Jumaat, 29 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Perjuangan Rakyat

Posted: 29 Oct 2010 09:13 PM PDT

Perjuangan Rakyat


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Posted: 29 Oct 2010 07:27 AM PDT

Tarikh : 24 Oktober 2010
Tempat : Dataran PUTRA Balok

Sebahagian daripada aktivitis PAS yang sentiasa ada membantu program hingga tamat




ADUN Beserah, Syed Mohammad Tuan Lonik sedang menyampaikan ceramah alu-aluan



MP Indera Mahkota, YB Azan sedang menyampaikan penerangan mengenai Belanjawan 2011 yang dibahaskan di parlimen baru-baru ini


Berbilang kaum....1Malaysia?? Wakil PKR dan DAP turut hadir mendengar ceramah di PUTRA


Sebahagian petugas


Dari kiri: Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota), ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim dan diapit oleh Adun Beserah, YB Syaed Mohammad


ADUN Sekinchan sedang menyampaikan ceramah, beliau fasih berbahasa melayu dan boleh berbahasa jawa


Sebahagian hadirin yang sedang mendengar ceramah



Bersalaman sebelum pulang, semoga dapat datang kembali ke PUTRA

misbahul munir

Posted: 29 Oct 2010 09:10 PM PDT

misbahul munir


UMNO PUNCA MELAYU MUNDUR

Posted: 29 Oct 2010 04:06 PM PDT

Batu9kgtengah's Blog

Posted: 29 Oct 2010 09:08 PM PDT

Batu9kgtengah's Blog


PAS Cawangan Sertai Taklimat Semakan Daftar Pemilih Tambahan

Posted: 29 Oct 2010 09:59 AM PDT

Jalan Jepun, 29 Okt    : Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun depan, Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPrK) Tanjong Karang telah mengadakan taklimat semakan Daftar Pemilih Tambahan (DPI) bagi suku ketiga tahun 2010 di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Program yang julung-julung kalinya diadkan ini melibatkan seluruh jentera pilihanraya PAS dipelbagai peringkat dari Unit Peti undi (UPU) sehingga ke peringkat Kawasan.

Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong berharap ahli-ahli PAS disemua peringkat meningkat semangat mulai sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Pengarah JPrK Tanjong Karang telah memberikan taklimat berkaitan dengan senaerai DPT yang diedarkan kepada seluruh jentera PAS.

Seramai lebih 50 orang jentera pilihanrata PAS termasuk Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Tanjong karang telah menyertai program tersebut.

Antara pimpinan PAS Cawangan yang turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Mohd Shaari Jabbar, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, merangkap Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan dan Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Muhd Sobirin Omar.


Ahli PAS Cawangan Beri Sokongan Kepada Calon PAS Di Galas

Posted: 27 Oct 2010 09:48 AM PDT

Gua Musang, 26 Okt    : Ahli-ahli PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah telah menyertai Penamaan calon N45 DUN Galas, Kelantan yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas akan diadakan pada 4 November 2010 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima akibat penyakit barah usus yang dihidapi sejak 2 tahun yang lalu.

Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008 dengan majoriti,  646 apabila mengalahkan calon Bn, Saufi Deraman. Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, yang mendapat 3,753 undi.

Dalam PRK Galas tersebut Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed akan ditentang oleh Calon Barisan Nasional (Bn), Abd Aziz Yusof dalam pertandingan satu lawan satu. Calon PAS telah diiringi oleh lebih 100,000 orang penyokong berbanding calon Bn yang diiringi kira-kira 300 orang sahaja.

Selain itu calon PAS turut diiringi oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda (DPP) Pusat, Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Pusat, Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh.

Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut mengiringi calon PAS pula ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Ronnie Liu.

Manakala ahli-ahli PAS Cawangan yang turut hadir menyokong calon PAS ialah Setiausaha PAS Cawnagan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Muhd Sobirin Omar, yang juga AJK DPP Kawasan Tanjong Karang, AJK PAS Cawangan, Mohd Sofian Mohd Kalil, yang juga AJK DPP Kawasan dan Haji Ithnain Salleh.


Naib Ketua PAS Cawangan Dapat Tempat Kedua Pertandingan Motor Klasik

Posted: 25 Oct 2010 09:46 AM PDT

Kuala Selangor, 24 Okt    : Naib Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Haji Tasuki Akat telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Motor Klasik  ketika menyertai program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang diadakan di perkarangan TESCO Kuala Selangor.

Program yang dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai khususnya generasi muda.

Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya ialah pertandingan futsal yang dikendalikan oleh Penggerak Belian Tempatan (PeBT) Daerah Kuala Selangor,  Pertandingan bercerita, melukis dan sebagainya selain pertandingan motor klasik.

Selain itu, pada waktu malamnya pula orang ramai dihiburkan dengan nasyid daripada kumpulan mustika, Akhil Hayy dan ceramah oleh perunding motivasi, Ustaz Ahmad Syukri Yussof.

Program telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Misri Idris, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris Kassim, Orang Besar Daerah Kuala Selangor (OBD), Dato' Mohamad Yaacob Dato' Ismail, Pegawai Tadbir Agama Daerah (PAID) Kuala Selangor, Ustaz Hashim Mohamad.

Ahli-ahli Majlis, MDKS, Low Tan, Mohd Faizal Mohd Barja, Tee Peng, Jeganethan, Ustaz Ahmad Alang, Haji Sharuddin Dahlan antara yang turut hadir.


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 29 Oct 2010 09:03 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Bn Salahguna Taraf Kewarganegaraan dan Sijil Kelahiran

Posted: 29 Oct 2010 02:00 AM PDT



Batu Sapi - Dewan Pemuda Pas Sabah berasa kesal dengan tindakan Barisan nasional yang menjadikan taraf kewarganegaraan dan sijil kelahiran sebagai gula-gula untuk kempen politik mereka semata-mata, kata Ketua Penerangannya Salman Mohd Amin.

Menurut laman web kementerian Penerangan Malaysia, Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan dan Penyerahan Sijil Kelahiran Kepada Penduduk tersebut diadakan pada
3 November 2010 (Rabu)jam 8.00 pagi di Kawasan Flat MPS Karamunting, Sandakan oleh YB Dato' Lee Chee Leong, Timb Menteri Dalam Negeri.

Pemberian taraf kewarganegaraan merupakan hak dan kedaulatan negeri ini dan tidak boleh dijadikan bahan kempen politik semata-mata terutamanya untuk meraih undi.

Kata Salman, persoalannya mengapa pemberian tersebut baru sekarang diadakan ketika kempen pilihanraya sedangkan banyak lagi waktu yang sesuai untuk mengurniakan taraf warganegara kepada masyarakat Batu Sapi yang terlibat.

Selain menjadikan hak dan kedaulatan sebagai gula-gula pilihanraya, Bn sebenarnya telah menyalahgunakan hak dan kedaulatan negara ini sesuka hati mereka, tegas Salman.

Seharusnya, Bn yang menerajui kerajaan pada hari ini mengambil langkah menyelesaikan isu
kad pengenalan yang menghimpit sebahagian masyarakat di Sabah sejak dulu lagi.

"Banyak lagi kes-kes kad pengenalan yang belum selesai akibat kegagalan Bn sebelum ini
mengurus dan mentadbir dengan baik isu kerakyatan ini"

Penyalahgunaan kuasa ini telah mengakibatkan wujudnya sentimen berunsur negatif dikalangan
masyarakat tempatan sedangkan isu ini berpunca daripada mereka (Bn) sendiri, ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, isu kad pengenalan ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi kerajaan Umno-Bn terus menjadikan kedaulatan negara dan rakyat negeri ini sebagai mangsa kepada cita-cita politik sempit mereka.

katanya lagi, seperti petua yang diambil dari Tuan guru Nik Aziz Nik Mat agar masyarakat
di Batu Sapi mesti menjadi pengundi yang bijak.

"apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh Bn tidak perlu
di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat"

Bn Tidak Bersungguh Kemuka Calon Wibawa untuk Rakyat

Posted: 29 Oct 2010 01:01 AM PDT





Batu Sapi
- Barisan nasional tidak bersungguh-sungguh meletakkan calon yang berwibawa untuk membela masyarakat di Batu Sapi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Hamzah Abdullah.


Perlantikan Puan Linda Thien Thau Lien dari Parti Bersatu Sabah di P185 Batu Sapi hanya sebagai alat untuk meraih simpati pengundi atas kematian mendiang Edmund Chong, bekas ahli perlimen Batu Sapi yang terlibat dengan satu kemalangan, kata Hamzah.


"Kita bersimpati keatas beliau kerana masa berkabung untuk mendiang suami beliau belum habis tapi BN telah menggunakan kesempatan ini untuk meraih undi"


Tambah Hamzah, Calon BN tersebut tidak fasih berbahasa Melayu maka bagaimana hendak mendengar permasalahan rakyat dan menyelesaikan secara berkesan.


Majoriti pengundi Batu Sapi adalah pengundi melayu Islam dan hidup dalam di bawah paras kemiskinan, ini memerlukan seorang calon yang benar-benar mampu membawa mereka keluar daripada masalah yang ada sekarang ini, tegas beliau.


Selain itu katanya, langkah Barisan nasional mahu menyeragamkan harga barang di Batu Sapi hanya sekadar gula-gula kepada kepada masyarakat Batu Sapi.

Pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu mendedahkan betapa tidak prihatinnya pemimpin Bn-Umno terhadap kesusahan yang dialami pengundi Batu Sapi selama ini.

Mengapa baru sekarang diumumkan persoal Hamzah, sedangkan masyarakat melayu Islam di Batu Sapi sebelum ini kebanyakkannya hidup sebagai buruh kasar dan nelayan.

Begitu juga dengan SAPP yang begitu kuat melaungkan autonomi untuk orang sabah kata Hamzah, sebaliknya calon merekalah yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini mempunyai rekod buruk dengan menjual tanah-tanah milik rakyat kepada kroni dan syarikat-syarikat besar.

Justeru, calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat merupakan calon yang paling sesuai
kerana mempunyai wibawa untuk membawa masalah rakyat ke Parlimen.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 29 Oct 2010 07:59 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Oh Galas

Posted: 29 Oct 2010 07:18 AM PDT



Sapa nak mesin basuh, tv, boleh pi Galas

DUN CHINI

Posted: 29 Oct 2010 07:54 PM PDT

DUN CHINI


Lagi peneroka saman Felda

Posted: 29 Oct 2010 12:04 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/2010/10/lagi-peneroka-saman-felda.html

Berikutan pelbagai permasalahan yang dihadapi, peneroka-peneroka tanah rancangan di negeri Pahang dijangka akan memfailkan saman terhadap Felda dalam masa terdekat berkaitan beberapa isu yang menjadi rungutan.

Menurut peguam Mohd Hanipa Maidin, antara sebab Felda akan diheret ke mahkamah ialah untuk mencabar peraturan yang dikeluarkan agensi tersebut seperti pekeliling yang dikuatkuasakan sewenang-wenangnya tanpa pernah membawa peneroka berunding.

"Peneroka bersedia untuk mencabar Felda di mahkamah antaranya berkaitan pekeliling yang berbentuk peraturan yang dikuatkuasakan mengikut sesuka hati. Selain itu peneroka akan menuntut wang Tabung Tanam Semula (TTS) yang dipotong Felda sebanyak RM1,700 seekar.

"Jumlah sebanyak itu juga akan dicabar di mahkamah kerana kenapa jumlahnya tidak meningkat selepas 15 tahun sedangkan ia berbentuk pemotongan untuk pelaburan. Begitu juga dengan harga gred sawit yang tidak munasabah yang diterima peneroka," katanya.

Hanipa berkata demikian sejurus tamat program Taklimat & Penerangan Isu KPG Sawit & Peneroka Saman Felda pada 23 Oktober lalu di Dewan Darul Hikmah, Kerdau, Temerloh.

Kira-kira 200 peneroka dari seluruh Pahang menyertai program anjuran Sekretariat Felda PAS Pahang itu. Turut membantu Hanipa dalam dialog ialah peguam dari Perak, Amiruddin.

"Felda perlu diheret ke mahkamah berikutan telah berpuluh tahun peneroka tidak mendapat haknya yang sebenar. Dan Felda ini hanya faham bahasa saman dan tidak pernah mengenal erti perundingan," tambahnya ketika menjelaskan cadangan seorang peserta supaya diadakan terlebih dahulu perbincangan dengan Felda sebelum menyaman agensi itu.

Hanipa yang merupakan peguam kepada peneroka Felda Sungai Koyan yang baru menang menyaman Felda, mengakui menyaman Felda merupakan perkara yang sukar kerana samalah seperti menyaman Perdana Menteri tetapi peneroka mesti bertindak.

Turut menyampaikan pembentangan dalam majlis tersebut ialah Abdul Rahman Ramli, iaitu ketua peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan yang mengetuai 766 peneroka menyaman Felda sebelum ini.

Abdul Rahman dalam ucapannya menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memberanikan diri menyaman Felda kerana sudah tidak tahan melihat sudah ditipu selama 30 tahun sehingga matlamat kewujudan badan berkanun itu sudah tersasar jauh.

Bagaimanapun beliau menjelaskan mengambil langkah yang rapi sebelum menyaman Felda isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit iaitu telah membawanya sampel buah jenis muda, mengkal dan masak ke makmal Sungai Tekam dan Sime Darby sebelum itu. Hasilnya mendapati grednya ialah 25.57%.

Sedangkan gred yang diberikan oleh Felda tidak pernah melebih 19% selama ini.

Terdahulu, ketika merasmikan program berkenaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar berkata kekuatan Umno pada masa ini terletak kepada peneroka Felda dan sebab itulah mereka kelihatan begitu menjaga peneroka.

"Namun malangnya kebajikan peneroka sendiri terabai dan dalam banyak hal peneroka tertipu. Jadi mereka merupakan kelompok yang mempertahan Umno selama ini namun pada masa yang sama banyak hak dan kebajikan mereka tidak dipedulikan," jelasnya.

Gambar:

1. Peguam Hanipa Maidin (kiri) bersama peguam Aminuddin
2. Abdul Rahman Ramli
3. Dr Hamzah Jaafar
4. Antara peserta yang hadir


Khalid Samad

Posted: 29 Oct 2010 07:25 PM PDT

Khalid Samad


Gambar PRK Galas

Posted: 28 Oct 2010 08:15 PM PDT









Gambar ihsan dari Topeng Perak Unmasked, TPU Shoutout: Sekitar Hari Penamaan Calon PRK N-45 Galas
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video Parlimen: Perbahasan Bajet 2011

Posted: 28 Oct 2010 07:32 PM PDT

Perbahasan - 1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" (15 Oktober 2010) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut." Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Oktober, 2010)

BAHAGIAN I


BAHAGIAN II


BAHAGIAN III


BAHAGIAN IV


Video ihsan MPPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Harga Kereta Pasaran Domestik Lebih Mahal

Posted: 28 Oct 2010 07:22 PM PDT

Oleh Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.

Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

DPPK PARIT

Posted: 29 Oct 2010 07:26 PM PDT

DPPK PARIT


Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian

Posted: 28 Oct 2010 08:42 PM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 29 Oct 2010 07:31 PM PDT

Rembau Hari Ini


Penduduk minta naik taraf jalan

Posted: 29 Oct 2010 01:06 AM PDT


Sinar Harian 29 Okt 2010

CHEMBONG - Kemalangan motosikal yang menimpa seorang penduduk di Kampung Air Itam/Masjid Tanah Chembong beberapa hari lalu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk.

Penduduk, Hafiz Hashim, 56, berkata, walaupun kecederaan penduduk terbabit tidak parah tetapi kejadian kali ini perlu diambil perhatian pihak berkenaan terutama masalah jalan di kampung itu yang berlubang.

Menurutnya, masalah jalan berlubang bukanlah perkara baru kerana ia telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera membaik pulih dengan menaik taraf semula laluan terbabit.

"Sekurang-kurangnya usaha menaik taraf jalan atau menutup lubang dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan kerana kebanyakan jalan di sini berlubang teruk dan berlopak.

"Jalan ini juga sering digunakan orang ramai terutama penduduk untuk menghantar anak ke sekolah berhampiran iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sedia Raja," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hafiz berkata, ia juga adalah jalan keluar penduduk untuk ke Chembong, Pekan Rembau mahupun Seremban.

"Buat masa ini, ada projek menaik taraf jalan di sebahagian jalan kampung ini tetapi jika boleh, kami memohon kepada pihak berkenaan supaya menaik taraf semua jalan di sini.

"Jika penduduk tidak berhati-hati, kemungkinan mereka akan ditimpa bahaya kerana risiko tinggi terutama penunggang motosikal. Mereka mungkin melanggar lubang jika tidak nampak kerosakan berkenaan," katanya.

Menurutnya, keadaan lebih bahaya pada waktu malam kerana gelap.

"Pihak berkenaan harus memandang serius masalah ini dan membaiki segera kerosakan jalan di sini bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8343205.asp

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 29 Oct 2010 07:21 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ziarah Bakal Haji 1431...Ibadah Haji Untuk Ummah Dan Daulah

Posted: 29 Oct 2010 08:19 AM PDT

Ibadah haji yang diperintahkan oleh Allah SWT tentu banyak hikmah dan rahsia di dalamnya. Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan terakhir mengikut susunan tertibnya. Allah SWT memerintahkan ibadat haji ditunaikan atau dilakukan oleh seseorang muslim sekali dalam seumur hidupnya.

Sejak akhir-akhir ini umat Islam di negara kita ini tidak mudah untuk pergi menunaikan haji kerana terpaksa mendaftar dan menunggu giliran; sebab yang berhajat untuk pergi menunaikan haji memang ramai. Alhamdulillah, ini satu petanda baik bagi kita. Ia menunjukkan kesedaran umat Islam negara ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu sudah meningkat. Ia juga menggambarkan tahap sosio-ekonomi umat Islam yang bertambah baik.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi banyak membuat ubahsuai pada kawasan Masjidilharam dan Masjid Nabawi dengan tujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam yang datang mengerjakan haji. Ketika ini pun satu perubahan besar di kawasan Masjidilharam sedang dilakukan.

baca artikel penuh...di sini









Sementara itu di Dungun, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah mengadakan ziarah kepada lebih 50 orang bakal haji yang akan menunaikan ibadah tersebut tahun ini.

Tanpa mengira fahaman politik, ADUN Sura hadir bersua muka ke rumah bakal haji sambil mendoakan masing-masing memperolehi haji yang mabrur. Beliau turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada setiap bakal haji yang dikunjungi.

[Gambar-gambar sebahagian bakal haji 1431 yang telah dikunjungi oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli]

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 29 Oct 2010 03:09 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Pemboros lawan penjimat

Posted: 29 Oct 2010 10:54 AM PDT


17 Fakta yang PERLU anda tahu tentang BP, Petronas, PNB & Temasek Holdings

maaf bahasa nogori

Setiap sesuatu tentu ado pesaing. Bersaing nak dapek no.1 dalam kelas. Bersaing nak monang Piala Malaysia (Hobin Jang Hobin. Yeah!). Bersaing dengan kenkawan nak dapek pakwe hensem mcm den.

Persaingan penting sbg motivasi memperbaikki diri. Kalau dalam politik, BN bersaing dgn PR. Untuk tunjuk sapo yg lobih pandai berkhidmat & berbakti kpd rakyat. Tetapi bilo melibatkan ekonomi, kito bersaing nak bina bangunan tertinggi.

Sedangkan org lain tak heran pun dgn bangunan tinggi-tinggi. Korang tak raso polik ko?

1] BP atau dulu dikenali sebagai British Petroleum mempunyai aset sebanyak USD 236 billion pada tahun 2009. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/BP

2] Petronas pula mempunyai aset sebanyak USD 111 billion pada tahun 2009. Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Petronas

3] Tetapi kenapa head office BP yang baru tak sampai 10 tingkat? Sedangkan aset BP lebih 2 kali ganda dari Petronas. Dan kalau tak salah den, Head Office BP yang lamo adalah 15 tingkat. BP berpindah ke bangunan yg lebih rendah. Korang tak heran ko?

4] Gambar sebelah kiri di atas adalah bangunan BP yg baru di St. James's. Link :http://en.wikipedia.org/wiki/St._James%27s Ado sampai 80 tingkat mcm Petronas Twin Towers tak? Info lanjut : http://www.bp.com/genericarticle.do?categoryId=2012968&contentId=2001644

5] Petronas adalah kepunyaan rakyat Malaysia. BP tak salah den dah takdo kono mengono dgn kerajaan UK. Apsal Tun Mahathir jobo bona buek bangunan berkembar tertinggi di dunia sedangkan Petronas kepunyaan rakyat? Walhal pesaingnya BP tak ingin pun nak buek bangunan tinggi malah pindah pulak ke bangunan lobih rendah.
* Kerajaan UK tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam BP sejak tahun 1987 :http://www.bp.com/sectiongenericarticle.do?categoryId=9014444&contentId=7027525

6] Orang British sebagai bekas penjajah kita, sangat cermat menguruskan dana mereka. Diorg tahu buek bangunan tinggi tu rugi dan lebih baik 'fully utillized' bangunan, khas utk operasi BP. Ala, korang pun tahu, Petronas Twin Towers/KLCC lobih byk kosong daripada yg disewa.

PNB manara Warisan

7] Sapo pulak pesaing PNB? Tak payah poie jauh. Temasek Holding dari Singapura adalah pesaing terdekat PNB.

8] Dana yang diuruskan oleh PNB ialah sebanyak RM 140 billion (USD 45 billion), manakala Temasek Holdings mempunyao dana sebanyak USD 134 billion.
Sumber 1 : http://www.malaysiakini.com/news/145924
Sumber 2 : http://en.wikipedia.org/wiki/Temasek_Holdings
Sumber 3 : http://www.temasekholdings.com.sg/about_us.htm

9] Dana Temasek Holdings 3 kali ganda lobih dari PNB. Tetapi Tamasek Holdings sikit pun tidak bercita-cita utk masuk berlumba membina bangunan tertinggi. Tamasek Holdings sedar bahawa mereka tidak boleh boros dan buek move sesuko hati krn mereka adalah kepunyaan negara Singapura. Kepunyaan rakyat Singapura.

10] Adakah Singapura seluas negara India? Daerah Tampin kt N9 lagi luas dari Singapore bai. Penduduknya cuma 5 juta org je berbanding kita Malaysia yg seramai 28 juta org. Mcm mano negara kocik, penduduk sikit tetapi pelaburan rakyat dio lagi tinggi dari negara kita. Korang tak heran ko?

11] Ulang balik.
Rakyat Malaysia 28 juta => Dana PNB = USD 45 billion
Rakyat Singpura 5 juta => Dana Temasek Holdings = USD 134 billion

12] Di kedudukan mcm tu, PNB masih ado hati mahu membazir RM 5 billion utk membina bangunan 100 tingkat. Pundek.

13] Tamasek Holding maintain untung dgn pelaburan cerdik diorg di seluruh dunio. Bab ni den respek dgn org Singapore. Siap boleh boli kepentingan strategik syarikat Malaysia seperti Pantai Holdings Bhd dan beberapa yg lain semasa zaman Pak Lah. PNB? Pegi mampos la dgn diorg.

14] Naza Motors pun nak buek bangunan 100 tingkat gak. Tapi den tak heran sobab anak-anak Nasimuddin pakai duit arwah abah diorg. Bukan pakai duit rakyat. Tu pasal tak masuk dlm Bajet 2011. Dah duit arwah abah diorg, sukati diorg la nak buek apo pun.

15] Bilo Najib nak buek Bangunan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat sbg ganti bangunan 30 tingkat PNB di Jalan Tun Razak, Najib 'terpaksa' bentangkan dalam Bajet 2011 di dewan rakyat. Sobab PNB adalah kepunyaan kerajaan Malaysia. Sumber : http://www.pnb.com.my/about/about_us_chart.cfm?cat=6

16] Hutang negara dah lobih RM 362 billion. Link : http://www.malaysiakini.com/news/146366 Tapi Najib masih selamba teruskan projek bangunan PNB 100 tingkat. RM 5 billion tu sebenarnya duit sapo bai? Duit rakyat atau duit abah Najib?

17] Apo yg boleh den rumuskan, orang British dan orang Singapore lebih Islamik dalam bab pengurusan ekonomi mereka. Malaysia? Bukan setakat BODOH dalam ekonomi malah MEMBAZIR. Ingat, membazir adalah saudara SYAITAN. Tak pecayo? Cubo korang mintak dalil pado Ulama' Mudo UMNO bai.

Nahas dari kota keriangan

Posted: 29 Oct 2010 10:34 AM PDT

6 Maut 21 Cedera Selepas Bas Pelancong Terbabas Di Genting Highland



Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Kota keriangan pusat perjudian terkenal Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA










Idea tipu datang dari syaitan

Posted: 29 Oct 2010 10:11 AM PDT


Bas parkir bawa pengundi hantu dan syaitankah ini.

Umno dikhuatiri guna pengundi hantu (syaitan) di Galas
Wartawan Kita - Harakah

GUA MUSANG, 29 Okt: Umno dikhuatiri menggunakan taktik terakhir iaitu pengundi hantu bagi menghadapi PAS pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada 4 November ini.

Taktik kotor itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.

"Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.

"Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas," katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.

Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.

"Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.

"Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini," ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.

Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

sindrom menafikan

Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.

Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.

"Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan," ujarnya.

pelajar IPT di kerah

Sementara itu arahan Kementerian Pengajian Tinggi melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dalam kempen pilihan raya di Dun Galas dilanggarkan sendiri menteri di kementerian terbabit apabila mengadakan Majlis Mesra KPT 2010 di Galas semalam.

Beberapa bas sebahagian besar bertulis Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain kelihatan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1.

Pada kain rentang ditulis program itu agihan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN, runding cara pembiayaan pendidikan dan kutipan balik dan runding cara peluang pembelajaran di UiTM.

Orang ramai mempersoalkan mengapa program berkenaan dibuat di Galas ketika musim pilihan raya kecil sekarang. Tentunya ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Saman, YB lain menyusul

Posted: 29 Oct 2010 10:03 AM PDT


MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
Hazayani Zakaria - Harakah

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.

tak telus

"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.

kemana wang ini

Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.

"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang jelas mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang.

Hutang kereta tak masuk bajet 2011

Posted: 29 Oct 2010 09:40 AM PDT


Harga kereta pasaran domestik lebih mahal
Dzulfikar Mashoor - Harakah

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.

Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

impak berantai

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

bajet gagal

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

Luka dan liku ber `kad kredit'

Posted: 29 Oct 2010 09:17 AM PDT


Kad Kredit...

Individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai.

Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 - 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target 'jahat' si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harga yang mereka guna sahaja terlebih dahulu.

Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya.

INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Jumlah interest/riba sahaja berjumlah RM760. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semakin menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku.

Nota : Buat apa pakai kad kredit kalau ada TUNAI.

Angkuh tak mau undi Cina, India

Posted: 28 Oct 2010 07:32 AM PDT



Datuk Johari rasis ni masih tak faham dan keliru konsep satu Malaysia Najib, ini ketua bahagian, bayangkan orang kampung akar umbi umno lagi tak faham.

Melayu dan Islam tak sama

Posted: 28 Oct 2010 07:21 AM PDT

NONENik Aziz: Kerjasama Umno umpama Lebai Malang - mkini


Tok Guru menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.

Kata menteri besar kelantan itu, beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

"Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya.

bidas

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN.

muhyiddin pc 200910 02Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi ada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

"Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

sempit

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

"Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

"Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya.

Takut mudarat besar ke takut SB

Posted: 28 Oct 2010 06:57 AM PDT

Hab hiburan tetap salah, ulama tegur secara 'sir' - Mkini

Ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya.

Bagaimanapun, menurut pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) itu lagi, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk sir atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar (baca bila tak selari dengan pemimpin Umno, ia bakal mengundang padah)

"Secara prinsipnya, pusat hiburan, tidak kira di mana pun ia berada, tidak kira dibina oleh sesiapa pun, selagi ia bercanggah dengan hukum Allah, secara dasarnya ia tetap salah.

"Tetapi soal menegur, itu (hal) antara kami dan pemerintah dan tidak sewajarnya didedahkan (kepada orang ramai)," kata Fathul Bari yang menyertai Umno Jun lalu bagi tujuan "menasihati" pemimpin.

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan Isnin lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, dicadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Bercakap kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Fathul Bari menjelaskan, pandangannya itu dibuat berdasarkan contoh daripada atsar atau pertuturan sahabat Nabi Muhammad yang bernama Usamah bin Zaid.

Fahtul Bari berkata, sahabat Rasulullah itu memilih menegur kelemahan khalifah ketika itu Usman bin Affan secara tertutup dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.

Sementara itu, mengulas bantahan pelbagai NGO Islam terhadap perkara itu, Fathul Bari berharap persoalan kepentingan Islam diutaran tanpa sikap prejus dan merentasi kepentingan politik kepartian kerana menurutnya "yang benar itu tetap benar".

Semalam, kecuali Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), pelbagai NGO Islam mula menyuarakan bantahan keras terhadap rancangan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Pertubuhan terbabit antaranya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Dijangkakan, rancangan 'kontroversi' itu bakal mengundang lebih bantahan dalam masa terdekat, termasuk daripada kalangan parti pembangkang.

Balu, anak-anak terbeban

Posted: 28 Oct 2010 06:40 AM PDT


Bongkah batu yang berbentuk sapi (lembu) yang menjadi tarikan pelancung ke taman negara Batu Sapi

BN peralat wanita, anak-anak dalam kesedihan
Warta Rakyat - harakah

SANDAKAN, 28 Okt: PKR menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan balu kepada bekas anggota Parlimen Batu Sapi yang baru meninggal dunia satu tindakan memperalatkan wanita yang sedang bersedih itu.

Demikian dakwa Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dalam sidang media yang diadakan di sini semalam ketika mengulas pemilihan Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya di Batu Sapi.

Bagi beliau, perbuatan BN ini telah membuktikan mereka lansung tidak menjaga perasan Linda dan anak-anak kepada kemalangan yang berlaku, dan diwaktu yang sama mereka terpaksa menerima kesusahan yang dibebankan dalam memastikan PBS dan BN berkuasa.

survival

"PBS telah mempergunakan Linda dalam survival politik mereka, BN sendiri juga sanggup mempergunakan seorang wanita dalam kesedihan dan mempuyai tasnggungjawap kepada anak-anak yang tertekan akibat kehilangan seorang bapa secara mengejut," kata Fuziah.

Suami Linda, Edward meninggal dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini apabila motosikal kuasa tingginya terlibat dalam kemalangan itu.

masalah bertutur BM

Sementara itu, media mula melihat calon BN itu menghadapi masalah untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia kerana sehingga kini tidak ada sebarang kenyataannya yang dibuat dalam bahasa Kebangsaan itu.

Ekoran itu Fuziah berkata, calon PKR adalah pilihan raya terbaik untuk rakyat Batu Sapi bagi membolehkan segala isu mengenainya disampaikan dengan baik dalam Dewan Rakyat.

"Calon MP perlu mampu membawa isu nasional yang mampu dihubungkait dengan isu tempatan serta boleh direalisasikan ke peringkat setempat. Oleh rakyat Batu Sapi perlu seorang calon MP yang berwibawa untuk suara rakyat keparlimen dalam memastikan kebajikan dan hak mereka dipertahankan," kata beliau dalam sidang media itu.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Oct 2010 03:09 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BN AKAN KALAH DENGAN GOL SENDIRI

Posted: 29 Oct 2010 02:18 AM PDT


Adakah gambar hiasan atau ada kena mengena?
Peluang BN menang adalah sakit-skit. Walaubagaimanapun BN kemungkinan kekalahan tetap ada memang cerah dengan adanya mereka yang akan menjaringkan gol sendiri.
Perkara ini adalah seperti yang dikatakan oleh Blogger BN iaitu di Galas - BN akan kalah jika dalam parti masih ada manusia yang berperangai seperti Ketua Pemuda yang dah merajuk sebab tak dipilih sebagai calun.BN sedang memantau beliau dan kuncu-kuncunya dan mereka yang menyayangi diri sendiri serta kumpulan mereka melebihi dari menyayangi perjuangan parti. BN kununya akan lihat apakah ini kerja seseorang secara peribadi atau sabotaj parti secara berkumpulan. Jika benar apa yang diperkatakan itu, Pergerakan Pemuda UMNO yang berketuakan KJ mesti akan dipalitkan sekali dan perlu dipertanggungjawabkan beliau.

PRESIDEN MCA KALAU NAK KEMPEN DI GALAS ELOK GOSOK MUKA DENGAN DAUN PALAS

Posted: 28 Oct 2010 11:54 PM PDT




"U TAU TAK SOI LEK...KAMI TAK PANGGIL KAMU BANGSA PENDATANG, TAPI KAMI NAK BERITAHU KAMU DATANG MENGGANGGU KAMI" - PENGERUSI TETAP UMNO

Di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang masuk hari kedua pada Jumaat, 22 Oktober 2010, Pengerusi Tetap Umno Datuk Badruddin Amiruldin mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya tidak lagi mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu termasuk 30 peratus ekuiti Bumiputera yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Bercakap dalam dialek Hokkien, Badruddin berkata, sebagai sebuah pasukan dalam Barisan Nasional (BN), Dr Chua tidak sepatutnya mempersoalkan hak 30 peratus ekuiti Melayu dan Bumiputera itu yang disediakan menerusi tindakan afirmatif ekonomi.

"Soi Lek, kita semua kawan. Saya nak beritahu beliau supaya 30 peratus (ekuiti) jangan ganggu.

"Kami bagi orang Cina, orang Melayu dan orang India kongsi itu 100 peratus," kata beliau seolah-olah memberi nasihat kepada bekas menteri kesihatan itu.

Dr Chua menghadiri sesi perasmian Perhimpunan Agung Umno 2010 semalam.

Di sebalik persekitaran kontroversi berhubung kenyataan rasis sejak kebelakangan ini membabitkan pengetua-pengetua sekolah dan pemimpin politik dan sektor awam yang menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang, Badruddin seterusnya berkata: "U (kamu) tau tak Soi Lek, kita hormati kamu."

"Kita tidak panggil kamu bangsa pendatang tapi kami nak beritahu kamu datang ganggu 30 peratus itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"U (kamu) tahu tak Soi Lek?" kata beliau yang mempengerusikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini menyusuli perbahasan seorang perwakilan.

ASTAGFIRULLAH ! WANG ZAKAT BERJUTA KELUAR HASIL TIADA SEJAK 2004

Posted: 28 Oct 2010 07:52 PM PDT

LAPORAN KETUA AUDIT 2009 : RM13.85 JUTA WANG ZAKAT DIDAHULUKAN UNTUK BINA KOMPLEKS MAIM
29 Oktober 2010

Majlis Agama Islam Melaka – Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
MAIM telah menetapkan objektif untuk memastikan semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak di atas nama MAIM selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002.

Pada keseluruhannya pengurusan hartanah MAIM adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kerugian kepada MAIM dan kaedah pengurusan hartanah yang tidak teratur.

Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM.

Projek pembangunan secara usaha sama dengan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan Kompleks MAIM. Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

Manakala, kos projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka telah ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal berjumlah RM1.80 juta. Pemantauan yang tidak berkala dan berterusan oleh pihak MAIM telah mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.

AJAIB ! KUASA ALLAH PADA DR BEDAH HKL SAHKAN PENDAKWAAN SAIFUL MEMANG BOHONG

Posted: 28 Oct 2010 06:10 PM PDT



REKTUM SAIFUL 'KOSONG'...BUKANKAH SAIFUL KATA DAH 2 HARI TAK BUANG AIR BESAR SELEPAS DILIWAT?

Saya bukan pakar bedah. Saya juga bukan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan terhadap mangsa liwat. Tetapi saya ni bukan pelupa, Insyaallah dalam usia yang masih muda belum separuh abad saya boleh mengingat kembali perkembangan kes Liwat 2 yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Masih ingat lagi keterangan Saiful di mahkamah mendakwa selepas diliwat, dia tak buang air besar selama dua hari. Kesian si Saiful sampai sembelit dikerjakan. Saiful juga beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan.

Hari ini saksi pendakwa iatu Pakar Bedah dari HKL nampaknya terperangkap apabila diasak bertubi-tubi oleh peguam DSAI.

Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong."

"Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong," kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Jadi ke mana perginya 'bahan buangan' yang 2 hari diperam oleh Saiful selepas diliwat sebelum diperiksa oleh pakar HKL? Saiful buang ikut mulut atau ghaib begitu sahaja?

Saiful beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan? Pelik bin ajaib mengapa selepas kira-kira 3 jam diperiksa oleh pakar HKL tidak ada sebarang minyak pelincir dikesan. Walhal Saiful kata dia tak basuh selepas diliwat. Adakah Saiful guna minyak senyonyong sehingga tak dapat dikesan?

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 29 Oct 2010 01:15 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Tak perlu undi Cina dan India: Presiden MCA kecam pemimpin Umno!..(video inside)

Posted: 29 Oct 2010 10:17 AM PDT



Kita tunggu apa reaksi penyokong dan blogger fanatik parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini..bukan DAP yang cakap, bukan PR yang bersuara..tapi pemimpin utama BN (MCA) sendiri yg kecam pemimpin Umno Bahagian ini..kalau dengan DAP punya la laju marah dan memakihamun, kalau geng sendiri?...sama2 kita lihat dan saksikan...


Chua: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

"Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.

"Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdik dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.

"Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang," kata Chua.

Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.

Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.

"Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India," kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.

Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari. - MK

TERDESAK: Kumpulan gengster Umno/BN halang dan ugut petugas wanita Keadilan di Batu Sapi..

Posted: 29 Oct 2010 10:15 AM PDT



Samseng Umno Ugut, Halang Petugas Wanita KEADILAN Merayu Undi

SANDAKAN 28 Okt - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menhalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.

Menurut Noraliza Abdul Wahab dari Cabang Permatang Pauh beliau bersama-sama 20 petugas lain sampai di kampung tersbeut kira-kira pukul 11.15 pagi tetapi setiba mereka terus dihalang oleh beberapa petugas bilik gerakan BN yang terletak berhampiran dengan jalan raya.

"Ini kali kedua kami berkempen di kampung ini dan pertama kali semalam kami datang tidak ada masalah. Penduduk kampung pun menyambut kami dengan mesra dan menunjukkan respons yang baik terhadap kehadiran kami.

"Namun hari ini berlainan pula, sekumpulan lelaki dari bilik gerakan BN menunjukkan sikap yang agresif dengan mengelurakan kata-kata kesat, mengugut serta menghalau kami. Serorang daripada mereka mengatakan kampung ini kubu kuat BN dan orang luat tidak boleh masuk.

"Kami kata ini negara kami, kenapa halang kami bergerak bebas dan setiap rakyat Malaysia berhak mengundi tanpa dipaksa atau ditakut-takutkan," kat Noraliza.



Teman beliau, 'Mama' Doris Chua dari Cabang Bayan Baru berkata selama beliau terlibat dalam tugas merayu undi dalam pilihan raya, inilah pertama kali beliau berdepan dengan tindakan samseng penyokong BN yang ganas dan juga biadap.

"Saya sudah berumur dan memberi salam serta menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi mereka terus menepis tangan saya. Saya terkejut kerana saya yakin rakyat Sabah semuanya berbudi bahasa dan tinggi budi pekerti tidak seperti beberapa individu yang memberi imej buruk kepada orang Batu Sapi," kata Chua.

Ketua Cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim yang menerima panggilan kecemasan dariapda petugas wanita KEADILAN terus bergegas ke lokasi lalu menenangkan keadaan.

Bagaimana ketika aktivis KEADILAN meneruskan kempen mereka di kampung tersebut, sekumpulan petuga BN terus mengikuti mereka sambil mengarahkan kepada wanita, kanak-kanak dan orang tua, 'tutup pintu, masuk dalam, jangan buka pintu, jangan kasi ini orang masuk' bagi menghalang mereka berinteraksi dengan perayu undi
KEADILAN.

Seorang penyokong BN, Ibrahim Uling berkata beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk penyokong BN mengganggu aktivis KEADILAN menjalankan tugas mereka.



"Saya amat tidak setuju cara ini. Biarkanlah rakyat yang menentukan kepada siapa undi yang mereka mahu berikan. Undi saya pun rahsia tapi kalau begini caranya BN mahu menakutkan-nakutkan rakyat saya pun mahu undi Pakatan Rakyat kali ini," tegas Ibrahim

Suara Keadilan difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berada di dalam bilik gerakan ketika kejadian berlaku tetapi hanya berdiam diri dan tidak bertindak untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Hassnar berkata ini adalah tindakan tidak bertamaddun dan kurang sopan.

"Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan setiap warganegara berhak memilih pemimpin yang mereka mahu, bukan digertak dan dihalang seperti 'hooligan' oleh BN," kata Hassnar.

Sehubungan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Sandakan di Jalan Bandaran kira-kira pukul 1.00 tengahari tadi. - suara-keadilan.com
Berita berkaitan:
- Penyokong UMNO tumbuk pegawai kerajaan Pulau Pinang (video)

Projek MEE SEGERA: Umno/BN terdesak tarik undi rakyat Kelantan...

Posted: 29 Oct 2010 10:14 AM PDT



"Nak terkencing terberak,8/10/10 gerombolan pencacai umno mencacak satu signboard "kaver line", Pusat sukan yang di janjikan kunun nya di PRK Manik Urai dulu.

Kalau tidak kantol la dgn rakyat Galas kakaka yg seronoknya tergesa2 papan tanda ini di tulis pakai tangan dan cat masih basah lagi, janji pusat sukan tapi tulis padang bola, tipu ke tak tipu, RSA TERNOK JAYA ENT.

Tu kepunyaan orang yang berjawatan dalam umno bahagian Kuala Krai. cuba tgk TARIKH MULA ? TARIKH SIAP ? PERANGAI PARIA PUNYA UMNO !!! kakaka" - FB 'Kamen Rider Zo'


p/s: Masihkan anda ingat gambar di bawah??



Klik untuk besarkan..perbezaan dahulu dan sekarang...siapa yg rasmi tergesa2 tu? siapa lagi kalau bukan bakal menteri besar Kelantan dari Umno...fikir2kan...;)

Artikel berkaitan:
- AWAS: Pakatan Rakyat boleh kalah di Galas di sebabkan faktor ini!..(video inside)
- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..

Dua berita yang tak sedap didengar sempena Pilihan Raya Kecil N.45 Galas...

Posted: 29 Oct 2010 10:13 AM PDT



Dua berita yang tak sedap di dengar oleh UMNO dan sekutunya..berita yang bakal memenangkan PAS dalam PRK Galas kali ini (insyaAllah)...

Berita 1

PAS Semakin Diterima Masyarakat Cina

GUA MUSANG: PAS meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa lebih daripada 80 peratus pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan memberi sokongan kepada calonnya, Dr Zulkefli Mohamed dalam pilihan raya kecil, 4 November ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, sokongan itu kian ketara apabila masyarakat Cina dilihat semakin menerima pendekatan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lebih 'lembut' terhadap kelompok berkenaan.

Jelas beliau, sebelum ini masyarakat Cina lebih yakin dengan kaedah yang digunakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz berbanding Abdul Hadi kerana terlalu agresif.

"Sebelum ini orang Cina hanya terima konsep kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, Abdul Hadi tak berapa diterima.

"Tapi sekarang ini satu perkara mengejutkan ialah orang Cina sudah terima Abdul Hadi, mungkin kerana sudah lihat beliau tak agresif seperti dulu, pendekataannya kini diterima... dulu pendekatan lain," katanya ketika ditemui di markas PAS di sini, Khamis.



Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku itu, perubahan dasar dan pendekatan yang digunakan Abdul Hadi pada masa ini berjaya meraih sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap PAS.

"Nampaknya Abdul Hadi terpaksa akur bahawa kaedah dahulu tak berkesan, jelas sekali Tok Guru Nik Aziz lebih mendahului daripada pimpinan lain dari segi pendekatan terhadap kaum-kaum lain," katanya.

Selain itu jelas beliau, penerimaan pengundi bukan Cina secara keseluruhan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat juga telah mempengaruhi sokongan terhadap PAS.

"Sokongan makin bertambah, kalau dulu 80 peratus (sokongan), sekarang dah meningkat sebab penerimaan orang Cina terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat cukup memberansangkan, kita juga tak ada masalah dengan pengundi Cina," katanya.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27). - mStar Online

*Versi Harakahdaily pula boleh baca pada tajuk, "Jentera Pakatan tawan hati masyarakat Tionghua"...

Berita 2

1,800 Anak Rantau Kelantan Bakal Pulang Mengundi Di Galas

PETALING JAYA: Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menjangkakan kira-kira 10 peratus daripada 18,000 ahlinya akan pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.

Setiausaha Agung Perakan, Azman Awang berkata pihak pengurusan persatuan telah pun memaklumkan kepada ahli-ahlinya supaya pulang bagi melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari mengundi nanti.


(Sekadar gambar hiasan..Satu program Perakan bersama YAB MB Kelantan..)

"Kita jangka 1,800 ahli kita akan balik mengundi di Galas. Kita juga sudah memaklumkan kepada mereka melalui pengumuman di laman web dan surat rasmi daripada persatuan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peratusan pengundi luar di Kelantan akan balik mengundi pada pilihan raya kecil Galas pada 4 November ini.

Azman berkata, jumlah tersebut merangkumi ahli persatuan yang berada di seluruh negara.

"Jika hari mengundi jatuh pada hari bercuti kita pasti jumlah mereka dijangka akan balik mengundi pasti meningkat tapi kita maklum dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Khamis depan," katanya.

Menurutnya, pengundi di luar Kelantan boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil di Galas kerana mereka tidak terpengaruh dengan sentimen dan isu tempatan yang digunakan oleh parti yang bertanding.

"Sekiranya keputusan pilihan raya kali ini terikat, pengundi luar boleh jadi penentu kerana jumlah mereka agak besar," katanya.

Ditanya parti mana yang mempunyai peluang cerah untuk menang dalam pilihan raya kecil di Galas, Azman berkata: "Peluang sama rata kerana saya lihat tidak ada isu yang kuat digunakan pada kempen pilihan raya kali ini."

"Namun PAS masih berpeluang cerah untuk mempertahankan kerusi ini kerana Galas salah satu kubu kuat PAS," katanya.

Pada pilihan raya kecil kali ini PAS meletakkan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka sementara Barisan Nasional memilih Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim, 48, mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada Barisan Nasional dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.Kerusi itu mempunyai 11,553 pengundi berdaftar terdiri daripada 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

Daripada jumlah itu kaum Melayu merupakan majority pengundi 7,125 orang, Cina (2,317), India (185), Orang Asli (1,889) dan Bumiputera Siam (10). - n9kini.com
Artikel berkaitan:
- [Kemaskini] HEBAT: Gambar sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas..(video inside)

Video Umno Melaka 'mengganas': Sudahlah ganggu ceramah PR, berlagak sombong pulak tu!

Posted: 29 Oct 2010 10:11 AM PDT

Ini adalah video bagaimana UMNO mengaku bahawa dialah yang memberi segala-galanya dalam Malaysia. Jalan raya, bangunan, hospital dan sebagainya serta mengatakan manusia ini adalah menumpang jalan. Manusia seperti orang UMNO ini sudah lupa Tuhan dan menghina hukum hudud.

VIDEO: Boleh lihat video keangkuhan Umno Melaka di SINI..

Dalam ceramah ini juga, pihak UMNO menggangu ceramah yang telah dianjurkan oleh pihak PAS. Berceramah yang merapu bahawa UMNO akan mempertahankan keris Hang Tuah. Dia lupa sejarah bahawa negeri yang mula-mula ada sultan adalah dari Melaka namun Melaka juga negeri yang tiada sultan sehingga ke hari ini.

Ini akibat sifat Melayu UMNO yang tamak serta menghina hukum Tuhan. Mereka lupa diri dan tidak tahu bersyukur. Akibatnya ceramah mereka dipulaukan oleh ahli mereka sendiri. Cuba lihat video di atas dan kira berapa jumlahyang datang ke ceramah UMNO yang merapu itu?

Pada masa yang sama ada juga kedengaran ceramah dari pihak PAS yang turut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek namun diganggu oleh 'ustaz' dari UMNO yang bernama Tajuddin Osman.

Beginilah sikap umno yang suka buat kacau jika Pakatan Rakyat cuba untuk berceramah. Mereka sering dilihat seperti cacing kebingungan dan sering kali menjadi lembu liar ketika ceramah Pakatan Rakyat diadakan.


CERAMAH PR







CERAMAH BN





Baru sebentar tadi berlangsungnya ceramah oleh pihak PAS selaku wakil Pakatan Rakyat namun pada masa yang sama dengan jarak hanya 50 meter, UMNO juga mengadakan ceramahnya untuk mengganggu pihak PAS. Ceramah PAS turut menjemput ADUN DAP dari Kesidang dan ADUN Bachang manakala PAS menampilkan Ustaz Sidek Noor dari Perak.

Di pihak UMNO pula menampilkan Tajuddin Osman dan menayangkan video kerana mereka tiada penceramah termasuk ketiadaan Ali Rustam untuk berceramah pada ceramah tersebut. Kehadiran orang ramai pada pihak PAS dan Pakatan Rakyat adalah sekitar 400 orang manakala bagi UMNO dan BN sekitar kurang dari 50 orang seperti dalam gambar di atas.


Sekarang rakyat telah membuktikan mereka boleh hidup tanpa UMNO kerana rezeki datang dari Tuhan dan bukannya dari UMNO. Apatah lagi manusia yang hidup akan menemui ajalnya inikan UMNO yang akan mati pada bila-bila masa sahaja.

Perjuangan mereka hanyalah bersifat holistik dan seperti gajah namun berkaki plastik. Mereka hebat dengan laungan membela melayu tetapi membisu dalam menipu Melayu. Inilah UMNO yang licik tapi jahil. Gambar di atas juga menunjukkan sudah tiba masanya untuk Ali Rustam mengundurkan diri dari DUN Bukit Baru.

Ceramah yang dianjurkan mereka sebelum ini dipulaukan oleh penduduk setempat dan bukan sebelum ini sahaja malahan malam ini juga rakyat Bukit Baru menterjemahkannya dalam siri ceramah yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Bukan itu sahaja, pihak polis sudah terbuka pintu hati mereka untuk mendengar ceramah PAS termasuk juga 'Special Branch'. Pihak polis lebih aman jika berada dikawasan Pakatan Rakyat berbanding dengan ceramah UMNO. Sebab itu ceramah UMNO polis tidak berkawal kerana tiada apa untuk dikawal.

Yang datang ceramah UMNO hanyalah budak-budak kecil dan pakcik-pakcik yang saja-saja singgah mahu melihat ceramah UMNO. UMNO berceramah bukan dengan penceramah sebaliknya memasang ytayangan video. Jelas membuktikan UMNO ketiadaan penceramah.


Sumber: suaramelaka.blogspot.com

Artikel berkaitan:
- Kerajaan Umno Melaka terdesak: Demo bantah roboh surau dan PASTI

Lagi politik SAMSENG: BN pasang kain rentang halang petugas PR temui penduduk kampung

Posted: 29 Oct 2010 10:09 AM PDT



Larang PR Berkempen, BN Mahu Bawa Rakyat Batu Sapi Ke Politik Zaman Batu

SANDAKAN 29 Okt - Barisan Nasional membawa budaya politik Malaysia ke zaman batu apabila memasang kain rentang di bilik gerakannya di Kampung Istimewa melarang petugas Pakatan Rakyat memasuki perkampungan tersebut untuk menemui pengundi.

Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari pada masa persada politik negara sedang menuju ke arah pembudayaan dan kerangka politik baru malangnya Umno dan BN dilihat ingin membawa rakyat kembali kepada zaman kegelapan politik penuh kezaliman, pemikiran kuno dan politik lama.

"Kita tidak mahu kembali kepada politik tahun 1960-an yang diamalkan oleh BN seperti mana yang kita lihat di Kampung Istimewa semalam. Mereka memasang kain rentang yang melarang pembangkang memasuki kampung itu.

BNN mahu kita kembali kepada zaman batu tetapi kita mahu bawa budaya politk baru yang melibatkan debat, diskusi dan perbincangan bagi memberi peluang kepada pengundi Batu Sapi membuat pertimbangan dan seterusnya pilihan alternatif yang paling baik di antara tiga calon yang bertanding," kata Ansari pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pagi tadi.

Semalam Suara Keadilan melaporkan kira-kira 20 anggota pasukan petugas perayu undi dan culaan dari Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh dan Bayan Baru telah dihalang oelh samseng Umno daripada menemuim pengundi Kampung Istimewa di kawasan Dewan Undangan Negeri
Sekong.

Mereka telah diugut dan dilemparkan kata-kayta kesat dan diancam dengan kekerasan serta memaksa penduduk menutup pinti rumah dan tidak memenerima kedatangan petugas KEADILAN...- SuaraKeadilan

Berita terdahulu..
- TERDESAK: Kumpulan gengster Umno/BN halang dan ugut petugas wanita Keadilan di Batu Sapi..
- Video Umno Melaka 'mengganas': Sudahlah ganggu ceramah PR, berlagak sombong pulak tu!

Gambar sekitar ceramah PAS di Galas: Ribuan hadir termasuk kaum Cina dan India!..(video inside)

Posted: 29 Oct 2010 10:07 AM PDT

















KEMPEN 2











BIADAP: Blog Umno 'provoke' Sultan, Istana Kelantan nafi khabar angin blogger Umno!

Posted: 29 Oct 2010 10:04 AM PDT



Gambar di atas adalah diambil dari salah satu blog pro-Umno, 'cikguleepk.blogspot.com'..tajuk yang agak biadap terhadap Tuanku Sultan Kelantan...

Dan banyak lagi blog2 pro-Umno dilihat sengaja mencetuskan 'provokasi' terhadap diri Tuanku Sultan Kelantan walaupun (kononnnya) dalam nada yang berlapik..

Sentimen negatif ini sengaja diheboh2kan bagi menekan pihak istana, khususnya Sultan Kelantan...buktinya, hari ini pihak istana terpaksa tampil kehadapan bagi menjawab khabar angin yang direka-reka oleh penyokong Umno ini...

Sungguh terdesak dan biadap mereka sehingga cuba mengaitkan istana dalam kempen perang politik mereka...ternyata hubungan erat kerajaan negeri dan pihak istana tidak menyenangkan mereka..

Akhir kalam, cuba korang bayang tajuk yang sama seperti diatas telah dibuat oleh penyokong PR khususnya DAP?..apa reaksi penyokong rasis Umno?..fikir2kan..wallahua'lam..


GUA MUSANG, 29 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang masuk hari keempat hari ini, mula "panas" dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS menggunakan Sultan Kelantan untuk memancing undi.

Khabar angin tersebar luas di Gua Musang sejak pagi tadi bahawa Sultan Muhammad V akan mengunjungi Gua Musang hujung minggu ini untuk mengurniakan geran tanah pada satu majlis kerajaan negeri, yang didakwa akan digunakan untuk menaikkan reputasi PAS menjelang hari pengundian minggu depan.



Bagaimanapun Istana Kelantan menafikan Sultan Muhammad V akan berada di Galas menjelang hari pengundian 4 November ini.

Blog pro-Umno The Unspinners mendakwa kerajaan negeri bercadang untuk memberi 1,200 Orang Asli geran tanah.

Satu lagi blog, Bigdogdotcom pula mendakwa adalah malang jika Sultan Muhammad V dimanipulasikan oleh sebuah parti politik ketika kempen, laporan yang dilihat mendakwa Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan pihak istana.

"Adalah malang jika Duli Yang Maha Mulia Sultan digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak ketika kempen proses demokratik, khususnya dalam pilihan raya.

"Pilihan raya adalah persaingan antara parti politik dan ahli-ahli politik," kata tulisan blog yang disiarkan semalam.

Bagaimanapun sumber-sumber Istana Kelantan menafikan yang Sultan Muhammad V akan melawat Galas dalam tempoh terdekat.

Sumber itu menambah, baginda juga telah menangguhkan kesemua pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan sebelum 4 November.

"Malah, Sultan pun tiada di negeri dan baginda tidak akan mengunjungi Gua Musang sehingga pilihan raya berakhir," kata satu sumber istana kepada The Malaysian Insider.

Sultan Muhammad V yang dimashyurkan sebagai sultan bulan lalu telah mengunjungi bahagian Gua Musang minggu lalu sebelum bermulanya tempoh berkempen untuk mengurniakan geran tanah kepada lebih 100 penduduk.

Bagaimanapun difahamkan tiada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu.

"Tidak ada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu disebabkan sensitiviti, Tuanku hanya diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawainya," kata sumber.

"Sultan bijak, baginda tahu peranan baginda, baginda faham situasi, jadi baginda tiada rancangan untuk melawat Gua Musang ketika tempoh berkempen," katanya.

Dalam pada itu, Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad yang mengesahkan tiada kunjungan diraja ke bahagian Gua Musang menjelaskan, majlis pengurniaan geran tanah minggu lalu telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad V tahun lalu ketika baginda masih pemangku Sultan Kelantan.

"Mereka yang menerima geran tanah merupakan mereka yang memohon terus kepada baginda, ketika baginda masih Tengku Mahkota," kata Halim.

"Permohonan ini diluluskan baru-baru ini dan Tuanku memutuskan untuk mengurniakan secara peribadi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya.

Halim menafikan ia keputusan politik.

"Ia adalah rutin baginda. Bukan sahaja di Gua Musang, baginda melawat seluruh negeri untuk menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya," kata Halim.

"Istana tidak terlibat dalam kempen. Mereka boleh berkata apa yang mereka mahukan, tetapi istana tidak terlibat dalam politik," kata Halim lagi.

Jentera kempen Barisan Nasional diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, ketua Umno Gua Musang, yang merupakan anggota kerabat diraja. - TMI

GAMBAR: Bukti Sabah terus MUNDUR di bawah pemerintahan kerajaan Umno/BN!

Posted: 29 Oct 2010 10:02 AM PDT





Oleh: Pria Malaya

Gambar di atas adalah gambar terbaru yang dirakam ketika jentera wanita PKR sedang berkempen di Batu Sapi Khamis lalu (28 Oktober 2010)...sungguh sedih lagi menginsafkan...

Betullah kata orang, dimana Umno kuat, disitu rakyat merempat..apabila rakyat miskin, maka mudahlah utk BN menggula2 dan memperbodohkan rakyat terutama ketika musim pilihan raya...contoh boleh lihat pada gambar di atas..



(Sekadar gambar hiasan: Dimana Umno kuat di situ, rakyat merempat...)

Gambar dibawah pula menunjukkan kedhaifan sebuah sekolah di Sabah, sebuah negeri 'jajahan' Umno buat sekian lama..sungguh sedih tatkala melihat anak bangsa masih dibelenggu dengan masalah seperti ini walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun....

Daripada Najib/Umno membazirkan masa dan wang untuk membina menara 100 tingkat untuk bermegah2, ada baiknya Najib memikirkan tentang masalah dan nasib mereka, nasib anak bangsa kita, nasib warisan generasi kita..fikir2kan....












Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 29 Oct 2010 01:08 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Video: UMNO Anggap Dia Tuhan

Posted: 28 Oct 2010 10:37 AM PDT



(Sila guna earphone untuk audio yang jelas)


Ini adalah video bagaimana UMNO mengaku bahawa dialah yang memberi segala-galanya dalam Malaysia. Jalan raya, bangunan, hospital dan sebagainya serta mengatakan manusia ini adalah menumpang jalan. Manusia seperti orang UMNO ini sudah lupa Tuhan dan menghina hukum hudud.

Dalam ceramah ini juga, pihak UMNO menggangu ceramah yang telah dianjurkan oleh pihak PAS. Berceramah yang merapu bahawa UMNO akan mempertahankan keris Hang Tuah. Dia lupa sejarah bahawa negeri yang mula-mula ada sultan adalah dari Melaka namun Melaka juga negeri yang tiada sultan sehingga ke hari ini.

Ini akibat sifat Melayu UMNO yang tamak serta menghina hukum Tuhan. Mereka lupa diri dan tidak tahu bersyukur. Akibatnya ceramah mereka dipulaukan oleh ahli mereka sendiri. Cuba lihat video di atas dan kira berapa jumlahyang datang ke ceramah UMNO yang merapu itu?

Pada masa yang sama ada juga kedengaran ceramah dari pihak PAS yang turut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek namun diganggu oleh 'ustaz' dari UMNO yang bernama Tajuddin Osman.

Beginilah sikap umno yang suka buat kacau jika Pakatan Rakyat cuba untuk berceramah. Mereka sering dilihat seperti cacing kebingungan dan sering kali menjadi lembu liar ketika ceramah Pakatan Rakyat diadakan. 

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 29 Oct 2010 11:30 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


 Kerana sokong PR, subsidi baja getah ditarik

Posted: 28 Oct 2010 08:54 PM PDT

GUA MUSANG, 29 Okt: Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

"Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

"Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat," katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka," kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti kita boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS, " ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

Batu Gajah Mari

Posted: 29 Oct 2010 11:25 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pantun PRK Galas

Posted: 29 Oct 2010 06:13 AM PDT



Pergi warung beli laksa
Bawa ke rumah untuk keluarga
Dua puluh tahun PAS berjasa
Membuka jalan rakyat ke syurga

Bawa ke rumah untuk keluarga
Dibaca doa sebelum makan
Membuka jalan rakyat ke syurga
Segala Sunnah Nabi diamalkan

Dibaca doa sebelum makan
Mengingati Allah pemberi rezeki
Segala Sunnah Nabi diamalkan
Munafik saja berhasad dengki

Mengingati Allah pemberi rezeki
Sekelian makhluk dalam alam
Munafik saja berhasad dengki
Nama saja berbunyi Islam

Sekelian makhluk dalam alam
Ada ghaib ada nyata
Nama saja berbunyi Islam
Ada hati tapi buta

Ada ghaib ada nyata
Diketahui manusia yang berakal
Ada hati tapi buta
Suka melakukan kerja nakal

Diketahui manusia yang berakal
Allah pencipta sekelian alam
Suka melakukan kerja nakal
Sokong parti menentang Islam

Allah pencipta sekelian alam
Dari tiada kepada ada
Sokong parti menentang Islam
Tanda iman kosong di dada

Dari tiada kepada ada
Contoh ternyata alam ini
Tanda iman kosong di dada
Buat maksiat cukup berani

Contoh ternyata alam ini
Di dalamnya ada tumbuh-tumbuhan
Buat maksiat cukup berani
Seperti mengingkari perintah Tuhan

Di dalamnya ada tumbuh-tumbuhan
Ada sungai ada laut
Seperti mengingkari perintah Tuhan
Lupa menanti saja Malaikat Maut

Ada sungai ada laut
Di dalamnya ada banyak ikan
Lupa menanti saja Malaikat Maut
Bila-bila masa nyawa ditamatkan

Di dalamnya ada banyak ikan
Cencaru dan juga bawal
Bila-bila masa nyawa ditamatkan
Dalam kubur semuanya di soal

Cencaru dan juga bawal
Mudah saja masuk pukat
Dalam kubur semuanya disoal
Dengan munafik jangan berpakat

Mudah saja masuk pukat
Berbagai jenis ikan di laut
Dengan munafik jangan berpakat
Di akhirat kelak tiada tempat berpaut

Berbagai jenis ikan di laut
Menjadi makanan bagi manusia
Di akhirat kelak tiada tempat berpaut
Menyokong asobiah kerja sia-sia

Menjadi makanan bagi manusia
Dari dulu hingga sekarang
Menyokong asobiah kerja sia-sia
Pimpinan mereka suka temberang

Dari dulu hingga sekarang
Matahari terbit dari timur
Pimpinan sekular yang temberang
Menyokong mereka membazirkan umur

Matahari terbit dari timur
Terbenam pula di sebelah barat
Menyokong mereka membazirkan umur
Menanggung derita di alam akhirat

Terbenam pula di sebelah barat
Berlaku pula setiap hari
Menanggung derita di alam akhirat
Perkara ini eloklah disedari

Berlaku pula setiap hari
Mencari rezeki untuk keluarga
Perkara ini eloklah disedari
Ulama petunjuk jalan ke syurga

Mencari rezeki untuk keluarga
Dengan membuka klinik perubatan
Ulama petunjuk jalan ke syurga
Menceritakan bahaya parti syaitan

Dengan membuka klinik perubatan
Dikenali penduduk Gua Musang
Menceritakan bahaya parti syaitan
Isu Ketuanan Melayu yang usang

Dikenali penduduk Gua Musang
Dr Zulkefli yang budiman
Isu Ketuanan Melayu yang usang
Silap-silap boleh merosakkan iman

Dr Zulkefli yang budiman
Lulusan daripada Universiti Malaya
Silap-silap boleh merosakkan iman
Bila khurafat mereka percaya

Lulusan daripada Universiti Malaya
Inilah Dr Zulkefli Mohamed
Bila khurafat mereka percaya
Membetulkan mereka perlu berjihad

Inilah Dr Zulkefli Mohamed
Suka membaca surah Al-Ikhlas
Membetulkan mereka perlu berjihad
Menangkan calon PAS di GALAS

Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama?

Posted: 29 Oct 2010 04:24 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib RMKUALA LUMPUR 28 Okt - Kalangan ahli parlimen Barisan Nasional melahirkan rasa tidak puas hati secara senyap apabila timbul desas desus isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama 'Dunia Ketiga' yang glamer baru-baru ini.

Oleh kerana intipati Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober lalu memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak maka timbul dakwaan bahawa peruntukan Permata telah digunakan.

Malah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Apa yang mengecewakan kata Zuraida kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah sasau apabila tidak tahu menentukan perkara yang mana perlu didahulukan.

"Ahli Parlimen Lubuk Antu tadi ada menyebut di kawasannya, di sesetengah tempat tidak mempunyai sekolah dan ada tempat, murid terpaksa berkongsi meja.

"Macam-macam yang tidak ada tetapi RM24 juta dibelanjakan untuk 'First Lady Summit".

Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliaufirstladysummit berlagak ala Wanita Pertama Malaysia.

"Ramai rakyat sedang menunggu kenyataan maaf daripada penganjur tetapi masih memekakkan telinga. Dulu Islam Hadhari sekarang Islam First Lady," ujar Zuraida ketika membahas Bajet 2011, petang semalam.

Perdana Menteri ujar beliau dalam menjawab soalan berhubung siapakah 'First Lady' Malaysia telah menjelaskan kononnya jolokan Wanita Pertama tidak boleh mengatasi Pemaisuri Agong.

"Datuk Yang DiPertua, saya ingin tahu sekolah mana yang mengajar ada nombor lain sebelum nombor satu, mungkin Permata kot - merujuk kepada program Rosmah yang mendapat peruntukan RM111 juta dalam Bajet 2011," ujar Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Batu Sapi - Kayu pengukur masa depan BN

Posted: 28 Oct 2010 11:30 PM PDT

Batu Sapi akan menghadapi PRK kerana kematian Ahli Parlimennya Edmund dilebuhraya Sembulan Tanjung Aru 2 minggu yang lepas akibat kemalngan jalaraya. Kematian Ahli Parlimen yang mewakili PBS ini memaksa diadakan PRK dalam mana pertandingan 3 pejuru diantara BN (PBS), SAPP dan PKR yang akan berlaku serentak dengan PRK DUN Galas pada 4hb November ini.

Dalam banyak-banyak 'input' yang saya sendiri perolehi dari Sabah, Yong Teck Lee, calun SAPP dikatakan mampu untuk memberikan cabaran sengit kepada calun BN parti penyandang kepada kawasan Parlimen Batu Sapi ini. Bekas Ketua Menteri ini yang merupakan Presiden SAPP yang telah membawa partinya keluar dari BN awal tahun lepas nampaknya mempunyai 'advantage' jika dibandingkan dengan dua calun yang lain.

Sebagaimana ditempat-tempat yang lain isu nasional dan isu tempatan adalah isu yang besar yang bermain didalam pemikiran rakyat Sabah amnya dan juga pengundi diBatu Sapi khasnya. Penolakkan rakyat dan pengundi kepada BN diSemenanjung pada pilihanraya 2008 yang lalu sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi dalam PRK Batu Sapi ini. Ramai berpendapat pengundi Sabah telah memberikan sokongan yang padu kepada BN dalam pilihanraya yang lalu kerana mereka tidak menyangka yang penolakkan rakyat diSemenanjung terhadap BN begitu kuat.

Jika mereka dari awal telah menjangka yang diSemnanjung BN boleh kehilangan 80 kerusi parlimen, mereka secara terang-terang akan mengikut trend perubahan itu diSabah. Oleh kerana mereka tidak dapat merasakan angin perubahan itu maka mereka memberikan sokongan yang padu kepada calun-calun BN dan diSabah BN telah memenangi 100 peratus kerusi parlimen yang ditandinginya dan Sabah adalah 'fixed deposit' bagi BN.

Tetapi sekarang pengundi diSabah sedikit sebanyak merasakan mengundi pihak pembangkang bukan lagi satu isu besar lagi dan ini dirasakan oleh ramai kumpulan pengundi atas pagar. Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Menteri Yong masih mempunyai 'network' politik yang menyeluruh terutamanya dikalangan orang Cina termasuk diBatu Sapi.

Yong merupakan tempat orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan diSabah sekarang ini. Dikalangan pemimpin-pemimpin diSabah mereka berpecah diantara satu dengan lain dan ditambah pula dengan isu yang dihadapi oleh Ketua Menterinya sendiri yang sedang hebuh diperkatakan oleh masyarakat.

Isu peribadi Musa Aman yang sedang dihadapinya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan padu dari pemimpin dalam komponen BN sendiri dan untuk mengalihkan sokongan kepada pihak-pihak yang membangkang agak mudah seperti mana yang berlaku diSemenanjung tanah air. Janji PM Najib untuk merobah kepimpinan diperingkat negeri untuk membersihkan imej parti semasa Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini diharapkan akan melibatkan juga kepimpinan diSabah.

Dengan penyertaan Ansari dari PKR dalam PRK ini ianya akan memberikan beban yang lebih kepada BN kerana perpecahan undi dari Melayu dan Bumiputra yang merangkumi 60 perataus dari 25582 pengundi berdaftar dikawasan ini. Fenomena ini juga akan memberikan kelebihan kepada Yong Teck Lee. Seandainya Yong mendapat hanya 38 peratus dari mereka yang keluar mengundi peluang bagi Yong untuk memenangi kerusi Batu Sapi ini akan lebih cerah.

Walau bagaimana pun dalam politik berbagai-bagai kemungkinan akan terjadi. Tetapi kita kena akui untk BN mengekalkan kerusi Batu Sapi kali ini ianya memerlukan cara pendekatan pengundi yang berbeza dari yang selalu kita lakukan. Hanya orang Sabah sahaja yang sepatutnya faham bagaimana untuk meraih sokongan dari pengundi dikawasan ini.

Jika kerusi ini dimenangi oleh SAPP melalui Presidennya ini maka BN kehilangan satu lagi suara diDewan Parlimen dan sekali gus rakyat masih lagi tidak dapat menerima segala pembaharuan yang dijanjikan oleh pucuk pimpinan kita diKuala Lumpur.

Kemenangan Yong Teck Lee akan memberi gambaran yang trend penolakkan BN yang berlaku diSibu, Sarawak tidak berapa lama dahulu itu akan menular keSabah pula. Maka BN terpaksa mencari jalan lain untuk mengekang kemaraan parti alternative untuk menghampiri Putrajaya selepas PRU yang akan datang.

Kita tengok kali ini; samada BN benar-benar telah memilih 'winable candidate' atau pemilihan calun yang didasarkan kepada jawatan parti yang dipegangnya. Kita mesti ingat yang seseorang yang laku kepada parti mereka tidak semestinya laku kepada rakyat ramai yang mengundi.

Begitu jugalah didalam UMNO; yang berjaya memegang jawatan parti tidak semestinya memenangi hati rakyat. Jika seseorang yang memenangi jawatan dalam parti itu adalah juga yang disenangi oleh rakyat ramai masakan banyak calun UMNO jatuh tersungkur dalam PRU yang lalu.

Tetapi masih lagi ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kita sedang dibuai oleh sindrom penafian kepada hakikat ini. Mungkin kita terpaksa menghadapi kekalahan mutlak dahulu sebelum kita menerima hakikat yang kita perlu perubahan secara 'structural' kepada parti kita.

Jika kita kalah secara 'total' adalah ditakuti kita tidak mampu bangun lagi kerana kita tidak lagi pernah mengalami menjadi pembangkang diperingkat pusat. Kita sama-sama sedang melihat bagaimana terseksa UMNO/BN untuk kembali memenangi hati rakyat dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

BN diSelangor, Perak, Kedah, dan P Pinang serta Wilayah Persekutuan sampai sekarang belum lagi mampu untuk mencari seseorang yang sesuai mengikut kehendak rakyat siapa yang akan menjadi MB atau KM jika UMNO ingin mengambil kembali kuasa dari tangan Pakatan Rakyat.

Dupahang's Weblog

Posted: 29 Oct 2010 11:12 AM PDT

Dupahang's Weblog


Antara 70-80% undi kaum asli akan berpihak calon BN?

Posted: 29 Oct 2010 09:55 AM PDT

Sementara itu, Pengarah pilihan raya kecil BN Tengku Razaleigh yang melawat dua kawasan kaum asli semalam, Hau dan Balar, yakin untuk memperolehi 70% undi kaum asli, malah mungkin mencecah 80% seandainya mengikut anggaran optimis. Kini, PRK Galas telah memasuki hari keempat, dan BN dijangka akan menyasarkan pengundi Cina selepas memantapkan undi kaum asli. Di samping [...]

Tak payahlah guna raja untuk menang pilihan raya

Posted: 29 Oct 2010 09:50 AM PDT

http://penarikbeca.blogspot.com Saya sangat gembira dengan berita Malaysiakini hari ini bertajuk “Pengelola: Tiada program Sultan Kelantan di Galas” (imej di sebelah ihsan Malaysiakini). Saya gembira kerana saya meluat habis dengan perbuatan guna raja untuk kepentingan parti politik. Sambil tidak menafikan raja juga ada kecenderungan politik, parti politik meminta mandat dari rakyat. Apa kena mengena dengan sokongan [...]

Beza PAS dan DAP – UMNO dan MCA

Posted: 29 Oct 2010 08:39 AM PDT

Jawapan TG Nik Aziz – Fatwa Ikut Suka PAS “Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS." Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ”Perangai mereka macam biasalah, [...]

KPT, PTPTN Didakwa Sogok RM1,500 Setiap Mahasiswa

Posted: 29 Oct 2010 08:33 AM PDT

GUA MUSANG 29 Okt – Kementerian Pengajian Tinggi didakwa bersengkokol dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyogok bakal mahasiswa dengan imbuhan RM1,500 sebagai pembayaran awal meskipun belum mendapat tawaran secara rasmi  daripada Unit Permohonan Universiti (UPU). Menurut sumber yang memberitahu, pihak atasan kementerian terbabit memberikan arahan supaya pegawai di PTPTN menghubungi pemohon-pemohon tersebut [...]

Politik Ada Kaitan Dengan Akidah -Nik Aziz

Posted: 29 Oct 2010 12:45 AM PDT

GALAS, 29 Okt 10: Politik mempunyai kaitan dengan akidah.Tegas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapan beliau di sebuah ceramah di Sungai Terah dekat sini malam tadi. “Mengundi dan memilih pemimpin yang beriman dan berakhlak mulia juga merupakan sebahagian dari akidah.Justeru keseluruhan baki kahidupan di dunia ini bakal dipersoalkan di akhirat kelak” [...]

UMNO KELIRU

Posted: 28 Oct 2010 07:11 PM PDT

Oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz b Nik Mat  Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah tajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ”Perangai [...]

UMNO LEBAI MALANG, KE HILIR BERLAPAR KE HULU TIDAK KENYANG – NIK AZIZ

Posted: 28 Oct 2010 07:08 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh. Kata menteri besar kelantan itu, beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami [...]

Galas: Umno semakin putus angin ?

Posted: 28 Oct 2010 04:51 PM PDT

Oleh Chegu Zul Ku Li Pengarah PRK Galas BN. Minta dan pesan supaya jentera BN ubah cara kempen bagi PRK Galas iaitu dengan cara berkempen penuh persaudaraan. beliau juga meminta ‘rakyat’ fahami serta terima hakikat kemenangan kerusi Galas bagi PAS adalah bonus kerana 2/3 kerusi DUN Kelantan dikuasai PAS. Kemenangan Umno tidak membawa apa-apa yang [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 29 Oct 2010 11:04 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Kerana sokong PR, subsidi baja getah ditarik

Posted: 29 Oct 2010 08:16 AM PDT

Mohd Nor Yahya   
GUA MUSANG, 29 Okt: Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

"Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

"Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat," katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi  di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka  terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat  penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul  Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata,  jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai  pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka," kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga  boleh menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti  kita boleh memberi  kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk  menyokong calon PAS, " ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk  di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

Kelantan pertahan hak istimewa Orang Asal

Posted: 29 Oct 2010 08:01 AM PDT


Dzulfikar Mashoor   
GUA MUSANG, 29 Okt: Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai 'Bumiputera'.

Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.

"Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.

"Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja," ujarnya.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penolakan umum Orang Asli pada kempen Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak 26 Oktober lalu mungkin disebabkan layanan adil oleh kerajaan negeri.

"Seolah-olah jabatan menindas Orang Asal di sini," ujarnya.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa majoriti dari 1,886 pengundi berdaftar di kalangan Orang Asli terbabit sedia mempertahankan legasi kebajikan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima di Dun Galas.

Pun begitu, beliau menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri supaya tidak mengabaikan tuntutan Orang Asli Semenanjung seperti di Parlimen 19 Oktober lalu.

"Pihak kerajaan sendiri sekiranya ikhlas membantu Orang Asli sebenarnya banyak lagi, bukan sekadar tidak masukkan penakrifan Orang Asli (Semenanjung) dalam Perlembagaan," ujarnya.

Melihat pada keperluan untuk mempertahan hak serta keistimewaan Orang Asli, katanya manifesto calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed antaranya bertekad untuk menubuhkan Urusetia Orang Asli sebagai meneruskan agenda kebajikan Allahyarham Chek Hashim sebelum ini.

"Dr Dzul, dalam manifestonya untuk menubuhkan Urusetia Hal Orang Asli.
"Kerajaan negeri melihat lebih luas soal kepentingan Orang Asli terutama berkaitan tanah dan kepentingan Orang Asli," beliau menambah.

Kempen guna bahasa memujuk-Presien PAS, Ustaz Abdul Hadi

Posted: 29 Oct 2010 07:55 AM PDT

GUA MUSANG: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan jentera pilihan raya kecil PAS N45 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas agar berhemah ketika berkempen.

Menurutnya, medan pilihan raya merupakan 'gelanggang' bagi menarik seberapa banyak sokongan rakyat dan pengundi terhadap parti PAS dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya jentera kempen PAS perlu menggunakan bahasa yang baik, menarik dan memujuk agar tidak 'meliarkan' sasaran pengundi.

"Kerjalah sungguh-sungguh untuk memenangkan Islam. Kita (PAS) hendak tarik orang ramai sokong kita. Bukan hendak 'hambat' (jauhkan) orang tapi hendak 'tarik' (sokongan) orang kepada kita (PAS).

"Kita kena pujuk dengan bahasa yang baik, dengan bahasa yang menarik, dengan bahasa yang tidak 'meliarkan' orang kepada kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Kecil PAS Terengganu di Surau Kampung Tanjung Keriting, Galas, 26 Oktober lalu.

Katanya, PAS perlu menarik sokongan semua rakyat termasuk di kalangan orang atas 'pagar' serta orang Umno.

Menurutnya, di kalangan para pengundi muda dan wanita yang berada di rumah antara sasaran yang perlu didampingi.

"Tarik sokongan orang atas 'pagar' (tidak berpihak) yang tidak tahu hendak buat pilihan sendiri terutamanya pengundi-pengundi muda dan kaum muslimat yang duduk di rumah.

"Termasuk juga dengan orang Umno yang mula melihat seolah-olah mereka dipermainkan oleh pemimpin mereka," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan ahli-ahli PAS agar membetulkan niat bersama parti menyertai perjuangan Islam.

"Kita kena hadap (pilihan raya) ini dengan niat untuk menyertai perjuangan Islam. Kita (PAS) yakin dan percaya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT yang layak mendapat pertolongan Allah apabila tiba masanya (kemenangan)," jelasnya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Allah SWT memberikan pahala yang besar terhadap usaha memenangkan Islam dengan kelebihan lebih baik dari segala harta dunia dan isinya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 Oct 2010 09:34 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Penduduk minta naik taraf jalan

Posted: 29 Oct 2010 01:04 AM PDT


Sinar Harian 29 Okt 2010

CHEMBONG - Kemalangan motosikal yang menimpa seorang penduduk di Kampung Air Itam/Masjid Tanah Chembong beberapa hari lalu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk.

Penduduk, Hafiz Hashim, 56, berkata, walaupun kecederaan penduduk terbabit tidak parah tetapi kejadian kali ini perlu diambil perhatian pihak berkenaan terutama masalah jalan di kampung itu yang berlubang.

Menurutnya, masalah jalan berlubang bukanlah perkara baru kerana ia telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera membaik pulih dengan menaik taraf semula laluan terbabit.

"Sekurang-kurangnya usaha menaik taraf jalan atau menutup lubang dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan kerana kebanyakan jalan di sini berlubang teruk dan berlopak.

"Jalan ini juga sering digunakan orang ramai terutama penduduk untuk menghantar anak ke sekolah berhampiran iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sedia Raja," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hafiz berkata, ia juga adalah jalan keluar penduduk untuk ke Chembong, Pekan Rembau mahupun Seremban.

"Buat masa ini, ada projek menaik taraf jalan di sebahagian jalan kampung ini tetapi jika boleh, kami memohon kepada pihak berkenaan supaya menaik taraf semua jalan di sini.

"Jika penduduk tidak berhati-hati, kemungkinan mereka akan ditimpa bahaya kerana risiko tinggi terutama penunggang motosikal. Mereka mungkin melanggar lubang jika tidak nampak kerosakan berkenaan," katanya.

Menurutnya, keadaan lebih bahaya pada waktu malam kerana gelap.

"Pihak berkenaan harus memandang serius masalah ini dan membaiki segera kerosakan jalan di sini bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8343205.asp

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 29 Oct 2010 09:24 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

Posted: 28 Oct 2010 12:27 PM PDT


Siri Tazkirah Jumaat


Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

FATWA IKUT SUKA PAS : UMNO KELIRU DAN TERUS KELIRU

Posted: 28 Oct 2010 11:57 AM PDT

oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!




NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 20 Dzulka'edah 1431 H | 28 Oktober 2010

mtdchenderoh

Posted: 29 Oct 2010 07:21 AM PDT

mtdchenderoh


STRATEGI UMNO GAGAL DI GALAS

Posted: 29 Oct 2010 12:07 AM PDT

GUA MUSANG: Umno benar-benar kehilangan rentak dan strategi bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila segala peluru yang dihambur tidak mengenakan sasarannya. Lebih mengaibkan lagi apabila fitnah yang dilemparkan kononnya calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed berkhalwat tersasar jauh apabila perempuan yang didakwa sebenar ibunya, Ramelah Mat Jusoh.

Fitnah tersebut disebarkan melalui laman web Umno online kemudian dipetik pula oleh sebuah agensi berita. Bagaimanapun Dr Zulkefli tampil menafikan dakwaan tersebut sambil menjelaskan perempuan yang disebut nama sebagai Ramelah Mat Jusoh adalah ibunya, manakala isterinya pula Zainab Jalal. Beliau juga bercadang mengambil tindakan mahkamah kerana umno online cuba memfitnahnya.

Selain itu Umno menyebarkan dakwaan liar mengatakan Dr Zul tidak menyerahkan penyata pilihan raya 2008 ketika bertanding di kerusi parlimen Gua Musang. Dakwaan itu juga jelas meleset jauh apabila Dr Zul sudah lama menyerahkan penyata pilihan raya. Mengulas perkara itu, 

Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Galas, Abdul Fatah Harun berkata, nampaknya Umno begitu kelam kabut sangat sekarang sehingga segala dakwaan yang dilemparkan meleset. "Umno sudah benar-benar
kehabisan modal untuk berdepan dengan jentera kempen PAS sehingga segala dakwaan yang dilemparkan tidak mengena," katanya di sini.

Umno juga menaikkan banner dan menulis perkataan 'Ku Li arkitek Gua Musang' dan 'Sokong Parti Ku Li' sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat di sini. Ini kerana kata mereka Ku Li dihina begitu rupa sebelum ini sehingga ada pihak mendesak supaya diambil tindakan terhadapnya kerana menyokong kerajaan negeri menuntut royalti petroleum.

Malah pada pemilihan Umno dua tahun lepas hasrat Ku Li bertanding kerusi presiden Umno dihalang sehingga mana-mana bahagian yang bercadang mencalonnya ditekan. Lebih malang lagi nasib Ku Li apabila terpaksa menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff ke pusat penamaan calon semalam dianggap sebagai satu kebiasaan yang menjadi amalannya.

Menurutnya amalan itu merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai ahli Parlimen Gua Musang, sedang pemimpin Umno lain menyifatkan sebagai menjejaskan moral mereka.

PAS TAMBUN

Posted: 29 Oct 2010 01:29 AM PDT

PAS TAMBUN


PERAKTODAY.COM KELUARKAN BERITA ZAMBRI MELAKUKAN KERJA KHURAFAT DARI PORTAL

Posted: 28 Oct 2010 10:03 AM PDT

Oleh kerana desakan dari seluruh media baru di Malaysia tentang perlakuan khurafat yg dilakukan oleh Dato Seri Zambri, terutama dari media-media baru penting, pada hari ini peraktoday.com telah mengeluarkan berita dan gambar zambri yang sedang melakukan kerja khurafat baru-baru ini.

Tetapi kita masih menunggu jawapan dari Sahibul Samahah Dato' Mufti seluruh negara terutama dari Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, berkenaan dengan isu ini.

GreenBoy : Kalau PAS mike le paling cepat buat statement

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Oct 2010 01:03 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


DAP DITUDUH `KAFIR HARBI', YANG MENUDUH ITU MAHU DIGELAR APA?

Posted: 29 Oct 2010 04:02 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

PRK Dun Galas telah memulakan medan pertarungan yang dijangka sengit di antara calon Umno dan PAS. Umno sebuah parti sekular berteraskan kebangsaan mempunyai cita-cita tinggi untuk merampas kerusi tersebut dari PAS sebuah parti yang berteraskan Islam.

Pertembungan ini adalah di antara golongan sekular iaitu yang memisahkan ugama dan politik serta urusan keduniaan yang dibawa oleh Umno dengan satu lagi golongan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam.

Di antara kedua-dua golongan ini, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi di Dun Galas? Biarpun PAS yang mewakili PR bertanding di situ, namun Umno seperti tidak bersedia untuk berdepan dengan PAS.

Maka, serangan Umno dilihat tertumpu kepada DAP yang juga merupakan sekutu PAS di dalam PR. PAS dilihat lebih `gentleman' dengan berdepan terus dengan Umno dan tidak mensasarkan MCA mahupun MIC. Inilah kehebatan PAS di dalam setiap pilihanraya.

Diberitakan terdapat sepanduk yang menggelar DAP sebagai `Kafir Harbi'. Mereka mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

Sebelum kita menjawab persoalan bodoh mereka itu, kita ingin bertanya kepada mereka adakah mereka faham apa yang dikatakan `Kafir Harbi' itu? Jika mereka tidak faham, mereka perlu bertanya kepada `Ularmak Muda' yang ada bersama mereka.

Jika `Ularmak Muda' itu membenarkan dakwaan mereka yang menyebut DAP adalah `Kafir Harbi' ini bermakna memang wajar `Ularmak Muda' tersebut berada di dalam parti sekular yang mereka dokongi itu.

Seandainya hujah mereka berpandukan kepada fahaman mereka bahawa DAP menolak perlaksanaan hukum hudud yang dicita-citakan oleh PAS sebagai dalil bahawa DAP itu `Kafir Harbi', kita bertanya kembali adakah Umno yang mengaku Islam itu menyokong hukum hudud? Bahkan,

kita turut ingin tahu semenjak Umno memegang tampuk pemerintahan negara, pernahkah Umno bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud iaitu salah satu dari hukum Allah itu? Jika bercita-cita pun tidak pernah, jauh sekali untuk merancang melaksanakan hukum tersebut.

DAP sekadar menentang secara lisan, itu pun oleh beberapa kerat pemimpinnya akibat mereka tidak beriman dengan Islam. Karpal Singh menentang hukum hudud semata-mata berdasarkan Perlembagaan Negara dari aspek perundangannya.

Manakala Umno menentang hukum tersebut bukan lagi secara lisan, bahkan Umno telah pun menggunakan kuasanya untuk menentukan hukum ini tidak akan dilaksanakan. Buktinya, pemimpin Umno dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno pernah menggunakan kuasanya untuk menyekat hukum tersebut dari dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Justeru itu, siapa lebih `Harbi'? Orang yang tidak beriman dengan Al-Quran menolak hukum dari Al-Quran atau orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi secara terang-terangan menolak hukum Al-Quran? Sebelum ini, pemimpin Umno bercita-cita untuk memperkenalkan judi bola sepak Piala Dunia.

Terbaru pula, ada rancangan untuk memperluaskan Pusat-Pusat Hiburan demi para pelancung. Amat memalukan, sebuah negara yang mengaku Negara Islam sanggup mengkhianati amanah Allah semata-mata untuk pelancung asing.

Tidak cukup dengan itu, ada pula isteri pemimpin Islam yang menjadi Penaung kepada `Festival Busana Islam' yang sesat itu.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghancurkan golongan sesat seperti ini. Menyokong mereka bererti kita juga lebih teruk dari DAP yang dikatakan `Kafir Harbi' itu.

Syabas kepada DAP yang menjadi teman penerang semak samun sepanjang perjalanan kita menuju ke arah mendaulatkan Islam.

ETP : Ekonomi Tidak Hanya Wang Semata-Mata, Fokus Usaha Membasmi Kemiskinan

Posted: 29 Oct 2010 03:50 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ibnu Ir fadzil

KAHERAH, 27 Oktober - Ketua Badan Ekonomi PMRAM, Saudara Al-Hidayat Khalid mengulas berkaitan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang bakal membuka ruang hiburan sosial dan kelab malam yang lebih banyak bagi meningkatkan tarikan terhadap pelancong luar negara adalah suatu perancangan yang tidak tepat.

Dalam memacu masa depan negara ke arah yang lebih maju dan moden, nilai etika akhlak tidak boleh dipisahkan daripada ekonomi atas alasan kemajuan semata-mata. Bahkan sektor ekonomi amat menekankan mengenai etika sosial dan akhlak dalam membangunkan modal insan serta kemajuan negara.

"Sebab itu kita lihat bagaimana sejarah kaum nabi-nabi terdahulu yang maju dari sudut ekonomi dan pembangunan namun dimusnahkan oleh Allah SWT disebabkan keruntuhan akhlak mereka yang sangat parah," ujar beliau ketika ditemui dalam Program Kutub Sittah Siri II di Nadi Riadhi, Hayyu Sabik.

Mengenai dengan rancangan menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan dengan memperbanyakkan kelab-kelab malam, beliau menyatakan bahawa ia merupakan perancangan yang tidak sepatutnya dilakukan demi meraih keuntungan wang semata-mata.

Bahkan sekiranya perancangan tersebut dilaksanakan ia akan memberikan impak negatif yang sangat besar ke atas masyarakat, dengan keruntuhan akhlak yang semakin parah.

Selain itu, Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyifatkan bahawa ETP yang sepatutnya ingin dijalankan mestilah melihat kepada bentuk perancangan yang sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan secara serius, selain memperbanyakkan projek-projek pelaburan.

"Kita risau, apabila kita hanya menumpukan satu skop sahaja iaitu hanya menarik pelaburan luar tanpa memperkasakan perancangan dalam membasmi kemiskinan di negara kita maka ia semestinya suatu perkara yang tidak seimbang, bahkan negara tetap tidak menjadi negara yang maju dan moden.

Bimbang sekiranya ia tetap berlaku, hanya mereka golongan yang kaya akan bertambah kaya, namun secara tidak langsung akan menindas golongan yang sedia ada miskin dan kurang kemampuan," Jelas beliau lagi apabila merujuk kepada 75% golongan termiskin adalah daripada kalangan keluarga melayu dan peribumi, yang merupakan golongan majoriti di Malaysia.

Sambung beliau lagi bahawa selagimana golongan majoriti yang menjadi golongan termiskin di Malaysia, maka bagaimana perancangan yang dijalankan mampu memaju ekonomi negara dalam menjadikan Malaysia negara yang maju menjelang tahun 2020.

Tambahan beliau lagi, perancangan ekonomi yang dilakukan itu terlalu mengharapkan pelaburan dari sektor swasta semata apabila peratusan yang besar diletakkan iaitu sebanyak 92% daripada jumlah pelaburan yang diperlukan oleh Malaysia iaitu sebanyak 2.2 trilion.

Maka, ia merupakan perancangan kewangan yang rapuh memandangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada "pump priming" dan pertumbuhan swasta adalah begitu kecil.

Justeru, perancangan ekonomi yang dilakukan dalam membawa Malaysia ke kelompok negara yang maju mestilah memastikan ia tidak hanya fokus wang semata-mata, bahkan etika akhlah dan sosial mesti diambil kira.

Selain itu, pastikan gerak kerja yang dijalankan fokus ke arah membasmi kemiskinan, bagi menjamin bukan hanya sebelah pihak sahaja yang akan merasai kemewahan.

Tsunami Di Sumatera : "Bersabar Dengan Ujian Allah"

Posted: 29 Oct 2010 03:45 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ibnu Ir fadzil

KAHERAH 28 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime berharap agar semua keluarga mangsa letusan Gunung Merapi dan keluarga mangsa bencana tsunami yang berlaku dapat bersabar dengan ujian Allah SWT tersebut.

Katanya, sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dilalui oleh mereka.

Justeru, Islam mengajar umatnya untuk bersabar dan redha dengan segala takdir yang telah ditentukan olehNya.

"Allah SWT sengaja menguji keimanan hamba-hambaNya dengan bala bencana yang berlaku di sekeliling demi menilai sama ada mereka bertambah keimanan kepada Allah SWT ataupun berkurangan".

"Sebab itulah umat Islam diajar supaya bersabar dan redha dengan ujian Allah SWT agar keimanan dan ketaqwaan mereka bertambah". Ujar beliau ketika ditemui di Dewan Nadi Riadhi, Madinah Nasr, Kaherah Mesir selepas majlis perasmian Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri II.

PMRAM mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban letusan Gunug Merapi yang berlaku di Yogyakarta, Indonesia. Ucapan yang sama juga dirakamkan kepada keluarga mangsa yang maut dan hilang dalam bencana tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

"Kami berdoa agar semua keluarga dan sahabat handai yang kehilangan anggota keluarga dan menerima kecederaan akibat bencana ini bersabar dan menerima takdir ini dengan penuh keimanan kepada Allah SWT" katanya.

Beliau menambah, PMRAM juga sentiasa mendoakan agar kesemua mangsa yang hilang akibat bencana ini ditemui semula dalam masa yang terdekat ini.

Dilaporkan bahawa terdapat bencana tersebut telah mengorbankan 58 orang manakala lebih 270 lagi hilang.

Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan B Md Zain ketika mengulas, musibah ini merupakan kedua terbesar selepas tsunami yang pernah berlaku pada 2004.

Pada tahun ini, tsunami yang melanda di Kepulauan Mentawai berlaku setelah gempa bumi yang terjadi dengan ukuran 7.7 skal ritcher berbanding 2004 dengan ukuran 9.2 skala ritcher.

Pihak PMRAM juga telah menghubungi Presiden PPMI Saudara Falah bagi berbincang mengenai sumbangan dan pertolongan yang boleh disalurkan kepada ahli keluarga mangsa disini.

Dalam panggilan telefon tersebut, Presiden PPMI mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah di atas keprihatinan PMRAM membantu keluarga mahasiswa Indonesia yang terlibat dalam musibah terbabit.

Terdekat satu pertemuan anjuran PPMI akan dibuat untuk pelancaran tabung kutipan dan sumbangan bagi ahli keluarga mangsa yang berada di Mesir.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK HANTAR SURAT MOHON PENJELASAN MUFTI

Posted: 29 Oct 2010 03:41 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 28 Oktober :- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah menghantar sepucuk surat kepada Mufti negeri-negeri di seluruh semenanjung berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang masih meneruskan amalan khurafat dalam upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang berunsur syirik‏.

Amalan tersebut secara terang-terangan syirik dan menyalahi aqidah Islam, amalan tersebut bakal mengundang kekeliruan terhadap aqidah umat islam khususnya rakyat negeri perak dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Dalam surat tersebut DPPN Pk menyatakan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terlibat dalam upucara khurafat itu dalam program projek infra bina upaya (IBU) pada 17 oktober 2010 di kampong Guar, Manong .

Pada majlia tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.

Di dalam surat tersebut juga disediakan alamat sesawang bagi mengakses gambar di web Pemuda PAS Perak bagi tujuan penilaian oleh pihak Al Fadzil Sohibul Samahah iaitu di alamat web (Error! Hyperlink reference not valid. bahan video di alamat web berikut (http://www.youtube.com/watch?v=TT3vrpD3Les).

Pada kandungan akhir surat tersebut pihak DPPN Pk ingin menarik perhatian serius seluruh Mufti temasuk Mufti Perak di dalam perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mereka agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut.

Pihak DPPN Pk berharap pihak Mufti dapat mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Jenis-jenis Cinta dalam Islam (antaranya syirkul Mahabbah)

Posted: 29 Oct 2010 03:33 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : AKHISALMAN

INTRO
Cinta ini mengasyikkan sehingga si Majnun melupakan dirinya dan asyik mengingati kekasihnya laila. Dia berkata dalam rangkap syairnya:

" Aku cuba untuk melupakan untuk mengingatinya tetapi seolah-olah
Laila menjelma dalam diriku pada setiap keadaan"

Setiap manusia ada benda yang dicintainya samada wanita, harta, tahkta, dunia, dirinya dan sebagainya. Kita hendak lihat ditahap mana cinta kita. Di bawah ulama telah menggariskan lima jenis cinta.

LIMA JENIS CINTA

Lima jenis cinta adalah seperti berikut:

PERTAMA: Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.

KEDUA: Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. InsyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.

Adapun perkara yang dikasihi Allah swt dalam hadis adalah seperti berikut:

" Seseiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya."

Hadis sahih Bukhari (2443)

Allah swt berfirman dalam hadis qudsi:

" Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya."

Hadis sahih riwayat Bukhari (6137)

KETIGA: Menyintai sesuatu kerana Allah swt.

Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya."

Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.

Nabi saw juga bersabda:

" Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya."

Hadis riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya.

KEEMPAT: Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah

Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:

"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah."

Ayat 165 surah al-Baqarah

KELIMA: Cinta yang semula jadi.

Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."

Ayat 14 surah Ali Imran

Imam Ibnu Qayyim berkata:

" Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya."

Firman Allah swt:

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi."

Ayat 9 surah al-Munafiqun.

SPR: 246,962 mendaftar sebagai pengundi baru

Posted: 29 Oct 2010 03:12 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H

Sebanyak 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru semasa tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun ketiga dari Julai hingga September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata dalam tempoh yang sama, 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi.

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Nov di 997 tempat pameran di seluruh negara, menurut kenyataan SPR hari ini.

Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang itu.

"Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," petik kenyataan itu.

Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C.

Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks/pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).

Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.

"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR.

Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris.

"Tanpa memperolehi pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu.

SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul.

Manakala bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

Malaysiakini/-

Dr Zulkefli ajak calon BN lumba lari atau tarik tali

Posted: 29 Oct 2010 02:50 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Salhan K Ahmad

dikemaskini Calon PAS bagi pilihan raya kecil DUn Galas, Dr Zulkefli Mohamad tidak berkecil hati dengan ejekan kem BN mengenai fizikalnya yang gemuk, tetapi melihat perkara itu dengan berlapang dada.

Malah, secara berjenaka juga beliau menyatakan kesudiannya untuk bertanding dengan calon BN Abdul AzizYusof – sama ada dalam lumba lari ataupun tarik tali.

Beliau juga berkata demikian dalam semangat "perlawanan persahabatan" yang dianjurkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas kali ini.

"Saya tidak ambil (ejekan itu) sebagai satu isu, sebab pertandingan di sini sebenarnya adalah pertandingan antara BN dengan PAS.

"Kata-kata itu hanya untuk memeriahkan suasana sahaja," katanya dalam sidang media di markas PAS, Gua Musang pagi ini.

Keadaan "perlawanan persahabatan" ini dapat dilihat melalui suasana kempen yang masuk hari ketiga hari ini.

Diperhatikan, kempen di Galas berlangsung dengan sederhana dan agak tenteram. Walaupun bendera parti sudah banyak dipasang di sekitar kawasan tumpuan pengundi, poster bagi calon yang bertanding tidak banyak yang dilihat.

Seperti biasa, anggota polis melakukan rondaan seperti rutin mereka dalam pilihan raya kecil yang lain, namun tidak banyak insiden ketegangan antara penyokong kedua-dua parti yang berlaku kali ini.

Pendekatan kempen BN kali ini berbeza kerana parti itu melihat kerusi DUN ini hanyalah satu bonus memandangkan PAS sudahpun dapat membentuk kerajaan dengan selesa di Kelantan.

BN tidak akan mengadakan ceramah besar, seperti yang dilihat dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Fungsi yang lebih besar juga diberikan kepada pemimpin tempatan untuk menguruskan program kempennya, menurut pengarah jenteranya Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun, anjuran "perlawanan persahabatan" itu juga tidak dipandang mudah oleh PAS. Diperhatikan, jenteranya tetap menjalankan tugas masing-masing.

Pada hari kedua kempen semalam, peraih undi PAS telahpun cuba mendekati kakitangan Kesedar, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Jumlah kakitangan agensi itu merupakan antara kumpulan kakitangan kerajaan yang paling besar di Gua Musang.

Di sebuah program makan malam bersama pengundi di Kampung Pulai semalam, para pengundi di sebuah restoren Cina itu dilihat ceria apabila bergambar dengan Dr Zulkefli.

Kawasan berkenaan, dengan kira-kira 250 orang pengundi, merupakan "kawasan putih" bagi PAS.

Walaupun dengan kehadiran beberapa ekor anjing peliharaan masyarakat Cina di situ, para petugas parti PAS di sebuah bilik gerakannya di situ nampaknya tidak mengendahkan keadaan tersebut.

Di dalam bilik gerakan itu pula, petugas parti dilihat sedang menjalankan perbincangan untuk menetapkan hidangan bagi satu majlis "Cakna Jalinan Kasih" yang akan berlangsung pada hari Ahad.

Seorang wakil masyarakat Cina dalam perbincangan itu berkata: "Orang Cina di sini tak kisah. Kita buat biar semua orang boleh makan. Nasi lemak ke, nasi dagang ke, nasi kerabu dengan budu, ada ayam sikit pun boleh," katanya.

Malaysiakini/-

Korban tsunami mencecah 311 orang

Posted: 29 Oct 2010 02:50 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H

Jumlah korban tsunami yang melanda kepulauan terpencil Indonesia sehingga ini meningkatkan kepada 311 orang, sekaligus mencetuskan persoalan sama ada sistem amaran gagal berfungsi.

Pada masa yang sama, kebimbangan semakin meningkat mengenai nasib ratusan lagi yang masih hilang selepas gempa bumi Isnin lalu mencetuskan gelombang besar yang melanda kepulauan Mentawai berhampiran pantai barat Sumatera.

Sementara itu, majlis pengkebumian beramai-ramai diadakan hari ini untuk mensemadikan korban letupan gunung berapi, yang terjadi sejurus selepas berlaku gempa bumi yang mencetuskan tsunami tersebut.

Para pegawai berkata mayat-mayat ditemui di kawasan pantai di Mentawai, selepas tsunami memusnahkan keseluruhan perkampungan di kepulauan itu.

"Seramai 311 terkorban dan 379 lagi masih hilang," kata pegawai pengurusan bencana di Sumatera, Agus Prayitno.

Mangsa yang selamat berkata, mereka tidak menerima sebarang amaran dan ramai yang bertanya apakah sistem amaran mahal - yang diwujudkan selepas tsunami di Asia pada 2004 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 168,000 orang di Indonesia sahaja - gagal berfungsi.

Satu amaran rasmi tsunami dikeluarkan selepas berlakunya gempa bumi dengan kekuatan 7.7 di skala Richter, tetapi ia mungkin terlambat dikeluarkan atau tidak sampai kepada masyarakat yang terdedah kepada bahaya besar bencana itu.

Seorang petani, Borinte, 32, berkata gelombang menghempas perkampungannya di kepulauan Pagai Utara, hanya 10 minit selepas penduduk merasakan gegaran gempa bumi itu.

"Kira-kira 10 minit selepas gempa bumi, kami terdengar bunyi gemuruh. Kami keluar dan terlihat gelombang menuju ke arah kami. Kami cuba menyelamatkan diri ke kawasan tinggi tetapi gelombang jauh lebih cepat daripada kami," katanya kepada AFP.

Katanya, dia terselamat dengan menggenggam sepotong kayu. Isteri dan tiga anaknya terkorban.

Sementara itu, gerakan mencari mangsa yang masih hilang diteruskan.

"Mereka mungkin berlindung di kawasan bukit, atau tertimbus dalam runtuhan atau dihanyut ke laut," kata pegawai pengurusan bencana wilayah Sumatera Barat, Ade Edward.

Di Jawa Tengah, pasukan penyelamat menemui sekurang-kurang 32 mayat selepas Gunung Merapi meletup Selasa lalu.

Para pegawai berkata hampir 42,000 orang mencari perlindungan sementara di sekitar bandarayua Yokyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka.

Gunung Merapi setinggi 2,914 meter adalah antara 69 gunung berapi di Indonesia yang mempunyai sejarah pernah meletup sebelum ini. Ia pernah meletup pada Jun 2006, membunuh dua orang.

Malaysiakini/-

Chua: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'

Posted: 29 Oct 2010 02:35 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Lee Way Loon

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno."Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.

"Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdik dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.

"Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang," kata Chua.

Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.

Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.

"Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India," kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.

Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari.

Malaysiakini/-

Kepuasan.

Posted: 29 Oct 2010 02:30 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim

''Seandainya anak cucu Adam (manusia) telah memperoleh dua lembah berisi emas, niscaya ia masih menginginkan lembah emas yang ketiga" (HR Imam Ahmad).

Banyak perakara yang boleh diraih manusia di dunia ini. Namun, yang tidak dapat diraih oleh semua orang adalah kepuasan. Di kala belum pernah, rasanya akan puas bila mendapatkan suatu jawatan biasa.

Namun ketika mendapatkannya, rasanya masih tidak puas dan berhasrat untuk memegang jabatan yang lebih tinggi lagi.

Ketika mendapatkan yang lebih tinggi lagi, kita rasanya puas bila mendapatkan yang lebih tinggi lagi.

Demikian seterusnya. Begitulah kira-kira hawa nafsu manusia yang diisyaratkan dalam hadits di atas. Kerana itu, penting hawa nafsu dikendalikan agar tidak menimbulkan kecelakaan. Rasulullah SAW mengingatkan, "Cintamu terhadap sesuatu membuatmu buta dan tuli" (HR Ahmad).

Peringatan itu terbukti. Betapa banyak orang yang sudah terlalu cinta pada suatu jawatan, kemudiannya menjadi tuli terhadap peringatan dan buta dalam melihat kenyataan.

Ia menjadi oran yang tidak memperdulikan dengan kenyataan bahawa dirinya dan kemampuan dirinya rendah untuk memegang jawatan tersebut.

Selain itu dia tidak mahu tahu terhadap akibat-akibat buruk yang akan timbul terhadap orang lain dibawahnya akibat rendahnya kemampuannya.

Hanya satu yang boleh menghentikan keinginan manusia dan dia akan mendapat kepuasan. Iaitu, kematian. Nabi SAW mengingatkan, "Tidak akan pernah penuh perut anak Adam kecuali ditutup dalam tanah (mati).

" Namun peringatan Rasulullah SAW ini tidak juga berguna, kecuali untuk orang-orang yang masih lapang hatinya.

KENYATAAN MEDIA : PR PERAK KUTUK KEMPEN SERANGAN CALON DI GALAS

Posted: 29 Oct 2010 02:20 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim

Berhubung dengan kempen menyerang calon PAS dan DAP yang cuba dimainkan dalam kempen BN di DUN Galas. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak membantah tindakan BN yang berkempen dengan menyerang calon PAS dengan tuduhan palsu bahawa calon PAS pernah ditangkap khalwat dan terbaru memperlekeh calon PAS dengan mengatakan Dr Zulkefli kelihatan obese.

2. Pakatan Rakyat Perak juga membantah dengan sekeras-kerasnya tulisan di banner dengan mengatakan sebagai merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama dan isu tersebut sudah lapuk.

3. Sekterariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa BN sudah tidak ada modal berkempen dengan memainkan isu yang sudah lapuk dan tidak relevan pada waktu ini .

4. Pakatan Rakyat Perak menaruh harapan besar kepada semua jentera PAS supaya terus berkerja kuat bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di N.45 DUN Galas dan semoga seluruh Jentera Pakatan Rakyat dapat terus berdepan bagi menangani tindakan kempen BN yang tidak bertamadun setiap kali pilihanraya.

Tazkirah Jumaat : Lidah tidak betulang

Posted: 29 Oct 2010 02:03 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim

"Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah" (HR Tirmidzi).

Bila ada suatu perbuatan yang dianggap ringan, tetapi dahsyat akibatnya, itu adalah ucapan dari lidah yang kita miliki. Dengan ucapan, seseorang boleh masuk surga dan dengan ucapan pula seseorang boleh masuk neraka.

Bahkan, orang yang paling banyak masuk neraka, menurut Rasul, adalah kerana sesuatu yang keluar dari mulutnya (ucapan). Balasan ini sangat wajar mengingatkan besarnya kesan buruk dari ucapan dalam masyarakat, baik ataupun yang buruk.

Tidak sedikit hubungan baik antara manusia yang terputus setiap hari, hanya kerana ucapan yang menyakitkan hati. Dan perlu diingatkan untuk membina hubungan yang terputus kerana ucapan lebih susah berbanding membina hubungan dalam keadaan tanpa sebab apa-apa.

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang juga boleh menimbulkan fitnah dalam kelompok masyarakat banyak. Banyak orang menjadi salah sangka terhadap seseorang hanya kerana ucapan jahat dari orang-orang yang tidak mampu berpikir tentang kesannya.

Makanya, sangat dianjurkan untuk berhati-hati dengan ucapan dan memikirkan kesannya sebelum mengucapkan sesuatu. Namun, hal ini akan sulit, bila tidak dibiasakan. Lazimnya, orang yang terbiasa berkata tanpa berfikir terlebih dahulu dan kelaziman dirinya yang suka melakukan kejahatan,

akan latah menyemburkan kata-kata jahatnya. Sebab, fikirannya selalu terlambat mengawal kecepatan mulut yang mucah mengucapkan sesuatu, sebagi kata pepatah bagaikan lidah tidak bertulang.

Xiang Jing Ru Bin

Posted: 29 Oct 2010 12:30 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H

Melayan Satu Sama Lain dengan Hormat Seperti Tetamu

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu atau Musim Bunga dan Gugur (tahun 770-476 Sebelum Masihi), ada seorang pegawai kanan di negeri Jin yang bernama Jiu Ji. Dia sering "turun padang" untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Pada suatu hari, Jiu Ji ternampak seorang petani yang sedang mengerjakan sawah padinya. Pada waktu makan tengah hari, isteri petani itu pun menghidangkan makanan yang masih panas kepadanya dengan cara yang sangat hormat.

Melihat pasangan tersebut melayan satu sama lain dengan begitu hormat seperti melayan tetamu, dia berasa sangat terharu. Setelah mendapat tahu bahawa petani itu ialah anak kepada seorang bekas pegawai kerajaan yang dibunuh kerana didapati bersalah,

Jiu Ji pun membawanya pulang ke istana untuk menghadap raja negeri Jin. Dia memohon kepada baginda supaya memberikan jawatan yang penting kepada petani itu. Katanya kepada raja negeri Jin itu,

"Sifat hormat-menghormati ialah budi baik yang patut kita junjung tinggi. Hanya orang yang berakhlak mulia sahaja yang akan memiliki sifat ini. Sifat baik ini hendaklah dipupuk di kalangan rakyat kita."

Raja tersebut bertanya dengan hairan,"Ayahnya ialah seorang yang bersalah. Wajarkah jika kita melantiknya sebagai pegawai kerajaan?"

Jiu Ji menjawab dengan serius,

"Cubalah tuanku teliti sejarah kita yang lalu. Guang Zhong pernah menjadi musuh kepada raja negeri Qi, tetapi dia akhirnya dilantik oleh raja itu sebagai Perdana Menterinya.

Dia berjaya membantu baginda mencapai cita-cita untuk memperluaskan kuasa hegemoninya. Pada zaman purba kala pula, raja Shun telah membuang negeri seorang pewagai bernama Gun, tetapi melantik anaknya sebagai pegawai kanan kerajaan. Tuanku hanya perlu memanfaatkan kelebihannya sahaja."

Akhirnya, raja negeri Jin telah menerima nasihat Jiu Ji, dan memberikan satu jawatan yang penting kepada petani itu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Xiang Jing Ru Bin" ini membawa erti, pasangan suami dan isteri melayan satu sama lain dengan penuh hormat seperti melayan tetamu.

Sampai hari ini, ia masih dianggap oleh orang China sebagai suasana yang paling sempurna dalam hubungan suami isteri.

CRI/-

Nik Aziz janjikan insentif jika Kelantan menang

Posted: 29 Oct 2010 12:00 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H

BERITA baik jika Kelantan muncul juara Piala Malaysia Sabtu ini kerana Kerajaan Negeri menjanjikan pemberian insentif wang tunai kepada semua pemain, namun tiada cuti peristiwa diumumkan.

Walaupun jumlah wang tunai berkenaan tidak dinyatakan namun Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah pemberian insentif seumpama itu diharap mampu dinikmati bersama antara pemain dan ahli keluarga mereka.

"Jika Kerajaan Negeri memberikan peluang mereka (pemain) ke Mekah, hanya pemain sahaja yang menikmatinya. Jadi Insya-Allah jika menang kami akan berikan wang tunai pula biar sebuah rumah dapat merasainya termasuk isteri dan anak-anak.

"Mengenai pengumuman cuti jika pasukan Kelantan memang, kami rasakan tidak wajar kerana pada 4 November kita baru umumkan cuti peristiwa sempena hari pengundian dan takkan hendak cuti lagi," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurutnya, pegawai-pegawai yang terlibat ke pertandingan bola sepak itu boleh memohon cuti mereka sendiri kerana Kerajaan Negeri merasakan tidak wajar asyik memberikan cuti lagi.

Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau mendoakan kejayaan The Red Warriors untuk mengalahkan Negeri Sembilan Sabtu ini dan turut berdoa semoga tiada keganasan berlaku.

"Saya berdoa dua perkara, supaya Kelantan menang dan tidak berlaku keganasan (kekecohan). Kita malu jika Kelantan ganas sepanjang perlawanan itu.

"Kepada penyokong, saya nasihatkan supaya tanamkan semangat kesukanan dengan menjaga akhlak mereka. Nak sorak-soraklah jangan lempar botol dan sebagainya kerana ia budaya Eropah," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak pergi menyaksikan pertandingan itu tetapi Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya tetap menghargai pasukan Kelantan walaupun jika pasukan itu kalah kelak kerana mereka mampu melayakkan diri ke final pada kejohanan bola sepak berprestij itu.

SinarHarian/-

ETP: Di mana nilai keimanan?

Posted: 29 Oct 2010 11:30 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Abu Ridhwan Husaini

Menurut perancangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan kelmarin (25/10), kerajaan Malaysia mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan, antara perancangannya adalah dengan penubuhan kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama,

melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP, mencadang menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.

Di Mana Nilai Keimanan?

Apakah dasar dan halatuju ini membantu keberkatan ekonomi bagi sebuah Negara yang bermajoritikan Islam? Apakah kepimpinan Negara sudah tidak ada idealisma tulen, cadangan dan strategi lain sehinggakan masih menggunapakai pemikiran penjajah dalam merangka perancangan ekonomi negara?

Apakah kepimpinan Negara merasakan pelaburan ekonomi tersebut akan dapat menyekat pengaruh budaya barat dan kerosakan akhlak yang teruk melanda umat, khususnya generasi muda? Ke manakah sebenarnya halatuju dan agenda Negara dalam membangun bangsa yang bermodal insan kelas pertama?

Apakah nilai kelas pertama modal insan Negara terjana dengan memiliki pusat hiburan terbesar Negara? Apakah kepimpinan Negara merasakan projek gempak ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. ?

Pada Februari 2010 yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat perlu membantu kerajaan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tanpa bergantung model ekonomi lama.

"Sebab itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbincang bagaimana model ekonomi baru boleh membantu meningkatkan pertumbuhan," kata TPM itu. (Utusan Malaysia 07/02/10).

Apakah dengan menghidupkan kembali budaya hiburan sebagai punca pendapatan ekonomi Negara merupakan pendekatan baru yang telah difikirkan oleh cerdik pandai ekonomi Negara yang terlibat dalam ETP?

Apakah Pandangan Islam?

Menurut Muhammad Asad, dalam bukunya The Principles of State and Government in Islam, dalam Islam, Kerajaan yang dipilih bertanggungjawab untuk:

a.Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut; dan

b.Menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan maruah diri (dignity).
Prinsip asas sistem ekonomi Islam adalah unik berbanding sistem ekonomi lain waima sistem ekonomi British yang diagung-agungkan oleh Barat.

Adam Smith, ahli ekonomi Barat pada abad ke-18 menegaskan prinsip asas ekonomi Barat seperti berikut: hak harta persendirian, kuasa individu seperti pemerintah atau raja (pemonopoli mata wang), keyakinan, rasional dan keadaan ekonomi itu sendiri. Tiada nilai akhirat diambil kira.

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" mentakrifkan ekonomi sebagai `Iqtisad`. Sementara itu, As-Sadr mengulas mengenai `Iqtisad` dengan meletakkan tiga prinsip asas yang digabung jalin secara teoritikal dan praktikal dalam sistem ekonomi Islam.

Prinsip-prinsip itu adalah prinsip pemilikan harta bersandarkan bahawa semua harta adalah kepunyaan Allah, prinsip keadilan sosial dan prinsip kebebasan berekonomi dengan batasan tertentu (mengikut syariah Islamiah).
Allah berfirman yang bermaksud:

"Kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.

Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Baqarah: 284)

Jelas di sini, bahawa Islam meletakkan umat manusia sebagai pengurus, pelaksana segala apa yang diwujudkan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Justeru, dalam ekonomi Islam,

pelaku ekonomi adalah khalifah yang memakmurkan, menjana segala sumber alam dalam proses mentadbir jagat raya ini. Ini bermakna manusia bertanggungjawab secara langsung terhadap Allah kerana sumber ekonomi manusia datangnya daripada Allah yang memiliki alam ini.

Oleh yang demikian, tugas pemakmuran ekonomi ini dipertanggungjawabkan kepada pemerintah dan individu itu sendiri bertunjangkan prinsip syariah Islamiah. Soal halal-haram termaktub dalam prinsip ekonomi berlandaskan Islam ini.
Maruah dan Ruhiyah Bangsa

Inilah peranan asasi bagi sebuah Negara umat Islam dalam membina halatuju ekonominya. Memelihara maruah dan membina ruhiyah bangsa. Islam sangat prihatin dengan pembangunan ekonomi di mana perkara ini dilihat sebagai sebahagian daripada yang penting daripada masalah yang lebih besar iaitu pembangunan insani. Fungsi utama Islam ialah untuk memandu pembangunan manusia berlandaskan asas arah tuju yang betul.

Justeru, kerangka pembangunan ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri yang komprehensif yang meliputi aspek-aspek pembangunan moral, kerohanian dan kebendaan (material). Pembangunan menjadi aktiviti yang berorentasikan matlamat dan nilai, yang ditumpukan kepada mengoptimumkan kemaslahatan manusia dari semua segi.

Teori ekonomi konvensional setidaknya menumpukan kepada dua perkara fundamental berkaitan dengan tujuan pembangunan ekonomi. Pertama memperbaiki tingkat pendapatan sebenar individu / rakyat dan yang kedua menegakkan keadilan agihan pendapatan.

Namun sebagai sebuah Negara yang bermajoritikan Islam, tujuan pembangunan ekonomi Negara tidak boleh lari daripada peranannya untuk membentuk iklim yang kondusif bagi keagungan nilai-nilai Islam dalam suatu masyarakat yang sejahtera.

Dengan demikian, pembangunan ekonomi yang memiliki karakteristik Islami harus dapat meningkatkan komitmen umat Islam terhadap agamanya, menseimbangkan pembangunan ekonomi dengan kewajiban-kewajiban keagamaan.

Menurutnya Dr. Yusof Qhardawi, tujuan pembangunan ekonomi harus dapat merubah masyarakat dari keadaan yang tidak diredhai Allah kepada keadaan yang diredhai-Nya

Iman dan Akhlak Paksi Membangun Model Ekonomi Islam

Islam memandang ekonomi sebagai perkara serius kerana Islam menilai bahawa harta itu sendiri meruapakan salah satu daripada lima keperluan asas dalam kehidupan. Lima keperluan asas itu ialah: Agama, Jiwa, Akal, Nasab Keturunan dan Harta.

Inilah lima perkara asas yang tidak boleh dilengahkan oleh manusia. Sebab melengahkan perkara sedemikian boleh membahayakan diri sendiri.

Islam merupakan risalah akhlaqiyah dan tamadun Islam merupakan tamadun akhlaqiyah. Seluruh misi dan risalah Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi unsur akhlak.

Bahkan baginda telah mendifinisikan risalahnya dalam sabdanya:
Maksudnya: Sesungguhnya (tujuan) saya diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti yang mulia.

Sejarah telah menceritakan kepada kita betapa banyak tamadun masa silam yang maju dan gemilang tetapi runtuh dan musnah dalam masa yang singkat kerana tidak diiringi dengan kawalan akhlak dan budi pekerti yang baik.

Akhlak merupakan salah satu unsur-unsur yang paling utama dalam ekonomi Islam. Unsur ini begitu menyerlah sehingga seorang cendekiawan Perancis mendefinisikan ekonomi Islam itu sebagai ekonomi yang berakhlak.

Di samping akhlak, terdapat nilai-nilai lain yang mewarnai ekonomi Islam, iaitu nilai Rabbani (ketuhanan), nilai Insani (kemanusiaan) dna nilai Wasathi (moderat dan sederhana).

Ekonomi Rabbani mempunyai dua konotasi makna. Makna pertama daripada ekonomi Rabbani ialah: hak untuk mengatur dan menetapkan hukum-hakam ekonomi ini hanya milik Allah. Allah yang mengharam riba, penipuan, memakan harta manusia dengan cara yang batil dan lain-lain, dan Allah juga yang mensyariatkan dan mengesahkan transaksi urus niaga yang bersih dan benar.

Makna kedua daripada ekonomi Rabbani ialah: ekonomi yang merupakan sarana dan bukan tujuan. Ekonomi merupakan satu fasiliti yang boleh dimanfaatkan oleh setiap Muslim untuk membantunya dalam memenuhi perintah Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Sebab bagaimanapun juga seluruh kehidupan ini akan berakhir dan bermuara di sisi Allah.

Terjemahan: Dialah (Allah) yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (surah al-Mulk 67: 15)

Ekonomi Insani pula membawa maksud perhitungan kemanusiaan sebagai asas dan prinsip ekonomi. Tidak boleh manusia dikorbankan untuk memperolehi materi. Sebaliknya materilah yang harus dikorbankan demi kepentingan manusia.

Ekonomi Wasathi bermaksud ekonomi yang mengambil sikap pertengahan dan moderat. Jika sistem ekonomi kapitalis menjadikan kepentingan individu sebagai paksi kepada seluruh aktiviti ekonomi,

dan sistem ekonomi komunis pula menjadikan kepentingan negara sebagai paksi kepada seluruh aktiviti ekonomi, maka Islam mengambil jalan pertengahan yang menyeimbangkan antara kepentingan individu dengan negara sehingga tercapailah kehidupan yang harmoni.

Dan kriteria yang terakhir ialah Ekonomi yang berakhlak. Seluruh aspek dalam ekonomi seperti aspek pengedaran, urus niaga, pengeluaran dan penggunaan bersatu padu dengan nilai akhlak dan budi pekerti yang baik.

Allah tidak membenarkan seseorang untuk memperolehi harta dengan cara yang batil untuk membina masjid atau rumah-rumah kebajikan. Sebab Allah itu suci dan baik dan Allah hanya menerima perkara-perkara yang suci dan baik pula. (Innallaha Tayyibun La Yaqbalu Illa Tayyiba)

Soal halal-haram dan impaknya ke atas pihak lain, tidak pernah ada dalam kamus ekonomi Barat. Apa yang dipentingkan adalah sistem ekonomi yang dilaksanakan itu dapat memberikan keuntungan kepada pelaku ekonomi.

Dalam ertikata lain 'matlamat menghalalkan cara' tidak kira walau apa pun sistem yang dilaksanakan, keuntungan tetap menjadi isu utama bukannya soal keadilan sosial sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Umat Islam seharusnya bersyukur dengan wujudnya satu sistem ekonomi Islam yang benar-benar mapan ke arah merealisasikan ummah yang cemerlang daripada aspek sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan ekonominya.

Peringatan Allah swt. buat kita semua;

"Bekerjalah kalian maka Allah dan RasulNya , dan orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu, dan kalian akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (At Taubah:105)

Harakahdaily/-

Bajet 2011 abai masalah hutang isi rumah

Posted: 29 Oct 2010 11:20 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Bajet 2011 yang dibentang pada 15 Oktober lalu tidak menyebut sebarang langkah konkrit untuk menangani masalah hutang isi rumah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 mendedahkan hutang isi rumah negara tahun ini jika dinisbah pada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) adalah tertinggi di Asia.

"Hutang isi rumah teleh meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini daripada 63.9 peratus KDNK (RM389 bilion) pada tahun lepas," ujarnya petang tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) ketika memetik Laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari BMN mendedahkan, pinjaman isi rumah pada April hingga Jun tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.

Tambahnya, pihak Kaunseling Kredit dan Agensi Pengurusan Hutang Kebangsaan (AKPK) tahun lalu turut merakamkan, hampir 50 peratus dari 3000 yang datang mendapatkan khidmat AKPK adalah dalam likungan umum 30 tahun hingga 40 tahun.

AKPK, katanya lagi turut mendedahkan sebanyak 15 peratus mereka yang terbabit adalah dalam likungan usian 20an.

Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) berkata, CiMB Invenstment Bank Bhd. mendedahkan, hutang isi-rumah berpunca daripada hutang rumah dan hartanah (50 peratus); pinjaman kereta (27 peratus); pinjaman peribadi (8.9 peratus); dan hutang kad kredit (6.3 peratus).

"Mier dan pelbagai pihak termasuk Malaysian Rating Corp Bhd. (MARC) telah melahirkan kekhuatiran bahawa trend ini mempunyai potensi untuk mencetuskan pelbagai risiko, termasuk kebankrapan (insolvency) dan menjejaskan pencapaian pertumbuhan ekonomi seandainya penggunaan (consumption) terjejas," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, urus tadbir ekonomi oleh Datuk Seri Najib, seakan dijamin baik oleh Gabenor BNM Tan Sri Ungku Dr. Zetti Athar Ungku Abdul Aziz sebelum ini.

"Gabenor BNM menyebut bahawa mereka (BNM) bersedia dengan pelbagai langkah institutional supaya paras hutang tidak melebihi paras pruden," beliau menambah.

Harakahdaily/-

PAK hutang Kelantan RM30 juta

Posted: 29 Oct 2010 11:05 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ahli Parlimen Pasir Putih, Muhammad Husein meminta Menteri Pengangkutan Malaysia memberikan penjelasan mengenai hutang Perbadanan Aset Keretapi (PAK) kepada Kelantan.

Muhammad ketika membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini memberitahu, PAK belum menjelaskan bayaran cukai tanah tahun 2010 bagi tanah-tanah negeri itu yang digunakannya sebanyak RM 30,216,658.70.

"Saya mendapat satu surat rupanya KTMB ini yang masuk ke Kelantan tak bayar hutang kepada Kelantan,cukai tanah berjumlah lebih RM30 juta. Jadi saya nak minta jawapan daripada Menteri apa sebenarnya yang terjadi," kata beliau.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen selepas itu turut menunjukkan surat tuntutan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan kepada PAK yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Menurut surat berkenaan, isu tuntutan bayaran cukai tanah tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri pada 16 Mei lalu.

Mesyuarat itu memutuskan PAK menjelaskan terlebih dahulu bayaran cukai tanah yang tertunggak bagi tahun 2009 dan cukai tanah tahun 2010 yang berjumlah RM 3,958,273.70 iaitu jumlah sebelum 1 Julai tahun ini sebelum permohonan PAK untuk dikecualikan daripada menjelaskan jumlah baki bayaran cukai tanah mengikut kadar baru daripada tahun 1994 sehingga tahun 2008 berjumlah RM 26,258,385 diberi pertimbangan lanjut.

Berikutan PAK belum membuat apa-apa bayaran, mereka telah didenda lewat bayaran cukai tanah selepas 30 Jun tahun semasa dikenakan selaras dengan peruntukan kaedah 17, kaedah-kaedah Tanah Kelantan 1966.

Sehubungan itu, PAK perlu menjelaskan hutang sebanyak RM 4,552,016.70 sebelum penghujung tahun ini.

Harakahdaily/-

Jentera Pakatan tawan hati masyarakat Tionghua

Posted: 29 Oct 2010 10:40 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 28 Okt: Kesungguhan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad begitu terserlah dalam pilihan raya kecil Dun Galas kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihan raya menggambarkan keutuhan parti yang menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti ini boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS," ujarnya.

Beliau ditemui ketika bersama Dr Zulkefli dalam siri kunjungan muhibbah ke Kampung Pulai yang mempunyai 471 pengundi, majoritinya kaum Tionghua.

Nurul Izzah juga berkata dalam masa berkempen, penerimaan masyarakat Tionghua terhadap calon PAS amat memberangsangkan seperti lawatan di Kampung Baru dan Kampung Pulai.

"Di Kampung Pulai sudah ada pos yang didirikan oleh kaum Tionghua dan mereka sanggup bertungkus lumus untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat ini, saya ucapkan syabas kepada penduduk di kampung ini yang sanggup berubah dalam memberi sokongan," katanya lagi.

Katanya, kempen kali ini akan digunakan oleh PKR untuk menjelaskan soal penindasan terhadap masyarakat Tionghua di Kampung Pulai yang sebelum ini menerima bantuan baja.

Namun, katanya setelah mereka tidak lagi berpihak kepada BN dan mendirikan pos untuk Pakatan Rakyat, nama mereka dengan serta merta dibuang dari senarai penerimaan baja tersebut.

Menurutnya, usaha jentera parti kali ini dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat Tionghua akan dapat meningkatkan jumlah undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PAS.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan mereka tahu apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk mereka," kata beliau lagi.

Harakahdaily/-

Kerjasama: Umno umpama Lebai Malang

Posted: 29 Oct 2010 10:30 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 28 Okt: Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

"Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam di bawah tajuk 'TPM bidas 'fatwa' ikut suka Pas'.

"Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, secara umumnya pemimpin DAP hari ini tidak lagi menjadi kumpulan yang anti Islam sebaliknya beransur-ansur mengenali kesucian agama ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

"Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama."Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya.

Harakahdaily/-

Masjid mati dulu sebelum manusia angkara Umno

Posted: 29 Oct 2010 10:20 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid.

Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.

"Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala', yang menggadaikan prinsip Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

"Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini," ujarnya sinis.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

Harakahdaily/-

Fatwa 'Ikut Suka PAS': Umno keliru dan terus keliru

Posted: 29 Oct 2010 10:00 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan.

Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya.

Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi.

Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut.

Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang.

Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO?

Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru?

Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja.

Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga,

apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata.

Harakahdaily/-

Gua Musang patut lebih maju jika BN prihatin

Posted: 29 Oct 2010 09:40 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Muhammad Yusri Amin

GUA MUSANG, 29 Okt: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Belud, Suzie Faizah Antong berkata, sekiranya Umno Barisan Nasional (BN) betul-betul prihatin terhadap nasib rakyat di Gua Musang, sudah tentu pembangunan meningkat.

Namun pada hakikatnya sejak lebih 50 tahun lalu, kata Faizah, tidak terjadi begitu."Pengalaman di Gua Musang, saya melihat sepatutnya ia lebih maju sekiranya Umno BN prihatin dengan nasib rakyat di Gua Musang.

"Saya melihat Gua Musang ini lebih maju daripada Ranau, Sabah, tetapi tidak membayangkan keadaannya yang sebenar, seolah-olah sama saja.

"Keadaan sebenarnya tidak jadi begitu walau pun Parlimen Gua Musang dipegang Umno BN sudah lebih 50 tahun lalu," katanya kepada media di sini, semalam. Beliau yang berasal dari Kota Belud berada di Gua Musang mewakili Dewan Muslimat PAS Sabah sejak 25 Oktober lalu bagi membantu calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas.

Mengulas perkembangan di Sabah khususnya dalam PRK Parlimen Batu Sapi, beliau berkata apabila berada di Gua Musang, teringat daerah Ranau di Sabah di mana dikelilingi bukit-bukit.

Cuma, katanya kelebihan daerah di Ranau itu ia menjadi kawasan pelancongan oleh kerana terdapat Gunung Kinabalu di situ.

Mengenai Batu Sapi, ujar beliau sebenarnya ia berada di tepi laut dan di pinggir bandar, ramai penduduknya orang Islam, namun kawasan penempatan itu kebanyakannya telah diambil pihak berkuasa sementara nasib penduduk di situ belum tentu dipindah ke mana.

Tambahnya, tanah di situ memang sudah digazet untuk diambil selain sudah menjadi isu hangat sejak bertahun lalu di Sabah.

"Oleh sebab itu, apabila Saudara Mazlan Aliman datang pada awal 2010, dimulai dengan isu tanah Felda sebelum menyentuh 'tanah adat'.

"Sementara tanah bertaraf peribumi sendiri banyak yang telah diambil oleh syarikat-syarikat besar, malah tanah itu ada yang sudah pun diusahakan dan ditanam dengan getah dan rakyat sudah boleh makan hasilnya," katanya.

Selain isu tanah, beliau turut mendedahkan bekalan elektrik yang selalu terputus, demikian juga masalah bekalan air.

Beliau mendakwa, pada sesetengah tempat di Sabah, terdapat tiang elektrik tanpa lampu dan terdapat batang paip yang tiada air termasuk di Sandakan.

Harakahdaily/-

Harga kereta pasaran domestik lebih mahal

Posted: 29 Oct 2010 09:30 AM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.

Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

Harakahdaily/-

WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH

Posted: 28 Oct 2010 04:20 PM PDT

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung.

Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang.

Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan.

Saya tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Saya difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan.

Saya anak Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di kampung saya, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada.

Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan.

Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'.

Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka.

Saya tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'.

Tiada ulasan:

Pengikut