," ujar beliau kepada TV Selangor petang tadi. Perbicaraan konspirasi kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh IPU dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktober lalu. IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu. Sivarasa yang juga peguam Datuk Seri Anwar berkata, pandangan yang diberi oleh pertubuhan luar negara tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan imej institusi pemerintahan yang memperlihatkan ketidakadilan dalam mengedali kes berprofil tinggi. Beliau menambah, alasan yang diberikan Nazri agar IPU tidak campur tangan sudah tidak boleh diterima kini. Beliau turut mengambil pendekatan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia yang konsisten mengecam kekejaman regim Zionis terhadap Palestine. "Komen yang diberi bahawa IPU tidak boleh campur dalam hal Malaysia adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima di era moden kerana sudah jadi amalan biasa badan antarabangsa memberi komen atas apa yang berlaku di negara-negara lain," jelas beliau. Antara yang terkandung dalam resolusi yang dibuat oleh IPU menyebut Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, telah menolak permohonan pasukan peguambela untuk membatalkan pendakwaan terhadap tertuduh berikutan dakwaan perhubungan sulit antara Farah dan Saiful. IPU juga menggesa supaya pasukan peguambela diberikan layanan yang sama seperti pasukan pendakwa yang merupakan elemen penting keadilan sesuatu perbicaraan yang sedang dijalankan. Menurut resolusi itu, ia akan memberikan impak yang tidak sihat dan akan menyebabkan penghakiman yang dibuat gagal menepati ciri keadilan sejagat. IPU juga menggesa Malaysia menghormati Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNHCR yang dianggotai oleh negara ini dan menegakkan usaha melindungi hak asasi manusia.
Sumber: TVSelangor
| Auku Tidak Relevan, SMM Sokong Mahasiswa UKM Sertai Perhimpunan Umno Posted: 22 Oct 2010 04:16 AM PDT SHAH ALAM 22 Okt - Pembabitan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Perhimpunan Agung Umno 2010 menunjukkan keterbukaan dan kebebasan telahpun diberikan kepada mahasiswa untuk menghadiri mana-mana majlis parti politik di negara ini. Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman menyatakan SMM dan keseluruhan mahasiswa d negara ini menyokong prinsip kebebasan berpolitik seperti mana termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara untuk menyuarakan sokongan kepada sesiapa sahaja. "Saya merasakan sudah tiba masanya kebebasan ini diberikan kepada seluruh mahasiswa di dalam negara ini," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam. Beliau berkata, atas dasar hak dan kebebasan yang sama beliau meminta agar pihak pentadbiran UKM berlaku adil di dalam menangani kes empat mahasiswa yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di mana mereka didakwa berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu. Katanya lagi, pihak pentadbiran UKM sewajarnya berlaku adil dan bijaksana di dalam kedua-dua kes ini, kerana jika pihak UKM menyatakan kedua-dua mahasiswa yang menyertai Perhimpunan Agung Umno itu bebas menyuarakan sokongan maka pihak UKM juga perlu membebaskan empat mahasiswa UKM yang didakwa berkempen di Hulu Selangor daripada sebarang tuduhan. "Jika pihak UKM masih dengan sikap 'double standard' terhadap mahasiswa sendiri, maka ini adalah suatu sikap yang jelas memalukan pihak UKM sendiri sebagai pentadbir universiti di negara ini. "Ini juga menunjukkan pihak pentadbiran UKM itu sendiri kini bertindak sebagai jentera tidak rasmi UMNO untuk memenuhi keperluan dan kepentingan politik sempit sesetengah pihak," kata Mohd Ridzuan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa pihak UKM perlu membebaskan empat mahasiswa UKM yang disabitkan di bawah Auku daripada segala tuduhan yang dikenakan ke atas mereka, jika pihak universiti memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua mahasiswa UKM yang menyertai Perhimpunan Agung Umno seperti diperuntukkan di dalam Auku. Sumber: Suara Keadilan | Gamis Kecam Pertunjukan Fesyen Naungan Rosmah Hina Islam Posted: 22 Oct 2010 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR 22 Okt - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo baru-baru ini yang jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW. Menurut Gamis pastinya pemikiran sempit ini semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. Gamis mempersoalkan di mana perginya badan agama dan NGO Islam yang sebelum ini lantang dalam Forum Perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur ayat 31. Kata pertubuhan itu dalam kenyataan medianya semalam, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat adalah suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada Islam. "Gamis mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. "Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensetif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark. Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya," tegas Gamis dalam satu kenyataan medianya semalam. Sehubungan itu Gamis memuji tindakan pertubuhan tertentu yang akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo. "Gamis menyambut baik usaha yang di lakukan ini dalam menyatakan cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan juga kemuliaan Islam itu sendiri. Rakyat perlu sedar dan perlu membuka mata, penghinaan sebegini rupa terhadap Islam perlu kita minta dipertanggugjawabkan. Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, berkata badan itu meminta anak muda dan Gamis negeri supaya turut sama turun menyatakan bantahan terhadap kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya dan juga bersama menyedarkan masyarakat akan kepentingan kembali kepada Islam yang sebenar. "Majlis Politik Nasional Gamis bersetuju terhadap bantahan yang di buat oleh masyarakat atas dasar ingin menuntut penjelasan dan penjernihan semula dari Rosmah," ujar Mohd Yusof. Sumber: Suara Keadilan | |
Haniza Talha - Landscaping New Politics Posted: 22 Oct 2010 09:10 PM PDT |
Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim Posted: 22 Oct 2010 07:24 PM PDT APAKAH INI PETANDA PRU-13 SEMAKIN HAMPIR... Posted: 21 Oct 2010 09:26 PM PDT Kerja2 penurapan jalan sedang giat dijalankan disebuah taman dimana selama 17 tahun (menurut penduduk setempat) tiada kerja2 penurapan jalan bahkan adakalanya jalan berlubang besar mengambil masa berbulan-bulan untuk ditampal. Apakah ini petanda bahawa PRU-13 akan memunculkan diri dalam masa terdekat ini..??? Menurut pekerja2 yang menjalankan kerja2 penurapan tersebut bahawa selepas kerja2 penurapan selesai di taman ini, mereka akan melakukan kerja di 4 taman yang lain dalam DUN Skudai. Ini menguatkan lagi ramalan penulis bahawa dalam tempoh 6 bulan akan datang akan berlakunya PRU-13 namun persoalannya, apakah Keadilan telah bersedia untuk menghadapi sebarang pilihanraya..??? Selepas selesai pemilihan pimpinan di peringkat Cabang, kini Keadilan menghadapi satu lagi pemilihan diperingkat pusat. Yang menjadi agent/wakil calon sibuk melobi dan bertemu ahli2 sedangkan tanggungjawab utama setelah dipilih sebagai pimpinan di peringkat Cabang diabaikan. Rakyat menanti apakah sentuhan atau tindakan dari pimpinan Cabang yang baru dilantik/dipilih. Tidak kira samada AMK/Wanita atau Cabang, yang pastinya mereka menanti apakah pendekatan baru yang mampu dilakukan oleh barisan kepimpinan keadilan Cabang yang baru. Apakah kita akan membiarkan rakyat harus menunggu lagi???? Atau apakah kita masih mahu menunggu masa yang sesuai untuk bertindak...???? | |
Anwar Ibrahim Posted: 22 Oct 2010 07:04 PM PDT ‘Mendaya’ Atau ‘Memperdaya’ Bangsa? Posted: 22 Oct 2010 10:23 AM PDT Dari Harakah Oleh Dzulfikar Mashoor Perkataan ‘mendaya’ yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ dilihat mengelirukan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi ‘mendaya’ adalah ialah “menjalankan tipu daya (muslihat), menipu”. Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah ‘mendaya’ yang tepat. “Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan,” dipetik dari halaman 278 kamus tersebut. Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, “ucapan bertajuk ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)". Dijangkakan kalimah ‘mendaya’ yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan. | Pakatan Rakyat Tetap Junjung Dan Pertahan Perlembagaan Posted: 22 Oct 2010 10:18 AM PDT Dari Suara KEADILAN Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub memberi jaminan tegas bahawa semua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dijunjung dan dipertahankan jika rakyat menyerahkan amanah pentadbiran Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. “Bagi saya, rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu percaya bahawasesiapa pun yang bakal memerintah kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semua kepentingan ini tetap akan dipertahankan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. “Rakyat perlu percaya, bahawa kalau KEADILAN, PAS dan DAP memerintah, semua kepentingan Melayu dan bukan Melayu akan terus dipertahankan kerana Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan. “Maka, kalau pemimpin-pemimpin tertentu Umno mendakwa bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau Umno kalah dalam PRU13 nanti, itu semua adalahdakyah Umno untuk membodohkan rakyat semata-mata,” tegas Mustaffa dalam kenyataan medianya semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkata kepentingan Melayu tidak akan dipadamkan walaupun dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Hujah Najib, ini kerana untuk mengubah soal kepentingan Melayu dalam Perlembahaan memerlukan persetujuan 9 anggota Majlis Raja-Raja Malaysia. “Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak mampu mengubah apa-apa jua tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai oleh sembilan Orang Raja-Raja Melayu,” ucap Najib di Perhimpunan Agung Umno petang semalam. “Kalau pemimpin-pemimpin dari Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) mendakwa bahawa kuasa Melayu akan musnah kalau rakyat memberi mandat kepada KEADILAN, PAS dan DAP, itu juga adalah dakyah untuk mengugut rakyat supaya tidak menolak politik rasis dan kronisme Perkasa dan Umno,” ujar Mustaffa yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak. Beliau menjelaskan di Parlimen, pemimpin KEADILAN serta Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Oposisi merangkap Ketua Umum bertarung dengan Umno dan Barisan Nasional demi menyelamatkan berbilion-bilion wang rakyat daripada dibazirkan pada dengan beberapa projek mewah dalam Bajet 2011 seperti Menara Warisan Merdeka, Permata, MRT, 1MDB dan sebagainya yang jelas menafikan hak majoriti rakyat. “Di Dewan Rakyat sekarang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang giat menasihatkan Najib supaya tidak meneruskan projek pencakar langit di atas kemiskinan rakyat yang akhirnya mengundang kebinasaan tamadun. “Di Dewan Rakyat sekarang, Lim Guang Eng, Setiausaha Agong DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan bertungkus lumus mendesak suatu suruhanjaya ditubuhkan supaya RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang hilang dapat disiasat dan dikembalikan kepada rakyat, khususnya orang Melayu,” ujar beliau. Mustaffa berkata selaku Naib Presiden KEADILAN beliau mengajak rakyat baik Melayu mahupun bukan Melayu supaya memperkukuh keyakinan masing-masing serta membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya supaya Malaysia mempunyai masa depan yang jauh lebih aman, bermaruah dan sejahtera sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan. “Rakyat mesti membantu Pakatan Rakyat. Saya mahu mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan Pakatan Rakyat tetap mempertahankan ketertinggian Perlembagaan; tidak ada rakyat baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dizalimi sebagaimana ketika era Umno-BN memerintah negara. Malaysia lebih sejahtera sekiranya rakyat menolak politik rasis, kronisme, pembaziran, adu domba angkara pemimpin-pemimpin tertentu negara,” tegas beliau lagi. | Kenyataan Media: Yuran Tahunan Pemilihan Posted: 22 Oct 2010 10:15 AM PDT –KENYATAAN MEDIA:– 22 OKTOBER 2010 Biro Politik Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Oktober 2010 telah memutuskan untuk mengenepikan keperluan anggota membayar yuran tahunan bagi turut serta dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2010. Keputusan ini dibuat atas semangat meraikan demokrasi dalam reformasi satu anggota satu undi yang mula dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang-Cabang KEADILAN baru-baru ini. Diharapkan dengan keputusan ini, anggota-anggota KEADILAN dapat turut sama dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010. SAIFUDDIN NASUTION SETIAUSAHA AGUNG | Lawatan Kerja DSAI Di Miri,Sarawak Sabtu 23 Okt 2010 Posted: 22 Oct 2010 10:06 AM PDT Program Lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Miri, Sarawak 23 Oktober 2010 (Sabtu) 12.00 – 3.00 ptg – Jamuan dan Perjumpaan dengan Rakyat Sarawak Lokasi – Rumah Dr Michael Teo Yu Ken Ketua Cabang KeADILan Miri 349, Jalan Tanjung, Miri, Sarawak Ucapan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Nizar Jamaluddin, YB Wong Hock Leng dan Pimpinan Pakatan Rakyat akan disampaikan. 3.00 – 5.00 ptg – Perjumpaan dengan pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat Sarawak Lokasi – City Hotel, Miri 7.00 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana Lokasi – Rumah Dr Michael Teo Yu Ken 349, Jalan Tanjung, Miri, Sarawak Penceramah : 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Azmin Ali 3. YB Nizar Jamaluddin 4. YB Wong Hock Leng 5. Ybhg Mat Sabu 6. Ybhg Baru Bian | Demi kuasa, Umno Kelantan tergamak hina Nik Aziz Posted: 21 Oct 2010 10:36 PM PDT Oleh Ahmad Albab Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO. Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz: "Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.” Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dgn DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V. Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan. Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V? Fikir-fikirkanlah.. | Lawatan Kerja Anwar Ibrahim ke Batu Sapi, Sabah – 24 Oktober 2010 Posted: 21 Oct 2010 09:51 PM PDT 24 Oktober 2010 (Ahad) 9.00 pagi – Mesyuarat MPN di Hotel Sabah, Sandakan — 11.00 Pagi – Pelancaran Jentera Pilihanraya KeADILan Lokasi: Pejabat KeADILan, Bandar Ramai-Ramai, Batu Sapi Ucapan-ucapan akan disampaikan oleh YB Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution, YB Fauziah Salleh, YB Zuraida Kamaruddin, YBhg Tamrin Jailani, YBhg Chua Jui Meng dan lain-lain pimpinan KeADILan. — 1.30 tghari – Himpunan Isu Tanah Sabah Lokasi: Dewan Hakka Batu 5, Jalan Utara Sandakan Ucaptama oleh: 1. YB Anwar Ibrahim 2. YB TG Haji Hadi Awang 3. YB Lim Kit Siang — 5.00 ptg – Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Batu Sapi Lokasi: Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan Pelancaran oleh: 1. YB Anwar Ibrahim 2. YB TG Haji Hadi Awang 3. YB Lim Kit Siang 4. Pimpinan Pakatan Rakyat | Jadual Acara Anwar Ibrahim di Pulau Pinang – 22 Oktober 2010 Posted: 21 Oct 2010 09:31 PM PDT 12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Jamek Permatang Batu Simpang Empat 5.30 ptg - Perjumpaan dgn YB ADUN, MP, Ahli Majlis, Ketua Cabang KeADILan Pulau Pinang Lokasi - Bayan Room, Hotel Equatorial, Bukit Jambul 7.30-11.00 mlm - Majlis Makan Malam Tahunan KEADILAN Pulau Pinang Lokasi - Matahari Ballroom, Hotel Equatorial, Bukit Jambul Penceramah: 1. YB Anwar Ibrahim 2. YAB Lim Guan Eng 3. YB Mansor Othman 4. YB Khalid Samad 7.30 – 1100 mlm – Majlis Makan Malam Anjuran DAP Pulau Pinang Lokasi – Tempat Letak Kereta Pasar Seri Uda, Jalan Raja Uda Butterworth Penceramah: 1. YB Anwar Ibrahim 2. YAB Lim Guan Eng 3. YB Lim Kit Siang 4. YBhg Mat Sabu | |
anjung setiawangsa Posted: 22 Oct 2010 03:18 PM PDT Anak bekas ADUN Guchil calon PR di Galas Posted: 21 Oct 2010 06:16 PM PDT
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini. "Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai 'Calon Kita' bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad," umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima. Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham. Biodata Zulkefli: Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996. Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978. Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak. Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya. Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra. Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992. Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat. Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat. Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang. Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang. Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti. Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam. | |
Wee Choo Keong Posted: 22 Oct 2010 03:16 PM PDT MCMC: How is the USP being managed? Posted: 21 Oct 2010 08:52 PM PDT Of late, the Malaysian Communication & Multimedia Commission (MCMC) has been in the news for reasons best known to itself. The blogger, Rockybru, has been investigated by MCMC for one of his postings and his “Ferrari” was also detained. YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Minister of Information, Communication and Culture has lodged a [...] | Thank you DBKL for your prompt reply Posted: 21 Oct 2010 07:39 PM PDT A reader has posted a comment in my blog regarding the upgrading of Jalan Genting Kelang. It was forwarded to DBKL Jabatan Kerja Awam for its response. Dear YB, Currently Jalan Genting Kelang is being upgraded. Unfortunately DBKL has closed up some junctions along the road dividers which where originally there in the first place. [...] | |
Wee Choo Keong Posted: 22 Oct 2010 01:22 PM PDT MCMC: How is the USP being managed? Posted: 21 Oct 2010 08:52 PM PDT Of late, the Malaysian Communication & Multimedia Commission (MCMC) has been in the news for reasons best known to itself. The blogger, Rockybru, has been investigated by MCMC for one of his postings and his “Ferrari” was also detained. YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Minister of Information, Communication and Culture has lodged a [...] | Thank you DBKL for your prompt reply Posted: 21 Oct 2010 07:39 PM PDT A reader has posted a comment in my blog regarding the upgrading of Jalan Genting Kelang. It was forwarded to DBKL Jabatan Kerja Awam for its response. Dear YB, Currently Jalan Genting Kelang is being upgraded. Unfortunately DBKL has closed up some junctions along the road dividers which where originally there in the first place. [...] | |
AMK Shah Alam Posted: 22 Oct 2010 01:10 PM PDT |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 22 Oct 2010 11:06 AM PDT Pembangkang bela peniaga Pasar Alor Gajah Posted: 21 Oct 2010 08:39 PM PDT Sinar Harian 22 Okt 2010 ALOR GAJAH - Rasa tidak puas hati sekumpulan peniaga Pasar Alor Gajah, dekat sini berikutan tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengeluarkan saman turut mendapat perhatian pemimpin pembangkang. Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adli Zahari berkata, isu itu sebenarnya sudah wujud sejak bermulanya operasi menaik taraf perhentian bas di pekan berkenaan. Akibatnya, katanya, ia menyebabkan perniagaan di pasar berkenaan terjejas. Beliau yang turun padang selepas mendapat aduan daripada peniaga meminta MPAG bertolak ansur dengan peniaga selepas banyak kawasan sekitar pasar berkenaan ditutup untuk operasi naik taraf perhentian bas. Katanya, tindakan saman itu mengakibatkan pendapatan peniaga terjejas sehingga 50 peratus kerana kurangnya pelanggan akibat kesukaran tempat meletak kereta. "Kalau kita tengok hari ini pun, pasar ini lengang saja dan tidak ada orang hendak datang disebabkan mereka takut kenderaan mereka disaman. Sedangkan tempat meletakkan kereta menjadi masalah dan MPAG perlu ambil kira faktor ini," katanya. Beliau berkata, adalah tidak masuk akal apabila anggota penguat kuasa sanggup mengeluarkan saman atas nama 'tuan punya kereta sorong' dan menyelitkan surat saman berkenaan di tepi kereta sorong, sedangkan peniaga tidak menjalankan perniagaan pada hari itu. "Ini menjadi kebimba-ngan apabila nanti muncul pula 'tuan punya bakul, tuan punya sayur' dan ini bagi saya sudah melampau. Malah ada antara peniaga yang disaman pada tarikh mereka menjelaskan bayaran saman sebelumnya dan ini mewujudkan diskriminasi terhadap peniaga," katanya. Ketua Pemuda DAP Negeri Melaka, Tey Kok Kiew pula menyifatkan sikap segelintir anggota penguat kuasa MPAG menggunakan bahasa kesat terhadap peniaga seperti 'binatang' dan 'anjing' adalah tidak bermoral dan tidak bertamadun. "Kompaun dikeluarkan pihak majlis adalah satu kos yang tinggi bagi peniaga ditambah pula dengan hasil perniagaan yang terjejas teruk apabila pengguna semakin kurang untuk datang membeli barang di pasar ini. "Saya berharap Yang di-Pertua MPAG dapat membuat satu sesi dialog dengan peniaga supaya dapat menjelaskan kepada mereka perkara yang sebenar agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan selesa dan tidak memberi tekanan kepada mereka," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8318109.asp | Tawaran Ibadah Korban Istimewa YAMNS 1431H Posted: 21 Oct 2010 07:43 PM PDT Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Ibadan Korban sempena Hari Raya Idil Adha 1431H. Ibadah korban ini akan dikhususkan di kawasan penempatan, taman perumahan, projek perumahan rakyat, rumah pangsa di mana terdapat lebih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang kurang berkemampuan sekitar Seremban dan Negeri Sembilan. Daging korban ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tawaran untuk 1 bahagian lembu ialah RM350 dan untuk 1 bahagian kambing ialah RM450. Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan. Untuk penyertaan dan pertanyaan sila hubungi : Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.comRozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.comPn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.comHakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com | Hidup Melayu, Hidup Kadazan, Hidup Jakun, Hidup Mamak Posted: 21 Oct 2010 04:59 PM PDT Petikan ucapan penuh Najib PAU ke 61 - Najib's 61st Umno General Assembly full speech NST 2010/10/21 Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah muallaf bertakrif Melayu Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam, Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum, http://www.nst.com.my/nst/articles/PMNajib_s61stUmnoGeneralAssemblyfullspeech/Article/Najib berpuisi gambarkan bangsa Melayu 2010/10/21 KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan kata-kata perangsang yang bernas dan semangat berkobar-kobar ketika menyampaikan ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno ke-61 hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak turut berpuisi untuk menyampaikan mesejnya. Perdana Menteri memetik bait-bait nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang dan gurindam daripada tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu. Bagi menggambarkan asal usul bangsa Melayu, Najib berpuisi: Melayu itu, kaya falsafahnya, Melayu itu, orang yang bijaksana, Akal budi bersulamkan daya. Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu. Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu, Malah mualaf bertakrif Melayu. Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam, Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum, Kita bersama dalam serumpun. Sebaik selesai membacakan puisi itu sambil tersenyum simpul, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 2,543 anggota perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ucapan Presiden UMNO itu, yang disiarkan melalui siaran televisyen litar tertutup, turut mendapat sorakan daripada pemerhati dan hadirin di luar Dewan Merdeka yang penuh khusyuk mengikuti ucapannya. Najib kemudian meneruskan puisinya bagi menggambarkan perpaduan dan agama di negara ini. Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan. Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan. Daripada perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan: Menjadi pemimpin sifatnya agung, Syarak dipakai adat dijunjung. Hidupnya mengabdi kepada rakyat, Taat setia membela umat. Di akhir petikan puisi itu, Najib membacakan rangkap yang menyimpulkan Melayu sebagai: Dijadikan induk kuat berdiri, Umat sentosa bertuahlah negeri. "Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. "Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat," kata Najib. Presiden UMNO itu berkata keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara. – BERNAMA http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibberpuisigambarkanbangsaMelayu/Article/index_html | BALA, BALA, ribut di Jelebu, N.Sembilan Posted: 21 Oct 2010 04:56 PM PDT 32 rumah dilanda ribut Utusan Malaysia 22 Okt 2010
JELEBU 21 Okt. - Penduduk di Kampung Durian Tipus dekat Simpang Pertang di sini berhadapan detik mencemaskan apabila sebahagian besar atap, bumbung dan zink rumah diterbangkan ribut dalam kejadian pada pukul 5 petang semalam. Dalam kejadian itu, 32 rumah, sebuah sekolah dan balai raya mengalami kerosakan teruk apabila ribut kencang yang tiba-tiba berlaku di kawasan berkenaan mengejutkan penduduk dan pelajar yang mendiami asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir (SMKTH), di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, kejadian itu merupakan terburuk yang pernah berlaku di kawasan berkenaan. ''Saya difahamkan dalam kejadian itu, sebuah kolam ternakan ikan turut mengalami kerosakan. Kita telah menerima laporan, 32 rumah kediaman rosak dan ada yang teruk sehingga tidak boleh didiami kerana atap habis diterbangkan," katanya di sini malam tadi. Chen Pin ditemui pemberita semasa melawat mangsa kejadian ribut di Simpang Pertang dan turut ditemani Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan. ''Setakat ini kita telah pun menyalurkan bantuan segera kepada penduduk di kawasan berkenaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi yang lain," katanya. Buat masa ini, katanya semua kerosakan sedang dinilai dan kerajaan akan segera membaiki kerosakan rumah penduduk supaya mereka dapat kembali mendiami rumah masing-masing. ''Kerajaan akan membantu sedaya upaya kepada semua mangsa dan berharap mereka bersabar dengan kejadian yang menimpa itu," katanya. Chen Pin yang berada di lokasi kejadian melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak menjangka ia sebegini teruk. ''Kita bersyukur kerana tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini, walaupun ada di antara mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kita akan berikan bantuan nasihat dan kaunseling kepada mereka," katanya. Tambahnya, bantuan bencana seperti selimut, bantal dan keperluan asas telah diuruskan oleh agensi berkaitan dan kerja-kerja membaiki kerosakan juga sedang dilakukan hari ini. Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad, berkata, pihaknya kini menganggarkan kerugian yang dialami SMKTH termasuk bumbung, siling yang rosak akibat kejadian ribut semalam. ''Jumlah kerugian itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk diberikan perhatian segera dan melakukan baik pulih untuk keselesaan pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Abdullah juga dimaklumkan bahawa beberapa asrama yang menempatkan pelajar turut mengalami kerosakan selain beberapa dewan peperiksaan untuk pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ''Pada masa sama, kita telah meminta pihak sekolah menyediakan pelan tindakan alternatif bagi membolehkan peperiksaan percubaan SPM dilaksanakan," katanya. Dalam pada itu, seorang penduduk, Nor Azizah Rony, 33, yang ditemui memberitahu, kejadian itu berlaku dengan pantas mengakibatkan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang. Nor Azizah bersyukur kerana dalam kejadian itu kesemua ahli keluarganya terselamat walaupun sebahagian besar barangan dalam rumahnya mengalami kerosakan. ''Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana segera memberikan bantuan kepada kami dan penduduk di sini," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm | |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 22 Oct 2010 09:17 AM PDT Hipokrasi UMNO Dalam Memperjuangkan Bangsa Posted: 21 Oct 2010 08:19 PM PDT Dari Tv Selangor Pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hak istimewa orang Melayu sudah 'terkunci kemas' dan tidak boleh digugat tanpa perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu adalah bukti jelas bahawa parti itu tidak mampu membela orang Melayu. Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan akhbar bagi mengulas ucapan [...] | Familiar face to represent PAS against BN in Galas Posted: 21 Oct 2010 08:18 PM PDT Harakahdaily GUA MUSANG, Oct 22: PAS has chosen the party’s Gua Musang division acting chairman Dr Zulkefli Mohamad, who contested against Tengku Razaleigh in 2008, as its candidate for the upcoming Galas by-election. MEET OUR MAN … PR leaders gather around PAS candidate Zulkefli (in baju melayu); (from left) PAS deputy president Nasharudin Mat Isa, [...] | Dr Zulkefli calon PAS di Galas Posted: 21 Oct 2010 08:16 PM PDT Harakahdaily GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas. Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar [...] | |
Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan Posted: 22 Oct 2010 07:15 AM PDT Hak Melayu terjamin tanpa Umno, hak Rosmah yang tak terkunci kemas Posted: 22 Oct 2010 02:50 AM PDT Dalam ucapan dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan. Bertentangan dengan jerit pekik pak yet-pak yetnya di dalam Umno dan Perkasa, apa yang tersirat dengan begitu terang dan jelas dalam ucapan Najib itu ialah hakikat bahawa Umno tidak lagi relevan dan tak diperlukan sama sekali untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu. Sebab itulah Presiden Umno itu kata, "sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung". Ucapan Najib itu dengan sendirinya menjelaskan kepada kita bahawa apa yang diperjuangkan oleh Umno kini hakikatnya bukanlah hak-hak istimewa orang Melayu yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi sebenarnya hak istimewa Umno. Hak istimewa Umno tidak terkunci kemas dan sebab itulah parti itu mesti menjadi ganas untuk mempertahankannya. Antara hak istimewa Umno ialah hak Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi Perdana Menteri de facto ketika Najib dilihat tidak lebih dari de jure Prime Minister sahaja, hak untuk menjadi parti perasuah, hak untuk membantai kekayaan negara termasuk melalui projek-projek yang tiris sana-sini, hak untuk menyalahgunakan kuasa, hak untuk merampas tanah rezab Melayu sehingga tinggal 1.7 hektar sahaja dalam laporan 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar ketika negara mencapai kemerdekaan, hak untuk mencantas-cantas dan mengkudungkan kuasa politik Melayu seperti yang dilakukannya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, hak untuk merentap bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, hak untuk merembat saham Bumiputera, hak para pemimpin Umno untuk membina istana mewah demi istana mewah untuk diri mereka, hak para pemimpin Umno untuk meneruskan hobi memperbanyakkan koleksi kereta mewah dan pelbagai hak rakyat yang dirampas secara kurang ajar oleh Umno. Kesemua hak Umno itu tidak terkunci kemas dan sebab itulah Najib menyalak macam orang gila: Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan! Tak payah cakap besarlah, Najib. Sejarah di mana-mana pun membuktikan apabila bangkit kuasa rakyat, para pemimpin yang jahat awal-awal lagi cabut lari ke luar negara membawa harta kekayaan yang mereka rompak. Yang tinggal ternganga-nganga ialah pak yet-pak yet mereka yang tak serik-serik ditipu. Tok sah cakap banyaklah Najib, puak mana yang banyak membawa lari wang ke luar negara sekarang melalui sistem hawala yang sebahagian besarnya dikuasai Mamak-Mamak money changer? Capital flight yang dikatakan mencanak sampai RM11 bilion itu duit siapa yang dibawa keluar sebenarnya? | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan