PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 12 Feb 2011 03:25 PM PST PELUANG PAS TIPIS DI MERLIMAU ? Posted: 12 Feb 2011 07:17 AM PST Hasrat Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi dewan undangan negeri kawasan Merlimau di Melaka pada pilihan raya kecil 6 Mac depan boleh diibaratkan bermimpi di siang hari.
Meskipun beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dijangka menggempur Merlimau, namun BN diramal akan tetap menang dengan selesa.
Sebahagian besar daripada kira-kira 10,471 pengundi terdiri daripada 64.69 peratus pengundi Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus India manakala selebihnya kaum lain 0.04 peratus dikatakan amat berpuas hati dengan prestasi BN setakat ini.
Mereka juga menjangka rezeki akan datang mencurah-curah dan segala kemudahan diperolehi.
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) parlimen Jasin antara agensi yang awal-awal lagi mengumumkan hasrat mengagihkan pinjaman perniagaan berjumlah RM800,000 tahun ini.
Biarpun terdapat dakwaan kemudahan itu hanyalah sekadar gimik pilihan raya namun, di sebaliknya peluang itu wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh masyarakat peniaga.
Di samping itu, menjelang pilihan raya kecil ini beberapa peruntukan diluluskan kerajaan untuk manfaat penduduk Merlimau keseluruhannya.
Baik pulih 100 rumahSebanyak RM500,000 telah diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di Merlimau. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, peruntukan di bawah dana 1 MDB itu akan digunakan bagi membaik pulih kira-kira 100 buah rumah terpilih seluruh kawasan Merlimau. Menjelang pilihan raya kecil ini juga, masyarakat nelayan turut menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini. Mohd Ali berkata, perancangan kerajaan negeri, dengan pembinaan jeti berbumbung berkenaan merupakan yang pertama di Melaka dan di negara ini. Jelasnya, bumbung sepanjang 150 meter itu akan dibina di kiri dan kanan jeti berkenaan bagi membantu kira-kira 53 nelayan di lokasi berkenaan meningkatkan pendapatan mereka. Lebih menarik lagi apabila Jeti Muara Sungai Merlimau itu juga sekaligus akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini. Taman Kucing dan Taman Monyet Idea kreatif ketua menteri Melaka itu juga turut merencanakan pembinaan Taman Monyet dan Taman Kucing di situ bagi memastikan haiwan terbiar itu menjadi tarikan kepada pelancong luar. Jelasnya, pembinaan taman itu merupakan idea daripada nelayan-nelayan memandangkan mereka prihatin dengan nasib kucing yang menjadikan kawasan itu habitat mereka. Selain itu, sebuah menara tinjau juga akan dibina bagi kemudahan dan keselamatan nelayan di muara berkenaan. Sementara salah seorang nelayan, Said Bakar, 46 berkata, dia terkejut kerana pelan yang dilukis mengenai pembinaan jeti itu diterima oleh Mohd Najib dan Mohd Ali. "Idea ini dihasilkan oleh pera nelayan bersama-sama dan kami sangat terharu kerana ia mendapat perhatian. "Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana memberi ruang kepada para nelayan menaikkan rezeki. "Semoga impian kami untuk mendapat penempatan nelayan yang tercanggih di Melaka dapat direalisasikan," katanya. Di samping itu, masyarakat peniaga turut melahirkan harapan sama, mahu pendapatan mereka meningkat sempena Merlimau menjadi tumpuan oleh pelbagai masyarakat luar. Antara yang melahirkan harapan itu, seorang peniaga warung di tepi jalan, Kamedah Md Zin, 53, yang mengharapkan peniaga putu piringnya meningkat dari segi permintaan sekaligus beroleh pendapatan berganda. "Memanglah, mak cik harap orang ramai akan mengunjungi Merlimau ini sepanjang proses kempen pilihan raya nanti. Mak cik juga ingin melihat pendapat meningkat daripada biasa," katanya. Semakin dapat sambutan
Tidak ketinggalan turut meluahkan hasrat sama, seorang peniaga makanan tradisional, Puttree Md Jani, 41, yang mengharapkan hasil jualannya semakin mendapat sambutan.
"Dengan adanya ramai pengunjung luar, diharapkan hasil jualan termasuk kuih-kuih tradisional akan semakin mendapat sambutan sekaligus meningkatkan pendapatan kami sekeluarga," katanya.
PRK Dun Merlimau juga turut menyaksikan kerajaan tetap menitik beratkan soal pendidikan apabila mengumumkan peruntukan kira-kira RM4 juta bagi pembinaan dua buah sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Merlimau.
Selain itu, beberapa batang jalan dan pelbagai kemudahan awam kini dalam proses dinaikkan taraf bagi manfaat semua masyarakat khususnya di dalam Dun Merlimau.
Meskipun penamaan calon belum diadakan, namun rata-rata pengundi dikatakan sudah membuat pilihan mereka. |
| PAS BERI LALUAN DI MERLIMAU & KERDAU? Posted: 12 Feb 2011 07:15 AM PST AL-FATIHAH.
ADUN Kerdau, Dato' Zaharuddin Abu Kassim meninggalkan dunia selepas jatuh kerana serangan sakit jantung di rumahnya. Sewaktu serangan jantung tersebut, isteri beliau dikatakan pulang menziarahi ibunya yang tinggal berdekatan.
Dengan pemergian Allahyarham, negara akan berhadapan dengan pilihanraya kecil ke 16 selepas pilihanraya umum lalu, yang bakal diadakan selepas PRK Merlimau awal Mac nanti.
Sehingga blog ini ditulis, Perlis adalah merupakan satu-satunya negeri yang belum berpeluang mengadakan pilihanraya kecil.
Bagai diatur, tiga pilihanraya kecil yang terakhir ini diadakan di kawasan yang boleh disifatkan sebagai kubu Barisan Nasional. Setelah calon-calon Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi, PAS diamanahkan untuk memikul tanggungjawab di Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Di Tenang, PAS tewas. Saya tidak mahu meramalkan keputusan di Merlimau dan Kerdau. Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615, manakala pada tahun 2004, BN menewaskan PAS dengan majoriti 2,565 undi. Kerdau mempunyai 13 daerah mengundi dengan 8,452 pemilih (2008) di mana 89% adalah Melayu, Cina 6%, India 4% dan selebihnya adalah lain-lain kaum.
Membaca komentar di Twitter dan Facebook, saya dapati cukup ramai yang menulis betapa negara mengadakan terlalu banyak pilihanraya kecil sejak 2008.
Atas semangat itulah, maka saya ingin menyarankan agar kedua-dua kerusi Merlimau dan Kerdau ini diisi oleh parti penyandang secara tanpa pertandingan. Untuk itu, PAS bolehlah memberikan laluan kepada BN di kedua-dua tempat tersebut.
Cadangan ini dibuat bukan kerana saya mengatakan PAS tidak boleh menang. Dalam mana-mana pilihanraya, semua parti politik ada peluang untuk menang. Adalah menjadi kesilapan besar untuk BN merasakan ia boleh menang mudah di Merlimau dan Kerdau. Sebelum ini, saya membuat ingatan yang sama di Tenang.
Saya faham cadangan ini akan mengundang rasa kurang senang di kalangan sesetengah penyokong PAS. Namun saya fikir cadangan ini adalah juga hasrat ramai rakyat yang ingin melihat pemimpin politik yang dipilih memberikan tumpuan kepada pengurusan kerajaan; bukannya menghabiskan sumber dalam pilihanraya kecil yang entah bila akan tamat.
Sementara PAS atau mana-mana parti ada hak untuk meletakkan calon, namun saya fikir hanya pemimpin politik yang berjiwa besar sahajalah yang mampu menimbangkan cadangan ini secara objektif.
Saya faham ramai pemimpin politik politik – termasuklah dari PAS yang bercita-cita besar untuk menjadi wakil rakyat – dan tidak mahu dilihat menyerah kalah kepada BN sebelum berjuang. Saya juga faham ada penyokong Pakatan Rakyat yang bimbang diperlekehkan seperti sesetengah mereka yang memperlekehkan BN dalam pilihanraya kecil Penanti dulu. Kebimbangan itu ada asasnya.
Bagaimanapun, satu perkara yang kita perlu ingat: PAS pernah tidak mengambil bahagian dan memberikan laluan kepada BN dalam pilihanraya kecil Batu Talam, Pahang beberapa tahun dulu. Malah, BN juga pernah tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kecil di Penanti yang membolehkan Dr Mansor Othman menang mudah dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Maksudnya, ia bukanlah sesuatu yang anih. Ia boleh dilakukan, kalau mahu.
Oh ya, sekiranya PAS masih bertegas untuk bertanding di Merlimau dan Kerdau, maka saya katakan:
SILAKAN! |
| PRK Merlimau: Utamakan Calon Berwibawa Posted: 12 Feb 2011 07:13 AM PST A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DENGAN kemenangan besar dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor 30 Januari lalu, Barisan Nasional, khasnya Umno, wajib mula memberi tumpuan kepada pemilihan calon yang bermutu.
Peluang melakukan tugas ini lebih cerah dan mudah di negeri-negeri di mana Umno kuat seperti Johor dan Melaka.
Jadi, pemilihan calon yang berwibawa, bersih, disenangi serta sihat tubuh dan akal wajib menjadi matlamat utama dalam pilihan raya kecil Merlimau.
Media atas talian melaporkan tujuh orang pembesar tempatan Umno, termasuk bekas Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof, telah disenaraikan untuk pertimbangan BN pusat.
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dijangka mengumumkan calon BN pada 24 Februari, dua hari sebelum penamaan calon. Pengundian adalah pada 6 Mac.
Nama-nama lain yang disenaraikan adalah Ketua Wanita Zaleha Bujang, Ketua Pemuda Zaidi Atan, Ketua Puteri Siti Faezah Aziz dan ahli jawatankuasa bahagian Nasser Selamat, Nasir Bazir dan Roslan Ahmad.
Mungkin BN/Umno tidak perlu berjudi dengan Mohd Said yang tercemar imejnya akibat pendedahan media pada tahun 2006 di mana dia didakwa meminta layanan istimewa daripada Kastam dan Eksais Melaka berkaitan kargo balak dari Indonesia yang diimport oleh syarikatnya.
Lagipun dia tidak dipilih bertanding semula dalam pilihan raya umum 2008. Tapi dengan rekod BN dan kerajaan yang suka mengitar semula pembesar-pembesar yang dipertikai wataknya, adalah tidak mustahil Mohd Said dikitarkan semula.
Eloklah BN/Umno memikirkan orang baru yang lebih muda, berpelajaran, berwibawa dan tidak tercemar oleh masalah peribadi dan kerjaya. Populariti saja tidak cukup kerana seorang yang popular tidak semestinya berkualiti.
Kalau BN dan Umno serius mengenai kelangsungannya, ia hendaklah menempatkan dirinya sebagai parti masa depan yang bersih, mesra generasi muda dan komited.
Satu lagi, seperti diuar-uar dan dijanjikan, calon BN itu nanti biarlah orang yang diketahui sihat atau setidak-tidaknya pun tidak menderita penyakit yang mengancam nyawa (life threatening).
Merlimau adakah kerusi selamat BN/Umno. Dalam PRU 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan yang meninggal pada usia 54 tahun menang dengan majoriti 2,154 undi atau 27.5 peratus undi popular.
Dia menewaskancalon Pas, Mejar (b) Jasme Tompang. Mohamad Hidhir memperoleh 4,981 undi atau 63.8 peratus undi sah manakala Jasme mendapat 2,827 atau 36.2 peratus.
Hal yang sama wajib diberi perhatian oleh Pas setelah pemilihan calon PRK Tenang dikatakan menjadi masalah kepada parti itu. Pas masih boleh memberi tentangan yang bermakna kepada BN.
Dikotomi politik Melaka sebenarnya adalah antara Umno dan DAP, di mana pengundi Melayu umumnya memihak kepada Umno (BN) manakala undi Cina dan India memihak kepada DAP.
Dalam PRU 2008, BN menang 23 daripada 28 kerusi DUN Melaka. Baki dimenangi oleh DAP. |
| NOSTALGIA 1974 - MOTIVASI PAS DI MERLIMAU Posted: 12 Feb 2011 07:06 AM PST Selepas lebih 35 tahun terpinggir dari persidangan DUN Melaka, pilihan raya kecil Merlimau akan datang menyemarakkan kembali semangat PAS yang 'kempunan' tewas di tangan BN dalam pilihan raya umum lalu.
"Sentimen itu, tentulah orang (pembangkang) Melaka berharap sangat. Jika dibanding dengan negeri lain, mereka jauh tertinggal (berbanding pencapaian pembangkang negeri lain).
"Bagaimanapun, kita kena kerja keras," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari (kanan) ketika diminta membandingkan harapan di Merlimau dengan nostalgia kemenangan mereka pada tahun 1974.
PAS ketika itu bergabung bersama Umno dalam BN.
Selepas kemenangan pertama dan terakhir di DUN Sungai Udang hingga kini, PAS gagal memenangi sebarang kerusi di negeri kubu kuat BN itu.
Bagaimanapun, Merlimau dianggap antara kerusi berpotensi parti Islam itu di Melaka.
Penanda aras
Dalam pilihan raya umum tiga tahun lalu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Adly memberitahu, peluang mereka kini lebih cerah, berdasarkan jumlah pengundi bukan Melayu - yang didakwa makin memihak kepada Pakatan Rakyat - agak besar di kawasan itu.
"Berdasarkan prestasi 2008, prestasi kita di Merlimau menyaksikan swing (perubahan) undi sebanyak 19 peratus, tertinggi di Melaka," katanya sambil memberitahu sepanjang sejarah pilihan raya di Melaka, undi Melayu tidak banyak berubah.
Daripada 10,471 pengundi di DUN itu, 64.69 peratus adalah Melayu, Cina (21.11 peratus), India (14.16 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.04 peratus.
Adly juga berkata, Merlimau merupakan penanda aras bagi kemenangan Pakatan di Melaka.
"Merlimau ini kawasan separa bandar. Kalau di sini kita menang, sudah tentu kawasan-kawasan bandar yang lain akan turut tumbang," katanya sambil berkata 'kesan domino' itu akan melanda DUN Bukit Baru, Teluk Mas dan Paya Rumput.
Jayathas tak 'kacau daun'
Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan itu - ke-15 selepas pilihan raya umum lalu - akan berlangsung di Merlimau ekoran kematian Mohamad Hidhir semalam akibat serangan jantung.
Manakala seorang pemimpin PAS negeri pula memberitahu, kemenangan mereka kali ini penting bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan Melayu-Islam dalam DUN Melaka ekoran pembangkang hanya diwakili DAP dalam dewan.
Umno mempunyai 18 kerusi di DUN negeri, MCA (4), MIC (1) dan DAP pula lima mendapat kerusi.
Sementara itu, kemungkinan besar akan berlaku pertembungan dua penjuru antara PAS dengan BN di DUN itu memandangkan bekas calon PKR pada 2004 S Jayathas (kini pemimpin Parti Hak Asasi - HRP) tidak menunjukkan minatnya.
"Saya tidak berminat... Saya hanya ingin tumpu pada perkara lain sekarang," kata ketua penerangan HRP itu yang mendakwa sedang sibuk menguruskan program berhubung hak kumpulan minoriti di negara ini.
Dalam pilihan raya umum 2008, Jayathas kalah teruk di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 5,087 undi. |
| PAS mungkin meletakkan wanita dalam senarai calon mereka pada pilihan raya kecil kawasan dewan undangan negeri (DUN) Merlimau. Posted: 12 Feb 2011 07:03 AM PST < Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lalu dengan meletakkan calon wanita tidak sesekali menggoyahkan hasrat parti itu untuk mempertaruhkan calon wanita untuk bertanding di Merlimau nanti.salehuddin ayub, vice president pas"Faktor kekalahan dan juga kemenangan bukanlah bergantung kepada jantina kerana yang penting adalah komitmen calon untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian markas induk PAS DUN Merlimau oleh mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Muhibbah, di Melaka.Menurut Salahuddin, tidak kira wanita atau lelaki, PAS akan menurunkan calon-calon yang pastinya boleh membawa kepada perubahan kepada DUN Merlimau."Seperti yang dipersetujui Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan calon PAS bagi bertanding dalam PRK DUN Merlimau, jadi calon-calon yang akan kami turunkan pastinya sesuatu yang beri pembaharuan dalam PRK dan DUN Merlimau.azlan"Kita tunggu mesyuarat PAS pusat esok dan pengumuman mengenai siapa calon sebenar akan dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi."Saya yakin pengumuman itu akan dibuat di Merlimau," katanya.Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.
| TUGASAN KETUA BAHAGIAN.... Posted: 12 Feb 2011 06:59 AM PST Selesaikan masalah dalaman - Najib 12/02/2011 4:50pm
KUALA LUMPUR 12 Feb — Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua bahagian supaya menyelesaikan segera masalah dalaman di bahagian masing-masing agar parti lebih mantap dan padu.
"Kita dengar apakah permasalahan dalaman. Saya telah nasihat pada mereka supaya lebih padu lagi, dari segi kepimpinan,
"Mana-manapun ada (masalah dalaman), tetapi tidak sampai parti kita rapuh seperti parti lain, tidak ada yang tinggalkan UMNO. Cuma kita minta mereka kendurkan perselisahan faham di bahagian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan 152 Ketua Bahagian UMNO di sini.
Najib berkata, walaupun perselisihan faham itu tidak boleh diselesaikan 100 peratus, sekurang-kurangnya ia boleh diredakan supaya tidak menjejaskan perjalanan bahagian terbabit.
Najib menyifatkan perjumpaan beliau dengan ketua bahagian UMNO hari ini sebagai cukup berfaedah walaupun mengambil masa yang panjang memandangkan beliau dapat mendengar hasrat daripada ketua bahagian yang kebanyakannya bukan merupakan ahli parlimen, serta rintihan rakyat yang dikemukakan mereka. — Bernama |
| PM jumpa 152 Ketua Bahagian UMNO Posted: 12 Feb 2011 06:57 AM PST 12/02/2011 2:05pm
KUALA LUMPUR 12 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan 152 ketua bahagian Umno bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan kaedah untuk menyelesaikannya dengan segera.
Pertemuan itu bermula pukul 8.30 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pertemuan 152 ketua bahagian UMNO dari seluruh negara itu tidak membabitkan Menteri Besar, Anggota Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri.
Beberapa ketua Umno bahagian yang ditemui berkata, mereka telah membincangkan masalah yang dihadapi dan membentangkan kepada Perdana Menteri yang kemudian menyarankan beberapa cadangan untuk menyelesaikan perkara tersebut. — Bernama |
| Kempen PRK DUN Merlimau secara harmoni - Pas Posted: 12 Feb 2011 06:54 AM PST 12/02/2011 4:35pm
JASIN 12 Feb — Pas akan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau berjalan baik dalam suasana harmoni.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, partinya yang bakal meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil itu, berharap akan wujud suatu keadaan di mana orang ramai tidak perlu risau dengan suasana berkempen dan pengundi merasa selesa untuk keluar mengundi pada 6 Mac ini.
"Saya mangambil kesempatan ini menyatakan bahawa kita bersedia untuk berkempen, bertarung di sini dengan cara sihat, dengan cara demokratik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Markas Induk Pas bagi pilihan raya kecil itu oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Merlimau dekat sini, hari ini.
Salahuddin berkata harapan parti itu berdasarkan kepada suasana pilihan raya kecil kerusi DUN Johor kawasan Tenang pada 30 Jan lepas yang berlangsung dengan baik tanpa berlaku insiden yang tidak diingini.
Ditanya adakah Pas akan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, beliau berkata "Itu satu kemungkinan sebab saya pun belum lagi melihat senarai nama calon". — Bernama |
| al fatihah -ADUN Kerdau meninggal dunia Posted: 12 Feb 2011 06:49 AM PST ADUN Kerdau meninggal dunia12/02/2011 9:01pm TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini. Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. - Utusan
ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada jam 6.30 petang.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus. "Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air," kata Supt Zundin. Pilihan raya kecil ke-16 Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang. Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. 12 wakil rakyat meninggal dunia Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.
Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.
Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara. |
| PARTI ANGKUT SAMPAH Posted: 11 Feb 2011 04:32 PM PST 18:56 Admin 03/12/2008 6:21pm KOTA BAHARU 3 Dis — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu. "Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Nngeri di sini hari ini.
Pada muktamar Pas yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.
Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu nanti, Nik Aziz berharap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dipilih semula menjadi calon parti itu. - Bernama PEWARISMELAYU KATA :
Apa guna taruk nama Parti Islam Se-Malaysia kalau ahlinya ada orang bukan Islam? Kita tukar saja lah nama parti kepada Parti Ajaran Sesat ataupun bak kata ABE Mie, Parti Angkut Sampah! |
| Posted: 11 Feb 2011 04:25 PM PST | Why ex-envoy Malott has got it all so wrong Posted: 11 Feb 2011 04:20 PM PST 2011/02/12
Share |
IFIND it mindboggling that the former United States ambassador to Malaysia, John R. Malott, could be so wrong in his assessment of the current state of racial relations in this country ("The Price of Malaysia's Racism" -- Asian Wall Street Journal, Feb 8). It was written sadly at a time when the US and Malaysia are enjoying their best ever relationship thanks to President Barack Obama and Datuk Seri Najib Razak. I can understand the ouster of then deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim would still haunt Malott to this day. He has, of course, every right to make his own judgment of what happened back then. For the record, it took place 13 years and two prime ministers ago, historically speaking that is.
I am sure we have all moved on even if he has not. Too many things have changed since then. One positive thing Malott should understand is that freedom of speech and expression has reached new heights as a result of that incident. Malaysians are becoming more open, more vocal and more assertive. The Internet has changed the way people perceive the government, the media and themselves.
Malott should be proud of that fact if he is at all a supporter of all things free and open. The alternative spaces are widening, bloggers are having a field day and people's journalism is making inroads. We have seen the repercussions of that "open policy" -- Barisan Nasional was punished, rightly or wrongly, at the last general election. BN accepted the fact. But BN stands by its motto that this country is better ruled by a coalition of race-based parties than those based on chauvinistic dogmas and fundamentalist leanings.
It is so easy, if Malott had paid some attention while he was here, to play to the gallery. Just play the racial card. Portray oneself as the champion of a particular race. The temptation is irresistible. But BN and the parties in the coalition choose not to, the bigger agenda supersedes short term gain.
In a country like Malaysia, it is easy to create racial tension -- a cow's head, slices of pork, destruction of temples and mosques -- all hell can break loose. Just like that. But that is not the Malaysian way. We have survived despite our problems these many years. After all, we are not perfect. Just last week, I wrote about the imperfections that I noticed in race relations in this country over the years. In "a bubbling, bustling melting pot of races and religions", it is impossible to be perfect. We are just too diverse, too different. But that does not mean we cannot live alongside each other. We have a reasonably good record in race relations management compared with many other countries. But why should we compare ourselves with others? The US, too, has its racial problems the last time I checked.
Perhaps Malott spends too much time listening to a hotchpotch of diplomatic gossip and irresponsible murmurs, so much so that he finds it difficult to differentiate fact from fiction, truth from hearsay. He was here when Malaysia registered the best ever economic growth. He didn't sound a warning bell about economic discrimination back then. He saw what happened to the region in 1997. He can't blame it on bad governance here when South Korea, Thailand, Indonesia and Singapore were badly if not worse hit. But we did not see turmoil as experienced by some of our neighbours.
The fabric of our society was intact even during the economic meltdown. We have addressed the racial imbalance economically, thank God, after 1969, though the policy was said to discriminate. The Chinese tauke, the Malay tokoh korporat and the Indian businessman were all hit.
The New Economic Policy (NEP), despite being savagely condemned, had achieved some of its desired results. At least it addressed the very issue that has bedevilled all multi-racial societies -- the danger, as Amy Chua rightly pointed out in her book World on Fire, of "market-dominant minorities". The NEP was not carved out from the Robin Hood principle of stealing from others to give to the Malays. The others are prospering, in fact more so after the implementation of the NEP that some segments of Malay society felt they would forever be left behind. The policy favouring the Malays has helped the rise of a new middle class among them, many of whom, for the record, are not enthusiastic supporters of the government. BN has to live with that.
Why invoke Perkasa's position when even the Malays themselves are nervous about it? There are tendencies of raucous chauvinism in the vernacular press -- the trend, while unhealthy, is certainly in line with Malott's notion of an open society. The media -- mainstream or otherwise -- is pushing the envelope and cyberspace has become a lawless domain. The government is not in the business of closing newspapers, suing bloggers or even censoring the Internet. But openness and freedom must come with responsibility. You don't need to go to journalism school to know there is such a thing as the S-word here. There are sensitivities we have to observe or else we will end up with anarchy.
While I agree that many of our people are working outside the country, I find it hard to believe that just because millions of Britons, French, Germans and others work in the US, these nationals are abandoning their country or unhappy with certain policies. We are dealing with a global economy and this is a global phenomenon. People have been crossing borders for better lives since time immemorial.
While it is true many of those working abroad "are skilled ethnic Chinese and Indian Malaysians", let's not forget that the Malays are also complaining that their children are not coming back after their graduation overseas. The brain drain involves Malay young men and women, too. It is not that they love Malaysia less, it is the lure of better pay and opportunities. To cite that "500,000 Malaysians left the country between 2007 and 2009" is an exaggeration at best, irresponsible at worst.
It is easy for Malott to bring up one or two incidents involving ministers or aides to portray the government as not sensitive to other religions. To say that racial instability is one reason for foreign investors to shy away from Malaysia negates the fact that Malaysia remains competitive among many emerging markets. We are not expecting Malott to understand the economic reforms made by the prime minister or his 1Malaysia campaign to unite the people.
Sadly, this old Malaysia hand, if he wants to label himself so, is just too far away and too far off the mark to understand the changing dynamics of this country.
Read more: Why ex-envoy Malott has got it all so wrong http://www.nst.com.my/nst/articles/17malot/Article/#ixzz1DhQHqy1a /td> |
| Apa kerajaan PKR nak sorok sangat mesyuarat Exco? Posted: 11 Feb 2011 04:15 PM PST < Apa yang hendak dirahsiakan sangat sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang akan angkat sumpah simpan rahsia pun tidak boleh hadir mesyuarat Exco?Jawab...jangan tak jawab kata ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin mengulas kemelut perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang nampak beres tetapi belum beres lagi."Yang kita tahu nak buat mesyuarat rahsia-secret ni perompak penyamun aja, macam penyangak dalam cerita Nujum Pak Belalang yang bermesyuarat rahsia dalam Bukit Tunggal - "satu untuk engkau, sepuluh untuk aku"!!," sindir bekas ahli parlimen PKR itu dalam blognya.Katanya lagi, adakah mereka merancang untuk melakukan perompakan dan perampokan hasil mashul negeri Selangor dalam mesyuarat rahsia-secret ini?."Adakah mereka merancang untuk menyamun pasir Selangor ini? Atau menubuhkan lebih banyak rumah urut dan pelacuran haram? Atau adakah mereka nak bincangkan isu pita kamera video yang ditemui dalam bilik pejabat MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?," ujarnya/Zulkifli turut mempersoalkan mengapa perlu ada dua mesyuarat rahsia, satu rahsia rasmi, satu rahsia-secret tak rasmi.Bagi beliau, mesyuarat tak rasmi kerana SUK tidak ada untuk mencatat minit mesyuarat."Jadi siapa yang akan minitkan mesyuarat rahsia-secret itu? Sedangkan semua minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat Exco mana-mana Kerajaan Negeri perlu diambil tindakan dan susulan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Siapa pula yang nak laksanakan semua keputusan itu? Adakah Khalid bercadang nak buat kerajaan dalam kerajaan?."Kalau itu rasionalnya, tak pelik satu hari nanti kalau ada ahli Exco PAS yang tidak dibenarkan hadir kerana mungkin Exco PKR dan DAP nak bincang bagaimana nak bagi kedai serbanika jual arak," katanya.Katanya, Khusrin perlu hadir semua mesyuarat Exco dan kerana sudah angkat sumpah simpan rahsia beliau boleh dikenakan tindakan jenayah jika mendedahkan atau membocorkan maklumat.iZulkifli menyimpulkan tindak tanduk kerajaan PKR Selangor itu tanda jelas mereka memang tidak tahu memerintah, apatah lagi menjadi kerajaan.Tindakan Khalid itu juga katanya satu penghinaan kepada Sultan Selangor kerana Khusrin sudah angkat sumpah taat setia tidak berbelah bagi kepada Tuanku Sultan.Malah katanya, perbuatan itu juga satu penghinaan dan memperlekeh pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya daripada Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik."Perkhidmatan yang selama ini terkenal dan jelas sikap profesional mereka dihina dan disepak terajang saperti anjing kurap oleh Khalid," tegasnya.Beliau mengimbas semasa Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada seorang Pegawai Daerah, maka melalak dan memekak lah puak-puak ini kononnya ini satu penghinaan kepada pegawai Kerajaan."Memang teman sendiri pun mengutuk perbuatan Khir Toyo tersebut. Tetapi kini apa yang mereka perlakukan kepada Datuk Khusrin lebih teruk daripada memberi penyapu, kerana mereka menyapu terus seorang pegawai kerajaan," ujarnya.-11/2/2011
| PERKASA dakwa Anwar rancang lari ke luar negara Posted: 11 Feb 2011 04:12 PM PST Oleh: HELME HANAFI
Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara. "Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat. Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar. "Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya."katanya.
Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu. Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan. Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan. "Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau. Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya. "Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya.-11/2/2011 |
| Laksamana Townlodge janjikan terbaik Posted: 11 Feb 2011 03:57 PM PST Laksamana Townlodge janjikan terbaikOleh NAS NORZIELA NASBAH utusanmelaka@utusan.com.my
LAKSAMANA Townlodge di Jalan Taman Kota Laksamana 2/13, Seksyen 2, berkonsepkan hotel dalam taman perumahan. – utusan/Nas Norziela Nasbah
MELAKA 11 Feb. – Kesan peninggalan bangunan lama dan artifak sejarah pada zaman pemerintahan penjajah British, Portugis dan Belanda di Banda Hilir hari ini menjadikan Melaka muncul antara destinasi tumpuan pelancong. Keunikan sejarah itu juga membolehkan Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Tidak dinafikan pengiktirafan itu seiring dengan status negeri ini sebagai salah satu negeri pelancongan yang terulung di Malaysia. Antara lokasi yang sering menjadi kegemaran pelancong ketika bercuti di negeri ini adalah seperti Jonker Walk, Makam Hang Tuah, Menara Taming Sari, Kota A'Famosa dan pusat beli-belah di Dataran Pahlawan. Bagi mereka yang datang ke negeri ini, anda mempunyai banyak pilihan dalam soal memilih tempat penginapan tidak kira hotel mahupun inap desa. Tarikan terbaru, pernahkah anda terfikir untuk merasai penginapan hotel di dalam taman perumahan? Jika ia, pastikan kunjungan anda ke negeri ini tidak disia-siakan dengan pengalaman menginap di Laksamana Townlodge. Terletak di Jalan Taman Kota Laksamana 2/13. Seksyen 2, Taman Kota Laksamana, enam buah unit rumah kepunyaan Kumpulan Melaka Berhad (KMB) ini pastinya menjanjikan sebuah penginapan ala hotel terbaik ketika ini. Dikendalikan sepenuhnya oleh anak syarikat KMB, Akademi Pelancongan Melaka (APM), enam buah unit teres mewah ini menyediakan tiga buah bilik standard dan sebuah bilik utama. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang dapur yang boleh digunakan pengunjungnya, Laksamana Townlodge sesuai bagi mereka yang datang bercuti bersama keluarga besar. Perkhidmatan hotel di dalam taman perumahan ini juga menyediakan kemudahan WiFi percuma dan ruang tamu dilengkapi sofa dan televisyen. Apa yang menarik lagi Laksamana Townlodge yang didaftarkan di bawah Persatuan Hotel Bajet ini bukan menyediakan sebuah bilik semata-mata malah sebuah rumah mewah boleh disewa oleh pengunjung yang mahu sedikit privasi. Kadar harga bagi sebuah rumah mewah adalah RM550 semalam, RM180 bagi bilik utama dan RM99 bagi sebuah bilik standard satu malam. Kadar ini tidak termasuk 'surcharge' yang dikenakan pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum. Walaupun tidak mempunyai restoran atau kafe seperti yang disediakan oleh hotel-hotel lain, Laksamana Townledge ada caranya tersendiri selain ruangan mini bar dan jualan kios di sini. Berbekalkan kerjasama yang dijalinkan oleh beberapa restoran mahupun pengusaha tempatan, pengunjung mempunyai banyak pilihan selain lokasinya yang hanya satu kilometer daripada pusat bandar. Selain itu, Laksamana Townlodge juga berdekatan dengan salah satu kawasan pelancongan popular di negeri ini iaitu Jalan Jonker dan tapak warisan dunia yang hanya mengambil masa tiga minit ke kawasan tersebut. Bagi mereka yang gemar aktiviti riadah sewaktu percutian, mereka boleh berjalan-jalan di sekitar Marina Bay yang menyediakan trek untuk bersenam. Tidak cukup dengan tawaran menarik tersebut, Laksamana Townlodge yang menjadi aspirasi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ini turut menyediakan ruang bengkel termasuk penginapan di sini. Terbaru hotel berkonsepkan di dalam taman perumahan ini menerima tetamu dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang memilih untuk menjalankan bengkel di sini. Pelbagai kemudahan disediakan oleh APM bagi menepati cita rasa pengunjung seperti ruang tamu yang dilengkapi dengan set sofa, susun atur mengikut kesesuaian mengadakan bengkel dan kemudahan letak kereta di semua unit yang disediakan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi 06-2822700 atau 012-7898437 bagi sebarang tempahan. Bagi mereka yang mahu melihat gambaran mengenai Laksamana Townlodge secara dekat boleh terus datang ke Taman Kota Laksamana ataupun layari laman sosial facebook dengan carian Laksamana Townlodge.
|
| RM465,000 bantu mangsa banjir - Ali Rustam Posted: 11 Feb 2011 03:55 PM PST
| Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Chincin, Melaka, semalam. |
JASIN 11 Feb. - Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM465,000 bagi membantu mangsa banjir yang berlaku di seluruh negeri pada akhir bulan lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah itu melibatkan seramai 2,292 keluarga atau 9,089 mangsa banjir yang menerima pelbagai bantuan tersebut. Menurutnya, bagi daerah Jasin, sejumlah RM129,400 disalurkan membantu mangsa banjir dalam daerah tersebut. ''Bagi kawasan Sungai Rambai dan Merlimau, kita sudah belanja kira-kira RM24,400 bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut. ''Setakat ini, tinggal beberapa keluarga sahaja yang masih berada di pusat penempatan sementara banjir di Sungai Rambai dan menjangkakan kesemua mereka pulang ke kediaman masing-masing tidak lama lagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan Chincin dan menyampaikan sumbangan bantuan bencana di kawasan tersebut di sini hari ibni. Menurutnya, daripada 2,292 keluarga yang terlibat banjir, daerah Alor Gajah mencatatkan bilangan teramai iaitu 1,010 keluarga, diikuti Melaka Tengah seramai 716 keluarga manakala Jasin melibatkan 566 keluarga. Kata beliau, setakat ini, hanya dua pusat penempatan banjir masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat melibatkan 20 keluarga atau 69 orang. ''Hari ini, mangsa banjir yang ditempatkan di dua sekolah berkenaan berkurangan berbanding semalam ada 25 keluarga atau 90 mangsa, ada yang sudah pulang ke rumah masing-masing," katanya. Sementara itu, Mohd. Ali memberitahu, pihaknya meluluskan RM18,000 bagi projek pembinaan benteng tebing Sungai Chincin yang diminta oleh penduduk di kawasan tersebut bagi mengelak berlakunya masalah banjir di situ. Selain itu, katanya, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan peruntukan RM260 juta bagi membina benteng sejauh empat kilometer di Sungai Kesang bagi tujuan yang sama. Peruntukan itu, kata beliau, turut meliputi pembinaan kolam takungan di Jasin dan Sungai Gadek di Alor Gajah. ''Ia termasuk pembinaan kolam takungan banjir seluas kira-kira 40 hektar di Durian Tunggal, Kampung Belimbing dan Kampung Pulau. ''Sekiranya perancangan ini berjalan lancar, kita harap insiden banjir yang berlaku dapat dikurangkan pada tahun akan datang," katanya. Menurutnya, secara keseluruhannya, Melaka memohon peruntukan RM2 bilion kepada Kerajaan Pusat bagi membantu meningkatkan prasarana mengatasi insiden banjir di seluruh negeri. |
| PAS terperangkap atau diperangkap? Posted: 11 Feb 2011 03:53 PM PST Pas terperangkap atau diperangkap?
Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my
PADA mulanya, ada ura-ura Pas akan memberi laluan kepada rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Perkiraan itu dibuat kerana selepas kalah dua kali berturut-turut dalam PRK sebelum ini iaitu di Galas dan Tenang, Pas tidak mahu imej mereka terus tercemar kalau tewas pula di Merlimau.
Oleh itu, mereka mesti mencari alasan terbaik supaya tidak perlu mewakili pakatan pembangkang bertanding di DUN tersebut. Bagaimanapun, keputusan mesyuarat pakatan pembangkang tetap menyerahkan kerusi berkenaan kepada Pas atas alasan mahu mengekalkan status quo. Namun keputusan berkenaan dikatakan tidak memuaskan hati sesetengah pemimpin dan ahli Pas yang melihat parti itu masih belum selesai 'merawat luka' akibat tewas di Galas dan Tenang.
''Soal... itu kerusi tradisi Pas atau tidak, ia bukanlah persoalan kerana buat masa ini, Pas harus menumpukan perhatian bagi mengembalikan kekuatannya.
''Kegagalan mempertahankan kerusi DUN Galas dan melakukan kejutan di Tenang banyak menjejaskan moral jentera pilihan raya Pas. Oleh itu, kita perlu berfikir semasak-masaknya sama ada hendak bertanding di Merlimau atau tidak,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Untuk rekod daripada 14 PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Pas bertanding tujuh kali dan menang empat kali. Empat kemenangan yang dicapai Pas adalah dua kerusi Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Terengganu serta dua kerusi DUN iaitu Manek Urai dan Permatang Pasir.
Walaupun di Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir, Pas nampak agak selesa mencapai kemenangan tetapi di DUN Manek Urai, petanda awal kemerosotan sokongan terhadap parti itu semakin ketara. Pas hanya mampu mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti tidak sampai 100 undi. Sejak itu, sokongan Pas dalam PRK semakin merosot termasuklah kehilangan kerusi DUN Galas dan gagal merobek kubu BN di Tenang.
Semua ini meresahkan penyokong Pas yang mahu kepimpinan parti menilai kewajaran bertanding di DUN Merlimau. Mereka amat memahami DUN tersebut sejak dulu lagi tidak pernah mampu dicerobohi pembangkang.
Tambahan pula, pada PRU 2008, calon BN, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.
Dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan BN bukan sahaja di DUN Merlimau tetapi juga Melaka secara keseluruhannya di bawah kepimpinan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, ia akan menyukarkan lagi Pas untuk melakukan kejutan dalam PRK pada 6 Mac ini. Oleh itu, penyokong Pas tidak mahu kecewa buat kali ketiga berturut-turut, sebab itulah ada pendapat supaya Pas tidak bertanding.
Mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya bukanlah tradisi Pas. Kali terakhir mereka berbuat demikian adalah dalam PRK DUN Batu Talam pada 2007. Tetapi selepas itu, Pas bukan sahaja bertanding dalam PRK, malah bertungkus-lumus membantu rakan-rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP.
Bagaimanapun, situasi politik sekarang boleh dikatakan bukan sahaja tidak menyebelahi Pas malahan pakatan pembangkang. Justeru, ada pandangan dalam kalangan anggota jentera pilihan raya Pas agar parti itu menumpukan sahaja perhatian kepada PRU yang mereka ramal bakal diadakan pada tahun ini.
Tambahan pula, dengan kekalahan dalam dua PRK berturut-turut di Galas dan Tenang, Pas sepatutnya berusaha memperbaiki kelemahan dalam parti itu terlebih dahulu.
''Pas sekarang ibarat masih berdarah akibat kalah dalam pertempuran. Adalah lebih baik ubati dulu luka berkenaan, sebelum berhasrat menyertai pertempuran seterusnya,"demikian kiasan yang diberikan oleh seorang ahli veteran parti itu kepada penulis ketika kami berbual di sebuah restoran di Shah Alam, kelmarin.
Walaupun ahli veteran ini adalah penyokong tegar Pas, namun dia beranggapan pemimpin dan ahli Pas perlu bersikap objektif serta berfikiran terbuka untuk mengkaji sejauh mana kekuatan yang masih ada bagi menghadapi BN dalam pilihan raya.
''Jangan kerana ada sahaja PRK, Pas harus bertanding. Kita kena akui banyak kesilapan yang berlaku dalam dua PRK sebelum ini belum diperbaiki.
''Bak kata orang... demam pun belum kebah akibat kalah di Tenang, tak kan hendak tambah lagi dengan tewas pula di Merlimau,'' kata ahli veteran itu dengan nada agak tegas.
Sememangnya hujah ahli veteran ini ada benarnya. Mungkin Pas bimbang pelbagai tafsiran jika tidak bertanding tetapi soalnya sudahkah Pas memperbaiki kelemahan yang memungkinkan mereka gagal dalam PRK sebelum ini. Janganlah beri alasan kalah kerana demokrasi berat sebelah, sedangkan kelemahan yang dimiliki tidak mahu diperbaiki. Turut menjadi teka-teki dalam kalangan penyokong Pas ialah sejauh mana keikhlasan PKR memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di Merlimau. Apakah ia satu 'perangkap' atau Pas sudah terperangkap dengan status quo?
Ia disebabkan sebelum ini, ada ura-ura bahawa PKR berhasrat bertanding di DUN itu. Namun hasrat berkenaan akhirnya dibatalkan atas dasar 'status quo'. PKR mungkin menyedari laluan sukar yang bakal ditempuhinya memandangkan momentum sokongan politik sekarang banyak menyebelahi BN. Justeru, parti itu tidak berhasrat mencalarkan imejnya dengan membiarkan mereka tewas di Merlimau.
PKR sudah tewas dua kali dalam PRK sebelum ini iaitu di Parlimen Hulu Selangor pada April 2010 dan Parlimen Batu Sapi pada November tahun yang sama. Oleh itu, PKR tidak mahu mencatatkan 'hatrik' tewas dalam PRK dengan bertanding di Merlimau pula, apatah lagi dengan pelbagai kemelut yang sedang melanda parti itu.
Kepimpinan PKR cuba menjaga imej mereka sebaik mungkin dan bagi mereka biarlah Pas tewas kerana kononnya kesan lebih kecil berbanding jika PKR tewas kerana ia melibatkan maruah Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi keputusan muktamad sudah dibuat, Pas akan bertanding di Merlimau dan mereka juga perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah mencatatkan 'hatrik' kalah dalam tiga PRK berturut-turut.
Jika itu berlaku, maka jangan salahkan sesiapa, sebaliknya Pas perlu menyalahkan diri sendiri kerana terus ingin memasuki medan pertempuran dalam keadaan 'penuh kecederaan'/td> |
| Penganalisis pertahanan tolak dakwaan kos LCS tinggi Posted: 11 Feb 2011 03:51 PM PST
KUALA LUMPUR 11 Feb.- Para penganalisis pertahanan menolak dakwaan seorang anggota Parlimen pembangkang bahawa usaha kerajaan mendapatkan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) dengan kos RM6 bilion adalah 870 peratus lebih daripada apa yang dibayar negara-negara lain untuk kapal yang sama.
Penganalisis pertahanan dan keselamatan Dzirhan Mahadzir berkata, perbandingan yang dibuat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua dalam satu portal berita tempatan, adalah berdasarkan kepada kapal-kapal yang jauh berbeza.
" Jumlah kerajaan itu adalah dalam lingkungan anggaran yang berpatutan mengenai kosnya dengan keupayaannya dikatakan menyamai bagi SGPV-LCS ( kapal rondaan generasi kedua - kapal tempur pesisir pantai)," katanya di sini hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Pua dalam laman web itu.
Editor Asian Defence Journal Mohd. Ghazemy Mahmud, berkongsi pandangan yang sama bahawa kos yang tinggi dalam mendapatkan enam LCS itu adalah rasional, jika diambil kira keupayaan dan kecanggihan kapal-kapal itu.
" Walaupun kapal-kapal itu berasaskan kepada reka bentuk korvet , ia sebenarnya dikenali sebagai LCS dan peralatannya jauh lebih canggih, berkemampuan dan lebih unggul daripada enam kapal-kapal rondaan luar pantai (OPV) yang terdahulu dan oleh itu, kosnya lebih tinggi," katanya.
Ghazemy berkata, disebabkan pembinaan kapal laut itu yang semulajadinya rumit dan kompleks, adalah mudah ia terkeliru berhubung jenis kapal-kapal laut dan kos sebenar.
"Jumlah itu (RM6 bilion) adalah anggaran standard dalam industri pembinaan kapal laut. Hanya mereka yang terbabit dalam industri itu dapat memahami mengenai pembinaan kapal laut yang secara semulajadinya agak kompleks," katanya.
Jelas beliau, pembelian itu adalah sebahagian daripada keseluruhan program yang dirancang lebih daripada sedekad lalu di mana Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) mahu membina 17 kapal perang jenis korvet bagi menggantikan kapal-kapal rondaan buatan British yang dibeli pada tahun 60an dan 70an.
Dzirhan, seorang koresponden bagi Janes Defence Weekly memberitahu, pembelian enam LCS itu bukan sahaja meningkatkan bilangan kapal-kapal armada bagi menghadapi cabaran abad ke-21, kapal-kapal yang dirangka dengan pengesan dan radar juga akan memberikan TLDM kemampuan pemantauan kelautan yang moden bagi mengesan dan mencegah kegiatan lanun dan keganasan.
" Dengan kemampuannya yang dirancang bagi penangkis udara, penangkis permukaan dan penangkis perang kapal selam, kapal-kapal itu akan dapat meningkatkan keupayaan TLDM bagi menghadapi ancaman sedemikian (lanun, keganasan dan pertikaian wilayah) semasa perang," katanya.
Berhubung isu bahawa pembelian kapal-kapal itu tidak dijalankan melalui bidaan yang kompetitif berbanding dengan negara-negara maju yang lain, Dzirhan berkata Pua mendapatkan fakta yang salah.
Dzirhan menambah, sebelum itu Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bahawa kapal-kapal itu akan dibina oleh Boustead Naval Shipyard dengan kerjasama enam limbungan kapal luar negara.
"TLDM telah memohon untuk sebut harga dan cadangan yang dikumpul dari syarikat-syarikat asing pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2009.
" Sebenarnya, ia telah dilaporkan sejak itu beberapa kali mengenai fakta ini dan bahawa kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan luar.
'' Penelitian sebut harga dan cadangan juga dijalankan mengenai sistem persenjataan kapal-kapal, radar, peralatan elektronik dan sensor yang kesemuanya bersumber daripada pelbagai pembekal asing," katanya.
Bagaimanapun, semuanya dijalankan secara tertutup, "bukan hanya kerana kerajaan mahukannya sedemikian, tetapi juga kerana syarikat-syarikat juga tidak mahu cadangan dan tawaran harga mereka diketahui oleh pesaing mereka," jelas beliau.
Dzirhan berkata, pengalaman dalam pembinaan kapal-kapal dan pemindahan teknologi dan kepakaran, akan membolehkan industri pertahanan tempatan membangunkan keupayaan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk berdikari sendiri dalam pertahanan. - BERNAMA |
| Loteri bebas dijual di Kota Bharu Posted: 11 Feb 2011 03:49 PM PST Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my
Seorang lelaki keluar dari sebuah kedai buku dan alat tulis setelah membeli tiket loteri di Kota Bharu, baru-baru ini.
KOTA BHARU 11 Feb. – Biar pun judi diharamkan di Kelantan sejajar konsep 'Membangun Bersama Islam' yang diamalkan oleh Kerajaan Pas negeri itu namun ia tetap berleluasa dan dijual secara terbuka terutama membabitkan loteri 'Big Sweep'.
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) seolah-olah menutup sebelah mata kerana tiket loteri tersebut boleh dibeli dengan mudah di beberapa kedai buku dan alat tulis di sekitar bandar ini.
Begitu juga dengan empat nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai-kedai kopi dan ia sudah menjadi rahsia umum sejak 20 tahun lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah kedai buku di sini baru-baru ini mendapati pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Gan tidak banyak bersoal-jawab ketika ditanya mengenai tiket loteri tersebut.
Gan berkata, dia telah menjual tiket loteri tersebut sejak puluhan tahun lalu dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa walaupun mengetahui ia melanggar peraturan.
"Jangan bimbang, tidak kena tangkap di sini, saya sudah lama jual loteri. MPKB-BRI tidak pernah datang sini buat pemeriksaan, nama saja undang-undang tapi tidak ada apa-apa.
"Ramai orang datang beli sini, Melayu pun ada, tidak jadi masalah kalau nak beli tiket loteri di sini," katanya kepada wartawan yang berlagak seolah-olah mahu membeli loteri berkenaan.
Sementara itu, tinjauan di sebuah kedai kopi mendapati kaki judi hanya menulis nombor di atas secebis kertas dan diberikan kepada peniaga atau pelayan bersama wang untuk membeli tiket judi empat nombor ekor.
Bagaimanapun, transaksi judi empat nombor ekor di kedai kopi itu agak sukar dikesan kerana ia hanya ditulis di atas cebisan kertas dan berasaskan prinsip saling mempercayai antara kaki judi dan pengendalinya.
Dalam pada itu Bendahari Pemuda UMNO negeri, Datuk Bazlan Baharuddin berkata, isu judi 'haram' yang berleluasa di negeri ini terutama di bandar ini bukan perkara baru dan ia sudah diketahui umum.
"Ini adalah rahsia umum dan semua orang tahu, tetapi mustahil MPKB-BRI tidak tahu ada premis yang menjual tiket loteri dan empat nombor ekor.
"Dahulu bising apabila ada cadangan judi bola tetapi sejak 20 tahun lalu, tiket loteri dan empat nombor ekor dijual depan batang hidung sendiri dibiarkan terus berleluasa. Adakah ini model kerajaan Islam yang ditunjukkan oleh Pas," katanya.
Tambahnya, Pemuda UMNO negeri mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya membersihkan penjualan judi di negeri ini secepat mungkin bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar menegakkan syiar Islam. |
| Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera Posted: 11 Feb 2011 03:47 PM PST Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera
IPOH 11 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.
Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.
Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.
Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.
Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.
"Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.
"Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.
Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.
"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.
"Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.
Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.
"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: |
| BN janjikan calon terbaik di Merlimau Posted: 11 Feb 2011 03:45 PM PST KUALA LUMPUR 11 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan calon terbaik iaitu yang menepati kehendak rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan kehidupan rakyat terus terbela di samping mengekalkan prestasi kemenangan di DUN Tenang baru-baru ini. Menurut Najib, Pilihan Raya Kecil DUN Tenang telah membuktikan bahawa faktor calon memainkan peranan yang amat penting dalam usaha memenangi hati rakyat selain mampu menghadapi serangan parti lawan. "Jadi, pada pilihan raya kecil di Merlimau nanti, kita akan meletakkan calon berwibawa, disenangi rakyat dan tiada masalah peribadi. "Selain calon, jentera juga telah digerakkan dan saya sendiri akan turun ke sana pada 19 Februari nanti. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula akan turun pada 14 Februari ini. "Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam khabarnya menghabiskan masa selama enam jam sehari di kawasan itu," katanya. Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Hadir sama Muhyiddin serta ketua-ketua parti komponen BN. Dalam pada itu mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai pencapaian memberangsangkan BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tersebut. "Peningkatan majoriti sehingga 50 peratus dan kita percaya sekiranya tiada banjir, BN akan memperoleh majoriti lebih besar daripada 3,707 undi. "Pilihan raya itu juga membuktikan pembangkang tidak dapat bertapak di Johor walaupun pemimpin-pemimpin besar mereka turut berkempen di sana," katanya. Perdana Menteri juga berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Felda sama ada peneroka serta generasi kedua mereka, terhadap BN pada pilihan raya kecil tersebut. "Buktinya warga Felda menyumbang 2,500 majoriti kemenangan BN di sana di sebalik tohmahan pembangkang kononnya Felda telah bankrap," katanya. Beliau dalam perkembangan lain turut mengumumkan penganjuran konvensyen BN di negeri-negeri dan antaranya di Kuching Sarawak pada 5 Mac ini. Ditanya adakah konvensyen itu menjadi isyarat Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin hampir, beliau berkata, perkara itu perlu ditanya kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Kita perlu tanya Ketua Menteri. Beliau telah mendapat ilham (tarikh pilihan raya) atau tidak," ujarnya |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan